|
Post by Admin on Nov 21, 2014 16:19:30 GMT
Assalamualaikum wrt. wbt. dan Selamat SejahteraIni merupakan tugasan berkumpulan sebagai lanjutan daripada perbincangan di dalam kuliah pada minggu lepas. Anda perlu klik pautan aktiviti (Eksplorasi Tamadun Islam) dalam modul, kemudian tonton video 1 yang disediakan dan selesaikan soalan dalam video 2. Anda juga diminta memberi ulasan tentang video 1 yang ditonton dan hubungkaitkan dengan kandungan silibus yang telah dipelajari.
Perbincangan tugasan boleh dilakukan di dalam ruangan ini. Aktifkan diri anda semua sebagai bukti ketekunan dan kunci kecemerlangan. Saya yakin anda hebat.
|
|
|
Post by anafilzah on Nov 22, 2014 10:58:57 GMT
Waalaikumussalam, terima kasih ustazah, seronok dapat melayari e-citac & berkomunikasi dalam forum ni... :-):-):-) InsyaAllah, saya dan ahli kumpulan sedang berusaha menyiapkan tugasan dalam eksplorasi tamadun Islam... :-):-):-)
|
|
|
Post by anafilzah on Nov 22, 2014 11:02:17 GMT
Waalaikumussalam, terima kasih ustazah, seronok dapat melayari e-citac & berkomunikasi dalam forum ni... :-):-):-) InsyaAllah, saya dan ahli kumpulan sedang berusaha menyiapkan tugasan dalam eksplorasi tamadun Islam... :-):-):-)
|
|
|
Post by Admin on Nov 25, 2014 7:59:01 GMT
Assalamualaikum wrt. wbt. dan salam sejahtera pelajar-pelajar yang bijaksana. Ustazah doakan kamu semua sentiasa cemerlang. Boleh mulakan kongsi jawapan anda di sini tentang video yang telah ditonton. Jadilah kumpulan pertama yang memberikan jawapan di sini. Jangan risau jika ada kawan-kawan membaca jawapan kumpulan anda, kerana belajar itu memerlukan perkongsian. Lebih banyak yang dikongsi lebih banyak yang diperolehi.
|
|
|
Post by nabilahinani_hs244 on Dec 4, 2014 13:24:22 GMT
Nur Nabilah Inani, Amal Jaune, Amirah Rasyidah, Noradnin (HS244)
Sumbangan Umar Al-Khattab dalam pentadbiran : -penubuhan jabatan percukaian -pembentukan majlis syura -memecahkan kawasan dan pusat pemerintahan wilayah yang berasingan -setiap wilayah dilantik seorang wakil dan beberapa orang pengawai untuk menjalankan pentadbiran -memperbaharui dan mengemaskini undang-undang pentadbiran tanah -mengubahsuai penetapan cukai urusan dan pentadbiran
2. usaha-usaha penyebaran islam oleh Rasulullah : -melaksanakan dakwah secara rahsia pada peringkat awal kepada ahli keluarga terdekat -meneruskan dakwah secara terang-terangan -berhijrah ke Yathrib bersama-sama para sahabat dan penduduk kota Mekah -membentuk negara islam yang pertama di Madinah -mempersaudarakan golongan Muhajirin dan Ansar -membina masjid nabi -menyediakan piagam madinah sebagai peraturan kepada kaum Islam, Musyrikin dan keseluruhannya
3. lima sumbangan tamadun Islam dalam bidang sains: -astronomi -kimia -geografi dan pelayaran -perubatan -matematik
4. sumbangan tamadun Islam dalam bidang matematik dan pelayaran : -penemuan matematik oleh ilmuwan Islam seperti al-khawarizmi dan al-biruni -penemuan sistem nombor, arismetik dan teori nombor algebra/aljabar, geometri analisis dan kaedah berangka -memperkenalkan sistem nombor baru seperti angka sifar -menggerakkan umat Islam untuk menjelajah dari negara ke negara -memberi nama kepada sungai-sungai -menerangkan lokasi, keadaan dan perdagangan penduduk India
5.sumbangan kerajaan Umayyah dalam perkembangan tamadun Islam: -berjaya meluaskan empayar kerajaan -membasmi kemiskinan -pembinaan masjid Cordova -sistem pembelajaran yang komprehensif dalam semua bidang -pemerintah menaja pelajar-pelajar mempelajari ilmu yang boleh membina masyarakat -menubuhkan universiti -menaungi ulamak dengan elaun yang tertentu -mendirikan perpustakaan dan membeli buku-buku rujukan -berjaya menangani ancaman dari dalam mahupun luar -terbinanya kota satelit -terbinanya istana yang dikeliling taman
OBJEKTIF : 1) B 2) A 3) C 4) B 5) D
Video 1 banyak membantu kami sebagai satu kumpulan untuk memahami dengan lebih lanjut mengenai kemunculan, kedatangan dan perkembangan tamadun islam. Kronologi peristiwa lahirnya tamadun Islam disusun dengan baik sekali . Hal ini membantu kami dalam mengenali dan mendalami tamadun Islam sebagai salah satu tajuk dalam silibus pembelajaran kami.
|
|
|
Post by attyliyasyafira on Dec 5, 2014 17:47:12 GMT
Oleh : Attyliya, Ummi, Fatin Syafiqa, Arisha
1. Pembaharuan – pembaharuan yang dibawa oleh Umar bin Al – Khattab dalam bidang pentadbiran yang merupakan sumbangan beliau yang terpenting ialah
- Menyusun pentadbiran Majlis Syura Majlis Syura dianggotai oleh wakil golongan Muhajirin dan Ansar dan terbahagi kepada dua majlis iaitu majlis tertinggi dan majlis harian. Beliau sebagai ketua pemerintahan dan ketua negara telah dibantu secara rasmi oleh ahli Majlis Syura. -Mewujudkan pembahagian wilayah Wilayah-wilayah pentadbiran dibahagikan kepada beberapa wilayah seperti Madinah, Makkah, jazirah Mesir, Iraq, Wilayah Selatan dan Wilayah Timur.
- Menubuhkan jabatan - jabatan baharu Penubuhan jabatan seperti Jabatan Setiausaha Tentera, Jabatan Percukaian, Jabatan Polis, Jabatan perbendaharan Negara dan Jabatan Kadi.
- Menyusun Sistem ketenteraan Khalifah Umat telah menyusun semula sistem ketenteraan dengan membentuk tentera tetap dan tentera sukarela. Beliau menubuhkan Diwan al-Jund (Jabatan Ketenteraan) untuk menjalankan urusan ketenteraan. Tentera tetap telah dibayar gaji dan diberikan pakaian seragam. - Menyusun undang – undang tanah negara Mewujudkan sistem pentadbiran tanah di wilayah yang ditakluki dengan memperkenalkan tanah bertuan dan tidak bertuan. -Menubuhkan Baitulmal Tujuannya ialah mengumpul dan menguruskan harta dan khazanah kerajaan. -Mengisytiharkan kalendar mengikut tahun Hijrah Takwim atau kelendar ini dimulakan pada tahun 17 Hijrah bertujuan untuk memudahkan urusan pentadbiran negara terutamanya dalam bidang Pendidikan yang banyak membabitkan penggunaan tarikh. 2. Analisis usaha-usaha penyebaran Islam oleh Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah.
• Rasulullah SAW menyebarkan Islam di kota Makkah selama 13 tahun • Melalui dua peringkat (sembunyi dan terbuka) • Peringkat pertama (sembunyi), Rasulullah menjalankan dakwah secara sulit dalam kalangan keluarga dan sahabat yang terdekat. • Al-Arqam menjadikan rumahnya sebagai pusat kegiatan Islam yang pertama di Makkah • Peringkat kedua (terbuka) disebarkan kepada masyarakat Makkah secara terang-terangan. • Majlis ceramah diadakan di rumah Ali bin Abu Talib (baginda menerangkan Islam) • Dakwah Islamiah secara terbuka kepada orang ramai dilakukan di Bukit Safa, Makkah • Di Madinah selama 10 tahun • Rasulullah berjaya mempersaudarakan orang-orang Muhajirin dan Ansar • Puak Aus dan Khazraj juga disatukan • Membentuk Piagam Madinah • Membina masjid Quba’ • Menukar nama Yahtrib kepada Madinah al-Munawarah • Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin atau ketua bagi negara Madinah • Penduduk Madinah dianggap sebagai ummah yang hidup bersatu padu tanpa perasaan benci-membenci. • Penduduk Madinah bebas memilih agama masing-masing. • Undang-undang Islam digunakan secara menyeluruh. • Penduduk Madinah boleh menjalankan kegiatan ekonomi sendiri.
3. Lima sumbangan tamadun Islam kepada tamadun dunia dalam bidang Sains i. Perubatan -Salah satu tokoh yang hebat dalam bidang perubatan ialah Ibnu Sina (980 – 1037M). Beliau mengarang buku al-Qanun fi al-Tibb (Peraturan Perubatan) yang mengandungi 14 jilid. Karya agung ini pernah dijadikan rujukan utama di universiti-universiti Eropah sehingga abad ke-17. ii. Farmasi - Al-Majusi (994M) pula terkenal dalam bidang farmasi kerana dikenali sebagai bapa farmakologi. Beliaulah orang yang menemui analgestik (dadah yang menghilangkan rasa kesakitan). Kitab karangan beliau ialah Kitab al-Maliki. iii. Astronomi Umat Islam berjaya menghasilkan kaedah-kaedah pengiraan dan jadual-jadual (zij) yang amat berguna dalam bidang astronomi. Malah satu pencapaian yang cukup membanggakan adalah kejayaan umat Islam mencipta ‘asturlab’, iaitu alat peneropong bintang. -Seorang lagi ahli astronomi Islam, al-Battani (868 – 929M) berjaya menentukan liukan bumi 54.5”, dan sudut ekleptik adalah 23’ dengan 35’. Al-Biruni (973 – 1048M) pula telah mencipta jadual dalam bidang astonomi yang dinamakan Jadual Toledo. iv. Ilmu Fizik Al-Farabi (872 – 950M) yang telah membuat kajian tentang bunyi dalam muzik dalam sebutan gelombang udara. Sementara Ibnu Sina (980 – 1037M) dalam karyanya yang terkenal al-Syifa membincangkan halaju bunyi dan cahaya. v. Ilmu Biologi -Al-Riyasah Ibn Jarit yang telah membuat kajian pokok limau rubab dan penggunaannya.
4. Sumbangan tamadun Islam dalam bidang matematik dan pelayaran. Bidang Matematik(Al-Khawarizmi) : Pemakaian secans dan tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.Sistem Nombor. Antaranya ialah kos, sin dan tan dalam trigonometri penyelesaian persamaan, teorem segitiga sama juga segitiga sama kaki dan mengira luas segitiga, segi empat selari dan bulatan dalam geometri. Masaalah pecahan dan sifat nombor perdana dan teori nombor juga diperkenalkan. Bidang Pelayaran(Al-Mas’udi) : gambaran yang jelas tentang laluan dari Teluk Parsi ke laut China.Penemuan sungai pertama iaitu Bahr al-Fars atau Khasybah al-Basrah.Penemuan bandar-bandar lama di pesisiran pantai Gujerat dan Konkan.PengetahUan tentang keadaan, lokasi serta aktiviti perdagangan bagi masyarakat dan pedagang di India setelah beliau tiba pada tahun 303H. Setiap laut itu berasingan, dengan penjelasannya bahawa lautan merupakan satu kumpulan air besar yang bersambung antara satu sama lain. Sebagai contoh: laut Hindi, laut China, laut Parsi, laut Rom,dan laut Syiria adalah tidak berasingan. Penyelesaian kekeliruan yang dihadapi oleh pelaut Arab tentang dua laluan laut dari Eropah ke Sepanyol iaitu Britain dan Ireland melalui lautan Atlantik dan dari Rusia melalui Laut Hitam, Dardeneller dan laut Mediterranean.Hasil sil kajian yang beliau lakukan bahawa laut Kaspia tidak bersambung dengan laut Hitam.jarak antara benua Eropah dan China adalah setengah lingkungan bumi.
5) Rumusan sumbangan kerajaan Umayyah terhadap perkembangan tamadun Islam. Sumbangan kerajaan Umayyah sangat banyak. Dari segi ketenteraan, mereka telah mengemaskini angkatan tentera dengan corak gerakan tentera Parsi. Malah, Diwan al-jund ditubuhkan bagi mentadbir dan mengurus hal-ehwal ketenteraan. Selain itu, dari segi pendidikan pula, Kota Basrah menjadi pusat penyebaran ilmu ketikaitu. Bahasa Arab adalah bahasa pengantar dan perkembangan ilmu tidak terhad dalam bidang keagamaan sahaja, malah ilmu sejarah dan geografi telah mula dipelajari. Kegiatanpenulisan, pembukuan dan pembinaan perpustakaan giat dijalankan pada zaman ini. Dari sudut ekonomi pula, jalan, pelabuhan dan kapal perang khas dibangunkan bagi memajukan sektor perdagangan dan pentadbiran baitulmal dikemaskini bagi memantapkan kewangan negara.
Soalanobjektif : 1. B 2. A 3. A 4. B 5. D
|
|
CJ9
New Member
Posts: 5
|
Post by CJ9 on Dec 6, 2014 15:53:34 GMT
nur ain annual ong,nadhira saarani,farah adnin,fatimah alia,che jauharah,hidayah,shafiqah
Subjektif. Jawapan : 1) Apakah pembaharuan-pembaharuan yang dibawa oleh Umar Bin al-Khattab dalam bidang pentadbiran yang merupakan sumbangan beliau yang paling penting ? Pembaharuan-pembaharuan yang dibawa oleh Umar Bin Al-Khattab dalam bidang pentadbiran termasuklah : a) Membentuk Majlis Syura .Majlis Syura merupakan lembaga atau majlis perunding Yang Tertinggi dan terbahagi kepada Majlis Syura Tertinggi dan Majlis Syura Am. Semua perkara yang membincangkan masalah politik, keselamatan, sosial Negara serta polisi Negara akan dibincangkan b) Memperbaharui undang-undang pentadbiran tanah. Di Mesir, Syria dan Iraq misalnya , segala tanah-tanah awam adalah menjadi milik kerajaan tempatan dan hasil tanah tersebut akan digunakan untuk membiayai kemudahan-kemudahan awam. c) Memperluaskan skop pengawasan dan pentadbiran. Pegawai-pegawai kerajaan sentiasa berada dalam pemerhatian atau pengawasan semua pihak. Contohnya memastikan semua gabenor wilayah dan pegawai kanan kerajaan berada di Mekah pada musim Haji.
2) Analisis usaha-usaha penyebaran Islam oleh Nabi Muhammad S.A.W dari Mekah hingga ke Madinah. Di Mekah penyebaran Islam pada mulanya dilakukan secara sembunyi selama 3 tahun dan secara terang-terangan selama 10 tahun. Penyebaran Islam secara sembunyi dilakukan di rumah Al-Arqam di bukit Safa. Dakwah ini disampaikan kepada keluarga terdekat dan sahabat rapat sahaja. Dakwah disampaikan secara lemah lembut dan berhikmah. Penyebaran Islam secara terang – terangan pula berlaku selama 10 tahun setelah mendapat wahyu daripada Allah S.W.T. namun mendapat tentangan daripada penduduk Mekah, oleh sebab itu Nabi Muhammad dan pengikutnya berhijrah ke Madinah secara sembunyi. Sebelum Rasulullah S.A.W. dan pengikutnya memasuki Madinah, perjanjian Aqabah1 telah dimeterai. Antara isi kandungan perjanjian itu ialah suku Aus dan Khazraj mesti beriman kepada Allah dan Rasulullah S.A.W.,berjanji untuk membantu perjuangan Nabi dan tidak melakukan amalan jahiliah. Setelah itu, Nabi menghantar seorang pendakwah, Mus’ab bin Umair ke Madinah untuk menyebarkan Islam. Dengan cara ini Islam tersebar sebelum masukknya Rasulullah S.A.W dan pengikutnya ke Madinah. Apabila Nabi Muhammad S.A.W. dan pengikutnya memasuki Madinah, piagam Madinah telah dibentuk berdasarkan wahyu daripada Allah S.W.T., piagam ini telah menjadi asas pentadbiran Islam di Madinah dan Madinah menjadi kerajaan Islam pertama dibentuk. Dengan Nabi Muhammad S.A.W. sebagai pemimipin di Madinah, Islam tersebar secara meluas.
3) Nyatakan 5 sumbangan Tamadun Islam kepada tamadun dunia dalam bidang sains. i. Perubatan - Mengenal pasti penyakit cacar dan campak oleh Ar Razi. (karya : Al Hawi dan Al Mansuri) - Analisa pelbagai jenis penyakit dan cara-cara mengubatinya oleh Ibn Sina (karya : Al Qanun Fi Al-Tibb) - Teknik pembedahan dan ciptaan alat-alat bedah oleh Al-Zahrawi ii. Kimia - Mengasas dalam kaedah : penghabluran, pemejalwapan, penyulingan, penyejatan dan alat-alat untuk kaedah ini oleh Jabir Ibn Hayyan. iii. Astronomi - Kaedah pengiraan astronomi secara trigonometri oleh Al-Battani. - Penciptaan asturlab, alat peneropong bintang. iv. Fizik - Kajian tentang bunyi dalam muzik dalam sebutan gelombang udara oleh Al-Farabi. - Halaju bunyi dan cahaya oleh Ibn Sina. - Bidang mekanik dan hidrostatik oleh Al-Khazin. v. Biologi - Keterangan tentang haiwan, sifat-sifat haiwan, penyakit dan penyembuhannya oleh al-Jahiz
4) Senaraikan sumbangan Tamadun Islam dalam bidamg matematik dan pelayaran Matematik : i) Al – Khawarizmi telah melahirkan cabang baru dalam ilmu matematik iaitu algebra ii) Al – Khawarizmi juga telah memperkenalkan konsep sifat dan penting dalam sistem nombor zaman sekarang Pelayaran : i) Terciptanya kompas yang membolehkan penemuan pelabuhan baru di seluruh dunia ii) Lahir kebudayaan dan tamadun baru iaitu Islam di seluruh ceruk rantau dunia
5) Rumuskan sumbangan kerajaan Umaiyah terhadap perkembangan Tamadun Islam Terdapat beberapa sumbangan kerajaan Umaiyah terhadap perkembangan Tamadun Islam antaranya ialah melalui aspek ketenteraan, pendidikan dan sosial , perkembangan ekonomi,politik dan pentadbiran. Pertama, melalui aspek ketenteraan dibahagikan kepada lima bahagian iaitu pasukan tengah, sayap kanan, sayap kiri, hadapan dan pasukan belakang. Pasukan tentera ini juga dibahagikan kepada tentersa berkuda, berkenderaan dan berjalan kaki. Tentera laut turut ditubuhkan dengan 1700 kapal perang dan pengkalan turut dibina di Tunisia, Syria dan Iskandariah. Hal ehwal ketenteraan diuruskan dan ditadbir oleh Diwan al-jund. Pendidikan dan sosial turut memberi kesan dalam perkembangan Tamadun Islam. Masyarakat Islam telah memperkenalkan sumber pendidikan seperti Sains dan teknologi. Khalifah Abdul Malik b. Marwan dan Umar b. Abdul Aziz adalah ulama dalam bidang al-Quran, tafsir, hadis dan nahu. Kota Basrah menjadi pusat penyebaran ilmu dan bahasa Arab menjadi bahasa perantaran manakala Cordova menjadi pusat ilmu pengetahuan di Eropah. Lahirnya para sarjana seperti Khalil bin Ahmad ilmuan bahagian pakar bahasa dan fisiologi arab. Al-Farazdaq, Jarir dan Umar bin Abi Rabiah adalah ilmuan sasterawan. Perkembangan ekonomi pula wujudnya sistem ekonomi Islam maka matawang Islam diperkenalkan bagi menggantikan matawang terdahulu. Selain itu, terdapatnya hasil Negara yang diperolehi melalui kharaj, jizyah, zakat, usyur, fai’ dan ghanimah. Politik dan pentadbiran telah menunjukkan bahawa terdapat empat sistem yang telah digunapakaikan iaitu sistem kahlifah, sistem wazarah, sistem setia serta sistem hijabah. Akhir sekali, terdapat penambahan jabatan seperti jabatan surat-menyurat, jabatan urusan am dan jabatan cap mohor pemerintahan.
Objektif 1. B 2. A 3. C 4. B 5. D
|
|
|
Post by norwanidaidayu on Dec 7, 2014 2:22:28 GMT
Group 6 - Izni, Masyitah, Nadia, Hawa, Razni, Ayu
1) Pembaharuan yang dibawa oleh Umar al-Khattab - Sistem syura - Peluasan wilayah Islam - Perlantikan pegawai wilayah - Sistem percukaian tanah dan tanaman - Memajukan sektor pertanian
2) Usaha penyebaran Islam oleh Nabi Muhammad - melaksanakan dakwah secara rahsia pada peringkat awal kepada ahli keluarga terdekat
- meneruskan dakwah secara terang-terangan
- berhijrah ke Yathrib bersama-sama para sahabat dan penduduk kota Mekah
- membentuk negara islam yang pertama di Madinah
- mempersaudarakan golongan Muhajirin dan Ansar
- membina masjid nabawi
3) Sumbangan Islam dalam bidang sains
- Perubatan. Mengenal pasti penyakit cacar dan campak oleh Ar Razi. (karya : Al Hawi dan Al Mansuri) . Analisa pelbagai jenis penyakit dan cara-cara mengubatinya oleh Ibn Sina (karya : Al Qanun Fi Al-Tibb) . Teknik pembedahan dan ciptaan alat-alat bedah oleh Al-Zahrawi
- Kimia . Mengasas dalam kaedah : penghabluran, pemejalwapan, penyulingan, penyejatan dan alat-alat untuk kaedah ini oleh Jabir Ibn Hayyan.
- Astronomi . Kaedah pengiraan astronomi secara trigonometri oleh Al-Battani. Penciptaan asturlab, alat peneropong bintang.
- Fizik . Kajian tentang bunyi dalam muzik dalam sebutan gelombang udara oleh Al-Farabi. Halaju bunyi dan cahaya oleh Ibn Sina. Bidang mekanik dan hidrostatik oleh Al- Khazin.
- Biologi . Keterangan tentang haiwan, sifat-sifat haiwan, penyakit dan penyembuhannya oleh al-Jahiz
4) Sumbangan Islam dalam bidang matematik dan pelayaran - Al-Jabr wa’l Muqabalah : beliau telah mencipta pemakaian secans dan tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.
- Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Beliau telah mengajukan contoh-contoh persoalan matematik dan telah mengemukakan 800 buah soalan yang sebahagian daripadanya merupakan persoalan yamng dikemukakan oleh Neo. Babylian dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan kebenarannya oleh al-Khawarizmi.
- Sistem Nombor : Beliau telah memperkenalkan konsep sifat dan ia penting dalam sistem nombor pada zaman sekarang. - Thabit Ibn Qurrah telah menterjemahkan karya-karya Ptolemy berhubung dengan beberapa tempat di bumi berdasarkan letaknya Latitud dan Longitud. - Ibn Khurdazbih telah menghasilkan sebuah buku geografi yang amat bernilai pada tahun 232H/846M yang diberi judul "Kitab al Masalik wa al-Mamalik". Buku yang bernilai khusus tentang topografi ini dikatakan merupakan karya pertama dalam bidang ini yang ditulis secara bebas. Ia telah dipergunakan oleh Ibn Faqih, al-Maqdisi, Ibn Hawqal dan penulis-penulis geografi lain pada masa selepasnya.
5) Sumbangan kerajaan Umayyah -Dari segi ketenteraan, mereka telah mengemaskini angkatan tentera dengan corak gerakan tentera Parsi. Malah, Diwan al-jund ditubuhkan bagi mentadbir dan mengurus hal-ehwal ketenteraan. Selain itu, dari segi pendidikan pula, Kota Basrah menjadi pusat penyebaran ilmu ketikaitu. Bahasa Arab adalah bahasa pengantar dan perkembangan ilmu tidak terhad dalam bidang keagamaan sahaja, malah ilmu sejarah dan geografi telah mula dipelajari. Kegiatanpenulisan, pembukuan dan pembinaan perpustakaan giat dijalankan pada zaman ini. Dari sudut ekonomi pula, jalan, pelabuhan dan kapal perang khas dibangunkan bagi memajukan sektor perdagangan dan pentadbiran baitulmal dikemaskini bagi memantapkan kewangan negara.
Soalan objektif : 1. B 2. A 3. A 4. B 5. D
|
|
|
Post by farahhs244 on Dec 10, 2014 18:47:17 GMT
group 1: Ahmad Muiz, Farah Diana, Saidatul Shahira, Nor Hainah
SOALAN SUBJEKTIF
1) 5 bentuk kepercayaaan agama yang diamalkan dalam tamadun India ialah -Hinduisme -Buddhisme -Sikhisme -Jainisme -Islam
2) Susunan masyarakat India dalam sistem kasta ialah -Brahmin: golongan intelektual dan ahli agama -Ksatriya: golongan pemerintah,pentadbir dan tentera -Vaisya: golongan pedagang dan peniaga -Sudra: golongan petani dan buruh
3) 5 bentuk pencapaian tamadun India yang menyumbangkan kepada peradaban dunia ialah -pendidikan: tamadun India berjaya menubuhkan pusat pendidikan terutamnya universiti untuk memajukan tradisi ilmu dan peradaban.
-sains dan teknologi: Tamadun India telah mengembangkan ilmu astronomi tentang hukum graviti dan berjaya menghitung ukur lilit bumi oleh Brahmagupta.
-matematik: Tamadun India mengenalkan perpuluhan, trigonometri dan angka dicipta -kimia: Tamadun India membuat peleburan logam, pembuatan wangian dan pewarna serta pembuatan ubat -bahasa: Tamadun India mempunyai 325 bahasa, 750 loghat dan hanya 14 bahasa utama.
4) 5 tokoh terkenal dalam zaman pemerintahan Islam di India ialah -Zahiruddin Muhammad -Humayun -Akhbar -Shah Jehan -Aurang Zeb
5) Bentuk-bentuk seni yang mempamerkan pencapaian tamadun India ialah -Seni muzik: Ameer Khusro mengabungkan nada dan laraskan India dan Parsi. -Seni tarian: Gerakan tangan, kaki, muka dan perasaan. -Seni ukiran: Terdapat pada dinding istana dan kuil. -Seni bina: Istana Utama yang diperbuat dari batu dan tanah liat.
SOALAN OBJEKTIF
1.C 2.B 3.C 4.D 5.B
|
|
|
Post by diyanahmaria_HS244 on Dec 12, 2014 9:45:54 GMT
NURHAYATI BINTI ROSLAN, NURAQILAH BINTI SARMAN, NUR DIYANAH MARIA BINTI AZMI, NAZHIFAH BINTI ALIAS
SUMBANGAN BESAR UMMAR AL-KHATTAB
Antara pembaharuan yang dibawa oleh Umar Bin al-Khattab dalam bidang pentadbiran yang merupakan sumbangan beliau yang paling penting ialah 1) Majlis syura 2) Menyusun undang-undang tanah 3) Menubuhkan beberapa jabatan penting seperti Jabatan Tentera, Jabatan Polis, Jabatan Percukaian dan Jabatan Perbendaharaan Negara. 4) Meluaskan wilayah Islam
USAHA-USAHA NABI MUHAMMAD DALAM MENYEBARKAN ISLAM
1) Pada awalnya, Rasulullah telah menyebarkan dakwah islamiyah di Mekah secara rahsia iaitu hanya dalam kalangan ahli keluarga selama 3 tahun dan kemudian secara terang-terangan selama 10 tahun.
2) Nabi dan orang-orang Islam telah dihina, diseksa dan dipulau. Malah, Nabi sendiri telah diancam untuk dibunuh. Ancaman dari musyirikin Mekah telah mendorong Nabi dan orang Islam berhijrah ke Madinah.
3)Kota Madinah menjadi negera Islam yg pertama di dunia apb Nabi berjaya membtk Piagam Madinah. Ia menukarkan imej kota Madinah yg hampir dikuasai oleh kaum Yahudi kepada sebuah kota Islam.
4) Pusat gerakan Islam berpindah ke Madinah dimana kegiatan Islam dapat dijalankan dengan lebih aman dan bebas dari ancaman kaum Quraisy. Penyebaran Islam mula dapat dijalankan secara bebas dan terbuka tanpa ancaman kaum Quraisy.
5) Penyebarannya begitu meluas sehingga melepasi sempadan politik Mekah dan Madinah. Nabi Muhammad telah menghantar utusan kepada pemerintah Rom, Farsi, Habsyah, Ghassan, Mesir, Bani Bakar dan sebagainya yang menyeru mereka kepada agama Allah.
5 SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM BIDANG SAINS
1) Perubatan- Ibnu Sina digelar sebagai "bapa kedoktoran". Beliau telah menemui penyakit baharu serta puncanya, pengaruh kuman dalam penyakit. Jangkitan virus seperti tibi, rubella, alahan, cacar, dan penyakit jiwa
2) Astronomi- Bapa Trigonometri, Al-Battani, digelar sedemikian kerana telah memperkenalkan penggunaannya. Dalam bidang astronomi pula, antara kejayaan terbesar beliau ialah membuat perkiraan sistem suria dalam setahun 365 hari 5 jam 46 minit dan 24 saat. Beliau juga menemui longitud matahari telah berubah 16 darjah 47 minit sejak zaman Ptolemy dan dapat mengira diameter matahari dan orbit bulan.
3) Kejuruteraan-al-Jazari pada abad ke 13 M telah menghasilkan mesin pemancut cairan yang boleh mengubah jet pancutannya secara automatik.
SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM BIDANG MATEMATIK DAN PELAYARAN
1) Matematik : Tokoh paling cemerlang dalam matematik Islam ialah Al-Khawarizmi yang dianggap bapa Algebra.Karya utama beliau ialah Kitab al-Jabr wa al-muqabalah. Bidang matematik Islam berkembang hasil dari aktiviti ahli matematik Islam mensintesiskan metodologi matematik India,Yunani,Mesir dan Mesopotamia.Antara penemuan matematik Islam ialah sistem nombor,sistem perpuluhan arismatik,algebra,trigonometri dan geometri.Tokoh-tokoh utama bidang ini ialah Muhammad bin Musa al-Khawarazmi ( 780-863 M ),Al-Kindi ( 801-873 M ),Al-Biruni ( 973 – 1051 m ),Thabit bin Qurrah ( 826 – 901 M ).
2) Pelayaran : Ibnu Majid telah menghasilkan kitab al-Fawaid fi usul ‘llm al-bahar wa al-Qawaid(mengenai kaedah-kaedah dan faedah-faedah ilmu laut).Kandungan kitab ini mengenai permulaan -pelayaran,jarum,magnet,bulan,bintang,kompas,laluan Lautan Hindi,10 buah pulau yang paling terkenal,monsoon yang sesuai bagi pelayaran dengan tarikh mengikut perkiraan bangsa Parsi dan tentang Laut Merah. Tujuan beliau menghasilkan karya yang pertama disebabkan hasratnya ingin memperbaik dan membetulkan kesilapan catatan-cacatan yang telah dilakukan oleh pelayar-pelayar sebelumnya.
SUMBANGAN KERAJAAN UMAYYAH TERHADAP PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM
1) Penubuhan Diwanul jundi(Jabatan Ketenteraan) 2) Kota Basrah menjadi pusat pengajaran dan penyebaran ilmu 3) Pusat pengajian tinggi dan perpustakaan di Cordova disebabkan perkembangan ilmu 4) Hospital pertama dibina oleh Khalifah Al-Walid Abdul Malik di Damsyik 5) Pembinaan baitulmal menjadikan ekonomi semakin mantap membolehkan mereka memberikan perkhidmatan hospital percuma
SOALAN OBJEKTIF 1)B 2)A 3)A 4)B 5)D
|
|
|
Post by fathin azuren on Dec 13, 2014 11:14:26 GMT
Assalamualaikum, kami = fathin azuren, farah nadiah, siti aminah, shahrul - ph240
1) Apakah pembaharuan-pembaharuan yang dibawa oleh Umar Bin al-Khattab dalam bidang pentadbiran yang merupakan sumbangan beliau yang paling penting ? - membentuk satu Majlis Syura = merupakan lembaga atau majlis perunding yang tertinggi. Ianya terbahagi kepada dua iaitu Majlis Syura Tertinggi dan Majlis Syura Am.
- Memperbaharui undang-undang pentadbiran tanah = menetapkan tanah-tanah yang dimiliki oleh penduduknya tidak akan dirampas tetapi ianya akan dikenakan cukai. Tentera atau umat Islam dari negara lain tidak dibenarkan mengambil tanah dari negara jajahan kecuali melalui pembelian
- menambahbaik bidang kehakiman, menubuhkan lebih banyak jawatan- jawatan dalam negara
2) usaha penyebaran dakwah Rasulullah - berhijrah ke madinah, yg dapat mempersaudarakan muhajirin dan ansar - membentuk piagam madinah - tetap berdakwah walaupun secara sembunyi
3) sumbangan tamadun islam dalam bidang sains - Astronomi Pencapaian cemerlang umat Islam dalam bidang astronomi terutamanya pada zaman Abbasiyyah begitu hebat kerana terdapat banyak makmal-makmal astronomi khususnya di bandar-bandar besar seperti di Baghdad.
- perubatan berjaya mencipta pelbagai jenis ubat untuk pelbagai penyakit. seperti contoh tokoh islam ialah ibnu sinar. beliau mencipta alat pembedahan.
4. Sumbangan alam bidang matematik dan pelayaran - al-Khawarizmi (870 – 840M) dikenali sebagai bapa algebra kerana sumbangan besar dalam bidang algebra - al-Kindi (800 – 873M). Beliau amat handal dalam bidang aritmetik termasuk logik, geometri dan muzik. Salah satu buku beliau yang terkenal ialah al-Kafi fi al-Hisab (keperihalan keperluan matematik) yang menjelaskan kaedah-kaedah pengiraan. - dalam bidang pelayaran berjaya mencipta kompas
5. sumbangan bani umaiyah terhadap perkembangan tamadun islam dlam bidang ketenteraan, pendidikan dan ekonomi. ketenteraan- menubuhkan diwan al-jun, memperhebatkan sistem ketenteraan, membahagian tentera kepada beberapa cabang pendidikan- kota basrah jadi pusat penyebaran ilmu, kegiaatan penulisan, pembukuan dan penubuhan perpustakaan giat di lakukan, ilmu fardu ain dan fardu kifayah sama sama di tekankan ekonomi- pembinaan saliran, baitul mal di perkemaskan, jalan dan pelabuhan di gunakan untuk perniagaan
Objektif 1. B 2. A 3. C 4. B 5. D -
|
|
|
Post by farhanaismailhs244 on Dec 14, 2014 8:23:54 GMT
OLEH JEFF - JAMILAH,AERWEEN,FARHANA,FARINI (HS244)
1. Pembaharuan-pembaharuan yang dibawa oleh Umar Bin al-Khattab dalam bidang pentadbiran yang merupakan sumbangan beliau yang paling penting - Membentuk satu Majlis Syura yang merupakan lembaga atau majlis perunding yang tertinggi. ianya terbahagi kepada dua iaitu Majlis Syura Tertinggi dan Majlis Syura Am. -Membahagikan wilayah-wilayah islam -memperbaharui undang-undang pentadbiran tanah
2. usaha penyebaran dakwah Rasulullah - melakukan dakwah secara rahsia(peringkat awal bersama ahli keluarga) -sistem dakwah dan pendidikan berpusat (secara terang-terangan) -menyemai benih ihsan dalam hati para sahabat, berhijrah ke Yathrib bersama-sama para sahabat dan penduduk kota mekah -membentuk negara islam di madinah -mempersaudarakan muhajirin dan ansar -membentuk piagam madinah
3.sumbangan tamadun islam dalam bidang sains -perubatan - farmasi Al-quran adalah kitab petunjuk dan pedoman hidup kepada manusia. Ia tidak ketinggalan membicarakan ilmu perubatan dan pengubatan rohani dan jasmani. -sains pemakanan kepentingan makanan seimbang -astronomi Fakta astronomi dalam Al-quran -kejuteraan Al-quran sebagai sumber ilmu kejuteraan dan teknologi
4. Sumbangan dalam bidang matematik dan pelayaran -Al-Khawarizmi sebagai guru aljabar di Eropah. Beliau telah menciptakan pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi. Dalam usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Ma’mun, bekerja di Bayt al-Hikmah di Baghdad. -Al-Jabr wa’l Muqabalah : beliau telah mencipta pemakaian secans dan tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi. -Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Beliau telah mengajukan contoh-contoh persoalan matematik dan telah mengemukakan 800 buah soalan yang sebahagian daripadanya merupakan persoalan yamng dikemukakan oleh Neo. Babylian dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan kebenarannya oleh al-Khawarizmi. -Sistem Nombor : Beliau telah memperkenalkan konsep sifat dan ia penting dalam sistem nombor pada zaman sekarang. -Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Pada tahun 820M dan ia mengenai algebra. -Shibab al-Din bin Majid al-Najdi. Beliau adalah dari keturunan ahli pelayaran dan digelar “Singa laut”. Beliau telah menghasilkan 25 karya sama ada berbentuk prosa atau pun puisi yang merangkumi bidang pelayaran,perjalanan bintang,angina,ombak dan lain-lain yang menggambarkan penguasaan dalam bidang pelayaran dan geografi.
5.sumbangan bani umaiyah terhadap perkembangan tamadun islam -KETENTERAAN : Membahagikan tentera kerajaan umaiyah kepda 5 pasukan : 1)Pasukan tengah 2)Pasukan sayap kanan 3)Pasukan sayap kiri 4)Pasukan hadapan 5)Pasukan barisan belakang - PENDIDIKAN Khalifah umawi amat mengambil berat perkembangan pendidikan Khalifah Abd. Malik bin Marwan & Umar Bin Abd. Aziz adalah juga tokoh ulamak dalam bidang al-quran, trafsir, hadis, dan nahu Kota basrah menjadi pusat penyebaran ilmu ketika itu Bahasa arab adalah bahasa pengantar utama kerajaan umaiyah -EKONOMI Ia bergantung kepada pertanian dan perdagangan Saliran air dibina bagi memajukan kawasan pertanian serta kajian dan penyelidikan dijalankan untuk majukan sektor ini Jalan dan pelabuhan dibangunkan bagi memajukan sektor perdagangan Kapal perang khas dibina untuk mengawal laut dan membenteras lanun Hasil negara ketika itu terdiri dari : 1)Kharaj 2)Jizyah 3)Zakat 4)Usyur 5)Fai'e 6)Zakat 7)Ghanimah
objektif 1.C 2.A 3.C 4.B 5.D
|
|
|
Post by hanisazizan_hs244 on Dec 14, 2014 14:28:13 GMT
Farah Najwa Binti Osman 2014850346
Nur Farrahin Binti Abd Rahim 2014894136
Nur Hanis Binti Nur Azizan 2014879732
Nurul Ainin Suraya Binti Mahadi 2014609176
SOALAN 1 a) PEMBENTUKAN MAJLIS SYURA Khalifah Umar telah membentuk satu Majlis Syura yang merupakan lembaga atau majlis perunding yang tertinggi. Semua pekara yang melibatkan masalah politik, keselamatan dan sosial negara akan dibincangkan bersama-sama dalam majlis tersebut. Majlis Syura ini juga bertanggungjawab menentukan polisi negara dalam soal pemerintahan dalaman dan hubungan luar. Melalui amalan sistem syura, Khalifah Umar dapat mengetahui apa-apa permasalahan yang berlaku kepada negara dalam semua segi. Beliau juga membuka peluang dan kebebasan yang seluas-luasnya kepada semua orang untuk mengemukakan fikiran dan pendapat mereka demi kebaikan dan keadilan Islam, Sehingga beliau menggangap semua manusia yang tidak mahu memberikan pendapat adalah manusia yang tidak berfaedah Beberapa prinsip syura yang diutamakan oleh Khalifar Umar Al-Khattab. Antaranya ialah; 1. Syura adalah hak pemerintah dan rakyat. Hak ini adalah sama, tidak ada pihak yang berlebih. 2. Kewajipan pemerintah bermesyuarah dengan rakyat dan rakyat wajib memberi kerjasama yang diperlukan. 3. Syura adalah bersendikan keikhlasan, semata-mata untuk menegakkan kebenaran dan keadilan Islam. 4. Syura bukanlah kebulatan suara. Keputusan adalah adalah pendapat rakyat terbanyak setelah bertukar-tukar fikiran secara ikhlas. 5. Semua golongan adalah wajib melaksanakan atau mentaati keputusan musyawarah yang telah dibuat, termasuklah golongan yang telah dikalahkan
b) MEMBAHAGIKAN WILAYAH-WILAYAH ISLAM Perkembangan Islam yang semakin luas dengan pembukaan negara-negara Islam yang baru telah memerlukan kepada pentadbir bagi menguruskan sesebuah negara. Dengan perluasan kuasa ini, Khalifah Umar telah membahagikan kerajaan Islam yang semakin luas kepada beberapa wilayah demi menjaga kelicinan pentadbiran Islam. Umar meletakkan beberapa orang pegawai untuk menjalankan pentadbiran. Mereka yang dilantik hendaklah datang ke Mekah pada tiap-tiap tahun selepas menunaikan haji untuk membuat laporan. Khalifah Umar dikatakan berkebolehan dalam memilih pegawai-pegawai yang cekap bagi melicinkan pentadbiran, sebagai contohnya Muawiyah b. Abu Sufian, Amru b. al-Ash, Mughirah b. Syu’bah dan Zaid b. Sumyah. Sebelum seorang Gabenor itu dilantik, mereka haruslah mengisytiharkan harta mereka bagi mengelakkan dari menerima rasuah. Inilah syarat yang dikenakan oleh Khalifah Umar Al-Khattab bagi menjamin keadilan dan kesucian Islam.
c) MEMPERBAHARUI UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN TANAH Perluasan kuasa Islam menuntut kepada Khalifah Umar untuk melakukan pembaharuan terhadap sistem tanah. Di Mesir, Syria, dan Iraq misalnya, segala tanah-tanah awam adalah menjadi milik kerajaan tempatan dan segala hasil dari tanah tersebut akan digunakan untuk membiayai kemudahan-kemudahan awam negara itu juga. Khalifah Umar menetapkan tanah-tanah yang dimiliki oleh penduduknya tidak akan dirampas tetapi ianya akan dikenakan cukai. Tentera atau umat Islam dari negara lain tidak dibenarkan mengambil tanah dari negara jajahan kecuali melalui pembelian. Ini berbeza dengan amalan-amalan sebelumnya dimana tanah-tanah akan dibahagikan kepada tentera yang menyertai peperangan.
SOALAN 2 Sebagai rasul dan pemimpin agung, Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah berputus asa terhadap apa sahaja dugaan dan rintangan yang ditempuhinya. Baginda sentiasa mencari jalan untuk mengatasi tentangan orang Arab Quraisy terhadap orang Islam. Kesabaran, kecekalan dan sifat tidak pernah mengalah Nabi Muhammad s.a.w. semasa berdakwah, menyebabkan Islam semakin kukuh dan tidak dapat digugat oleh orang Arab Quraisy. Sehingga akhirnya Islam terus dikembangkan di Madinah dan di seluruh Semenanjung Tanah Arab.
Dakwah Islamiah tidak dapat disebarkan dengan menyeluruh di Makkah kerana orang Arab Quraisy Makkah sentiasa mencari jalan untuk menghapuskan Islam. Oleh sebab menerima tentangan yang berterusan daripada orang Arab Quraisy, Nabi Muhammad s.a.w. telah memikirkan strategi baru untuk meneruskan penyebaran Islam dan baginda telah berhijrah ke Madinah selepas menerima perintah Allah untuk berbuat demikian. Begitulah sifat pemimpin yang agung, tabah dalam menempuh pelbagai dugaan dan bijak dalam menangani cabaran demi mencapai kejayaan.
Disebabkan usaha penyebaran Islam di Makkah tidak mendapat sambutan sepenuhnya, Nabi Muhammad s.a.w. memutuskan untuk berhijrah ke Madinah pada tahun 622 M. setelah baginda menerima perintah Allah dan untuk memenuhi jemputan suku Aus dan Khazraj. Di Madinah, Nabi Muhammad s.a.w. berjaya mendirikan sebuah kerajaan Islam yang unggul, iaitu kerajaan Islam Madinah dan meruskan dakwah Islamiah ke seluruh Semenanjung Tanah Arab.
SOALAN 3 1. FALSAFAH DAN PEMIKIRAN orang Eropah dapat membebaskan pemikiran mereka yang selama mi dibelenggu oleh pelbagai doktrin Kristian terutama sekali hubungan manusia dengan alam. Manusia tidak lagi dipandang sebagai makhluk yang pasif lantaran dosa warisan. Demikian juga sikap mereka terhadap kehidupan di dunia, bukan lagi sesuatu yang dibenci lantaran ia merosakkan, tetapi sesuatu yang mesti diisi dengan aktiviti kehidupan yang bermakna. Perubahan sikap ini akhirnya melahirkan satu gerakan intelektual yang dikenali sebagai faham humanisme pada abad ke-13M. Tokoh-tokoh falsafah Islam yang dicontohi oleh orang Eropah ialah al-Kindi, al-Farabi, Ibn Tufayl dan Ibn Rushd. Ibn Tufayl dengan karyanya Hayy Ibn Yaqzan yang mengungkapkan bahawa manusia boleh mengenal Tuhan tanpa wahyu dan guru telah mempengaruhi pemikiran orang Eropah. 2. PERUBATAN Al-Razi telah menghasilkan buku berjudul al-Hawi. Buku ini telah dijadikan rujukan di Eropah dalam bidang kimia. Begitu juga buku Ibn Sina berjudul al-Qanun menjadi bahan rujukan di Eropah. 3. BOTANI umat Islam telah memberi sumbangan yang besar. Di kota-kota besar seperti Cordova, Kaherah, Baghdad dan Fez terdapat taman bunga yang cantik dan indah. Menurut Sarton, pencapaian umat Islam dalam bidang botani adalah jauh lebih hebat daripada pencapaian yang pernah diwarisi bangsa Yunani. Pada abad ke-12M, Ibn Arabi telah menulis sebuah buku tentang botani. Al-Ghafiqi dari Cordova telah menerbitkan sebuah buku tentang tumbuh-tumbuhan dan 50 jenis pohon buah-buahan. Sementara Ibn Sina turut menghasilkan sebuah buku yang mengulas tentang tumbuhtumbuhan. Ibn al-Baytar yang berasal dan Andalus telah menyusun sebuah buku yang menyenaraikan 1400 jenis dadah yang boleh diproses daripada binatang, tumbuh-tumbuhan dan bahan galian. Karyanya yang berjudul Kitab al-Mughni fi al-Adwiyah al-Mufradah merupakan sebuah buku yang paling perpengaruh dalam bidang farmakologi. Berikutnya, karya-karya botani yang berkaitan dengan perubatan telah dihasilkan oleh para pengkaji yang tinggi di wilayah-wilayah Islam. Segala kajian itu telah membantu mengenal pasti jenis akar kayu dan tumbuh-tumbuhan yang berkhasiat dan dapat digunakan dalam bidang perubatan. 4. ASTRONOMI terdapat beberapa karya karangan Abu Ma’syar dan al-Khawarizmi. Karya mereka telah diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Adelard of Bath dan John of Siville. Karya al-Battani juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Alfonso X. Ahli astronomi Eropah bernama Romond telah menulis karya astronominya berdasarkan karya Ibn al-Zarqiyali (Azarchel). Ibn al-Zarqiyali mahir dalam menentukan gerhana matahari dan telah mencipta sebuah kompas untuk menentukan jarak antara bulan dan bumi dan di antara bintang-bintang dan matahari. Dalam bahasa Eropah terdapat beberapa istilah astronomi yang dipinjam daripada bahasa Arab. Antaranya ialah alsumut dan nadir (nazir). Umat Islam juga telah berjaya mencipta kompas yang digunakan dalam pelayaran di laut. Dengan itu pelayaran di laut dan kegiatan perdagangan telah berkembang dengan lebih pesat. Muhammad bin Musa telah mencipta astrolab (jam matahari). Beliau juga mencipta sebuah alat yang dapat mengukur bulatan dunia. Pada abad ke-12M, Abu Solet telah mencipta sebuah alat yang dapat menimbulkan semula kapal yang sudah tenggelam. 5. KIMIA Sumbangan yang paling asas oleh Jabir ialah penyempurnaan pendekatan saintifik, seperti pada proses penghabluran, penyulingan, kalsinasi (penukaran logam kepada oksidanya dengan cara pembakaran), pejalwap dan penyejatan serta pengembangan terhadap beberapa peralatan untuk menjalankan eksperimen itu.
SOALAN 4 Thabit Ibn Qurrah (289H/901M)
Beliau telah menterjemahkan karya-karya Ptolemy berhubung dengan beberapa tempat di bumi berdasarkan letaknya Latitud dan Longitud. Abu AbdullahAl-Battani (868- 929M)
Al-Battani dikenali di Barat dengan nama Albategnius. Beliau amat terkenal dalam bidang matematik dan astronomi. Penemuan beliau yang agung termasuklah menetapkan tahun syamsiah menepati penemuan pada hari ini, iaitu 365 hari, 5 jam, 46 minit dan 24 saat. Battani juga menonjol dalam bidang trigonometri dan matematik. Beliau memperincikan kaedah kiraan dengan menggunakan konsep sinus dan tangen. Buku-buku beliau dalam bidang astronomi diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada abad kedua belas di bawah tajuk De scienta stellerum — De numeris stellerum et motibus. Copernicus dalam bukunya, De Revolutionibus Orbium Clestium menyatakan bahawa beliau terhutang budi kepada Al-Battani. Ibn Batuta (704 – 779H / 1304 – 1372M) – Bapa Pelayaran
Beliau ialah Abu Abdullah Mohd b. Ibrahim Al Lawati iaitu ahli geografi dari Moroko. Lahir di Tanja, dan mati di Marakas, Moroko, berketurunan Libya. Beliau sangat meminati pelayaran dan pengembaraan dan telah menjelajah negara-negara Asia, Afrika dan Timur Eropah yang memakan jarak sejauh 120 ribu kilometer selama 38 tahun . Beliau sangat prihatin dalam pengembaraan. Apabila memasuki sesebuah negara, ia akan bertanya segala yang menyentuh pakaian, makanan, kebudayaan dan peralatan. Beliau pernah dilantik menjadi kadi di Delhi, India ketika mengembara di sana dan beberapa kali diutus menjadi wakil di beberapa tempat. Pengembaraannya yang masyhur ialah pada 1/3 yang terakhir , ketika menjelajahi negara Afrika dan negara-negara Islam. Selepas itu beliau menetap di Pas, Maghribi bagi mentafsirkan hasil pengembaraannya. Salah seorang dari penulis Dar al Ifta’ di Pas iaitu Mohd. Ibn Juzu telah menyunting buku beliau dan menyusunnya dengan gaya bahasa yang teratur. Ada di kalangan pengkaji barat meragui sebahagian pengembaraan Ibn Batuta tetapi pendapat ini ditolak dan diakui oleh pengkaji yang lain. Pengembaraan Ibn Batuta disebarkan dalam buku “Tuhfat al Anzhar fi Ghoraib al Absar wa Ajaib al Asfa” oleh Ibn Juza. Buku ini telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa.
SOALAN 5 Politik:
1. 4 aspek utama:
a. Sistem Khalifah – pelantikan khalifah menggantikan Nabi saw.
b. Sisten wazarah – pelantikan wazir – mengetuai sistem pentadbiran di bahagian kerajaan pusat, dan gabenor dilantik bagi mengetuai pentadbiran wilayah.
c. Sistem urus setia – beberapa pegawai dilantik bagi mengumpul rekod, mengurus surat, Bahagian yang diwujudkan – Surat menyurat, cukai, ketenteraan, polis, dan kehakiman.
d. Sistem hijabah – Seorang pegawai ditugas untuk menjaga keselamatan khalifah.
2. Satu sistem politik sistematik dan jelas.
3. 4 sistem diatas diperkukuhkan dengan penubuhan:
4. Jabatan cukai, Jabatan Surat menyurat, Jabatan Urusan Am, dan Jabatan Cap Mohor Pemerintaha( diasaskan oleh Muawiyah)
5. Tahap pertama sistem ketenteraan di perkemaskan – Jabatan Ketenteraan, diikuti dengan penubuhan tentera darat dan laut.
Sosial:
1. Kota Basrah pusat pengajaran dan penyebaran ilmu. Lahir ilmuan spt:
a.i. Khalili bin Ahmad – pakar bahasa dab filologi arab.
ii. Sibawayhi – ahli nahu arab
iii. Al- Farazdaq, Jarir, Umar ibn Abi Rabiah dan Jamil al-Uzri – sasterawan.
b. Bahasa Arab menjadi bahasa rasmi negara. Orang bukan Arab juga mendapat faedah dengan adanya tanda bunyi atau baris dalam al Quran.
2. Perkembangan ilmu agama terutama dalam era Umar Abdul Aziz. Lahir tokoh spt:
a. Urwah bin al-Zubayr – Hadis
b. Zihat al Zuhri – Hadis
c. Ibn Jarih – tafsir
d. Hasan al Basri – Usuluddin
e. Wasil bin Ata - Usuluddin
3. Taraf Kesihatan meningkat – pembinaan hospital di Damsyik oleh al-Walid bin Abdul Malik. Hospital Kusta oleh Umar Abdul Aziz.
a. Buku diterjemahkan ke dalam bahasa Arab.
b. Ibn al Nafis – pakar bedah menghasilkan al Shamsil fis Sinaah al-Tabibiyah ( Kajian Umum Profesion Kedoktoran) – bincang eknik pembedahan dan rawatan selepas bedah.
c. Ilmu dalam bidang kimia dan astronomi turut berkembang.
4. Sistem perundangan.
a. Hakim mengenakan hukum berdasarkan itjihad berpandukan quran, hadis dan ijmak.
b. Hakim tidak boleh mempengaruhi.
Sumbangan Bani Umaiyah Tahap Kedua – Andalusia.
1. Pendidikan:
a. Pusat Pengajian Tinggi di Cardova. Diasaskan Abd Rahman III. Menjadi pusat ilmu pengetahuan di eropah.
b. Perpustakaan dibina – al-Hakam II.
c. 17 pusat pengajian dan 70 perpustakaan di Andalusia.
d. Pusat ilmu – Seville, Toledo, dan Granada.
2. Pusat terjemahan
a. Terjemah karya yunani ke Arab di Toledo
b. Cardova pusat kegemilangan ilmu – jambatan dunia Islam dan Eropah
c. Ilmu Islam faedah kepada Eropah
3. Seni Bina
a. Masjid Cardova 36 meter, kubah berasaskan kayu berukir, tiang marmar 1293, 4700 lampu guna 11 tan minyak setahun.
4. Baitulmal
a. Sistem kewangan – imbang pendapatan dan perbelanjaan.
b. Sumber pendapatan berdasarkan Kharaj –cukai tanah, Jizyah – cukai perlindungan, zakat, Usyur – cukai satu persepuluh daripada hasil pertanian, Ghaninah – rampasan perang.
c. Caodova pusat ekonomi dan perdagagan antara bangsa
d. Andalusia buat tembikar/perhiasan perak dan emas, memproses kulit, senjata.
e. Sektor pertanian – sistem saliran ,penyelidikan untuk dapat benih terbaik.
SOALAN OBJEKTIF 1. B 2. A 3. C 4. B 5. D
|
|
|
Post by mierasyidah on Dec 15, 2014 13:50:22 GMT
AMIRAH RASYIDAH, AMAL JAUNE, NORADNIN, NABILAH INANI (HS244)
1. Lima bentuk kepercayaan tamadun India ialah: -Hindu -Sikh -Jain -Buddha -Islam
2. Susunan sistem kasta dalam masyarakat India: Brahman – golongan intelek dan ahli agama Ksatriya – pemerintah, pentadbir dan tentera Vaisya – Pedagang dan peniaga Sudra – buruh dan petani
3. Lima bentuk pencapaian tamadun India yang menyumbang kepada peradaban dunia: – kesenian -bahasa -pendidikan -perubatan -sains dan teknologi
4. Lima tokoh terkenal zaman pemerintahan Islam di India -Akbar Agung -Shah Jehan -Aurangzeb -Humayun -Babur
5. Bentuk-bentuk seni yang memperlihatkan pencapaian tamadun India -seni bina -seni halus muzik -seni halus tarian -seni lukis (ukiran)
6. B-Kerajaan Delhi 7. B- Taj Mahal 8. C- Kerajaan Gupta 9. D- Adat perkahwinan mengikut budaya Arab 10. B- Lembangan Sungai Indus
|
|
Nur Athirah Muzammil
Guest
|
Post by Nur Athirah Muzammil on Dec 15, 2014 14:26:06 GMT
alia, athirah, muslaini, shirlyn, viny, shaza, sherry, lyana
1)Apakah pembaharuan-pembaharuan yang telah dibawa ole Umar bin Al-Khatab dalam bidang pentadbiran yang merupakan sumbangan beliau yang sangat penting? Pembaharuan yang telah diperkenalkan oleh Umar bin Al-Khatab ialah:
a) Bidang politik -Perkenalkan dasar pentadbiran dan pelantikan pegawai. -Menubuhkan majlis syura yang dianggotai oleh wakil golongan Muhajirin dan Ansar. -Membahagikan jajahan takluk Islam kepada beberapa wilayah dan melantik wali atau gabenor sebgai ketua yang betindak sebagai pentadbiran awam dan panglima tentera.
b) Bidang Pedidikan –Mengembangkan pengajaran Al-Quran dengan menyediakan tempat pembelajara di kawasan masjid. -Menghantar guru agama ke pelbagai wilayah -Memperkenalkan kaledar Islam dengan menjadikan tahu Hijrah sebagai titik permulaan pengiaraan tahun menurut Islam.
c) Bidang Ketenteraan -Menyusun sistem ketenteraan dengan membentuk tentera tetap dan tentera sukarela. -Membina kubu pertahanan di sempadan yang menghadap negara musuh seperti di Madinah, Kufah, Fustat dan Basrah.
d) Bidang ekonomi -Membina terusan dan tali air untuk menambah lagi hasil pertanian seperti Empangan Abu Musa di Basrah dan Terusan Amirul Mukminin di Mesir. -Rakyat digalakkan meneroka tanah baru dan mengusahakan tanah terbiar.
e) Sistem cukai dan kewangan -Cukai jizyah dikenakan terhadap golongan zimmi. -Cukai kharaj dikenakan berdasarkan jenis tanaman dan kesuburan tanah. -Menubuhkan baitumal bagi mengawal aliran masuk pendapatan negara.
f) Bidang Pentadbiran -Menubuhkan jabatan penting seperti Jabatan Tentera, Jabatan polis, Jabatan Percukaian,Jabatan Perbendaharaan Negara. -Setiap jabata diketuai oleh katib atau setiausaha. -Jabatan kehakiman dipisahkan dari jabatan lain. -Hakim diberi gaji tinggiiaitu sebanyak 500 dirham bai mengelakkan salah laku.
2) Analisis usaha-usaha penyebaran Islam oleh Nabi Muhammad s.a.w dari Mekah hingga ke Madinah. Banyak usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam menyebarkan agama Islam.Dakwah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. secara ulit dan juga secara terang-terangan. Baginda menyampaikan dakwah secara sulit pad peringkat permulaam kepada kaum keluarganyayang terdekat dahulu dengan mengajak mereka melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. Baginda melakuka perkara ini secara sulit kerana bimbang akan mendapat tentangan hebat tentang agama ini. Dakwah secara sulit ini berterusan selama 3 tahun. Setelah mendapat wahyu daripada Allah S.W.T, baginda menyampaikan dakwah secara terang-terangan. Semasa di Madinah, usaha Nabi Muhammad S.A.W yang pertama adalah dengan membina masjid yang dinamakan Masjid Nabawi. Piagam Madinah diperkenalkan bagi menyatupadukan masyarakat di Madinah dengan memperkenalkan konsep persamaan antara manusia. Nabi Muhammad juga menggalakkan umat Islam untuk melakukan perniagaan. Hal ini demikian kerana amalan yang baik iaitu jujur, amanah dan bertanggungjawab dapat dipratikkan dalam perniagaan. Oleh itu,masyarakat Islam yang bersatu padu dan kuat, telah berjaya diwujudkan oleh Nabi Muhammad. Baginda bukan sahaja seorang Nabi dan Rasul tetapi juga merupakan seorang tokoh negarawan yang unggul.
3) Nyatakan lima sumbangan Tamadun Islam kepada dunia dalam bidang Sains. Tamadun Islam merupakan salah satu tamadun yang memberikan sumbangan kepada dunia terutamanya dalam bidang Sains. Sumbangan dalam bidang sains termasuklah dalam bidang astronomi, biologi, perubatan dan lain-lain. Dalam bidang astronomi Ibn al-Zarqiyali merupakan seorang pakar astronomi yang mahir dalam menentukan gerhana matahari. Beliau telah mencipta sebuah kompas untuk menentukan jarak antara bulan dan bumi dan di antara bintang-bintang dan matahari. Umat Islam juga telah berjaya mencipta kompas yang digunakan dalam pelayaran di laut. Dengan itu pelayaran di laut dan kegiatan perdagangan telah berkembang dengan lebih pesat. Manakala dalam bidang biologi, penemuan terbesar yang dilakukan oleh umat Islam adalah buku yang membincangkan pemahaman yang lebih mendalam tentang tumbuhan-tumbuhan dan herba. Contoh karya ialah karya Ibn Sina.Dalam bidang perubatan pula, Tokoh-tokoh Islam yang terkenal dalam bidang perubatan ialah al-Razi dan al-Asrar. Al-Razi telah menghasilkan buku berjudul al-Hawi. Buku ini telah dijadikan rujukan di Eropah dalam bidang kimia. Begitu juga buku Ibn Sina berjudul al-Qanun menjadi bahan rujukan di Eropah. Dalam bidang matematik pula, ramai penuntut Eropah yang datang belajar ke Andalus pada zaman pemerintahan Islam. Kebanyakan mereka telah menjadi pakar dalam bidang tersebut, antaranya Adelard dan Morley dari Britain. Adelard telah berguru dengan orang Islam dan beliau telah menterjemahkan karya al-Khawarizmi yang menulis tentang teori geometri dalam matematik dan statistik. Beliau telah menggunakan nombor Arab dalam terjemahannya.
4) Senaraikan sumbangan Tamadun Islam dalam bidang matematik dan pelayaran.
a) Bidang Matematik - Abu Abdullah Mohammad Ibn Musa al-Khawarizmi adalah Bapa Algebra. Lebih dikenali sebagai Al Khawarizmi di kalangan ahli sains dan merupakan seorang ahli sains Islam yang terulung dalam ilmu matematik. Beliau telah memperkenalkan sistem nombor yang memainkan peranan besar dalam sistem nombor sekarang. Selain itu, penyelasaian kes istimewa persamaan kuasa tiga telah dilakukan oleh Thabit Ibn Qurrah dengan menggunakan kaedah geometri.
b) Bidang Pelayaran - Salah satu sumbangan dalam bidang pelayaran ialah penciptaan kompas yang digunakan semasa pelayaran di laut. Ilmu geografi juga amat penting kerana dengan ilmu ini kita dapat mengetahui di mana letaknya Makkah yang menjadi kiblat umat Islam dan juga tempat untuk menunaikan fardu haji.
5) Rumuskan sumbangan Kerajaan Umayyah terhadap perkembangan Tamadun Islam. Politik dan Pentadbiran -Kelahiran wilayah baru kepada tamadun Islam iaitu: iraq,hijaz, al jazirah,mesir dan ifriqiyah yang ditadbir oleh seorang gabenor serat struktur pentadbiran yang stabil bagi setiap wilayah. -Penyebaran bahasa arab kepada perkembangan tamadun manusia kerana setiap wilayah yang dijajah para pegawa dilatih dalam bahasa arab. -Sumbangan pada susun atur pembangunan bandar yang terperinci dari terbinanya kemudahan jalan raya, masjid pasar dan lain-lain. -Sumbangan seterusnya, kemunculan wang khusus iaitu dinar dan dirham pada perkembangan tamadun Islam hasil dari kekukuhan sistem kewangan.
Segi Intelektual -Hasil dari penggunaan bahasa arab dari para pegawai setiap wilayah maka rakyat atau umat yang diperintah menggunakan bahasa arab. Rentetan itu muncul Sibawaih yang menyusun kitab tatabahasa arab. -Selain itu, penerokaan dalam pemahaman hadis, fikah, and ilmu tauhid lahir ramai tokoh-tokoh terkenal yang pakar bagi setiap bidang llmu antaranya Hasan al-Basri dan al zuhri. -Ilmu falsafah mula diperkenalkan dan berkembang pesat di Bamaskus, Kufah dan Basrah. -Menubuhkan institusi pendidikan dan kolej perubatan. -Perkembangan seni bina. -Pembinaan masjid yang cantik dan menarik seperti Jami’ Umawi di Damsyik. -Pembinann istana yang cantik seperti Istana al Khadra. -Membesarkan dan memperindahkan masjid sedia ada. Contohnya Masjid al Nabawi,Masjid al Haram. -Penubuhan tentera laut. -Zaman muawiyah bin avu sufianuntuk mengimbangi tentera Rom. -Menggerakkan projek kapal tentera laut dan membaiki kapal yang rosak. -Meletakkan al Quran, al sunah dan al ijma sebagai sumber perudangan Islam.
Soalan Objektif: 1) B 2) A 3) C 4) B 5) D
|
|