amin
New Member
Posts: 6
|
Post by amin on Dec 15, 2014 14:25:34 GMT
Soalan 1
1.Kesusasteraan dan Kesenian
Terdapat pelbagai gengre sastera cina klasik seperti puisi, prosa, drama dan juga fiksyen. Antologi puisi cina yang terawal ialah Shi jing yang mengandungi 305 buah nyanyian kuil, nyanyian istana dan rakyat yang wujud dalam tempoh antara zaman Zhou Barat hingga zaman Musim Bunga Musim Luruh . Antologi ini dikumpul pada masa konfusius di kawasan Lembah Huanghe. Secara amnya, puisi cina berhubung rapat dengan muzik dan ia bersifat padat dan singkat. Puisinya juga lebih naratif atua diskriptif yang mempunyai fungsi sosial dan politik.Perbezaan prosa dan puisi adalah kurang jelas. Prosa dikategorikan kepada beberapa jenis iaitu prosa bercampur puisi (poetic prose), prosa berirama (rhyme prose), rapsody (rhapsody),dan puisi bersifat prosa (poetry prose). Drama juga digunakan oleh konfusius untuk menerapkan nilai-nilai moral dan etika. Tamadun cina juga tidak ketinggalan dalam mencipta keseniannya. Muzik klasik, kaligrafi, seni lukis dan seni pembinaan merupakan kesenian yang terawal dalam tamadun cina. Sistem melodi muzik klasik cina adalah kompleks di mana alat-alat yang digunakan dikategorikan mengikut bahan akustik dan cara sesuatu alat itu dimainkan. Muzik bagi tamadun cina adalah sesuatu yang berharmoni dengan alam semesta dan di letakkan pada satu kedudukan penting pada fahaman konfusius. Pada abab ke-8, kemasukkan muzik dari tamadun lain telah memeriahkan lagi suasana muzik di cina terutamanya dengan kemasukkan tamadun India dan Asia Tengah.Kaligrafi merupakan salah satu kesenian yang paling tinggi diberi penghormatan dalam tamadun cina. Kaligrafi ditulis dengan menggunakan dakwat, berus, kertas dan kadang-kadang sutera. Perkembangan kaligrafi telah menghasil pelbagai bentuk tulisan cina. Kaligrafi dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan seni lukis dan puisi. Su Dongpo pada zaman dinasti Song merupakan seorang pelukis dan juga seorang pakar kaligrafi. Seni lukisan cina pada dasarnya terbahagi kepada dua kategori iaitu xieyi (freehand) dan juga gongbi (menggunakan garis halus).
2. Sains dan teknologi
Bidang astronomi, perubatan, optik dan kimia. Di zaman dinasti Zhou dalam kurun ke11 hingga ke 3 SM, orang cina telah mampu menyediakan maklumat berkaitan dengan bintang dengan terciptanya peralatan astronomi. Sampoa digunakan pertama kalinya oleh ahli matematik cina iaitu Xu Yue dalam kurun ke2 SM. Buku jiuzhang suanshu (sembilan bab matemetik) yang ditulis oleh Zhang Cang pada kurun ke-2 menunjukkan penemuan mengenai kuantiti negatif, sistem pecahan dan perpuluhan. Perkembangan perubatan cina bermula dari sistem perubatan cina tradisional yang terdiri dari teori kosmik dualistik yin dan yang, teori lima elemen, dan juga teori jing dan luo. Teori yin dan yang menyatakan keseimbangan kedua-dua kuasa ini mempengaruhi kesihatan manusia. Teori lima elemen menganggap bahawa tubuh manusia yang terdiri dari organ luaran dan dalaman adalah berpadanan dengan lima elemen dalam alam semesta. Teori jing dan luo merupakan asas kepada rawatan terapeutik seperti moxisbustion (membakar daun moxa) dan akupuntur. Teori ini berpendapat bahawa, organ dalaman, tangan dan kaki adalah berkaitan dan dihubungkan oleh saluran dimana darah dan qi (tenaga dinamik) beredar.
Soalan 2
Perbandingan pencapaian antara tamadun: Tamadun Islam lebih memfokuskan kepada penyebaran ilmu, aktiviti penterjemahan dan kegiatan dakwah. Manakala tamadun China lebih focus pada kemajuan dalam bidang teknologi
Pengaruh kedatangan Islam di China: -Pembinaan masjid diseluruh China (bukti penerimaan agama Islam). -Uthman bin Affan r.a menghantar Saad bin Abi Waqqas untuk sampaikan dakwah kepada maharaja China. -Islam juga tersebar ke China melalui hubungan perdagangan antara pedagang Arab dan pedagang China. Perkahwinan antara pedagang Arab dengan penduduk tempatan juga menyumbang kepada kedatangan Islam di China. -Islam berkembang ke China melaui jalan laut dan jalan darat. Jalan laut bermula dari Teluk Parsi dan bahagian selatan Semenanjung Tanah Arab hingga ke Lautan Hindi dan seterusnya ke bandar-bandar tenggara China seperti Canton.Jalan darat yang dikenali sebagai Silk Road ( Jalan Sutera) bermula dari Timur Mediterranean hingga ke Asia Tengah, Bukhara dan Samarkand sebelum masuk ke barat laut China dan berakhir di pasar Changan (Xi’an) dan Peking. - Perkahwinan antara tentera China yang menetap disesuatu kawasan dan berkahwin dengan penduduk tempatan.
|
|
|
Post by mierasyidah on Dec 15, 2014 15:33:13 GMT
AMIRAH RASYIDAH BT MOHD NASIR (HS244)
REFLEKSI 1: 1. PENCAPAIAN TAMADUN CHINA -KESENIAN DARI SEGI MUZIK KLASIK YANG MELIBATKAN KEGIATAN DI ISTANA, KERAYAAN DAN AGAMA. SEPERTI PIPA, ERHU DAN SEBAGAINYA. CERITA FIKSYEN DITULIS DALAM BAHASA VERNAKULAR. KEDUDUKAN CERITA FIKSYEN DIPANDANG RENDAH OLEH PELAJAR YANG BELAJAR SASTERA. SENI LUKIS JUGA BERKEMBANG YANG MEMPUNYAI HUBUNG KAIT DENGAN KALIGRAFI DAN PUISI. LAHIRNYA PAKAR KALIGRAFI DAN SARJANA. SENI BINA DI TAMADUN CHINA YANG BERHARMONI DENGAN ALAM SEMESTA. TEMBOK BESAR CHINA DIBINA DI DINASTI CHIN MERUPAKAN SATU KEAJAIBAN DUNIA. -KESUSATERAAN PULA TERKENAL DENGAN PUISI. ANTOLOGI IALAH PUISI CHINA MENGANDUNGI 305 BUAH NYANYIAN KUIL, ISTANA DAN RAKYAT. PROSA PULA MENPUNYAI FUNGSI SOSIAL DAN POLITIK. PROSA MESTILAH BERMANFAAT DARI SEGI MORAL DAN ETIKA. DRAMA CHINA YANG MENARIK IALAH JENIS ZAJU YANG BERBENTUK PUISI YANG DIGUBAH MENGIKUY MUZIK. -SAINS DAN TEKNOLOGI DI CHINA DAPAT DILIHAT DENGAN KEWUJUDAN KEJURUTERAAN HIDRULIK YANG KAWAL BANJIR. BIDANG ASTRONOMI JUGA BERKEMBANG DENGAN KEMAMPUAN MEREKA MENYEDIAKAN KATALIG BINTANG, MENCATAT REKOD YANG TEPAT TENTANG GERHANA DAN KOMET. PENGGUNAAN ABACUS MEMPERLIHATKAN PERKEMBANGN BIDANG MATEMATIK. BIDAG PERUBATAN IALAH TEORI KOSMIK DUALISTIK, YIN DAN YANG DAN LIMA ELEMEN. TERDAPAT JUGA WUJUDNYA PERUBATAN CHINA SEPERTI AKUPUNKTUR DAN SEBAGAINYA.
2. PERBEZAAN TAMADUN CHINA BANYAK MENGUASAI KESENIA DAN TEKNOLOGI. MANAKALA TAMADUN ISLAM DARI SEGI PENYEBARAN AGAMA ISLAM DAN PENGGUNAAN AGAMA ISLAM DALAM PENTADBIRAN DAN SEBAGAINYA.
REFLEKSI 2: 1. KEDATANG ISLAM DI TAMADUN CHINA - Berlaku sejak Rasulullah s.a.w lagi. Ini berdasarkan catatan sejarah Dinasti Sui (605-618M) dan Dinasti Tang (618-905M) bahawa telah ada kapal dagangan China sampai di Teluk Parsi pada abad ke-5M dan telah ada penempatan orang Arab di sekitar pelabuhan utama di China.
-Islam telah diperkenalkan sejak zaman Rasulullah s.a.w. berdasarkan pendapat yang menyatakan Saad bin Lubayd yang menyertai rombongan ke Habsyah pada 619M telah berdakwah ke China pada 630/631M.
-Beliau bersama sahabatnya yang dikenali sebagai Yusuf telah berdakwah di Chuan Chow, Chang Chow dan Canton serta bertanggungjawab mendirikan masjid Kwang Tah Se dan masjid Chee Lin Se.
-Menurut rekod Sejarah Dinasti Tang, Islam dibawa ke China oleh pendakwah yang diketuai oleh Saad bin Abi Waqas iaitu Panglima Perang Laut Islam sewaktu pemerintahan Maharaja Yung-Wei dalam Dinasti Tang pada abad ke-7M.
-Terdapat pendapat yang menyatakan Islam dibawa ke China pada zaman Thai Sung (627-655M) dan orang Islam yang pertama tiba di China ialah Abu Hamzah Ibn Hamzah (anak kepada Hamzah bin Abi Talib, sepupu Rasulullah s.a.w). Beliau bersama 3000 orang Muhajirin telah berhijrah ke China dan menetap di kawasan San Gan Foo.
-Menurut catatan rasmi Dinasti Tang (618-905M), Islam dibawa kira-kira pada 651/652M (kurun ke 7M) apabila satu utusan Islam yang dikirimkan oleh Khalifah Othman b. Affan telah sampai ke Chang-an (kini Xian) ibu kota Dinasti Tang.
2. SUMBANGAN TAMADUN CHINA -ASTRONOMI
Pembinaan makmal kaji bintang (Dinasti Yuan). mencipta berbagai alat kaji bintang dan cuaca serta kalendar (takwim Wan-nien-li). Dijadikan takwim rasmi kerajaan mulai 1265 hingga 1281 masihi.
-MATEMATIK
Pada zaman Dinasti Tang dan Sung, masyarakat Islam memperkenalkan kaedah pengiraan Arab (Xiyi Lishu), kaedah 60 darjah (Chiu Ji Li-Zaman Tang), algebra dan trigonometri.
-PELAYARAN
Orang Islam membantu perkembangan pembinaan kapal dan menggerakkan usaha pelayaran. Turut majukan bidang pelayaran terutama soal peralatan untuk berlayar seperti kepakaran astronomi, kompas dan kaedah ukuran air.
-PERUBATAN
Kaedah dan bahan perubatan Arab dibawa masuk dan digabungkan dengan ilmu perubatan China. Beberapa karya dihasilkan sebagai panduan.
Bahan perubatan dibawa masuk ke China pada zaman Dinasti Tang dan Dinasti Sung.
-PEMBINAAN
Menggabungkan elemen tempatan dan senibina Islam bertujuan untuk penyesuaian keadaan di situ. Contoh: Masjid Niukie yang berusia 700 tahun dan Masjid Huaje Lane di Sian (Xian).
Kedatangan Islam ke China membuktikan agama suci ini bersifat sejagat. Perdagangan dan politik merupakan faktor utama kemasukan Islam di China. Masyarakat Islam China berjaya membuktikan sumbangan Islam kepada kemajuan peradaban China.
|
|
|
Post by amaljaunehs2441c on Dec 15, 2014 16:09:06 GMT
AMAL JAUNE BINTI JALALUDIN - HS244
Refleksi Tamadun 1
Antara pencapaian tamadun China ialah: 1) Kesenian - Antara pencapaian tamadun China dalam kesenian ialah dalam bidang lukisan iaitu terdiri daripada seni kaligrafi menggunakan dakwat monokrom, lukisan potret dan landskap serta seni ukir cap. Selain itu, tamadun China juga cemerlang dalam seni muzik iaitu muzik klasik (meniup, menggesek, memetik) 2) Seni Bina - Tamadun China juga mencapai kegemilangan dalam aspek seni bina. Kebanyakkan seni bina di China berkait dengan alam semesta dan kepercayaan feng shui untuk menentukan kesesuaian lokasi seni bina. Semasa dinasti Chou, tembok besar telah dibina bagi mempertahankan negara. Selain itu, seni bina di China juga antaranya ialah kuil-kuil dan istana. 3) Sastera - Tamadun China juga sangat terkenal dalam bidang sastera. Antara sastera china ialah puisi klasik sepeti Shi Jing, prosa yang mempunyai manfaat moral dan juga drama-drama yang mempunyai nilai menyokong cina. 4) Sains dan Teknologi - Astronomi : penyediaan katalog bintang, catatan rekod gerhana dan komet - Matematik : menggunakan sempoa - Perubatan : memperkenalkan akupunktur, bekam Cina dan perubatan menggunakan herba. - Lain lain seperti penciptaan kompas, kertas dan serbuk letupan. Dalam pencapaian tamadun, dapat dilihat bahawa tamadun Cina lebih berkembang dari segi sastera manakala tamadun India lebih cenderung berkembang dalam aspek seni bina nya yang unik. Tamadun Islam pula mencapai perkembangan yang tinggi dalam bidang ilmu dan terjemahan.
Refleksi Tamadun 2 Maharaja Shing Zou menjemput 5300 orang Islam untuk menetap di ibu negeri China. Kedatangan Islam di China melalui dua jalan iaitu jalan laut dan darat. East Mosque di Sanya telah dibawa oleh orang Vietnam melalui jalan laut menerusi perdagangan dan penghijarahan. Islam juga berkembang melalui perkahwinan bangsa Arab dan Parsi dengan masyarakat China. Islam juga berkembang melalui pengislaman Maharaja China pada zaman dinasti Tang. Pengislaman maharaja ini diikuti oleh pengislaman pembesar dan rakyat. Saudagar dari Arab dan Parsi yang datang ke China telah mengislamkan orang tempatan. Pusat Islam juga semakin berkembang di China. Antara pengaruh Islam dalam tamadun China ialah seni bina masjid mengikut seni bina dari Arab, Parsi dan Iran. Terdapat ayat-ayat Al-Quran di dinding masjid.
|
|
|
Post by azyanramlihs244 on Dec 15, 2014 16:38:39 GMT
1. Pencapaian yang diperoleh dalam tamadun China . • Kesenian – muzik klasik : muzik paling lama dan paling berkembang. Melibatkan kegiatan di istana. - Fiksyen : merujuk kepasa Xiaoshuo iaitu percakapan kecil atau sia sia. - Seni lukis : mempunyai hubungan rapat dengan kaligrafi dan puisi • Seni bina – cirri utama : keinginan membuat binaan yang harmoni dengan alam semesta. - Fengshui : terbahagi kepasa lokasi dan susunan dalam sesebuah rumah atau kubur. Pencapaian tamadun Islam: • Astronomi - Astronomi atau falak adalah salah satu ilmu sains yang berkembang pesat pada zaman keagungan tamadun Islam. Pencapaian cemerlang umat Islam dalam bidang astronomi terutamanya pada zaman Abbasiyyah begitu hebat kerana terdapat banyak makmal-makmal astronomi khususnya di bandar-bandar besar seperti di Baghdad. • Fizik - Dr Shahrir Muhammaed Zain dalam bukunya, Pengenalan Tamadun Islam dalam Sains dan Teknologi (1985) telah menjelaskan tentang sumbangan tokoh fizik Islam yang terkenal, al-Farabi (872 – 950M) yang telah membuat kajian tentang bunyi dalam muzik dalam sebutan gelombang udara. Sementara Ibnu Sina (980 – 1037M) dalam karyanya yang terkenal al-Syifa membincangkan halaju bunyi dan cahaya. • Perubatan - Bidang perubatan telah berkembang pesat sejak dari zaman Nabi Muhammad s.a.w. melalui kaedah perubatan nabi yang dikenali dengan ilmu al-Tibb al-Nabawi. Salah satu tokoh yang hebat dalam bidang perubatan ialah Ibnu Sina (980 – 1037M). Beliau mengarang buku al-Qanun fi al-Tibb (Peraturan Perubatan) yang mengandungi 14 jilid. Karya agung ini pernah dijadikan rujukan utama di universiti-universiti Eropah sehingga abad ke-17. Penulis-penulis Barat menggelarkan Ibnu Sina sebagai Bapa Doktor. Beliau telah menulis 250 karya yang masih ada sehingga sekarang dan 116 daripadanya ialah karya dalam bidang ilmu perubatan.
2. Zaman kegemilangan Islam di China dan sumbangan kepada tamadun China. • Pembinaan masjid di Canton. • Pemastautinan orang Islam pertama di China dari Arab dan Parsi. • Ayat Quran di dinding masjid yang pernah dikunjungi orang Brunei suatu ketika dahulu. • Toleransi dilihat daripada percampuran makam makam pembesar asing yang meninggal di China. Kedatangan Islam Ke China : 1. Agama Islam telah berkembang ke China dengan dua jalan, iaitu jalan laut dan jalan darat. Melalui jalan laut bermula dari Teluk Parsi dan bahagian selatan Semenanjung Tanah Arab hingga ke Lautan Hindi dan seterusnya ke bandar-bandar tenggara China seperti Canton. 2. Manakala jalan darat yang dikenali sebagai Silk Road ( Jalan Sutera) bermula dari Timur Mediterranean hingga ke Asia Tengah, Bukhara dan Samarkand sebelum masuk ke barat laut China dan berakhir di pasar Changan (Xi’an) dan Peking. Pendatang Arab dan Parsi : 1. Pada peringkat awal iaitu pada abad ke 7M, masyarakat Islam di China terdiri daripada para pendatang Arab dan Parsi. 2. Tujuan asalnya ialah berdagang sambil menyebarkan Islam. Perluasan kuasa ke Asia Tengah : 1. Perluasan kuasa ke kawasan Asia Tengah seperti Samarkhand, Bukhara, di wilayah Sinkiang mempercepatkan penyebaran Islam ke China. 2. Hubungan diplomatik juga dijalinkan diantara masyarakat muslim di Singkiang dengan Maharaja China. Asimilasi : 1. Setelah itu pendatang Arab dan Parsi telah berkahwin dengan wanita tempatan. Berlaku proses asimilasi dengan masyarakat tempatan, maka ramai daripada mereka memeluk Islam. 2. Pada tahun 878M telah terdapat seramai 120,000 orang asing khususnya Arab Islam di Cina. Pada zaman akhir Dinasti Yuan penduduk Islam dianggarkan 4,000,000 orang. Penempatan Masyarakat Islam : 1. Justeru itu penempatan orang Arab telah berkembang di kawasan selatan negeri China seperti Chuan Chow, Chang Chow, dan Kwang Chow(Canton).manakala pada zaman Dinasti Sung telah dibenarkan membuat perkampungan sendiri. Pembinaan Masjid : 1. Menurut Ibnu Battuta sewaktu lawatan beliau ke China setiap perkampungan Islam telah didirikan sebuah masjid. Sebagai contoh Maharaja Huang Chu telah mendirikan sebuah masjid jamik di Nanking. 2. Di Nanking sahaja terdapat 36 buah masjid. Masjid telah dijadikan sebagai pusat ibadat,pusat kegiatan ilmu dan pertemuan untuk kegiatan kemasyarakatan orang islam. Kesannya kegiatan dakwah telah berkembang dengan pesat. 3. Di pinggir bandar Canton telah dibina sebuah zawiyah iaitu institut pengajian Agama dan tarekat yang dipimpin oleh Syeikh Burhanuddin. Peranan Ulama : 1. Pada zaman Dinasti Yuan ini juga telah terdapat beberapa orang ulama besar yang menetap di China seperti Fuqaha al-Muazzam Maulana Qawamuddin al-Sibti. Seorang ulama fekah mazhab Maliki yang berasal dari Maghribi, Dasar Kerajaan China : 1. Apabila Islam menjadi kuat dan berpengaruh akhirnya terbentuk beberapa buah kerajaan di China yang mengamalkan dasar toleransi beragama seperti DinastiYuan dan Dinasti Ming. 2. Ramai ilmuan Islam dibawa masuk untuk berkhidmat sebagai pentadbir, pakar kewangan, arkitek, ahli sains dan matematik, ahli kaji bintang dan sasterawan. 3. Sebagai contoh pada zaman Dinasti Yuan, dasar anti confucianisme diamalkan dang mengutama orang luar terutama orang Islam. Seorang pentadbirnya terdiri daripada seorang Islam bernama Abdul Rahman menjawat jawatan Ketua Pemungut Cukai. Seorang lagi ialah Syed Ajall yang dikenali orang China sebagai Say Dian Chih yang pernah dilantik sebagai Menteri Kewangan pada 1259M dan Gabnor Yunan. Sumbangan Islam : 1. Kerajaan Islam telah memberikan sumbangan besar kepada perkembangan Islam dan tamadunnya di China dalam bidang sains dan astronomi bilamana Teha Ma-Lou-Tin (Jamaluddin) berjaya mencipta takwim Wan Nien Li yang dugunakan sebagai takwim rasmi kerajaan Yuan. Begitu juga tokoh astronomi bernama Ma Cha –ye-he dan Laksamana Cheng Ho ( Muhammad Ma HO / Zheng He ) zaman Dinasti Ming .
|
|
|
Post by nurhidayah on Dec 15, 2014 16:50:51 GMT
NUR HIDAYAH BINTI SUKRI
REFLEKSI 1:
PENCAPAIAN TAMADUN CHINA
KESENIAN
MUZIK KLASIK:
* Tamadun China terdiri daripada muzik klasik yang dimainkan di dalam istana dan semasa perayaan rakyat *Terdiri daripada kaedah meniup, memetik, gendang dan menggesek
SENI LUKIS :
* Mempunyai kombinasi antara kaligrafi dan puisi * Lukisan potret dan cap yang menggunakan dakwat monokrom * Bersifat terhad dan tidak menyeluruh.
SENI BINA :
* Bersifat harmoni alam * Mempunyai kaitan dengan Feng Shui untuk kesesuaian susunan dan lokasi * Pada Dinasti Chin terdapat pembinaan Tembok Besar China yang dibina daripada tembok batu yang mempunyai pintu gerbang dan untuk memagari kuil
KALIGRAFI:
*Mempunyai gaya yang unik * Contoh kaligrafi seperti lishu(cap), kaishu(balok), caoshu dan xingshu(kursi)
KESUSASTERAAN : prosa, drama dan puisi
SAINS DAN TEKNOLOGI:
KEJURUTERAAN - membina hidraulik yang mengawal banjir Sungai Kuning
ASTRONOMI - katalog binatang, mencatat rekod tepat gerhana dan komet
MATEMATIK - menggunakan sempoa (karya oleh Xu Yue)
PERUBATAN - akupuntur, aurikuloterapi, penggunaan herba dan bekam CIPTAAN AGUNG - kompas, kertas cetakan,serbuk letupan
PERBEZAAN TAMADUN CHINA DAN TAMADUN ISLAM:
Tamadun China lebih banyak menyumbang kepada sains dan teknologi seperti penciptaan kertas, kompas, serbuk letupan dan sebagainya. Tamadun China juga menunjukkan perbezaan dengan Tamadun Islam dalam bidang perubatan kerana mereka menggunakan kaedah akupuntur. Manakala, jika dilihat kepada Tamadun Islam, mereka lebih banyak menyumbang kepada agama melalui penyebaran agama Islam.
REFLEKSI 2
KEDATANGAN ISLAM DAN PENGARUHNYA DI CHINA:
Agama Islam dipercayai berkembang di negara China pada tahun 651 Masihi. Agama Islam yang berasal daripada Arab disebarkan kepada China melalui dua jalan iaitu jalan darat dan jalan air. Masyarakat China berasa curiga dengan agama bangsa lain, oleh itu sambutan mereka kepada agama Islam adalah tidak menggalakkan.Di China terdapat lebih 20 juta penduduk yang beragama islam termasuk etnik Hijrahuizu,Uyghur,Kazakh,Kirgiz,Tajik,Uzbek,Tatar dan lain-lain. Perkembangan Islam di China terdiri daripada pendatang Arab dan Parsi di mana mereka berkahwin dengan wanita tempatan seterusnya berasimilasi dengan masyarakat tempatan dan secara tidak langsung turut menyebarkan agama Islam. Petempatan orang Arab di China seperti Chang Chow, Chuan Chow dan Kwang Chow (Canton). Pada Dinasti Tang (618 – 905M), sebanyak 37 utusan diterima daripada kerajaan Islam. Pada 878 M, terdapat 120,000 orang asing iaitu bangsa Arab , kebanyakan mereka beragama Islam.Dicatatkan, orang Arab dikenali sebagai Hui Hui atau Ta-Shih oleh orang China. Pada Dinasti Sung(960-1279M),aktiviti perdagangan antara Arab dengan China semakin meluas dan maju. Pedagang asing ini dibenarkan membuat perkampungan sendiri dan menjalankan perdagangan secara bebas di mana ianya telah manarik ramai pedagang Islam. Keadaan ini menyebabkan penyebaran agama Islam semakin berkembang pesat di China. Pada Dinasti Yuan(1127-1318),para ilmuan dari Asia Barat dibawa masuk ke China untuk berkhidmat sebagai pentadbir, pakar kewangan, arkitek, ahli sains dan sebagainya. Semasa Kublai Khan ,12 orang panglima beragama Islam. Abdul Rahman ,pentadbir Dinasti Yuan yang beragama Islam menjadi Ketua Pemungut Cukai dan mengendalikan urusan kewangan negara. Syeid Ajall berasal dari Bukham menjadi Menteri Kewangan (1259), Gabenor Yunnan (digantikan oleh anaknya Nasruddin kemudiannya). Alauddin al-Mufari dan Ismail as-Syam mahir mambuat senjata meriam.
|
|
|
Post by hafizuddinsaif on Dec 15, 2014 17:15:17 GMT
Refleksi 1:
Pencapaian Tamadun China;
1) Kesenian: # Muzik Klasik - Antara sistem muzik paling lama dan paling berkembang - Awalnya melibatkan kegiatan istana, perayaan dan keagamaan - Terbahagi kepada 4 kategori (Meniup,Genderang,Memetik,Menggesek)
# Fiksyen - Golongan terpelajar tradisional memandang tinggi stail klasik fiksyen sebagai bernilai untuk diberi taraf sastera - Kedudukan fiksyen tidak setanding dengan puisi atau prosa - Istilah cina merujuk genre ini ialah Xiaoshuo bermaksud percakapan kecil / percakapan sia-sia
# Seni Lukis - Lukisan mempunyai hubungan rapat dengan kaligrafi dan puisi - Keramaian lukisan cina dilukis dengan dakwat monokrom - Konsep seni halus mula wujud sebagai hobi waktu lapang bagi golongan atasan yang berpendidikan selepas Dinasti Han
# Seni Bina - Ciri utama binaan cina adalah keinginan membuat binaan yang berharmoni dengan alam semesta. - Lokasi dan susunan dalam sesebuah rumah / kubur ditetapkan dengan panduan teori fengshui. - Tamadun China terkenal dengan binaan Tembok Besar China yang dibina semasa Dinasti Chin.
# Kaligrafi - Salah satu seni kaligrafi tertua dan masih diamalkan sehingga kini - 4 gaya kaligrafi yang sering ditemui (Cap,Resmi,Balok,Kursif) - Ahli kaligrafi terkenal antaranya ialah Wang Xizhi, Ouyang Xun dan Zhao Mengfu
2) Kesusasteraan
# Puisi - Antologi puisi cina yang terawal bertajuk Shijing - Ia disusun pada zaman konfusius - Puisi-puisi dalam antalogi ini penuh dengan pelbagai idea dan teknik kesusasteraan dan memberi inspirasi kepada penulis generasi kemudian.
# Prosa - Prosa tamadun china seperti puisi purba, juga mempunyai fungsi sosial dan politik - Bagi sarjana konfusian, sesebuah prosa yang berkualiti harus bermanfaat dari segi moral dan etika - Tujuan penulisan prosa adalan untuk 'menyampaikan Dao' atau menunjukkan jalan dari segi moral dan etika.
# Drama - Drama cina paling menarik ialah jenis zaju, sejenis bentuk sastera berbentuk puisi yang digubah mengikut suit muzik tertentu - Penulis menggunakan karya mereka sebagai saluran untuk mengeluarkan perasaan tidak puas hati. - Zaju banyak menyokong nilai-nilai cina seperti kesetiaan, penghormatan kepada ibu bapa, kesucian seorang wanita dan keadilan
3) Sains Dan Teknologi
# Bidang Astronomi - Zaman dinasti Zhou, orang cina mampu menyediakan katalog bintang, mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet
# Bidang Matematik - Penggunaan sempoa buat pertama kali pada kurun kedua dalam karya ahli matematik Xu Yue
# Bidang Perubatan - Teori asas bagi perubatan cina tradisional ialah teori dualistik, yin yang dan juga 5 elemen - 5 jenis perubatan cina (Akupuntur,Aurikuloterapi,Terapi Makanan Cina,Perubatan Herba Cina,Bekam Cina)
Tamadun india berkembang dari segi seni bina manakala tamadun cina pula berkembang dalam bidang kesenian dan kesusasteraan dan tamadun islam pula berkembang dalam penyebaran agama dan juga bidang penulisan ilmu.
Refleksi 2:
TEORI KEDATANGAN ISLAM KE CHINA
1. Berlaku sejak Rasulullah s.a.w lagi. Ini berdasarkan catatan sejarah Dinasti Sui (605-618M) dan Dinasti Tang (618-905M) bahawa telah ada kapal dagangan China sampai di Teluk Parsi pada abad ke-5M dan telah ada penempatan orang Arab di sekitar pelabuhan utama di China.
2. Islam telah diperkenalkan sejak zaman Rasulullah s.a.w. berdasarkan pendapat yang menyatakan Saad bin Lubayd yang menyertai rombongan ke Habsyah pada 619M telah berdakwah ke China pada 630/631M.
Beliau bersama sahabatnya yang dikenali sebagai Yusuf telah berdakwah di Chuan Chow, Chang Chow dan Canton serta bertanggungjawab mendirikan masjid Kwang Tah Se dan masjid Chee Lin Se.
3. Menurut rekod Sejarah Dinasti Tang, Islam dibawa ke China oleh pendakwah yang diketuai oleh Saad bin Abi Waqas iaitu Panglima Perang Laut Islam sewaktu pemerintahan Maharaja Yung-Wei dalam Dinasti Tang pada abad ke-7M.
4. Terdapat pendapat yang menyatakan Islam dibawa ke China pada zaman Thai Sung (627-655M) dan orang Islam yang pertama tiba di China ialah Abu Hamzah Ibn Hamzah (anak kepada Hamzah bin Abi Talib, sepupu Rasulullah s.a.w). Beliau bersama 3000 orang Muhajirin telah berhijrah ke China dan menetap di kawasan San Gan Foo.
5. Menurut catatan rasmi Dinasti Tang (618-905M), Islam dibawa kira-kira pada 651/652M (kurun ke 7M) apabila satu utusan Islam yang dikirimkan oleh Khalifah Othman b. Affan telah sampai ke Chang-an (kini Xian) ibu kota Dinasti Tang.
SUMBANGAN ISLAM DI CHINA
ASTRONOMI
Pembinaan makmal kaji bintang (Dinasti Yuan). Tokoh utama dalam ilmu astronomi Tcha-Ma-Lou-Tin (Jamaludin). Beliau mencipta berbagai alat kaji bintang dan cuaca serta kalendar (takwim Wan-nien-li). Dijadikan takwim rasmi kerajaan mulai 1265 hingga 1281 masihi.
MATEMATIK
Pada zaman Dinasti Tang dan Sung, masyarakat Islam memperkenalkan kaedah pengiraan Arab (Xiyi Lishu), kaedah 60 darjah (Chiu Ji Li-Zaman Tang), algebra dan trigonometri.
PELAYARAN
Orang Islam membantu perkembangan pembinaan kapal dan menggerakkan usaha pelayaran. Contoh: Cheng Ho mulakan pelayaran ke luar China. Turut majukan bidang pelayaran terutama soal peralatan untuk berlayar seperti kepakaran astronomi, kompas dan kaedah ukuran air.
PERUBATAN
Kaedah dan bahan perubatan Arab dibawa masuk dan digabungkan dengan ilmu perubatan China. Beberapa karya dihasilkan sebagai panduan. Bahan perubatan dibawa masuk ke China pada zaman Dinasti Tang dan Dinasti Sung.
PEMBINAAN
Menggabungkan elemen tempatan dan senibina Islam bertujuan untuk penyesuaian keadaan di situ. Contoh: Masjid Niukie yang berusia 700 tahun dan Masjid Huaje Lane di Sian (Xian).
|
|
|
Post by ainsyafira on Dec 15, 2014 17:33:52 GMT
Refleksi Tamadun China 1
Pencapaian Tamadun China: Pada kurun ke-15 sehingga ke-11SM, orang Cina sudah tahu akan teknik pengairan, pertanian, astronomi, cara membuat kalendar dan penulisan. Seawal lebih kurang tahun 200SM, mereka telah menghasilkan abah-abah yang diikat pada dada (breast-strap harness). Ciptaan ini membolehkan kuda membawa muatan yang lebih berat dengan lebih mudah. la dibawa dari China ke Barat antara kurun ke-7 hingga ke-11 dan adalah asas bagi abah kerongkong yang digunakan masa sekarang. Kereta sorong (wheelbarrow) yang banyak meringankan tenaga manusia pula dicipta pada kira-kira tahun 200SM. Masyarakat Cina juga menyedari mengenai kebaikan tumbuh-tumbuhan dan binatang-binatang dari segi perekonomian. Dari China, dibawa kain sutera ke dunia Barat semasa pemerintahan era Roma, dan ulat sutera serta pokok mulberi diperkenalkan di Eropah pada kurun ke-6. Manakala fosil dikenali buat pertama kali di negara China kira-kira pada tahun 1050 oleh Zhu Xi, sedangkan di Eropah hanya selepas Leonardo da Vinci iaitu kira-kira pada kurun ke-15. Antara pencapaian teknologi Cina purba, yang paling berguna dan berpengaruh dan segi sumbangan terhadap perkembangan teknologi serta tamadun dunia ialah empat penciptaan agung iaitu teknik membuat kertas, pencetakan, bahan letupan dan kompas.
Mengenai teknik membuat kertas, ia telah dicipta oleh Cai Lun dengan bahan-bahannya menggunakan fiber tumbuh-tumbuhan pada tahun 105. Teknologi membuat kertas ini kemudiannya telah dibawa dan diperkenalkan ke dunia Barat melalui Jalan Sutera Lama (The Old Silk Road) dan tiba di Eropah pada kira-kira kurun ke-13.
|
|
|
Post by ainsyafira on Dec 15, 2014 17:38:36 GMT
Refleksi Tamadun China 1
Pencapaian Tamadun China: Pada kurun ke-15 sehingga ke-11SM, orang Cina sudah tahu akan teknik pengairan, pertanian, astronomi, cara membuat kalendar dan penulisan. Seawal lebih kurang tahun 200SM, mereka telah menghasilkan abah-abah yang diikat pada dada (breast-strap harness). Ciptaan ini membolehkan kuda membawa muatan yang lebih berat dengan lebih mudah. la dibawa dari China ke Barat antara kurun ke-7 hingga ke-11 dan adalah asas bagi abah kerongkong yang digunakan masa sekarang. Kereta sorong (wheelbarrow) yang banyak meringankan tenaga manusia pula dicipta pada kira-kira tahun 200SM. Masyarakat Cina juga menyedari mengenai kebaikan tumbuh-tumbuhan dan binatang-binatang dari segi perekonomian. Dari China, dibawa kain sutera ke dunia Barat semasa pemerintahan era Roma, dan ulat sutera serta pokok mulberi diperkenalkan di Eropah pada kurun ke-6. Manakala fosil dikenali buat pertama kali di negara China kira-kira pada tahun 1050 oleh Zhu Xi, sedangkan di Eropah hanya selepas Leonardo da Vinci iaitu kira-kira pada kurun ke-15. Antara pencapaian teknologi Cina purba, yang paling berguna dan berpengaruh dan segi sumbangan terhadap perkembangan teknologi serta tamadun dunia ialah empat penciptaan agung iaitu teknik membuat kertas, pencetakan, bahan letupan dan kompas.
Mengenai teknik membuat kertas, ia telah dicipta oleh Cai Lun dengan bahan-bahannya menggunakan fiber tumbuh-tumbuhan pada tahun 105. Teknologi membuat kertas ini kemudiannya telah dibawa dan diperkenalkan ke dunia Barat melalui Jalan Sutera Lama (The Old Silk Road) dan tiba di Eropah pada kira-kira kurun ke-13.
Pencapaian tamadun India. Keupayaan untuk mewujudkan sebuah bandar terancang seperti Mohenjo-Daro dan Harappa -- memerlukan gabungan kepakaran sama ada dari sudut letak bandarnya mahupun dari sudut pengisiannya. pemahaman tentang ilmu geometri, kesenian, dan matematik sangat diperlukan untuk masyarakat Lembah Indus mencapai kecemerlangan dalam perancangan bandar Pemahaman geometri: hasil daripada pertembungan tamadun ini dengan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba-- bandar disusun berasaskan bentuk segi empat, diikuti oleh jalan raya yang lurus. Ahli matematik India telah mengetahui tentang konsep geometri - mendorongnya memperkenalkan sistem nombor (angka Brahmin dan angka Kharosti) yang mencecah ke angka perpuluhan. Pengetahuan dalam bidang astronomi pula dapta dipetik daripada Rig Veda. Masyarakat Lembah Indus tidak hanya bergantung pada panas matahari untukmembuat batu bata daripada tanah liat-- batu bata dihasilkan melalui pembakaran dengan suhu yang tinggi.
Pencapaian Tamadun Islam. Umat Islam berjaya menghasilkan kaedah-kaedah pengiraan dan jadual-jadual (zij) yang amat berguna dalam bidang astronomi. Malah satu pencapaian yang cukup membanggakan adalah kejayaan umat Islam mencipta ‘asturlab’, iaitu alat peneropong bintang.
Antara tokoh yang hebat dalam bidang astronomi adalah Ibrahim al-Fazari al-Munajjam (777M). Beliau telah menghasilkan buku-buku panduan yang membantu ahli falak dalam usaha mempertingkatkan kajian bidang astronomi. Antara buku ilmiah dalam bidang astronomi hasil tulisan Ibrahim al-Fazari al-Munajjam adalah Kitab al-Qasidah Fi ‘Ilm al-Nujum, Kitab al-Miqyas lil Ziwal dan Kitab al-Zij `Ala Sini al-`Arab. Beliau juga banyak menghasilkan jadual-jadual yang sangat berguna dalam bidang ilmu falak.
Seterusnya, tokoh astronomi Islam, al-Farghani (860 – 920M) yang dikenali di Barat sebagai ‘Affaraganus’. Antara karya penting beliau termasuklah Kitab Usul al-Falak, Kitab al-Fusul Ikhtiyat al-Majisti, Kitab al-`Amal al Rukhamat dan Kitab Jawami` Ilmu al-Nujum Wa al-harakat al-Samawiyah yang dialih bahasa kepada The Element of Astronomy. Buku berkenaan berkisar tentang pergerakan objek di langit dengan huraian yang lengkap.
Al-Khawarizmi (790 – 840M) pula telah berjaya mencipta jadual perjalanan bintangbintang atau zij, di samping menulis beberapa karya penting dalam bidang ini. Beberapa tulisannya termasuklah Kitab al-Rukhamah, Kitab al-Zij al-Awwal, Kitab al-Zij al-Thani, Kitab al-‘Amal bi al-Asturlab dan karya-karya yang lain telah menjadi rujukan para sarjana Islam apabila mengkaji astronomi Islam.
|
|
|
Post by ainsyafira on Dec 15, 2014 17:46:13 GMT
Refleksi Tamadun 2.
Kedatangan Islam di China Kedatangan Islam ke China berlaku pada abad ke-7 Masihi dalam zaman Khalifah Uthman Ibn Affan di tanah Arab dan zaman Dinasti Tang di China. Alam Melayu pada abad itu masih dibawah pengaruh Hindu-Buddha, sebagaimana menurut catatan I Cing, pendeta Buddha China yang datang ke ibu kota Sriwijaya di Palembang dan bermukim selama enam bulan di situ pada abad tersebut.
Pengaruhnya di China Angka rasmi Persatuan Islam China menunjukkan terdapatnya 23 juta orang Islam di China, tetapi dipercayai jumlahnya lebih besar daripada itu. Terdapat dua pola taburan penduduk Islam di China. Yang pertama ialah petempatan secara berpusat, iaitu adanya provinsi atau kota tertentu yang menjadi tumpuan mereka. Yang kedua ialah petempatan bercampur dengan orang Han, iaitu bangsa majoriti di negara tersebut.
Zaman kegemilangan Islam di China -Pembinaan masjid di Canton. -Pemastautinan orang Islam pertama di China dari Arab dan Parsi. -Ayat Quran di dinding masjid yang pernah dikunjungi orang Brunei suatu ketika dahulu. -Toleransi dilihat daripada percampuran makam makam pembesar asing yang meninggal di China.
Sumbangannya terhadap peradaban tamadun China Kerajaan Islam telah memberikan sumbangan besar kepada perkembangan Islam dan tamadunnya di China dalam bidang sains dan astronomi bilamana Teha Ma-Lou-Tin (Jamaluddin) berjaya mencipta takwim Wan Nien Li yang dugunakan sebagai takwim rasmi kerajaan Yuan. Begitu juga tokoh astronomi bernama Ma Cha –ye-he dan Laksamana Cheng Ho ( Muhammad Ma HO / Zheng He ) zaman Dinasti Ming .
|
|
|
Post by shafiqahj on Dec 15, 2014 21:30:17 GMT
REFLEKSI TAMADUN 1
PENCAPAIAN TAMADUN CHINA
1)BIDANG KESENIAN * Dalam tamadun China juga terkenal dengan seni opera mereka tersendiri. Bentuk drama Cina yang terkenal ialah Opera Beijing. Ia mengisahkan tentang lagenda-lagenda Negara China dan sejarah Negara China pada zaman dahulu. Muzik yang dimainkan dengan alat muzik alat tradisional seperti gong, biola, gambus, simbal dan serunai manakala pelakon-pelakon memakai pakaian yang berwarna-warni serta menari sambil menyanyi dengan menggunakan bahasa dialek Cina lama. Setiap gerak geri mereka menunjukkan makna yang tersendiri.
Kung Fu di Negara China diperkenalkan semasa penyebaran agama Buddha di kuil Shaolin. Di sini dikatakan berkembangnya seni kung fu dan menghasilkan pelbagai cabang Kung Fu iaitu wu dang, er mei da hua shan.Kung Fu mampu mencergaskan fizikal seseorang serta menunjukkan cara penggunaan pelbagai jenis senjata seperti kayu, pedang, dan tali. Selain itu, Kung Fu juga dapat menyihatkan badan serta membela diri. Qi Kung menekankan pergerakan dalaman di samping mencergafizikal dan mental.
Terdapat juga beberapa seni Cina yang lain dalam tamadun ini. Contohnya, hasil arca yang teragung merupakan patung dewa-dewi agama Buddha yang diukir daripada batu atau kayu. Ia bertujuan untuk keperluan istiadat, agama, atau pengkebumian. Seni hias yang turut penting termasuk seni tembikar, seni ukir, seni logam, seni lakuer, perabot dan tekstil. Pengaruh seni porselin Cina terhadap seni tembikar Eropah adalah sangat besar. Secara umumnya, kesenian Cina telah memberi pencapaian tinggi dan memperkayakan tamadun Cina. Kesenian Cina telah menunjukkan sifat harmoni dengan alam semesta.
2) SAINS DAN TEKNOLOGI *BIDANG MATEMATIK-Kemajuan dan pencapaian dalam bidan sains da teknologi tamdun cina dapat dilihat didalam pemngusaan orang cina dalma bidang matematik. sebagai contoh ialah penggunaan sempoa (abacus).Kebanyakan matematik Cina terkandung dalam karya agong jiuzhang suanshu (Sembilan Bab Matematik) oleh Zhang Cang (kurun ke-2SM). Di dalam buku ini terdapat catatan mengenai kuantiti negatif. Selain daripada itu,ahli matematik Cina juga mengenai pasti nilai pi, sistem pecahan dan sistem perpuluhan. Kesemua kemajuan dalam bidang matematik ini kekal digunakan sehingga masa kini. *BIDANG ASTRONOMI-Di zaman awal pemerintahan dinasti Zhou (kurun ke-11 sehingga ke-3SM), orang Cina telah mampu menyediakan katalog bintang, mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet. Sumbangan terbesar ahli astronomi Cina ialah penghasilan peralatan astronomi dan penyelenggaraan rekod astronomi yang sempurna, tepat dan berterusan sepanjang lebih daripada 2,000 tahun. Sistem kalendar Cina juga adalah salah satu sistem yang paling awal, maju dan tepat berbanding dengan sistem lain di dunia ini. *BIDANG OPTIK-Dalam bidang optik, saintis Cina awal telah memberi perhatian kepada penyongsangan (inversion) imej yang dihasilkan oleh kamera lubangjarum (pin- hole camera), dan begitu juga pelbagai imej yang dihasilkan oleh kanta cekung (concave- lens). Mereka juga memahami prinsip fokus. *BIDANG ALKIMIA-Ahli alkimia Cina dalam usaha mereka mencari satu cara yang dapat membuat manusia hidup selama-lamanya telah menghasilkan sejenis "eliksir kehidupan" (elixir of life). "Eliksir kehidupan" ini mengandungi bahan-bahan seperti merkuri, plumbum dan arsenik. Bahan-bahan tersebut kebanyakan adalah bersifat toksik dan ahli alkimia sedar akan sifat ini. Dalam bidang perubatan moden, penggunaan bahan beracun adalah biasa. Walaupun tujuan utama adalah untuk mengkaji hasil yang dapat memanjangkan usia manusia, uji kaji ahli alkimia Cina dalam mencampur pelbagai bahan, termasuk bahan beracun, telah menyebabkan ciptaan lain yang berguna.
3) KESUSTERAAN *PROSA-Prosa klasik, atau dikenali guwen, adalah dominan dalam sastera Cina klasik. la menggunakan bahasa klasik. Terdapat juga prosa vernakular, atau haihuawen, yang ditulis dalam bahasa pertuturan (percakapan). Berlainan dengan prosa di Barat, prosa Cina seperti puisi purba, juga mempunyai rungsi sosial dan politik. Bagi seorang sarjana tradisional, khasnya sarjana Konfusian, sesebuah prosa yang berkualiti harus bermanfaat dari segi moral dan etika. *PUISI-Shijing merupakan sebuah puisi terawal tamadun China.Puisi dalam Shijing mempunyai fungsi politik dan sosial selain daripada fungsi sastera. la digunakan dalam pertemuan rasmi; raja dan pegawai diplomatik menyanyikan puisi sebagai pembayang bagi sesuatu keadaan sebenar atau untuk menyatakan maksud sebenar. *DRAMA-Drama Cina yang paling menarik ialah jenis zaju, sejenis bentuk sastera berbentuk puisi yang digubah mengikut suit muzik tertentu dan bersemarak pada zaman Yuan. Pelbagai tema dihasilkan dan terkandung dalam karya-karya drama. Terdapat penulis-penulis yang menghasilkan karya dan menggunakan karya mereka sebagai saluran untuk mengeluarkan perasaan tidak puas hati atau sebagai alat kritikan. Dengan ini zaju bukan sahaja member! hiburan tetapi juga berperanan sebagai pengkritik sosial yang berjaya mendapat konsensus dan simpati penonton.
REFLEKSI TAMADUN 2
KEDATANGAN DAN PENGARUH ISLAM KE CHINA
-Penyebaran islam ke China tela bermula dari zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin yang ketiga iaitu Uthman bin Affan r.a, dimana beliau telah menghantar Saad bin Abi Waqqas r.a melawat China pada tahun 651 M (29 H) untuk menyampaikan dakwah kepada Maharaja China. Hasil daripada lawatan tersebut Maharaja China telah mengarahkan pembinaan masjid yang besar dan indah di Bandar Canton yang kini dikenali sebagaia Guanzhou. Selain daripada itu, sesetengah pendakwah ke Negara China melalui laut bersama pedagang dan penyebaran islam di Bandar-Bandar seperti Shanghai, Guanzhou, dan sebagainya. Dalam abad ke 10 H, Rajan Turkestan Timur telah memeluk islam dan ini memudahkan penyebaran islam di Turkestan Timur dna Negara China. Apabila Maharaja China , Tang mula tertarik dengan kebaikkan islam maka beliau telah menjemput beberapa pendakwah islam secara rasmi. Agama islam menjadi luas di China melaui Laluan Sutera. Dimana pada abad ke 13 M ramai orang islam dibawa masuk ke Monggol dan Asia Barat untuk membantu dalam pentadbiran. sehingga kini masih ramai pengganut agama Islam di China. Kebanyakkannya terdiri dari kaum minority dari bahagian barat laut dan barat-Xin Jiang, Qing Hai dan Ning Xia.
|
|
|
Post by fatinsyafiqarazali on Dec 16, 2014 2:09:38 GMT
Refleksi tamadun 1.
SUMBANGAN TAMADUN CHINA Perubatan-perubatan Cina berkembang hasil daripada kaedah empirikal iaitu melalui pemerhatian terhadap badan manusia dan beberapa jenis penyakit. Bidang Matematik-Penggunaan sempoa (abacus) disebut buat pertama kali pada kurun ke-2 dalamkarya ahli matematik Xu Yue. Astronomi-menyediakan katalog bintang, mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet. Sains and Teknologi-teknologi melebur dan menuang besi ke dalam acuan (eating of iron), pengeluaran porselin, pembuatan kertas dan loyang. Bidang Biologi - memelihara serangga berguna bagi menghasilkan lilin dan mengadakan kawalan serangga perosak dengan menggantungkan sarang semut pada pokok buah-buahan. Bidang Optik-Saintis Cina awal telah memberi perhatian kepada penyongsangan imej yang dihasilkan oleh kamera lubang jarum. Perciptaan Agung- penciptaan kertas dan pencetakan, kompas dan serbuk letupan. Teknologi China- orang Cina tahu akan teknik pengairan, pertanian, astronomi, cara membuat kalendar dan penulisan.
Pencapaian yang dikecapai oleh tamadun Islam lebih menyumbang kepada pengubahan manusia daripada jahil kepada yang beragama dan berilmu. Bagi pencapaian tamadun India pula lebih kepada seni bina ukir dan hal-hal kebudayaan. Manakala tamadun China lebih kepada penggunaan sains dan teknologinya dan juga kajian dan bidang perubatan.
Refleksi tamadun 2 Kedatangan Islam dan pengaruhnya di China -Pada mulanya peniaga Arab mengunjungi Khan Fo/Canton/ Guang Zhou sebagai pusat perniagaan. -Kemudiannya, jalinan hubungan ini membolehkan Islam berkembang dalam kalangan pedagang China di negara China. - Selepas itu, peniaga Cina berdagang ke Asia Tenggara menyebarkan Islam kepada masyarakat Asia Tenggara. -Buktinya perpindahan beramai-ramai pedagang Islam di Canton atau Amoy ke Asia Tenggara. -Penemuan batu bersurat Terengganu di Kuala Sungai Tersat , Kuala Berang. -Penemuan sepasang batu nisan ditemui di Kampung Permatang Pasir, Pulau Tambun, Pekan, Pahang. -Islam telah dibawa oleh mubaligh China Islam menerusi Laut China Selatan, ke Phang Rang di Indo China dan ke Pekan Pahang. -Terdapat persamaan unsur seni bina di China dengan seni bina pada masjid di Nusantara/ Kelantan / Melaka / Pulau Jawa. -Di Melaka unsur seni bina China pada bentuk bumbung masjid mempunyai persamaan dengan bumbung Rumah ibadat China / pagoda. -Pengaruh atap genting China serta warna merah dan kuning pada kayu kepala pintu dan tingkap masjid. -Pengaruh China pada jubin lantai, dinding, tangga, kolam air di masjid. -Islam berkembang ke Asia Tenggara dari China melalui Champa.
Zaman kegemilangan Islam di China dan sumbangan kepada peradaban China. Berjaya melahirkan tokoh Islam di China yang menyumbang kepada pelbagai perkara seperti Laksamana Cheng Ho/Zheng He, Yusuf Ma Zhu dan Yusuf Ma Dexing Antara sumbangan Islam di China termasuk dalam hal: -Astronomi -Matematik -Pelayaran -Perubatan -Pembinaan -Kesenian
|
|
|
Post by Mas Aina on Dec 16, 2014 6:53:41 GMT
Refleksi tamadun Cina 1
PENCAPAIAN TAMADUN CINA
Kesenian : Mempunyai pelbagai instrument music klasik .
Seni Lukis: ~Lukisan Cina dalam bentuk potret dan lanskap
Sains dan Teknologi: ~Ada katalog bintang dan gerhana matahari(astronomi) ~Penciptaan magnet ~Pumbinaan kuil Pagoda(oktagon) ~Pembinaan tembok besar cina
Empat Ciptaan Agung:Kertas, cetakan, kompas, serbuk letupan
Matematik: Penggunaan sempoa
PERBEZAAN PENCAPAIAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN CHINA Tamadun Cina mempunyai teknologi maju yang telah mereka cipta manakala tamadun Islam pencapaiannya lebih terserlah kepada keluasan wilayah.
Refleksi Tamadun Cina 2
KEDATANGAN ISLAM DAN PENGARUHNYA DI CHINA 1-Kedatangan Islam mengambil masa 700-800 tahun. Khalifah Uthman kirim rombongan ke China yang diketuai oleh Saad bin Waqas (tahun 651). Hasilnya terbina masjid yang besar dan indah. 2- Islam juga tersebar melalui hubungna perdagangan 3-Perkahwinan antara pedagang Arab dengan penduduk tempatan menyebabkan berlakunya penyebaran Islam.
SUMBANGAN TAMADUN ISLAM KEPADA TAMADUN CHINA 1-Pembinaan makmal Kaji Bintang semasa Dinasti Yuan.(Astronomi) 2-Pada zaman Dinasti Tang dan Sung, masyarakat Islam memperkenalkan kaedah pengiraan Arab, kaedah 60 darjah, algebra dan trigonometri.(matematik) 3-Bahan perubatan dibawa masuk ke China pada zaman Dinasti Tang dan Sung.(Perubatan)
|
|
|
Post by ahmadmuiz on Dec 16, 2014 9:16:27 GMT
Refleksi 1:
pencapaian Tamadun China..
kesenian -pelbagai alat muzik klasik terdiri daripada meniup,genderang,memetik,menggesek.
-lukisan pula terdiri daripada puisi,kaligrafi,lukisan potret dan landskap serta seni ukir cap
seni bina
-tembok besar cina ,pintu gerbang, kuil-kuil dan istana di kota larangan
-Tembok Besar China dibina menggunakan batu-bata dan terdapat pintu gerbang pada zaman Dinasti Chin dan menjadi salah satu ciptaan yang unggul di dunia
sastera -puisi,prosa dan drama
-kaligrafi
sains dan teknologi -astronomi: katalog bintang, abacus -perubatan: teori kosmik dualistik, akupunktur
ciptaan lain -kertas dan cetakan -bahan letupan dan kompas
Bandingkan pencapaian tamadun Islam dan tamadun China
Tamadun cina lebih berkembang dalam bidang teknologi kerana melibatkan lebih banyak aplikasi manakala tamadun Islam lebih kepada pembesaran dan penaklukan wilayah, penyebaran agama islam dan ilmu manakala tamadun India pula lebih terserlah dari segi pembangunan dan kesenian.
Refleksi 2:
-kedatangan Islam ke China mengambil masa selama 700 sehingga 800 tahun
-Khalifah Uthman mengirim rombongan ke China pada 651 masihi dan diketuai oleh Saad Abi Waqas
-Dinasti Tang menjadi Dinasti Keemasan yang memperkenalkan Islam dengan pengislaman Maharaja.
-Saudagar Parsi datang dan Khabilah Hui Zua menerima Islam
-kedatangan Islam ke Sanya pula dibawa oleh Champa,Vietnam melalui jalan laut memandangkan lokasi tersebut berdekatan dengan persisiran pantai.
-Islam juga datang dibawa oleh pedagang yang seterusnya berkahwin dengan gadis tempatan.
Pengaruh Islam di China dapat dilihat dengan banyak masjid dibina berbeza mengikut dinasti seperti Masjid di Canton,masjid Qin Jing di Guang Zhou,Masjid Phoenix dan di China terdapat 40,000 masjid yang dibina. seni ukiran pada masjid pula banyak menggunakan ayat Al-Quran pada dinding,pintu masuk masjid begitu juga dengan seni flora yang diambil daripada Parsi dan Iran.
zaman kegemilangan Islam di China dapat dilihat pada zaman pemerintahan Laksamana Zheng Hi yang merupakan Era Keemasan Islam. pengaruh pula dapat dilihat dengan banyak pusat Islam berkembang di China terutama di Nanjing. banyak masjid dibina pada zaman pemerintahan Zu Yuan.
|
|
|
Post by NajihahZabidi on Dec 16, 2014 10:06:25 GMT
Refleksi 1; Pencapaian yang diperolehi Tamadun Cina dan perbezaan pencapaian Tamadun Islam dan Tamadun India.
1)Kesenian -Muzik Klasik-telah lama dan berkembang. terutamanya dimainkan di istana semasa perayaan atau peristiwa keagamaan -Seni lukis-lukisan pada zaman dahulu mempunyai kaitan rapat dengan puisi dan kaligrafi. Lukisan mereka dianggap menyeluruh dan sering dilukis dengan benda hidup -seni bina-ciri utama dalam seni bina tamadun cina adalah bertemakan alam semesta yang berharmoni (tembok besar cina yang kini dikenali sebagai antara 7 keajaiban dunia)
2)Kesusasteraan -Puisi-nyanyian kuil,istana,nyanyian rakyat telah wujud antara zaman ZHou barat dan Musim bunga musim luruh -Prosa-penulisan prosa adalah bertujuan meyampaikan 'Dao' iaitu menunjukkan jalan atau cara dari segi moral dan etika -Drama- digubah melalui puisi dan diiringi muzik ketika dipersembahkan
3)Sains dan Teknologi -kejuruteraan hidraulik-pengawalan banjir di sungai kuning -bidang astronomi-penciptaan katalog bintang yang mencatat rekod tepat gerhana dan komet -bidang matematik-penggunaan abacus(sempoa) -bidang peruubatan-teori dualistik, yin dan yang dan konsep 5 elemen. selain itu beberapa kaedah perubatan diperkenalkan iaitu akupuntur, aurikuloterapi, terapi makanan cina,perubatan herba cina dan berkam. -ciptaan agung- kertas,cetakan,compas, serbuk letupan
#Perbezaan pencapaian Perbezaan antarra pencapaian tamadun cina dengan yang lain adalah tamadun cina terkenal dengan kesenian mereka seperti seni kaligrafi dan puisi. Tamadun Islam pula secara keseluruhan dilihat sebagai sebuah tamadun yang seimbang kerana Tamadun Islam gemilang dalam perkembangan ilmunya malah dalam masa yang sama berusaha dalam meluaskan dakwah Islamiah. Manakala Tamadun India pula terkenal dalam bidang deometri dan pembinaan oleh kerana perancangan bandarnya yang amat sistematik.
|
|
|
Post by NajihahZabidi on Dec 16, 2014 11:06:55 GMT
Refleksi 2; Huraikan tentang kedatangan Islam di China
-kedatangan islam bermula pada tahun 651M lagi iaitu etika Uthman bin Affan (Khulafa al rasyidin) menghantar Saad bin Waqqas untuk menyampaikan dakwah kepada Maharaja China -sifat keterbukaan dan mudah menerima Islam oleh Maharaja di China memudahkan proses dakwah di China -Masjid pertama dibina di Canton (kini Guangzhou) -Pada 757M, Khalifah al Mansor(Kerajaan Abbassiyah) menghantar 4000 tenteranya untuk membantu Mahraja China, setelah itu tentera Islam tersebut telah menetap di sana dan berkahwin dengan rakyat tempatan. Perkara ini sedikit sebanyak membantu penyebaran Islam -penyebaran Islam juga dilakukan oleh pedagang Islam yang berdakwah melalui laut melalui aktiviti perdagangan dan melalui laluan sutera (silk route) -Selain itu pemelukan islam oleh Raja Turkestan Timur dan Tang II memudahkan lagi proses penyebaran Islam di China
Kesimpulannya, kedatangan Islam di China banyak dibantu oleh sifat keterbukaan Maharaja China dalam menerima agama Islam. Sifat agama Islam itu sendiri yang menyeluruh dan benar meyakinkan Maharaja di China untuk memeluk Islam. Selain itu, agama islam mempunyai banyak persamaan dengan ajaran confusianisme. Usaha dakwah ini juga dilakukan oleh masyarakat Arab yang dilihat begitu berusaha dalam menyebarkan agama Islam melalui perdagangan malah perkahwinan.
Zaman kedatangan Islam di China bermula dari zaman Tang, Zaman Sung, Zaman Yuan dan Zaman Ming. Pada zaman ini jumlah penduduk islam bertambah dengan pesat dan maju dari segi pendidikan, politik, ekonomi dan sosial. Zaman kegemilangan Islam pula dikatakan dicapai pada Zaman Yuan dan Ming. Islam dikatakan merosot pada zaman pemerintahan Dinasti Manchu dimana Dinasti Manchu telah digulingkan oleh Republik China
Sumbangan kedatangan Islam dalam peradaban Tamadun China -Bidang perubatan-banyak bahan perubatan dari arab telah dibawa ke china (pembinaan jabatan kesihatan,lembaga perubatan muslim dan bermulanya permbedahan pisau dan gunting) -Bidang pelayaran-pembinaan armada laut oleh Dinasti Ming. Membawa kemewahan kepada masyarakat kerana pembukaan jalan perdagangan baru -Bidang Astronomi dan Matematik- kedatangan islam menaikkan pembangunan matematik dengan pengenalan kaedah pengiraan Xi Yi Lishu, orang arab dijemput membentuk dan menyusun kalendar,pembinaan balai cerap Hui Hui Chu Tien Chin dan penemuan 365 1/4 hari dalam setahun -Bidang Kebudayaan- memperkenalkan 4 aspek kebudayaan islam di china dan pengunaan nama keluarga -Bidang pembinaan-pembinaan masjid gabungan seni arab dan cina -Bidang ketenteraan-penciptaan meriam HUiHui dan XiYi -Bidang Kesusasteraan- sajak diukir di masjid,penulisan esei tentang islam
Kedatangan Islam telah banyak membawa sumbangan dalam peradaban Tamadun China dalam bidang peruubatan,pelayaran,ketenteraan,kebudayaan,pembinaan dan lain-lain. Berkembangnya ilmu dalam bidang tersebut membantu Tamadun China mencapai zaman kegemilangannya.
|
|