|
Post by arisya on Dec 20, 2015 17:13:11 GMT
SITI ARISYA BINTI NAZLI 2015418694 GROUP B DS240
Refleksi 1
Pengaruh Islam dapat dilihat pada seni bina di tamadun India seperti contohnya Taj Mahal. Taj Mahal merupakan bangunan yang menggabungkan ciri seni bina Parsi, Turki, India, dan Islam. Antara pengaruh Islam pada seni bina ini ialah:
- Binaan menara yang tinggi.
- Di bina di hujung sebuah taman yang luas dengan pintu masuk berbentuk lengkungan yang menawan menyerupai sebuah masjid.
- Corak hiasan seni bina Islam yang berunsurkan jambangan bunga dan geometri yang mencerminkan simbolik antara alam sekitar dan tanda-tanda keagungan Tuhan.
- Ayat-ayat al-Quran menjadi hiasan utama Taj Mahal.
- Tulisan khat
Perbezaan seni bina bagi setiap zaman di India:
1. Zaman Gupta
• Pembinaan kuil penting untuk penyebaran agama.
• Hindhu menekan simbol empat segi
• Buddha menekankan simbol bulat
• Konsep asas ditentukan oleh Brahmin
• Terdapat 4 struktur penting seperti Shikara, Vimana, Ratha dan Gopuram
2. Zaman Maurya
• Seni bina berkembang maju
• Tiang Asoka bukti kegemilangan.
3. Zaman Chola
• Kuil Brigathiswarar di Thanjavur menunjukkan keunikkan corak seni bina
4. Zaman Vedik
• Bangunan keagamaan diubahsuai oleh orang-orang agama Buddha.
Refleksi 2
Pencapaian tamadun India dalam pelbagai bidang:
• Negara ke-7 terbesar.
• Terdiri daripada 51000 bandar dan 20 bandar utama.
• Pembangunan IT terpantas di dunia.
• Mempunyai angkatan tentera laut dan udara yang besar.
• Pembekal susu terbesar
Perbezaan suasana tamadun India pada zaman dahulu dan sekarang yang paling jelas adalah melalui system pemerintahan. Dahulu tamadun India mengamalkan system feudal namun kini tamadun India mengamalkan system pemerintahan demokrasi.
Pada pendapat saya, faktor perkembangan peradaban India adalah sumber manusia yang banyak. Penduduknya yang ramai membolehkan tamadun India memajukan diri dalam pelbagai bidang.
|
|
|
Post by sarahhusna on Dec 20, 2015 20:33:07 GMT
SARAH HUSNA BINTI KHAIRULZAN
2015428468
DS240 (GROUP A)
Refleksi 1 Tamadun India memberikan sumbangan yang besar dalam kesenian seni bina. Bincangkan pernyataan tersebut dengan mengaitkan pengaruh Islam ke atas perkembangan dan kemajuan seni bina di India.
Seni bina boleh memperlihatkan kita bagaimana sesebuah tamadun itu diolah untuk membina identiti. Anatara pencapaian penting ialah ciri perancangan bandarnya yang sistematik. Anatara bangunan yang dikaitkan dengan kedatangan Islam ialah Masjid Moti atau dikenali sebagai Masjid Mutiara dan Tajj Mahal. Ciri ciri senibina taj mahal, dibina daripada batu bata berwarna putih, mosaic, dan batu batu permata. Pembinaan Taj Mahal adalah contoh terbaik senibina Mughal yang menggabungkan senibina Parsi, Turki, India dan Islam. Serta dikatakan ‘Permata Senibina Islam’
Kesan pertembungan senibina Taj Mahal ialah senibina Parsi, Turki dan Arab yang merupakan tamadun islam. Contoh yang pertama ialah, Taj Mahal mempunyanya empat menara yang menghiasi setiap penjuru. Ini merupakan ciri ciri seni bina islam yang berunsurkan ciri binaan yang tinggi. Yang kedua, taj mahal didirikan di hujung sebuah taman yang luas denga pintu masuk yang berbentuk lengkungan yang menawan (mempunyai ciri ciri sebuah masjid). Corak hiasan seni bina islam juga digunakan kerana taj mahal mempunyai hiasanyang berunsurkan jambangan bunga dan geometri yang mencerminkan symbol antara alam sekitar dan tanda tanda keaguan Tuhan. Ini adalah ciri ciri hiasan islam. Ayat alquran juga menjadi hiasan utama Taj Mahal serta ukiran huruf Khat Thuluth Islam yang menjadi seni bina utama Taj Mahal.
Berikutnya jelaskan perbezaan seni bina bagi setiap zaman di india.
1. Zaman Asoka Pada zaman ini, pengaruh Buddha sangat kuat kerana Asoka banyak menegmbangkan agama Buddha. Elemen geometri menjadi pilihan pada zaman ini. 2. Zaman Gupta Berkembang selepas Zaman Gupta kerana kuil dikatakan tidak dipentingkan dalam zaman awal. Brahmin yang berkuasa menentukan peraturan dan perancangan sesebuah kuil. Terdapat dua bentuk kuil yang sempurna: bulatan dan empat segi. Hindu lebih menekankan simbol empat segi. Buddha lebih condong kepada bentuk bulat. Bentuk empat segi lebih stabil berbanding bentuk bulatan. Setiap kuil menggunakan ukuran Hindu dikenali sebagai Vastupurshamamandala atau carta ajaib. 3. Zaman Maurya Antara Zaman Lembah Indus hingga Zaman Maurya tidak terdapat penghasilan seni bina yang mempunyai nilai2 atistik. Hanya beberapa bangunanan sahaja yan dibuat dari batu ditemui, yang lain dibuat daripada tanah liat atau kayu. Perkembangan seni bina dipengaruhi oleh persekitaran dan cuaca: jendela berkisi dibuat untuk mengurangkan pancaran cahaya matahari. batu marmar putih seperti terdapat di Rajasthan digunakan sejak zaman Moghul untuk kurangkan bahang. 4. Zaman Vedik Seni bina dalam Tamadun India didominasi oleh seni bina Buddha. bentuk setengah bulat (hemisfera) mempunyai beberapa lapisan cakera sebenarnya merupakan satu perlambangan kosmos atau menggambarkan tentang kwujudan alam2 lain di langit dan menjadi antara monumen yang paling penting dalam seni bina Buddha.
Refleksi 2 Jelaskan pencapaian Tamadun India yang diperolehi dalam pelbagai bidang. Pencapain yang dicapai oleh Tamadun India ialah mereka mempunyai tulisan atau skrip yang tersendiri yang menggunakan symbol atau gambar. Mereka juga yang memperkenalkan nombor sifar dan algebra. Dari segi kesenian, merepa sangat mahir dalam hal hal kesenian seperti seni ukir, tarian, drama dan seni lukis. Merepak juga mempunyai perancangan Bandar yang sistematik sejak dulu (Mohenjo Daro dan Harappa) yang dilengkapi kemudahan pemandian awam untuk membuang air kotor di bawah tanah dan sebagainya.
Bezakan antara suasana Tamadun India yang lampau dan sekarang. Suasana tamadun india pasa zaman lampau dan sekarang ialah pada zaman sekarang, mereka lebih hidup dengan harmoni kerana kini mereka mempunyai 4 agama terbesar dia negara india iaitu Hindu, Buddha, Kristian serta Islam yang sangat berbeza dengan masa lampau yang hanya fokus kepada satu agama. Kini, mereka juga telah menjadi negara kedua terbesar dalam bidang agriculture serta mempunya 9 languages. Kerana mempunya lebih daripada 2000 ethnic group, mereka mempunyai 17 festival terbesar. Mereka juga sekrang dikira sebagai World’s largest growing IT Sector.
Pada pandangan anda, apakah faktor perkembangan peradaban india? Antara faktor perkembangan peradan india ialah kemasukan agama ke negara india. Nilai-nilai positive dan yang bermanfaat diambil untuk membaik pulih tamadunnya. Selain itu, dengan adanya kemajuan teknologi, penciptaan roda, layar kapal, kain dan tembikar dapat membangun sesebuah tamadun. Misalnya, penciptaan alat bercucuk tanam seperti cangkul, sabit turut memudahkan penduduk utk bercucuk tanam lalu menyumbang kpd penghasilan makanan yg banyak.
|
|
|
Post by ameeraina on Dec 21, 2015 5:39:54 GMT
AMIRAH AINA BINTI AZAHARI 2015218646 (DS240B) REFLEKSI SATU Tamadun India mempunyai banyak kemajuan terutama dari segi kemajuan seni bina. Seni bina mula berkembang luas pada zaman Mughal ang bermula dengan pemerintahan Babur dan Humayun serta mencapai kemuncaknya pada zaman Shah Jehan. Terdapat dua buah masjid tinggalan zamanna, iaitu terletak di Agra dan di Fathabad yang dihiasi dengan jubin ala-Parsi. Masjid mutiara, iaitu Masjid Moti di Lahore merupakan sumbangan zaman Janhangir ang juga telah membina taman-taman yang terkenal seperti Shah-Dara. Antara ciri-ciri seni bina tamadun India ialah 4 menara yang lebh kurang mnghiasi setiap penjuru. Taj Mahal merupakan salah satubenda ajaib di dunia dan Akbar mula membina kota di Agra ang terkenal itu. Taj Mahal mempunyai pengaruh Islam ke atas perkembangannya. Ia merupakan permata seni bina Islam. Antara ciri-ciri Islam yang terdapat di Taj Mahal ialah: -binaan menara tinggi -didirikan di hujung sebuah taman yang luas dengan pintu masuk lengkungan yang menawan menyerupai masjid. -mempunai corak hiasan seni bina Islam yang mencerminkan simbolik antara alam sekitar dan tanda-tanda keagungan tuhan -ayat al-Quran menjadi hiasan utama Taj Mahal dan ukiran hurud khat thuluth Islam yang menjadi seni huruf utama Islam Perbezaan seni bina bagi setiap zaman di India: -Zaman Gupta, binaan seperi kuil dipercayai penting untuk penyebaran agama. Kegemilangannya dia capa melalui seni bina dan seni ukir yang tersendri. Kuil bagi agama Hindu mekankan simblo empat segi manakal, kuil bagi agama Buddha lebih condong kepada bentuk bulat. Seni bina zaman gupta mempunyai 4 struktur penting. antaranya adalah, Shikara ( bentuk kereta kuda orang Aryan), Vimana (kuil yang berbentuk percampuran piramid berperingkat dan menjadi lambang seni bina kuil selatan India), Ratha (batu tunggak yang diukir menjadi bentuk binatang), dan Gopuram ( menadakan pintu masuk utama ke kuil) -Zaman Chola, seni bina pada zaman tersebut dapat dilihat melalui kuil Brigathiswara yang dibina di Thanjamur. Kuil tersebut menunjukkan keunikan corak seni bina. -Zaman Vedik, bangunan keagamaan diubahsuai oleh orang-orang agama Buddha semasa pemerintahan Maharaja Asoka. Sebagai conto, kuil dua di Bhaja, Ajantha, Ellora dan Mahapullipuram. REFLEKSI DUA Tamadun India merupakan negara ketujuh besar di dunia. Tamadun India dikelilingi dengan 3 lautan besar. Terdapat juga bangunan-bengunan ajaib di Tamadun India seperti Lotus Temple, Qutab Minar, dan Charminar. Ia juga tamadun yang mempunyai pusat pertanian dan penternakan yang kedua besar di dunia. Ia juga salah satu negara di dunia yang laju perkembangannya dari segi IT. Tamadun India juga merupakan tamadun yang ada askar-askar kedua terbesar di dunia, kuasa udara keempat terbesar di dunia dan kuasa laut kelima terbesar di dunia. Beza suasana Tamadun India yang lampau dan sekarang: -Dahulu Menggunakan sistem feudal di mana raja berkuasa mutlak dalam menetapkan sesuatu keputusan.
-Sekarang Menggunakan sistem demokrasi di mana rakyat mempunyai kuasa untuk menyuarakan pendapat dalam sesuatu keputusan berkaitan negara.
Faktor perkembangan peradaban India ialah zaman penjajahan , pengaruh peradaban lain untuk maju dan juga wujud interaksi antara peradaban india dengan peradaban lain.
|
|
|
Post by nadiasyahirah on Dec 21, 2015 5:44:15 GMT
NADIA SYAHIRAH BINTI MOHD NAZRI 2015403058 DS240 (GROUP B)
Refleksi 1:
Tamadun India memberikan banyak sumbangan dalam bidang kesenian seni binaan. Perkembangan seni bina dipengaruhi oleh persekitaran dan cuaca. Taj Mahal yang dibina pada zaman Dinasti Mughal merupakan seni bina yang terpenting bagi Tamadun India. Taj Mahal mempunyai reka bentuk yang mewah kerana dihiasi dengan berlian, kiristal dan lain-lain. Seni bina Taj Mahal tersebut telah dipengaruhi oleh pengaruh Islam. Contohnya, pembinaan 4 menara yang lebih kurang 46m yang menghiasi setiap penjuru berunsurkan binaan menara yang tinggi. Tambahan pula, Taj mahal mempunyai pintu masuk berbentuk lengkungan yang menyerupai sebuah masjid. Taj mahal juga mempunyai hiasan berunsurkan jambangan bunga dan geometri. Hal ini mencerminkan simbolik antara alam sekitar dan tanda-tanda keagungan Tuhan. Di samping itu, Al-Quran dan ukiran Khat telah menjadi seni utama dalam seni bina Taj Mahal.
Perbezaan seni bina pada setiap zaman di Tamadun India:
1. Zaman Gupta : untuk menyebarkan agama seperti pembinaan kuil. Agama Hindu menekankan bentuk empat segi manakala agama Buddha berbentuk bulat. Terdapat empat struktur penting iaitu shikara (bentuk kereta kuda orang Aryan), Vimana (kuil yang berbentuk campuran piramid bertingkat), Ratha (menggunakan batu tegak untuk diukir menjadi bentuk binatang) dan Gopuram (pintu masuk utama ke kuil).
2. Zaman Maurya : Tiang Asoka (sebagai tanda kemegahan).
3. Zaman Chola : Kuil Brigathiswarar (corak seni bina yang sangat unik)
4.Zaman Vedik : Bangunan keagamaan diubah suai oleh orang-orang Buddha semasa pemerintahan Asoka. Contohnya di Bhaja, Ajantha, Ellora dan Mahapallipuram.
Refleksi 2:
Tamadun India merupakan negara ketujuh yang terbesar di dunia. Tamadun India dikelilingi oleh 3 laut besar (Laut Arab, Laut India dan Bay of Bengal). Masyarakat di Tamadun India mempunyai kebebasan untuk menganut agama dan mempunyai 4 agama utama (Islam, Buddha, Hindu dan Kristian). Tamadun India mempunyai 7 keajaiban seperti Lotus Temple (di New Delhi), Qutab Minar, Charmihar, Sun Temple, Hawa Mahal dan Taj mahal. Pencapaian yang diperoleh pada zaman Tamadun India adalah dalam bidang pertanian, mempunyai sistem pertahanan negara yang kukuh, membangun dalam bidang ekonomi (negara pembekal susu terbesar) dan mahir dalam bidang IT yang pesat membangun.
Perbezaan antara Tamadun India dahulu dan sekarang:
Dahulu: -menggunakan sistem feudal (raja berkuasa mutlak)
Sekarang: -menggunakan sistem demokrasi
Pada pandangan saya, faktor perkembangan peradaban India ialah sistematik dalam bidang seni pembinaan. Hal ini demikian kerana masyarakat Tamadun India bersifat kreatif dan inovatif. Selain itu, Tamadun India juga menjalankan hubungan atau interaksi dengan dunia luar.
|
|
|
Post by haleesahairi on Dec 21, 2015 11:04:37 GMT
NUR HALEESA BINTI MOHD HAIRI 2015403186 DS240-GROUP B
REFLEKSI TAMADUN INDIA 1
Pengaruh Islam ke atas perkembangan dan kemajuan seni bina di India. Antara pengaruh Islam yang boleh kita lihat daripada seni bina agung Taj Mahal dan Agra Fort adalah corak hiasan bunga dan geometri yang membawa maksud perkaitan rapat antara alam sekitar dan tanda-tanda keagungan Tuhan. Selain itu, ayat-ayat al-Quran yang gah dan indah menghiasi pintu-pintu utama dan dinding-dinding juga menjadi salah satu pengaruh islam ke atas kedua-dua monumen agung ini. Jenis khat yang digunakan adalah Khat thuluth. Taj Mahal diakatakan sebagai permata seni bina Islam dan merupakan contoh terbaik seni bina Mughal di mana monumen ini merupakan gabungan seni bina Parsi, Turki, Parsi, India dan Islam. Akhir sekali, bentuk binaan Taj Mahal juga mencernkan pengaruh Islam di mana pintu masuknya berbentuk lengkungan menyerupai sebuah masjid. Perbezaan seni bina bagi setiap zaman di India. 1) Zaman Gupta : memppunyai 4 seni bina penting iaitu Shikara(bentuk kereta kuda orang Aryan), Vimana(kuil berbentuk piramid bertingkat), Ratha(batu tunggak yang diukir menjadi bentuk binatang) dan Gopuram(pintu masuk utama ke kompleks kuil). 2) Zaman Maurya : pada zaman ini, seni reka pembinaan Tiang Asoka menjadi lambang kemegahan 3) Zaman Chola : keunikan seni bina pada zaman ini dominan pada pembinaan kuil Brigathiswara 4) Zaman Vedik : bangunan keagamaan diubah suai oleh orang-orang agama Buddha. Antara contoh, Kuil Dua di Bhaja dan Mahapalillipuram.
REFLEKSI TAMADUN INDIA 2
Pencapaian Tamadun India dalam pelbagai bidang, antaranya ialah seni bina. Sebagai contoh, pembinaan yang gah lagi indah iaitu Taj Mahal. Seterusnya, bidang pertanian iaitu pengeluar susu terbesar. Selain itu, kemahiran sains dan teknologi dan hal ini dibuktikan dengan penglibatan India sebagai satu daripada enam negara yang melancarkan satelit. Perbezaan Tamadun India pada zaman lampau dan sekarang ialah dari segi sistem pemerintahannya. Pada zaman dahulu, mereka menjalankan sistem feudal manakala hari ini India mempraktikkan sistem demokrasi. Antara faktor perkembangan Tamadun India ialah pertambahan penduduk. Hal ini meningkatkan lagi produktiviti pertanian, kesenian dan pembinaan. Selain itu, perkembangan teknologi dan rangsangan agama yang mereka anuti. Akhir sekali, kawasan atau bentuk muka bumi India yang subur dan sangat sesuai untuk aktiviti pertanian sekaligus merancakkan lagi ekonomi.
|
|
|
Post by gracenyura on Dec 21, 2015 12:05:58 GMT
GRACE NYURA ANAK JAMBAI 2015417712 DS240B
Refleksi 1
1. Pada zaman Gupta, bangunan seperti kuil telah dibina. Ini adalah penting untuk penyebaran agama. Pada zaman ini, seni bina dan seni ukir mencapai kegemilangannya. Ianya dipengaruhi oleh agama Hindu yang menekankan simbol segi manakala agama Buddha menekankan bentuk bulat. Terdapat empat struktur penting pada zaman ini iaitu shikara,vimana,ratna dan gopuram.
2. Pada zaman Maurya pula,lambang kemegahan seni bina India adalah Tiang Asoka.
3. Seterusnya, pada zaman Chola,kuil Brigathiswarar di Thanjavur yang telah dibina menunjukkan lagi keunikan corak seni bina tamadun India.
4. Manakala pada zaman Vedik, bangunan keagamaan telah diubahsuai oleh mereka yang beragama Buddha iaitu semasa pemerintahan Maharaja Asoka. Contohnya, kuil di Bhaja, Ajantha, Ellora dan Mahapalliuram.
5. Semasa dinasti Mughal, seni bina terbaik dan mewah yang telah dibina ialah Taj Mahal. Ianya mula dibina pada tahun 1631 dan siap pada tahun 1648 semasa Dinasti Mughal. Pertambahan bangunan biara dan halaman pula disiapkan semasa tahun 1653. Antara cirri-ciri Taj Mahal ialah ianya dibina daripada batu marmar berwarna putih,mozek dan batu-batu permata. Seramai 20 000 pekerja telah diperlukan pada permulaan pembinaan bangunan ini. Maharaja Shah Jahan telah membina bangunan ini sebagai monument untuk mengenang isteri kelimanya Mumtaz ul Zamani.
6. Taj Mahal merupakan senibina terbaik serta dikatakan ‘permata senibina Islam’. Ini adalah kesan pertembungan daripada senibina Parsi,Turki dan Arab yang merupakan Tamadun Islam dengan seni bina Taj Mahal. Antara pengaruh Tamadun Islam dalam pembi naan Taj Mahal ialah
a. pembinaan empat menara yang lebih kurang 46m menghiasi setiap penjuru bangunan yang menunjukkan unsur binaan tamadun Islam yang mempunyai menara yang tinggi.
b. Taj Mahal didirikan di hujung sebuah taman yang luas dengan pintu masuk berbentuk lengkungan yang menawan menyerupai sebuah masjid.
c. Seterusnya,seni bina Taj Mahal mempunyai usur jambangan bunga dan geometri yang menyerupai corak hiasan seni bina Islam.
d. Akhirnya, ayat al-Quran menjadi hiasan utama Taj Mahal dan ukiran huruf khat thuluth Islam yang menjadi seni huruf utama Taj Mahal.
7. Pembinaan Agra Fort pada tamadun Mahajara Mogul juga menunjukkan pengaruh tamadun Islam ke atas seni bina Tamadun India. Seni bina Agra Fort dipengaruhi oleh prinsip seni bina Tanah Bulan. Seni bina tanah bulan adalah seni bina gabungan antara seni bina India dan juga Islam. Masjid juga telah dibina di Agra Fort.
Refleksi 2
Antara pencapaian tamadun India pada zaman kini ialah,
• Negara pertanian yang kedua terbesar di dunia
• Ekonomi yang kedua belas terbesar di dunia
• Perkembangan IT yang terpantas di dunia
• Angkatan tentera yang kedua terbesar di dunia
• Angkatan tentera udara yang keempat terbesar di dunia
• Angkatan tentera laut yang kelima terbesar di dunia
• Negara demokrasi yang terbesar di dunia
• Pertumbuhan ekonomi terpantas di dunia menjelang 2013-2015
• Pendapatan perkapita empat kali ganda pada tahun 2020
• Negara terbesar yang berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris
• Separuh daripada dunia IT servis datang daripada India
• Menpunyai banyak fasiliti R&D
• Pengguna barangan emas yang terbesar di dunia
Pada masa lampau, tamadun india tidaklah begitu maju berbanding pada masa kini. Dahulu tamadun India mengamalkan sistem pemerintahan sistem feudal di mana raja berkuasa mutlak tetapi kini mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi. Pada pendapat saya, faktor perkembangan Tamadun india adalah disebabkan oleh kawasan tanahnya yang luas yang menggalakan industri pertanian. Selain itu, penduduk tamadun india yang ramai juga menyumbang kepada kemajuannya. Dengan penduduk yang ramai, India tidak memerlukan banyak tenaga kerja daripada luar. Bangunan-bangunan hasil tinggalan sejarah juga menjadi faktor penarik untuk India kepada para pelancong. Akhir sekali, walaupun tamadun India terdiri daripada penduduk berbilang bangsa dan agama, tiada persengketaan yang berlaku dan mereka hidup dengan harmoni. Negara yang harmoni adalah penyumbang utama kepada kemajuan tamadun.
|
|
sufi
New Member
Posts: 6
|
Post by sufi on Dec 21, 2015 12:15:58 GMT
WAN ANIS SUFIAH BINTI WAN MOHAMMAD NOOR 2015430204 DS240A
REFLEKSI 1
Pengaruh Islam ke atas perkembangan dan kemajuan seni bina di India:
Lokasi Taj Mahal berhampiran Sungai Junma dan dibina semasa Dinasti Mughal. Antara ciri-ciri seni binanya ialah dibina daripada batu mamar warna putih mozek dan batu-batu permata seperti berlian, jed, kristal dan sebagainya. Taj Mahal juga merupakan contoh seni bina yang terbaik dan merupakan gabungan seni bina Parsi, Turki, India dan Islam. Unsur Islam yang menunjukkan Taj Mahal dipamerkan ialah Taj Mahal mempunyai 4 menara di setiap penjuru, didirikan di hujung sebuah taman yang luas dengan pintu masuk berbentuk lenkungan yang menawan menyerupai masjid, corak hiasan seni bina Islam dan ayat al-quran menjadi hiasan utama.
Perbezaan seni bina bagi setiap zaman di India:
Zaman Gupta
- Shikara: bentuk kereta kuda orang Arya
- Vimana: kuil yang berbentuk campuran piramid bertingkat, menjadi lambang seni bina kuil selatan india
- Ratha: batu tunggah diukir menjadi bentuk binatang.
- Gopuram: menandakan pintu masuk utama ke kompleks
Zaman Maurya
Zaman Chola
- Kuil Brigathiswara di Thanjuvur
Zaman Vedik
- Banyak bangunan diubahsuai oleh orang-orang agama Buddha semasa pemerintahan Asoka
- Contoh ialah Bhaja, Ajantha, Ellora, Mahapallipuram
REFLEKSI 2
Pencapaian Tamadun India dalam pelbagai bidang: Dari segi seni bina, pembinaan lotus temple, Qutab Minar, Charminar, Kuil Matahari, Hawa Mahal dan Taj Mahal. India jugak merupakan kedua terbesar dalam bidang pertanian dan perternakan, kedua paling ramai tentera di dunia dan terbesar pembuatan emas.
Perbezaan Tamadun India pada zaman lampau dan sekarang: Dari segi sistem pemerintahannya. Pada zaman dahulu, sistem feudal dijalankan manakala hari ini India mempraktikkan sistem demokrasi.
Pada pendapat saya antara faktor perkembagan peradaban India ialah: Peningkatan penduduk India menyebabkan meningkatnya produktiviti pelbagai bidang seperti pertanian, IT, dan ketenteraan. Seterusnya, saya berpendapat bahawa keagamaan di india telah menyebabkan sifat-sifat yang baik dan positif dipupuk oleh penganutnya. Terakhir sekali, saya mempercayai bahawa struktur organisasi sosial telah menyebabkan India menjadi negara yang berorganisasi di mana semua orang mempunyai peranan masing-masing.
|
|
|
Post by syarena96 on Dec 21, 2015 12:17:40 GMT
SYARENA BINTI MOHD SHAARI 2015664354 DS240(GROUP A)
REFLEKSI 1
PENGARUH ISLAM KE ATAS PERKEMBANGAN DAN KEMAJUAN SENI BINA INDIA DI TAMADUN INDIA
Pada zaman kegemilangan India, banyak bangunan dan seni bina yang di bina oleh pemerintah-pemerintah pada zaman itu. Antaranya Taj Mahal dan Agra Fort. Tambahan pula, pengaruh Islam telah banyak meningkatkan perkembangan dan kemajuan seni bina di India. Pertama sekali, Taj Mahal yang telah dibina oleh Maharaja Shah Jehan telah menggabungkan seni bina dari Parsi, Turki, India dan Islam sendiri serta seni bina ini dikatakan sebagai ‘permata seni bina Islam’.Seterusnya, Taj mahal ini mempunyai 4 menara yang menghiasi setiap penjuru dan ia didirikan di sebuah taman yang luas dengan pintu masuk berbentuk lenkungan yang menawan yangjuga menyerupai sebuah masjid. Hal ini kerana, seni bina Islam kebiasaannya mempunyai bentuk binaan yang menyerupainbentuk masjid lapangan. Selain itu, corak hiasan di dalam Taj Mahal mempunyai hiasan yang berunsurkan jambangan bunga dan geometri yang mencerminkan simbolik antara alam sekitar dan tanda-tanda keagungan Tuhan. Selanjutnya, ciri-ciri hiasan seni bina Taj Mahal banyak dipengaruhi oleh Islam. Contohnya, ayat-ayat al-Quran menjadi hiasan utama di dinding dan ukiran huruf khat thuluth Islam yang menjadi seni huruf utama Taj Mahal. Akhir sekali, kita dapat lihat begitu banyak pengaruh Islam terhadap kemajuan seni bina di Tamadun India.
PERBEZAAN SENI BINA BAGI SETIAP ZAMAN DI INDIA
ZAMAN GUPTA
Binaan kuil penting untuk penyebaran agama. Selain itu, seni bina dan seni ukir telah mencapai kegemilangannya. Agama hindhu, mementingkan simbol empat segi manakala agama buddha pula menggunakan simbol lebih kepada condong kepada bentuk bulat. Akhir sekali, terdapat empat struktur penting iaitu Shikara(bentuk kereta kuda orang Aryan), Vimara( kuil yang berbentuk pencampuran pyramid bertingkat), Ratha(batu tunggak diukir menjadi batu binatang), Gopuram(menandakan pintu masuk utama ke kuil).
ZAMAN MAURYA
Seni bina berkembang maju dan tiang Asoka merupakan simbol kemegahan di Tamadun India
ZAMAN CHOLA
Kuil Brigasthiswarar telah menunjukkan keunikan corak seni bina dan ia telah dibina di Thanjavur.
ZAMAN VEDIK
Terdapat banyak bangunan keagamaan diubahsuai oleh orang-orang agama Buddha ( semasa pemerintahan Maharaja Asoka ).Contohnya , di Bhaja , Ajantha , Ellora dan Mahapallipuram.
REFLEKSI 2
Antara pencapaian Tamadun India yang diperoleh dalam pelbagai bidang ialah ia merupakan negara ketujuh terbesar di dunia dari segi keluasan. Seterusnya, ia mempunyai mempunyai 3 lautan terbesar iaitu Arabian Sea, Bay of Bengal and Indian Ocean. Seterusnya, terdapat lebih 2000 etnik dan 29 bahasa utama dan mereka mempunyai 4 agama utama. Mereka adalah negara kedua terbesar yang terkenal dengan pertanian dan juga terkenal dengan ‘7 Wonders of India’ iaitu Lotus Temple, Qutas Ninar, Charminar, Sun Temple, Hawa Mohal dan Taj Mahal. Tambahan pula, mereka merupakan negara kedua terbesar mengimport senjata. Oleh itu, mereka mempunyai system pertahanan negara yang kukuh (negara keempat terbesar dengan anggota tentera udara,mempunyai angkatan tentera laut yang kelima terbesar di dunia). India merupakan negara paling membangun dalam ekonomi (2013-2015) dan juga negara terbesar dalam membekalkan barang kemas dan perhiasan . Selain itu, mereka negara pembekal susu terbesar, mereka juga satu daripada enam negara yang melancarkan satelit dan akhir sekali, , mereka mempunyai bidang IT yang paling pesat membangun.
Suasana di Tamadun India yang lampau dengan sekarang ialah pada zaman lampau, mereka mengamalkan system feudal atau raja berkuasa mutlak dipraktikkan, manakala pada zaman sekarang mereka mengamalkan system pemerintahan demokrasi.
Antara faktor perkembangan peradaban di India adalah mereka mempunyai banyak kawasan yang subur untuk melakukan aktiviti pertanian di samping meningkatkan ekonomi negara mereka. Selain itu, mereka mempunyai penduduk yang sangat ramai. Oleh itu, pelbagai aktiviti dan pekerjaan dapat diceburi oleh penduduk mereka. Akhir sekali, mereka juga mempunyai sistem pertahanan yang terkuat dan terbesar.
|
|
|
Post by rowenadiane on Dec 21, 2015 12:20:27 GMT
ROWENA DIANE SARUYAN
2015664374
DS240(GROUP A)
Refleksi tamadun 1
Sumbangan tamadun India dari segi kesenian seni bina dipengaruhi oleh persekiran dan juga cuaca yang panas dan lembap. Pencapaian penting atau utama yang telah dibangunkan oleh tamadun ini adalah ciri perancangan bandarnya yang begitu sistematik. Antara seni bina yang terkenal termasuklah Taj Mahal dan Masjid Moti/Mutiara. Taj Mahal merupakan seni bina mewah yang terbaik di dinasti Mughal. Taj Mahal dibina dari batu marmar berwarna putih,mozek dan batu-batu permata. Taj Mahal dikatakan sebagai ‘permata senibina Islam’.
Berikut merupakan persamaan Taj Mahal dengan ciri-ciri seni bina Islam:
-Taj Mahal mempunyai empat menara yang dihiasi di setiap penjuru.
-Pintu masuk Taj Mahal pula berbentuk lengkungan seperti masjid.
-Corak hiasan yang berunsurkan bunga dan geometri menunjukkan simbolik antara alam sekitar dan tanda-tanda keagungan Tuhan.
-Terdapat potongan ayat-ayat Al-Quran serta ukiran huruf khat di Taj Mahal.
Perbezaan seni bina bagi setiap zaman dalam tamadun India:
-Zaman Asoka, seni bina seperti pintu-pintu gerbang yang dipengaruhi oleh agama Buddha
-Zaman Gupta, binaan seperti kuil penting untuk penyebaran agama, seni bina dan seni ukir mencapai kegemilangannya, konsep asas ditentukan oleh kalangan Brahmin, agama Hindu menekankan simbol empat segi manakala Buddha lebih condong kepada bentuk bulat, seni bina pada zaman ini mempunyai empat struktur penting.
-Zaman Maurya, tiang Asoka adalah contoh terbaik kemegahan seni bina India
-Zaman Vedik, banyak bangunan keagamaan diubahsuai oleh orang-orang agama Buddha semasa pemerintahan Maharaja Asoka
Refleksi tamadun 2
Antara pencapaian yang dicapai oleh tamadun India ialah India merupakan negara pertanian yang kedua terbesar. Negara India mempunyai pelbagai bahasa dan etnik. Pembangunan dari segi bidang IT adalah yang terbaik di dunia. Di samping itu, India mempunyai angkatan tentera laut dan udara yang besar. Ekonomi India juga merupakan antara yang terbesar di dunia. Perbezaan tamadun India dahulu dan sekarang ialah pada zaman dahulu golongan bawahan dianggap sebagai hamba dan bertaraf rendah. Namun, sekarang India mempunyai undang-undang yang memberi hak istimewa kepada golangan tersebut supaya taraf mereka dijaga. Dari segi politik, sistem pemerintahan feudal telah bertukar kepada sistem pemerintahan demokrasi. Faktor-faktor yang mendorong kepada perkembangan peradaban India termasuklah bidang teknologi yang berkembang pesat, bebas dari tangan penjajah dan angkatan pertahanan yang besar dan kuat.
|
|
|
Post by nikadleena on Dec 21, 2015 13:01:55 GMT
NIK NUR ADLEENA BT NIK MOHD KAMIL 2015229638 DS240-B REFLEKSI 1 Kesan Pertembungan antara Tamadun India dengan Tamadun Islam dalam pembinaan Taj Mahal: 1. Taj Mahal mempunyai 4 menara (salah satu ciri-ciri binaan Islam ialah berunsurkan menara yang tinggi) 2. Didirikan di sebuah taman yang luas. Pintu masuk berbentuk lengkungan yang menyerupai bentuk masjid. 3. Mempunyai corak jambangan bunga dan geometri yang menunjukkan simbolik antara alam sekitar dan tanda-tanda keagungan Tuhan (corak hiasan binaan Islam) 4. Ayat al-Quran dan ukiran khat thuluth Islam menjadi hiasan utama Taj Mahal Perbezaan seni bina setiap zaman Zaman Gupta | Zaman Maurya | Zaman Chola | Zaman Vedik | pembinaan kuil untuk penyebaran agama | Tiang Asoka | Kuil Brigathiswarar di Tanjavaur | Kuil Dua di Bhaja, Ajantha |
|
|
|
Post by hajar1596 on Dec 21, 2015 13:17:12 GMT
SITI HAJAR MOHD 2015229924 CTU551 (A) DS240
Assalamualaikum.Melalui video ini saya dapat mengetahui lebih mendalam mengenai seni bina Tamadun India.Taj Mahal adalah seni bina tamadun ini yang masih terkenal sehingga hari ini.Taj Mahal dibina oleh Shah Jehan pada tahun 1633 bagi memperingati isteri kelimanya iaitu Muntaz Ul Zaman.Ia dibina menggunakan marmar berwarna putih.bermozek,batu-batu permata.Ia dibina selama 17 tahun dengan tenaga kerja 20 ribu orang pada mulanya dan ianya merupakan permata seni bina Islam.Ia mempunyai 4 menara bagi menghiasi setiap penjuru Taj Mahal.Ia di bina di hujung taman yang luas yang berbentuk lengkungan.Ayat Al-Quran mmenjadi hiasan di dinding-dinding.Seni bina ang seterusnya ialah Agra Fort yang di bina ketika pemerintahan Maharaja Mogul.Ia merupakan kubu yang berkuasa yang mengelilingi Taj Mahal dan mempunai 2 pintu iaitu Pintu Delbi dan Amar Singh Gut.Benteng dikelilingi oleh istana-istana yang mewah contohnya ialah Jenghagiri Mahal (1565-1569).Seterusnay ialah menara Octagon.Ia mempunyai unjuran joroka pada arah timur.Shah Jehan juga membina Garden Of Grapes (1637).Akhir sekali,Masjid di Agra Fort direka khas untuk mahkamah wanita.Berdekatan dengan masjid,hanya peniaga wanita sahaja yang boleh menjual barang.Kesimpulannya,seni bina di Tamadun India amatlah terkenal dan ianya masih kekal sehingga hari ini.
|
|
|
Post by nikadleena on Dec 21, 2015 13:18:52 GMT
NIK NUR ADLEENA BT NIK MOHD KAMIL 2015229638 DS240-B
REFLEKSI 2
Pencapaian Tamadun India
-pertanian ke-2 terbesar di dunia -kekuatan tentera ke-2 terbesar di dunia -perkembangan IT paling pesat -ciri perancangan bandar yang sistematik; Bandar Harappa
Suasana Tamadun India (lampau dan kini)
-20 bandar utama -13 sungai utama -dikelilingi 3 laut besar iaitu Laut India, Laut Arab dan Teluk Benggala
Faktor perkembangan Tamadun India:
-teknologi yang maju -keteguhan sosial -kepimpinan yang mantap
|
|
fatin
New Member
Posts: 8
|
Post by fatin on Dec 21, 2015 14:04:46 GMT
Nur Fatin Faqhira binti Jalani 2015418678 DS240 Group A
REFLEKSI 1
Sumbangan dalam seni bina dan pengaruh Islam
Pencapaian kemuncak seni bina pada Zaman Moghul ialah zaman pemerintahan Akhbar. Baginda ialah penaung kepada perkembangan seni bina di India yang juga menggabungkan seni bina Hindu dan Muslim. Shah Jahan, pemerintah Zaman Moghul yang amat meminati bidang seni bina. Bidang seni bina mencapai kemuncaknya pada zaman pemerintahan baginda. Bangunan yang terkenal iaitu Taj Mahal dibina atas arahan Shah Jahan untuk memperingati isteri kesayangannya, Mumtaz Mahal yang merupakan satu keajaiban dunia.
Taj Mahal berbentuk oktagen dan dibina di atas podium (pentas) batu marmar putih. Bangunan ini mempunyai empat menara di empat penjuru podium. Bangunan ini juga mempunyai bilik yang terbahagi kepada lapan bahagian dengan ukiran marmar kaca pada makam Shah Jahan dan isterinya. Proses pembinaan bangunan ini telah melibatkan 20000 buruh yang kebanyakkan terdiri daripada orang Asia. Seni bina bangunan ini direka oleh arkitek Parsi, Ustad Isa Khan Effendi dan anak muridnya, Ahmad Ustad. Kubahnya direka bentuk oleh Ismail Khan.
Perbezaan seni bina di setiap zaman
zaman gupta - berbentuk segi 4 bagi yang beragama Hindu manakala bagi yang beragama Buddha , seni bina mereka berbentuk bulat . kuil dibina untuk menyebarkan agama . zaman maurya - tiang asoka merupakan kemegahan pada zaman ini . Mereka juga mendirikan kuil di dalam gua kerana dipengaruhi agama Buddha . zaman chola - kuil Brigathiswarar . Keunikan bangunan ini kekal misteri . zaman Vedik - kuil Dua di Bhaja . Bangunan keagamaan banyak diubah oleh orang beragama Buddha .
REFLEKSI 2
pencapaian tamadun
Astronomi atau falak adalah salah satu ilmu sains yang berkembang pesat pada zaman keagungan tamadun Islam. Pencapaian cemerlang umat Islam dalam bidang astronomi terutamanya pada zaman Abbasiyyah begitu hebat kerana terdapat banyak makmal-makmal astronomi khususnya di bandar-bandar besar seperti di Baghdad.
Umat Islam berjaya menghasilkan kaedah-kaedah pengiraan dan jadual-jadual (zij) yang amat berguna dalam bidang astronomi. Malah satu pencapaian yang cukup membanggakan adalah kejayaan umat Islam mencipta ‘asturlab’, iaitu alat peneropong bintang.
Antara tokoh yang hebat dalam bidang astronomi adalah Ibrahim al-Fazari al-Munajjam (777M). Beliau tela menghasilkan buku-buku panduan yang membantu ahli falak dalam usaha mempertingkatkan kajian bidang astronomi. Antara buku ilmiah dalam bidang astronomi hasil tulisan Ibrahim al-Fazari al-Munajjam adalah Kitab al-Qasidah Fi ‘Ilm al-Nujum, Kitab al-Miqyas lil Ziwal dan Kitab al-Zij `Ala Sini al-`Arab. Beliau juga banyak menghasilkan jadual-jadual yang sangat berguna dalam bidang ilmu falak.
Pencapaian dalam Bidang Seni
Seni dan kehidupan masyarakat India tidak pernah dapat dipisahkan. Tamadun India telah mencapai kecemerlangan dalam bidang kesenian yang boleh diringkaskan seperti berikut:
1. Seni halus
2. Tarian
3. Drama
4. Seni bina dan seni ukir
5. Seni lukis
Perbezaan Suasana tamadun lampau dan sekarang
Suasana Tamadun India pada zaman lampau dan zaman kini mempunyai banyak perbezaan.Perbezaan ketara yang dapat dilihat ialah suasana politik iaitu dari segi pemerintahannya;
-Dahulu
Menggunakan sistem feudal (Raja berkuasa mutlak)
-Kini
Menggunakan sistem demokrasi (Mengutamakan mandat dan suara rakyat dalam pemerintahan)
Faktor perkembangan
-Pertambahan penduduk – Perkembangan tamadun awal manusia merupakan satu proses yg berlaku secara beransur-ansur.
Pada peringkat awal, manusia hidup dlm kumpulan2 kecil & menjalankan aktiviti memburu dan mengumpul makanan.
Manusia menjadi semakin bertamadun apabila mereka hidup dlm kumpulan besar, mempunyai penempatan tetap serta menjalankan pelbagai kegiatan seperti bercucuk tanam, menternak, membuat alat2 senjata dan sebagainya.
Kemajuan tamadun berterusan apabila penempatan mereka mengalami proses urbanisasi & berkembang menjadi negara kota yg diperintah oleh seseorang ketua dgn sistem pebtadbiran dan perundangan yg tersusun serta sistem sosial yg teratur.
Secara tidak langsung, wujudnya sebuah masyarakat yg lebih dinamik atau berdaya maju.
Penduduk juga dpt melahirkan idea2 serta ciptaan baru.
Mereka juga mula mengamalkan pengkhususan kerja utk memastikan hasil kerja mereka berkualiti serta dpt dihasilkan dgn cepat.
Kemajuan perlindungan – Punca utama tamadun muncul di lembah2 sungai ialah sungai merupakan tempat yg paling sesuai utk dijadikan kwsn penempatan. Kedudukan lembah2 sungai yg dikelilingi oleh laut & kwsn tinggi menjadikan kwsn tersebut selamat kerana kwsn itu boleh mengurangkan kemungkinan serangan musuh dari luar.
•-Kemajuan teknologi – Penciptaan roda, layar kapal, kain dan tembikar merupakan sebahagian drpd kemajuan teknologi sewaktu perkembangan sesebuah tamadun.
Selain itu, penciptaan alat2 bercucuk tanam seperti cangkul, sabit dan lain2 turut memudahkan penduduk utk bercucuk tanam lalu menyumbang kpd penghasilan makanan yg byk.
Penciptaan alat2 senjata seperti lembing dan pedang turut memudahkan mereka utk melindungi penempatan mereka drpd diserang musuh.
|
|
|
Post by amirulmukminin on Dec 21, 2015 14:18:46 GMT
MUHAMMAD AMIRUL MUKMININ BIN MOHD KHARUZHAR
2015666926
DS240 (GROUP A )
Refleksi 1
Dalam tamadun India, terdapat pelbagai peninggalan senibina yang masih lagi berdiri sehingga zaman ini. Antaranya yang masih lagi berdiri tekuh ialah Taj Mahal dan Masjid Moti. Senibina yang dipengaruhi dari pelbagai aspek ini telah mencerminkan akan bagaimana idea-idea kreatif masyarakat sesebuah tamadun itu dalam membina identiti mereka. Zaman pemerintahahan adalah semasa zaman pemerintahan Raja Asoka.
Senibina pada zaman-zaman tamadun India
- Zaman Gupta : mempunya 4 struktur penting iaitu; Shikara, Vimana, Ratha dan Gopuram.
- Zaman Maurya : Tiang Asoka dimana segala informasi dan undang-undang telah dipahat pada tiang itu untuk dibaca masyarakat
- Zaman Chola : Kuil Brigathiswarar dibina di Tanjavur
- Zaman Vedik : kuil Dua di Bhaja, Ajantha, Ellora dan Mahapallipuram
Pembinaan Taj Mahal yang mengambil masa hampir 17 tahun adalah satu contoh senibina yang dipengaruhi oleh pelbagai tamadun-tamadun Islam dari seluruh dunia. Pembinaan Taj Mahal yang mempunyai keunikan tersendiri adalah antara kesan pertambungan senibina Parsi, Arab dan Turki yang merupakan tamadun Islam. Ayat Al-Quran menjadi hiasan utamanya dan ukiran khat pula menjadi seni huruf utamanya. Taj Mahal yang dihiasi batu marmar telah juga antara pengaruh Islam.
Refleksi 2
Jelaskan pencapaian Tamadun India yang diperolehi dalam pelbagai bidang.
Pencapaian tamadun India dalam pelbagai bidang:
• Negara ke-7 terbesar.
• Terdiri daripada 51000 bandar dan 20 bandar utama.
• Pembangunan IT terpantas di dunia.
• Mempunyai angkatan tentera laut dan udara yang besar.
• Pembekal susu terbesar
Bezakan antara suasana Tamadun India yang lampau dan sekarang.
Perbezaan suasana tamadun India pada zaman dahulu dan sekarang yang paling jelas adalah melalui system pemerintahan. Dahulu tamadun India mengamalkan system feudal namun kini tamadun India mengamalkan system pemerintahan demokrasi.
Pada pandangan anda, apakah faktor perkembangan peradaban india?
Pada pendapat saya, faktor perkembangan peradaban India adalah sumber manusia yang banyak. Penduduknya yang ramai membolehkan tamadun India memajukan diri dalam pelbagai bidang.
|
|
ariffabidin
New Member
Alhamdulillah saya masih boleh beribadat di atas dunia ini.
Posts: 7
|
Post by ariffabidin on Dec 21, 2015 14:19:30 GMT
MUHAMMAD ARIFF BIN ABIDIN 2015430492 DS240 REFLEKSI TAMADUN INDIA
REFEKSI TAMADUN 1: Tamadun India memberikan sunbangan yang besar dalam kesenian seni bina. Salah satu daripada seni bina yang terkenal di India adalah Taj Mahal. Taj Mahal mempunyai seni bina mewah yang terbaik dari dinasti Mughal. Seni bina Mughal menggabungkan seni bina Parsi, turki, India dan Islam serta dikatakan "Permata Seni Bina islam". Oleh itu, kesan pertembungan seni bina Turki, Parsi dan Arab yang merupakan negara Islam memebawa kepada beberapa pengaruh Islam ke atas perkembangan dan kemajuan seni bina taj mahal di India. antaranya adalah:
1). Pembinaan 4 menara yang lebih kurang 46m yang menghiasi setiap penjuru. In adalah antara ciri seni bina Islam yang berunsurkan binaan menara yang tinggi. 2). Taj mahal didirikan di hujung sebuah taman yang luar dengan pintu masuk berbentuk lengkungan yang menawan yang menerupai sebuah masjid. 3). Menerupai corak hiasan seni bina islam. Ini dapat dibuktikan dengan seni bina Taj mahal yang mempunyai hiasan berunsurkan jambangan bunga dan geometri, dimana ia mencerminkan simbolik antara alam sekitar dan tanda-tanda keagungan tuhan. 4). Ayat al-Quran menjadi hiasan utama Taj Mahal dan ukiran huruf khat thuluth islam yang menjadi seni bina huruf utama Taj mahal.
Terdapat perbezaan seni bina bagi satiap zaman di India, iaitu:
1) ZAMAN GUPTA Binaan kuil penting untuk penyebaran agama. Selain itu, seni bina dan seni ukir telah mencapai kegemilangannya. Agama hindhu, mementingkan simbol empat segi manakala agama buddha pula menggunakan simbol lebih kepada condong kepada bentuk bulat. Akhir sekali, terdapat empat struktur penting iaitu Shikara(bentuk kereta kuda orang Aryan), Vimara( kuil yang berbentuk pencampuran pyramid bertingkat), Ratha(batu tunggak diukir menjadi batu binatang), Gopuram(menandakan pintu masuk utama ke kuil).
2) ZAMAN MAURYA Seni bina berkembang maju dan tiang Asoka merupakan simbol kemegahan.
3) ZAMAN CHOLA Kuil Brigasthiswarar dibina di Thanjavur menunjukkan keunikan corak seni bina.
4) ZAMAN VEDIK Terdapat banyak bangunan keagamaan diubahsuai oleh orang-orang agama Buddha( semasa pemerintahan Maharaja Asoka ).Contohnya , di Bhaja , Ajantha , Ellora dan Mahapallipuram.
REFLEKSI TAMADUN 2:
Antara pencapaian tamadun India yang diperoleh dalam pelbagai bidang -India terdiri dari 5100 bandar dengan 20 bandar utama. -Negara ini juga merupakan negara yang mempunyai pembangun IT terpantas di dunia. -Mempunyai angkatan tentera terbesar begitu juga dengan pasukan tentera laut dan udara mereka. -Ekonomi India pula diiktiraf sebagai yang ke-3 terbesar dan dapat dibuktikan apabila India juga dikatakan sebagai negara terbesar yang membuat pembelian barangan kemas. -17 bahasa utama digunakan dan merupakan negara yang paling menggunakan bahasa Inggeris. -Aktiviti pertanian terbesar terutamanya pengeluaran susu dan mangga.
Perbezaan antara suasana Tamadun India yang lampau dan sekarang adalah melalui sistem pemerintahan. Dahulu, sistem feudal atau raja berkuasa mutlak dipraktikkan, manakala pada zaman sekarang, India merupakan antara negara terbesar menggunakan sistem pemerintahan demokrasi.
|
|