|
Post by sarahathirah on Dec 22, 2015 17:26:49 GMT
SARAH ATHIRAH BINTI RIZAL 2015229668 GROUP A DS240 REFLEKSI 1
Pencapaian tamadun china terbahagi kepada beberapa kategori iaitu: KESENIAN: - MUZIK KLASIK o Dialunkan ketika perayaan rakyat dan peristiwa yang berkaitan dengan agama. o Kategori : Meniup : DiZi Genderang : MuYu Memetik : PiPa Menggerek : ErHu - FIKSYEN o Ditulis dalam bahasa vernakular o Tidak diberi taraf sastera o Contoh : Sanguo(roman tiga negara) - SENI LUKIS o Kaligrafi Gaya cap Gaya resmi Gaya balok Gaya kursif o Seni ukir cap Menggunakan dakwat monokrom Seni halus yang dihasilkan oleh golongan atasan yang berpendidikan - SENI BINA o Menggunakan fengshui untuk menentukan lokasi rumah atau kubur . o Tembok Besar China Pertahankan orang China dari orang Mongol Berfungsi untuk memagari kuil-kuil istana dan rumah-rumah kediaman KESUSASTERAAN : - Puisi o Shijing merupakan puisi terawal - Prosa o Merupakan puisi purba o Berfungsi untuk sosial dan politik o Untuk menyampaikan Dao’ iaitu jalan atau cara dari segi moral dan etika o Jenis-jenis prosa : Prosa bersifat puisi Prosa berima Prosa selari Prosa klasik - Drama o Paling menarik ialah jenis zaju o Saluran untuk mengeluarkan perasaan tidak puas hati SAINS DAN TEKNOLOGI: - Kejuruteraan o Teknologi hidraulik yang mengawal banjir Sungai Kuning(Hwang Ho) - Astronomi o Katalog bintang o Rekod tepat tentang gerhana dan komet - Matematik o Penggunaan sempoa - Perubatan o Teori kosmik dualistik o Yin & Yang o 5 elemen CIPTAAN AGUNG: - Kertas - Cetakan - Kompas - Bahan letupan PERBANDINGAN TAMADUN CHINA , TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN INDIA
Dalam aspek agama, Islam percaya wujudnya satu kuasa pencipta. Berbeza dengan agama Buddha (tamadun China), mereka menolak konsep tuhan tetapi mahu pengikutnya menghindar kemewahan dunia. Bagi agama Hindu (tamadun India) pula, mereka percaya kepada pelbagai dewa seperti Brahman, Vishnu dan Siva. Dalam aspek kebudayaan pula, terdapat beberapa persamaan dalam budaya makan. Misalnya, masyarakat tamadun Islam, China dan juga India menjadikan gandum sebagai makanan ruji mereka. Hal ini berlaku apabila setiap tamadun terpaksa menerima pengubahsuaian apabila berlaku emigrasi dan perluasan empayar. Walaubagaimanapun, terdapat juga perbezaan yang ketara dalam aspek budaya makan ini. Contohnya, dalam tamadun Islam ada konsep halal dan haram. Tamadun Islam membenarkan memakan apa saja selagi bukan makanan dan minuman yang haram seperti daging khinzir dan arak. Begitu juga dengan tamadun India, penganut agama Hindu tidak dibenarkan untuk memakan daging lembu. Dalam aspek etika, hampir semua perkara mempunyai persamaan antara tamadun. Sebagai salah satu contoh, semua tamadun mempunyai persamaan dalam hal yang berkaitan dengan alam sekitar. Mereka percaya bahawa alam sekitar perlu dijaga dan dipelihara dengan baik kerana itu adalah tanggungjawab mereka sebagai manusia. Bagi masyarakat primitif pula, mereka memelihara alam sekitar kerana percaya setiap benda yang terdapat di dunia ini mempunyai semangat dan harus dijaga dengan baik. REFLEKSI 2 KEDATANGAN ISLAM KE CHINA
Islam hadir ke china oleh rombongan yang dikirimkan oleh khalifah Uthman pada 651 Masihi . Diketuai oleh Saad bin Abdul Waqas , bapa saudara Rasulullah S.A.W . Maharaja Yong Wi menerima islam dengan baik dan memerintah pembinaan masjid pertama di Canton , China . Dinasti tang merupakan zaman keemasan China dengan budaya kosmopolitan yang membantu perkenalkan agama Islam . Orang Arab dan Parsi merupakan kalangan terawal bermastautin di China yang membawa kepada perkahwinan campur . Sikap jujur dan menjaga kebersihan orang Arab telah menarik perhatian orang China untuk memeluk Islam PENGARUH AGAMA ISLAM DI CHINA Masjid-masjid terbina di negara China dan antara masjid tertua ialah masjid Qin Ji di Guang Zhou . Ayat-ayat Al- Quran diukir di dinding masjid . Menggalakan perdagangan khususnya dari Arab dan Parsi . Antara kesan peninggalan ialah telaga di masjid iaitu tempat untuk berwuduk. Selain itu , terdapat perkuburan orang Islam di antaranya ialah orang-orang Arab dan Parsi . Terdapat juga pembinaan makam kepada pembesar-pembesar asing yang meninggal di China.
ZAMAN KEGEMILANGAN ISLAM DI CHINA
Zaman kegemilangan islam ialah ketika era Laksamana Zhen Ji . Pusat-pusat Islam berkembang antaranya di Nan Jing iaitu semasa pemerintahan dinasti Ming. Banyak masjid dibina antaranya masjid Jin Ju. Terdapat juga perkampungan islam di Sanya iaitu Hui Hui dan Hui Xian. SUMBANGAN AGAMA ISLAM TERHADAP PERADABAN TAMADUN CHINA
Setelah kedatangan Islam , masjid semakin banyak dibina dan bukan hanya untuk beribadat malah ia juga menjadi tempat menimba ilmu . Selain itu , sikap-sikap orang Arab seperti jujur , menghormati orang tua , menjaga kebersihan dan lain-lain telah diterapkan dalam tamadun China.
|
|
masyi
New Member
Posts: 7
|
Post by masyi on Dec 23, 2015 8:26:50 GMT
MASYITAH BT MOHD ZAIRI 2015418394 GROUP B REFLEKSI 1Pencapaian yang diperolehi dalam Tamadun China.Pencapaian Tamadun China yang dapat dilihat di dalam bidang kesenian dapat dipaparkan melalui ciptaan alat - alat muzik yang pelbagai. Contohnya, alat muzik DiZi dalam kategori meniup, alat muzik MuYu dalam kategori genderang, alat muzik PiPa dalam kategori memetik dan alat muzik ErHu dalam kategori menggesek. Keduanya, Tamadun China mempamerkan pencapaian di dalam bidang fiksyen melalui penghasilan karya Sanguo Yanyi yang bermakna Roman Tiga Negara, Honglou Meng yang bermaksud Mimpi Lonteng Merah, Shuihu Zhuan yang bermaksud Kisah Pinggiran, Xiyuo Ji yang bermakna Perjalanan ke Barat dan Jin Ping yang bermakan Emas Vasplum. Ketiganya, pada zaman Tamadun China, bidang seni lukis menunjukkan hubungan yang akrab dengan kaligrafi dan puisi. Antara kombinasi yang dapat dikaji ialah puisi, kaligrafi, lukisan potret dan landskap berseta seni ukir cap. Kebanyakan hasil seni lukis merupakan hasil kegemaran waktu lapang oleh golongan atasan yang berpendidikan. Selain itu, seni lukis dicipta bertujuan utama untuk mendapat manfaat dari segi keimanan dan akhlak. Keempatnya, dalam bidang seni bina, Tamadun China telah berjaya membina salah satu daripada tujuh keajaiban dunia yang masih utuh berdiri walakin beratus tahun lamanya iaitu binaan Tembok Besar China. Tembok Besar China yang diperbuat daripada tembok batu itu turut dilengkapi pintu gerbang, parit besar dan menara. Contoh lain seni bina Tamadun China pada zaman lampau yang begitu mengangumkan ialah kuil- kuil dan istana di Kota Larangan. Kelima, pencapaian Tamadun China turut dapat dilihat dalam bidang kaligrafi. Kaligrafi pada Tamadun China mempunyai gaya uniknya yang tersendiri dan merupakan seni kaligrafi yang tertua. Kaligrafi mereka dapat diklasifikasikan dalam beberapa gaya seperti gaya cap yang terdiri daripada zhuanghu yang dipraktikkan pada dinasti Qin, gaya resmi yang terdiri daripada lishu yang diguna pakai pada dinasti Han, gaya bolok yang terdiri daripada kaishu serta gaya kursif yang terdiri daripada caoshu dan xingshu. Ahli- ahli kaligrafi yang termahsyur pada Tamadun China ialah Wang Xizhi, Ouyang Xun dan Yan Zhengqing. Keenamnya, dalam bidang kesusateraan, di dalam kategori puisi, Shijing yang bermaksud Klasik Puisi merupakan antologi puisi Cina yang terawal. Prosa pula dapat dibahagikan dalam beberapa jenis, contohnya, prosa bersifat puisi, prosa berirama, rapsodi, prosa klasik dsb yang bertujuan menyampaikan 'Dao' yang bererti jalan dan cara dari segi moral dan etika. Manakala, dalam kategori drama, Zaju merupakan jenis drama yang paling menarik. Hal ini disebabkan, Zaju ialah sastera berbentuk puisi yang digubah mengikut suit muzik yang tertentu. Ketujuhnya, Tamadun China memperlihat pencapaian mereka di dalam bidang sains dan teknologi yang terdiri daripada bidang astronomi, bidang matematik, bidang perubatan dan bidang teknologi kejuruteraan. Dalam bidang astronomi, masyarakat cina mencipta katalog bintang bagi mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet. Dalam bidang matematik, ahli matematik Xu Yue telah menghasilkan sempoa. Dalam bidang perubatan, teori kosmik dualistik serta konsep Yin dan Yang telah diaplikasikan sebagai teori asas perubatan Cina tradisional. Antara teknik- teknik perubatan yang terkenal ialah akupuntur, aurikuloterapi dan terapi makanan Cina. Akupuntur menggunakan kemahiran penggunaaan jarum bagi merawat arthritis, urat saraf, asthma dsb. Aurikuloterapi pula merupakan terapi telinga tanpa jarum yang dapat membantu penurunan berat badan dan merawat perokok tegar. Angco dan kulit jeruk ialah terapi makanan Cina yang dapat meningkatkan fungsi limpa dan perut serta rawatan bagi batuk dan sesak dada. Herba Cina diguna pakai untuk merawat dalaman dan luaran badan. Tambahan, bekam Cina yang diletakkan di bahagian dada dan badan berfungsi untuk mengeluarkan darah dari badan yang dapat mengeluarkan angin daripada badan. Dalam bidang teknologi kejuruteraan, masyarakat cina telah mencipta hidraulik untuk membantu mengawal banjir dari limpahan Sungai Kuning. Akhirnya, Tamadun China juga berjaya mencipta empat ciptaan agung iaitu kertas, cetakan, kompas dan serbuk letupan. Perbandingan pencapaian Tamadun China, Tamadun Islam dan Tamadun India.
Perbezaan pertama yang dapat kita saksikan adalah dari sudut teologi, semua agama iaitu Islam, Kristian, Yahudi dan Hinduisme menekankan kepada konsep ketuhanan. Namun begitu, Buddhisme yang dipraktikkan oleh masyarakat cina bukanlah doktrin agama ataupun metafizik tetapi lebih merupakan sebuah ajaran moral. Pendeknya, ajaran Buddhisme tidak menyeru kepada konsep ketuhanan. Hal demikian disebabkan, ajaran Buddhisme tidak membincangkan konsep ketuhanan sebaliknya membincangkan perilaku- perilaku yang seharusnya diamalkan oleh manusia yang bermatlamat melepasi kesengsaraan hidup dan mencapai nirvana yang bererti pembebasan diri. Perbezaan teologi oleh masyarakat Islam dan masyarakat India dapat diperhatikan melalui manifestasi ketuhanan mereka. Masyarakat Islam berpegang kepada monoteisme lantas mengaku Allah SWT merupakan tuhan yang sebenar dan haram dipersekutukan dengan apapun. Manakala, masyarakat India berpegang kepada politeisme kerana agama Hindu membenarkan tuhan digambarkan dengan pelbagai penjelmaan dewa sehingga melahirkan pelbagai bentuk patung sembahan. Perbezaan antara Buddhisme dan Hinduisme adalah di dalam konsep penjelmaan semula atau reinkarnasi yang hanya wuud dalam Hinduisme.
Perbezaan kedua yang dapat kita kaji adalah dari sudut kegiatan ekonomi. Tamadun China mengamalkan konsep hak - hak kehidupan, livehood rights sebagaimana yang terkandung dalam salah satu ajaran Eight Fold Path, jalan lapan lapis. Tambahan, masyarakat cina turut memandang rendah terhadap golongan pedagang kerana falsafah Konfucianisme menganggap golongan pedagang hanya mementingkan keuntungan dan mengamalkan penipuan. Tamadun Islam menerapkan konsep halal dan haram kerana ajaran Islam sangat menitik beratkan persoalan akhlak manusia. Penipuan, riba, rasuah dan penyelewangan yang seangkatan dengannya amat ditegah dalam konsep jual beli Islam. REFLEKSI 2Kedatangan Islam dan Pengaruhnya di China.Proses penyebaran agama Islam di China bermula sejak 700-800 tahun yang lalu melalui rombongan kiriman khalifah Uthman bin Affan. Rombongan ini telah dikepalai oleh Saad bin Abi Waqas yang merupakan bapa saudara Nabi Muhammad sebelah ibunya. Penerimaan Islam di China telah diterima dengan baik sekali oleh Maharaja Tung Hui dan dapat dibuktikan degan perintah Maharaja Tung Hui untuk membina masjid pertama yang terletak di Canton, China. Pada dinasti Tang, dinasti keemasan China, masyarakat cina telah mengamalkan budaya kosmopolitan yang telah membantu penyebaran agama Islam. Pengaruh lain Islam di China dapat disaksikan melalui permaustatinan saudagar- saudagar Arab dan Parsi. Selain itu, bukti Islam bertapak di China dapat dilihat menerusi pembinaan masjid tertua di Guang Zhuo pada tahun 1009 masihi semasa pemerintahan dinasti Song. Masjid yang diberi nama Qin Jing tersebut telah dibina oleh saudagar- saudagar Arab Islam dan masih digunakan sebagai tempat beribadat oleh masyarakat Islam di Guang Zhou. Masjid Qin Jing jelas menunjukkan kesan kedatangan Islam dengan ukiran - ukiran ayat Al Quran di dinding, arah kiblat dan tapak telaga sebagai tempat berwudu' oleh jemaah Islam dahulu.
Pada zaman dinasti Tang, Guang Zhou telah menjadi tumpuan utama pedagang asing dari Arab dan Parsi serta menjadi tumpuan terkenal pedagang Islam dari Brunei pada dinasti Song dan dinasti Yuan. Hasil kedatangan pedagang- pedagang ini terserlah melalui perkuburan orang Islam di sekitar masjid Qin Jing. Selain itu, pengaruh Islam di China dapat dilihat menerusi pembinaan makam- makam pembesar- pembesar asing yang meninggal di China. Salah satu daripada empat masjid yang paling dikenali di China, Praying Temple turut menggambarkan kesan kedatangan Islam pada Tamadun China. Masjid ini telah dibina oleh waris keturunan Rasulullah yang ke-16, Ku Hadin. Makam Ku Hadin juga terletak di timur kota Yang Zhou yang dibina pada 700 tahun dahulu. Ku Hadin telah mengislamkan puluhan ribu masyarakat cina pada ketika itu dan kini, kota Yang Zhou didiami oleh masyrakat Hui. Selain itu, pusat- pusat Islam yang semakin berkembang khasnya di Nanjing memaparkan pengaruh agama Islam di China yang berkembang dengan stabil. Konklusinya, agama Islam jelas diterima baik dan dihormati oleh masyarakat cina kerana mereka begitu bertoleransi dan melayan baik saudagar- saudagar Islam. Zaman Kegemilangan Islam di China dan Sumbangan Terhadap Peradaban Tamadun China.Kegemilangan Islam di China adalah ketika pemerintahan Laksamana Zheng Yi kerana zaman ini dianggap sebagai era keemasan Islam di China. Sumbangan Islam dapat disaksikan melalui pembinaan pusat- pusat Islam yang masih berkembang sehingga kini. Signifikan kedatangan Islam dapat dikukuhkan melalui pembinaan pusat Islam di ibu kota China pada awal pemerintahan dinasti Ming iaitu kota Nanjing. Pada dinasti Song dan Yuan sekitar tahun 14 masihi, Maharaja Xu Yuen telah mengarahkan pembinaan masjid yang banyak sebagai kemudahan untuk orang- orang Islam pada zaman pemerintahan Maharaja Xu Yuen. Pada tahun 1430, Laksamana Zheng He telah membaik pulih, menaik taraf dan membesarkan masjid tersebut kepada 16 hektar luasnya. Kegemilangan Islam turut dibuktikan dengan terbentuknya beberapa buah kerajaan yang mengamalkan dasar toleransi beragama pada dinasti Yuan dan dinasti Ming. Sumbangan Islam terhadap peradaban Tamadun China juga dapat dipaparkan dalam bidang sains dan astronomi. Teha Ma Lou Tin (Jamaluddin) berjaya mencipta takwim Wan Nien Li yang dugunakan sebagai takwim rasmi kerajaan Yuan. Tambahan, terkenalnya tokoh astronomi bernama Ma Cha Ye He dan Laksamana Cheng Ho He pada zaman Dinasti Ming. Seni pembinaan masjid yang pelbagai dan unik dapat dilihat menerusi ukiran kaligrafi yang bermotifkan ayat- ayat Al Quran serta corak- corak pada dinding. Akhirnya, sumbangan Islam terhadap peradaban Tamadun China adalah melalui perkahwinan campur saudagar- saudagar asing bersama penduduk tempatan yang membawa kepada perkembangan pelabuhan- pelabuhan China dan kegiatan ekonomi yang rancak di wilayah- wilayah di China.
|
|
|
Post by izzyyanie on Dec 24, 2015 2:10:32 GMT
NOOR IZZYANI BINTI MAHADZIR 2015441716 DS240 (GROUP B)
REFLEKSI 1
Pelbagai pencapaian yang diperoleh dalam tamadun China. Salah satunya adalah dalam bidang kesenian. Sebagai contoh, muzik klasik merupakan sistem muzik paling lama dan paling berkembang. Selain itu, terdapat juga fiksyen atau dalam bahasa China iaitu Xiaoshuo (percakapan sia-sia) yang ditulis dalam bahasa vernakular. Seterusnya ialah Seni lukis seperti kaligrafi, puisi, lukisan dan potret. Contoh seni bina yang terdapat pada Tamadun China ialah Tembok Besar China sebagai kubu pertahanan. Terdapat juga kepercayaan yang masih diterapkan dalam kehidupan mereka hingga ke hari ini iaitu, Feng Shui. Rawatan tradisional Cina yang berkesan dalam merawat pelbagai penyakit ialah akupuntur yang menggunakan jarum dan tidak khusus di mana-mana anggota serta aurikuloterapi (akupuntur tanpa jarum) yang khusus untuk terapi telinga. Makanan tradisional Cina seperti Angco dan kulit jeruk juga bagus untuk meningkatkan imunisasi badan.
Antara perbezaan pencapaian dikecapi oleh tamadun Islam dan Tamadun india dari tamadun china adalah tamadun Islam mementingkan keseimbangan antara kehidupan dan agama. Tamadun Islam berpandukan Al-Quran dan Hadis dalam pembinaan tamadun. Dalam aspek agama, Islam percaya wujudnya satu kuasa pencipta. Berbeza dengan agama Buddha (tamadun China), mereka menolak konsep tuhan tetapi mahu pengikutnya menghindar kemewahan dunia. Bagi agama Hindu (tamadun India) pula, mereka percaya kepada pelbagai dewa seperti Brahman, Vishnu dan Siva. Dalam aspek kebudayaan pula, terdapat beberapa persamaan dalam budaya makan. Misalnya, masyarakat tamadun Islam, China dan juga India menjadikan gandum sebagai makanan ruji mereka.
REFLEKSI 2
Kedatangan Islam ke China berlaku pada abad ke-7 Masihi dalam zaman Khalifah Uthman Ibn Affan di tanah Arab dan zaman Dinasti Tang di China. Zaman kegemilangan Islam di China adalah sewaktu zaman pemerintahan Dinasti Yuan dan Dinasti Ming yang mengamalkan dasar toleransi beragama. Kedatangan Islam ke china pada mulanya melalui perdagangan. Para pedagang Arab dan parsi telah berdagang sambil menyebarkan Islam di china. Mereka juga berkahwin dengan wanita tempatan dan hal in juga menyebabkan ramai masyarakat yang memeluk islam. Sumbangan besar terhadap tamadun china ialah dalam bidang astronomi, takwim Islam, perubatan, sains dan teknologi. Hal ini menunjukkan islam mempunyai pengaruh kuat di negara China. Kerajaan Islam telah memberikan sumbangan besar kepada perkembangan Islam dan tamadunnya di China dalam bidang sains dan astronomi. Teha Ma-Lou-Tin (Jamaluddin) berjaya mencipta takwim Wan Nien Li yang dugunakan sebagai takwim rasmi kerajaan Yuan. Begitu juga tokoh astronomi bernama Ma Cha –ye-he dan Laksamana Cheng Ho ( Muhammad Ma HO atau Zheng He ) zaman Dinasti Ming. Terdapat juga, seni pembinaan masjid yang pelbagai rupa. Pengaruh Islam di China yang paling jelas adalah dalam seni bina masjid yang menerapkan corak-corak flora dan geometri serta ayat-ayat al-Quran.
|
|
|
Post by afiqah96 on Dec 24, 2015 16:24:39 GMT
NUR AFIQAH BT ROSMAN 2015209358 DS240 GROUP A
Refleksi 1
Tamadun Cina mempunyai ciri kesenian yang tersendiri, seperti muzik klasik Cina. Alat-alat muzik Cina dapat dikelaskan kepada kategori meniup, genderang, memetik dan menggesek. Fiksyen juga merupakan ciri kesusasteraan tamadun Cina. Fiksyen berperanan sebagai pendukung prinsip-prinsip moral etika dan juga sebagai alat politik. Kaligrafi yang merupakan kesenian tamadun China juga melambangkan tahap pencapaian dan kehalusan peribadi seseorang sama ada maharaja mahupun sarjana. Seni kaligrafi memerlukan bahan-bahan tertentu antaranya dakwat, berus, kertas, dan sutera. Di samping itu, seni lukis juga antara kesenian tamadun China. Kesenian tamadun China menampakkan seni bina tinggalan binaan dan tembok dari zaman dahulu yang masih wujud sehingga kini. Di peringkat awal permulaannya, budaya Cina sangat menghargai kemahiran dalam teknologi khasnya kejuruteraan hidraulik kerana kewujudan budaya Cina bergantung kepada kejayaan atau keupayaan untuk mengawal banjir Sungai Kuning. Tamadun China mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan agak unik serta kaya dengan penciptaan dan penemuan sains. Ia banyak memberi sumbangan sains dan teknologi dunia. Tamadun China bukan sahaja menekankan aspek ekonomi , tetapi juga pembinaan masyarakat beretika dan pemeliharaan alam sekitar.
Perbezaan pencapaian Tamadun Islam dan India
Dalam aspek agama, kepercayaan masyarakat India menyeru untuk mewujudkan suasana harmoni dalam hubungan kekeluargaan dan masyarakat. sedangkan agama Islam matlamatnya lebih jauh lagi iaitu untuk mendapat keredhaan & keberkatan Allah.
Refleksi 2
Menurut rekod Sejarah Dinasti Tang, Islam dibawa ke China oleh pendakwah yang diketuai oleh Saad bin Abi Waqas iaitu Panglima Perang Laut Islam sewaktu pemerintahan Maharaja Yung-Wei dalam Dinasti Tang.
Adalah dikatakan bahawa Maharaja Huang Chu dikatakan membentuk jawatankuasa tentera yang dianggotai oleh orang Islam dan mendirikan sebuah masjid jamik di Nanking. Baginda pernah menghasilkan sebuah puisi memuji Nabi Muhammad dan keagungan Islam dan sajak itu dipahat pada dinding masjid yang dibinanya.
|
|
|
Post by dinafariha on Dec 25, 2015 14:13:52 GMT
Oleh: Dina Fariha Binti Che Ab Ghani (2015485548) Kod Program: DS240 (Sarjana Muda Pembedahan Pergigian) Kumpulan: B
REFLEKSI 1:
# Pencapaian Tamadun China
1.KESENIAN
-Muzik Klasik •Tamadun ini telah menghasilkan Muzik klasik yang paling berkembang.Contoh alatan yang telah dihasilkan: DiZi (meniup),MuYu (genderang),PiPa (memetik),ErHu (menggesek).
-Fiksyen •Contohnya ialah Sanguo Yanyi,Honglou Meng,Shuihu Zhuan,Xiyou Ji,Jin Ping Mei
-Seni Lukis •Contohnya ialah puisi dan kaligrafi (kedua-duanya berkait rapat dengan lukisan),lukisan potret dan landskap serta seni ukir cap
-Seni Bina •Ciri bina utama binaan Cina;Keinginan membuat binaan yang berharmoni dengan alam semesta. •Kepercayaan feng shui;Teori fengshui ini selalunya ditetapkan di lokasi dan susunan dalam sesebuah rumah atau kubur. •Kemajuan dalam membuat tembok-tembok ;Tamadun China mempunyai Tembok Besar yang dibina semasa Dinasti Ching dan merupakan satu daripada 7 keajaiban dunia.Selain itu,tamadun ini mempunyai binaan tembok-tembok panjang untuk mempertahankan negeri China daripada serangan puak Mongol (Dinasti Chou).
-Kaligrafi •Contonya ialah gaya Cap (zhuanshu),gaya Resmi (lishu),gaya Balok (kaishu) dan gaya Kursif (Caoshu & Xingshu). •Ahli kaligrafi yang terkenal ialah;Wang Xizhi,Ouyang Xun,Yan Zhenqing,Liu Gongquan dan Zhao Mengfu.
2.KESUSASTERAAN
-Puisi •Contohnya ialah Klasik puisi (Shijing)
-Prosa •Mempunyai fungai sosial dan politik.Jenis-jenis prosa ialah;prosa bersifat puisi,berirama,rapsodi,selari,klasik,vernakular,bagu wenzhang dan puisi bersifat prosa.
-Drama •Jenis zaju berperanan memberi hiburan,juga sebagai pengkritik sosial yang berjaya mendapat konsensus dan simpati penonton.
3.SAINS DAN TEKNOLOGI
-Teknologi kejuruteraan hidraulik(mengawal banjir Sungai Hwang Ho).
-Bidang Astronomi. •Menyediakan katalog bintang,catat rekod (gerhana dan komet).
-Bidang Matematik •Sempoa (abacus)
-Bidang Perubatan •Teori kosmik dualistik,yin&yang •Perubatan Cina; Akupunktur, Aurikuloterapi,Terapi makanan cina,Perubatan herba cina dan Bekam cina.
-Penciptaan Agung •Iaitu kertas,cetakan,kompas dan serbuk letupan
#Perbandingan pencapaian Tamadun China dengan Tamadun India & Tamadun Islam
Perbezaan yang paling ketara dapat dilihat dari segi seni binaan ketiga-tiga tamadun iaitu pada bangunan istana, tempat ibadah dan taman taman maharaja.Berbeza dengan tamadun India dan Islam, pembinaan dalam tamadun China bergantung kepada teori Fengshui serta warna merah merupakan satu kebiasaan bagi bangunan utama kerana melambangkan keberanian dan kesejahteraan pemiliknya. Struktur dan bumbungnya juga unik.Perbezaan lain yang dapat dilihat termasuklah:
Tamadun Cina ; memberikan sumbangan yang besar dalam bidang kesusasteraan.Tamadun Cina telah menghasilkan puisi, prosa, drama dan fiksyen dalam bidang kesusasteraan. Muzik klasik, kaligrafi, seni lukis dan seni bina merupakan kesenian tamadun Cina.
Tamadun India; menghasilkan pelbagai bentuk kesenian seperti seni halus, seni muzik, seni tarian, seni bina dan seni lukis. Kesusasteraan yang ada pada masa Tamadun India ialah kitab-kitab Veda, epik, sangam, puisi aham dan puisi puram.
Tamadun Islam ; menghasilkan pelbagai bentuk kesenian seperti seni tari, seni muzik, seni ukir dan khat,seni bina dan lain-lain.
REFLEKSI 2:
#Kedatangan Islam ke China
Islam hadir ke china oleh rombongan yang dikirimkan oleh khalifah Uthman (651 Masihi) . Diketuai oleh Saad bin Abdul Waqas (bapa saudara Nabi S.A.W). Maharaja Yong Wi menerima Islam dengan baik dan memerintah pembinaan masjid pertama di Canton , China . Dinasti Tang merupakan zaman keemasan China dengan budaya kosmopolitan yang membantu perkenalkan agama Islam . Orang Arab dan Parsi merupakan kalangan terawal bermastautin di China yang membawa kepada perkahwinan campur . Sikap jujur dan menjaga kebersihan orang Arab telah menarik perhatian orang China untuk memeluk Islam
#Pengaruh Agama Islam di China
Masjid-masjid terbina di negara China dan antara masjid tertua ialah masjid Qin Ji di Guang Zhou . Ayat-ayat Al- Quran diukir di dinding masjid . Menggalakan perdagangan khususnya dari Arab dan Parsi . Antara kesan peninggalan ialah telaga di masjid iaitu tempat untuk berwuduk.Terdapat juga perkuburan orang Islam di antaranya ialah orang-orang Arab dan Parsi . Akhir sekali,terdapat pembinaan makam kepada pembesar-pembesar asing yang meninggal di China.
#Zaman Kegemilangan Islam di China
Zaman kegemilangan Islam ialah ketika era Laksamana Zhen Ji . Pusat-pusat Islam berkembang antaranya di Nan Jing iaitu semasa pemerintahan dinasti Ming. Banyak masjid dibina antaranya masjid Jin Ju. Terdapat juga perkampungan Islam di Sanya iaitu Hui Hui dan Hui Xian.
#Sumbangan Agama Islam Terhadap Peradaban Tamadun China
Setelah kedatangan Islam , masjid semakin banyak dibina dan bukan hanya untuk beribadat malah ia juga menjadi tempat menimba ilmu . Selain itu , sikap-sikap orang Arab seperti jujur , menghormati orang tua , menjaga kebersihan dan lain-lain telah diterapkan dalam tamadun China.
|
|
farah
New Member
Posts: 6
|
Post by farah on Dec 25, 2015 15:37:47 GMT
FARAH FARHANA BINTI RUSLE 2015215722 GROUP B Pencapaian tamadun China
(i) Bidang Astronomi
-Pada zaman Dinasti Zhou, orang Cina mampu menyediakan katalog bintang, mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet.
- Sumbangan terbesar ahli astronomi Cina ialah penghasilan peralatan astronomi dan penyelenggaran rekod astronomi yang sempurna, tepat dan sempurna.
- Sistem kalendar Cina juga salah satu sistem yang paling awal, maju dan tepat.
(ii) Bidang Matematik
- Penggunaan sempoa (abacus) disebut buat pertama kali pada kurun ke-2 dalam karya ahli matematik Xu Yue.
- Jiuzhang Suanshu (Sembilan Bab Matematik) oleh Zhang Cang, mencatat catatan mengenai kuantiti negatif.
- Mengenal pasti nilai pi, sistem pecahan dan sistem perpuluhan.
(iii) Bidang Perubatan.
- Bersifat kepurbaan dan bebas daripada pengaruh asing.
- Rangka teori asas bagi perubatan Cina tradisional ialah teori kosmik dualistik, yin dan yang dan juga lima elemen.
- Teori lima elemen menganggap badan manusia sebagai sebahagian daripada dunia fizikal ini dan organ dalaman seperti hati, jantung, limpa, paru-paru, dan ginjal.
- Teonjing (saluran) dan Luo (kolateral), asas bagi rawatan terapeutik seprti akupuntur dan moxibustion (membakar daun moxa).
- Akupuntur melibatkan perbuatan memasukkan atau mencucuk jarum logam yang telah disteril.
- Buku-buku mengenai perubatan dan farmakologi Cina tradisional:-
Huangdi Nejing (Klasik Perubatan Maharaja Kuning)
Bencao Gangmu (Farmakopeia Agung), Li Shizhen (1518-1593)
(iii) Bidang Optik
- Memberi perhatian kepada penyongsangan (inversion) imej yang dihasilkan oleh kamera lubang jarum (pinhole camera)
- Begitu juga pelbagai imej dihasilkan oleh kanta cekung (concave-lense)
- Prinsip fokus
(iv) Bidang Alkimia
- Usaha ahli alkimia Cina mencari cara yang dapat membuat manusia hidup selama-selamanya telah menghasilkan sejenis "eliksir kehidupan"
- Mengandungi merkuri, plumbum dan arsenik.
- Walaupun tujuan utama adalah untuk mengkaji hasil yang dapat memanjangkan jangka usia manusia, uji kaji ahli alkimia Cina dalam mencampur bahan bertoksik dan beracun, telah menyebabkan ciptaan lain yang berguna.
KEPELBAGAIAN CINA SASTERA KLASIK
(i) Puisi
- Antologi puisi Cina terawal, Shijing (Klasik Puisi)
-Mengandungi 305 buah nyanian kuil, nyanian istana dan nyanian rakyat yang wujud pada tempoh antara zaman Zhou Barat (kurun ke-11 SM - 771 SM) hingga zaman Musim Bunga Musim Luruh (770 SM - 476 SM).
- Shijing, bersama dengan empat puisi klasik lain, Yijing (Klasik Perubahan), Shujing (Klasik Sejarah), Liji (Rekod Ritual), Chun Qiu (Klasik Musim Bunga dan Musim Luruh), dikenali sebagai Wujing (Lima Klasik).
- Keadaan politik dan ekonomi yang stabil khasnya pada tahap permulaan zaman ini menggalakkan perkembangan puisi Cina klasik mencapai tahap keemasan.
- Quan Tangshi (Koleksi Lengkap Puisi Tang), mengumpulkan jumlah puisi lebih kurang 50,000 buah, hasil ciptaan dari 2,000 atau lebih orang penyajak, termasuk penyajak aguang seperti Li Bai, Du Fu, dan Bai Juyi.
(ii) Prosa
- Prosa klasik (guwen), adalah dominan dalam sastera Cina klasik.
- Prosa vernakular (haihuawen), ditulis dalam bahasa pertuturan.
- Prosa klasik berdasarkan standard dan stail karya pakar zaman purba.
- Bahasa klasik telah menjadi medium bag hampir semua penulisan prosa disebabkan ia adalah bahasa yang dikhaskan dalam peperiksaan rasmi dan juga kerana penghormatan tradisional yang ada pada pencapaian budaya zaman dahulu.
(iii) Drama
- Pada Dinasti Yuan, prestij tradisi lama menjadi merost dan kawasan utara China, menjadi satu persekitaran yang unik dengan aktiviti sastera yang bukan konvensional.
- Drama Cina jenis Zaju, sejenis bentuk sastera berbentuk puisi yang digubah mengikut suit muzik tertentu dan bersemarak pada zaman Yuan.
-Terdapat penulis-penulis yang menghasilkan karya dan menggunakankarya mereka sebagai saluran untuk mengeluarkan perasaan tidak puas hati atau sebagai alat kritikan..
- Bukan sahaja memberi hiburan, tetapi juga berperanan sebagai pengkritik sosial yang berjaya mendapat konsensus dan simpati penonton.
- Secara keseluruhannya, drama Cina lebih cenderung menekankan nilai-nilai etika berbanding agama.
- Bertujuan mendukung kelakuan baik dan memberi amaran atau waspada terhadap perbuatan-perbuatan jahat.
KESENIAN CHI A
(i) Muzik Klasik
Muzik Cina Klasik adalah antara sistem muzik yang paling lama dan paling berkembang dalam dunia ini.
- Bentuk muzik Cina yang wujud tidak terbilang jumlahnya dan aktiviti penciptaan muzik Cina yang awal melibatkan kegiatan di istana, perayaan rakyat dan peristiwa yang berkaitan dengan agama.
-Alat-alat muzik Cina dikategorikan mengikut bahan akustik yang digunakan dan cara sesuatu alat itu dimainkan dan dibuatkan dengan bahan-bahan seperti logam, batu, tanah liat, kulit, sutera, kayu, labu, dan buluh.
- Tokoh-tokoh seperti Konfusius juga mempunyai minat terhadap muzik dan menimbulkan teori muzik yang lebih khusus serta prinsip estetik terhadap muzik.
(ii) Kaligrafi
- Kaligrafi diberi penghormatan yang paling tinggi di negara China.
- Dianggao mempunyai keunikan dalam membayangkan kemurnian dan kualiti seseorang ahli kaligrafi dari segi pemupukan personaliti.
- Menikmati seni ini juga memerlukan kualiti seseorang yang tinggi dan murni serta sensitiviti estetik yang luar biasa.
-Dalam sistem pendidikan lama, salinan spesimen kaligrafi dari pakar kaligrafi yang terkenal dibuat dalam bentuk buku untuk ditiru oleh para pelajar.
(iii) Seni Pembinaan
- Tinggalan binaan dan tembok dari zaman dahulu yang masih wujud sehingga sangat berkurangan disebabkan sebahagian bahan-bahan yang digunakan, iaitu kayu, tidak dapat bertahan lama kerana pengaruh iklim dan cuaca.
- Ciri utama binaan Cina ialah keinginan membuat binaan yang berharmoni dengan alam semesta.
- Kepercayaan fengshui, iaitu lokasi dan susunan dalam sesebuah rumah atau kubur selalunya ditetapkan dengan panduan teon fengshui.
- Tembok merupakan antara binaan yang sangat penting kerana semua kota mempunyai satu tembok yang bertujuan untuk pertahanan dan keselamatan.
-Tembok kota mempunyai pintu yang dibuka pada waktu tertentu dan ditutup pada waktu malam.
waktu malam.
-perbezaan
Seni bina Islam bermula dengan pembinaan masjid (Masjid Nabi) di Madinah yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w. Manakala pembinaan kubah masjid dimulakan oleh Khalifah Umar al-Khattab pada tahun 636 Masihi berhampiran dengan Masjid al-Aqsa di Jerusalem, Palestin. Seni bina Islam berkembang dengan begitu pesat dalam tamadun Islam sehingga lahirlah kota-kota yang besar yang merupakan manifestasi pencapaian seni bina Islam. Antara kota dan binaan yang masyhur adalah:
1. Kota Kaherah yang mempunyai masjid Jamek al-Azhar yang kemudiaannya dijadikan universiti terunggul Islam iaitu Universiti al-Azhar.
2. Kota Cordova yang kaya dengan ratusan binaan pelbagai masjid, istana, pangsapuri, tempat mandi serta gedung perniagaan.
Pada zaman Maurya, bidang seni bina dan seni ukir India berkembang maju. Tiang Asoka merupakan contoh terbaik kemegahan seni bina dan seni ukir India. Pada zaman Gupta, senibina dan seni ukir mencapai kegemilangannya. Di India Utara, Stupa Sanchi, imej Buddha dan Bodhisattva adalah antara lambang kemegahan seni bina India. Ukiran Gua Ajanta dan Ellora serta duit syiling India zaman Gupta membuktikan seni ukir India yang tinggi nilainya. Di India Selatan, kuil batu Mamallapuram yang dibina oleh raja Pallava menunjukkan corak seni bina dan seni ukir kompleks yang mengagumkan. Pada zaman Chola, kuil Brigathiswarar yang dibina di Thanjavur menunjukkan keunikan corak seni bina bangunan kuil ini, dan masih menjadi misteri dalam seni bina India.
Pada akhir abad ke 2H/8M aktiviti astronomi telah berpusat di Baghdad.Pada abad seterusnya iaitu pada 3H/9M telah lahir tokoh-tokoh astronomi Islam yang terkemuka sepanjang zaman seperti Habasy Al-Hasib dan juga AL- khawarizmi.Pada abad ini,penyelidikan dan pengkajian terhadap astronomi telah dilakukan dengan gigih dan bersungguh- sungguh.
Abad ke 4H/10M telah menonjolkan lebih ramai lagi tokoh-tokoh astronomi yang lahir daripada penganut Islam.Tokoh-tokoh yang dimaksudkan seperti Abd Rahman Al-Sufi,Abu Said Al-Sijzi,Abu Al-Wafa al-Buzjani, Abu al-Qasim Al-Majriti dan ramai lagi.
Pada abad ini,Abd Rahman Al-Sufi telah melakarkan ilustrasi-llustrasi bintang yang disifatkan oleh george Sarton sebagai masterpiece dalam sejarah ilmu astronomi dunia.
Manakala Abu Said al-sijzi pula telah mencipta Astrolab dan beliau membuat kenyataan bumilah yang sebenarnya mengelilingi matahari dan bukannya matahari yang mengengelilngi bumi.Kenyataan yang telah dilakukan Abu Said Al-Sijzi ini telah diterima pakai dan terbukti kebenarannya sehingga ke hari ini dalam ilmu astronomi.
Abad ke 5H/11M menyaksikan kecemerlangan tokoh astronomi yang beragama Islam yang lainnya,seperti Al-Biruni,Ibn Yusuf dan Al-Zarqali.Antara sumbangan yang telah dilakukan oleh al-Biruni adalah membuat banyak ukuran yang berkaitan dengan saiz bumi umpamanya.Selain itu,Al-Biruni juga telah mengira sesuatu latitude dan juga Longitud bagi sesuatu tempat yang terdapat di atas muka bumi.
Seterusnya pada Abad ke 6H/12M sarjana-sarjana Islam telah melakukan banyak kritikan,dan juga penambah baikan terhadap teori-teori yang telah dikemukakan oleh Batlamus daripada tamadun Yunani. Pada abad ini,beberapa fakta yang tidak tepat yang dipelopori oleh Batlamus telah diperbetulkan oleh para sarjana astronomi Islam.Antara tokoh-tokoh yang terlibat adalah Ibn.Tufail,dan juga anak muridnya yang bernama al-bitruji.Selain itu,Al-Khazani juga telah menerbitkan sebuah kitab yang bernama Sanjani Zij sebagai satu pembetulan terhadap teori-teori astronomi yang telah diilhamkan oleh Batlamus.
Jyotisa adalah salah satu bahagian utama Veda. la merupakan perkiraan astronomi yang digunakan pada zaman awal untuk menentukan tarikh dan masa bagi upacara pengorbanan. Berdasarkan perkiraan astronomi muncul kalendar matahari. Pada zaman awal, orang India berjaya menemui 7 planet tanpabantuanteknologiperalatan. Planet-planet tersebut ialah Matahari, Bulan, Marikh, Utarid, Musytari, Zuhrah, Zuhal dan kemudian dua lagi planet ditambah, iaitu Rahu dan Kethu (pusat tenaga) yang berada pada arah bertentangan 180 . 27bintang (nakshatra) turut dikenali dan mempercayai 27 bintang dan 9 planet ini mempengaruhi kehidupan manusia. Kepercayaan inilah yang menjadi asas bagi kemunculan ilmu menilik (astrologi). Bermula pada zaman Gupta, ilmu astrologi berkembang, diterima dan akhirnya, dipercayai oleh semua orang India.
Para sarjana mengatakan terdapat pengaruh seni astronomi orang Mesapotamia (Sumeria) dalam astronomi India. Bagaimanapun, tidak terdapat bukti dan penjelasan yang konkrit untuk memperkukuhkan kenyataan ini. Pakar astronomi Syria, Severus Sebokht (kurun ke-7) telah mengetahui keunggulan astronomi dan matematik India. Beliau berpendapat perkiraan astronomi India adalah sesuai untuk tujuan praktikal dan lebih tepat daripada astronomi Greek- Romawi.
Muzik boleh ditakri^an sebagai bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan (Mahayudin, 2004). Bangsa Yunani dikatakan perintis dalam bidang seni muzik. Namun begitu setelah kedatangan Islam, orang-orang Islam telah memajukannya. Perkembangan seni muzik berlaku pesat pada zaman pemerintahan Kerajaan Abbasiyah di mana kebolehan menyanyi dan bermain alat muzik dijadikan pra syarat untuk diterima beke؟ja (Mohd Mokhtar, 1993). Kesannya, lahirlah ramai tokoh- tokoh terkemuka yang arif dalam bidang muzik seperti al-Farabi dan al-Kindi.
Dalam seni muzik India, tala atau corak, metrik menjadi asas teori irama. Raga atau corak melodi pula menjadi asas teori melodi. Pemain dram biasanya menjelaskan rangka tala dengan menggunakan pelbagai paluan dengan tangan dan jari di bahagian-bahagian gendang untuk memperbaiki irama yang kompleks. Dalam muzik India, walaupun teori harmoni tidak begitu meluas, mereka mempunyai raga yang lebih kompleks daripada corak melodi Barat. Pada zaman pertengahan, raga telah mempunyai skala komplementari yang disebut ragini. Raga dan ragini digunakan untuk menggambarkan waktu (kala) atau sesuatu musim, perayaan dan emosi. Alat-alat muzik India terbahagi kepada empat kategori iaitu pertama, tata (tali); kedua, avanaddha (dram); ketiga, ghana (solid atau ideophone); dan
keempat, susira (angin). Alat muzik India Utara adalah berbeza dengan alat muzik India Selatan. Di India Utara, sitar, sahnai, dan tabala merupakan alat muzik utama. Vinai, natasvaram dan mrdanga, menjadi alat muzik yang penting di India Selatan. Muzik India Utara (Hindustani) dan muzik India Selatan (Karnataka) mempunyai asal-usul dalam teks asas Natya-Sastra dan Sangita Ratnakara. Kedatangan Islam Ke China :
Agama Islam telah berkembang ke China dengan dua jalan, iaitu jalan laut dan jalan darat. Melalui jalan laut bermula dari Teluk Parsi dan bahagian selatan Semenanjung Tanah Arab hingga ke Lautan Hindi dan seterusnya ke bandar-bandar tenggara China seperti Canton.
Manakala jalan darat yang dikenali sebagai Silk Road ( Jalan Sutera) bermula dari Timur Mediterranean hingga ke Asia Tengah, Bukhara dan Samarkand sebelum masuk ke barat laut China dan berakhir di pasar Changan (Xi’an) dan Peking.
Pendatang Arab dan Parsi :
Pada peringkat awal iaitu pada abad ke 7M, masyarakat Islam di China terdiri daripada para pendatang Arab dan Parsi.
Tujuan asalnya ialah berdagang sambil menyebarkan Islam.
Perluasan kuasa ke Asia Tengah :
Perluasan kuasa ke kawasan Asia Tengah seperti Samarkhand, Bukhara, di wilayah Sinkiang mempercepatkan penyebaran Islam ke China.
Hubungan diplomatik juga dijalinkan diantara masyarakat muslim di Singkiang dengan Maharaja China.
Asimilasi :
Setelah itu pendatang Arab dan Parsi telah berkahwin dengan wanita tempatan. Berlaku proses asimilasi dengan masyarakat tempatan, maka ramai daripada mereka memeluk Islam.
Pada tahun 878M telah terdapat seramai 120,000 orang asing khususnya Arab Islam di Cina. Pada zaman akhir Dinasti Yuan penduduk Islam dianggarkan 4,000,000 orang.
Penempatan Masyarakat Islam :
Justeru itu penempatan orang Arab telah berkembang di kawasan selatan negeri China seperti Chuan Chow, Chang Chow, dan Kwang Chow(Canton).manakala pada zaman Dinasti Sung telah dibenarkan membuat perkampungan sendiri.
Pembinaan Masjid :
Menurut Ibnu Battuta sewaktu lawatan beliau ke China setiap perkampungan Islam telah didirikan sebuah masjid. Sebagai contoh Maharaja Huang Chu telah mendirikan sebuah masjid jamik di Nanking.
Di Nanking sahaja terdapat 36 buah masjid. Masjid telah dijadikan sebagai pusat ibadat,pusat kegiatan ilmu dan pertemuan untuk kegiatan kemasyarakatan orang islam. Kesannya kegiatan dakwah telah berkembang dengan pesat.
Di pinggir bandar Canton telah dibina sebuah zawiyah iaitu institut pengajian Agama dan tarekat yang dipimpin oleh Syeikh Burhanuddin.
Peranan Ulamak :
Pada zaman Dinasti Yuan ini juga telah terdapat beberapa orang ulama besar yang menetap di China seperti Fuqaha al-Muazzam Maulana Qawamuddin al-Sibti. Seorang ulama fekah mazhab Maliki yang berasal dari Maghribi,
Dasar Kerajaan China :
Apabila Islam menjadi kuat dan berpengaruh akhirnya terbentuk beberapa buah kerajaan di China yang mengamalkan dasar toleransi beragama seperti DinastiYuan dan Dinasti Ming.
Ramai ilmuan Islam dibawa masuk untuk berkhidmat sebagai pentadbir, pakar kewangan, arkitek, ahli sains dan matematik, ahli kaji bintang dan sasterawan.
Sebagai contoh pada zaman Dinasti Yuan, dasar anti confucianisme diamalkan dang mengutama orang luar terutama orang Islam. Seorang pentadbirnya terdiri daripada seorang Islam bernama Abdul Rahman menjawat jawatan Ketua Pemungut Cukai. Seorang lagi ialah Syed Ajall yang dikenali orang China sebagai Say Dian Chih yang pernah dilantik sebagai Menteri Kewangan pada 1259M dan Gabnor Yunan.
Sumbangan Islam :
Kerajaan Islam telah memberikan sumbangan besar kepada perkembangan Islam dan tamadunnya di China dalam bidang sains dan astronomi bilamana Teha Ma-Lou-Tin (Jamaluddin) berjaya mencipta takwim Wan Nien Li yang dugunakan sebagai takwim rasmi kerajaan Yuan. Begitu juga tokoh astronomi bernama Ma Cha –ye-he dan Laksamana Cheng Ho ( Muhammad Ma HO / Zheng He ) zaman Dinasti Ming . AMAN KEGEMILANGAN ISLAM DI CHINA BERLAKU DI ERA DINASTIMING (1368-1644).
SEWAKTU PEMERINTAH MAHARAJA CU YAUNG CANG, ORANG-ORANG ISLAM TIDAK DIBENARKAN DATANG DAN BERMASTAUTIN DINEGARA CHINA. HAL INI, MENYEBABKAN ORANG ISLAM MENGAMBIL TINDAKANDENGAN MENGAHWINI WANITA CINA KETURUNAN HAN SEBAGAIHELAH UNTUK MENJADI WARGANEGARA CHINA.KESANNYA: MELAHIRKAN SUATU BENTUK INTEGRASI BARU ANTARABUDAYA ISLAM DENGAN BUDAYA KAUM HAN.
. ANTARA INTEGRASI YANG DAPAT DILIHAT:iii.INTEGRASI DALAM ASPEK mAKANAN DAN PAKAIAN.iv.PENETAPAN NAMA : NAMA-NAMA YANG DIMULAI DENGAN HURUF‘M’ SEPERTI MUHAMAD, MUSTAFA, AKAN DILETAKKAN PERKATAAN‘MA’.v.NAMA-NAMA ORANG-ORANG ISLAM JUGA DIMULAKAN DENGAN HAUNTUK HASAN, HU UNTUK HUSSEIN DAN SAI UNTUK SAIDvi.ORANG ISLAM JUGA TERLIBAT DALAM BIDANG POLITIK,PENTADBIRAN, KESENIAN, DAN KEBUDAYAAN. CONTOH: SEORANGPANGLIMA ANGKATAN TENTERA ISLAM BERNAMA CHENG HO ATAUMUHAMAD MA HO DIUTUS UNTUK MENJALINKAN HUBUNGANDPLOMATIK DENGAN NEGARA-NEGARA DI ASIA TENGGARA, INDIADAN ARAB.vii.SELAIN ITU, SEORANG PEMERINTAH CHINA IAITU MING TSAI SUTELAH MELAKSANAKAN PERATURAN LARANGAN MEMINUM ARAK.
|
|
|
Post by aisyahnabila on Dec 27, 2015 2:54:35 GMT
A'ISYAH NABILA BINTI UZAIMI 2015441298 DS240
REFLEKSI 1
[Pencapaian Tamadun China]
Tamadun China telah mencapai kemajuan dalam pelbagai aspek kehidupan. Antara pencapaian Tamadun China ialah kesenian. Muzik klasik antara system muzik paling lama dan berkembang. Pada awalnya melibatkan kegiatan di istana, perayaan rakyat dan peristiwa berkaitan agama. Muzik klasik dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu meniup, genderang, memetik dan menggesek. Seni lukis pula berhubung kait dengan kaligrafi dan puisi. Keramaian lukisan cina dilukis menggunakan dakwat monokrom. Dalam seni bina pula, binaan tamadun Cina adalah bercirikan binaan yang berharmoni dengan alam semesta. Fengshui, iaitu lokasi dan susunan dalam sesebuah rumah atau kubur ditetapkan berpandukan teori ini. Tembok besar China merupakan contoh binaan agung tamadun ini.
Seterusnya dalam bidang kesusateraan, masyarakat China mahir dalam berpuisi. Antologi puisi Cina terawal bertajuk Shijing dan mengandungi 305 buah nyanyian kuil, istana, dan rakyat yang wujud pada zaman Zhou Barat hingga zaman Musim Bunga Musim Luruh. Dalam drama pula, zaju merupakan sejenis bentuk sastera yang digubah mengikut suit muzik tertentu dan bersemarak pada zaman Yuan. Zaju juga berperanan sebagai pengkritik social.
Dalam bidang sains dan teknologi, tamadun China mempunyai teknologi kejuruteraan hidraulik yang mengawal banjir Sungai Kuning. Dalam bidang astronomi, orang Cina mampu menyediakan katalog bintang, mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet. Dalam bidang matematik, orang Cina Berjaya mencipta sempoa. Dalam bidang perubatan, rangka teori asas bagi perubatang Cina tradisional ialah teori kosmik dualistic, ying dan yang dan juga lima elemen.
[Perbezaannya dengan tamadun Islam dan India]
Tamadun China mempunyai agama dan kepercayaannya tersendiri. Agama dan kepercayaan tamadun China yang uatama ialah Konfucianisme, Taiosme, Legalisme dan Buddha. Manakala tamadun India berpegang kepada agama Hindu dan juga Buddha. Tamadun Islam pula berpegang teguh kepada agama Islam yang mengagungkan hanya Tuhan yang satu.
REFLEKSI 2
[Kedatangan Islam dan pengaruhnya di China]
Pada zaman pemerintahan Khlalifah Uthman bin Affan r.a, beliau telah menghantar Saad bin Abi Waqqas r.a melawat China pada 651 M untuk menyampaikan dakwah kepada Maharaja China. Hasil lawatan tersebut, Maharaja China mengarahkan pembinaan masjid d Canton. Tentera Islam di bawah pimpinan Qutaibah bin Muslim menakluk Bandar Kashgar, inu kota Turkestan Timur pada 714 M dan menyeru Maharaja China memeluk Islam. Pada 757 M, Khalifah Al-Mansor menghantar 4000 orang tentera islam ke China untuk menentang pemberontakam di sana. Tentera Islam Berjaya dan terus menetap di sana dan berkahwin dengan wanita tempatan. Ini membantu penyebaran Islam di China. Sesetengah pendakwah ke negara China bersama pedagang dan menyebarkan Islam. Dalam abad ke-4, pengislaman Raja Turkestan Timur memudahkan lagi penyebaran Islam di Turkestan Timur dan China. Maharaja Tang II mula tertarik dengan Islam dan menjemput pendakwah secara rasmi. Pada abad ke-13 M, ramai orang Islam dibawa masuk ke Monggol dari Asia Barat untuk mebantu dalam pentadbiran melalui Laluan Sutera.
[Zaman kegemilangan Islam di China dan sumbangannya]
Zaman kegemilangan Islam di negara China terbahagi kepada empat zaman iaitu Zaman Tang (618-907 M), Zaman Sung (960-1271 M), Zaman Yuan (1271-1368 M) dan Zaman Ming (1368-1644 M). dengan bertapaknya agama Islam di China, telah membawa kepada banyak pembinaan masjid-masjid untuk tujuan ibadah seperti Majid Shijing, Tzian He, Phoenix, Tzien Zu dan Masjid Timur.
|
|
|
Post by khalisyah on Dec 27, 2015 6:28:37 GMT
KHALISYAH CHE HASHIM 2015218708 DS240 - A
REFLEKSI TAMADUN 1 - Bincangkan pencapaian Tamadun Cina & perbezaan dengan pencapaian Tamadun India dan Tamadun Islam.
1. Kesenian -Musik Klasik : Meniup (Dizi) , Genderang (MuYu), memetik (Pipa), menggesek (ErHu)
2. Fiksyen - 小说 (Xiaoshuo) - percakapan kecil atau sia-sia -Tidak setanding puisi atau frosa -Contoh --> Sangou Yanyi, Honglou Meng, Shuihu Zhuan, Xiyou Ji dan Jing Ping Mei
3. Seni Lukis -Mempunyai kaitan rapat dengan Kaligrafi & Puisi
-Lukisan portrait & landskap -Seni ukir cap -Perbezaan dengan puisi Barat: Terhad dan tidak dianggap menyeluruh , tidak menerima lukisan yang sekadar berbentuk cantik tetapi tidak memberi manfaat dari sudut keimanan & akhlak, objek yang td=idak bernyawa jarang dilukis.
4. Kaligrafi
-Gaya Cap [Zhuanshu] (Dinasti Qin)
-Gaya Resmi [Lishu] (Dinasti Han)
-Gaya Balok [Kaishu]
-Gaya Kursif [Caoshu]
5. Puisi
-Terawal--->Shijing (Klasik Puisi)
-Penuh dgn pelbagai idea dan teknik
-Yi Jing, Shu Jing, Liji, Chun Qiu
6. Prosa
-seperti Puisi Purba
-Mempunyai fungsi sosial dan politik
-jenis-jenis prosa : prosa bersifat puisi, rapsodi, prosa berima etc.
-Berkualiti =bermanfaat dari segi moral dan etika
-Bertujuan =Menyampaikan Dao (menunjukkan jln dan cara dari segi moral dan etika)
7. Drama Cina
-Zaju (sastera berbentuk puisi yang digubah mengikut muzik tertentu)
-Penulis menulis karya sebagai saluran mengeluarkan perasaan tidak puas hati
-Hiburan dan pengkritik sosial yg berjaya mendpt konsenses dan simpati penonton
-Nilai: Zhong(kesetiaan), Xiao(penghormatan terhadap ibubapa), Jie (kesuciaan seseorgwanita), Yi(keadilan)
Seni Bina 1. Berharmoni dengan alam semesta
2. Kepercayaan Fengshui -Lokasi dan susunan dalam rumah atau kubur berpandukan teori Fengshui.
3. Tembok Besar (dibina semasa Dinasti Chin) -Sepanjang kira-kira 2410km
-Setinggi 40-50 kaki
-1/7 wonders of the world -Menggunakan 30000 org
- tembok panjang dibina sebagai pertahanan (semenjak zaman Dinasti Chou lagi) dari serangan puak Mongol. -Dibina dengan tembok batu
Sains dan Teknologi
-Teknologi kejuruteraan hidraulik yang mengawal banjir Sungai Kuning (Hwang Ho) menunjukan kejayaan dan sumbangan tamadun cina dari aspek kejuruteraan.
1. Bidang Astronomi
Orang Cina menyediakan katolog bintang, mencatat rekod tepat gerhana dan komet
2. Bidang Matematik
Penggunaan sempoa (abacus)
3. Bidang Perubatan
-Teori kosmik dualistik, yin dan yang, lima elemen
-Akupunktur, Aurikuloterapi, Terapi Makanan Cina, Perubatan Herba Cina, Bekam Cina
4. Empat Ciptaan Agung:
-Kertas
-Cetakan
-Kompas
-Serbuk Letupan
PERBEZAAN
-Dalam aspek pemerintahan , rakyat disuruh untuk mentaati pemerintah. Kung Fu Tze ( tokoh tamadun China) memberi panduan kepada pemerintah untuk menjalankan pemerintahan dengan baik dan mengutamakan kebajikan rakyat. Ini juga disarankan oleh ahli falsafah dari tamadun lain seperti Al-Ghazali, Kautilya dan ajaran Buddha. Di Asia Tenggara juga menekankan raja itu harus berkelakuan baik dan bertanggungjawab. Muncul konsep Devaraja dan daulat di mana raja diberi taraf suci dan tertinggi dan dijelmakan sebagai wakil tuhan. Ini memberi penegasan kepada rakyat supaya dapat menumpahkan taat dan setia kepada raja.
-Aspek yang berikutnya ialah kemasyarakatan. Setiap tamadun menyatakan bahawa adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk menghormati setiap anggota masyarakatnya. Setiap ahli masyarakat perlu menjaga kebajikan dan memberi sokongan samaada berbentuk moral atau fizikal. Dalam tamadun Islam, perkara penting ialah perpaduan ummah. Walaubagaimanapun, ada juga yang tidak bersetuju. Contohnya, ahli falsafah China, Loa – Tzu menentang ajaran Kung Fu Tze yang menganjurkan hubungan antara masyarakat.
-Aspek yang terakhir iaitu bidang ekonomi pula, setiap tamadun menekankan pentingnya etika dalam menjalankan perniagaan. Tamadun Islam menggalakkan perniagaan tetapi ada peraturan halal dan haramnya. Contohnya haram mengambil riba. Tetapi Kung Fu Tzu, perniagaan ditegah sama sekali kerana taraf peniaga diletakkan paling bawah keran amenindas golongan lain.
REFELKSI TAMADUN 2 - Huraikan tentang kedatangan Islam dan pengaruhnya di China. Perihalkan zaman kegemilangan Islam di China dan sumbangannya terhadap peradaban tamadun Cina.
-Rombongan (kirim oleh Khalifah Uthman) pada 651M
-Diketuai oleh Saad bin Abdul Watas (bapa saudara Rasulullah belah ibu)
-Menghadap Maharaja Yung Wei dan disambut baik
-Pembinaan masjid di Canton
-Tersebar Islam melalui perdagangan antara pedagang Arab dan Cina
-Mengislamkan org tempatan: perkahwinan antara pedagang Arab dan org tempatan
-Islam berkembang melalui jalan laut (Teluk Parsi dan bahagian selatan Tanah Arab hingga Lautan Hindi
dan ke bandar (Canton)
-Jalan darat(Jalan Sutera) bermula dari Timur Mediterranean hingga ke Asia Tengah,
Bukhara dan Samarkand sebelum masuk ke barat laut China dan berakhir di pasar Changan dan Peking.
Kegemilangan Islam di China:
-Terbentuknya beberapa buah kerajaan yang mengamalkan dasar toleransi beragama (Dinasti Yuan dan Dinasti Ming).
-Sumbangan besar kepada perkembangan Islam dan tamadunnya di China dalam bidang sains dan astronomi, politik serta pentadbiran dan gaya hidup masyarakat.
-Bidang sains dan astronomi Teha Ma-Lou-Tin (Jamaluddin) berjaya mencipta takwim Wan Nien Li yang dugunakan sebagai takwim rasmi kerajaan Yuan.
-Segi pembinaan masjid yang pelbagai rupa.
-Seni ukir yang terdapat di Masjid pula banyak menggunakan ayat-ayat al-Quran serta corak-corak flora.
|
|
|
Post by fazleenanis on Dec 27, 2015 6:49:33 GMT
NURUL FAZLEEN ANIS BINTI CHE AZIZ 2015218624 DS240(A)
REFLEKSI 1
Terdapat banyak pencapaian tamadun China yang dapat dijadikan iktibar. Antaranya ialah:
1) Kesenian
Muzik klasik: Muzik Cina klasik adalah antara sistem muzik yang paling lama dan paling berkembang dalam dunia ini. Bukti dokumentasi menunjukkan bentuk muzik Cina yang wujud tidak terbilang jumlahnya dan aktiviti penciptaan muzik Cina yang awal melibatkan kegiatan di istana, perayaan rakyat dan peristiwa yang berkaitan dengan agama. Konfusius memberi pendapat, mengatakan bahawa muzik teragung adalah muzik yang berharmoni dengan alam sekitar, dan melalui harmoni ini dapat memulihkan keadaan dunia fizikal. Konfusius meletakkan muzik berkedudukan (status) penting, mengiktiraf peranannya dalam memberikan perkhidmatan dan membuat sumbangan terhadap pembentukan dunia yang bersifat teratur dan bermoral.
Fiksyen: Disebabkan cerita-cerita yang ditulis adalah dalam bahasa vernakular maka golongan terpelajar tradisional yang memandang tinggi stall klasik secara rasmi tidak menganggap fiksyen bernilai untuk diberi taraf sastera. Istilah Cina bagi merujuk genre ini ialah xiaoshuo bermaksud percakapan kecil, dan percakapan sia-sia. Ternyata, kedudukan fiksyen tidak setanding dengan puisi atau prosa yang selama ini bukan sahaja mempunyai fungsi sastera tetapi juga berperanan sebagai pendukung prinsip-prinsip moral etika dan juga sebagai alat politik.
2) Seni lukis
Seni bina: Dalam seni bina Cina, tembok merupakan antara binaan yang sangat penting kerana semua kota mempunyai satu tembok yang bertujuan untuk pertahanan dan keselamatan. Di peringkat kampung dan desa, kadang-kadang benteng tanah dibina mengelilingi kawasan tersebut dengan tujuan yang sama. Tembok kota kebiasaannya mengagumkan dengan ketinggian kebanyakannya dua puluh lima hingga tiga puluh kaki dan luasnya dua puluh kaki atau lebih. Lilitan tembok sepanjang lima atau enam batu merupakan suatu yang biasa dan di sesetengah bandar misalnya di Beijing, tembok lebih tinggi dan meliputi kawasan lebih luas. Tembok kota mempunyai pintu yang dibuka pada waktu tertentu iaitu waktu fajar dan ditutup pada waktu malam. Di atas pintu terdapat menara yang tinggnya beberapa tingkat. Tembok kota biasanya dikelilingi oleh pant penuh dengan air yang dalam dan lebar. Tembok yang terkenal di negara China dan juga di dunia ialah Tembok Besar China {The Great Wall of China). Tembok juga dibina bukan sahaja untuk mengelilingi kota tetapi juga untuk memagari kuil-kuil, istana dan rumah-rumah kediaman.
Kaligrafi: Salah satu bidang kesenian yang menarik dalam tamadun China ialah Kaligrafi atau seni khat. Kaligrafi China merupakan salah satu seni kaligrafi tertua dan masih diamalkan sehingga masa kini .Kaligrafi merupakan salah satu seni halus yang unik di dunia. Seni ini amat dihormati oleh masyarakat cina. Kaligrafi secara umumnya adalah satu tema yang bermaksud kumpulan patah perkataan yang menyampaikan pemikiran manusia dan dibentuk dalam penulisan. Dengan kata lain, kaligrafi merupakan satu bentuk penulisan yang menyampaikan pemikiran dan dilafazkan dalam bentuk penulisan. Peralatan lain yang diperlukan ialah berus, dakwat hitam, kertas mudah telap, dakwat dan batu dakwat. Kaligrafi Cina mempunyai unsur-unsur atau imej kekuatan, kecantikan ataupun keanggunan. Keindahan sesuatu kaligrafi banyak bergantung pada kepakaran perekanya melakar dengan menggunakan berus. Kaligrafi berkembang kepada beberapa gaya penulisan dan dibahagikan kepada 5 gaya penting iaitu Gaya Cap (Zhuan-shu), Gaya Resmi( Li-shu), Gaya Balok( Kai-shu), Gaya Kursif(Xing-shu dan Cao-shu). Kai-shu merupakan gaya penulisan yang paling popular dalam lima-lima jenis itu. Namun pengunaan gaya Kai-shu sering mendapat perhatian masyarakat kerana gaya ini mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat cina.
3) Kesusasteraan
Puisi: Antologi puisi Cina yang terawal bertajuk Shijing (Klasik Puisi). Puisi-puisi dalam antologi ini penuh dengan pelbagai idea dan teknik kesusasteraan yang menjadi contoh dan inspirasi kepada penyajak serta penulis generasi kemudian. Shijing bersama empat klasik lain iaitu Yijing (Klasik Perubahan), Shujing (Klasik Sejarah), Liji (Rekod Ritual) dan Chun qiu (Klasik Musim Bunga dan Musim Luruh), dikenali sebagai Wujing (Lima Klasik) dan sejak kurun ke-2SM ianya sangat dihormati oleh sarjana- sarjana Cina. Puisi yang terkandung dalam Shijing pada asasnya dinyanyikan dengan iringan muzik. Sesetengah puisi, terutamanya puisi kuil juga diiringi oleh tarian.Pada keseluiuhannya kebanyakan puisi dalam Shijing mementingkan elemen lirik lebih daripada elemen naratif. Rima akhir diutamakan untuk mencapai kesan muzik dan tidak bergantung kepada penggunaan kecantikan retorik. Puisi dalam Shijing mempunyai fungsi politik dan sosial selain daripada fungsi sastera. la digunakan dalam pertemuan rasmi raja dan pegawai diplomatik menyanyikan puisi sebagai pembayang bagi sesuatu keadaan sebenar atau untuk menyatakan maksud sebenar.
Prosa: Prosa klasik, atau dikenali guwen, adalah dominan dalam sastera Cina klasik. la menggunakan bahasa klasik. Terdapat juga prosa vernakular, atau haihuawen, yang ditulis dalam bahasa pertuturan (percakapan). Prosa klasik berdasarkan standard dan stail karya pakar zaman purba, khasnya klasik-klasik Konfusius dan karya ahli falsafah zaman awal sebagai model. Prosa vernakular yang ditulis dalam bahasa sehari-hari itu dipandang rendah. Bahasa percakapan, walaupun lebih mendekati kegunaan biasa, tidak ditegaskan dalam tradisi Cina, dan dielakkan dalam penulisan sastera sehingga kurun ke-13 dan ia mulai diguna oleh penulis drama dan fiksyen.Berlainan dengan prosa di Barat, prosa Cina seperti puisi purba, juga mempunyai rungsi sosial dan politik. Bagi seorang sarjana tradisional, khasnya sarjana Konfusian, sesebuah prosa yang berkualiti harus bermanfaat dari segi moral dan etika. Satu daripada tujuan penulisan prosa adalah untuk 'menyampaikan dao', atau menunjukkan jalan atau cara dari segi moral dan etika.
Drama: Drama Cina berkembang agak lewat. Drama Cina yang paling menarik ialah jenis zaju, sejenis bentuk sastera berbentuk puisi yang digubah mengikut suit muzik tertentu dan bersemarak pada zaman Yuan. Pelbagai tema dihasilkan dan terkandung dalam karya-karya drama. Terdapat penulis-penulis yang menghasilkan karya dan menggunakan karya mereka sebagai saluran untuk mengeluarkan perasaan tidak puas hati atau sebagai alat kritikan. Dengan ini zaju bukan sahaja memberi hiburan tetapi juga berperanan sebagai pengkritik sosial yang berjaya mendapat konsensus dan simpati penonton. Sebagai contoh, drama Dou'er yuan (Ketidakadilan Dou'er) karya Guan Hanqing, mengkritik kelemahan pegawai Mongol yang menerima rasuah sehingga mengakibatkan seorang suri rumah dihukum mati tanpa melakukan apa-apa kesalahan. Zaju banyak menyokong nilai-nilai Cina tradisional khasnya nilai seperti zhong (kesetiaan), xiao (penghormatan terhadap ibu bapa), jie (kesucian seseorang wanita) dan yi (keadilan).
4) Perkembangan Sains dan Teknologi
Astronomi: Di zaman awal pemerintahan dinasti Zhou (kurun ke-11 sehingga ke-3SM), orang Cina telah mampu menyediakan katalog bintang, mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet. Sumbangan terbesar ahli astronomi Cina ialah penghasilan peralatan astronomi dan penyelenggaraan rekod astronomi yang sempurna, tepat dan berterusan sepanjang lebih daripada 2,000 tahun. Sistem kalendar Cina juga adalah salah satu sistem yang paling awal, maju dan tepat berbanding dengan sistem lain di dunia ini.
Matematik: Orang Cina juga banyak mencapai kemajuan dalam bidang matematik. Penggunaan sempoa (abacus) disebut buat pertama kali pada kurun ke-2 dalam karya ahli matematik Xu Yue, walaupun alat itu tidak digunakan secara meluas sehingga masa yang lebih lewat. Kebanyakan matematik Cina terkandung dalam karya agong jiuzhang suanshu (Sembilan Bab Matematik) oleh Zhang Cang (kurun ke-2SM). Di dalam buku ini terdapat misalnya catatan mengenai kuantiti negatif. Ahli matematik Cina juga mengenai pasti nilai pi, sistem pecahan dan sistem perpuluhan. Kesemua kemajuan dalam bidang matematik ini kekal digunakan sehingga masa kini.
Perubatan:
1. Akupuntur Akupuntur dan moxihustion sangat penting dalam perubatan Cina tradisional. Berdasarkan teori jing dan luo, akupuntur melibatkan perbuatan memasukkan atau mencucuk jarum logam yang telah disteril, yang panjangnya antara 3 sehingga 24 cm ke dalam kulit dan tisu di bawah kulit. Cara perubatan ini adalah bagus untuk melegakan sakit pada setiap persendian, sakit belakang, salah urat, angin Ahmar, kekejangan, athsma, darah tinggi dan sakit kepala, sinusitis dan lain-lain lagi.
2. Aurikuloterapi Merupakan terapi telinga ataupun akupuntur di telinga tanpa jarum. Banyak penyakit yang boleh dirawat dengan kaedah ini antaranya ialah dapat mengendalikan makan yang berlebihan untuk penuruna berat badan, mengatasi kebiasaas merokok yang sulit dihentikan, meringkan sakit punggung yang mengganggu serta terasa lebih tenang dan tidur lebih nyeyak.
3. Terapi makanan Cina Contoh terapi makanan Cina ialah Angco. Angco bersifat hangat dan rasanya manis. Khasiatnya ialah meningkatkan fungsi limpa dan perut, menggantikan chi, meningkatkan produksi cairan tubuh, meningkatkan imunitas, menurunkan kolesterol darah dan lain-lain lagi. Selain itu, kulit jeruk juga merupakan terapi makanan Cina. Sifat kulit jeruk ialah hangat dan rasanya sepat dan pahit. Khasiatnya ialah dapat meningkatkan aliran chi dan eliminasi dahak. Digunakan untuk mengubati batuk produktif disertai dada sesak.
4. Perubatan Herba Cina Perubatan herba Cina boleh digunakan dalaman dan luar serta tiada kesan sampingan. Perubatan herba Cina menggunakan masa yang lebih panjang untuk merawat penyakit tetapi berpotensi kerana herba cina boleh menyembuhkan kesihatan.
5. Bekam Cina Selain itu, bekam Cina atau bekam angina dilakukan di bahagian dada dan badan. Khasiatnya dapat mengeluarkan angina dari badan, menyegarkan badan, melonggarkan urat saraf yang bersimpul, menghilangkan kelesuan dan merawat penyakit lelah.
REFLEKSI 2 Pembinaan masjid-masjid di seluruh wilayah-wilayah di China membuktikan bahawa ajaran Islam diterima oleh sebahagian masyarakat Islam-Cina sebagai agama yang suci. Penyebaran Islam ke China mengambil masa amat panjang iaitu antara 700-800 tahun. Keadaan pengembangan Islam amat stabil walaupun tempoh penyebaran mengambil masa sampai beratus-ratus tahun. Kedatangan Islam yang pertama ke China dibawa oleh rombongan yang dikirimkan oleh Khalifah Uthman pada 651 Masihi iaitu 20 tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Kedatangan Islam ke China diketuai oleh Sa’ad bin Abi Waqas iaitu bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w. Agama Islam diterima dengan baik oleh Maharaja Young Mei dan beliau memerintah buruhnya membina masjid yang pertama di China. Masjid pertama dibina di Canton. Zaman Dinasti Tang merupakan zaman keemasan China dengan budaya Kosmopolitan yang membantu memperkenalkan agama Islam. Saudagar Arab dan Parsi merupakan orang Arab Islam yang pertama bermastautin di China. Pada zaman Dinasti Shang, agama Islam terus berkembang di China khususnya di kota dan pelabuhan-pelabuhan utama di selatan China.
Masjid Shijing: Masjid ini merupakan masjid yang tertua di Guangzhou yang dibina pada 1009 Masihi oleh masyarakat Arab Islam yang bermastautin di Guangzhou. Masjid ini masih digunakan oleh masyarakat Cina Islam. Masjid ini merupakan tempat beribadat bagi masyarakat Islam yang bermastautin di Guangzhou. Masjid Shijing juga pernah dikunjungi oleh pedagang-pedagang dari Brunei atau utusan-utusan dari Brunei yang beragama Islam. Antara kesan peninggalan yang masih kekal di Masjid Shijing ialah telaga yang merupakan tempat mengambil wuduk tetapi sekarang tidak digunakan lagi. Di persekitaran Masjid Shijing terdapat perkuburan orang-orang Islam terutamanya orang-orang Arab dan Parsi.
Masjid Tzian He: Masjid ini dibina pada 1275 Masihi semasa zaman Dinasti Yuan. Masjid ini merupakan salah sebuah daripada empat masjid yang terkenal di China. Masjid ini telah dibina oleh Muhaddin iaitu salah seorang waris keturunan Nabi Muhammad s.a.w dari generasi yang ke-16. Ramai masyarakat Cina Islam menunaikan solat Jumaat di masjid ini. Makam Muhaddin mula dibina pada zaman Dinasti Chuo dan seterusnya diperbesarkan dan dibaikipulih pada zaman Dinasti Ming dan Qing. Makam yang berusia kira-kira 700 tahun ini mempunyai keluasan 666.7 meter per segi. Latar belakang Muhaddin ialah beliau merupakan wali tertinggi oleh masyarakt Tzian He. Makamnya terletak di timur Kota Yangzhou dan ditebing terusan utama atau dipanggil Great Canal. Semasa hayatnya, dia menyebarkan ajaran Islam di kota Tzian He dan telah mengislamkan puluhan ribu penduduk tempatan.
Masjid Burung Merak /Phoenix: Masjid ini terletak di bandaraya Hang Zhao dan dibina pada zaman Dinasti Tang. Masjid ini dibaikpulih dan diubahsuai sehingga zaman Dinasti Yuan pada tahun 1281. Seorang mubaligh Islam dari Iran telah datang untuk menderma kepada kos pembaikpulih masjid ini. Pada tahun 1070, Maharaja Shien Zhou telah menjemput 5300 orang Islam dari Bukhara untuk menetap di ibu negeri. Ianya diketuai oleh Putera Amir Said yang dikenali sebagai Bapa Komuniti Islam di China. Ciri-ciri Masjid Phoenix ialah terdapat ayat-ayat Al- quran di dinding dan seni binanya kebanyakkan mengikut seni bina Arab. Kubah masjid berbentuk burung merak atau phoenix. Bangsa Arab, Parsi dan generasi Islam yang lahir hasil perkahwinan dengan wanita-wanita Han tempatan memainkan peranan industri import dan eksport di kota-kota pelabuhan utama China.
Era Keemasan Islam di China Kegemilangan agama Islam pada era Laksamana Tzian He membuatkan dia dikenali sebagai era keemasan dalam sejarah Islam di China. Pusat-pusat Islam berkembang di China seperti Nyanjing. Banyak masjid dibina seperti Masjid Tzien Zu yang dibina semasa pemerinthan Tzien Zu.
Masjid Tzien Zu: Masjid ini terletak di jalan Shan Shan yang dibina pada abad ke-14 Masihi oleh Maharaja Zu Yuan Cham khusus untuk orang–orang Islam yang tinggal di ibu kota itu sejak zaman Dinasti Chou dan Yuan. Masjid ini menjadi tumpuan orang Islam dan dipercayai juga digunakan oleh pembesar-pembesar dari luar negara yang berkunjung ke ibu kota ini.
Bandar Sanya: Sanya merupakan bandar selatan di daerah Hainan, menjadi bandar kedua terkenal selepas Haiku. Penduduknya seramai 530 ribu orang dan merupakan pusat bandar bagi masyarakat Islam. Masyarakat Islam daripada bangsa Hui berjumlah seramai 10 ribu orang. Terdapat dua perkampungan Islam iaitu Hui Gui dan Hui Zing. Menurut imam masjid East Mosque atau Masjid Timur di Kampung Hui Gui, bernama Osman yang berumur 86 tahun dan anak lelakinya Kasim yang berumur 52 tahun menerangkan kedatangan Islam. Agama Islam di Sanya dibawa oleh orang Vietnam sejak 200-300 tahun yang lalu menerusi jalan laut secara perdagangan dan penghijrahan. Terdapat seramai 400-500 orang masyarakat Islam di Sanya yang telah mengerjakan haji di Mekkah dan seramai kira-kira 40 orang masyarakat ini menunaikan haji setiap tahun.Menurut Haji Zakaria, ajaran Islam di Sanya telah wujud sejak beratus tahun yang lalu dibawa oleh orang-orang Champa-Vietnam melalui jalan laut menerusi Guangzhou dan tersebar di Sanya. Kedudukan yang strategik memudahkan ajaran Islam disebar ke kota ini.
Masjid Timur: Masjid ini terletak di Kampung Hui Gui dan Hui Zien dan merupakan masjid yang terkenal di Sanya. Masjid ini merupakan tempat perkumpulan orang-orang Islam untuk berinteraksi di antara mereka, tempat belajar ilmu-ilmu agama seperti mengaji dan sebagainya. Di luar masjid Timur, terdapat kelas untuk berlajar ilmu-ilmu agama. Tenaga-tenaga pengajar yang mengajar di sini adalah secara sukarela. Berhampiran masjid ini ialah Sekolah Hui Gui Toi. Sekolah ini mempunyai seramai 450 orang penuntut iaitu kira-kira 70% daripadanya terdiri daripada orang-orang Islam Sanya dan 30% bangsa lain.
Teori kedatangan Islam ke China
Apabila agama Islam berkembang di Mekkah, pedagang Islam terus berdagang Islam terus berdagang dan berdakwah di Asia Tenggara. Menurut pendapat pakar sejarah, Islam datang dari Arab melalui pedagang. Canton pernah menjadi pusat perniagaan pedagang Arab hingga pedagang Cina memeluk Islam. Pedagang Cina-Islam ini kemudiannya berdagang di Asia Tenggara di samping menyebarkan Islam. Pedagang Arab ini tinggal beberapa bulan di Asia Tenggara dan ada yang menetap serta membina perkampungan Arab. Ada juga pedagang Arab yang berkahwin dengan wanita-wanita tempatan dan menyebarkan Islam. Semasa menunggu angin mohsun pula, pedagang mengembangkan ajaran Islam. Penduduk tempatan juga terpikat dengan kejujuran, sifat pembersih para pedagang Arab.
|
|
|
Post by sabrina on Dec 27, 2015 14:31:04 GMT
NUR SABRINA BT SHES SU’EIBA 2015666548 PROGRAM: DS240(A)
REFLEKSI 1 Pencapaian dalam tamadun China 1)Kesenian a) muzik klasik : merupakan yang paling lama dan berkembangn maju. Pada mulanya hanya melibatkan kegiatan istana, perayaan rakyat dan juga peristiwa berkaitan agama. Terdapat pelbagai kategori seperti meniup, genderang, petik dan juga gesek. b) fiksyen : menggunakan bahasa vernacular dan tidak dianggap sebagai sastera oleh golongan terpelajar tradisional. c) seni lukis : mempunyai hubungan yang rapat dengan kaligrafi dan puisi. beza seni lukis China dan Barat : -China terhad dan tidak dianggap meyeluruh -objek yang tidak bernyawa jarang dilukis oleh China -China tidak terima jika lukisan tidak memberi manfaat dari segi iman dan akhlak. d) seni bina : mempunyai keharmonian dengan alam sekitar. Contohnya, tembok besar cina yang merupakan antara 7 keajaiban dunia telah dibina pada zaman dinasti Chin yang menggunakan tenaga manusia 30 000 orang yang bertindak sebagai pertahanan dari puak mongul. e) kaligrafi : seni yang tertua dan memiliki gaya yang unik. Antara kaligarfi yang popular adalah Zuanshu, Lishu, Kaishu, Coashu dan juga Xingshu.
2)Kesusasteraan a)puisi : disusun pada zaman Confucius b)prosa : untuk fungsi social dan metematik c)drama : yang paling menarik ialah jenis zaju pada zaman Yuan. Ini digunakan untuk melahirkan rasa tidak puas hati
3) sains dan teknologi -kejuruteraan hidarulik mengawal banjir Sg Kuning -bidang astronomi -bidang matematik -bidang perubatan, perubatan cina -akupuntur, aurikuloterapi, bekam cina
REFLEKSI 2 KEDATANGAN ISLAM -pembinaan banyak masjid-masjid merupakan bukti penerimaan Islam sebagai salah satu agama yang suci dalam tamadun ini. -penyebaran Islam telah berlaku sejak 700-800 tahun dahulu, penyebarannya perlahan tetapi stabil. - Khalifah Uthman telah menghantar rombongan yang diketuai oleh Saad bin Waqas pada tahun 651 M selepas 200 rasulullah SAW wafat. - Maharaja Yong Wee telah menerima rombongan ini dengan baik dan telah membina masjid yang pertama di Canton. - Dinasti Tang ,erupakan Zaman Keemasan yang membantu dalam penyebaran agama Islam. -penghijrahan orang Islam yang pertama adalah dalam kalangan orang Arab dan Parsi. - Masjid Qinjingmerupakan masjid yang tertua dan dibina pada tahun 1009 M pada zaman Dinasti Song. - masjid ini pernah dikunjungi oleh Kerajan Brunei dan terdapat perkuburan Islam di sekeliling masjid tersebut. -Pada tahun 1070, Maharaja Shih Zhong Ning telah mengajak seramai 5300 orang Islam dari Bukhara untuk menetap di Siang Selatan yang dikenali sekarang sebagai Beijing. -rombongan ini telah diketuai oleh Putra Amir Saiyid yang kemudian dikenali sebagai Bapa Komuniti Islam di China -antara pengaruh islam dalam senibina di China dapat dilihat pada senibina masjidnya. Terdapat ayat al-Quran pada dinding-dinding masjid dan senibinanya telah mengikut senibina Arab, Parsi(Iran) dan dome masjidnya berbentuk burung merak. - orang Arab dan Parsi yang lahir di China telah membantu dan memainkan peranan penting dalam bidang ekonomi China. - zaman Laksamana Zhong He dikenali sebagai zaman kegemilangan Islam yang juga dikenali sebagai Era Keemasan Islam di China. - pada zaman ini, pusat Islam telah berkembang dengan maju dan banyak masjid telah dibina. - Masjid Zhing Zu telah dibina oleh Maharaja Ju Yuan Chang untuk orang Islam dan masjid tersebut telah menjadi tumpuan orang ramai dan dipercayai telah digunakan oleh pembesar dari luar Negara yang berkunjung ke China. - Sanya merupakan pusat Bandar Islam. - Masjid Timur terkenal sebagai tempat berkumpul orang Islam untuk berinteraksi dan belajar. -imamnya telah meneramngkan bahawa Islam dibawa oleh orang Champa Vietnam sejak 700 ke 800 tahun yang lalu menggunakan jalan laut di Guangzhou melalui perdagangan dan penghijrahan. - kebanyakkan mereka mengekalkan budaya memakan sireh dengan pinang dan kapur. - Agama Islam yang menuntut penganutnya berfikir secara rasional, menjaga kebersihan dan pelbagai akhlak yang terpuji telah menarik minat penduduk di Asia untuk menerima Islam secara terbuka.
|
|
|
Post by elhuda on Dec 28, 2015 7:51:46 GMT
NUR AL HUDA BINTI MANSUR (2015230028) GROUP A (DS240)
REFLEKSI 1
PENCAPAIAN YANG DIPEROLEHI DALAM TAMADUN CHINA.
Pada zaman Tamadun China, bidang seni lukis telah menunjukkan hubungan yang akrab dengan sastera. Antara yang dapat dikaji ialah puisi, kaligrafi, lukisan potret dan landskap berseta seni ukir cap. Selain itu, dalam bidang seni bina. Masyarakat Cina telah membina Tembok Besar China yang diperbuat daripada tembok batu dan turut dilengkapi pintu gerbang, parit besar serta menara. Bidang kesenian dapat dipaparkan melalui ciptaan alat - alat muzik seperti alat muzik DiZi, alat muzik MuYu, alat muzik PiPa dan alat muzik ErHu. Di samping itu, budaya Cina sangat menghargai kemahiran dalam teknologi khasnya kejuruteraan hidraulik kerana kewujudan budaya Cina bergantung kepada kejayaan atau keupayaan untuk mengawal banjir Sungai Kuning. Dalam bidang perubatan, rangka teori asas bagi perubatang Cina tradisional ialah teori kosmik dualistic, ying dan yang. Dalam bidang matematik, orang Cina Berjaya mencipta sempoa. Dalam bidang astronomi, orang Cina mampu menyediakan katalog bintang, mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet.
PERBEZAAN DENGAN TAMADUN ISLAM DAN INDIA
Tidak semua tamadun percaya pada konsep ketuahanan. Masyarakat Cina meletakkan kepercayaan utama mereka pada konsep Konfucianisme, Taiosme, Legalisme dan Buddha. Masyarakat india pula percaya pada dewa dewa dan kebanyakan daripada mereka menganut agama Hindu dan Buddha. Manakala tamadun Islam pula berpegang kepada Tuhan yang satu dan menganut agam Islam.
REFLEKSI 2
KEDATANGAN ISLAM DAN PENGARUHNYA DI CHINA
Islam telah berkembang di kalangan peniaga Cina di Canton. Peniaga Cina Islam sudah lama berdagang ke Asia Tenggara. Pedagang Islam dari Canton dan Amoy berhijrah beramai-ramai ke Asia Tenggara pada tahun 876 M. Antara pengaruhnya di Cina, unsur seni bina masjid di Nusantara menyamai unsur seni bina China. Di samping itu, bumbung masjid menyamai bentuk bumbung pagoda. Selain itu, Penggunaan atap genting China, warna merah dan kuning pada kayu kepala pintu dan tingkap masjid menunjukkan ciri-ciri seni bina China. Penggunaan jubin pada lantai, dinding dan tangga juga merupakan salah satu pengaruhnya.
ZAMAN KEGEMILANGAN ISLAM DI CHINA DAN SUMBANGANNYA Zaman kegemilangan Islam di negara China terbahagi kepada empat zaman iaitu Zaman Tang (618-907 M), Zaman Sung (960-1271 M), Zaman Yuan (1271-1368 M) dan Zaman Ming (1368-1644 M). Pembinaan masjid di China telah menjadi semakin meningkat. Contohnya, Masjid Glassbridge adalah salah satu dari 4,000 masjid di China dan masih terdapat kaligrafi yang bertulisan arab Cina.
|
|
|
Post by Ramimmug on Oct 26, 2020 6:02:52 GMT
tablets aldactone etniche <a href="http://tadalafil5walmart.com">aldactone</a> hoever
|
|
|
Post by Faziddus on Jan 3, 2022 11:48:25 GMT
tanimbar stromectol adult lice pliku ivermectin horse paste for scabies <a href="http://ivermectin-3mg.net/#">ivermectin 6 mg tablets for human </a> - dosage of ivermectin for dogs ivermectin 3 mg for sale
redemptive stromectol purchase
|
|
|
Post by Faziddus on Jan 3, 2022 11:49:34 GMT
tanimbar stromectol adult lice pliku ivermectin horse paste for scabies <a href="http://ivermectin-3mg.net/#">ivermectin 6 mg tablets for human </a> - dosage of ivermectin for dogs ivermectin 3 mg for sale
redemptive stromectol purchase
|
|
|
Post by pinupcasino777 on Jan 21, 2022 17:12:40 GMT
Игровые автоматы pin-up-casino.cyou/ Казино имеют официальную лицензию и стабильно выплачивают игрокам их выигрыши!
|
|