alaa
New Member
Posts: 8
|
Post by alaa on Dec 23, 2015 12:07:17 GMT
NUR ALAA’ NASUHA ABD. AZIZ
2015441344
DS240
GROUP B
BICARA TAMADUN INDIA
1. Aspek –aspek persamaan dan perbezaan budaya tamadun India dan tamadun Islam.
Persamaan:
• Menitikberatkan kepentingan institusi kekeluargaan. Kedua-dua tamadun menekankan pembinaan nilai dan etika.
• Beradab dengan alam dengan menjaga dan memelihara dengan baik kerana itu adalah tanggungjawab mereka sebagai manusia. Bagi masyarakat primitif pula, mereka memelihara alam sekitar kerana percaya setiap benda yang terdapat di dunia ini mempunyai semangat dan harus dijaga dengan baik.
• Perpaduan kemasyarakatan di mana harus menyediakan kebajikan dan memberi sokongan sama ada berbentuk moral atau fizikal.
• Menekankan pembangunan peribadi dan akhlak yang baik. Setiap agama dalam tamadun masing-masing menggalakkan penganutnya untuk berakhlak mulia untuk kebahagiaan yang hakiki.
• Menjalankan kegiatan perdagangan untuk pembangunan tamadun. Kedua-dua tamadun pesat membangun kerana kegiatan ekonomi yang dijalankan. Malah ekonomi sara diri juga giat dijalankan bagi menampung kehidupan masing-masing dengan skala yang kecil.
• Kemudahan tempat beribadat. Bagi tamadun India, penyediaan tempat beribadat ialah seperti kuil manakala tamadun Islam pula ialah masjid. Kemudahan ini disediakan dalam kedua-dua tamadun kerana galakan untuk beribadat serta menuntut ilmu.
Perbezaan:
• Dari segi kepercayaan, masyarakat tamadun Islam berpegang pada kewujudan tuhan yang satu manakala masyarakat tamadun India berpegang pada lebih dari satu tuhan iaitu dewa. Malah ada juga yang percaya pada kuasa alam.
• Islam menitikberatkan soal halal haram dalam pemakanan. Hal ini berbeza dengan masyarakat tamadun India yang tidak melibatkan soal halal haram dalam pemakanan. • Tamadun India mengamalkan sistem kasta manakala tamadun Islam meletakkan status manusia adalah sama sahaja tanpa mengira pangkat, harta dan sebagainya. Hal ini kerana Allah SWT tidak menilai keimanan seseorang berdasarkan pangkatnya tetapi berdasarkan amalannya di dunia.
2. Sumbangan Mahatma Ghandi dan Mahmud Ghazni kepada masyarakat India.
Mahatma Ghandi:
Mahatma Ghandi telah berjuang tanpa menggunakan kekerasan. Konsep ini dikenali sebagai konsep Sathyagraha. Hal ini telah menyebabkan British terpaksa akur dengan golongan yang berjuang tanpa menggunakan senjata. Beliau mendorong masyarakat India untuk menjalankan program “non-kooperasi ( tidak berkerjasama ) total”. Program ini menyeru masyarakat India untuk tidak menyokong apa-apa perkara yang dilakukan oleh pihak British. Sebagai contoh, dengan tidak menyertai jawatan yang diberi oleh Inggeris. Selain itu, memboikot bahasa Inggeris, sistem perundangan Inggeris,barang-barang yang berkaitan Inggeris termasuklah tekstil. Dasar ini turut disokong oleh pemimpin Islam seperti Muhammad Iqbal. Sumbangannya yang terbesar adalah menyatutupadukan orang Hindu dengan orang Islam. Beliau telah berjaya menarik kelompok Islam untuk menyertai Parti Kongres dengan memainkan sentiment umat Islam pada masa itu yang dikenali sebagai gerakan Khilafat. Gerakan Khilafat atau gerakan kekhalifahan adalah gerakan yang dilakukan oleh masyarakat Islam untuk menyelamatkan Sistem Kekhalifahan di Turki. Beliau memainkan peranan dengan menyokong gerakan ini untuk penyatuan masyarakat Hindu-Islam untuk mendapatkan kemerdekaan India. Sumbangannya yang lain ialah beliau yang mencetuskan perjuangan menyokong para petani di Bihar menentang tuan tanah British pada 1917. Malah beliau juga telah mengasaskan doktrin Jainisme,Buddhanisme dan Hindunisme mengenai Ahisma. Ghandi juga telah menukar cara kehidupannya dari segi makanan,pakaian dan menubuhkan Ashram. Tambahan lagi, beliau telah mengistiharkan pemerintahan sendiri pada tahun 1920 dan menjalankan beberapa kempen Satyagraha sehingga India mencapai kemerdekaan pada 1947.
Mahmud Ghazni:
Salah satu sumbangan Mahmud Ghazni ialah gelaran Sultan telah digunakan buat pertama kalinya dalam kerajaan Islam di India. Gelaran raja yang digunakan sebelum ini yang diambil daripada kerajaan Hindu telah dilupuskan. Proses Islamisasi di India mengambil masa yang agak panjang iaitu hampir tiga abad antara masa kedatangan Muhammad al-Qasim ke India dan zaman Mahmud Al-Ghaznawi. Ini kerana tiga abad kemudianya selepas kedatangan Muhamad al-Qasim, barulah Islam berjaya menapak dengan kedudukan yang kukuh dan telah mencapai perkembangan yang pesat di India. Mahmud Ghazni memainkan peranan yang besar dalam penyebaran syiar Islam di India. Selain itu, beliau juga turut menjalankan dasar perluasan kuasa. Beliau telah Berjaya meluaskan pengaruh Islam di Benua Kecil India. Semasa pemerintahannya, ilmu pengetahuan berkembang pesat. Beliau juga telah mengukuhkan penguasaan kerajaan yang pernah dipimpin oleh ayahandanya iaitu Sabuktigin. Kerana semangatnya yang jitu menyebarkan kekuasaan Islam di India, beliau digelar sebagai Iskandar Islam. Beliau telah berjaya menguasai seluruh Khurasan. Malah khalifah Abbasiyah juga telah mengiktiraf kekuasaan beliau di Khirasan dan kawasan timur. Telah berlaku perkembangan dalam ilmu pengetahuan seperti falsafah, perubatan, sastera, sejarah dan lain-lain semasa pemerintahan beliau. Yang paling terkesan sekali sumbangan beliau ialah kota Ghazna telah mencapai kemajuan yang tertinggi dalam bidang ilmu dan kebudayaan berbanding kerajaan Islam yang lain. Terdapat banyak kemudahan di kota Ghazna seperti masjid, perpustakaan malah sebuah universiti telah berjaya didirikan dengan kelengkapan seperti perpustakaan yang luas, muzium serta professor yang dibayar gaji. Para sarjana juga telah dibayar gaji pencen.
3. Doktrin kepercayaan masyarakat India dan perbandingan tentang cara hidup dan kepercayaan Islam.
India:
Doktrin karma iaitu konsep pembalasan setimpal terhadap perlakuan manusia. Mereka percaya tindakan-tindakan dalam kehidupan dahulu akan menentukan kehidupan akan datang. Mereka percaya bahawa terdapat tiga jalan bagi mencapai kesempurnaan iaitu melaui Karma Yoga, Bhakti Yoga dan Jnana Yoga. Karma Yoga bermaksud aktiviti mengasingkan diri atau membuat jasa kepada masyarakat. Bhakti Yoga pula memilih jalan berbuat kebajikan dan kebaikan sebanyak mungkin. Dan Jnana Yoga didefinisikan sebagai penggunaan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan serta mengamalkan tatatertib agama yang sangat ketat.
Islam:
Orang Islam beriman kepada Qada’ dan Qadar. Qada’ ialah perkara yang diputuskan oleh Allah SWT terhadap segala makhluknya sama ada dari sudut menciptakannya, menidakannya, atau mengubahnya. Qadar pula bermaksud perkara yang telah ditetapkan kadarnya oleh Allah SWT semenjak azali, supaya terjadi mengikut ilmu-Nya yang mendahului setiap perkara. Islam juga percaya Allah SWT ialah tuhan yang esa. Konsep Qada’ dan Qadar hampir sama dengan doktrin karma tetapi meletakkan Allah SWT sebagai penentunya. Malah Allah SWTsentiasa memberi peluang kepada manusia untuk bertaubat.
|
|
|
Post by aisyahnabila on Dec 24, 2015 15:26:49 GMT
A'ISYAH NABILA BINTI UZAIMI 2015441298 DS240
[Aspek-aspek persamaan dan perbezaan budaya dalam tamadun India dan Islam]
Persamaan antara tamadun India dan Islam adalah kepercayaan kepada Tuhan. Tamadun India dan Islam mempunyai agama masing-masing yang mereka percaya sebagai petunjuk dalam kehidupan. Selain itu, kedua-dua tamadun ini juga mengamalkan budaya perkahwinan.
Perbezaan tamadun India dan Islam pula adalah konsep ketuhanan. Tamadun India mempercayai banyak tuhan dan mereka memuja unsur-unsur alam untuk perlindungan manakala masyarakat tamadun Islam hanya menyembah dan berlindung kepada Tuhan yang satu, Allah. Selain itu, tamadun India mempunyai sistem kasta yang membezakan golongan atasan dan bawahan manakala dalam tamadun Islam, semua manusia adalah sama disisi Tuhan. Akhir sekali, tamadun India mempunyai system kekeluargaan iaitu Brahmacarya, Grahasta, Vanaprasta dan Sannyasa dimana pada peringkat Vanaprasta dan Sannyasa baru ditekankan konsep kerohanian, menolak kehidupan duniawi, tidak mengutamakan hawa nafsu dan lebih cenderung kepada kehidupan suci dan kesempurnaan sejati. Manakala dalam tamadun Islam, unsur kerohanian dan ketuhanan menjadi perkara utama dan diajar untuk diterapkan dalam diri sejak kecil lagi seiring dengan perkara duniawi.
[Sumbangan Mahatma Ghandi dan Mahmud Ghazni kepada masyarakat India]
Antara sumbangan Mahatma Gandhi ialah beliau telah membentuk sebuah gerakan bukan kekerasan untuk menentang diskriminasi warna kulit di Maritzburg, ibu negeri Natal yang berkonsepkan Sathyagraha- Kartel 1919. Pergerakan di Afrika Selatan tersebut membuka jalan bagi pergerakan memperjuangkan kemerdekaan India. Beliau bahkan telah mengambil peranan dalam perang Zulu di Afrika. Pada tahun 1915, beliau pulang ke India dan menubuhkan beberapa pergerakan untuk memperjuangkan kemerdekaan India. Mahatma Gandhi menjalankan konsep tanpa kekerasaan dan perdamaian sebagai “senjata” untuk melakukan pergerakan terhadap Inggeris. Beliau sering mengatakan bahawa nilai-nilai ajarannya sangat sederhana yang berdasarkan kepercayaan hindu tradisional,kebenaran (satya) dan bukan kekerasan(ahisma). Beliau percaya bahawa manusia tak kira agama harus mempunyai hak yang sama dan hidup bersama secara damai di dalam satu negara. Selain itu, Mahatma Gandhi juga telah memberi sumbangan dalam proses kemerdekaan India dari jajahan British. Beliau membantucdalam proses kemerdekaan India dari jajahan British, hal ini memberikan inspirasi bagi rakyat di koloni-koloni lainnya agar berjuang mendapatkan kemerdekaannya.cDi samping itu, beliau menyebarkan Dharmaselama empat puluh lima tahun lamanya kepada umat manusia dengan penuh cinta dan kasihcsayang. Beliau mengikrarkan empat prasetya yang berdasarkan cinta dan kasih sayang yangctidak terbatas. Antaranya ialah berusaha menolong semua makhluk, menolak semua keinginan nafsu keduniaan, mempelajari,menghayati dan mengamalkan serta berusaha mencapai pencerahan sempurna. Karya Mahatma Gandhi tidak dilupakan oleh generasi berikutnya.Cucunya, Arun Gandhi dan Rajmohan Gandhi dan bahkan anak cucunya, Tushar Gandhi,adalah aktivis-aktivis sosio-politik yang terlibat dalam mempromosikan gerakan bukan-kekerasan di seluruh dunia.
Mahmud Ghazni merupakan seorang pemerintah yang gagah, ketua tentera yang cekap dan juga seorang penaung sastera. Beliau telah menyerang bandar-bandar berkuil seperti Thanesar, Kanaauj, Mathura dan Berjaya menguasainya. Penaklukan Punjab oleh beliau telah melumpuhkan susun lapis masyarakat Hindu di India hingga ke Sungai Jamuna di timur, dan kekuasaannya meluas hingga ke Himalaya di utara. Beliau juga telah Berjaya menawan Somanthapuran.
[Doktrin kepercayaan masyarakat India dengan membuat perbandingan tentang cara hidup dan kepercayaan Islam]
Salah satu contoh doktrin kepercayaan masyarakat India ialah doktrin Buddhisme. Ajaran Buddha tidak mengajarkan hal-hal ketuhanan dan metafizik, sebaliknya ajaran ini merupakan ajaran psikologi dan etika yang berkaitan dengan kehidupan. Ini berbeza dengan kepercayaan Islam yang menitik beratkan soal ketuhanan sekaligus menekankan hal-hal etika dan akhlak.
|
|
farah
New Member
Posts: 6
|
Post by farah on Dec 25, 2015 15:13:33 GMT
FARAH FARHANA BINTI RIUSLE 2015215722 GROUP B Persamaan antara tamadun India dan Islam Konsep percaya akan Tuhan. Mempercayai kehidupan selepas mati Perbezaan antara tamadun India dan Islam • India juga sebelum berkahwin, mereka akan merisik, meminang dan bertunang, sama seperti Melayu. Tetapi, niat mereka lakukan perkara itu adalah berbeza.
• India = cara merisik melalui pertanyaan saudara/rakan
• Melayu= cara merisik dengan ‘meninjau’
• India = meminang untuk mengeratkan hubung kekeluargaan
• Melayu = meminang untuk menyatakan tujuan utama mereka.
• India = adat bertunang, hantaran hanya dilakukan oleh cumanggali sahaja.
• Melayu = hantaran agak unik untuk bertunang.
SUMBANGAN MAHATMA GHANDI
-mengembangkantindakanbarusatyagraha (kuasakebenaran)
-menyokongpetanidenganmenentangtuantanah British
-mengisytiharkanpemerintahansendiridanmenjalankankempensatyagrahasehinggan India mencapaikemerdekaan.
-Definisibarubagikuasa, iaitukepimpinantanpapejabatdanautorititanpapaksa.
SUMBANGAN MAHMUD GHAZNI
Mahmud Ghaznimerupakanseorangpemerintah yang gagah, ketuatentera yang paling cekappadazamannyadanjugamerupakanpenaungsastera.
Antaratahun 1008 hingga 1026, Mahmud Ghaznimenyerangbandar-bandarberkuilsepertiThanesar, Kanaauj, Mathura danberjayamenguasainya.Penaklujan Punjab oleh Mahmud Ghaznitelahmelumpuhkansusun lapis masyarakat Hindu di India hinggake Sungai Jamuna di timur, manakala di utara, kekuasaanyameluassehingga de pergunungan Himalaya.
Lebihkurangpadatahun 1024M, Mahmud GhaznitelahmenyerangSomanathapuransertaberjayamenawannya.Padatahun 1193M, Delhi menjadiibukotaindiabagiDinastiGhorimenjadikanhampirkeseluruhan India Utara di bawahkekuasaan Islam.
DOKTRIN KEPERCAYAAN MASYARAKAT INDIA
Mempercayaidoktrin karma supayadapatmeletakkan rasa bertanggungjawabuntukberbuatbaikkeranapercayabuatbaikdibalasbaikdansebaliknya.
Terbahagikepadaduaiaitu papa karma danpunya karma.
MASYARAKAT ISLAM
Sentiasaberbuatbaikkeranaakakdibalasbaiksamada di duniamahupun di akhirat.
Mendapatpahalaapabilaberbuatbaikdanmendapatdosaapabiaberbuatjahat.
Kebaikandankejahatan yangtidakdibalas di duniaakandibalas di akhirat
|
|
|
Post by elhuda on Dec 25, 2015 15:33:38 GMT
NUR AL HUDA BINTI MANSUR (2015230028) GROUP A (DS240)
1. Aspek –aspek persamaan dan perbezaan budaya yang terdapat di slaid sebelumnya ?
Persamaan:
Tamadun India dan Islam mengamalkan konsep ketuhanan dan kedua duanya mempunyai doktrin dan amalan tertentu dalam agama yang perlu dilaksanakan oleh pengikutnya. Tamadun tamadun ini juga mempunyai pesamaan dari segi hidup selepas mati dan balasan pada hari akhirat. Begitu juga konsep syurga, neraka, hari perhitungan dan pembalasan.
Perbezaan:
Kedua tamadun mempunyai maniestasi ketuhanan yang berbeza. Dalam Islam, masyarakat hanya mengaku pada Allah yang satu dan tidak boleh dikaitkan atau dikesutukan dengan manusia atau benda. Manakala dalam agama Hindu, tuhan digambarkan dengan pelbagai bentuk dan penjelmaan dewa. Tamadun tamadun ini berbeza dalam konsep reinkarnasi atau penjelmaaan semula. Mereka juga mempunyai perbezaan dalam aspek pendidikan di mana Islam mementingkan Tauhid dalam transformasi manusia manakala Hindu, mereka mengamlakan sifat transformasi melalui proses mencari diri sendiri.
2. Bincangkan sumbangan Mahatma Gandhi dan Mahmud Ghazni kepada masyarakat India.
Sumbangan Mahatma Gandhi diantaranya adalah usaha menyemarakkan nasionalis dalam kalangan rakyat India dengan menyatu padukan orang Hindu dengan orang Islam. Beliau telah berjaya menarik kelompok Islam untuk menyertai Parti Kogres dengan memainkan sentimen umat Islam pada masa itu yang dikenali sebagai gerakan Khilafat. sebagai bukti persahabatan antara masyarakat Hindu dan Islam, Ghandi telah berjuang untuk membebaskan Ali bersaudara yang ditahan oleh pihak British kerana menjalankan gerakan Khalifat. Walaupun gerakan ini tidak berjaya, namun Ghandi amat konsisten untuk menyatu padukan masyarakat Islam dan Hindu sehingga beliau dituduh oleh orang Hindu sebagai lebih simpati kepada orang Islam dan orang Islam menuduh beliau sebagai tidak konsisten dalam memperjuangkan penyatupaduan masyarakat apabila beliau dipengaruhi oleh golongan ekstrim Hindu seperti Malaviya dan Lajpat Rai.
Sumbangan Mahmud Ghazni adalah beliau memperkenalkan gelaran Sultan telah digunakan buat pertama kalinya dalam kerajaan Islam di India. Beliau juga turut menjalankan dasar perluasan kuasa. Beliau juga telah memperluaskan pengaruh Islam di Benua Kecil India. Dalam masa pemerintahan Mahmud, perkembangan ilmu pengatahuan dan kebudayaan Islam telah berkembang dengan jayanya. Selain itu, beliau berjaya meluaskan wilayahnya ke utara dan barat. Di samping itu, susun lapis masyarakat Hindu berjaya dihapuskan dan Ghazni juga berjaya menjadikan Delhi sebagai ibu negara. Akhir sekali, beliau telah membentuk sebuah gerakan bukan kekerasan untuk menentang diskriminasi warna kulit dimana telah membuka jalan bagi pergerakan perjuangan kemerdekaan India.
3. Doktrin kepercayaan masyarakat India dan perbandingan tentang cara hidup dan kepercayan Islam.
Doktrin karma merupakan sesuatu yang melibatkan tindakan-tindakan dalam kehidupan dahulu dan akan menentukan kehidupan akan datang. Orang Islam pula mempercayai bahawa setiap tindakan manusia di dalam dunia ini akan dinilai di akhirat. Dari segi kepercayaan pula, masyarakat India mempercayai pada dewa dan kelahiran semula selepas mati tetapi Islam mengajar supaya umatnya mempercayai pada Tuhan yang satu dan tidak menduakanNya atau mensyirikkanNya.
|
|
|
Post by sajidahzaharudin on Dec 26, 2015 9:10:24 GMT
Nama: Sajidah Binti Zaharudin (2015680406)
Kod Program: DS240
Kumpulan: B
ASPEK ASPEK PERSAMAAN DAN PERBEZAAN BUDAYA YANG TERDAPAT DALAM TAMADUN INDIA DAN ISLAM
Persamaan tamadun India dan Islam ialah kedua-duanya berteraskan tuhan. Selain itu, mereka percaya bahawa alam sekitar perlu dijaga dan dipelihara dengan baik, ia merupakan tanggungjawab semua individu. Sistem hidup mereka juga lebih kurang dengan adanya sistem kehidupan berkeluarga dan berumah tangga. Tugas mereka juga sama iaitu tugas mendidik dan membesarkan anak anak seiring dengan ajaran agama yang dipeluki.
Manakala perbezaannya, Islam percaya wujudnya satu kuasa pencipta yang Esa dan tidak menyembah serta mewujudkan gambaran atau patung yang melambang Allah swt mahupun Nabi nabi. Berbeza dengan agama Hindu (tamadun India), mereka percaya kepada pelbagai dewa seperti Brahman, Vishnu dan Siva. Terdapat juga perbezaan yang ketara dalam aspek budaya makan ini. Contohnya, dalam tamadun Islam ada konsep halal dan haram. Tamadun Islam membenarkan memakan apa saja selagi bukan makanan dan minuman yang haram seperti daging khinzir dan arak serta binatang yang tidak disembelih dengan syarat Islam. Tamadun India pula, penganut agama Hindu tidak dibenarkan untuk memakan daging lembu. Selain itu, Tamadun Islam mengamalkan konsep sama rata tetapi di tamadun india wujudnya sistem kasta dimana golongan hamba akan ditindas. Seterusnya, Raja yang dilantik pada zaman tamadun Islam mempunyai ciri-ciri yang ditetapkan manakala di tamadun india, raja diberikan taraf suci dan dianggap wakil tuhan.
SUMBANGAN MAHATMA GHANDI DAN MAHMUD GHAZNI KEPADA MASYARAKAT INDIA
Mahatma Ghandi telah menolak konsep Komunalisme kerana beliau mempunyai pandangan iaitu perbezaan agama bukanlah masalah utama yang membawa kepada perbezaan nasinalisme. Beliau telah menyemarakkan semangat nasionalis dalam kalangan rakyat India dengan menyatutupadukan orang Hindu dengan orang Islam. Beliau telah berjaya menarik kelompok Islam untuk menyertai Parti Kogres dengan memainkan sentimen umat Islam pada masa itu yang dikenali sebagai gerakan Khilafat. Gerakan Khilafat atau gerakan kekhalifahan adalah gerakan yang dilakukan oleh masyarakat Islam untuk menyelamatkan Sistem Kekhalifahan di Turki. Beliau percaya bahawa semua Indians tidak kira kaum mesti akan memperjuangkan kemerdekaan india tanpa mengira agama. Beliau juga menunjukkan kebijaksanaan dalam gaya kepimpinannya dengan mewujudkan idea-idea baru seperti satyagraha, ahimsa dan swadeshi. Idea beliau sangat unik kerana beliau tidak menggunakan kekerasan untuk menentang penjajah. Bukti-bukti sumbangan Mahatma Gandhi memperlihatkan keprihatinan beliau terhadap rakyat India yang meliputi pelbagai aspek seperti politik, sosial dan ekonomi.
Kedatangan Mahmud al-Ghazni telah memberi impak yang mendalam terhadap perkembangan Islam di India. Beliau mempunyai peranan yang besar dalam menyebarkan syiar Islam di India. Selain itu, beliau juga turut menjalankan dasar perluasan kuasa. Beliau telah memperluaskan pengaruh Islam di Benua Kecil India. Selain itu, tentera Mahmud merupakan orang Turki yang biasa berperang dan terkenal dengan keberanian dan keganasannya. Tentera berkuda Ghazni yang pantas dan taktik peperangan yang lebih baik menyebabkan mereka selalu memenangi sesuatu pertempuran. Dalam masa pemerintahan Mahmud ini juga, perkembangan ilmu pengetahuan dan kebudayaan Islam telah berkembang dengan jayanya. Mahmud juga digelar sebagai Iskandar Islam kerana mempunyai semangat yang tidak luntur untuk menyebarkan kekuasaan Islam di India.
DOKTIRIN KEPERCAYAAN MASYARAKAT INDIA DENGAN MEMBUAT PERBANDINGAN TENTANG CARA HIDUP DAN KEPERCAYAAN ISLAM
Doktrin Karma merupakan Karma tindakan-tindakan dalam kehidupan dahulu akan menentukan kehidupan akan datang. Doktrin juga merupakan kepercayaan kepada roh merupakan elemen kekal abadi. Karma menekankan rasa bertanggungjawab dan melaksanakan nilai-nilai baik. 3 jalan mencapai kesempurnaan iaitu Karma Yoga, Bhakti Yoga dan Jnana Yoga. Karma Yoga ialah aktiviti mengasingkan diri atau membuat jasa kepada masyarakat. Bhakti Yoga ialah memilih jalan berbuat kebajikan dan kebaikan sebanyak mungkin. Jnana Yoga ialah penggunaan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan.Tetapi mengikut kepercayaan Islam, kita wajib mempercayai rukun iman yang ke-6 iaitu kepercayaan kepada Qada' dan Qadar. Sebagai seorang islam, kita tidak boleh mempercayai hukum karma kerana akan melanggar rukun iman.
|
|
|
Post by fazleenanis on Dec 27, 2015 4:55:46 GMT
NURUL FAZLEEN ANIS BINTI CHE AZIZ 2015218624 DS240(A)
Terdapat beberapa perbezaan dan persamaan antara Tamadun India dan Tamadun Islam. Sebagai contoh: Persamaan Tamadun Kedua-dua tamadun ini menekankan pembinaan nilai & etika yang baik yang merupakan amat penting dalam sebuah masyarakat yang bertamadun. Persamaan tamadun India dan Islam ialah kedua-duanya berteraskan hidup keagamaan walaupun tuhannya berbeza. Sistem hidup mereka juga lebih kurang dengan adanya system kehidupan berkeluarga dan berumah tangga. Tugas mereka juga sama iaitu tugas mendidik dan membesarkan anak anak seiring dengan ajaran agama yang dipeluki.
Perbezaan Tamadun Islam percaya wujudnya satu kuasa pencipta yang Esa dan tidak menyembah serta mewujudkan gambaran atau patung yang melambang Allah swt mahupun nabi-nabi. Berbeza dengan agama Buddha (tamadun China), mereka menolak konsep tuhan tetapi mahu pengikutnya menghindar kemewahan dunia. Bagi agama Hindu (tamadun India) pula, mereka percaya kepada pelbagai dewa seperti Brahman, Vishnu dan Siva. Selain itu, terdapat juga perbezaan yang ketara dalam aspek budaya makan ini. Contohnya, dalam tamadun Islam ada konsep halal dan haram. Tamadun Islam membenarkan memakan apa saja selagi bukan makanan dan minuman yang haram seperti daging khinzir dan arak serta binatang yang tidak disembelih dengan syarat Islam. amadun India pula, penganut agama Hindu tidak dibenarkan untuk memakan daging lembu.
Di India, komunalisme adalah berdasarkan idea fundamental iaitu Hindu dan Muslim merupakan golongan masyarakat yang amat ketara perbezaannya yang saling bertentangan antara satu sama lain. Sumbangan Mahatma Ghandi terpenting dan terbesar yang dilakukan oleh Ghandi dalam usaha menyemarakkan nasionalis dalam kalangan rakyat India ialah dengan menyatutupadukan orang Hindu dengan orang Islam. Mahatma Ghandi telah menolak konsep Komunalisme kerana beliau mempunyai pandangan iaitu perbezaan agama bukanlah masalah utama yang membawa kepada perbezaan nasinalisme. Belia percaya bahawa semua Indians tidak kira kaum mesti akan memperjuangkan kemerdekaan india tanpa mengira agama. beliau juga menunjukkan kebijaksanaan dalam gayakepimpinannya dengan mewujudkan idea-idea baru seperti satyagraha, ahimsa danswadeshi. Idea-idea Mahatma Gandhi sangat unik kerana beliau tidak menggunakan kekerasan untuk menentang penjajah. Bukti-bukti sumbangan Mahatma Gandhi memperlihatkan keprihatinan beliau terhadap rakyat India yang meliputi pelbagai aspek seperti politik, sosial dan ekonomi. Sumbangan Mahatma Gandhi sememangnya tidak ternilai kerana beliau telah berjaya membawa perubahan kepada nasionalisme India kesatu tahap yang lebih baik.
Kedatangan Mahmud al-Ghazni dilihat lebih memberi makna dan impak yang mendalam terhadap perkembangan Islam di India. Beliau mempuyai peranan yang besar dalam menyebarkan syiar Islam di India. Selain itu, beliau juga turut menjalankan dasar perluasan kuasa. Beliau juga telah memperluaskan pengaruh Islam di Benua Kecil India. Dalam masa pemerintahan Mahmud ini juga, perkembangan ilmu pengatahuan dan kebudayaan Islam telah berkembang dengan jayanya. Mahmud juga digelar sebagai Iskandar Islam kerana mempunyai semangat yang tidak luntur untuk menyebarkan kekuasaan Islam di India.
Doktrin merupakan kepercayaan kepada roh merupakan elemen kekal abadi. Adanya karma dan papa karma. Karma menekankan rasa bertanggungjawab dan melaksanakan nilai-nilai baik. Kesempurnaan Rohani- Perbuatan baik sangat mulia dan kedudukan tinggi. 3 jalan mencapai kesempurnaan iaitu Karma Yoga, Bhakti Yoga dan Jnana Yoga. Karma Yoga– Aktiviti mengasingkan diri atau membuat jasa kepada masyarakat. Bhakti Yoga– Memilih jalan bebrbuat kebajikan dan kebaikan sebanyak mungkin. Jnana Yoga– menggunakan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan. Mengamalkan tatatertib agama yang sangat ketat manakala Islam mempercayai konsep Qada’ dan Qadar Allah. Ajaran Islam percaya akan kehidupan di akhirat ekoran daripada segala kebaikan dan patuh dengan segala perintah Allah dengan sentiasa bertaqwa.
|
|
masyi
New Member
Posts: 7
|
Post by masyi on Dec 27, 2015 9:28:23 GMT
MASYITAH BT MOHD ZAIRI 2015418394 GROUP B Aspek- Aspek Persamaan dan Perbezaan Budaya Tamadun India dan Tamadun Islam.- Persamaan Tamadun India dan Tamadun Islam
Tamadun India dan tamadun Islam menekankan pembinaan nilai dan etika yang baik dalam melahirkan sebuah masyarakat yang bertamadun
Masyarakat memainkan peranan penting. Tamadun India mementingkan institusi kekeluargaan. Pembinaan keluarga mempunyai matlamat untuk membentuk sistem sokongan yang berbentuk fizikal dan kerohanian serta penerus keturunan. Tamadun Islam turut menyeru kepada perkara yang sama. Tamadun Islam mengutamakan kekeluargaan. Hal ini berdasarkan kitab suci al-Quran yang mementingkan hubungan anak dan ibu bapa yang berteraskan hak dan tanggungjawab terhadap masing - masing. Kepercayaan agama di dalam tamadun India dan tamadun Islam menekankan konsep ketuhanan.
- Perbezaan Tamadun India dan Tamadun Islam
Berbeza dengan tamadun lain. Masyarakat Tamadun India mempunyai peraturan- peraturan yang ketat. Sistem sosial dalam masyarakat merupakan sistem kasta yang rigid. Penentuan kasta diwarisi oleh nenek moyang. Pada zaman awal perkembangan Tamadun India, sistem kasta menentukan pekerjaan dan layanan kepada individu. Sistem kasta mempengaruhi semua aktiviti. Konsep dharma diberikan penekanan penting dalam hubungan sesama anggota dalam masyarakat. Tamadun Islam mementingkan ikatan masyarakat yang bukan setakat sesama kerabat tetapi sesama agama dan sesama manusia iaitu orang Islam dan bukan Islam. Tamadun Islam mementingkan ikatan kasih sayang, bertolak ansur ketika berhubungan dalam masyarakat. Tamadun Islam juga mementingkan hak golongan lelaki dan wanita yang sama rata iaitu egalitarian. Tamadun Islam tidak mewujudkan kelas hamba. Semua manusia adalah sama, hanya takwa yang membezakan antara satu sama lain. Manifestasi ketuhanan yang berbeza. Konsep monoteisme Islam, Buddhisme dan Hinduisme berbeza. Setiap agama juga ada institusi keagamaan sendiri dan mempunyai peranan yang sama dalam masyarakat iaitu sebagai tempat ibadah dan upacara keagamaan. Sumbangan Mahatma Ghandi dan Mahmud Ghazni kepada Masyarakat India.
- Antara sumbangan Mahatma Gandhi dalam tamadun asia ialah beliau telah membentuk sebuah gerakan bukan kekerasan untuk menentang diskriminasi warna kulit di Maritzburg,ibu negeri Natal yang berkonsepkan Sathyagraha- Kartel 1919. Pergerakan di Afrika Selatan tersebut membuka jalan bagi pergerakan memperjuangkan kemerdekaan India.
- Mahatma Gandhi menjalankan konsep tanpa kekerasaan dan perdamaian sebagai senjata untuk melakukan pergerakan terhadap Inggeris. Prinsip Sathyagraha sering diterjermahkan sebagai jalan yang benar atau jalan menuju kebenaran telah menjadi sumber inspirasi pelbagai generasi aktivitis-aktivitis demokrasi dan anti- rasisme seperti Martin Luther King Jr dan Nelson Mandela.
- Mahatma Gandhi juga telah memberi sumbangan dalam proses kemerdekaan India dari jajahan British. Ketika kembali ke India, dia membantu dalam proses kemerdekaan India dari jajahan British, hal ini memberikan inspirasi bagi rakyat di koloni-koloni lainnya agar berjuang mendapatkan kemerdekaannya.
- Usaha menyemarakkan nasionalis dalam kalangan rakyat India ialah dengan menyatutu padukan orang Hindu dengan orang Islam. Mahatma Gandhi telah berjaya menarik kelompok Islam untuk menyertai Parti Kongres dengan memainkan sentimen umat Islam pada masa itu yang dikenali sebagai gerakan Khilafat. Gerakan Khilafat atau gerakan kekhalifahan adalah gerakan yang dilakukan oleh masyarakat Islam untuk menyelamatkan sistem kekhalifahan di Turki. Ghandi telah memainkan peranan dengan menyokong gerakan ini untuk penyatuan masyarakat Hindu- Islam untuk mendapatkan kemerdekaan India.
- Beliau menyebarkan Dharmaselama empat puluh lima tahun lamanya kepada umat manusia dengan penuh cinta dan kasih sayang. Beliau mengikrarkan empat prasetya yang berdasarkan cinta dan kasih sayang yang tidak terbatas. Antaranya ialah berusaha menolong semua makhluk, menolak semua keinginan nafsu keduniawian, mempelajari, menghayati dan mengamalkan serta berusaha mencapai pencerahan sempurna.
- Kedatangan Mahmud al-Ghaznawi dilihat lebih memberi makna dan impak yang mendalam terhadap perkembangan Islam di India. Beliau mempuyai peranan yang besar dalam menyebarkan syiar Islam di India.
- Mahmud telah meneruskan kesinambungan kerajaan Ghazni yang telah diambil alih pemerintahan oleh beliau. Selain itu, beliau juga turut menjalankan dasar perluasan kuasa. Beliau juga telah memperluaskan pengaruh Islam di Benua Kecil India.
- Dalam masa pemerintahan Mahmud juga, perkembangan ilmu pengatahuan dan kebudayaan Islam telah berkembang dengan jayanya.
- Mahmud telah memainkan peranan dalam meneruskan kegemilangan kerajaan Sabuktigin. Belau telah mengukuhkan lagi penguasaan kerajaan yang pernah dipimpin oleh ayahandanya iaitu Sabuktigin. Mahmud telah mewarisi takhta yang ditinggalkan oleh bapa beliau.
- Mahmud juga digelar sebagai Iskandar Islam kerana mempunyai semangat yang tidak luntur untuk menyebarkan kekuasaan Islam di India. Beliau telah memulakan ekspedisi dan penaklukan pada tahun 1005 Masihi. Pada masa awal pemerintahan beliau, beliau telah menggerakkan pemerintahanya untuk mengukuhkan kuasa kerajaan Ghazni. Beliau telah menyerang Bukhara kerana keengganan kerajaan Sammaniyah mengiktiraf kedudukan beliau sebagai pemerintah kerajaan Ghazni. Beliau telah berjaya menguasai seluruh Khurasan. Kejayaan Mahmud Ghazni menawan Khurasan ini telah menyebabkan Khalifah Abbasiyah di Baghdad mengiktiraf beliau sebagai pemerintah yang berkuasa di Khirasan dan kawasan timurnya. Baginda juga telah dianugerahkan gelaran Sultan.
Perbandingan Doktrin Kepercayaan Masyarakat India Dengan Cara Hidup dan Kepercayaan Islam Penerimaan unsur- unsur perbezaan dalam aspek agama membawa kesan positif bagi masyarakat India yang tidak mengalami sebarang pergolakan agama dalam sejarahnya. Tetapi sifat penerimaan yang terlihat dalam kehidupan sosial membawa kesan negatif terhadap seseorang individu dan sesuatu kumpulan yang menjadi mangsa diskrimmasi dan penghinaan. Terdapat sebilangan manusia yang dianggap sebagai orang yang tidak boleh disentuh dan didekati, diasingkan dan dikehendaki tinggal dikawasan terpencil, didiskriminasikan dan dieksploitasi. Masyarakat India tidak mempedulikan ketidakseimbangan dan ketidakadilan yang berlaku di hadapan mereka walaupun tradisi bhakti menekankan persamaan manusia di sisi Tuhan. Ada yang cuba menggunakan konsep karma yang menyatakan bahawa kelahiran seseorang ditentukan oleh perbuatannya dalam kehidupan lalu. Ini merupakan usaha golongan yang menikmati kehidupan yang baik menjustifikasikan kedudukan mereka. Kaum wanita juga tidak dikecualikan daripada penghinaan, diskriminasi dan layanan yang berbeza. Perkahwinan awal, amalan hipergami, pemberian dowri dan larangan terhadap perkahwinan semula balu menyebabkan kemunculan balu- balu muda.
Agama Islam tidak sahaja menyamaratakan antara yang kuat dengan yang lemah di dalam menghadapi hukuman, malah ia mengambil suatu sikap yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana peraturan pun, mahupun pada hari ini, iaitu ia mengukur besar kecilnya sesuatu kesalahan itu mengikut orang yang melakukannya. Hukuman dijatuhkan selaras dengan kesalahan, maka dengan itu hukuman hendaklah dijatuhkan setimpal dengan kedudukan orang yang melakukan kesalahan itu. Perkara ini jelas sekali daripada hukuman yang dikenakan ke atas seseorang hamba dengan hukuman yang dikenakan ke atas seseorang yang merdeka. Sesungguhnya wanita muslimah memiliki kedudukan yang tinggi dalam Islam dan pengaruh yang besar dalam kehidupan setiap muslim. Dia akan menjadi madrasah pertama dalam membangun masyarakat yang salih, tatkala dia berjalan di atas petunjuk Al- Quran dan sunnah Nabi. Karena berpegang dengan keduanya akan menjauhkan setiap muslim dan muslimah dari kesesatan dalam segala hal.
|
|
syara
New Member
Posts: 5
|
Post by syara on Dec 27, 2015 15:23:11 GMT
NUR SYARA BINTI ABD WAHID 2015441332 DS240(B)
Aspek aspek persamaan dan perbezaan budaya yang terdapat dalam tamadun India dan Islam?
Persamaan kekeluargaan :
Tamadun India - mementingkan institusi kekeluargaan. Pembinaan keluarga mempunyai matlamat untuk membentuk sistem sokongan yang berbentuk fizikal & kerohanian serta penerus keturunan.
Tamadun Islam - menyeru kepada perkara yang sama iaitu mementingkan kekeluargaan. Mengamalkan didikan berdasarkan al-Quran. Hubungan anak dan ibu bapa dibahagi berdasarkan hak & tanggungjawab.
Persamaan Pendidikan :
-Tamadun India dan Tamadun Islam mempunyai persamaan dari segi keagamaan.
-Kedua-dua agam tersebut menekankan konsep ketuhanan.
-Kedua-dua agaman mempunyai doktrin dan amalan-amalan tertentu seperti konsep syurga, neraka.
Perbezaan Kekeluargaan dan Kemasyarakatan :
Tamadun India - menyeru untuk mewujudkan suasana harmoni dalam hubungan kekeluargaan dan masyarakat.
Tamadun Islam - matlamat untuk mendapat keredhaan & keberkatan Allah s.w.t.
Perbezaan Keagamaan (teologi) :
-Tamadun India mempunyai institusi keagamaan sendiri seperti kuil dan terdapat manifestasi ketuhanan yang berbeza dengan agama Islam.
-Sistem Kekeluargaan Islam berasaskan apa yang terkandung di dalam Al-Quran. Manakala, India
mengamalkan sistem keluargaan berperingkat seperti Brahmacarya, Grahasta, Vanaprasta dan Sanyasa. Setiap peringkat mempunyai peranan yang berbeza untuk dilaksanakan.
-Islam mempunyai makanan yang tertentu yang halal dimakan dan ada juga sebahagian makanan tertentu yang haram dimakan kecuali sewaktu darurat sebagai salah satu cara untuk meneruskan kelangsungan hidup.. Manakala, India hanya dilarang memakan daging lembu kerana mempercayai bahawa lembu ialah Tuhan mereka dan perlu disembah , bukan dimakan.
-Islam mengamalkan konsep tauhid kepada Allah. Manakala ,India menumpukan pada sistem doktrin (tunjang agama atau kepercayaan agama dijadikan sebagai undang-undang).
-Islam menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan utama. Manakala, Kitab Veda dijadikan panduan oleh masyarakat India
-Islam mengamalkan konsep sama rata di antara semua penganutnya tetapi India mengamalkan sistem kasta dimana masyarakat dibahagikan mengikut taraf kehidupan.
Tamadun Islam - mempunyai institusi keagaaman seperti masjid, surau dan pondok.
SUMBANGAN MAHATMA GHANDI
Menarik rakyat jelata untuk terlibat dalam politik. Kesannya politik india berkembang pesat.
Memperkenalkan cara perjuangan yang tidak menggunakan kekerasan.
Menjalinkan hubungan orang Islam dengan orang Hindu melalui Gerakan Khilafat.
Memimpin Kongres kebangsaan India dari bersifat elit kepada sifat terbuka menarik masyarakat Hindu Islam dan Budissm
MAHMUD GHAZNI
Meneruskan kegemilangan Kerajaan Sabaktigin.
Kejayaan mAhmud menawan Khurasan ini telah menyebabkan Khalifah Abbasiyah di Baghdad mengiktiraf beliau sebagai pemerintah yang berkuasa di Khirasan dan kawasan timurnya.
membina beberapa buah benteng besar dan parit panjang disekitar kota Ghazna. Benteng besar dan parit panjang ini adalah bertujuan untuk melindungi kota Ghazna daripada serangan pihak luar.
Tindakan pertama yang diambil oleh beliau ialah menyerang bandar-bandar sempadan di sekitar Genting Khaibar.
DOKTRIN DAN NILAI KEMASYARAKATAN
Kepercayaan kepada Kuasa agung.
3 perkara kekal iaitu tuhan, roh atau jiwa dan kejahilan/berkaitan dengan hal-hal keduniaan.
Tuhan – Elemen kekal punyai kuasa dan kebenaran mutlak.
3 Peranan utama iaitu mencipta, memelihara dan membinasakan.
Tradisi Hindu – Brahman/aryan, Brahma, Vishnu, Thirumal, Utiran/Aran. (Tuhan Panca Kiruthiyam)
Tuhan satu tetapi ia boleh disembah dalam pelbagai bentuk.
Doktrin Karma. Karma iaitu tindakan-tindakan dalam kehidupan dahulu akan menentukan kehidupan akan datang.
Doktrin kepercayaan kepada roh merupakan elemen kekal abadi.
Karma menekankan rasa bertanggungjawab dan melaksanakan nilai-nilai baik.
Kesempurnaan rohani dan perbuatan baik sangat mulia dan kedudukan tinggi.
3 jalan mencapai kesempurnaan iaitu Karma Yoga, Bhakti Yoga dan Jnana Yoga.
Karma Yoga – Aktiviti mengasingkan diri atau membuat jasa kepada masyarakat.
Bhakti Yoga – Memilih jalan berbuat kebajikan dan kebaikan sebanyak mungkin.
Jnana Yoga – menggunakan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan. Mengamalkan tatatertib agama yang sangat ketat.
|
|
|
Post by sarahathirah on Dec 27, 2015 16:11:01 GMT
SARAH ATHIRAH BINTI RIZAL
2015229668
DS240
GROUP A
ASPEK-ASPEK PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA TAMADUN INDIA DAN ISLAM
PERSAMAAN
Persamaan kedua tamadun ini ialah kedua-duanya menekankan tatasusila yang baik . Contohnya , tidak meninggikan suara terhadap orang lebih tua . Seterusnya , kedua-duanya mempercayai wujudnya tuhan . Selain itu , mereka mempunyai sistem ketenteraan yang kukuh . Di samping itu , mereka berniaga dan berdagang untuk meningkatkan ekonomi . Seterusnya , mereka sangat aktif dalam aktiviti menyebarkan agama . Mereka juga menekankan kepentingan ilmu . Akhir sekali , keluarga memainkan peranan besar dalam membentuk jati diri anak-anak .
PERBEZAAN
Sistem Kekeluargaan di dalam Islam berpandukan Al-Quran. India pula mengamalkan sistem keluargaan berperingkat seperti Brahmacarya, Grahasta, Vanaprasta dan Sanyasa. Setiap peringkat mempunyai peranan yang berbeza untuk dilaksanakan. Islam menekankan halal dan haram . Terdapat beberapa makanan yang haram dimakan seperti khinzir, arak dan lain-lain . Hanya boleh dimakan ketika darurat . India pula , hanya melarang memakan lembu . Ini kerana mereka menganggap lembu itu tuhan mereka dan hanya perlu disembelih dan tidak boleh dimakan .
Islam menekankan konsep tauhid . India pula mengamalkan sistem doktrin (tunjang agama atau kepercayaan agama dijadikan sebagai undang-undang).
Islam berpandukan Al Quran dan As Sunah . India pula berpandukan kitab Veda .
Islam menggunakan konsep sama rata antara saudara seagamanya . India pula mengamalkan sistem kasta .
SUMBANGAN MAHATMA GHANDI DAN MAHMUD GHAZNI KEPADA MASYARAKAT INDIA
MAHATMA GHANDI
Beliau telah mewujudkan satu gerakan bukan kekerasan untuk menentang diskriminasi warna kulit . Beliau juga menyokong orang Islam agar tidak berlaku perpecahan . Beliau juga telah membimbing masyarakat Hindu dan Islam ke arah perkembangan . Beliau juga menjalinkan hubungan org Muslim dan Hindu dengan Gerakan Khilafat . Beliau juga mengetuai Kongres Kebangsaan India dari sifat elit ke terbuka menarik masyarakat Hindu Islam dan Buddihism.
MAHMUD GHAZNI
Beliau telah mengukuhkan kuasa kerajaan Ghazni serta melindunginya daripada serangan pihak luar . Beliau juga telah menggunakan gelaran Sultan buat pertama kalinya di India . Beliau telah membina beberapa buah benteng besar dan parit panjang disekitar kota Ghazna untuk melindungi kota Ghazna . Beliau juga telah meluaskan pengaruh Islam di benua kecil India . Perluasan kuasa ini bertujuan untuk menjamin keutuhan kestabilan politik dan ketenteraman demi memastikan keselamaan pemerintahan Islam. Beliau juga telah berjaya menawan Nagarkot pada tahun 1009 Masihi . Serangan yang dilakukan oleh Sultan Mahmud Ghaznawi dan tenteranya telah berjaya menumpaskan pertahanan kuasa-kuasa Hindu.
DOKTRIN KEPERCAYAAN MASYARAKAT INDIA DAN PERBANDINGAN TENTANG CARA HIDUP DAN KEPERCAYAAN ISLAM
Doktrin merupakan kepercayaan masyarakat India iaitu kepercayan kepada roh merupakan elemen kekal abadi. Doktrin Karma merupakan tindakan dalam kehidupan yang sudah lepas akan menentukan kehidupan akan datang. Berbeza dengan masyarakat Islam yang berpegang kepada konsep tauhid kepada Allah. Islam mengamalkan cara hidup yang sama rata antara penganutnya manakala India pula mengamalkan sistem kasta .
|
|
|
Post by farizasabri on Dec 27, 2015 16:51:12 GMT
NUR FARIZA ZAHIRAH BINTI SABRI 2015428828 GROUP B PERSAMAAN DAN PERBEZAAN BUDAYA DALAM TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN INDIAPersamaan yang terdapat pada tamadun Islam dan tamadun India ialah dari segi persamaan kekeluargaan.Islam menyeru kepada mementingkan kekeluargaan iaitu berdasarkan al-Quran – hubungan anak dan ibu bapa berdasarkan hak & tanggungjawab . Tamadun India juga mementingkan institusi kekeluargaan iaitu pembinaan keluarga mempunyai matlamat untuk membentuk sistem sokongan yang berbentuk fizikal & kerohanian serta penerus keturunan. Tamadun India mempunyai budaya perkahwinan dan begitu juga dengan tamadun Islam yang mempunyai budaya yang sama. Perbezaan yang terdapat dalam tamadun Islam dan tamadun India ialah : TAMADUN ISLAM | TAMADUN INDIA | - Tidak mempunya sistem kasta
dan masyarakat dianggap sama rata. - mempunyai satu tuhan iaitu Allah SWT.
| Mempunyai sistem Kasta iaitu :
Brahmin ,Ksatriya ,Vaisya,Sudra- mempunyai tuhan satu tetepi boleh disembah dalam pelbagai bentuk.
|
SUMBANGAN MAHATMA GHANDI DAN MAHMUD GHAZNIAntara sumbangan Mahatma Ghandi ialah beliau berupaya menarik golongan massa iaitu rakyat jelata termasuk Hufcaste untuk terlibat dalam politik. Seterusnya, beliau membawa method perjuanagn yang bukan kekerasan iaitu Konsep Sathyagraha. Selain itu, beliau menjalinkan hubungan orang Muslim dengan Hindu melalui Gerakan Khilafat. Beliau juga telah memimpin Kongres Kebangsaan India dari bersifat elit ke terbuka menarik masyarakt Hindu Islam daan Budhism. Antara idea-idea Mahatma Ghandi ialah sathyagraha iaitu taktik corak perjuangan, swadesyi iaitu kesederhanaan bagi menentang kerakusan golongan korporat idea ekonomi, hind swaruj iaitu idea politik dan ahimsa iaitu pegangan agama. Antara sumbangan Mahmud Ghazni ialah beliau berjaya memerintah kerajaan Islam yang pertama iaitu Kerajaan Sabaktaqin dalam tamadun India dan beliau berjaya menguasai satu kawasan yang luas di utara India. DOKTRIN KEPERCAYAAN MASYARAKAT INDIA
Doktrin kepercayaan masyarakat India ialah doktrin karma. karma bermaksud tindakan-tindakan dalam kehidupan dahulu akan menentukan kehidupan akan datang. Doktrin pula bermaksud kepercayaan kepada roh merupakan elemen kekal abadi. Dalam Islam pula, Islam merupakan agama yang berlandaskan cara hidup yang berteraskan kepada keesaan Allah, rukun Islam, rukun iman serta mengenengahkan hub. Baik antara manusia dengan manusia dan manusia dengan Allah. Dalam Islam juga terdapat konsep pahala dosa, syurga neraka, dunia akhirat serta percaya kepada semua kejadian ada penciptanya iaitu Allah SWT. Selain itu, Islam juga mengamalkan konsep assyumul dlm pelbagai aspek yang merangkumi semua bidang kehidupan sama ada politik,ekonomi, sosial, budaya dan pemikiran Islam sebagai satu cara hidup. Islam juga mementingkan akidah dan syariah yang menjadi teras dalam kehidupan penganutnya.
|
|
|
Post by anasuha203 on Dec 28, 2015 13:24:34 GMT
NUR ANASUHA BINTI MOHAMAD
2015428846
Ds240
Group B
PERSAMAAN DAN PERBEZAAN BUDAYA DALAM TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN INDIA
Persamaan budaya
-semua tamadun menekankan pembinaan nilai & etika yang baik yang memainkan peranan penting dalam sebuah masyarakat yang bertamadun
Perbezaan budaya
India Islam
Mempercayai banyak tuhan dan dewa Mempercayai Allah sahaja tuhan yang layak disembah mempunyai sistem kasta yang membezakan
Taraf sosial masyarakat Tiada perbezaan taraf sesama manusia hanya taqwa
yang membezakan ketinggian disisi Allah.
Perjalanan hidup dispesifikasikan mengikut sistem
Dharma. Perjalanan hidup tidak dispesifikasikan.
SUMBANGAN MAHATMA GHANDI DAN MAHMUD GHAZNI KEPADA MASYARAKAT INDIA
Mahatma Gandhi adalah seorang pemimpin spiritual dan tokoh politik tersohor dari India. Pada masa kehidupan Gandhi, banyak negara yang merupakan jajahan British. Penduduk di koloni-koloni tersebut mendambakan kemerdekaan agar dapat memerintah negaranya sendiri. Gandhi adalah salah seorang yang paling penting yang terlibat dalam pergerakan kemerdekaan India. Dia adalah aktivis yang tidak menggunakan kekerasan, yang mengusung gerakan kemerdekaan melalui demonstrasi secara aman.
Antara sumbangan Mahmud ghazni ialah menyebarkan syiar islam ke india . seterusnya ialah memperkembangkan ilmu dan kebudayaan isla. Selain itu, beliau juga memperluaskan kuasa ke india untuk menanam islam lebih mendalam si daerah daerah supaya berada di pengaruh kerajaan Ghazni. Akhir sekali, selepas menawan kawasan tersebut, beliau menghapuskan bati berhala di India.
DOKTRIN KEPERCAYAAN MASYARAKAT INDIA
Karma-Tindakan yang dilakukan oleh seseorang dalam kehidupan kini dari segi perbuatan, ucapan dan pemikiran akan menentukan kehidupannya yang akan datang.
Islam pula mengamalkan konsep balasan di akhirat iaitu setiap amalan baik akan dibalas dengan kebaikan dan setiap amalan keburukan akan dibalas dengan keburukan. Islam juga mengamalkan konsep syurga dan neraka .
|
|
|
Post by nuraisyah on Dec 28, 2015 15:17:45 GMT
NUR AISYAH BINTI ROSLAN
2015218442
DS240
GROUP A
BICARA TAMADUN INDIA
1. Aspek-aspek persamaan dan perbezaan budaya yang terdapat dalam tamadun India dan Islam.
Perbezaan
• Islam percaya wujudnya satu kuasa pencipta, yakni Allah manakalan India pula percaya kepada pelbagai dewa seperti Brahman, Vishnu dan Siva.
• Tamadun Islam membenarkan makan apa sahaja selagi bukan makanan dan minuman yang haram seperti daging khinzir dan arak manakala bagi tamadun India, penganut hindu tidak dibenarkan untuk makan daging lembu.
Persamaan
• Makanan ruji kedua-dua tamadun ialah gandum
• Kedua-dua tamadun percaya bahawa alam sekitar perlu dijaga dan dipelihara dengan baik
2. Bincangkan sumbangan Mahatma Gandhi dan Mahmud Ghazni kepada masyarakat India. Seterusnya huraikan doktrin kepercayaan masyarakat India dengan membuat perbandingan tentang cara hidup dan kepercayaan Islam.
Sumbangan Mahatma Gandhi
membentuk sebuah gerakan bukan kekerasan untuk menentang diskriminasi warna kulit diMaritzburg,ibu negeri Natal yang berkonsepkan Sathyagraha- Kartel 1919.
Memperjuangkan kemerdekaan India
Mahatma Gandhi menjalankan konsep tanpa kekerasaan dan perdamaian sebagai “senjata” untuk melakukan pergerakan terhadap Inggeris
beliau menyebarkan Dharma selama empat puluh lima tahun lamanya kepada umat manusia dengan penuh cinta dan kasih sayang.
Sumbangan Mahmud Ghazni
pembinaan masjid Quwait Al-Islam di Delhi yang menggabungkan ciri-ciri Hindu-Islam
menyalakan kembali obor Islam di bumi Islam dengan beberapa usaha yang telah dilakukan oleh beliau terutamanya menghidupkan kembali dasar perluasan kuasa dan penyebaran Islam
Doktrin merupakan:
Karma (tindakan-tindakan dalam kehidupan dahulu akan menentukan kehidupan akan datang)
Manakala Islam menekankan keimanan iaitu beriman kepada Qada’ dan Qadar
|
|
|
Post by afiqah96 on Dec 28, 2015 16:16:06 GMT
NUR AFIQAH BT ROSMAN 2015209358 GROUP A
Persamaan Antara Tamadun India dan Tamadun Islam
1) Aspek Kebudayaan Terdapat beberapa persamaan dalam budaya makan. Misalnya masyarakat Tamadun Islam dan India menjadi gandum sebagai makanan harian mereka. Hal ini berlaku apabila setiap tamadun terpaksa menerima pengubahsuaian apabila berlaku emigrasi dan perluasan empayar.
2) Etika (Alam Sekitar) Semua tamadun mempunyai persamaan dalam hal yang berkaitan dengan alam sekitar.Mereka percaya bahawa alam sekitar perlu dijaga dan dipelihara dengan baik kerana itu adalah tanggungjawab mereka sebagai manusia. Bagi masyarakat primitif pula, mereka memelihara alam sekitar kerana percaya setiap benda yang terdapat di dunia ini mempunyai semangat dan harus dijaga dengan baik.
3) Kemasyarakatan Setiap tamadun menyatakan bahawa adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk menghormati setiap anggota masyarakatnya. Setiap ahli masyarakat perlu menjaga kebajikan dan memberi sokongan sama ada berbentuk moral atau fizikal. Dalam tamadun Islam, perkara penting ialah perpaduan ummah.
Perbezaan Antara Tamadun India dan Tamadun Islam
1) Aspek Agama Islam percaya wujudnya satu kuasa pencipta. Bagi agama Hindu (Tamadun India) pula, mereka percaya kepada pelbagai dewa seperti Brahman, Vishnu dan Siva. Islam juga menekankan aspek keadilan dan kesamarataan(equality) di mana setiap penganut tidak dibezakan status dan pangkat. Manakala, Tamadun India memegang prinsip Kasta di mana di dalam sistem tersebut terdapat pengkelasan dan pembahagian golongan tertentu berdasarkan status individu.
2) Aspek Kebudayaan Tamadun Islam ada konsep halal dan haram.Tamadun Islam membenarkan memakan apa saja selagi bukan makanan dan minuman yang haram seperti daging khinzir dan arak. Berlainan dengan tamadun amadun India, penganut Hindu tidak dibenarkan untuk memakan daging lembu
Kesimpulan Interaksi antara tamadun meninggalkan pelbagai kesan ke atas masyarakat,. Terdapat banyak kesan positif dan ada juga kesan - kesan yang negatif. Walaubagaimanapun, apa yang dapat dirumuskan ialah, pertembungan interaksi antara tamadun ini mewujudkan banyak perkara - perkara baru seperti percambahan ilmu pengetahuan, hubungan perdagangan dan banyak lagi. Tamadun - tamadun ini juga mempunyai persamaan dan perbezaan yang tertentu meliputi aspek teologi dan juga etika. Kita harus menghormati setiap persamaan yang ada dan menerima perbezaan yang wujud supaya keadaan kekal harmoni dan aman.
SUMBANGAN MAHATMA GHANDI DAN MAHMUD GHAZNI KEPADA MASYARAKAT INDIA
Mahatma Gandhi
Beliau berupaya menarik golongan massa iaitu rakyat jelata untuk terlibat dalam politik. Kesedaran politik meningkat 1920-an hingga 1940-an Kesannya politik India berkembang pesat. Beliau membawa method perjuangan yg bukan kekerasan. Kekuatan Gandhi terletak kepada ideanya. Beliau menjalin hubungan orang Muslim dengan Hindu melalui Gerakan Khilafat. Beliau juga telah memimpin Kongres Kebangsaan India dari bersifat elit ke terbuka menarik masyarakat Hindu Islam dan Budishsm.
Mahmud Ghazni
Beliau Berjaya meluaskan wilayahnya ke utara dan barat serta mengalahkan Jayabalan dan menjadikan Sungai Indus sebagai sempadan di sebelah Timur. Beliau juga berjaya menguasai hampir keseluruhan kota di india dan meletakkan kota-kota tersebut di bawah kekuasaan Islam.
DOKTRIN KEPERCAYAAN MASYARAKAT INDIA
Doktrin karma yang merupakan doktrin asas dalam agama Hindu mempunyai persamaan dengan doktrin karma dalam agama Buddha yang berkaitan rapat dengan konsep re-inkarnasi (kelahiran semula atau penjelmaan semula). Karma merupakan konsep pembalasan setimpal terhadap usaha dan perlakuan manusia ”yang baik dibalas baik, yang jahat akan menerima balasan buruk”
Dalam aspek perbuatan manusia yang mengaitkan dosa dan pahala, Islam meletakkan konsep taubat kepada Allah SWT sebagai jalan pengampunan terhadap dosa-dosa yang telah dilakukan dengan syarat-syarat tertentu.
|
|