|
Post by Admin on Dec 4, 2015 4:53:24 GMT
Assalamualaikum wrt.wbt.
Pelajar-pelajar budiman, sila jawab soalan refleksi berpandukan kepada soalan di dalam aktiviti Refleksi dan hantar kan jawapan anda di dalam folder ini.
Sila tuliskan nama dan no matrik bagi setiap pelajar berserta nama kumpulan untuk rekod pemarkahan oleh ustazah.
Sekian terima kasih.
|
|
afina
New Member
Posts: 1
|
Post by afina on Dec 6, 2015 11:14:50 GMT
Kumpulan : PH240/A Nama Kumpulan : Magnificient Five Ahli Kumpulan : 1. Tuan Noor Afitah Binti Tuan Omar ( 2015663988 ) 2. Nurul Afina Binti Mat Nizan ( 2015428498 ) 3. Nor Khaledah Binti Nor Azaini ( 2015664392 ) 4. Nur Fadlina Binti Mat Ali ( 2015664216 ) 5. Fatin Fadhilah Binti Sabirin ( 2015666872 )
REFLEKSI 1
Pencapaian Tamadun China .
1. Seni Bina
Tamadun China telah membuktikan pencapaiannya dalam bidang seni bina dengan pembinaan Tembok Besar China . Tembok ini telah menjadi salah satu kewujudan dunia dan hakikatnya pembinaan ini melibatkan banyak tenaga dan perancangan yang sistematik untuk menghasilkan tembok batu yang kukuh . Pembinaan tembok ini memperlihat kemajuan China dalam pembinaan tembok menggunakan batu bata dan tanah liat .
2. Muzik Klasik
Tamadun China telah menghasilkan muzik yang paling lama dan paling berkembang . Contoh alatan yang telah dihasilkan ialah ;
-alat meniup ( DiZi )
-alat genderang ( MuYu )
-alat memetik ( PiPa )
-alat menggesek ( ErHu )
3. Seni Lukis
Lukisan mempunyai hubungan yang rapat dengan kaligrafi dan puisi . Pada zaman Dinasti Song , lahirnya ahli sarjana , pakar kaligrafi dan pelukis iaitu Su Dong Po . Selain itu , orang Cina tidak menerima lukisan yang berbentuk cantik tetapi temanya tidak memberikan manfaat dari segi keamanan dan akhlak . Hal ini membuktikan setiap lukisan juga melambangkan sesuatu yang berkait dengan agama .
4. Kaligrafi
Di tamadun China , seni kaligrafinya adalah yang tertua dan budaya ini masih diamalkan sehingga kini . Selain itu , seni kaligrafi China memiliki gaya yang unik . C0ntohnya :
- Gaya Cap
-Gaya Resmi
-Gaya Balok
-Gaya Kursif
5. Kesusasteraan
Terhasilnya puisi Cina yang terawal yang bertajuk Shijing iaitu sebuah klasik puisi . Puisi ini penuh dengan pelbagai idea dan teknik kesusasteraan yang menjadi contoh dan memberi inspirasi kepada penyajak serta penulis generasi kemudian . Hal ini membuktikan tamadun China mempunyai sifat bijak dalam bersastera dan mahir mengolah idea .
6. Sains dan Teknologi
Tamadun China banyak mencapai kejayaan dalam bidang sains dan teknologi . Buktinya ialah :
i) Kejuruteraan
Teknologi kejuruteraan hidraulik telah berjaya dicipta untuk mengawal banjir Sungai Kuning .
ii) Astronomi
Pada zaman Dinasti Chou , orang Cina mampu menyediakan katalog bintang , mencatat rekod tepat tentangg gerhana bulan .
iii) Matematik
Penggunaan sempoa ( abacus ) dalam bidang ini . Jiuzang Suanshu ( sembilan bab matematik ) juga dapat dihasilkan .
iv) Bidang Perubatan
-Akupunktur
-Akurikuloterapi
-Terapi Makanan Cina
-Perubatah Herba Cina
-Bekam Cina ( Bekam Angin )
Perbandingan pencapaian Tamadun China dengan Tamadun India dan Tamadun Islam
Perbezaan antara tamadun dapat dilihat melalui kepercayaan . Tamadun China menghasilkan sesuatu kebanyakannya berasaskan konsep Yin yang , Konsep Konfusianisme dan Konsep Feng Shui , manakala tamadun Islam menghasilkan sesuatu berasaskan agama Islam dan mengikut al Quran dan sunnah , Tamadun India menumpukan konsep agama Buddha dalam setiap penciptaannya .
Dari segi pencapaian dalam pendidikan , Tamadun Islam pula lebih menekankan konsep tauhid yang memainkan peranan penting dalam transformasi manusia. Sebaliknya tamadun India menekankan ajaran-ajaran Buddha, transformasi sifat (character) dapat dicapai melalui proses mencari diri sendiri (self-siscovery). Dalam Tamadun China pula , masyarakat Hui ternyata sentiasa memberikan perhatian yang serius dalam bidang pendidikan agar mereka berpeluang untuk maju seiring dengan bangsa Han di peringkat kebangsaan. Oleh itu, masyarakat Hui merupakan satu-satunya kumpulan etnik minoriti yang mendapat pendidikan yang memuaskan dan sewajarnya berbanding kumpulan-kumpulan etnik minoriti yang lain.
Akhir sekali ialah perbezaan Tamadun Islam dengan Tamadun China dari aspek sumbangan tamadun kepada dunia. Antara sumbangan Tamadun Islam yang terbesar ialah dalam bidang sains. Ilmu kimia yang dikembangkan oleh Gaber Ibn Hayyan telah menyumbang kepad pelbagai penemuan baru seperti teknik peleburan emas, menganalisa asid nitrik dan acetik yang tulin dan sebagainya. Pelbagai kajian dalam bidang biologi seperti botani, dan zoologi telah dijalankan. Tamadun Islam juga menyaksikan bidang Fizik dan perubatan mula berkembang pesat dengan hadirnya cendekiawan islam seperti Ibn Sina, Al-Zahrawi dan ramai lagi dimana ilmu mereka masih lagi dikaji dan dipakai hingga sekarang. Al-Khawarizmi iaitu tokoh matematik dunia juga tidak ketinggalan dalam menyumbangkan idea dalam peradaban dunia. Holistiknya, tamadun Islam telah memberi banyak sumbangan kepada dunia dalam bdang sains dan menjadi pelopor kepada perkembangan sains pada hari ini.
Tamadun China juga banyak memberi sumbangan kepada dunia seperti bidang penciptaan, teknologi, astronomi, perubatan, matematik dan sebagainya. Dalam bidang perubatan, Tamadun China begitu tersohor dengan konsep Yin dan Yang dimana konsep ini dijadikan panduan dalam bidang perubatan. Tamadun China juga menyaksikan perkembangan tentang pertemuan baru seperti magnet, penciptaan kompas, penghasilan lilin daripada serangga dan sebagainya. Antara ciptaan hebat tamadun China juga ialah penciptaan kertas oleh Cai Lun(105), serbuk letupan dan sebagainya.
Pelbagai perbezaan dapat dilihat diantara 2 tamadun ini kerana tahap pemikiran, idea, persekitaran, politik dan pelbagai lagi unsur berbeza yang mempengaruhi pencapaian sesuatu tamadun tersebut.
Dalam tamadun India pula , binaan tamadun India banyak berteraskan agama Hindu dan Buddha-- binaan kompleks kuil di Gua Ajanta (mempunyai 20 buah kuil) dan di Gua Ellora (mempunyai 28 buah kuil-gua); Angkor Wat dan Candi Borobudur. Element geometri (bentuk segi empat dan bulat) digunakan dalam pembinaan mereka.
REFLEKSI 2
Kedatangan Islam dan pengaruhnya di China .
Islam tersebar di China apabila khalifah Uthman bin Affan menghantar Saad bin Abi Waqas melawat China pada tahun 651 Masihi untuk menyampaikan dakwah kepada Maharaja China . Hasil lawatan ini , terlah terbinanya masjid yang besar dan indah di bandar Canton atau kini dikenali sebagai GuangZhou . Seterusnya , Islam juga tersebar di China melalui penaklukan di bawah pimpinan Qutaibah bin Muslim ke atas bandar Kashgar ibu kota Turkestan Timur pada tahun 714M dan menyeru Maharaja China agar memeluk Islam . Selain itu , ada sesetengah pendakwah menyebarkan islam semasa berdagang di negeri China .
Antara pengaruh Islam terhadap China ialah , dalam bidang perubatan . Kaedah dan bahan perubatan Arab dibawa masuk dan digabungkan dengan ilmu perubatan China.
Beberapa karya dihasilkan sebagai panduan. Bahan perubatan dibawa masuk ke China pada zaman Dinasti Tang dan Dinasti Sung. Selain itu pengaruh dalam bidang pembinaan , menggabungkan elemen tempatan dan senibina Islam bertujuan untuk penyesuaian keadaan di situ. Contoh: Masjid Niukie yang berusia 700 tahun dan Masjid Huaje Lane di Sian (Xian).Seterusnya , Islam juga memberi pengaruh dalam sosial . Setelah tersebarnya Islam , tiada lagi penindasan golongan atas terhadap golongan bawahan sepertimana yang terdapat di dalam ajaran legalisme . Konsep keadilan juga telah diamalkan setelah hadirnya Islam . Dalam bidang ekonomi pula , tiada lagi penipuan dan pengambilan riba dalam berjual beli .
Zaman kegemilangan Islam di Negara China terbahagi kepada empat zaman iaitu , Zaman Tang , Zaman Sung , Zaman Yuan dan Zaman Ming . Pada empat zaman ini , jumlah penduduk Islam semakin bertambah dan maju dari segi pendidikan , ekonomi , politik dan sosial . Islam telah sampai ke China pada zaman pemerintahan Dinasti Tang dan pernah mencapai kegemilangannya ketika pemerintahan Dinasti Yuan dan Dinasti Ming . Ia mengalami kemerosotan pada zaman Dinasti Manchu .
Sumbangan Islam terhadap peradaban tamadun China ialah , masyarakat Cina hidup saling hormat menghormati dan tiada lagi penindasan berlaku . Konsep lapisan masyarakat juga tidak diamalkan lagi . Bahkan , konsep sama rata antara masyarakat ditekankan . Selain itu , Islam juga memberi sumbangan dalam bidang persenjataan yang dapat meningkatkan peradaban tamadun China dalam menerapkan semangat jihad dalam setiap jiwa masyarakat untuk memelihara agama dan negara . Dalam bidang persenjataan , China menggunakan teknologi dari negara arab untuk membuat sejenis meriam yang menggunakan batu besar sebgai pelurunya . Pada tahun 1273 , meriam tersebut telah memainkan peranan penting dalam sejarah China .
|
|
|
Post by fitahomar96 on Dec 7, 2015 15:39:37 GMT
Kumpulan : PH240/A Nama Kumpulan : Magnificient Five Ahli Kumpulan : 1. Tuan Noor Afitah Binti Tuan Omar ( 2015663988 ) 2. Nurul Afina Binti Mat Nizan ( 2015428498 ) 3. Nor Khaledah Binti Nor Azaini ( 2015664392 ) 4. Nur Fadlina Binti Mat Ali ( 2015664216 ) 5. Fatin Fadhilah Binti Sabirin ( 2015666872 )
REFLEKSI 1 TAMADUN INDIA :
Berdasarkan video yang saya tonton pengaruh islam yang dapat dilihat dalam seni bina tamadun india yang pertama sekali ialah seni ukir di bangunan- bangunan masjid yang berunsurkan bunga-bungaan dan geometri . Ini melambangkan kesinambungan antara alam sekitar dan tanda- tanda keagungan Tuhan. Seterusnya ialah ayat-ayat al-quran dan ukiran khat thuluth yang banyak di ukir di dinding yang lagi jelas membuktikan pengaruh tamadun islam dalam tamadun india. Selain itu, mempunyai 4 menara yang tingginya 46m di setiap penjuru yang memperkenalkan ciri-ciri seni bina Islam yang berunsurkan binaan menara yang tinggi dan pintu masuk berbentuk lengkungan yang menyerupai sebuah masjid. Kesemua ciri-ciri ini jelas dapat dilihat dalam pembinaan Taj Mahal yang dibina di zaman pemerintahan Maharaja Shah Jahan sebagai monumen untuk isterinya yang kelima iaitu Mumtaz ul Zamani.
Perbezaan seni bina setiap zaman di India : 1. Zaman Maharaja Asoka • Mempunyai pintu-pintu gerbang yang dipengaruhi agama Buddha. 2. Zaman Gupta • Pembinaan kuil untuk penyebaran agama • Konsep asas daripada golongan Brahmin • Agama Hindu menekankan symbol 4 segi manakala agama Buddha menekankan menggunakan symbol bulat • terdapat 4 struktur penting iaitu : - shikara - bentuk kereta kuda orang aryan - vimana -kuil bentuk piramid bertingkat - ratha - batu tunggak diukir menjadi bntuk binatang - gopuram - tanda pintu masuk utama ke kompleks kuil 3. Zaman Maurya • terkenal dengan Tiang Asoka 4. Zaman Chola • Kuil Brigathiswarar di Thanjavur mempunyai corak seni bina yang unik 5. Zaman Vedik • Bangunan keagamaan diubahsuai orang agama Buddha semasa Asoka contohnya kuil di Bhaja, Anjantha, Ellora dan Mohapallipuram
|
|
|
Post by fitahomar96 on Dec 7, 2015 15:42:24 GMT
Kumpulan : PH240/A Nama Kumpulan : Magnificient Five Ahli Kumpulan : 1. Tuan Noor Afitah Binti Tuan Omar ( 2015663988 ) 2. Nurul Afina Binti Mat Nizan ( 2015428498 ) 3. Nor Khaledah Binti Nor Azaini ( 2015664392 ) 4. Nur Fadlina Binti Mat Ali ( 2015664216 ) 5. Fatin Fadhilah Binti Sabirin ( 2015666872 )
Eksplorasi Tamadun China
1. Ciri-ciri unik yang dimiliki oleh tamadun China yang mendorong kepada pertumbuhan tamadun china di asia : • Wujudnya sungai kuning yang mengalirkan lumpur berwarna kuningyang subur untuk pertanian • Wujud banjaran-banjaran kuning • Hutan belantara yang tebal • Lautan luas di bahagian timur dan tenggara • Kawasan kering kontang • Kedudukan benua china yang terasing dari benua-benua lain membolehkan ia berkembang tanpa gangguan dan persaingan
2. 5 dinasti yang terunggul dalam sejarah tamadun China • Dinasti Ming • Dinasti Yuan • Dinasti Tang • Dinasti Manchu • Dinasti Chin
3. Bentuk agama dan falsafah : • Konfucianisme • Taoisme • Legalisme • Buddhisme • Daoisme • Maoisme 4. 4 kelas utama masyarakat China secara tradisional : • Golongan cerdik pandai • Golongan petani • Golongan tukang • Golongan peniaga 5. Kesan pengaruh barat terhadap tamadun china sejak peristiwa perang candu pertama pada tahun 1842 ; • Pertembungan budaya timur dan barat • Pemberontakan boxerdan pemberontakan Taiping • Penjajahan oleh Negara barat • Kemerosotan ekonomi • Wujud revolusi akibat penentangan
6. B 7. B 8. B 9. C 10. C
Eksplorasi tamadun India
1. 5 bentuk kepercayaan /agama yang diamalkan dalam tamadun India :
• Hindu • Sikh • Jain • Buddha • Islam
2. Susunan masyarakat India dalam sistem kasta :
• Brahmin – golongan pendidik, intelek, dan ahli agama • Ksatriya – pemerintah, pentadbir, dan tentera • Vaisya – pedagang dan peniaga • Sudra – buruh dan petani •Panchama / chandala – golongan murtad dan di buang daripada varna
3.5 bentuk pencapaian tamadun India yang menyumbang kepada peradaban dunia
•Kesenian •Bahasa •Pendidikan •Perubatan •Sains dan teknologi
4. Tokoh terkenal zaman pemerintahan Islam di India
•Zahiruddin Babur •Humayun •Jalaluddin Muhammad •Akhbar Syah 1 •Jehangir •Syah Jehan •Muazzam
5.Bentuk-bentuk seni yang memperlihatkan pencapaian Tamadun India:
•Seni tarian – Bharata Natyam •Tarian – Gua Ellora •Muzik – Tala / corak metrik ( asas teori irama)
6. B-Kerajaan Delhi 7. B- Taj Mahal 8. C- Kerajaan Gupta 9. D- Adat perkahwinan mengikut budaya Arab 10. B- Lembangan Sungai Indus
|
|
|
Post by fitahomar96 on Dec 7, 2015 16:11:56 GMT
Kumpulan : PH240/A Nama Kumpulan : Magnificient Five Ahli Kumpulan : 1. Tuan Noor Afitah Binti Tuan Omar ( 2015663988 ) 2. Nurul Afina Binti Mat Nizan ( 2015428498 ) 3. Nor Khaledah Binti Nor Azaini ( 2015664392 ) 4. Nur Fadlina Binti Mat Ali ( 2015664216 ) 5. Fatin Fadhilah Binti Sabirin ( 2015666872 )
REFLEKSI 2 TAMADUN INDIA
Pada pendapat saya antara pencapaian yang diperolehi dalam pelbagai bidang oleh tamadun India ialah :
Bidang ketenteraan –mempunyai tentera bersenjata kedua terbesar dunia, mempunyai tentera udara keempat dunia dan mempunyai tentera laut kelima terbesar di dunia
Bidang agrikultur /pertanian – merupakan Negara kedua terbesar didunia dalam pertanian
Bidang IT – merupakan Negara yang Berjaya melancarkan satelit , IT paling pesat didunia
Negara kedua terbesar di dunia yang mengimport senjata Pengguna emas terbesar di dunia Pengeluar susu terbesar di dunia
Perbezaan di antara suasana tamadun India yang lampau dan sekarang ialah : Peluang pekerjaan yang semakin banyak pada masa kini berbanding dahulu Kegiatan ekonomi yang semakin meningkat dan maju Kemajuan dalam bidang IT Sektor pertanian semakin meningkat dengan pengeluaran setiap tahun yang sangat besar
Antara faktor perkembangan peradaban tamadun India ialah disebabkan hubungan serantau dengan tamadun lain, sifat taat setia terhadap Negara mereka, sifat pemimpin yang terlalu cintakan Negara, kebebasan dari zaman penjajahan dan juga sifat keinginan serta semangat untuk meneroka dan mencari kekayaan mendorong mereka meluaskan empayar.
|
|
|
Post by ratna96 on Dec 8, 2015 9:14:18 GMT
1. SITI RATNA DEWI BINTI ABDUL KARIM 2015428894
2. MAS LIYANA BINTI NASRAH 2015403214
3. SITI AISHAH BINTI SUFIAN SURI 2015418644
4. SYED SUFIAN BIN SYED OTHMAN 2015663924
5. SYAFIQAH NUR ANNISA BINTI SA'ARI 2015664156
REFLEKSI TAMADUN CHINA REFLEKSI 1
Dalam aspek Seni Bina Tamadun China telah membuktikan pencapaiannya dalam bidang seni bina dengan pembinaan Tembok Besar China . Tembok ini telah menjadi salah satu kewujudan dunia dan hakikatnya pembinaan ini melibatkan banyak tenaga dan perancangan yang sistematik untuk menghasilkan tembok batu yang kukuh . Pembinaan tembok ini memperlihat kemajuan China dalam pembinaan tembok menggunakan batu bata dan tanah liat .
Dalam aspek Muzik Klasik Tamadun China telah menghasilkan muzik yang paling lama dan paling berkembang . Contoh alatan yang telah dihasilkan ialah : alat meniup ( DiZi ), alat genderang ( MuYu ), alat memetik ( PiPa ), alat menggesek ( ErHu )
Dalam aspek Seni Lukis ianya mempunyai hubungan yang rapat dengan kaligrafi dan puisi . Pada zaman Dinasti Song , lahirnya ahli sarjana , pakar kaligrafi dan pelukis iaitu Su Dong Po . Selain itu , orang Cina tidak menerima lukisan yang berbentuk cantik tetapi temanya tidak memberikan manfaat dari segi keamanan dan akhlak . Hal ini membuktikan setiap lukisan juga melambangkan sesuatu yang berkait dengan agama .
Dalam aspek Kaligrafi Di tamadun China , seni kaligrafinya adalah yang tertua dan budaya ini masih diamalkan sehingga kini . Selain itu , seni kaligrafi China memiliki gaya yang unik . C0ntohnya : Gaya Cap, Gaya Resmi, Gaya Balok, Gaya Kursif
Dalam aspek Kesusasteraan Terhasilnya puisi Cina yang terawal yang bertajuk Shijing iaitu sebuah klasik puisi . Puisi ini penuh dengan pelbagai idea dan teknik kesusasteraan yang menjadi contoh dan memberi inspirasi kepada penyajak serta penulis generasi kemudian . Hal ini membuktikan tamadun China mempunyai sifat bijak dalam bersastera dan mahir mengolah idea .
Dalam aspek Sains dan Teknologi, Tamadun China banyak mencapai kejayaan dalam bidang sains dan teknologi . Buktinya ialah : i) Kejuruteraan Teknologi kejuruteraan hidraulik telah berjaya dicipta untuk mengawal banjir Sungai Kuning . ii) Astronomi Pada zaman Dinasti Chou , orang Cina mampu menyediakan katalog bintang , mencatat rekod tepat tentangg gerhana bulan . iii) Matematik Penggunaan sempoa ( abacus ) dalam bidang ini . Jiuzang Suanshu ( sembilan bab matematik ) juga dapat dihasilkan . iv) Bidang Perubatan: Akupunktur, Akurikuloterapi, Terapi Makanan Cina, Perubatah Herba Cina, Bekam Cina ( Bekam Angin )
Perbandingan pencapaian Tamadun China dengan Tamadun India dan Tamadun Islam
Perbezaan antara tamadun dapat dilihat melalui kepercayaan . Tamadun China menghasilkan sesuatu kebanyakannya berasaskan konsep Yin yang , Konsep Konfusianisme dan Konsep Feng Shui , manakala tamadun Islam menghasilkan sesuatu berasaskan agama Islam dan mengikut al Quran dan sunnah , Tamadun India menumpukan konsep agama Buddha dalam setiap penciptaannya .
Dari segi pencapaian dalam pendidikan , Tamadun Islam pula lebih menekankan konsep tauhid yang memainkan peranan penting dalam asa akidah umat islam Sebaliknya tamadun India menekankan ajaran-ajaran Buddha, yang menekankan pembinaan sifat (character) luaran sahaja . Dalam Tamadun China pula , masyarakat Hui memberikan perhatian yang serius dalam bidang pendidikan untuk maju seiring dengan bangsa Han di peringkat kebangsaan. Oleh itu, masyarakat Hui merupakan satu-satunya kumpulan etnik minoriti yang mendapat pendidikan yang memuaskan dan sewajarnya berbanding kumpulan-kumpulan etnik majoriti yang lain.
Dari aspek sumbangan tamadun pula, Tamadun Islam memberikan sumbangan yang terbesar dalam bidang sains. Ilmu kimia yang dikembangkan oleh Gaber Ibn Hayyan telah menyumbang kepada pelbagai penemuan baru seperti teknik peleburan emas, menganalisa asid nitrik dan acetik yang tulin dan sebagainya. Pelbagai kajian dalam bidang biologi seperti botani, dan zoologi telah dijalankan. Tamadun Islam juga menyaksikan bidang Fizik dan perubatan mula berkembang pesat dengan hadirnya cendekiawan islam seperti Ibn Sina, Al-Zahrawi dan ramai lagi dimana ilmu mereka masih lagi dikaji dan dipakai hingga sekarang. Al-Khawarizmi iaitu tokoh matematik dunia juga tidak ketinggalan dalam menyumbangkan idea dalam peradaban dunia. Holistiknya, tamadun Islam telah memberi banyak sumbangan kepada dunia dalam bidang sains dan menjadi pelopor kepada perkembangan sains pada hari ini.
Tamadun China juga banyak memberi sumbangan kepada dunia seperti bidang penciptaan, teknologi, astronomi, perubatan, matematik dan sebagainya. Dalam bidang perubatan, Tamadun China begitu tersohor dengan konsep Yin dan Yang dimana konsep ini dijadikan panduan dalam bidang perubatan. Tamadun China juga menyaksikan perkembangan tentang pertemuan baru seperti magnet, penciptaan kompas, penghasilan lilin daripada serangga dan sebagainya. Antara ciptaan hebat tamadun China juga ialah penciptaan kertas oleh Cai Lun(105), serbuk letupan dan sebagainya.
Dalam tamadun India pula , binaan tamadun India banyak berteraskan agama Hindu dan Buddha-- binaan kompleks kuil di Gua Ajanta (mempunyai 20 buah kuil) dan di Gua Ellora (mempunyai 28 buah kuil-gua); Angkor Wat dan Candi Borobudur. Element geometri (bentuk segi empat dan bulat) digunakan dalam pembinaan mereka.
Kesimpulannya semua tamadun banyak memberi sumbangan dalam aspek kemajuan sains dan teknologi, pembinaan, perubatan dan banyak lagi. Dan secara tuntasnya tamadun china dan tamadun india banyak menerima idea untuk pembangunan tamadun daripada tamadun islam yang telah menular pengaruhnya ke tamadun tersebut.
REFLEKSI 2 Kedatangan Islam dan pengaruhnya di China .
Islam tersebar di China apabila khalifah Uthman bin Affan menghantar Saad bin Abi Waqas melawat China pada tahun 651 Masihi untuk menyampaikan dakwah kepada Maharaja China . Hasil lawatan ini , telah terbinanya masjid yang besar dan indah di bandar Canton atau kini dikenali sebagai GuangZhou .
Seterusnya , Islam juga tersebar di China melalui penaklukan di bawah pimpinan Qutaibah bin Muslim ke atas bandar Kashgar ibu kota Turkestan Timur pada tahun 714M dan menyeru Maharaja China agar memeluk Islam .
Selain itu , ada sesetengah pendakwah menyebarkan islam semasa berdagang di negeri China . Antara pengaruh Islam terhadap China ialah , dalam bidang perubatan . Kaedah dan bahan perubatan Arab dibawa masuk dan digabungkan dengan ilmu perubatan China. Beberapa karya dihasilkan sebagai panduan. Bahan perubatan dibawa masuk ke China pada zaman Dinasti Tang dan Dinasti Sung. Selain itu pengaruh dalam bidang pembinaan , menggabungkan elemen tempatan dan senibina Islam bertujuan untuk penyesuaian keadaan di situ. Contoh: Masjid Niukie yang berusia 700 tahun dan Masjid Huaje Lane di Sian (Xian).Seterusnya , Islam juga memberi pengaruh dalam sosial . Setelah tersebarnya Islam , tiada lagi penindasan golongan atas terhadap golongan bawahan sepertimana yang terdapat di dalam ajaran legalisme . Konsep keadilan juga telah diamalkan setelah hadirnya Islam . Dalam bidang ekonomi pula , tiada lagi penipuan dan pengambilan riba dalam berjual beli . Zaman kegemilangan Islam di Negara China terbahagi kepada empat zaman iaitu , Zaman Tang , Zaman Sung , Zaman Yuan dan Zaman Ming . Pada empat zaman ini , jumlah penduduk Islam semakin bertambah dan maju dari segi pendidikan , ekonomi , politik dan sosial . Islam telah sampai ke China pada zaman pemerintahan Dinasti Tang dan pernah mencapai kegemilangannya ketika pemerintahan Dinasti Yuan dan Dinasti Ming . Ia mengalami kemerosotan pada zaman Dinasti Manchu .
Sumbangan Islam terhadap peradaban tamadun China ialah , masyarakat Cina hidup saling hormat menghormati dan tiada lagi penindasan berlaku . Konsep lapisan masyarakat juga tidak diamalkan lagi . Bahkan , konsep sama rata antara masyarakat ditekankan . Selain itu , Islam juga memberi sumbangan dalam bidang persenjataan yang dapat meningkatkan peradaban tamadun China dalam menerapkan semangat jihad dalam setiap jiwa masyarakat untuk memelihara agama dan negara . Dalam bidang persenjataan , China menggunakan teknologi dari negara arab untuk membuat sejenis meriam yang menggunakan batu besar sebgai pelurunya . Pada tahun 1273 , meriam tersebut telah memainkan peranan penting dalam sejarah China .
|
|
azrul
New Member
Posts: 5
|
Post by azrul on Dec 9, 2015 6:38:21 GMT
Muhammad Amzar Safiy Bin Raduan 2015664004 Suhail bin Salim 2015428476 Fadlul Faris Bin Johari 2015231716 Zul Hadif b Abd Aziz 2015418872 Azrul Amri Bin Ahmad 2015429984 Challenjour REFLEKSI TAMADUN CINA PENCAPIAN YANG DIPEROLEH Seni muzik, terciptanya pelbagai jenis alat muzik tradisi cina, hal ini serupa dengan Tamadun Islam dan Tamadun India yang mempunyai alat muzik yang tersindiri dan unik Penceritaan(kesusasteraan), wujud dalam pelbagai jenis iaitu dari segi pembukuan dan permentasan drama. Berbeza sama sekali dengan Tamadun Islam dan India, yang kebanyakan hasil kesusateran dibukukkan supaya dapat diwarisi oleh generasi akan datang. Seni lukis, dapat dilihat pada seni kaligrafi yang mempunyai maksud yang tersendiri sama seperti seni khat. Lukisan pada Tamadun China tidak mementingkan kecantikan lukisan tersebut bahkan maksud tersirat disebalik lukisan itu. Seni bina yang tersendiri dapat dilihat pada tokong atau masjid yang bercorak pagoda. Pembinaan yang paling gah ialah Tembok Besar China bertujuan untuk melindungi negara daripada ancaman luar. Sains dan teknologi cenderung kepada perubatan, wujudnya pelbagai kaedah perubatan seperti bekam, akupuntur dan pengunaan herba. Hal ini demikian kerana mereka percaya kepada kehidupan abadi. Penciptaan kertas banyak menyumbang kepada pembinaan tamadun lain bagi tujuan merekod.
KEDATANGAN ISLAM 700-800 tahun yang lalu. Penyebaran agak perlahan tetapi berkembang dengan stabil. Khalifa Uthman mengirim rombongan ke negeri China selepas 20 tahun baginda wafat. Diketuai oleh Saad Bin Abi Waqas dan Maharaja Yong We menerima dengan terbuka serta mengarahkan pembinaan masjid pertama di Canton Ada juga mengatakan bahawa sesetengah tempat menerima ajaran Islam melalui penyebaran oleh pedagang dari Vietnam dan Arab. Hal ini demikian kerana para pedagang terpaksa menetap di sesetengah perkampungan sementara menunggu peralihan angin monsun bagi meneruskan pelayaran.
ZAMAN KEGEMILANGAN DAN SUMBANGANNYA KEPADA TAMADUN CHINA Dinasti Tang dan Laksamana Zheng He dianggap zaman keemasan bagi Islam kerana penyebaran Islam yang amat pesat dan pengamalan Islam yang menyeluruh. Pembinaan pelbagai masjid memudahkan para pedagang Islam menyebarkan dakwahnya dan binaannya bercirikan pagoda dan arab. Makam diwujudkan khas untuk para ulama yang wafat di sana Kaligrafi dan tulisan khat menjadi penyeri di dinding-dinding masjid menggambarkan pencampuran kehalusan sesuatu seni. Pendidikan khusus bagi anak-anak penganut Islam dengan wujud pelbagai madrasahdan menekankan fardhu ain.
|
|
|
Post by yusoftaiyyob551 on Dec 9, 2015 17:11:47 GMT
SITI ZATIL NURHIDANAH BINTI ZAKARIA 2015428424
SITI AISYAH BINTI ZULKIFLI 2015428878
NOR AKMA BINTI SALEH 2015408418
AMIRUL ASHRAF BIN ISMAIL 2015664086
MUHAMMAD NURAIZAT BIN JAMALLUDIN 2015663992
REFLEKSI TAMADUN CHINA: 1. Tamadun China telah mencatatkan pelbagai pencapaian yang menjadi identiti masyarakat mereka sehingga ke hari ini. Antaranya termasuklah dalam bidang kesenian. Sebagai contoh, seni muzik klasik dalam tamadun china mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. dalam tamadun Islam dan tamadun India juga terdapat seni muzik namun apa yang membezakan antara ketiga-tiga tamadun ini ialah alatan muzik yang digunakan dan juga dalam situasi apa muzik dimainkan.
selain itu, masyarakat tamadun china juga mempunyai hasil sastera melalui tulisan-tulisan fiksyen. Disebabkan karya-karya ini ditulis dalam bahasa vernakular mereka, masyarakat cina memandang tinggi hasil cerita fiksyen yang ditulis. berbanding tamadun islam, penulisan yang ditulis adalah berdasarkan ilmu mengenal Allah dan bukannya cerita fiksyen yang direka-reka. manakala tamadun india pula mempunyai karya yang bersifat ritual seperti veda dan sebagainya.
dari segi karya lukisan pula, masyarakat tamadun china pandai berkarya melalui lukisan dan juga puisi. antara lukisan yang ada termasuklah lukisan potret dan landskap pemanadangan. jika dibandingkan dengan tamdun Islam dan Inida, tidak terdapat perbezaan yang ketara kerana masing-masing mempunyai kelebihan dalam bidang ini.
2. Kedatangan islam ke china pada mulanya melalui perdagangan. Para pendatang arab dan parsi telah berdagang di china sambil menyebarkan islam. Pendatang arab dan parsi juga telah berkahsin dengan wanita tempatan. Melalui perkahwinan ini makin bertambah ramai daripada mereka yang memeluk islam. Pengaruhnya di china sangat kuat kerana menurut ibnu batutta, beliau mendapati bahawa setiap kampong islam di china telah mendirikansebuah masjid. Beberapa buah kerajaan china yang mengamalkan dasar toleransi beragama. Ramai juga ilmuan islam dibawa masuk untuk berkhidmat sebagai pentadbir, pakar kewangan, arkitek , ahli sains dan matematik. Zaman kegemilangan berlaku sewaktu Dinasti Ming. Sewaktu Pemerintahan Maharaja Cu Yaung Cang, Orang islam tidak dibenarkan bermastautin dan dating ke Negara china. Oleh itu, orang islam mengambil tindakan untuk mengahwini wanita china, hal ini melahirkan suatu bentuk integrasi baru antarabudaya islam dengan budaya kaum han. Seorang pemerintah china iaitu Ming Tsai telah melaksanakan peraturan larangan meminum arak. Sumbangan besar terhadap peradaban tamadun china ialah, dalam bidang astronomi, takwin islam, perubatan, sains dan teknologi. Hal ini menunjukkan terdapat islam menunjukkan pengaruh yang kuat di Negara china.
|
|
|
Post by yusoftaiyyob551 on Dec 10, 2015 18:54:45 GMT
NOR AKMA BINTI SALEH 2015408418 SITI ZATIL NURHIDANAH BINTI ZAKARIA 2015428424 SITI AISYAH BINTI ZULKIFLI 2015428874 MUHAMMAD NURAIZAT BIN JAMALLUDIN 2015663992 AMIRUL ASHRAF BIN ISMAIL 2015664086
refleksi Tamadun India 1. Refleksi 1
Salah satu seni bina yang terkenal dalam tamadun India ialah Taj Mahal. Reka bentuk Taj Mahal dibina dengan menggabungkan unsur-unsur seni bina dari Parsi, Turki dan Arab yang mana merupakan Tamadun Islam. Sejumlah 4 menara dibina bagi menghiasi setiap penjuru Taj Mahal. Unsur binaan menara yang tinggi ini merupakan anata ciri seni bina Islam. Pintu masuk Taj Mahal berbentuk lengkung yang menyerupai sebuah masjid. Ini juga merupakan salah satu ciri reka bentuk seni bina Islam. Selain itu, Taj Mahal juga dihiasi dengan corak-corak berunsurkan bunga dan geometri yang menunjukkan simbolik antara alam sekitar dan tanda-tanda keagungan Tuhan. Selain corak bunga dan geometri, Taj Mahal juga dihiasi dengan potongan ayat-ayat al-Quran dan ukiran khat Islam yang menjadi seni huruf utama Taj Mahal. Masjid Quwwat-ul-Islam juga merupakan seni bina Islam semasa zaman Delhi. Kebanyakan seni bina di tamadun india menggunakan batu marmar dan ukiran yang juga berkaitan dengan seni bina Islam, masjid dan bangunan juga kubah. Ini menunjukkan bahawa pengaruh Islam begitu kuat dalam seni bina Taj Mahal yang merupakan antara seni bina terkenal di India.
PERBEZAAN SENI BINA DI SETIAP ZAMAN:
1. ZAMAN GUPTA
Seni bina berasaskan agama misalnya agama hindu menekankan bentuk empat segi manakala agama Buddha berbentuk bulat. ada empat struktur penting iaitu shikara atau bentuk kereta kuda orang Aryan, Vimana atau kuil yang berbentuk piramid bertingkat, ratha atau batu tunggak yang diukir menjadi bentuk binatang dan gopuram sebagai tanda pintu masuk kuil.
2.ZAMAN MAURYA
Seni bina dah berkembang maju. tiang asoka sebagai kemegahan zaman ini. Kuil-kuil banyak dibina di dalam gua dan di dalamnya terdapat ukiran yang menggambarkan kehidupan Gautama Buddha.
3.ZAMAN CHOLA
kuil Brigathiswarar merupakan keunikan seni bina zaman ini danmasih menjadi misteri sehingga ke hari ini.
4. ZAMAN VEDIK
banyak bangunan keagamaan ditukar oleh orang Buddha semasa perintahan Maharaja Asoka. Contohnya Kuil Dua di Bhaja, Ajantha, Ellora dan Mahapallipuram
REFLEKSI 2
Factor perkembangan peradaban India.
• Pertambahan penduduk – Perkembangan tamadun awal manusia merupakan satu proses yang berlaku secara beransur-ansur.
Pada peringkat awal, manusia hidup dalam kumpulan-kumpulan kecil dan menjalankan aktiviti memburu dan mengumpul makanan.
Manusia menjadi semakin bertamadun apabila mereka hidup dalam kumpulan besar, mempunyai penempatan tetap serta menjalankan pelbagai kegiatan seperti bercucuk tanam, menternak, membuat alat2 senjata dan sebagainya.
Kemajuan tamadun berterusan apabila penempatan mereka mengalami proses urbanisasi dan berkembang menjadi negara kota yang diperintah oleh seseorang ketua dengan sistem pentadbiran dan perundangan yang tersusun serta sistem sosial yang teratur.
Secara tidak langsung, wujudnya sebuah masyarakat yang lebih dinamik atau berdaya maju.
Penduduk juga dapat melahirkan idea-idea serta ciptaan baru.
Mereka juga mula mengamalkan pengkhususan kerja utk memastikan hasil kerja mereka berkualiti serta dapat dihasilkan dengan cepat.
Kemajuan perlindungan – Punca utama tamadun muncul di lembah2 sungai ialah sungai merupakan tempat yang paling sesuai untuk dijadikan kawasan penempatan. Kedudukan lembah-lembah sungai yang dikelilingi oleh laut dan kawasan tinggi menjadikan kawasan tersebut selamat kerana kawasan itu boleh mengurangkan kemungkinan serangan musuh dari luar.
• Kemajuan teknologi – Penciptaan roda, layar kapal, kain dan tembikar merupakan sebahagian daripada kemajuan teknologi sewaktu perkembangan sesebuah tamadun.
Selain itu, penciptaan alat-alat bercucuk tanam seperti cangkul, sabit dan lain-lain turut memudahkan penduduk untuk bercucuk tanam lalu menyumbang kepada penghasilan makanan yang banyak.
Penciptaan alat-alat senjata seperti lembing dan pedang turut memudahkan mereka untuk melindungi penempatan mereka daripada diserang musuh.
India masa kini.
1,166,079,217 penduduk
638000 penduduk kampong
Lebih 2000 kumpulan etnik
17 perayaan besar
8 jenis tarian
20 pusat Bandar
Negara pertanian kedua terbesar dunia
Negara demokrasi terbesar dunia
Tentera udara keempat terbesar dunia
Tentera laut kelima terbesar dunia
Negara demokrasi terbesar dunia
Negara pengeluar susu terbesar dunia
|
|
|
Post by sarah96 on Dec 14, 2015 6:24:57 GMT
Ahli Kumpulan : 1. NURULHANA BINTI IBRAHIM (2015664174) 2. NADIAH BINTI ABD. RAUF (2015428554) 3. SITI SARAH BINTI FAHMY HAZIM (2015428954) 4. NUR LINA BINTI ISMAIL (2015418772) 5. NURUL HASANAH BINTI ZAINUL ARIFFIN (2015418714)
REFLEKSI TAMADUN CHINA REFLEKSI 1 Pencapaian yang diperoleh dalam Tamadun China Berdasarkan video yang ditonton, refleksi mengenai pencapaian yang diperoleh dalam Tamadun China dapat dilihat dari aspek muzik klasik, seni lukis, kaligrafi, seni bina, kesusasteraan, sains dan teknologi. Tamadun China telah menghasilkan muzik yang paling lama dan paling berkembang . Contoh alatan yang telah dihasilkan ialah alat meniup ( DiZi ), alat genderang ( MuYu ), alat memetik ( PiPa ) dan alat menggesek ( ErHu ). Seni lukis mempunyai hubungan yang rapat dengan kaligrafi dan puisi . Pada zaman Dinasti Song , lahirnya ahli sarjana , pakar kaligrafi dan pelukis iaitu Su Dong Po . Selain itu , orang Cina tidak menerima lukisan yang berbentuk cantik tetapi temanya tidak memberikan manfaat dari segi keamanan dan akhlak . Hal ini membuktikan setiap lukisan juga melambangkan sesuatu yang berkait dengan agama . Di tamadun China , seni kaligrafinya adalah yang tertua dan budaya ini masih diamalkan sehingga kini. Selain itu , seni kaligrafi China memiliki gaya yang unik . Contohnya : Gaya Cap, Gaya Resmi, Gaya Balok, Gaya Kursif. Tamadun China telah membuktikan pencapaiannya dalam bidang seni bina dengan pembinaan Tembok Besar China . Tembok ini telah menjadi salah satu kewujudan dunia dan hakikatnya pembinaan ini melibatkan banyak tenaga dan perancangan yang sistematik untuk menghasilkan tembok batu yang kukuh . Pembinaan tembok ini memperlihat kemajuan China dalam pembinaan tembok menggunakan batu bata dan tanah liat . Tambahan pula, ciri binaan Cina adalah keinginan membuat binaan yang berharmoni dengan alam semesta. Dari segi kesusasteraan, terhasilnya puisi Cina yang terawal yang bertajuk Shijing iaitu sebuah klasik puisi . Puisi ini penuh dengan pelbagai idea dan teknik kesusasteraan yang menjadi contoh dan memberi inspirasi kepada penyajak serta penulis generasi kemudian . Hal ini membuktikan tamadun China mempunyai sifat bijak dalam bersastera dan mahir mengolah idea . Prosa Tamadun China seperti puisi purba juga mempunyai fungsi sosial dan politik. Prosa yang berkualiti harus bermanfaat dari segi moral dan etika. Tamadun China banyak mencapai kejayaan dalam bidang sains dan teknologi. Buktinya ialah dalam bidang Kejuruteraan. Teknologi kejuruteraan hidraulik telah berjaya dicipta untuk mengawal banjir Sungai Kuning . Seterusnya, bidang Astronomi. Pada zaman Dinasti Chou, orang Cina mampu menyediakan katalog bintang , mencatat rekod tepat tentangg gerhana bulan. Dalam bidang Matematik pula, penggunaan sempoa ( abacus ) dalam bidang ini . Jiuzang Suanshu ( sembilan bab matematik ) juga dapat dihasilkan . Manakala sumbangan China dalam aspek bidang Perubatan ialah Akupunktur, Akurikuloterapi, Terapi Makanan Cina, Perubatah Herba Cina, Bekam Cina ( Bekam Angin).Terdapat empat penciptaan agung seperti kertas, cetakan , kompas dans serbuk letupan. Perbandingan pencapaian Tamadun China dengan Tamadun India dan Tamadun Islam Perbandingan antara pencapaian tamadun China, Islam dan India dapat dilihat melalui kepercayaan . Tamadun China menghasilkan sesuatu kebanyakannya berasaskan konsep Yin dan Yang, falsafah Konfusianisme, ajaran agama Buddha dan Konsep Feng Shui, manakala tamadun Islam menghasilkan sesuatu berasaskan agama Islam dan mengikut al Quran dan Sunnah dan Tamadun India menumpukan konsep agama Buddha dalam setiap penciptaannya. Selain itu, perbandingan antara tamadun juga dapat dilihat melalui seni bina. Dalam tamadun China, terdapat empat ciri bangunan yang menunjukkan identity seni bina China iaitu Dagoba, Pagoda, Pavilion dan Stupa. Dalam tamadun Islam, seni binanya dapat dilihat melalui pembinaan masjid. Pembinaan masjid dicatatkan sebagai perkara yang terawal yang Rasullulah s.a.w. lakukan setelah Baginda tiba di Madinah. Masjid dalam Islam mempunyai beberapa bahagian yang tersendiri, antaranya ialah menara, kubah, mihrab, mimbar dan tempat berwuduk. Manakala tamadun India pula, seni binanya banyak mengabungkan ciri India( Hindu) dengan Parsi (Islam) sebelum zaman Mughal, termasuklah Masjid Quwwat-al-Islam (Delhi).
REFLEKSI 2 Kedatangan Islam dan pengaruhnya di China . Kedatangan Islam ke China berlaku pada abad ke-7 Masihi dalam zaman Khalifah Uthman Ibn Affan di tanah Arab dan zaman Dinasti Tang di China. Alam Melayu pada abad itu masih dibawah pengaruh Hindu-Buddha, sebagaimana menurut catatan I Cing, pendeta Buddha China yang datang ke ibu kota Sriwijaya di Palembang dan bermukim selama enam bulan di situ pada abad tersebut. Kedatangan Islam ke China melalui dua Jalan Sutera, iaitu Jalan Sutera Laut dan Jalan Sutera Darat. Jalan Sutera Laut dari Semenanjung Arab ke Guanzhou dan Guangzhou di tenggara China, sementara Jalan Sutera Darat pula dari Semenanjung Arab melalui Asia Tengah dan Xinjiang hingga ke Xi’an, ibu kota provinsi Shanxi. Seorang daripada empat orang sahabat yang dihantar ke China melalui Jalan Sutera Laut ialah Saad Abi Waqas (tiba di Guangzhou dari Teluk Parsi pada tahun 627 Masihi. Selaras dengan Sunnah Nabi, beliau terus mendirikan masjid yang dikenal oleh orang China sebagai Masjid Huaisheng, iaitu masjid tertua di China. Makam Saad Abi Waqas dipercayai terdapat di Guangzhou, walaupun ada riwayat lain yang mengatakan beliau dimakamkan di bumi Arab. Melalui Jalan Sutera Darat, Islam sampai di Xi’an dan sebuah masjid tua (Masjid Agung Xi’an) telah dibina pada tahun 742 M. dalam zaman pemerintahan Dinasti Tang. Kota Xi’an, ibu negeri Shanxi menjadi pangkalan Jalan Sutera Darat. Orang Islam di China sering disebut orang Hui, kerana itulah etnik Islam yang terbesar, tetapi sebenarnya terdapat 10 kumpulan etnik. Orang Hui merupakan keturunan bangsa China yang mula-mula menerima risalah Islam dan perkahwinan campur antara pendakwah Islam dengan masyarakat setempat itulah yang kemudian digelar orang Hui. Selain orang Hui, orang Islam di China terdiri daripada kaum Uygur, Kazak, Kirgiz, Uzbek, Tatar, Tajik, Dongxiang, Sala dan Bao’an. Pengaruh Islam di China dapat dilihat dengan banyak masjid dibina berbeza mengikut dinasti seperti Masjid di Canton,masjid Qin Jing di Guang Zhou,Masjid Phoenix dan di China terdapat 40,000 masjid yang dibina. seni ukiran pada masjid pula banyak menggunakan ayat Al-Quran pada dinding,pintu masuk masjid begitu juga dengan seni flora yang diambil daripada Parsi dan Iran. Zaman kegemilangan Islam di China dan sumbangannya. Zaman kegemilangan Islam di Negara China terbahagi kepada empat zaman seperti Zaman Tang berakhir 618-970M, Zaman Sung 960-1271M, Zaman Yuan 1271-1368M dan Zaman Ming 1368-1644M. Pada empat zaman ini , jumlah penduduk Islam semakin bertambah dan maju dari segi pendidikan , ekonomi , politik dan sosial . Islam telah sampai ke China pada zaman pemerintahan Dinasti Tang dan pernah mencapai kegemilangannya ketika pemerintahan Dinasti Yuan dan Dinasti Ming . Sumbangan Islam terhadap peradaban Tamadun China ialah pembinaan makmal kaji bintang semasa pemerintahan Dinasti Yuan. Tokoh utama dalam ilmu astronomi ialah Tcha Ma Lou Tin ( Jamaludin). Jamaludin telah mencipta berbagai alat kaji bintang dan cuaca serta kalendar (Takwim Man Nien Li). Ia dijadikan sebagai takwim rasmi kerajaan mulai Tahun 1265 hingga 1281 M. Selain itu, kaedah perubatan Arab dibawa masuk dan digabungkan dengan ilmu perubatan China. Ilmu perubatan Ibnu Sina telah dibawa masuk pada zaman Dinasti Tang dan Dinasti Sung serta dipelajari oleh tabib-tabib Cina.
|
|
|
Post by sarah02 on Dec 15, 2015 8:35:49 GMT
SITI SYAHIRAH BINTI HUSIN 2015663856 SITI ZAINAB BINTI ABAS 2015429108 NUR HAZIQAH 'IFFAH BINTI RUSLI 2015666714 SARAH AMIRAH BINTI ADNAN 2015428556 NURUL SYAHIRAH ASMAA BINTI MOHD ZAIN 2015664182
TAMADUN CHINA REFLEKSI 2
Huraikan tentang kedatangan Islam dan pengaruhnya di China. Perihalkan zaman kegemilangan Islam di China dan sumbangannya terhadap peradaban tamadun China.
Semasa pada zaman Khulafa al-Rasyidin yang ketiga , iaitu Uthman Bin Affan r.a , beliau telah menghantar Saad bin Abi Waqqas r.a melawat China pada tahun 651M untuk menyampaikan dakwah kepada Maharaja China. Hasil lawatan tersebut , Maharaja China telah mengarahkan pembinaan masjid yang besar dan indah di bandar Canton (Guangzhou) Tentera Islam di bawah pimpinan Qutaibah bin Muslim telah menjalankan penaklukan ke atas Bandar Kashgar ibu kota Turkestan Timur pada tahun 714M dan menyeru Maharaja China agar memeluk Islam. Pada tahun 757M , Jeneral Lien Chen memberontak menentang Maharaja Su Tsung. Atas permintaan Khalifaah Abbasiyah , iaitu Khalifah al-Mansor telah menghantar seramai 4000 orang tentera yang terdiri daripada orang Islam berbangsa Turki ke China. Tentera Islam yang dikirimkan Berjaya dalm misi tersebut. Namun , tentera tersebut terus tinggal di China dan berkahwin dengan wanita tempatan. Ini membantu dalam penyebaran Islam di negara China. Sesetengah pendakwah ke negara China melalui laut bersama pedagang dan menyebarkan Islam di bandar-bandar seperti Shanghai,Guangzhou dan sebagainya. Dalam abad ke-4M , Raja Turkestan Timur telah memeluk islam. Penghijrahan ini telah memudahkan lagi penyebaran islam di Turkestan Timur dan negara China. Apabila Maharaja China, Tang II mula tertarik dengan kebaikan islam , maka beliau telah menjemput beberapa pendakwah islam secara rasmi. Pendakwah tersebut dapat menyebarkan islam dengan bebas dan selesa. Agama islam juga tersebar ke China melalui Laluan Sutera(silk route). Pada abad ke-13M , ramai orang islam dibawa masuk ke Monggol dari Asia Barat untuk membantu dalam pentadbiran. Sehingga kini, masih terdapat ramai penganut islam di China. Kebanyakannya terdiri daripada kaum minoriti dari bahagian barat laut dan barat-Xin Jian,Qing Hai dan Ning Xia.
Zaman kegemilangan islam di negara China terbahagi kepada empat, iaitu Zaman Tang (berakhir 618-907M) , Zaman Sung(960-1271M) ,Zaman Yuan(1271-1368M) , Zaman Ming(1368-1644M). Pada empat zaman ini, jumlah pendududk islam bertambah dari semasa ke semasa dan maju dari segi pendidikan , politik , ekonomi , dan sosial. Mengikut beberapa sumber dari negara China , adalah dipercayai bahawa islam telah sampai ke China pada zaman pemerintahan Dinasti Tang dan pernah mencapai kegemilangannya ketika pemerintahan Dinasti Yuan dan Dinasti Ming. Ia mengalami kemerosotan pada Zaman Dinasti Manchu . Pada tahun 1911, pemerintahan Dinasti Manchu diguling dan digantikan dengan Republik China yang berpusat di Nanjing pada tahun 1912 dan kemudian di berpindah ke Peking. Sumbangan islam terhadap tamadun china ialah dalam bidang persenjataan dengan menggunakan teknologi dari negara Arab untuk membuat sejenis meriam yang mengggunakn batu besar sebagai pelurunya.Selain itu , dari segi pembinaan.Ini dapat dilihat dari reka bentuk masjid yang terdapat di negara China. Umat islam dari negara Arab telah memperkenalkan ilmu falak dari Arab kepada China. Pada tahun 1271, Maharaja China Kublai Khan menubuhkan kalendar Islam dan menerima pelbagai buku dari negara Arab tentang ilmu falak dan kalendar.
|
|
|
Post by sarah02 on Dec 15, 2015 8:50:52 GMT
SITI SYAHIRAH BINTI HUSIN 2015663856 SITI ZAINAB BINTI ABAS 2015429108 NUR HAZIQAH 'IFFAH BINTI RUSLI 2015666714 SARAH AMIRAH BINTI ADNAN 2015428556 NURUL SYAHIRAH ASMAA BINTI MOHD ZAIN 2015664182
TAMADUN INDIA REFLEKSI 2
A) Antara pencapaian tamadun india adalah dalam bidang pendidikan. Pada zaman ini banyak pusat pendidikan di buka seperti sekolah rendah , sekolah menengah, dan university . Pelbagai bidang ilmu diterokai antara adalah science ( ilmu perubatan dan yoga ) , kimia ( pembuatan ubat ,warna dan minyak wangi ) ,matematik ( system angka sifar dan trigonometri ) dan logam (menara besi ). Seterusya , bidang bahasa dan kesusasteraan . Lahir 325 bahasa, 750 loghat ,14 bahasa utama. Antara bahasa utama adalah hindu dan tamil. Akhir sekali , bidang kesenian. Dalam bidang ini pelbagai seni di ketengahkan seperti tarian ( gerakan kaki ,tangan ,muka dan perasaan) , muzik yang berperanan untuk menyatukan rakyat india , seni bina gabungan hindu dan parsi . B) Faktor perkembangan peradaban india
• EMPAYAR MAURYA (321 SM - 185 SM) Pengasasnya ialah Chandragupta Maurya yang berasal dari puak Moriya. Kemunculan Dinasti Maurya telah mambawa satu perkembangan baru dalam sejarah Tamadun India di mana ia telah memulakan sistem pemerintahan bercorak empayar.Dinasti ini mencapai kegemilangan dalam banyak bidang termasuklah keagamaan apabila agama Buddha dan Jainism menjadi anutan utama termasuk oleh golongan pemerintah serta penguasaan wilayah yang dilakukan pemerintahnya seperti Chandragupta dan Asoka dan pengembangan agama Buddha ke luar rantau seperti China dan Asia Tenggara. Penaklukan Kalinga penting dalam sejarah Maurya kerana kemusnahan yang berlaku di dalam peperangan ini menimbulkan kesedihan kepada Asoka Piyadassi sehingga baginda memeluk agama Buddha yang menekankan ahimsa (tidak melakukan kekejaman). Asoka mengadakan hubungan yang luas dengan dunia luar seperti Syria, Mesir dan Eropah Timur.
• KEDATANGAN ISLAM KEPADA TAMADUN INDIA Islam telah mangangkat martabat wanita. Kaum wanita Hindu yang masuk Islam di beri hak asasi sebagai wanita yang bebas dan terhormat. Sebelumnya wanita yang kematian suami tidak berhak hidup, mereka harus membakar diri bersama mayat suaminya (sutee). Islam telah memberi hak pusaka dan membawa keamanan.Seterusnya Islam meninggikan kemajuan alam fikiran dan Kemahiran hidup. Islam telah mencorakkan pola pemikiran bangsa India, sebelumnya mereka jauh dari peradaban dan tamadun yang dapat dibanggakan. Kemudian,tamadun ilmu. Ilmu-ilmu Islam telah berkembang di tanah India dengan subur, dari kerana itu lahirlah ulama-ulama besar bertaraf antarabangsa yang mempunyai ilmu yang luas dan mendalam contohnya ilmu hadis. Imam Ahmad b Abdul rahim (Syah Waliyullah al Dahlawi)Seterusnya tamadun kebendaan. Raja-raja Islam telah banyak membangunkan kilang-kilang, sekolah, rumah sakit, sistem jalanraya dan senibina yang sangat hebat seperti tajmahal dan kemudian memperkenalkan sistem zakat,jizyah, kharaj dan sebagainya. Kakitangan kerajaan diberi gaji contohnya tenteraPendidikan dan Kesarjanaan. Pendidikan dijalan secara formal dan informal iaitu di masjid,madrasah, kolej dan sebagainya. Aktiviti penulisan juga diadakan dalam bidang sejarah dan ilmu-ilmu lain.
C) Perbezaan tamdun india dahulu dan sekarang.
1)Dahulu,semangat jatisme kuat sehinggakan dapat mengatasi semangat kebangsaan (nasionalisme). Manakala, sekarang, semangat jati diri semakin lemah ekoran kurangnya didikan tentang membina jati diri. 2)Dahulu,perbezaan sistem kasta . Orang kasta atasan seperti Brahmin dipandang tinggi berbanding golongan kasta bawahan .Manakala, sekarang,sistem kasta semakin pupus kerana pada zaman moden ini masayarakat lebih berfikiran terbuka. 3)Dahulu,zaman Veda akhir (1000SM-500S) kedudukan kaum wanita merosot dan banyak sekatan dikenakan ke atas mereka. Peranan dan tanggungjawab mereka dihadkan dalam lingkungan urusan rumah tangga semata-mata. Manakala, sekarang,Kedudukan wanita lebih tinggi dan mereka tidak dipandang rendah.
|
|
|
Post by ratna96 on Dec 15, 2015 13:12:29 GMT
1. SITI RATNA DEWI BINTI ABDUL KARIM 2015428894
2. MAS LIYANA BINTI NASRAH 2015403214
3.SITI AISYAH BINTI SUFIAN SURI 2015418644
4.SYAFIQAH NUR ANNISA BINTI SA'ARI 2015664156
5.SYED SUFIAN BIN SYED OTHMAN 2015663924
refleksi Tamadun India
1. Refleksi 1
Berdasarkan video yang saya lihat, salah satu seni bina yang terkenal dalam tamadun India ialah Taj Mahal. Reka bentuk Taj Mahal dibina dengan menggabungkan unsur-unsur seni bina dari Parsi, Turki dan Arab yang mana merupakan Tamadun Islam. Sejumlah 4 menara dibina bagi menghiasi setiap penjuru Taj Mahal. Unsur binaan menara yang tinggi ini merupakan anata ciri seni bina Islam. Pintu masuk Taj Mahal berbentuk lengkung yang menyerupai sebuah masjid. Ini juga merupakan salah satu ciri reka bentuk seni bina Islam. Selain itu, Taj Mahal juga dihiasi dengan corak-corak berunsurkan bunga dan geometri yang menunjukkan simbolik antara alam sekitar dan tanda-tanda keagungan Tuhan. Selain corak bunga dan geometri, Taj Mahal juga dihiasi dengan potongan ayat-ayat al-Quran dan ukiran khat Islam yang menjadi seni huruf utama Taj Mahal. Masjid Quwwat-ul-Islam juga merupakan seni bina Islam semasa zaman Delhi. Kebanyakan seni bina di tamadun india menggunakan batu marmar dan ukiran yang juga berkaitan dengan seni bina Islam, masjid dan bangunan juga kubah. Ini menunjukkan bahawa pengaruh Islam begitu kuat dalam seni bina Taj Mahal yang merupakan antara seni bina terkenal di India.
PERBEZAAN SENI BINA DI SETIAP ZAMAN:
1. ZAMAN GUPTA
Seni bina berasaskan agama misalnya agama hindu menekankan bentuk empat segi manakala agama Buddha berbentuk bulat. ada empat struktur penting iaitu shikara atau bentuk kereta kuda orang Aryan, Vimana atau kuil yang berbentuk piramid bertingkat, ratha atau batu tunggak yang diukir menjadi bentuk binatang dan gopuram sebagai tanda pintu masuk kuil.
2.ZAMAN MAURYA
Seni bina dah berkembang maju. tiang asoka sebagai kemegahan zaman ini. Kuil-kuil banyak dibina di dalam gua dan di dalamnya terdapat ukiran yang menggambarkan kehidupan Gautama Buddha.
3.ZAMAN CHOLA
kuil Brigathiswarar merupakan keunikan seni bina zaman ini danmasih menjadi misteri sehingga ke hari ini.
4. ZAMAN VEDIK
banyak bangunan keagamaan ditukar oleh orang Buddha semasa perintahan Maharaja Asoka. Contohnya Kuil Dua di Bhaja, Ajantha, Ellora dan Mahapallipuram
REFLEKSI 2
Factor perkembangan peradaban India.
• Pertambahan penduduk – Perkembangan tamadun awal manusia merupakan satu proses yang berlaku secara beransur-ansur.
Pada peringkat awal, manusia hidup dalam kumpulan-kumpulan kecil dan menjalankan aktiviti memburu dan mengumpul makanan.
Manusia menjadi semakin bertamadun apabila mereka hidup dalam kumpulan besar, mempunyai penempatan tetap serta menjalankan pelbagai kegiatan seperti bercucuk tanam, menternak, membuat alat2 senjata dan sebagainya.
Kemajuan tamadun berterusan apabila penempatan mereka mengalami proses urbanisasi dan berkembang menjadi negara kota yang diperintah oleh seseorang ketua dengan sistem pentadbiran dan perundangan yang tersusun serta sistem sosial yang teratur.
Secara tidak langsung, wujudnya sebuah masyarakat yang lebih dinamik atau berdaya maju.
Penduduk juga dapat melahirkan idea-idea serta ciptaan baru.
Mereka juga mula mengamalkan pengkhususan kerja utk memastikan hasil kerja mereka berkualiti serta dapat dihasilkan dengan cepat.
Kemajuan perlindungan – Punca utama tamadun muncul di lembah2 sungai ialah sungai merupakan tempat yang paling sesuai untuk dijadikan kawasan penempatan. Kedudukan lembah-lembah sungai yang dikelilingi oleh laut dan kawasan tinggi menjadikan kawasan tersebut selamat kerana kawasan itu boleh mengurangkan kemungkinan serangan musuh dari luar.
• Kemajuan teknologi – Penciptaan roda, layar kapal, kain dan tembikar merupakan sebahagian daripada kemajuan teknologi sewaktu perkembangan sesebuah tamadun.
Selain itu, penciptaan alat-alat bercucuk tanam seperti cangkul, sabit dan lain-lain turut memudahkan penduduk untuk bercucuk tanam lalu menyumbang kepada penghasilan makanan yang banyak.
Penciptaan alat-alat senjata seperti lembing dan pedang turut memudahkan mereka untuk melindungi penempatan mereka daripada diserang musuh.
|
|
|
Post by sarah02 on Dec 15, 2015 17:29:41 GMT
SITI SYAHIRAH BINTI HUSIN 2015663856 SITI ZAINAB BINTI ABAS 2015429108 NUR HAZIQAH 'IFFAH BINTI RUSLI 2015666714 SARAH AMIRAH BINTI ADNAN 2015428556 NURUL SYAHIRAH ASMAA BINTI MOHD ZAIN 2015664182
Ekplorasi Tamadun India
SOALAN STRUKTUR
1. Lima bentuk kepercayaan tamadun India ialah:
-Hindu -Sikh -Jain -Buddha -Islam
2. Susunan sistem kasta dalam masyarakat India:
Brahman – golongan intelek dan ahli agama Ksatriya – pemerintah, pentadbir dan tentera Vaisya –PEDAGANG dan peniaga Sudra – buruh dan petani
3. Lima bentuk pencapaian tamadun India yang menyumbang kepada peradaban dunia:
– kesenian -bahasa -pendidikan -perubatan -sains dan teknologi
4. Lima tokoh terkenal zaman pemerintahan Islam di India
-Akbar Agung -Shah Jehan -Aurangzeb -Humayun -Babur
5. Bentuk-bentuk seni yang memperlihatkan pencapaian tamadun India
-seni bina -seni halus muzik -seni halus tarian -seni lukis (ukiran)
SOALAN OBJEKTIF
1.Nama kerajaan Islam yang pertama yang diasaskan di India B-Kerajaan Delhi
2. Pencapaian cemerlang pemerintahan Shah Jehan dalam seni bina B- Taj Mahal
3.Kerajaan bukan Islam di India C- Kerajaan Gupta 4. Bukan sumbangan tamadun Islam di India D- Adat perkahwinan mengikut budaya Arab
5. Lokasi Mohenjo Daro dan Harappa (3000 S.M) B- Lembangan Sungai Indus
TAMADUN INDIA (REFLEKSI 1)
Tamadun India jelas menampakkan bahawa seni bina yang mereka hasilkan dapat memperlihatkan idea-idea kreatif masyarakat mereka bagi membina tamadun mengikut acuannya yang tersendiri sekaligus memberikan sumbangan yang besar dalam kesenian seni bina. Bukti terbesar seni bina yang mengaitkan pengaruh Islam ke atas perkembangan dan kemajuan seni bina di India ialah Taj Mahal. Taj Mahal merupakan seni bina mewah terbaik dari diansti Mughal. Ianya dibina daripada batu marmar berwarna putih, mozek dan batu-batu permata sperti berlian, jed, kristal, dan sebagainya. Monumen yang mengambil masa selama 17 tahun itu mempunyai berbagai ciri-ciri berkaitan Islam yang pada masa yang sama mempunyai unsur-unsur seni bina Parsi, Turki dan Arab. Antaranya adalah binaan menara yang tinggi iaitu 4 menara yang berukuran 46m menghiasi setiap penjuru. Selain itu, hiasan berunsurkan jambangan bunga dan geometri yang menggambarkan simbolik antara alam sekitar dan tanda-tanda keagungan Tuhan. Seterusnya, pintu masuk masjid berbentuk lengkungan menawan menyerupai bentuk masjid lapangan. Akhir sekali, ayat-ayat Al-Quran dan ukiran huruf khat thuluth Islam yang menjadi hiasan utama Taj Mahal.
Setiap zaman mempunyai keistimewaan yang tersendiri :
1)Pada zaman Gupta, binaan seperti kuil dianggap penting dalam penyebaran agama. Agama Hindu menekankan simbol empat segi manakala Buddha lebih condong kepada bentuk bulat. Seni bina zaman Gupta mempunyai 4 struktur penting iaitu: Shikara: bentuk kereta kuda Aryan Vimana: -kuil yang berbentuk pencampuran pyramid bertingkat Ratha : batu tunggak diukir menjadi bentuk binatang Gopuram: menandakan pintu masuk utama ke kompleks kuil 2)Pada zaman Maurya, tiang Asoka adalah contoh tebaik kemegahan seni bina Islam. 3)Pada zaman Chola, Kuil Brigathiswarar di Thanjavur merupakan antara keunikan seni bina India. 4)Pada zaman Vedik, kuil dua di Bhaja, Ajantha, Ellora dan Mahapalliporam merupakan bangunan yang diubahsuaioleh orang-orang agama Buddha
TAMADUN CHINA(REFLEKSI 1)
BINCANGKAN PENCAPAIAN YANG DIPEROLEHI DALAM TAMADUN CHINA.BANDING BEZAKAN DENGAN PENCAPAIAN YANG DIKECAPI OLEH TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN INDIA.
Kesusasteraan dan Kesenian
Sejarah kesusasteraan cina bermula seawal kurun ke-14 SM dan diteruskan perkembnagannya sehingga lebih 300 tahun. Bahasa cina dapat dikekalkan identitinya walaupun negara China pernah ditalukki oleh orang asing seperti mongol (dinasti Yuan, 1279 –1368) dan orang Manchu (dinasti Qing, 1644 – 1911). Ini adalah kerana tulisan cina tidak bersifat fonetik sebaliknya berbentuk grafik. Sifat yang berbentuk grafik ini telah meninggalkan kesan terhadap kesusasteraan cina dan penyebarannya.Terdapat pelbagai gengre sastera cina klasik seperti puisi, prosa, drama dan juga fiksyen. Antologi puisi cina yang terawal ialah Shi jing yang mengandungi 305 buah nyanyian kuil, nyanyian istana dan rakyat yang wujud dalam tempoh antara zaman Zhou Barat (kurun ke 11 SM –771 SM) hingga zaman Musim Bunga Musim Luruh (770 SM – 476 SM). Antologi ini dikumpul pada masa konfusius (551 SM – 479 SM) di kawasan Lembah Huanghe. Secara amnya, puisi cina berhubung rapat dengan muzik dan ia bersifat padat dan singkat. Puisinya juga lebih naratif atua diskriptif yang mempunyai fungsi sosial dan politik.Perbezaan prosa dan puisi adalah kurang jelas. Prosa dikategorikan kepada beberapa jenis iaitu prosa bercampur puisi (poetic prose), prosa berirama (rhyme prose), rapsody (rhapsody),dan puisi bersifat prosa (poetry prose). Prosa klasik atau dikenali guwen adalah dominan dalam sastera klasik cina dan ia mempunyai fungsi sosial dan politik. Drama cina berkembang agak lewat kerana penaklukan dinasti Yuan (1279 –1368). Walaubagaimanapun, drama cina dari jenis zaju – drama berbentuk puisi yang digubah mengikut kesesuaian muzik sangat bersemarak pada zaman dinasti Yuan. Drama digunakan oleh penulis sebagai saluran untuk meluahkan ketidakpuasan perasaan dan mengkritik kerajaan pemerintah seperti drama Dou’er Yuan (ketidakadilan Yuan). Menjelang lewat kurun ke-18, drama rakyat dari pelbagai daerah mula berkembang dan dipentaskan kepada umum. Dari sini, lahirlah opera cina yang menjadi salah satu kegemaran rakyat cina dalam drama. Drama juga digunakan oleh konfusius untuk menerapkan nilai-nilai moral dan etika. Tamadun cina juga tidak ketinggalan dalam mencipta keseniannya. Muzik klasik, kaligrafi, seni lukis dan seni pembinaan merupakan kesenian yang terawal dalam tamadun cina. Sistem melodi muzik klasik cina adalah kompleks di mana alat-alat yang digunakan dikategorikan mengikut bahan akustik dan cara sesuatu alat itu dimainkan. Muzik bagi tamadun cina adalah sesuatu yang berharmoni dengan alam semesta dan di letakkan pada satu kedudukan penting pada fahaman konfusius. Pada abab ke-8, kemasukkan muzik dari tamadun lain telah memeriahkan lagi suasana muzik di cina terutamanya dengan kemasukkan tamadun India dan Asia Tengah.Kaligrafi merupakan salah satu kesenian yang paling tinggi diberi penghormatan dalam tamadun cina. Kaligrafi ditulis dengan menggunakan dakwat, berus, kertas dan kadang-kadang sutera. Perkembangan kaligrafi telah menghasil pelbagai bentuk tulisan cina. Kaligrafi dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan seni lukis dan puisi. Su Dongpo (1037 – 1101) pada zaman dinasti Song merupakan seorang pelukis dan juga seorang pakar kaligrafi. Seni lukisan cina pada dasarnya terbahagi kepada dua kategori iaitu xieyi (freehand) dan juga gongbi (menggunakan garis halus).
Sains dan teknologi
Kajian arkeologi menunjukkan sain dan teknologi Cina telah wujud pada kurun ke-15 sehingga kurun ke-11 SM. Pada awalnya teknologi kejuruteraan digunakan dan dikembangkan kerana untuk mengawal banjir Sungai Kuning. Antara lain-lain teknologi adalah dalam bidang astronomi, perubatan, optik dan kimia. Di zaman dinasti Zhou dalam kurun ke11 hingga ke 3 SM, orang cina telah mampu menyediakan maklumat berkaitan dengan bintang dengan terciptanya peralatan astronomi. Sampoa digunakan pertama kalinya oleh ahli matematik cina iaitu Xu Yue dalam kurun ke2 SM. Buku jiuzhang suanshu (sembilan bab matemetik) yang ditulis oleh Zhang Cang pada kurun ke-2 menunjukkan penemuan mengenai kuantiti negatif, sistem pecahan dan perpuluhan. Perkembangan perubatan cina bermula dari sistem perubatan cina tradisional yang terdiri dari teori kosmik dualistik yin dan yang, teori lima elemen, dan juga teori jing dan luo. Teori yin dan yang menyatakan keseimbangan kedua-dua kuasa ini mempengaruhi kesihatan manusia. Teori lima elemen menganggap bahawa tubuh manusia yang terdiri dari organ luaran dan dalaman adalah berpadanan dengan lima elemen dalam alam semesta. Teori jing dan luo merupakan asas kepada rawatan terapeutik seperti moxisbustion (membakar daun moxa) dan akupuntur. Teori ini berpendapat bahawa, organ dalaman, tangan dan kaki adalah berkaitan dan dihubungkan oleh saluran dimana darah dan qi (tenaga dinamik) beredar. Gangguan pada sistem ini akan menyebabkan seseorang tidak sihat. Buku-buku perubatan cina seperti Huangdi neijing dan Bencao gangmu dipercayai sebagai pemangkin kepada perkembangan perubatan modem oleh barat. Terdapat empat ciptaan agung dalam tamadun cina iaitu teknik membuat kertas, pencetakan, bahan letupan dan kompas. Cai Lun telah berjaya membuat kertas dengan menggunakan fiber tumbuh-tumbuhan pada tahun 105. Teknologi pencetakkan telah mula diperkenalkan semasa pemerintahan dinasti Tang (618 –906) di mana buku jingang jing dipercayai buku yang terawal dicetak iaitu pada 11 Mei 868. Bahan letupan telah dihasilkan oleh ahli kimia cina pada kurun ke-7 apabila ahli-ahli kimia Daois berjaya mencampurkan saltpetre dengan sulfur dn karbon. Pada zaman dinasti Tang, pihak militari telah menggunakannya dalam peperangan. Pada zaman pemerintahan dinasti Han (206 –220 SM) sifat-sifat magnet telah ditemui di cina. Penemuan tentang gejala magnet aruhan (induced magnetism) dalam kurun ke-6, pengherotan (declination) dan juga kekutuban magnet (polarity) pada kurun ke-8 dan ke-9, telah membuahkan penghasilan kompas oleh orang cina dan digunakan semasa pelayaran.
SUMBANGAN TAMADUN
1)Ilmu pengetahuan Tamadun China: Lao-Tze & Chuang-Tze- ahli fikir terpenting Tamadun Islam: Jabir Ibn Hayyan- ilmu kimia Ibn Sina- ilmu perubatan Al-Farghani- ilmu astronomi Tamadun India: Maharaja Akhbar- terjemahan kitab Gulbadan Begum- penyusunan kamus
2)Seni bina Tamadun China: Dagoba- tugu peringatan Pagoda- kuil atau bangunan suci Pavilion- tempat teduhan Stupa- Buddha Tamadun Islam: Balai cerap- peralatan astronomi. Mengira latitude matahari dan bintang- bintang. Tamadun India: Taj Mahal Tomb of Humayun Masjid Mutiara (Masjid Moti) Shah Dara (Garden of Delight)
3)Ekonomi Tamadun China: Memajukan aspek pertanian. Bidang penghasilan kain sutera. Tamadun Islam: Menghapuskan amalan riba’dalam urusan jual beli Tamadun India: Menjalankan banyak pekerjaan baharu (penggunting rambut, penganyam bakul)
4)Ciptaan Tamadun China: Kompas Bahan letupan Kertas Percetakan Tamadun Islam: Kopi Mesin terbang Universiti Algebra Tamadun India: Taj mahal
|
|