|
Post by Admin on Nov 21, 2014 18:12:05 GMT
Assalamualaikum wrt. wbt. dan Selamat Sejahtera semua. Semoga kalian semua sudah membuat persediaan yang mantap untuk sesi pembentangan. Banyak kemahiran yang ditimba menerusi sesi ini. Rebut peluang yang bertuah. Selamat membentang kepada semua. Anda semua individu yang mempunyai potensi diri yang hebat. BUKTIKAN KEISTIMEWAAN ANDA. Semua kumpulan WAJIB memberi komen kepada setiap pembentangan yang diadakan. Anda juga diminta mencadangkan markah yang layak diperolehi (1-10 markah) oleh kumpulan yang membentang dengan mengambil kira aspek kemahiran komunikasi, kemahiran kerja berpasukan, etika dan profesionalisme, fakta dan kreativiti. Selamat membentang dengan yakin. Moga anda berjaya
|
|
|
Post by Admin on Nov 25, 2014 7:52:55 GMT
Assalamualaikum wrt. dan salam sejahtera...
Apa khabar pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian? Jangan lupa kongsikan refleksi, idea atau pandangan anda semua terhadap pembentangan kumpulan daripada rakan-rakan anda. Pandangan pensyarah dan rakan-rakan dapat membantu kita menambah ilmu dengan lebih banyak. Masa pembentangan di dalam kelas terhad, jadi gunakan medium ini untuk perbincangan yang berterusan. Jadilah pelajar pertama yang kongsikan idea, pasti ada yang kedua, ketiga dan seterusnya. Apa lagi jom kongsi bersama-sama di sini. Semoga ia mendatangkan banyak manfaat.
|
|
|
Post by arishanajua on Dec 6, 2014 8:30:43 GMT
assalamualaikum ustazah, saya ingin bertanya untuk manfaat 10 orang. respons daripada manfaat tersebut akan ditulis sebagai refleksi,bukan? selain itu,jika ditulis dalam bentuk refleksi adakah kita perlu menyimpul 10 manfaat tersebut dan tulis dalam satu refleksi atau berasingan?
|
|
|
Post by NajihahZabidi on Dec 7, 2014 7:49:30 GMT
Assalamualaikum ustazah, ingin saya mengemukakan soalan tentang refleksi pembentangan kumpulan yang ustazah anjurkan. Adakah pembentangan kumpulan yang ustazah maksudkan adalah pembentangan kumpulan bagi projek kami? iaitu eksplorasi tamadun cina/melayu/india ataupun mana-mana pembentangan yang kami telah lakukan?
|
|
|
Post by fathin azuren on Dec 13, 2014 10:05:48 GMT
assalamualaikum ustazah, adakah markah yang di beri oleh kami mempengaruhi markah yang akan di beri oleh ustazah?
|
|
|
Post by fatinsyafiqarazali on Dec 14, 2014 11:30:06 GMT
Pada pendapat saya setiap kumpulan telah menunjukkan nilai profesionalisme yang tinggi dalam diri masing-masing semasa membentang dan mengeluarkan pendapat yang bernas. Saya dapat mengetahui dan menambah pengetahuan tentang isu-isu yang berlaku dalam sesuatu kaum di Malaysia. Malah rupa-rupanya setiap kaum amat menitik beratkan nilai-nilai murni seperti sopan santun dan saling menghormati. Saya berasa gembira kerana mendapat pamplet yang disediakan oleh beberapa kumpulan. Isi di dalam pamplet amat menarik hati saya seperti seuntai kata tamadun Melayu yang mempunyai pelbagai nasihat dan juga pamplet tamadun Cina bagaimana ekonomi kaum Cina dapat berkembang maju.
|
|
|
Post by NajihahZabidi on Dec 15, 2014 16:22:52 GMT
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Saya juga ingin meluahkan pendapat saya tentang pembentangan yang telah selesai dilakukan oleh rakan-rakan sekelas saya. Pada pendapat saya, setiap individu menunjukkan refleksi yang sangat terkesan dalam diri mereka. Dapat saya perhatikan bahawa mereka dengan jayanya telah mendapat manfaat dari projek yang mereka telah bertungkus lumus lakukan. Laporan yang mereka bentangkan menunjukkan lagi semangat kumpulan yang ada dalam setiap individu dalam setiap kumpulan sepanjang melaksanakan projek lapangan ini. Terdapat banyak ilmu yang saya perolehi daripada pembentangan tersebut antaranya adalah masyarakat cina di Malaysia sangat mementingkan pendidikan dalam kehidupan mereka malah keluarga mereka sanggup berkorban wang bagi memberi pendidikan kepada anak-anak. Selain itu saya juga terkesan dengan refleksi rakan saya yang mengatakan bahawa kaum india yang selama ini dianggap susah didekati sebenarnya bercanggah dengan persepsi kita kerana mereka sebenarnya mempunyai budi yang sangat baik dan sangat mudah didekati.
|
|
|
Post by syathirohshahirul on Dec 16, 2014 8:15:42 GMT
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Pada pendapat saya setiap kumpulan ternyata telah menjalankan tugasan mereka dengan begitu bagus sekali. Setiap isi yang mereka bentangkan adalah hasil kajian dan juga pengalaman mereka. Ternyata usaha mereka yang bertungkus lumus siang dan malam telah membuahkan hasil yang baik. Benarlah kata ustazah, kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Ini kerana daripada pembentangan yang dijalankan, kita dapat melihat bakat-bakat terpendam yang ada dalam kalangan pelajar kita. Selain itu, kita dapat melihat semangat kerjasama antara pelajar itu sendiri. mana tidaknya, manakan jadi sesuatu tugasan tanpa hasil kerjasama yang baik. Tambahan pula, hasil daripada projek manfaat yang telah dijalankan seiring dengan tugasa pembentangan juga memberikan satu titik tolak dalam usaha memberikan manfaat yang kita perolehi bukan sahaja kepada diri sendiri, malahan orang lain di sekeliling kita.
|
|
|
Post by arishanajua on Dec 16, 2014 13:51:46 GMT
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
pada pendapat saya,setiap kumpulan telah menonjolkan hasil kerja yang baik. hal ini dapat dilihat melalui pembentangan dan kertas kerja yang cemerlang. masing-masing berusaha dalam mendapatkan sumber seperti temuduga bersama tokoh yang mana perkara itu bukanlah mudah kerana kita perlu mencari masa yang sesuai untuk menjalankan temuduga. begitu juga dengan kerjasama yang baik dalam pembahagian tugas dan dalam mendapatkan bukti. bukan itu sahaja,malahan kita dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang sebuah masyarakat dengan lebih dalam dan dapat melakukan perbandingan untuk menambahbaik masyarakat kita.
|
|
|
Post by fatinnajihah on Dec 16, 2014 15:38:21 GMT
assalamualaikum.
Pada pendapat saya, setiap kumpulan mempunyai cara tersendiri bagi menyiapkan kerja kursus TITAS. masing masing mempunyai daya pemikiran yang tinggi ketika membentangkan hasil kerja mereka. hasil kerja mereka jelas menunjukkan bahawa mereka begitu bersungguh-sungguh menyempurnakan tugas yang diberikan. berdasarkan refleksi yang dinyatakan setiap ahli kumpulan, jelaslah bahawa projek ini sangat memberi makna dan pengajaran, baik kepada diri mereka sendiri mahupun rakan-rakan seperjuangan. selain itu, setiap ahli kumpulan menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi dalam usaha menyiapkan tugas ini. mereka dibahagikan tugas mengikut kemahiran masing masing. diharapkan setiap kumpulan mampu mengambil sedikit sebanyak pengajaran berdasarkan apa yang dibentangkan bagi memajukan diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.
|
|