|
Post by intansya on Nov 30, 2014 14:44:03 GMT
INTAN SYAHERAH BINTI MOHD ZAILANI
Refleksi Tamadun Video 1 Pengaruh Islam ke atas perkembangan dan kemajuan seni bina di India Pembinaan Taj Mahal menonjolkan pengaruh Islam dari segi: 1)4 Tiang di setiap penjuru melambangkan binaan menara tinggi 2)Lengkungan yang menawan di pintu masuk 3)Corak hiasan flora dan geometri yang mengaitkan dengan keagungan Allah 4)Ayat al-Quran yang menghiasi dinding-dinding dengan tulisan khat.
|
|
|
Post by Che Jauharah on Nov 30, 2014 15:19:28 GMT
Che Jauharah Habsah binti Che Shamsuri
Refleksi Tamadun India 1. Tamadun Islam mempunyai keunikannya tersendiri dalam menonjolkan hasil seni binaannya , tidak hairanlah jika pernah suatu ketika tujuh keajaiban dunia adalah hasil daripada sumbangan Tamadun Islam. Monumen tersebut adalah Taj Mahal di India.
Salah satu fokus utama apabila kita membincangkan berkenaan seni bina Islam adalah binaan Masjid kerana Masjid dan Tamadun Islam seakan-akan mempunyai satu ikatan yang sangat kuat. Binaan Kubah merupakan satu tanda yang amat jelas dalam memperlihatkan seni bina Islam kerana secara umumnya setiap masjid tentunya mempunyai kubah. Selain binaan kubah yang tersergam indah , ukiran-ukiran kaligrafi ayat-ayat suci Al-Quran merupakan satu lagi motif islam yang cuba diketengahkan oleh tamadun islam yang berkembang sama ada di masjid atau pun di istana-istana. Jika tidak ukiran ayat-ayat suci Al-Quran , biasanya ukiran-ukiran lain adalah berasaskan alam semula jadi seperti unsur tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan
Seni bina Indo-Islam dibahagikan kepada dua fasa yang berbeza iaitu Zaman Kesultanan Delhi(1206M.-1526M.) dan Zaman Moghul(1526M.-1803M). Pada Zaman Kesultanan Delhi(1193M), bangunan-bangunan yang dibina melambangkan seni bina Islam. Contohnya pembinaan Masjid Quwwat-ul-Islam yang melambangkan seni bina Delhi terawal. Masjid ini dibesarkan oleh pemerintah-pemerintah seterusnya iaitu Iltutmish(1203M.) dan Alauddin Khilji(1296M.-1316M.) Kutub Minar merupakan salah sebuah bangunan yang penting. Menara ini dibina oleh Qutbuddin Aibak dan disiapkan oleh Iltutmish. Pada asalnya tinggi menara ini hanya mencatatkan 75 meter tetapi menjadi 80 meter semasa pemerintahan Firuz Tughluq. Qutbuddin Aibak juga menyumbang kepada pembinaan sebuah masjid yang dikenali sebagai Adhai Din ka Jhonpara di Ajmer.
Seni bina India mengalami perkembangan pesat semasa pemerintahan Alauddin Khilji. Beliau menyumbang kepada pembinaan Alai Darwuza, sebuah dewan yang berbentuk segi empat sama, mempunyai kubah yang dibina daripada batu pasir berwarna merah. Para pemerintah Zaman Tughluq juga menyumbang kepada kemajuan seni bina Islam di India.
Pencapaian kemuncak seni bina pada Zaman Moghul ialah zaman pemerintahan Akhbar. Baginda ialah penaung kepada perkembangan seni bina di India yang juga menggabungkan seni bina Hindu dan Muslim.Shah Jahan, pemerintah Zaman Moghul yang amat meminati bidang seni bina. Bidang seni bina mencapai kemuncaknya pada zaman pemerintahan baginda. Bangunan yang terkenal iaitu Taj Mahal dibina atas arahan Shah Jahan untuk memperingati isteri kesayangannya, Mumtaz Mahal yang merupakan satu keajaiban dunia. Taj Mahal berbentuk oktagen dan dibina di atas podium (pentas) batu marmar putih. Bangunan ini mempunyai empat menara di empat penjuru podium. Bangunan ini juga mempunyai bilik yang terbahagi kepada lapan bahagian dengan ukiran marmar kaca pada makam Shah Jahan dan isterinya.Seni bina bangunan ini direka oleh arkitek Parsi, Ustad Isa Khan Effendi dan anak muridnya, Ahmad Ustad. Kubahnya direka bentuk oleh Ismail Khan. Selain bangunan Taj Mahal, banyak bangunan seperti dewan dan pavilion didirikan di Red Fort, Delhi semasa pemerintahan Shah Jahan. Masjid Jami merupakan masjid terbesar di India yang dibina antara tahun 1644M. hingga 1658M.
|
|
|
Post by Che Jauharah on Nov 30, 2014 15:24:18 GMT
Che Jauharah Habsah binti Che Shamsuri
Refleksi Tamadun India 2. Pencapaian tamadun india: 1. Kota raya : besar, terancang dan tersusun rapi. : mencapai taraf hidup yang tinggi. : mempunyai pengkhususan kerja. 2. Ekonomi : sumber yangkukuh dan lumayan. 3. Perdagangan antarabangsa : mempunyai hubungan erat dengan tamadun lain. 4. Tulisan : mempunyai tulisan @ skrip tersendiri menggunakan gambar dan simbol. 5. Matematik : perkenalkan nombor sifar dan algebra. 6. Kesenian : mahir dalam pengukiran barangan perak dan batu permata. Perbezaan tamadun india dahulu dan sekarang.
Dahulu Golongan bawahan rendah tarafnya hingga dijadikan hamba. Menggunakan sistem feudal. Tulisan berbentuk simbol. Pertanian untuk sara diri.
Sekarang Golongon bawahan lebih terjaga tarafnya kerana dilindungi dan diberi hak keistimewaan dalam undang-undang dan perlembagaan. Menggunakan sistem demokrasi berparlimen. Tulisan tidak berbentuk simbol. Pertanian untuk jualan. Faktor perkembangan tamadun india: 1. kestabilan politik 2. sistem pemerintahan yang kuat dan adil 3. pemimpin berwibawa dan dinamis 4. bersifat kreatif dan inovatif 5. sentiasa berusaha membaiki dan meningkatkan kehidupan 6. hubungan dengan tamadun lain seperti hubungan perdagangan dan diplomatik 7. perkembangan pemikiran dan kemahian 8. saling bekerjasama membangunkan ekonomi 9. perkembangan ilmu pengetahuan 10. penjajahan atau penaklukan wilayah
|
|
|
Post by anisahmunirah on Nov 30, 2014 15:50:36 GMT
Anisah Munirah Binti Mohd Faiz
- REFLEKSI TAMADUN #1 -
Berdasarkan video pertama, tamadun india amat dikenali dengan kemajuan kesenian seni bina mereka. Malah, Islam telah mampu mempengaruhi perkembangan kesenian seni bina mereka dengan begitu indah sekali. Hal ini dapat dibuktikan dengan pembinaan Taj Mahal dan Masjid Moti atau Masjid Mutiara yang begitu terkenal sekali. Pengaruh Islam ke atas perkembangan dan kemajuan seni bina di India dapat dilihat jelas sekali dalam kesenian pembinaan Taj Mahal, malah digelar sebagai ‘permata seni bina Islam’. Ciri – ciri seni bina Islam yang dapat dilihat dalam kesenian Taj Mahal adalah: - pembinaan 4 menara yang menghiasi setiap penjuru berunsurkan binaan menara yang tinggi - didirikan di hujung sebuah taman yang luas dengan pintu masuk berbentuk lengkungan menyerupai sebuah masjid (mengikuti konsep seni bina islam yang menyerupai bentuk masjid lapangan) - hiasan yang berunsurkan jambangan bunga dan geometri yang mencerminkan simbolik antara alam sekitar dan tanda – tanda keagungan tuhan - ayat Al Quran yang dijadikan sebagai hiasan utama Taj Mahal manakala ukiran huruf khat thuluth Islam yang dijadikan seni huruf utama Taj Mahal
Perbezaan seni bina bagi setiap zaman di India pula adalah seperti yang berikut: 1. Zaman Asoka – pembinaan pintu – pintu gerbang dipengaruhi oleh agama Buddha 2. Zaman Gupta – pembinaan kuil dipercayai penting untuk penyebaran agama; konsep asas ditentukan oleh golongan Brahmin; agama Hindu menekankan simbol empat segi manakala agama Buddha pula lebih mementingkan bentuk bulat. Seni bina mempunyai 4 struktur penting: a) Shikara : bentuk kereta kuda orang Aryan b) Vimana : kuil yang berbentuk pencampuran piramid bertingkat dan lambang seni bina kuil selatan India c) Ratha : batu tunggak diukir menjadi bentuk binatang d) Gopuram : menandakan pintu masuk utama ke kompleks kuil 3. Zaman Maurya – Tiang Asoka merupakan kemegahan pembinaan seni bina India 4. Zaman Chola – pembinaan kuil Brigathiswarar di Thanjavur yang menunjukkan keunikan corak seni bina 5. Zaman Vedik – ubahsuaian yang telah dilakukan pada bangunan keagamaan oleh orang-orang agama Buddha semasa pemerintahan Maharaja Asoka. Contohnya, kuil dua di Bhaja, Ajantha, Ellora dan Mahapallipuram.
- REFLEKSI TAMADUN #2 - Antara pencapaian yang diperolehi dalam Tamadun India dalam pelbagai bidang adalah: - Merupakan negara pertanian yang kedua terbesar di dunia - Mempunyai sektor IT yang paling berkembang pesat di dunia - Mempunyai tentera besenjata kedua terbesar di dunia - Mempunyai tentera udara keempat terbesar di dunia - Mempunyai tentera laut kelima terbesar di dunia - Merupakan pengguna emas terbesar di dunia - Merupakan pengeluar susu terbesar di dunia - Merupakan antara negara yang berjaya melancarkan satelit
Suasana Tamadun India yang lampau dan kini mempunyai beberapa perbezaan yang dapat dinyatakan. Anataranya ialah kemajuan dari segi sektor ekonomi yang dapat dilihat dalam Tamadun India kini. Jika dibandingkan dengan yang lampau, Tamadun India kini lebih maju dalam hal ehwal ekonomi. Selain itu, Tamadun India kini lebih maju dalam menerajui bidang teknologi dan IT. Dalam pada itu, jelas juga dilihat bahawa sektor pertanian Tamadun India kini lebih maju berbanding dahulu. Hal ini dapat dibuktikan melalui hasil pengeluaran tahunan Tamadun India kini yang menunjukkan hasil yang sangat besar.
Pada pendapat saya, perkembangan peradabaan India mungkin dipengaruhi oleh beberapa aspek, iaitu pengaruh daripada tamadun lain yang telah mencapai kemajuan tamadun yang mewujudkan interaksi antara peradaban india dengan peradaban lain. Selain itu, kebebasan dari zaman penjajahan juga mungkin dapat dijadikan faktor perkembangan peradabaan India.
|
|
|
Post by masyitah on Nov 30, 2014 16:54:12 GMT
Refleksi Tamadun 1
Tamadun India telah memberikan sumbangan yang besar dalam kesenian seni bina. Ciri perancangan Bandar pada tamadun ini adalah sistematik. Perkembangan seni bina pada tamadun ini dipengaruhi oleh faktor persekitaran dan cuaca. Seni bina tamadun India yang terkenal adalah Taj Mahal dan Masjid Moti atau nama lainnya Masjid Mutiara. Taj Mahal merupakan seni bina mewah yang terbaik dari dinasti Mughal dan ianya menggabungkan seni bina Parsi,Turki,India dan Islam. Taj Mahal juga dikatakan sebagai `permata seni bina Islam’. Taj Mahal merupakan contoh pengaruh Islam dalam perkembangan dan kemajuan seni bina tamadun India. Ini boleh dibuktikan dengan pembinaan Taj Mahal yang dihiasi dengan corak hiasan seni bina Islam dan ayat-ayat Al-Quran menjadi hiasan utama Taj Mahal serta ukiran huruf khat thuluth Islam yang menjadi seni huruf utama Taj Mahal. Perbezaan seni bina bagi setiap zaman di India adalah : 1)Zaman Asoka-seni bina seperti pintu-pintu gerbang adalah dipengaruhi oleh agama Buddha 2)Zaman Gupta-pada zaman ini binaan seperti kuil dipercayai penting untuk penyebaran agama. Seni bina pada zaman ini mempunyai 4 struktur penting iaitu Shikara yang bermaksud bentuk kereta kuda orang Aryan,Vimana iaitu kuil yang berbentuk percampuran piramid bertingkat yang menjadi lambang seni bina kuil selatan India,Ratha ialah batu tunggak yang diukir menjadi bentuk binatang dan akhir sekali adalah Gopuram yang menandakan pintu masuk utama ke kompleks kuil. 3)Zaman Maurya-Tiang Asoka adalah contoh terbaik kemegahan seni bina India 4)Zaman Chola-Kuil Brigathiswarar dibina di Thanjavur yang menunjukkan keunikan corak seni bina. 5)Zaman Vedik-Kebanyakan bangunan-bangunan keagamaan diubahsuai oleh orang-orang agama Buddha semasa pemerintahan maharaja Asoka. Contohnya adalah kuil dua di Bhaja,Ajantha,Ellora dan Mahapallipuram
Refleksi Tamadun 2
Pencapaian tamadun India dalam pelbagai bidang : 1)Negara ke-2 terbesar dalam bidang agrikultur 2)Negara yang berkembang pesat dalam bidang IT 3)Negara ke-2 terbanyak angkatan tentera 4)Negara ke-4 yang mempunyai ramai tentera udara 5)Negara ke-5 yang mempunyai ramai tentera lautmimpin menj 6)Negara demokrasi terbesar di dunia 7)Negara ke-3 yang maju dalam bidang ekonomi 8)Pengeluar susu terbesar di dunia 9)Antara negara yang melancarkan satelit
Tamadun India pada masa dulu telah dijajah oleh kuasa luar dan penduduk-penduduknya hidup dalam serba kekurangan tetapi pada masa kini tamadun India telah berkembang maju dalam pelbagai bidang dan dikenali sebagai antara negara yang maju di dunia.
Pada pendapat saya, perkembangan peradaban tamadun India adalah kerana wujudnya sistem pemerintahan yang baik serta kerana pemimpin memainkan peranan mereka untuk membentuk sebuah tamadun yang maju.
|
|
|
Post by ainsyafira on Nov 30, 2014 17:07:12 GMT
TAMADUN INDIA
REFLEKSI 1 : Pengaruh Islam terhadap senibina tamadun India adalah seperti berikut: Senibina Taj Mahal - terdapat 4 menara dibina mengelilingi setiap penjuru. - pintu masuk berbentuk lengkungan seperti binaan masjid. - corak hiasan senibina Islam seperti corak geometri,jambangan bunga,simbolik alam sekitar. - terdapat ayat Al-Quran sebagai hiasan utama Taj Mahal.
Perbezaan senibina setiap zaman di India: Zaman Gupta - terdapat 4 struktur penting binaan: -Shikara (bentuk kereta kuda orang Aryan) -Vimana (Kuil berbentuk piramid bertingkat lambang senibina kuil selatan India) -Ratha (batu tunggak diukir menjadi bentuk bintang) -Gopuran (menandakan pintu masuk utama ke kompleks kuil) Zaman Maurya - binaan Tiang Asoka Zaman Chola - binaan kuil Brigathiswarar Zaman Vedik - pengubahsuaian bangunan keagamaan oleh orang-orang Buddha semasa zaman pemerintahan Asoka.
REFLEKSI 2 : Tamadun India mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang antaranya ialah bidang IT, pertanian,ketenteraan dan sebagainya. Terdapat beberapa fakta hebat mengenai tamadun India. Antaranya, - India adalah sebuah negara demokrasi terbesar dunia. - Negara agrikultur kedua terbesar di dunia. - Negara ketenteraan kedua terbesar di dunia. - konsumer perhiasan emas terbesar. Pada pendapat saya, perbezaan tamadun India yang lampau dengan sekarang ialah dari segi ekonominya. Ekonomi India sekarang lebih maju jika dibandingkan dengan masa lampau kerana terdapat kemajuan dalam pelbagai bidang seperti pertanian,perdagangan,perusahaan hasil tenusu dan sebagainya. Faktor perkembangan tamadun India pula disebabkan kerana kecekapan pemerintahnya dalam menguruskan pemerintahan. Selain itu, pelbagai pencapaian daripada pelbagai aspek juga menyumbang kepada perkembangan tamadun India.
|
|
famy
New Member
memberi itu lebih baik dari menerima
Posts: 6
|
Post by famy on Nov 30, 2014 17:56:15 GMT
REFLEKSI TAMADUN 1 Tamadun India sememangnya memberikan sumbangan terbesar dalam seni bina sebagai contoh, Taj mahal mewakili seni bina mewah yang berkait dengan tamadun India dan contoh terbaik seni bina Mughal yang menggabungkan seni bina Parsi, Turki, India dan Islam serta dikatakan ‘permata senibina Islam’. Melalui seni bina Taj Mahal kita dapat lihat banyak elemen Islam di dalam seni binanya termasuklah :- -4 menara menghiasi setiap penjuru -pintu masuk berbentuk lengkungan seperti masjid -corak hiasan seni bina Islam -ayat al-quran hiasan utama Taj Mahal -ukiran huruf khat thuluth Islam ZAMAN | CIRI-CIRI | Asoka | Dipengaruhi agama Buddha | Gupta | Kuil penting untuk penyebaran agama. Konsep asas ditentukan oleh golongan Brahmin. Mempunyai 4 struktur penting : Shikara, Vimana, Ratha dan Gopuram.
| Maurya | Tiang Asoka | Chola | Kuil di Thanjavur untuk menunjukkan keunikan seni bina.
| Vedik | Bangunan keagamaan banyak diubah suai oleh masyarakat agama Buddha. |
|
|
famy
New Member
memberi itu lebih baik dari menerima
Posts: 6
|
Post by famy on Nov 30, 2014 18:53:47 GMT
REFLEKSI TAMADUN 2
Pencapaian tamadun India dalam pelbagai bidang. -dalam bangunan dan seni bina -negara agrikultur kedua terbesar di dunia. -kepelbagaian budaya, bahasa dan etnik. -negara kedua belas ekonomi terbesar di dunia. -negara dengan sektor IT paling berkembang pesat di dunia. -negara tentera bersenjata kedua terbesar dunia. -negara tentera udara keempat terbesar dunia. -negara kelima tentera laut terbesar dunia. -negara kedua terbesar mengimport senjata. -salah satu negara yang melancarkan satelit.
Perbezaan India lampau dan India sekarang India pada masa lalu lebih tertutup kerana pengaruh penjajahan. Mereka duduk ditakuk yang sama tanpa ada keinginan memajukan diri dan bangsa. Namun mereka juga mempunyai ekonomi dan teknologi yang selari dengan perkembangan zaman di India ketika itu. Kini mentaliti masyarakat india lebih terbuka untuk memajukan diri dan bangsa, mereka kini lebih bersaing untuk mencapai kemajuan negara selari dengan negara-negara dunia yang lain. Negara india kini kita dapat lihat pelbagai kemajuan dari segi pelbagai bidang yang menjadikan mereka terkenal di mata dunia.
Faktor perkembangan peradaban India -kebebasan daripada penjajahan -hasil pertembungan dengan peradaban lain -saingan pembangunan dunia antara negara-negara membangun -peranan pemimpin dan rakyat
|
|
Muslaini binti Mohd Nor
Guest
|
Post by Muslaini binti Mohd Nor on Dec 1, 2014 1:24:57 GMT
Refleksi 1 Pembinaan Taj Mahal dan Masjid Mutiara, yang ditekan dalam video pembinaan Taj Mahal : -Taj Mahal terdiri daripada 4 tiang yang setiap tiang berukuran 46m di mana dikenali sebagai tiang tinggi. -lengkungan yang menawan yang memyerupai binaan masjid serta taman-taman yang indah seperti masjid lapangan. -corak-corak yang menghiasi dinding dan tiang berasaskan motif flora dan geometri seperti ukiran yang sedia ada dalam masjid atau rumah-rumah orang Islam. -ayat-ayat Al Quran yang menghiasi Taj Mahal
Perbezaan zaman dalam tamadun India : -Asoka (seni ukiran pada pintu gerbang berunsurkan agama Buddha) -Maurya (tiang asoka) -Chola ( kuil Brigathiswarar ) -Vedik ( orang-orang agama Buddha yang menguasai mengubah struktur kuil-kuil. Antara kuil-kuil adalah Bhaja, Ajandha, Ellora, Mahapallipuram. Di sini terdapat perbezaan seni bina di mana agama Buddha menekankan pembinaan kuil empat segi manakala agama Hindu seni bina kuil condong dan bulat) -Gupta (Shikara, Vimana, Ratna, Gopuram )
|
|
|
Post by intansya on Dec 1, 2014 1:57:16 GMT
INTAN SYAHERAH BINTI MOHD ZAILANI
sambungan....
*Perbezaan seni bina bagi setiap zaman di India
Zaman Gupta: Kuil penting untuk penyebaran agama. Mempunyai 4 struktur penting iaitu, Shikara ( bentuk kereta kuda orang Aryan), Vimana(kuil yang berbentuk pencampuran piramid bertingkat, Ratha(batu tunggak diukir menjadi bentuk binatang) dan Gopuram (menandakan pintu masuk utama ke kompleks kuil. Zaman Maurya : Pembinaan tiang Asoka yang menjadi simbol kemegahan Zaman Chola : Brigathiswarar di Thanjavur menjukkan keunikan corak seni bina. Zaman Vedik : Kuil di Bhaja, Ajantha, Ellora dan Mahapalipuram. Bangunan keagamaan diubah suai oleh orang orang agama Buddha.
Refleksi Tamadun Video 2
*Pencapaian Tamadun India yang diperolehi dalam pelbagai bidang. Bezakan antara suasana Tamadun India yang lampau dan sekarang. 1)Negara pengeluar agrikultur kedua terbesar di dunia 2)Kepelbagaian etnik, budaya, sambutan festival 3)Perkembangan maju dalam sektor IT 4)Pasukan ketenteraan negara kedua terbesar di dunia, tentera udara ( keempat terbesar) dan tentera laut ( kelima terbesar )
*Perbezaan antara suasana Tamadun India yang lampau dan sekarang.
1)Sistem pengkelasan pada Tamadun lalu lebih ekstrem berbanding sekarang contohnya sistem Kasta pada Tamadun India yang lampau. Sistem ini terdiri daripada golongan bawahan iaitu Paria dianngap sebagai rakyat bawahan dan dijadikan hamba abdi. Pengkelasan masyarakat masih lagi wujud tetapi tidak sekestrem dahulu.
2)Sistem pemerintahan Tamadun India dahulu berbentuk teokrasi iaini dikuasai oleh pendeta yang mempunyai kuasa mutlak. Sekarang, Tamadun India merupakan negara yang mempunyai sistem demokrasi terbesar di dunia.
*Faktor perkembangan peradaban India
Keadaan aman di India berikutan sebagai negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Di sini kita dapat simpulkan kepentingan peranan pemimpin dan rakyat dalam memajukan negara.
|
|
|
Post by muslaininor8 on Dec 1, 2014 3:19:23 GMT
Sambungan tamadun 2, refleksi 2
Pencapaian tamadun India: -pengeluar agrikultur kedua dunia -kaya dalam pelbagaian etnik, budaya, perayaan -kemajuan dalam IT -pasukan ketenteraan keduaterbesar dunia
Perbezaan India dahulu vs India sekarang : -sangat menekankan perbezaan sistem kasta di mana hamba berkhidmat dengan setia kepada golongan atasan serta larangan yang keras pernikahan antara kasta yanga lain. Sekarang masih wujud kasta tapi tiada istilah hamba di mana tidak seekstrem seperti dahulu -dari segi pemerintahan, masyarakat India dahulu menganggap pemerintah sebagai bayangan tuhan dan berkausa mutlak terhadap rakyat. Sekarang India merupakan anatara pedokong sistem demokrasi dalam pemerintahannya.
Faktor perkembangan : -bebas daripada penjajahan -mencapai keamanan -peranan rakyat dan pemerintah dalam mengekalkan keamanan.
|
|
|
Post by Che Jauharah on Dec 1, 2014 3:21:43 GMT
Che Jauharah Habsah binti Che Shamsuri
Refleksi Tamadun India 1. Tamadun Islam mempunyai keunikannya tersendiri dalam menonjolkan hasil seni binaannya , tidak hairanlah jika pernah suatu ketika tujuh keajaiban dunia adalah hasil daripada sumbangan Tamadun Islam. Monumen tersebut adalah Taj Mahal di India.
Salah satu fokus utama apabila kita membincangkan berkenaan seni bina Islam adalah binaan Masjid kerana Masjid dan Tamadun Islam seakan-akan mempunyai satu ikatan yang sangat kuat. Binaan Kubah merupakan satu tanda yang amat jelas dalam memperlihatkan seni bina Islam kerana secara umumnya setiap masjid tentunya mempunyai kubah. Selain binaan kubah yang tersergam indah , ukiran-ukiran kaligrafi ayat-ayat suci Al-Quran merupakan satu lagi motif islam yang cuba diketengahkan oleh tamadun islam yang berkembang sama ada di masjid atau pun di istana-istana. Jika tidak ukiran ayat-ayat suci Al-Quran , biasanya ukiran-ukiran lain adalah berasaskan alam semula jadi seperti unsur tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan
Seni bina Indo-Islam dibahagikan kepada dua fasa yang berbeza iaitu Zaman Kesultanan Delhi(1206M.-1526M.) dan Zaman Moghul(1526M.-1803M). Pada Zaman Kesultanan Delhi(1193M), bangunan-bangunan yang dibina melambangkan seni bina Islam. Contohnya pembinaan Masjid Quwwat-ul-Islam yang melambangkan seni bina Delhi terawal. Masjid ini dibesarkan oleh pemerintah-pemerintah seterusnya iaitu Iltutmish(1203M.) dan Alauddin Khilji(1296M.-1316M.) Kutub Minar merupakan salah sebuah bangunan yang penting. Menara ini dibina oleh Qutbuddin Aibak dan disiapkan oleh Iltutmish. Pada asalnya tinggi menara ini hanya mencatatkan 75 meter tetapi menjadi 80 meter semasa pemerintahan Firuz Tughluq. Qutbuddin Aibak juga menyumbang kepada pembinaan sebuah masjid yang dikenali sebagai Adhai Din ka Jhonpara di Ajmer.
Seni bina India mengalami perkembangan pesat semasa pemerintahan Alauddin Khilji. Beliau menyumbang kepada pembinaan Alai Darwuza, sebuah dewan yang berbentuk segi empat sama, mempunyai kubah yang dibina daripada batu pasir berwarna merah. Para pemerintah Zaman Tughluq juga menyumbang kepada kemajuan seni bina Islam di India.
Pencapaian kemuncak seni bina pada Zaman Moghul ialah zaman pemerintahan Akhbar. Baginda ialah penaung kepada perkembangan seni bina di India yang juga menggabungkan seni bina Hindu dan Muslim.Shah Jahan, pemerintah Zaman Moghul yang amat meminati bidang seni bina. Bidang seni bina mencapai kemuncaknya pada zaman pemerintahan baginda. Bangunan yang terkenal iaitu Taj Mahal dibina atas arahan Shah Jahan untuk memperingati isteri kesayangannya, Mumtaz Mahal yang merupakan satu keajaiban dunia. Taj Mahal berbentuk oktagen dan dibina di atas podium (pentas) batu marmar putih. Bangunan ini mempunyai empat menara di empat penjuru podium. Bangunan ini juga mempunyai bilik yang terbahagi kepada lapan bahagian dengan ukiran marmar kaca pada makam Shah Jahan dan isterinya.Seni bina bangunan ini direka oleh arkitek Parsi, Ustad Isa Khan Effendi dan anak muridnya, Ahmad Ustad. Kubahnya direka bentuk oleh Ismail Khan. Selain bangunan Taj Mahal, banyak bangunan seperti dewan dan pavilion didirikan di Red Fort, Delhi semasa pemerintahan Shah Jahan. Masjid Jami merupakan masjid terbesar di India yang dibina antara tahun 1644M. hingga 1658M.
|
|
|
Post by husnamasri on Dec 1, 2014 3:48:13 GMT
HAZWANI HUSNA Assalamualaikum..
1.Pengaruh Islam dalam seni bina: -Pada Zaman Kesultanan Delhi(1193M), bangunan-bangunan yang dibina melambangkan seni bina Islam. Contohnya pembinaan Masjid Quwwat-ul-Islam yang melambangkan seni bina Delhi terawal. Masjid ini dibesarkan oleh pemerintah-pemerintah seterusnya iaitu Iltutmish(1203M.) dan Alauddin Khilji(1296M.-1316M.) -Seni bina India mengalami perkembangan pesat semasa pemerintahan Alauddin Khilji. Beliau menyumbang kepada pembinaan Alai Darwuza, sebuah dewan yang berbentuk segi empat sama, mempunyai kubah yang dibina daripada batu pasir berwarna merah. -Shah Jahan, pemerintah Zaman Moghul yang amat meminati bidang seni bina. Bidang seni bina mencapai kemuncaknya pada zaman pemerintahan baginda. Bangunan yang terkenal iaitu Taj Mahal dibina atas arahan Shah Jahan untuk memperingati isteri kesayangannya, Mumtaz Mahal yang merupakan satu keajaiban dunia.
Kesenian India boleh dibahagikan kepada beberapa zaman:
1.Zaman Tamadun Lembah Indus -berkaitan dengan seni bina, dan skulputur. -penemuan di Mohenjadaro dan Harrapa seperti: -The Great Bath, The Dancing Girl, The Mother Goddess. -dihubungkaitkan dengan tujuan2 keagamaan.
2.Zaman Pertengahan atau Zaman Islam -kesenian Islam dari Timur Tengah terutamanya Parsi dan Asia Tengah dibawa masuk ke India. -elemen2 Timur Tengah digabungkan dengan elemen tempatan membentuk elemen baru dikenali sebagai Indo-Islam.
3.Zaman Moden -kehadiran Barat telah membawa corak baru. -masyarakat India menerima pendidikan Inggeris terus menerima kesenian Barat.
2.Pencapaian Tamadun India
Pencapaian dalam Bidang Seni Seni dan kehidupan masyarakat India tidak pernah dapat dipisahkan. Tamadun India telah mencapai kecemerlangan dalam bidang kesenian yang boleh diringkaskan seperti berikut: 1. Seni halus 2. Tarian 3. Drama 4. Seni bina dan seni ukir 5. Seni lukis
Pencapaian dalam Bidang Sains 1. Matematik 2. Astronomi dan Kalendar 3. Fizik 4. Kimia 5. Logam 6. Perubatan
Perbezaan Tamadun India yang lampau dan sekarang
Lampau Sekarang
-Pengkelasan masyarakat berdasarkan kelas dan status -Pengkelasan masyarakat masih wujud tetapi tidak begitu ekstrem -Menggunakan sistem feudal dalam sistem pemerintahan -Menggunakan sistem demokrasi berparlimen -Bentuk tulisan awal berbentuk lambang dan simbol -Tidak berbentuk simbol dan lebih mudah difahami
Faktor perkembangan peradaban India:
Masyarakat sentiasa berusaha untuk mencapai kemajuan. Peningkatan berlaku setelah tamadun berkembang. Umumnya peningkatan tamadun merujuk kepada kemampuan manusia menggunakan pemikiran untuk mengawal dan menggunakan sepenuhnya persekitaran bagi membentuk kehidupan yang lebih kompleks, yang dapat dikaitkan dengan kemahiran menghasilkan idea-idea baru dalam meningkatkan cara hidup. Kemajuan tamadun dapat diukur melalui pencapaian manusia dari segi sosial, politik dan ekonomi.
|
|
|
Post by nurasiya on Dec 1, 2014 4:21:18 GMT
REFLEKSI 1 Pengaruh seni bina Islam membawa dimensi baru dalam sejarah seni bina tamadun India.Contoh terbaik senibina Mughal yang menggabungkan seni bina Parsi,Turki,India dan Islam. -Taj Mahal mempunyai 4 menara yang lebih kurang 46m menghiasi setiap penjuru.Ini merupakan ciri ciri senibina Islam yang berunsurkan binaan menara yang tinggi. -Taj Mahal didirikan di hujung sebuah taman yang luas dengan pintu masuk berbentuk lenkungan yang menawan menyerupai sebuah masjid. -Senibina Taj Mahal mempunyai hiasan berunsurkan jambangan bunga dan geometri yang mencerminkan simbolik antara alam sekitar dan tanda-tanda keagungan Tuhan -Ayat al Quran menjadi hiasan utama Taj Mahal dan ukiran huruf khat thuluth Islam yang menjadi seni huruf utama Taj Mahal
Zaman kegemilangan Pemerintahan Asoka – Seni bina seperti pintu pintu gerbang adalah dipengaruhi oleh agama Buddha. Zaman Gupta – 4 struktur penting Shikara : Bentuk kereta kuda orang Aryan Vimana : Kuil yang berbentuk pencampuran pyramid bertingkat :menjadi lambing seni bina kuil selatan India Ratha : batu tunggak diukir menjadi bentuk binatang g Gopuram : menandakan pintu masuk ke kompleks kuil Zaman Maurya - tiang asoka contoh terbaik kemegahan seni bina India Zaman Chola – kuil Brigathiswarar dibina di Thanjavur yang menunjukkan keunikan seni bina Zaman Vedik – banyak bangunan keagamaan diubahsuai oleh orang orang agama Buddha
REFLEKSI 2 Pencapaian tamadun India dalam pelbagai bidang. 1.Matematik : a.Geometri: Digunakan dlm upacara keagamaan seperti upacara pengorbanan. b.Algebra: Mempunyai algebra sehingga mereka dpt membezakan diantara no.abstrak dgn nombor kuantiti 2.Astronomi & Kalendar : a.digunakan utk menentukan masa upacara pengorbanan. b.kalendar matahari dicipta utk mengenal musim, tahun, bulan & hari. 3.Fizik : a.konsep jirim lahir bukan berdasarkan kpd eksperimen ttp berasaskan kpd institusi logik akal. b.alam semesta dijlskan oleh tamadun India mempunyai lima elemen iaitu tanah, angin, api, air & angkasa. Semua unsur alam adalah bercirikan atom. 4.Kimia : a.tamadun india menghasilkan ubat bertujuan utk memanjangkan usia, membuat racun dsbgnya. b.penciptaan beberapa bhn alkali utama, asid & garam logam dihasilkan melalui proses kimia perubatan. 5.Logam : a.tamadun India memperlihatkan kemahiran yg tinggi dlm pertukangan besi. Cthnya blh dilihat dgn jelas pd tiang besi di Delhi dlm abad ke 5m. Ia merupakan batang besi setinggi 7 meter. Kelebihannya ialah tahan karat. b.barangan keluaran tamadun India mendapat pengiktirafan drp tamadun lain seperti tamadun Romawi & Asia Barat. 6.Perubatan : a.sejak zaman Veda lg tamadun India mempunyai kemahiran dlm bidang perubatan. Bagi mereka ilmu perubatan merupakan ilmu sihir. b.perkembangan bidang fisiologi, pembedahan, seni pernafasan, reproduksi mausia, farmakologi & veterinari tlh berlaku sjk zmn sblm masihi lg.
Perbezaan Tamadun India lampau dan sekarang Tamadun lampau lebih kepada mencari hasil untuk kelangsungan kehidupan,manakala tamadun sekarang tidak terhad untuk kelangsungan hidup tetapi menekankan pembangunan hidup dan ingin meningkatkan kualiti kehidupan untuk mencapai hidup yang lebih baik
Faktor perkembangan peradaban India -Interaksi tamadun -Peningkatan ilmu pengetahuam -Semangat ingin memajukan diri
|
|
|
Post by wanimairrah78 on Dec 1, 2014 4:52:56 GMT
HAZWANI UMMAIRRAH BINTI MOHD ISA
REFLEKSI TAMADUN 1
1) PENGARUH ISLAM TERHADAP PERKEMBANGAN DAN KEMAJUAN SENI BINA DI INDIA
Seni bina di india kebanyakannya dipengaruhi oleh persekitan dan cuaca. Antara seni bina yang unggul di India ialah bangunan Taj Mahal yang mana, ia menggabungkan unsur dari Parsi, Turki, India dan Islam. Taj Mahal juga dikenali sebagai 'permata seni bina Islam'
Taj Mahal mempunyai 4 menara tinggi yang kurang daripada 46m di setiap penjuru. Selain itu, Taj Mahal didirikan di hujung taman yang luas dengan pintu masuk berbentuk lengkungan yang menyerupai bentuk masjid. Bangunan ini juga di hiasi dengan unsur jambangan bunga dan geometri yang menunjukkan simbolik alam sekitar tanda kebesaran Allah SWT. Akhir sekali, tulisan ayat Al-Quran dan ukiran khat thuluth Yang terdalat di menara Taj Mahal menunjukkan pengaruh Islam terhadap seni bina di India.
PERBEZAAN SENI BINA BAGI SETIAP ZAMAN DI INDIA
zaman asoka- pintu gerbang yang dipengaruhi agama budha
Zaman gupta- konsep asas ditentukan oleh golongan Brahmin. Menekankan simbol segi 4 manakala agama Budha lebih condong kepada simbol bulat. 4 struktur penting:
1)shikara - bentuk kereta kuda orang Aryan 2) vimana - kuil yang mempunyai pracampura n piramid bertingkat 3) ratha - batu tunggak diukir menjadi bentuk binatang 4) gopuram - menandakan pintu masuk utama ke kompleks kuil
Zaman Maurya- tiang Asoka merupakan contoh terbaik dan merupakan kemegahan pembinaan seni bina India
Zaman Chola- kuil Brigathiswarar di Thanjavur yang menunjukkan keunikan corak seni bina.
Zaman Vedik- banguna keagamaan diubahsuai oleh orang agama Budha semasa pemerintaha n Maharaja Asoka. Contohnya, kuil dua di Bhaja, Ajantha, Ellora dan Mahapallipuram
|
|