|
Post by Admin on Dec 4, 2015 4:48:20 GMT
Assalamualaikum wrt.wbt.
Pelajar-pelajar budiman, sila jawab soalan Bicara Tamadun berpandukan kepada soalan di dalam Bicara Tamadun dan hantar kan jawapan anda di dalam folder ini.
Sila tuliskan nama dan no matrik bagi setiap pelajar berserta nama kumpulan untuk rekod pemarkahan oleh ustazah.
Sekian terima kasih
|
|
azrul
New Member
Posts: 5
|
Post by azrul on Dec 9, 2015 6:55:19 GMT
Muhammad Amzar Safiy Bin Raduan 2015664004 Suhail bin Salim 2015428476 Fadlul Faris Bin Johari 2015231716 Zul Hadif b Abd Aziz 2015418872 Azrul Amri Bin Ahmad 2015429984
Challenjour
BICARA TAMADUN INDIA
PERBANDINGAN BUDAYA INDIA DAN ISLAM Dalam budaya India wujudnya sistem kekeluarga, di mana setiap peringkat umur ada tujuan hidupnya yang tersendiri. Hal ini berbeza dengan ajaran Islam iaitu setiap umat perlu mencari keredaanNya, tidak kira apa peringkat umur kerana ajal maut itu ditangan Allah, tidak pasti kita masih hidup pada umur yang lanjut. Jadi bersegeralah beringat dan bertakwa. Selain itu wujudnya sistem kasta dimana masyarakat India dibahagikan kepada beberapa lapisan masyarakat. Setiap lapisan mempunyai layanan yang tersendiri. Hal ini sangat bertentangan dengan ajaran Islam bahawa semua umat itu sama di sisi Allah yang membezakan hanyalah amalan kita.
SUMBANGAN MAHATMA GANDHI DAN MAHMUD GHAZNI
MAHATMA GANDHI •Gandhi lancarkan Sathyagraha di India untuk mendapatkan ruang yg besar dalam aktivitiekonomi, politik dan social. •Gandhi berjaya membawa masyarakat Hindu dan Islam ke tahap perkembangan yg begitu penting. •Era 1920-an sebagai era Gandhi 1920 – 1940-an era Gandhi sebagai medium untuk berhubung dengan British.
MAHMUD GHAZNI •Meneruskan kegemilangan Kerajaan Sabaktigin. •Kejayaan Mahmud menawan Khurasan ini telah menyebabkan Khalifah Abbasiyah di Baghdad mengiktiraf beliau sebagai pemerintah yang berkuasa di Khirasan dan kawasan timurnya. •membina beberapa buah benteng besar dan parit panjang disekitar kota Ghazna. Benteng besar dan parit panjang ini adalah bertujuan untuk melindungi kota Ghazna daripada serangan pihak luar.
DOKTRIN KEPERCAYAAN MASYARAKAT INDIA • Kepercayaan kepada Kuasa agung. • Tuhan – Elemen kekal punyai kuasa dan kebenaran mutlak. • 3 Peranan utama iaitu mencipta, memelihara dan membinasakan. • Tuhan satu tetapi ia boleh disembah dalam pelbagai bentuk. • Karma – tindakan-tindakan dalam kehidupan dahulu akan menentukan kehidupan akan datang. • Karma menekankan rasa bertanggungjawab dan melaksanakan nilai-nilai baik. • 3 jalan mencapai kesempurnaan iaitu Karma Yoga, Bhakti Yoga dan Jnana Yoga. Karma Yoga – Aktiviti mengasingkan diri atau membuat jasa kepada masyarakat. Bhakti Yoga – Memilih jalan bebrbuat kebajikan dan kebaikan sebanyak mungkin. Jnana Yoga – menggunakan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan. Mengamalkan tatatertib agama yang sangat ketat.
Islam merupakan agama yg berlandaskan cara hidup yg berteraskan kpd keesaan Allah, rukun Islam, rukun iman serta mengenengahkan hubungan baik antara manusia dengan manusia dan manusia dengan Allah. Dalam Islam juga terdapat konsep pahala dosa, syurga neraka, dunia akhirat serta percaya kepada semua kejadian ada penciptanya iaitu Allah swt. Selain itu, Islam juga mengamalkan konsep assyumul dlm pelbagai aspek yang merangkumi semua bidang kehidupan sama ada politik, ekonomi, social, budaya dan pemikiran Islam sebagai satu cara hidup. .
|
|
lina
New Member
Posts: 4
|
Post by lina on Dec 16, 2015 16:57:19 GMT
Nama Kumpulan: Iman Mutiara
NURULHANNA BINTI IBRAHIM (2015664174)
NORLINA BINTI ISMAIL (2015418772)
SITI SARAH BINTI FAHMY HAZIM (2015428954)
NADIAH BINTI RAUF (20154285554)
NURUL HASANAH BINTI ZAINUL ARIFFIN (2015418714)
-BICARA TAMADUN INDIA
-PERSAMAAN BUDAYA TAMADUN INDIA DAN TAMADUN ISLAM
-SISTEM PEMERINTAHAN DAN SOSIAL-
Sistem pemerintahan tamadun india ialah sistem kasta. Sistem ini sangat rigid dan penentuan kasta diwarisi turun temurun dari nenek moyang. Kedudukan yang paling tinggi dalam sistem kasta ialah Brahmin. Brahmin merupakan pendidik dan pendeta. brahmin juga menghasilkan guru-guru agama. Seterusnya ialah golongan kesatria yang menggalas tanggungjawab sebagai pemerintah dan pertahanan negara. Diikuti dengan Vaisha dan sundra . Vaisha merupakan golongan ekonomi manakala sundra adalah hamba untuk berkhidmat kepada tuannya. Dalam tamadun islam pemerintah tertinggi adalah khalifah, pembesar, rakyat dan hamba. Kedua-dua pemerintah tertinggi iaitu Brahmin dan Khaifah bertanggungjawab untuk menjaga kesucian agama. Seterusnya, pembesar dan kestria pula bertugas untuk mentadbir negara untuk memastikan keadaan negara stabil dan harmoni. Rakyat dan vaisha pula bekerja sebagai petani, penternak, artisan dan sebagainya. Pekerjaan mereka ini sekali gus menyumbang kepada pendapatan negara. Seperti sumber makaanan. Kemudian hamba dan sundra ditugaskan untuk berkhidmat kepada tuannya. Mereka adalah golongan terendah dalam sistem sosial. Namun, dalam ajaran Islam semua manusia adalah setaraf di sis Allah taala melainkan takwa. Dalam sistem kasta, seorang lelaki tidak boleh berkahwin dengan perempuan yang berbeza kasta dengan mereka. Manakala, dalam tamadun islam peraturan begitu tidak wujud. Selain itu, setiap kasta juga tidak boleh bergaul dengan kasta lain dan pemilihan golongan kasta juga berdasarkan warna kulit. Sebagai contoh, Brahmin berkulit putih, kstria berkulit merah, Vaisha berkulit coklat dan sundra berkulit hitam. Hal tersebut tidak wujud dalam pemerintahan tamadun Islam kerana pembesar dilantik berdasarkan kebolehan untuk mentadbir negara. Melainkan pemilihan khalifah adalah berdasarkan sistem warisan sama seperti sistem kasta.
-SISTEM KEKELURGAAN-
Sistem kekeluargaan bermula selepas berkahwin. Melalui perkahwinan akan lahirnya generasi baru. Dalam tamadun india ,tujuan berkeluarga adalah untuk mendapat teman sokongan dari segi fizikal dan rohani serta mendapat zuriat ataupun keturunan. Mengamalkan sistem keluarga bersama yang mana keanggotaan berdasarkan lelaki yang seketurunan, isteri serta anak yang belum berkahwin. Sistem keluarga tamadun India turut disokong oleh semangat kepentingan bersama dan harta dikongsi bersama. Selain itu, Sistem keluarga tamadun India ini dipelihara oleh dua aspek iaitu Ashrama Dharma dan Purusartha. Ashrama dharma menjelaskan empat tahap yang akan dilalui oleh manusia iaitu Brahmacharya, Grihasta, Vanaprasta dan sannyassa. Tahap pertama ialah Bramacharya. Brahmacharya adalah proses mempelajari ilmu dan proses ini bermula sejak lahir sehingga berumur 24 tahun. Seterusnya tahap kedua ialah Grihasta. Grihasta bermula pada umur 24 tahun sehingga 48 tahun. Grihasta ialah kehidupan rumah tangga dan bekerja serta mendidik anak-anak. Tahap ketiga ialah Vanaprasta bermula pada umur 48 sehingga 72 tahun. Pada waktu ini, mereka akan Bertapa dan bebaskan diri dari duniawi. Tahap keempat ialah sannyassa bermula pada umur 72 tahun sehingga meninggal dunia. Pada waktu ini, mereka akan menolak duniawi, tidak mengutamakan hawa nafsu, lebih cenderung kepada kehidupan suci dan kesempurnaan sejati. Purussatha menjelaskan empat objektif mulia dalam kehidupan yang harus diamalkan oleh manusia iaitu Kepatuhan kepada moral dan etika, Bekerja untuk kekayaan yang halal, cinta atau kasih sayang dan kepuasan menikmati harta benda serta kesempurnaan rohani hasil bebas diri dari duniawi. Dalam tamadun Islam, ilmu agama telah diterapkan dalam diri sejak kanak-kanak. Kemudian dihantar untuk menuntut ilmu dan proses menuntut ilmu tidak berhenti pada umur tertentu kerana proses menuntut ilmu adalah sepanjang hayat sama ada secara formal atau tidak formal. Berbeza dengan agama dunia lain sistem kekeluargaan islam lebih kepada mentauhidkan , mengesakan dan mencari keredhaaan Allah Taala. Kebanyakan agama hanya fokus kepada keharmonian rumah tangga dan masyarakat.namun setiap agama setuju sistem kekeluargaan adalah untuk menghasilkan generasi yang berkualiti sebagai pewaris muka bumi.
-KEAGAMAAN-
Tamadun india mengamalkan politheisme iaitu kepercayaan kepada lebih satu tuhan manakala tamadun Islam berikrar dengan kalimah syahadah iaitu tiada tuhan melainkan Allah dan nabi muhammad saw pesuruh Allah. Daripada kehidupan kepatuhan beragama lahir masyarakat yang bertamadun kerana semua agama mengajarkan penganutnya untuk berbuat baik dan mengharmonikan dunia.
SUMBANGAN MAHATMA GANDHI KEPADA MASYARAKAT INDIA
Nama Sebenar: Mohammad Karamchand Ghandhi
Gelaran : Mahatma (Jiwa yang besar)
Tarikh lahir dan tempat lahir: 2 Oktober 1869 di Ponbandar, India
Prinsip : Satyagraha iaitu perjuangan berdasarkan kebenaran dengan tidak menggunakan kekerasan.
Mahatma Ghandi merupakan tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan India.
Antara sumbangan Mahatma Ghandi kepada masyarakat India ialah beliau menentang sistem kasta di India kerana menindas golongan Sundra. Selain itu, beliau juga mengamalkan konsep kebebasan pendidikan. Menurut pandangan kasta, agama Hindu tidak membenarkan penduduk India keluar dari India kerana risau akan orang India membelakankan agama. Mahatma telah keluar dari India pergi ke London semata-mata ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang selain ingin mempelajari bahasa Inggeris dan bahasa Perancis. Bagi beliau, kebebasan pendidkan merupakan satu cabaran yang paling penting dalam membangkitkan pemikiran masyarakat India. Disamping itu, Mahatma juga menubuhkan pelbagai gerakan seperti Home rule. Home Rule ialah gerakan untuk memperjuangkan hak orang kulit hitam. Kemudian home rule merupakan salah satu usaha Mahatma agar British memberikan kemerdekaan kepada India. Beliau juga banyak menetang cukai-cukai yang telah dikenakan kepada rakyat oleh pemerintah. Mahatma memperjuangkan isu cukai kepala yang dikenakan terhadap orang india sebanyak tiga pound sterling bersamaan enam bulan gaji mereka. Mahatma juga menentang undang-undang garam yang dimonopoli golongan pemerintah. Gandhi mengajak rakyat ke laut membuat garam sendiri. Tindakan ini bertujuan memalukan kerajaan bahawa pemerintah tidak sepatutnya mengenakan cukai sewenang-wenangnya kerana membebankan rakyat terutamanya golongan miskin. Seterusnya , Ghandi melaksanakan gerakan swadesi. Swadesi bermaksud desa sendiri. Ghandi mendesak rakyat India untuk menghasilkan produk sendiri bagi memenuhi keperluan hidup tanpa kebergantungan kepada barangan British. Hasilnya, masyarakat Indiia amat menghargai hasil karya dan hasil kerja mereka sendiri dan tidak membeli langsung produk British sebagai tindakan memboikot barangan British. Akhir sekali, Ghandi juga menolak konsep komunilisme kerana beliau percaya bahawa semua Indian tidak kira mesti memperjuang kemerdekaan India tanpa mengira hindu atau pun Islam. Ghandhi sering berdoa agar masyarakat Hindu dan Islam bersatu. Kesimpulannya, sumbangan Mahatma Ghandhi sangat besar kepada masyarakat India.
SUMBANGAN MAHMUD GHAZNAWI KEPADA MASYARAKAT INDIA
Nama sebenar beliau ialah Mahmud
Beliau lebih terkenal sebagai Mahmud Ghaznawi iaitu mengambil nama pusat pemerintahan kerajaan Ghazna
Berketurunan sultan Alabtakin
Juga digelar sebagai Iskandar Islam kerana mempunyai semangat yang tidak luntur untuk meyebarkan kekuasaan Islam di India
Mahmud Ghaznawi telah memainkan peranan yang sangat besar dalam memartabatkan Islam di Benua Kecil India. Beliau merupakan tokoh yang penting dalam perkembangan kerajaan Ghazna.
Semasa perluasan kuasa, beliau serta ulama dari kerajaan Ghazna berdakwah kepada raja-raja hindu yang tewas.
Raja-raja hindu yang tewas memeluk islam selepas mendapati islam bukan agama yang zalim dan mengutamakan pembunuhan tetapi Islam adalah agama yang menyelamatkan manusiaa demi kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Rakyat mengikut jejak pemimpin mereka dengan memeluk Islam.
Selain itu, Mahmud Ghaznawi juga memperkembangkan ilmu dan kebudayaan Islam
Ilmu pengetahuan seperti falsafah, perubatan, sejarah, dan lain-lain lagi telah berkembang.
Kota Ghazna bukan sahaja menjadi kota pertahanan tetapi menjadi tempat berkumpulnya ahli-ahli ilmu, ulama-ulama Islam, ahli fekah, dan bahasa dan tasauf serta falsafah
Sekolah, masjid, perpustakaan dan sebuah universiti telah dibina di Ghazna. Professor –professor dibayar gaji, para sarjana juga dibayar pencen.
-Perbandingan doktrin kepercayaan india dan cara hidup serta kepercayaan Islam
-
Doktrin berpaksikan idea dharma (tanggungjawab. Karma merupakan doktrin asas dalam agama Hindu mempunyai persamaan dengan doktrin karma dalam agama Buddha yang berkaitan rapat dengan konsep re-inkarnasi (kelahiran semula atau penjelmaan semula). Karma merupakan konsep pembalasan setimpal terhadap usaha dan perlakuan manusia ”yang baik dibalas baik, yang jahat akan menerima balasan buruk”. Konsep re-inkarnasi dalam agama Hindu membawa maksud seseorang itu akan menjelma semula selepas kematiannya dalam bentuk manusia. Konsep ini berasal dari penjelmaan semula dewa-dewa Hindu. Dalam ajaran agama Hindu, kehidupan merupakan kesengsaraan dan kelahiran semula yang berulang-ulang mengundang kesengsaraan selagi mereka tidak mencapai mokhsya. Kelahiran semula yang berulang-ulang dan terus menerima kesengsaraan dikenali sebagi Samsara. Penganut Hindu mengharap terlepas dari rantaian reinkarnasi dengan mencapai tahap mokhsa. Cara untuk mencapai pembebasan mutlak dari lingkaran Samsara terdapat pada doktrin Aryasatyani yang disebut sebagai Empat Kebenaran Utama iaitu:
Hidup adalah penderitaan.
Penderitaan disebabkan keinginan memenuhi keperluan dunia.
Penderitaan dapat dihapuskan dengan menindas hasrat atau kehendak.
Cara menyingkirkan hasrat adalah melalui Astamarga atau Jalan Lapan Lapis.
Demikian juga teologi agama Hindu. Moniteisme dalam agama Hindu berasaskan kepada Trimurti iaitu menempatkan tiga dewa yang menjadi sembahan mereka, (A. Rahman Abdullah, 1989:25) iaitu:
Brahma - Dewa pencipta sebagai sumber kepada semua kewujudan.
Vishnu - Dewa pemelihara.
Siva - Dewa pemusnah
Pada asasnya, penganut Hindu mempercayai kewujudan satu Tuhan yang agung iaitu Brahma penyembahan terhadap Tuhan Yang Satu tidak dapat dipertahankan kerana agama Hindu membolehkan Tuhan digambarkan dalam pelbagai bentuk dan penjelmaan dewa sehingga melahirkan pelbagai bentuk patung sembahan. Malah ada yang berpendapat konsep ketuhanan dalam agama Hindu adalah bersifat Politeisme
Konsep ketuhanan dalam tamadun Islam adalah tauhid. Konsep tauhid dalam Islam berbeza dengan manoteisme dalam agama Hindu. Tauhid menekankan kepercayaan kepada Tuhan yang Maha Esa. Syirik adalah lawan kepada kepercayaan Tauhid dan ditolak oleh Islam. Dalam tamadun Islam, hak kebebasan beragama adalah terpelihara seperti tercatat dalam Perlembagaan Madinah. Perkhabaran ini disampaikan terus dari Allah SWT melalui firman-Nya yang bermaksud:
“Katakanlah: Dialah Allah Yang Esa. Allah tempat bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada satupun yang setanding dengan-Nya.” (al-Ikhlas: 1-3)
Konsep hidup selepas mati dalam Islam merupakan sebahagian daripada kepercayaan terhadap hari akhirat. Manusia akan diadili dan diperlihatkan segala amal semasa di dunia. Allah berfirman yang bermaksud:
”Barang siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar zarrah pun nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarrah pun nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula.”(al-Zalzalah: 7-8)
Pada masa ini segala perbuatan manusia yang baik akan dibalas baik seperti menikmati kehidupan syurga. Manakala yang durhaka kepada Allah SWT akan dibalas dengan keburukan seperti kesengsaraan hidup di neraka. Allah berfirman yang bermaksud:
”Sesungguhnya orang-orang kafir iaitu ahli kitab dan orang-orang musyrik (akan masuk) ke neraka Jahannam. Mereka kekal di dalamnya. Mereka itu adalah seburuk-buruk makhluk. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh, mereka itu adalah sebaik-baik makhluk. Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah syurga Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah reda terhadap mereka dan mereka pun reda kepada-Nya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepad Tuhannya.” (al-Bayyinah: 6 - 8).
Dalam aspek perbuatan manusia yang mengaitkan dosa dan pahala, Islam meletakkan konsep taubat kepada Allah SWT sebagai jalan pengampunan terhadap dosa-dosa yang telah dilakukan dengan syarat-syarat tertentu
|
|