|
Post by syarena96 on Dec 21, 2015 14:34:25 GMT
SYARENA BINTI MOHD SHAARI 2015664354 DS240(GROUP A)
REFLEKSI 1
PENCAPAIAN YANG DIPEROLEH OLEH TAMADUN CHINA
Antara pencapaian yang diperoleh dalam Tamadun China ialah kesenian. Kesenian ini merangkumi muzik klasik iaitu system muzik paling lama dan melibatkan kegiatan di istana. Ia terbahagi kepada beberapa kategori iaitu meniup(DiZi),genderang(MuYu),memetik(PiPa) dan menggesek(ErHu). Seterusnya ialah seni lukis. Ia berkait rapat dengan kaligrafi, puisi, lukisan potret dan landskap, dan seni ukir cap. Selanjutnya, seni binamerupakan antara pencapaian yang diperoleh. Antaranya rumah dibina mengikut kepercayaan feng shui,tembok besar china, kuil-kuil, istana di kota larangan. Tambahan pula, wujudnya system kaligrafi iaitu Gaya Cap, Resmi, Balok dan Kursif. Selain itu telah wujudnya juga puisi, prosa, dan drama. Tambahan pula, sains dan teknologi cina juga antara pencapaian yang diperoleh. Contonya, bidang astronomi, matematik, perubatan, kertas, cetakan, kompas dan serbuk letupan.
BANDING PENCAPAIAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN INDIA
Antara perbezaan tamadun Islam dan tamadun India ialah tamadun Islam mementingkan akhlak dan nila murni antara sesama manusia. Dalam Islam mereka tidak membezakan pangkat dan harta dan semua umat islam dilayan dengan sama rata. Bagi tamadun India pula, mereka mementingkan kuasa seperti, seorang Brahman yang berada di kedudukan tertinggi dan golongan Sudra yang berada dikedudukan bawah telah dilanti sebagai hamba. Sistem yang diamalkan mereka ini telah diwarisi dari nenek moyang mereka unuk memastikan keamanan sesebuah masyarakat.
REFLEKSI 2
KEDATANGAN ISLAM DAN PENGARUHNYA DI CHINA.
Di China, terdapat banyak masjid yang dibina sebagai bukti kedatangan Islam di situ. Kedatangan Islam di China adalah dimulai dengan sekumpulan rombongan yang dihantar oleh Khalifah Uthman pada 651 Masihi iaitu 20 tahun selepas kewafatan Rasulullah S.A.W. Rombongan itu diketuai oleh Saad Bin Abi Waqas iaitu bapa saudara Rasulullah S.A.W sebelah ibu baginda. Di china terdapat masjid peringatan di Canton iaitu masjid pertama yang dibina di China. Pada zaman Dinasti Tang, agama Islam diperkenalkan dan wujudnya permastautin orang Arab dan orang Parsi.
Seterusnya pengislaman lebih mudah melalui perkahwinan antara pedagang Arab dan org tempatan.Islam berkembang melalui jalan laut (Teluk Parsi dan bahagian selatan Tanah Arab hingga Lautan Hindi dan ke bandar (Canton) Jalan darat(Jalan Sutera) bermula dari Timur Mediterranean hingga ke Asia Tengah, Bukhara dan Samarkand sebelum masuk ke barat laut China dan berakhir di pasar Changan dan Peking.
ZAMAN KEGEMILANGAN ISLAM DI CHINA
Kegemilangan Islam di China terbukti dengan terbentuknya beberapa buah kerajaan yang mengamalkan dasar toleransi beragama.
Bidang sains dan astronomi Teha Ma-Lou-Tin (Jamaluddin) berjaya mencipta takwim Wan
Nien Li yang dugunakan sebagai takwim rasmi kerajaan Yuan.
Masjid dibina dengan pelbagai bentuk dan rupa dipengaruhi ciri-ciri budaya Cina. Seni ukir yang terdapat di Masjid pula banyak menggunakan ayat-ayat al-Quran serta corak-corak flora.
SUMBANGAN ISLAM TERHADAP PERADABAN TAMADUN CHINA
Terdapat banyak masjid yang dibina dan masih kekal sehingga sekarang. Masjid ini dapat menjadi tempat untuk beribadah dan tempat untuk menimba ilmu bagi umat Islam zaman sekarang. Islam juga telah menerapkan nilai yang baik di dalam tamadun China.
|
|
|
Post by nikadleena on Dec 21, 2015 14:37:10 GMT
NIK NUR ADLEENA BT NIK MOHD KAMIL 2015229638 DS240-B
REFLEKSI 2
Kedatangan Islam ke China
-Khalifah Uthman menghantar Sa'ad bin Abi Waqqas bagi menyampaikan dakwah kepada Maharaja China. -Maharaja China mengarahkan pembinaan masjid di Canton (Masjid Kenangan Nabi) -Pada kurun ke-7, Jeneral Lien Chen memberontak. -Ramai orang Arab terkorban. -Berhijrah ke Kedah akibat daripada pemberontakan
MASJID QIN ZHING
-masjid tertua di Ghuangzhou -dibina oleh masyarakat Islam Arab -Dinasti Tang -ayat al-Quran, kiblat -perkuburan orang2 Islam
PHOENIX TEMPLE
-seni bina Arab, Parsi, Iran
GRASS BRIDGE MOSQUE
-kaligrafi orang Islam Cina
MASJID XIN SHU
SANYA: *pusat bandar masyarakat Islam *masyarakat-Hui Hui, Hu Zhiang *bahasa-Hainan *masjid timur-sekolah Hui Hui Tui *cara penyebaran Islam-melalui perdagangan (orang Champa), melalui orang Arab (perkahwinan)
|
|
|
Post by 2015250356syukri on Dec 21, 2015 14:38:29 GMT
Muhammad Syukri Bin Mohd Kama 2015250356 GROUP B DS240 Refleksi 1Terdapat pelbagai pencapaian daripada tamdun China, antaranya: 1. Muzik klasik • Meniup (Dizi) • Gendering (MuYu) • Memetik (PiPa) • Menggesek (ErHu) 2. Fiksyen (Sanguo Yanyi) 3. Seni lukis 4. Puisi • Shi Jing merupakan puisi terawal. 5. Kaligrafi • Gaya cap • Gaya Resmi • Gaya Balok • Gaya Kursif 6. Seni bina • Binaan harmoni dengan alam semesta. • Kepercayaan fengshui • Tembok Besar China 7. Prosa • Prosa bersifat puisi • Prosa berima • Rapsodi • Puisi bersifat prosa • Prosa selari • Bagu Wenzhang • Prosa klasik • Prosa vernacular 8. Drama- Zaju Sains dan teknologi 1. Bidang Astronomi • Pada zaman Dinasti Chou, menyediakan katalog bintang, mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet. 2. Bidang Matematik • Penggunaan sempoa 3. Bidang perubatan • Teori kosmik dualistic, yin dan yang dan 5 elemen. • Akupunktur, aurikuloterapi, terapi makanan Cina, perubatan herba cina dan bekam Cina. 4. Astronomi Cina 5. 4 ciptaan agung • Ketas • Cetakan • Kompas • Serbuk letupan Perbezaan pencapaian tamadun Islam dan China adalah, pencapaian tamadun Islam adalah seimbang dari segi materialistic dan kerohanian berbanding tamadun China yang tidak mementingkan aspek kerohanian. Refleksi 2-Islam datang ke China melalui rombongan yang dihantar oleh Uthman bin Affan pada tahun 651M. -Maharaja China menerima dengan baik agama Islam dan memerintah pembinaan masjid pertama di Canton. -Islam juga tersebar ke China melalui perdagangan antara orang Arab dan Cina. -Perkahwinan campur juga merupakan salah satu faktor penyebaran Islam di China. -Zaman kegemilangan Islam di China adalah sewaktu zaman pemerintahan Dinasti Yuan dan Dinasti Ming yang mengamalkan dasar toleransi beragama. -Pusat Islam berkembang di China dan banyak masjid di bina. -Pengaruh Islam di China yang paling jelas adalah dalam seni bina masjid yang menerapkan corak-corak flora dan geometri serta ayat-ayat al-Quran.
|
|
|
Post by MASTURINA AMIN on Dec 21, 2015 14:45:23 GMT
MASTURINA BT MD AMIN 2015218418 DS240 GROUP A
REFLEKSI 1 PENCAPAIAN TAMADUN CHINA
1) Dari segi KESENIAN:
Muzik Klasik merupakan sistem muzik yang paling tertua dan paling maju. Muzik Klasik dimainkan untuk upacara di istana, perayaan rakyat dan peristiwa yang berkaitan dengan keagamaan sahaja. Ia diklasifikasikan kepada 4 kategori iaitu:
• Alat meniup ( DiZi ) • Alat genderang ( MuYu ) • Alat memetik ( PiPa ) • Alat menggesek ( ErHu )
Fiksyen dipandang tinggi oleh golongan terpelajar tradisional kerana cerita-cerita fiksyen ini ditulis dalam Bahasa Vernakular. Namun secara rasmi fiksyen tidak dianggap bernilai untuk diberi taraf sastera. Tambahan pula, fiksyen atau dalam Bahasa Cina ialah Xiaoshuo bermaksud percakapan yang sia-sia. Contohnya: • Sanguo Yanyi (roman tiga negara) • Houglou Meng (mimpi loteng merah) • Shuihu Zhuan (kisah pinggir air) • Xiyou Ji (perjalanan ke barat) • Jin Ping Mei (emas vas plum)
Seni Lukis mempunyai hubungan yang rapat dengan kaligrafi dan puisi . Pada zaman Dinasti Song , lahirnya ahli sarjana , pakar kaligrafi dan pelukis iaitu Su Dong Po . Selain itu , orang Cina tidak menerima lukisan yang berbentuk cantik tetapi temanya tidak memberikan manfaat dari segi keamanan dan akhlak . Hal ini membuktikan setiap lukisan juga melambangkan sesuatu yang berkaitan dengan agama. • Puisi • Kaligrafi • Lukisan Potret & Lanskap • Seni ukir cap
Seni Bina adalah bercirikan binaan yang berharmoni dengan alam semesta. Tamadun China telah membuktikan pencapaiannya dalam bidang seni bina dengan pembinaan Tembok Besar China . Tembok ini telah menjadi salah satu kewujudan dunia dan hakikatnya pembinaan ini melibatkan banyak tenaga dan perancangan yang sistematik untuk menghasilkan tembok batu yang kukuh . Pembinaan tembok ini memperlihat kemajuan China dalam pembinaan tembok menggunakan batu bata dan tanah liat. Antara tujuan pembinaannya ialah untuk mempertahankan negeri China daripada serangan puak Mongol semasa Dinasti Chou. Kaligrafi China adalah yang tertua dan budaya ini masih diamalkan sehingga kini. Selain itu , seni kaligrafi China memiliki gaya yang unik. • Gaya Cap (zhuanshu) –Dinasti Qin • Gaya Resmi (lishu) –Dinasti Han • Gaya Balok (kaishu) • Gaya Kursif (coashu & xiangshu)
2) Dari segi KESUSASTERAAN:
Puisi Cina yang terawal yang bertajuk Shijing iaitu sebuah klasik puisi . Puisi ini penuh dengan pelbagai idea dan teknik kesusasteraan yang menjadi contoh dan memberi inspirasi kepada penyajak serta penulis generasi kemudian . Hal ini membuktikan tamadun China mempunyai sifat bijak dalam bersastera dan mahir mengolah idea . Prosa Tamadun China seperti puisi purba juga mempunyai fungsi sosial dan politik. Prosa yang berkualiti harus bermanfaat dari segi moral dan etika.
• Shi Jing (Klasik Puisi) Yi Jing (Klasik Perubatan) Shu Jing (Klasik Sejarah) Liji (Rekod Ritual) Chun Qiu (Klasik Musim Bunga & Luruh) Prosa mumpunyai fungsi sosial dan politik. Sebuah prosa yang berkualiti harus bemanfaat dari segi moral dan etika. Antara tujuan penulisannya ialah untuk menyampaikan doa atau menunjukkan jalan dan cara dari segi moral dan etika. Jenis-jenis prosa ialah: • Prosa bersifat puisi • Prosa berima • Rapsodi • Puisi bersifat prosa • Prosa selari • Bagu wenzhang • Prosa klasik • Prosa vernacular Drama China yang paling menarik adalah jenis zaju. Iaitu puisi yang digubah mengikut suit muzik tertentu dan bersemarak pada zaman Yuan. Penulis menyuarakan perasaan tidak puas hati. Dengan ini zaju bukan saja untuk memberi hiburan tertapi jugak sebagai pengkritik sosial yang Berjaya mendapat consensus dan simpati penonton. Ia juga menyokong nilai-nilai China seperti: • Zhang (kesetiaan) • Xiou (penghormatan terhadap ibu bapa) • Jie (kesudian seorang wanita) • Yi (keadilan)
3) Dari segi SAINS & TEKNOLOGI:
(A) Bidang Astronomi Pada zaman Dinasti Chou, orang Cina mampu menyediakan katalog bintang , mencatat rekod tepat tentangg gerhana bulan
(A) Bidang Matematik Penggunaan sempoa ( abacus ) disebut buat pertama kali dalam karya ahli matematik Xu Yue. Jiuzang Suanshu ( sembilan bab matematik ) juga dapat dihasilkan.
(B) Bidang Perubatan Rangka teori asas bagi perubatan Cina traditional ialah teori kosmik dualistic, yin dan yang serta 5 elemen: • Akupunktur Menggunakan jarum Penyakit yang boleh dirawat: Arthritis Sakit belakang Terseliuh Urat saraf Stroke Kekejangan Asma Darah tinggi Sinusitis
• Akurikuloterapi Terapi telinga tanpa jarum Penyakit yang boleh dirawat: Menurunkan berat badan Mencegah ketagihan merokok Meringankan sakit punggung Terasa lebih tenang Tidur lebih nyenyak
• Terapi Makanan Cina • Perubatah Herba Cina • Bekam Cina ( Bekam Angin ) 4 ciptaan agung: Kertas Cetakan Kompas Serbuk letupan
PERBEZAAN PENCAPAIAN TAMADUN INDIA & TAMADUN ISLAM
Perbezaan antara tamadun dapat dilihat melalui kepercayaan . Tamadun China menghasilkan sesuatu kebanyakannya berasaskan konsep Yin yang , Konsep Konfusianisme dan Konsep Feng Shui , manakala tamadun Islam menghasilkan sesuatu berasaskan agama Islam dan mengikut al Quran dan sunnah , Tamadun India menumpukan konsep agama Buddha dalam setiap penciptaannya .
Dari segi pencapaian dalam pendidikan , Tamadun Islam pula lebih menekankan konsep tauhid yang memainkan peranan penting dalam transformasi manusia. Sebaliknya tamadun India menekankan ajaran-ajaran Buddha, transformasi sifat (character) dapat dicapai melalui proses mencari diri sendiri (self-siscovery). Dalam Tamadun China pula , masyarakat Hui ternyata sentiasa memberikan perhatian yang serius dalam bidang pendidikan agar mereka berpeluang untuk maju seiring dengan bangsa Han di peringkat kebangsaan. Oleh itu, masyarakat Hui merupakan satu-satunya kumpulan etnik minoriti yang mendapat pendidikan yang memuaskan dan sewajarnya berbanding kumpulan-kumpulan etnik minoriti yang lain. Akhir sekali ialah perbezaan Tamadun Islam dengan Tamadun China dari aspek sumbangan tamadun kepada dunia. Antara sumbangan Tamadun Islam yang terbesar ialah dalam bidang sains. Ilmu kimia yang dikembangkan oleh Gaber Ibn Hayyan telah menyumbang kepad pelbagai penemuan baru seperti teknik peleburan emas, menganalisa asid nitrik dan acetik yang tulin dan sebagainya. Pelbagai kajian dalam bidang biologi seperti botani, dan zoologi telah dijalankan. Tamadun Islam juga menyaksikan bidang Fizik dan perubatan mula berkembang pesat dengan hadirnya cendekiawan islam seperti Ibn Sina, Al-Zahrawi dan ramai lagi dimana ilmu mereka masih lagi dikaji dan dipakai hingga sekarang. Al-Khawarizmi iaitu tokoh matematik dunia juga tidak ketinggalan dalam menyumbangkan idea dalam peradaban dunia. Holistiknya, tamadun Islam telah memberibanyak sumbangan kepada dunia dalam bdang sains dan menjadi pelopor kepada perkembangan sains pada hari ini.
Banyak perbezaan dapat disenaraikan diantara 2 tamadun ini kerana tahap pemikiran, idea, persekitaran, politik dan pelbagai lagi unsur berbeza yang mempengaruhi pencapaian sesuatu tamadun tersebut. Dalam tamadun India pula , binaan tamadun India banyak berteraskan agama Hindu dan Buddha-- binaan kompleks kuil di Gua Ajanta (mempunyai 20 buah kuil) dan di Gua Ellora (mempunyai 28 buah kuil-gua); Angkor Wat dan Candi Borobudur.Element geometri (bentuk segi empat dan bulat) digunakan dalam pembinaan mereka.
REFLEKSI 2
KEDATANGAN ISLAM DAN PENGARUHNYA DI CHINA
Islam pertama kali dibawa ke China oleh sebuah rombongan yang dikirimkan oleh Uthman, Khalifah, pada 651, lebih kurang dari dua puluh tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad. Rombongan itu diketuai oleh Sa`d ibn Abī Waqqās, bapa saudara Nabi sebelah ibunya. Yung Wei, maharaja Tang yang menerima rombongan itu memerintahkan pembinaan sebuah masjid peringatan di Canton, yang merupakan masjid pertama di negara itu dibina. Zaman Dinasti Tang adalah zaman keemasan China dengan budaya kosmopolitan yang membantu memperkenalkan agama Islam. Pemastautinan orang Islam pertama di China terdiri daripada saudagar Arab dan Parsi. Di kawasan tersebut, kabilah Hui Chi menerima Islam, dan nama tersebut menjadi permulaan kepada rujukan terhadap huihui atau Hui sebagaimana yang mereka dikenali hari ini.
Pembinaan masjid-masjid di China membuktikan ajaran Islam diterima. • Masjid Niujie • Masjid Dongsi • Masjid Nandouya • Masjid Huashi • Masjid Jinshifangjie • Masjid Qianmen • Masjid Haidian • Masjid Madian • Masjid Dongzhimenwai • Masjid Anwai • Masjid Nanxiapo • Masjid Changying • Masjid Anheqiao • Masjid Fengtaizhen • Masjid Sanlihe
Seterusnya , Islam juga tersebar di China melalui penaklukan di bawah pimpinan Qutaibah bin Muslim ke atas bandar Kashgar ibu kota Turkestan Timur pada tahun 714M dan menyeru Maharaja China agar memeluk Islam . Selain itu , ada sesetengah pendakwah menyebarkan islam semasa berdagang di negeri China .Cina sebagai negeri yang aktif dalam perdagangan Internasional menyebabkan pedagang-pedagang muslim dari Arab melakukan perdagangan ke Cina sambil menyebarkan Islam di berbagai wilayah yang disinggahi. Adapun perjalanan yang dilalui dalam persebaran Islam di Cina adalah dengan melalui perjalanan darat dan laut. Perjalanan darat dimulai dari daratan Arab sampai ke bagian barat Laut Tiongkok dengan melewati Persia dan Afganistan. Jalan ini terkenal dengan nama jalan sutra atau silk road. Akibat dari interaksi-interaksi yang dilakukan mereka dengan pedagang-pedagang lain termasuk pedagang-pedagang Cina menyebabkan adanya suatu pengenalan kehidupan negeri asal pedagang-pedagang tersebut baik dari segi sosial, budaya maupun agama, termasuk pengenalan yang dilakukan pedagang-pedagang muslim mengenai Islam yang secara tidak langsung. Pedagang-pedagang Cina yang berinteraksi dengan pedagang-pedagang muslim sedikit banyaknya menerima kehadiran Islam bahkan mereka memeluk Islam sebagai agama mereka. Penyebaran Islam ini kemudian meluas hingga ke masyarakat Cina, khususnya wilayah-wilayah yang digunakan sebagai pusat perdagangan. Masyarakat Cina yang telah memeluk Islam meminta pedagang-pedagang muslim untuk mengajarkan Islam lebih banyak lagi. Antara pengaruh Islam terhadap China ialah , dalam bidang perubatan . Kaedah dan bahan perubatan Arab dibawa masuk dan digabungkan dengan ilmu perubatan China. Bahan perubatan dibawa masuk ke China pada zaman Dinasti Tang dan Dinasti Sung. Selain itu pengaruh dalam bidang pembinaan , menggabungkan elemen tempatan dan senibina Islam bertujuan untuk penyesuaian keadaan di situ. Contoh: Masjid Niukie yang berusia 700 tahun dan Masjid Huaje Lane di Sian (Xian).Seterusnya , Islam juga memberi pengaruh dalam sosial . Setelah tersebarnya Islam , tiada lagi penindasan golongan atas terhadap golongan bawahan sepertimana yang terdapat di dalam ajaran legalisme . Konsep keadilan juga telah diamalkan setelah hadirnya Islam . Dalam bidang ekonomi pula , tiada lagi penipuan dan pengambilan riba dalam berjual beli .
ZAMAN KEGEMILANGAN DI CHINA
Zaman kegemilangan Islam di Negara China terbahagi kepada empat zaman iaitu , Zaman Tang , Zaman Sung , Zaman Yuan dan Zaman Ming . Pada empat zaman ini , jumlah penduduk Islam semakin bertambah dan maju dari segi pendidikan , ekonomi , politik dan sosial . Islam telah sampai ke China pada zaman pemerintahan Dinasti Tang dan pernah mencapai kegemilangannya ketika pemerintahan Dinasti Yuan dan Dinasti Ming . Ia mengalami kemerosotan pada zaman Dinasti Manchu . Ketika Dinasti Tang berkuasa (618 – 690 dan 705 – 907), Cina tengah mencapai masa keemasan, sehingga ajaran Islam tersebar dan dikenal masyarakat Tiongkok. Berawal dari kaisar Cina pada masa Dinasti Tang yang tampaknya memiliki pengetahuan tentang nabi-nabi Islam dan Kristen, sebagaimana yang dituturkan oleh penjelajah Arab Ibn Wahab dari Basra kepada Abu Zaid sekembalinya ke Irak. Kaisar Dinasti Tang meminta bantuan Kerajaan Persia untuk mengutus pengajar-pengajar Islam ke Cina. Namun, raja Persia yakni Raja Firus menolaknya karena daratan Cina terlalu jauh untuk didatangi. Akibat dari penolakan tersebut, Kaisar Cina lah yang mengutus orang-orang Cina untuk belajar Islam di Madinah pada masa kekhalifahan Utsman Bin Affan setelah wafatnya Nabi Muhammad SAW.
SUMBANGAN ISLAM TERHADAP PERADABAN TAMADUN CHINA
1. Islam telah berjaya menawan hati orang-orang Cina. Islam telah merobah akidah lebih 60 juta orang Cina untuk menganut agama Islam. Mereka telah merobah keseluruhan sistem kepercayaan mereka kepada Islam dan meninggalkan kepercayaan lama yang karut marut. 2. Tamadun Islam juga telah merobah cara hidup dan sistem sosial orang Cina Muslim. Mereka meninggalkan arak dan tidak lagi memakan khinzir. 3. Para pedagang Muslim telah membawa agama Islam ke China. Jalan ini sebenarnya dirintis oleh Saad bin Waqqas. Mereka telah mendirikan masjid sebagai pusat ibadah orang-orang Islam. Para pedagang juga telah mendirikan masjid ketika mereka mula mendarat seperti yang terdapat di Guang Zhou. Peninggalan masjid-masjid di China merupakan peninggalan tamadun Islam yang tiada taranya. 4. Semasa Dinasti Yuan, tamadun Islam telah mencapai kemuncak kegemilangan. Tamadun Islam turut menyumbang dalam bidang matematik, perubatan dan astronomi. 5. Semasa Dinasti Ming, Laksamana Cheng Ho (Zanghe), seorang Muslim, telah berjaya membina armada kapal yang lebih besar daripada Marco Polo dan Vasco Da Gama dan berjaya mengelilingi dunia.
Sumbangan Islam terhadap peradaban tamadun China ialah , selepas kedatangan Islam, masyarakat Cina hidup saling hormat menghormati antara satu sama lain, halus dalam berkata-kata, beradab susila, dan tiada lagi penindasan berlaku . Konsep lapisan masyarakat yang mementingkan darjat sebagai golongan yang tinggi juga tidak diamalkan lagi . Bahkan , konsep sama rata antara masyarakat ditekankan iaitu golongan miskin dibantu, dihormati, dipandang mulia serta tidak lagi dihina dan disisihkan . Selain itu , Islam juga memberi sumbangan dalam bidang persenjataan yang dapat meningkatkan peradaban tamadun China dalam menerapkan semangat jihad dalam setiap jiwa masyarakat untuk memelihara agama dan negara . Dalam bidang persenjataan , China menggunakan teknologi dari negara arab untuk membuat sejenis meriam yang menggunakan batu besar sebagai pelurunya . Pada tahun 1273 , meriam tersebut telah memainkan peranan penting dalam sejarah China.
|
|
|
Post by annissa on Dec 21, 2015 14:53:24 GMT
ANNISSA AZFA BINTI ANUWA 2015418906 DS240 GROUP A
REFLEKSI TAMADUN 1
1) PENCAPAIAN TAMADUN CHINA
Kesenian
o Muzik klasik - sistem muzik paling lama dan berkembang
- melibatkan kegiatan istana dan perayaan rakyat
- kategori : memetik ( Pipa ) , menggesek ( Erhu )
o Fiksyen - bermaksud percakapan kecil atau sia sia
- tidak setanding dengan puisi atau prosa
o Seni lukis – berkait dengan kaligrafi dan puisi secara kombinasi
o Kaligrafi – dilukis menggunakan dakwat monokrom
Aktiviti semasa lapang bagi golongan atasan
Kaishu, Xingshu, Lishu
o Seni bina – ciri utama : bahan binaan berharmoni dengan alam semesta
Tembok besar China (pada zaman Dinasti Chin) untuk mempertahankan negara, memagari kuil dan istana
o Fengshui – digunakan dalam menentukan lokasi dan susunan dalam rumah atau kubur
Kesuasteraan
o Puisi – Shijing (Klasik Puisi) 305 nnyanyian kuil, istana dan rakyat
o Prosa – mempunyai fungsi sosial dan politik
Bertujuan untuk menyampaikan ‘Dao’ / menunjukkan jalan dan cara moral atau beretika dalam kehidupan
o Drama – jenis Zaju (paling menarik)
Puisi yang digubah mengikut suit muzik
Sebagai hiburan dan pengkritik sosial
o Sains dan teknologi
– Astronomi : katalog bintang, catatan tentang gerhana dan komet
- Matematik : penggunaan abacus, 9 bab Matematik
- Perubatan : asas perubatan cina tradisional, teori kosmik dualistik, yin dan yang, dan 5 elemen. Contoh ; akuapuntur, bekam cina dan terapi makanan cina
2) PERBANDINGAN ANTARA TAMADUN CINA DENGAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN INDIA
Tamadun Islam – ikatan masyarakat bukan setakat sesama kerabat tetapi sesama agama dan sesama manusia (orang Islam dan bukan Islam)
Mementingkan ikatan kasih sayang, bertolak ansur ketika berhubungan dalam masyarakat- mementingkan golongan lelaki dan wanita – sama rata
( egalitarian)
Tidak wujud kelas hamba – semua manusia sama – takwa yang membezakan
Tamadun Cina – pembentukan masyarakat banyak dipengaruhi sistem kekeluargaan mereka - kuasa bapa atau lelaki adalah penting
Sistem kekerabatan berasaskan hubungan darah penting dalam pembentukan masyarakat Cina – sistem kelas dalam amsyarakat ditentukan oleh tahap pendidikan & kemahiran
Tamadun India – masyarakat juga memainkan peranan penting – berbeza dengan tamadun lain – masyarakat mempunyai peraturan-peraturan yang ketat
Sistem sosial dalam masyarakat – sistem kasta yang rigid – penentuan kasta diwarisi oleh nenek moyang
Zaman awal perkembangan Tamadun India – sistem kasta tentukan pekerjaan dan layanan kepada individu – pengaruhi semua aktiviti
Konsep dharma diberikan penekanan penting dalam hubungan sesama anggota dalam masyarakat
REFLEKSI 2
1) Kedatangan Islam Ke China
Agama Islam telah berkembang ke China dengan dua jalan, iaitu jalan laut dan jalan darat. Melalui jalan laut bermula dari Teluk Parsi dan bahagian selatan Semenanjung Tanah Arab hingga ke Lautan Hindi dan seterusnya ke bandar-bandar tenggara China seperti Canton.
Manakala jalan darat yang dikenali sebagai Silk Road ( Jalan Sutera) bermula dari Timur Mediterranean hingga ke Asia Tengah, Bukhara dan Samarkand sebelum masuk ke barat laut China dan berakhir di pasar Changan (Xi’an) dan Peking.
Pendatang Arab dan Parsi :
Pada peringkat awal iaitu pada abad ke 7M, masyarakat Islam di China terdiri daripada para pendatang Arab dan Parsi.
Tujuan asalnya ialah berdagang sambil menyebarkan Islam.
Perluasan kuasa ke Asia Tengah :
Perluasan kuasa ke kawasan Asia Tengah seperti Samarkhand, Bukhara, di wilayah Sinkiang mempercepatkan penyebaran Islam ke China.
Hubungan diplomatik juga dijalinkan diantara masyarakat muslim di Singkiang dengan Maharaja China.
Asimilasi :
Setelah itu pendatang Arab dan Parsi telah berkahwin dengan wanita tempatan. Berlaku proses asimilasi dengan masyarakat tempatan, maka ramai daripada mereka memeluk Islam.
Pada tahun 878M telah terdapat seramai 120,000 orang asing khususnya Arab Islam di Cina. Pada zaman akhir Dinasti Yuan penduduk Islam dianggarkan 4,000,000 orang.
2) ZAMAN KEGEMILANGAN ISLAM DI CHINA DAN SUMBANGANNYA
Peluasan kawasan Islam berlaku ketika di zaman Khalifah Al-Walid bin Abdul malik. Panglima Islam yang bertanggungjawab menyebarkan Islam ke Timur hingga ke sempadan Negara China adalah Qutaibah bin Muslim. Akibat daripada penguasaan Islam ke Timur dan kekalahan tentera China di sungai Talas, maka ini telah menghalang kerajaan China pada ketika pemerintahan di bawah Dinasti Tang daripada mengekalkan kuasa di Asia Tengah.
Kemasukan Islam ke China memberikan banyak sumbangan besar kepada Tamadun China khususnya dari segi pendidikan dan kesenian serta kebudayaan. Apabila Islam menjadi kuat dan berpengaruh, akhirnya terbentuk beberapa buah kerajaan di China yang mengamalkan dasar toleransi beragama seperti Dinasti Yuan dan Dinasti Ming. Ramai ilmuan Islam dibawa masuk untuk berkhidmat sebagai pentadbir, pakar kewangan, arkitek, ahli sains dan matematik, serta ahli kaji bintang dan juga sasterawan.
Antara sumbangan Islam dari segi pendidikan di China adalah dalam bidang sains dan astronomi, bila mana Teha Ma-Lou-Tin (Jamaluddin) berjaya mencipta takwim Wan Nien Li yang digunakan sebagai takwim rasmi kerajaan Yuan. Begitu juga tokoh astronomi bernama Ma Cha-ye-he dan Laksamana Cheng Ho (Muhammad Ma HO / Zheng He) pada zaman dinasti Ming.
Selain itu, antara sumbangan lain kepada tamadun China dari segi pendidikan ialah ilmu matematik dan geografi. Tidak ramai yang tahu tentang sejarah perkembangan matematik Islam, malah hampir dilupakan terus dari sejarah kerana kelebihan telah diberikan dengan meluas kepada sarjana-sarjana Barat sahaja. Namun beberapa penemuan matematik moden yang merupakan sumbangan cemerlang ahli-ahli matematik, antaranya Al-Khawarizmie dan Al-Biruni. Mereka memperkenalkan system nombor, aritmetrik dan teori nombor, system Aljabar (algebra), trigonometri, geometrid an kaedah deduksi, geometri analisis dan juga kaedah berangka.
|
|
|
Post by MASTURINA AMIN on Dec 21, 2015 14:57:31 GMT
MASTURINA BT MD AMIN 2015218418 DS240 GROUP A
REFLEKSI 1
PENCAPAIAN TAMADUN CHINA
1) Dari segi KESENIAN:
Muzik Klasik merupakan sistem muzik yang paling tertua dan paling maju. Muzik Klasik dimainkan untuk upacara di istana, perayaan rakyat dan peristiwa yang berkaitan dengan keagamaan sahaja. Ia diklasifikasikan kepada 4 kategori iaitu:
• Alat meniup ( DiZi ) • Alat genderang ( MuYu ) • Alat memetik ( PiPa ) • Alat menggesek ( ErHu )
Fiksyen dipandang tinggi oleh golongan terpelajar tradisional kerana cerita-cerita fiksyen ini ditulis dalam Bahasa Vernakular. Namun secara rasmi fiksyen tidak dianggap bernilai untuk diberi taraf sastera. Tambahan pula, fiksyen atau dalam Bahasa Cina ialah Xiaoshuo bermaksud percakapan yang sia-sia. Contohnya:
• Sanguo Yanyi (roman tiga negara) • Houglou Meng (mimpi loteng merah) • Shuihu Zhuan (kisah pinggir air) • Xiyou Ji (perjalanan ke barat) • Jin Ping Mei (emas vas plum)
Seni Lukis mempunyai hubungan yang rapat dengan kaligrafi dan puisi . Pada zaman Dinasti Song , lahirnya ahli sarjana , pakar kaligrafi dan pelukis iaitu Su Dong Po . Selain itu , orang Cina tidak menerima lukisan yang berbentuk cantik tetapi temanya tidak memberikan manfaat dari segi keamanan dan akhlak . Hal ini membuktikan setiap lukisan juga melambangkan sesuatu yang berkaitan dengan agama.
• Puisi • Kaligrafi • Lukisan Potret & Lanskap • Seni ukir cap
Seni Bina adalah bercirikan binaan yang berharmoni dengan alam semesta. Tamadun China telah membuktikan pencapaiannya dalam bidang seni bina dengan pembinaan Tembok Besar China . Tembok ini telah menjadi salah satu kewujudan dunia dan hakikatnya pembinaan ini melibatkan banyak tenaga dan perancangan yang sistematik untuk menghasilkan tembok batu yang kukuh . Pembinaan tembok ini memperlihat kemajuan China dalam pembinaan tembok menggunakan batu bata dan tanah liat. Antara tujuan pembinaannya ialah untuk mempertahankan negeri China daripada serangan puak Mongol semasa Dinasti Chou. Kaligrafi China adalah yang tertua dan budaya ini masih diamalkan sehingga kini. Selain itu , seni kaligrafi China memiliki gaya yang unik. • Gaya Cap (zhuanshu) –Dinasti Qin • Gaya Resmi (lishu) –Dinasti Han • Gaya Balok (kaishu) • Gaya Kursif (coashu & xiangshu)
2) Dari segi KESUSASTERAAN:
Puisi Cina yang terawal yang bertajuk Shijing iaitu sebuah klasik puisi . Puisi ini penuh dengan pelbagai idea dan teknik kesusasteraan yang menjadi contoh dan memberi inspirasi kepada penyajak serta penulis generasi kemudian . Hal ini membuktikan tamadun China mempunyai sifat bijak dalam bersastera dan mahir mengolah idea . Prosa Tamadun China seperti puisi purba juga mempunyai fungsi sosial dan politik. Prosa yang berkualiti harus bermanfaat dari segi moral dan etika.
• Shi Jing (Klasik Puisi) Yi Jing (Klasik Perubatan) Shu Jing (Klasik Sejarah) Liji (Rekod Ritual) Chun Qiu (Klasik Musim Bunga & Luruh)
Prosa mumpunyai fungsi sosial dan politik. Sebuah prosa yang berkualiti harus bemanfaat dari segi moral dan etika. Antara tujuan penulisannya ialah untuk menyampaikan doa atau menunjukkan jalan dan cara dari segi moral dan etika. Jenis-jenis prosa ialah:
• Prosa bersifat puisi • Prosa berima • Rapsodi • Puisi bersifat prosa • Prosa selari • Bagu wenzhang • Prosa klasik • Prosa vernacular
Drama China yang paling menarik adalah jenis zaju. Iaitu puisi yang digubah mengikut suit muzik tertentu dan bersemarak pada zaman Yuan. Penulis menyuarakan perasaan tidak puas hati. Dengan ini zaju bukan saja untuk memberi hiburan tertapi jugak sebagai pengkritik sosial yang Berjaya mendapat consensus dan simpati penonton. Ia juga menyokong nilai-nilai China seperti:
• Zhang (kesetiaan) • Xiou (penghormatan terhadap ibu bapa) • Jie (kesudian seorang wanita) • Yi (keadilan)
3) Dari segi SAINS & TEKNOLOGI:
(A) Bidang Astronomi Pada zaman Dinasti Chou, orang Cina mampu menyediakan katalog bintang , mencatat rekod tepat tentangg gerhana bulan
(A) Bidang Matematik Penggunaan sempoa ( abacus ) disebut buat pertama kali dalam karya ahli matematik Xu Yue. Jiuzang Suanshu ( sembilan bab matematik ) juga dapat dihasilkan.
(B) Bidang Perubatan Rangka teori asas bagi perubatan Cina traditional ialah teori kosmik dualistic, yin dan yang serta 5 elemen: • Akupunktur Menggunakan jarum Penyakit yang boleh dirawat: Arthritis Sakit belakang Terseliuh Urat saraf Stroke Kekejangan Asma Darah tinggi Sinusitis
• Akurikuloterapi Terapi telinga tanpa jarum Penyakit yang boleh dirawat: Menurunkan berat badan Mencegah ketagihan merokok Meringankan sakit punggung Terasa lebih tenang Tidur lebih nyenyak
• Terapi Makanan Cina • Perubatah Herba Cina • Bekam Cina ( Bekam Angin ) 4 ciptaan agung: Kertas Cetakan Kompas Serbuk letupan
PERBEZAAN PENCAPAIAN TAMADUN INDIA & TAMADUN ISLAM
Perbezaan antara tamadun dapat dilihat melalui kepercayaan . Tamadun China menghasilkan sesuatu kebanyakannya berasaskan konsep Yin yang , Konsep Konfusianisme dan Konsep Feng Shui , manakala tamadun Islam menghasilkan sesuatu berasaskan agama Islam dan mengikut al Quran dan sunnah , Tamadun India menumpukan konsep agama Buddha dalam setiap penciptaannya .
Dari segi pencapaian dalam pendidikan , Tamadun Islam pula lebih menekankan konsep tauhid yang memainkan peranan penting dalam transformasi manusia. Sebaliknya tamadun India menekankan ajaran-ajaran Buddha, transformasi sifat (character) dapat dicapai melalui proses mencari diri sendiri (self-siscovery). Dalam Tamadun China pula , masyarakat Hui ternyata sentiasa memberikan perhatian yang serius dalam bidang pendidikan agar mereka berpeluang untuk maju seiring dengan bangsa Han di peringkat kebangsaan. Oleh itu, masyarakat Hui merupakan satu-satunya kumpulan etnik minoriti yang mendapat pendidikan yang memuaskan dan sewajarnya berbanding kumpulan-kumpulan etnik minoriti yang lain. Akhir sekali ialah perbezaan Tamadun Islam dengan Tamadun China dari aspek sumbangan tamadun kepada dunia. Antara sumbangan Tamadun Islam yang terbesar ialah dalam bidang sains. Ilmu kimia yang dikembangkan oleh Gaber Ibn Hayyan telah menyumbang kepad pelbagai penemuan baru seperti teknik peleburan emas, menganalisa asid nitrik dan acetik yang tulin dan sebagainya. Pelbagai kajian dalam bidang biologi seperti botani, dan zoologi telah dijalankan. Tamadun Islam juga menyaksikan bidang Fizik dan perubatan mula berkembang pesat dengan hadirnya cendekiawan islam seperti Ibn Sina, Al-Zahrawi dan ramai lagi dimana ilmu mereka masih lagi dikaji dan dipakai hingga sekarang. Al-Khawarizmi iaitu tokoh matematik dunia juga tidak ketinggalan dalam menyumbangkan idea dalam peradaban dunia. Holistiknya, tamadun Islam telah memberibanyak sumbangan kepada dunia dalam bdang sains dan menjadi pelopor kepada perkembangan sains pada hari ini.
Banyak perbezaan dapat disenaraikan diantara 2 tamadun ini kerana tahap pemikiran, idea, persekitaran, politik dan pelbagai lagi unsur berbeza yang mempengaruhi pencapaian sesuatu tamadun tersebut. Dalam tamadun India pula , binaan tamadun India banyak berteraskan agama Hindu dan Buddha-- binaan kompleks kuil di Gua Ajanta (mempunyai 20 buah kuil) dan di Gua Ellora (mempunyai 28 buah kuil-gua); Angkor Wat dan Candi Borobudur.Element geometri (bentuk segi empat dan bulat) digunakan dalam pembinaan mereka.
REFLEKSI 2
KEDATANGAN ISLAM DAN PENGARUHNYA DI CHINA
Islam pertama kali dibawa ke China oleh sebuah rombongan yang dikirimkan oleh Uthman, Khalifah, pada 651, lebih kurang dari dua puluh tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad. Rombongan itu diketuai oleh Sa`d ibn Abī Waqqās, bapa saudara Nabi sebelah ibunya. Yung Wei, maharaja Tang yang menerima rombongan itu memerintahkan pembinaan sebuah masjid peringatan di Canton, yang merupakan masjid pertama di negara itu dibina. Zaman Dinasti Tang adalah zaman keemasan China dengan budaya kosmopolitan yang membantu memperkenalkan agama Islam. Pemastautinan orang Islam pertama di China terdiri daripada saudagar Arab dan Parsi. Di kawasan tersebut, kabilah Hui Chi menerima Islam, dan nama tersebut menjadi permulaan kepada rujukan terhadap huihui atau Hui sebagaimana yang mereka dikenali hari ini.
Pembinaan masjid-masjid di China membuktikan ajaran Islam diterima.
• Masjid Niujie • Masjid Dongsi • Masjid Nandouya • Masjid Huashi • Masjid Jinshifangjie • Masjid Qianmen • Masjid Haidian • Masjid Madian • Masjid Dongzhimenwai • Masjid Anwai • Masjid Nanxiapo • Masjid Changying • Masjid Anheqiao • Masjid Fengtaizhen • Masjid Sanlihe
Seterusnya , Islam juga tersebar di China melalui penaklukan di bawah pimpinan Qutaibah bin Muslim ke atas bandar Kashgar ibu kota Turkestan Timur pada tahun 714M dan menyeru Maharaja China agar memeluk Islam . Selain itu , ada sesetengah pendakwah menyebarkan islam semasa berdagang di negeri China .Cina sebagai negeri yang aktif dalam perdagangan Internasional menyebabkan pedagang-pedagang muslim dari Arab melakukan perdagangan ke Cina sambil menyebarkan Islam di berbagai wilayah yang disinggahi. Adapun perjalanan yang dilalui dalam persebaran Islam di Cina adalah dengan melalui perjalanan darat dan laut. Perjalanan darat dimulai dari daratan Arab sampai ke bagian barat Laut Tiongkok dengan melewati Persia dan Afganistan. Jalan ini terkenal dengan nama jalan sutra atau silk road. Akibat dari interaksi-interaksi yang dilakukan mereka dengan pedagang-pedagang lain termasuk pedagang-pedagang Cina menyebabkan adanya suatu pengenalan kehidupan negeri asal pedagang-pedagang tersebut baik dari segi sosial, budaya maupun agama, termasuk pengenalan yang dilakukan pedagang-pedagang muslim mengenai Islam yang secara tidak langsung. Pedagang-pedagang Cina yang berinteraksi dengan pedagang-pedagang muslim sedikit banyaknya menerima kehadiran Islam bahkan mereka memeluk Islam sebagai agama mereka. Penyebaran Islam ini kemudian meluas hingga ke masyarakat Cina, khususnya wilayah-wilayah yang digunakan sebagai pusat perdagangan. Masyarakat Cina yang telah memeluk Islam meminta pedagang-pedagang muslim untuk mengajarkan Islam lebih banyak lagi.
Antara pengaruh Islam terhadap China ialah , dalam bidang perubatan . Kaedah dan bahan perubatan Arab dibawa masuk dan digabungkan dengan ilmu perubatan China. Bahan perubatan dibawa masuk ke China pada zaman Dinasti Tang dan Dinasti Sung. Selain itu pengaruh dalam bidang pembinaan , menggabungkan elemen tempatan dan senibina Islam bertujuan untuk penyesuaian keadaan di situ. Contoh: Masjid Niukie yang berusia 700 tahun dan Masjid Huaje Lane di Sian (Xian).Seterusnya , Islam juga memberi pengaruh dalam sosial . Setelah tersebarnya Islam , tiada lagi penindasan golongan atas terhadap golongan bawahan sepertimana yang terdapat di dalam ajaran legalisme . Konsep keadilan juga telah diamalkan setelah hadirnya Islam . Dalam bidang ekonomi pula , tiada lagi penipuan dan pengambilan riba dalam berjual beli .
ZAMAN KEGEMILANGAN DI CHINA
Zaman kegemilangan Islam di Negara China terbahagi kepada empat zaman iaitu , Zaman Tang , Zaman Sung , Zaman Yuan dan Zaman Ming . Pada empat zaman ini , jumlah penduduk Islam semakin bertambah dan maju dari segi pendidikan , ekonomi , politik dan sosial . Islam telah sampai ke China pada zaman pemerintahan Dinasti Tang dan pernah mencapai kegemilangannya ketika pemerintahan Dinasti Yuan dan Dinasti Ming . Ia mengalami kemerosotan pada zaman Dinasti Manchu . Ketika Dinasti Tang berkuasa (618 – 690 dan 705 – 907), Cina tengah mencapai masa keemasan, sehingga ajaran Islam tersebar dan dikenal masyarakat Tiongkok. Berawal dari kaisar Cina pada masa Dinasti Tang yang tampaknya memiliki pengetahuan tentang nabi-nabi Islam dan Kristen, sebagaimana yang dituturkan oleh penjelajah Arab Ibn Wahab dari Basra kepada Abu Zaid sekembalinya ke Irak. Kaisar Dinasti Tang meminta bantuan Kerajaan Persia untuk mengutus pengajar-pengajar Islam ke Cina. Namun, raja Persia yakni Raja Firus menolaknya karena daratan Cina terlalu jauh untuk didatangi. Akibat dari penolakan tersebut, Kaisar Cina lah yang mengutus orang-orang Cina untuk belajar Islam di Madinah pada masa kekhalifahan Utsman Bin Affan setelah wafatnya Nabi Muhammad SAW.
SUMBANGAN ISLAM TERHADAP PERADABAN TAMADUN CHINA
1. Islam telah berjaya menawan hati orang-orang Cina. Islam telah merobah akidah lebih 60 juta orang Cina untuk menganut agama Islam. Mereka telah merobah keseluruhan sistem kepercayaan mereka kepada Islam dan meninggalkan kepercayaan lama yang karut marut. 2. Tamadun Islam juga telah merobah cara hidup dan sistem sosial orang Cina Muslim. Mereka meninggalkan arak dan tidak lagi memakan khinzir. 3. Para pedagang Muslim telah membawa agama Islam ke China. Jalan ini sebenarnya dirintis oleh Saad bin Waqqas. Mereka telah mendirikan masjid sebagai pusat ibadah orang-orang Islam. Para pedagang juga telah mendirikan masjid ketika mereka mula mendarat seperti yang terdapat di Guang Zhou. Peninggalan masjid-masjid di China merupakan peninggalan tamadun Islam yang tiada taranya. 4. Semasa Dinasti Yuan, tamadun Islam telah mencapai kemuncak kegemilangan. Tamadun Islam turut menyumbang dalam bidang matematik, perubatan dan astronomi. 5. Semasa Dinasti Ming, Laksamana Cheng Ho (Zanghe), seorang Muslim, telah berjaya membina armada kapal yang lebih besar daripada Marco Polo dan Vasco Da Gama dan berjaya mengelilingi dunia.
Sumbangan Islam terhadap peradaban tamadun China ialah , selepas kedatangan Islam, masyarakat Cina hidup saling hormat menghormati antara satu sama lain, halus dalam berkata-kata, beradab susila, dan tiada lagi penindasan berlaku . Konsep lapisan masyarakat yang mementingkan darjat sebagai golongan yang tinggi juga tidak diamalkan lagi . Bahkan , konsep sama rata antara masyarakat ditekankan iaitu golongan miskin dibantu, dihormati, dipandang mulia serta tidak lagi dihina dan disisihkan . Selain itu , Islam juga memberi sumbangan dalam bidang persenjataan yang dapat meningkatkan peradaban tamadun China dalam menerapkan semangat jihad dalam setiap jiwa masyarakat untuk memelihara agama dan negara . Dalam bidang persenjataan , China menggunakan teknologi dari negara arab untuk membuat sejenis meriam yang menggunakan batu besar sebagai pelurunya . Pada tahun 1273 , meriam tersebut telah memainkan peranan penting dalam sejarah China.
|
|
|
Post by irfanmaruan on Dec 21, 2015 15:01:21 GMT
MUHAMMAD IRFAN BIN MARUAN 2015250296 DS240 GROUP A
REFLEKSI 1
Antara pencapaian tamadun Cina dari segi
1) Kesenian iaitu muzik klasik yang melibatkan kegiatan di istana, perayaan rakyat dan peristiwa yang berkaitan dengan agama. Selain itu, cerita fiksyen yang ditulis dalam bahasa vernakular telah dipandang tinggi stail klasiknya langsung diberi taraf sastera. Di samping itu, seni lukis yang berkait rapat dengan kaligrafi dan puisi digunakan pada zaman Dinasti Song. Senibina tamadun cina menunjukkan keinginan membuat binaan yang berharmoni dengan alam semesta. Kepercayaan fengshui jua salah satu kesenian dalam tamadun China dimana membawa maksud "Ada kejahatan dalam kebaikan dan ada kebaikan dalam kejahatan". Antara gaya kaligrafi yang sering ditemui ialah Zhuanshui yang mewakili gaya kaligrafi dari dinasti Qin, Lishu daripada dinasti Han yang diperkembangkan kepada Kaishu dan Coashu dan Xingshu.
2) Manakala dari segi kesusasteraan pula; puisi yang penuh pelbagai idea dan teknik untuk memberi contoh dan inspirasi kepada penyajak serta penulis di generasi kemudian. Contohnya Shijing yang bersama 4 klasik lain iaitu Yi Jing, Shu Jing, Liji dan Chun Qiu. Selain tu, prosa yang bertujuan untuk menyampaikan doa atau menunjukkan jalan dan cara dari segi moral dan etika.Di samping itu, sains dan teknologi yang telah wujud sejak kurun ke-15 menunjukkan kejayaan dan sumbangan tamadun islam, antaranya ialah dalam bidan astronomi, bidang bidang matematik dan banyak lagi.
REFLEKSI 2
Kedatangan Islam ke Cina adalah melalui rombongan (kirim oleh Khalifah Uthman) pada 651M dan diketuai oleh Saad bin Abdul Watas. Saad telah menghadap Maharaja Yung Wei dan disambut baik. Selain itu, melalui perdagangan antara pedagang Arab dan Cina dimana berlaku perkahwinan campur.
Kegemilangan Islam di China terbukti dengan terbentuknya beberapa buah kerajaan yang mengamalkan dasar toleransi beragama.
Bidang sains dan astronomi Teha Ma-Lou-Tin (Jamaluddin) berjaya mencipta takwim Wan
Nien Li yang dugunakan sebagai takwim rasmi kerajaan Yuan.
Masjid dibina dengan pelbagai bentuk dan rupa dipengaruhi ciri-ciri budaya Cina. Seni ukir yang terdapat di Masjid pula banyak menggunakan ayat-ayat al-Quran serta corak-corak flora.
|
|
|
Post by farizasabri on Dec 21, 2015 15:05:28 GMT
NUR FARIZA ZAHIRAH BINTI SABRI 2015428828 GROUP B REFLEKSI 1Antara pencapaian Tamadun China yang dapat dilihat ialah dalam bidang kesenian terutamanya muzik. Muzik klasik ialah antara sistem muzik yang paling laam dan paling berkembang. Antara contoh muzik klasik ialah - meniup ( contoh : DiZi )
- genderang ( contoh : MuYu )
- memetik ( contoh : PiPa )
- menggesek ( contoh : ErHu )
Fiksyen juga telah diwujudkan dalam Tamadun China namun disebabkan cerita fiksyen ditulis dalam bahasa vernakular maka golongan terpelajar tradisional yang memandang tinggi stail klasik secara rasmi tidak menganggap fiksyen sebagai bernilai untuk diberi taraf sastera. Istila Cina yang merujuk genre ini ialah Xiaoshuo yang bermaksud percakapan kecil atau percakapan sia-sia. Antara contoh fiksyen ialah :
- Sanguo Yangyi ( roman tiga negara )
- Honglou Meng ( mimpi lonteng merah )
- Shuihu Zhuan ( kisah pinggir air )
- Xiyou Ji ( perjalanan ke barat )
- Jin Ping Mei ( emas vas plum )
Antara pencapaian Tamadun China yang lain ialah dalam bidang seni lukis. Antara seni lukis yang ada ialah : - Puisi
- Kaligrafi
- Lukisan potret & lanskap
- Seni ukir cap
Tamadun China terkenal dengan pembinaan Tembok Besar yang dibina semasa Dinasti Chin. Tembok Besar dibina dari tembok batu untuk memperlihatkan kemajuan dalam membuat tembok-tembok. China maju dalam beberapa bidang seperti : - bidang astronomi
- bidang matematik
- bidang perubatan
REFLEKSI 2
Agama Islam dibawa ke China oleh rombongan yang dikirim oleh kalifah Uthman pada tahun 625 Masihi yang diketuai oleh Saad bin Abdul Waqas. Maharaja Yung Wei menerima dengan baik agama Islam dan memerintah pembinaan masjid pertama di China. Zaman Dinasti Tang adalah zaman keemasan China dengan budaya kosmopolitan yang membantu memperkenalkan agama Islam. Antara faktor penyebaran Islam di China ialah disebabkan perkahwinan campur.
Zaman kegemilangan Islam di China berlaku dalam era dinasti Ming. Sewaktu pemerintah Maharaja Cu Yaung Cang, orang-orang Islam tidak dibenarkan datang dan bermastautin di negara China. Hal ini menyebabkan orang Islam mengambil tindakan dengan mengahwini wanita cina.
|
|
|
Post by safwanelias on Dec 21, 2015 15:10:30 GMT
AHMAD SAFWAN BIN MOHD ELIAS 2015666816 GROUP - DS240A
TAMADUN CHINA
REFLEKSI 1.
Antara pencapaian Tamadun China dalam bidang muzik ialah Dizi (meniup), MuYU (Genderam), Pipa (Matematik) dan Erhu (Menggesek). Selain itu, fiksyen iaitu Xiaoshou (Percakapakan kecil atau sia-sia), dan Sangou Yanyi, Honglou Meng, Shuihu Zhuan, Xiyou Ji dan Jing Ping Mei. Seni lukis juga merupakan seni yang terkenal iaitu Kaligrafi Gaya Cap, Gaya Resmi dan Gaya Balo. Di samping itu, Seni bina yang ada berkait rapat dengan alam semesta. Seterusnya terdapat tembok besar yang dibina sebagai pertahanan dari pihak musuh iaitu puak Moghul. Pengawalan banjir sungai Kuning iaitu Hwang Ho merupakan hasil dalam bidang Sains dan Teknologi Kejuruteraan hidraulik. Tamadun China juga menyediakan katalog bintang, mencatat rekod tepat gerhana dan komet. Perbezaan yang terdapat pada Tamadun China, India dan Islam adalah dalam pencapaian dalam bidang seni bina. Seni bina pada tamadun China banyak tertumpu kepada lebih pembinaan tembok seperti Tembok besar China sebagai kubu pertahahan dan yang menjadi lambang bagi sesebuah bandar. Manakala tamadun Islam dan India seni bina lebih tertumpu binaan yang berbentuk dan tempat untuk beribadah keagamaan tempat ibadat iaitu masjid dan kuil.
REFLEKSI 2.
Pada zaman Dinasti Tang,Saidina Uthman bin Affan menghantar Said bin Abi Waqas untuk menghadap dan menyampaikan dakwah kepada Maharaja China dan disambut baik oleh Maharaja Yung Wei. Hasil lawatan terbinanya masjid Canton. Pedagangan juga antara faktor pengebaran Islam ialah perdagangan antara pedagang Arab dan padagang Cina. Islam berkembang melalui jalan laut dan jalan darat. Jalan laut bermula dari Teluk Parsi dan bahagian selatan Semenanjung Tanah Arab hingga ke Lautan Hindi dan seterusnya ke bandar-bandar tenggara China seperti Canton.Jalan darat yang dikenali sebagai Silk Road ( Jalan Sutera) bermula dari Timur Mediterranean hingga ke Asia Tengah, Bukhara dan Samarkand sebelum masuk ke barat laut China dan berakhir di pasar Changan (Xi’an) dan Pe Perkahwinan campur seperti pedagang Arab berkahwin dengan wanita- wanita Han dan pengekalan budaya. Zaman kegemilangan Islam di China ialah terbentuknya beberapa buah kerajaan China yang mengamalkan dasar toleransi beragama iaitu Dinasti Yuan dan Dinasti Ming. Pembinaan masjid di Nanking sahaja terdapat 36 buah masjid. Masjid telah dijadikan sebagai pusat ibadat,pusat kegiatan ilmu dan pertemuan untuk kegiatan kemasyarakatan orang islam. Kesannya kegiatan dakwah telah berkembang dengan pesat Selain itu, Islam juga memberi sumbangan besar kepada Tamadun China dalam bidang sains dan astronomi, politik dan gaya hidup masyarakat. Sumbangan Islam di China dapat dilihat dari segi pembinaan masjid yang pelbagai rupa serta seni ukir yang terdapat di Masjid banyak menggunakan ayat-ayat al-Quran serta corak-corak flora.
|
|
|
Post by qilazainuri on Dec 21, 2015 15:12:49 GMT
NUR AQILAH BINTI MOHAMMAD ZAINURI 2015430328 DS240 (GROUP A) Refleksi 1
Bincangkan pencapaian yang diperolehi dalam tamadun China. Antara pencapaian yang diperolehi dalam tamadun China adalah dari segi kesenian. Yang pertama adalah muzik klasik. Muzik klasik ini merupakan muzik yang paling lama dan paling berkembang dalam tamadun ini. Muzik klasik ini juga dapat menarik perhatian seorang tokoh iaitu Konfusius. Beliau telah menimbulkan teori muzik yang lebih khusus bagi tamadun ini. Seterusnya, cerita fiksyen dalam tamadun China tidak diberi taraf oleh golongan terpelajar tradisional kerana ditulis dalam bahasa vernakular. Selain itu, tamadun China juga mempunyai seni lukis yang halus termasuklah lukisan potret dan lanskap, kaligrafi dan lain-lain. Seni bina juga merupakan salah satu daripada pencapaian tamadun China. Mereka membuat binaan berasaskan konsep harmoni dengan alam semesta kerana mereka mempunyai kepercayaan kepada Fengshui iaitu lokasi dan susuan sesebuah rumah atau kubur selalunya ditetapkan dengan panduan teori ini. Tamadun China juga popular dengan bidang astronomi iaitu katalog bintang yang mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet. Di samping itu, dalam bidang perubatan seperti akupuntur, aurikuloterapi, terapi makanan cina, perubatan herba cina dan juga bekam cina. Tamadun China juga terkenal dalam teknologi pembuatan kertas dengan menggunakan fiber tumbuh-tumbuhan. Teknologi ini juga telah diperkenalkan ke dunian Barat melalui Jalan Sutera Lama.
Banding bezakan pencapaian tamadun China dengan tamadun Islam dan tamadun India.
Antara perbezaan yang ketara dalam tamadun China dengan tamadun Islam dan tamadun India adalah dari segi agama. Ia merujuk kepada bagaimana sesebuah tamadun mengamalkan agama masing-masing. Seterusnya, dalam tamadun Islam sistem hidup lebih kepada hidup sama rata dan tiada jurang perbezaan taraf antara orang bawahan dan atasan. Bagi tamadun India pula, ia lebih kepada sistem kasta di mana seorang Brahman berada pada kedudukan paling tinggi dan Sudra sebagai hamba. Tambahan pula, sistem ini diwarisi oleh nenek moyang dan digunakan untuk memastikan keamanan sesebuah komuniti.
Refleksi 2
Huraikan tentang kedatangan Islam dan pengaruhnya di tamadun China .
Kedatangan Islam di China bermula dengan rombongan yang dikirim oleh Khalifah Uthman pada 651M dan telah diketuai oleh Saad bin Abdul Watas iaitu bapa saudara Rasulullah S.A.W sebelah ibu baginda. Rombongan tersebut telah menghadap Maharaja Yung Wei dan disambut dengan baik. Dengan itu, bermulalah perkembangan Islam di China dengan pembinaan masjid di Canton dan Islam juga tersebar melalui perdagangan antara pedagang Arab dan orang tempatan. Islam juga berkembang melalui jalan laut dan jalan darat. Pengislaman orang tempatan melalui perkahwinan pedagang Arab dan orang tempatan juga merupakan salah satu perkembangan Islam di China.
Perihalkan zaman kegemilangan Islam di China dan sumbangannya terhadap peradaban tamadun China.
Kegemilangan Islam di China terbukti dengan terbentuknya beberapa buah kerajaan yang mengamalkan dasar toleransi yang beragama. Sumbangan Islam dalam tamadun China adalah dalam bidang sains dan astronomi, politik serta pentadbiran dan juga gaya hidup masyarakat. Dalam bidang sains dan astronomi, Teha Ma-Lou-Tin ataupun Jamaluddin telah berjaya mencipta takwim Wan Nien Li yang digunakan sebagai takwim rasmi kerajaan Yuan. Seni ukir yang terdapat di dalam masjid juga telah banyak menggunakan ayat-ayat al-Quran serta corak-corak flora .
|
|
|
Post by nuhaamirah on Dec 21, 2015 15:13:33 GMT
NUHA AMIRAH BT AHMAD SHUKRI 2015666772 DS240 GROUP A
REFLEKSI 1 :
Antara pencapaian Tamadun Cina dalam bidang muzik ialah Dizi (Meniup), MuYU (Genderam), Pipa (Memetik) dan ErHu (Menggesek). Fiksyen yang diwujudkan ialah Xiaoshou (Percakapan kecil/sia-sia) dan Sangou Yanyi, Honglou Meng, Shuihu Zhuan, Xiyou Ji dan Jing Ping Mei. Kalagrafi seperti Gaya Cap, Gaya Resmi, Gaya Balo antara seni lukis yang terkenal. Seni binanya pula berkait rapat dengan alam semesta. Selain itu, Tembok Besar dibina sebagai pertahanan daripada puak Moghul. Tambahan, dalam bidang Sains dan Teknologi kejuruteraan hidraulik yang mengawal banjir Sungai Kuning (Hwang Ho). Org Cina juga menyediakan katolog bintang, mencatat rekod tepat gerhana dan komet.Dalam bidang perubatan juga tamadun china mempunyai pencapaian yg cemerlang dengan wujudnya teknik perubatan akupuntur,aurikuloterapi dan terapi makanan China. Terdapat banyak perbezaan diantara Tamadun Islam dan Tamadun India. Tamadun Islam percaya dengan kewujudan satu tuhan manakala India percaya dengan banyak Tuhan seperti Siva, Brahmin dan Visha. Dalam soal makan dan minum, Islam menekankan konsep halal haram, manakala Hindu hanya melarang penganuttnya makan daging. Raja yang dilantik dalam tamadun Islam haruslah mempunyai ciri-ciri ditetapkan tetapi di India, raja diberikan taraf suci dan dianggap wakil tuhan. Selain itu, dalam Islam, persamaan hak diamalkan tetapi di India, konsep Kasta diwujudkan dimana golongan hamba (Sudra) ditindas pihak atasan.
REFLEKSI 2 :
Kedatangan Saad b. Abi Waqas bersama 15 orang mubaligh lain mengadap Maharaja Yung Wei pada zaman Dinasti Tang dan telah disambut baik. Berlakunya pembinaan masjid di Canton. Islam juga tersebar melalui perdagangan antara pedagang Arab dan Cina. Selain itu, pendatang Arab dan Parsi telah berkahwin dengan wanita tempatan. Berlaku proses asimilasi dengan masyarakat tempatan, maka ramai daripada mereka memeluk Islam. Agama Islam telah berkembang ke China dengan dua jalan, iaitu jalan laut dan jalan darat. Melalui jalan laut bermula dari Teluk Parsi dan bahagian selatan Semenanjung Tanah Arab hingga ke Lautan Hindi dan seterusnya ke bandar-bandar tenggara China seperti Canton. Manakala jalan darat yang dikenali sebagai Silk Road ( Jalan Sutera) bermula dari Timur Mediterranean hingga ke Asia Tengah, Bukhara dan Samarkand sebelum masuk ke barat laut China dan berakhir di pasar Changan (Xi’an) dan Peking.
Kegemilangan Islam di China ialah terbentuknya beberapa buah kerajaan yang mengamalkan dasar toleransi beragama iaitu Dinasti Yuan dan Dinasti Ming. Kerajaan Islam telah memberikan sumbangan besar kepada perkembangan Islam dan tamadunnya di China dalam bidang sains dan astronomi bilamana Teha Ma-Lou-Tin (Jamaluddin) berjaya mencipta takwim Wan Nien Li yang dugunakan sebagai takwim rasmi kerajaan Yuan. Begitu juga tokoh astronomi bernama Ma Cha –ye-he dan Laksamana Cheng Ho ( Muhammad Ma HO atau Zheng He ) zaman Dinasti Ming. Terdapat juga, seni pembinaan masjid yang pelbagai rupa. Akhir sekali, seni ukir yang terdapat di Masjid pula banyak menggunakan ayat-ayat al-Quran serta corak-corak flora.
|
|
ariffabidin
New Member
Alhamdulillah saya masih boleh beribadat di atas dunia ini.
Posts: 7
|
Post by ariffabidin on Dec 21, 2015 15:14:17 GMT
MUHAMMAD ARIFF BIN ABIDIN 2015430492
Refleksi 1
Terdapat banyak perbezaan diantara Tamadun Islam dan Tamadun India. Tamadun Islam percaya dengan kewujudan satu tuhan manakala India percaya dengan banyak Tuhan seperti Siva, Brahmin dan Visha. Dalam soal makan dan minum, Islam menekankan konsep halal haram, manakala Hindu hanya melarang penganuttnya makan daging. Raja yang dilantik dalam tamadun Islam haruslah mempunyai ciri-ciri ditetapkan tetapi di India, raja diberikan taraf suci dan dianggap wakil tuhan. Selain itu, dalam Islam, persamaan hak diamalkan tetapi di India, konsep Kasta diwujudkan dimana golongan hamba (Sudra) ditindas pihak atasan.
Antara pencapaian Tamadun Cina dalam bidang muzik ialah Dizi (Meniup), MuYU (Genderam), Pipa (Memetik) dan ErHu (Menggesek). Fiksyen yang diwujudkan ialah Xiaoshou (Percakapan kecil/sia-sia) dan Sangou Yanyi, Honglou Meng, Shuihu Zhuan, Xiyou Ji dan Jing Ping Mei. Kalagrafi seperti Gaya Cap, Gaya Resmi, Gaya Balo antara seni lukis yang terkenal. Seni binanya pula berkait rapat dengan alam semesta. Selain itu, Tembok Besar dibina sebagai pertahanan daripada puak Moghul. Tambahan, dalam bidang Sains dan Teknologi kejuruteraan hidraulik yang mengawal banjir Sungai Kuning (Hwang Ho). Org Cina juga menyediakan katolog bintang, mencatat rekod tepat gerhana dan komet
Refleksi 2
Kedatangan Islam ke Cina adalah melalui rombongan (kirim oleh Khalifah Uthman) pada 651M dan diketuai oleh Saad bin Abdul Watas. Saad telah menghadap Maharaja Yung Wei dan disambut baik. Selain itu, melalui perdagangan antara pedagang Arab dan Cina dimana berlaku perkahwinan campur.
Kegemilangan Islam di China terbukti dengan terbentuknya beberapa buah kerajaan yang mengamalkan dasar toleransi beragama. Bidang sains dan astronomi Teha Ma-Lou-Tin (Jamaluddin) berjaya mencipta takwim Wan Nien Li yang dugunakan sebagai takwim rasmi kerajaan Yuan. Masjid dibina dengan pelbagai bentuk dan rupa dipengaruhi ciri-ciri budaya Cina. Seni ukir yang terdapat di Masjid pula banyak menggunakan ayat-ayat al-Quran serta corak-corak flora.
|
|
alaa
New Member
Posts: 8
|
Post by alaa on Dec 21, 2015 15:15:04 GMT
NUR ALAA’ NASUHA ABD. AZIZ 2015441344 GROUP B DS240 REFLEKSI TAMADUN CHINA REFLEKSI 1 A. Pencapaian tamadun China dapat dilihat dari segi kesenian, kesusasteraan, sains dan teknologi:
1. Kesenian • Muzik Cina klasik yang awal melibatkan kegiatan di istana, perayaan rakyat dan peristiwa yang berkaitan dengan agama.
• Fiksyen berperanan sebagai pendukung prinsip-prinsip moral etika dan juga sebagai alat politik walaupun tidak setarf dengan hasil karya yang lain.
• Seni bina dapat dilihat dengan pembinaan tembok. Dibina untuk memagari kuil-kuil, istana dan rumah-rumah kediaman.
• Kaligrafi secara umumnya adalah satu tema yang bermaksud kumpulan patah perkataan yang menyampaikan pemikiran manusia dan dibentuk dalam penulisan. Dengan kata lain, kaligrafi merupakan satu bentuk penulisan yang menyampaikan pemikiran dan dilafazkan dalam bentuk penulisan. Kaligrafi Cina menunjukkan unsur-unsur atau imej kekuatan, kecantikan ataupun keanggunan. 2. Kesusasteraan • Puisi Cina yang terawal bertajuk Shijing (Klasik Puisi). Mempunyai fungsi politik dan sosial selain daripada fungsi sastera. la digunakan dalam pertemuan rasmi raja dan pegawai diplomatik menyanyikan puisi sebagai pembayang bagi sesuatu keadaan sebenar atau untuk menyatakan maksud sebenar.
• Prosa klasik, atau dikenali guwen, adalah dominan dalam sastera Cina klasik. Bagi seorang sarjana tradisional, khasnya sarjana Konfusian, sesebuah prosa yang berkualiti harus bermanfaat dari segi moral dan etika. Satu daripada tujuan penulisan prosa adalah untuk 'menyampaikan dao', atau menunjukkan jalan atau cara dari segi moral dan etika.
• Drama Cina yang paling menarik ialah jenis zaju, sejenis bentuk sastera berbentuk puisi yang digubah mengikut muzik tertentu dan bersemarak pada zaman Yuan. Menjadikan karya sebagai saluran untuk mengeluarkan perasaan tidak puas hati atau sebagai alat kritikan. Dengan ini zaju bukan sahaja memberi hiburan tetapi juga berperanan sebagai pengkritik sosial yang berjaya mendapat konsensus dan simpati penonton.
3. Sains dan teknologi • Bidang astronomi sumbangan terbesar ahli astronomi Cina ialah penghasilan peralatan astronomi dan penyelenggaraan rekod astronomi yang sempurna, tepat dan berterusan sepanjang lebih daripada 2,000 tahun. Sistem kalendar Cina juga adalah salah satu sistem yang paling awal, maju dan tepat berbanding dengan sistem lain di dunia ini.
• Bidang matematik penggunaan sempoa (abacus), catatan mengenai kuantiti negative, pengenalan nilai pi, sistem pecahan dan sistem perpuluhan.
• Bidang perubatan
Akupuntur Aurikuloterapi Terapi makanan Cina Perubatan Herba Cina Bekam Cina
B. Perbezaan tamadun Islam dan tamadun India: • Tamadun Islam adalah seimbang dari segi keagaman dan kehidupan sosial di mana Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan. Manakala Tamadun India berlebihan dari sudut keagamaan menyebabkan tiada keseimbangan seperti tamadun Islam.
REFLEKSI 2 A. Kedatangan Islam yang pertama ke China dibawa oleh rombongan yang dikirimkan oleh Khalifah Uthman pada 651 Masihi iaitu 20 tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Kedatangan Islam ke China diketuai oleh Sa’ad bin Abi Waqas iaitu bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w. Agama Islam diterima dengan baik oleh Maharaja Young Mei dan beliau memerintah buruhnya membina masjid yang pertama di China. Masjid pertama dibina di Canton. Zaman Dinasti Tang merupakan zaman keemasan China dengan budaya Kosmopolitan yang membantu memperkenalkan agama Islam. Saudagar Arab dan Parsi merupakan orang Arab Islam yang pertama bermastautin di China. Pada zaman Dinasti Shang, agama Islam terus berkembang di China khususnya di kota dan pelabuhan-pelabuhan utama di selatan China. Masjid-masjid yang telah dibina: • Masjid Shijing • Masjid Tzian He • Masjid Burung Merak /Phoenix
B. Zaman kegemilangan Islam di China ialah pada era Laksamana Tzian He membuatkan dia dikenali sebagai era keemasan dalam sejarah Islam di China. Pusat-pusat Islam berkembang di China seperti Nyanjing. Sumbangannya ialah: • Masjid Tzien Zu • Bandar Sanya • Masjid Timur
|
|
|
Post by dhaniyah on Dec 21, 2015 15:15:35 GMT
NIK DHANIYAH BINTI NIK HUSNI 2015428804 DS240 GROUP B
Refleksi 1
Antara pencapaian tamadun china :
1. Kesenian
• Muzik klasik-sistem muzik paling lama dan paling berkembang.
• Terdapat banyak kategori jenis muzik iaitu meniup, genderang.Fiksyen
• Fiksyen - Istilah cina merujuk genre ialah Xiaoshua
• Kedudukan fiksyen tidak standing dengan puisi atau prosa
• Seni lukis –mempunyai kaitan dengan kaligrafi dan puisi
• Kaligrafi- jenis kaligrafi seperti Zhuan Shu, Lishu, Kaishu, Caoshu, Xingshu
• Lukisan potret-dilukis menggunakan dakwat monokrom
• Seni bina- ciri utama binaan cina adalah keinginan membuat binaan yang harmoni.
• Kepercayaan fengshui- lokasi dan susunan dalam rumah atau kubur
• Pembinaan tembok besar
2. Kesusateraan
• Puisi cina terawal ialah Shijung
• Di dalam puisi tersebut mempunyai 305 buah nyanyian kuil, istana dan rakyat.
• Prosa terdapat pelbagai jenis iaitu bersifat puisi dan berirama.
• Sains dan teknologi- dalam bidang astronomi tamadun cina telah mencipta katalog cina • Dalam bidang perubatan, teori asas perubatan ialah teori kosmik dualistic, yin dan lima elemen.
• Antara 4 ciptaan teragung dalam tamadun cina ialah kertas, cetakan, kompas dan serbuk letupan.
Perbezaan pencapaian tamadun china dengan tamadun islam dan india ialah :
- Perbezaan Kekeluargaan & Kemasyarakatan
Ajaran agama cina menyeru untuk mewujudkan suasana harmoni dalam hubungan kekeluargaan dan masyarakat seperti Confusius sedangkan agama Islam matlamatnya lebih jauh lagi iaitu untuk mendapat keredhaan & keberkatan Allah s.w.t
- Perbezaan Agama (Teologi)
*Manifestasi ketuhanan yang berbeza – konsep monoteisme Islam, Kristian, Hindu berbeza
*Wujud perbezaan agama Hindu dan Buddhisme tentang konsep reinkarnasi
*Sebagai tempat ibadah & upacara keagamaan
Refleksi 2
Kedatangan Islam ke Tamadun China adalah melalui : - Peranan Ulamak Pada zaman Dinasti Yuan ini juga telah terdapat beberapa orang ulama besar yang menetap di China seperti Fuqaha al-Muazzam Maulana Qawamuddin al-Sibti. Seorang ulama fekah mazhab Maliki yang berasal dari Maghribi.
-Pembinaan Masjid
Menurut Ibnu Battuta sewaktu lawatan beliau ke China setiap perkampungan Islam telah didirikan sebuah masjid. Sebagai contoh Maharaja Huang Chu telah mendirikan sebuah masjid jamik di Nanking.
Zaman Kegemilangan Islam di Tamadun China dan Sumbangannya terhadap peradaban
Pada zaman Tang berakhir, Zaman Sung, Zaman Yuan, dan Zaman Ming. Manakala, Sumbangan Islam ialah memperkenalkan sistem nombor, aritmetrik dan teori nombor, system Aljabar (algebra), trigonometri, geometri dan kaedah deduksi, geometri analisis dan juga kaedah berangka. Manakala ilmu geografi pula merupakan ilmu yang berkaitan dengan pelayaran, berekoran tokoh-tokoh pelayaran Islam yang mencipta nama dalam dunia pelayaran dan mencipta ilmu geografi sebagai panduan semasa berlayar. Selain itu, Islam juga telah menyumbang ilmu perubatan kepada negara China. Perubatan Islam berdasarkan falsafah, konsep dan prinsip iaitu penyakit datang daripada Allah S.W.T dan Dialah yang menyembuhkannya. Bahan-bahan perubatan Arab telah dibawa masuk ke China pada zaman Dinasti Tang dan Dinasti Sung. Ahli-ahli perubatan China telah menggunakan bahan-bahan perubatan dan kaedah rawatan Islam untuk digabungkan dengan pengetahuan perubatan China.
|
|
syara
New Member
Posts: 5
|
Post by syara on Dec 21, 2015 15:16:31 GMT
NUR SYARA BINTI ABD WAHID 2015441332 CTU 551 DS240 (B)
REFLEKSI 1
Pelbagai unsur dan keunikan tamadun China yang dapat kita pelajari. Muzik klasiknya yang merdu diklasifikasikan kepada empat iaitu i) meniup (DiZi) ii) memetic (PiPa) iii) gendering (MuYu) iv) menggesek (ErHu). Konfusius yang mempunyai minat mendalam terhadap muzik juga telah mewujudkan satu prinsip estetik terhadap muzik. Dari sudut fiksyen pula, ianya tidak bernilai di mata para cendekiawan yang mahir dalam Bahasa tinggi kerana fiksyen hanya menggunakan Bahasa vernacular. Hal ini juga menyebabkan fiksyen tidak setaraf dengan sastera. Fiksyen juga dikategorikan sebagai Xiaoshuo iaitu percakapan kecil atau sia-sia. Ini merupakan sebab mengapa fiksyen juga tidak standing dengan puisi dan prosa. Seni lukis tamadun China berkait rapat dengan kaligrafi dan puisi. Terdapat banyak jenis kaligrafi seperti Cap (Zhuanshu) , Resmi (Lishu) , Balok (Kaishu) , Kursif (Caoshu & Xingshu). Pelukis SuDong Po pada zaman dinasti Song merupakan sarjana & pakar kaligrafi. Perbezaan lukisan Cina dan Barat ialah lukisan cina merupakan kombinasi dan biasanya dilukis menggunakan dakwat monokrom. Lukisan cina bersifat terhad dan menyeluruh. Pada kebiasaannya lukisan ini bukan bermaksud untuk menggambarkan semuanya dan objek tidak bernyawa jarang dilukiskan. Orang Cina tidak menerima lukisan berbentuk cantik tetapi temanya tidak memberi manfaat dari sudut keimanan dan akhlak. Seni bina juga dapat dicontohi di mana masyarakat Cina sentiasa berusaha membuat binaan yang berharmoni dengan alam semesta. Tembok besar China dibina bermula pada zaman dinasti Chin. 30 000 orang masyarakatnya dikerah tenaga untuk membina tembok yang menjadi salah satu daripada tujuh keajaiban dunia pada hari ini. Keistimewaan tembok besar China ialah tembok ini dibina menggunakan tembok batu manakala bangunan-bangunan lain dibina samada menggunakan tanah liat ataupun batu bata. Setiap tembok mempunyai pintu gerbang yang dikelilingi oleh parit besar dan Menara. Tembok ini dibina bukan sahaja untuk mengelilingi kota bahkan untuk memagari kuil-kuil , istana dan rumah kediaman. Tamadun China terdapat kepercayaan yang masih diterapkan dalam kehidupan mereka hingga ke hari ini iaitu, Feng Shui. Mereka menurut kepercayaan ini terutama dalam memilih lokasi kediaman atau mengubah susunan dalam rumah. Kubur juga ditetapkan kedudukannya menurut kepercayaan Feng Shui bagi mengelakkan nasib malang dan juga supaya ditimpa rezeki yang mewah. Terdapat juga rawatan tradisional Cina yang berkesan dalam merawat pelbagai penyakit iaitu akupuntur yang menggunakan jarum dan tidak khusus di mana-mana anggota serta aurikuloterapi (akupuntur tanpa jarum) yang khusus untuk terapi telinga. Makanan tradisional Cina seperti Angco dan kulit jeruk juga bagus untuk meningkatkan imunisasi badan.
REFLEKSI 2
Menurut rekod Sejarah Dinasti Tang, Islam dibawa ke China oleh pendakwah yang diketuai oleh Saad bin Abi Waqas iaitu Panglima Perang Laut Islam sewaktu pemerintahan Maharaja Yung-Wei dalam Dinasti Tang pada abad ke-7M. Menurut catatan rasmi Dinasti Tang (618-905M), Islam dibawa kira-kira pada 651/652M (kurun ke 7M) apabila satu utusan Islam yang dikirimkan oleh Khalifah Othman b. Affan telah sampai ke Chang-an (kini Xian) ibu kota Dinasti Tang. Zaman kegemilangan Islam di China adalah sewaktu zaman pemerintahan Dinasti Yuan dan Dinasti Ming yang mengamalkan dasar toleransi beragama. Pusat Islam berkembang di China dan banyak masjid di bina. Pengaruh Islam di China yang paling jelas adalah dalam seni bina masjid yang menerapkan corak-corak flora dan geometri serta ayat-ayat al-Quran.
|
|