|
Post by sairil on Dec 20, 2014 13:29:14 GMT
REFLEKSI 1:PENCAPAIAN TAMADUN CHINA
1)Kesenian - Muzik cina klasik adalah antara sistem muzik yang paling lama dan paling berkembang dalam dunia ini. 2)Seni lukis - Lukisan potret dan cap yang menggunakan dakwat monokrom. 3)Seni bina bersifat harmoni alam dan mempunyai kaitan dengan Feng Shui untuk kesesuaian susunan dan lokasi. 4)Kesusasteraan terdapat dalam bentuk puisi,prosa,drama. 5)Sains dan Teknologi - Bidang astronomi menyediakan katalog bintang, mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet. - Bidang matematik :penggunaan sempoa (abacus) - Bidang perubatan :teori kosmik dualistic,yin dan yang dan juga lima elemen.
Perbandingan pencapaian antara tamadun: Perbezaan ketara yang dapat kita simpulkan antara dua tamadun adalah dari segi seni bina. Seni bina tamadun Islam dan India lebih tertumpu pada pembinaan tempat ibadat iaitu masjid dan kuil.Bagi tamadun Cina,pembinaan lebih tertumpu pada pembinaan tembok.
REFLEKSI 2:KEDATANGAN ISLAM DI CHINA
Penyebaran Islam di China adalah melalui:
1) Pengislaman maharaja.Iaitu semasa Dinasti Tang, maharaja mereka memeluk Islam di masjid,Canton dan diikuti pengislaman maharaja diikuti oleh para pembesar dan rakyat.
2) Saudagar dari Arab dan Parsi yang singgah di masjid terletak di Guangzhou dan juga mubaligh dari Iran datang untuk memberi sumbangan untuk baik pulih masjid.
4) Perkahwinan iaitu bangsa Arab berkahwin dengan wanita- wanita Han.
5) Perdagangan menerusi jalan laut melalui perdagangan dan penghijrahan
|
|
|
Post by farhanizani on Dec 22, 2014 13:28:31 GMT
MUHAMMAD FARHAN BIN IZANI
Refleksi 1
Antara pencapaian tamadun Cina ialah : 1. Kesenian - Terkenal dengan seni muzik klasik; meniup,menggesek,memetik - Bidang tulisan; seni kaligrafi menggunakan dakwat
2. Sains dan Teknologi - Ilmu astronomi berkembang - Ilmu perubatan berasaskan keseimbangan Yin dan Yang - Pembinaan kuil Pagoda - Keagungan pembinaan Tembok Besar Cina
3. Matematik - Penggunaan sempoa - Sistem perpecahan dan perpuluhan
4. Sastera - Terkenal dalam bidang sastera; puisi klasik seperti Shi Jing, prosa yang mempunyai manfaat moral dan juga drama-drama yang mempunyai nilai menyokong Cina
Perbandingan antara tamadun Islam dengan Cina
Tamadun Cina mengutamakn ilmu perubatan dan teknologi manakala tamadun Islam pula lebih memfokuskan penyebaran agama Islam dan ilmu akhirat
Refleksi 2
Kedatangan Islam dan pengaruhnya : - Pembinaan masjid-masjid di seluruh China - Islam berkembang ke China melalui jalan laut dan darat. Kebanyakannya disebabkan perdagangan - Perkahwinan antara tentera China dgn penduduk setempat menyebabkan dakwah tersebar
Sumbangan Islam terhadap zaman kegemilangan tamadun Cina: - Perubatan-perubatan mengikut syariat Islam mula diamalkan - Pembinaan masjid gabungan seni arab menjadi tarikan pelancong - Permbinaan armada Dinasti Ming membwa kemwahan kpd masyarakat kerana pembukaan jalan baru - Canton menjadi pusat dagangan antarabangsa
|
|
|
Post by ameersyarif on Dec 22, 2014 13:43:04 GMT
MOHAMAD AMIRUL SYARIFUDDIN OMAR
REFLEKSI 1 : PENCAPAIAN TAMADUN CHINA
SAINS DAN TEKNOLOGI CHINA
Hasil arkeologi menunjukkan sains dan teknologi Cina sudah wujud pada kurun ke-15 sehingga kurun ke-11 SM. Teknologi kejuruteraan hidraulik yang mengawal banjir Sungai Kuning (Hwang Ho) menunjukkan kejayaan dan sumbangan Cina dalam aspek kejuruteraan. (i) Bidang Astronomi -Pada zaman Dinasti Zhou, orang Cina mampu menyediakan katalog bintang, mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet. - Sumbangan terbesar ahli astronomi Cina ialah penghasilan peralatan astronomi dan penyelenggaran rekod astronomi yang sempurna, tepat dan sempurna. - Sistem kalendar Cina juga salah satu sistem yang paling awal, maju dan tepat. (ii) Bidang Matematik - Penggunaan sempoa (abacus) disebut buat pertama kali pada kurun ke-2 dalam karya ahli matematik Xu Yue. Sempoa (abacus) - Jiuzhang Suanshu (Sembilan Bab Matematik) oleh Zhang Cang, mencatat catatan mengenai kuantiti negatif.- Mengenal pasti nilai pi, sistem pecahan dan sistem perpuluhan. Jiuzhang Suanshu (Sembilan Bab Matematik) (iii) Bidang Perubatan. - Bersifat kepurbaan dan bebas daripada pengaruh asing.- Rangka teori asas bagi perubatan Cina tradisional ialah teori kosmik dualistik, yin dan yang dan juga lima elemen.- Teori lima elemen menganggap badan manusia sebagai sebahagian daripada dunia fizikal ini dan organ dalaman seperti hati, jantung, limpa, paru-paru, dan ginjal.- Teonjing (saluran) dan Luo (kolateral), asas bagi rawatan terapeutik seprti akupuntur dan moxibustion (membakar daun moxa).- Akupuntur melibatkan perbuatan memasukkan atau mencucuk jarum logam yang telah disteril.- Buku-buku mengenai perubatan dan farmakologi Cina tradisional:- Huangdi Nejing (Klasik Perubatan Maharaja Kuning) Bencao Gangmu (Farmakopeia Agung), Li Shizhen (1518-1593) Hua Tuo, tabib terkenal pada masa Zaman Negeri Berperang (San Guo) Li Shizhen (1518-1593) Ben Cao Gang Mu (iii) Bidang Optik - Memberi perhatian kepada penyongsangan (inversion) imej yang dihasilkan oleh kamera lubang jarum (pinhole camera) - Begitu juga pelbagai imej dihasilkan oleh kanta cekung (concave-lense) - Prinsip fokus (iv) Bidang Alkimia - Usaha ahli alkimia Cina mencari cara yang dapat membuat manusia hidup selama-selamanya telah menghasilkan sejenis "eliksir kehidupan" - Mengandungi merkuri, plumbum dan arsenik. - Walaupun tujuan utama adalah untuk mengkaji hasil yang dapat memanjangkan jangka usia manusia, uji kaji ahli alkimia Cina dalam mencampur bahan bertoksik dan beracun, telah menyebabkan ciptaan lain yang berguna. Bidang kesenian -Muzik klasik (meniup/ memetik/ menggesek/ genderang) -Seni lukis (kaligrafi + puisi/ potert/ seni ukir cap)
Bidang seni bina -Seni bina ( tembok besar cina/ pintu gerbang/ kuil-kuil dan istana di kota larangan) -mempunyai unsur-unsur kepercayaan fengshui -Tembok Besar China dibina pada zaman Dinasti Chin dan menjadi salah satu ciptaan yang unggul di dunia
Bidang kesusasteraan -terdapat dalam bentuk puisi/ prosa/ drama -kaligrafi yang berbeza-beza mengikut dinasti
REFLEKSI 2 : KEDATANGAN ISLAM DI CHINA
1) Teori ini dikemukakan oleh: a. Emanuel Gadinho Eredia b. S.Q. Fatimi
2) Alasan yang menyokong pendapat atau teori Emanuel adalah: a. Wujud hubungan perdagangan antara pedagang Arab dengan Canton o Sejak abad kesembilan Masihi, peniaga Arab yang beragama Islam telah mengunjungi Khan Fo atau Canton (kini dikenali sebagai Guang Zhou) yang merupakan pusat perniagaan yang terkenal. o Melalui hubungan perdagangan ini, Islam berkembang dalam kalangan peniaga Cgina di Negara China. o Peniaga China Islam menyebarkan Islam kepada masyarakat Asia Tenggara semasa berdagang di sana.
3) S.Q. Fatimi berpendapat bahawa Islam datang dari China berdasarkan bukti yang berikut: a. Berlaku perpindahan ke Asia Tenggara o Pada sekitar tahun 876M, pedagang Islam yang tinggal di Canton atau Amoy yang berpindah beramai-ramai ke Asia Tenggara. b. Penemuan Batu Bersurat Terengganu o Penemuan Batu Bersurat Terengganu pada tahun 1899M di Kuala Sungai Tersat, Kuala Berang, Terengganu mengukuhkan lagi pendapat beliau. o Batu bersurat ini bertulisan jawi dan bertarikh hari Jumaat 4 haribulan Rejab, 702H bersamaan dengan 22 Februari, tahun 1303M. o Membuktikan bahawa telah wujud sebauh kerajaan tua yang bergantung kepada perdagangan. o Antara perkara yang dicatatkan pada batu bersurat tersebut ialah: - Hukuman terhadap penzina. - Kewajipan menjalankan hukum syarak. - Peraturan dan undang-undang kekeluargaan. - Hukuman terhadap mereka yang tidak membayar hutang.
4) Bukti tambahan tentang kedatangan Islam dari China. a. Penemuan batu nisan o Pada tahun 1953, di Kampung Permatang Pasir, Pulau Tambun, Pekan, Pahang telah ditemui sepasang batu nisan yang mempunyai tulisan al-Quran dan kalimah Arab bertarikh 1028M. o Penemuan ini jelas menunjukkan bahwa sebelum abad ke-13 lagi, Islam telah sampai ke kawasan pantai timur Tanah Melayu dan dibawa oleh mubaligh China Islam melalui Laut China Selatan ke Phang Rang di Indo-China dank e Pekan, Pahang. b. Persamaan unsure seni bina o Seni bina di China dengan seni bina pada masjid-masjid di Nusantara seperti di Kelantan, Melaka, dan Pulau Jawa didapati mempunyai unsur yang sama. o Bentuk bumbung masjid di Melaka mempunyai persamaan dengan bentuk bumbung rumah ibadat China (pagoda), iaitu bahagian hujung perabung atapnya kelihatan melentik. o Penggunaan warna merah dan kuning pada kayu kepala pintu dan tingkap masjid, jubin lantai, dinding, tangga, dan kolam air di masjid dan pengaruh atap genting China.
|
|
|
Post by fatinsyazana on Dec 23, 2014 5:02:20 GMT
Antara pencapaian tamadun Cina ialah :
Pertama,dalam bidang Kesenian.Tamadun Cina terkenal dengan seni muzik klasik.Sebagai contohnya, meniup,menggesek dan memetik.selain itu,tamadun ini mempunyi keistimewaan dalam bidang tulisan iaitu seni kaligrafi menggunakan dakwat.
Kedua,dalam bidang sains dan teknologi,pelbagai ilmu berkembang. Tamsilnya,ilmu astronomi; pengkajian bulan dan bintang, kejadian gerhana dam macam-macam lagi. Ilmu perubatan berkembang berasaskan keseimbangan Yin dan Yang.ilm seni bina juga berkembang iaitu pembinaan kuil Pagoda dan Keagungan pembinaan Tembok Besar Cina
ketiga,dalam bidang matematik.Sebagai contohnya,penggunaan sempoa dan sistem perpecahan dan perpuluhan
Keempat,dalam bidang sastera. Tamsilnya,puisi klasik seperti Shi Jing, prosa yang mempunyai manfaat moral dan juga drama-drama yang mempunyai nilai menyokong Cina
|
|
|
Post by fatinsyazana on Dec 23, 2014 5:08:27 GMT
REFLEKSI 2
Penyebaran Islam di China:
1.Pengislaman maharaja;Iaitu semasa Dinasti Tang, maharaja mereka memeluk Islam di masjid,Canton dan diikuti pengislaman maharaja diikuti oleh para pembesar dan rakyat. 2.Saudagar dari Arab dan Parsi dan mubaligh dari Iran datang untuk memberi sumbangan untuk baik pulih masjid. 3.Perkahwinan; iaitu bangsa Arab berkahwin dengan wanita- wanita Han. 4.Perdagangan; menerusi jalan laut melalui perdagangan dan penghijrahan Sumbangan Islam terhadap zaman kegemilangan tamadun Cina: 1.Perubatan-perubatan mengikut syariat Islam mula diamalkan 2.Pembinaan masjid gabungan seni arab menjadi tarikan pelancong 3.Permbinaan armada Dinasti Ming membwa kemwahan kpd masyarakat kerana pembukaan jalan baru 4.Canton menjadi pusat dagangan antarabangsa
|
|
|
Post by maslinaazaini on Dec 24, 2014 16:14:58 GMT
REFLEKSI VIDEO 1
1) Pencapaian Tamadun Cina
(i) Kesenian :-
a) Muzik klasik: antara sistem muzik paling lama dan paling berkembang. Awalnya melibatkan kegiatan di istana, perayaan rakyat dan peristiwa yang berkaitan dengan agama.
b) Fiksyen: disebabkan cerita fiksyen ditulis dalam bahasa vernakular, maka golongan terpelajar tradisional yang memandang tinggi stail klasik secara rasmi, mereka tidak menganggap fiksyen sebagai bernilai untuk diberi tahap sastera. Istilah cina merujuk genre ini ialah xiaoshou yang bermaksud percakapan yang sia2. oleh sebab itu fiksyen tidak setanding puisi dan prosa.
c) Seni lukis: Berhubung rapat dengan kaligrafi dan puisi. Kaligrafi ditulis menggunakan dakwat monokram. Konsep seni halus mulai wujud sebagai kegemaran pada waktu lapang bagi golongan atasan yang berpendidikan selepas Dinasti Han.
d) SEni bina:-antara ciri2 utamanya ialah keinginan membuat binaan yang berharmoni dengan alam sekitar. Lokasi dan susunan dalam sesebuah rumah atau kubur selalunya ditetapkan dengan panduan teori fengshui. -pembinaan tembok besar cina pada zaman Dinasti Chin. -pembinaan tembok besar yang panjang pada zaman Dinasti Chou di beberapa buah negeri di utara untuk melindungi Cina daripada serangan Mongol.
ii) Kesusasteraan :-
a) Puisi: ~Antologi puisi yang terkenal bertajuk Shijing (klasik puisi) ~Terdapat 305 buah nyanyian di kuil, nyanyian istana dan rakyat wujud pada tempoh antara zaman Zhou Barat hingga zaman musim bunga luruh dan dikumpul dari kawasan Lembah Huanghe
b) Prosa: ~Seperti puisi purba, mempunyai fungsi politik dan sosial. Bagi seorang sarjana tradisional, prosa yang berkualiti harus bermanfaat dari segi moral dan etika. ~satu daripada tujusn penulisan prosa ialah menyampaikan Dao' atau menunjukkan jalan dan cara dari segi moral dan etika. ~Jenis2 prosa : Bersifat puisi, berirama, rapsodi, puisi bersifat prosa, prosa selari, Bagu Wenzhang, prosa klasik dan vernakular
c) Drama: ~yang menarik ialah jenis Zaju iaitu sastera berbantuk puisi yang diubah ikut suit muzik tertentu dan bersemarak pada zaman Yuan. ~Penulis menghasilkan karya untuk mengeluarkan rasa tidak puas hati, selain untuk memberi hiburan tetapi juga berperanan sebagai pengkritik sosial yang berjaya mendapat simpati penonton. ~Zaju banyak menyokong nilai2 tradisional khasnya seperti kesetiaan, penghormatan kepada ibu bapa, kesucian seorang wanita dan keadilan
d) Sains dan teknologi: Wjud pada kuru ke-15 hingga kurun ke-11 SM. Contohnya, teknologi kejuruteraan hidraulik yang mengawal banjir Sungai Kuning (Huang Ho). Ilmu lain ialah:- i) Astronomi: menyediakan katalog bintang dan mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet ii) Matematik: Penggunaan sempoa iii) Perubatan: teori kosmik dualistik, yin y=dan yang, dan 5 elemen meruapakn teori asas ilmu perubatan mereka. Antara teknik yang popular termasuklah akupuntur, aurikuloterapi, terapi makanan cina, perubatan herba cina dan bekam cina. 2) Perbandingan pencapaian yang terdapat dalam Tamadun Cina adalah lebih kepada kesenian dan perkembangan ilmu. Orang Cina zaman dahulu amat kretif sehingga dapat mencipta bermacam2 puisi dan proksa untuk hiburan di waktu lapang. Mereka juga mementingkan bidang ilmu sebab itu jika kita lihat banyak teknik yang dicipta terutamanya dalam bidang perubatan. Manakala pada Tamadun India pula, mereka menghasilkan seni bina yang menarik dan menjadi keajaiban sebagai memperingati seseorang sebagai contoh pembinaan Taj Mahal. Dalam Tamadun Islam pula, mereka mementingkan ilmu pengetahuan sebagai asas kerana itu pada Zaman Abbasiyah terdapat banyak pembinaan universiti dan perpustakaan. Juga lahirnya ramai tokoh2 ilmuan pada ketika itu.
REFLEKSI VIDEO 2
1) Kedatangan Islam ke Cina dan zaman kegemilangannya:-
- Islam datang pertama kali ke Cina oleh rombongan yang diketuai oleh Saad bin Abi Waqas, dibawah arahan Khalifah Usman pada tahun 651 Masihiiaitu setelah 20 tahun kewafatan Rasulullah SAW. - Maharaja Yong Wui menyambut baik kedatangan Islam dan memerintahkan pembinaan masjid pertama dibina di Canton. - Zaman keemasan dan perkembangan Islam di Cina berlaku pada zaman Dinasti Tang di mana ramai pedagan asing datang berdagang di Guangzhou. - Mubaligh dari Arab, Parsi dan Iran juga membantu penyebaran Islam di Cina. Sebagai contoh, Fuhadin menyebarkan Islam kepada masyarakat Hui. - Perkahwinan antara bangsa Arab dengan wanita2 Han juga membantu penyebaran Islam di Cina.
2) Sumbangan Islam terhadap peradaban Tamadun Cina:-
- Perubatan mengikut syariat Islam mula diamalkan - Pembinaan masjid dengan penggabungan antara seni Cina dan Arab mula dilihat di masjid2 yang menjadi tumpuan pelancong - Permbinaan Armada pada zaman Dinasti Ming - Canton menjadi pusat perdagangan antarabangsa
|
|
|
Post by Scozttuh on May 26, 2019 4:27:42 GMT
|
|
|
Post by Scozttuh on May 29, 2019 19:11:35 GMT
|
|
|
Post by LukeAdusa on Jun 9, 2019 17:15:16 GMT
Luke Bryan is my favourite US singer. His strong voice takes me away from all troubles of this planet so I can enjoy my life and listen songs created by his. Now he is going on a tour this year. The concerts scheduled for the whole 2019, up to the mid-October. Tickets are available for everyone. If you love contry music, then you must visit at least one Luke's concert. All tour dates are available at the <a href=https://lukebryantourdates.com>lukebryantourdates</a>. Open the website and make yourself familiar with all powerful Luke Bryan concerts in 2020!
|
|
|
Post by MofertSex on Jun 9, 2019 19:05:43 GMT
cialis 20mg canada topics viagra for sale cialis 20mg tablets forum rules <a href="http://xlviagravfs.com">viagra for sale</a> - canadian pharmacy cialis 20mg jump to cialis cheap
|
|
|
Post by FlorCah on Jun 12, 2019 10:29:11 GMT
Florida Georgia Line is my favourite contry band. Headliners Brian Kelley and Tyler Hubbard are those people that could make anyone sing along with them. It's the reason I like to attend their shows. And - that's surprisingly wonderful - in 2019 they have CAN'T SAY IT AIN'T COUNTRY TOUR which covers all the US cities and towns. For concert info visit <a href=https://fgltour.com>Florida Georgia Tour Schedule</a>.
|
|
|
Post by BreakCah on Jun 14, 2019 4:15:10 GMT
Breaking Benjamin is my favourite rock-band of 2000s. They had so many hit songs! The ones I remember are 'The Diary of Jane', 'Tourniquet' and, of course their hit 'So Cold'. These are real songs, not fake like today! And it is awesome that Breaking Benjamin have a tour in 2019-2020! And I'm going to attend their concert in 2020. The full list is here: <a href=https://breakingbenjaminconcerts.com>https://breakingbenjaminconcerts.com</a>. Open the page and maybe we can even visit one of the performances together!
|
|