aifa
New Member
Posts: 8
|
Post by aifa on Dec 21, 2015 13:57:11 GMT
NUR ILYANA AIFA BT AZIZ (2015408576)
DS240 (GROUP A)
PERSAMAAN TAMADUN INDIA DAN TAMADUN ISLAM
- Semasa berlangsungnya perkahwinan, pengantin perempuan akan memakai inai
- Sebelum berkahwin, pihak lelaki akan datang merisik pihak perempuan terlebih dahulu
PERBEZAAN TAMADUN INDIA DAN TAMADUN ISLAM
- Dalam Tamadun India, terdapat empat peringkat kehidupan yang dibahagian mengikut umur. Kita dapat lihat bahawa nilai ketuhanan dalam Tamadun India dititikberatkan semasa mereka sudah tua. Ini amat berbeza dengan Tamadun Islam di mana mereka wajib beriman kepada Allah SWT sepanjang hidup mereka.
- Dalam Tamadun India, terdapat sistem kasta iaitu sistem yang membahagikan masyarakat. Ini berbeza dengan Tamadun Islam di mana semua masyarakatnya dianggap setaraf serta dilayan sama rata.
SUMBANGAN MAHATMA GHANDI
- Menarik rakyat jelata untuk terlibat dalam politik. Kesannya politik india berkembang pesat.
- Memperkenalkan cara perjuangan yang tidak menggunakan kekerasan.
- Menjalinkan hubungan orang Islam dengan orang Hindu melalui Gerakan Khilafat.
- Memimpin Kongres kebangsaan India dari bersifat elit kepada sifat terbuka menarik masyarakat Hindu Islam dan Budishsm
SUMBANGAN MAHMUD GHAZNI
- Memperkenalkan pemerintahan ketenteraan
- Lebih menumpukan penundukan dan dakwah dalam pentadbirannya berbanding penaklukan semata-mata
- Memperkemaskan pasukan tentera dengan semangat jihad serta ilmu pertahanan yang tinggi
- Pembinaan pusat keagamaan untuk penyebaran dakwah
DOKTRIN KEPERCAYAAN TAMADUN INDIA
- Kepercayaan tamadun India terbahagi kepada kepercayaan kepada kuasa agung, doktrin karma serta kesempurnaan rohani
- Kepercayaan kepada kuasa agung: Kuasa agung meliputi tiga perkara kekal iaitu tuhan, roh atau jiwa dan kejahilan atau perkara-perkara yang berkaitan dengan hal-hal keduniaan. Tuhan merupakan elemen kekal yang mempunyai kuasa dan kebenaran yang mutlak. Tamadun India mempunyai satu Tuhan tetapi boleh disembah dalam pelbagai bentuk.
- Masyarakat Islam diwajibkan untuk menyembah Allah SWT yang Maha Esa dan Allah SWT tidak boleh disembah dalam pelbagai bentuk.
- Doktrin karma: Karma bermaksud tidakan-tindakan dalam kehidupan dahulu akan menentukan kehidupan akan datang manakala doktrin bermaksud kepercayaan kepada roh merupakan elemen kekal abadi. Karma menekankan rasa bertanggungjawab dan melaksanakan nilai-nilai yang baik.
- Konsep ini lebih kurang sama dengan konsep Islam di mana semua penganutnya akan disoal setiap amalan mereka semasa di dunia pada hari akhirat.
- Kesempurnaan rohani: bermaksud perbuatan baik yang sangat mulia dan mempunyai kedudukan yang tinggi. Tiga jalan untuk mencapai kesempurnaan tersebut ialah melalui Karma Yoga (aktiviti pengasingan diri atau berjasa kepada masyarakat), Bhakti Yoga (memilih jalan berbuat kebajikan dan kebaikan sebanyak mungkin) serta Jnana Yoga (menggunakan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan, mengamalkan tatatertib agama yang sangat ketat)
- Semua umat Islam diwajibkan untuk berbuat baik kepada manusia, haiwan serta alam.
|
|
fatin
New Member
Posts: 8
|
Post by fatin on Dec 21, 2015 14:18:07 GMT
Nur fatin Faqhira binti Jalani 2015418678 DS240 Group A
Persamaan budaya India dengan Melayu ialah :
• Adat perkahwinan – adat berinai yang sama antara India dan Melayu apabila mereka melangsungkan perkahwinan. Sebelum berkahwin, orang India akan merisik terlebih dahulu dan begitu juga orang Melayu.
• Majlis perkahwinan India dan Melayu akan diadakan di rumah pengantin lelaki.
Perbezaan budaya India dengan Melayu ialah :
• India juga sebelum berkahwin, mereka akan merisik, meminang dan bertunang, sama seperti Melayu. Tetapi, niat mereka lakukan perkara itu adalah berbeza.
• India = cara merisik melalui pertanyaan saudara/rakan
• Melayu= cara merisik dengan ‘meninjau’
• India = meminang untuk mengeratkan hubung kekeluargaan
• Melayu = meminang untuk menyatakan tujuan utama mereka.
• India = adat bertunang, hantaran hanya dilakukan oleh cumanggali sahaja.
• Melayu = hantaran agak unik untuk bertunang.
Sumbangan Mahatma Gandhi dan Mahmud Ghazni kepada masyarakat India.
MAHATMA GANDHI
• Idea nasionalisme tidak ketara lagi untuk mendapatkan kemerdekaan
• Menyediakan ruang yg penting untuk golongan pertengahan.- 1905 Peristiwa Benggal Partition mempengaruhi pemikiran orang Islam. Pemisahan Benggalmemberi kesan yg lebih bagi orang Islam dari sudut politik
• Gandhi melihat masyarakat yg tertinggal- bawahan golongan anak tuhan (orang luar kasta). pada abad ke 19 kasta menjadi amalan yg kuat dipegang. Kongres Kebangsaan India mampu bergerak sebagai wadah yg penting di India-elit. Gandhi mula terbabit dalam politik India -iaitu dari gerakan Khilafat (1918-1921)
• Gandhi lancarkan Sathyagraha di India untuk mendapatkan ruang yg besar dalam aktivitiekonomi, politik dan social.
• Gandhi berjaya membawa masyarakat Hindu dan Islam ke tahap perkembangan yg begitu penting.
• Era 1920-an sebagai era Gandhi 1920 – 1940-an era Gandhi sebagai medium untuk berhubung dengan British.
MAHMUD GHAZNI
• Meneruskan kegemilangan Kerajaan Sabaktigin.
• Kejayaan mAhmud menawan Khurasan ini telah menyebabkan Khalifah Abbasiyah di Baghdad mengiktiraf beliau sebagai pemerintah yang berkuasa di Khirasan dan kawasan timurnya.
• membina beberapa buah benteng besar dan parit panjang disekitar kota Ghazna. Benteng besar dan parit panjang ini adalah bertujuan untuk melindungi kota Ghazna daripada serangan pihak luar.
• Tindakan pertama yang diambil oleh beliau ialah menyerang bandar-bandar sempadan di sekitar Genting Khaibar.
Nilai-Nilai dan Etika Utama (Doktrin kepercayaan masyarakat India)
• Kepercayaan kepada Kuasa agung.
• 3 perkara kekal iaitu tuhan, roh atau jiwa dan kejahilan/berkaitan dengan hal-hal keduniaan.
• Tuhan – Elemen kekal punyai kuasa dan kebenaran mutlak.
• 3 Peranan utama iaitu mencipta, memelihara dan membinasakan.
• Tradisi Hindu – Brahman/aryan, Brahma, Vishnu, Thirumal, Utiran/Aran. (Tuhan Panca Kiruthiyam)
• Tuhan satu tetapi ia boleh disembah dalam pelbagai bentuk.
• Doktrin Karma. Karma – tindakan-tindakan dalam kehidupan dahulu akan menentukan kehidupan akan datang.
• Doktrin – Kepercayaan kepada roh merupakan elemen kekal abadi.
• Ada punya karma dan papa karma.
• Karma menekankan rasa bertanggungjawab dan melaksanakan nilai-nilai baik.
• Kesempurnaan Rohani- Perbuatan baik sangat mulia dan kedudukan tinggi.
• 3 jalan mencapai kesempurnaan iaitu Karma Yoga, Bhakti Yoga dan Jnana Yoga.
• Karma Yoga – Aktiviti mengasingkan diri atau membuat jasa kepada masyarakat.
• Bhakti Yoga – Memilih jalan bebrbuat kebajikan dan kebaikan sebanyak mungkin.
• Jnana Yoga – menggunakan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan. Mengamalkan tatatertib agama yang sangat ketat.
Perbandingan dengan cara hidup dan kepercyaan Islam.
• Islam merupakan agama yg berlandaskan cara hidup yg berteraskan kpd keesaan Allah, rukun Islam, rukun iman serta mengenengahkan hubungan baik antara manusia dengan manusia dan manusia dengan Allah.
• Dalam Islam juga terdapat konsep pahala dosa, syurga neraka, dunia akhirat serta percaya kepada semua kejadian ada penciptanya iaitu Allah swt.
• Selain itu, Islam juga mengamalkan konsep assyumul dlm pelbagai aspek yang merangkumi semua bidang kehidupan sama ada politik, ekonomi, social, budaya dan pemikiran Islam sebagai satu cara hidup.
• Islam juga mementingkan akidah dan syariah yg menjadi teras dlm kehidupan penganutnya.
• Islam mula berkembang pesat di Asia Tenggara menjelang abad ke-12 dan bertapak di Filipina, Indonesia, Brunei, burma, siam dan Indo-China. Islam memiliki tpk dan kedudukan yg kukuh di AT. Msyarakat Islam telah memiliki satu system politik dan pemerintahan yg kukuh dan sistematik, satu system perundangan yg berlandaskan ajaran islam, system ekonomi yang baik dan system social yg dinamik. Misalnya dlm konteks pemerintahan berlaku perubahan dimana raja mula dianggap sbg pemegang amanah allah dan memiliki kedudukan yg tinggi.
• Selain itu, raja juga dipercayai memiliki keramat dan daulat dimana rakyat yg engkar akan perintah raja akan ditimpa tulah. Istilah raja juga diubah kpd sultan.
• Penasihat sultan yg sblm ini digelar Brahmin tlh diubah kpd ulama dan mufti. Dlm aspek ekonomi, sistem ekonomi berlandaskan hukum syarak diamalkan di mana amalan riba adalah dilarang.Manakala dalam konteks perundgan, undang2 islam tlh memainkan peranan yg ptg dlm menentukan perjlnan hidup mskt agar mengikut landasan yg dittpkan.
|
|
|
Post by amirulmukminin on Dec 21, 2015 14:33:10 GMT
MUHAMMAD AMIRUL MUKMININ BIN MOHD KHARUZHAR
2015666926
DS240 (GROUP A )
Aspek aspek persamaan dan perbezaan budaya yang terdapat dalam tamadun India dan Islam?
PERSAMAAN
Kedua-duanya mementingkan sistem kekeluargaan. Kekeluargaan tamadun india terbahagi kepada empat iaitu brahmacarya, grahasta, vanaprasta dan sannyasa. Selain itu, kedua-dua tamadun juga percaya bahawa alam sekitar perlu dipelihara. Di dalam apa jua situasi, alam sekitar perlulah dipelihara dengan baik dan jangan dimusnahkan.
PERBEZAAN
Tamadun islam beriman kepada Allah SWT dan mempercayai Nabi Muhammad selain kitab AlQuran dijadikan kitab panduan.Tamadun India pula mengamalkan politheisme iaitu kepercayaan kepada lebih satu tuhan dan mempunyai kitab seperti Veda,Mahabharata dan Ramayana.Seterusnya, tamadun India mengamalkan sistem kasta yang mempunyai peraturan yang tersendiri manakala tamadun Islam menyamakan taraf umat tanpa mengenal agama bangsa pangkat dan harta.
Bincangkan sumbangan Mahatma Ghandi dan Mahmud Ghazni kepada masyarakat India.
Mahatma Ghandi
Antara sumbangan mahatma Ghandi ialah dapat menarik minat rakyat jelata terlibat dalam bidang politik dan kesannya politik India berkembang dengan pesat. Seterusnya,beliau mengajar cara perjuangan dan bukannya kekerasan dan juga menjalinkan hubungan antara Gerakkan Khalifat. Gerakan Khilafat adalah sebuah pergolakan kaum muslim di India. Beliau juga memipin Kongres Kebangsaan India ,
Mahmud Ghazni
Mahmud ghazni berperanan dalam menyebarkan syiar Islam.Beliau menjadi pengembang ilmu pengetahuan dan kebudayaan Islam dan menghapuskan berhala. Beliau juga merupakan pembina banteng besar dan parit panjang di sekitar kota Ghanza bagi melindungi kota tersebut dari serangan luar .
|
|
|
Post by fitrahzaulkapri on Dec 21, 2015 14:42:41 GMT
NUR FITRAH BT. ZAUL KAPRI (DS240) (2015429102) (GROUP A)
BICARA TAMADUN INDIA
1) Persamaan budaya India dengan Islam:
• Adat perkahwinan: adat berinai merupakan adat sebelum melangsungkan perkahwinan. Adat merisik turut merupakan persamaan antara budaya India dengan budaya Melayu sebelum berkahwin dan sebelum mendapat persetujuaan kedua- dua belah pihak. Adat bersanding di atas pelamin turut menjadi persamaan. Tetapi jika mengikut Islam cukup sekadar jamuan makan-makan untuk mewar-warkan perkahwinan tersebut.
Perbezaan budaya India dengan budaya Islam:
• Tamadun Islam menekankan ikatan masyarakat bukan setakat sesama kerabat tetapi sesama agama dan sesama manusia (orang Islam dan bukan Islam).Islam turut mementingkan ikatan kasih sayang, bertolak ansur ketika berhubungan dalam masyarakat dan golongan lelaki dan wanita dilayan sama rata( egalitarian).Tidak wujud kelas hamba kerana semua adalah manusia dan takwa yang membezakan manusia.
• Tamadun India pula menyatakan masyarakat juga memainkan peranan penting dalam perkembangan tamadun. Berbeza dengan tamadun lain,masyarakat dalam tamadun India mempunyai peraturan-peraturan yang ketat. Turut mempunyai sistem sosial dalam masyarakat iaitu sistem kasta yang rigid dan penentuan kasta diwarisi oleh nenek moyang. Pada zaman awal perkembangan Tamadun India, sistem kasta tentukan pekerjaan dan layanan kepada individu dan mempengaruhi semua aktiviti.
2) Bincangkan sumbangan Mahatma Gandhi dan Mahmud Ghazni kepada masyarakat India. Huraikan doktrin kepercayaan masyarakat India dengan membuat perbandingan tentang cara hidup dan kepercayaan Islam.
Mahatma Gandhi
• Menyediakan ruang yang penting untuk golongan pertengahan.
• Mahatma Ghandi telah menggunakan method perjuangan secara tidak kekerasan yang dikenali dengan konsep Sathyagraha sehingga memaksa British akur dengan golongan yang berjuang tanpa menggunakan senjata.
• Gandhi lancarkan perarakan garam. Garam yang telah dimonopoli oleh British telah mengadakan cukai garam yang tinggi. Perarakan telah membawa simbol yang besar dalam politik India untuk keupayaan Gandhi menarik sokongan massa. Beribu-beribu orang berjalan dan berhenti untuk menunjukkan perasaan orang India. Garam diberi percuma kepada masyarakat India.
• Gerakan perjuangan Gandhi adalah perlawanan tanpa kekerasan (satyagraha) iaitu ahimsa (gerakan yang melarang pembunuhan), satyagraha (untuk tidak bekerjasama dengan penjajah), hartal (pemogokan, tidak berbuat apa-apa termasuk datang ke tempat kerja), dan swadesi (menggunakan produksi sendiri). Gerakan perjuangan kemerdekaan ini dipimpin Gandhi sejak tahun 1915 sampai tahun 1947. Kemerdekaan yang diperoleh India pada 1947 bukanlah kemenangan militer tapi kemenangan atas nama kemanusiaan.
Mahmud Ghazni
• Dalam usaha untuk menguasai India, Mahmud telah mengambil beberapa tindakan. Antaranya ialah dengan membina beberapa buah benteng besar dan parit panjang disekitar kota Ghazna. Benteng besar dan parit panjang ini adalah bertujuan untuk melindungi kota Ghazna daripada serangan pihak luar. Mahmud Ghaznawi juga telah meneruskan usaha bapanya untuk memperluaskan kuasa ke India
• Selepas mengalahkan Jaipal, beliau telah bergerak dan menyerang Bhatia. Serangan ini adalah kerana pemerintahnya enggan membayar ufti. Selepas menyerang Bhatia, beliau telah bergerak ke Multan yang mana terdapatnya golongan Qaramitah, iaitu salah satu daripada mazhab Syiah yang melampau. Golongan ini walaupun menganggap diri mereka ini Islam tetapi mengamalkan amalan yang bertentangan dengan akidah Islam. Mahmud mengambil tindakan ini adalah bertujuan untuk menyekat menularnya ajaran Qaramitah yang akan mencemarkan kesucian Islam.
• Mahmud Ghaznawi juga telah melihat perluasan Islam sebagai gerakan jihad untuk menentang musuh agama. Perluasan kuasa ini adalah untuk memartabatkan Islam sebagai polisi pentadbiran.
• Pemerintahan Mahmud dapat diterima oleh orang-orang Hindu. Dalam masa pemerintahan beliau dan puteranya, Mas’ud, perhubungan Islam-Hindu agak baik. Tidak seperti yang digambarkan oleh Mukherjee dalam bukunya History of India. Orang-orang Hindu tidak ditindas di bawah pemerintahan Ghaznawi. Sebagai contoh, semasa pemerintahan Mas’ud baginda telah melantik seorang jeneral yang beragama Hindu bernama Tilak sebagai pemerintah wilayah Punjab. Di samping itu, separuh daripada tentera berkuda Mas’ud sendiri adalah terdiri daripada orang-orang yang beragama Hindu.
DOKTRIN DAN NILAI KEMASYARAKATAN
• Kepercayaan kepada Kuasa agung.
• 3 perkara kekal iaitu tuhan, roh atau jiwa dan kejahilan/berkaitan dengan hal-hal keduniaan.
• Tuhan – Elemen kekal punyai kuasa dan kebenaran mutlak.
• 3 Peranan utama iaitu mencipta, memelihara dan membinasakan.
• Tradisi Hindu – Brahman/aryan, Brahma, Vishnu, Thirumal, Utiran/Aran. (Tuhan Panca Kiruthiyam)
• Tuhan satu tetapi ia boleh disembah dalam pelbagai bentuk.
• Doktrin Karma. Karma iaitu tindakan-tindakan dalam kehidupan dahulu akan menentukan kehidupan akan datang.
• Doktrin kepercayaan kepada roh merupakan elemen kekal abadi.
• Karma menekankan rasa bertanggungjawab dan melaksanakan nilai-nilai baik.
• Kesempurnaan rohani dan perbuatan baik sangat mulia dan kedudukan tinggi.
• 3 jalan mencapai kesempurnaan iaitu Karma Yoga, Bhakti Yoga dan Jnana Yoga.
• Karma Yoga – Aktiviti mengasingkan diri atau membuat jasa kepada masyarakat.
• Bhakti Yoga – Memilih jalan berbuat kebajikan dan kebaikan sebanyak mungkin.
• Jnana Yoga – menggunakan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan. Mengamalkan tatatertib agama yang sangat ketat.
Perbandingan dengan cara hidup dan kepercayaan Islam.
• Islam mempercayai bahawa Allah adalah tuhan yang esa. Islam merupakan agama yang berpegang teguh dengan Al-Quran dan hadis serta rukun Iman, rukun Islam. Islam juga menekankan untuk menjaga hubungan baik sesama umat manusia.
• Islam turut mengamalkan konsep dosa, pahala, syurga, dunia akhirat dan percaya dan yakin terhadap semua ciptaan Allah.
• Tamadun Islam tegak atas asas rabbani yang merupakan sebuah tamadun terpimpin dan mengatur perjalanan hidup ke arah merealisasikan tugas taabudiyah kepada penciptanya
• Islam mengamalkan konsep syumul dalam pelbagai aspek merangkumi semua bidang kehidupan termasuk politik, ekonomi, sosial dan budaya.
|
|
|
Post by wanasyraf on Dec 21, 2015 14:45:45 GMT
Nama : Wan Mohamad Asyraf bin Wan Aziz
No matrik : 2015229932 (GROUP A)
Bicara tamadun 1
Antara persamaan antara tamadun Islam dan tamadun India ialah kedua-duanya mementingkan sistem kekeluargaan. Dalam video telah menunjuk sistem kekeluargaan tamadun india yang terbahagi kepada empat iaitu brahmacarya, grahasta, vanaprasta dan sannyasa. Selain itu, kedua-dua tamadun juga percahaya bahawa alam sekitar perlu dipelihara. Di dalam apa jua situasi, alam sekitar perlulah dipelihara dengan baik dan jangan dimusnahkan. Dari segi perbezaan pula, kedua-dua tamadun mempunyai kepercayaan yang sangat bertentangan. Manakala tamadun Islam hanya percaya kepada satu tuhan sahaja iaitu Allah SWT, tamadun India mempunyai banyak tuhan antaranya ialah Brahma, Vishnu dan Siva.
Antara sumbangan Mahatma Gandhi ialah beliau berupaya menarik rakyat jelata iaitu golongan massa termasuk hufcaste untuk terlibat dalam politik. Oleh sebab tindakan beliau, politik India berkembang pesat. Selain itu beliau juga membawa kaedah perjuangan yang berkerasan. Kekuatan Gandhi terletak kepada ideanya. Mahatma Ghandi juga menjalin hubungan orang Muslim dengan Hindu melalui Gerakan Khilafat Memimpin Kongres Kebangsaan India. Bagi sumbangan Mahmud Ghazni pula ialah beliau telah memartabatkan Islam di benua kecil India langsung memperluaskan agama Islam di situ. Semasa zaman pemerintahan beliau jugalah ilmu pengetahuan dan kebudayaan Islam telah berkembang dengan maju.
Doktrin membawa definisi sebagai satu ajaran tentang asas satu aliran keagamaan. Doktrin karma bermaksud semua yang dialami manusia adalah hasil dari tindakan kehidupan masa lalu dan sekarang. Ini amat bertentangan dengan kepercayaan orang Islam yang percaya segalah benda yang berlaku di dunia dan terhadap diri mereka aalah atas sunnatullah, iaitu dengan ketentuan Allah SWT.
|
|
|
Post by khalisyah on Dec 21, 2015 14:46:40 GMT
KHALISYAH CHE HASHIM 2015218708 DS240 A 1. Persamaan dan perbezaan budaya yang terdapat dalam tamadun India dan Islam.PERSAMAAN - Mempercayai konsep ketuhanan - Mengamalkan konsep merisik serta meminang sebelum berkahwin. - Mempercayai bahawa alam sekitar perlu dijaga dan dipelihara dengan baik kerana itu adalah tanggungjawab sebagai manusia. PERBEZAAN
| Tamadun Islam | Tamadun India | Pemakanan | Mengamalkan konsep halal dan haram | Penganut agama Hindu dilarang memakan daging lembu | Ketuhanan | Islam percaya wujudnya satu kuasa pencipta | Percaya kepada pelbagai dewa seperti Brahman, Vishnu dan Siva.
|
2. Sumbangan Mahatma Ghandi dan Mahmd Ghazni kepada masyarakat India .Mahatma Gandhi : - dapat memimpin Kongres Kebangsaan India - dapat menarik minat rakyat jelata untuk terlibat dalam politik dan kesannya politik India berkembag pesat. - mengajar cara perjuangan dan bukannya kekerasan - memberi idea-idea seperti Sathyagraha, Swadesyi, Hind Swaruj dan Ahimsa. - menjalinkan hubungan antara orang Muslim dan Hindu melalui Gerakkan Khalifat. Gerakan Khilafat merupakan sebuah pergolakan kaum muslim di India. Mahmud Ghazni : - Penyebar syiar Islam - Penghapus berhala - Pengembang ilmu pengetahuan dan kebudayaan Islam - Pewujud gelaran Sultan telah digunakan buat pertama kalinya dalam kerajaan Islam di India - Pembina banteng besar dan parit panjang di sekitar kota Ghanza bagi melindungi kota daripada serangan luar.
|
|
|
Post by yusrikuddus on Dec 21, 2015 14:59:56 GMT
AHMAD YUSRI BIN ABD KUDDUS 2015229744 GROUP B DS240 BICARA TAMADUN INDIA
Persamaan dan perbezaan budaya yang terdapat dalam tamadun India dan Islam.
Persamaan:
- Menitikberatkan pemeliharaan alam sekitar.
- Mementingkan institusi kekeluargaan.
-Menekankan pembinaan nilai dan etika yang baik
Perbezaan:
- Agama hindhu menekankan kepentingan hubungan kekeluargaan untuk mencapai keharmonian masyarakat tetapi agama Islam matlamatnya lebih jauh lagi iaitu untuk mendapatkan keredhaan dan keberkatan Allah SWT.
- Manifestasi ketuhanan yang berbeza
Sumbangan Mahatma Gandhi:
Beliau berupaya menarik golongan massa iaitu rakyat jelata termasuk Hufcaste untuk terlibat dalam politik. Kesedaran politik meningkat 1920-an hingga 1940-an Kesannya politik India berkembang pesat. Beliau membawa method perjuangan yg bukan kekerasan. * Konsep Sathyagraha - Kartel 1919. British mempunyai kekuatan untuk kekerasan namun British akur untuk menentang golongan yg tidak bersenjata. Kekuatan Gandhi terletak kepada ideanya. Menjalin hubungan orang Muslim dengan Hindu melalui Gerakan Khilafat Memimpin Kongres Kebangsaan India.dari bersifat elit ke terbuka menarik masyarakat Hindu Islam dan Budishsm
Sumbangan Mahmud Ghazni:
Beliau telah memartabatkan Islam di benua kecil India. Beliau telah memperluaskan Islam di India. Dalam masa pemerintahan Mahmud Ghazni ini juga, perkembangan ilmu pengetahuan dan kebudayaan Islam telah berkembang dengan jayanya.
Doktrin kepercayaan masyarakat India dengan membuat perbandingan tentang cara hidup dan kepercayaan Islam.
3. Doktrin Karma merupakan Karma yang tindakan-tindakan dalam kehidupan dahulu akan menentukan kehidupan akan datang. Doktrin juga merupakan kepercayaan kepada roh merupakan elemen kekal abadi. Hal ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam kerana dalam Islam kita wajib percaya pada Qada’dan Qadar di mana semua telah ditentukan oleh Allah SWT dan setiap balasan itu datangnya daripada Allah SWT.
|
|
|
Post by aimanabukassim on Dec 21, 2015 15:01:21 GMT
AIMAN BIN ABU KASSIM 2015418544 DS240 GROUP B PERSAMAAN- Masyarakat tamadun India dan Islam mengamalkan makanan ruji sebagai makanan harian mereka.
- Percaya bahawa alam sekitar perlu dijaga dan dipelihara dengan baik kerana itu adalah tanggungjawab mereka sebagai manusia.
- Dari segi perkahwinan, masyarakat India mempuna konsep merisik, meminang dan bertunang sebelum perkahwinan.
PERBEZAAN
- Masyarakat tamadun Islam percaya wujudnya kuasa suatu pencipta manakala masyarakat Hindhu(tamadun India) percaya kepada pelbagai dewa seperti Brahman, Vishnu dan Siva.
- Dari segi pemakanan, orang Islam hanya makan yang halal dan tolak makanan haram manakala orang India tiada konsep halal dan haram tetapi tidak dibenarkan memakan daging lembu.
- Dari segi pendidikan, masyarakat tamadun Islam dididik berdasarkan konsep tauhid manakala masyarakat tamadun India transformasi sifat dapat dicapai melalui proses mencari diri sendiri.
Sumbangan Mahatma Gandhi.
- Mahatma Gandhi merupakan tokoh yang mengembangkan nasionalisme di India pada abad ke 19.
- Beliau berupaya menarik golongan massa iaitu rakyat jelata termasuk Hufcaste untuk terlibat dalam politik.
- Kesedaran politik meningkat 1920-an hingga 1940-an ,kesannya politik India berkembang pesat.
- Beliau membawa method perjuangan yg bukan kekerasan.
- British mempunyai kekuatan untuk kekerasan namun British akur untuk menentang golongan yg tidak bersenjata.
- Kekuatan Gandhi terletak kepada ideanya.
- Beliau menjalinkan hubungan orang Muslim dengan Hindu melalui Gerakan Khilafat Beliau juga memimpin Kongres Kebangsaan Indi dari bersifat elit ke terbuka menarik masyarakat Hindu Islam dan Buddhism.
- Kesan Perang Dunia Pertama, ekonomi India jatuh.
- Maka Gandhi melihat ekonomi cukup hidup penting. Beliau menekankan barangan local. Memintal kain kapas untuk berdikari namun tidak praktikal untuk sara hidup sahaja tetapi penting konsep idea Gandhi.
Sumbangan Mahmud Ghazni.
- Mahmud merupakan anak kepada Sabuktigin.
- Beliau lebih terkenal sebagai Mahmud Ghaznawi iaitu mengambil nama pusat pemerintahan kerajaan Ghazna.
- Beliau memperkenalkan gelaran Sultan telah digunakan buat pertama kalinya dalam kerajaan Islam di India.
- Dengan menggunaka gelaran Sultan, gelaran raja yang digunakan sebelum ini meniru kerajaan Hindu telah tidak lagi digunakan.
- Perkataan Sultan itu sendiri membawa maksud ketua dalam Islam yang meletakkan syiar Islam di tempat tertinggi dalam pemerintahan kerajaan Ghazni.
- Beliau mempuyai peranan yang besar dalam menyebarkan syiar Islam di India.
- Selain itu, beliau juga turut menjalankan dasar perluasan kuasa.
- Beliau juga telah memperluaskan pengaruh Islam di Benua Kecil India.
- Dalam masa pemerintahan Mahmud ini juga, perkembangan ilmu pengatahuan dan kebudayaan Islam telah berkembang dengan jayanya.
Doktrin Karma islah kepercayaan kepada roh adalah elemen kekal selama lamanya serta perbuatan terdahulu akan menentukan kehidupan akan datang. Karma menitikberatkan rasa tanggungjawab dan nilai-nilai yang baik. Perkara ini haram didalam Islam. Kita mementingkan konsep tauhid dan rukun Iman. Segala perbuatan akan ditimbang di hari akhirat.
[/ul][/ul][/ul]
|
|
|
Post by nusrazakaria on Dec 21, 2015 15:05:28 GMT
Nusra Binti Zakaria 2015441528 DS240B(KUMP B)
PERSAMAAN BUDAYA ISLAM DAN INDIA: -Kedua-duanya menitikberatkan adab dan sifat yang baik seperti menghormati ibubapa dan orang yang lebih tua. -Kedua-dua tamadun mempercayai konsep ketuhanan -mempunyai sistem ketenteraan yang baik dan kukuh -Melakukan aktiviti perniagaan dan perdagangan bagi memajukan ekonomi . -melakukan aktiviti penyebaran agama -menitikberatkan ilmu dalam kehidupan -tidak terlalu leka dengan duniawi. -Keluarga sebagai watak utama bagi membentuk jati diri anak-anak yang baik dan terpelihara.
PERBEZAAN BUDAYA TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN INDIA:
-Sistem Kekeluargaan Islam berasaskan apa yang terkandung di dalam Al-Quran. Manakala, India mengamalkan sistem keluargaan berperingkat seperti Brahmacarya, Grahasta, Vanaprasta dan Sanyasa. Setiap peringkat mempunyai peranan yang berbeza untuk dilaksanakan.
-Islam mempunyai makanan yang tertentu yang halal dimakan dan ada juga sebahagian makanan tertentu yang haram dimakan kecuali sewaktu darurat sebagai salah satu cara untuk meneruskan kelangsungan hidup.. Manakala, India hanya dilarang memakan daging lembu kerana mempercayai bahawa lembu ialah Tuhan mereka dan perlu disembah , bukan dimakan.
-Islam mengamalkan konsep tauhid kepada Allah. Manakala ,India menumpukan pada sistem doktrin (tunjang agama atau kepercayaan agama dijadikan sebagai undang-undang).
-Islam menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan utama. Manakala, Kitab Veda dijadikan panduan oleh masyarakat India
-Islam mengamalkan konsep sama rata di antara semua penganutnya tetapi India mengamalkan sistem kasta dimana masyarakat dibahagikan mengikut taraf kehidupan.
SUMBANGAN MAHATMA GHANDI:
- beliau telah membentuk sebuah gerakan bukan kekerasan untuk menentang diskriminasi warna kulit
-Menyokong org Islam kerana tanpa kerjasama akan menimbulkan perpecahan.
-Berjaya membawa masyarakat Hindu dan Islam kearah perkembangan yang penting
-Menjalinkan hubungan org Muslim dan Hindu dengan Gerakan Khilafat
-Memimpin Kongres Kebangasaan India dari sifat elit ke terbuka menarik masyarakat Hindu Islam dan Buddihism.
SUMBANGAN MAHMUD GHAZNI: -Menggerakkan pemerintahannya untuk mengukuhkan kuasa kerajaan Ghazni.
daripada serangan pihak luar. -Menggunakan gelaran Sultan pertama kali di India -Membina beberapa buah benteng besar dan parit panjang disekitar kota Ghaznauntuk melindungi kota Ghazna -Meluaskan pengaruh Islam di Benua Kecil India.
-Perluasan kuasa ini adalah usaha untuk menyebarkan Islam lebih mendalam di daerah-daerah India supaya berada dibawah pengaruh kerajaan Ghazni.
-Memperluaskan kuasa bertujuan untuk menjamin keutuhan serta kestabilan politik dan ketenteraman demi memastikan keselamaan pemerintahan Islam.
-berjaya menawan Nagarkot pada tahun 1009 Masihi.
-Serangan yang dilakukan oleh Sultan Mahmud Ghaznawi dan tenteranya telah berjaya melumpuhkan pertahanan kuasa-kuasa Hindu
Doktrin kepercayaan masyarakat India adalah tunjang kepercayaan kpd sesebuah agama dan kepercayaan itu menjadi undang-undang yg perlu dipatuhi oleh penganut dan pengamalnya. Ini amat berbeza dengan masyarakat Islam yang mengamalkan konsep tauhid kepada Allah.Sebagai umat Islam , kita seppatutnya menerima ketentuan Allah dengan hati yang ikhlas kerana ingatlah ‘ boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik bagimu , dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk bagimu’.
|
|
|
Post by daslianah on Dec 21, 2015 15:08:14 GMT
Daslianah binti Daslam 2015428382 DS240 Group A
Persamaan dan perbezaan budaya yang terdapat dalam tamadun India dan Islam.
Antara persamaan yang terdapat dalam tamadun India dan Islam ialah mementingkan institusi kekeluargaan iaitu pembinaan keluarga yang mempunyai matlamat untuk membentuk sistem sokongan yang berbentuk fizikal & kerohanian serta penerus keturunan. Selain itu persamaan juga dapat dilihat melalui adat perkahwinan iaitu mengamalkan adat berinai dalam majlis perkahwinan dan meraikan perayaan/majlis secara beramai-ramai.
Antara perbezaan antara tamadun India dan Islam ialah konsep ketuhanan dalam tamadun Islam adalah tauhid manakala pelbagai dewa atau Tuhan. Tamadun India mengamalkan sisitem kasta mnakala Tamadun Islam tiada perbezaan taraf diantara manusia atau umat islam di muka bumi. Tamadun India mempunyai spesifikasi mengenai umur seperti Brahmacarya (daripada kecil hingga usia 24 tahun) Crahasta (daripada 24 tahun hingga 48 tahun), Vanaprasta (daripada umur 48 hingga 72 tahun) dan Sannyasa (umur 72 hingga meninggal dunia). Manakala tamadun Islam perjalanan hidup tidak dispesifikasikan mengikut umur.
Sumbangan Mahatma Ghandi dan Mahmud Ghazni.
Mahatma Ghandi
Antara sumbangan beliau ialah usaha menyemarakkan nasionalis dalam kalangan rakyat India ialah dengan menyatutupadukan orang Hindu dengan orang Islam. Ghandi telah memainkan peranan dengan menyokong gerakan ini untuk penyatuan masyarakat Hindu-Islam untuk mendapatkan kemerdekaan India. Ghandi telah memainkan peranan dengan menyokong gerakan ini untuk penyatuan masyarakat Hindu-Islam untuk mendapatkan kemerdekaan India. Beliau turut memperjuangan hak golongan bawahan seperti Harijan iaitu golongan yang tidak boleh disentuh yang mana menurut beliau sebagai ketidakadilan sosial. Antara idea-idea Gandhi, Sathyagraha(taktik corak perjuangan), Swadesyi(kesederhanaan bagi menentang kerakusan golongan koprat idea ekonomi), Hind Swaruj(idea politik) dan Ahimsa(pegangan agama). Beliau juga membantu dalam proses kemerdekaan India dari jajahan British .
Mahmud Ghazni
Antara sumbangan beliau ialah mengukuhkan lagi penguasaan kerajaan yang pernah dipimpin oleh ayahandanya iaitu Sabuktigin. Beliau juga telah menumpukan penundukan dan dakwah dalam pentadbirannya berbanding penaklukan semta-mata. Beliau memperkenalkan sistem ketenteraan dan memperkemaskan pasukan tentera dengan semgat jihad yang tinggi. Mahmud Ghaznawi telah memainkan peranan yang sangat besar dalam memartabatkan Islam di Benua Kecil India. Beliau membina infrastruktur-infrastuktur seperti sekolah, masjid, perpustakaan dan sebuah universiti telah dibina di Ghazna.
Doktirin kepercayaan masyarakat india dengan membuat perbandingan tentang cara hidup dan kepercayaan Islam.
India
-Doktrin Karma iaitu balasan setimpal diberikan berdasarkan tingkah laku atau perlakuan manusia.. Karma ialah tindakan-tindakan dalam kehidupan dahulu akan menentukan kehidupan akan datang.
Islam
- Umat Islam percaya kepada hari akhirat di mana setiap manusia yang mati akan dihidupkan semula untuk dihisab serta percaya kepada rukun Islam dan rukun Iman
|
|
|
Post by nikadleena on Dec 21, 2015 15:19:21 GMT
NIK NUR ADLEENA BT NIK MOHD KAMIL 2015229638 DS240-B BICARA TAMADUN 1 Perbandingan dari aspek budaya antara Tamadun India dengan Islam
| persamaan | perbezaan | Tamadun India | sistem keluarga | *cara merisik melalui saudara/kawan *meminang untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan *adat bertunang-hantaran hanya dilakukan oleh cumanggali sahaja | Tamadun Islam | dan adat perkahwinan
adat perkahwinan: -adat berinai -merisik -majlis perkahwinan diadakan di rumah pengantin lelaki
| *cara merisik merujuk kepada 'meninjau' *meminang untuk menyatakan tujuan utama *hantaran agak unik untuk bertunang |
|
|
|
Post by naquibbari on Dec 21, 2015 15:20:34 GMT
NAQUIB BIN ABDUL BARI 2015402956 DS240 (GROUP A)
Persamaan dan perbezaan budaya yang terdapat dalam tamadun India dan Islam:
Dari segi sistem keluarga,Brahmacarya (daripada kecil sehingga usia 24 tahun): keutamaan dalam mencari ilmu, disiplin diri dalam mengharungi kehidupan. Grahasta (daripada umur 24-48 tahun): Kehidupan berkuarga/berumahtangga, tugas keluarga mendidik dan membesarkan anak-anak. Vanaprasta ( daripada umur 48-72 tahun): kerohanian dan digalakkan menjadi pertapa dan bermeditasi. Sannyasa (daripada umur 72 - meninggal dunia): menolak kehidupan duniawi, tidak mengutamakan haw nafsu, lebih cenderung kepada kehidupan suci dan kesempurnaan sejati.
Sistem etika Konfusianisme berasaskan pada keluarga yang merupakan institusi sosial yang terulung dalam tamadun China. Sistem kekeluargaan menjadi asas kepada sistem kenegaraan.
Sumbangan Mahatma Gandhi ialah beliau telah memberi sumbangan dalam proses kemerdekaan India dari jajahan British. Beliau membawa method perjuangan yang bukan kekerasan (Konsep Sathyagraha). Menjalin hubungan orang Muslim dengan Hindu melalui Gerakan Khilafat .
Sumbangan Mahmud Ghazni ialah beliau mempunyai peranan yang besar dalam menyebarkan Islam di India. Beliau memperkenalkan gelaran Sultan telah digunakan buat pertama kalinya dalam kerajaan Islam di India . Dengan menggunakan gelaran Sultan, gelaran raja yang digunakan sebelum ini meniru kerajaan Hindu telah tidak lagi digunakan. Dalam masa pemerintahan Mahmud ini juga, perkembangan ilmu pengatahuan dan kebudayaan Islam telah berkembang dengan jayanya .
Doktrin kepercayaan masyarakat India dengan membuat perbandingan tentang cara hidup dan kepercayaan Islam:
Doktrin merupakan kepercayaan kepada terhadap Karma manakala Islam berdasarkan Qada' dan Qadar. Qadha adalah ketentuan atau ketetapan Allah SWT dari sejak zaman azali tentang segala sesuatu yang berkenaan dengan makhluk-Nya. Qadar adalah perwujudan ketetapan (qadha) terhadap segala sesuatu yang berkenaan dengan makhluk-Nya yang telah ada sejak zaman azali sesuai dengan ibadah-Nya. Manakala Karma bermakna berbuat baik berbalas baik, berbuat jahat dibalas jahat. Oleh itu, masyarakat India akan bersifat peramah dan baik hati untuk mengelak benda buruk berlaku.
|
|
|
Post by 2015250356syukri on Dec 21, 2015 15:23:29 GMT
Muhammad Syukri Bin Mohd Kama 2015250356 Group B DS240
Persamaan dan perbezaan budaya yang terdapat dalam tamadun India dan Islam
Persamaan:
- Menekankan pembinaan nilai dan etika yang baik - Mementingkan institusi kekeluargaan. - Menitikberatkan pemeliharaan alam sekitar.
Perbezaan:
- Agama hindhu menekankan kepentingan hubungan kekeluargaan untuk mencapai keharmonian masyarakat tetapi agama Islam matlamatnya lebih jauh lagi iaitu untuk mendapatkan keredhaan dan keberkatan Allah SWT. - Manifestasi ketuhanan yang berbeza
Sumbangan Mahatma Gandhi:
-Beliau berupaya menarik golongan massa iaitu rakyat jelata termasuk Hufcaste untuk terlibat dalam politik. -Kesedaran politik meningkat 1920-an hingga 1940-an Kesannya politik India berkembang pesat. -Beliau membawa method perjuangan yg bukan kekerasan. -Konsep Sathyagraha - Kartel 1919. -Menjalin hubungan orang Muslim dengan Hindu melalui Gerakan Khilafat Memimpin Kongres Kebangsaan India dari bersifat elit ke terbuka menarik masyarakat Hindu Islam dan Budishsm
Sumbangan Mahmud Ghazni:
-Beliau telah memartabatkan Islam di benua kecil India. -Beliau telah memperluaskan Islam di India. Dalam masa pemerintahan Mahmud Ghazni ini juga, perkembangan ilmu pengetahuan dan kebudayaan Islam telah berkembang dengan jayanya.
Doktrin kepercayaan masyarakat India dengan membuat perbandingan tentang cara hidup dan kepercayaan Islam.
3. Doktrin Karma merupakan Karma yang tindakan-tindakan dalam kehidupan dahulu akan menentukan kehidupan akan datang. Doktrin juga merupakan kepercayaan kepada roh merupakan elemen kekal abadi. Hal ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam kerana dalam Islam kita wajib percaya pada Qada’dan Qadar di mana semua telah ditentukan oleh Allah SWT dan setiap balasan itu datangnya daripada Allah SWT.
|
|
|
Post by nadiasyahirah on Dec 21, 2015 15:30:14 GMT
NADIA SYAHIRAH BINTI MOHD NAZRI
2015403058
DS240 (GROUP B)
a) Persamaan dan perbezaan budaya yang terdapat dalam tamadun India dan Islam
Persamaan:
-mempercayai kewujudan tuhan
-mengamalkan konsep kekeluargaan
-menitikberatkan amalan yang baik dan mulia dalam kehidupan seharian
Perbezaan:
-manifestasi ketuhanan yang berbeza
-masyarakat tamadun Islam percaya terhadap akhirat manakala masyarakat tamadun India percaya terhadap konsep kelahiran semula dan karma
-Tamadun Islam tidak mempunyai sistem kelas kerana semua manusia adalah sama manakala tamadun India mengamalkan sistem kasta
b) Bincangkan sumbangan Mahatma Ghandi dan Mahmud Ghazni kepada masyarakat India
Sumbangan Mahatma Gandhi:
-Telah membentuk sebuah gerakan bukan kekerasan untuk menentang diskriminasi warna kulit
-Memberi sumbangan dalam proses kemerdekaan India dari tanah jajahan British
-Tokoh yang bersifat murah hati
Sumbangan Mahmud Ghazni:
-Beliau menyebarkan Islam di India
-Merupakan seorang pemerintah yang gagah, ketua tentera yang paling cekap pada zamannya dan juga merupakan penaung sastera
-Mengembangkan ilmu pengatahuan dan kebudayaan Islam
c) Huraikan doktrin kepercayaan masyarakat India dengan membuat perbandingan tentang cara hidup dan kepercayaan Islam
Doktrin kepercayaan masyarakat India ialah Karma (konsep pembalasan setimpal terhadap perlakuan manusia). Mereka percaya tindakan-tindakan dalam kehidupan dahulu akan menentukan kehidupan akan datang.
Orang Islam beriman kepada Qada’ dan Qadar. Qada’ ialah perkara yang diputuskan oleh Allah SWT terhadap segala makhluknya sama ada dari sudut menciptakannya, menidakannya, atau mengubahnya. Qadar bermaksud perkara yang telah ditetapkan kadarnya oleh Allah SWT semenjak azali, supaya terjadi mengikut ilmu-Nya yang mendahului setiap perkara. Dalam Islam ada menjelaskan tentang kehidupan akhirat (sesiapa yang menurut perintah Allah akan ditempatkan di dalam syurga yang bersifat abadi dan penuh nikmat, manakala bagi yang ingkar akan ditempatkan di neraka tempat bagi pembalasan ke atas segala maksiat yang dibuat di dunia) .
|
|
|
Post by dinafariha on Dec 21, 2015 15:42:34 GMT
Oleh: Dina Fariha Binti Che Ab Ghani (2015485548) Kod Program: DS240 (Sarjana Muda Pembedahan Pergigian) Kumpulan: B
Soalan 1:
#Persamaan
-Aspek Ketuhanan *Percaya akan kewujudan Tuhan
-Aspek Kekeluargaan *Kepentingan setiap keluarga dijaga dan dititikberatkan *Menekankan pembinaan nilai dan etika yang baik
#Perbezaan
-Aspek Ketuhanan *Tamandun Islam: Percaya dan taat pada Tuhan yang Esa (Allah) *Tamadun India: Menyembah banyak Tuhan (Siva,Brahmin& Wisha)
-Aspek Pembahagian Masyrakat *Tamadun Islam: Mengamalkan konsep sama rata *Tamadun India: Mengamalkan sistem kasta (Brahmin,Ksatria,Vaisya,Sudra)
-Aspek Kekeluargaan *Tamadun Islam: Mengikut al-Quran dan as-Sunnah *Tamadun India: Mengamalkan konsep ashrama dharma (Brahmacharya,Grahasta,Vanaprasta,Sannyasa)
Soalan 2:
#Sumbangan Tokoh
-Mahatma Ghandi *Berjaya mengispirasi penduduk India memperjuangkan hak mereka *Berjaya membentuk sebuah gerakan bukan kekerasan bagi menentang diskriminasi warna kulit *Berjaya menyatupadukan orang Hindu dengan orang Islam bagi menyemarakkan nasionalis dalam kalangan rakyat India *Berjaya membawa masyarakat Hindu & Islam ke tahap perkembangan yang begitu penting.
-Mahmud Ghazni *Tokoh yang penting dalam perkembangan kerajaan Ghazni *Berjaya menawan Nagarkot pada tahun 1009 Masihi *Berjaya memperluaskan pengaruh Islam di Benua Kecil India *Berjaya menghapuskan susun lapis masyarakat Hindu *Berjaya menjadikan Delhi sebagai Ibu Negara
#Doktrin Kepercayaan Masyarakat India dan Islam
-Masyarakat India: Doktrin yang berasaskan hukum karma (setiap tindakan kehidupan dahulu akan menentukan kehidupan yang seterusnya)
-Masyarakat Islam: Percaya kepada rukun iman yang keenam iaitu Qada' dan Qadar (ketentuan Allah)
|
|