sufi
New Member
Posts: 6
|
Post by sufi on Dec 21, 2015 10:53:55 GMT
WAN ANIS SUFIAH BINTI WAN MOHAMMAD NOOR
2015430204
DS240A
REFLEKSI 1
Seni Lukis
Kaligrafi - yang paling tua dan masih diamalkan sehingga masa ini
Lukisan potret dan landskap
Seni Ukir Cap
Kesusasteraan
Puisi - menjadi contoh dan memberi inspirasi kepada penyajak serta penulis generasi kemudian
Prosa - menyampaikan 'Dao' atau menunjukkan jalan dan cara dari segi moral dan etika
Drama - memberi hiburan dan mengkritik sosial yang berjaya mendapat konsensus dan simpati penonton
Sains dan Teknologi
Bidang Astronomi - mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet
Bidang Matematik - penggunaan sempoa (abacus)
Bidang Perubatan - teori kosmik dualistik, yin dan yang dan juga lima elemen
- Akupuntur, aurikuloterapi, terapi makanan Cina, perubatan herba cina, bekam cina
Ciptaan Agung
Kertas
Cetakan
Kompas
Serbuk Letupan
Perbezaan pencapaian yang dikecapi antara tamadun India dan Islam ialah:
Dari segi sistem hidup, sama rata dan berpandukan Al-Quean dan As-Sunnah merupakan cara hidup agama Islam. Manakala, untuk Tamadun India, mereka hidup dalam sistem kasta di mana seorang Brahman berada pada kedudukan paling tinggi dan Sudra sebagai hamba. Dari segi budaya, tamadun Islam ada konsep halal dan haram. Tamadun Islam membenarkan memakan apa saja selagi bukan makanan dan minuman yang haram seperti daging khinzir dan arak. Manakala tamadun India, penganut agama Hindu tidak dibenarkan untuk memakan daging lembu. Dalam aspek agama, Islam percaya wujudnya satu kuasa pencipta. Bagi agama Hindu (tamadun India) pula, mereka percaya kepada pelbagai dewa seperti Brahman, Vishnu dan Siva. Dari aspek pembinaan, tamdun Islam membina masjid manakala tamadun India membina kuil
REFLEKSI 2
Kedatangan Islam ke China:
Agama Islam telah datang ke Cina kira-kira 700-800 tahun melalui rombongan yang diketuai oleh Saad bin Abdul Watas dan dikirm oleh Khalifah Uthman pada 651M. Saad telah menghadap Maharaja Yung Wei dan bermulanya pembinaan masjid pertama di canton. Pada mulanya, penyebaran agama islam sedikit perlahan tetapi keadaan agama islam di situ sangat stabil. Pada zaman Dinasti Tang, agama islam telah diperkenalkan secara terbuka. Orang Hui merupakan keturunan bangsa China yang mula-mula menerima agama islam.
Zaman Kegemilangan Islam di China dan sumbangan terhadap peradaban tamadun China:
Zaman kegemilangan Islam di China berlaku semasa pemerintahan Dinasti Yuan dan Dinasti Ming yang mengamalkan dasar toleransi beragama. Pembinaan masjid di China telah menjadi semakin meningkat. Contohnya, Masjid Glassbridge adalah salah satu dari 4,000 masjid di China dan masih terdapat kaligrafiyang bertulisan arab Cina. Ada juga perkahwinan berlaku antara orang tempatan dengan pendagang. Islam mengajar penanutnya supaya berfikir rational.
|
|
|
Post by ameeraina on Dec 21, 2015 11:26:13 GMT
AMIRAH AINA BINTI AZAHARI 2015218646 DS240 GROUP B
REFLEKSI 1 Pencapaian yang diperolehi di tamadun China ialah dari segi sistem tulisan. Perkembangan sistem tulisan China menyebabkan negara Jepun dan Korea menjadikan tulisan China sebagai panduan mereka untuk membuat tulisan negara mereka sendiri. Dari segi ekonomi, tamadun China telah merintis kemajuan dalam aspek pertanian seperti aktiviti membajak, membaja, biji bernih dan pengairan. Pertanian berjaya menghasilkan pengeluaran padi, barli, sekoi dan banak lagi.Tamadun ini juga maju dalam bidang penghasilan kain sutera ang dieksport ke seluruh dunia. Karya-karya seni Cina telah memberikan gambaran tentang nilai-nilai estetika dan beberapa aspek kepercayaan masyarakat Cina. Contohnya fahaman Daoisme mempunyai pengaruh yang kuat terhadap bentuk-bentuk seni Cina terutama seni catan dan kaligrafi dan ini menentukan sifat-sifat yang dianggap penting dalam kesenian tersebut. Dari segi politik mereka mengamalkan konsep Konfusius yang mempercayai bahawa fungsi utama sesuatu kerajaan ialah untuk menghasilkan kebahagiaan dan kesejahteraan antara rakyat sesuatu negeri. Seramik dan tembikar juga merupakan seni Cina yang popular dan terkenal kerana kebanyakan tamadun merujuk tembikar sebagai “China”.
REFLEKSI 2 Kedatangan Islam ke tamadun China disebabkan oleh lawatan Saad bin Abi Waqqas ke China untuk menyampaikan dakwah kepada Maharaja China. Hasil lawatan tersebut, Maharaja China mengarahkan pembinaan masjid yang besar dan indah di bandar Canton(Guangzhou). Kerajaan Islam telah memberikan sumbangan besar kepada perkembangan Islam dan tamadunnya di China dalam bidang sains dan astronomi bilamana Teha Ma-Lou-Tin (Jamaluddin) berjaya mencipta takwim Wan Nien Li yang dugunakan sebagai takwim rasmi kerajaan Yuan. Begitu juga tokoh astronomi bernama Ma Cha –ye-he dan Laksamana Cheng Ho ( Muhammad Ma HO / Zheng He ) zaman Dinasti Ming .
|
|
nabila
Junior Member
Posts: 17
|
Post by nabila on Dec 21, 2015 13:00:46 GMT
NUR NABILA BINTI ABDUL WAHAB 2015477642 DS 240(A)
REFLEKSI 1
Tamadun China adalah tamadun yang pertama menghasilkan kertas . Penciptaan dan penggunaan kertas banyak membawa revolusi dalam bahan-bahan bertulis, membuka jalan untuk ciptaan teknologi percetakan dan perkembangan pendidikan, politik, perdagangan dan lain-lain pada abad-abad seterusnya.Selain itu, percetakan, yang dikenali sebagai "ibu kepada tamadun" adalah satu lagi penemuan yang mengagumkan daripada Tamadun China. Plat ukiran percetakan telah dibina berasaskan ukiran batu purba dan ukiran meterai. Bi Shen, pengukir percetakan telah mencipta Typografi. Teknik pendidikan seni cetak telah menjadi pemangkin pendidikan di biara Kristian. China merupakan asal kepada kewujudan alkimia. Buktinya, ciptaan serbuk letupan merupakan pencapaian yang paling ketara pada Zaman Pertengahan di China. Selepas abad ketiga belas, ubat bedil merebak secara beransur-ansur ke Saudi, dan kemudian ke Eropah. Ia merupakan dorongan besar kepada perkembangan sejarah Eropah. Menurut kesusasteraan bersejarah, dalam tempoh negeri yang berperang, orang Cina sudah tahu bahawa magnet semulajadi bolehdigunakan untuk menunjukkan arahan. Dalam buku "Perbincangan Rasional". Wang Chong dari dinasti Han Timur menjelaskan mengenai kompas: Ia diperbuat daripada magnet semulajadi yang digilap ke dalam bentuk sudu. Apabila diletakkan pada tempat yang rata,sudu mengendalikan berpaling ke titik di selatan secara automatik. Tamadun China juga telah menyumbang dalam bidang astonomi dan matematik. Sejak Cina purba percaya bahawa pergerakan yang dianggap bintang berkait rapat dengantakdir negara dan raja-raja, untuk beribu-ribu tahun mereka mencatatkan pergerakan mereka dengan perhatian yang besar. Orang-orang Cina purba telah mula memerhatikan gerhana matahari dan bulan, merakam masa dan saiz liputan, dan mencari sebab-sebab gerhana. Rekod gerhana terawal solar yang boleh disahkan muncul dalam inskripsi tulang sejak Dinasti Shang. Gan De dari Negeri Chu bersama-sama Shi Shen dari Negeri Wei telah menulis Buku Gan dan Shi Bintang, yang merekodkan dengan tepat kedudukan 120 bintang, menjadi bintang dunia carta terawal. Dari segi pendidikan, dalam Tamadun Islam, konsep Tauhid memainkan peranan penting dalam transformasi manusia manakala dalam ajaran Buddha dan Hindu, transformasi sifat dapat dicapai melalui proses mencari diri sendiri (self discovery). Selain itu, tamadun Islam mementingkan hubungan sesama agama (ukhuwah) dan hubungan sesama manusia (ummah). Tidak wujud sistem kelas dalam Islam dan mengamalkan konsep egalitarian, iaitu sama rata. Wanita mendapat tempat yang mulia kerana penting dalam pembentukan keluarga. Konsep pemilikan harta-Wanita berhak mencari serta mentadbir hartanya sendiri. Tidak menerima kewujudan kelas hamba dalam masyarakat. Semua manusia adalah sama kedudukannya. Manakala sistem kekeluargaan dalam komuniti Cina berasaskan kuasa lelaki atau bapa. Pemusatan kuasa kepada bapa atau lelaki amat kuat. Sistem kelas ditentukan oleh tahap pendidikan dan kemahiran. Sistem sosial dalam kalangan masyarakat India berasaskan kasta yang ketat. Penentuan kasta seseorang individu adalah diwarisi daripada nenek moyang. Konsep dharma diberikan penekanan penting dalam hubungan sesama anggota dalam sesebuah komuniti. Dharma menggariskan fungsi dan peraturan bagi menentukan apa yang harus dilakukan dalam masyarakat. Institusi keagamaan utama bagi tamadun Islam adalah masjid di mana ia menjadi tempat perhimpunan bagi umat Islam. Ia turut berfungsi sebagai tempat aktiviti kemasyarakatan, pusat pentadbiran Islam dan tempat mengajar. Tamadun China menggunakan gereja sebagai tempat untuk beribadat dan pusat kegiatan sosial. Para paderi menjadi guru untuk mengajar kanak-kanak setempat.Bagi tamadun India, kuil bukan sahaja tempat beribadat, tetapi pusat agama Hindu dan pendidikan bagi mengajar ilmu-ilmu keagamaan.
REFLEKSI 2
Terdapat empat versi yang berbeza mengenai kedatangan Islam ke China. Versi pertama, Islam dibawa China oleh Hamzah b Hamzah, anak Hamzah b Abi Talib.
Versi kedua mengatakan kedatangan Saad b. Abi Waqas bersama 15 orang mubaligh lain mengadap Maharaja Yung Wei pada zaman Dinasti Tang.
Versi ketiga ,menurut Ibrahim Ma, seorang sejarah tempatan melaporkan pendakwah Islam yang pertama datang ialah Saad b Lubayd yang tiba di Canton pada 630M.
Dan yang keempat, Islam tersebar melalui hubungan perdagangan Arab dengan China melalui perdagangan sejak abad ke 4M. Agama Islam telah berkembang ke China dengan dua jalan, iaitu jalan laut dan jalan darat. Melalui jalan laut bermula dari Teluk Parsi dan bahagian selatan Semenanjung Tanah Arab hingga ke Lautan Hindi dan seterusnya ke bandar-bandar tenggara China seperti Canton. Manakala jalan darat yang dikenali sebagai Silk Road ( Jalan Sutera) bermula dari Timur Mediterranean hingga ke Asia Tengah, Bukhara dan Samarkand sebelum masuk ke barat laut China dan berakhir di pasar Changan (Xi’an) dan Peking. Pada peringkat awal iaitu pada abad ke 7M, masyarakat Islam di China terdiri daripada para pendatang Arab dan Parsi. Tujuan asalnya ialah berdagang sambil menyebarkan Islam. Perluasan kuasa ke kawasan Asia Tengah seperti Samarkhand, Bukhara, di wilayah Sinkiang mempercepatkan penyebaran Islam ke China. Hubungan diplomatik juga dijalinkan di antara masyarakat muslim di Singkiang dengan Maharaja China. Setelah itu pendatang Arab dan Parsi telah berkahwin dengan wanita tempatan.Apabila berlaku proses assimilasi dengan masyarakat tempatan, ramai daripada mereka yang memeluk Islam. Justeru itu, penempatan orang Arab telah berkembang di kawasan selatan negeri China seperti Chuan Chow, Chang Chow, dan Kwang Chow(Canton). Manakala pada zaman Dinasti Sung telah dibenarkan membuat perkampungan sendiri. Pada zaman Dinasti Yuan ini juga telah terdapat beberapa orang ulama besar yang menetap di China seperti Fuqaha al-Muazzam Maulana Qawamuddin al-Sibti. Apabila Islam menjadi kuat dan berpengaruh akhirnya terbentuk beberapa buah kerajaan di China yang mengamalkan dasar toleransi beragama seperti Dinasti Yuan dan Dinasti Ming. Ramai ilmuan Islam dibawa masuk untuk berkhidmat sebagai pentadbir, pakar kewangan, arkitek, ahli sains dan matematik, ahli kaji bintang dan sasterawan. Sebagai contoh pada zaman Dinasti Yuan, dasar anti confucianisme diamalkan dan mengutamakan orang luar terutama orang Islam. Malahan, salah seorang pentadbir negeri terdiri daripada seorang Islam bernama Abdul Rahman yang menjawat jawatan Ketua Pemungut Cukai. Contoh lain ialah Syed Ajall yang dikenali orang China sebagai Say Dian Chih yang pernah dilantik sebagai Menteri Kewangan pada 1259M dan Gabnor Yunan. Antara pengaruh Islam di China, tulisan kaligrafi Cina di diukir di luar masjid. Selain itu, terdapat seni khat pada sebuah plat di Masjid Agung Xi'an iaitu masjid tertua di China dan Masjid Huaisheng, Canton. Antara sumbangan Islam di China adalah ialah bidang astronomi. Salah satunya adalah pembinaan makmal kaji bintang semasa Dinasti Yuan. Tokoh utama dalam ilmu astronomi Tcha-Ma-Lou-Tin atau dikenali sebagai Jamaludin. Beliau mencipta berbagai alat kaji bintang dan cuaca serta kalendar (takwim Wan-nien-li). Ianya dijadikan takwim rasmi kerajaan mulai 1265 hingga 1281 masihi. Dalam bidang Matematik, pada zaman Dinasti Tang dan Sung, masyarakat Islam memperkenalkan kaedah pengiraan Arab (Xiyi Lishu), kaedah 60 darjah (Chiu Ji Li-Zaman Tang), algebra dan trigonometri. Dari sudut pelayaran, orang Islam membantu perkembangan pembinaan kapal dan menggerakkan usaha pelayaran. Contohnya, Cheng Ho yang memulakan pelayaran ke luar China. Islam turut memajukan soal peralatan untuk berlayar seperti kepakaran astronomi, kompas dan kaedah ukuran air. Dalam bidang perubatan, kaedah dan bahan perubatan Arab dibawa masuk dan digabungkan dengan ilmu perubatan China. Beberapa karya turut dihasilkan sebagai panduan. Malahan, bahan perubatan dibawa masuk ke China pada zaman Dinasti Tang dan Dinasti Sung. Bagi bidang pembinaan, penggabungan elemen tempatan dan seni bina Islam dilakukan bertujuan untuk penyesuaian keadaan di situ. Contohnya, Masjid Niukie yang berusia 700 tahun dan Masjid Huaje Lane di Sian (Xian). Zaman kegemilangan Islam di negara China terbahagi kepada empat zaman iaitu: a) Zaman Tang berakhir 618-907M b) Zaman Sung dari 960-1271M c) Zaman Yuan 1271-1368M d) Zaman Ming 1368-1644M
|
|
nabila
Junior Member
Posts: 17
|
Post by nabila on Dec 21, 2015 13:08:23 GMT
NUR NABILA BINTI ABDUL WAHAB
2015477642
DS 240(A)
REFLEKSI 1
Tamadun China adalah tamadun yang pertama menghasilkan kertas . Penciptaan dan penggunaan kertas banyak membawa revolusi dalam bahan-bahan bertulis, membuka jalan untuk ciptaan teknologi percetakan dan perkembangan pendidikan, politik, perdagangan dan lain-lain pada abad-abad seterusnya.Selain itu, percetakan, yang dikenali sebagai "ibu kepada tamadun" adalah satu lagi penemuan yang mengagumkan daripada Tamadun China. Plat ukiran percetakan telah dibina berasaskan ukiran batu purba dan ukiran meterai. Bi Shen, pengukir percetakan telah mencipta Typografi. Teknik pendidikan seni cetak telah menjadi pemangkin pendidikan di biara Kristian. China merupakan asal kepada kewujudan alkimia. Buktinya, ciptaan serbuk letupan merupakan pencapaian yang paling ketara pada Zaman Pertengahan di China. Selepas abad ketiga belas, ubat bedil merebak secara beransur-ansur ke Saudi, dan kemudian ke Eropah. Ia merupakan dorongan besar kepada perkembangan sejarah Eropah. Menurut kesusasteraan bersejarah, dalam tempoh negeri yang berperang, orang Cina sudah tahu bahawa magnet semulajadi bolehdigunakan untuk menunjukkan arahan. Dalam buku "Perbincangan Rasional". Wang Chong dari dinasti Han Timur menjelaskan mengenai kompas: Ia diperbuat daripada magnet semulajadi yang digilap ke dalam bentuk sudu. Apabila diletakkan pada tempat yang rata,sudu mengendalikan berpaling ke titik di selatan secara automatik. Tamadun China juga telah menyumbang dalam bidang astonomi dan matematik. Sejak Cina purba percaya bahawa pergerakan yang dianggap bintang berkait rapat dengantakdir negara dan raja-raja, untuk beribu-ribu tahun mereka mencatatkan pergerakan mereka dengan perhatian yang besar. Orang-orang Cina purba telah mula memerhatikan gerhana matahari dan bulan, merakam masa dan saiz liputan, dan mencari sebab-sebab gerhana. Rekod gerhana terawal solar yang boleh disahkan muncul dalam inskripsi tulang sejak Dinasti Shang. Gan De dari Negeri Chu bersama-sama Shi Shen dari Negeri Wei telah menulis Buku Gan dan Shi Bintang, yang merekodkan dengan tepat kedudukan 120 bintang, menjadi bintang dunia carta terawal.
Dari segi pendidikan, dalam Tamadun Islam, konsep Tauhid memainkan peranan penting dalam transformasi manusia manakala dalam ajaran Buddha dan Hindu, transformasi sifat dapat dicapai melalui proses mencari diri sendiri (self discovery). Selain itu, tamadun Islam mementingkan hubungan sesama agama (ukhuwah) dan hubungan sesama manusia (ummah). Tidak wujud sistem kelas dalam Islam dan mengamalkan konsep egalitarian, iaitu sama rata. Wanita mendapat tempat yang mulia kerana penting dalam pembentukan keluarga. Konsep pemilikan harta-Wanita berhak mencari serta mentadbir hartanya sendiri. Tidak menerima kewujudan kelas hamba dalam masyarakat. Semua manusia adalah sama kedudukannya. Manakala sistem kekeluargaan dalam komuniti Cina berasaskan kuasa lelaki atau bapa. Pemusatan kuasa kepada bapa atau lelaki amat kuat. Sistem kelas ditentukan oleh tahap pendidikan dan kemahiran. Sistem sosial dalam kalangan masyarakat India berasaskan kasta yang ketat. Penentuan kasta seseorang individu adalah diwarisi daripada nenek moyang. Konsep dharma diberikan penekanan penting dalam hubungan sesama anggota dalam sesebuah komuniti. Dharma menggariskan fungsi dan peraturan bagi menentukan apa yang harus dilakukan dalam masyarakat. Institusi keagamaan utama bagi tamadun Islam adalah masjid di mana ia menjadi tempat perhimpunan bagi umat Islam. Ia turut berfungsi sebagai tempat aktiviti kemasyarakatan, pusat pentadbiran Islam dan tempat mengajar. Tamadun China menggunakan gereja sebagai tempat untuk beribadat dan pusat kegiatan sosial. Para paderi menjadi guru untuk mengajar kanak-kanak setempat.Bagi tamadun India, kuil bukan sahaja tempat beribadat, tetapi pusat agama Hindu dan pendidikan bagi mengajar ilmu-ilmu keagamaan.
REFLEKSI 2
Terdapat empat versi yang berbeza mengenai kedatangan Islam ke China. Versi pertama, Islam dibawa China oleh Hamzah b Hamzah, anak Hamzah b Abi Talib.
Versi kedua mengatakan kedatangan Saad b. Abi Waqas bersama 15 orang mubaligh lain mengadap Maharaja Yung Wei pada zaman Dinasti Tang.
Versi ketiga ,menurut Ibrahim Ma, seorang sejarah tempatan melaporkan pendakwah Islam yang pertama datang ialah Saad b Lubayd yang tiba di Canton pada 630M.
Dan yang keempat, Islam tersebar melalui hubungan perdagangan Arab dengan China melalui perdagangan sejak abad ke 4M. Agama Islam telah berkembang ke China dengan dua jalan, iaitu jalan laut dan jalan darat. Melalui jalan laut bermula dari Teluk Parsi dan bahagian selatan Semenanjung Tanah Arab hingga ke Lautan Hindi dan seterusnya ke bandar-bandar tenggara China seperti Canton. Manakala jalan darat yang dikenali sebagai Silk Road ( Jalan Sutera) bermula dari Timur Mediterranean hingga ke Asia Tengah, Bukhara dan Samarkand sebelum masuk ke barat laut China dan berakhir di pasar Changan (Xi’an) dan Peking. Pada peringkat awal iaitu pada abad ke 7M, masyarakat Islam di China terdiri daripada para pendatang Arab dan Parsi. Tujuan asalnya ialah berdagang sambil menyebarkan Islam. Perluasan kuasa ke kawasan Asia Tengah seperti Samarkhand, Bukhara, di wilayah Sinkiang mempercepatkan penyebaran Islam ke China. Hubungan diplomatik juga dijalinkan di antara masyarakat muslim di Singkiang dengan Maharaja China. Setelah itu pendatang Arab dan Parsi telah berkahwin dengan wanita tempatan.Apabila berlaku proses assimilasi dengan masyarakat tempatan, ramai daripada mereka yang memeluk Islam. Justeru itu, penempatan orang Arab telah berkembang di kawasan selatan negeri China seperti Chuan Chow, Chang Chow, dan Kwang Chow(Canton). Manakala pada zaman Dinasti Sung telah dibenarkan membuat perkampungan sendiri. Pada zaman Dinasti Yuan ini juga telah terdapat beberapa orang ulama besar yang menetap di China seperti Fuqaha al-Muazzam Maulana Qawamuddin al-Sibti. Apabila Islam menjadi kuat dan berpengaruh akhirnya terbentuk beberapa buah kerajaan di China yang mengamalkan dasar toleransi beragama seperti Dinasti Yuan dan Dinasti Ming. Ramai ilmuan Islam dibawa masuk untuk berkhidmat sebagai pentadbir, pakar kewangan, arkitek, ahli sains dan matematik, ahli kaji bintang dan sasterawan. Sebagai contoh pada zaman Dinasti Yuan, dasar anti confucianisme diamalkan dan mengutamakan orang luar terutama orang Islam. Malahan, salah seorang pentadbir negeri terdiri daripada seorang Islam bernama Abdul Rahman yang menjawat jawatan Ketua Pemungut Cukai. Contoh lain ialah Syed Ajall yang dikenali orang China sebagai Say Dian Chih yang pernah dilantik sebagai Menteri Kewangan pada 1259M dan Gabnor Yunan. Antara pengaruh Islam di China, tulisan kaligrafi Cina di diukir di luar masjid. Selain itu, terdapat seni khat pada sebuah plat di Masjid Agung Xi'an iaitu masjid tertua di China dan Masjid Huaisheng, Canton. Antara sumbangan Islam di China adalah ialah bidang astronomi. Salah satunya adalah pembinaan makmal kaji bintang semasa Dinasti Yuan. Tokoh utama dalam ilmu astronomi Tcha-Ma-Lou-Tin atau dikenali sebagai Jamaludin. Beliau mencipta berbagai alat kaji bintang dan cuaca serta kalendar (takwim Wan-nien-li). Ianya dijadikan takwim rasmi kerajaan mulai 1265 hingga 1281 masihi. Dalam bidang Matematik, pada zaman Dinasti Tang dan Sung, masyarakat Islam memperkenalkan kaedah pengiraan Arab (Xiyi Lishu), kaedah 60 darjah (Chiu Ji Li-Zaman Tang), algebra dan trigonometri. Dari sudut pelayaran, orang Islam membantu perkembangan pembinaan kapal dan menggerakkan usaha pelayaran. Contohnya, Cheng Ho yang memulakan pelayaran ke luar China. Islam turut memajukan soal peralatan untuk berlayar seperti kepakaran astronomi, kompas dan kaedah ukuran air. Dalam bidang perubatan, kaedah dan bahan perubatan Arab dibawa masuk dan digabungkan dengan ilmu perubatan China. Beberapa karya turut dihasilkan sebagai panduan. Malahan, bahan perubatan dibawa masuk ke China pada zaman Dinasti Tang dan Dinasti Sung. Bagi bidang pembinaan, penggabungan elemen tempatan dan seni bina Islam dilakukan bertujuan untuk penyesuaian keadaan di situ. Contohnya, Masjid Niukie yang berusia 700 tahun dan Masjid Huaje Lane di Sian (Xian). Zaman kegemilangan Islam di negara China terbahagi kepada empat zaman iaitu:
a) Zaman Tang berakhir 618-907M
b) Zaman Sung dari 960-1271M
c) Zaman Yuan 1271-1368M
d) Zaman Ming 1368-1644M
|
|
|
Post by hajar1596 on Dec 21, 2015 13:10:29 GMT
SITI HAJAR BINTI MOHD 2015229924 CTU551(A)
Assalamualaikum.Hasil pendapatan saya melalui video ini ialah,masyarakat china menggunakan tulisan kaligrafi dan mempunyai gaya yang unik iaitu Gaya Cap,Gaya Resmi,Gaya Balok,Gaya Kursit.Kepercayaan mereka sebelum kedatangan islam ialah Feng Shui.Dalam seni bina pula,Tembok Besar telah dibina pada era Dinasti Chin.Tembok besar memunyai panjang 2410 KM,tinggi 40-50 kaki,dan pekerja yang digunakan seramai 7000 orang.Tujuan tembok besar ini di bina adalah sebagai pertahanan negeri China dari serangan orang Mongol.Ia dibina dari tembok batu sebagai simbol kemajuan.Namun,bandar-bandar lain,tembok mereka dibina daripada tanah liat dan batu bata.Disekeliling tembok terdapat pintu gerbang yang dikelilingi parit besar.Dalam tembok itu juga,terdapat kuil dan istana dibina di Kota Larangan.Dalam Kesusateraan pula,anatologi puisi China terawal bertajuk 'Shijing'.Kandungannya mempunyai 305 nyannyian kuil,nyanyian istana dan nyanyian rakyat.Ia didsusun lebih kurang masa Konfusius (551SM-479SM).Dalam sains dan teknologi juga,ianya wujud pada kurun ke15-ke11 SM.Teknologi Kejuruteraan Hidraulik di bina untuk mengawal banjir di Sungai Kuning.Dalam zaman Dinasti Zhou,orang china menyediakan katalog bintang,mencatat rekod tentang gerhana dan komet.Dalam bidang Matematik,konsep abacus di bina pada kurun ke-2 oleh ahli matematik iaitu,Xu Yue.Selain itu,dalam perubatan china telah memperkenalkan kaedah Akupunktur ialah perawatan menggunakan jarum,Aurikaloterapiialah kaedah perawatan tanpa jarum,Terapi makanan cina,Perubatan herba Cina,Bekam Cina.Antara 4 ciptaan China ialah kertas,cetakan,kompas dan serbuk letupan.Bagi penyebaran Islam,Masjid Qing Jing di bina pada 1009 M oleh masyarakat Islam Arab.Ayat-ayat Al-Quran tertulis di dinding-dinding.Telaga di bina sebagai tempat berwudhu'.Masjid Prayer Teple di bina pada 1275M pada zaman Dinasti Yuan.Masjid Gras Brech adalah masjid yang masih lagi mengekalkan tulisan kaligrafi.Antara zaman keemasan Islam ialah pada era Laksamana Zheng He iaitu Nanjing merupakan pusat islam terawal.Masjid Zheng Zu dibina pada 14M untuk orang islam yang tinggal di kota itu.Bandar Sanya menjadi pusat bandar bagi orang islam iaitu mempunyai 2 perkampungan Islam.Penyebaran Islam adalah berasal dari orang Vietnam yang berhijrah ke China.Masjid Timur mempunyai Kelas Agama untuk orang-orang tempatan iaitu guru sukarela mengajar di sana.Penyebaran Islam juga melalui perkahwinan orang Arab dengan wanita tempatan.Masyarakat di sana juga masih mengekalkan adat makan kapur,sirih,pinang
|
|
|
Post by amirulmukminin on Dec 21, 2015 13:23:01 GMT
MUHAMMAD AMIRUL MUKMININ BIN MOHD KHARUZHAR 2015666926 PROGRAM : DS240 (GROUP A )
REFLEKSI 1
Dalam aspek Kaligrafi
Di tamadun China , seni kaligrafinya adalah yang tertua dan budaya ini masih diamalkan sehingga kini . Selain itu , seni kaligrafi China memiliki gaya yang unik . C0ntohnya : Gaya Cap, Gaya Resmi, Gaya Balok, Gaya Kursif.
Dalam aspek Seni Bina
Tamadun China telah membuktikan pencapaiannya dalam bidang seni bina dengan pembinaan Tembok Besar China . Tembok ini telah menjadi salah satu kewujudan dunia dan hakikatnya pembinaan ini melibatkan banyak tenaga dan perancangan yang sistematik untuk menghasilkan tembok batu yang kukuh . Pembinaan tembok ini memperlihat kemajuan China dalam pembinaan tembok menggunakan batu bata dan tanah liat .
Dalam aspek Muzik Klasik
Tamadun China telah menghasilkan muzik yang paling lama dan paling berkembang . Contoh alatan yang telah dihasilkan ialah : alat meniup ( DiZi ), alat genderang ( MuYu ), alat memetik ( PiPa ), alat menggesek ( ErHu )
Dalam aspek Seni Lukis
ianya mempunyai hubungan yang rapat dengan kaligrafi dan puisi . Pada zaman Dinasti Song , lahirnya ahli sarjana , pakar kaligrafi dan pelukis iaitu Su Dong Po . Selain itu , orang Cina tidak menerima lukisan yang berbentuk cantik tetapi temanya tidak memberikan manfaat dari segi keamanan dan akhlak . Hal ini membuktikan setiap lukisan juga melambangkan sesuatu yang berkait dengan agama .
Dalam aspek Kesusasteraan
Terhasilnya puisi Cina yang terawal yang bertajuk Shijing iaitu sebuah klasik puisi . Puisi ini penuh dengan pelbagai idea dan teknik kesusasteraan yang menjadi contoh dan memberi inspirasi kepada penyajak serta penulis generasi kemudian . Hal ini membuktikan tamadun China mempunyai sifat bijak dalam bersastera dan mahir mengolah idea .
Dalam aspek Sains dan Teknologi, Tamadun China banyak mencapai kejayaan dalam bidang sains dan teknologi . Buktinya ialah :
i) Kejuruteraan
Teknologi kejuruteraan hidraulik telah berjaya dicipta untuk mengawal banjir Sungai Kuning .
ii) Astronomi
Pada zaman Dinasti Chou , orang Cina mampu menyediakan katalog bintang , mencatat rekod tepat tentangg gerhana bulan .
iii) Matematik
Penggunaan sempoa ( abacus ) dalam bidang ini . Jiuzang Suanshu ( sembilan bab matematik ) juga dapat dihasilkan .
iv) Bidang Perubatan: Akupunktur, Akurikuloterapi, Terapi Makanan Cina, Perubatah Herba Cina, Bekam Cina ( Bekam Angin )
REFLEKSI 2
Kedatangan Islam dan pengaruhnya di China .
Islam tersebar di China apabila khalifah Uthman bin Affan menghantar Saad bin Abi Waqas melawat China pada tahun 651 Masihi untuk menyampaikan dakwah kepada Maharaja China . Hasil lawatan ini , terlah terbinanya masjid yang besar dan indah di bandar Canton atau kini dikenali sebagai GuangZhou .
Seterusnya , Islam juga tersebar di China melalui penaklukan di bawah pimpinan Qutaibah bin Muslim ke atas bandar Kashgar ibu kota Turkestan Timur pada tahun 714M dan menyeru Maharaja China agar memeluk Islam .
Selain itu , ada sesetengah pendakwah menyebarkan islam semasa berdagang di negeri China .
Antara pengaruh Islam terhadap China ialah , dalam bidang perubatan . Kaedah dan bahan perubatan Arab dibawa masuk dan digabungkan dengan ilmu perubatan China.
Beberapa karya dihasilkan sebagai panduan.
Bahan perubatan dibawa masuk ke China pada zaman Dinasti Tang dan Dinasti Sung. Selain itu pengaruh dalam bidang pembinaan , menggabungkan elemen tempatan dan senibina Islam bertujuan untuk penyesuaian keadaan di situ. Contoh: Masjid Niukie yang berusia 700 tahun dan Masjid Huaje Lane di Sian (Xian).Seterusnya , Islam juga memberi pengaruh dalam sosial . Setelah tersebarnya Islam , tiada lagi penindasan golongan atas terhadap golongan bawahan sepertimana yang terdapat di dalam ajaran legalisme . Konsep keadilan juga telah diamalkan setelah hadirnya Islam . Dalam bidang ekonomi pula , tiada lagi penipuan dan pengambilan riba dalam berjual beli .
Zaman kegemilangan Islam di Negara China terbahagi kepada empat zaman iaitu , Zaman Tang , Zaman Sung , Zaman Yuan dan Zaman Ming . Pada empat zaman ini , jumlah penduduk Islam semakin bertambah dan maju dari segi pendidikan , ekonomi , politik dan sosial . Islam telah sampai ke China pada zaman pemerintahan Dinasti Tang dan pernah mencapai kegemilangannya ketika pemerintahan Dinasti Yuan dan Dinasti Ming . Ia mengalami kemerosotan pada zaman Dinasti Manchu .
Sumbangan Islam terhadap peradaban tamadun China ialah , masyarakat Cina hidup saling hormat menghormati dan tiada lagi penindasan berlaku . Konsep lapisan masyarakat juga tidak diamalkan lagi . Bahkan , konsep sama rata antara masyarakat ditekankan . Selain itu , Islam juga memberi sumbangan dalam bidang persenjataan yang dapat meningkatkan peradaban tamadun China dalam menerapkan semangat jihad dalam setiap jiwa masyarakat untuk memelihara agama dan negara . Dalam bidang persenjataan , China menggunakan teknologi dari negara arab untuk membuat sejenis meriam yang menggunakan batu besar sebgai pelurunya . Pada tahun 1273 , meriam tersebut telah memainkan peranan penting dalam sejarah China .
|
|
|
Post by gracenyura on Dec 21, 2015 13:37:26 GMT
GRACE NYURA ANAK JAMBAI 2015417712 DS240B
Refleksi 1
Antara pencapaian tamadun cina ialah
1. Bidang seni
• muzik klasik ( meniup,genderang,memetik dan menggesek)
• Fiksyen
• Seni lukis
• Puisi
I. Antologi terawal bertajuk Shijing
II. Antalogi ini mengandungi 305 buah nyanyian kuil
III. Penuh dengan pelbagai idea dan teknik kesusasteraan
• Prosa
I. Seperti puisi purba
II. Fungsi sosial dan politik
III. Tujuannya adalah untuk menunjukkan jalan dan cara dari segi moral dan etika.
• Kaligrafi I. Diamalkan sehingga kini
II. Gaya kaligrafi yang sering ditemukan ialah gaya cap,gaya resmi,gaya balok,gaya kursif
• Lukisan potret dan landskap
• Seni ukir cap
• Seni bina
I. Tembok besar China
1. dibina pada zaman Dinasti Shin
2. Panjang kira-kira 2410km dan setinggi 40-50 kaki (7 keajaiban dunia)
3. Menggunakan tenaga lebih 30000 orang
4. Untuk mempertahankan negeri China
5. Dibina daripada tembok batu
6. Mempunyai pintu gerbang yang dikelilingi oleh parit besar dan menara
II. Kuil kuil
III. Istana di Kota Larangan
• Drama
I. Sebagai hiburan
II. Berperanan sebagai pengkritik sosial
III. Menyokong nilai-nilai Cina tradisional
2. Bidang sains dan Teknologi
• Kejayaan dalam aspek kejuruteraan hidraulik
• Berjaya mengawal banjir Sungai Kuning
3. Bidang Astronomi
• Mampu menyediakan katalog bintang
• Mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet
4. Bidang Matematik
• Penggunaan sempoa
5. Bidang Perubatan
• Perubatan Cina tradisional
I. Akupuntur
II. Aukiloterapi
III. Terapi makanan Cina
IV. Perubatan Herba Cina
V. Bekam Cina
6. Ciptaan Agung Tamadun Cina
• Kertas
• Cetakan
• Kompas
• Serbuk letupan
Pencapaian yang dikecapi oleh tamadun Cina lebih menyerupai pencapaian Tamadun Islam kerana ianya meliputi pelbagai bidang berbanding dengan tamadun india yang hanya meliputi beberapa bidang. Walau bagaimanapun, kemajuan tamadun China berasaskan kepercayaan orang Cina manakala kemajuan Tamadun Islam berasaskan nilai-nilai Islam.
Refleksi 2
1. Penyebaran agama Islam di China telah bermula 700 atau 800 tahun dahulu. Islam pertama kali dibawa ke China oleh rombongan yang dihantar oleh Khalifah Uthman pada tahun 650 Masihi yang diketuai Saad bin Abi Waqqas. Maharaja China telah menerima baik agama tersebut dan sebuah masjid telah dibina di Bandar Canton. 2. Masjid Cingjing merupakan masjid yang tertua di Bandar Guangzhou dan telah menjadi tempat beribadat masyarakat di China sehingga kini.
3. Toleransi dan rasa hormat terhadap Islam juga dapat dilihat dengan pembinaan makam-makam pembesar-pembesar asing yang meninggal di China.
4. Masjid Xianhe juga telah dibina di China. Masjid itu telah dibina pada Zaman dinasti Luan. Masjid ini telah dibina oleh salah seorang waris Nabi Muhammad SAW iaitu Puhaddin dari generasi yang ke-16.
5. Makam Puhaddin mula dibina pada zaman Dinasti Song dan telah diperbesarkan pada Dinasti Ming dan Qing. Makam ini terletak di tebing terusan utama atau Grand Canal.
6. Semasa zaman Dinasti Song, agama Islam terus berkembang di China.
7. Pada zaman Dinasti Tang,Masjid Phoenix juga telah dibina dan telah diubahsuai pada zaman Dinasti Yuan pada tahun 1281.
8. Kegemilangan agama Islam pada era Laksamana Zheng Hi membuatkannya dikenali sebagai era keemasan Islam di China.
9. Pusat-pusat islam juga telah berkembang di China dan antara pusat ini ialah Nanjing semasa zaman pemerintahan Dinasti Ming. Banyak masjid telah dibina dan diantaranya ialah masjid Zhengzhou yang dibina semasa pemerintahan Zu Yuen.
10. Sanya merupakan pusat Bandar bagi masyarakat Islam terdiri daripada orang Hoi berjumlah sebanyak 10 000 orang. Agama Islam di Sanya telah dibawa oleh orang Vietnam menerusi jalan laut. Terdapat seramai 400-500 orang di Sanya telah menunaikan haji di Mekkah.
11. Masjid Timur adalah antara masjid yang terkenal di Sanya. Masjid ini merupakan tempat berkumpul orang Islam dan tempat mereka berinteraksi serta belajar Ilmu agama.
12. Sekolah yang berhampiran dengan masjid ini juga mempunyai 70% pelajar yang merupakan orang Islam.
13. Menurut pakar sejarah,Islam datang dari Arab melalu pedagang. Canton merupakan pusat pedagangan di China yang menjadi pusat pedangan arab. Pedagang China yang memeluk agama Islam pula berdagang di kawasan Asia Tenggara sambil menyebarkan agama Islam.
14. Perkampungan arab juga telah terbentuk dan menjadi pusat pedagang Arab. Ada diantara mereka yang berkahwin dengan orang tempatan yang mengembangkan Islam secara tidak langsung. Penduduk tempatan juga tertarik dengan sifat pedagang Islam yang jujur.
Kesimpulannya, kedatangan Islam di China telah membawa ke pembinaan masjid-masjid di seluruh Negara China dan mewujudkan pusat-pusat Islam di Bandar-bandar tertentu. Kehidupan masyarakat China juga berubah kerana telah mengikut nilai-nilai Islam.
|
|
|
Post by nabilah on Dec 21, 2015 13:51:18 GMT
NABILAH BINTI ABDULLAH SANI 2015218386 DS 240 ARefleksi 1Tamadun China telah memperoleh pelbagai kejayaan yang direkodkan di dalam sejarah dunia. Kejayaan yang dikecapi termasuklah dalam bidang kesenian, kesusteraan dan sains dan teknologi. Pada hari ini saya ingin fokus kepada kejayaan yang diraih oleh tamadun China dari segi kesenian. Antara seni yang unik dan menjadi tumpuan hingga ke hari ini ialah kaligrafi. Kaligrafi merupakan antara tulisan yang tertua di dunia yang masih kekal hari ini. Kaligrafi mempunyai empat gaya iaitu gaya cap (zhuanshu) yang mana wujud ketika dinasti Qin. Gaya kedua ialah gaya resmi (lishu) yang wujud ketika dinasti Han. Gaya ketiga pula ialah gaya balak (kaishu) yang mana hasil perkembangan dari gaya lishu. Gaya yang terakhir pula ialah gaya kursif (coashu & xingshu) iaitu bentuk penulisan cepat lishu dan kaishu. Xingshu merupakan penulisan kaishu dan coashu. Tulisan jenis ini tidak serapi kasishu dan tidak sesulit coashu. Xingshu digunakan dalam penulis karakter.
Refleksi 2
Kedatangan Islam di China bermula dari zaman pemerintahan Saidina Uthman bin Affan lagi. Beliau telah menghantar rombongan ke China yang diketuai oleh Saad bin Abu Waqas. Rombongan Saad telah disambut baik oleh oleh Maharaja Yung Wei. Perkembangan Islam di China juga disebabkan perkahwinan antara pedagang Islam dengan orang tempatan. Kegemilangan Islam di China terbukti dengan terbentuknya beberapa buah kerajaan yang mengamalkan dasar toleransi beragama. Bidang sains dan astronomi Teha Ma-Lou-Tin (Jamaluddin) berjaya mencipta takwim Wan Nien Li yang dugunakan sebagai takwim rasmi kerajaan Yuan. Masjid dibina dengan pelbagai bentuk dan rupa dipengaruhi ciri-ciri budaya Cina. Seni ukir yang terdapat di Masjid pula banyak menggunakan ayat-ayat al-Quran serta corak-corak flora.
|
|
|
Post by rowenadiane on Dec 21, 2015 14:06:01 GMT
ROWENA DIANE SARUYAN
2015664374
DS240(GROUP A)
Refleksi tamadun 1
Antara pencapaian tamadun China adalah dalam bidang kesenian seperti seni muzik klasik, seni bina, bidang perubatan dan sebagainya. Seni muzik klasik dikatakan antara yang paling lama dan kategorinya terdiri daripada meniup, genderang,memetik dan menggesek. Sekiranya dibandingkan dengan tamadun Islam dan India, tamadun-tamadun ini juga mempunyai muzik klasik yang tersendiri. Hanya jenis alatan muzik yang dapat membezakannya. Dari segi bidang seni bina pula, tamadun China dikenali dengan binaan Tembok Besar China. Sejarah mengatakan tembok ini dibina bagi melindungi masyarakat daripada ancaman luar. Manakala tamadun Islam dan India pula tertumpu seni bina tempat beribadah bagi acara-acara keagamaan. Dalam bidang perubatan pula, konsep yin dan yang serta lima elemen menjadi asas kepada perubatan cina. Perubatan cina terdiri daripada akupunktur, aurikuloterapi, bekam cina dan lain-lain. Tamadun Islam pula dibentuk daripada konsep aliran Yunani dan berkembang kerana keagungan Islam yang tidak menolak sebarang bentuk ilmu kepada umatnya. Contoh amalan perubatan Islam ialah penyembuhan, sains pergigian dan psikiatri. Tamadun India pula menggunakan ayurveda yang merupakan sistem perubatan traidisional yang wujud dalam tamadun tersebut dan sistem perubatan moden India.
Refleksi tamadun 2
Kedatangan Islam ke China melalui aktiviti perdagangan antara pedagang Arab dan pedagang Cina. Islam berkembang melalui jalan darat dan juga jalan laut. Selain itu, mereka juga berkahwin dengan wanita tempatan cina dan memberi peluang mereka untuk menyebarkan Islam. Di samping itu, ramai orang Islam dibawa masuk ke Monggol dari Asia Barat untuk membantu dalam pentadbiran. Zaman kegemilangan China berlaku sewaktu zaman Dinasti Yuan dan Dinasti Ming. Pembinaan masjid adalah sebagai pusat ibadat , pusat kegiatan ilu dan tempat pertemuan bagi kegiatan-kegiatan orang Islam. Sumbangan Islam di China dilihat dari pembinaan masjid yang menggunakan banyak seni ukiran dengan ayat-ayat Al-Quran.
|
|
|
Post by fitrahzaulkapri on Dec 21, 2015 14:18:23 GMT
NUR FITRAH BT. ZAUL KAPRI (DS240) (2015429102) (GROUP A)
Refleksi Tamadun China.
Refleksi 1 : Bincangkan pencapaian yang diperolehi dan bandingkan dengan pencapaian yang dikecapi oleh tamadun Islam dan Tamadun India.
Pencapaian tamadun Cina termasuklah dalam bidang kesenian, kesusasteraan, sains dan teknologi dan juga perubatan. Masyarakat dalam dalam tamadun cina banyak bermain muzik klasik dan muzik ini digunakan biasanya untuk kegiatan di istana, perayaan dan juga peristiwa berkaitan dengan agama. Tokoh-tokoh konfucias juga mempunyai minat terhadap muzik dan menimbulkan teori muzik yang lebih khusus seperti prinsip estetik terhadap manusia. Mereka turut berkarya seperti mewujudkan penulisan bergenre fiksyen tetapi tidak digemari kerana genre ini dianggap sebagai percakapan yang sia-sia. Oleh itu, kedudukan fiksyen tidak setanding puisi dan prosa. Mereka lebih memandang kepada prosa dan puisi kerana bait-bait kata dalam karya tersebut mampu memberikan inspirasi dan bermanfaat. Kemajuan seni bina bole dilihat melalui pembinaan Tembok Besar China pada zaman Dinasti Chin yang dibina sebagai pertahanan negeri China untuk berlindung dari serangan Monggol. Perkembangan teknologi kejuruteraan hidraulik untuk mengawal banjir turut dikira sebagai satu pencapaian pada tamadun tersebut.
Perbandingan dengan tamadun Islam dan tamadun India.
Seni bina Islam dapat dilihat melalui pembinaan masjid Nabawi. Seni bina Islam berkembang pesat hingga melahirkan kota-kota yang besar seperti Kota Kaherah yang boleh dilihat dengan pembinaan Masjid Jamek Al Azhar dan juga Kota Cordova yang kaya dengan binaan masjid dan istana. Seni bina tamadun India pula ialah Tiang Asoka dan ukiran pada duit syiling India pada zaman Gupta. Dalam bidnag astronomi pula, Abu Sai Al- Sijzi telah mencipta astrolab dan menemui teori bumi mengelilingi matahari diterima pakai dan terbukti kebenarannya dan Al Biruni pula mengira jarak bumi dengan mengira latitud dan longitud. Tamadun India pula telah menemui tujuh planet.
Refleksi 2: Huraikan tentang kedatangan Islam dan pengaruhnya di China. Perihalkan zaman kegemilangan Islam di China dan sumbangan terhadap tamadun Cina.
Islam datang ke China bermula dari Teluk Parsi dan selatan Tanah Arab dan berlayar ke lautan Hindi terus ke Canton(China). Canton menjadi pusat perdagangan orang Arab dan mereka berdagang sambil berdakwah sehingga ramai orang Cina memeluk Islam. Melalui jalan darat, Silk Pod bermula dari Timur Mediterranean ke Asia Tengah, Bukhara dan Samar Kand sebelum masuk ke Barat Laut China dan berakhir di Xian(Beijing). Pedagang Arab dan Parsi datang berdagang sambil menyebarkan Islam dan perluasan kuasa ke kawasan Asia Tengah Bukhara mempercepatkan penyebaran Islam Ke China. Penempatan orang Arab iaitu Perkampungan Arab menjadi tapak utama pedagang. Dari situ banyak perkahwinan campur dengan rakyat Cina tempatan dan menyebarkan Islam. Penduduk tempatan terpikat dengan kejujuran dan kemurnian sikap yang ditunjukkan. Pengaruh Islam boleh dilihat dengan terdapatnya makam pembesar-pembesar iaitu terdiri daripada empat ulamak Arab iaitu pendakwah philosophy, pendakwah utusan, pendidik dan pendakwah Arab yang menunjukkan sikap toleransi dan hormat terhadap agama Islam. Pada tahun 1070, Maharaja Shuen Zong telah menjemput 5300 orang Islam dari Bukhara untuk menetap di negeri Beijing. Di dinding masjid banyak ayat Al-Quran, kebanyakannya mengikut seni bina Arab. Zaman kegemilangan Islam dan Sumbangan .
Zaman kegemilangan Islam di China adalah pada era Dinasti Ming. Orang Islam telah mengahwini wanita Han tempatan yang telah melahirkan satu budaya masyarakat Islam yang baru. Banyak pusat-pusat Islam berkembang seperti pembinaan masjid banyak didirikan. Terjalinnya hubungan diplomatik oleh Panglima angkatan tentera Islam bernama Cheng Ho dengan India dan Arab. Sumbangannya adalah banyak binaan masjid yang dijadikan tempat beribadat, tempat majlis ilmu dan tempat berkumpul. Setiap perkampungan telah mendirikan masjid sebagai rumah beribadat, pusat kegiatan ilmu dan pertemuan untuk kegiatan kemasyarakatan. Wujudnya institusi di mana tenaga pengajar mengajar ilmu agama dengan sukarela. Terbentuknya bandar di Sanya iaitu bandar di selatan wilayah Hainan yang merupakan bandar bagi masyarakat Islam Cina. Ianya di bawa oleh orang Vietnam menerusi jalan laut secara penghijrahan terus ke Guangzhou lalu bertapak di Sanya.
|
|
|
Post by nikadleena on Dec 21, 2015 14:20:27 GMT
NIK NUR ADLEENA BT NIK MOHD KAMIL 2015229638 DS240-B REFLEKSI 1 Perbandingan dari aspek pencapaian antara Tamadun Cina, India, Islam tamadun Cina
- muzik klasik
- kaligrafi
- Tembok Besar China
- puisi
- prosa
- drama
- teknologi kejuruteraan hidraulik
- katalog bintang
- penggunaan sempoa
- konsep Ying dan Yang, akupuntur, bekam angin
| tamadun India
- bandar Harappa
- Taj Mahal
- Agra Fort
- Sun Temple
- Lotus Temple
- Garden of Grapes
| tamadun Islam
- bidang astronomi-al khawarizmi, balai cerap (astro lab)
- bidang perubatan-al razi, ibn sina, al zahrawi
- bidang kimia-abu musa jabir
|
|
|
|
Post by aimanabukassim on Dec 21, 2015 14:23:06 GMT
AIMAN BIN ABU KASSIM 2015418544 DS240 GROUP B REFLEKSI 1Seni Lukis
- Kaligrafi - yang paling tua dan masih diamalkan sehingga masa ini
- Lukisan potret dan landskap
Seni Ukir Cap
Kesusasteraan Puisi - menjadi contoh dan memberi inspirasi kepada penyajak serta penulis generasi kemudian Prosa - menyampaikan 'Dao' atau menunjukkan jalan dan cara dari segi moral dan etika
Drama - memberi hiburan dan mengkritik sosial yang berjaya mendapat konsensus dan simpati penonton
Sains dan Teknologi
Bidang Astronomi - mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet
Bidang Matematik - penggunaan sempoa (abacus)
Bidang Perubatan - teori kosmik dualistik, yin dan yang dan juga lima elemen
- Akupuntur, aurikuloterapi, terapi makanan Cina, perubatan herba cina, bekam cina
Ciptaan Agung
Kertas
Cetakan
Kompas
Serbuk Letupan
Perbezaan pencapaian yang dikecapi antara tamadun India dan Islam ialah:
Dari segi sistem hidup, sama rata dan berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah merupakan gaya hidup agama Islam. Manakala, untuk Tamadun India, mereka hidup dalam sistem kasta di mana seorang Brahman berada pada kedudukan paling tinggi dan Sudra sebagai hamba. Dari segi budaya, tamadun Islam mempunyai konsep halal dan haram. Tamadun Islam membenarkan memakan apa saja selagi bukan makanan dan minuman yang haram seperti daging khinzir dan arak. Manakala bagi tamadun India, penganut agama Hindu tidak dibenarkan untuk memakan daging lembu. Dalam aspek agama, Islam percaya wujudnya satu kuasa pencipta. Bagi agama Hindu (tamadun India) pula, mereka percaya kepada pelbagai dewa seperti Brahman, Vishnu dan Siva. Dari aspek pembinaan, tamdun Islam membina masjid manakala tamadun India membina kuil sebagai tempat ibadah.
REFLEKSI 2
Kedatangan Islam dan pengaruhnya di China . Islam tersebar di China apabila khalifah Uthman bin Affan menghantar Saad bin Abi Waqas melawat China pada tahun 651 Masihi untuk menyampaikan dakwah kepada Maharaja China . Hasil lawatan ini , terlah terbinanya masjid yang besar dan indah di bandar Canton atau kini dikenali sebagai GuangZhou . Seterusnya , Islam juga tersebar di China melalui penaklukan di bawah pimpinan Qutaibah bin Muslim ke atas bandar Kashgar ibu kota Turkestan Timur pada tahun 714M dan menyeru Maharaja China agar memeluk Islam . Selain itu , ada sesetengah pendakwah menyebarkan islam semasa berdagang di negeri China . Antara pengaruh Islam terhadap China ialah , dalam bidang perubatan . Kaedah dan bahan perubatan Arab dibawa masuk dan digabungkan dengan ilmu perubatan China. Beberapa karya dihasilkan sebagai panduan. Bahan perubatan dibawa masuk ke China pada zaman Dinasti Tang dan Dinasti Sung. Selain itu pengaruh dalam bidang pembinaan , menggabungkan elemen tempatan dan senibina Islam bertujuan untuk penyesuaian keadaan di situ. Contoh: Masjid Niukie yang berusia 700 tahun dan Masjid Huaje Lane di Sian (Xian).Seterusnya , Islam juga memberi pengaruh dalam sosial . Setelah tersebarnya Islam , tiada lagi penindasan golongan atas terhadap golongan bawahan sepertimana yang terdapat di dalam ajaran legalisme . Konsep keadilan juga telah diamalkan setelah hadirnya Islam . Dalam bidang ekonomi pula , tiada lagi penipuan dan pengambilan riba dalam berjual beli . Zaman kegemilangan Islam di Negara China terbahagi kepada empat zaman iaitu , Zaman Tang , Zaman Sung , Zaman Yuan dan Zaman Ming . Pada empat zaman ini , jumlah penduduk Islam semakin bertambah dan maju dari segi pendidikan , ekonomi , politik dan sosial . Islam telah sampai ke China pada zaman pemerintahan Dinasti Tang dan pernah mencapai kegemilangannya ketika pemerintahan Dinasti Yuan dan Dinasti Ming . Ia mengalami kemerosotan pada zaman Dinasti Manchu . Sumbangan Islam terhadap peradaban tamadun China ialah , masyarakat Cina hidup saling hormat menghormati dan tiada lagi penindasan berlaku . Konsep lapisan masyarakat juga tidak diamalkan lagi . Bahkan , konsep sama rata antara masyarakat ditekankan . Selain itu , Islam juga memberi sumbangan dalam bidang persenjataan yang dapat meningkatkan peradaban tamadun China dalam menerapkan semangat jihad dalam setiap jiwa masyarakat untuk memelihara agama dan negara . Dalam bidang persenjataan , China menggunakan teknologi dari negara arab untuk membuat sejenis meriam yang menggunakan batu besar sebgai pelurunya . Pada tahun 1273 , meriam tersebut telah memainkan peranan penting dalam sejarah China .
|
|
|
Post by wanasyraf on Dec 21, 2015 14:23:08 GMT
Nama : Wan Mohamad Asyraf bin Wan Aziz
No matrik : 2015229932(group A)
Refleksi 1
Antara pencapaian tamadun Cina dari segi
a) Kesenian ialah; iaitu muzik klasik yang melibatkan kegiatan di istana, perayaan rakyat dan peristiwa yang berkaitan dengan agama. Sementara itu, cerita fiksyen yang ditulis dalam bahasa vernakular telah dipandang tinggi stail klasiknya langsung diberi taraf sastera. Di samping itu, seni lukis yang berkait rapat dengan kaligrafi dan puisi digunakan pada zaman Dinasti Song. Senibina tamadun cina menunjukkan keinginan membuat binaan yang berharmoni dengan alam semesta. Kepercayaan fengshui jua salah satu kesenian dalam tamadun China dimana membawa maksud "Ada kejahatan dalam kebaikan dan ada kebaikan dalam kejahatan". Antara gaya kaligrafi yang sering ditemui ialah Zhuanshui yang mewakili gaya kaligrafi dari dinasti Qin, Lishu daripada dinasti Han yang diperkembangkan kepada Kaishu dan Coashu dan Xingshu.
b) Manakala dari segi kesusasteraan pula; puisi yang penuh pelbagai idea dan teknik untuk memberi contoh dan inspirasi kepada penyajak serta penulis di generasi kemudian. Contohnya Shijing yang bersama 4 klasik lain iaitu Yi Jing, Shu Jing, Liji dan Chun Qiu. Selain tu, prosa yang bertujuan untuk menyampaikan doa atau menunjukkan jalan dan cara dari segi moral dan etika.Di samping itu, sains dan teknologi yang telah wujud sejak kurun ke-15 menunjukkan kejayaan dan sumbangan tamadun islam, antaranya ialah dalam bidan astronomi, bidang bidang matematik dan banyak lagi.
Refleksi 2
Kedatangan Islam ke China berlaku pada abad ke-7 Masihi dalam zaman Khalifah Uthman Ibn Affan di tanah Arab dan zaman Dinasti Tang di China. Selain itu, Maharaja Yongwi juga menerima agama Islam lalu membina sebuah masjid di Canton. Orang Islam di China sering disebut orang Hui, kerana itulah etnik Islam yang terbesar, tetapi sebenarnya terdapat 10 kumpulan etnik. Orang Hui merupakan keturunan bangsa China yang mula-mula menerima risalah Islam dan perkahwinan campur antara pendakwah Islam dengan masyarakat setempat itulah yang kemudian digelar orang Hui. Di samping itu, berlaku perkahwinan antara orang islam dengan cina dalam Dinasti Min. Ini kerana pada waktu Dinasti Min, Islam dilarang untuk bertapak di China lalu mereka mengambil tindakan untuk mengahwini wanita cina langsung melahirkan suatu bentuk integrasi baru antara budaya islam dengan budaya kaum han. Hubungan antara Dinasti Ming dengan Kesultanan Melaka sebagai kerajaan Islam amat akrab pada abad ke-15. Beberapa kunjungan antara kedua-dua pihak telah berlangsung. Tercatat juga dalam sumber China klasik bahawa Raja Brunei yang melawat ke China mangkat di kota Nanjing dan dimakamkan di situ. Masjid Zenhi merupakan antara masjid terkenal di negara china dan telah dibina oleh Puhaddin iaitu salah seorang waris keturunan Nabi Muhammad SAW dari generasi yang ke-16.
|
|
|
Post by yusrikuddus on Dec 21, 2015 14:31:25 GMT
AHMAD YUSRI BIN ABD KUDDUS 2015229744 GROUP B DS240
REFLEKSI TAMADUN CHINA
PENCAPAIAN TAMADUN CHINA
1.kepercayaan Fengshui (lokasi dan susunan sesebuah rumah atau kubur selalunya ditetapkan oleh panduan teori Fengshui).
2.seni halus lukis
3.seni bina yang berharmoni dengan alam semesta
4.Muzik klasik yang paling lama dan paling berkembang
5.pembinaan Tembok Besar China ( 7 keajaiban dunia )
6. Kaligrafi yang tertua dan unik ( Cap , Resmi , Balok, Kursif )
7.Perubatan ( Ying dan Yang ) – akupuntur, aurikuloterapi , terapi makanan cina, perubatan herba cina dan bekam Cina.
8. Teknologi kejuruteraan hidraulik yang Berjaya mengawal banjir di Sungai Kuning.
9.Bidang Astronomi- mampu menyediakan katalog bintang, mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet.
10.Penggunaan sempoa( abacus) dalam bidang matematik
11.kesusasteraan ( Shijing –terkandung nyanyian kuil , istana dan rakyat)
12.Ciptaan – kompas , ketas , cetakan dan serbuk letupan.
PERBANDINGAN DENGAN TAMADUN ISLAM DAN INDIA.
Perbezaan tamadun Islam dan India ialah tamadun Islam mementingkan akhlak dan nilai menghormati antara satu sama lain. Selain itu, sistem hidup sama rata (tiada jurang perbezaan taraf antara orang bawahan dan atasan) dan berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah telah menjamin keamanan dan keharmonian Islam. Manakala, untuk Tamadun India, mereka hidup dalam sistem kasta di mana seorang Brahman berada pada kedudukan paling tinggi dan Sudra sebagai hamba. Tambahan, sistem ini diwarisi oleh nenek moyang dan digunakan untuk memastikan keamanan sesebuah komuniti.
KEDATANGAN ISLAM DAN PENGARUH DI CHINA
Islam datang ke China melalui rombongan (dihantar oleh Khalifah Uthman) dan diketuai oleh Saad bin Abdul Watas (bapa saudara Rasulullah S.A.W sebelah ibu).Beliau mnghadap Maharaja Yung Wei dan disambut baik olehnya.Kemudian ,pembinaan masjid di Canton meningkatkan lagi penyebaran Islam kerana adanya pusat untuk menimba ilmu dan pusat ibadah. Islam juga tersebar melalui perdagangan antara pedagang Arab dan Cina yang singgah sebentar di Tanah Melayu sempena menunggu peralihan angina monsun. Seterusnya pengislaman lebih mudah melalui perkahwinan antara pedagang Arab dan org tempatan.Islam berkembang melalui jalan laut (Teluk Parsi dan bahagian selatan Tanah Arab hingga Lautan Hindi dan ke bandar (Canton) Jalan darat(Jalan Sutera) bermula dari Timur Mediterranean hingga ke Asia Tengah, Bukhara dan Samarkand sebelum masuk ke barat laut China dan berakhir di pasar Changan dan Peking.
ZAMAN KEGEMILANGAN ISLAM DI CHINA
Kegemilangan Islam di China berlaku apabila terbentuknya beberapa buah kerajaan yang mengamalkan dasar toleransi beragama iaitu Dinasti Yuan dan Dinasti Ming .Tokoh astronomi bernama Ma Cha –ye-he dan Laksamana Cheng Ho ( Muhammad Ma HO atau Zheng He ) zaman Dinasti Ming. Terdapat juga, seni pembinaan masjid yang pelbagai rupa. Akhir sekali, seni ukir yang terdapat di Masjid pula banyak menggunakan ayat-ayat al-Quran serta corak-corak flora. . Kerajaan Islam telah memberikan sumbangan besar kepada perkembangan Islam dan tamadunnya di China dalam bidang sains dan astronomi apabila Teha Ma-Lou-Tin (Jamaluddin) berjaya mencipta takwim Wan Nien Li yang digunakan sebagai takwim rasmi kerajaan Yuan.
SUMBANGAN ISLAM TERHADAP PERADABAN TAMADUN CHINA
Islam banyak menerapkan nilai yang baik kepada Tamadun China , antaranya menghormati orang yang lebih tua dan sebagainya . Dengan kedatangan Islam , banyak masjid telah didirikan sebaga tempat untuk beribadah dan menimba ilmu.
|
|
|
Post by naquibbari on Dec 21, 2015 14:32:43 GMT
NAQUIB BIN ABDUL BARI 2015402956 DS240 (GROUP A)
REFLEKSI 1:
Antara pencapaian Tamadun China dalam bidang muzik ialah Dizi (meniup), MuYU (Genderam), Pipa (Matematik) dan Erhu (Menggesek). Selain itu, fiksyen iaitu Xiaoshou (Percakapakan kecil atau sia-sia), dan Sangou Yanyi, Honglou Meng, Shuihu Zhuan, Xiyou Ji dan Jing Ping Mei. Seni lukis juga merupakan seni yang terkenal iaitu Kaligrafi Gaya Cap, Gaya Resmi dan Gaya Balo. Di samping itu, Seni bina yang ada berkait rapat dengan alam semesta. Seterusnya terdapat tembok besar yang dibina sebagai pertahanan dari pihak musuh iaitu puak Moghul. Pengawalan banjir sungai Kuning iaitu Hwang Ho merupakan hasil dalam bidang Sains dan Teknologi Kejuruteraan hidraulik. Tamadun China juga menyediakan katalog bintang, mencatat rekod tepat gerhana dan komet.
Perbezaan yang terdapat pada Tamadun China, India dan Islam adalah dalam pencapaian dalam bidang seni bina. Seni bina pada tamadun China banyak tertumpu kepada lebih pembinaan tembok seperti Tembok besar China sebagai kubu pertahahan dan yang menjadi lambang bagi sesebuah bandar. Manakala tamadun Islam dan India seni bina lebih tertumpu binaan yang berbentuk dan tempat untuk beribadah keagamaan tempat ibadat iaitu masjid dan kuil.
REFLEKSI 2 :
Kedatangan Saad b. Abi Waqas bersama 15 orang mubaligh lain mengadap Maharaja Yung Wei pada zaman Dinasti Tang dan telah disambut baik. Berlakunya pembinaan masjid di Canton. Islam juga tersebar melalui perdagangan antara pedagang Arab dan Cina. Selain itu, pendatang Arab dan Parsi telah berkahwin dengan wanita tempatan. Berlaku proses asimilasi dengan masyarakat tempatan, maka ramai daripada mereka memeluk Islam. Agama Islam telah berkembang ke China dengan dua jalan, iaitu jalan laut dan jalan darat. Melalui jalan laut bermula dari Teluk Parsi dan bahagian selatan Semenanjung Tanah Arab hingga ke Lautan Hindi dan seterusnya ke bandar-bandar tenggara China seperti Canton. Manakala jalan darat yang dikenali sebagai Silk Road ( Jalan Sutera) bermula dari Timur Mediterranean hingga ke Asia Tengah, Bukhara dan Samarkand sebelum masuk ke barat laut China dan berakhir di pasar Changan (Xi’an) dan Peking.
Zaman kegemilangan Islam di China ialah terbentuknya beberapa buah kerajaan China yang mengamalkan dasar toleransi beragama iaitu Dinasti Yuan dan Dinasti Ming. Pembinaan masjid di Nanking sahaja terdapat 36 buah masjid. Masjid telah dijadikan sebagai pusat ibadat,pusat kegiatan ilmu dan pertemuan untuk kegiatan kemasyarakatan orang islam. Kesannya kegiatan dakwah telah berkembang dengan pesat Selain itu, Islam juga memberi sumbangan besar kepada Tamadun China dalam bidang sains dan astronomi, politik dan gaya hidup masyarakat. Sumbangan Islam di China dapat dilihat dari segi pembinaan masjid yang pelbagai rupa serta seni ukir yang terdapat di Masjid banyak menggunakan ayat-ayat al-Quran serta corak-corak flora.
|
|