|
Post by Admin on Nov 23, 2014 0:52:35 GMT
Assalamualaikum wrt. wbt. dan Selamat Sejahtera. Apa khabar pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian. Sila klik pautan aktiviti refleksi tamadun India, kemudian tonton video yang disediakan. Anda seterusnya boleh membuat refleksi tentang tugasan berkenaan di sini. Selamat menonton video berkenaan dan mudah-mudahan anda memperolehi informasi bermanfaat daripadanya. Saya yakin anda semua mempunyai idea dan pandangan yang ingin dikongsikan. Bersama berinteraksi di sini untuk melatih kemahiran berkomunikasi dan kemahiran bekerjasama (kolaboratif) dengan rakan-rakan.
|
|
|
Post by Admin on Nov 25, 2014 8:21:17 GMT
Assalamualaikum wrt. wbt. dan salam sejahtera pelajar-pelajar yang ceria..... Bagaimana persediaan anda menghadapi peperiksaan akhir? Usatzah yakin kamu semua sedang tekun mengulangkaji pelajaran. Boleh jadi sedang menyiapkan projek atau bersedia untuk pembentangan kumpulan. Boleh mulakan perkongsian atau refleksi anda terhadap video yang telah ditonton dalam Aktiviti (Refleksi Tamadun India). Perkongsian ini bebas kerana ia bertujuan untuk mengembangkan pengetahuan anda. Semakin anda faham tentang tajuk Tamadun India semakin banyak idea yang boleh dikongsikan. Jika kurang idea sekalipun, cuba mulakan sedikit demi sedikit. Nanti rakan-rakan yang lain sambung perbincangan. Jom.....jadi individu pertama yang memberi idea di sini. Pasti ada yang menjadi kedua, ketiga dan seterusnya. Ustazah juga sentiasa akan bersama-sama anda pada setiap hari.
|
|
|
Post by maslinaazaini on Nov 27, 2014 18:17:43 GMT
assalamualaikum semua.. setelah menonton video tentang tamadun india td, sy ada sedikit soalan yg ingin di rungkaikan..
berkenaan dengan tamadun islam di india, jika kita lihat, kerajaan Mughal(Islam) pengasasnya zahiruddin muhammad Babur, drpd pimpinan Monggol..
soalan sy, kerajaan monggol sebenarnya Islam ke tidak? sebab jika kita tengok yang menjatuhkn kerajaan Abbasiyah ialah tentera Monggol yg dipimpin oleh HUlagu Khan yang bukan Islam.. Islam smpai di India semasa ada sistem khilafah ke setelah runtuhnya sistem khilafah?
|
|
|
Post by Admin on Nov 28, 2014 6:10:52 GMT
Apa pandangan semua tentang idea yang dilontarkan di atas...Adakah Hulagu Khan yang menjatuhkan kerajaan Abbasiyyah daripada Kerajaan Mughal pada zaman Babur? Kerana Kerajaan Mughal pada zaman Babur adalah yang merupakan kepimpinan dalam pemerintahan Islam.
|
|
|
Post by nadiafatihahroslan on Nov 29, 2014 2:08:36 GMT
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
REFLEKSI TAMADUN 1
PENGARUH ISLAM KE ATAS PERKEMBANGAN DAN KEMAJUAN SENI BINA DI INDIA
Berdasarkan video pertama yang saya tonton sebentar tadi, ia membincangkan sumbangan besar Tamadun India dari segi seni bina. Seni bina tamadun ini banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan cuaca. Antara seni bina yang terkenal adalah Taj Mahal dan Masjid Moti atau Masjid Mutiara. Taj Mahal adalah seni bina mewah yang terbaik dari dinasti Mughal dan ia adalah contoh terbaik seni bina Mughal yang menggabungkan seni bina Parsi, TUrki, India dan Islam serta dikatakan sebagai 'permata seni bina Islam'. Antara pengaruh tamadun Islam terhadap seni bina Taj Mahal adalah Taj Mahal mempunyai 4 menara yang lebih kurang 46m menghiasi setiap penjuru, ini merupakan ciri bina Islam yang berunsurkan binaan menara yang tinggi. Kedua, Taj Mahal didirikan di hujung sebuah taman yang luas dengan pintu masuk berbentuk lenkungan yang menawan menyerupai sebuah masjid kerana senibina Islam biasanya mempunyai bentuk binaan yang menyerupai bentuk masjid lapangan. Ketiga, seni bina Taj Mahal mempunyai hiasan berunsurkan jambangan bunga dan geometri yang mencerminkan simbolik antara alam sekitar dan tanda-tanda keagungan Tuhan. Akhir sekali, ayat al-Quran menjadi hiasan utama Taj Mahal dan ukiran huruf khat thuluth Islam yang menjadi seni huruf utama Taj Mahal.
PERBEZAAN SENI BINA BAGI SETIAP ZAMAN DI INDIA
1) Pada zaman Asoka, seni bina seperti pintu-pintu gerbang adalah dipengaruhi oleh agama Buddha. 2) Pada zaman Gupta, binaan seperti kuil dipercayai penting untuk pengebaran agama. Seni bina dan seni ukir mencapai kegemilangannya. Konsep asas ditentukan oleh kalangan Brahmin. Agama Hindu menekankan simbol empat segi manakala Buddha lebih condong kepada bentuk bulat. Seni bina zaman ini mempunyai empat struktur penting. Pertama, Shikara bermaksud bentuk kereta kuda orang Aryan. Kedua, Vimana iaitu kuil yang berbentuk percampuran piramid bertingkat dan menjadi lambang seni bina kuil selatan India. Ketiga, Ratha iaitu batu tunggak diukir menjadi bentuk binatang. Akhir sekali, Gopuram yang menandakan pintu masuk utama ke kompleks kuil. 3) Pada zaman Maurya, tiang Asoka adalah contoh terbaik kemegahan seni bina India. 4) Pada zaman Chola, kuil Brigathiswarar dibina di Thanjavur yang menunjukkan keunikan corak seni bina. 5) Pada zaman Vedik, banyak bangunan keagamaan diubahsuai oleh orang-orang agama Buddha semasa pemerintahan Maharaja Asoka, contohnya kuil dua di Bhaja, Ajantha, Ellora dan Mahapallipuram.
|
|
|
Post by Admin on Nov 29, 2014 5:28:34 GMT
Tahniah nadia...jawapan yg bagus.kamu dpt mngeluarkan isi2 penting drpd video yg ditonton...kawan2 yang lain boleh continue..
|
|
|
Post by nadiafatihahroslan on Nov 29, 2014 9:30:42 GMT
*sambungan
REFLEKSI TAMADUN 2
PENCAPAIAN TAMADUN INDIA DALAM PELBAGAI BIDANG
Berdasarkan video refleksi tamadun 2, terdapat beberapa pencapaian yang diperolehi dalam tamadun India, antaranya ialah, 1) negara pertanian kedua terbesar 2) negara yang mempunyai pelbagai bahasa dan etnik 3) sektor IT yang paling pesat berkembang di dunia 4) tentera bersenjata kedua terbesar di dunia 5) tentera udara keempat terbesar di dunia 6) tentera laut kelima terbesar di dunia 7) negara pengeluar susu yang terbesar 8) salah sebuah negara dari 6 negara yang melancarkan satelit
Pencapaian yang turut dinyatakan dalam tamadun India ialah dari segi kesenian(tarian, muzik, drama), seni bina(seperti yang dibincangkan dalam refleksi tamadun 1), seni ukir(patung, tiang), seni lukis(candi dan kuil), dan sains dan teknologi(merangkumi bidang matematik, astronomi, fizik, kimia, dan logam).
|
|
|
Post by nadiafatihahroslan on Nov 29, 2014 9:59:50 GMT
Untuk menjawab soalan maslinaazaini iaitu 'adakah kerajaan mongol Islam atau tidak?' Info ini saya dapat daripada blog seorang pemuda, nama blognya takusahrisau. Bangsa Mongol bertanggungjawab terhadap kejatuhan Dinasti Abbasiyyah di Baghdad. Baitul Hikmah yang diasaskan oleh Khalifah Harun al-Rashid musnah dan beribu-ribu kitab dibakar dan dihanyut di Sungai Furat. Air Sungai Furat dikatakan bertukar menjadi kehitaman akibat dakwat yang mencair daripada kitab-kitab tersebut. Hakikat yang perlu diketahui oleh umat Islam pada hari ini adalah Bangsa Mongol meskipun kelihatan agresif ketika di medan tempur namun hampir setiap pemimpin mereka bersikap bertolenrasi terhadap agama selain daripada agama anutan mereka. Hulagu Khan misalnya, miskipun terkenal sebagai seorang pemimpin yang bengis namun bertoleransi terhadap agama. Beliau mengahwini isteri yang menganut ajaran Kristian Nestorian. Sikap mereka yang sangat bertolenrasi sebenarnya memudahkan pengislaman mereka. Beberapa pemimpin tertinggi Mongol diriwayatkan memeluk Islam bahkan mengenepikan semangat kebangsaan untuk membantu empayar Islam daripada terus rebah dilanda amukan Mongol. Kalau ada info yang kurang tepat, mohon diperbetulkan.
|
|
|
Post by Sara Nabilah on Nov 29, 2014 13:40:45 GMT
Refleksi Tamadun 1 Kesan pengaruh Islam terhadap kesenian seni bina India dapat dilihat dengan jelas pada binaan Taj Mahal. Seperti yang dinyatakan di dalam video , terdapat 4 aspek islam yang dapat dilihat seni bina Taj Mahal iaitu :-
- binaan 4 menara di setiap penjuru yang berunsurkan binaan menara yang tinggi. - didirikan di hujung sebuah taman yang luas dengan pintu masuk berbentuk lenkungan (seni bina islam biasanya mempunyai binaan berbentuk masjid lapangan) - corak hiasan yang berunsurkan jambangan bunga dan geometri yang melambangkan simbolik antara alam sekitar dan tanda- tanda keagungan Tuhan. - Ayat Al quran menjadi hiasan utama ukiran huruf khat thuluth Islam yang menjadi seni huruf utama Taj Mahal.
Kesemua aspek binaan yang disebutkan diatas yang terdapat pada Taj mahal merupakan ciri- ciri binaan Islam.
Perbezaan seni bina pada setiap zaman pula adalah seperti berikut:-
Pada zaman Asoka, seni bina pintu gerbang dipengaruhi oleh agama Buddha. Pada zaman Gupta, seni bina kuil penting untuk pnyebaran agama. Konsep asas seni bina dan seni ukir ditentukan oleh golongan Brahmin. Agama hindu menekankan simbol empat segi manakala agama Buddha menekankan bentuk condong dan bulat.Seni binanya mempunyai 4 struktur penting iaitu Shikara (bentuk kereta kuda orang Aryan), Vimana (kuil yang berbentuk pencampuran piramid bertingkat & lambang seni bina kuil selatan India), Ratha (batu tunggak diukir menjadi bentuk binatang), Gopuram (menandakan pintu masuk utama ke kompleks kuil). Pada zaman Maurya, terdapat seni bina Tiang Asoka. Pada zaman Chola, terdapat seni bina Kuil Brigathiswarar di Thanjavur. Pada zaman Vedik, bangunan keagamaan diubahsuai oleh orang - orang agama Buddha (contohnya : kuil dua dia Bhaja, Ajantha, Ellora, Mahapallipuram).
|
|
|
Post by hafizuddinsaif on Nov 29, 2014 14:49:13 GMT
Assalamualaikum
Refleksi Tamadun 1:
Perkembangan seni bina tamadun india dipengaruhi oleh persekitaran dan cuaca. Antara seni bina yang terkenal ialah Taj Mahal dan Masjid Mutiara yang mempuyai pengaruh islam dalam seni binanya. Antara ciri seni bina islam dalam Taj Mahal ialah 4 menara yang lebih kurang 46m menghiasi setiap penjuru. Kedua, Taj Mahal didirikan di hujung sebuah taman yang luas dengan pintu masuk berbentuk lengkungan yang menyerupai sebuah masjid. Ketiga, seni bina Taj Mahal mempunyai hiasan berunsurkan jambangan bunga dan geometri yang mencerminkan simbolik antara alam sekitar dan tanda-tanda keagungan Tuhan. Akhir sekali, ayat al-Quran menjadi hiasan utama Taj Mahal dan ukiran huruf khat thuluth Islam yang menjadi seni huruf utama. Tamadun india juga menunjukkan kreativiti masyarakat tamadun mereka melalui corak seni bina yang digunakan dalam setiap binaan. Kemajuan yang dicapai oleh tamadun india ialah ciri perancangan bandarnya yang sangat sistematik. Seni bina seperti pintu gerbang banyak dipengaruhi oleh agama buddha.
Perbezaan Seni Bina Setiap Zaman Di India: 1. Zaman Gupta, binaan kuil penting untuk penyebaran agama. Seni ukir & seni bina berjaya mencapai zaman kegemilangannya. Konsep asas binaan ditentukan oleh kalangan Brahmin. 2. Zaman Maurya, tiang Asoka merupakan contoh kemegahan seni bina india. 3. Zaman Chola, kuil Brigathiswarar menunjukkan keunikan corak seni bina. 4. Zaman Vedik, banyak bangunan keagamaan diubahsuai oleh orang2 agama buddha. Antaranya kuil dua di Bhaja, Ajantha, Ellora dan Mahapallipuram.
Refleksi Tamadun 2:
Pencapaian Tamadun India: 1. Negara kedua terbesar dalam bidang agrikultur. 2. Negara yang berkembang pesat dalam bidang IT. 3. Negara kedua terbesar dalam bidang ketenteraan. 4. Negara keempat terbesar untuk tentera udara. 5. Negara kelima terbesar untuk tentera laut.
Suasana India pada zaman lampau dan zaman sekarang sangat berbeza. Pada zaman dahulu ramai penduduk india yang hidup dalam kemiskinan kerana kurang peluang pekerjaan dan hidup dalam zaman penjajahan manakala zaman sekarang mereka telah bebas dari penjajah dan terus berkembang dari segi ekonomi dan kurang penduduknya yang hidup dalam kemiskinan kerana wujud banyak peluang pekerjaan.
Faktor Perkembangan Peradaban India: 1. Kebebasan dari zaman penjajahan 2. Pengaruh peradaban lain untuk maju. 3. Wujud interaksi antara peradaban india dengan peradaban lain.
|
|
lyza
New Member
Posts: 9
|
Post by lyza on Nov 29, 2014 15:37:52 GMT
nama : NurAzlizaAB. Rahman
1. Perbezaan seni bina bagi setiap zaman di India. Pada zaman asoka : zaman kegemilangan Ciri perancangan bandar yang begitu sistematik. Antaranya ialah Taj mahal, masjid moti/masjid mutiara Pintu-pintu gerbang yang diperanguri oleh agama Buddha Pada zaman gupta : Binaan seperti kuil dipercayai untuk aktiviti penyebaran agama Mempunyai bentuk yang berbeza-beza i- Shikara : bentuk kuda orang Aryan ii- Vimana : - kuil berbentuk pencampuran pyramid bertingkat - Menjadi lambang seni bina kuil selatan India iii- Ratha : batu tunggak diukir menjadi bentuk binatang iv- Gopuram : menandakan pintu masuk utama ke kompleks kuil Pada zaman Maurya: Tiang asoka menjadi lambang kemegahan Pada zaman Chola :Kuil Brigathiswarar dibina di Thanjavur Pada zaman Vedik:Bangunan keagamaan diubah suai semasa pemerintahan Maharaja Asoka Cth : Kuil dua di Bhaja, Ajantha, Ellora dan Mahapallipuram, Pemerintahan Mughals: Agra Fort: sebuah bandar wilayah ditubuhkan oleh Maharaja Akhbar Kubu pertahanan : bandar imperalis Jehangiri Mahal.Musamman Burj ataupun Menara Octagon. Pavilion kecil dikenali sebagai Shah Burj. Anguri Bagh ataupun Garden of Grapes. Masjid di Agra Fort Nagina masjid : “Gem Mosque”. Diwan-l-Am atau Hall of Public Audience. Façade : Sembilan gerbang berani yang melengkung 2. Bezakan antara suasana Tamadun India yang lampau dan sekarang. Pada pandangan anda, apakah faktor perkembangan peradaban india? Pada zaman lampau: Kemajuan tamadun india itu kurang berkembang dan lebih bertumpukan kepada keagamaan.
Zaman sekarang : kemajuan yang ketara dalam pembangunan tamadun India dari aspek ketenteraan, bangunan untuk dilawati, serta sistem pendidikan Faktor perkembangan peradaban India :
Pada pendapat saya, sifat keinginan untuk mencari kekayaan telah mendorong masyarkat India untuk meluaskan empayar mereka. Selain itu, sifat kepimpinan yang mereka lakukan serta terapkan dalam kerajaan mereka membantu semangat cinta akan negara itu semakin tinggi. Taat setia serta kepercayaan mereka yang kuat terhadap Tuhan mereka yang dianggap dewa serta ajaran yang menyatakan balasan buruk dan baik akan mendapat balasannya dipanggil karma telah sebati dalam kehidupan mereka. Tambahan pula, tempat-tempat mereka yang strategik dalam menjalankan aktiviti ekonomi mereka kepada hubungan serantau. Hal ini menjadi salah satu faktor untuk mereka menyebarkan agama dan memperkenalkan tamadun mereka ke serata dunia
|
|
|
Post by Sara Nabilah on Nov 30, 2014 8:04:04 GMT
Refleksi Tamadun 2
Pencapaian tamadun india dalam pelbagai bidang :-
-negara pertanian kedua terbesar di dunia -negara dengan sektor IT yang paling berkembang pesat di dunia -mempunyai tentera besenjata kedua terbesar di dunia -mempunyai tentera udara keempat terbesar di dunia -mempunyai tentera laut kelima terbesar di dunia -negara kedua terbesar di dunia yang mengimport senjata -pengguna emas terbesar di dunia -pengeluar susu terbesar di dunia -antara negara yang berjaya melancarkan satelit
Perbezaan antara suasana tamadun india yang lampau dan kini yang dapat dilihat adalah sektor ekonomi pada zaman kini jauh lebih maju.Malah dalam bidang teknologi dan IT juga jika dibandingkan,perbezaan yang amat ketara juga dapat dilihat apabila separuh dari perkhidmatan IT datang dari India. Selain itu,sektor pertanian juga lebih berkembang pesat dengan hasil pengeluaran tahunan yang sangat besar.
Pada pendapat saya, faktor perkembangan peradaban india mungkin boleh disebabkan oleh pertembungan tamadun india dengan tamadun yang lain yang sama ada berlaku melalui perdagangan, perkhawinan dan sebagainya
|
|
amin
New Member
Posts: 6
|
Post by amin on Nov 30, 2014 9:31:04 GMT
Refleksi Tamadun India.
Soalan 1 Perkembangan seni bina dipengaruhi oleh faktor persekitaran dan cuaca. Hasil seni bina tamadun India yang terkenal ialah Taj Mahal dan Masjid Moti ataupun Masjid Mutiara. Perbezaan seni bina bagi setiap zaman di India adalah seperti berikut:
- Pada zaman Asoka, seni bina seperti pintu-pintu gerbang adalah dipengaruhi oleh agama Buddha. - Pada zaman Gupta, binaan seperti kuil dipercayai penting untuk pengebaran agama. Seni bina dan seni ukir mencapai kegemilangannya. Konsep asas ditentukan oleh kalangan Brahmin. Agama Hindu menekankan simbol empat segi manakala Buddha lebih condong kepada bentuk bulat. Seni bina zaman ini mempunyai empat struktur penting. Pertama, Shikara bermaksud bentuk kereta kuda orang Aryan. Kedua, Vimana iaitu kuil yang berbentuk percampuran piramid bertingkat dan menjadi lambang seni bina kuil selatan India. Ketiga, Ratha iaitu batu tunggak diukir menjadi bentuk binatang. Akhir sekali, Gopuram yang menandakan pintu masuk utama ke kompleks kuil. - Pada zaman Maurya, tiang Asoka adalah contoh terbaik kemegahan seni bina India. - Pada zaman Chola, kuil Brigathiswarar dibina di Thanjavur yang menunjukkan keunikan corak seni bina. -Pada zaman Vedik, banyak bangunan keagamaan diubahsuai oleh orang-orang agama Buddha semasa pemerintahan Maharaja Asoka, contohnya kuil dua di Bhaja, Ajantha, Ellora dan Mahapallipuram.
Soalan 2 Terdapat banyak pencapaian Tamadun India yang diperoleh daripada pelbagai bidang contohnya bidang pertanian, ekonomi, pertahanan dan banyak lagi. Suasana Tamadun India yang lampau dan sekarang adalah sangat berbeza sesuai mengikut arus pemodenan dan perkembangan dunia. Pada pendapat saya, faktor perkembangan peradaban di India adalah kerana semangat rakyatnya dalam membangunkan negara.
|
|
|
Post by ainqursiahashari on Nov 30, 2014 11:36:22 GMT
Refleksi Tamadun 1 :
Perkembangan seni bina tamadun india dipengaruhi oleh persekitaran dan cuaca. Antara seni bina yang mempunyai pengaruh Islam dalam seni binanya yang terkenal ialah Taj Mahal dan Masjid Mutiara Ciri-ciri seni bina islam dalam Taj Mahal ialah 4 menara yang menghiasi setiap penjuru, didirikan di hujung sebuah taman yang luas dengan pintu masuk berbentuk lengkungan yang menyerupai sebuah masjid, ayat al-Quran menjadi hiasan utama Taj Mahal dan ukiran huruf khat thuluth Islam yang menjadi seni huruf utama dan seni bina Taj Mahal mempunyai hiasan berunsurkan jambangan bunga dan geometri. ayat al-Quran menjadi hiasan utama Taj Mahal dan ukiran huruf khat thuluth Islam yang menjadi seni huruf utama.
Perbezaan Seni Bina Setiap Zaman Di India: 1. Zaman Gupta, binaan kuil untuk penyebaran agama. Seni ukir & seni bina berjaya mencapai zaman kegemilangannya. Kalangan Brahmin yang menentukan konsep asas binaan. 2. Zaman Maurya, tiang Asoka merupakan kemegahan. 3. Zaman Chola, kuil Brigathiswarar menunjukkan keunikan seni bina dari segi coraknya. 4. Zaman Vedik, banyak bangunan keagamaan diubahsuai oleh orang2 agama buddha.
Refleksi Tamadun 2:
Pencapaian Tamadun India: merupakan negara yang berkembang pesat dalam bidang IT dan gemilang dalam bidang agrikultur, ketenteraan, tentera udara dan tentera laut.
Suasana India pada zaman lampau dan zaman sekarang mempunyai banyak perbezaan. Pada zaman dahulu penduduk india yang hidup dalam kemiskinan kerana kurang peluang pekerjaan dan hidup dalam zaman penjajahan manakala zaman sekarang mereka telah bebas dari penjajah dan terus berkembang dari segi ekonomi dan kurang penduduknya yang hidup dalam kemiskinan kerana wujud banyak peluang pekerjaan.
Faktor Perkembangan Peradaban India: 1. Kebebasan dari zaman penjajahan 2. Pengaruh peradaban lain untuk maju. 3. Wujud interaksi antara peradaban india dengan peradaban lain.
|
|
assif
New Member
Posts: 4
|
Post by assif on Nov 30, 2014 13:41:21 GMT
REFLEKSI 1 Antara pengaruh islam yang dapat dilihat dalam seni bina tamadun india ialah binaan Taj Mahal. Terdapat 4 aspek islam yang dapat dilihat pada seni bina Taj Mahal ; 1. Hiasan yang terdiri dari ayat Al-Quran, diukir dengan ukiran khat thuluth menjadi hiasan seni hiasan utama Taj Mahal. 2. Terdapat 4 menara yang di bina di seiap penjuru Taj Mahal yg berunsurkan binaan menara tinggi. 3. Terdapat sebuah taman yang luas didirika dengan pintu masuk berbentuk lenkungan. Ini merupai seni bina islam biasanya mempunyai binaan berbentuk masjid lapangan. 4. Terdapat corak hiasan yang kebanyakkanya berunsurkan bunga-bungaan dan geometri. Ini melambangkan kesinambungan antara alam sekitar dan tanda- tanda keagungan Tuhan. Perbezaan antara setiap zaman dalam tamadun India ialah; Zaman | Ciri-ciri | Asoka | Seni pada pintu gerbang dipengaruhi oleh agama Buddha | Maurya | Seni bina tiang asoka | Chola | Seni bina kuil Brigathiswarar di Thanjavur | Vedik | Kuil dua dia Bhaja, Ajantha, Ellora, Mahapallipuram
| Gupta | *Agama hindu menekankan simbol empat segi *Agama Buddha menekankan bentuk condong dan bulat *Seni binanya mempunyai 4 struktur penting 1. Shikara (bentuk kereta kuda orang Aryan) 2. Vimana (kuil yang berbentuk pencampuran piramid bertingkat & lambang seni bina kuil selatan India) 3. Ratha (batu tunggak diukir menjadi bentuk binatang) 4. Gopuram (menandakan pintu masuk utama ke kompleks kuil).
|
REFLEKSI 2 Antara pencapaian Tamadun India: 1) Negara yang berkembang pesat dalam bidang IT dan 2) Gemilang dalam bidang agrikultur, ketenteraan, tentera udara dan tentera laut. Perbezaan suasana India pada zaman lampau dan zaman sekarang ialah 1) Pada zaman dahulu penduduk india dibelengu kemiskinan. Ini kerana kurangnya peluang pekerjaan semasa zaman penjajahan 2) Pada zaman sekarang penduduk India boleh dikatakan mempunyai kedudukan ekonomi yang stabil kerana telah bebas dari penajajahan. Peluang pekerjaan juga telah bertambah jadi kurangnye kadar kemiskinan dalam kalangan masyarakat India. Antara faktor perkembangan peradaban India: 1) Kebebasan dari zaman penjajahan 2) Pengaruh peradaban lain untuk maju. 3) Wujud interaksi antara peradaban india dengan peradaban lain.
|
|