|
Post by Admin on Nov 21, 2014 17:58:49 GMT
Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera semua pelajar yang dedikasi. Anda dan ahli kumpulan semua pasti sedang sibuk menyempurnakan projek kumpulan masing-masing. Tahniah dan syabas kerana anda berusaha bersungguh-sungguh menyempurnakannya. Kejayaan sedang menanti anda. Sila kongsikan pengalaman anda semasa menyempurnakan kertas kerja (projek) bersama dengan rakan-rakan. Anda juga digalakkan memberi sebarang pandangan kepada kumpulan yang lain.
|
|
|
Post by Admin on Nov 25, 2014 7:43:57 GMT
Assalam pelajar-pelajar sekalian? Sedang sibuk menyelesaikan projek TITAS anda? Ustazah doakan kamu semua diberi ilham, idea dan ilmu yang memberi manfaat. Kamu kongsilah di sini status projek, idea, pandangan atau yang berkaitan tentang penghasilan projek masing-masing. Ustazah harap kamu semua sentiasa bersemangat dalam menyempurnakan tugasan. Ustazah sedang menunggu maklumbalas kamu. Individu dan kumpulan yang aktif dialu-alukan keran mereka pasti akan mendapat manfaat yang lebih
|
|
|
Post by maslinaazaini on Nov 27, 2014 18:00:12 GMT
assalamualaikum ustazah.. kami diberi tajuk tamadun bertuhan.. ini plan kami.. 1) Definisi tamadun bertuhan 2) Ciri-ciri orang yang bertuhan 3) Cabaran tamadun bertuhan, (serangan pemikiran) seperti :- i- sekularism ii- pluralism iii- liberalism 4) Resolusi menangani cabaran tersebut nak tanya ustazah, apa lagi yg perlu kami bincangkan mengenai tema ni? ini blog kami.. ustazah dan kawan2 sekalian, silalah hadirkan diri menjejaki blog kami.. insyaAllah blog ini akn kami update dari semasa ke semasa.. salam perkenalan ijipshen.blogspot.com/
|
|
|
Post by Admin on Nov 27, 2014 23:15:34 GMT
Waalaikissalam....tahniah kepada maslina dan kumpulan..permulaan yang bagus. Boleh juga masukkan faktor yang mendorong kepada tamadun bertuhan, dan untuk lebih praktikal muatkan senario semasa pada hari ini aktiviti/tingkahlaku yang meruntuhkan tamadun bertuhan dan di akhirnya maslina boleh tambah pandangan kumpulan maslina tentang situasi di Malaysia...setakat mana rakyat malaysia mengamalkan tamadun bertuhan.agar blog ini dapat dimanfaatkan dan rakan2 bertambah faham utk mengamalkan tamadun bertuhan...
|
|
|
Post by maslinaazaini on Nov 28, 2014 1:05:09 GMT
terima kasih atas penerangan dan tunjuk ajar ustazah.. InsyaAllah kami akan perbaiki dari semasa ke semasa..
|
|
|
Post by Admin on Nov 28, 2014 5:48:34 GMT
Maslina dan rakan2..ustazah juga dah lihat blog ahli kumpulan..boleh perbaiki juga cara persembahan bahan. Cuba,masukkan rujukan untuk idea yang ditulis dalam blog.supaya ia dapat mengukuhkan penulisan...percubaan yang baik.
|
|
|
Post by Admin on Nov 28, 2014 5:50:00 GMT
Kumpulan lain juga boleh postkan link blog masing2 untuk perkongsian bersama...
|
|
|
Post by attyliyasyafira on Dec 5, 2014 14:26:14 GMT
Assalamualaikum Ustazah. Kami dari Group AUFA, anak didik bimbingan Ustazah Mahfuzah. Kami dalam proses mencantikkan dan menambah baik blog kami. Tajuk projek lapangan yang kami dapat ialah Ilmu & Pendidikan serta Wanita & Keluarga masyarakat Melayu. Sekiranya Ustazah sudi, bolehlah singgah di halaman blog kami. Ahli kumpulan AUFA : Attyliya Syafira Ummi Wardah Fatin Syafiqa Arisha Najua imbtitasaufa.blogspot.com/
|
|
|
Post by Admin on Dec 6, 2014 17:45:57 GMT
Waalaikumussalam wrt.wbt. Terima kasih AUFA..bagus2 teruskan menambah baik blog masing2 ye..apa perbezaan antara pendidikan wanita masyarakat melayu dan masyrakat india?
|
|
|
Post by Admin on Dec 7, 2014 17:10:58 GMT
Ustazah sudah singgah di blog TEAM AUFA yang ustazah kira agak kreatif kerana kumpulan ini membawa perasaan pembaca ke lokasi.ini adalah satu pengalaman pembelajaran yang dirasai dalam tugasan di lapangan ketika menyelesaikan projek..pada pandangan ustazah, untuk sesuaikan dengan tajuk projek, team AUFA boleh juga memasukkan pandangan daripada Ibu Murtini cara2 beliau mengatasi cabaran yang dilalui sebagai pedoman untuk generasi muda. Selain itu team AUFA boleh juga memasukkan senario remaja wanita hari ini dari konteks positif dan negatif dan implikasi kepada tamadun akan datang. Kumpulan lain juga boleh bantu team AUFA untuk memantapkan projek beliau. Kumpulan lain juga boleh kongsi alamat blog masing2 di sini..Teruskan menimba ilmu...
|
|
|
Post by Admin on Dec 7, 2014 17:17:19 GMT
Tambahan lagi untuk team AUFA, melayu:islam dan cabaran barat..ciri2 masyarakat melayu dari kaca mata islam, hubungan sosial masyrakat melayu yang beragama islam, cabaran hubungan sosial masyarakat melayu, bentuk cabaran barat yang mempengaruhi masyarakat melayu bergama islam...boleh juga dipertimbangkan mengikut kesesuaian...
|
|
|
Post by Admin on Dec 7, 2014 17:25:21 GMT
Begitu juga untuk team Maslina dan rakan2...ada penambahbaikan.menggabungkan teks dengan video. Terdapat juga pautan yang berkiatan dengan kursus TITAS.cuma penerangan tentang tamadun bertuhan boleh dikembangkan lagi seperti cadangan ustazah tempohari agar kawan2 yang singgah di laman ini, terpanggil untuk memahami, menghayati, mengamalkan sebuah kehidupan berpandukan perintah dan ajaran agama..syabas daripada ustazah kepada ahli kumpulan semua. Kumpulan lain bila lagi mahu kongsikan blog anda?
|
|
|
Post by azyanramlihs244 on Dec 10, 2014 19:12:35 GMT
assalamualaikum saya dan ahli kumpulan saya untuk projek kami, sosial dan pendidikan tamadun melayu telah selamat menghantar blog kami kepada ustazahMahfuzah.. semoga ilmu yang sedikit itu dapat dikongsi dan dimanfaatkan bersama, inshaaAllah.. diamdiam244.blogspot.com/
|
|
|
Post by sitizulaikhaaa on Dec 11, 2014 3:13:10 GMT
Assalamualaikum semua. Saya Siti Zulaikha dari HS244. Kumpulan kami memegang topik Perkembangan Tamadun Islam di Dunia. Kami masih lagi dalam proses untuk menyiapkan blog. Antara skop kajian kami adalah: -Asal usul Tamadun Islam di Dunia. -Kemajuan yang dibawa oleh Tamadun Islam. -Pengaliran Ilmu Islam di Barat dan Tanah Melayu. -Perbandingan sumber pemerintahan dan asas politik Tamadun Islam dan Barat. -Isi-isu semasa dan agenda musuh Islam. -Nilai dan sifat Tamadun Islam. Ustazah dan rakan-rakan dijemput untuk melihat blog kami di: superdupermuslims.blogspot.com/Sebarang cadangan atau teguran amatlah diperlukan.. Terima kasih
|
|
|
Post by Admin on Dec 12, 2014 17:16:37 GMT
Tahniah dan syabas kepada diamdiam244 dan superdupermuslims sebab punya cara tersendiri dalam mengolah blog. Teruskan kreativiti dalam berkarya.
|
|