Post by Ahmad Izzuddin Ahmad Khalil on Dec 21, 2015 15:20:02 GMT
AHMAD IZZUDDIN BIN AHMAD KHALIL
2015229484
DS240 GROUP B
REFLEKSI 1
Antara pencapaian tamadun Cina dalam beberapa aspek :
KESENIAN - SENI MUZIK, CERITA FIKSYEN, SENI LUKIS, SENI BINA
1) Kesenian iaitu muzik klasik untuk kegiatan seperti di:
* Istana
* Perayaan Rakyat
* Acara keagamaan
2) CERITA RAKYAT (FIKSYEN)
* Diberi taraf sastera
* Dipandang tinggi kerana gaya klasiknya
3) Seni lukis amat berkembang terutamanya :
* Kaligrafi
* Pencorakan puisi
4) Seni bina boleh dilihat dalam :
* Pembinaan struktur-struktur dengan perlambangan hubungan keharmonian dengan alam semesta
* Menitikberatkan prinsip 'Feng-Shui'
KESUSASTERAAN - PUISI, PROSA
Keistimewaan Puisi Cina yang terawal adalah ia penuh dengan pelbagai idea dan teknik kesusasteraan yang menjadi contoh dan memberi inspirasi kepada penyajak serta penulis generasi kemudian, membuktikan masyarakat dalam tamadun ini sangat bijak dalam bersastera dan mahir mengolah idea . Prosa Tamadun China seperti puisi purba juga mempunyai fungsi sosial dan politik. Prosa yang berkualiti memiliki nilai etika dan moral yang tinggi.
-Shi Jing (Klasik Puisi)
-Yi Jing (Klasik Perubatan)
-Shu Jing (Klasik Sejarah)
-Liji (Rekod Ritual)
-Chun Qiu (Klasik Musim Bunga & Luruh)
Prosa mumpunyai fungsi sosial dan politik. Sebuah prosa yang berkualiti harus bemanfaat dari segi moral dan etika. Antara tujuan penulisannya ialah untuk menyampaikan doa atau menunjukkan jalan dan cara dari segi moral dan etika. Jenis-jenis prosa ialah:
• Prosa bersifat puisi
• Prosa berima
• Rapsodi
• Puisi bersifat prosa
• Prosa selari
• Bagu wenzhang
• Prosa klasik
• Prosa vernacular
REFLEKSI 2
PERKEMBANGAN ISLAM KE DALAM TAMADUN CHINA
Pada peringkat awal, kedatangan Islam ke tamadun China disebabkan oleh lawatan Saad bin Abi Waqqas ke China untuk menyampaikan dakwah kepada Maharaja China. Hasil lawatan tersebut, Maharaja China mengarahkan pembinaan masjid yang besar dan indah di bandar Canton(Guangzhou).
Kerajaan Islam telah memberikan sumbangan besar kepada perkembangan Islam dan tamadunnya di China dalam bidang sains dan astronomi bilamana Teha Ma-Lou-Tin (Jamaluddin) berjaya mencipta takwim Wan Nien Li yang dugunakan sebagai takwim rasmi kerajaan Yuan. Begitu juga tokoh astronomi bernama Ma Cha –ye-he dan Laksamana Cheng Ho ( Muhammad Ma HO / Zheng He ) zaman Dinasti Ming .
Berikut adalah antara kronologi bagaimana Islam berkembang ke Tanah Besar China :
Penyebaran agama Islam di China telah bermula 700 atau 800 tahun dahulu. Islam pertama kali dibawa ke China oleh rombongan yang dihantar oleh Khalifah Uthman pada tahun 650 Masihi yang diketuai Saad bin Abi Waqqas. Maharaja China telah menerima baik agama tersebut dan sebuah masjid telah dibina di Bandar Canton. Masjid Cingjing merupakan masjid yang tertua di Bandar Guangzhou dan telah menjadi tempat beribadat masyarakat di China sehingga kini.
Toleransi dan rasa hormat terhadap Islam juga dapat dilihat dengan pembinaan makam-makam pembesar-pembesar asing yang meninggal di China.
Masjid Xianhe juga telah dibina di China. Masjid itu telah dibina pada Zaman dinasti Luan. Masjid ini telah dibina oleh salah seorang waris Nabi Muhammad SAW iaitu Puhaddin dari generasi yang ke-16.
Makam Puhaddin mula dibina pada zaman Dinasti Song dan telah diperbesarkan pada Dinasti Ming dan Qing. Makam ini terletak di tebing terusan utama atau Grand Canal.
Semasa zaman Dinasti Song, agama Islam terus berkembang di China.
Pada zaman Dinasti Tang,Masjid Phoenix juga telah dibina dan telah diubahsuai pada zaman Dinasti Yuan pada tahun 1281.
Kegemilangan agama Islam pada era Laksamana Zheng Hi membuatkannya dikenali sebagai era keemasan Islam di China.
Pusat-pusat islam juga telah berkembang di China dan antara pusat ini ialah Nanjing semasa zaman pemerintahan Dinasti Ming. Banyak masjid telah dibina dan diantaranya ialah masjid Zhengzhou yang dibina semasa pemerintahan Zu Yuen.
Zaman kegemilangan Islam di China berlaku semasa pemerintahan Dinasti Yuan dan Dinasti Ming yang mengamalkan dasar toleransi beragama. Pembinaan masjid di China telah menjadi semakin meningkat. Contohnya, Masjid Glassbridge adalah salah satu dari 4,000 masjid di China dan masih terdapat kaligrafiyang bertulisan arab Cina. Ada juga perkahwinan berlaku antara orang tempatan dengan pendagang. Islam mengajar penanutnya supaya berfikir dengan lebih matang, penuh rasional dan tidak mengikut nafsu atau emosi semata-mata.