|
Post by Admin on Dec 4, 2015 4:54:35 GMT
Assalamualaikum wrt.wbt.
Pelajar-pelajar budiman, sila jawab soalan bicara tamadun berpandukan kepada soalan di dalam bicara tamadun dan hantar kan jawapan anda di dalam folder ini.
Sila tuliskan nama dan no matrik bagi setiap pelajar berserta nama kumpulan untuk rekod pemarkahan oleh ustazah.
Sekian terima kasih.
|
|
|
Post by ratna96 on Dec 15, 2015 13:19:22 GMT
1. SITI RATNA DEWI BINTI ABDUL KARIM 2015428894
2. MAS LIYANA BINTI NASRAH 2015403214
3.SITI AISYAH BINTI SUFIAN SURI 2015418644
4.SYAFIQAH NUR ANNISA BINTI SA'ARI 2015664156
5.SYED SUFIAN BIN SYED OTHMAN 2015663924
1. Persamaan budaya India dengan Melayu ialah :
• Adat perkahwinan – adat berinai yang sama antara India dan Melayu apabila mereka melangsungkan perkahwinan. Sebelum berkahwin, orang India akan merisik terlebih dahulu dan begitu juga orang Melayu.
• Majlis perkahwinan India dan Melayu akan diadakan di rumah pengantin lelaki.
2. Perbezaan budaya India dengan Melayu ialah :
• India juga sebelum berkahwin, mereka akan merisik, meminang dan bertunang, sama seperti Melayu. Tetapi, niat mereka lakukan perkara itu adalah berbeza.
• India = cara merisik melalui pertanyaan saudara/rakan
• Melayu= cara merisik dengan ‘meninjau’
• India = meminang untuk mengeratkan hubung kekeluargaan
• Melayu = meminang untuk menyatakan tujuan utama mereka.
• India = adat bertunang, hantaran hanya dilakukan oleh cumanggali sahaja.
• Melayu = hantaran agak unik untuk bertunang.
3. Sumbangan Mahatma Gandhi dan Mahmud Ghazni kepada masyarakat India.
MAHATMA GANDHI
• Idea nasionalisme tidak ketara lagi untuk mendapatkan kemerdekaan
• Menyediakan ruang yg penting untuk golongan pertengahan.- 1905 Peristiwa Benggal Partition mempengaruhi pemikiran orang Islam. Pemisahan Benggalmemberi kesan yg lebih bagi orang Islam dari sudut politik
• Gandhi melihat masyarakat yg tertinggal- bawahan golongan anak tuhan (orang luar kasta). pada abad ke 19 kasta menjadi amalan yg kuat dipegang. Kongres Kebangsaan India mampu bergerak sebagai wadah yg penting di India-elit. Gandhi mula terbabit dalam politik India -iaitu dari gerakan Khilafat (1918-1921)
• Gandhi lancarkan Sathyagraha di India untuk mendapatkan ruang yg besar dalam aktivitiekonomi, politik dan social.
• Gandhi berjaya membawa masyarakat Hindu dan Islam ke tahap perkembangan yg begitu penting.
• Era 1920-an sebagai era Gandhi 1920 – 1940-an era Gandhi sebagai medium untuk berhubung dengan British.
MAHMUD GHAZNI
• Meneruskan kegemilangan Kerajaan Sabaktigin.
• Kejayaan mAhmud menawan Khurasan ini telah menyebabkan Khalifah Abbasiyah di Baghdad mengiktiraf beliau sebagai pemerintah yang berkuasa di Khirasan dan kawasan timurnya.
• membina beberapa buah benteng besar dan parit panjang disekitar kota Ghazna. Benteng besar dan parit panjang ini adalah bertujuan untuk melindungi kota Ghazna daripada serangan pihak luar.
• Tindakan pertama yang diambil oleh beliau ialah menyerang bandar-bandar sempadan di sekitar Genting Khaibar.
Nilai-Nilai dan Etika Utama (Doktrin kepercayaan masyarakat India)
• Kepercayaan kepada Kuasa agung.
• 3 perkara kekal iaitu tuhan, roh atau jiwa dan kejahilan/berkaitan dengan hal-hal keduniaan.
• Tuhan – Elemen kekal punyai kuasa dan kebenaran mutlak.
• 3 Peranan utama iaitu mencipta, memelihara dan membinasakan.
• Tradisi Hindu – Brahman/aryan, Brahma, Vishnu, Thirumal, Utiran/Aran. (Tuhan Panca Kiruthiyam)
• Tuhan satu tetapi ia boleh disembah dalam pelbagai bentuk.
• Doktrin Karma. Karma – tindakan-tindakan dalam kehidupan dahulu akan menentukan kehidupan akan datang.
• Doktrin – Kepercayaan kepada roh merupakan elemen kekal abadi.
• Ada punya karma dan papa karma.
• Karma menekankan rasa bertanggungjawab dan melaksanakan nilai-nilai baik.
• Kesempurnaan Rohani- Perbuatan baik sangat mulia dan kedudukan tinggi.
• 3 jalan mencapai kesempurnaan iaitu Karma Yoga, Bhakti Yoga dan Jnana Yoga.
• Karma Yoga – Aktiviti mengasingkan diri atau membuat jasa kepada masyarakat.
• Bhakti Yoga – Memilih jalan bebrbuat kebajikan dan kebaikan sebanyak mungkin.
• Jnana Yoga – menggunakan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan. Mengamalkan tatatertib agama yang sangat ketat.
Perbandingan dengan cara hidup dan kepercyaan Islam.
• Islam merupakan agama yg berlandaskan cara hidup yg berteraskan kpd keesaan Allah, rukun Islam, rukun iman serta mengenengahkan hubungan baik antara manusia dengan manusia dan manusia dengan Allah.
• Dalam Islam juga terdapat konsep pahala dosa, syurga neraka, dunia akhirat serta percaya kepada semua kejadian ada penciptanya iaitu Allah swt.
• Selain itu, Islam juga mengamalkan konsep assyumul dlm pelbagai aspek yang merangkumi semua bidang kehidupan sama ada politik, ekonomi, social, budaya dan pemikiran Islam sebagai satu cara hidup.
• Islam juga mementingkan akidah dan syariah yg menjadi teras dlm kehidupan penganutnya.
• Islam mula berkembang pesat di Asia Tenggara menjelang abad ke-12 dan bertapak di Filipina, Indonesia, Brunei, burma, siam dan Indo-China. Islam memiliki tpk dan kedudukan yg kukuh di AT. Msyarakat Islam telah memiliki satu system politik dan pemerintahan yg kukuh dan sistematik, satu system perundangan yg berlandaskan ajaran islam, system ekonomi yang baik dan system social yg dinamik. Misalnya dlm konteks pemerintahan berlaku perubahan dimana raja mula dianggap sbg pemegang amanah allah dan memiliki kedudukan yg tinggi.
• Selain itu, raja juga dipercayai memiliki keramat dan daulat dimana rakyat yg engkar akan perintah raja akan ditimpa tulah. Istilah raja juga diubah kpd sultan.
• Penasihat sultan yg sblm ini digelar Brahmin tlh diubah kpd ulama dan mufti. Dlm aspek ekonomi, sistem ekonomi berlandaskan hukum syarak diamalkan di mana amalan riba adalah dilarang.Manakala dalam konteks perundgan, undang2 islam tlh memainkan peranan yg ptg dlm menentukan perjlnan hidup mskt agar mengikut landasan yg dittpkan.
|
|
|
Post by ratna96 on Dec 15, 2015 13:35:29 GMT
1. SITI RATNA DEWI BINTI ABDUL KARIM 2015428894
2. MAS LIYANA BINTI NASRAH 2015403214
3.SITI AISYAH BINTI SUFIAN SURI 2015418644
4.SYAFIQAH NUR ANNISA BINTI SA'ARI 2015664156
5.SYED SUFIAN BIN SYED OTHMAN 2015663924
Berdasarkan video yang kami lihat, dapatlah dirumuskan tentang konsep-konsep kepercayaan dalam tamadun china mengenai alam semesta secara keseluruhan.
Konsep Tian
Pemujaan nenek moyang dan Tian.
Konsep Tian atau langit sebagai makhluk yang unggul yang menguasai nasib seseorang telah wujud sejak Dinasti Zhou.
Tian juga bermaksud prinsip tertinggi di dalam alam semesta serta dalam konteks etika Konfusianisme.
Konsep Dao
Maksud terawal ialah “jalan” atau “lorong”.
Sebelum kedatangan falsafah Konfusius, Dao digunakan untuk menunjukkan satu jalan , cara kelakuan , tabiat ( Baik atau buruk )
Selepas kedatangan Konfusius, para pengikut Daoisme menggunakan maksud metafizik.
Konsep Dao menurut Konfusiud, merupakan konsep tatatertib moral yang mesti dipatuhi oleh seseorang individu atau sesuatu set peraturan etika yang mesti diikuti oleh seseorang individu.
Konsep Taiji, Yin Yang dan Wuxing
Kitab Yijing ( The Book of Changes ) menggunakan konsep Taiji untuk merujuk kepada kenyataan muktamad.
Dwikuasa Yin Yang dihasilkan menerusi perubahan Taiji.
Yin Yang disifatkan sebagai proses pusingan atau putaran yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhirannya.
Yin mewakili perempuan seperti pasif, sejuk, gelap, basah,lembut manakala Yang mewakili lelaki seperti aktif, panas, cerah, kering dank eras.
Prinsip Zhong Yong
Merupakan moral asas yang bersifat sederhana, seimbang dan bersesuaian.
Merupakan norma masyarakat yang dapat menyumbang terhadap pencapaian keharmonian sejagat.
Konfusianisme
Merupakan doktrin kenegaraan yang merangkumi aspek-aspek falsafah, keagamaan dan sosiopolitik.
Berasal daripada tulisan-tilisan klasik
Pengajaran utama menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia ( perikemanusiaan – ren, kesusilaan – li, ketaatan kepada ibu bapa – xiao )
Moisme
Diasaskan oleh Mo Zi ( 479 SM – 381 SM ).
Konsep penting termasuk :- Kasih sayang sejagat ( jian’ai) , Menyerah kepada nasib ( feiming ) , Mengecam sikap suka berperang ( feigong ) , Mengutamakan golongan cerdik pandai ( shangxian )
Legalisme
Diasaskan oleh seorang ahli falsafah Cina, Han Fei Zi.
Mengutamakan pemikiran sosiopolitik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyatnya.
Menyarankan pemerintahan berteraskan undang-undang
Aliran ini mengasaskan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di Negara China.
Agama Islam dibawa masuk dan diperkenalkan ke negara China melalui dua saluran jalan: pertamanya, melalui peranan pedagang Islam Arab dan Parsi yang mendarat di selatan China (mereka ini mendirikan masjid) iaitu di Guangzhou dan Quanzhou; dan keduanya, melalui peranan pedagang Islam yang menggunakan Jalan Sutera melalui kawasan Parsi dan Afghanistan. Di peringkat awal, walaupun terdapat cebisan-cebisan tulisan dalam bahasa Cina mengenai Islam demi memperkenalkan ajaran agama mi kepada orang Cina tetapi ianya didapati tidak berkesan. Dampak Islam menjadi semakin kuat dan mendalam beberapa kurun kemudian melalui usaha beberapa tokoh Islam Cina seperti Wang Daiyu (kkl580-1658), Ma Zhu (kk 1640-1711), Liu Zhi (kk 1660-1730) dan Ma Dexin (1794-1874). Mereka menghasilkan beberapa karya dalam bahasa Cina sertaterjemahantentang agama Islam. Mereka tidak sahaja mempunyai kefahaman yang mendalam tentang ajaran Islam tetapi juga pakar dalam klasik Cina, khasnya klasik Konfusianisme. Antara mereka, Wang Daiyu ialah tokoh yang pertama menghasilkan karya tentang agama Islam dalam bahasa Cina. Karya pertama beliau yang berjudul Zhengiao zhenquan (Anotasi Tulin Ajaran Ortodoks) diterbitkan pada tahun 1642. Semenjak itu, berpuluh-puluh sarjana Konfusian-Muslim mengikut jejak langkah Wang Daiyu dalam memainkan peranan penting dan memberikan sumbangan dalam tradisi keilmuan Islam di negara China.
|
|
|
Post by Ustazah Mahfuzah on Dec 15, 2015 16:58:24 GMT
Nama Kumpulan: Iman Mutiara
NURULHANNA BINTI IBRAHIM (2015664174)
NORLINA BINTI ISMAIL (2015418772)
SITI SARAH BINTI FAHMY HAZIM (2015428954)
NADIAH BINTI RAUF (20154285554)
NURUL HASANAH BINTI ZAINUL ARIFFIN (2015418714)
-BICARA TAMADUN INDIA
-
-PERSAMAAN BUDAYA TAMADUN INDIA DAN TAMADUN ISLAM
-
-SISTEM PEMERINTAHAN DAN SOSIAL-
Sistem pemerintahan tamadun india ialah sistem kasta. Sistem ini sangat rigid dan penentuan kasta diwarisi turun temurun dari nenek moyang. Kedudukan yang paling tinggi dalam sistem kasta ialah Brahmin. Brahmin merupakan pendidik dan pendeta. brahmin juga menghasilkan guru-guru agama. Seterusnya ialah golongan kesatria yang menggalas tanggungjawab sebagai pemerintah dan pertahanan negara. Diikuti dengan Vaisha dan sundra . Vaisha merupakan golongan ekonomi manakala sundra adalah hamba untuk berkhidmat kepada tuannya. Dalam tamadun islam pemerintah tertinggi adalah khalifah, pembesar, rakyat dan hamba. Kedua-dua pemerintah tertinggi iaitu Brahmin dan Khaifah bertanggungjawab untuk menjaga kesucian agama. Seterusnya, pembesar dan kestria pula bertugas untuk mentadbir negara untuk memastikan keadaan negara stabil dan harmoni. Rakyat dan vaisha pula bekerja sebagai petani, penternak, artisan dan sebagainya. Pekerjaan mereka ini sekali gus menyumbang kepada pendapatan negara. Seperti sumber makaanan. Kemudian hamba dan sundra ditugaskan untuk berkhidmat kepada tuannya. Mereka adalah golongan terendah dalam sistem sosial. Namun, dalam ajaran Islam semua manusia adalah setaraf di sis Allah taala melainkan takwa. Dalam sistem kasta, seorang lelaki tidak boleh berkahwin dengan perempuan yang berbeza kasta dengan mereka. Manakala, dalam tamadun islam peraturan begitu tidak wujud. Selain itu, setiap kasta juga tidak boleh bergaul dengan kasta lain dan pemilihan golongan kasta juga berdasarkan warna kulit. Sebagai contoh, Brahmin berkulit putih, kstria berkulit merah, Vaisha berkulit coklat dan sundra berkulit hitam. Hal tersebut tidak wujud dalam pemerintahan tamadun Islam kerana pembesar dilantik berdasarkan kebolehan untuk mentadbir negara. Melainkan pemilihan khalifah adalah berdasarkan sistem warisan sama seperti sistem kasta.
-SISTEM KEKELURGAAN-
Sistem kekeluargaan bermula selepas berkahwin. Melalui perkahwinan akan lahirnya generasi baru. Dalam tamadun india ,tujuan berkeluarga adalah untuk mendapat teman sokongan dari segi fizikal dan rohani serta mendapat zuriat ataupun keturunan. Mengamalkan sistem keluarga bersama yang mana keanggotaan berdasarkan lelaki yang seketurunan, isteri serta anak yang belum berkahwin. Sistem keluarga tamadun India turut disokong oleh semangat kepentingan bersama dan harta dikongsi bersama. Selain itu, Sistem keluarga tamadun India ini dipelihara oleh dua aspek iaitu Ashrama Dharma dan Purusartha. Ashrama dharma menjelaskan empat tahap yang akan dilalui oleh manusia iaitu Brahmacharya, Grihasta, Vanaprasta dan sannyassa. Tahap pertama ialah Bramacharya. Brahmacharya adalah proses mempelajari ilmu dan proses ini bermula sejak lahir sehingga berumur 24 tahun. Seterusnya tahap kedua ialah Grihasta. Grihasta bermula pada umur 24 tahun sehingga 48 tahun. Grihasta ialah kehidupan rumah tangga dan bekerja serta mendidik anak-anak. Tahap ketiga ialah Vanaprasta bermula pada umur 48 sehingga 72 tahun. Pada waktu ini, mereka akan Bertapa dan bebaskan diri dari duniawi. Tahap keempat ialah sannyassa bermula pada umur 72 tahun sehingga meninggal dunia. Pada waktu ini, mereka akan menolak duniawi, tidak mengutamakan hawa nafsu, lebih cenderung kepada kehidupan suci dan kesempurnaan sejati. Purussatha menjelaskan empat objektif mulia dalam kehidupan yang harus diamalkan oleh manusia iaitu Kepatuhan kepada moral dan etika, Bekerja untuk kekayaan yang halal, cinta atau kasih sayang dan kepuasan menikmati harta benda serta kesempurnaan rohani hasil bebas diri dari duniawi. Dalam tamadun Islam, ilmu agama telah diterapkan dalam diri sejak kanak-kanak. Kemudian dihantar untuk menuntut ilmu dan proses menuntut ilmu tidak berhenti pada umur tertentu kerana proses menuntut ilmu adalah sepanjang hayat sama ada secara formal atau tidak formal. Berbeza dengan agama dunia lain sistem kekeluargaan islam lebih kepada mentauhidkan , mengesakan dan mencari keredhaaan Allah Taala. Kebanyakan agama hanya fokus kepada keharmonian rumah tangga dan masyarakat.namun setiap agama setuju sistem kekeluargaan adalah untuk menghasilkan generasi yang berkualiti sebagai pewaris muka bumi.
-KEAGAMAAN-
Tamadun india mengamalkan politheisme iaitu kepercayaan kepada lebih satu tuhan manakala tamadun Islam berikrar dengan kalimah syahadah iaitu tiada tuhan melainkan Allah dan nabi muhammad saw pesuruh Allah. Daripada kehidupan kepatuhan beragama lahir masyarakat yang bertamadun kerana semua agama mengajarkan penganutnya untuk berbuat baik dan mengharmonikan dunia.
SUMBANGAN MAHATMA GANDHI KEPADA MASYARAKAT INDIA
Nama Sebenar: Mohammad Karamchand Ghandhi
Gelaran : Mahatma (Jiwa yang besar)
Tarikh lahir dan tempat lahir: 2 Oktober 1869 di Ponbandar, India
Prinsip : Satyagraha iaitu perjuangan berdasarkan kebenaran dengan tidak menggunakan kekerasan.
Mahatma Ghandi merupakan tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan India.
Antara sumbangan Mahatma Ghandi kepada masyarakat India ialah beliau menentang sistem kasta di India kerana menindas golongan Sundra. Selain itu, beliau juga mengamalkan konsep kebebasan pendidikan. Menurut pandangan kasta, agama Hindu tidak membenarkan penduduk India keluar dari India kerana risau akan orang India membelakankan agama. Mahatma telah keluar dari India pergi ke London semata-mata ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang selain ingin mempelajari bahasa Inggeris dan bahasa Perancis. Bagi beliau, kebebasan pendidkan merupakan satu cabaran yang paling penting dalam membangkitkan pemikiran masyarakat India. Disamping itu, Mahatma juga menubuhkan pelbagai gerakan seperti Home rule. Home Rule ialah gerakan untuk memperjuangkan hak orang kulit hitam. Kemudian home rule merupakan salah satu usaha Mahatma agar British memberikan kemerdekaan kepada India. Beliau juga banyak menetang cukai-cukai yang telah dikenakan kepada rakyat oleh pemerintah. Mahatma memperjuangkan isu cukai kepala yang dikenakan terhadap orang india sebanyak tiga pound sterling bersamaan enam bulan gaji mereka. Mahatma juga menentang undang-undang garam yang dimonopoli golongan pemerintah. Gandhi mengajak rakyat ke laut membuat garam sendiri. Tindakan ini bertujuan memalukan kerajaan bahawa pemerintah tidak sepatutnya mengenakan cukai sewenang-wenangnya kerana membebankan rakyat terutamanya golongan miskin. Seterusnya , Ghandi melaksanakan gerakan swadesi. Swadesi bermaksud desa sendiri. Ghandi mendesak rakyat India untuk menghasilkan produk sendiri bagi memenuhi keperluan hidup tanpa kebergantungan kepada barangan British. Hasilnya, masyarakat Indiia amat menghargai hasil karya dan hasil kerja mereka sendiri dan tidak membeli langsung produk British sebagai tindakan memboikot barangan British. Akhir sekali, Ghandi juga menolak konsep komunilisme kerana beliau percaya bahawa semua Indian tidak kira mesti memperjuang kemerdekaan India tanpa mengira hindu atau pun Islam. Ghandhi sering berdoa agar masyarakat Hindu dan Islam bersatu. Kesimpulannya, sumbangan Mahatma Ghandhi sangat besar kepada masyarakat India.
SUMBANGAN MAHMUD GHAZNAWI KEPADA MASYARAKAT INDIA
Nama sebenar beliau ialah Mahmud
Beliau lebih terkenal sebagai Mahmud Ghaznawi iaitu mengambil nama pusat pemerintahan kerajaan Ghazna
Berketurunan sultan Alabtakin
Juga digelar sebagai Iskandar Islam kerana mempunyai semangat yang tidak luntur untuk meyebarkan kekuasaan Islam di India
Mahmud Ghaznawi telah memainkan peranan yang sangat besar dalam memartabatkan Islam di Benua Kecil India. Beliau merupakan tokoh yang penting dalam perkembangan kerajaan Ghazna.
Semasa perluasan kuasa, beliau serta ulama dari kerajaan Ghazna berdakwah kepada raja-raja hindu yang tewas.
Raja-raja hindu yang tewas memeluk islam selepas mendapati islam bukan agama yang zalim dan mengutamakan pembunuhan tetapi Islam adalah agama yang menyelamatkan manusiaa demi kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Rakyat mengikut jejak pemimpin mereka dengan memeluk Islam.
Selain itu, Mahmud Ghaznawi juga memperkembangkan ilmu dan kebudayaan Islam
Ilmu pengetahuan seperti falsafah, perubatan, sejarah, dan lain-lain lagi telah berkembang.
Kota Ghazna bukan sahaja menjadi kota pertahanan tetapi menjadi tempat berkumpulnya ahli-ahli ilmu, ulama-ulama Islam, ahli fekah, dan bahasa dan tasauf serta falsafah
Sekolah, masjid, perpustakaan dan sebuah universiti telah dibina di Ghazna. Professor –professor dibayar gaji, para sarjana juga dibayar pencen.
-Perbandingan doktrin kepercayaan india dan cara hidup serta kepercayaan Islam
-
Doktrin berpaksikan idea dharma (tanggungjawab. Karma merupakan doktrin asas dalam agama Hindu mempunyai persamaan dengan doktrin karma dalam agama Buddha yang berkaitan rapat dengan konsep re-inkarnasi (kelahiran semula atau penjelmaan semula). Karma merupakan konsep pembalasan setimpal terhadap usaha dan perlakuan manusia ”yang baik dibalas baik, yang jahat akan menerima balasan buruk”. Konsep re-inkarnasi dalam agama Hindu membawa maksud seseorang itu akan menjelma semula selepas kematiannya dalam bentuk manusia. Konsep ini berasal dari penjelmaan semula dewa-dewa Hindu. Dalam ajaran agama Hindu, kehidupan merupakan kesengsaraan dan kelahiran semula yang berulang-ulang mengundang kesengsaraan selagi mereka tidak mencapai mokhsya. Kelahiran semula yang berulang-ulang dan terus menerima kesengsaraan dikenali sebagi Samsara. Penganut Hindu mengharap terlepas dari rantaian reinkarnasi dengan mencapai tahap mokhsa. Cara untuk mencapai pembebasan mutlak dari lingkaran Samsara terdapat pada doktrin Aryasatyani yang disebut sebagai Empat Kebenaran Utama iaitu:
Hidup adalah penderitaan.
Penderitaan disebabkan keinginan memenuhi keperluan dunia.
Penderitaan dapat dihapuskan dengan menindas hasrat atau kehendak.
Cara menyingkirkan hasrat adalah melalui Astamarga atau Jalan Lapan Lapis.
Demikian juga teologi agama Hindu. Moniteisme dalam agama Hindu berasaskan kepada Trimurti iaitu menempatkan tiga dewa yang menjadi sembahan mereka, (A. Rahman Abdullah, 1989:25) iaitu:
Brahma - Dewa pencipta sebagai sumber kepada semua kewujudan.
Vishnu - Dewa pemelihara.
Siva - Dewa pemusnah
Pada asasnya, penganut Hindu mempercayai kewujudan satu Tuhan yang agung iaitu Brahma penyembahan terhadap Tuhan Yang Satu tidak dapat dipertahankan kerana agama Hindu membolehkan Tuhan digambarkan dalam pelbagai bentuk dan penjelmaan dewa sehingga melahirkan pelbagai bentuk patung sembahan. Malah ada yang berpendapat konsep ketuhanan dalam agama Hindu adalah bersifat Politeisme
Konsep ketuhanan dalam tamadun Islam adalah tauhid. Konsep tauhid dalam Islam berbeza dengan manoteisme dalam agama Hindu. Tauhid menekankan kepercayaan kepada Tuhan yang Maha Esa. Syirik adalah lawan kepada kepercayaan Tauhid dan ditolak oleh Islam. Dalam tamadun Islam, hak kebebasan beragama adalah terpelihara seperti tercatat dalam Perlembagaan Madinah. Perkhabaran ini disampaikan terus dari Allah SWT melalui firman-Nya yang bermaksud:
“Katakanlah: Dialah Allah Yang Esa. Allah tempat bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada satupun yang setanding dengan-Nya.” (al-Ikhlas: 1-3)
Konsep hidup selepas mati dalam Islam merupakan sebahagian daripada kepercayaan terhadap hari akhirat. Manusia akan diadili dan diperlihatkan segala amal semasa di dunia. Allah berfirman yang bermaksud:
”Barang siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar zarrah pun nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarrah pun nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula.”(al-Zalzalah: 7-8)
Pada masa ini segala perbuatan manusia yang baik akan dibalas baik seperti menikmati kehidupan syurga. Manakala yang durhaka kepada Allah SWT akan dibalas dengan keburukan seperti kesengsaraan hidup di neraka. Allah berfirman yang bermaksud:
”Sesungguhnya orang-orang kafir iaitu ahli kitab dan orang-orang musyrik (akan masuk) ke neraka Jahannam. Mereka kekal di dalamnya. Mereka itu adalah seburuk-buruk makhluk. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh, mereka itu adalah sebaik-baik makhluk. Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah syurga Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah reda terhadap mereka dan mereka pun reda kepada-Nya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepad Tuhannya.” (al-Bayyinah: 6 - 8).
Dalam aspek perbuatan manusia yang mengaitkan dosa dan pahala, Islam meletakkan konsep taubat kepada Allah SWT sebagai jalan pengampunan terhadap dosa-dosa yang telah dilakukan dengan syarat-syarat tertentu
|
|
|
Post by ustazah mahfuzah on Dec 16, 2015 10:06:08 GMT
Nama Kumpulan: Iman Mutiara
NURULHANNA BINTI IBRAHIM (2015664174)
NORLINA BINTI ISMAIL (2015418772)
SITI SARAH BINTI FAHMY HAZIM (2015428954)
NADIAH BINTI RAUF (20154285554)
NURUL HASANAH BINTI ZAINUL ARIFFIN (2015418714)
BICARA ILMU TAMADUN CHINA
-PANDANGAN SEMESTA DAN SISTEM NILAI MASYARAKAT DALAM TAMADUN CHINA-
Mayarakat Cina memuja nenek moyang dan Tian (langit). Mereka juga mengamalkan animisme iaitu pemujaan binatang, tanaman atau alam semula jadi. Masyarakat Cina lebih mementingkan aspek kepercayaaan yang boleh memberikan kesejahteraaan, kemakmuran, kebahagiaan dan kekayaan. Kebanyakan daripada mereka cenderung kepada konsep kebaikan dari segi moral dan akhlak manusia. Tumpuan terhadap pemahaman mengenai diri manusia sendiri lebih diutamakan dalam kepercayaan mereka berbanding konsep ketuhanan. Mereka bebas mengamalkan beberapa agama dan kepercayaan yang dirasakan boleh memberikan kesejahteraan dan kebahagiaan hidup selagi ianya tidak bercanggah dengan adat dan budaya mereka. Masyarakat Cina menggambarkan kewujudan tuhan mereka dalam bentuk dewa-dewi. Dewa-dewi mempunyai perwatakan manusia yang mencerminkan kepercayaan mereka iaitu mementingkan manusia berhubung dengan kebaikan dunia dan akhirat. Kebanyakan masyarakat cina tidak mempunyai konsep yang jelas tentang kewujudan tuhan yang satu seperti dalam ajaran Islam dan Kristian.
Masyarakat Cina juga mempercayai langit atau (tian) sebagai makhluk unggul yang menguasai nasib seseorang. Ianya juga membawa maksud prinsip tertinggi dalam alam semesta. ajaran seperti agama Buddha, Taoisme dan Konfusianisme menekan aspek etika dan moral. Konsep Ying dan Yang juga mempengaruhi pemikiran masyarakat Cina. Kedua-dua tersebut penting untukmencapai keseimbangan di antara langit dan bumi. masyarakat Cina mementingkan nilai-nilai mumi yang membentuk masyarakat agar hidup saling bantu-membantu dan bekerjasama tanpa mengira bangsa. Dalam ajaran Buddhisme pula mementingkan kesederhanaan dimana asas pengajarannya ialah penderitaan adalah berpunca daripada hawa nafsu. Hawa nafsu yang merupakan akar kepada pelbagai masalah manusia. Ianya dapat dihindarkan mengikuti lapan jalan yang betul atau jalan pertengahan. asas sistem keluarga yang memusatkan kuasa bapa tetap berkekalan dan berlanjutan sehingga ke hari ini
PERBEZAAN PANDANGAN SEMESTA DAN SISTEM MASYARAKAT TAMADUN CHINA DENGAN TAMADUN ISLAM
Dalam tamadun Islam sumber ajaran yang utama ialah Al-Quran dan As-sunnah. Akal, pengalaman hidup dan intuisi adalah sumber sokongan yang boleh diguna pakai sekiranya tidak bertentangan dengan sumber utamanya. Al-Quran dan As-sunnah akan menterjemahkan pandangan hidup dan sistem nilai baik atau buruknya, halal haram yang menjadi kepercayaan dan amalan dalam masyarakat dan pembinaan tamadun. Adanya wahyu tidak bermakna manusia berserah tanpa berusaha. Sebaliknya daripada semangat wahyu itulah memberikan manusia sifat energetik agar menggunakan segenap kudrat minda dan upaya untu membangunkan tamadun di atas muka bumi ini.
Konsep Tuhan dalam Islam berbeza dari semua agama budaya. Rukun iman itu jugalah merupakan world view setiap muslim. Amalan riba yang meskipun mendatangkan sedikit keuntungan kebendaan tetapi telah nyata ditegah oleh wahyu Tuhan lantaran lebih banyak menimbulkan penindasan dan melebarkan jurang sosial masyarakat. Pandangan tamadun Islam melihat kemajuan dan kebahagiaan dunia sebagai alat dan matlamat mencari keredaan Allah serta kesenangan hari akhirat.
KONFUSIANISME
Konfusianisme merupakan doktrin kenegaraan yang merangkumi aspek falsafah, keagamaan dan sosio-politik yang terdapat dalam pengajaran Konfusius (551-479 s.m).
Asas Konfusianisme dikatakan berasal daripada tulisan-tulisan klasik yang diterbitkan atas nama Konfusius
pengajaran utama Konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia, terutama mengenai perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li) dan ketaatan kepada ibubapa (xiao).
Oleh yang demikian, manusia dikatakan untuk mencapai 4 jenis sifat yang baik iaitu Perikemanusiaan (ren), Kewajaran (yi), Kesusilaan (li) dan Kearifan (zhi).
Menurut pandangan Konfusius, manusia mempunyai sifat semulajadi yang lebih kurang sama pada peringkat permulaan hayat.
Mensius menegaskan sifat semula jadi manusia baik ketika dilahirkan.
Xunzi menyatakan sifat semulajadi manusia adalah jahat.
Gaozi menyatakan sifat semulajadi manusia tidak baik dan tidak jahat.
Wulun merupakan 5 jenis hubungan order sosial dalam falsafah Konfusius iaitu raja dengan menteri,
ayah dengan anak, suami dengan isteri, abang dengan adik dan kawan dengan kawan.
DAOISME
Diasaskan oleh dua orang pemikir agung Cina : Lao Zi ( 604 SM ) dan Zhuang Zi ( 369 – 286 SM
Terbahagi kepada dua cabang utama iaitu Pemikiran falsafah Dao dan Aliran keagamaan Dao
Dao bermaksud “jalan” atau “lorong”.
Sebelum kedatangan falsafah Konfusius, Dao digunakan untuk Menunjukkan satu jalan , Cara kelakuan dan Tabiat ( Baik atau buruk )
Konsep Dao menurut Konfusius, merupakan konsep tatatertib moral yang mesti dipatuhi oleh seseorang individu atau sesuatu set peraturan etika yang mesti diikuti oleh seseorang individu.
Kitab Daodejing merupakan sebuah karya klasik mistik bagi aliran keagamaan Dao kerana ayatnya yang ringkas, penuh dengan konotasi terbuka kepada pelbagai tafsiran selain menerangkan mengenai aspek metafizik Dao.
MAOISME
Diasaskan oleh Mo Zi ( 479 SM – 381 SM ).
Konsep penting termasuk :-
I. Kasih sayang sejagat ( jian’ai)
II. Menyerah kepada nasib ( feiming )
III. Mengecam sikap suka berperang ( feigong )
IV. Mengutamakan golongan cerdik pandai ( shangxian )
Penegasan aliran ini kepada sikap mengejar kepentingan (gongli), menyebabkan pengikutnya menentang konsep mandat tuhan yang dikemukakan aliran Konfusianisme.
LEGALISME
Diasaskan oleh Han Fei dan dilaksanakan semasa China di bawah pemerintahan dinasti Qin.
Han Fei Zi telah menggabungkan 3 kaedah dalam sistem pemerintahan aliran Legalis iaitu Kuasa (Shi), Cara (Shu) dan Perundangan (Fa).
Legalisme mengutamakan pemikiran sosio-politik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyatnya.
Legalisme menyarankan pemerintahan berteraskan undang-undang adalah lebih baik daripada pemerintahan etika seperti yang disarankan aliran Konfusianisme.
Aliran ini telah mengasaskan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di negara China.
AJARAN ISLAM SERTA PENGARUH ISLAM KEPADA AJARAN TAMADUN CHINA
Agama Islam dibawa masuk dan diperkenalkan ke negara China melalui dua saluran jalan, pertama, melalui peranan pedagang Islam Arab dan Parsi yang mendarat di selatan China (mereka ini mendirikan masjid) iaitu di Guangzhou dan Quanzhou
kedua, melalui peranan pedagang Islam yang menggunakan Jalan Sutera melalui kawasan Parsi dan Afghanistan
Antara Tokoh Islam Cina ialah Wang Daiyu, Ma Zhu, Liu Zhi ,Ma Dexin ,Zheng He
Tokoh-tokoh ini bukan sahaja mempunyai kefahaman yang mendalam tentang ajaran Islam, tetapi juga pakar dalam klasik Cina.
Melalui usaha beberapa tokoh Islam Cina seperti Wang Daiyu (kkl580-1658), Ma Zhu (kk 1640-1711), Liu Zhi (kk 1660-1730) dan Ma Dexin (1794-1874), Dampak Islam menjadi semakin kuat Mereka juga menghasilkan beberapa karya dalam bahasa Cina serta terjemahan tentang agama Islam. Mereka bukan sahaja mempunyai kefahaman yang mendalam tentang ajaran Islam tetapi juga pakar dalam klasik Cina, khasnya klasik Konfusianisme.
Melalui penelitian terhadap hasil-hasil karya sarjana-sarjana tersebut, diperlihatkan beberapa ciri-ciri yang menonjol. Misalnya, demi membolehkan orang Cina memahami dan menenma agama Islam, Wang Daiyu menggunakan beberapa istilah atau konsep Konfusian seperti xiao (penghormatan terhadap ibu bapa), zhong (kesetiaan), shu (altruisme) dan sebagainya untuk menerangkan ajaran Islam. Liu Zhi pula menggunakan kata-kata Konfusius dan Mensius yang sesuai untuk menerangkan hukum syariah agama Islam, dan menganggap shangdi dalam klasik Konfusian seerti dengan Tuhan Yang Maha Esa dalam Islam. Kedua-dua mereka juga cuba mencantumkan konsep wugong (lima rukun) dalam Islam dengan konsep wude (lima sifat baik) dalam Konfusianisme untuk menunjukkan bahawa Islam dan Konfusianisme tidak bercanggah sama sekali tetapi sebaliknya adalah saling melengkapi. Usaha-usaha penyesuaian ini tidak menjejaskan prinsip-prinsip asas dan identiti Islam sebagai agama. Pada masa itu dan sehmgga kirn, agama Islam ditenma dengan baik di negara China. Rakyat China yang beragama Islam dianggarkan sejumlah 17 juta orang dan terdiri daripada 10 kaum. Kebanyakan penganut Islam berbangsa Cina ini terdapat di kawasan autonomi seperti Xinjiang, Ningxia dan beberapa wilayah lain di bahagian barat laut China.
Kesan pengaruh atau dampak Islam terhadap kebudayaan Cina dapat dibuktikan dari segi fizikal melalui reka bentuk masjid , dewan membaca Al-Quran dan tanah-tanah perkuburan di seluruh negara China
|
|
|
Post by sarah02 on Dec 20, 2015 16:22:16 GMT
SITI SYAHIRAH BINTI HUSIN 2015663856 SITI ZAINAB BINTI ABAS 2015429108 NUR HAZIQAH 'IFFAH BINTI RUSLI 2015666714 SARAH AMIRAH BINTI ADNAN 2015428556 NURUL SYAHIRAH ASMAA BINTI MOHD ZAIN 2015664182
BICARA TAMADUN TAMADUN INDIA
Persamaan Antara Tamadun India dan Tamadun Islam Pada zaman veda awal, kedudukan wanita sama dengan lelaki. Perkara yang sama turut berlaku dalam Tamadun Islam.Tamudun islam sentiasa mengangkat darjat wanita
Perbezaan Antara Tamadun India dan Tamadun Islam Pada zaman veda akhir, peranan wanita hanya tertumpu kepada hal perkahwinan . Kehidupan mereka dibezakan mengikut kasta ( Brahmin,vaisya,ksatriya dan sudra) .Manakala, dalam Tamudun Islam sentiasa mengangkat darjat wanita. Kehidupan dalam tamadun Islam tidak pernah dibezakan mengikut pangkat atau harta. Semua akan dilayan sama rata.
SUMBANGAN MAHATMA GANDHI
Sumbangan terpenting dan terbesar yang dilakukan oleh Ghandi dalam usaha menyemarakkan nasionalis dalam kalangan rakyat India ialah dengan menyatutupadukan orang Hindu dengan orang Islam. Beliau telah berjaya menarik kelompok Islam untuk menyertai Parti Kogres dengan memainkan sentiment umat Islam pada masa itu yang dikenali sebagai gerakan Khilafat. Gerakan Khilafat atau gerakan kekhalifahan adalah gerakan yang dilakukan oleh masyarakat Islam untuk menyelamatkan Sistem Kekhalifahan di Turki. Ghandi telah memainkan peranan dengan menyokong gerakan ini untuk penyatuan masyarakat Hindu-Islam untuk mendapatkan kemerdekaan India. Peluang pertama untuk beliau memainkan peranan penting dalam gerakan ini timbul apabila diadakan Persidangan Muslim Seluruh India di Lucknow pada 21 September 1920. Beliau telah melahirkan sokongan keatas gerakan ini dan memohon masyarakat Hindu turut menyokongnya dengan mengadakan puasa,mogok, sembahyang dan dengan itu dapat mengeratkan hubungan antara umat Islam dan Hindu bagi memperjuangankan kemerdekaan India. Namun gerakan ini telah dibubarkan apabila Khalifah Uthmaniyyah telah jatuh ke tangan Kamal Attartuk.
Walaupun Mahatma Ghandi memboikot British namun beliau beberapa kali mengistiharkan bahawa beliau setia dengan kerajaan British sehingga diberi gelaran Kaiser-I-Hind oleh British pada tahun 1915. Namun sebagai bukti persahabatan antara masyarakat Hindu dan Islam, Ghandi telah berjuang untuk membebaskan Ali bersaudara yang ditahan oleh pihak British kerana menjalankan gerakan Khalifat. Beliau member jaminan kepada Liga Muslim bahawa masyarakat Hindu bersama liga tersebut untuk memperjuangkan kebebasan Ali bersaudara. Walaupun gerakan ini tidak berjaya, namun Ghandi amat konsisten untuk menyatupadukan masyarakat Islam dan Hindu sehingga beliau dituduh oleh orang Hindu sebagai lebih simpati kepada orang Islam dan orang Islam menuduh beliau sebagai tidak konsisten dalam memperjuangkan penyatupaduan masyarakat apabila beliau dipengaruhi oleh golongan ekstrim Hindu seperti Malaviya dan Lajpat Rai. Walaupun pada hakikatnya beliau tidak mahu memperjuangkan kemerdekaan jika kelompok Islam dan Hindu tidak mahu bersatu. Ini dinyatakan dalam surat beliau kepada Muhammad Ali pada 18 November 1918. Menurut beliau, pemerintahan sendiri hanya akan dapat dicapai jika umat Islam dan Hindu bersatu dan mencurahkan segala tenaga untuk mewujudkan perpaduan yang kekal.Gerakan Khalifat telah menghargai sokongan yang diberikan oleh Ghandi keatas mereka.Gerakan Khilafat ini disertai oleh orang Islam dan Hindu sehingga gerakan ini sudah menjadi satu gerakan pada peringkat nasional bukan lagi gerakan yang dilakukan oleh orang Islam sahaja. Walaupun Mahatma Ghandi memberi sokongan sepenuhnya pada perjuangan ini pada mulanya namun beliau telah menarik balik sokongan itu selepas berlakunya peperangan antara Afghanistan-British dan kebangkitan Moplah pada 1921.
Memimpin Kogres kebangsaan India yang melibatkan orang Islam, Hindu dan juga Buddha. Mahatma Ghandi telah menjadi pemimpin Parti Kogress Nasional India ( INC) dari tahun 1920-1939. Mahatma Ghandi menjadi presiden parti hasil sokongan daripada orang Gujerat, wilayah-wilayah bersekutu dan juga daripada Punjab. Semasa beliau menjadi pengerusi parti, beliau telah berjaya menarik golongan rakyat termasuklah golongan Hufcaste untuk terlibat dalam politik sehingga berlaku perkembangan politik yang pesat di India sekitar tahun 1920-an hingga 1940-an. Idea yang dikemukan oleh Ghandi telah diterima oleh INC seperti Syatayagraha dan Swadeshi. Gesaan yang dilakukan oleh Ghandi telah menyebabkan British bertindak dengan menangkap dan memenjarakan ahli INC.
Agenda yang dikemukan oleh Ghandi ini terpaksa dibatalkan apabila berlaku sengketa agama antara masyarakat Islam dan Hindu dimana masyarakat Islam Moplah telah melancarkan jihad menentang penjajah Inggeris dan tuan tanah Hindu dan dibalas pula oleh orang Hindu yang diketuai oleh Arya Samaj. Peristiwa ini telah menyebabkan Ghandi menarik sokongan beliau kepada Gerakan Khalifat. Ghandi telah menggunakan simbol mesin tenunan yang menandakan keinginan beliau untuk mendekatkan golongan atasan dengan golongan bawahan. Beliau turut memperjuangan hak golongan bawahan seperti Harijan iaitu golongan yang tidak boleh disentuh yang mana menurut beliau sebagai ketidakadilan sosial.
SUMBANGAN MAHMUD GHAZNI
Kedatangan Mahmud al-Ghaznawi dilihat lebih memberi makna dan impak yang mendalam terhadap perkembangan Islam di India. Beliau mempuyai peranan yang besar dalam menyebarkan syiar Islam di India. Mahmud telah meneruskan kesinambungan kerajaan Ghazni yang telah diambilalih pemerintahan oleh beliau. Selain itu, beliau juga turut menjalankan dasar perluasan kuasa. Beliau juga telah memperluaskan pengaruh Islam di Benua Kecil India. Dalam masa pemerintahan Mahmud ini juga, perkembangan ilmu pengatahuan dan kebudayaan Islam telah berkembang dengan jayanya.
Meneruskan kegemilangan Kerajaan Sabaktigin
Mahmud telah memainkan peranan dalam meneruskan kegemilangan kerajaan Sabuktigin. Belau telah mengukuhkan lagi penguasaan kerajaan yang pernah dipimpin oleh ayahandanya iaitu Sabuktigin. Mahmud telah mewarisi takhta yang ditinggalkan oleh bapa beliau.Selepas kematian Sabuktigin, telah berlaku perebutan kuasa diantara anak-anaknya iaitu Mahmud dengan adiknya, Ismail. Walaubagaimanapun, Mahmud telah berjaya memperoleh kuasa dan menawan adiknya. Mahmud juga digelar sebagai Iskandar Islam kerana mempunyai semangat yang tidak luntur untuk menyebarkan kekuasaan Islam di India. Beliau telah memulakan ekspedisi dan penaklukan pada tahun 1005 Masihi. Pada masa awal-awal pemerintahan beliau, beliau telah menggerakkan pemerintahanya untuk mengukuhkan kuasa kerajaan Ghazni. Beliau telah menyerang Bukhara kerana keengganan kerajaan Sammaniyah mengiktiraf kedudukan beliau sebagai pemerintah kerajaan Ghazni. Beliau telah berjaya menguasai seluruh Khurasan. Kejayaan mhmud menawan Khurasan ini telah menyebabkan Khalifah Abbasiyah di Baghdad mengiktiraf beliau sebagai pemerintah yang berkuasa di Khirasan dan kawasan timurnya. Baginda juga telah dianugerahkan gelaran Sultan.
Disamping memberi pengiktirafan kepada kekuasaan Ghaznawi di Khurasan, Khalifah al-Qadir (991-1031 M), khalifah Abbasiyah ketika itu meminta Mahmud supaya ridak memperluaskan kuasanya ke sebelah barat, ke kawasan pemerintahan bani Buaihiyah. Akan tetapi permintaan beliau tidak diambil peduli oleh Mahmud. Beliau dan tenteranya telah menuju ke barat dan menawan wilayah-wilayah di Parsi hingga ke sempadan Iraq. Baginda juga telah memasuki Hira’at dan Baluchistan.
Usaha menawan kawasan daripada barat hingga ke sempadan Iraq ini amatlah perlu dalam usaha pengukuhan beliau sebagai pemerintah kerajaan Ghazni yang baru. Pengiktirafan daripada pemerintah-pemerintah kerajaan Islam yang lain amat perlu untuk beliau menjalankan tugas sebagai peerintah. Selain itu, beliau sebagai pewaris kerajaan pimpinan ayahandanya iaitu Sabuktigin perlu untuk memperluaskan pengaruh kawasan jajahan. Ini sekaligus dapat meneruskan dan menyambung kegemilangan kerajaan Sabaktigin.
DOKTRIN KEPERCAYAAN MASYARAKAT INDIA DAN PERBEZAANNYA DENGAN ISLAM.
1)SISTEM KEKELUARGAAN
MASYARAKAT INDIA Dalam masyarakat India, sistem keluarga yang biasa diamalkan ialah keluarga bersama (joint-family). Keluarga bersama dibentuk oleh keanggotaan semua anggota lelaki yang seketurunan, isteri-isteri serta anak-anak mercka yang masih belum berkahwin. Anak perempuan yang sudah berkahwin akan menjadi anggota keluarga suaminya dan bilangan anggota keluarga bersama adalah tidak terhad. MASYARAKAT ISLAM Di antara dasar-dasar yang menjadi tapak tegaknya mesyarakat Islam ialah sistem kekeluargaan. Kekeluargaan adalah asas dan sumber kekuatan masyarakat. Ini kerana masyarakat ini terdiri dari unit-unit keluarga. Menurut Dr. Abdul karin Zaidan keluarga umpama sel-sel yang membentuk tubuh. Jika keluarga baik, nescaya masyarakat pun akan menjadi baik, sebaliknya jika keluarga itu rosak maka masyarakat seluruhnya akan menjadi rosak.
2)ASPEK KETUHANAN
MASYARAKAT INDIA Buddha tidak mengajar mengenai hal-hal ketuhanan, metafizika atau suatu falsafah kerana beliau sendiri tidak menggalakkan falsafah. Sebaliknya, ajaran Buddha merupakan ajaran-ajaran psikologi dan etika yang berhubung kait dengan kehidupan. Ajaran-ajaran metafizika dalam Buddhisme adalah tambahan (Ahhidhamma) kemudian kepada ajaran asal Buddha (Dhamma).
MASYARAKAT ISLAM Pokok ajaran Islam ada 3, yaitu: Iman, Islam dan Ihsan. Iman adalah keyakinan kita pada 6 rukun iman. Islam adalah pokok-pokok ibadah yang wajib kita kerjakan. Ada pun Ihsan adalah cara mendekatkan diri kita kepada Allah. Tanpa iman semua amal perbuatan baik kita akan sia-sia. Tidak ada pahalanya di akhirat nanti. rukun Islam terdiri dari 5 perkara. Barang siapa yang tidak mengerjakannya maka Islamnya tidak benar karena rukunnya tidak sempurna. Ihsan adalah cara agar kita bisa khusyuk dalam beribadah kepada Allah. Kita beribadah seolah-olah kita melihat Allah. Jika tidak bisa, kita harus yakin bahwa Allah SWT yang Maha Melihat selalu melihat kita. Ihsan ini harus kita terapkan dalam kehidupan sehari-hari sehingga jika kita berbuat baik, maka perbuatan itu selalu kita niatkan untuk Allah. Sebaliknya jika terbersit niat kita untuk berbuat keburukan, kita tidak mengerjakannya karena Ihsan tadi.
|
|
|
Post by sarah02 on Dec 20, 2015 16:27:23 GMT
SITI SYAHIRAH BINTI HUSIN 2015663856 SITI ZAINAB BINTI ABAS 2015429108 NUR HAZIQAH 'IFFAH BINTI RUSLI 2015666714 SARAH AMIRAH BINTI ADNAN 2015428556 NURUL SYAHIRAH ASMAA BINTI MOHD ZAIN 2015664182
BICARA TAMADUN TAMADUN CHINA
PANDANGAN SEMESTA DAN SISTEM NILAI MASYARAKAT DALAM TAMADUN CHINA
Masyarakat Cina amat menghormati dewa-dewa dan hubungan dengan manusia. Dengan cara ini, masyarakat Cina percaya bahawa pmerintahan beraja, kehidupan harian dan keseimbangan alam akan wujud hasil kebenaran dan restu daripada dewa. Salah satu daripada kepercayaan yang melibatkan alam semesta dalam masyarakat Cina, ialah Tian.Tian dirujuk kepada langit dan ketinggian. Tian dilihat sebagai pemrintah dunia (mrujuk kepada Maharaja Tertinggi dalam empayar Tian. Tian juga dimaksudkan dengan nasib seseorang yang menumpu perhatian kepada konsep Yin dan Yang. Malahan, Tian, boleh dirujuk sebagai prinsip moral. Konsep kedua mengaitkan alam semesta ialah Di/Ti. Konsep ini pula merujuk kepada bumi. Jika digabungkan Tian dan Di, maka lahirlah konsep alam fizikal. Merujuk teori Yin dan Yang, Tian dirujuk kepada penciptaan makhluk dan akan bertindak untuk menjaga dan memeliharanya. Manakala, Di boleh dimaksudkan sebagai Shangdi, makhluk yang unggul, dewa tertinggi yang menguasai dewa-dewa lain. Dari segi nilai, Kung Fu-Tze menganggap Dao sebagai hokum moral yang perlu dipatuhi oleh seseorang. Dao yang dimaksudkan ialah sesuatu yang dapat menjamin kebahagiaan dan kebaikan kepada rakyat keseluruhannya. Mereka berpegang untuk tidak sesekali mengambil kekerasan sebagai penyelesaian masalah, malahan mengamalkan sikap toleransi bagi menghadapi sesuatu masalah. Di samping itu, mereka banyak bergantung kepada falsafah Taoisme iaitu Yin dan Yang yang menitikberatkan tentang kepentingan saling melengkapi dan memerlukan antara satu sama lain bagi mencapai keseimbangan untuk setiap perkara yang berlawanan.
PERBEZAAN PANDANGAN SEMESTA DAN SISTEM NILAI MASYARAKAT TAMADUN CHINA DENGAN TAMADUN ISLAM
Masyarakat Islam tidak sesekali menyembah sebarang elemen alam semesta mahupun dewa. Hal ini adalah kerana seseorang umat Islam wajib menyembah hanya kepada Sang Pencipta iaitu Allah SWT. Alam semesta, segala makhluk yanh hidup di dalamnya semuanya bersifat fanaa iaitu hancur atau tidak kekal berbeza sekali dengan sifat Allah SWT yang bersifat baqa’ iaitu kekal. Maka tidak sama sekali layak bagi sesiapa ataupun apa-apa untuk mengaku kekuasaannya melainkan Allah SWT. Tamadun Islam terbina atas asas pengabdian diri kepada Allah SWT. Sebagai sebuah tamadun yang dibina berasaskan nilai-nilai pengabdian diri dan ketakwaan, maka sumber utama tamadun Islam ialah wahyu Allah SWT itu sendiri, iaitu al-Quran dan sunah. Selain itu, ijtihad para ulama mujtahiddin diiktiraf sebagai sumber dalam menyelesaikan permasalahan semasa ummah sekiranya adanya perkara-perkara yang tidak disebut al-Quran dan sunah. Jika merujuk kepada system nilai, ,matlamat utama tamadun Islam adalah untuk memperoleh kebaikan dan kesejahteraan dalam kehidupan di dunia dan juga mencapai keselamatan serta kebahagiaan hidup yang hakiki di akhirat. Maka mereka hendaklah menjalankan amanah iaitu berusaha berusaha bersungguh-sungguh melaksanakan kewajipan amar makruf, nahi mungkar (mengajak ke arah kebaikan, mencegah kemungkaran). Mereka hendaklah melaksanakan tugas khalifah di bumi ini dengan mengikut panduan Allah SWT dan sentiasa bertakwa kepada-Nya. Kehidupan sebegini akan menyuburkan nilai-nilai kemanusiaan insan seperti sifat kasih sayang, cinta akan kedamaian, menghormati kemuliaan insan dan lain-lain.
PERBANDINGAN ANTARA KONFUSIANISME, MAOISME, DAOISME, LEGALISME
Konfusianisme , diasaskan oleh Kong Fu Tze yang lahir di negara China pada tahun 551 S.M. Konfucius banyak menulis buku-buku moral , sejarah , kesusasteraan dan falsafah yang banyak diikuti oleh penganut ajaran ini. Antara ajaran Konfucius ialah amat mementingkan akhlak yang mulia dengan menjaga hubungan antara manusia di langit dengan manusia di bumi dengan baik. Selain itu , penganutnya diajar supaya tetap mengingati nenek moyang sseolah-olah roh mereka hadir di dunia ini. Seterusnya , merupakan susunan falsafah dan etika yang mengajar bagaimana manusia bertingkah laku.
Maoisme diasaskan oleh Mo Zi. Konsep yang penting dalam pe,ikiran aliran ini termasukaspek kasih sayang sejagat , mengecam sikap suka berperang dan menyerah kepada nasib serta mengutamakan golongan cerdik pandai.
Daoisme diasaskan oleh dua orang pemikir iaitu Lao Zi dan Zhuang Zi. Wuwei bermaksud melakukan perbuatan secara spontan dan tanpa sebarang usaha, Kitab Daodejing merupakan sebuah karya klasik mistik bagi aliran keagamaan Dao kerana ayatnya yang ringkas,penuh dengan konotasi terbuka pelbagai tafsiran selain menerangkan mengenai aspek metafizik Dao.
Legalisme lebih menekankan undang-undang(fa), autoriti(shih) , dan kaedah atau “tataurus negara”(shu). Selain itu , mengutamakan pemikiran sosiopolitik dan kekuasaan pemerintah. Pemerintahan legalisme adalah berdasarkan perundangan.
PENGARUH ISLAM KEPADA AJARAN-AJARAN YANG DIAMALKAN TAMADUN CINA
Pengaruh islam terhadap empat ajaran tersebut ialah semua kepercayaan di atas adalah berbeza dengan agama islam kerana ia dilahirkan daripada permikiran manusia, kerana kepercayaan penganut agama islam berdasarkan al-quran dan as-sunnah. Pengaruh agama islam terhadap empat ajaran tersebut lebih kepada nilai-nilai murni dan kehidupan berbanding perkara ketuhanan dan perkara ghaib.
|
|