|
Post by shaza007 on Dec 6, 2014 12:49:41 GMT
NUR SHAZA ALWANI BINTI SHAH MUNIV
REFLEKSI TAMADUN 1
Pencapaian Tamadun China
1) Bidang perubatan
Rangka teori asas bagi perubatan Cina tradisional ialah teori kosmik dualistik yin dan yang dan juga teori lima elemen. Teori lima elemen menganggap badan manusia sebagai sebahagian daripada dunia fizikal ini dan organ dalaman seperti hati, jantung, limpa, paru-paru dan ginjal adalah secocok dengan lima elemen dalam alam semesta. Akupuntur dan moxihustion sangat penting dalam perubatan Cina tradisional. Bahan yang digunakan sebagai ubat-ubatan sangat luas termasuklah tumbuh-tumbuhan (herba), binatang dan sumber galian.
2) Bidang matematik
Ahli matematik Cina berjaya menetapkan nilai pi, sistem pecahan dan sistem perpuluhan yang kekal digunakan sehingga masa kini.
3) Bidang astronomi
Mereka berjaya menghasilkan peralatan astronomi dan penyelenggaraan rekod astronomi yang sempurna, tepat dan berterusan sepanjang lebih daripada 2,000 tahun. Sistem kalendar Cina juga adalah salah satu sistem yang paling awal, maju dan tepat berbanding dengan sistem lain di dunia ini.
4) Bidang seni
Tamadun Cina sangat popular dengan tembok kerana merupakan antara binaan yang sangat penting, semua kota mempunyai satu tembok yang bertujuan untuk pertahanan dan keselamatan. Binaan Cina tradisional yang diperbuat dari kayu biasanya kayu berkualiti baik dan mempunyai rangka yang berbentuk “tiang dan ambang” (post-and-lintel frame), atau tiang tegak dengan balak melintang di atas.
5) Bidang sains dan teknologi
Budaya Cina sangat menghargai kemahiran dalam teknologi khasnya kejuruteraan hidraulik kerana kewujudan budaya Cina bergantung kepada kejayaan atau keupayaan untuk mengawal banjir Sungai Kuning. Teknologi yang lain misalnya, teknologi melebur dan menuang besi ke dalam acuan (eating of iron), pengeluaran.
PERBEZAAN DENGAN TAMADUN ISLAM DAN INDIA
Perbezaan ketara yang dapat dilihat aalah dalm bidang seni bina. Bagi tamadun Islam dan India seni bina lebih tertumpu pada pembinaan tempat ibadat iaitu masjid dan kuil. Baagi tamadun Cina pula , seni bina lebih tertumpu pada pembinaan tembok yang menjadi lambang bagi sesebuah bandar.
REFLEKSI TAMADUN 2
Kedatangan Islam ke China
Agama Islam telah berkembang ke China dengan dua jalan, iaitu jalan laut dan jalan darat. Melalui jalan laut bermula dari Teluk Parsi dan bahagian selatan Semenanjung Tanah Arab hingga ke Lautan Hindi dan seterusnya ke bandar-bandar tenggara China seperti Canton. Manakala jalan darat yang dikenali sebagai Silk Road ( Jalan Sutera) bermula dari Timur Mediterranean hingga ke Asia Tengah, Bukhara dan Samarkand sebelum masuk ke barat laut China dan berakhir di pasar Changan (Xi’an) dan Peking.
Zaman kegemilangan Islam di China
Kemasukan Islam ke China telah memberi pelbagai perubahan besar terhadap negara tersebut iaitu pembinaan masjid di Guangzhou dan Quanzhou di selatan China, petempatan masyarakat Islam di Xian, bidang astronomi, takwin Islam, perubatan, dan sains teknologi.
Sumbangan Islam terhadap peradaban tamadun China
Islam telah berjaya mengubah cara pemakanan masyarakat China, pemberian nama yang berkaiatan dengan Islam, orang Islam juga telah melibatkan diri dalam bidang politik, pentadbiran, kesenian, dan kebudayaan. arak juga telah diharamkan di negara China.
|
|
|
Post by attyliyasyafira on Dec 6, 2014 17:22:24 GMT
Refleksi 1
Pencapaian Tamadun Cina
1. Kesenian : Tamadun Cina mempunyai pelbagai instrumen muzik klasik dan diklasifikasikan kepada beberapa jenis seperti alat muzik yang ditiup, dipetik, genderang, dan menggesek.
2. Seni Lukis : Lukisan Cina dalam bentuk potret ataupun lanskap. Lukisan Cina dilukis dengan dakwat monokrom. Perbezaan lukisan Cina dan Barat ialah lukisan Cina adalah terhad atau tidak dianggap menyeluruh. Lukisan Cina bukan dihasilkan dengan maksud untuk menggambarkan kesemua objek.
3. Sains dan Teknologi : #Ilmu astronomi berkembang dengan adanya katalog bintang dan gerhana matahari. # Ilmu perubatan berasaskan keseimbangan Yin dan Yang #Penciptaan magnet yang telah digunakan pada abad ke-1 & ke-6 masihi # Pembinaan kuil Pagoda berbentuk oktagon #Pembinaan tembok besar China mempertahan serangan orang gasar #Pembinaan tembok yang diperbuat dari lumpur, tanah liat dan batu bata
4. Empat Ciptaan Agung : Kertas, Cetakan, Kompas, Serbuk letupan.
5. Matematik : Penggunaan sempoa
Perbezaan dengan Tamadun Islam dan India
Tamadun Cina mampu menghasilkan teknologi baharu dengan lebih efektif berbanding dengan tamadun – tamadun lain. Tamadun Cina mampu menghasilkan produk mereka sendiri seperti kertas, cetakan, kompas dan serbuk letupan yang mana tidak dimiliki oleh tamadun lain.
|
|
lyza
New Member
Posts: 9
|
Post by lyza on Dec 6, 2014 17:37:19 GMT
NUR AZLIZA 1. Bincangkan pencapaian yang diperoleh dalam tamadun china. Banding bezakan dengan pencapaian yang dikecapi oleh tamadun Islam dan tamadun India. - Kesenian: Muzik klasik antara sistem yang paling lama dan paling berkembang Melibatkan kegiatan di istana, perayaan rakyat dan peristiwa yang berkaitan dengan agama. - Fiksyen Ditulis dalam Bahasa vernacular maka golongan terpelajar tradisional memandang tinggi stail klasik secara rasmi tidak dianggap taraf sastera Tidak standing prosa dan puisi - Seni Lukis : Hubung kait dengan kaligrafi dan puisi Lukisan potret dan landskap Seni ukir cap - Konsep seni halus sebagai hasil kegemaran waktu lapang bagi golongan atasan yang berpendidikan selelpas Dinasti Han - Seni bina: Keinginan membuat binaan yang harmoni dengan alam semesta. Kepercayaan fengshui Pembinaan tembok besar semasa dinasti chou Kuil-kuil, istana di kota larangan - Kaligrafi Gaya Cap (zhuanshu) Gaya Resmi (lishu) Gaya Balok (kaishu) Gaya Kursi (caoshu & xingshu) - Prosa Mempunyai fungsi sosial dan politik seperti puisi purba. - Drama Jenis zaju, sejenis bentuk sastera berbentuk puisi yang diubah mengikut seni muzik. - Sains dan teknologi: Wujud abag ke 15. Teknologi kejuruteraan yang mengawal banjir Sungai Kuning. (i) Bidang astronomi Menyediakan katalog bintang, mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet. (ii) Bidang matematik Penggunaan sempoa (abacus) karya ahli matematik Xu Yue. (iii) Bidang perubatan Teori kosmik dualistic,yin dan yang dan juga lima elemen. Perubatan Cina: i- Akupunktur ii- Aurikuloterapi iii- Terapi Makanan Cina iv- Perubatan Herba Cina v- Bekam Cina (Bekam Angin) (iv) 4 ciptaan agung i- Kertas ii- Cetakan iii- Kompas iv- Serbuk letupan
Bandingkan pencapaian tamadun Islam dan tamadun China Tamadun cina lebih terserlah kepada teknologi maju yang mereka cipta dalam kehidupan seharian manakala tamadun Islam lebih terserlah kepada kebesaran wilayah dan pendidikan dalam legasi pembangunan tamadun tersebut.
2.Huraikan tentang kedatangan Islam dan pengaruhnya di China. Perihalkan zaman kegemilangan kegemilangan Islam di China dan sumbangannya terhadap peradaban tamadun China Pembinaan masjid di seluruh wilayah China menunjukkan islam datang ke china di terima oleh sebahagian penduduk di sana. Penyebaran agama Islam mengambil masa 700-800 tahun yang lalu. Namun perkembangannya amat stabil. Islam mempunyai pusaka yang kaya di China. Islam dibawa ke China melalui perutusan yang dikirmkan oleh khalifah Uthman pada tahun 651 Masihi diketuai oleh Saad bin Abu Waqas, bapa saudara Rasulullah s.a.w. Maharaja China ketika itu menerima agama Islam dan menyuruh pembinaan masjid pertama di Canton. Dinasti Tan dengan budaya cosmopolitan telah membantu penyebaran agama Islam. Permastautinan orang Islam di China terdiri daripada saudagar Arab dan Parsi. Perdagangan orang Arab menambah perkembangan agama Islam ke China. Utusan-utasan dari Brunei juga ditemui datang menyebarkan agama Islam.
|
|
|
Post by attyliyasyafira on Dec 6, 2014 17:41:53 GMT
Refleksi 2
Kedatangan Islam dan pengaruhnya di China
#Khalifah Uthman telah menghantar rombongan yang diketuai oleh Saad Bin Abi Waqqas (bapa saudara Nabi sebelah ibu) ke China untuk menyebarkan Islam. Rombongan tersebut telah menghadap mengadap Maharaja Yung Wei pada zaman Dinasti Tang. Maharaja Yung Wei menerima baik ajaran Islam. Baginda memerintahkan pembinaan Masjid Peringatan di Canton bagi memperingati kedatangan Islam di China. # Kedatangan Islam ke China juga dikaitkan dengan hubungan perdagangan Arab dengan China melalui perdagangan. # Agama Islam telah berkembang ke China dengan dua jalan, iaitu jalan laut dan jalan darat. Melalui jalan laut bermula dari Teluk Parsi dan bahagian selatan Semenanjung Tanah Arab hingga ke Lautan Hindi dan seterusnya ke bandar-bandar tenggara China seperti Canton. Manakala jalan darat yang dikenali sebagai Silk Road ( Jalan Sutera) bermula dari Timur Mediterranean hingga ke Asia Tengah, Bukhara dan Samarkand sebelum masuk ke barat laut China dan berakhir di pasar Changan (Xi’an) dan Peking. # Pada peringkat awal iaitu pada abad ke 7M, masyarakat Islam di China terdiri daripada para pendatang Arab dan Parsi yang datang untuk berdagang sambil menyebarkan Islam. # Setelah itu pendatang Arab dan Parsi telah berkahwin dengan wanita tempatan. Berlaku proses asimilasi dengan masyarakat tempatan, maka ramai daripada mereka memeluk Islam.
Kegemilangan Islam di China
Apabila Islam menjadi kuat dan berpengaruh akhirnya terbentuk beberapa buah kerajaan di China yang mengamalkan dasar toleransi beragama seperti DinastiYuan dan Dinasti Ming. Kerajaan Islam telah memberikan sumbangan besar kepada perkembangan Islam dan tamadunnya di China dalam bidang sains dan astronomi, politik serta pentadbiran dan gaya hidup masyarakat.
|
|
|
Post by arishanajua on Dec 7, 2014 4:46:48 GMT
refleksi 1: pencapaian China..
kesenian-terdiri daripada meniup,genderang,memetik,menggesek. -lukisan pula terdiri daripada puisi,kaligrafi,lukisan potret dan landskap serta seni ukir cap
seni bina-berharmoni dengan alam semesta seperti feng shui -Tembok Besar China yang menggunakan batu-bata dan terdapat pintu gerbang
sastera-puisi,prosa dan drama
sains dan teknologi- katalog bintang,abacus,teori kosmik dualistik,akupunktur
ciptaan agung-kertas,cetakan,bahan letupan dan kompas
Bandingkan pencapaian tamadun Islam dan tamadun China Tamadun cina lebih cemerlang dalam teknologi yang mereka cipta dalam kehidupan merekakerana melibatkan lebih banyak aplikasi manakala tamadun Islam lebih kepada pembesaran dan penaklukan wilayah dan ilmu dan tamadun India pula lebih terserlah dari segi pembangunan dan kesenian.
Refleksi 2:
kedatangan Islam sangat lama kerana mengambil masa selama 700 sehingga 800 tahun Khalifah Uthman mengirim rombongn ke China pada 651 masihi dan diketuai oleh Saad Abi Waqas Maharaja menerima baik kedatangan rombongan tersebut. Dinasti Tang menjadi Dinasti Keemasan yang memperkenalkan Islam. Saudagar Parsi datang dan Khabilah Hui Zua menerima ISlam kedatangan Islam ke Sanya pula dibawa oleh Champa,Vietnam melalui jalan laut memandangkan lokasi tersebut berdekatan dengan persisiran pantai. Islam juga datang dibawa oleh pedagang yang seterusnya berkahwin dengan gadis tempatan.
Pengaruh Islam di China dapat dilihat dengan banyak masjid dibina berbeza mengikut dinasti seperti Masjid di Canton,masjid Qin Jing di Guang Zhou,Masjid Phoenix dan di China terdapat 40,000 masjid yang dibina. seni ukiran pada masjid pula banyak menggunakan ayat Al-Quran pada dinding,pintu masuk masjid begitu juga dengan seni flora yang diambil daripada Parsi dan Iran.
zaman kegemilangan Islam di China dapat dilihat pada zaman pemerintahan Laksamana Zheng Hi yang merupakan Era Keemasan Islam. pengaruh pula dapat dilihat dengan banyak pusat Islam berkembang di China terutama di Nanjing. banyak masjid dibina pada zaman pemerintahan Zu Yuan. .
|
|
UMMI WARDAH BINTI SHAFIE
Guest
|
Post by UMMI WARDAH BINTI SHAFIE on Dec 7, 2014 5:38:03 GMT
Refleksi tamadun China 1) Pencapaian tamadun China.. 1) Kesenian ⇒ muzik klasik ⇒ diklasifikasikan kepada : meniup, genderang, memetik, menggesek 2) Fiksyen 3) Seni lukis : mempunyai hubungan yang rapat dengan kaligrafi dan puisi : merupakan gabungan puisi dan kaligrafi
4) Seni ukir cap 5) Seni bina : membuat binaan yang berharmoni dengan alam sekitar ( Tembok Besar China) 6) Kaligrafi 7) Sastera yang merangkumi : puisi, prosa dan drama 8) Ciptaan agung : kertas, cetakan, kompas, dan serbuk letupan
Bandingan.. Dari yang kita lihat, tamadun China lebih cenderung kepada teknologi yang masyarakatnya cipta serta fungsi-fungsi teknologi tersebut dalam kehidupan seharian. Tamadun Islam pula lebih fokus terhadap perluasan kuasa serta perkembangan ilmu pengetahuan manakala tamadun India pula lebih fokus terhadap kesenian.
2) i. Uthman bin Affan r.a menghantar Saad bin Abi Waqqas untuk sampaikan dakwah kepada maharaja China. ii. Hasil lawatan : pembinaan masjid yang besar dan indah iii. Tentera Islam ( Qutaibah bin Muslim) jalankan penaklukan ke atas bandar Kashgar ibu kota Turkestan Timur dan menyeru Maharaja China memeluk Islam iv. Jeneral Lien Chen memberontak menentang Maharaja Su Tsung v. Khalifah al-Mansor telah menghantar 4000 orang tentera. : tentera yang dikirim berjaya dalam misi tersebut. vi. Tentera tersebut tinggal di China dan berkahwin dengan wanita tempatan. : bantu penyebaran Islam vii. Sesetengah pendakwah ke China melalui laut bersama pedagang dan menyebarkan Islam viii. Raja Turkestan Timur telah memeluk Islam : memudahkan penyebaran Islam ix. Agama Islam juga tersebar melalui Laluan Sutera
Sumbangan.. Sumbangan Islam di China dapat dilihat dari segi pembinaan masjid yang pelbagai rupa. Seni ukir yang terdapat di Masjid pula banyak menggunakan ayat-ayat al-Quran serta corak-corak flora.
Zaman kegemilangan.. Semasa zaman pemerintahan Dinasti Yuan dan Dinasti Ming, China telah mengalami zaman kegemilangannya tetapi telah merosot pada zaman Dinasti Manchu.
|
|
CJ9
New Member
Posts: 5
|
Post by CJ9 on Dec 7, 2014 8:14:52 GMT
che jauharah habsah binti che shamsuri
Kesusasteraan, Kesenian, Sains dan Teknologi Cina -sebuah tamadun berorientasikan agrarian atau pertanian yang sangat dipengaruhi oleh keadaan cuaca dan sifat geografi dalam proses pembangunan dan perkembagan. -melahirkan perkembangan pelbagai aliran falsafah, organisasi politik secara kompleks, serta sistem pentadbiran dan institusi sosial yang maju.
Bidang Matematik - Dua karya matematik yang terkenal a.Chou Pei Suan King – mengenai calendar, cara tentukan masa melalui baying. b. Chiu Chan Suan Shu – mengandungi 9 bab mengenai ilmu kira-kira, ukuran dan teori matematik.
Bidang Astronomi - Dinasti Chou – pembuatan catalog bintang, kejadian gerhana, komet dan penggunaan gnomon dan clepsydra.
Bidang Sains dan Teknologi -Alkimia -kompas -serbuk letupan -kertas -percetakan -seismoskop
tamadun Islam lebih tertumpu kepada proses penyebaran ilmu dan penterjemahan serta perluasan dakwah Islam.
pengaruh Islam di China -pembinaan masjid - Di Nanking sahaja terdapat 36 buah masjid. Masjid telah dijadikan sebagai pusat ibadat,pusat kegiatan ilmu dan pertemuan untuk kegiatan kemasyarakatan orang islam. Kesannya kegiatan dakwah telah berkembang dengan pesat.
-dasar kerajaan - beberapa buah kerajaan di China yang mengamalkan dasar toleransi beragama seperti DinastiYuan dan Dinasti Ming.
Kerajaan Islam telah memberikan sumbangan besar kepada perkembangan Islam dan tamadunnya di China dalam bidang sains dan astronomi bilamana Teha Ma-Lou-Tin (Jamaluddin) berjaya mencipta takwim Wan Nien Li yang dugunakan sebagai takwim rasmi kerajaan Yuan. Begitu juga tokoh astronomi bernama Ma Cha –ye-he dan Laksamana Cheng Ho ( Muhammad Ma HO / Zheng He ) zaman Dinasti Ming .
|
|
|
Post by yanamuni on Dec 7, 2014 10:28:23 GMT
SITI NORLIYANA AIMUNI BT MUSTAFA
Refleksi 1
Pencapaian Tamadun China
1)Kesenian-Muzik klasik (meniup, menggesek, memetik ) 2)Seni Lukis- puisi,kaligrafi,lukisan potret dan landskap, seni ukir cap 3)Seni bina-binaan yang harmoni dengan alam semesta. -Kepercayaan fengshui -Pembinaan tembok besar semasa dinasti chou -Kuil-kuil, istana di kota larangan 4)Fiksyen-Ditulis dalam Bahasa vernacular 5)Sastera-prosa, puisi dan drama 6)Sains dan teknologi-Bidang astronomi menyediakan katalog bintang , mencatat rekod gerhana dan komet -bidang matematik menggunakan karya oleh Xu Yue (sempoa) -bidang perubatan cina memperkenalkan akupunktur, aurikuloterapi, perubatan Herba , bekam cina 7)kertas , cetakan, kompas, serbuk letupan merupakan ciptaan agung
Perbandingan pencapaian antara tamadun -Tamadun Cina lebih maju dari segi teknologi dan juga perubatan -Tamadun Islam telah berjaya membesarkan kawasan jajahan takluk dalam usaha penyebaran Islam -Tamadun India menyerlahkan pembangunan mereka dalam kesenian binaan bangunan .
Refleksi 2
Pengaruh kedatangan Islam di China -Khalifah Uthman telah menghantar rombongan yang diketuai oleh Saad Bin Abi Waqqas (bapa saudara Nabi sebelah ibu) ke China.Rombongan tersebut telah menghadap mengadap Maharaja Yung Wei pada zaman Dinasti Tang. Maharaja Yung Wei menerima baik ajaran Islam. Baginda memerintahkan pembinaan Masjid Peringatan di Canton -Islam juga tersebar ke China melalui hubungan perdagangan antara pedagang Arab dan pedagang China -Islam berkembang ke China melaui jalan laut dan jalan darat. Jalan laut bermula dari Teluk Parsi dan bahagian selatan Semenanjung Tanah Arab hingga ke Lautan Hindi dan seterusnya ke bandar-bandar tenggara China seperti Canton.Jalan darat yang dikenali sebagai Silk Road ( Jalan Sutera) bermula dari Timur Mediterranean hingga ke Asia Tengah, Bukhara dan Samarkand sebelum masuk ke barat laut China dan berakhir di pasar Changan (Xi’an) dan Peking. -Perkahwinan antara pedagang Arab dengan penduduk tempatan juga menyumbang kepada kedatangan Islam di China
Kegemilangan Islam di China -Kedatangan Islam menyebabkan terbentuknya beberapa buah kerajaan di China yang mengamalkan dasar toleransi beragama(Dinasti Yuan dan Dinasti Ming). -Kerajaan Islam telah memberikan sumbangan besar kepada perkembangan Islam dan tamadunnya di China dalam bidang sains dan astronomi, politik serta pentadbiran dan gaya hidup masyarakat. -Sumbangan Islam di China dapat dilihat dari segi pembinaan masjid yang pelbagai rupa. -Seni ukir yang terdapat di Masjid pula banyak menggunakan ayat-ayat al-Quran serta corak-corak flora.
|
|
aiman
New Member
Posts: 8
|
Post by aiman on Dec 7, 2014 10:56:44 GMT
REFLEKSI 1::
PENCAPAIAN
- KESENIAN
-musik klasik :: melibatkan unsur meniup,genderang, memetik, menggesek -fiksyen::-menggunakan bahasa vernakular. -tidak setanding dengan puisi / prosa -seni lukis::-kaligrafi - menggunakan dakwat monokrom -aktiviti kegemaran waktu lapang golongan atasan yang berpendidik -unik::-terhad -objek tak bernyawa jarang dilukis - orang cina hanya terima lukisan yang beri manfaat dari segi iman dan akidah
- SENI BINA
- binaan yang harmoni dengan alam semesta -menerapkan konsep FENG SHUI dalam lokasi dan susunan dalam rumah / kubur #tembok besar China merupakan anatara 7 keajaiban dunia #dibina daripada batu dan terdapat pintu gerbang
- KALIGRAFI
-berbeza mengikut dinasti -4 gaya utama:: -gaya Cap, gaya Resmi, gaya Balok, gaya Kursif
- SAINS DAN TEKNOLOGI
-astronomi -matematik -perubatan:: -akupunktur -aurikuloterapi -terapi makanan cina -herba cina -bekam cina
#ciptaan agung-kertas, cetakan, kompas, serbuk letupan
#Bandingkan pencapaian tamadun Islam dan tamadun China -T.china lebih menumpukan kemajuan tamadun dengan penciptaan dan pembaharuan, manakala T.islam menfokuskan kepada pembesaran negara islam dan meningkatkan ilmu pengatahuan.
Refleksi 2: :
-kedatangan islam bermula apabila khalifah uthman mengirim rombongan yang diketuai oleh Saad abi Waqas. -maharaja hyung wei menerima kedatangan islam dengan baik -hasil hubungan baik maka terbinalah sebuah masjid pertama peringatan Rasulullah di canton -pengaruh islam dapat dilihat pada ukiran ayat quran pada dinding-dinding masjid.
|
|
eve95
New Member
Posts: 3
|
Post by eve95 on Dec 8, 2014 8:45:24 GMT
SITI HAWA BINTI DOLAH
REFLEKSI 1
Pencapaian tamadun China:
a) KESENIAN -Muzik klasik (meniup, genderang, memetik, menggesek) -Fiksyen -Seni lukis (lukisan potret & landskap, seni ukir cap) -Seni bina (keinginan untuk membina binaan yang berharmoni dengan alam sekitar) -Kepercayaan fengshui -Pembinaan Tembok Besar (untuk mempertahankan negara China bagi melindungi daripada serangan puak-puak Mongol). Dibina daripada tembok batu (menunjukkan kemajuan dalam pembuatan tembok-tembok). Setiap tembok ada pintu gerbang (dikelilingi parit besar dan menara). Tujuan lain untuk meagari kuil-kuil. Istana dan rumah-rumah kediaman.
b) KESUSASTERAAN -Puisi -Prosa -Drama
c) SAINS DAN TEKNOLOGI -Astronomi (i. orang Cina telah mampu menyediakan katalog bintang, mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet. ii. Sistem kalendar Cina juga adalah salah satu sistem yang paling awal, maju dan tepat berbanding dengan sistem lain di dunia ini). -Matematik (Penggunaan sempoa (abacus) disebut buat pertama kali pada kurun ke-2 dalam karya ahli matematik Xu Yue, walaupun alat itu tidak digunakan secara meluas sehingga masa yang lebih lewat). -Perubatan (i. Sistem perubatan Cina tradisional bersifat kepurbaan dan adalah bebas daripada pengaruh asing. ii. Rangka teori asas bagi perubatan Cina tradisional ialah teori kosmik dualistik yin. iii. Teori teonjing (saluran) dan luo (kolateral) yang merupakan asas bagi rawatan terapeutik seperti akupuntur dan moxishustion (membakar daun moxa))
Perbandingan pencapaian antara tamadun: Tamadun Islam lebih memfokuskan kepada penyebaran ilmu, aktiviti penterjemahan dan kegiatan dakwah. Manakala tamadun China lebih focus pada kemajuan dalam bidang teknologi.
REFLEKSI 2
Pengaruh kedatangan Islam di China: -Pembinaan masjid diseluruh China (bukti penerimaan agama Islam). -Uthman bin Affan r.a menghantar Saad bin Abi Waqqas untuk sampaikan dakwah kepada maharaja China. -Islam juga tersebar ke China melalui hubungan perdagangan antara pedagang Arab dan pedagang China. Perkahwinan antara pedagang Arab dengan penduduk tempatan juga menyumbang kepada kedatangan Islam di China. -Islam berkembang ke China melaui jalan laut dan jalan darat. Jalan laut bermula dari Teluk Parsi dan bahagian selatan Semenanjung Tanah Arab hingga ke Lautan Hindi dan seterusnya ke bandar-bandar tenggara China seperti Canton.Jalan darat yang dikenali sebagai Silk Road ( Jalan Sutera) bermula dari Timur Mediterranean hingga ke Asia Tengah, Bukhara dan Samarkand sebelum masuk ke barat laut China dan berakhir di pasar Changan (Xi’an) dan Peking. - Perkahwinan antara tentera China yang menetap disesuatu kawasan dan berkahwin dengan penduduk tempatan.
Kegemilangan Islam di China: -Kedatangan Islam menyebabkan terbentuknya beberapa buah kerajaan di China yang mengamalkan dasar toleransi beragama(Dinasti Yuan dan Dinasti Ming). -Kerajaan Islam telah memberikan sumbangan besar kepada perkembangan Islam dan tamadunnya di China dalam bidang sains dan astronomi, politik serta pentadbiran dan gaya hidup masyarakat. -Dalam bidang sains dan astronomi bilamana Teha Ma-Lou-Tin (Jamaluddin) berjaya mencipta takwim Wan Nien Li yang dugunakan sebagai takwim rasmi kerajaan Yuan. -Sumbangan Islam di China dapat dilihat dari segi pembinaan masjid yang pelbagai rupa. -Seni ukir yang terdapat di Masjid pula banyak menggunakan ayat-ayat al-Quran serta corak-corak flora.
|
|
|
Post by NuraqilahHS244 on Dec 8, 2014 16:14:43 GMT
# REFLEKSI 1 : PENCAPAIAN TAMADUN CHINA Antara pencapaian tamadun China adalah dalam bidang : 1. KESENIAN
- Dalam bidang kesenian, tamadun china mempunyai musik klasik yang dimainkan di istana dan dalam perayaan rakyat - Terdiri daripada kaedah meniup, memetik, gendang dan menggesek
- Mempunyai kombinasi antara kaligrafi dan puisi - Lukisan potret dan cap yang menggunakan dakwat monokrom - Bersifat terhad dan tidak menyeluruh. Lukisan yang dihasilkan tidak perlu cantik tetapi mempunyai tema bagi manfaat iman dan akhlak
- Bersifat harmoni alam - Mempunyai kaitan dengan Feng Shui untuk kesesuaian susunan dan lokasi - Pada Dinasti Chin terdapat pembinaan Tembok Besar China yang menggunakan tenaga 30 000 orang. Dibina dari tembok batu yang mempunyai pintu gerbang dan untuk memagari kuil
- Mempunyai gaya yang unik - Contohnya seperti cap seperti lishu, kaishu, caoshu, xingshu dan banyak lagi
2. KESUSASTERAAN
- PUISI - mempunyai klasik puisi seperti Shi Jing
- PROSA - mempunyai manfaat moral dan etika
- DRAMA - menyokong nilai cina
3. SAINS DAN TEKNOLOGI
- KEJURUTERAAN - membina hidraulik yang mengawal banjir Sungai Kuning
- ASTRONOMI - katalog binatang, mencatat rekod tepat gerhana dan komet
- PERUBATAN - kosmik dualistik iaitu yin dan yang, akupuntur aurikuloterapi. terapi makanan cina, penggunaan herba dan bekam
- ciptaan lain seperti kertas, kompas dan serbuk letupan
# PERBANDINGAN PENCAPAIAN ANTARA TAMADUN Tamadun China lebih maju dari segi aspek teknologi dan perubatan. Tamadun Islam pula mempunyai pencapaian dalam usaha menyebarkan islam dan memberi impak yang banyak dalam semua tamadun dari segi seni bina, masyarakat dan sebagainya. Manakala tamadun India mempunyai pencapaian dalam kesenian. # REFLEKSI 2 : KEDATANGAN ISLAM KE TAMADUN CHINA Penyebaran islam mempunyai beberapa proses : 1. Pengislaman maharaja. - Semasa Dinasti Tang, maharaja mereka memeluk islam di Majid di Canton dan diikuti oleh pembesar dan rakyat
2. Saudagar dari Arab dan Parsi singgah di daerah China - Saudagar dari Arab dan Parsi singgah di Masjid di Guangzhou - Terdapat juga makam ulama yang berketerunan arab iaitu generasi Nabi Muhammad S.A.W yang ke 16. Beliau mengislamkan orang islam tempatan - Mubaligh dari Iran datang untuk memberi sumbangan untuk baik pulih masjid.
3. Pusat Islam berkembang - terdapat seni bina masjid yang mempunyai pengaruh seni bina Parsi dan Arab, ayat Al-Quran dan kaligrafi islam China - terdapat kelas untuk belajar ilmu agama
4. Perkahwinan - Bangsa Arab berkahwin dengan wanita- wanita Han dan pengekalan budaya
5. Perdagangan - East Mosque di Sanya yang dibawa oleh orang Vietnam menerusi jalan laut melalui perdagangan dan penghijrahan
|
|
|
Post by adninhs244 on Dec 8, 2014 23:54:39 GMT
1)refleksi tamadun 1 -pencapaian SAINS DAN TEKNOLOGI CINA Hasil arkeologi menunjukkan sains dan teknologi Cina sudah wujud pada kurun ke-15 sehingga kurun ke-11SM. Di peringkat awal permulaannya, budaya Cina sangat menghargai kemahiran dalam teknologi khasnya kejuruteraan hidraulik kerana kewujudan budaya Cina bergantung kepada kejayaan atau keupayaan untuk mengawal banjir Sungai Kuning. Teknologi yang lain misalnya, teknologi melebur dan menuang besi ke dalam acuan (eating of iron), pengeluaran
porselin, pembuatan kertas dan loyang, dipercayai telah wujud pada masa yang lebih awal lagi. Bagaimanapun, berikutan perkembangan sejarah, budaya Cina menjadi satu dengan golongan elit birokratik begitu dominan. Golongan ini telah membawa kesan konservatif terhadap inovasi, dan selanjutnya telah menghalang segala pengenalan teknik baru kecuali teknik itu boleh mendatangkan manfaat secara langsung kepada seluruh birokrasi.
Interaksi atau hubungan antara China dengan Barat kurang terserlah sehinggalah kemunculan zaman moden. Namun begitu, wujud pertemuan sekali- sekala yang berlangsung antaranya pengembaraan Marco Polo pada tahun 1275- 1292. Ini telah menarik perhatian dunia Barat tentang keunggulan teknologi Cina dan seterusnya berlaku pemindahan pengetahuan teknologi dan China ke Barat. Ilmu mengenai sutera, kompas, pembuatan kertas dan porselin di dunia Barat dibawa masuk dari negara China. Bagaimanapun, para pemerintah China tidak berminat untuk menggalakkan penciptaan atau perniagaan dan perindustrian serta tidak menggalakkan perhubungan perniagaan dengan dunia luar. Kesannya, negara China telah ketinggalan dalam bidang sains dan teknologi sehingga abad ke-20 yang kemudiannya, evolusi politik dan pergolakan sosial telah membangkitkan kesedaran orang Cina tentang kepentingan sains dan teknologi moden.
Muzik Klasik
Muzik Cina klasik adalah antara sistem muzik yang paling lama dan paling berkembang dalam dunia ini. Bukti dokumentasi menunjukkan bentuk muzik Cina yang wujud tidak terbilang jumlahnya dan aktiviti penciptaan muzik Cina yang awal melibatkan kegiatan di istana, perayaan rakyat dan peristiwa yang berkaitan dengan agama. Namun begitu, bahan muzik ini telah hilang dan yang masih dapat dilihat hanya bahan yang wujud sejak dari zaman dinasti Song, dan Jumlahnya sudah sama dengan jumlah kesemua bahan sistem muzik utama dalam sejarah Eropah.
Sistem melodi (tune) muzik Cina klasik adalah kompleks. Alat-alat muzik Cina dikategorikan mengikut bahan akustik yang digunakan dan cara sesuatu alat itu dimainkan. Pada dasarnya bahan-bahan ini termasuk logam, batu, tanah liat, kulit, sutera, kayu, labu dan buluh. Berdasarkan cara sesuatu jenis alat muzik ini dimainkan muzik Cina dapat diklasifikasikan kepada kategori meniup, genderang, memetik dan menggesek.
Mengenai asal-usul muzik Cina, rekod Cina menyatakan bahawa lebih kurang pada tahun 2697SM, Maharaja Huang Di (maharaja legenda yang dikatakan salah satu maharaja terawal yang wujud di dalam sejarah Cina) telah menghantar orang untuk mencari paip buluh. Palp buluh yang dicari ini dikatakan boleh mengeluarkan bunyi serupa dengan bunyi burung phoenix dengan tujuan mendapatkan muzik yang berharmoni dengan alam semesta. Perbincangan dan rujukan terhadap muzik juga terdapat dalam buku-buku klasik seperti Li ji (Rekod Ritual) yang bertarikh pada kurun ke-2SM dan Shi jing. Tokoh-tokoh seperti Konfusius juga mempunyai minat terhadap muzik dan menimbulkan teori muzik yang lebih khusus serta prinsip estetik tentang muzik.
Bahasa dan Sistem Tulisan Cina Mengenai sistem tulisan, tulisan Cina yang dikenali sebagai Hanzi (tulisan Han) telah dicipta berdasarkan kaedah xiang xing (lambang bergambar), zh’shi (lambang petunjuk), huiyi (lambang petunjuk fikiran) dan xing sheng (gabungan bentuk-bunyi), bersamaan dua kaedah yang berfungsi memperluaskan erti atau penggunaan sesuatu hurufCina, iaitu zhuanzhu (mutual semantik transfer) dan jiajie [loan character). Kesemua kaedah tersebut dikenali secara tergolong sebagai liushu (six principles of writing).
Selain sebutan bunyi dan maksud, setiap tulisan Cina mempunyai bentuk yang istimewa. Bentuk tulisan Cina inilah yang telah menyumbang terhadap perpaduan bangsa Cina dan pembentukan kebudayaan Cina yang agung di dunia. Ini adalah kerana sungguhpun terdapat banyak diaiek di China yang sebutannya mungkin jauh berbeza antara satu dengan yang lain, tetapi orang Cina hanya perlu mempunyai satu sistem tulisan yang tunggal yang boleh digunakan oleh semua orang Cina sebagai bahasa pengantar untuk berkomunikasi. Maka bahasa Cina telah menjadi faktor unifikasi utama dan amat penting bagi rakyat Cina dan tamadun Cina.
Puisi Shijing bersama empat klasik lain iaitu Yijing (Klasik Perubahan), Shujing (Klasik Sejarah), Liji (Rekod Ritual) dan Chun qiu (Klasik Musim Bunga dan Musim Luruh), dikenali sebagai Wujing (Lima Klasik) dan sejak kurun ke-2SM ianya sangat dihormati oleh sarjana- sarjana Cina. Puisi yang terkandung dalam Shijing pada asasnya dinyanyikan dengan iringan muzik. Sesetengah puisi, terutamanya puisi kuil juga diiringi oleh tarian.
Pada keseluiuhannya kebanyakan puisi dalam Shijing mementingkan elemen lirik lebih daripada elemen naratif. Rima akhir diutamakan untuk mencapai kesan muzik dan tidak bergantung kepada penggunaan kecantikan retorik. Puisi dalam Shijing mempunyai fungsi politik dan sosial selain daripada fungsi sastera. la digunakan dalam pertemuan rasmi; raja dan pegawai diplomatik menyanyikan puisi sebagai pembayang bagi sesuatu keadaan sebenar atau untuk menyatakan maksud sebenar.
Chu ci (Nyanyian Chu) yang juga berasal dari muzik dan tarian dianggap mewakili antologi puisi Cina awal dari selatan di sekeliling kawasan Sungai Yangzi. Puisi-puisi yang berasal dari kawasan selatan ini menunjukkan pola irama yang agak berbeza daripada Shijing, misalnya baris-bans lebih panjang dan kurang tetap menyebabkan puisinya lebih sesuai dideklamasikan.
Mulai dari Shijing hmgga ke Chu ci, puisi Cina klasik kian matang dan sempurna. Dmasti Tang (618-907) menyaksikan kemuncak perkembangan genre ini. Keadaan politik dan ekonomi yang stabil khasnya pada tahap permulaan zaman ini menggalakkan perkembangan puisi Cina klasik mencapai tahap keemasan. Puisi yang telah dihasilkan tiada tandingan dari segi kuantiti dan kualiti. Quan Tangshi (Koleksi Lengkap Puisi Tang) mengumpulkan jumlah puisi lebih kurang 50,000 buah, hasil ciptaan dari 2,000 atau lebih orangpenyajak, termasuk penyajak agung seperti Li Bai, Du Fu dan Bai Juyi. Bentuk puisi utama yang wujud dalam sejarah puisi Cina klasik seperti jueju (puisi empat baris) dan lu shi (puisi lapan baris) juga telah mencapai tahap kematangan. Puisi- puisi ini dihasilkan dan ditulis dengan menggunakan pelbagai terna.
Bagi orang Cina, skop genre shi, yang biasanya diterjemahkan puisi, adalah sangat terhad. Sebenarnya yang boleh kita klasifikasikan di bawah golongan genre puisi wujud dalam banyak bentuk selain bentuk shi. Balada misalnya, begitu banyak jumlahnya. Kebanyakan teks drama juga mengandungi nyanyian dalam bentuk puisi. Yang harus diberi perhatian ialah sejenis puisi yang timbul dari nyanyian penghibur dan digubah dalam rangkap berlainan panjang mengikut bunyi atau suit muzik tertentu dikenali sebagai lirik ci. Di bawah usaha sebilangan penulisan ci yang berbakat seperti Liu Yong, Su Shi, Li Qingzhao, Zhou Bangyan dan Xin Qiji, bentuk ini mengambil tempat shi pada zaman pemerintahan dinasti Song (960-1279) untuk menjadi genre yang paling popular dan representatif.
Drama Drama Cina berkembang agak lewat. Pada dinasti Yuan (1279-1368), prestij tradisi lama mulai merosot di bawah pemerintahan Mongol, dan kawasan utara China, di mana penakluk asing mendirikan pusat pentadbiran mereka, menjadi satu persekitaran yang unik dengan aktiviti sastera yang bukan konvensional seperti drama berkembang. Drama Cina yang paling menarik ialah jenis zaju, sejenis bentuk sastera berbentuk puisi yang digubah mengikut suit muzik tertentu dan bersemarak pada zaman Yuan. Pelbagai tema dihasilkan dan terkandung dalam karya-karya drama. Terdapat penulis-penulis yang menghasilkan karya dan menggunakan karya mereka sebagai saluran untuk mengeluarkan perasaan tidak puas hati atau sebagai alat kritikan. Dengan ini zaju bukan sahaja member! hiburan tetapi juga berperanan sebagai pengkritik sosial yang berjaya mendapat konsensus dan simpati penonton. Sebagai contoh, drama Dou’er yuan (Ketidakadilan Dou’er) karya Guan Hanqing, mengkritik kelemahan pegawai Mongol yang menerima rasuah sehingga mengakibatkan seorang suri rumah dihukum mati tanpa melakukan apa-apa kesalahan. Karya lain seperti drama Xixiangji (Percintaan Kamar Barat) hasil penulisan Wang Shifu, menyanjung cinta bebas melalui pelukisan watak utama sebagai berani menentang tradisi lama dalam hal perkahwinan. Zaju banyak menyokong nilai-nilai Cina tradisional khasnya nilai seperti zhong (kesetiaan), xiao (penghormatan terhadap ibu bapa), jie (kesucian seseorang wanita) dan yi (keadilan).
Drama jenis lain yang harus diperkenalkan ialah chuanqi. Chuanqi yang berkembang semasa zaju, lebih panjang dari segi skop iaitu biasanya berjumlah tiga sehingga empat puluh adegan (babak) dan lebih fleksibel dari segi muzik dan nyanyian. Selain chuanqi, kunqu Juga amat menarik. Bentuk drama ini berdominan sejak kurun ke-16 sehingga ke-18 dan merupakan kegemaran golongan pujangga kerana stall nyanyiannya halus dan muziknya bergaya.
Kaligrafi Kaligrafi Cina telah menghasilkan banyak stall tulisan yang telah dikembangkan. Terdapat enam jenis stail tulisan yang masih digunakan masa sekarang walaupun ada di antaranya yang hanya digunakan untuk tujuan spesifik. Empat stall tulisan lebih biasa digunakan masa kini, termasuklah pertama, stall biasa atau kaishu iaitu setiap pergerakan berus dan garis (stroke) ditulis dengan jelas; kedua, lishu iaitu sejenis stall yang dikembangkan pada asalnya untuk kegunaan kerani, tulisannya lebih berbentuk segi empat, dengan pergerakan berus dan garis berdatar lebih panjang sedikit daripada pergerakan berus dan garis tegak; ketiga, xingshu atau stall berlari iaitu bentuknya seakan-akan kaishu tetapi tangan seperti berjalan cepat atau bergerak dengan laju apabila menulis, dengan ini menghasilkan tulisan yang bersifat kurang teratur; dan keempat, caoshu atau stall rumput yang telah mendapat namanya berdasarkan rupa bentuk iaitu rumput ditiup angin yang nampaknya berselerak tetapi pada hal adalah teratur. Jenis kaishu ialah stall yang biasa digunakan dalam buku cetakan. Caoshu pula hanya dapat difahami oleh pakar kaligrafi yang telah mahir dalam seni ini dan bukan satu stall yang sesuai untuk kegunaan biasa.
Dari segi teknikal, kaligrafi Cina amat bergantung kepada kemahiran dan imaginasi seseorang pakar kaligrafi untuk menghasilkan bentuk garis yang menarik lalu menggubah struktur yang cantik berdasarkan garis-garis ini. Usaha ini hams dijalankan tanpa sebarang percubaan dengan sengaja untuk memperelok atau menggelapkan stroke-stroke tertentu. Pada masa yang sama seseorang pakar kaligrafi juga perlu menjaga ruang di antara stroke berseimbangan dan ini merupakan satu teknik yang hanya dapat dicapai hanya selepas berlatih dalam tempoh masa yang lama.
seni lukis Berdasarkan cara penyampaian, lukisan Cina tradisional boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu pertama, xieyi (bebas tangan/freehand brushwork) dan kedua, gonghi (menggunakan garis halus dan teliti dengan memberi perhatian kepada butir-butir). Xieyi merupakan pendekatan asas lukisan Cina. Teori estetik xieyi menitikberatkan sentimen dan mengabaikan realisme. Aspek seperti perspektif dan cahaya tidak penting. Qi Baishi, pelukis Cina terkenal pada masa moden misalnya, tidak melukis udang, serangga, burung atau bunga mengikut rupa bentuk sebenar tetapi hanya menunjukkan sifat paling penting (essence) objek-objek ini mengikut pengalaman dan fahaman sendiri. Apabila melukis landskap, jarang pelukis xieyi melukis tempat yang benar-benar wujud, tetapi mereka hanya meminjam bentuk-bentuk gunung, sungai, batu, pokok untuk dijadikan alat menyatakan perasaan dan idea mereka. Walaupun mereka mengelakkan dari memberi gambaran tepat, mereka perlu membuat lukisan landskap yang digemari mereka sebagai landskap, dan membawa peminat ke dalam dunia alam semula jadi serta bersatu dengannya.
Dalam lukisan Cina, bahan yang sama digunakan sebagai mana yang digunakan oleh ahli kaligrafi Cina. Kebanyakan lukisan Cina dilukis dengan menggunakan dakwat monokrom.
Seseorang pelukis perlu memastikan terlebih dahulu mengenai apa yang ingin dilukiskan supaya tidak berlaku kesilapan atau kesalahan apabila melukis dan beliau perlu menyiapkan hasil lukisan dengan penuh keyakinan, kelajuan serta kemahiran menguasai teknik lukis. Keyakinan dan kemahiran ini hanya dapat diperolehi melalui latihan yang panjang dan berdasarkan pengalaman. Format lukisan biasanya dalam bentuk skrol panjang yang digantung secara tegak atau skrol tangan melintang yang berbeza panjangnya, kadang-kadang sepanjang lima belas meter. Bentuk lain ialah kipas dan lembaran album.
Kriteria menilai lukisan berdasarkan kriteria sama yang digunakan untuk menilai kaligrafi. Sesuatu lukisan yang bernilai harus menunjukkan pergerakan berus yang penuh dengan tenaga (vitality) dan perasaan (expressiveness) serta komposisi yang bersifat harmoni secara keseluruhan. Bagi seseorang peminat lukisan Cina, tandatangan pelukis, tulisan, biasanya puisi dan cap merupakan bahagian komposisi yang juga diperlukan.
Seni bina Dalam seni bina Cina, tembok merupakan antara binaan yang sangat penting kerana semua kota mempunyai satu tembok yang bertujuan untuk pertahanan dan keselamatan. Di peringkat kampung dan desa, kadang-kadang benteng tanah dibina mengelilingi kawasan tersebut dengan tujuan yang sama. Tembok kota kebiasaannya mengagumkan dengan ketinggian kebanyakannya dua puluh lima hingga tiga puluh kaki dan luasnya dua puluh kaki atau lebih. Lilitan tembok sepanjang lima atau enam batu merupakan suatu yang biasa dan di sesetengah bandar misalnya di Beijing, tembok lebih tinggi dan meliputi kawasan lebih luas. Tembok kota mempunyai pintu yang dibuka pada waktu tertentu iaitu waktu fajar dan ditutup pada waktu malam. Di atas pintu terdapat menara yang tinggmya beberapa tingkat. Tembok kota biasanya dikelilingi oleh pant penuh dengan air yang dalam dan lebar. Tembok yang terkenal di negara China dan juga di dunia ialah Tembok Besar China {The Great Wall of China). Tembok juga dibina bukan sahaja untuk mengelilingi kota tetapi juga untuk memagari kuil-kuil, istana dan rumah-rumah kediaman.
Binaan Cina tradisional yang diperbuat dari kayu biasanya kayu berkualiti baik dan mempunyai rangka yang berbentuk “tiang dan ambang” (post-and-lintel frame), atau tiang tegak dengan balak melintang di atas. Tiang kayu yang digunakan untuk menyokong bumbung kadang-kadang dicat dan kayu lintang yang mengikut keseluruhan binaan biasanya dihiaskan dengan ukiran atau lukisan corak berwarna.
Bumbung binaan Cina adalah menonjol, bercerun curam dengan cucur bumbung yang melengkung ke atas di sudutnya. Bumbung biasanya dipasang tembikar walaupun keluarga miskin menggunakan bumbung atas. Bumbung kuil dan istana biasanya mempunyai tembikar berwarna kilat misalnya, bumbung Tian Tan (Kuil Syurga) di Beijing yang berwarna kilat biru.
Pavilion dalam bentuk oktagonal untuk tujuan hiasan Juga merupakan satu cin seni bina Cina. Ciri lain termasuklah pagoda, yang dipengaruhl oleh agama Buddha. Pagoda hilang hubungannya dengan agama Buddha kemudian, dan kebanyakan pagoda yang dibina terkemudian adalah untuk tu]\iznfengshui. Pailou Sitnupaifang iaitu gerbang pada asalnya dibina untuk tujuan memperingati seseorang berdasarkan merit, misalnya seorang balu muda yang hidup mulia hingga ke usia tua; atau sebuah keluarga yang hidup bersama untuk beberapa generasi. Jambatan kebanyakannya dibina dari batu dan ada yang mempunyai lebih dari satu gerbang, adalah ciri lain binaan Cina.
Bagi orang Cina seni taman berkait rapat dengan seni bina. Taman- taman Cina bahkan taman-taman diraja atau persendirian, melanjutkan lagi pnnsip binaan dengan reka bentuk telah diubahsuaikan untuk bersesuaian dengan alam sekitar dan bukan untuk berdominan. Istana Musim Panas (The Summer Place) di kawasan desa Beijing mempamerkan kejayaan cemerlang orang Cina
Bidang Astronomi
Di zaman awal pemerintahan dinasti Zhou (kurun ke-11 sehingga ke-3SM), orang Cina telah mampu menyediakan katalog bintang, mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet. Sumbangan terbesar ahli astronomi Cina ialah penghasilan peralatan astronomi dan penyelenggaraan rekod astronomi yang sempurna, tepat dan berterusan sepanjang lebih daripada 2,000 tahun. Sistem kalendar Cina juga adalah salah satu sistem yang paling awal, maju dan tepat berbanding dengan sistem lain di dunia ini.
Bidang Matematik
Orang Cina juga banyak mencapai kemajuan dalam bidang matematik. Penggunaan sempoa (abacus) disebut buat pertama kali pada kurun ke-2 dalam karya ahli matematik Xu Yue, walaupun alat itu tidak digunakan secara meluas sehingga masa yang lebih lewat. Kebanyakan matematik Cina terkandung dalam karya agong jiuzhang suanshu (Sembilan Bab Matematik) oleh Zhang Cang (kurun ke-2SM). Di dalam buku ini terdapat misalnya catatan mengenai kuantiti negatif. Ahli matematik Cina juga mengenai pasti nilai pi, sistem pecahan dan sistem perpuluhan. Kesemua kemajuan dalam bidang matematik ini kekal digunakan sehingga masa kini.
Bidang Perubatan
Sistem perubatan Cina tradisional bersifat kepurbaan dan adalah bebas daripada pengaruh asing. Mengikut legenda, ia bermula sejak masa Fu Xi (2953SM?) dan diperkembangkan seterusnya oleh Shen Nong (?-2698SM?) dan Huang Di (?-2598SM?).
Rangka teori asas bagi perubatan Cina tradisional ialah teori kosmik dualistik yin dan yang dan juga teori lima elemen. Teori yin dan yang mengatakan bahawa keseimbangan secara harmoni kedua-dua kuasa yin dan yang akan mempengaruhi kesihatan badan manusia. Apabila kadar yin dan yang dalam badan manusia kurang seimbang, kesakitan berlaku. Dalam badan manusia kadar yin dan yang boleh dikawal dan ini merupakan tumpuan paling utama dalam perubatan Cina tradisional. Teori lima elemen menganggap badan manusia sebagai sebahagian daripada dunia fizikal ini dan organ dalaman seperti hati, jantung, limpa, paru-paru dan ginjal adalah secocok dengan lima elemen dalam alam semesta. Misalnya, paru-paru dianggap mempunyai kualiti kayu yang boleh dinyala oleh api. Oleh itu seseorang yang menghadapi gangguan paru-paru mudah menjadi marah. Berdasarkan dua teori ini doktor Cina tradisional mengambil berat tentang kepentingan melaraskan semula keseimbangan harmoni badan seseorang pesakit.
Satu lagi bentuk teori penting ialah teonjing (saluran) dan luo (kolateral) yang merupakan asas bagi rawatan terapeutik seperti akupuntur dan moxishustion (membakar daun moxa). Mengikut teori ini, organ dalaman, tangan dan kaki badan manusia adalah berkaitan dan dihubungkan oleh saluran di mana darah dan qi (tenaga dinamik) beredar. Apabilaywg atau luo tersekat, darah dan qi tidak dapat mengalir lancar dan ini akan menyebabkan kesakitan. Dengan ini memastikan darah dan qi mengalir lancar merupakan asas dan langkah pertama untuk menyembuhkan sesuatu penyakit.
Akupuntur dan moxihustion sangat penting dalam perubatan Cina tradisional. Berdasarkan teori jing dan luo, akupuntur melibatkan perbuatan memasukkan atau mencucuk jarum logam yang telah disteril, yang panjangnya antara 3 sehingga 24 cm ke dalam kulit dan tisu di bawah kulit. Salah satu tujuannya adalah untuk menstimulasikan titik tertentu pada saluran jing dan luo supaya gangguan peredaran darah atau qi dapat dibetulkan. Pengamalan akupuntur telah bermula sejak kira-kira 2,500SM atau lebih awal dan adalah benar-benar sifat Cina dari sudut perubatan. Dalam rawatan moxibustion, daun moxa (Artemisia chinensis) dibubuh pada titik tertentu pada permukaan kulit lalu dibakar.
Bahan yang digunakan sebagai ubat-ubatan sangat luas termasuklah tumbuh-tumbuhan (herba), binatang dan sumber galian. Terdapat herba zaman purba yang berjumlah lebih kurang 1,000 jenis. Kegunaan ubat-ubatan dalam rawatan pada dasarnya ialah untuk memulihkan keseimbangan yin dan yang dan merupakan satu perkara yang agak rumit. Ini menyebabkan cara mempreskripsi
(menentukan penggunaan ubat-ubatan) bersifat kompleks. Terdapat ubat yang telah diguna oleh sistem perubatan Barat misalnya rubarb, besi (untuk anemia), dan kapur barus (champor). Herba mahuang telah digunakan sekurang-kurangnya sepanjang 4,000 tahun di negara China dan sekarang sangat berguna dalam bidang perubatan Barat untuk merawat penyakit lelah (asthma) dan penyakit lain yang berkaitan.
Buku mengenai perubatan dan farmokologi Cina tradisional sangat berguna dalam memperkembangkan sains perubatan Cina. Huangdi neijing (Klasik Perubatan Maharaja Kuning), yang dipercayai dihasilkan oleh sarjana perubatan tidak bernama pada Zaman Negeri Berperang (475-221SM), merupakan kesimpulan sempurna yang pertama bagi perubatan Cina tradisional. Bencao gangmu (Farmakopeia Agung) yang ditulis oleh Li Shizhen (1518-1593) ialah farmakopeia Cina teragung dan mengandungi 52 jilid yang masih dianggap berwibawa sehingga masa kini.
EMPAT PENCIPTAAN AGUNG
Antara pencapaian teknologi Cina purba, yang paling berguna dan berpengaruh dan segi sumbangan terhadap perkembangan teknologi serta tamadun dunia ialah empat penciptaan agung iaitu teknik membuat kertas, pencetakan, bahan letupan dan kompas.
Mengenai teknik membuat kertas, ia telah dicipta oleh Cai Lun dengan bahan-bahannya menggunakan fiber tumbuh-tumbuhan pada tahun 105. Teknologi membuat kertas ini kemudiannya telah dibawa dan diperkenalkan ke dunia Barat melalui Jalan Sutera Lama (The Old Silk Road) dan tiba di Eropah pada kira-kira kurun ke-13.
Teknologi teknik pencetakan (printing) telah mula diperkenalkan semasa pemerintahan dinasti Tang (618-906). Antara buku bercetak yang paling awal dan masih wujud sehingga kini ialah fingangjing (Kitab Sutra Diamond) versi Cina yang bertarikh 11 Mei 868 yang kini disimpan dan dipelihara di Muzium British di England. Buku ini dianggap mewakili hasil daripada pengalaman lama orang Cina dalam teknik percetakan blok (block-printing). Pada tahun 1045, Bi Sheng mencipta teknik percetakan bergerak (mobile-type printing) dan mula menggunakannya secara umum. Penciptaan Bi Sheng adalah 400 tahun lebih awal daripada penciptaan yang sama di dunia Barat yang hanya berlaku pada kurun ke-15.
Bahan letupan (gunpowder) pula telah dicipta oleh ahli-ahli alkimia Daois yang menemui formulanya dalam uji kaji mencampur saltpetre dengan sulfur dan karbon. Menjelang kurun ke-7, orang Cina sudah pun menggunakan bahan letupan untuk membuat bunga api. Bahan letupan mulai digunakan dalam bidang militari pada tahun 906 oleh ketua tentera Tang (618-906). Ilmu bahan letupan dibawa masuk dan diperkenalkan ke negara Arab pada kurun ke-13 dan seterusnya dan situ diperkenalkan ke negara Eropah.
Kompas juga merupakan salah satu dari empat penciptaan agung dalam tamadun Cina yang memberikan sumbangan bermakna kepada tamadun dunia sehingga masa kini. Semasa dinasti Han (206SM – 220SM) sifat-sifat magnet
sudah diketahui di negara China. Antara kurun pertama dengan kurun ke-6, orang Cina sudah pun menemui pengetahuan tentang gejala kemagnetan aruhan (induced magnetism), dan menjelang kurun ke-8 dan ke-9, ilmu pengherotan (declination) dan juga kekutuban magnet (polarity) dikuasai. Berdasarkan ilmu pengetahuan ini, orang Cina telah menghasilkan kompas, yang pada mulanya untuk digunakan di kapal.
-perbezaan Seni bina Islam bermula dengan pembinaan masjid (Masjid Nabi) di Madinah yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w. Manakala pembinaan kubah masjid dimulakan oleh Khalifah Umar al-Khattab pada tahun 636 Masihi berhampiran dengan Masjid al-Aqsa di Jerusalem, Palestin. Seni bina Islam berkembang dengan begitu pesat dalam tamadun Islam sehingga lahirlah kota-kota yang besar yang merupakan manifestasi pencapaian seni bina Islam. Antara kota dan binaan yang masyhur adalah:
1. Kota Kaherah yang mempunyai masjid Jamek al-Azhar yang kemudiaannya dijadikan universiti terunggul Islam iaitu Universiti al-Azhar.
2. Kota Cordova yang kaya dengan ratusan binaan pelbagai masjid, istana, pangsapuri, tempat mandi serta gedung perniagaan.
Pada zaman Maurya, bidang seni bina dan seni ukir India berkembang maju. Tiang Asoka merupakan contoh terbaik kemegahan seni bina dan seni ukir India. Pada zaman Gupta, senibina dan seni ukir mencapai kegemilangannya. Di India Utara, Stupa Sanchi, imej Buddha dan Bodhisattva adalah antara lambang kemegahan seni bina India. Ukiran Gua Ajanta dan Ellora serta duit syiling India zaman Gupta membuktikan seni ukir India yang tinggi nilainya. Di India Selatan, kuil batu Mamallapuram yang dibina oleh raja Pallava menunjukkan corak seni bina dan seni ukir kompleks yang mengagumkan. Pada zaman Chola, kuil Brigathiswarar yang dibina di Thanjavur menunjukkan keunikan corak seni bina bangunan kuil ini, dan masih menjadi misteri dalam seni bina India.
Pada akhir abad ke 2H/8M aktiviti astronomi telah berpusat di Baghdad.Pada abad seterusnya iaitu pada 3H/9M telah lahir tokoh-tokoh astronomi Islam yang terkemuka sepanjang zaman seperti Habasy Al-Hasib dan juga AL- khawarizmi.Pada abad ini,penyelidikan dan pengkajian terhadap astronomi telah dilakukan dengan gigih dan bersungguh- sungguh. Abad ke 4H/10M telah menonjolkan lebih ramai lagi tokoh-tokoh astronomi yang lahir daripada penganut Islam.Tokoh-tokoh yang dimaksudkan seperti Abd Rahman Al-Sufi,Abu Said Al-Sijzi,Abu Al-Wafa al-Buzjani, Abu al-Qasim Al-Majriti dan ramai lagi. Pada abad ini,Abd Rahman Al-Sufi telah melakarkan ilustrasi-llustrasi bintang yang disifatkan oleh george Sarton sebagai masterpiece dalam sejarah ilmu astronomi dunia.
Manakala Abu Said al-sijzi pula telah mencipta Astrolab dan beliau membuat kenyataan bumilah yang sebenarnya mengelilingi matahari dan bukannya matahari yang mengengelilngi bumi.Kenyataan yang telah dilakukan Abu Said Al-Sijzi ini telah diterima pakai dan terbukti kebenarannya sehingga ke hari ini dalam ilmu astronomi. Abad ke 5H/11M menyaksikan kecemerlangan tokoh astronomi yang beragama Islam yang lainnya,seperti Al-Biruni,Ibn Yusuf dan Al-Zarqali.Antara sumbangan yang telah dilakukan oleh al-Biruni adalah membuat banyak ukuran yang berkaitan dengan saiz bumi umpamanya.Selain itu,Al-Biruni juga telah mengira sesuatu latitude dan juga Longitud bagi sesuatu tempat yang terdapat di atas muka bumi. Seterusnya pada Abad ke 6H/12M sarjana-sarjana Islam telah melakukan banyak kritikan,dan juga penambah baikan terhadap teori-teori yang telah dikemukakan oleh Batlamus daripada tamadun Yunani. Pada abad ini,beberapa fakta yang tidak tepat yang dipelopori oleh Batlamus telah diperbetulkan oleh para sarjana astronomi Islam.Antara tokoh-tokoh yang terlibat adalah Ibn.Tufail,dan juga anak muridnya yang bernama al-bitruji.Selain itu,Al-Khazani juga telah menerbitkan sebuah kitab yang bernama Sanjani Zij sebagai satu pembetulan terhadap teori-teori astronomi yang telah diilhamkan oleh Batlamus.
Jyotisa adalah salah satu bahagian utama Veda. la merupakan perkiraan astronomi yang digunakan pada zaman awal untuk menentukan tarikh dan masa bagi upacara pengorbanan. Berdasarkan perkiraan astronomi muncul kalendar matahari. Pada zaman awal, orang India berjaya menemui 7 planet tanpabantuanteknologiperalatan. Planet-planet tersebut ialah Matahari, Bulan, Marikh, Utarid, Musytari, Zuhrah, Zuhal dan kemudian dua lagi planet ditambah, iaitu Rahu dan Kethu (pusat tenaga) yang berada pada arah bertentangan 180 . 27bintang (nakshatra) turut dikenali dan mempercayai 27 bintang dan 9 planet ini mempengaruhi kehidupan manusia. Kepercayaan inilah yang menjadi asas bagi kemunculan ilmu menilik (astrologi). Bermula pada zaman Gupta, ilmu astrologi berkembang, diterima dan akhirnya, dipercayai oleh semua orang India.
Para sarjana mengatakan terdapat pengaruh seni astronomi orang Mesapotamia (Sumeria) dalam astronomi India. Bagaimanapun, tidak terdapat bukti dan penjelasan yang konkrit untuk memperkukuhkan kenyataan ini. Pakar astronomi Syria, Severus Sebokht (kurun ke-7) telah mengetahui keunggulan astronomi dan matematik India. Beliau berpendapat perkiraan astronomi India adalah sesuai untuk tujuan praktikal dan lebih tepat daripada astronomi Greek- Romawi.
Muzik boleh ditakri^an sebagai bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan (Mahayudin, 2004). Bangsa Yunani dikatakan perintis dalam bidang seni muzik. Namun begitu setelah kedatangan Islam, orang-orang Islam telah memajukannya. Perkembangan seni muzik berlaku pesat pada zaman pemerintahan Kerajaan Abbasiyah di mana kebolehan menyanyi dan bermain alat muzik dijadikan pra syarat untuk diterima beke؟ja (Mohd Mokhtar, 1993). Kesannya, lahirlah ramai tokoh- tokoh terkemuka yang arif dalam bidang muzik seperti al-Farabi dan al-Kindi.
Dalam seni muzik India, tala atau corak, metrik menjadi asas teori irama. Raga atau corak melodi pula menjadi asas teori melodi. Pemain dram biasanya menjelaskan rangka tala dengan menggunakan pelbagai paluan dengan tangan dan jari di bahagian-bahagian gendang untuk memperbaiki irama yang kompleks. Dalam muzik India, walaupun teori harmoni tidak begitu meluas, mereka mempunyai raga yang lebih kompleks daripada corak melodi Barat. Pada zaman pertengahan, raga telah mempunyai skala komplementari yang disebut ragini. Raga dan ragini digunakan untuk menggambarkan waktu (kala) atau sesuatu musim, perayaan dan emosi. Alat-alat muzik India terbahagi kepada empat kategori iaitu pertama, tata (tali); kedua, avanaddha (dram); ketiga, ghana (solid atau ideophone); dan
keempat, susira (angin). Alat muzik India Utara adalah berbeza dengan alat muzik India Selatan. Di India Utara, sitar, sahnai, dan tabala merupakan alat muzik utama. Vinai, natasvaram dan mrdanga, menjadi alat muzik yang penting di India Selatan. Muzik India Utara (Hindustani) dan muzik India Selatan (Karnataka) mempunyai asal-usul dalam teks asas Natya-Sastra dan Sangita Ratnakara. refleksi tamadun 2 -kedatangan dan pengaruh islam di china
Kedatangan Islam Ke China :
Agama Islam telah berkembang ke China dengan dua jalan, iaitu jalan laut dan jalan darat. Melalui jalan laut bermula dari Teluk Parsi dan bahagian selatan Semenanjung Tanah Arab hingga ke Lautan Hindi dan seterusnya ke bandar-bandar tenggara China seperti Canton. Manakala jalan darat yang dikenali sebagai Silk Road ( Jalan Sutera) bermula dari Timur Mediterranean hingga ke Asia Tengah, Bukhara dan Samarkand sebelum masuk ke barat laut China dan berakhir di pasar Changan (Xi’an) dan Peking. Pendatang Arab dan Parsi :
Pada peringkat awal iaitu pada abad ke 7M, masyarakat Islam di China terdiri daripada para pendatang Arab dan Parsi. Tujuan asalnya ialah berdagang sambil menyebarkan Islam. Perluasan kuasa ke Asia Tengah :
Perluasan kuasa ke kawasan Asia Tengah seperti Samarkhand, Bukhara, di wilayah Sinkiang mempercepatkan penyebaran Islam ke China. Hubungan diplomatik juga dijalinkan diantara masyarakat muslim di Singkiang dengan Maharaja China. Asimilasi :
Setelah itu pendatang Arab dan Parsi telah berkahwin dengan wanita tempatan. Berlaku proses asimilasi dengan masyarakat tempatan, maka ramai daripada mereka memeluk Islam. Pada tahun 878M telah terdapat seramai 120,000 orang asing khususnya Arab Islam di Cina. Pada zaman akhir Dinasti Yuan penduduk Islam dianggarkan 4,000,000 orang. Penempatan Masyarakat Islam :
Justeru itu penempatan orang Arab telah berkembang di kawasan selatan negeri China seperti Chuan Chow, Chang Chow, dan Kwang Chow(Canton).manakala pada zaman Dinasti Sung telah dibenarkan membuat perkampungan sendiri. Pembinaan Masjid :
Menurut Ibnu Battuta sewaktu lawatan beliau ke China setiap perkampungan Islam telah didirikan sebuah masjid. Sebagai contoh Maharaja Huang Chu telah mendirikan sebuah masjid jamik di Nanking. Di Nanking sahaja terdapat 36 buah masjid. Masjid telah dijadikan sebagai pusat ibadat,pusat kegiatan ilmu dan pertemuan untuk kegiatan kemasyarakatan orang islam. Kesannya kegiatan dakwah telah berkembang dengan pesat. Di pinggir bandar Canton telah dibina sebuah zawiyah iaitu institut pengajian Agama dan tarekat yang dipimpin oleh Syeikh Burhanuddin. Peranan Ulamak :
Pada zaman Dinasti Yuan ini juga telah terdapat beberapa orang ulama besar yang menetap di China seperti Fuqaha al-Muazzam Maulana Qawamuddin al-Sibti. Seorang ulama fekah mazhab Maliki yang berasal dari Maghribi, Dasar Kerajaan China :
Apabila Islam menjadi kuat dan berpengaruh akhirnya terbentuk beberapa buah kerajaan di China yang mengamalkan dasar toleransi beragama seperti DinastiYuan dan Dinasti Ming. Ramai ilmuan Islam dibawa masuk untuk berkhidmat sebagai pentadbir, pakar kewangan, arkitek, ahli sains dan matematik, ahli kaji bintang dan sasterawan. Sebagai contoh pada zaman Dinasti Yuan, dasar anti confucianisme diamalkan dang mengutama orang luar terutama orang Islam. Seorang pentadbirnya terdiri daripada seorang Islam bernama Abdul Rahman menjawat jawatan Ketua Pemungut Cukai. Seorang lagi ialah Syed Ajall yang dikenali orang China sebagai Say Dian Chih yang pernah dilantik sebagai Menteri Kewangan pada 1259M dan Gabnor Yunan. Sumbangan Islam :
Kerajaan Islam telah memberikan sumbangan besar kepada perkembangan Islam dan tamadunnya di China dalam bidang sains dan astronomi bilamana Teha Ma-Lou-Tin (Jamaluddin) berjaya mencipta takwim Wan Nien Li yang dugunakan sebagai takwim rasmi kerajaan Yuan. Begitu juga tokoh astronomi bernama Ma Cha –ye-he dan Laksamana Cheng Ho ( Muhammad Ma HO / Zheng He ) zaman Dinasti Ming .
KESAN KEMASUKAN :PEMBINAAN MASJID DI GUANZHOU DAN QUANZHOU DISELATAN CHINA. PENEMPATAN MASYARAKAT ISLAM CINA DI XIAN KETIKA DINASTI YUAN(1271-1368M) LAHIR TOKOH-TOKOHISLAM YANG BANYAK MEMBERIKAN SUMBANGAN BESARKEPADA TAMADUN CHINA. BIDANG ASTRONOMI TAKWIN ISLAM PERUBATAN SAINS DAN TEKNOLOGI KETIKA ZAMAN DINASTI MING (138- 1644) TERDAPAT TOKOHYANG BERJAYA MENGELILINGI DUNIA TERMASUK KE ALAMMELAYU, IAITU ZHENGHE.
ZAMAN KEGEMILANGAN ISLAM DI CHINA BERLAKU DI ERA DINASTIMING (1368-1644). SEWAKTU PEMERINTAH MAHARAJA CU YAUNG CANG, ORANG-ORANG ISLAM TIDAK DIBENARKAN DATANG DAN BERMASTAUTIN DINEGARA CHINA. HAL INI, MENYEBABKAN ORANG ISLAM MENGAMBIL TINDAKANDENGAN MENGAHWINI WANITA CINA KETURUNAN HAN SEBAGAIHELAH UNTUK MENJADI WARGANEGARA CHINA.KESANNYA: MELAHIRKAN SUATU BENTUK INTEGRASI BARU ANTARABUDAYA ISLAM DENGAN BUDAYA KAUM HAN.
ANTARA INTEGRASI YANG DAPAT DILIHAT: -INTEGRASI DALAM ASPEK mAKANAN DAN PAKAIAN -PENETAPAN NAMA : NAMA-NAMA YANG DIMULAI DENGAN HURUF‘M’ SEPERTI MUHAMAD, MUSTAFA, AKAN DILETAKKAN PERKATAAN‘MA’ -NAMA-NAMA ORANG-ORANG ISLAM JUGA DIMULAKAN DENGAN HAUNTUK HASAN, HU UNTUK HUSSEIN DAN SAI UNTUK SAID -ORANG ISLAM JUGA TERLIBAT DALAM BIDANG POLITIK,PENTADBIRAN, KESENIAN, DAN KEBUDAYAAN. CONTOH: SEORANGPANGLIMA ANGKATAN TENTERA ISLAM BERNAMA CHENG HO ATAUMUHAMAD MA HO DIUTUS UNTUK MENJALINKAN HUBUNGANDPLOMATIK DENGAN NEGARA-NEGARA DI ASIA TENGGARA, INDIADAN ARAB. -SELAIN ITU, SEORANG PEMERINTAH CHINA IAITU MING TSAI SUTELAH MELAKSANAKAN PERATURAN LARANGAN MEMINUM ARAK.
|
|
|
Post by diyanahmaria_HS244 on Dec 10, 2014 2:29:20 GMT
REFLEKSI 1: PENCAPAIAN TAMADUN CHINA
Tamadun China merupakan salah sebuah tamadun yang terawal di muka bumi ini. Keunikannya dapat dilihat dari pelbagai aspek yang kaya dengan penciptaan dan penemuan sains. Antara sumbangan terbesar Tamadun China terhadap peradaban tamadun manusia pada hari ini ialah :
1. Bidang kesenian -Muzik klasik (meniup/ memetik/ menggesek/ genderang) -Seni lukis (kaligrafi + puisi/ potert/ seni ukir cap) 2. Bidang seni bina -Seni bina ( tembok besar cina/ pintu gerbang/ kuil-kuil dan istana di kota larangan) -mempunyai unsur-unsur kepercayaan fengshui -Tembok Besar China dibina pada zaman Dinasti Chin dan menjadi salah satu ciptaan yang unggul di dunia
3. Bidang kesusasteraan -terdapat dalam bentuk puisi/ prosa/ drama -kaligrafi yang berbeza-beza mengikut dinasti 4. Sains dan teknologi -astronomi -Matematik -Perubatan ( akupunktur/ aurikuloterapi/ terapi makanan cina/ herba cina/ bekam cina )
5. 4 ciptaan agung -kertas -cetakan -kompas -serbuk letupan
Jika dibandingan dengan Tamadun China dan Tamadun India, Tamadun China lebih banyak menyumbang kepada sains dan teknologi dunia serta penemuan-penemuan baru seperti penciptaan kertas, kompas, serbuk letupan dan sebagainya. Keunikan dalam bidang perubatan dengan menggunakan bahan semulajadi seperti estrak herba, akar dan sebagainya merupakan sesuatu yang berbeza dengan tamadun-tamadun lain. Manakala Tamadun Islam pula lebih menyumbang kepada penyebaran agama islam bagi mengembalikan sifat manusia itu sendiri kepada Allah. Tamadun India pula menekankan aspek perdagangan dan kesenian.
REFLEKSI 2: KEDATANGAN ISLAM DI CHINA Saad Bin Abi Waqqas R.A telah dihantar oleh Uthman Bin Affan untuk melawat China bagi menyampaikan dakwah kepada Maharaja China. Hasilnya, pembinaan masjid pertama yang besar dan indah telah dibina di bandar Canton atau kini dikenali sebagai Guangzhou. Pengaruh Islam dapat dibuktikan melalui ukira-ukiran ayat suci Al-Quran pada dinding-dinding masjid. Islam juga tersebar melalui hubungan perdagangan.
Islam juga berkembang melalui jalan laut dan jalan darat.Selain itu, Islam di China juga tersebar melalui perkahwinan pedagang Parsi dengan wanita tempatan. Islam telah sampai ke China pada zaman Dinasti Tang dan mencapai kegemilangannya semasa pemerintahan Dinasti Yuan dan Dinasti Ming. Pertambahan jumlah penduduk Islam di China kini amat konsisten walaupun tidak secara drastik.
|
|