|
Post by zatiakmal on Dec 14, 2014 16:13:26 GMT
AKMAL IZZATI BINTI AZIZAN
Seni bina
Teknologi pembinaan seperti yang digunakan dalam pembinaan Tembok Besar China merupakan warisan yang dikagumi dan berharga sebagai sumber pelancongan dan juga sumber contoh seni bina
Sains dan teknologi
Kajian arkeologi menunjukkan sains dan teknologi Cina telah wujud pada kurun ke-15 sehingga kurun ke-11 SM. Penemuan tentang gejala magnet aruhan (induced magnetism) dalam kurun ke-6, pengherotan (declination) dan juga kekutuban magnet (polarity) pada kurun ke-8 dan ke-9, telah membuahkan penghasilan kompas oleh orang cina dan digunakan semasa pelayaran.
Selain itu, tamadun China juga merupakan tempat kemunculan ajaran utama di dunia,iaitu Confucianisme dan Taoisme.
Apabila telah membuat perbandingan antara Tamadun China dan Tamadun Islam,dapat dilihat dengan jelas bahawa Tamadun China lebih banyak sumbangannya kepada sains dan teknologi dunia dan juga jumpaan baru seperti penciptaan kertas, kompas, serbuk letupan dan sebagainya. Dalam bidang perubatan pula mereka yang nyata sesuatu yang berbeza dengan tamadun-tamadun lain. Manakala, jika dilihat kepada Tamadun Islam lebih banyak menyumbang kepada penyebaran agama Islam bagi mengembalikan fitrah manusia iatu kembali kepada Allah.
REFLEKSI 2
Agama Islam dipercayai berkembang di negeri China pada tahun 651 Masihi. Islam masuk ke China dari negeri Arab melalui jalan darat dan jalan laut. Sambutan masyarakat China terhadap agama Islam tidak menggalakkan kerana perasaan curiga penduduk tempatan terhadap agama bangsa lain.Di China terdapat lebih 20 juta penduduk yang beragama islam termasuk etnik Hijrahuizu,Uyghur,Kazakh,Kirgiz,Tajik,Uzbek,Tatar dan lain-lain.
Pada peringkat awal,perkembangan Islam di China terdiri daripada pendatang Arab dan Parsi. Mereka berkahwin dengan wanita tempatan dan seterusnya berasimilasi dengan masyarakat tempatan. Petempatan orang Arab di China seperti Chang Chow, Chuan Chow dan Kwang Chow (Canton).
Pada Dinasti Tang (618 – 905M), sebanyak 37 utusan diterima dari kerajaan Islam. Pada 878 M, terdapat 120,000 orang asing , kebanyakan orang asing (Arab) beragama Islam.Dicatatkan, orang Arab dikenali sebagai Hui Hui atau Ta-Shih oleh orang China.
Pada Dinasti Sung(960-1279M),aktiviti perdagangan Arab dengan China semakin meluas. Pedagang asing ini dibenarkan membuat perkampungan sendiri dan menjalankan perdagangan secara bebas - manarik ramai pedagang Islam. Keadaan ini memesatkan lagi penyebaran agama Islam di China.
Pada Dinasti Yuan(1127-1318),para ilmuan dari Asia Barat dibawa masuk ke China untuk berkhidmat sebagai pentadbir, pakar kewangan, arkitek, ahli sains dan sebagainya. Semasa Kublai Khan ,12 orang panglima beragama Islam. Abdul Rahman ,pentadbir Dinasti Yuan yang beragama Islam menjadi Ketua Pemungut Cukai dan mengendalikan urusan kewangan negara. Syeid Ajall berasal dari Bukham menjadi Menteri Kewangan (1259), Gabenor Yunnan (digantikan oleh anaknya Nasruddin kemudiannya). Alauddin al-Mufari dan Ismail as-Syam mahir mambuat senjata meriam.
|
|
|
Post by shahirahshafiq_hs244 on Dec 14, 2014 16:13:50 GMT
Refleksi Tamadun China
1) Pencapaian Tamadun China a) kesenian - musik klasik = meniup (DiZi), genderang(MuYu), memetik(Pipa), menggesek(ErHu). Konfusius merupakan tokoh yang meminati muzik. - fiksyen = percakapan kecil taupun percakapan sia-sia Sanguo Yanyi (roman 3 negara) - seni lukis = puisi, kaligrafi, lukisan potrait dan landskap mulai wujud sebagai hasil kegemaran waktu lapang golongan atasan yang berpendidikan selepas dinasti Han mereka tidak menerima lukisan yang berbentuk cantik tetapi temanya tidak memberikan manfaat dari segi keimanan dan akhlak. - seni bina = membuat binaan yang harmoni dengan alam semesta haruslah mengikut kepercayaan fengshui tembok besar China (kubu pertahanan) 2) kesusasteraan - puisi = penuh dengan pelbagai idea dan teknik kesusateraan yang menjadi inspirasikepada penyajak serta pelukis generasi kemudian - prosa = tujuannya menyampaikan Dao' - drama berbentuk puisi = bukan sahaj memberi hiburan tetapi ebagai pengkritik sosial 3) sains dan teknologi - teknologi kejuruteraan hidraulik mengawal banjir - astronomi = katalog bintang, mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet - matematik = penggunaan sempoa - perubatan = rangka teori asas perubatan Cina tradisional ( Hua Tao-tabib terkenal) - perubatan Cina = akupuntur, aurikuloterapi - terapi makanan Cina - bekam Cina
4 ciptaan agung Tamadun China = kertas, cetakan, kompas, dan serbuk letupan
perbezaan tamadun China dan Tamadun Islam - tamadun Islam lebih menjurus kepada konteks keilmuan, buktinya terdapat ramai tokoh ilmuan lahir pada Tamadun Islam sepert Ibn Sina, Ibn Khaldun dan ramai lagi
perbezaan Tamadun Cina dan Tamadun India - Tamadun India sangat menbangun dari segi seni bina.
2) Kedatangan Islam ke Tamadun China - pada 1070 Maharaja Shen Zhou menjemput 5300 orang Islam untuk menetap di Beijing. - Diketuai oleh Putra Amir Sayid( bapa komuniti Islam di China) - di dinding masjid terdapatnya tulisan ayat Al-Quran dan juga senibina Arab serta Parsi/ Iran - Selain Islam di Asia Tengah, bangsa Arab dan Parsi serta tekorasi Islam yang lahir daripada perkahwinan dengan perempuan tempatan. - mereka turut mengawal perdaangan, industri, import dan eksport di kota perlabuhan. - Pusat Islam berkembang di China antaranya Nanjing. - Sanya merupakan pusat bandar masyarakat Islam. - terdapat banyak pembinaan masjid dilakukan -orang Vietnam membawa Islam ke Sanya menerusi jalan laut menerusi perdagangan dan penghijrahan - Masjid dijadikan tempat berkunpul dan melakukan aktiviti berfaedah seperti mengaji, bertukat pendapat dan sebagainya. - terdapat kelas untuk mempelajari ilmu agama - kedudukan Sanya yang strategik dipesisir pantai menjadikan pedagang Islam boleh datang - Islam datang dari Arab melalui perdagangan - pedagang Cina yang memeluk Islam berdagang di Asia Tenggara - pedagang Arab berkahwin dengan wanita tempatan dan sambil menyebarkan agama Islam - serombongan yang dikirimkan oleh khalifah Uthman pada tahun 651M . 20 tahun setelah kewafatan Nabi Muhammad. - diketuai oleh Saad bin Abi Waqab iaitu bapa saudara Rasulullah - Maharaja Yong Wei memerintah pembinaan masjid pertama di Kanton. - permastautinan orang Islam pertama di China terdiri dpd saudagar Arab dan Parsi - banyak makam-makam atau kubur-kubur mubaligh Islam yang datang dari Arab
zaman kegemilangan Islam dan sumbangan di China -terdapatnya seni ukir yang cantik dan mengikut simbol-simbol Islam di Masjid - bebrapa buah kerajaan di China mengamalkan dasar toleransi beragama ( Dinasti Yuan dan Dinasti Ming) - dalam bidang astronomi terdapatnya kalendar - dalam bidang perubatan sehingga sesiapa yang ingin melanjutkan dalam bidang kedoktoran harus ditapis
|
|
Nur Athirah Muzammil
Guest
|
Post by Nur Athirah Muzammil on Dec 14, 2014 16:33:18 GMT
REFLEKSI 1
Kesenian
Muzik klasik • Paling lama dan berkembang • Melibatkan kegiatan di istana, perayaan rakyat dan peristiwa yang berkaitan dengan agama • Jenis: 1. Meniup 2. Genderang 3. Memetik 4. Menggesek • Tokoh iaitu Konfisuis sendiri menat kepada muzik dan menimbulkan teori muzik yang lebih khusus serta prinsip estetik terhadap muzik • Fiksyen : disebabkan cerita fiksyen ditulis dalam tulisan vernacular maka golongan pelajar tradisional memandang tinggi stail klasik secara rasmi dan tidak menganggap fiksyen sebagai untuk diberi taraf sastera. Kedudukan fiksyen tidak standing dengan puisi dan prosa Seni lukis • Mempunyai hubungan yang rapat dengan kaligrafi dan puisi • Lukisan Cina merupakan kombinasi puisi, kaligrafi dan seni ukir cap • Dilukis dengan dakwat monokram • Ianya wujud kerana ia merupakan kegemaran golongan atasan pada waktu lapang
Seni bina • Mempunyai ciri utama iaitu binaan harmoni dengan alam semesta • Kepercayaan fengshui yang menetapkan lokasi dan susunan rumah atau kubur s • Terkenal dengan tembok besar dengan menggunakan batu bata dan terdapat pintu gerbang untuk mempertahankan negeri Cina dari serangan luar • Kuil, istana dibina di kota larangan
Sastera • Puisi, prosa dan drama
Sains dan teknologi • Katalog bintang, abacus, teori kosmik dualistic, akupuntur
Ciptaan agung • Kertas, cetakan, bahan letupan dan kompas
Perbandingan di antara Tamadun Cina dan Tamadun Islam • Tamadun Cina lebih mementingkan kemajuan tamadun dengan penciptaan dan pembaharuan seperti kertas , kompas dan sebagainya. • Tamadun Islam menfokuskan kepada pembesaran Negara Islam dan meningkatkan ilmu pengetahuan dan memberi pengaruh kepada tamadun yang lain dari segi seni bina, cara hidup dan sebagainya. • Tamadun India pula yang mementingkan pencapaian terhadap perdagangan dan kesenian
REFLEKSI 2
Kedatangan Islam ke China 1. Pengislaman Maharaja : Saidina Uthman bin Affan telah menghantar Saad bin Abi Waqqas. Semasa Dinasti Tang, Maharaja mereka memeluk Islam di Masjid di Cantondan diikuti oleh pembesar dan rakyat 2. Saudagar dari Arab dan Parsi singgah di daerah China 3. Pusat Islam berkembang 4. Perkahwinan 5. Perdagangan
Zaman kegemilangan Islam di China dan sumbangannya terhadap peradaban tamadun China
Dinasti Ming. Hal ini kerana orang Islam tidak dibenarkan untuk bermastautin di nega China ketika zaman itu. Oleh itum orang Islam mengambil tindakan untuk menikahi wanita Cina yang berketurunan Han sebagai helah untuk menjadi warganegara Cina dan penduduk Islam di Negara China semakin bertambah.
|
|
|
Post by fadhlullah on Dec 14, 2014 16:58:21 GMT
refleksi 1 PENCAPAIAN TAMDUN CHINA: 1)kesenian i)muzik -melibatkan istana,perayaan dan agama -konfusi juga minat muzik -mencipta teori muzik yang lebih khusus serta prinsip estetik terhadap muzik
ii)fiksyen -tidak menganggap fiksyen itu setaraf dengan sastera
iii)seni lukis -kaligrafi dan puisi -lukisan cina merupakan kombinasi -guna dakwat monokrom -seni halus sebagai hiburan golongan atasan -tidak menerima lukisan yang catik tetapi temanya tidak memberi manfaat dari segi keimanan dan akhlak
iv)seni bina -ciri utama adalah binaan yang harmoni dengan alam semesta. -konsep fengshui pada lokasi dan susunan pperabot -tembok china dibina pada zaman dinasti chin -diperbuat dari batu
2)kesusasteraan -puisi -prosa-prosayang berkualiti harus bermanfaat dari segi moral dan etika -jenis-jenis prosa-bersifat puisi,berima,rapsodi,bersifat prosa -penulis menggunakan ini sebgai medium menyebarkan ketidakpuasan hati
2)teknologi dan perubatan -hidraulik i)astronomi -menyediakan katalog bintang,mencatat gerhana dan komet ii)math -sempoa iii)perubatan -mencetuskan teori kosmik dualistik,yin dan 5 elemen.antaranya: 1-akupunktur-yang digunakan untuk menyembuhkan sakit sinusitis,arthritis,stroke 2-makanan-kulit jeruk,angcosifat 3-bekam-mengeluarkan angin dari badan dan menyegarkan saraf tersimpul
ciptaan lain: -kertas -cetakan -kompas -serbuk letupan
perbezaan sumbangan tamadun islam,india dan china adalah tamadun islam lebih menyumbang kepada cara hidup manusia yang lebih harmoni dan juga ilmu pengetahuan yang begitu banyak.tamadun india pula lebih kepada budaya tradisional yang jelas kelihatan masih digunakan dalam masyarakat kita sekarang.bagi tamadun china pula,sumbangan mereka merangkumi perubatan dan juga kesenian.
REFLEKSI 2
Kedatangan Islam & Pengaruh - kedatangan Islam ke China bermula apabila Khalifah Uthman bin Affan menghantar Saad Bin Abi Waqqas untuk menyebarkan Islam di China pada tahun 651 Masihi, 20 tahun selepas kewafatan Rasulullah. - Islam juga berjaya tersebar di China hasil usaha para pedagang dari Arab & Parsi yang datang berdagan dan pada masa yang sama berdakwah. Mereka menggunakan peluang semasa menunggu angin monsun berakhir untuk berdakwah dan menyebarkan Islam kepada pedagan dan penduduk tempatan. Mereka juga berkahwin dengan anak gadis tempatan yang tertarik dengan nilai-nilai Islam yang diamalkan oleh mereka. - hasil perkahwinan tersebut menyebabkan mereka dapat mengawal import dan meluaskan lagi pengaruh Islam di China. - Pengaruh Islam di China dapat dilihat apabila lebih 500 ribu orang Islam hanya di satu kampung kini di China. - ia juga dilihat dengan pembinaan makan-makam sebagai tanda hormat penduduk kepada para pembesar islam yg bersemadi di China. - ukiran dan seni khat Arab juga membawa pengaruh besar yang dapat dilihat di semua masjid di China
Zaman Kegemilangan Islam & Sumbangannya : - Era Laksamana ZhengYi diprcayai ialah Zaman keemasan Islam di China - pada era ini, banyak pusat-pusat Islam dibina dan kebanyakannya dibina di bandar dan ibu negeri China. - masjid-masjid juga banyak dibina dan diperluaskan penggunaannya.
|
|
|
Post by nadsri on Dec 14, 2014 16:58:33 GMT
REFLEKSI 1
PENCAPAIAN TAMDUN CHINA: 1)kesenian i)muzik -melibatkan istana,perayaan dan agama -konfusi juga minat muzik -mencipta teori muzik yang lebih khusus serta prinsip estetik terhadap muzik
ii)fiksyen -tidak menganggap fiksyen itu setaraf dengan sastera
iii)seni lukis -kaligrafi dan puisi -lukisan cina merupakan kombinasi -guna dakwat monokrom -seni halus sebagai hiburan golongan atasan -tidak menerima lukisan yang catik tetapi temanya tidak memberi manfaat dari segi keimanan dan akhlak
iv)seni bina -ciri utama adalah binaan yang harmoni dengan alam semesta. -konsep fengshui pada lokasi dan susunan pperabot -tembok china dibina pada zaman dinasti chin -diperbuat dari batu
2)kesusasteraan -puisi -prosa-prosayang berkualiti harus bermanfaat dari segi moral dan etika -jenis-jenis prosa-bersifat puisi,berima,rapsodi,bersifat prosa -penulis menggunakan ini sebgai medium menyebarkan ketidakpuasan hati
2)teknologi dan perubatan -hidraulik i)astronomi -menyediakan katalog bintang,mencatat gerhana dan komet ii)math -sempoa iii)perubatan -mencetuskan teori kosmik dualistik,yin dan 5 elemen.antaranya: 1-akupunktur-yang digunakan untuk menyembuhkan sakit sinusitis,arthritis,stroke 2-makanan-kulit jeruk,angcosifat 3-bekam-mengeluarkan angin dari badan dan menyegarkan saraf tersimpul
ciptaan lain: -kertas -cetakan -kompas -serbuk letupan
perbezaan sumbangan tamadun islam,india dan china adalah tamadun islam lebih menyumbang kepada cara hidup manusia yang lebih harmoni dan juga ilmu pengetahuan yang begitu banyak.tamadun india pula lebih kepada budaya tradisional yang jelas kelihatan masih digunakan dalam masyarakat kita sekarang.bagi tamadun china pula,sumbangan mereka merangkumi perubatan dan juga kesenian
REFLEKSI 2
Kedatangan Islam & Pengaruh - kedatangan Islam ke China bermula apabila Khalifah Uthman bin Affan menghantar Saad Bin Abi Waqqas untuk menyebarkan Islam di China pada tahun 651 Masihi, 20 tahun selepas kewafatan Rasulullah. - Islam juga berjaya tersebar di China hasil usaha para pedagang dari Arab & Parsi yang datang berdagan dan pada masa yang sama berdakwah. Mereka menggunakan peluang semasa menunggu angin monsun berakhir untuk berdakwah dan menyebarkan Islam kepada pedagan dan penduduk tempatan. Mereka juga berkahwin dengan anak gadis tempatan yang tertarik dengan nilai-nilai Islam yang diamalkan oleh mereka. - hasil perkahwinan tersebut menyebabkan mereka dapat mengawal import dan meluaskan lagi pengaruh Islam di China. - Pengaruh Islam di China dapat dilihat apabila lebih 500 ribu orang Islam hanya di satu kampung kini di China. - ia juga dilihat dengan pembinaan makan-makam sebagai tanda hormat penduduk kepada para pembesar islam yg bersemadi di China. - ukiran dan seni khat Arab juga membawa pengaruh besar yang dapat dilihat di semua masjid di China
Zaman Kegemilangan Islam & Sumbangannya : - Era Laksamana ZhengYi diprcayai ialah Zaman keemasan Islam di China - pada era ini, banyak pusat-pusat Islam dibina dan kebanyakannya dibina di bandar dan ibu negeri China. - masjid-masjid juga banyak dibina dan diperluaskan penggunaannya.
|
|
|
Post by fatinfazirahs244 on Dec 14, 2014 17:22:42 GMT
refleksi tamadun 1
pencapaian yang diperolehi 1) kesenian -muzik klasik-paling lama,berkembang.pada awalnya dilakukan di istana,sebagai perayaan rakyat,peristiwa berkait agama. -seni lukis-hubungan yang rapat dengan kaligrafi dan puisi.lukisan cina merupakan kombinasi antara puisi, kaligrafi, lukisan potret,lanskap,seniukir cap.digunakan dakwat monokrom. -seni bina-ciri utamanya ialah keinginan membuat binaan yang berharmoni dengan alam semesta.mempercayai kepercayaan fengshui iaitu lokasi atau susunan dalam sebuah rumah atau kubur.pembinaan tembok besar. -kaligrafi- gaya cap,resmi, balok ,kursif 2)kesusasteraan -puisi-nyanyian kuil,istana dan rakyat shi jing. -prosa-puisi purba,mempunyai fungsi sosial dan dan politik.jenis-jenis prosa bersifat puisi,prosa berima,prosa selari. -drama-sejenis bentuk sastera berbentuk puisi yang digubah mengikut muzik tertentu. 3)sains dan teknologi -bidang astronomi-mencatat rekod tepat tentang gerhna dan komek. -matematik -perubatan-akupuntir,aurikuloterapi,terapi makanan cina,perubatan herba cina dan bekam cina.
refleksi tamadun 2
kedatangan islam dan pengaruhnya di china. maharaja zhingzhou menjemput 5300orang islam dari mukara untuk menetap di china.mereka ini menyebarkan ajaranislam dengan meluas kepada masyarakat tempatan. pekahwinan antara bangsa arab,parsi,dengan wanita tempatan turut menyumbang kedatang islam. antara pengaruhnya islah dinding masjid yang menggunakan ayat al-quran.seni binnya mengikut seni bina arab.hujung bentuk mengikut seniina parsi.terdapat banyak masjid yang dibina seperti masjid zhing zu, masjid timur yang menjadi tumpuan orang islam dan pembesar luar yang datang. terdapat masyarakat cina yang telah menunaikan haji.serta mengamalkan budaya turun-temurun iaitu makan pinang dan sirih kapur.
kegemilangan islam dan sumbangan kepada cina -terdapatnya seni ukir yang cantik dan mengikut simbol-simbol Islam di Masjid - Dinasti Yuan dan Dinasti Ming - dalam bidang astronomi terdapatnya kalendar - dalam bidang perubatan
|
|
|
Post by estasiaviny on Dec 15, 2014 13:12:52 GMT
REFLEKSI TAMADUN 1
Pencapaian diperolehi Tamadun China
Muzik : Melibatkan kegiatan di istana, perayaan rakyat dan peristiwa yang berkaitan dengan agama Bahasa dan sistem tulisan Cina : Hanzi (tulisan Han) dicipta berdasarkan xiang xing (lambang bergambar), zh'shi (lambang petunjuk), huiyi (lambang petunjuk fikiran), xing sheng (gabungan bentuk-bunyi) Puisi : Mempunyai fungsi sosial dan politik seperti puisi purba Drama : Jenis zaju, sejenis bentuk sastera berbentuk puisi yang diubah mengikut seni muzik Kaligrafi : Gaya Cap (zhuanshu), Gaya Resmi (lishu), Gaya Balok (kaishu), Gaya Kursi (caoshu & xingshu) Seni lukis : Lukisan potret dan landskap, seni ukir cap Seni bina : Kepercayaan Feng Shui Pembinaan tembok besar semasa dinasti chou Kuil-kuil, istana di kota larangan Bidang Astronomi : Menyediakan katalog bintang, mencatat rekod gerhana dan komet Bidang Matematik : Menggunakan karya oleh Xu Yue (sempoa) Bidang perubatan : Memperkenalkan akupunktur, aurikuloterapi, perubatan Herbam, bekam cina
Beza pencapaian yang dikecapi oleh tamadun Islam dan tamadun India
-Tamadun Cina lebih maju dari segi teknologi dan juga perubatan -Tamadun Islam telah berjaya membesarkan kawasan jajahan takluk dalam usaha penyebaran Islam -Tamadun India menyerlahkan pembangunan mereka dalam kesenian binaan bangunan .
REFLEKSI TAMADUN 2
Pengaruh kedatangan Islam di China
Khalifah Uthman telah menghantar rombongan yang diketuai oleh Saad Bin Abi Waqqas (bapa saudara Nabi sebelah ibu) ke China.Rombongan tersebut telah menghadap mengadap Maharaja Yung Wei pada zaman Dinasti Tang. Maharaja Yung Wei menerima baik ajaran Islam. Baginda memerintahkan pembinaan Masjid Peringatan di Canton. Islam juga tersebar ke China melalui hubungan perdagangan antara pedagang Arab dan pedagang China. Islam berkembang ke China melaui jalan laut dan jalan darat. Jalan laut bermula dari Teluk Parsi dan bahagian selatan Semenanjung Tanah Arab hingga ke Lautan Hindi dan seterusnya ke bandar-bandar tenggara China seperti Canton.Jalan darat yang dikenali sebagai Silk Road ( Jalan Sutera) bermula dari Timur Mediterranean hingga ke Asia Tengah, Bukhara dan Samarkand sebelum masuk ke barat laut China dan berakhir di pasar Changan (Xi’an) dan Peking. Perkahwinan antara pedagang Arab dengan penduduk tempatan juga menyumbang kepada kedatangan Islam di China Kegemilangan Islam di China dan sumbangannya
Kedatangan Islam menyebabkan terbentuknya beberapa buah kerajaan di China yang mengamalkan dasar toleransi beragama(Dinasti Yuan dan Dinasti Ming). Kerajaan Islam telah memberikan sumbangan besar kepada perkembangan Islam dan tamadunnya di China dalam bidang sains dan astronomi, politik serta pentadbiran dan gaya hidup masyarakat. Sumbangan Islam di China dapat dilihat dari segi pembinaan masjid yang pelbagai rupa. Seni ukir yang terdapat di Masjid pula banyak menggunakan ayat-ayat al-Quran serta corak-corak flora.
|
|
|
Post by sharifahhafizah on Dec 15, 2014 13:36:02 GMT
Bincangkan pencapaian yang diperolehi dalam tamadun cina. 1) Bidang kesenian- meniup, genderang, memetik, menggesek,- tokoh-tokoh juga minat dalam muzik. 2) Fiksyen (cerita)- tapi tidak diberi perhatian sangat. Kedudukan fiksyen tak standing prosa dan puisi. Contoh: sanguo yanyi 3) Seni lukis – mempunyai kait rapat dengan kaligrafi dan puisi. Hasil kegemaran lapang bagi golongan atasan. Lukisan tidak bernyawa jarang dilukis dan orang cina tidak menerima lukisan yang tiada nilai keagamaan dan akhlak. 4) seni bina- binaan harmoni dan ada kaitan dengan alam semesta. (tembok besar cina). Binaan dibuat dengan menggunakan susunan batu-bata , tanah liat. Setiap tembok mempunyai pintu gerbang yang dikelilingi parit besar dan menara 5) Kepercayaan – feng shui (lokasi dan susunan perabot dalam rumah atau kubur) 6)
|
|
|
Post by sitinooratikah on Dec 15, 2014 13:37:27 GMT
REFLEKSI 1
Pencapaian tamadun Cina:
1)Bahasa dan kesusasteraan cina klasik Sifat bahasa Cina yang bukan berabjad-fonetik (alphabetic-phonetic) bermakna huruf-hurufnya tidak menunjukkan bunyi sebutan. Bahasa Cina boleh disebut dalam kelainan cara dari segi fonologi mengikut tempat atau mengikut kesesuaian selaras dengan perubahan zaman-zaman dalam sejarah Cina. Namun begitu, maksud sesuatu huruf tetap sama tidak kira dalam diaiek apapun ia disebutkan atau dipertuturkan. Maka itu kesusasteraan Cina dapat dinikmati dan dihayati oleh semua yang mengenali huruf Cina. Sesebuah karya klasik Konfusius misalnya, boleh dibaca dalam apa jua diaiek tanpa menjejaskan maksudnya. Sifat bahasa Cina ini mengekalkan kesinambungan budaya Cina dan membolehkan kesusasteraan Cina klasik terus menjadi aset budaya masyarakat Cina yang amat bemilai.
2)Kepelbagaian genre sastera cina klasik -Puisi Puisi Cina klasik mempunyai ciri-ciri tersendiri. Antara ciri yang pertama, puisi Cina berhubungan rapat dengan muzik. Kedua, bersifat kompak (padat) dan singkat, panjangnya kadang-kadang serupa dengan sepucuk telegram. Ketiga, puisi naratif atau deskriptif yang boleh dikatakan panjang mengikut standard sastera lain di dunia ini sangat kurang, dan epik tidak wujud. Keempat, puisi mempunyai fungsi sosial dan politik selain fungsi sastera. -Prosa Berlainan dengan prosa di Barat, prosa Cina seperti puisi purba, juga mempunyai fungsi sosial dan politik. Bagi seorang sarjana tradisional, khasnya sarjana Konfusian, sesebuah prosa yang berkualiti harus bermanfaat dari segi moral dan etika. Satu daripada tujuan penulisan prosa adalah untuk menunjukkan jalan atau cara dari segi moral dan etika. -Drama Prinsip moral Konfusius terkandung di dalam drama Cina tradisional. Tanggungjawab terhadap ibu bapa dan suami atau taat setia kepada tuan atau ketua adalah nilai yang berulang kali disalurkan dalam karya-karya drama. Secara keseluruhannya, drama Cina lebih berkecenderungan menekankan nilai-nilai etika berbanding agama. Drama bertujuan mendukung kelakuan baik dan memberi amaran atau berwaspada terhadap perbuatan-perbuatan jahat. Konsep tragedi seperti yang terdapat di Barat yang menegaskan bahawa manusia tidak berupaya memahami atau menguasai kuasa alam semesta tidak mendapat tempat dalam drama Cina. Sesebuah drama Cina yang tipikal akan berakhir dengan mesej yang mengatakan sesiapa yang berbuat baik akan mendapat ganjaran dan sebaliknya, yang jahat akan menerima hukuman. -Fiksyen Disebabkan cerita-cerita yang ditulis adalah dalam bahasa vernakular maka golongan terpelajar tradisional yang memandang tinggi klasik secara rasmi tidak menganggap fiksyen bernilai untuk diberi taraf sastera. Istilah Cina bagi merujuk genre ini ialah xiaoshuo bermaksud percakapan kecil, dan percakapan sia-sia. Ternyata, kedudukan fiksyen tidak setanding dengan puisi atau prosa yang selama ini bukan sahaja mempunyai fungsi sastera tetapi juga berperanan sebagai pendukung prinsip-prinsip moral etika dan juga sebagai alat politik.
3)Kesenian Cina -Muzik Klasik Muzik Cina klasik adalah antara sistem muzik yang paling lama dan paling berkembang dalam dunia ini. Bukti dokumentasi menunjukkan bentuk muzik Cina yang wujud tidak terbilang jumlahnya dan aktiviti penciptaan muzik Cina yang awal melibatkan kegiatan di istana, perayaan rakyat dan peristiwa yang berkaitan dengan agama. Namun begitu, bahan muzik ini telah hilang dan yang masih dapat dilihat hanya bahan yang wujud sejak dari zaman dinasti Song, dan Jumlahnya sudah sama dengan jumlah kesemua bahan sistem muzik utama dalam sejarah Eropah. -Kaligrafi Kaligrafi diberi penghormatan yang paling tinggi di negara China. Kaligrafi dianggap mempunyai keunikan dalam membayangkan kemurnian dan kualiti seseorang ahli kaligrafi dari segi pemupukan personaliti. Usaha menghasilkan kaligrafi memerlukan kualiti seseorang yang tinggi dan murni serta sensitiviti estetik yang luar biasa. Berbanding dengan seni lukisan, contoh kaligrafi lebih tersebar meluas. Dalam sistem pendidikan lama, salinan spesimen kaligrafi dari pakar kaligrafi yang terkenal dibuat dalam bentuk buku untuk ditiru oleh para pelajar. Inskripsi dijumpai di mana-mana sama ada dalam bentuk batu bersurat yang terletak di pintu tembok, kuil-kuil, papan tanda, gerbang kehormat, tiang bangunan dan di rumah-rumah. Skrol yang tergantung berpasangan dan mengandungi tulisan sepadan hampir dapat dilihat di seluruh tempat. -Seni Lukis Seseorang pelukis perlu memastikan terlebih dahulu mengenai apa yang ingin dilukiskan supaya tidak berlaku kesilapan atau kesalahan apabila melukis dan beliau perlu menyiapkan hasil lukisan dengan penuh keyakinan, kelajuan serta kemahiran menguasai teknik lukis. Keyakinan dan kemahiran ini hanya dapat diperolehi melalui latihan yang panjang dan berdasarkan pengalaman. Format lukisan biasanya dalam bentuk skrol panjang yang digantung secara tegak atau skrol tangan melintang yang berbeza panjangnya, kadang-kadang sepanjang lima belas meter. Bentuk lain ialah kipas dan lembaran album. - Seni Pembinaan Dalam seni bina Cina, tembok merupakan antara binaan yang sangat penting kerana semua kota mempunyai satu tembok yang bertujuan untuk pertahanan dan keselamatan. Tembok juga dibina bukan sahaja untuk mengelilingi kota tetapi juga untuk memagari kuil-kuil, istana dan rumah-rumah kediaman. 4)Sains dan teknologi cina -Bidang Astronomi Di zaman awal pemerintahan dinasti Zhou , orang Cina telah mampu menyediakan katalog bintang, mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet. Sumbangan terbesar ahli astronomi Cina ialah penghasilan peralatan astronomi dan penyelenggaraan rekod astronomi yang sempurna, tepat dan berterusan sepanjang lebih daripada 2,000 tahun. Sistem kalendar Cina juga adalah salah satu sistem yang paling awal, maju dan tepat berbanding dengan sistem lain di dunia ini. -Bidang Matematik Orang Cina juga banyak mencapai kemajuan dalam bidang matematik. Penggunaan sempoa (abacus) disebut buat pertama kali pada kurun ke-2 dalam karya ahli matematik Xu Yue, walaupun alat itu tidak digunakan secara meluas sehingga masa yang lebih lewat. Kebanyakan matematik Cina terkandung dalam karya agong jiuzhang suanshu (Sembilan Bab Matematik) oleh Zhang Cang. Di dalam buku ini terdapat misalnya catatan mengenai kuantiti negatif. -Bidang Perubatan Rangka teori asas bagi perubatan Cina tradisional ialah teori kosmik dualistik yin dan yang dan juga teori lima elemen. Teori yin dan yang mengatakan bahawa keseimbangan secara harmoni kedua-dua kuasa yin dan yang akan mempengaruhi kesihatan badan manusia. Apabila kadar yin dan yang dalam badan manusia kurang seimbang, kesakitan berlaku. Dalam badan manusia kadar yin dan yang boleh dikawal dan ini merupakan tumpuan paling utama dalam perubatan Cina tradisional -Bidang Alkimia Ahli alkimia Cina dalam usaha mereka mencari satu cara yang dapat membuat manusia hidup selama-lamanya telah menghasilkan sejenis "eliksir kehidupan" (elixir of life). "Eliksir kehidupan" ini mengandungi bahan-bahan seperti merkuri, plumbum dan arsenik. Bahan-bahan tersebut kebanyakan adalah bersifat toksik dan ahli alkimia sedar akan sifat ini. Dalam bidang perubatan moden, penggunaan bahan beracun adalah biasa. Walaupun tujuan utama adalah untuk mengkaji hasil yang dapat memanjangkan usia manusia, uji kaji ahli alkimia Cina dalam mencampur pelbagai bahan, termasuk bahan beracun, telah menyebabkan ciptaan lain yang berguna. -Teknologi Cina Antara kurun ke-15 sehingga ke-11SM, orang Cina sudah tahu akan teknik pengairan, pertanian, astronomi, cara membuat kalendar dan penulisan. Seawal lebih kurang tahun 200SM, mereka telah menghasilkan abah-abah yang diikat pada dada (breast-strap harness). Ciptaan ini membolehkan kuda membawa muatan yang lebih berat dengan lebih mudah. la dibawa dari China ke Barat antara kurun ke-7 hingga ke-11 dan adalah asas bagi abah kerongkong yang digunakan masa sekarang. Kereta sorong (wheelbarrow) yang banyak meringankan tenaga manusia pula dicipta pada kira-kira tahun 200SM.
5)Empat penciptaan agung 1) Mengenai teknik membuat kertas, ia telah dicipta oleh Cai Lun dengan bahan-bahannya menggunakan fiber tumbuh-tumbuhan pada tahun 105. 2) Teknologi teknik pencetakan (printing) telah mula diperkenalkan semasa pemerintahan dinasti Tang (618-906). Antara buku bercetak yang paling awal dan masih wujud sehingga kini ialah fingangjing (Kitab Sutra Diamond) versi Cina yang bertarikh 11 Mei 868 yang kini disimpan dan dipelihara di Muzium British di England. Buku ini dianggap mewakili hasil daripada pengalaman lama orang Cina dalam teknik percetakan blok (block-printing). Pada tahun 1045, Bi Sheng mencipta teknik percetakan bergerak (mobile-type printing) dan mula menggunakannya secara umum. 3) Bahan letupan (gunpowder) pula telah dicipta oleh ahli-ahli alkimia Daois. Menjelang kurun ke-7, orang Cina sudah pun menggunakan bahan letupan untuk membuat bunga api. Bahan letupan mulai digunakan dalam bidang militari pada tahun 906 oleh ketua tentera Tang. 4) Kompas juga merupakan salah satu dari empat penciptaan agung dalam tamadun Cina yang memberikan sumbangan bermakna kepada tamadun dunia sehingga masa kini. Semasa dinasti Han sifat-sifat magnet sudah diketahui di negara China. Antara kurun pertama dengan kurun ke-6, orang Cina sudah pun menemui pengetahuan tentang gejala kemagnetan aruhan (induced magnetism). Berdasarkan ilmu pengetahuan ini, orang Cina telah menghasilkan kompas, yang pada mulanya untuk digunakan di kapal.
Perbezaan pencapaian Tamadun Islam,Tamadun India, Tamadun Cina
1) Kesusasteraan Perbezaan yang jelas dapat dilihat dalam kesusasteraan ketiga-tiga tamadun ini ialah dari segi drama. Drama memperlihatkan perbezaan kerana unsur kebudayaan diguna pakai dan diadaptasi dalam setiap drama.
2) Seni bina seni bina Islam adalah binaan Masjid kerana Masjid dan Tamadun Islam seakan-akan mempunyai satu ikatan yang sangat kuat. Binaan Kubah merupakan satu tanda yang amat jelas dalam memperlihatkan seni bina Islam kerana secara umumnya setiap masjid tentunya mempunyai kubah. Dalam bidang ini , Tamadun China terkenal dengan pembinaan Tembok Besar yang dibina semasa Dinasti Chin. Tembok Besar China yang panjangnya kira-kira 2410 km dan setinggi 40-50 kaki merupakan satu daripada 7 keajaiban dunia. Di sepanjang tembok itu dibina 20,000 menara-pengawa di samping 10,000 menara-pengawal kecil. Pada setiap menara ditempatkan sepasukan tentera seramai 100 orang. Seni bina yang lain dapat dilihat melalui pembinaan istana, kuil-kuil dan bangunan-bangunan berbentuk pagoda. Seni bina zaman Asoka dalam tamadun india dipengaruhi oleh agama Buddha kerana Asoka sangat kuat berusaha mengembangkan agama Buddha. Pintu-pintu gerbang gua banyak dibina. Kuil-kuil dibina di dalam gua. Pada zaman ini juga dibina beribu-ribu stupa yang dibuat dari batu dan berbentuk kubah. Ia dibina ditempat suci. Ia bukanlah kuil Buddha tetapi merupakan tempat menyimpan bahan-bahan peninggalan Buddha. Dalam seni Buddha, elemen geometri iaitu empat segi dan bulat menjadi pilihan dalam Zaman Asoka kerana dikatakan sebagai satu usaha untuk membezakannya dengan elemen empat segi yang biasanya terdapat pada altar Zaman Vedik dan sebagai simbol Buddha iaitu Wheel of Law.
REFLEKSI 2
Kedatangan Islam ke Cina
• kedatangan Islam ke China bermula apabila Khalifah Uthman bin Affan menghantar Saad Bin Abi Waqqas untuk menyebarkan Islam di China pada tahun 651 Masihi, 20 tahun selepas kewafatan Rasulullah. • Islam juga berjaya tersebar di China hasil usaha para pedagang dari Arab & Parsi yang datang berdagan dan pada masa yang sama berdakwah. Mereka menggunakan peluang semasa menunggu angin monsun berakhir untuk berdakwah dan menyebarkan Islam kepada pedagan dan penduduk tempatan. Mereka juga berkahwin dengan anak gadis tempatan yang tertarik dengan nilai-nilai Islam yang diamalkan oleh mereka. • hasil perkahwinan tersebut menyebabkan mereka dapat mengawal import dan meluaskan lagi pengaruh Islam di China. • Pengaruh Islam di China dapat dilihat apabila lebih 500 ribu orang Islam hanya di satu kampung kini di China. • ia juga dilihat dengan pembinaan makan-makam sebagai tanda hormat penduduk kepada para pembesar islam yg bersemadi di China. • ukiran dan seni khat Arab juga membawa pengaruh besar yang dapat dilihat di semua masjid di China
Zaman kegemilangan Islam di China
DINASTI SUNG Dinasti yang berjaya menyatukan kerajaan kecil di China. Aktiviti perdagangan antara orang Arab dan Cina semakin meluas. Pedagang asing diberikan perlindungan oleh pemerintah, dibenarkan berkampung dan bebas berdagang. Ramai pedagang Islam datang dan ini meluaskan proses penyebaran Islam. DINASTI YUAN Didirikan oleh orang Monggol (diketuai oleh Genghis Khan) . Zaman Kublai Khan, kawasan selatan China pula tewas pada 1279M. Dinasti Yuan memerintah seluruh China sehingga 1368M. Ramai ilmuwan dari Asia Barat datang berkhidmat dengan kerajaan sebagai pentadbir, pakar kewangan, arkitek, ahli sains dan matematik (mendapat kedudukan tinggi) . Mempengaruhi penduduk tempatan untuk masuk Islam. DINASTI MING Dinasti Islam yang terbesar dan terkenal. Pentadbiran oleh orang Cina Islam. Merupakan kejayaan besar masyarakat Islam di China. Banyak masjid dibina. Ramai orang Islam dilantik oleh kerajaan. Ilmu sains Islam bergiat cergas.
Sumbangan Islam pada tamadun cina
ASTRONOMI Pembinaan makmal kaji bintang (Dinasti Yuan) . Tokoh utama dalam ilmu astronomi Tcha-Ma-Lou-Tin (Jamaludin) . Beliau mencipta berbagai alat kaji bintang dan cuaca serta kalendar (takwim Wan-nien-li) . Dijadikan takwim rasmi kerajaan mulai 1265 hingga 1281 masihi. MATEMATIK Pada zaman Dinasti Tang dan Sung, masyarakat Islam memperkenalkan kaedah pengiraan Arab (Xiyi Lishu) , kaedah 60 darjah (Chiu Ji Li-Zaman Tang) , algebra dan trigonometri. PELAYARAN Orang Islam membantu perkembangan pembinaan kapal dan menggerakkan usaha pelayaran. Contoh: Cheng Ho mulakan pelayaran ke luar China. Turut majukan bidang pelayaran terutama soal peralatan untuk berlayar seperti kepakaran astronomi, kompas dan kaedah ukuran air. PERUBATAN Kaedah dan bahan perubatan Arab dibawa masuk dan digabungkan dengan ilmu perubatan China. Beberapa karya dihasilkan sebagai panduan. Bahan perubatan dibawa masuk ke China pada zaman Dinasti Tang dan Dinasti Sung. PEMBINAAN Menggabungkan elemen tempatan dan senibina Islam bertujuan untuk penyesuaian keadaan di situ. Contoh: Masjid Niukie yang berusia 700 tahun dan Masjid Huaje Lane di Sian (Xian)
|
|
|
Post by sharifahhafizah on Dec 15, 2014 13:49:50 GMT
banding bezakan dengan pencapaian dalam tamadun india dan islam. Perbezaan dalam ketiga-tiga tamadun ialah perbezaan dalam seni bina. Tamadun islam: pembinaan masjid. Tamadun india : pembinaan kuil dan candi. Tamadun cina : pembinaan tokong, tembok besar cina
|
|
|
Post by sharifahhafizah on Dec 15, 2014 14:03:32 GMT
Kedatangan Islam ke Tamadun China
- pada 1070 Maharaja Shen Zhou menjemput 5300 orang Islam untuk menetap di Beijing. - Diketuai oleh Putra Amir Sayid( bapa komuniti Islam di China) - di dinding masjid terdapatnya tulisan ayat Al-Quran dan juga senibina Arab serta Parsi/ Iran - Selain Islam di Asia Tengah, bangsa Arab dan Parsi serta tekorasi Islam yang lahir daripada perkahwinan dengan perempuan tempatan. - mereka turut mengawal perdaangan, industri, import dan eksport di kota perlabuhan. - Pusat Islam berkembang di China antaranya Nanjing. - Sanya merupakan pusat bandar masyarakat Islam. - terdapat banyak pembinaan masjid dilakukan -orang Vietnam membawa Islam ke Sanya menerusi jalan laut menerusi perdagangan dan penghijrahan - Masjid dijadikan tempat berkunpul dan melakukan aktiviti berfaedah seperti mengaji, bertukat pendapat dan sebagainya. - terdapat kelas untuk mempelajari ilmu agama - kedudukan Sanya yang strategik dipesisir pantai menjadikan pedagang Islam boleh datang - Islam datang dari Arab melalui perdagangan - pedagang Cina yang memeluk Islam berdagang di Asia Tenggara - pedagang Arab berkahwin dengan wanita tempatan dan sambil menyebarkan agama Islam - serombongan yang dikirimkan oleh khalifah Uthman pada tahun 651M . 20 tahun setelah kewafatan Nabi Muhammad. - diketuai oleh Saad bin Abi Waqab iaitu bapa saudara Rasulullah - Maharaja Yong Wei memerintah pembinaan masjid pertama di Kanton. - permastautinan orang Islam pertama di China terdiri dpd saudagar Arab dan Parsi - banyak makam-makam atau kubur-kubur mubaligh Islam yang datang dari Arab
|
|
|
Post by sharifahshafiqah on Dec 15, 2014 14:09:09 GMT
REFLEKSI 1
PENCAPAIAN TAMDUN CHINA:
1)SAINS & TEKNOLOGI - kejuruteraan hidraulik untuk mengawal banjir Sungai Kuning. Teknologi yang lain misalnya, teknologi melebur dan menuang besi ke dalam acuan, dan pembuatan kertas dan loyang 2)MUZIK KLASIKk - dapat diklasifikasikan kepada kategori meniup, genderang, memetik dan menggesek. - melibatkan kegiatan di istana, perayaan rakyat dan peristiwa berkaitan keagamaan 3)SENI LUKIS - dilukis dengan dakwat monokrom - konsep seni halus merupakan kegemaran waktu lapang bagi golongan atasan yang berpendidikan - berhubung kait dengan kaligrafi dan puisi 4) SISTEM BAHASA & TULISAN - setiap tulisan Cina mempunyai bentuk yang istimewa - menyumbang kepada perpaduan bangsa Cina dan pembentukan kebudayaan 5) SENI BINA - mempunyai binaan yang berharmoni dengan alam semesta - lokasi dan susunan dalam rumah atau kubur ditetapkan dengan panduan teori fengshui - Contohnya seperti Tembok Besar Cina yang merupakan salah satu daripada keajaiban dunia. Ia dibina unutk mempertahankan negeri Cina dari serangan Mongul.
PERBEZAAN : - Seni bina Islam bermula dengan pembinaan masjid (Masjid Nabi) di Madinah yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w. - Pada zaman Maurya, bidang seni bina dan seni ukir India berkembang maju. Tiang Asoka merupakan contoh terbaik kemegahan seni bina dan seni ukir India.
REFLEKSI 2:
Pengaruh kedatangan Islam di China:
- Agama Islam telah berkembang ke China dengan dua jalan, iaitu jalan laut dan jalan darat. - Pembinaan masjid di China merupakan salah satu bukti penerimaan agama Islam di sana. - Uthman bin Affan r.a menghantar Saad bin Abi Waqqas untuk sampaikan dakwah kepada maharaja China. - Islam juga tersebar ke China melalui hubungan perdagangan antara pedagang Arab dan pedagang China. - Perkahwinan antara pedagang Arab dan Parsi dengan wanita tempatan menyumbang kepada kedatangan Islam di China.
Zaman Kegemilangan Islam di China dan sumbangannya:
- Kedatangan Islam menyebabkan terbentuknya beberapa buah kerajaan di China yang mengamalkan dasar toleransi beragama(Dinasti Yuan dan Dinasti Ming). - Kerajaan Islam telah memberikan sumbangan besar kepada perkembangan Islam dan tamadun China dalam bidang sains dan astronomi, politik serta dan sosial. - Dalam bidang sains dan astronomi bilamana Teha Ma-Lou-Tin (Jamaluddin) berjaya mencipta takwim Wan Nien Li iaitu sebagai takwim rasmi kerajaan Yuan. - Sumbangan Islam di China dapat dilihat dari segi pembinaan masjid yang pelbagai rupa. - Seni ukir yang terdapat di Masjid pula banyak menggunakan ayat-ayat al-Quran serta corak-corak flora. - Apabila Islam menjadi kuat dan berpengaruh akhirnya terbentuk beberapa buah kerajaan di China yang mengamalkan dasar toleransi beragama seperti DinastiYuan dan Dinasti Ming. - Ramai ilmuan Islam dibawa masuk untuk berkhidmat sebagai pentadbir, pakar kewangan, arkitek, ahli sains dan matematik, ahli kaji bintang dan sasterawan.
|
|
|
Post by sharifahhafizah on Dec 15, 2014 14:12:57 GMT
Refleksi tamadun 2. Huraikan tentang kedatangan islam dan pengaruhnya di cina. Beberapa versi kedatangan Islam ke negeri China :
Islam dibawa China oleh Hamzah b Hamzah, anak Hamzah b Abi Talib. Versi kedua mengatakan kedatangan Saad b. Abi Waqas bersama 15 orang mubaligh lain mengadap Maharaja Yung Wei pada zaman Dinasti Tang. Menurut Ibrahim Ma, seorang sejarah tempatan melaporkan pendakwah Islam yang pertama datanmg ialah Saad b Lubayd yang tiba di Canton pada 630M. Hubungan perdagangan Arab dengan China melalui perdagangan sejak abad ke 4M Isi-isi Penting :
Kedatangan Islam Ke China :
Agama Islam telah berkembang ke China dengan dua jalan, iaitu jalan laut dan jalan darat. Melalui jalan laut bermula dari Teluk Parsi dan bahagian selatan Semenanjung Tanah Arab hingga ke Lautan Hindi dan seterusnya ke bandar-bandar tenggara China seperti Canton. Manakala jalan darat yang dikenali sebagai Silk Road ( Jalan Sutera) bermula dari Timur Mediterranean hingga ke Asia Tengah, Bukhara dan Samarkand sebelum masuk ke barat laut China dan berakhir di pasar Changan (Xi’an) dan Peking.
|
|
|
Post by sharifahhafizah on Dec 15, 2014 14:19:59 GMT
Zaman kegemilangan Islam di China dan sumbangannya terhadap peradaban tamadun China
Dinasti Ming. Hal ini kerana orang Islam tidak dibenarkan untuk bermastautin di nega China ketika zaman itu. Oleh itum orang Islam mengambil tindakan untuk menikahi wanita Cina yang berketurunan Han sebagai helah untuk menjadi warganegara Cina dan penduduk Islam di Negara China semakin bertambah.
|
|
|
Post by norwanidaidayu on Dec 15, 2014 14:22:20 GMT
REFLEKSI 1
Pencapaian Tamadun China
1)Kesenian-Muzik klasik (meniup, menggesek, memetik ) 2)Seni Lukis- puisi,kaligrafi,lukisan potret dan landskap, seni ukir cap 3)Seni bina-binaan yang harmoni dengan alam semesta. -Kepercayaan fengshui -Pembinaan tembok besar semasa dinasti chou -Kuil-kuil, istana di kota larangan 4)Fiksyen-Ditulis dalam Bahasa vernacular 5)Sastera-prosa, puisi dan drama 6)Sains dan teknologi-Bidang astronomi menyediakan katalog bintang , mencatat rekod gerhana dan komet -bidang matematik menggunakan karya oleh Xu Yue (sempoa) -bidang perubatan cina memperkenalkan akupunktur, aurikuloterapi, perubatan Herba , bekam cina 7)kertas , cetakan, kompas, serbuk letupan merupakan ciptaan agung
Perbandingan pencapaian antara tamadun -Tamadun Cina lebih maju dari segi teknologi dan juga perubatan -Tamadun Islam telah berjaya membesarkan kawasan jajahan takluk dalam usaha penyebaran Islam -Tamadun India menyerlahkan pembangunan mereka dalam kesenian binaan bangunan.
REFLEKSI 2
kedatangan Islam sangat lama kerana mengambil masa selama 700 sehingga 800 tahun Khalifah Uthman mengirim rombongn ke China pada 651 masihi dan diketuai oleh Saad Abi Waqas Maharaja menerima baik kedatangan rombongan tersebut. Dinasti Tang menjadi Dinasti Keemasan yang memperkenalkan Islam. Saudagar Parsi datang dan Khabilah Hui Zua menerima ISlam kedatangan Islam ke Sanya pula dibawa oleh Champa,Vietnam melalui jalan laut memandangkan lokasi tersebut berdekatan dengan persisiran pantai. Islam juga datang dibawa oleh pedagang yang seterusnya berkahwin dengan gadis tempatan.
Pengaruh Islam di China dapat dilihat dengan banyak masjid dibina berbeza mengikut dinasti seperti Masjid di Canton,masjid Qin Jing di Guang Zhou,Masjid Phoenix dan di China terdapat 40,000 masjid yang dibina. seni ukiran pada masjid pula banyak menggunakan ayat Al-Quran pada dinding,pintu masuk masjid begitu juga dengan seni flora yang diambil daripada Parsi dan Iran.
zaman kegemilangan Islam di China dapat dilihat pada zaman pemerintahan Laksamana Zheng Hi yang merupakan Era Keemasan Islam. pengaruh pula dapat dilihat dengan banyak pusat Islam berkembang di China terutama di Nanjing. banyak masjid dibina pada zaman pemerintahan Zu Yuan.
|
|