|
Post by Admin on Dec 4, 2015 6:20:33 GMT
Assalamualaikum wrt.wbt.
Pelajar-pelajar budiman, sila jawab soalan Bicara Tamadun berpandukan kepada soalan di dalam Bicara Tamadun dan hantar kan jawapan anda di dalam folder ini.
Sila tuliskan nama dan no matrik bagi setiap pelajar berserta nama kumpulan untuk rekod pemarkahan oleh ustazah.
Sekian terima kasih
|
|
|
Post by mimijafri on Dec 20, 2015 13:05:10 GMT
MIMI SYAFIQA BINTI AHMAD JAFRI -2015430168- DS 240
Persamaan budaya Tamadun India dan Tamadun Islam ialah kedua-dua tamadun menekankan konsep ketuhanan sebagai teras utama. Selain itu, mereka percaya bahawa alam sekitar perlu dijaga dan dipelihara dengan baik, ia merupakan tanggungjawab semua individu. Aktiviti ekonomi utama yang diberi perhatian ialah perniagaan dan perdagangan.
Terdapat banyak perbezaan diantara Tamadun Islam dan Tamadun India. Tamadun Islam percaya dengan kewujudan satu tuhan manakala India percaya dengan banyak Tuhan seperti Siva, Brahmin dan Visha. Dalam soal makan dan minum, Islam menekankan konsep halal haram, manakala Hindu hanya melarang penganuttnya makan daging. Raja yang dilantik dalam tamadun Islam haruslah mempunyai ciri-ciri ditetapkan tetapi di India, raja diberikan taraf suci dan dianggap wakil tuhan. Selain itu, dalam Islam, persamaan hak diamalkan tetapi di India, konsep Kasta diwujudkan dimana golongan hamba (Sudra) ditindas pihak atasan.
Sumbangan Mahmud Ghazni ialah telah berjaya menubuhkan Kerajaan Ghazni. Beberapa pemerintah negara lain mencuba menyerang kerajaan ini tetapi gagal. Ghazni merupakan pemerintha yang cekap, gagah dan juga merupakan penaung sastera. Ghazni berjaya menawan beberapa bandar seperti Thanesar dan Somanathapuran. Susun lapis masyarakat Hindu berjaya dihapuskan dan Ghazni juga berjaya menjadikan Delhi sebagai ibu negara.
Sumbangan Mahatma Ghandi ialah membentuk sebuah gerakan bukan kekerasan untuk menentang diskriminasi warna kulit dimana telah membuka jalan bagi pergerakan perjuangan kemerdekaan India. Beliau juga berjaya mengispirasi penduduk India memperjuagkan hak mereka.Gandhi seorang realis yg faham suasana semasa di India.untuk pentingnya sokongan orang Islam kerana tanpa kerjasama akan menimbulkan perpecahan Beliau menyokong untuk mendapatkan sokongan Islam. Gandhi berjaya membawa masyarakat Hindu dan Islam ke tahap perkembangan yang begitu penting.
India menumpukan pada sistem doktrin iaitu tunjang agama atau kepercayaan agama dijadikan sebagai undang-undang manakala Islam menekankn konsep tauhid. Kitab Veda dijadikan panduan utama oleh masyarakat India, manakala al-Quran dan sunnah dijadikan panduan Islam. Selain itu, konsep Dharma diamalkan di India tetapi Islam praktikkan persamaan hak.
|
|
|
Post by faezahalia on Dec 20, 2015 14:35:49 GMT
FAEZAH ALIA BINTI AZIZAN (2015430532) DS240 (GROUP B)
Persamaan dan perbezaan budaya yang terdapat pada tamadun Islam dan India ialah kedua tamadun ini mempunyai persamaan dari segi aspek kekeluargaan kedua-dua tamadun ini menekankan pembinaan nilai & etika yang baik - penting dalam sebuah masyarakat yang bertamadun. Ajaran Islam, Buddha berbeza namun pandangan hampir sama dalam membicarakan hal kekeluargaan dan kemasyarakatan.
Selain itu, perbezaannya ialah dari aspek ketuhanan. Tamadun Islam mempunyai satu sahaja tuhan iaitu Allah swt, manakala tamadun India mempunyai pelbagai tuhan yang disembah seperti Siva, Brahmin dan Visha. Selain itu, Tamadun Islam mengamalkan konsep sama rata tetapi di tamadun india wujudnya sistem kasta dimana golongan hamba akan ditindas. Seterusnya, Raja yang dilantik pada zaman tamadun Islam mempunyai ciri-ciri yang ditetapkan manakala di tamadun india, raja diberikan taraf suci dan dianggap wakil tuhan.
Sumbangan Mahatma Ghandi terpenting dan terbesar yang dilakukan oleh Ghandi dalam usaha menyemarakkan nasionalis dalam kalangan rakyat India ialah dengan menyatutupadukan orang Hindu dengan orang Islam. Beliau telah berjaya menarik kelompok Islam untuk menyertai Parti Kogres dengan memainkan sentiment umat Islam pada masa itu yang dikenali sebagai gerakan Khilafat. Gerakan Khilafat atau gerakan kekhalifahan adalah gerakan yang dilakukan oleh masyarakat Islam untuk menyelamatkan Sistem Kekhalifahan di Turki. Seterusnya, Ghandi telah memainkan peranan dengan menyokong gerakan ini untuk penyatuan masyarakat Hindu-Islam untuk mendapatkan kemerdekaan India. Peluang pertama untuk beliau memainkan peranan penting dalam gerakan ini timbul apabila diadakan Persidangan Muslim Seluruh India di Lucknow pada 21 September 1920. Tambahan pula, beliau telah melahirkan sokongan keatas gerakan ini dan memohon masyarakat Hindu turut menyokongnya dengan mengadakan puasa,mogok, sembahyang dan dengan itu dapat mengeratkan hubungan antara umat Islam dan Hindu bagi memperjuangankan kemerdekaan India. Namun gerakan ini telah dibubarkan apabila Khalifah Uthmaniyyah telah jatuh ke tangan Kamal Attartuk.
Sumbangan Mahmud Ghazni telah memainkan peranan yang sangat besar dalam memartabatkan Islam di Benua Kecil India. Beliau merupakan tokoh yang penting dalam perkembangan kerajaan Ghazni. Daripada isu-isu yang diutarakan diatas dapat dilihat beberapa faktor kejayaan Mahmud Ghzani dalam peranan beliau memperluaskan Islam di India. Penduduk India adalah tidak bersatu kerana Inida terdiri daripada beberapa buah kerajaan kecil yang bermusuhan diantara satu sama lain. Walaupun kadangkala terdapat pergabungan diantara mereka untuk menghadapai Mahmud Ghaznawi, pergabungan tersebut tidak kukuh dan tidak tahan lama kerana ia dibentuk dengan tergesa-gesa. Selain itu, tentera Mahmud merupakan orang Turki yang biasa berperang dan terkenal dengan keberanian dan keganasannya. Kepercayaan kukuh terhadap Islam dan tugas mereka untuk mengembangkan agama dan menghapuskan penyembahan berhala telah menyebabkan mereka tidak takut mati. Dan yang terakhir ialah tentera berkuda Ghazni yang pantas dan taktik peperangan yang lebih baik menyebabkan mereka selalu memenangi sesuatu pertempuran. Akhir sekali, pihak kerajaan Hindu selalu bergantung kepada kaedah peperangan lama yang menggunakan gajah-gajah perang yang tidak sesuai untuk menghadapi tentera berkuda yang bergerak pantas.
Doktrin merupakan kepercayaan kepada roh merupakan elemen kekal abadi. Adanya karma dan papa karma. Karma menekankan rasa bertanggungjawab dan melaksanakan nilai-nilai baik. Kesempurnaan Rohani- Perbuatan baik sangat mulia dan kedudukan tinggi. 3 jalan mencapai kesempurnaan iaitu Karma Yoga, Bhakti Yoga dan Jnana Yoga. Karma Yoga – Aktiviti mengasingkan diri atau membuat jasa kepada masyarakat. Bhakti Yoga – Memilih jalan bebrbuat kebajikan dan kebaikan sebanyak mungkin. Jnana Yoga – menggunakan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan. Mengamalkan tatatertib agama yang sangat ketat.
Perbandingan dengan cara hidup dan kepercyaan Islam adalah Islam merupakan agama yg berlandaskan cara hidup yg berteraskan kpd keesaan Allah, rukun Islam, rukun iman serta mengenengahkan hubungan baik antara manusia dengan manusia dan manusia dengan Allah. Dalam Islam juga terdapat konsep pahala dosa, syurga neraka, dunia akhirat serta percaya kepada semua kejadian ada penciptanya iaitu Allah swt.
|
|
|
Post by saiyidahanisah on Dec 20, 2015 15:08:59 GMT
NUR SAIYIDAH HANISAH BT ALI 2015418834 PROGRAM: DS240 (GROUP A)
Persamaan:
-Kedua-dua tamadun menekankan konsep ketuhanan
-Aktiviti utama adalah perniagaan dan perdagangan
-Wujud budaya dan nilai sejagat yang diamalkan dalam kehidupan
-Keluarga perlu memberi didikan dan menjaga anak-anak
Perbezaan budaya tamadun Islam dan tamadun India:
-Kekeluargaan Islam bersumberkan Al-Quran kerana ia memberi kepentingan kpd keluarga. Manakala, India mengamalkan sistem keluargaan Brahmacarya, Grahasta, Vanaprasta dan Sanyasa
-Islam menekankan konsep halal haram dalam mencari rezeki untuk diberi kpd anak-anak. Manakala, India hanya dilarang memakan daging kerana mempercayai dan menyembah lembu yg dipercayai sebagai Tuhan mereka
-Islam mengamalkan konsep tauhid akan tetapi India menumpukan pada sistem doktrin (tunjang agama atau kepercayaan agama dijadikan sebagai undang-undang).
-Islam menjadikan As-Sunnah dan Al-Quran sebagai panduan utama. Manakala, Kitab Veda dijadikan panduan oleh masyarakat India
-Islam tidak membenarkan kelas hamba dan mengamalkan konsep sama rata. Manakala, masyarakat India melihat sistem kasta seperti sesuatu yang suci
Sumbangan Mahatma Ghandi:
-Sumbangan dalam tamadun asia ialah beliau telah membentuk sebuah gerakan bukan kekerasan untuk
menentang diskriminasi warna kulit
-Seorg yg memahami suasana semasa di India
-Menyokong org Islam kerana tanpa kerjasama akan menimbulkan perpecahan.
-Berjaya membawa masyarakat Hindu dan Islam kearah perkembangan yang penting
-Islam turut menyokong gerakan Sathyagraha Gandhi
-Menjalinkan hubungan org Muslim dan Hindu dengan Gerakan Khilafat
-Memimpin Kongres Kebangasaan India dari sifat elit ke terbuka menarik masyarakat Hindu Islam dan Buddihism.
Sumbangan Mahmud Ghazni:
-Menggunakan gelaran Sultan pertama kali di India
-Meluaskan pengaruh Islam di Benua Kecil India.
-Menggerakkan pemerintahanya untuk mengukuhkan kuasa kerajaan Ghazni.
-Membina beberapa buah benteng besar dan parit panjang disekitar kota Ghaznauntuk melindungi kota Ghazna daripada serangan pihak luar.
-Perluasan kuasa ini adalah usaha untuk menanam Islam lebih mendalam di daerah-daerah India supaya berada dibawah pengaruh kerajaan Ghazni.
-Memperluaskan kuasa bertujuan untuk menjamin keutuhan serta kestabilan politik dan ketenteraman demi memastikan keselamaan pemerintahan Islam.
-berjaya menawan Nagarkot pada tahun 1009 Masihi.
-Serangan yang dilakukan oleh Sultan Mahmud Ghaznawi dan tenteranya telah berjaya melumpuhkan pertahanan kuasa-kuasa Hindu
Doktrin kepercayaan masyarakat India adalah tunjang kepercayaan kpd sesebuah agama dan kepercayaan itu menjadi undang-undang yg perlu dipatuhi oleh penganut dan pengamalnya. Ini amat berbeza dengan masyarakat Islam yang mengamalkan konsep tauhid di mana adanya hari pembalasan di akhirat. Jika timbangan baik melebihi timbangan buruk, pengamalnya akan dibalas kebaikan dan sebaliknya.
|
|
|
Post by hadib96 on Dec 20, 2015 15:31:53 GMT
HADIB JAZMINE BINTI MOHD HATTA 2015664062 GROUP B DS 240
Agama
Islam percaya wujudnya satu kuasa pencipta. Bagi agama Hindu (tamadun India) pula, mereka percaya kepada pelbagai dewa seperti Brahman, Vishnu dan Siva.
Kebudayaan
Terdapat beberapa persamaan dalam budaya makan. Terdapat juga perbezaan yang ketara dalam aspek budaya makan ini. Contohnya, dalam tamadun Islam ada konsep halal dan haram. Tamadun Islam membenarkan memakan apa saja selagi bukan makanan dan minuman yang haram seperti daging khinzir dan arak. Begitu juga dengan tamadun India, penganut agama Hindu tidak dibenarkan untuk memakan daging lembu.
Etika
Hampir semua perkara mempunyai persamaan antara tamadun.Salah satu contoh ialah semua tamadun mempunyai persamaan dalam hal yang berkaitan dengan alam sekitar. Mereka percaya bahawa alam sekitar perlu dijaga dan dipelihara dengan baik kerana itu adalah tanggungjawab mereka sebagai manusia. Bagi masyarakat primitif pula, mereka memelihara alam sekitar kerana percaya setiap benda yang terdapat di dunia ini mempunyai semangat dan harus dijaga dengan baik.
Pemerintahan
Bagi semua tamadun, rakyat disuruh untuk mentaati pemerintah. Ini juga disarankan oleh ahli falsafah dari tamadun lain seperti Al-Ghazali. Di Asia Tenggara juga menekankan raja itu harus berkelakuan baik dan bertanggungjawab. Muncul konsep Devaraja dan daulat di mana raja diberi taraf suci dan tertinggi dan dijelmakan sebagai wakil tuhan.
Antara sumbangan Mahatma Gandhi dalam tamadun asia ialah beliau telahmembentuk sebuah gerakan bukan kekerasan untuk menentang diskriminasi warna kulit diMaritzburg,ibu negeri Natal yang berkonsepkan Sathyagraha- Kartel 1919.
Pergerakan di AfrikaSelatan tersebut membuka jalan bagi pergerakan memperjuangkan kemerdekaan India. Beliaubahkan telah mengambil peranan dalam perang Zulu di Afrika. Pada tahun 1915 Mohatma Gandhipulang ke India. Beberapa pergerakan dilakukan untuk memperjuangkan kemerdekaan India.Mahatma
Gandhi menjalankan konsep tanpa kekerasaan dan perdamaian sebagai “senjata” untuk
melakukan pergerakan terhadap Inggeris.
Prinsip Sathyagraha sering diterjermahkan sebagai
“jalan yang benar” atau “jalan menuju kebenaran” telah m
enjadi sumber inspirasi pelbagaigenerasi aktivitis-aktivitis demokrasi dan anti-rasisme seperti Marti Luthe King,Jr dan NelsonMandela.Beliau sering mengatakan bahawa nilai-nilai ajarannya sangat sederhana yang berdasarkan kepercayaan hindu tradisional,kebenaran (satya) dan bukan kekerasan(ahisma).Rakyat dari agama dan suku yang berbeza yang hidup di India kala itu yakin bahwaIndia perlu dipecah menjadi beberapa negara agar kelompok yang berbeza ini dapatmempunyai negara mereka sendiri. Ramai yang ingin melihat penganut agama Hindu danIslam berpisah dan mempunyai negara sendiri. Walaupun Gandhi adalah seorang Hindu, beliau menyukai falsafah dari agama-agama lain termasuk Islam dan Kristian. Beliau percaya bahawa manusia tak kira agama harus mempunyai hak yang sama dan hidup bersama secaradamai di dalam satu negara. Selain itu, Mahatma Gandhi juga telah memberi sumbangandalam proses kemerdekaan India dari jajahan British.Ketika kembali ke India, dia membantudalam proses kemerdekaan India dari jajahan British, hal ini memberikan inspirasi bagi rakyatdi koloni-koloni lainnya agar berjuang mendapatkan kemerdekaannya. Beliau seorang tokohyang bersifat murah hati. Hal ini kerana beliau sanggup mengajar pengikut-pengikut beliau berdasarkan pengalaman yang dilaluinya. Di samping itu, beliau menyebarkan Dharmaselama empat puluh lima tahun lamanya kepada umat manusia dengan penuh cinta dan kasihsayang. Beliau mengikrarkan empat prasetya yang berdasarkan cinta dan kasih sayang yangtidak terbatas. Antaranya ialah berusaha menolong semua makhluk, menolak semua keinginannafsu keduniawian, mempelajari,menghayati dan mengamalkan serta berusaha mencapai pencerahan sempurna. Karya Mahatma Gandhi tidak dilupakan oleh generasi berikutnya.Cucunya, Arun Gandhi dan Rajmohan Gandhi dan bahkan anak cucunya, Tushar Gandhi,adalah aktivis-aktivis sosio-politik yang terlibat dalam mempromosikan gerakan bukan-kekerasan di seluruh dunia.
Sumbangan Mahmud Ghazni telah memainkan peranan yang sangat besar dalam memartabatkan Islam di Benua Kecil India. Beliau merupakan tokoh yang penting dalam perkembangan kerajaan Ghazni. Daripada isu-isu yang diutarakan diatas dapat dilihat beberapa faktor kejayaan Mahmud Ghzani dalam peranan beliau memperluaskan Islam di India. Penduduk India adalah tidak bersatu kerana Inida terdiri daripada beberapa buah kerajaan kecil yang bermusuhan diantara satu sama lain. Walaupun kadangkala terdapat pergabungan diantara mereka untuk menghadapai Mahmud Ghaznawi, pergabungan tersebut tidak kukuh dan tidak tahan lama kerana ia dibentuk dengan tergesa-gesa. Selain itu, tentera Mahmud merupakan orang Turki yang biasa berperang dan terkenal dengan keberanian dan keganasannya. Kepercayaan kukuh terhadap Islam dan tugas mereka untuk mengembangkan agama dan menghapuskan penyembahan berhala telah menyebabkan mereka tidak takut mati. Dan yang terakhir ialah tentera berkuda Ghazni yang pantas dan taktik peperangan yang lebih baik menyebabkan mereka selalu memenangi sesuatu pertempuran. Akhir sekali, pihak kerajaan Hindu selalu bergantung kepada kaedah peperangan lama yang menggunakan gajah-gajah perang yang tidak sesuai untuk menghadapi tentera berkuda yang bergerak pantas.Doktrin iaitu tunjang agama atau kepercayaan agama dijadikan sebagai undang-undang manakala Islam menekankn konsep tauhid. Kitab Veda dijadikan panduan utama oleh masyarakat India, manakala al-Quran dan sunnah dijadikan panduan Islam. Selain itu, konsep Dharma diamalkan di India tetapi Islam praktikkan persamaan hak sesama manusia.
|
|
|
Post by fazlin2301 on Dec 20, 2015 15:53:55 GMT
NUR FAZLIN SYAHIRAH BINTI MOHAMAD SAFIAI
2015428772
DS240(GROUP A)
1. Aspek –aspek persamaan dan perbezaan budaya yang terdapat di slaid sebelumnya ?
Aspek persamaan yang dapat dilihat diantara tamadun india dan tamadun china ialah dari sudut adat perkahwinan dimana adat berinai sering diguna pakai oleh masyarakat melayu sekarang. Tambahan pula sebelum berkahwin orang india biasanya akan merisik dahulu dan hal ini juga diamalkan oleh orang melayu. Seterusnya dari segi perbezaan ialah dari segi kekeluargaan. Orang melayu amat mementingkan istitusi kekeluargaan berlandaskan sumber al-Quran dan hadis dan juga matlamatnya jelas iaitu untuk mendapat keredhaan dan keberkatan Allah di dunia dan akhirat . Hal ini berlainan pula dengan tamadun india, dimana orang india pula menyeru mewujudkan suasana harmoni dalam hubungan kekeluargaan dan masyarakat tanpa tujuan atau matlamat yang jelas .
2. Sumbangan Mahatma Ghandi dan Mahmd Ghazni kepada masyarakat India .
Mahatma Ghandi
Antara sumbangan mahatma Ghandi ialah dapat menarik minat rakyat jelata terlibat dalam bidang politik dan kesannya politik India berkembang dengan pesat. Seterusnya,beliau mengajar cara perjuangan dan bukannya kekerasan dan juga menjalinkan hubungan antara Gerakkan Khalifat. Gerakan Khilafat adalah sebuah pergolakan kaum muslim di India. Beliau juga memipin Kongres Kebangsaan India ,
Mahmud Ghazni
Mahmud ghazni berperanan dalam menyebarkan syiar Islam.Beliau menjadi pengembang ilmu pengetahuan dan kebudayaan Islam dan menghapuskan berhala. Beliau juga merupakan pembina banteng besar dan parit panjang di sekitar kota Ghanza bagi melindungi kota tersebut dari serangan luar .
3. Doktrin kepercayaan masyarakat India dan perbandingan tentang cara hidup dan kepercayan Islam
Doktrin adalah hukum KARMA manakala Islam mempercayai konsep Qada’ dan Qadar ALLAH. Karma merupakan doktrin asas dalam agama hindu , ia adalah konsep pembalasan setimpal terhadap usaha dan perlakuan manusia. Konsep ini berasal dari penjelmaan semula dewa-dewa Hindu. Penganut hindu mengharap terlepas dari rantaian reinkarnasi dengan mencapai tahap mokhsa.Manakala nilai utama tamadun islam adalah percaya akan kehidupan di akhirat ekoran daripada segala kebaikan dan patuh dengan segala perintah Allah dengan sentiasa bertaqwa.
|
|
|
Post by sarahhusna on Dec 20, 2015 21:09:24 GMT
SARAH HUSNA BINTI KHAIRULZAN 2015428468 DS240 (GROUP A)
Aspek aspek persamaan dan perbezaan budaya yang terdapat dalam tamadun India dan Islam?
Persamaan Persamaan tamadun India dan Islam ialah kedua0duanya berteraskan hidup keagamaan walaupun tuhannya berbeza. Sistem hidup mereka juga lebih kurang dengan adanya system kehiduoan berkeluarga dan berumah tangga, Tugas mereka juga sama iaitu tugas mendidik dan membesarkan anak anak seiring dengan ajaran agama yang dipeluki.
Perbezaan Islam percaya wujudnya satu kuasa pencipta.yang Esa dan tidak menyembah serta mewujudkan gambaran atau patung yang melambang Allah swt mahupun Nabi nabi. Berbeza dengan agama Buddha (tamadun China), mereka menolak konsep tuhan tetapi mahu pengikutnya menghindar kemewahan dunia. Bagi agama Hindu (tamadun India) pula, mereka percaya kepada pelbagai dewa seperti Brahman, Vishnu dan Siva. Terdapat juga perbezaan yang ketara dalam aspek budaya makan ini. Contohnya, dalam tamadun Islam ada konsep halal dan haram. Tamadun Islam membenarkan memakan apa saja selagi bukan makanan dan minuman yang haram seperti daging khinzir dan arak serta binatang yang tidak disembelih dengan syarat Islam. amadun India pula, penganut agama Hindu tidak dibenarkan untuk memakan daging lembu.
Bincangkan sumbangan Mahatma Ghandi dan Mahmud Ghazni kepada masyarakat India.
Di India, komunalisme adalah berdasarkan idea fundamental iaitu Hindu dan Muslim merupakan golongan masyarakat yang amat ketara perbezaannya yang saling bertentangan antara satu sama lain. Mahatma Ghandi telah menolak konsep Komunalisme kerana beliau mempunyai pandangan iaitu perbezaan agama bukanlah masalah utama yang membawa kepada perbezaan nasinalisme. Belia percaya bahawa semua Indians tidak kira kaum mesti akan memperjuangkan kemerdekaan india tanpa mengira agama. beliau juga menunjukkan kebijaksanaan dalam gayakepimpinannya dengan mewujudkan idea-idea baru seperti satyagraha, ahimsa danswadeshi. Idea-idea Mahatma Gandhi sangat unik kerana beliau tidak menggunakan kekerasan untuk menentang penjajah. Bukti-bukti sumbangan Mahatma Gandhi memperlihatkan keprihatinan beliau terhadap rakyat India yang meliputi pelbagai aspek seperti politik, sosial dan ekonomi. Sumbangan Mahatma Gandhi sememangnya tidak ternilai kerana beliau telah berjaya membawa perubahan kepada nasionalisme India kesatu tahap yang lebih baik.
Kedatangan Mahmud al-Ghazni dilihat lebih memberi makna dan impak yang mendalam terhadap perkembangan Islam di India. Beliau mempuyai peranan yang besar dalam menyebarkan syiar Islam di India. Selain itu, beliau juga turut menjalankan dasar perluasan kuasa. Beliau juga telah memperluaskan pengaruh Islam di Benua Kecil India. Dalam masa pemerintahan Mahmud ini juga, perkembangan ilmu pengatahuan dan kebudayaan Islam telah berkembang dengan jayanya. Mahmud juga digelar sebagai Iskandar Islam kerana mempunyai semangat yang tidak luntur untuk menyebarkan kekuasaan Islam di India.
Huraikan doktirin kepercayaan masyarakat india dengan membuat perbandingan tentang cara hidup dan kepercayaan Islam. Doktrin Karma merupakan Karma yang tindakan-tindakan dalam kehidupan dahulu akan menentukan kehidupan akan datang. Doktrin juga merupakan kepercayaan kepada roh merupakan elemen kekal abadi. Karma menekankan rasa bertanggungjawab dan melaksanakan nilai-nilai baik. Tetapi mengikut kepercayaan Islam, kita wajib mempercayai rukun iman yang ke-6 iaitu Kepercayaan kepada Qada' dan Qadar. Sebagai seorang islam, kita tidak boleh mempercayai hukum karma kerana akan melanggar rukun iman.
|
|
|
Post by ameeraina on Dec 21, 2015 10:57:45 GMT
AMIRAH AINA BINTI AZAHARI 2015218646 DS240 GROUP B
Aspek persamaan dan perbezaan budaa yang terdapat dalam Tamadun India&Islam? PERSAMAAN Masyarakat tamadun India dan Islam mengamalkan makanan ruji sebagai makanan harian mereka. Dari segi etika, mereka percaya bahawa alam sekitar perlu dijaga dan dipelihara dengan baik kerana itu adalah tanggungjawab mereka sebagai manusia. Dari segi perkahwinan, masyarakat India mempuna konsep merisik, meminang dan bertunang sebelum perkahwinan.
PERBEZAAN Masyarakat tamadun Islam percaya wujudnya kuasa suatu pencipta manakala masyarakat Hindhu(tamadun India) percaya kepada pelbagai dewa seperti Brahman, Vishnu dan Siva. Dari segi pemakanan, orang Islam hanya makan yang halal dan tolak makanan haram manakala orang India tiada konsep halal dan haram tetapi tidak dibenarkan memakan daging lembu. Dari segi pendidikan, masyarakat tamadun Islam dididik berdasarkan konsep tauhid manakala masyarakat tamadun India transformasi sifat dapat dicapai melalui proses mencari diri sendiri.
Sumbangan Mahatma Gandhi. Mahatma Gandhi merupakan tokoh yang mengembangkan nasionalisme di India pada abad ke 19. Beliau berupaya menarik golongan massa iaitu rakyat jelata termasuk Hufcaste untuk terlibat dalam politik. Kesedaran politik meningkat 1920-an hingga 1940-an Kesannya politik India berkembang pesat. Beliau membawa method perjuangan yg bukan kekerasan. British mempunyai kekuatan untuk kekerasan namun British akur untuk menentang golongan yg tidak bersenjata. Kekuatan Gandhi terletak kepada ideanya. Beliau menjalinkan hubungan orang Muslim dengan Hindu melalui Gerakan Khilafat Beliau juga memimpin Kongres Kebangsaan Indi .dari bersifat elit ke terbuka menarik masyarakat Hindu Islam dan Budishsm. Kesan Perang Dunia Pertama, ekonomi India jatuh. Maka Gandhi melihat ekonomi cukup hidup penting. Beliau menekankan barangan local. Memintal kain kapas untuk berdikari namun tidak praktikal untuk sara hidup sahaja tetapi penting konsep idea Gandhi. Sumbangan Mahmud Ghazni. Mahmud merupakan anak kepada Sabuktigin. Beliau lebih terkenal sebagai Mahmud Ghaznawi iaitu mengambil nama pusat pemerintahan kerajaan Ghazna. Beliau memperkenalkan gelaran Sultan telah digunakan buat pertama kalinya dalam kerajaan Islam di India. Dengan menggunaka gelaran Sultan, gelaran raja yang digunakan sebelum ini meniru kerajaan Hindu telah tidak lagi digunakan. Perkataan Sultan itu sendiri membawa maksud ketua dalam Islam yang meletakkan syiar Islam di tempat tertinggi dalam pemerintahan kerajaan Ghazni. Beliau mempuyai peranan yang besar dalam menyebarkan syiar Islam di India. Selain itu, beliau juga turut menjalankan dasar perluasan kuasa. Beliau juga telah memperluaskan pengaruh Islam di Benua Kecil India. Dalam masa pemerintahan Mahmud ini juga, perkembangan ilmu pengatahuan dan kebudayaan Islam telah berkembang dengan jayanya.
Doktirin kepercayaan masyarakat India dengan membuat perbandingan tentang cara hidup dan kepercayaan Islam:- Doktrin Karma islah kepercayaan kepada roh adalah elemen kekal selama lamanya serta perbuatan terdahulu akan menentukan kehidupan akan datang. Karma menitikberatkan rasa tanggungjawab dan nilai-nilai yang baik. Perkara ini haram didalam Islam. Kita mementingkan konsep tauhid dan rukun Iman. Segala perbuatan akan ditimbang di hari akhirat.
|
|
|
Post by rowenadiane on Dec 21, 2015 11:05:39 GMT
ROWENA DIANE SARUYAN
2015664374
DS240(GROUP A)
Persamaan dan perbezaan budaya yang terdapat dalam tamadun India dan Islam.
Kedua-dua tamadun percaya bahawa alam sekitar perlu dijaga dan dipelihara dengan baik kerana itu adalah tanggungjawab mereka sebagai manusia. Di samping itu, setiap ahli masyarakat perlu menjaga kebajikan dan memberi sokongan sama ada dalam bentuk moral atau fizikal. Tamadun Islam menekankan kepentingan kekeluargaan. Hubungan anak dan ibu bapa hendaklah berdasarkan hak dan tanggungjawab. Tamadun India juga mementingkan institusi kekeluargaan. Pembinaan keluarga mempunyai matlamat untuk membentuk sistem sokongan yang berbentuk fizikal dan kerohanian. Dalam tamadun Islam, perkara yang penting ialah perpaduan ummah. Dari segi perbezaan budaya ataupun cara hidup sesebuah tamadun, Islam percaya wujudnya satu kuasa pencipta manakala agama Hindu iaitu tamadun India, mereka percaya kepada pelbagai dewa seperti Brahman, Vishnu dan Siva. Dalam tamadun Islam terdapat konsep halal dan haram. Tamadun Islam membenarkan memakan apa sahaja selagi bukan makanan dan minuman yang haram seperti khinzir dan arak. Tamadun India pula, penganut agama Hindu tidak dibenarkan untuk memakan daging lembu.
Sumbangan Mahatma Gandi dan Mahmud Ghazni kepada masyarakat India.
Mahatma Gandhi
Antara sumbangan beliau termasuklah berusaha menyemarakkan nasionalis dalam kalangan rakyat India dengan menyatupadukan orang Hindu dengan orang Islam. Beliau berjaya untuk menarik kolompok Islam untuk menyertai Parti Kongress dengan memainkan sentiment umat Islam pada masa itu yang dikenali sebagai gerakan Khilafat. Beliaun telah memainkan peranan menyokong gerakan ini untuk penyatuan masyarakat Hindu Islam untuk mendapatkan kemerrdekaan India. Ghandi turut memperjuangkan hak golongan bawahan seperti Harijan iaitu golongan yang tidak boleh disentuh yang mana menurut beliau sebagai ketidakadilan sosial. Mahatma Ghandi tidak menggunakan kekerasan untuk menentang penjajah.
Mahmud Ghazni
Antara sumbangan beliau termasuklah, beliau berjaya meluaskan wilayahnya ke utara dan barat serta mengalahkan Jayabalan dan menjadikan Sungai Indus sebagai sempadan di sebelah timur. Selain itu, Mahmud Ghazni menyerang bandar-bandar berkuil seperti Thanesar dan Kanaauj dan berjaya menguasainya. Kedatangan beliau dilihat lebih memberi makna dan impak yang mendalam tehadap perkembangan Islam di Dunia. Beliau mempunyai peranan yang besar dalam menyebarkan Islam di India. Dalam masa pemerintahan Mahmud Ghazni ini juga, perkembangan ilmu pengetahuan dan kebudayaan Islam telah berkembang dengan jayanya.
Doktrin kepercayaan masyarakat India dengan membuat perbandingan tentang cara hidup dan kepercayaan Islam.
Doktrin merujuk kepada ajaran asas suatu agama. Doktrin kepercayaan masyarakat India ialah doktrin yang berasaskan hukum karma yang membawa maksud setiap tindakan kehidupan dahulu akan menentukan kehidupan yang seterusnya. Orang Islam pula mempercayai bahawa setiap tindakan manusia di dalam dunia ini akan dinilai di akhirat. Selain itu, masyarakat India mempercayai dan memyembah kepada dewa-dewa dan kelahiran semula. Bagi masyarakat Islam, mereka percaya pada satu Tuhan sahaja dan mereka tidak mempercayai kelahiran semula tetapi percaya bahawa ada kehidupan selepas kematian.
|
|
|
Post by arisya on Dec 21, 2015 12:31:47 GMT
SITI ARISYA BINTI NAZLI 2015418694 DS240 B
Persamaan dan perbezaan budaya yang terdapat dalam tamadun India dan Islam.
Persamaan:
- Mementingkan institusi kekeluargaan.
- Menitikberatkan pemeliharaan alam sekitar.
- Menekankan pembinaan nilai dan etika yang baik
Perbezaan:
- Agama hindhu menekankan kepentingan hubungan kekeluargaan untuk mencapai keharmonian masyarakat tetapi agama Islam matlamatnya lebih jauh lagi iaitu untuk mendapatkan keredhaan dan keberkatan Allah SWT.
- Manifestasi ketuhanan yang berbeza
Sumbangan Mahatma Gandhi:
Beliau berupaya menarik golongan massa iaitu rakyat jelata termasuk Hufcaste untuk terlibat dalam politik. Kesedaran politik meningkat 1920-an hingga 1940-an Kesannya politik India berkembang pesat. Beliau membawa method perjuangan yg bukan kekerasan. * Konsep Sathyagraha - Kartel 1919. British mempunyai kekuatan untuk kekerasan namun British akur untuk menentang golongan yg tidak bersenjata. Kekuatan Gandhi terletak kepada ideanya. Menjalin hubungan orang Muslim dengan Hindu melalui Gerakan Khilafat Memimpin Kongres Kebangsaan India.dari bersifat elit ke terbuka menarik masyarakat Hindu Islam dan Budishsm
Sumbangan Mahmud Ghazni:
Beliau telah memartabatkan Islam di benua kecil India. Beliau telah memperluaskan Islam di India. Dalam masa pemerintahan Mahmud Ghazni ini juga, perkembangan ilmu pengetahuan dan kebudayaan Islam telah berkembang dengan jayanya.
Doktrin kepercayaan masyarakat India dengan membuat perbandingan tentang cara hidup dan kepercayaan Islam.
3. Doktrin Karma merupakan Karma yang tindakan-tindakan dalam kehidupan dahulu akan menentukan kehidupan akan datang. Doktrin juga merupakan kepercayaan kepada roh merupakan elemen kekal abadi. Hal ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam kerana dalam Islam kita wajib percaya pada Qada’dan Qadar di mana semua telah ditentukan oleh Allah SWT dan setiap balasan itu datangnya daripada Allah SWT.
|
|
|
Post by ainaefira on Dec 21, 2015 13:02:54 GMT
Nama : Nur Aina Efira Bt Nor Effandy No matrik : 2015664422 Group : A
Bicara tamadun 1
Antara persamaan antara tamadun Islam dan tamadun India ialah kedua-duanya mementingkan sistem kekeluargaan. Dalam video telah menunjuk sistem kekeluargaan tamadun india yang terbahagi kepada empat iaitu brahmacarya, grahasta, vanaprasta dan sannyasa. Selain itu, kedua-dua tamadun juga percahaya bahawa alam sekitar perlu dipelihara. Di dalam apa jua situasi, alam sekitar perlulah dipelihara dengan baik dan jangan dimusnahkan. Dari segi perbezaan pula, kedua-dua tamadun mempunyai kepercayaan yang sangat bertentangan. Manakala tamadun Islam hanya percaya kepada satu tuhan sahaja iaitu Allah SWT, tamadun India mempunyai banyak tuhan antaranya ialah Brahma, Vishnu dan Siva.
Antara sumbangan Mahatma Gandhi ialah beliau berupaya menarik rakyat jelata iaitu golongan massa termasuk hufcaste untuk terlibat dalam politik. Oleh sebab tindakan beliau, politik India berkembang pesat. Selain itu beliau juga membawa kaedah perjuangan yang berkerasan. Kekuatan Gandhi terletak kepada ideanya. Mahatma Ghandi juga menjalin hubungan orang Muslim dengan Hindu melalui Gerakan Khilafat Memimpin Kongres Kebangsaan India. Bagi sumbangan Mahmud Ghazni pula ialah beliau telah memartabatkan Islam di benua kecil India langsung memperluaskan agama Islam di situ. Semasa zaman pemerintahan beliau jugalah ilmu pengetahuan dan kebudayaan Islam telah berkembang dengan maju.
Doktrin membawa definisi sebagai satu ajaran tentang asas satu aliran keagamaan. Doktrin karma bermaksud semua yang dialami manusia adalah hasil dari tindakan kehidupan masa lalu dan sekarang. Ini amat bertentangan dengan kepercayaan orang Islam yang percaya segalah benda yang berlaku di dunia dan terhadap diri mereka aalah atas sunnatullah, iaitu dengan ketentuan Allah SWT.
|
|
|
Post by anismaizan96 on Dec 21, 2015 13:08:37 GMT
ANIS MAIZAN BINTI AZMIMURAD 2015659956 DS240 GROUP A
1. Aspek-aspek persamaan dan perbezaan budaya yang terdapat dalam tamadun India dan Islam?
Persamaan Persamaan antara tamadun India dan Islam dapat dilihat dalam aspek kekeluargaan. Semua tamadun menekankan pembinaan nilai dan etika. Walaupun ajaran Islam, Buddha, Konfusian terdapat sedikit perbezaan namun pandangan hampir sama dalam membicarakan hal kekeluargaan dan kemasyarakatan. Sebagai contoh, agama Confucius meletakkan lima hubungan asas antara manusia dengan manusia iaitu anak patuh pada ibu bapa, adik patuh pada abang, isteri patuh pada suami, murid patuh pada guru serta rakyat patuh pada raja.Islam juga menyeru kepada perkara yang sama iaitu mementingkan serta hubungan anak dan ibu bapa berdasarkan hak dan tanggungjawab. Selain itu, kedua-dua tamadun ini mepunyai persamaan dari aspek adab terhadap alam sekitar.Semua tamadun mempunyai persamaan dalam hal yang berkaitan dengan alam sekitar.Mereka percaya bahawa alam sekitar perlu dijaga dan dipelihara dengan baik kerana itu adalah tanggungjawab mereka sebagai manusia. Bagi masyarakat primitif pula, mereka memelihara alam sekitar kerana percaya setiap benda yang terdapat di dunia ini mempunyai semangat dan harus dijaga dengan baik. Seterusnya , kedua-dua tamadun ini juga mempunyai persamaan dari aspek kemasyarakat. Setiap tamadun menyatakan bahawa adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk menghormati setiap anggota masyarakatnya. Setiap ahli masyarakat perlu menjaga kebajikan dan memberi sokongan sama ada berbentuk moral atau fizikal. Dalam tamadun Islam, perkara penting ialah perpaduan ummah.
Perbezaan Perbezaan antara tamadun India dan tamadun Islam dapat dilihat dari aspek kebudayaan.Antaranya ialah perbezaan yang ketara dalam aspek budaya makan . Contohnya, dalam Tamadun Islam ada konsep halal dan haram.Tamadun Islam membenarkan memakan apa saja selagi bukan makanan dan minuman yang haram seperti daging khinzir dan arak. Begitu juga dengan tamadun India, penganut Hindu tidak dibenarkan untuk memakan daging lembu. Selain itu, kedua-dua tamadun ini juga berbeza dari aspek keagamaan. Islam percaya wujudnya satu kuasa pencipta. Bagi agama Hindu(tamadun India) pula, mereka percaya kepada pelbagai dewa seperti Brahman, Vishnu dan Siva. 2. Bincangkan sumbangan Mahatma Gandhi dan Mahmud Ghazni kepada masyarakat India.
Mahatma Ghandi Mahatma Gandhi telah memberi sumbangan dalam proses kemerdekaan India dari jajahan British.Ketika kembali ke India, dia membantu dalam proses kemerdekaan India dari jajahan British. Hal ini memberikan inspirasi bagi rakyat di koloni-koloni lainnya agar berjuang mendapatkan kemerdekaannya. Beliau seorang tokoh yang bersifat murah hati. Hal ini kerana beliau sanggup mengajar pengikut-pengikut beliau berdasarkan pengalaman yang dilaluinya. Di samping itu, beliau menyebarkan Dharma selama empat puluh lima tahun lamanya kepada umat manusia dengan penuh cinta dan kasih sayang. Beliau mengikrarkan empat prasetya yang berdasarkan cinta dan kasih sayang yang tidak terbatas. Antaranya ialah berusaha menolong semua makhluk, menolak semua keinginan nafsu keduniawian, mempelajari,menghayati dan mengamalkan serta berusaha mencapai pencerahan sempurna.
Mahmud Ghazni Mahmud Ghazni telah memainkan peranan yang sangat besar dalam memartabatkan Islam di Benua Kecil India. Beliau merupakan tokoh yang penting dalam perkembangan kerajaan Ghazna.Kedatangan Mahmud al-Ghaznawi dilihat lebih memberi makna dan impak yang mendalam terhadap perkembangan Islam di India. Beliau mempuyai peranan yang besar dalam menyebarkan syiar Islam di India. Mahmud telah meneruskan kesinambungan kerajaan Ghazni yang telah diambilalih pemerintahan oleh beliau. Selain itu, beliau juga turut menjalankan dasar perluasan kuasa. Beliau juga telah memperluaskan pengaruh Islam di Benua Kecil India. Dalam masa pemerintahan Mahmud ini juga, perkembangan ilmu pengatahuan dan kebudayaan Islam telah berkembang dengan jayanya. Mahmud juga digelar sebagai Iskandar Islam kerana mempunyai semangat yang tidak luntur untuk menyebarkan kekuasaan Islam di India.
3. Seterusnya huraikan doktrin kepercayaan masyarakat India dengan membuat perbandingan tentang cara hidup dan kepercayaan Islam.
Doktrin karma yang merupakan doktrin asas dalam agama Hindu mempunyai persamaan dengan doktrin karma dalam agama Buddha yang berkaitan rapat dengan konsep reinkarnasi (kelahiran semula atau penjelmaan semula). Karma merupakan konsep pembalasan setimpal terhadap usaha dan perlakuan manusia ”yang baik dibalas baik, yang jahat akan menerima balasan buruk”. Kepercayaan masyarakat India amat bercanggah dengan kepercayaan masyarakat Islam yang mana dalam Islam hanya berpegang kepada konsep ketauhidan kepada Allah dengan melaksanakan amar makruf nahi mungkar.
|
|
|
Post by najwakazmin on Dec 21, 2015 13:12:54 GMT
NAJWA BINTI MOHAMMAD KAZMIN 2015612182 DS240 GROUP B PERSAMAAN menitikberatkan pembangunan nilai dan etika yang baik yang memainkan peranan penting dalam sebuah masyarakat yang bertamadun PERBEZAAN TAMADUN INDIA mempercayai banyak tuhan dan dewa mempunyai sistem kasta yang membezakan taraf sosial masyarakat perjalanan hidup dispesifikasikan mengikut sistem Dharma TAMADUN ISLAM mempercayai Allah sahaja tuhan yang layak disembah. tiada perbezaan taraf sesama manusia hanya taqwa yang membezakan ketinggian disisi Allah perjalanan hidup tidak dispesifikasikan. SUMBANGAN MAHATMA GHANDI -menarik golongan massa iaitu rakyat jelata untuk terlibat dalam politik. Kesedaran politik meningkat 1920-an hingga 1940-an. Kesannya, politik India berkembang pesat. -membawa method perjuangan yg bukan kekerasan. British walaupun mempunyai kekuatan untuk kekerasan namun British akur. Kekuatan Gandhi terletak kepada ideanya. -menjalin hubungan orang Muslim dengan Hindu melalui Gerakan Khilafat -memimpin Kongres Kebangsaan India.dari bersifat elit ke terbuka menarik masyarakat Hindu Islam dan Buddhism SUMBANGAN MAHMUD GHAZNI -meneruskan kegemilangan Kerajaan Sabaktigin -menyerang bandar-bandar berkuil dan kekayaan yang ditemukan diagihkan kepada tenteranya. -membina beberapa buah banteng besar dan parit panjang disekitar kota Ghazna. -menyebarkan syiar Islam di India. -memperkembangkan ilmu dan kebudayaan Islam DOKTRIN KEPERCAYAAN MASYARAKAT INDIA Doktrin karma merupakan doktrin asas dalam agama Hindu berkait rapat dengan konsep reinkarnasi. Karma ini merupakan konsep pembalasan setimpal terhadap usaha dan perlakuan manusia yang baik dibalas baik dan yang jahat akan menerima balasan buruk. Konsep reinkarnasi pula ialah seseorang itu akan menjelma semula selepas kematian dalam bentuk manusia. Mereka akan mengalami kesengsaraan apabila dilahirkan semula berulang kali sehingga mencapai mokhsya. Dalam tamadun islam, turue terdapat konsep hidup selepas mati dan kepercayaan terhadap hari akhirat. Manusia akan diadili dan diperlihat segala amal yang telah dilakukan di dunia. Perbuatan yang baik akan dibalas dengan kehidupan kekal abadi dan nikmat syurga manakala yang derhaka akan menerima seksaan yang perit di akhirat.
|
|
sufi
New Member
Posts: 6
|
Post by sufi on Dec 21, 2015 13:27:46 GMT
WAN ANIS SUFIAH BINTI WAN MOHAMMAD NOOR 2015430204 DS240A
BICARA INDIA
Persamaan dan perbezaan budaya yang terdapat dalam tamadun India dan Islam.
Dari segi sistem keluarga,Brahmacarya (daripada kecil sehingga usia 24 tahun): keutamaan dalam mencari ilmu, disiplin diri dalam mengharungi kehidupan. Grahasta (daripada umur 24-48 tahun): Kehidupan berkuarga/berumahtangga, tugas keluarga mendidik dan membesarkan anak-anak. Vanaprasta ( daripada umur 48-72 tahun): kerohanian dan digalakkan menjadi pertapa dan bermeditasi. Sannyasa (daripada umur 72 - meninggal dunia): menolak kehidupan duniawi, tidak mengutamakan haw nafsu, lebih cenderung kepada kehidupan suci dan kesempurnaan sejati. Sistem etika Konfusianisme berasaskan pada keluarga yang merupakan institusi sosial yang terulung dalam tamadun China. Sistem kekeluargaan menjadi asas kepada sistem kenegaraan.
Sumbangan Mahatma Gandhi:
-Mahatma Gandhi juga telah memberi sumbangan dalam proses kemerdekaan India dari jajahan British -Beliau membawa method perjuangan yang bukan kekerasan (Konsep Sathyagraha) -Menjalin hubungan orang Muslim dengan Hindu melalui Gerakan Khilafat
Sumbangan Mahmud Ghazni:
-Beliau mempunyai peranan yang besar dalam menyebarkan Islam di India. -Beliau memperkenalkan gelaran Sultan telah digunakan buat pertama kalinya dalam kerajaan Islam di India -Dengan menggunaka gelaran Sultan, gelaran raja yang digunakan sebelum ini meniru kerajaan Hindu telah tidak lagi digunakan. -Dalam masa pemerintahan Mahmud ini juga, perkembangan ilmu pengatahuan dan kebudayaan Islam telah berkembang dengan jayanya
Doktrin kepercayaan masyarakat India dengan membuat perbandingan tentang cara hidup dan kepercayaan Islam.
Doktrin merupakan kepercayaan kepada terhadap Karma manakala Islam berdasarkan Qada' dan Qadar. Qadha adalah ketentuan atau ketetapan Allah SWT dari sejak zaman azali tentang segala sesuatu yang berkenaan dengan makhluk-Nya. Qadar adalah perwujudan ketetapan (qadha) terhadap segala sesuatu yang berkenaan dengan makhluk-Nya yang telah ada sejak zaman azali sesuai dengan ibadah-Nya. Manakala Karma bermakna berbuat baik berbalas baik, berbuat jahat dibalas jahat. Oleh itu, masyarakat India akan bersifat peramah dan baik hati untuk mengelak benda buruk berlaku.
|
|
|
Post by irfanmaruan on Dec 21, 2015 13:49:40 GMT
MUHAMMAD IRFAN BIN MARUAN
2015250296
DS240 GROUP A
Aspek aspek persamaan dan perbezaan budaya yang terdapat dalam tamadun India dan Islam?
Persamaan yang terdapat dalam tamadun india dan islam terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu yang pertama memberikan pendidikan,membangunkan peribadi dan sahsiah yang akhirnya individu tersebut menjadi insan yang berbakti kepada masyarakat.Dari segi ekonomi pula kedua dua tamadun menjalankan aktiviti perdagangan dan perniagaan ke serata dunia.kedua dua tamadun juga mempunyai persamaan dari aspek keluarga iaitu mementingkan kerohanian dalam keluarga dengan mengamalkan nilai nilai murni serta menyambung generasi.akhir sekali kedua dua tamadun mempunyai mempunyai rumah ibadat yang bukan sahaja digunakan sebagai tempat beribadat tetapi juga digunakan sebagai tempat untuk menuntut ilmu.
Perbezaan yang terdapat dalam kedua dua tamadun ialah tamadun islam beriman kepada Allah SWT dan mempercayai Nabi Muhammad selain kitab AlQuran dijadikan kitab panduan.Tamadun India pula mengamalkan politheisme iaitu kepercayaan kepada lebih satu tuhan dan mempunyai kitab seperti Veda,Mahabharata dan Ramayana.Seterusnya, tamadun India mengamalkan sistem kasta yang mempunyai peraturan yang tersendiri manakala tamadun Islam menyamakan taraf umat tanpa mengenal agama bangsa pangkat dan harta.
Bincangkan sumbangan Mahatma Gandhi dan Mahmud Ghazni kepada masyarakat India
Mahatma Gandhi
Antara sumbangan Mahatma Ghandi kepada masyarakat India ialah beliau menentang sistem kasta di India kerana menindas golongan Sundra. Selain itu, beliau juga mengamalkan konsep kebebasan pendidikan. Menurut pandangan kasta, agama Hindu tidak membenarkan penduduk India keluar dari India kerana risau akan orang India membelakankan agama. Mahatma telah keluar dari India pergi ke London semata-mata ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang selain ingin mempelajari bahasa Inggeris dan bahasa Perancis. Bagi beliau, kebebasan pendidkan merupakan satu cabaran yang paling penting dalam membangkitkan pemikiran masyarakat India. Disamping itu, Mahatma juga menubuhkan pelbagai gerakan seperti Home rule. Home Rule ialah gerakan untuk memperjuangkan hak orang kulit hitam. Kemudian home rule merupakan salah satu usaha Mahatma agar British memberikan kemerdekaan kepada India. Beliau juga banyak menetang cukai-cukai yang telah dikenakan kepada rakyat oleh pemerintah. Mahatma memperjuangkan isu cukai kepala yang dikenakan terhadap orang india sebanyak tiga pound sterling bersamaan enam bulan gaji mereka. Mahatma juga menentang undang-undang garam yang dimonopoli golongan pemerintah. Gandhi mengajak rakyat ke laut membuat garam sendiri. Tindakan ini bertujuan memalukan kerajaan bahawa pemerintah tidak sepatutnya mengenakan cukai sewenang-wenangnya kerana membebankan rakyat terutamanya golongan miskin. Seterusnya , Ghandi melaksanakan gerakan swadesi. Swadesi bermaksud desa sendiri. Ghandi mendesak rakyat India untuk menghasilkan produk sendiri bagi memenuhi keperluan hidup tanpa kebergantungan kepada barangan British. Hasilnya, masyarakat Indiia amat menghargai hasil karya dan hasil kerja mereka sendiri dan tidak membeli langsung produk British sebagai tindakan memboikot barangan British. Akhir sekali, Ghandi juga menolak konsep komunilisme kerana beliau percaya bahawa semua Indian tidak kira mesti memperjuang kemerdekaan India tanpa mengira hindu atau pun Islam. Ghandhi sering berdoa agar masyarakat Hindu dan Islam bersatu. Kesimpulannya, sumbangan Mahatma Ghandhi sangat besar kepada masyarakat India
Mahmud Ghazni
Beliau merupakan tokoh yang penting dalam perkembangan kerajaan Ghazna.Kedatangan Mahmud al-Ghaznawi secara tidak langsung memberi makna dan impak yang besar terhadap perkembangan Islam di India. Mahmud Ghazni mempuyai pengaruh yang besar dalam menyebarkan syiar Islam di India. Mahmud telah meneruskan kesinambungan kerajaan Ghazni yang telah diambil alih pemerintahan oleh beliau. Dalam masa pemerintahan Mahmud ini juga, perkembangan ilmu pengatahuan dan kebudayaan Islam telah berkembang dengan jayanya. Mahmud juga digelar sebagai Iskandar Islam kerana mempunyai semangat yang tidak luntur untuk menyebarkan kekuasaan Islam di India. .Seterusnya, beliau juga turut menjalankan dasar perluasan kuasa. Beliau juga telah memperluaskan pengaruh Islam di Benua Kecil India.
Seterusnya huraikan doktrin kepercayaan masyarakat India dengan membuat perbandingan tentang cara hidup dan kepercayaan Islam.
Doktrin Karma merupakan Karma yang tindakan-tindakan dalam kehidupan dahulu akan menentukan kehidupan akan datang. Doktrin juga merupakan kepercayaan kepada roh merupakan elemen kekal abadi. Karma menekankan rasa bertanggungjawab dan melaksanakan nilai-nilai baik. Tetapi mengikut kepercayaan Islam, kita wajib mempercayai rukun iman yang ke-6 iaitu Kepercayaan kepada Qada' dan Qadar. Sebagai seorang islam, kita tidak boleh mempercayai hukum karma kerana akan melanggar rukun iman.
|
|