|
Post by nurhayati on Dec 11, 2014 3:15:02 GMT
REFLEKSI 1 : PENCAPAIAN TAMADUN CHINA Terdapat banyak pencapaian tamadun China, antaranya adalah dalam bidang kesenian, kesusasteraan dan sains dan teknologi. 1. Kesenian Pencapaian mereka dalam bidang ini boleh dibahagikan kepada beberapa bidang kecil seperti bidang muzik klasik, seni lukis, seni bina, dan kaligrafi. Muzik --- Selalunya musik klasik dimainkan di istana dan dalam perayaan rakyat dan peristiwa yang berkaitan dengan agama. Alat-alat muzik mereka dikategorikan mengikut bahan akustik yang digunakan dan cara sesuatu alat itu dimainkan. Pada dasarnya bahan-bahan ini termasuk logam, batu, tanah liat, kulit, sutera, kayu, labu dan buluh . Terdapat beberapa cara alat tersebut digunakan seperti kaedah meniup, memetik, gendang dan menggesek
Seni lukis --- - Mempunyai kombinasi antara kaligrafi dan puisi. Mepunyai lukisan potret dan cap yang menggunakan dakwat monokrom. Kebanyakan lukisan mereka bersifat terhad dan tidak menyeluruh. Lukisan yang dihasilkan tidak perlu cantik tetapi mempunyai tema bagi manfaat iman dan akhlak
Seni bina --- Kebanyaka seni binanya bersifat harmoni alam dan mempunyai kaitan dengan Feng Shui untuk kesesuaian susunan dan lokasi. Pembinaan Tembok Besar (untuk mempertahankan negara China bagi melindungi daripada serangan puak-puak Mongol). Dibina daripada tembok batu (menunjukkan kemajuan dalam pembuatan tembok-tembok). Setiap tembok ada pintu gerbang (dikelilingi parit besar dan menara). Tujuan lain untuk memagari kuil-kuil. Kaligrafi --- Merupakan sebuah seni yang mempunyai gaya yang unik. Sebagai contoh, penggunaan cap seperti lishu, kaishu, caoshu, xingshu dan banyak lagi
2. Kesusasteraan Terbahag kepada 3 jenis:- PUISI - mempunyai klasik puisi seperti Shi Jing PROSA - mempunyai manfaat moral dan etika DRAMA - menyokong nilai cina
3. Sains dan teknologi Kejuruteraan- pengawalan banjir Sungai Kuning dengan penciptaan hidraulik Astronomi - katalog binatang, mencatat rekod tepat gerhana dan komet Matematik- penggunaan abascus Perubatan - kosmik dualistik iaitu yin dan yang, akupuntur aurikuloterapi. terapi makanan cina, penggunaan herba dan bekam Ciptaan lain seperti kertas, kompas dan serbuk letupan
Perbandingan Pencapaian Antara Tamadun Tamadun China lebih maju dari segi aspek teknologi dan perubatan. Tamadun Islam pula mempunyai pencapaian dalam usaha menyebarkan islam dan memberi impak yang banyak dalam semua tamadun dari segi seni bina, masyarakat dan sebagainya. Manakala tamadun India mempunyai pencapaian dalam kesenian.
REFLEKSI 2 : KEDATANGAN ISLAM KE TAMADUN CHINA Penyebaran islam mempunyai beberapa proses :
1. Pengislaman maharaja. - Semasa Dinasti Tang, maharaja mereka memeluk islam di Majid di Canton dan diikuti oleh pembesar dan rakyat
2. Saudagar dari Arab dan Parsi singgah di daerah China - Saudagar dari Arab dan Parsi singgah di Masjid di Guangzhou - Terdapat juga makam ulama yang berketerunan arab iaitu generasi Nabi Muhammad S.A.W yang ke 16. Beliau mengislamkan orang islam tempatan - Mubaligh dari Iran datang untuk memberi sumbangan untuk baik pulih masjid.
3. Pusat Islam berkembang - terdapat seni bina masjid yang mempunyai pengaruh seni bina Parsi dan Arab, ayat Al-Quran dan kaligrafi islam China - terdapat kelas untuk belajar ilmu agama
4. Perkahwinan - Bangsa Arab berkahwin dengan wanita- wanita Han dan pengekalan budaya
5. Perdagangan - East Mosque di Sanya yang dibawa oleh orang Vietnam menerusi jalan laut melalui perdagangan dan penghijrahan
|
|
|
Post by saidatul hs244 on Dec 11, 2014 5:54:33 GMT
REFLEKSI TAMADUN 1
Pencapaian Tamadun China 1. Sains dan Teknologi : -Ilmu astronomi berkembang dengan adanya katalog bintang dan gerhana matahari. - Ilmu perubatan berasaskan keseimbangan Yin dan Yang -Penciptaan magnet yang telah digunakan pada abad ke-1 & ke-6 masihi - Pembinaan kuil Pagoda berbentuk oktagon -Pembinaan tembok besar China mempertahan serangan orang gasar -Pembinaan tembok yang diperbuat dari lumpur, tanah liat dan batu bata 2. Bidang seni Tamadun Cina sangat popular dengan tembok kerana merupakan antara binaan yang sangat penting, semua kota mempunyai satu tembok yang bertujuan untuk pertahanan dan keselamatan. Binaan Cina tradisional yang diperbuat dari kayu biasanya kayu berkualiti baik dan mempunyai rangka yang berbentuk “tiang dan ambang” (post-and-lintel frame), atau tiang tegak dengan balak melintang di atas.
PERBEZAAN DENGAN TAMADUN ISLAM DAN INDIA Perbezaan ketara yang dapat dilihat aalah dalm bidang seni bina. Bagi tamadun Islam dan India seni bina lebih tertumpu pada pembinaan tempat ibadat iaitu masjid dan kuil. Baagi tamadun Cina pula , seni bina lebih tertumpu pada pembinaan tembok yang menjadi lambang bagi sesebuah bandar. Selain itu Tamadun cina lebih cemerlang dalam teknologi yang mereka cipta dalam kehidupan merekakerana melibatkan lebih banyak aplikasi manakala tamadun Islam lebih kepada pembesaran dan penaklukan wilayah dan ilmu dan tamadun India pula lebih terserlah dari segi pembangunan dan kesenian.
REFLEKSI TAMADUN 2
Pengaruh kedatangan Islam di China Islam berkembang ke China melaui jalan laut dan jalan darat. Jalan laut bermula dari Teluk Parsi dan bahagian selatan Semenanjung Tanah Arab hingga ke Lautan Hindi dan seterusnya ke bandar-bandar tenggara China seperti Canton.Jalan darat yang dikenali sebagai Silk Road ( Jalan Sutera) bermula dari Timur Mediterranean hingga ke Asia Tengah, Bukhara dan Samarkand sebelum masuk ke barat laut China dan berakhir di pasar Changan (Xi’an) dan Peking. Islam juga tersebar ke China melalui hubungan perdagangan antara pedagang Arab dan pedagang China .Khalifah Uthman telah menghantar rombongan yang diketuai oleh Saad Bin Abi Waqqas (bapa saudara Nabi sebelah ibu) ke China.Rombongan tersebut telah menghadap mengadap Maharaja Yung Wei pada zaman Dinasti Tang. Maharaja Yung Wei menerima baik ajaran Islam. Baginda memerintahkan pembinaan Masjid Peringatan di Canton
Kegemilangan Islam di China -Kedatangan Islam menyebabkan terbentuknya beberapa buah kerajaan di China yang mengamalkan dasar toleransi beragama(Dinasti Yuan dan Dinasti Ming). -Kerajaan Islam telah memberikan sumbangan besar kepada perkembangan Islam dan tamadunnya di China dalam bidang sains dan astronomi, politik serta pentadbiran dan gaya hidup masyarakat. -Dalam bidang sains dan astronomi bilamana Teha Ma-Lou-Tin (Jamaluddin) berjaya mencipta takwim Wan Nien Li yang dugunakan sebagai takwim rasmi kerajaan Yuan. -Sumbangan Islam di China dapat dilihat dari segi pembinaan masjid yang pelbagai rupa. -Seni ukir yang terdapat di Masjid pula banyak menggunakan ayat-ayat al-Quran serta corak-corak flora.
Sumbangan Islam terhadap peradaban tamadun China Islam telah berjaya mengubah cara pemakanan masyarakat China, pemberian nama yang berkaiatan dengan Islam, orang Islam juga telah melibatkan diri dalam bidang politik, pentadbiran, kesenian, dan kebudayaan. arak juga telah diharamkan di negara China.
|
|
|
Post by norAzila_HS244 on Dec 11, 2014 8:26:34 GMT
NORAZILA SUHAINIE, HS244 REFLEKSI 1 : PENCAPAIAN TAMADUN CHINA
1. BIDANG KESENIAN : - MUZIK KLASIK : merupakan bidang paling lama dan paling berkembang. tokoh seperti cofucious yang telah menimbulkan teori muzik yang lebih khusus. terbahagi kepada 4 kategori iaitu meniup, genderang, memetik dan menggesek. - SENI LUKIS : kaligrafi, potret dan lanskap, seni ukir cap seni kaligrafi terbahagi kepada beberapa jenis iaitu gaya cap (zhuanshu), gaya resmi (lishu), gaya balok (kaishu) dan gaya kursif (caoshu) - SENI BINA : tembok besar china
2. KESUSASTERAAN : - puisi klasik (puisi terawal bertajuk Shi Jing) - prosa berfungsi sosial dan politik serta digunakan untuk menyampaikan bao - drama yang paling menarik ialah jenis Zaju yang banyak menyokong nilai cina iaitu zhong (kesetiaan), xiao (penghormatan kepada ibu bapa), jie (kesucian wanita), dan yi (keadilan)
3. SAINS DAN TEKNOLOGI - teknologi kejuruteraan hidraulik yang mengawal banjir sungai hwang ho. - bidang astronomi : menyediakan katalog bintang, catat rekod yang tepat tentang gerhana dan komet - bidang matematik : penggunaan sempoa - bidang perubatan : mencipta teori asas bagi perubatan iaitu teori kosmik dualistik, yin dan yang dan 5 elemen. antara contoh perubatan ialah akupunktur, aurikaloterapi, terapi makanan cina, herba cina dan bekam cina.
beza antara pencapaian tamadun china dan india ialah tamadun india lebih menyerlah dari segi senibina manakala beza dengan tamadun islam ialah islam lebih menyerlah kepada bidang ilmu dan ekonomi.
REFLEKSI 2 : KEDATANGAN ISLAM DI CHINA
Islam pertama kali dibawa ke China oleh sebuah rombongan yang dikirimkan oleh khalifah uthman pada 651M, lebih kurang dari 20 tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW. Rombongan itu diketuai oleh Sa`d ibn Abī Waqqās, bapa saudara Nabi sebelah ibunya. Yung Wei, maharaja Tangyang menerima rombongan itu memerintahkan pembinaan sebuah masjid peringatan di Canton, yang merupakan masjid pertama di negara itu dibina. Zaman Dinasti Tang adalah zaman keemasan China dengan budaya kosmopolitan yang membantu memperkenalkan agama Islam. Pemastautinan orang Islam pertama di China terdiri daripada saudagar Arab dan Parsi. Di kawasan tersebut, kabilah Hui Chi menerima Islam, dan nama tersebut menjadi permulaan kepada rujukan terhadap huihui atau Hui sebagaimana yang mereka dikenali hari ini.
Berikut adalah zaman kegemilangan Islam di China pada peringkat awal. 1- Zaman Tang berakhir 907 Masehi 2- Zaman Sung dari 907-1279 Masehi 3- Zaman Yunnan 1280-1368 Masehi 4- Zaman Ming 1368-1644. Masehi
Pada empat zaman ini jumlah penduduk Islam bertambah dari semasa ke semasa dan maju dari segi pendidikan, politik, ekonomi dan sosial.
sumbangan islam kepada tamadun china :
1. Negarawan dan Ketenteraan : - Telah lahir ramai tokoh-tokoh Negara dan ketenteraan islam ketika ini. Antaranya: Takutur Khan – Merupakan cucu kepada Jeneral Jengis Khan. Laksamana Cheng Ho – Nama sebenarnya ialah Muhammad Ma Ho yang berasal dari Yunan. Jeneral Omar Pai Chung - Merupakan Marshal tentera 4 bintang
2. Pendidikan : Dinasti Tang, Dinasti Sung dan terutamanya Dinasti Yuan melahirkan ramai tokoh Islam terkenal yang mengamalkan budaya China dan kesetiaan terhadap negeri China tanpa berbelah bahagi. Salah satunya ialah Muhammad Pao Shao Yi. Hasil Islamisasi di China, wujud pengajian agama di masjid dan sekolah bagi menyebarkan lagi dakwah islam di situ.
3. Falsafah - Pada Dinasti Manchou,lahirnya ramai falsafah islam dari China yang terkenal. Antaranya ialah Ma Ming Loong, Sheikh Wang Tai Yu dan P’u Sung Ling. - P’u Sung Ling menulis cerita ‘Liao Ch’ai’ yang bermaksud ‘rumah yang tidak dikehendaki’ atau ‘rumah perbualan’. Cerita ‘Liao Ch’ai’ dianggap setaraf dengan cerita Arab; Seribu Satu Malam. - P’u Sung Ling dianggap sebagai salah seorang penulis besar China. - Syed Omar Shamsuddin, putera Hsien Yang dinasti Yuan merupakan orang yang membuat lukisan Yin dan Yang
|
|
|
Post by nabilahinani_hs244 on Dec 11, 2014 9:06:48 GMT
Refleksi : TAMADUN CHINA : Refleksi 1 1) Pencapaian yang diperolehi dalam tamadun china
a) Kesenian : Muzik klasik – melibatkan kegiatan di istana,perayaan rakyat dan peristiwa berkaitan dengan agama. (meniup, memetik, menggesek)
Fiksyen- cerita fksyen ditulis dalam bahasa vernacular. (contohnya: sanguo yanyi,xiyou ji)
Seni lukis-mempunyai hubungan yang rapat dengan kaligrafi. Ia adalah gabungan puisi,kaligrafi,lukisan potret dan lanskap, seni ukir cap)
Seni bina-ciri utama binaan Cina adalah keinginan membuat binaan yang berharmoni dengan alam semesta. Menggunakan kepercayaan fengshui.
Kaligrafi- gaya kaligrafi adalah gaya cap, gaya resmi, gaya balok dan gaya kursif.
Drama-jenis zaju, sejenis bentuk sastera berbentuk puisi yang digubah mengikut suit muzik tertentu dan bersemarak pada zaman Yuan.
b) Sains dan teknologi : Astronomi : mampu menyediakan katalog bintang, mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet. Perubatan : rangka teori asas bagi perubatan Cina tradisional iaitu teori kosmik dualistic, yin dan yang dan juga lima elemen. Matematik : penggunaan sempoa disebut buat pertama kali pada kurun ke-2. 2) Perbezaan pencapaian yang dikecapi tamadun islam dan tamadun india Perbezaan Kekeluargaan & Kemasyarakatan Ajaran agama-agama lain menyeru untuk mewujudkan suasna harmoni dalam hubungan kekeluargaan dan masyarakat seperti Confusius sedangkan agama Islam matlamatnya lebih jauh lagi iaitu untuk mendapat keredhaan & keberkatan Allah s.w.t Persamaan Alam Sekitar Kebanyakan tamadun bersetuju alam sekitar penting dan perlu dijaga untuk hidup bersama dengan manusia Confusius – alam perlu dijaga agar tidak menjejaskan kehidupan secara keseluruhan Masyarakat Jepun tradisional – unsur alam diberi penghormatan secara berlebihan – sembah batu adan pokok anggap ada kuasa ketuhanan – “kami” Islam juga lebih jelas kepentingan menjaga alam sekitar kerana ia adalah kurniaan Allah yang digunakan untuk faedah dan kepentingan hidup manusia.
Perbezaan Agama (Teologi) Manifestasi ketuhanan yang berbeza – konsep monoteisme Islam, Kristian, Hindu berbeza Wujud perbezaan agama Hindu dan Buddhisme tentang konsep reinkarnasi Setiap agama juga ada institusi keagamaan sendiri
Refleksi 2 3) Kedatangan Islam dan pengaruhnya pada tamadun China Agama Islam dipercayai tiba di Negara China lebih daripada 1400 tahun yang lalu. Sebelum umat Islam berhijrah ke Madinah Baginda Rasulullah telah mengutuskan beberapa orang sahabat supaya berdakwah ke China. Antara sahabat yang diutuskan adalah seperti Saad bin Abdul Qais, Qais bin Hudhafah, Urwah bin Abi Uthman dan Abu Qais bin al-Harith. Misi dakwah ini telah berjaya melahirkan lebih daripada 136 juta umat Islam yang terdapat pada hari ini. Dan jumlah ini adalah lebih besar daripada jumlah yang diberikan oleh kerajaan China. Ini kerana mengikut statistic bancian yang dibuat apda tahin 1990, bilangan umat Islam di China tercatat hanya sekitar 17 juta orang sahaja. Salah satu cara islam disebarkan ke China adalah dibawa oleh Hamzah Bin Hamzah (anak Hamzah Bin Abi Talib). Beliau bersama 3,000 orang Muhajirin pergi ke China dan menetap di San Gan Foo. Selain itu,islam disebarkan semasa Maharaja Yung Wei (Dinasti Tang), utusan dari Tanah Arab pimpinan Saad Bin Abi Waqas bersama 15 orang Muhajirin menghadap Maharaja Yung Wei. Mereka dibenarkan berdakwah di China dan satu masjid didirikan di Cheng-san. Di samping itu,pimpinan dakwah Islamiyah yang pertama dipimpin oleh Saad Bin Lubayd. DINASTI SUNG (960-1279M) Dinasti yang berjaya menyatukan kerajaan kecil di China. Aktiviti perdagangan antara orang Arab dan Cina semakin meluas. Pedagang asing diberikan perlindungan oleh pemerintah, dibenarkan berkampung dan bebas berdagang. Ramai pedagang Islam datang dan ini meluaskan proses penyebaran Islam.
DINASTI YUAN (1127-1368M) Didirikan oleh orang Monggol (diketuai oleh Genghis Khan) . Zaman Kublai Khan, kawasan selatan China pula tewas pada 1279M. Dinasti Yuan memerintah seluruh China sehingga 1368M. Ramai ilmuwan dari Asia Barat datang berkhidmat dengan kerajaan sebagai pentadbir, pakar kewangan, arkitek, ahli sains dan matematik (mendapat kedudukan tinggi) . Mempengaruhi penduduk tempatan untuk masuk Islam.
DINASTI MING (1368-1644M) Dinasti Islam yang terbesar dan terkenal. Pentadbiran oleh orang Cina Islam. Merupakan kejayaan besar masyarakat Islam di China. Banyak masjid dibina. Ramai orang Islam dilantik oleh kerajaan. Ilmu sains Islam bergiat cergas.
4) Zaman kegemilangan tamadun Islam di China Dinasti Ming(1368-1644) merupakan dinasti Islam yang paling terkenal di China dan ia ditadbir oleh orang China beragama Islam. Terdapat pandangan juga bahawa Dinasti Ming mengamalkan agama Buddha dan Taoism. Maharaja pertama , Maharaja Huang Chu. Baginda dikatakan membentuk jawatankuasa tentera yang dianggotai oleh orang Islam dan mendirikan sebuah masjid jamik di Nanking. Baginda pernah menghasilkan sebuah puisi memuji Nabi Muhammad dan keagungan Islam dan sajak itu dipahat pada dinding masjid yang dibinanya.
Orang China Islam dikenali sebagai Hui Hui Kaomen atau Hui Hui Kiao. Perkembangan Islam di China sampai ke kemuncak pada masa ini dengan Nanking sahaja terdapat 36 buah masjid. Tokoh China Islam adalah seperti Ma Cha-Yehe (ahli astronomi), Laksamana Cheng Ho dan sebagainya. Tembikar China yang masyhur, Ming-Ts'ing dan Kang-Ts'ing merupakan hasil ciptaan orang Islam Yunnan - mereka dipanggil Han Hui. Beberapa buah madrasah dan universiti juga ditubuhkan.
5) Sumbangannya terhadap tamadun China ASTRONOMI Pembinaan makmal kaji bintang (Dinasti Yuan). Tokoh utama dalam ilmu astronomi Tcha-Ma-Lou-Tin (Jamaludin). Beliau mencipta berbagai alat kaji bintang dan cuaca serta kalendar (takwim Wan-nien-li). Dijadikan takwim rasmi kerajaan mulai 1265 hingga 1281 masihi.
MATEMATIK Pada zaman Dinasti Tang dan Sung, masyarakat Islam memperkenalkan kaedah pengiraan Arab (Xiyi Lishu), kaedah 60 darjah (Chiu Ji Li-Zaman Tang), algebra dan trigonometri.
PELAYARAN Orang Islam membantu perkembangan pembinaan kapal dan menggerakkan usaha pelayaran. Contoh: Cheng Ho mulakan pelayaran ke luar China. Turut majukan bidang pelayaran terutama soal peralatan untuk berlayar seperti kepakaran astronomi, kompas dan kaedah ukuran air.
PERUBATAN Kaedah dan bahan perubatan Arab dibawa masuk dan digabungkan dengan ilmu perubatan China. Beberapa karya dihasilkan sebagai panduan. Bahan perubatan dibawa masuk ke China pada zaman Dinasti Tang dan Dinasti Sung.
PEMBINAAN Menggabungkan elemen tempatan dan senibina Islam bertujuan untuk penyesuaian keadaan di situ. Contoh: Masjid Niukie yang berusia 700 tahun dan Masjid Huaje Lane di Sian (Xian).
|
|
|
Post by farahhs244 on Dec 11, 2014 12:52:45 GMT
REFLEKSI 1
1) Pencapaian yang diperolehi oleh tamadun cina ialah - Bidang kesenian: *musik klasik=sistem muzik yang paling lama dan yang paling berkembang, diklasifikasikan kepada meniup(DiZi), genderang(MuYu), memetik(PiPa) dan menggesek(ErHu) *fiksyen=juga disebut Xiaoshua iaitu percakapan kecilan atau percakapan sia-sia, ditulis dalam bahasa vernakular dan golongan terpelajar tradisional tidak menganggap fiksyen sebagai sesuatu seni yang bernilai *seni lukis=mempunyai hubungan rapat dengan kaligrafi dan puisi, ia mnggunakan dakwat monokrom dan wujud sebagai hobi golongan atasan yang terpelajar selepas Dinasti Han *seni bina=keinginan membuat binaan yang berharmoni dengan alam semesta, lokasi dan susunan sesuatu binaan akan ditentukan dengan panduan teori fengshui *kaligraf=ianya seni yang tertua dan masih diamalkan hingga kini, memilik gaya yang unik dan mempunyai 4 gaya iaitu gaya cap(zhuanshu) gaya resmi(lishu), gaya balok(kaishu) dan gaya kursif(caoshu&xingshu) -Bidang kesusteraan: *puisi=puisi terawal ialah Shi Jing yang mengandungi 305 nyanyian kuil, nyanyian istana dan nyanyian rakyat. *prosa=bertujuan untuk menyampaikan Dao atau menunjukkan jalan dan cara dari sei moral dan etika. *drama=jenis Zaju iaitu berbentuk puisi yang digubah mengikut suit muzik tertentu dan bersemarak pada zaman Yuan, menyokong nilai-nilai cina tradisional iaitu zhing(kesetiaan), xiao(penghormatan kepada ibubapa), jie(kesucian seseorang wanita) dan yi(keadilan) -Bidang sains dan teknologi: wujud pada kurun ke-15 hingga ke-11 SM, teknologi kejuruteraan hidraulik yang mengawalbanjir sungai kuning(Hwang Ho). -Bidang astronomi: pada Dinasti Zhou, orang cina mampu menyediakan katalog bintang, mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet -Bidang matematik: penggunaan sempoa(abacus) buat paertama kali pada kurun ke2 dalam karya ahli matematik Xu Yue -Bidang Perubatan: teori asas ialah teori kosmik dualistik, yin dan yang serta 5 elemen, perubatan cina terdiri daripada akupunktur, aurikuloterapi, terapi makanan cina, perubatan herba cina dan bekam cina atau bekam angin. -4 ciptaan agung: kertas, cetakan, kopas dan serbuk letupan.
2) Perbezaan pencapaian antara tamadun Islam dan Tamadun India ialah tamadun Islam amat menyerlah dalam pencapaian ilmu pengetahuan. Hal ini kerana ilmu pengetahuan masih dapat disebarkan meskipun melalui peperangan seperti dalam Perang Salib dan kegiatan penterjemahan yang pesat telah mengalirkan ilmu ke Eropah dan tamadun Islam amat suka berhubungan diplomatik dengan tamadun lain dan agenda mereka juga untuk menyebarkan ilmu pengetahuan. Di dalam tamadun India pula, pencapaian yang terbaik adalah dari segi seni binanya. Terdapat banyak bangunan yang menarik dan unik yang terdapat di India. Pembinaannya cukup teliti bermula dari bahan untuk membina hinggalah keukirannya.
REFLEKSI 2
1) Kedatangan Islam ke China bermula apabila Khalifah Usman bin Affan menghantar Saad bin Abi Waqas beserta rombongan ke China pada zaman Dinasti Tang pada tahun 651M. Ketika itu, Maharaja Yung-Wei telah menerima baik kedatangan agama Islam dan mengerah hambanya untuk membina sebuah masjid pertama di Canton, China. Pada zaman ini merupakan zaman keemasan China dengan budaya kosmopolitan. Hal ini juga telah membantu memperkenalkan agama Islam. Para pedagang Arab dan Parsi telah diberikan pelindungan oleh pemerintah, dibenarkan berkampung dan bebas berdagang di China, maka dengan kesempatan itu para pedagang telah menyebarkan agama Islam. Ada di antara sesetengah mereka telah berkahwin dengan penduduk tempatan.
2) Zaman kegemilangan Islam di China adalah pada zaman Dinasti Yuan dan Dinasti Ming. Pada zaman ini, ramai ilmuwan dari Asia Barat datang berkhidmat dengan kerajaan sebagai pentadbir, pakar kewangan, arkitek, ahli sains dan matematik (mendapat kedudukan tinggi) dan telah mempengaruhi penduduk tempatan untuk masuk Islam. Pada zaman Dinasti Ming pula pentadbiran oleh orang Cina Islam, banyak masjid dibina, ramai orang Islam dilantik oleh kerajaan dan ilmu sains Islam bergiat cergas.
|
|
|
Post by farahdiyanah on Dec 13, 2014 7:54:51 GMT
Farah Diyanah binti Azizan
Refleksi Tamadun China 1
Pencapaian yang diperolehi dalam tamadun China dapat dibahagikan kepada beberapa aspek, antaranya ialah kesenian, kesasteraan serta sains dan teknologi.
Aspek kesenian Antaranya ialah muzik klasik (meniup, genderang, memetik, menggesek, seni lukis (lukisan potret & landskap, seni ukir cap), seni bina (keinginan untuk membina binaan yang berharmoni dengan alam sekitar) dan pembinaan Tembok Besar (untuk mempertahankan negara China bagi melindungi daripada serangan puak-puak Mongol). Dibina daripada tembok batu (menunjukkan kemajuan dalam pembuatan tembok-tembok). Setiap tembok ada pintu gerbang (dikelilingi parit besar dan menara). Tujuan lain untuk meagari kuil-kuil. Istana dan rumah-rumah kediaman.
Aspek Kesusasteraan Antaranya ialah puisi, drama dan prosa.
Aspek Sains dan teknologi Aspek sains dan teknologi terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu:
Kejuruteraan- membina hidraulik yang mengawal banjir Sungai Kuning Astronomi - katalog binatang, mencatat rekod tepat gerhana dan komet Perubatan -kosmik dualistik iaitu yin dan yang, akupuntur aurikuloterapi, terapi makanan cina, penggunaan herba dan bekam ciptaan lain seperti kertas, kompas dan serbuk letupan Matematik
Perbezaan Pencapaian Antara Tamadun Tamadun China maju dari segi aspek teknologi dan perubatan manakala tamadun Islam pula mempunyai pencapaian dalam usaha menyebarkan islam dan memberi impak yang banyak dalam semua tamadun dari segi seni bina, masyarakat dan sebagai manakala tamadun India mempunyai pencapaian dalam kesenian.
Refleksi Tamadun China 2
Pengaruh kedatangan Islam di China
Islam berkembang ke China melaui dua cara iaitu jalan laut dan jalan darat. Jalan laut bermula dari Teluk Parsi dan bahagian selatan Semenanjung Tanah Arab hingga ke Lautan Hindi dan seterusnya ke bandar-bandar tenggara China seperti Canton.Jalan darat yang dikenali sebagai Silk Road ( Jalan Sutera) bermula dari Timur Mediterranean hingga ke Asia Tengah, Bukhara dan Samarkand sebelum masuk ke barat laut China dan berakhir di pasar Changan (Xi’an) dan Peking. Selain itu, Islam juga tersebar ke China melalui hubungan perdagangan antara pedagang Arab dan pedagang China.
Kegemilangan Islam di China Beberapa buah kerajaan di China mengamalkan dasar toleransi beragama (Dinasti Yuan dan Dinasti Ming). Kerajaan Islam telah memberikan sumbangan besar kepada perkembangan Islam dan tamadunnya di China dalam bidang sains dan astronomi, politik serta pentadbiran dan gaya hidup masyarakat. Dalam bidang sains dan astronomi bilamana Teha Ma-Lou-Tin (Jamaluddin) berjaya mencipta takwim Wan Nien Li yang dugunakan sebagai takwim rasmi kerajaan Yuan. Banyak ayat-ayat al-Quran serta corak-corak flora yang digunakan dan diukir di masjid-masjid.
Sumbangan Islam terhadap peradaban tamadun China
Islam telah berjaya membuat beberapa perubahan antaranya ialah mengubah cara pemakanan masyarakat China, pemberian nama yang berkaiatan dengan Islam, orang Islam juga telah melibatkan diri dalam bidang politik, pentadbiran, kesenian, dan kebudayaan. arak juga telah diharamkan di negara China. Selain itu, sumbangan Islam di China dapat dilihat dari segi pembinaan masjid yang pelbagai rupa.
|
|
|
Post by najihahazni95 on Dec 13, 2014 8:43:12 GMT
NURUL NAJIHAH BINTI AZNI
1)Pencapaian Tamadun China i) Perubatan -rawatan akupuntur -melibatkan teori yin dan yang juga lima elemen -teori lima elemen menganggap badan manusia sebagai sebahagian daripada dunia fizikal ini dan organ dalaman seperti hati,jantung,limpa,paru-paru dan ginjal.
ii) Matematik -penggunaan sempoa disebut buat kali pertama pada kurun ke-2 dalam karya ahli matematik Xu Yue -jiuzhang suanshu dan zhang cang mencatat catatan mengenai kuantiti negarif -mengenal pasti nilai pi,sistem pecahan dan sistem perpuluhan
iii) Astronomi -mampu menyediakan katalog bintang, mencatat rekod tepat mengenai gerhana dan komet -penghasilan peralatan ekonomi dan penyelenggaraan rekod astronomi yang sempurna -penghasilan sistem kalendar cina
iv) Seni -kaligrafi Cina yang mempunyai unsur dan imej kekuatan -pembinaan tembok besar khususnya istana-istana lama
v) Sains dan teknologi -teknologi kejuruteraan hidraulik yang mengawal banjir Sungai Kuning( Hwang Ho)
2) Perbezaan dengan tamadun Islam dan India - Tamadun China lebih menumpukan kepada kemajuan teknologi dan penciptaan manakala Tamadun Islam lebih menumpukan kepada penyebaran ilmu dan dakwah islamiah.
|
|
|
Post by najihahazni95 on Dec 13, 2014 9:12:29 GMT
NURUL NAJIHAH BINTI AZNI
RELEKSI 2:
1) Kedatangan Islam ke China - Khalifah Uthman bin Affan telah menghantar Saad bin Abi Waqqas r.a untuk melawat China pada tahun 651 M untuk menyampaikan dakwah kepada Maharaja China -Maharaja China telah mengarahkan pembinaan masjid yang besar dan indah di bandar Canton ( Guangzhou) -tentera Islam dibawah pimpinan Qutaibah bin Muslim telah menjalankan penakhlukan ke atas bandar kashgar dan menyeru Maharaja China supaya memeluk Islam. -Jeneral Lien Chen memberontak menentang Maharaja Su Tsung.Khalifah al Mansor telah menghantar 4 000 orang tentera yang terdiri daripada orang islam berbangsa Turki ke China.Tentera yang dikirim berjaya dalam misi tersebut dan terus tinggal di sana dan mengahwini gadis tempatan. -sesetengah pendakwah ke negara China melalui laut bersama pedagang dan menyebarkan Islam di bandar-bandar seperti Shanghai,Guangzhou dan sebagainya.
2) Zaman kegemilangan Islam di China
i) Zaman Tang (618-907M) ii) Zaman Sung ( 960-1271M) iii) Zaman Yuan (1271-1368M) iv) Zaman Ming (1368-1644M)
3) Sumbangan Islam terhadap peradaban tamadun China ialah dari segi pembinaan masjid.Masjid-masjid di Cina mempunyai unsur Islam.
|
|
|
Post by hanisazizan_hs244 on Dec 13, 2014 13:05:24 GMT
NUR HANIS BINTI NUR AZIZAN
REFLEKSI VIDEO 1 pencapaian tamadun china lebih banyak kepada pencapaian terhadap bidang kesenian. antara yang dapat dilihat ialah pencapaian dalam bidang muzik. antara alat muzik yang popular adalah erhu. di dalam permainan muzik ini juga terdapat kaedah-kaedah yang dititik beratkan untuk memainkan alat muzik ini. antaranya ialah meniup, genderang, memetik, dan menggesek. tamadun china juga banyak menghasilkan karya-karya fiksyen dan puisi. hal ini jelas menunjukkan perbezaan antara pencapaian antara tamadun china denagn tamdun islam dan india. india lebih menekankan pencapaian terhadap seni bina yang terdapat di tamadun tersebut, manakala tamadun islam lebih menekankan terhadap pencapian dari segi penyebaran ilmu dan kemajuan tamadun tersebut. tamadun china juga banyak menampakkan pencapaian dalam seni lukis mereka seperti konsep seni halus yang sangat mementingkan temanya dan bukan cantiknya. tema sesuatu seni halus itu hendaklah memberi manfaat dari segi keimanan dan akhlak. mereka juga sangat maju dalam tulisan kaligrafi yang sangat unik dan cantik. seni bina mereka pula sngat menekankan konsep berhamoni dengan alam semesta. dari segi sainsnya pula, meraka mencapai pencapaian dalam bidang astronomi, matematik, perubatan dan akupuntur.
REFLEKSI VIDEO 2 islam datang ke china semenjak 700-800 tahun yang lalu. bermula dengan rombongan yang dihantar oleh khalifah uthman . saad bin abi waqas merupakan ketua rombongan tersebut. maharaja yong wei menerima baik kedatngan rombongan ini dan telah membina masjid pertama iaitu masjid tang. banyak masjid telah dibina di china selepas kedatangan islam. antaranya ialah masjid ginji yang merupakan masjid tertua di guang zo. masjid ini menjadi tumpuan pedagang dari arab, parsi, dan brunei. seterusnya ialah masjid yang zhou yang di bina oleh puharding. puharding dikatakan merupakan keturunan nabi muhammad SAW yang ke 16. puluhan ribu penduduk telah diislamkan pada masa tersebut. selain itu ialah pembinaan masjid pheonix yang mendapat sumbangan daripada mubaligh dari iran. masjid ini mempunyai seni bina arab dan parsi. mereka berkahwin dengan wanita han yang seterusnya melebarkan lagi dakwah islam di china. pada zaman sekarang lagi terdapat perkampungan islam di negara china seperti sanya city. terdapat dua masyarakat islam di sini iaitu hoi hoi dan hua zing. mereka mempunyai masjid timur sebagai tempat menunaikn ibadat. masyrakat islam mereka juga masih mengekalkan tradisi mengunyah pinang.
|
|
|
Post by masyitah on Dec 13, 2014 15:50:31 GMT
Refleksi 1
Pencapaian yang diperolehi dalam Tamadun China: Dalam bidang keseniaan:
-muzik klasik ->Antara sistem muzik yang paling lama dan paling berkembang.Awalnya melibatkan kegiatan di istana, perayaan rakyat dan peristiwa yang berkaitan dengan agama.Diklasifikasikan kepada kategori :meniup(contoh:DiZi),genderang(contoh:MuYu),memetik(contoh PiPa) dan menggesek(contoh:ErHu)
-seni lukis -puisi -kaligrafi -lukisan potret dan lanskap -seni ukir cap
Dalam bidang seni bina:
-Ciri utama binaan cina adalah keinginan membuat binaan yang harmoni dengan alam semesta. -Kepercayaan Feng Shui iaitu lokasi dan susunan dalam sesebuah rumah atau kubur selalunya ditetapkan dengan panduan Feng Shui. -Antara binaan yang terkenal adalah Tembok Besar Cina
Dalam bidang Sains dan Teknologi Cina:
-Bidang astronomi -Bidang matematik -Bidang perubatan->Akupunktur,aurikuloterapi,terapi makanan cina dan bekam cina
Jika dibandingkan pencapaian tamadun cina dan tamadun islam dalam bidang seni bina tamadun cina lebih mengutamakan untuk membuat binaan yang berharmoni dengan alam semesta manakala tamadun islam lebih mementingkan keindahan keseniaan.
Refleksi 2
Kedatangan Islam di Cina adalah melalui Khalifah Uthman menghantar rombongan ke cina,Islam juga dapat tersebar ke Cina melalui hubungan perdagangan antara pedagang Arab dan juga pedagang Cina dan perkahwinan antara pedagang Arab dengan penduduk tempatan juga menyumbang kepada kedatangan Islam di China.
Zaman Kegemilangan Islam di China berlaku pada era Dinastiming: Orang-orang Islam tidak dibenarkan datang dan bermastautin di negara China ketika zaman pemerintah Maharaja Cu Yaung Cang.Oleh itu,orang Islam mengambil tindakan dengan mengahwini wanita Cina yang berketurunan Han sebagai helah untuk menjadi warganegara China.
|
|
|
Post by izzahamira on Dec 13, 2014 16:07:12 GMT
IZZAH AMIRA BINTI MOHD ASRI
REFLEKSI 1 Pencapaian Tamadun China KESUSASTERAAN • puisi - mempunyai klasik puisi seperti shi jing • prosa - mempunyai manfaat moral dan etika • drama - menyokong nilai cina
KESENIAN CINA Alat-alat muzik Cina dikategorikan mengikut bahan akustik yang digunakan dan cara sesuatu alat itu dimainkan.
Sistem melodi muzik Cina klasik adlh kompleks.
Pada dasarnya bahan-bahan ini termasuk logam, batu, tanah liat, kulit, sutera, kayu, labu dan buluh. Cara alat muzik dimainkan dapat diklasifikasikan kepada kategori meniup, genderang, memetik dan menggesek.
SAINS DAN TEKNOLOGI - teknologi kejuruteraan hidraulik - bidang astronomi : menyediakan katalog bintang, catat rekod yang tepat tentang gerhana dan komet - bidang matematik : penggunaan sempoa - bidang perubatan : teori kosmik dualistik, yin dan yang dan 5 elemen. contoh perubatan ialah akupunktur, aurikaloterapi, terapi makanan cina, herba cina dan bekam cina.
Ciptaan agung Teknik membuat kertas Pencetakan bahan letupan Kompas
Perbezaan Pencapaian Antara Tamadun Perbezaan tamadun China dengan yang lain ialah kerana kepantasan teknologinya. Tamadun China sangat mementingkan teknologi mereka berbanding dengan tamadun islam pula mementingkan penyebaran ilmu serta menyebarkan dakwah Islam
REFLEKSI 2
Pengaruh kedatangan Islam di China - Khalifah Uthman bin Affan telah menghantar Saad bin Abi Waqqas r.a untuk melawat China pada tahun 651 M untuk menyampaikan dakwah kepada Maharaja China -Maharaja China telah mengarahkan pembinaan masjid yang besar dan indah di bandar Canton ( Guangzhou) -tentera Islam dibawah pimpinan Qutaibah bin Muslim telah menjalankan penakhlukan ke atas bandar kashgar dan menyeru Maharaja China supaya memeluk Islam. -Jeneral Lien Chen memberontak menentang Maharaja Su Tsung.Khalifah al Mansor telah menghantar 4 000 orang tentera yang terdiri daripada orang islam berbangsa Turki ke China.Tentera yang dikirim berjaya dalam misi tersebut dan terus tinggal di sana dan mengahwini gadis tempatan. -sesetengah pendakwah ke negara China melalui laut bersama pedagang dan menyebarkan Islam di bandar-bandar seperti Shanghai,Guangzhou dan sebagainya. -Maharaja China tttarik dengan Islam-jemput pendakwah untuk menyebarkannya -islam tersebar ke china melalui Laluan Sutera
Zaman kegemilangan Islam di China Penduduk Islam bertambah dan maju dari segi pendidikan, politik, ekonomi dan social. Menurut sumber china, islam sampai ke china pada zaman dinasti Tang dan zaman kegemilangannya ketika pemerintahan Dinasti Yuan dan Dinasti Ming
Sumbangan Islam terhadap peradaban tamadun China -Kedatangan Islam menyebabkan terbentuknya beberapa buah kerajaan di China yang mengamalkan dasar toleransi beragama(Dinasti Yuan dan Dinasti Ming). -Kerajaan Islam telah memberikan sumbangan besar kepada perkembangan Islam dan tamadunnya di China dalam bidang sains dan astronomi, politik serta pentadbiran dan gaya hidup masyarakat. -Sumbangan Islam di China dapat dilihat dari segi pembinaan masjid yang pelbagai rupa. -Seni ukir yang terdapat di Masjid pula banyak menggunakan ayat-ayat al-Quran serta corak-corak flora.
|
|
|
Post by dayahzamri on Dec 13, 2014 16:55:21 GMT
Nur Hidayah Binti Zamridin
REFLEKSI 1
SENI BINA
- binaan yang mesra alam dengan alam semesta
-menerapkan konsep feng shui dalam lokasi dan susunan dalam rumah atau kubur
-tembok besar China merupakansalah satu antara 7 keajaiban dunia
KALIGRAFI
-berbeza mengikut dinasti
-4 gaya utama -gaya Cap, gaya Resmi, gaya Balok, gaya Kursif
KESENIAN
-musik klasik- melibatkan unsur meniup, memetic dan menggesek
-seni lukis-kaligrafi
- menggunakan dakwat monokrom
-aktiviti kegemaran golongan atasan berpendidikan ketika waktu lapang
SAINS DAN TEKNOLOGI
-astronomi
-matematik
-perubatan -akupunktur
-herba cina
-bekam cina
Perbandingan pencapaian antara tamadun:
-Tamadun Islam berjaya meluaskan kawasan penjajahan dalam usaha penyebaran Islam
-Tamadun Cina pula lebih maju dari segi teknologi dan perubatan
-Tamadun India menyerlahkan pembangunan mereka dari segi aspek binaan bangunan .
REFLEKSI 2
Antara pengaruh kedatangan Islam di China:
-Pembinaan masjid diseluruh negara China merupakan bukti penerimaan mereka terhadap agama Islam.
-Saidina Uthman bin Affan telah menghantar Saad bin Abi Waqqas untuk menyampaikan dakwah kepada maharaja China.
-Islam juga tersebar ke China melalui hubungan perdagangan antara pedagang Arab dan pedagang China. Perkahwinan antara pedagang Arab dengan penduduk tempatan juga menyumbang kepada kedatangan Islam di China. Selain itu, perkahwinan di antara tentera China dan penduduk tempatan juga merupakan salah satu factor.
Kegemilangan Islam di China:
-Kerajaan Islam telah memberikan sumbangan besar kepada perkembangan Islam dan tamadunnya di China dalam bidang sains dan astronomi, politik serta pentadbiran dan gaya hidup masyarakat.
-Sumbangan Islam di China dapat dilihat dari segi pembinaan masjid yang pelbagai rupa.
-Seni ukir yang terdapat di Masjid pula banyak menggunakan ayat-ayat al-Quran serta corak-corak flora.
-Dalam bidang sains dan astronomi bilamana Teha Ma-Lou-Tin (Jamaluddin) berjaya mencipta takwim Wan Nien Li yang dugunakan sebagai takwim rasmi kerajaan Yuan.
Islam telah berjaya membuat beberapa perubahan antaranya ialah mengubah cara pemakanan masyarakat China, pemberian nama yang berkaiatan dengan Islam. Selain itu, arak juga telah diharamkan di negara China. Selain itu, sumbangan Islam di China dapat dilihat dari segi pembinaan masjid yang pelbagai rupa.
|
|
|
Post by norhamizah on Dec 13, 2014 18:18:48 GMT
REFLEKSI TAMADUN 1
Pencapaian tamadun China:
1) Sains dan teknologi astronomi:-menyediakan katalog bintang,mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet matematik:-penggunaan sempoa perubatan:-akuapuntur melibatkan perbuatan memasukkan dan mencucuk jarum logam yang telah disteril
2) Kesenian : Muzik klasik melibatkan meniup, memetik, menggesek dan genderang
3) Kaligrafi : Dianggao mempunyai keunikan dalam membayangkan kemurnian dan kualiti seseorang ahli kaligrafi dari segi pemumukan personaliti
4) Seni bina : Tembok Besar China terbina daripada batu bata dan terdapat pintu gerbang
5) Bahasa dan kesusasteraan China klasik : Bahasa Cina telah mengekalkan identitinya dari segi lisan dan tulisan
# Perbezaan pencapaian antara tamadun -Tamadun China lebih maju dalam bidang sains dan teknologi. -Tamadun Islam lebih kepada penyebaran agama Islam -Tamadun India lebih menyerlah dalam perdagangan dan kesenian
REFLEKSI TAMADUN 2
Kedatangan Islam di China:
- Hadiah dan dakwah - Khalifah Uthman binn Affan menghantar Saad bin Abi Waqqas - Penaklukan : Kutaibah bin Muslim menawan Bandar Kashgar - Pemberontakan : Jeneral lien Chen memberontak khlaifah Abbasiyyah iaitu khalifah Al-Mansor mengirimkan 40000 tentera Islam atas permintaan Maharaja Su Tsung - Pengislaman maharaja : #Semasa Dinasti Tang, maharaja mereka memeluk islam di Majid di Canton dan diikuti oleh pembesar dan rakyat
Kegemilangan tamadun China:
- Kedatangan Islam menyebabkan terbentuknya beberapa buah kerajaan di China yang mengamalkan dasar toleransi beragama(Dinasti Yuan dan Dinasti Ming) - Kerajaan Islam telah memberikan sumbangan besar kepada perkembangan Islam dan tamadunnya di China dalam bidang sains dan astronomi, politik serta pentadbiran dan gaya hidup masyarakat.
|
|
|
Post by Nur Azmah Binti Gulam Manaver on Dec 13, 2014 21:33:52 GMT
NUR AZMAH BINTI GULAM MANAVER
Assalamualaikum,
1.
PENCAPAIAN TAMADUN CHINA
Tamadun China juga banyak memberi sumbangan kepada dunia sepertibidang penciptaan, teknologi, astronomi, perubatan, matematik dan sebagainya.Dalam bidang perubatan, Tamadun China begitu tersohor dengan konsep Yin danYang di mana konsep ini dijadikan panduan dalam bidang perubatan. Tamadun Chinajuga menyaksikan perkembangan tentang pertemuan baru seperti magnet, penciptaankompas, penghasilan lilin daripada serangga dan sebagainya. Antara ciptaan hebattamadun China juga ialah penciptaan kertas oleh Cai Lun(105), serbuk letupan dans ebagainya.
* Perubatan -Amalan perubatan Cina berkembang hasil daripada kaedah empirikal iaitu melalui pemerhatian terhadap badan manusia dan beberapa jenis penyakit. Amalan-amalan perubatan Cina dapat diperoleh dari karya-karya tulisan oleh pengamal perubatan Cina.
* Matematik -Penggunaan sempoa (abacus) disebut buat pertama kali pada kurun ke-2 dalamkarya ahli matematik Xu Yue, walaupun alat itu tidak digunakan secara meluas sehingga masa yang lebih lewat. Ahli matematik Cina juga mengenai pasti nilai pi, sistem pecahan dan sistem perpuluhan. Kesemua kemajuan dalam bidang matematik ini kekal digunakan sehingga masa kini.
* Astronomi -Semasa pemerintahan dinasti Zhou orang Cina telah mampu menyediakan katalog bintang, mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet. Sumbangan terbesar ahli astronomi Cina ialah penghasilan peralatan astronomi dan penyelenggaraan rekod astronomi yang sempurna, dan tepat. Sistem kalendar Cina juga adalah salah satu sistem yang paling awal, maju dan tepat berbanding dengan sistem lain di dunia ini.
* Sains dan teknologi -Hasil arkeologi menunjukkan sains dan teknologi Cina sudah wujud pada kurun ke-15 sehingga kurun ke-11SM. Di peringkat awal permulaannya, budaya Cina sangat menghargai kemahiran dalam teknologi khasnya kejuruteraan hidraulik kerana kewujudan budaya Cina bergantung kepada kejayaan atau keupayaan untuk mengawal banjir Sungai Kuning. Teknologi yang lain misalnya, teknologi melebur dan menuang besi ke dalam acuan (eating of iron), pengeluaran porselin, pembuatan kertas dan loyang, dipercayai telah wujud pada masa yang lebih awal lagi.
PENCAPAIAN TAMADUN ISLAM- sumbangan paling besar ialah dalam bidang sains. Ilmu kimia dikembangkan oleh Gaber IbnHayyan telah menyumbang kepad pelbagai penemuan baru seperti teknik peleburanemas, menganalisa asid nitrik dan acetik yang tulin dan sebagainya. Pelbagai kajiandalam bidang biologi seperti botani, dan zoologi telah dijalankan. Tamadun Islam jugamenyaksikan bidang Fizik dan perubatan mula berkembang pesat dengan hadirnyacendekiawan islam seperti Ibn Sina, Al-Zahrawi dan ramai lagi dimana ilmu merekamasih lagi dikaji dan dipakai hingga sekarang. Al-Khawarizmi iaitu tokoh matematikdunia juga tidak ketinggalan dalam menyumbangkan idea dalam peradaban dunia.Holistiknya, tamadun Islam telah memberi banyak sumbangan kepada dunia dalambidang sains dan menjadi pelopor kepada perkembangan sains pada hari ini.
PENCAPAIAN TAMADUN INDIA -
* Matematik -Ahli matematik India telah mengetahui tentang konsep geometri - mendorongnya memperkenalkan sistem nombor (angka Brahmin dan angka Kharosti) yang mencecah ke angka perpuluhan.
* Astronomi -Pengetahuan dalam bidang astronomi pula dapta dipetik daripada Rig Veda.
* Falsafah -Falsafah India ialah falsafah yang terawal berkembang dan direkodkan di dunia. Falsafah ini wujud dalam dua bentuk pemikiran besar: kumpulan yang bersumberkan kitab Veda dan kumpulan yang menolak kitab Veda. Kitab Veda terdiri daripada Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda dan Atharva Veda. Mahabharata, Upanishad dan Bhagavad Gita merupakan antara sumbernya. Falsafah bukan Veda pula bersumberkan ajaran Cavaka, Jainisme dan Buddhisme.
2.
PENGARUH TAMADUN ISLAM DI CHINA
- Semasa zaman Khulafa al-Rasyidin yang ketiga- Uthman bin Affan r.a, beliau telah menghantar Saad bin Abi Waqqas r.a melawat China untuk menyampaikan dakwah kepada Maharaja China. Hasil lawatan tersebut, Maharaja China telah mengarahkan pembinaan masjid yang besar dan indah di bandar Canton(Ghuangzhou). - Tentera Islam di bawah pimpinan Qutaibah bin Muslim telah menjalankan penaklukan ke atas bandar Kashgar ibu kota Turkestan Timur pada tahun 714M dan menyeru Maharaja China agar memeluk Islam. Turkestan Tiur merupakan sebuah negara merdeka sehingga ditakluki oleh Kerajaan Manchu pada tahun 1759. Pada tahun 1876, ia memberontak dan merdeka dari kerajaan Manchu dan pada tahun 1949 ia dikuasai oleh kerajaan komunis China. - Pada tahun 757M, jeneral Lien Chen memberontak menentang Maharaja Su Tsung. Atas permintaan Khalifah Abbasiyyah, iaitu Khalifah al-Mansor telah menghantar seramai 4000 orang tentera yang terdiridaripada orang Islam berbangsa Turki ke China. Tentera Islam yang dikirimkan berjaya dalam misi tersebut. Namun, tentera tersebut terus tinggal di china dan berkahwin dengan wanita tempatan. Ini membantu dalam penyebaran Islam di negara China. - Dalam abad ke-4 M, Raja Turketan Timur telah memeluk Islam. Ini memudahkan lagi penyebaran Islam di Turkestan Timur dan negara China. - Apabila Maharaja China, Tang II mula tertarik dengan kebaikan agama Islam, maka beliau telah menjemput beberapa pendakwah Islam secara rasmi. pendakwah tersebut dapat menyebarkan Islam dengan bebas dan selasa (Jameel Abdullah) - Agama Islam juga tersebar ke China melalui Laluan Sutera. Pada adab ke-13 M, ramai orang Islam dibawa masuk ke Monggol dari Asia Barat untuk membantu dalam pentadbiran. Sehingga kini, masih terdapat ramai penganut agama Islan di China. Kebanyakkannya terdiri daripada kaum minoriti dari bahagian barat laut dan barat- Xin Jiang, Qing Hai dan Ning Xia.
ZAMAN KEGEMILANGAN ISLAM DI NEGARA CHINA
- Zaman Tang 618-907M - Zaman Sung 960-1271M - Zaman Yuan 1271-1368M - Zaman Ming 1368-1644M
SUMBANGAN ISLAM ATAS PERADABAN CHINA
- Jumlah penduduk Islam bertambah dari semasa ke semasa dan maju dari segi pendidikan, ekonomi dan sosial.
|
|
|
Post by farinirazalihs244 on Dec 14, 2014 2:59:32 GMT
NORFARINI BINTI RAZALI
REFLEKSI 1::: PENCAPAIAN TAMADUN CHINA:
1)KESENIAN: -muzik klasik :-meniup, genderang, memetik, menggesek -fiksyen :-kedudukan fiksyen tidak setanding dengan puisi
2)SENI LUKIS: -mempunyai hubungan yang rapat dengan kaligrafi dan puisi -lukisan China dilukis dengan menggunakan dakwat monokrom -lukisan China adalah terhad
3)SENI BINA: -terkenal dengan pembinaan Tembok Besar yang panjangnya kira-kira 2410KM sehingga 40-50kaki -Tembok Besar dibina drp tembok batu yang menggambarkan kemajuan dalam membuat tembok-tembok
4)KESUSASTERAAN: -puisi -prosa -drama
5)SAINS DAN TEKNOLOGI: -teknologi kejuruteraan hidraulik yang mengawal banjir Sg. Kuning -bidang astronomi : mampu menyediakan katalog bintang -bidang matematik : penggunaan sempoa ( abacus ) -bidang perubatan : teori kosmik dualistik, yin dan yang -4ciptaan agung : kertas, kompas, cetakan dan serbuk letupan.
REFLEKSI 2::: KEDATANGAN ISLAM DAN PENGARUHNYA DI CHINA: --> Agama Islam telah berkembang ke China dengan dua jalan, iaitu jalan laut dan jalan darat. Melalui jalan laut bermula dari Teluk Parsi dan bahagian selatan Semenanjung Tanah Arab hingga ke Lautan Hindi dan seterusnya ke bandar-bandar tenggara China seperti Canton.
-- > Manakala jalan darat yang dikenali sebagai Silk Road ( Jalan Sutera) bermula dari Timur Mediterranean hingga ke Asia Tengah, Bukhara dan Samarkand sebelum masuk ke barat laut China dan berakhir di pasar Changan (Xi’an) dan Peking.
--> Perluasan kuasa ke kawasan Asia Tengah seperti Samarkhand, Bukhara, di wilayah Sinkiang mempercepatkan penyebaran Islam ke China. --> Hubungan diplomatik juga dijalinkan diantara masyarakat muslim di Singkiang dengan Maharaja China.
*** Kerajaan Islam telah memberikan sumbangan besar kepada perkembangan Islam dan tamadunnya di China dalam bidang sains dan astronomi bilamana Teha Ma-Lou-Tin (Jamaluddin) berjaya mencipta takwim Wan Nien Li yang dugunakan sebagai takwim rasmi kerajaan Yuan. Begitu juga tokoh astronomi bernama Ma Cha –ye-he dan Laksamana Cheng Ho ( Muhammad Ma HO / Zheng He ) zaman Dinasti Ming .
|
|