|
Post by Admin on Dec 4, 2015 6:22:59 GMT
Assalamualaikum wrt.wbt.
Pelajar-pelajar budiman, sila jawab soalan refleksi berpandukan kepada soalan di dalam aktiviti Refleksi dan hantar kan jawapan anda di dalam folder ini.
Sila tuliskan nama dan no matrik bagi setiap pelajar berserta nama kumpulan untuk rekod pemarkahan oleh ustazah.
Sekian terima kasih.
|
|
|
Post by saiyidahanisah on Dec 20, 2015 13:02:25 GMT
NUR SAIYIDAH HANISAH BT ALI 2015418834 PROGRAM: DS240 (GROUP A)
Refleksi 1
Pencapaian Muzik
-Dizi (Meniup)
-MuYU (Genderam)
-Pipa (Memetik)
-ErHu (Menggesek)
Fiksyen
-Xiaoshou (Percakapan kecil/sia-sia)
-Sangou Yanyi, Honglou Meng, Shuihu Zhuan, Xiyou Ji dan Jing Ping Mei
Seni Lukis
-Kalagrafi, Puisi
-Perbezaan dengan puisi Barat: Terhad dan tidak dianggap menyeluruh
Seni Bina- Berharmoni dengan alam semesta
Fengshui- Lokasi/Susunan dalam rumah/kubur
Tembok Besar
-Sepanjang kira-kira 2410km
-Setinggi 40-50 kaki
-Menggunakan 30000 org
-Pertahanan daripada puak Moghul
-Dibina dengan tembok batu
Kaligrafi- Gaya Cap, Gaya Resmi, Gaya Balok, Gaya Kursif
Puisi
-Terawal-Shijing (Klasik Parsi)
-Penuh dgn pelbagai idea dan teknik
-Yi Jing, Shi Jing, Liji, Chui Qiu
Perbezaan tamadun Islam dan India:
kehidupan secara komuniti dalam tamdun Islam mementingkan nilai akhlak dan menghormati antara satu sama lain. Sistem hidup sama rata (tiada hamba) dan berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah telah menjaminkan keamanan dan kejayaan Islam. Manakala, bagi tamadun India, mereka hidup dalam sistem kasta di mana seorg Brahman berada pada kedudukan paling tinggi dan Sudra sebagai hamba. Sistem ini diwarisi oleh nenek moyang dan digunakan untuk memastikan keamaan sesebuah komuniti.
Prosa
-Berkualiti =bermanfaat dari segi moral dan etika
-Bertujuan =Menyampaikan Dao (menunjukkan jln dan cara dari segi moral dan etika)
Drama Cina
-Zaju (sastera berbentuk puisi yang digubah mengikut muzik tertentu)
-Penulis menulis karya sebagai saluran mengeluarkan perasaan tidak puas hati
-Hiburan dan pengkritik sosial yg berjaya mendpt konsenses dan simpati penonton
-Nilai: Zhong(kesetiaan), Xiao(penghormatan terhadap ibubapa), Jie (kesuciaan seseorgwanita), Yi(keadilan)
Sains dan Teknologi
-Kejuruteraan hidraulik yg mengwl banjir Sungai Kuning (Hwang Ho)
Bidang Astronomi
Org Cina menyediakan katolog bintang, mencatat rekod tepat gerhana dan komet
Bidang Matematik
Penggunaan sempoa (abacus)
Bidang Perubatan
-Teori kosmik dualistik, yin dan yang, lima elemen
-Akupunktur, Aurikuloterapi, Terapi Makanan Cina, Perubatan Herba Cina, Bekam Cina
4 Ciptaan Agung:
-Kertas
-Cetakan
-Kompas
-Serbuk Letupan
Refleksi 2
-Rombongan (kirim oleh Khalifah Uthman) pada 651M
-Diketuai oleh Saad bin Abdul Watas (bapa saudara Rasulullah belah ibu)
-Menghadap Maharaja Yung Wei dan disambut baik
-Pembinaan masjid di Canton
-Tersebar Islam melalui perdagangan antara pedagang Arab dan Cina
-Mengislamkan org tempatan: perkahwinan antara pedagang Arab dan org tempatan
-Islam berkembang melalui jalan laut (Teluk Parsi dan bahagian selatan Tanah Arab hingga Lautan Hindi dan ke bandar (Canton)
-Jalan darat(Jalan Sutera) bermula dari Timur Mediterranean hingga ke Asia Tengah, Bukhara dan Samarkand sebelum masuk ke barat laut China dan berakhir di pasar Changan dan Peking.
Kegemilangan Islam di China:
-Terbentuknya beberapa buah kerajaan yang mengamalkan dasar toleransi beragama (Dinasti Yuan dan Dinasti Ming).
-Sumbangan besar kepada perkembangan Islam dan tamadunnya di China dalam bidang sains dan astronomi, politik serta pentadbiran dan gaya hidup masyarakat.
-Bidang sains dan astronomi Teha Ma-Lou-Tin (Jamaluddin) berjaya mencipta takwim Wan Nien Li yang dugunakan sebagai takwim rasmi kerajaan Yuan.
-Segi pembinaan masjid yang pelbagai rupa.
-Seni ukir yang terdapat di Masjid pula banyak menggunakan ayat-ayat al-Quran serta corak-corak flora.
|
|
|
Post by mimijafri on Dec 20, 2015 13:21:01 GMT
MIMI SYAFIQA BINTI AHMAD JAFRI -2015430168- DS 240
Refleksi 1
Terdapat banyak perbezaan diantara Tamadun Islam dan Tamadun India. Tamadun Islam percaya dengan kewujudan satu tuhan manakala India percaya dengan banyak Tuhan seperti Siva, Brahmin dan Visha. Dalam soal makan dan minum, Islam menekankan konsep halal haram, manakala Hindu hanya melarang penganuttnya makan daging. Raja yang dilantik dalam tamadun Islam haruslah mempunyai ciri-ciri ditetapkan tetapi di India, raja diberikan taraf suci dan dianggap wakil tuhan. Selain itu, dalam Islam, persamaan hak diamalkan tetapi di India, konsep Kasta diwujudkan dimana golongan hamba (Sudra) ditindas pihak atasan.
Antara pencapaian Tamadun Cina dalam bidang muzik ialah Dizi (Meniup), MuYU (Genderam), Pipa (Memetik) dan ErHu (Menggesek). Fiksyen yang diwujudkan ialah Xiaoshou (Percakapan kecil/sia-sia) dan Sangou Yanyi, Honglou Meng, Shuihu Zhuan, Xiyou Ji dan Jing Ping Mei. Kalagrafi seperti Gaya Cap, Gaya Resmi, Gaya Balo antara seni lukis yang terkenal. Seni binanya pula berkait rapat dengan alam semesta. Selain itu, Tembok Besar dibina sebagai pertahanan daripada puak Moghul. Tambahan, dalam bidang Sains dan Teknologi kejuruteraan hidraulik yang mengawal banjir Sungai Kuning (Hwang Ho). Org Cina juga menyediakan katolog bintang, mencatat rekod tepat gerhana dan komet
Refleksi 2
Kedatangan Islam ke Cina adalah melalui rombongan (kirim oleh Khalifah Uthman) pada 651M dan diketuai oleh Saad bin Abdul Watas. Saad telah menghadap Maharaja Yung Wei dan disambut baik. Selain itu, melalui perdagangan antara pedagang Arab dan Cina dimana berlaku perkahwinan campur.
Kegemilangan Islam di China terbukti dengan terbentuknya beberapa buah kerajaan yang mengamalkan dasar toleransi beragama. Bidang sains dan astronomi Teha Ma-Lou-Tin (Jamaluddin) berjaya mencipta takwim Wan Nien Li yang dugunakan sebagai takwim rasmi kerajaan Yuan. Masjid dibina dengan pelbagai bentuk dan rupa dipengaruhi ciri-ciri budaya Cina. Seni ukir yang terdapat di Masjid pula banyak menggunakan ayat-ayat al-Quran serta corak-corak flora.
|
|
|
Post by faezahalia on Dec 20, 2015 13:57:59 GMT
FAEZAH ALIA BINTI AZIZAN (2015430532) DS240 (GROUP B)
REFELKSI 1
Antara pencapaian Tamadun China dalam bidang muzik ialah Dizi (meniup), MuYU (Genderam), Pipa (Matematik) dan Erhu (Menggesek). Selain itu fiksyen jugak diwujudkan iaitu Xiaoshou (Percakapakan kecil atau sia-sia), dan Sangou Yanyi, Honglou Meng, Shuihu Zhuan, Xiyou Ji dan Jing Ping Mei. Seni lukis juga merupakan seni yang terkenal iaitu Kalagrafi Gaya Cap, Gaya Resmi dan Gaya Balo. Di samping itu, Seni bina yang ada berkait rapat dengan alam semesta. Seterusnya, di Tamadun China terdapat tembok besar yang dibina sebagai pertahan dari pihak musuk iaitu puak Moghul. Pengawalan banjir sungai Kuning iaitu Hwang ho merupakan hasil dalam bidang Sains dan Teknologi Kejuruteraan hidraulik. Tamadun China juga menyediakan katalog bintang, mencatat rekod tepat gerhana dan komet.
Perbezaan tamadun Islam dan India ialah tamadun Islam mementingkan akhlak dan nilai menghormati antara satu sama lain. Selain itu, sistem hidup sama rata (tiada hamba) dan berpandukan Al-Quean dan As-Sunnah telah menjamin keamanan dan kejayaan islam. Manakala, untuk Tamadun India, mereka hidup dalam sistem kasta di mana seorang Brahman berada pada kedudukan paling tinggi dan Sudra sebagai hamba. Tambahan, sistem ini diwarisi oleh nenek moyang dan digunakan untuk memastikan keamanan sesebuah komuniti.
REFLEKSI 2
Kedatangan Saad b. Abi Waqas bersama 15 orang mubaligh lain mengadap Maharaja Yung Wei pada zaman Dinasti Tang dan telah disambut baik. Berlakunya pembinaan masjid di Canton. Islam juga tersebar melalui perdagangan antara pedagang Arab dan Cina. Selain itu, pendatang Arab dan Parsi telah berkahwin dengan wanita tempatan. Berlaku proses asimilasi dengan masyarakat tempatan, maka ramai daripada mereka memeluk Islam. Agama Islam telah berkembang ke China dengan dua jalan, iaitu jalan laut dan jalan darat. Melalui jalan laut bermula dari Teluk Parsi dan bahagian selatan Semenanjung Tanah Arab hingga ke Lautan Hindi dan seterusnya ke bandar-bandar tenggara China seperti Canton. Manakala jalan darat yang dikenali sebagai Silk Road ( Jalan Sutera) bermula dari Timur Mediterranean hingga ke Asia Tengah, Bukhara dan Samarkand sebelum masuk ke barat laut China dan berakhir di pasar Changan (Xi’an) dan Peking.
Kegemilangan Islam di China ialah terbentuknya beberapa buah kerajaan yang mengamalkan dasar toleransi beragama iaitu Dinasti Yuan dan Dinasti Ming. Kerajaan Islam telah memberikan sumbangan besar kepada perkembangan Islam dan tamadunnya di China dalam bidang sains dan astronomi bilamana Teha Ma-Lou-Tin (Jamaluddin) berjaya mencipta takwim Wan Nien Li yang dugunakan sebagai takwim rasmi kerajaan Yuan. Begitu juga tokoh astronomi bernama Ma Cha –ye-he dan Laksamana Cheng Ho ( Muhammad Ma HO atau Zheng He ) zaman Dinasti Ming. Terdapat juga, seni pembinaan masjid yang pelbagai rupa. Akhir sekali, seni ukir yang terdapat di Masjid pula banyak menggunakan ayat-ayat al-Quran serta corak-corak flora.
|
|
|
Post by hadib96 on Dec 20, 2015 14:09:16 GMT
HADIB JAZMINE 2015664062 GROUP B DS240
REFLEKSI 1
pencapaian yang diperolehi oleh tamadun china adalah dari faktor kesenian . china memperoleh sistem muzik yang paling lama dan unik dan sering dimainkan di dalam istana. terdapat beberapa kategori muzik di dalam tamadun china. Antaranya : meniup - dizi genderang- muyu memetik-pipa menggesek - erhu antara tokoh yang terlibat dalam aspek muzik adalah Konfusius . Cerita fiksyen ditulis dalam bahasa vernakular akan dianggap setaraf dengan sastera. seterusnya , xiaoshuo dalam bahasa melayu dalah bermaksud percakapan kecil. kedudukan cerita fiksyen tidak setanding dengan prosa dan puisi. antara contoh prosa dan puisi adalah sanguo yanyi , shuihu zhnan dan jin ping mei. Selain itu , dari segi seni lukis terdapat hubungan antara kaligrafi dan puisi . lukisan cina lebih merupakan kombinasi. masyarakat cina terdahulu melukis menggunakan dakwat monokrom. Bandingan antara china dan barat adalah lukis china sangat terhad dan tidak dianggap menyeluruh ini kerana lukisan bukan dihasilkan untuk mengambarkan kesemuanya. china tidak menerima lukisan yang cantik jika temanya tidak memberi manfaat dari segi keimanan dan akhlak. Dari segi seni bina , temanya haruslah harmoni alam semesta. masyarakat china mempercayai fengshui dimana lokasi dan susunan sesuatu barang haruslah berdasarkan fengsui kerana dipercayai ada lokasi yang malang dan bernasib baik. China juga terkenal dengan Tembok Besar China . Tembok Besar China merupakan salaah satu antara 7 keajaiban dunia. tembok itu telah didirikan setinggi 40-50 kaki dan mempunyai jarak sebanyak 2410km. tembok ini telah didirikan dengan lebih 30000 orang tenaga manusia. tembok ini telah dibina dari zaman dinasti chin dengan tujuan untuk mempertahankan kerajaan dari orang monggol. tembok tersebut telah dibina dengan menggunakan batu seperti tanah liat dan batu bata. antara kerajaan terkenal di china adalah Anyang . struktur pembinaan di china terdapat pintu gerbang yang besar , parit , menara yang tinggi dan kuil. tembok tersebut juga telah mengelilingi istana china yang terkenal iaitu Kota Larangan. masyarakat china juga terkenal dengan tulisan kaligrafi yang unik . Antaranya : gaya cap , gaya resmi , gaya balok dan gaya kursif . antara ahli kaligrafi yang terkenal adalah wang xizhi , quyang xun dan zhau mengfu. dari aspek kesusasteraan , china mempunyai 305 buah nyanyian kuil . puisi terawal negara china adalah shi jing. prosa china melibatkan aspek moral dan etika. antara jenis-jenis prosa adalah puisi, berirama dan rapsodi. drama terkenal adalah zaju yang berbentuk puisi . drama ini bukan sahaja mempunyai unsur yang menghiburkan bahkan mempunyai pengkritik sosial dan mempunyai nilai china tradisional. dari aspek sains , china telah berjaya mengawal banjir yang berpunca dari sungai hwang ho. dari segi astronomi masyarakat china dapat mengenal bintang , gerhana dan komet. dari segi perubatan , antara tabib terkenal adalah hua tuo. kulit limau dan angco merupakan makanan terapi. bekam digunakan untuk mengeluarkan angin dan menyegarkan badan. Antara pencapaian yang berbeza dari tamadun islam dan tamadun india dari tamadun china adalah tamadun china lebih mementingkan semua aspek . dari segi penempatan yang bagus , seni bina yang menarik , segi perubatan yang mendalam dengan alatan untuk merawat ,dari segi tulisan dan bahasa seperti prosa , puisi dan drama , kaligrafi , sains dan astronomi. tamadun india lebih kepada aspek pembinaan yang sangat unggul . manakala islam dari segi beradaban dan tatasusila yang sopan dan teratur.
REFLEKSI 2
Islam telah datang ke china dengan rombongan yang telah diutuskan oleh khalifah uthman pada zaman 651 masihi iaitu 20 tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W . rombongan ini telah diketuai oleh Saad iaitu bapa saudara nabi sebelah ibu beliau. maharaja yongwi telah menerima agama islam dan membina masjid di canton. walaupun proses penyebaran islam lambat tetapi ia dalam keadaan yang stabil. penyebaran islam ke china telah berlaku 700-800 tahun dahulu. dinasti tang dikenali zaman kegemilangan . warga kosmopolitan telah membantu memperkenalkan islam . saudagar arab dan parsi telah menyebarkan islam di china. masjid kinjing ialah masjid tertua di guan zou. masjid itu telah dibina pada tahun 1009 masihi. masyarakat arab telah mendirikan masjid tersebut. masjid tersebut merupakan tempat beribadah. kini tapak masjid itu hanya tinggal dinding yang dihiasi dengan ayat al-quran , arah kiblat dan telaga mengambil wuduk. persekitaran masjid mempunyai kawasan perkuburan masyarakat arab dan parsi. ia juga tempat permakaman pembesar asing yang mati di china. masjid yangzi dibina pada tahun 1275 masihi. pada zaman dinasti yuan. Muhaddin telah membina masjid tersebut. beliau merupakan keturunan ke-16 Nabi Muhammad S.A.W . makan Muhaddin telah dibina seakan akan makam sultan. tepi makam tersebut telah dihiasi ukiran yang unik. beliau juga telah dianggap sebagai wali tertinggi . beliau telah berjaya mengislamkan puluh ribu orang tempatan. di china juga terdapat kubur mubaligh dan ulama islam seperti Aishah dan Alaiddin. pada zamana zau , penyebaran islam telah maju. masjid burung merak ( pheonix temple) telah dibina pada zaman dinasti tang . iaitu pada tahun 1281 masihi. mubaligh dari iran telah menyumbangkan derma untuk membaik pulih masjid tersebut. pada tahun 1070 , maharaja zengzau telah membawa 300 orang islam untuk menetap di beijing. diketuai oleh putera Amir Saad . beliau juga telah dikenali sebagai bapa komuniti di china. dinding masjid tersebut telah dihiasi oleh ayat al-quran , seni bina arab dan seni bina parsi. dome masjid tersebut berbentuk burung merak. masjid glassbridge juga mempunyai kaligrafi arab china. masjid zengzo telah dibina pada tahun 14 masihi. masjid tersebut menjadi tumpuan orang islam dan pembesar luar negara. pada tahun 1430 laksamana chen he telah membaik pulih masjid tersebut. pedagang arab tinggal di china selama beberapa bulan ada yang menetap dan membina perkampungan orang islam di china. terdapat juga perdagang arab yang berkhawin dengan wanita tempatan untuk menyebarkan islam. Antara sumbangan islam kepada tamadun china adalah banyak kepada pembinaan masjid untuk dijadikan pusat beribadah dan menyebarkan islam.
|
|
|
Post by ainaefira on Dec 20, 2015 15:35:15 GMT
Nama : Nur Aina Efira Bt Nor Effandy No matrik : 2015664422 Group : A
Refleksi 1
Antara pencapaian tamadun Cina dari segi
1) Kesenian ialah; iaitu muzik klasik yang melibatkan kegiatan di istana, perayaan rakyat dan peristiwa yang berkaitan dengan agama. Selain itu, cerita fiksyen yang ditulis dalam bahasa vernakular telah dipandang tinggi stail klasiknya langsung diberi taraf sastera. Di samping itu, seni lukis yang berkait rapat dengan kaligrafi dan puisi digunakan pada zaman Dinasti Song. Senibina tamadun cina menunjukkan keinginan membuat binaan yang berharmoni dengan alam semesta. Kepercayaan fengshui jua salah satu kesenian dalam tamadun China dimana membawa maksud "Ada kejahatan dalam kebaikan dan ada kebaikan dalam kejahatan". Antara gaya kaligrafi yang sering ditemui ialah Zhuanshui yang mewakili gaya kaligrafi dari dinasti Qin, Lishu daripada dinasti Han yang diperkembangkan kepada Kaishu dan Coashu dan Xingshu.
2) Manakala dari segi kesusasteraan pula; puisi yang penuh pelbagai idea dan teknik untuk memberi contoh dan inspirasi kepada penyajak serta penulis di generasi kemudian. Contohnya Shijing yang bersama 4 klasik lain iaitu Yi Jing, Shu Jing, Liji dan Chun Qiu. Selain tu, prosa yang bertujuan untuk menyampaikan doa atau menunjukkan jalan dan cara dari segi moral dan etika.Di samping itu, sains dan teknologi yang telah wujud sejak kurun ke-15 menunjukkan kejayaan dan sumbangan tamadun islam, antaranya ialah dalam bidan astronomi, bidang bidang matematik dan banyak lagi.
Refleksi 2
Kedatangan Islam ke China berlaku pada abad ke-7 Masihi dalam zaman Khalifah Uthman Ibn Affan di tanah Arab dan zaman Dinasti Tang di China. Selain itu, Maharaja Yongwi juga menerima agama Islam lalu membina sebuah masjid di Canton. Orang Islam di China sering disebut orang Hui, kerana itulah etnik Islam yang terbesar, tetapi sebenarnya terdapat 10 kumpulan etnik. Orang Hui merupakan keturunan bangsa China yang mula-mula menerima risalah Islam dan perkahwinan campur antara pendakwah Islam dengan masyarakat setempat itulah yang kemudian digelar orang Hui. Di samping itu, berlaku perkahwinan antara orang islam dengan cina dalam Dinasti Min. Ini kerana pada waktu Dinasti Min, Islam dilarang untuk bertapak di China lalu mereka mengambil tindakan untuk mengahwini wanita cina langsung melahirkan suatu bentuk integrasi baru antara budaya islam dengan budaya kaum han. Hubungan antara Dinasti Ming dengan Kesultanan Melaka sebagai kerajaan Islam amat akrab pada abad ke-15. Beberapa kunjungan antara kedua-dua pihak telah berlangsung. Tercatat juga dalam sumber China klasik bahawa Raja Brunei yang melawat ke China mangkat di kota Nanjing dan dimakamkan di situ. Masjid Zenhi merupakan antara masjid terkenal di negara china dan telah dibina oleh Puhaddin iaitu salah seorang waris keturunan Nabi Muhammad SAW dari generasi yang ke-16.
|
|
|
Post by fazlin2301 on Dec 20, 2015 15:39:41 GMT
NUR FAZLIN SYAHIRAH BINTI MOHAMAD SAFIAI
2015428772
DS240(GROUP A)
1. Bincangkan pencapaian dalam tamadun china. Banding bezakan denga pencapaian yang dikecapi oleh tamadun islam dan tamadun india.
Antara pencapaian dalam tamadun china ialah dalam bidang kesenian sebagai contoh, seni muzik klasik dalam tamadun china mempunyai keistimewaannya yang tersendiri,dalam tamadun islam dan india juga mempunyai seni muzik tetapi yang membezakan antara ketiga –tiga tamadun ini ialah alatan muzik yang digunakan dan juga dalam situasi apa muzik dimainkan. Seterusnya ,tamadun china mempunyai hasil sastera melalui tulisan-tulisan fiksyen . disebabkan karya-karya ini ditulis dalam bahasa vernakular mereka , masyarakat cina memandang tinggi hasil cerita fiksyen yang ditulis , berbanding tamadun islam , penulisan yang ditulis mestilah berdasarkan ilmu mengenal Allah dan bukannya cerita fiksyen yang direka-reka, manakala tamadun india pula mempunyai karya yang bersifat ritual seperti veda dan sebaginya. Tambahan pula, dari segi karya lukisan pula, masyarakat cina juga pandai berkarya melalui lukisan dan puisi. Antaranya ialah lukisan potret dan landskap pemandangan. Jika dibandingkan dengan tamadun islam dan india tidak terdapat banyak beza yang ketara kerana masing –masing mempunyai kelebihan dalam bidang ini .
2. Huraikan tentang kedatangan islam dan pengaruhnya di China. Perihalkan zaman kegemilangan Islam di China dan sumbangannya terhadap peradaban Tamadun China.
Kedatangan Islam ke china pada mulanya melalui perdagangan. Para pedagang Arab dan parsi telah berdagang sambil menyebarkan Islam di china. Mereka juga berkahwin dengan wanita tempatan dan hal in juga menyebabkan ramai masyarakat yang memeluk islam. Pengaruhnya di cina sangat kuat kerana menurut ibnu batutta , beliau mendapati bahawa setiap kampung islam telah mendirikan sebuah masjid. Beberapa buah kerajaan china yang mengamalkan dasar toleransi beragama. Zaman kegemilangan berlaku sewaktu Dinasti Min dibawah pemerintahan maharaja Cu yang cang , orang Islam tidak dibenarkan bermastautin dan datang ke negeri China. Oleh itu orang islam mengambil tindakan untuk mengahwini wanita cina hal ini melahirkan suatu bentuk integrasi baru antara budaya islam dengan budaya kaum han. Akhir sekali, sumbangan besar terhadap tamadun china ialah dalam bidang astronomi, takwim Islam, perubatan, sains dan teknologi. Hal ini menunjukkan islam mempunyai pengaruh kuat di negara China.
|
|
|
Post by nadiasyahirah on Dec 20, 2015 16:17:35 GMT
NADIA SYAHIRAH BINTI MOHD NAZRI 2015403058 DS240 (Group B)
Refleksi 1
Pencapaian yang diperolehi dalam Tamadun China dalam bidang kesenian ialah muzik klasik yang merupakan sistem muzik paling lama dan paling berkembang. Awalnya melibatkan kegiatan di istana, perayaan rakyat dan peristiwa yang berkaitan dengan agama. Contoh alat-alat muzik ialah Dizi (Meniup), MuYU (Genderam), Pipa (Memetik) dan ErHu (Menggesek). Fiksyen yang terdapat pada zaman Tamadun China ialah Xiaoshou (Percakapan kecil/sia-sia) dan Sangou Yanyi, Honglou Meng, Shuihu Zhuan, Xiyou Ji dan Jing Ping Mei. Seni lukis Tamadun China berkait rapat dengan kaligrafi dan puisi. Contoh kalagrafi yang terkenal adalah seperti Gaya Cap, Gaya Resmi dan Gaya Balo. Antara ciri utama seni bina Tamadun China ialah binaan yang berharmoni dengan alam semesta. Mereka mengamalkan kepercayaan fengshui. Tembok Besar China merupakan satu daripada tujuh keajaiban dunia. Contoh kesusasteraan ialah puisi, prosa, dan drama. Tamadun China maju dalam bidang teknologi, astronomi, matematik dan perubatan.
Pencapaian Tamadun China dengan Tamadun Islam dan Tamadun India tidak banyak beza yang kerana ketiga-tiga tamadun mempunyai kelebihan dalam bidang-bidang tersebut. Namun begitu, Tamadun Islam berpandukan Al-Quran dan Hadis dalam pembinaan tamadun.
Refleksi 2
Kedatangan Islam ke China adalah melalui rombongan (oleh Khalifah Uthman) pada 651M dan diketuai oleh Saad bin Abdul Watas. Saad telah menghadap Maharaja Yung Wei dan disambut dengan baik. Tambahan pula, berlaku perkahwinan campur melalui hubungan perdagangan antara pedagang Arab dan Cina.
Apabila Islam menjadi kuat dan berpengaruh akhirnya terbentuk beberapa buah kerajaan di China yang mengamalkan dasar toleransi beragama seperti Dinasti Yuan dan Dinasti Ming. Kerajaan Islam telah memberikan sumbangan besar kepada perkembangan Islam dan tamadunnya di China dalam bidang sains dan astronomi apabila Teha Ma-Lou-Tin (Jamaluddin) berjaya mencipta takwim Wan Nien Li yang dugunakan sebagai takwim rasmi kerajaan Yuan. Begitu juga tokoh astronomi bernama Ma Cha –ye-he dan Laksamana Cheng Ho ( Muhammad Ma HO / Zheng He ) zaman Dinasti Ming .Menurut Ibnu Battuta sewaktu lawatan beliau ke China setiap perkampungan Islam telah didirikan sebuah masjid. Sebagai contoh Maharaja Huang Chu telah mendirikan sebuah masjid jamik di Nanking.Di pinggir bandar Canton telah dibina sebuah zawiyah iaitu institut pengajian agama dan tarekat yang dipimpin oleh Syeikh Burhanuddin.
|
|
|
Post by anismaizan96 on Dec 20, 2015 16:28:41 GMT
ANIS MAIZAN BINTI AZMIMURAD 2015659956 DS240 GROUP A
REFLEKSI TAMADUN CHINA 1 PENCAPAIAN TAMADUN CHINA: 1) KESENIAN MUZIK KLASIK Muzik Cina klasik adalah antara sistem muzik yang paling lama dan paling berkembang dalam dunia ini. Bukti dokumentasi menunjukkan bentuk muzik Cina yang wujud tidak terbilang jumlahnya dan aktiviti penciptaan muzik Cina yang awal melibatkan kegiatan di istana, perayaan rakyat dan peristiwa yang berkaitan dengan agama. Konfusius memberi pendapat, mengatakan bahawa muzik teragung adalah muzik yang berharmoni dengan alam sekitar, dan melalui harmoni ini dapat memulihkan keadaan dunia fizikal. Konfusius meletakkan muzik berkedudukan (status) penting, mengiktiraf peranannya dalam memberikan perkhidmatan dan membuat sumbangan terhadap pembentukan dunia yang bersifat teratur dan bermoral. FIKSYEN Disebabkan cerita-cerita yang ditulis adalah dalam bahasa vernakular maka golongan terpelajar tradisional yang memandang tinggi stall klasik secara rasmi tidak menganggap fiksyen bernilai untuk diberi taraf sastera. Istilah Cina bagi merujuk genre ini ialah xiaoshuo bermaksud percakapan kecil, dan percakapan sia-sia. Ternyata, kedudukan fiksyen tidak setanding dengan puisi atau prosa yang selama ini bukan sahaja mempunyai fungsi sastera tetapi juga berperanan sebagai pendukung prinsip-prinsip moral etika dan juga sebagai alat politik. SENI LUKIS 1.SENI BINA Dalam seni bina Cina, tembok merupakan antara binaan yang sangat penting kerana semua kota mempunyai satu tembok yang bertujuan untuk pertahanan dan keselamatan. Di peringkat kampung dan desa, kadang-kadang benteng tanah dibina mengelilingi kawasan tersebut dengan tujuan yang sama. Tembok kota kebiasaannya mengagumkan dengan ketinggian kebanyakannya dua puluh lima hingga tiga puluh kaki dan luasnya dua puluh kaki atau lebih. Lilitan tembok sepanjang lima atau enam batu merupakan suatu yang biasa dan di sesetengah bandar misalnya di Beijing, tembok lebih tinggi dan meliputi kawasan lebih luas. Tembok kota mempunyai pintu yang dibuka pada waktu tertentu iaitu waktu fajar dan ditutup pada waktu malam. Di atas pintu terdapat menara yang tinggnya beberapa tingkat. Tembok kota biasanya dikelilingi oleh pant penuh dengan air yang dalam dan lebar. Tembok yang terkenal di negara China dan juga di dunia ialah Tembok Besar China {The Great Wall of China). Tembok juga dibina bukan sahaja untuk mengelilingi kota tetapi juga untuk memagari kuil-kuil, istana dan rumah-rumah kediaman.
2.KALIGRAFI Salah satu bidang kesenian yang menarik dalam tamadun China ialah Kaligrafi atau seni khat. Kaligrafi China merupakan salah satu seni kaligrafi tertua dan masih diamalkan sehingga masa kini .Kaligrafi merupakan salah satu seni halus yang unik di dunia . Seni ini amat dihormati oleh masyarakat cina. Kaligrafi secara umumnya adalah satu tema yang bermaksud kumpulan patah perkataan yang menyampaikan pemikiran manusia dan dibentuk dalam penulisan. Dengan kata lain, kaligrafi merupakan satu bentuk penulisan yang menyampaikan pemikiran dan dilafazkan dalam bentuk penulisan.Peralatan lain yang diperlukan ialah berus,dakwat hitam, kertas mudah telap, dakwat dan batu dakwat.Kaligrafi Cina mempunyai unsur-unsur atau imej kekuatan, kecantikan ataupun keanggunan. Keindahan sesuatu kaligrafi banyak bergantung pada kepakaran perekanya melakar dengan menggunakan berus. Kaligrafi berkembang kepada beberapa gaya penulisan dan dibahagikan kepada 5 gaya penting iaitu Gaya Cap (Zhuan-shu),Gaya Resmi( Li-shu),Gaya Balok( Kai-shu), Gaya Kursif(Xing-shu dan Cao-shu). Kai-shu merupakan gaya penulisan yang paling popular dalam lima-lima jenis itu. Namun pengunaan gaya Kai-shu sering mendapat perhatian masyarakat kerana gaya ini mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat cina.
2) KESUSASTERAAN PUISI Antologi puisi Cina yang terawal bertajuk Shijing (Klasik Puisi). Puisi-puisi dalam antologi ini penuh dengan pelbagai idea dan teknik kesusasteraan yang menjadi contoh dan inspirasi kepada penyajak serta penulis generasi kemudian. Shijing bersama empat klasik lain iaitu Yijing (Klasik Perubahan), Shujing (Klasik Sejarah), Liji (Rekod Ritual) dan Chun qiu (Klasik Musim Bunga dan Musim Luruh), dikenali sebagai Wujing (Lima Klasik) dan sejak kurun ke-2SM ianya sangat dihormati oleh sarjana- sarjana Cina. Puisi yang terkandung dalam Shijing pada asasnya dinyanyikan dengan iringan muzik. Sesetengah puisi, terutamanya puisi kuil juga diiringi oleh tarian.Pada keseluiuhannya kebanyakan puisi dalam Shijing mementingkan elemen lirik lebih daripada elemen naratif. Rima akhir diutamakan untuk mencapai kesan muzik dan tidak bergantung kepada penggunaan kecantikan retorik. Puisi dalam Shijing mempunyai fungsi politik dan sosial selain daripada fungsi sastera. la digunakan dalam pertemuan rasmi raja dan pegawai diplomatik menyanyikan puisi sebagai pembayang bagi sesuatu keadaan sebenar atau untuk menyatakan maksud sebenar.
PROSA Prosa klasik, atau dikenali guwen, adalah dominan dalam sastera Cina klasik. la menggunakan bahasa klasik. Terdapat juga prosa vernakular, atau haihuawen, yang ditulis dalam bahasa pertuturan (percakapan). Prosa klasik berdasarkan standard dan stail karya pakar zaman purba, khasnya klasik-klasik Konfusius dan karya ahli falsafah zaman awal sebagai model. Prosa vernakular yang ditulis dalam bahasa sehari-hari itu dipandang rendah. Bahasa percakapan, walaupun lebih mendekati kegunaan biasa, tidak ditegaskan dalam tradisi Cina, dan dielakkan dalam penulisan sastera sehingga kurun ke-13 dan ia mulai diguna oleh penulis drama dan fiksyen.Berlainan dengan prosa di Barat, prosa Cina seperti puisi purba, juga mempunyai rungsi sosial dan politik. Bagi seorang sarjana tradisional, khasnya sarjana Konfusian, sesebuah prosa yang berkualiti harus bermanfaat dari segi moral dan etika. Satu daripada tujuan penulisan prosa adalah untuk 'menyampaikan dao', atau menunjukkan jalan atau cara dari segi moral dan etika.
DRAMA Drama Cina berkembang agak lewat. Drama Cina yang paling menarik ialah jenis zaju, sejenis bentuk sastera berbentuk puisi yang digubah mengikut suit muzik tertentu dan bersemarak pada zaman Yuan. Pelbagai tema dihasilkan dan terkandung dalam karya-karya drama. Terdapat penulis-penulis yang menghasilkan karya dan menggunakan karya mereka sebagai saluran untuk mengeluarkan perasaan tidak puas hati atau sebagai alat kritikan. Dengan ini zaju bukan sahaja memberi hiburan tetapi juga berperanan sebagai pengkritik sosial yang berjaya mendapat konsensus dan simpati penonton. Sebagai contoh, drama Dou'er yuan (Ketidakadilan Dou'er) karya Guan Hanqing, mengkritik kelemahan pegawai Mongol yang menerima rasuah sehingga mengakibatkan seorang suri rumah dihukum mati tanpa melakukan apa-apa kesalahan. Zaju banyak menyokong nilai-nilai Cina tradisional khasnya nilai seperti zhong (kesetiaan), xiao (penghormatan terhadap ibu bapa), jie (kesucian seseorang wanita) dan yi (keadilan).
3. SAINS DAN TEKNOLOGI CINA. BIDANG ASTRONOMI Di zaman awal pemerintahan dinasti Zhou (kurun ke-11 sehingga ke-3SM), orang Cina telah mampu menyediakan katalog bintang, mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet. Sumbangan terbesar ahli astronomi Cina ialah penghasilan peralatan astronomi dan penyelenggaraan rekod astronomi yang sempurna, tepat dan berterusan sepanjang lebih daripada 2,000 tahun. Sistem kalendar Cina juga adalah salah satu sistem yang paling awal, maju dan tepat berbanding dengan sistem lain di dunia ini. BIDANG MATEMATIK Orang Cina juga banyak mencapai kemajuan dalam bidang matematik. Penggunaan sempoa (abacus) disebut buat pertama kali pada kurun ke-2 dalam karya ahli matematik Xu Yue, walaupun alat itu tidak digunakan secara meluas sehingga masa yang lebih lewat. Kebanyakan matematik Cina terkandung dalam karya agong jiuzhang suanshu (Sembilan Bab Matematik) oleh Zhang Cang (kurun ke-2SM). Di dalam buku ini terdapat misalnya catatan mengenai kuantiti negatif. Ahli matematik Cina juga mengenai pasti nilai pi, sistem pecahan dan sistem perpuluhan. Kesemua kemajuan dalam bidang matematik ini kekal digunakan sehingga masa kini. BIDANG PERUBATAN 1. Akupuntur Akupuntur dan moxihustion sangat penting dalam perubatan Cina tradisional. Berdasarkan teori jing dan luo, akupuntur melibatkan perbuatan memasukkan atau mencucuk jarum logam yang telah disteril, yang panjangnya antara 3 sehingga 24 cm ke dalam kulit dan tisu di bawah kulit. Cara perubatan ini adalah bagus untuk melegakan sakit pada setiap persendian, sakit belakang, salah urat, angin Ahmar, kekejangan, athsma, darah tinggi dan sakit kepala, sinusitis dan lain-lain lagi. 2. Aurikuloterapi Merupakan terapi telinga ataupun akupuntur di telinga tanpa jarum. Banyak penyakit yang boleh dirawat dengan kaedah ini antaranya ialah dapat mengendalikan makan yang berlebihan untuk penuruna berat badan, mengatasi kebiasaas merokok yang sulit dihentikan, meringkan sakit punggung yang mengganggu serta terasa lebih tenang dan tidur lebih nyeyak. 3. Terapi makanan Cina Contoh terapi makanan Cina ialah Angco. Angco bersifat hangat dan rasanya manis. Khasiatnya ialah meningkatkan fungsi limpa dan perut, menggantikan chi, meningkatkan produksi cairan tubuh, meningkatkan imunitas, menurunkan kolesterol darah dan lain-lain lagi. Selain itu, kulit jeruk juga merupakan terapi makanan Cina. Sifat kulit jeruk ialah hangat dan rasanya sepat dan pahit. Khasiatnya ialah dapat meningkatkan aliran chi dan eliminasi dahak. Digunakan untuk mengubati batuk produktif disertai dada sesak. 4. Perubatan Herba Cina Perubatan herba Cina boleh digunakan dalaman dan luar serta tiada kesan sampingan. Perubatan herba Cina menggunakan masa yang lebih panjang untuk merawat penyakit tetapi berpotensi kerana herba cina boleh menyembuhkan kesihatan. 5. Bekam Cina Selain itu, bekam Cina atau bekam angina dilakukan di bahagian dada dan badan. Khasiatnya dapat mengeluarkan angina dari badan, menyegarkan badan, melonggarkan urat saraf yang bersimpul, menghilangkan kelesuan dan merawat penyakit lelah.
REFLEKSI TAMADUN CHINA 2 Pembinanan masjid-masjid di seluruh wilayah-wilayah di China membuktikan bahawa ajaran Islam diterima oleh sebahagian masyarakat Islam-Cina sebagai agama yang suci. Penyebaran Islam ke China mengambil masa amat panjang iaitu antara 700-800 tahun. Keadaan pengembangan Islam amat stabil walaupun tempoh penyebaran mengambil masa sampai beratus-ratus tahun. Kedatangan Islam yang pertama ke China dibawa oleh rombongan yang dikirimkan oleh Khalifah Uthman pada 651 Masihi iaitu 20 tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Kedatangan Islam ke China diketuai oleh Sa’ad bin Abi Waqas iaitu bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w. Agama Islam diterima dengan baik oleh Maharaja Young Mei dan beliau memerintah buruhnya membina masjid yang pertama di China. Masjid pertama dibina di Canton. Zaman Dinasti Tang merupakan zaman keemasan China dengan budaya Kosmopolitan yang membantu memperkenalkan agama Islam. Saudagar Arab dan Parsi merupakan orang Arab Islam yang pertama bermastautin di China. Pada zaman Dinasti Shang, agama Islam terus berkembang di China khususnya di kota dan pelabuhan-pelabuhan utama di selatan China. Masjid Shijing Masjid ini merupakan masjid yang tertua di Guangzhou yang dibina pada 1009 Masihi oleh masyarakat Arab Islam yang bermastautin di Guangzhou. Masjid ini masih digunakan oleh masyarakat Cina Islam. Masjid ini merupakan tempat beribadat bagi masyarakat Islam yang bermastautin di Guangzhou. Masjid Shijing juga pernah dikunjungi oleh pedagang-pedagang dari Brunei atau utusan-utusan dari Brunei yang beragama Islam. Antara kesan peninggalan yang masih kekal di Masjid Shijing ialah telaga yang merupakan tempat mengambil wuduk tetapi sekarang tidak digunakan lagi. Di persekitaran Masjid Shijing terdapat perkuburan orang-orang Islam terutamanya orang-orang Arab dan Parsi. Masjid Tzian He Masjid ini dibina pada 1275 Masihi semasa zaman Dinasti Yuan. Masjid ini merupakan salah sebuah daripada empat masjid yang terkenal di China. Masjid ini telah dibina oleh Muhaddin iaitu salah seorang waris keturunan Nabi Muhammad s.a.w dari generasi yang ke-16. Ramai masyarakat Cina Islam menunaikan solat Jumaat di masjid ini. Makam Muhaddin mula dibina pada zaman Dinasti Chuo dan seterusnya diperbesarkan dan dibaikipulih pada zaman Dinasti Ming dan Qing. Makam yang berusia kira-kira 700 tahun ini mempunyai keluasan 666.7 meter per segi. Latar belakang Muhaddin ialah beliau merupakan wali tertinggi oleh masyarakt Tzian He. Makamnya terletak di timur Kota Yangzhou dan ditebing terusan utama atau dipanggil Great Canal. Semasa hayatnya, dia menyebarkan ajaran Islam di kota Tzian He dan telah mengislamkan puluhan ribu penduduk tempatan. Masjid Burung Merak /Phoenix Masjid ini terletak di bandaraya Hang Zhao dan dibina pada zaman Dinasti Tang. Masjid ini dibaikpulih dan diubahsuai sehingga zaman Dinasti Yuan pada tahun 1281. Seorang mubaligh Islam dari Iran telah datang untuk menderma kepada kos pembaikpulih masjid ini. Pada tahun 1070, Maharaja Shien Zhou telah menjemput 5300 orang Islam dari Bukhara untuk menetap di ibu negeri. Ianya diketuai oleh Putera Amir Said yang dikenali sebagai Bapa Komuniti Islam di China. Ciri-ciri Masjid Phoenix ialah terdapat ayat-ayat Al- quran di dinding dan seni binanya kebanyakkan mengikut seni bina Arab. Kubah masjid berbentuk burung merak atau phoenix. Bangsa Arab, Parsi dan generasi Islam yang lahir hasil perkahwinan dengan wanita-wanita Han tempatan memainkan peranan industri import dan eksport di kota-kota pelabuhan utama China. Era Keemasan Islam di China Kegemilangan agama Islam pada era Laksamana Tzian He membuatkan dia dikenali sebagai era keemasan dalam sejarah Islam di China. Pusat-pusat Islam berkembang di China seperti Nyanjing. Banyak masjid dibina seperti Masjid Tzien Zu yang dibina semasa pemerinthan Tzien Zu. Masjid Tzien Zu Masjid ini terletak di jalan Shan Shan yang dibina pada abad ke-14 Masihi oleh Maharaja Zu Yuan Cham khusus untuk orang–orang Islam yang tinggal di ibu kota itu sejak zaman Dinasti Chou dan Yuan. Masjid ini menjadi tumpuan orang Islam dan dipercayai juga digunakan oleh pembesar-pembesar dari luar negara yang berkunjung ke ibu kota ini. Bandar Sanya Sanya merupakan bandar selatan di daerah Hainan, menjadi bandar kedua terkenal selepas Haiku. Penduduknya seramai 530 ribu orang dan merupakan pusat bandar bagi masyarakat Islam. Masyarakat Islam daripada bangsa Hui berjumlah seramai 10 ribu orang. Terdapat dua perkampungan Islam iaitu Hui Gui dan Hui Zing. Menurut imam masjid East Mosque atau Masjid Timur di Kampung Hui Gui, bernama Osman yang berumur 86 tahun dan anak lelakinya Kasim yang berumur 52 tahun menerangkan kedatangan Islam. Agama Islam di Sanya dibawa oleh orang Vietnam sejak 200-300 tahun yang lalu menerusi jalan laut secara perdagangan dan penghijrahan. Terdapat seramai 400-500 orang masyarakat Islam di Sanya yang telah mengerjakan haji di Mekkah dan seramai kira-kira 40 orang masyarakat ini menunaikan haji setiap tahun.Menurut Haji Zakaria, ajaran Islam di Sanya telah wujud sejak beratus tahun yang lalu dibawa oleh orang-orang Champa-Vietnam melalui jalan laut menerusi Guangzhou dan tersebar di Sanya. Kedudukan yang strategik memudahkan ajaran Islam disebar ke kota ini. Masjid Timur Masjid ini terletak di Kampung Hui Gui dan Hui Zien dan merupakan masjid yang terkenal di Sanya. Masjid ini merupakan tempat perkumpulan orang-orang Islam untuk berinteraksi di antara mereka, tempat belajar ilmu-ilmu agama seperti mengaji dan sebagainya. Di luar masjid Timur, terdapat kelas untuk berlajar ilmu-ilmu agama. Tenaga-tenaga pengajar yang mengajar di sini adalah secara sukarela. Berhampiran masjid ini ialah Sekolah Hui Gui Toi. Sekolah ini mempunyai seramai 450 orang penuntut iaitu kira-kira 70% daripadanya terdiri daripada orang-orang Islam Sanya dan 30% bangsa lain.
Teori kedatangan Islam ke China Apabila agama Islam berkembang di Mekkah, pedagang Islam terus berdagang Islam terus berdagang dan berdakwah di Asia Tenggara. Menurut pendapat pakar sejarah, Islam datang dari Arab melalui pedagang. Canton pernah menjadi pusat perniagaan pedagang Arab hingga pedagang Cina memeluk Islam. Pedagang Cina-Islam ini kemudiannya berdagang di Asia Tenggara di samping menyebarkan Islam. Pedagang Arab ini tinggal beberapa bulan di Asia Tenggara dan ada yang menetap serta membina perkampungan Arab. Ada juga pedagang Arab yang berkahwin dengan wanita-wanita tempatan dan menyebarkan Islam. Semasa menunggu angin mohsun pula, pedagang mengembangkan ajaran Islam. Penduduk tempatan juga terpikat dengan kejujuran, sifat pembersih para pedagang Arab.
|
|
|
Post by daslianah on Dec 20, 2015 16:41:06 GMT
Daslianah binti Daslam 2015428382 DS240 Group A
Refleksi 1
Antara pencapaian tamadun China ialah dalam bidang musik. Musik klasik merupakan antara yabg paling lama dan paling berkembang. Kategori music ialah Dizi (meniup), MuYU (Genderang), Pipa (Matematik) dan Erhu (Menggesek).Selain itu, terdapat juga fiksyen atau dalam bahasa China iaitu Xiaoshuo (percakapan sia-sia) yang ditulis dalam bahasa vernakular. Seni lukis seperti kaligrafi, puisi, lukisan dan potret. Contoh seni bina yang terdapat pada Tamadun China ialah Tembok Besar China sebagai kubu pertahanan untuk melidungi daripada serangan Mongol. Kepercayaan Fengshui di maman penting untuk memetapkan lokasi dan susunan rumah atau kubur. Dalam bidang sains dan teknologi, kemajuan dapat dilihat melalui teknologi kejuruteraan hidraulik untuk mengawal banjir di Sungai Kuning. Pada zaman Dinasti Zhou, orang Cina menyediakan katalog bintang, mencatat rekod repat tentang gerhana dan gomet manakala dalam bidang matematik, perkembangannya melalui penggunaan sempoa. Bidang perubatan yag terdapat dalam Tamadun China ialah akuapuntur, aurikuloterapi, terapi makanan Cina, perubatan herba Cina dan bekam Cina. Terdapat empat ciptaan agung pada Tamadun China iaitu kertas, cetakan, kompas dan serbuk letupan.
Antara perbezaan yang terdapat pada Tamadun China, India dan Islam adalah dalam pencapaian dalam bidang seni bina. Seni bina pada tamadun China banyak tertumpu kepada lebih pembinaan tembok seperti Tembok besar China sebagai kubu pertahahan dan yang menjadi lambang bagi sesebuah bandar. Manakala tamadun Islam dan India seni bina lebih tertumpu binaan yang berbentuk dan tempat untuk beribadah keagamaan tempat ibadat iaitu masjid dan kuil.
Refleksi 2
Pada zaman Dinasti Tang,Saidina Uthman bin Affan menghantar Said bin Abi Waqas untuk menghadap dan menyampaikan dakwah kepada Maharaja China dan disambut baik oleh Maharaja Yung Wei. Hasil lawatan terbinanya masjid Canton. Pedagangan juga antara faktor pengebaran Islam ialah perdagangan antara pedagang Arab dan padagang Cina. Islam berkembang melalui jalan laut dan jalan darat. Jalan laut bermula dari Teluk Parsi dan bahagian selatan Semenanjung Tanah Arab hingga ke Lautan Hindi dan seterusnya ke bandar-bandar tenggara China seperti Canton.Jalan darat yang dikenali sebagai Silk Road ( Jalan Sutera) bermula dari Timur Mediterranean hingga ke Asia Tengah, Bukhara dan Samarkand sebelum masuk ke barat laut China dan berakhir di pasar Changan (Xi’an) dan Pe Perkahwinan campur seperti pedagang Arab berkahwin dengan wanita- wanita Han dan pengekalan budaya.
Zaman kegemilangan Islam di China ialah terbentuknya beberapa buah kerajaan China yang mengamalkan dasar toleransi beragama iaitu Dinasti Yuan dan Dinasti Ming. Pembinaan masjid di Nanking sahaja terdapat 36 buah masjid. Masjid telah dijadikan sebagai pusat ibadat,pusat kegiatan ilmu dan pertemuan untuk kegiatan kemasyarakatan orang islam. Kesannya kegiatan dakwah telah berkembang dengan pesat Selain itu, Islam juga memberi sumbangan besar kepada Tamadun China dalam bidang sains dan astronomi, politik dan gaya hidup masyarakat. Sumbangan Islam di China dapat dilihat dari segi pembinaan masjid yang pelbagai rupa serta seni ukir yang terdapat di Masjid banyak menggunakan ayat-ayat al-Quran serta corak-corak flora.
|
|
|
Post by nusrazakaria on Dec 20, 2015 17:01:32 GMT
NUSRA BINTI ZAKARIA 2015441528 DS240B(KUMPULAN B)
PENCAPAIAN TAMADUN CHINA
1.Muzik klasik yang paling lama dan paling berkembang 2.seni halus lukis 3.seni bina yang berharmoni dengan alam semesta 4.kepercayaan Fengshui (lokasi dan susunan sesebuah rumah atau kubur selalunya ditetapkan oleh panduan teori Fengshui). 5.pembinaan Tembok Besar China ( 7 keajaiban dunia ) 6. Kaligrafi yang tertua dan unik ( Cap , Resmi , Balok, Kursif ) 7.kesusasteraan ( Shijing –terkandung nyanyian kuil , istana dan rakyat) 8. Teknologi kejuruteraan hidraulik yang Berjaya mengawal banjir di Sungai Kuning. 9.Bidang Astronomi- mampu menyediakan katalog bintang, mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet. 10.Penggunaan sempoa( abacus) dalam bidang matematik 11. Perubatan ( Ying dan Yang ) – akupuntur, aurikuloterapi , terapi makanan cina, perubatan herba cina dan bekam Cina. 12.Ciptaan – kompas , ketas , cetakan dan serbuk letupan.
PERBANDINGAN DENGAN TAMADUN ISLAM DAN INDIA.
Perbezaan tamadun Islam dan India ialah tamadun Islam mementingkan akhlak dan nilai menghormati antara satu sama lain. Selain itu, sistem hidup sama rata (tiada jurang perbezaan taraf antara orang bawahan dan atasan) dan berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah telah menjamin keamanan dan keharmonian Islam. Manakala, untuk Tamadun India, mereka hidup dalam sistem kasta di mana seorang Brahman berada pada kedudukan paling tinggi dan Sudra sebagai hamba. Tambahan, sistem ini diwarisi oleh nenek moyang dan digunakan untuk memastikan keamanan sesebuah komuniti.
KEDATANGAN ISLAM DAN PENGARUH DI CHINA
Islam datang ke China melalui rombongan (dihantar oleh Khalifah Uthman) dan diketuai oleh Saad bin Abdul Watas (bapa saudara Rasulullah S.A.W sebelah ibu).Beliau mnghadap Maharaja Yung Wei dan disambut baik olehnya.Kemudian ,pembinaan masjid di Canton meningkatkan lagi penyebaran Islam kerana adanya pusat untuk menimba ilmu dan pusat ibadah. Islam juga tersebar melalui perdagangan antara pedagang Arab dan Cina yang singgah sebentar di Tanah Melayu sempena menunggu peralihan angina monsun. Seterusnya pengislaman lebih mudah melalui perkahwinan antara pedagang Arab dan org tempatan.Islam berkembang melalui jalan laut (Teluk Parsi dan bahagian selatan Tanah Arab hingga Lautan Hindi dan ke bandar (Canton) Jalan darat(Jalan Sutera) bermula dari Timur Mediterranean hingga ke Asia Tengah, Bukhara dan Samarkand sebelum masuk ke barat laut China dan berakhir di pasar Changan dan Peking.
ZAMAN KEGEMILANGAN ISLAM DI CHINA
Kegemilangan Islam di China berlaku apabila terbentuknya beberapa buah kerajaan yang mengamalkan dasar toleransi beragama iaitu Dinasti Yuan dan Dinasti Ming .Tokoh astronomi bernama Ma Cha –ye-he dan Laksamana Cheng Ho ( Muhammad Ma HO atau Zheng He ) zaman Dinasti Ming. Terdapat juga, seni pembinaan masjid yang pelbagai rupa. Akhir sekali, seni ukir yang terdapat di Masjid pula banyak menggunakan ayat-ayat al-Quran serta corak-corak flora. . Kerajaan Islam telah memberikan sumbangan besar kepada perkembangan Islam dan tamadunnya di China dalam bidang sains dan astronomi apabila Teha Ma-Lou-Tin (Jamaluddin) berjaya mencipta takwim Wan Nien Li yang digunakan sebagai takwim rasmi kerajaan Yuan.
SUMBANGAN ISLAM TERHADAP PERADABAN TAMADUN CHINA
Islam banyak menerapkan nilai yang baik kepada Tamadun China , antaranya menghormati orang yang lebih tua dan sebagainya . Dengan kedatangan Islam , banyak masjid telah didirikan sebaga tempat untuk beribadah dan menimba ilmu.
|
|
|
Post by arisya on Dec 20, 2015 18:36:15 GMT
SITI ARISYA BINTI NAZLI
2015418694
GROUP B DS240
Refleksi 1
Pencapaian tamadun China:
1. Muzik klasik
• Meniup (Dizi)
• Gendering (MuYu)
• Memetik (PiPa)
• Menggesek (ErHu)
2. Fiksyen (Sanguo Yanyi)
3. Seni lukis
4. Puisi
• Shi Jing merupakan puisi terawal.
5. Kaligrafi
• Gaya cap
• Gaya Resmi
• Gaya Balok
• Gaya Kursif
6. Seni bina
• Binaan harmoni dengan alam semesta.
• Kepercayaan fengshui
• Tembok Besar China
7. Prosa
• Prosa bersifat puisi
• Prosa berima
• Rapsodi
• Puisi bersifat prosa
• Prosa selari
• Bagu Wenzhang
• Prosa klasik
• Prosa vernacular
8. Drama- Zaju
Sains dan teknologi
1. Bidang Astronomi
• Pada zaman Dinasti Chou, menyediakan katalog bintang, mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet.
2. Bidang Matematik
• Penggunaan sempoa
3. Bidang perubatan
• Teori kosmik dualistic, yin dan yang dan 5 elemen.
• Akupunktur, aurikuloterapi, terapi makanan Cina, perubatan herba cina dan bekam Cina.
4. Astronomi Cina
5. 4 ciptaan agung
• Ketas
• Cetakan
• Kompas
• Serbuk letupan
Perbezaan pencapaian tamadun Islam dan China adalah, pencapaian tamadun Islam adalah seimbang dari segi materialistic dan kerohanian berbanding tamadun China yang tidak mementingkan aspek kerohanian.
Refleksi 2
Islam datang ke China melalui rombongan yang dihantar oleh Uthman bin Affan pada tahun 651M. Maharaja China menerima dengan baik agama Islam dan memerintah pembinaan masjid pertama di Canton. Islam juga tersebar ke China melalui perdagangan antara orang Arab dan Cina. Perkahwinan campur juga merupakan salah satu faktor penyebaran Islam di China.
Zaman kegemilangan Islam di China adalah sewaktu zaman pemerintahan Dinasti Yuan dan Dinasti Ming yang mengamalkan dasar toleransi beragama. Pusat Islam berkembang di China dan banyak masjid di bina. Pengaruh Islam di China yang paling jelas adalah dalam seni bina masjid yang menerapkan corak-corak flora dan geometri serta ayat-ayat al-Quran.
|
|
|
Post by sarahhusna on Dec 20, 2015 19:24:19 GMT
SARAH HUSNA BINTI KHAIRULZAN 2015428468 DS240 (Group A)
Refleksi 1 Bincangkan pencapaian yang diperolehi dalam Tamadun China.
Pencapaian yang dikecapi oleh Tamadun China ialah;
A. Kesenian 1. Musik Klasik Merupakan antara system musik yang paling lama dan berkembang. Pada awalnya, ia melibatkan kegiatan di istana kemudian perayan rakyat dan peristiwa yang berkaitan dengan agama. Ia boleh diklasifikasikan kepada beberapa kategori; DiZi, MuYu, PiPa, ErHu. Tokoh seperti Konfusis mempunyai minat yang mendalam terhadap music sehingga menimbulkan teori yang khusus terhadap musik. 2. Fiksyen Cerita fiksyen tidak diberi taraf sastera oleh golongan terpelajar tradisional (yang dianggap bernilai dan dipandang tinggi stail klasik) kerana ceritanya ditulis dalam bahasa vernakular 3. Seni Lukis Lukisan mempunya hubungan yang rapat dengan kaligrafi dan puisi dan lukisan cina merupakan kombinasi. Lukisan cina biasanya dilukis dengan menggunakan dakwat monokrom. Konsep seni halus ini wujud sebagai hasil kegemaran waktu lapang bagi golongan atasan yang berpendidikan selepas DInasti Han. Terdapat perbezaan antara kukisan cina dan lukisan barat, iaitu; lukisan cina ada terhad dan tidak dianggap menyeluruh dan orang cina tidak menerima lukisan yang hanya cantik tetapi tidak memberikan moral dari segi keimanan dan akhlak. Lukisan cina juga biasanya terdiri daripada objek yang bernyawa 4. Seni Bina Ciri utama binaan cina adalah binaan yang harmoni dengan alam semesta. Mereka mempunyai kepercayaan kepada fengshui iaitu lokasi dan susuan sesebuah rumah atau kubur selalunya ditetapkan dengan panduan teori ini. Mereka juga terkenal dengan pembinaan Tembok Besr yang dibina pada waktu Dinasti Chin sehingga ia dikategorikan sebagai satu daripada 7 kejaiban dunia. Dinast Chou juga telah membina tembok tembok panjang bagi mempertahankan negeri china daripada serangan puak Mongol. Tembok besar China bukan sahaja untuk mengelilingi kota malah memagari kuil dan rumah rumah kediaman. Mereka juga mempunyai pencapaian membina batu bata kerana tembok besar dibina daripada tembok batu serta di Bandar Bandar purba china, batu dibina dengan rekaan yg mempunyai tembok batu manakali dibandar lain tembok dibina dengan tanah liat dan batu bata. Setiap tembok mesti mempunyai pintu gerbang dan dikelilingi oleh parit besar dan menara. 5. Kaligrafi Budaya kaligrafi masih diamalkan sehingga sekarang dan mereka mempunya gaya yang unik. Terdapat emapat gaya yang sering ditemui iaitu; Gaya Cap, Gaya Resmi, Gaya Balok, Gaya Kursif. 6. Puisi 7. Prosa Mempunyai fungi social dan politik. Satu daripada tujuan penulisan prosa adalah untuk menyampaikan Dao atau menunjukkan jalan dan cara dari segi moral dan etika. 8. Drama Drama cina yang paling menarik ialah Zaju, yang digubah mengikut suit music. Kebiasaannya, penulis menghasilkan karya dengan menggunakan drama sebagai saluran mengeluarkan perasaan tidak puas hati dan berperanan sebagai pengkritik social yang berjaya mendapatkan concern dan simpati penonton.
B. Sains dan Teknologi Cina Hasil arkelogi telah menunjukkan saisn dan teknologi cina terutamanya dengan kejuruteraan hidraulik yang mengawal banjir Sungai Kuning. Ini membuktikan sumbangan cina dalam aspek kejuruteraan.
1. Bidang Astronomi Katalog binatang yang mecatat rekod tepat tentang gerhana dan komet. 2. Bidang Matematik Pengunaan sempoa 3. Bidang Perubatan Anatara perubatan cina ialah akupuntur, aurikuloterapi, terapi makanan cina, perubatan herba cina dan bekam cina.
Banding bezakan dengan pencapain yang dikecapi oleh Tamadun Islam dan Tamadun India.
Antara perkara yang ketara perbezaanya diantara tamadun cina denga ntamadun islam dan india ialah seni binaannya terutamanya pada banguna istana, tempat ibadah dan taman taman maharaja. Pembinaan mereka juga bergantung kepada teori Fengshui serta warna merah merupakan satu kebiasaan bagi banguna utama kerana melambangkan keberanian dan kesejahteraan pemiliknya. Striktur dan bumbungnya juga unik.
Refleksi 2 Huraikan tentang kedatangan Islam dan pengaruhnya di China. Perihalkan zaman kegemilangan di China dan sumbangannya terhadap peradaban tamadun China.
Agama Islam telah berkembang ke China dengan dua jalan, iaitu jalan laut dan jalan darat. Melalui jalan laut bermula dari Teluk Parsi dan bahagian selatan Semenanjung Tanah Arab hingga ke Lautan Hindi dan seterusnya ke bandar-bandar tenggara China seperti Canton. Manakala jalan darat yang dikenali sebagai Silk Road ( Jalan Sutera) bermula dari Timur Mediterranean hingga ke Asia Tengah, Bukhara dan Samarkand sebelum masuk ke barat laut China dan berakhir di pasar Changan (Xi’an) dan Peking. Sumbangan terhadap peradaban tamadun China ialah pembinaan masjid. Setiap perkampungan Islam telah didirikan sebuah masjid. Masjid dijadikan pusat ibadat, pusat kegiatan ilmu dan dan pertemuan untuk kegiatan kemasyarakatan orang islam. Kesannya kegiatan dakwah telah berkembang dengan pesat. Apabila Islam menjadi kuat dan berpengaruh akhirnya terbentuk beberapa buah kerajaan di China yang mengamalkan dasar toleransi beragama seperti DinastiYuan dan Dinasti Ming. Ramai ilmuan Islam dibawa masuk untuk berkhidmat sebagai pentadbir, pakar kewangan, arkitek, ahli sains dan matematik, ahli kaji bintang dan sasterawan.
|
|
|
Post by haleesahairi on Dec 21, 2015 10:29:01 GMT
Nur Haleesa binti Mohd Hairi 2015403186 Group B
REFLEKSI TAMADUN CHINA 1
Pencapaian tamadun china sangat menjadi tumpuan dunia yang mana China menjadi antara salah satu tamadun yang memberi impak dan contoh terbaik buat tamadun-tamadun yang lain. Pencapaian yang pertama, kesenian. Sebagai contoh muzik klasik yang lazimnya digunakan untuk kegiatan istana mahupun perayaan. Antara contoh lain yang dominan ialah, kaligrafi, seni lukis dan puisi. Pencapaian yang seterusnya ialah kemahiran seni bina iaitu Tembok Besar yang merupakan salah satu daripada 7 keajaban dunia. Selain itu, kesusasteraan juga mrupakan pencapaian Tamadun Cina. Kesusasteraan meliputi puisi yang penuh dengan pelbagai idea dan teknik yang memberi inspirasi buat penulis dan penyajak generasi kemudian. Prosa juga diketengahkan sebagai penulisan yang menunjukkan jalan dari segi moral dan etika.
Jika dibandingkan dengan pencapaian Tamadun Islam dan Tamadun India, ketiga-tiga tamadun mencapai kegemilangan dengan cara dan kelebihan tersendiri. Tamadun Islam dominan dengan pencapaiannya dari segi pentadbiran dan sistem pemerintahan yang telus dan adil, manakala Tamadun India pula dominan dengan pencapaian tamdunnya dari segi pembinaan bandar terancang yang sangat sistematik. REFLEKSI TAMADUN CHINA 2
Antara kesan kedatangan Islam dan pengaruhnya di China ialah pembinaan masjid yang banyak didirikan terutamanya di kota Cordova . Terdapat juga kewujudan telaga lama di tepi masjid yang digunakan untuk mengambil wuduk. selain itu, adanya kubur-kubur orang Islam, pendakwah Islam dan pembesar asing yang meninggal di China. Terdapat juga Praying Temple(masjid zhiang Hi) dibina oleh salah seorang waris Nabi Muhammad. Kesan kedatangan pedagang arab di China juga menyebabkan wujudnya perkampungan orang-orang Islam yang kemudiannya mengukuhkan lagi penapakan Islam di China. Pengaruh Islam di China juga dapat dijelaskan dengan dinding-dinding masjid yang dihiasi dengan ayat-ayat Al-Quran yang indah. Zaman kegemilangan Islam di China
Islam sangat gemilang dan membangun pada zaman pemerintahan Maharaja Yong Wei. Beliau sangat menerima baik kedatangan Islam dan memerintah pembinaan masjid pertama yang dibina. Zaman Dinasti Tang juga banyak membantu perkembangan agama Islam di China. Masjid zhing Ji menjadi lambang kedatangan Islam di mana ianya masih bertapak hingga ke hari ini. Islam semakin berkembang di kota dan pelab, Sistem perkahwinan antara orang Islam dan penduduk tempatan juga menyebabkan agama Islam semakin berkembang dan bertitik tolak darpada hal ini dapat melahirkan suatu bentuk integrasi baru antara budaya Islam dan budaya China. Antara sumbangan Islam terhadap peradaban Tamadun China ialah pembinaan masjid di Guanzhou, penempatan masyarakat Islam di Xian, bidang perubatan dan juga takwim Islam.
|
|
fatin
New Member
Posts: 8
|
Post by fatin on Dec 21, 2015 10:48:02 GMT
Nur Fatin Faqhira binti Jalani 2015418678 DS240 Group A
REFLEKSI 1
Pencapaian Tamadun China
KESUSASTERAAN
Puisi : Shi Jing(sastera realisme di utara) dan chuci (sastera romantik di selatan)Sungai Kuning merupakan pusat pertumbuhan peradaban di utara.Chang Jiang merupakan pusat pertumbuhan peradaban di selatan.Dinasti Tang merupakan zaman keemasan puisi.Dinasti Song merupakan zaman keemasan lirik(Ci)
Prosa : Fu merupakan bentuk prosa bernada dinasti Han.
Drama : Dinasti Yuan merupakan zaman keemasan drama.Tokoh utama ialah Guan Hanqing dan Wang Shifu
Fiksyen : Dinasti Ming dan Qing merupakan zaman keemasan fiksyen.Contoh: Sanguo Yanyi, Honglou Meng, Shuihu Zhuan dan Xiyou Ji.
KESENIAN
Muzik klasik-muzik Cina mempunyai ciri-ciri tersendiriKaligrafi-melambangkan tahap pencapaian dan kehalusan peribadi seseorang.Seni lukis –bersifat simbolik dan mementingkan lukisan landskapSeni bina-bangunan mengambil kira kedudukan dan susun atur yangterbaik menurut kuasa alam.Contoh :Tembok Besar China
ASTRONOMI
-Pada zaman Dinasti Zhou, orang Cina mampu menyediakan katalog bintang, mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet.
- Sumbangan terbesar ahli astronomi Cina ialah penghasilan peralatan astronomi dan penyelenggaran rekod astronomi yang sempurna, tepat dan sempurna.
- Sistem kalendar Cina juga salah satu sistem yang paling awal, maju dan tepat.
MATEMATIK
- Penggunaan sempoa (abacus) disebut buat pertama kali pada kurun ke-2 dalam karya ahli matematik Xu Yue.
- Jiuzhang Suanshu (Sembilan Bab Matematik) oleh Zhang Cang, mencatat catatan mengenai kuantiti negatif.- Mengenal pasti nilai pi, sistem pecahan dan sistem perpuluhan.
PERUBATAN
- Bersifat kepurbaan dan bebas daripada pengaruh asing.- Rangka teori asas bagi perubatan Cina tradisional ialah teori kosmik dualistik, yin dan yang dan juga lima elemen.- Teori lima elemen menganggap badan manusia sebagai sebahagian daripada dunia fizikal ini dan organ dalaman seperti hati, jantung, limpa, paru-paru, dan ginjal.- Teonjing (saluran) dan Luo (kolateral), asas bagi rawatan terapeutik seprti akupuntur dan moxibustion (membakar daun moxa).- Akupuntur melibatkan perbuatan memasukkan atau mencucuk jarum logam yang telah disteril.- Buku-buku mengenai perubatan dan farmakologi Cina tradisional:-
• Huangdi Nejing (Klasik Perubatan Maharaja Kuning)
• Bencao Gangmu (Farmakopeia Agung), Li Shizhen (1518-1593)
OPTIK
- Memberi perhatian kepada penyongsangan (inversion) imej yang dihasilkan oleh kamera lubang jarum (pinhole camera)
- Begitu juga pelbagai imej dihasilkan oleh kanta cekung (concave-lense)
- Prinsip fokus
ALKIMIA
- Usaha ahli alkimia Cina mencari cara yang dapat membuat manusia hidup selama-selamanya telah menghasilkan sejenis "eliksir kehidupan"
- Mengandungi merkuri, plumbum dan arsenik.
- Walaupun tujuan utama adalah untuk mengkaji hasil yang dapat memanjangkan jangka usia manusia, uji kaji ahli alkimia Cina dalam mencampur bahan bertoksik dan beracun, telah menyebabkan ciptaan lain yang berguna.
Perbezaan pencapaian Tamadun Islam dan India
Dalam aspek agama, Islam percaya wujudnya satu kuasa pencipta. Bagi agama Hindu (tamadun India) pula, mereka percaya kepada pelbagai dewa seperti Brahman, Vishnu dan Siva.
REFLEKSI 2
Kedatangan Islam dan pengaruhnya di china
Kedatangan Islam ke China berlaku pada abad ke-7 Masihi dalam zaman Khalifah Uthman Ibn Affan di tanah Arab dan zaman Dinasti Tang di China. Alam Melayu pada abad itu masih dibawah pengaruh Hindu-Buddha, sebagaimana menurut catatan I Cing, pendeta Buddha China yang datang ke ibu kota Sriwijaya di Palembang dan bermukim selama enam bulan di situ pada abad tersebut.
Kedatangan Islam ke China melalui dua Jalan Sutera, iaitu Jalan Sutera Laut dan Jalan Sutera Darat. Jalan Sutera Laut dari Semenanjung Arab ke Guanzhou dan Guangzhou di tenggara China, sementara Jalan Sutera Darat pula dari Semenanjung Arab melalui Asia Tengah dan Xinjiang hingga ke Xi’an, ibu kota provinsi Shanxi.
Seorang daripada empat orang sahabat yang dihantar ke China melalui Jalan Sutera Laut ialah Saad Abi Waqas (tiba di Guangzhou dari Teluk Parsi pada tahun 627 Masihi. Selaras dengan Sunnah Nabi, beliau terus mendirikan masjid yang dikenal oleh orang China sebagai Masjid Huaisheng, iaitu masjid tertua di China. Makam Saad Abi Waqas dipercayai terdapat di Guangzhou, walaupun ada riwayat lain yang mengatakan beliau dimakamkan di bumi Arab.
Melalui Jalan Sutera Darat, Islam sampai di Xi’an dan sebuah masjid tua (Masjid Agung Xi’an) telah dibina pada tahun 742 M. dalam zaman pemerintahan Dinasti Tang. Kota Xi’an, ibu negeri Shanxi menjadi pangkalan Jalan Sutera Darat.
Orang Islam di China sering disebut orang Hui, kerana itulah etnik Islam yang terbesar, tetapi sebenarnya terdapat 10 kumpulan etnik. Orang Hui merupakan keturunan bangsa China yang mula-mula menerima risalah Islam dan perkahwinan campur antara pendakwah Islam dengan masyarakat setempat itulah yang kemudian digelar orang Hui. Selain orang Hui, orang Islam di China terdiri daripada kaum Uygur, Kazak, Kirgiz, Uzbek, Tatar, Tajik, Dongxiang, Sala dan Bao’an.
Dalam zaman Dinasti Ming (sekitar abad ke-15 M.), misi diplomatik dan perdagangan berlangsung dengan pesat. Hubungan China dengan negara-negara Islam di alam Melayu, India dan Arab amat akrab. Laksamana Zheng He (Cheng Ho) merupakan duta China beragama Islam yang mengetuai misi pelayaran rasmi kerajaan China ke bahagain lain dunia Islam. Di istana maharaja Dinasti Ming, ditubuhkan jabatan bahasa asing, dan bahasa Melayu diletakkan di bawah Jabatan Bahasa Islam, bersama-sama dengan bahasa Arab dan bahasa Turki.
Hubungan antara Dinasti Ming dengan Kesultanan Melaka sebagai kerajaan Islam amat akrab pada abad ke-15. Beberapa kunjungan antara kedua-dua pihak telah berlangsung. Tercatat juga dalam sumber China klasik bahawa Raja Brunei yang melawat ke China mangkat di kota Nanjing dan dimakamkan di situ.
ASTRONOMI
Pembinaan makmal kaji bintang (Dinasti Yuan).
Tokoh utama dalam ilmu astronomi Tcha-Ma-Lou-Tin (Jamaludin).
Beliau mencipta berbagai alat kaji bintang dan cuaca serta kalendar (takwim Wan-nien-li). Dijadikan takwim rasmi kerajaan mulai 1265 hingga 1281 masihi.
MATEMATIK
Pada zaman Dinasti Tang dan Sung, masyarakat Islam memperkenalkan kaedah pengiraan Arab (Xiyi Lishu), kaedah 60 darjah (Chiu Ji Li-Zaman Tang), algebra dan trigonometri.
PELAYARAN
Orang Islam membantu perkembangan pembinaan kapal dan menggerakkan usaha pelayaran.
Contoh: Cheng Ho mulakan pelayaran ke luar China.
Turut majukan bidang pelayaran terutama soal peralatan untuk berlayar seperti kepakaran astronomi, kompas dan kaedah ukuran air.
PERUBATAN
Kaedah dan bahan perubatan Arab dibawa masuk dan digabungkan dengan ilmu perubatan China.
Beberapa karya dihasilkan sebagai panduan.
Bahan perubatan dibawa masuk ke China pada zaman Dinasti Tang dan Dinasti Sung.
PEMBINAAN
Menggabungkan elemen tempatan dan senibina Islam bertujuan untuk penyesuaian keadaan di situ. Contoh: Masjid Niukie yang berusia 700 tahun dan Masjid Huaje Lane di Sian (Xian).
zaman kegemilangan Islam di China
DINASTI SUNG (960-1279M)
Dinasti yang berjaya menyatukan kerajaan kecil di China. Aktiviti perdagangan antara orang Arab dan Cina semakin meluas. Pedagang asing diberikan perlindungan oleh pemerintah, dibenarkan berkampung dan bebas berdagang. Ramai pedagang Islam datang dan ini meluaskan proses penyebaran Islam.
DINASTI YUAN (1127-1368M)
Didirikan oleh orang Monggol (diketuai oleh Genghis Khan) . Zaman Kublai Khan, kawasan selatan China pula tewas pada 1279M. Dinasti Yuan memerintah seluruh China sehingga 1368M. Ramai ilmuwan dari Asia Barat datang berkhidmat dengan kerajaan sebagai pentadbir, pakar kewangan, arkitek, ahli sains dan matematik (mendapat kedudukan tinggi) . Mempengaruhi penduduk tempatan untuk masuk Islam.
DINASTI MING (1368-1644M)
Dinasti Islam yang terbesar dan terkenal. Pentadbiran oleh orang Cina Islam. Merupakan kejayaan besar masyarakat Islam di China. Banyak masjid dibina. Ramai orang Islam dilantik oleh kerajaan. Ilmu sains Islam bergiat cergas.
DINASTI CHING (1644- 1912M)
Ditadbir oleh orang Manchu. Kedudukan orang Islam tergugat. Diskriminasi terhadap orang Islam, terutama yang bukan Cina. Berlaku reformasi yang dilakukan oleh orang Islam menyebabkan berjuta rakyat Islam terbunuh
|
|