|
Post by hafizuddinsaif on Dec 18, 2014 21:56:55 GMT
Hafizuddin, Assif, Zulhisyam, Anuar, Raja, Arif
Struktur
1) Ciri-ciri unik yang dimiliki oleh Tamadun China yang mendorong kepada pertumbuhan Tamadun Cina di Asia. - mempunyai tanah yang subur yang terletak berhampiran Sungai Kuning - Mempunyai pemerintahan secara monarki - terdapat konsep pemusatan kuasa. - berorentasikan humanisme
2) lima dinasti yang terunggul dalam sejarah tamadun china
a) Dinasti Shang b) Dinasti Han c) Dinasti Tang d) Dinasti Chin e) Dinasti Ming
3) Bentuk agama dan falsafah dalam tamadun china. -Legalisme -Konfusianisme -Daoisme -Moisme
4) Empat kelas utama masyarakat cina secara tradisional - Golongan sarjana dan cerdik pandai - golongan kerajaan - Golongan petani - Golongan pedagang
5) Lima kesan pengaruh barat terhaap tamadun cina sejak peristiwa perang candu pertama pada tahun 1842. - Penyebaran agama Kristian - Pertembungan budaya Barat dan budaya Timur - Berlaku reformasi - Perubahan sistem pentadbiran - Berlaku krisis ekonomi
Objektif
1)B 2)B 3)B 4)C 5)C
|
|
lyza
New Member
Posts: 9
|
Post by lyza on Dec 19, 2014 7:04:01 GMT
Nama ahli kumpulan : Mas aina, Azmah, Fadhilah, asiyah, hazwani husna, nur azliza
Soalan Struktur 1) Apakah ciri-ciri unik yang dimiliki oleh Tamadun China yang mendorong kepada pertumbuhan Tamadun Cina di Asia? - sistem pemerintahan monarki -tanah yang subur -sistem republic
2) Lima dinasti yang terunggul dalam sejarah Tamadun China. -Dinasti Qin -Dinasti Han - Dinasti Zhou -Dinasti Shang - Dinasti Xia
3) Bentuk agama dan falsafah dalam Tamadun China (i) Konfusianisme - Doktrin kenegaraan yang merangkumi aspek-aspek falsafah, keagamaan dan sosiopolitik yang termaktub dalam pengajaran Konfusius (551 SM - 479 SM). - Pengajaran utama Konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia (perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li), dan ketaatan kepada ibu bapa (xiao), keanfan (zhi)).
(ii)Buddhisme China Buddhisme diasaskan oleh Siddhartha Gautama Buddha (kk 563SM- 483SM) di India pada kurun ke-6SM dan kemudiannya disebar ke negara China pada kurun Masihi yang pertama. Bagaimanapun, selepas disebarkan Buddhisme ke negara China, agama ini telah mengalami pelbagai pengubahsuaian dan sehingga menjadi suatu sistem keagamaan yang menyerapkan ciri-ciri kecinaan sehingga ia dikenali sebagai Buddhisme Cina. Namun begitu, asas pengajarannya tetap berkekalan iaitu penderitaan adalah berpunca daripada hawa nafsu yang merupakan akar kepada pelbagai masalah manusia. Hawa nafsu bagaimanapun, dapat dihindarkan dengan mengikuti Jalan Lapan Lapis Mulia atau Jalan Pertengahan (middle way) yang mengelakkan din daripada melakukan perbuatan melampau yang terlalu mengikut perasaan menurut ajaran Gautama Sidhartha Buddha. Jalan Lapan Lapis Mulia yang mengandungi lapan aspek penting dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pertama, panna (kebijaksanaan) yang meliputi pemahaman yang betui {Right Understanding) dan pemikiran yang betui (Right Thought); kedua, samadhi (penumpuan) yang meliputi pengucapan yang betui (Right Speech), tindakan yang betui (RightAction) dan cara hidup yang betui (Right Livelihood); dan ketiga, sila (moral) yang meliputi usaha yang betui (Right Efford), pertimbangan yang betui (Right Mindfulness), dan tumpuan yang betui (Right Concentration).
(iii)Daoisme
Daoisme juga diejakan dengan Taoisme dan ia merupakan sebuah falsafah berdasarkan teks Daode Jing yang dianggap secara meluas sebagai hasil Laozi dan Zhuangzi. Kitab Daode Jing merukan sebuah karya klasik mistik bagi aliran keagamaan Dao kerana kebanyakan ayatnya yang ringkas, penuh dengan konotasi yang terbuka kepada pelbagai tafsiran selain menerangkan aspek metafizik Dao. Daoisme merupakan agama bagi kebanyakan orang cina.
(iv)Moisme
Moisme diasaskan oleh Mo Zi (kk 479SM-381SM). Antara konsep penting dalam pemikiran aliran ini termasuk aspek kasih sayang sejagat (jian'ai), mengecam sikap suka berperang (feigong) dan menyerah kepada nasib (feiming) dan mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian). Disebabkan penegasan aliran ini kepada sikap mengejar kepentingan (gongli), pengikutnya menentang konsep mandat tuhan yang dikemukakan oleh aliran Konfusianisme. Aliran Moisme menitikberatkan konsep nama dan penganalisisan mengenainya dan ini bermakna, aliran ini telah mempelopori analisis logik di negara China.
(v)Legalisme
Legalisme adalah satu dari empat aliran utama filsafat cina pada Periode Musim Semi dan Musim Gugur serta Periode Negara Perang. Ia diasaskan oleh seorang ahli falsafah Cina, Han Fei Zi dan dilaksanakan semasa China di bawah pemerintahan Dinasti Chin. Legalisme adalah suatu filsafat politik pragmatis yang tidak menjawab pertanyaan-pertanyaan tingkat tinggi seperti alam dan tujuan kehidupan. Legalisme menyarankan pemerintahan berteraskan undang-undang adalah lebih baik daripada pemerintahan teladan seperti yang disarankan oleh Konfusius. Aliran ini telah mengasaskan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di negara China.
4) Empat kelas utama masyarakat secara tradisional. i- Golongan cerdik pandai ii- Golongan peniaga iii- Golongan tukang iv- Golongan petani
5) Lima kesan pengaruh barat terhadap tamadun Cina sejak peristiwa Perang Candu pertama pada tahun 1842.
- sistem feudal dalam pemerintahan dinasti dihapuskan - wujud ideologi barat dalam pendidikan -agama kristian diperkenalkan kepada masyarakat China - ekonomi merosot - terdapat revolusi - wujudnya candu dan teknologi
Soalan objektif 1) Sejarawan Barat menganggap Dinasti _______________ merupakan kerajaan terawal muncul di Negara Cina (b) Shang
2) Dinasti manakah yang mencatakan era kegemilangan Islam di negara China? (c) Dinasti Ming
3) Tamadun China mempunyai keunikannya yang tersendiri berbanding tamadun lain di dunia. Apakah ciri keunikan tamadun tersebut? i. Pentingkan unifikasi ii. bertahan lama dan static iii. berinteraksi dan dinamik iv. pentingkan moral dan keharmonian B. I, ii dan iv
4) Pengaruh kedatangan Islam ke Tanah Besar Cina telah melahirkan komuniti Cina Muslim. Manakah antara berikut etnik Muslim terbesar di China? (c) Hui
5) Negara China merupakan antara negara yang terawal menerima kemasukan Islam. Berdasarkan penyataan di atas, bilakah Islam mula tersebar ke China? (c) Zaman Dinasti Tang
|
|
|
Post by shirlyn on Dec 19, 2014 15:59:51 GMT
Kumpulan 5: (Shaza, Athirah,Viny,Alia, ,Shirlyn Lini, Sherry,Lyana)
Tamadun China: Soalan Struktur: 1) Apakah ciri-ciri unik yang dimiliki oleh Tamadun China yang mendorong kepada pertumbuhan Tamadun Cina di Asia? - Mengamalkan sistem pemerintahan berja mutlak secara monarki. - Hasil meningkat disebabkan tanah yang subur.
2) Lima dinasti yang terunggul dalam sejarah Tamadun China. i)Dinasti Qin ii)Dinasti Han iii)Dinasti Zhou iv)Dinasti Shang v)Dinasti Xia
3) Bentuk agama dan falsafah dalam Tamadun China
- Konfusianisme - Buddhisme - Daoisme - Moisme
4) Empat kelas utama masyarakat Cina secara tradisional - Golongan teratas ialah golongan sarjana terdiri daripada pegawai kerajaan yang berpendidikan. - Golongan kedua adalah petani yang merupakan tulang belakang kepada ekonomi China. -Kumpulan ketiga ialah golongan tukang. -Kumpulan paling bawah ialah pedagang.
5) .Lima kesan pengaruh Barat terhadap Tamadun Cina sejak Peristiwa Perang Candu Pertama pada tahun 1842. -Agama Kristian diperkenal dan disebarkan - Kewujudan revolusi - Perubahan sistem pemerintahan dan pentadbiran
Soalan Objektif: 1)B 2)B 3)C 4)C 5)C
|
|
|
Post by avafipeqevo on Apr 22, 2019 23:20:48 GMT
|
|
|
Post by ujaruag on Apr 23, 2019 1:32:19 GMT
|
|