|
Post by Admin on Dec 3, 2014 19:12:47 GMT
Assalamualaikum wrt. wbt. dan Selamat Sejahtera. Apa khabar pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian. Sila klik pautan aktiviti bicara tamadun China, kemudian anda boleh berbicara tentangnya untuk menambah penguasaan anda dalam kursus ini. Selamat berbincang dengan rakan-rakan secara positif. Saya doakan anda semakin faham tentang Tamadun China dan dapat membuat persediaan yang baik untuk peperiksaan akhir. Berusaha dengan gigih anda pasti akan berjaya. Ikhlas senjata kecemerlangan
|
|
|
Post by Admin on Dec 3, 2014 19:14:16 GMT
Pelajar-pelajar digalakkan mewujudkan perbincangan dalam menjawab soalan ini bukan sekadar pos jawapan. Lebih banyak anda berinteraksi, lebih mendalam ilmu anda.
|
|
|
Post by shaza007 on Dec 6, 2014 13:28:05 GMT
NUR SHAZA ALWANI BINTI SHAH MUNIV
PANDANGAN SEMESTA DAN SISTEM NILAI MASYARAKAT TAMADUN CHINA
Mereka memuja nenek moyang dan Tian (langit) Di samping kepercayaan primitif iaitu animisme iaitu pemujaan binatang, tanaman atau alam semula jadi. Masyarakat Cina menggambarkan kewujudan tuhan mereka dalam bentuk dewa-dewi dan mmepunyai perwatakan manusia yang mencerminkan kepercayaan mereka iaitu memmentingkan manusia berhubung dengan kebaikan dunia dan akhirat. Manusia berpotensi untuk mencapai 4 jenis sifat yang baik iaitu perikemanusiaan(ren), kewaj aran(yi), kesusilaan(Ii), dan kearifan(zhi). Selain daripada itu ketaatan kepada ibu bapa juga dititikberatkan oleh ajaran Konfusius. Ajaran konfusius menekankan konsep lima hubungan dikenali sebagai Wulun iaitu Raja dengan menteri, ayah dengan anak, suami dengan Isteri, abang dengan adik, dan kawan dengan kawan.
PERBEZAAN PANDANGAN MASYARAKAT TENTANG KEDUA-DUA ASPEK TERSEBUT DALAM TAMADUN ISLAM
Pandangan tamadun Islam melihat kemajuan dan kebahagiaan dunia sebagai alat dan matlamat mencari keredaan Allah serta kesenangan hari akhirat. Dalam tamadun Islam, segala kebenaran adalah berpaksikan kepada wahyu. Taraf manusia selaku hamba yang dicipta dengan kemampuan akal yang terbatas adalah cukup lemah untuk mencipta kebenaran mutlak terutamanya dalam perkara yang bersifat metafizik. Dalam tamadun Islam, epistimologinya bersumber daripada ajaran Allah SWT menerusi wahyu al‐Qur’an dan Sunnah Rasulullah SAW sebagai sumber utama. Akal, pengalaman hidup dan intuisi adalah sumber sokongan yang boleh diguna pakai sekiranya tidak bertentangan dengan sumber utamanya.
AJARAN YANG DIBAWA OLEH KONFUSIANISME, MAOISME, DAOISME, DAN LEGALISME.
1) Konfusianisme
Konfusianisme merupakan doktrin kenegaraan yang merangkumi aspek falsafah, keagamaan dan sosio-politik yang terdapat dalam pengajaran Konfusius (551-479 s.m). Asas Konfusianisme dikatakan berasal daripada tulisan-tulisan klasik yang diterbitkan atas nama Konfusius. Seperti yang terkandung dalam kitab Analects, pengajaran utama Konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia, terutama mengenai perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li) dan ketaatan kepada ibubapa (xiao). Oleh yang demikian, manusia dikatakan berpotensi untuk mencapai empat jenis sifat yang baik iaitu perikemanusiaan (ren), kewajaran (yi), kesusilaan (li), dan kearifan (zhi).
2) Moisme
Diasaskan oleh Mo Zi (479-381 s.m). Antara konsep penting pemikiran aliran ini termasuk aspek kasih sayang sejagat (jian’ai), mengecam sikap suka berperang (feigong), menyerah kepada nasib (feiming) dan mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian). Penegasan aliran ini kepada sikap mengejar kepentingan (gongli), menyebabkan pengikutnya menentang konsep mandat tuhan yang dikemukakan aliran Konfusianisme.
3) Daoisme
Diasaskan oleh dua orang pemikir iaitu Lao Zi (604 s.m) dan Zhuang Zi (369-2865 s.m). Wuwei bermaksud melakukan perbuatan secara spontan dan tanpa sebarang usaha. Kitab Daodejing merupakan sebuah karya klasik mistik bagi aliran keagamaan Dao kerana ayatnya yang ringkas, penuh dengan konotasi terbuka kepada pelbagai tafsiran selain menerangkan mengenai aspek metafizik Dao.
4) Legalisme
Diasaskan oleh Han Fei dan dilaksanakan semasa China di bawah pemerintahan dinasti Qin. Han Fei Zi telah menggabungkan 3 kaedah dalam sistem pemerintahan aliran Legalis iaitu kuasa (Shi), cara (Shu), dan perundangan (Fa). Legalisme mengutamakan pemikiran sosio-politik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyatnya. Legalisme menyarankan pemerintahan berteraskan undang-undang adalah lebih baik daripada pemerintahan etika seperti yang disarankan aliran Konfusianisme. Aliran ini telah mengasaskan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di negara China.
PENGARUH ISLAM TERHADAP AGAMA BERKENAAN
Islam menjadi semakin kuat dan mendalam beberapa kurun kemudian melalui usaha beberapa tokoh Islam Cina seperti Wang Daiyu (kkl580-1658), Ma Zhu (kk 1640-1711), Liu Zhi (kk 1660-1730) dan Ma Dexin (1794-1874). Mereka menghasilkan beberapa karya dalam bahasa Cina sertaterjemahantentang agama Islam. Melalui penelitian terhadap hasil-hasil karya sarjana-sarjana tersebut, diperlihatkan beberapa ciri-ciri yang menonjol. Misalnya, demi membolehkan orang Cina memahami dan menenma agama Islam, Wang Daiyu menggunakan beberapa istilah atau konsep Konfusian seperti xiao (penghormatan terhadap ibu bapa), zhong (kesetiaan), shu (altruisme) dan sebagainya untuk menerangkan ajaran Islam. Liu Zhi pula menggunakan kata-kata Konfusius dan Mensius yang sesuai untuk menerangkan hukum syariah agama Islam, dan menganggap shangdi dalam klasik Konfusian seerti dengan Tuhan Yang Maha Esa dalam Islam. Kedua-dua mereka juga cuba mencantumkan konsep wugong (lima rukun) dalam Islam dengan konsep wude (lima sifat baik) dalam Konfusianisme untuk menunjukkan bahawa Islam dan Konfusianisme tidak bercanggah sama sekali tetapi sebaliknya adalah saling melengkapi. Usaha-usaha penyesuaian ini tidak menjejaskan prinsip-prinsip asas dan identiti Islam sebagai agama.
|
|
lyza
New Member
Posts: 9
|
Post by lyza on Dec 6, 2014 17:34:38 GMT
NUR AZLIZA
Elemen- elemen pandangan semesta Tamadun China: (a) Keyakinan terhadap agama adalah berdasarkan keperluan fizikal. (b) Aspek rohani kurang ditekankan (c) Setiap kepercayaan meletakkan pertimbangan moral dan akhlak pada kedudukan yang utama. (d) Upacara dan penyembahan menjadi ciri utama agama orang China. (e) Setiap agama dan kepercayaan yang hendak diamalkan mesti memaparkan unsur kecinaan.
- Sistem nilai masyarakat dalam tamadun China ialah : (a) Wanita dalam negara china : dalam ajaran Konfusion, wanita adalah lemah, mempunyai kedudukan rendah dalam masyarakat dan golongan yang menurut perintah. Perempuan dari kelas pertengahan/ atasan akan mengikat kakinya supaya menjadi saiz kecil semasa berumur 5 tahun. Ia menyakitkan dan 1 seksaan untuk menghukumnya daripada menjadi aktif. (b) Perkahwinan dan keluarga: Perkahwinan seorang perempuan ditentukan oleh bapanya. Kedudukan wanita selepas berkahwin belum terjamin sekiranya matlamat fungsi sebagai isteri yang baik belum tercapai iaitu melahirkan anak lelaki untuk mewarisi tradisi China. (c) Penghambaan wanita : Perbezaan jantina menyebabkan penghambaan wanita sering berlaku di negara China menggambarkan kepelbagaian kekurangan status wanita yang rendah jika dibandingkan dengan kaum lelaki. Kostum China yang menjual anak perempuan kepada pedagang haram untuk menjadi pelacur di luar negara. Sistem Mui Tsai di negara China dengan menjual anak perempuan kepada orang kaya untuk dijadikan hamba keluarga. Anak perempuan juga dijual ke rumah pelacuran oleh ibu bapa untuk membayar hutang. (d) Tradisi dan perubahan : wanita dikatakan agen pengekalan kepercayaan Cina dan bertindak sebagai pengaruh dalam perubahan perkembangan sosial cina. Dalam keluarga, wanita memainkan peranan penting untuk berkomunikasi dengan anaknya. Perbezaan di atas dengan tamadun Islam ialah Islam menerapkan unsur rohani, jasmani, spiritual serta kekuatan mental untuk menghadapi kehidupan seharian serta menghadapi sesuatu masalah. Dalam Islam, upacara penyembahan amat bertentangan dengan syariat Islam kerana tujuan utama kita dilahirkan ke dunia untuk beribadat dan mematuhi peraturanNya. Nilai masyarakat dalam tamadun Islam amat memartabatkan kedudukan wanita itu sendiri daripada pelbagai aspek. Sabda Rasulullah s.a.w. berbaktilah kepada ibumu dahulu sebelum ayahmu. Hal ini menunjukkan betapa tingginya nilai seorang ibu disanjung oleh tamadun Islam kerana ibu itulah yang melahirkan generasi yang bakal memimpin tamadun Islam akan datang. Sistem penghambaan telah dihapuskan oleh Islam kerana hak asasi sesama manusia dalam menikmati kenikmatan yang telah Allah berikan.
Konfusianisme - Anjaran ini banyak memberikan penekanan terhadap aspek maruah diri dan perasaan kemanusiaan. - Antara anjarannya ialah : (a) Kepentingan akhlak mulia yang melalui penjagaan hubungan yang baik antara manusia di langit dan manusia di bumi. (b) Mengajar penganutnya supaya sentiasa mengingati nenek moyang seolah-olah roh mereka hadir di dunia. (c) Merangkumi aspek falsafah dan etika yang mengajar manusia cara untuk bertingkah laku dengan baik. (d) Segala tingkah laku hendaklah sederhana dan setiap orang harus bertindak mengikut peraturan.
Maoisme Antara ajaran Maoisme ialah: (a) Beliau menitik beratkan cinta sejagat tetpi mengabaikankan hubungan kekeluargaan dan kedudukan. Seseorang itu sepatutnya menyayangi korang lain seperti menyayangi diri sendiri. (b) Melarang hidup mewah, tidak membazir dan menyarankan kesederhanaan dalam kehidupan. (c) Menentang upacara pengebumian yang dijalankan secara besar-besaran. Upacara berkabung selama tiga tahun juga tidak harus dijalankan kerana boleh melemahka produktiviti msayrakat. (d) Mo-Tzi melarang perkembangan muzik kerana beliau beranggapan bahawa muzik boleh melalaikan sseorang dan memusnahkan peribadi seseorang Raja dan tidak dapat memelihara negara. (e) Menentang peraturan sistem pewarisan takhta kerajaan. Menurut ajaran ini, sesiapa sahaja yang berkelayakan harus diberi peluang memegang sesuatu jawatan. (f) Melarang segala bentuk keganasan, peperangan, dan serangan. Bagi beliau, peperangan tidak bawa aa-apa faedah, sebaliknya akan menyebabkan berlakunya kemusnahan harta benda. (g) Mo-Tzi tidak mempercayai konsep takdir. Beliau berpendapat bawa seseorang yang bergantung kepada nasib dan takdir tanpa berusaha akan menyebabkan berlakunya kemunduran dan kesengsaraan.
Taoisme –daoisme Antara ajaran Taoisme ialah : (1) Menekankan unsur primitive bagi mencapai kehidupan yang abadi. Bagi menghapuskan dosa, penganutnyaperlu bertapa di gua dan di gunung. (2) Penekanan terhadap aspek antimeterialisme, ia adalah untuk memperoleh tempat yang lebih baik pada masa akhirat dengan penganutnya diajak meinggalkan hal duniawi. (3) Pendekatan batin digalakkan bagi mewujudkan perpaduan masyarakat. Mereka percaya setiap manusia mempunyai satu bentuk tenaga dalam jiwanya, dan tenaga ini boleh dibangkitkan melalui amalan yoga dan meditasi. Manusia seharusnya hidup secara sederhana di samping menghafal kitab Taoisme. (4) Fahaman ini menekankan aspek perdampingan dengan alam semula jadi.
Legalisme - manusia secara asas bersifat jahat dan manusia perlu melihat diri mereka sendiri. - Falsafah ini, pemerintahannya perlu dijalankan berdasarkan undang-undang ketat. - Tidak menitik beratkan falsafah moral seperti yang ditekankan dalam ajaran Konfucius dan Taoisme. - Perkataan Fa bermaksud peraturan dan undang-undang. - Suatu mazhab pemikiran Cina yang lebih mementingkan penggunaan sistem atau cara pentadbiran yang berdasarkan undang-undang yang ditetapkan kerana dengan cara itu, ia dapat menjamin kesstabilan dan keamanan negara. - Menitik beratkan konsep kuasa pemerintahan. - Raja mempunyai kuasa dalam memberi arahan kepada menteri dan pegawai bawahnya. - Menentang pengajaran dan pembelajaran Legalisme kerana mereka tidak perlu mengetahui perkara yang lalu.
|
|
|
Post by attyliyasyafira on Dec 6, 2014 18:24:57 GMT
Pandangan Semesta dan Sistem Nilai Masyarakat Tamadun China
Konsep Tian : merupakan pemujaan nenek moyang dan Tian. Konsep Tian atau langit sebagai makhluk yang unggul yang menguasai nasib seseorang. Tian juga bermaksud prinsip tertinggi di dalam alam semesta.
Konsep Dao : Maksud terawal ialah “jalan” atau “lorong”. Dao digunakan untuk Menunjukkan satu jalan, cara kelakuan, tabiat ( Baik atau buruk ).
Prinsip Zhong Yong : Merupakan moral asas yang bersifat sederhana, seimbang dan bersesuaian. Ia juga merupakan norma masyarakat yang dapat menyumbang terhadap pencapaian keharmonian sejagat.
Sistem Nilai Masyarakat Cina
#Banyak sifat khas tamadun Cina dan nilai-nilainya hasil daripada humanisme antaranya transendensi dalaman, sifat sekular, moralisme sebagai ideologi, personalisme, hubungan manusia dengan alam semesta, institusi keluarga dan pendidikan diberi keutamaan, serta keharmonian merupakan nilai utama. #Humanisme menyebabkan cara hidup orang Cina bersifat sekular iaitu memisahkan urusan duniawi dengan urusan keagamaan. # Berdasarkan transendensi dalaman, orang perseorangan harus berusaha sendiri untuk mempertingkatkan darjahnya dari segi kesarjanaan, kebijaksanaan dan akhlak. Dalam proses pembinaan diri ini antara aspek yang perlu diberi penekanan ialah disiplin diri, pengorbanan diri dan harga diri. # Oleh sebab pegangan yang kuat dan teguh kepada humanisme, personalisme dan moralisme maka pendidikan yang beitradisi panjang diberi penghargaan yang tinggi. Golongan birokrat dan cendekiawan merupakan kelas sosial yang tertinggi kedudukannya, dan masyarakat menjunjung tinggi golongan guru dan pekerjaannya. # Keharmonian dititikberatkan dalam sebarang bentuk hubungan sama ada hubungan antara individu dengan individu, antara individu dengan kelompok, keluarga, komumti atau institusi, antara kelompok dan juga antara manusia dengan alam semesta.
Konfusianisme
Konfusianisme bukanlah satu agama tetapi lebih kepada pengajaran falsafah iaitu kemanusiaan, suatu filsafat atau sikap yang berhubungan dengan kemanusiaan, tujuan dan keinginannya Pengajaran utama Konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia (perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li), dan ketaatan kepada ibu bapa (xiao), keanfan (zhi)).
Maoisme
Moisme diasaskan oleh Mo Zi (kk 479SM-381SM). Pengikutnya menentang konsep mandat tuhan yang dikemukakan oleh aliran Konfusianisme. Antara konsep penting dalam pemikiran aliran ini termasuk # aspek kasih sayang sejagat (jian'ai) # mengecam sikap suka berperang (feigong) # menyerah kepada nasib (feiming) # mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian).
Daoisme
#Merupakan sebuah falsafah berdasarkan teks Daode Jing yang dianggap secara meluas sebagai hasil Laozi dan Zhuangzi. #Kitab Daode Jing merukan sebuah karya klasik mistik bagi aliran keagamaan Dao kerana kebanyakan ayatnya yang ringkas, penuh dengan konotasi yang terbuka kepada pelbagai tafsiran selain menerangkan aspek metafizik Dao. #Daoisme merupakan agama bagi kebanyakan orang cina.
Legalisme
#Legalisme adalah suatu filsafat politik pragmatis yang tidak menjawab pertanyaan-pertanyaan tingkat tinggi seperti alam dan tujuan kehidupan. # Legalisme menyarankan pemerintahan berteraskan undang-undang adalah lebih baik daripada pemerintahan teladan seperti yang disarankan oleh Konfusius # Aliran ini telah mengasaskan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di negara China.
Pengaruh Islam terhadap segala ajaran
#Islam turut menekankan peribadi mulia dalam diri setiap umatnya sama seperti yang terdapat dalam ajaran Konfusianisme.
|
|
|
Post by aimanHananiMokthar on Dec 6, 2014 21:32:31 GMT
PANDANGAN SEMESTA T.CHINA - berasaskan pemujaan nenek moyang dan tien - tien merujuk kepada prinsip tertinggi di dalam alam semesta serta dalam konteks etika Konfusianisme -konsep ini merujuk kepada keseluruhan alam semesta - ia juga merupakan konsep tatatertib yang mesti dipatuhi oleh seseorang individu atau set peraturan etika yang mesti dikuti. - konsep yin dan yang
- konsep ini disifatkan sebagai proses pusingan yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhirannya.
- ying:: negatif, perempuan, malam, pasif, firasat, bulan, sejuk, lembut -yang:: merujuk kepada positif, lelaki, siang, aktif, logik, panas, keras - zhong yong
- bertunjangkan kesederhanaan, seimbang dan bersesuaian.
- keseimbangan akan mendatangkan keharmonian alam semesta dan bumi dengan kesempurnaan hidup semua makhluk terpelihara. NILAI MAYSARAKAT T.CHINA- Nilai kesederhanaan::bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan tanpa mengabaikan kepentingan orang lain.
- nilai cinta sejagat(dipanggil sebagai “jian ai” dalam Bahasa Cina
)::bermaksud cinta (kasih sayang) yang sama rata tanpa mengira hubungan dan kedudukan
-
Nilai keadilan ::salah satu nilai yang dapat dijadikan iktibar. Nilai keadilan bermaksud keputusan dan tindakan yang tidak berat sebelah.
- nilai bersatu padu::Bersatu padu merupakan satu perkara yang penting kepada masyarakat Cina.
Konfusianisme - ia bukan lah agama, tetapi lebih merujuk kepada matlamat agama yang bertujuan untuk menerapkan nilai moral dalam diri manusia -fahaman ini tidak membincangkan soal akhirat, kerohanian, tidak mempunyai institusi keagamaan bersistem, dan tidak ada tempat beribdah yang khusus. -ajaran yang berkait dengan kehidupan roh dalam kehidupan seharian.
Maoisme -fahaman yang bersifat utilitarian (menekankan aspek kegunaan) -menekankan konsep kasih-sayang sejagat, menentang peperangan, berjimat-cermat dan tidak menyerah kepada nasib.
Daoisme -mengajar doktrin tentang mengikut alam (wu-wei) -fahaman ini mengajar doktrin bekerja ke arah menentang alam (prinsip dan teknik tentang bagaimana mengelak daripada kematian.)
Legalisme - Tidak menfokuskan falsafah moral seperti yang ditekankan dalam ajaran Konfucius dan Taoisme -menekankan undang-undang, autoriti dan kaedah.
|
|
aiman
New Member
Posts: 8
|
Post by aiman on Dec 7, 2014 3:00:50 GMT
(REPOST:: aiman hanani mokthar)**
PANDANGAN SEMESTA T.CHINA
konsep tien
- berasaskan pemujaan nenek moyang dan tien
- tien merujuk kepada prinsip tertinggi di dalam alam semesta serta dalam
konteks etika Konfusianisme
konsep Dao
-konsep ini merujuk kepada keseluruhan alam semesta
- ia juga merupakan konsep tatatertib yang mesti dipatuhi oleh seseorang individu
atau set peraturan etika yang mesti dikuti.
konsep yin dan yang
- konsep ini disifatkan sebagai proses pusingan yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhirannya.
- ying:: negatif, perempuan, malam, pasif, firasat, bulan, sejuk, lembut
-yang:: merujuk kepada positif, lelaki, siang, aktif, logik, panas, keras
zhong yong
- bertunjangkan kesederhanaan, seimbang dan bersesuaian.
- keseimbangan akan mendatangkan keharmonian alam semesta dan bumi
dengan kesempurnaan hidup semua makhluk terpelihara.
NILAI MAYSARAKAT T.CHINA
Nilai kesederhanaan::bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan tanpa mengabaikan kepentingan orang lain.
nilai cinta sejagat(dipanggil sebagai “jian ai” dalam Bahasa Cina )::bermaksud cinta (kasih sayang) yang sama rata tanpa mengira hubungan dan kedudukan
Nilai keadilan ::salah satu nilai yang dapat dijadikan iktibar. Nilai keadilan bermaksud keputusan dan tindakan yang tidak berat sebelah.
nilai bersatu padu::Bersatu padu merupakan satu perkara yang penting kepada masyarakat Cina.
Konfusianisme
- ia bukan lah agama, tetapi lebih merujuk kepada matlamat agama yang bertujuan untuk menerapkan nilai moral dalam diri manusia
-fahaman ini tidak membincangkan soal akhirat, kerohanian, tidak mempunyai institusi keagamaan bersistem, dan tidak ada tempat beribdah yang khusus.
-ajaran yang berkait dengan kehidupan roh dalam kehidupan seharian.
Maoisme
-fahaman yang bersifat utilitarian (menekankan aspek kegunaan)
-menekankan konsep kasih-sayang sejagat, menentang peperangan, berjimat-cermat dan tidak menyerah kepada nasib.
Daoisme
-mengajar doktrin tentang mengikut alam (wu-wei)
-fahaman ini mengajar doktrin bekerja ke arah menentang alam (prinsip dan teknik tentang bagaimana mengelak daripada kematian.)
Legalisme
- Tidak menfokuskan falsafah moral seperti yang ditekankan dalam ajaran Konfucius dan Taoisme
-menekankan undang-undang, autoriti dan kaedah.
|
|
CJ9
New Member
Posts: 5
|
Post by CJ9 on Dec 7, 2014 8:01:15 GMT
che jauharah habsah binti che shamsuri
pandangan semesta
konsep tian - pemujaan nenek moyang dan Tian. - Konsep Tian atau langit sebagai makhluk yang unggul yang menguasai nasib seseorang. - prinsip tertinggi di dalam alam semesta serta dalam konteks etika Konfusianisme.
konsep dao - “jalan” atau “lorong”. - konsep tatatertib moral yang mesti dipatuhi oleh seseorang individu. - sesuatu set peraturan etika yang mesti diikuti oleh seseorang individu.
konsep taiji - merujuk kepada kenyataan muktamad.
konsep yin yang - disifatkan sebagai proses pusingan atau putaran yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhirannya. - Yin mewakili perempuan seperti pasif, sejuk, gelap, basah,lembut. - Yang mewakili lelaki seperti aktif, panas, cerah, kering dan keras.
prinsip zhong yong - moral asas yang bersifat sederhana, seimbang dan bersesuaian. - norma masyarakat yang dapat menyumbang terhadap pencapaian keharmonian sejagat.
nilai masyarakat
(a) Wanita : dalam ajaran Konfusion, wanita adalah lemah, mempunyai kedudukan rendah dalam masyarakat dan golongan yang menurut perintah. Perempuan dari kelas pertengahan/ atasan akan mengikat kakinya supaya menjadi saiz kecil semasa berumur 5 tahun. Ia menyakitkan dan 1 seksaan untuk menghukumnya daripada menjadi aktif. (b) Perkahwinan dan keluarga: Perkahwinan seorang perempuan ditentukan oleh bapanya. Kedudukan wanita selepas berkahwin belum terjamin sekiranya matlamat fungsi sebagai isteri yang baik belum tercapai iaitu melahirkan anak lelaki untuk mewarisi tradisi China. (c) Penghambaan wanita : Perbezaan jantina menyebabkan penghambaan wanita sering berlaku di negara China menggambarkan kepelbagaian kekurangan status wanita yang rendah jika dibandingkan dengan kaum lelaki. Kostum China yang menjual anak perempuan kepada pedagang haram untuk menjadi pelacur di luar negara. (d) Tradisi dan perubahan : wanita dikatakan agen pengekalan kepercayaan Cina dan bertindak sebagai pengaruh dalam perubahan perkembangan sosial cina. Dalam keluarga, wanita memainkan peranan penting untuk berkomunikasi dengan anaknya.
Perbezaan di atas dengan tamadun Islam ialah Islam mengangkat darjat wanita daripada dilakukan seperti hamba.
konfusianisme - pengajaran falsafah untuk mempertingkatkan moral dan menjaga etika manusia. - mementingkan akhlak yang mulia dengan menjaga hubungan antara manusia di langit dengan manusia di bumi dengan baik. - diajar supaya tetap mengingati nenek moyang seolah-olah roh mereka hadir di dunia ini. - susunan falsafah & etika yang mengajar bagaimana manusia bertingkah laku.
maoisme - ideologi panduan politik dan ketenteraan dalam Parti Komunis China (CPC). - perjuangan revolusi majoriti besar rakyat bergelar Perang Rakyat yang melibatkan kaum petani. - strategi ketenteraanya melibatkan taktik perang gerila yang tertumpu pada pengepungan dari kawasan desa oleh angkatan bersenjata rakyat bukan profesional.
daoisme - -mengajar doktrin tentang mengikut alam (wu-wei). -fahaman ini mengajar doktrin bekerja ke arah menentang alam.
legalisme - salah satu arus falsafah utama sewaktu Zaman Negeri-Negeri Berperang. - Semua orang di bawah pemerintah adalah sama di sisi undang-undang. - Undang-undang harus membalas orang-orang yang taat kepada mereka dan menghukum dengan sewajarnya orang-orang yang berani untuk memecahkan mereka.
kesan pengaruh Islam - Kesan pengaruh Islam terhadap kebudayaan Cina dapat dibuktikan dari segi fizikal melalui reka bentuk beribu-ribu masjid, dewan membaca Al-Quran dan tanah-tanah perkuburan di seluruh Negara China.
|
|
|
Post by yanamuni on Dec 7, 2014 11:08:24 GMT
SITI NORLIYANA AIMUNI BT MUSTAFA
Pandangan semesta dan nilai masyarakat China
-Konsep Tien yang berasaskan pemujaan nenek moyang dan merujuk kepada prinsip tertinggi di dalam alam semesta serta -Konsep Dao merujuk kepada keseluruhan alam semesta dan merupakan konsep tatatertib yang mesti dipatuhi oleh seseorang individu -Konsep Yin dan Yang yang disifatkan sebagai proses pusingan yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhirannya. Ying bermaksud negatif manakala Yang merujuk kepada positif -Zhong Yong menunjukkan kesederhanaan yang memelihara keharmonian
-Nilai kesederhanaan iaitu tidak bersikap keterlaluan dalam urusan -Nilai keadilan dalam membuat keputusan -Nilai kesepakatan yang mewujudkan kasih sayang
Tamadun Islam juga mengamalkan nilai2 yang diamalkan oleh Tamadun China
4 ajaran Tamadun China
1)Konfucianisme -memberi penekanan terhadap aspek kemanusiaan -Merangkumi falsafah dan etika yang mengajar manusia cara tingkah laku yang baik. -Kepentingan akhlak mulia melalui penjagaan hubungan baik antara manusia di langit dan manusia di bumi. -mengingati nenek moyang seolah-olah roh mereka hadir di dunia. -kesederhanaan dalam tingkah laku
2)Maoisme -menitik beratkan cinta sejagat tetapi mengabaikan hubungan kekeluargaan dan kedudukan. -Seseorang itu sepatutnya menyayangi orang lain seperti menyayangi diri sendiri -melarang kehidupan mewah dan membazir -Mo-Tzi melarang perkembangan muzik yang dianggap boleh melalaikan sseorang dan memusnahkan peribadi seseorang Raja - Menentang upacara pengebumian secara besar-besaran. -Mo-Tzi tidak mempercayai konsep takdir. Beliau berpendapat bawa seseorang yang bergantung kepada nasib dan takdir tanpa berusaha akan menyebabkan berlakunya kemunduran dan kesengsaraan. -melarang segala bentuk keganasan -menentang pewarisan takhta
3)Daoisme -Menekankan unsur primitive bagi mencapai kehidupan yang abadi. Penganutnya perlu bertapa di gua dan di gunung untuk penghapusan dosa -Penekanan terhadap aspek antimaterialisme untuk memperoleh tempat yang lebih baik pada masa lain -Pendekatan batin digalakkan bagi mewujudkan perpaduan masyarakat.
4)Legalisme - manusia secara asas bersifat jahat dan manusia perlu melihat diri mereka sendiri. - Pemerintahan dijalankan berdasarkan undang-undang ketat. - Tidak menitik beratkan falsafah moral seperti yang ditekankan dalam ajaran Konfucius dan Taoisme. - Perkataan Fa bermaksud peraturan dan undang-undang. - Suatu mazhab pemikiran Cina yang lebih mementingkan penggunaan sistem atau cara pentadbiran yang berdasarkan undang-undang yang ditetapkan kerana dengan cara itu, ia dapat menjamin kesstabilan dan keamanan negara. - Menitik beratkan konsep kuasa pemerintahan. - Raja mempunyai kuasa dalam memberi arahan kepada menteri dan pegawai bawahnya. - Menentang pengajaran dan pembelajaran Legalisme kerana mereka tidak perlu mengetahui perkara yang lalu.
Keempat2 ajaran tersebut berkait dengan ajaran Islam . Islam juga menekankan sifat kemanusiaan sesama individu dan kepentingan berakhlak mulia . Selain itu, upacara pengebumian secara besar-besaran boleh dikatakan melanggar agama di dalam Islam dan berkait dengan pemujaan . Ini menunjukkan perhubungan yang rapat antara tamadun2 yang wujud pada masa kini .
|
|
|
Post by adninhs244 on Dec 8, 2014 23:33:47 GMT
pandangan semesta dan sistem nilai masyarakat Nilai-nilai murni masyarakat Cina Mayarakat Cina juga mempunyai sistem kepercayaan dan pandangan semesta yang tersendiri. Mereka memuja nenek moyang dan Tian (langit) Di samping kepercayaan primitif iaitu animisme iaitu pemujaan binatang, tanaman atau alam semula jadi. Ianya wujud di kalangan masyarakat Cina sejak zaman silam lagi. Masyarakat Cina lebih mementingkan aspek kepercayaaan yang boleh memberikan kesejahteraaan, kemakmuran, kebahagiaan dan kekayaan. Kebanyakan daripada mereka cenderung kepada konsep kebaikan dari segi moral dan akhlak manusia. Tumpuan terhadap pemahaman mengenai diri manusia sendiri lebih diutamakan dalam kepercayaan mereka berbanding konsep ketuhanan.
Bagi masyrakat Cina kepercayaan dan agama merupakan perkara yang peribadi. Mereka bebas mengamalkan beberapa agama dan kepercayaan yang dirasakan boleh memberikan kesejahteraan dan kebahagiaan hidup selagi ianya tidak bercanggah dengan adat dan budaya mereka. Kebanyakannya tidak mempunyai kepercayaan dan konsep yang jelas tentang kewujud antuhan yang satu seperti yang terdapat dalam ajaran Islam dan Kristian. Masyarakat Cina menggambarkan kewujudan tuhan mereka dalam bentuk dewa-dewi dan mmepunyai perwatakan manusia yang mencerminkan kepercayaan mereka iaitu memmentingkan manusia berhubung dengan kebaikan dunia dan akhirat.
Masyarakat Cina juga mempercayai langit atau (tian) sebagai makhluk unggul yang menguasai nasib seseorang. Ianya juga membawa maksud prinsip tertinggi dalam alam semesta dalam konteks etika Konfusianisme. Di samping itu ajaran seperti agama Buddha, Taoisme dan Konfusianisme menekan aspek etika dan moral.Konsep Ying dan Yang juga mempengaruhi pemikiran masyarakat Cina. Kedua-dua tersebut penting untukmencapai keseimbangan di antara langit dan bumi. ( Soo Khin Wah dalam Tamadun Islam dan Tamadun AsiaUM: 2002: 306-307) Falsafah Konfusianisme merupakan doktrin kenegaraan yang merangkumi aspek- aspek falsafah, keagamaan dan sosiopolitik yang termaktub dalam ajaran Konfusius(551SM-479SM). Seperti yang terkandung dalam kitab Analects, pengajaran utama Konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia, terutama mengenai perikemanusiaan. Oleh sebab itu manusia berpotensi untuk mencapai 4 jenis sifat yang baik iaitu:
i. Perikemanusiaan(ren)
ii. kewaj aran(yi)
iii. kesusilaan(Ii)
iv. kearifan(zhi)
Selain daripada itu ketaatan kepada ibu bapa juga dititikberatkan oleh ajaran Konfusius. Menurut beliau jugamanusia mempunyai sifat semulajadi yang lebih kurang sama pada peringkat permulaan hayat. Kesemua nilai yang mulia ini diteladani orang yang bermoral dan bersikap mulia(xiao). Mensius menegaskan sifat semula jadi manusia baik ketika dilahirkan. Xunzi menyatakan sifat semulajadi manusia adalah jahat di mana usaha individu yang membentuk peribadi ke arah kebaikan. Gaozi menyatakan sifat semula jadi manusia tidak baik dan tidak jahat. ( Soo Khin Wah 2001 : 306-308). Ajaran konfusius menekankan konsep lima hubungan dikenali sebagai
Wulun iaitu:
i. Raja dengan menter
ii. Ayah dengan anak
iii. Suami dengan Isteri
iv. Abang dengan adik
v. Kawan dengan kawan
Konsep diatas jelas menunjukkan masyarakat Cina mementingkan nilai-nilai mumi yang membentuk masyarakat agar hidup saling bantu-membantu dan bekerjasama tanpa mengira bangsa. Dalam ajaran Buddhisme pula mementingkan kesederhanaan dimana asas pengajarannya ialah penderitaan adalah berpunca daripada hawa nafsu yang merupakan akar kepada pelbagai masalah manusia. Hawa nafsu yang merupakan akar kepada pelbagai masalah manusia. Ianya dapat dihindarkan mengikuti lapan jalan yang betul atau jalan pertengahan (middle way) yang mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan melampau yang terlalu mengikut perasaan. Keluarga dan masyarakat Cina amat mengambil berat tentang hubungan sesame manusia. Walaupun sistem kekeluargaan tradisional pemah mengalami perubahan namun asas sistem keluarga yang memusatkan kuasa bapa tetap berkekalan dan berlanjutan sehingga ke hari ini. Dalam tamadun Cina kita dapat lihat masyarakat tersebut mementingkan nilai kemanusiaan di mana mereka menganggap manusia mempunyai kedudukan yang unggul dan memainkan peranan penting dalam alam semesta. Nilai-nilai itu dapat dilihat hasil daripada humanisme antaranya ialah: ( Soo Khin Wah dalam Tamadun Islam dan Tamadun Asia UM: 2002 : 310-311).
1. Moral sebagai ideology
2. Hubungan manusia dengan alam semesta.
3. Mementingkan institusi keluarga
4. Pendidikan diberi keutamaan.
5. Keharmoniaan merupakan nilai utama
Daripada penjelasan di atas, jelaslah kepada kita bahawa masyarakat cina atau agamaBudha menyeru penganutnya berakhlak mulia. Oleh sebab itu masyarakat dan Negara haruslah hidup secara beretika berbudi pekerti mulia. Ianya jelas menunjukkan bahawa setiap golongan samada pemerintah dan diperintah mestilah mempunyai moral danakhlak yang mulia. Keluarga, masyarakat dan juganegara perlu mengetahui peranan masing-masing supaya kehidupan kita aman dan sejahtera.
-perbezaan • Dalam tamadun Islam, epistimologinya bersumber daripada ajaran Allah SWT menerusi wahyu al‐Qur’an dan Sunnah Rasulullah SAW sebagai sumber utama.
• Akal, pengalaman hidup dan intuisi adalah sumber sokongan yang boleh diguna pakai sekiranya tidak bertentangan dengan sumber utamanya.
• Dua sumber inilah yang menjadi kunci kepada seluruh world view tamadun Islam • Epistemologi akan menterjemahkan pandangan hidup dan sistem nilai baik atau buruknya, halal haram yang menjadi kepercayaan dan amalan dalam masyarakat dan pembinaan tamadun. • Adanya wahyu tidak bermakna manusia berserah tanpa berusaha dalam konteks fatal sebab amat bertentangan dalam sistem akidah Islam Sebaliknya daripada semangat wahyu itulah memberikan manusia sifat energetik agar menggunakan segenap kudrat minda dan upaya membangunkan tamadun di atas upaya membangunkan tamadun di atas muka bumi ini.
• Wahyu membuka ruang luas untuk manusia menggunakan kecerdasan minda dan pengalaman hidup.
• Amat sedikit perkara yang telah menjadi ketetapan wahyu secara mutlak yang tidak boleh dipertikaikan oleh keterbatasan akal manusia misalnya dalam hal pengharaman judi dan seumpamanya. • Ini bererti, apa jua bentuk kecekapan minda manusia untuk mendapatkan harta dan kekayaan yang terdapat unsur judi dalam membangunkan tamadun di bumi, tidak diiktiraf oleh tamadun Islam.
– Spiritual atau kerohanian • Makan, minum, berpakaian. – Niat kerana Allah, ada batasan hukum adab adab • Etika berbuat baik. Contohnya: Menolong orang – Atas dasar akhlak dan balasan akhirat.
• Islam [Wahyu] • Dalam tamadun Islam, segala kebenaran adalah berpaksikan kepada wahyu. Taraf manusia selaku hamba yang dicipta dengan kemampuan akal yang terbatas adalah cukup lemah untuk mencipta kebenaran mutlak terutamanya dalam perkara yang bersifat metafizik.
• Konsep Tuhan dalam Islam berbeza dari semua agama budaya
• Kebenaran yang ditekankan dalam aspek metafizik menurut tamadun Islam adalah berlegar sekitar rukun iman yang enam. Rukun iman itu jugalah merupakan world view setiap muslim.
• Amalan riba yang meskipun mendatangkan sedikit keuntungan kebendaan tetapi telah nyata ditegah oleh wahyu Tuhan lantaran lebih banyak menimbulkan penindasan dan melebarkan jurang sosial masyarakat
• Pandangan tamadun Islam melihat kemajuan dan kebahagiaan dunia sebagai alat dan matlamat mencari keredaan Allah serta kesenangan hari akhirat.
-ajaran Konfusianisme
Konfusianisme merupakan doktrin kenegaraan yang merangkumi aspek falsafah, keagamaan dan sosio-politik yang terdapat dalam pengajaran Konfusius (551-479 s.m). Asas Konfusianisme dikatakan berasal daripada tulisan-tulisan klasik yang diterbitkan atas nama Konfusius. Seperti yang terkandung dalam kitab Analects, pengajaran utama Konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia, terutama mengenai perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li) dan ketaatan kepada ibubapa (xiao). Oleh yang demikian, manusia dikatakan berpotensi untuk mencapai 4 jenis sifat yang baik iaitu: Perikemanusiaan (ren) Kewajaran (yi) Kesusilaan (li) Kearifan (zhi)
Menurut pandangan Konfusius, manusia mempunyai sifat semulajadi yang lebih kurang sama pada peringkat permulaan hayat. Mensius menegaskan sifat semula jadi manusia baik ketika dilahirkan. Xunzi menyatakan sifat semulajadi manusia adalah jahat. Gaozi menyatakan sifat semulajadi manusia tidak baik dan tidak jahat. Wulun merupakan 5 jenis hubungan order sosial dalam falsafah Konfusius iaitu: raja dengan menteri ayah dengan anak suami dengan isteri abang dengan adik kawan dengan kawan
Moisme
Diasaskan oleh Mo Zi (479-381 s.m). Antara konsep penting pemikiran aliran ini termasuk aspek kasih sayang sejagat (jian’ai), mengecam sikap suka berperang (feigong), menyerah kepada nasib (feiming) dan mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian). Penegasan aliran ini kepada sikap mengejar kepentingan (gongli), menyebabkan pengikutnya menentang konsep mandat tuhan yang dikemukakan aliran Konfusianisme.
Daoisme
Diasaskan oleh dua orang pemikir iaitu Lao Zi (604 s.m) dan Zhuang Zi (369-2865 s.m) yang berpendapat: Pemeliharaan alam semulajadi. Wuwei bermaksud melakukan perbuatan secara spontan dan tanpa sebarang usaha.
Kitab Daodejing merupakan sebuah karya klasik mistik bagi aliran keagamaan Dao kerana ayatnya yang ringkas, penuh dengan konotasi terbuka kepada pelbagai tafsiran selain menerangkan mengenai aspek metafizik Dao.
Legalisme
Diasaskan oleh Han Fei dan dilaksanakan semasa China di bawah pemerintahan dinasti Qin. Han Fei Zi telah menggabungkan 3 kaedah dalam sistem pemerintahan aliran Legalis iaitu: Kuasa (Shi). Cara (Shu). Perundangan (Fa).
Legalisme mengutamakan pemikiran sosio-politik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyatnya. Legalisme menyarankan pemerintahan berteraskan undang-undang adalah lebih baik daripada pemerintahan etika seperti yang disarankan aliran Konfusianisme. Aliran ini telah mengasaskan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di negara China.
Islam -Diperkenalkan melai peranan pedagang Islam Arab dan Parsi di selatan China. – Tokoh Islam Cina:- Wang Daiyu, Ma Zhu, Liu Zhi ,Ma Dexin ,Zheng He -Tokoh-tokoh ini bukan sahaja mempunyai kefahaman yang mendalam tentang ajaran Islam, tetapi juga pakar dalam klasik Cina. – Kesan pengaruh atau dampak Islam terhadap kebudayaan Cina dapat dibuktikan dari segi fizikal melalui:- -reka bentuk masjid -dewan membaca Al-Quran -tanah-tanah perkuburan di seluruh negara China
-pengaruh islam dengan ajaran agama berkenaan Agama Islam dibawa masuk dan diperkenalkan ke negara China melalui dua saluran jalan pada kira-kira kurun ke-8: pertamanya, melalui peranan pedagang Islam Arab dan Parsi yang mendarat di selatan China (mereka ini mendirikan masjid) iaitu di Guangzhou dan Quanzhou; dan keduanya, melalui peranan pedagang Islam yang menggunakan Jalan Sutera melalui kawasan Parsi dan Afghanistan. Di peringkat awal, walaupun terdapat cebisan-cebisan tulisan dalam bahasa Cina mengenai Islam demi memperkenalkan ajaran agama mi kepada orang Cina tetapi ianya didapati tidak berkesan. Dampak Islam menjadi semakin kuat dan mendalam beberapa kurun kemudian melalui usaha beberapa tokoh Islam Cina seperti Wang Daiyu (kkl580-1658), Ma Zhu (kk 1640-1711), Liu Zhi (kk 1660-1730) dan Ma Dexin (1794-1874). Mereka menghasilkan beberapa karya dalam bahasa Cina sertaterjemahantentang agama Islam. Mereka tidak sahaja mempunyai kefahaman yang mendalam tentang ajaran Islam tetapi juga pakar dalam klasik Cina, khasnya klasik Konfusianisme. Antara mereka, Wang Daiyu ialah tokoh yang pertama menghasilkan karya tentang agama Islam dalam bahasa Cina. Karya pertama beliau yang berjudul Zhengiao zhenquan (Anotasi Tulin Ajaran Ortodoks) diterbitkan pada tahun 1642. Semenjak itu, berpuluh-puluh sarjana Konfusian-Muslim mengikut jejak langkah Wang Daiyu dalam memainkan peranan penting dan memberikan sumbangan dalam tradisi keilmuan Islam di negara China.
Melalui penelitian terhadap hasil-hasil karya sarjana-sarjana tersebut, diperlihatkan beberapa ciri-ciri yang menonjol. Misalnya, demi membolehkan orang Cina memahami dan menenma agama Islam, Wang Daiyu menggunakan beberapa istilah atau konsep Konfusian seperti xiao (penghormatan terhadap ibu bapa), zhong (kesetiaan), shu (altruisme) dan sebagainya untuk menerangkan ajaran Islam. Liu Zhi pula menggunakan kata-kata Konfusius dan Mensius yang sesuai untuk menerangkan hukum syariah agama Islam, dan menganggap shangdi dalam klasik Konfusian seerti dengan Tuhan Yang Maha Esa dalam Islam. Kedua-dua mereka juga cuba mencantumkan konsep wugong (lima rukun) dalam Islam dengan konsep wude (lima sifat baik) dalam Konfusianisme untuk menunjukkan bahawa Islam dan Konfusianisme tidak bercanggah sama sekali tetapi sebaliknya adalah saling melengkapi. Usaha-usaha penyesuaian ini tidak menjejaskan prinsip-prinsip asas dan identiti Islam sebagai agama. Pada masa itu dan sehmgga kirn, agama Islam ditenma dengan baik di negara China. Rakyat China yang beragama Islam dianggarkan sejumlah 17 juta orang dan terdiri daripada 10 kaum. Kebanyakan penganut Islam berbangsa Cina ini terdapat di kawasan autonomi seperti Xinjiang, Ningxia dan beberapa wilayah lain di bahagian barat laut China.
|
|
|
Post by NuraqilahHS244 on Dec 10, 2014 18:28:50 GMT
# Pandangan Semesta Tamadun China 1. Tien - merujuk kepada langit ( heaven ) secara fizikal
- Menunjukkan Dewa tertinggi yang disamakan dengan langit.
- Dikaitkan dengan pemerintah seluruh dunia.
- mempunyai prinsip moral seperti cintakan keamanan, keadilan dan pemerintahan dan sebagainya.
2. Di @ Ti
- merujuk kepada bumi
- mempunyai Dewa yang memelihara di bumi
3. Dao @ Tao - Merujuk kepada lorong atau jalan yang membabitkan cara kelakuan atau tabiat baik dan buruk
4. Konsep Yin & Yang
- perkara yang wujud di alam ini hasil interaksi antara dua kuasa yang berlawanan iaitu Yin & Yang.
- 'yin' merujuk kepada perempuan, sejuk, pasif, gelap, basah, lembut, dan lain-lain manakala 'yang' merujuk kepada lelaki, panas, aktif, cerah, kering, dan lain-lain
- Membayangkan bahawa dunia ini adalah dunia dualisme. Iaitu segala fenomena mempunyai dua yang berbeza seperti besar dan kecil, kiri dan kanan, lelaki dan perempuan dan sebagainya
5. Konsep Zhong – Yong - Merujuk kepada kesederhanaan, keseimbangan dan jalan tengah bagi mewujudkan keharmonian alam semesta.
# Nilai masyarakat dalam Tamadun China
1. Konsep Wu Lan (Lima Hubungan)
- Hubungan antara suami dan isteri
- Hubungan antara bapa dan anak
- Hubungan adik dengan abang
- Hubungan antara sahabat (masyarakat)
- Hubungan antara pemerintah dan rakyat
2. Konsep REN (Kemanusian)
- Nilai kasih/ cinta kepada manusia
- mempuyai rasa hormat kepada diri sendiri dan memandang tinggi martabat manusia
- mempunyai asas seperti Konsep Zhong (ketaatan), Konsep Shu (kemaafan), Konsep Xiao (berbakti) dan Konsep Di (hormat)
3. Konsep Li (Tatasusila)
- peraturan yang membezakan antara golongan mulia dan hina, kaya dan miskin
- Bermaksud berakhlak seperti rendah diri dan menghormati orang lain. Li berfungsi sebagai pengawal terhadap tindakan/tingkah laku manusia.
# bandingan antara ajaran konfusianisme, maoisme, daoisme dan legalisme
1. Konfiusme
- Mementingkan akhlak yang mulia dengan menjaga hubungan antara manusia.
- Merupakan susunan falsafah dan etika yang mengajar manusia berakhlak mulia.
2. Daoisme - mempunyai konsep jalan yang merujuk kepada arah dan cara alam semesta
- konsep kuasa yang merujuk kepada kuasa yang diperolehi oleh seseorang yang bersedia mengenepikan cita-cita sendiri untuk mengikut arah alam semesta.
3. maoisme - bertentangan dengan konsep konfiusme
4. legalisme
- menyatakan udang - undang dan hukuman berat merupakan satu cara untuk membawa kestabilan dan keamanan bagi negara
- penganutnya tidak mempercayai konsep kasih sayang dan belas kasihan
# Ajaran islam dan pengaruhnya dengan 4 ajaran berkenaan
Masyarakat Cina telah menginterpretasi banyak nilai-nilai yang dianggap murni yang telah dikemukakan oleh Konfusius untuk membina diri, keluarga, masyarakat dan negara. Nilai-nilai murni ini ada mempunyai persamaaan dengan ajaran Islam yang mementingkan perpaduan antara masyarakat.
|
|
|
Post by arishanajua on Dec 10, 2014 18:33:44 GMT
pandangan semesta dan sistem nilai masyarakat dalam tamadun China: Konsep Dao merupakan konsep tatatertib yang mesti dipatuhi oleh seseorang individu Konsep Tian atau langit sebagai makhluk yang unggul yang menguasai nasib seseorang. konsep yin(perempuan) dan yang(lelaki) sebagai proses pusingan yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhirannya. Prinsip Zhong Yong merupakan moral asas yang bersifat seimbang,sederhana dan bersesuaian
4 nilai yang diamalkan: 1)Konfusianisme merupakan doktrin kenegaraan yang merangkumi aspek falsafah, keagamaan dan sosio-politik yang terdapat dalam pengajaran Konfusius berasal daripada tulisan-tulisan klasik yang diterbitkan atas nama Konfusius(kitab Analect) -Perikemanusiaan (ren) -Kewajaran (yi) -Kesusilaan (li) -Kearifan (zhi)
2)Maoisme konsep penting pemikiran aliran ini termasuk aspek kasih sayang sejagat (jian’ai), mengecam sikap suka berperang (feigong), menyerah kepada nasib (feiming) dan mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian). Penegasan aliran ini kepada sikap mengejar kepentingan (gongli), menyebabkan pengikutnya menentang konsep mandat tuhan yang dikemukakan aliran Konfusianisme.
3)Daoisme Kitab Daodejing merupakan sebuah karya klasik mistik bagi aliran keagamaan Dao kerana ayatnya yang ringkas, penuh dengan konotasi terbuka kepada pelbagai tafsiran selain menerangkan mengenai aspek metafizik Dao.
4)Legalisme mengutamakan pemikiran sosio-politik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyatnya. Legalisme menyarankan pemerintahan berteraskan undang-undang adalah lebih baik daripada pemerintahan etika seperti yang disarankan aliran Konfusianisme. -Kuasa (Shi). -Cara (Shu). -Perundangan (Fa).
perbezaan: -tumpuan tamadun China terhadap pemahaman mengenai diri manusia sendiri lebih diutamakan dalam kepercayaan mereka berbanding konsep ketuhanan yang diamalkan oleh tamadun China. -tamadun China mempunyai konsep Konsep Dao,Konsep Tian, konsep yin(perempuan) dan yang(lelaki), Prinsip Zhong Yong manakala tamadun Islam mempunyai Rukun Islam dan Rukun Iman. -tamadun China mempunyai ajaran seperti Konfusianisme,Daoisme.Legalisme,Maoisme manakala Tamadun Islam mempunyai sumber Al-Quran,Sunnah dan Ijtihad.
persamaan: ajaran ISlam banyak dapat dilihat sama dengan Konfucianisme iaitu nilai murni dan akhlak mulia.
|
|
UMMI WARDAH BINTI SHAFIE
Guest
|
Post by UMMI WARDAH BINTI SHAFIE on Dec 10, 2014 21:20:57 GMT
Bicara Tamadun China
PANDANGAN SEMESTA DAN SISTEM NILAI MASYARAKAT TAMADUN CHINA • Masyarakat tamadun China percaya kepada Tian (langit). Ia juga merujuk kepada dewa yang disembah atau dipuja oleh mereka. Tian bertanggungjawab menjaga keamanan serta menjaga kebajikan dan kemakmuran rakyat. Selain itu, dalam teori Yin dan Yang , Tian merujuk kepada penciptaan makhluk dan bertindak untuk menjaga dan memeliharanya. Mereka juga percaya kepada Dao / Tao yang merujuk kepada jalan atau lorong. Jalan yang dimaksudkan ialah cara atau tabiat sama ada baik atau buruk. • Sistem nilai masyarakat tamadun China memandang rendah terhadap kedudukan wanita. Sesebuah keluarga lebih suka mempunyai anak lelaki berbanding anak perempuan. Dari segi perkahwinan, perkahwinan seorang perempuan ditentukan oleh ibu bapanya. Walaupun wanita mempunyai status kedudukan yang rendah, mereka juga memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan adat dan tradisi Cina sehingga kini. Wanita dikatakan agen pengekalan kepercayaan tradisional Cina dan bertindak sebagai pengaruh dalam perubahan perkembangan sosial Cina. PERBEZAAN PANDANGAN Dalam tamadun Islam, hanya terdapat satu ajaran iaitu ajaran Islam @ agama Islam. Ajaran Islam berpegang teguh kepada al-Quran dan Hadis. Kedudukan wanita juga dipandang tinggi dalam Islam selain memandang semua masyarakat adalah sama di sisi Allah SWT melainkan yang membezakannya adalah keimanan.
KONFUSIANISME • Amat mementingkan akhlak yang mulia dengan menjaga hubungan antara manusia di langit dengan manusia di bumi dengan baik. • Penganutnya diajar supaya tetap mengingati nenek moyang seolah-olah roh mereka hadir di dunia ini. • Merupakan susunan falsafah & etika yang mengajar bagaimana manusia bertingkah laku. • Konfusianisme tidak menghalang orang Cina menyembah keramat dan penunggu tetapi yang dipentingkan ialah setiap manusia perlu berusaha menjadi baik.
DAOISME • Daoisme tidak pernah merupakan suatu agama yang terpadu, dan terbentuk dari kombinasi [berbagai] ajaran yang didasarkan atas beraneka sumber asli. • Dao mengajarkan manusia untuk menyelaraskan diri dengan hukum hakiki alam semesta • Terlalu memaksakan diri untuk melaksanakan sesuatu yang berada di luar jangkauan adalah satu kesalahan atau sikap yang merosakkan keseimbangan alam
TAOISME • Taoisme menekankan pemahaman "Tao" atau hukum alam semesta untuk hidup dengan harmoni dengan unsur-unsur semula jadi di dalam dunia ini. • Taifah-taifah Taoisme telah mengembangkan beberapa seni silat khususnya untuk memperbaik kesihatan mereka. • Seni-seni silat seperti tai chi dan pelbagai qigong kini juga menjadi semakin popular dengan orang-orang Barat. • Pengamal-pengamal tai chi, qigong, dan seni-seni silat yang lain tidak menganggap diri sebagai penganut agama. • Sebenarnya taifah-taifah Taoisme pada zaman dahulu lebih merupakan persatuan seni silat, berbanding pertubuhan agama.
LEGALISME
• Ajaran ini muncul demi kepentingan undang-undang untuk capai kecekapan dalam kerajaan dan ketertiban masyarakat. • Tidak mempercayai konsep kasih sayang. • Percaya bahawa pendidikan adalah untuk memperbaiki kejahatan manusia. • Nilai yang baik ialah ketekunan bekerja dan dalam peperangan.
|
|
UMMI WARDAH BINTI SHAFIE
Guest
|
Post by UMMI WARDAH BINTI SHAFIE on Dec 10, 2014 21:25:55 GMT
Ajaran Islam dapat dilihat di dalam ajaran-ajaran tersebut seperti nilai-niali murni, akhlak mulia, nilai kekeluargaan serta banyak lagi.
|
|
|
Post by saidatul hs244 on Dec 11, 2014 7:03:18 GMT
PANDANGAN SEMESTA DAN SISTEM NILAI MASYARAKAT TAMADUN CHINA Konsep Tian : merupakan pemujaan nenek moyang dan Tian. Konsep Tian atau langit sebagai makhluk yang unggul yang menguasai nasib seseorang. Tian juga bermaksud prinsip tertinggi di dalam alam semesta.
Konsep Dao : Maksud terawal ialah “jalan” atau “lorong”. Dao digunakan untuk Menunjukkan satu jalan, cara kelakuan, tabiat ( Baik atau buruk ). konsep yin dan yang:konsep ini disifatkan sebagai proses pusingan yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhirannya.ying bermaksud negatif, perempuan, malam, pasif, firasat, bulan, sejuk, lembut manakala yangbermaksud merujuk kepada positif, lelaki, siang, aktif, logik, panas, keras.
zhong yong:bertunjangkan kesederhanaan, seimbang dan bersesuaian.serta keseimbangan akan mendatangkan keharmonian alam semesta dan bumi dengan kesempurnaan hidup semua makhluk terpelihara.
PERBEZAAN PANDANGAN MASYARAKAT TENTANG KEDUA-DUA ASPEK TERSEBUT DALAM TAMADUN ISLAM
Pandangan tamadun Islam melihat kemajuan dan kebahagiaan dunia sebagai alat dan matlamat mencari keredaan Allah serta kesenangan hari akhirat. Dalam tamadun Islam, segala kebenaran adalah berpaksikan kepada wahyu. Taraf manusia selaku hamba yang dicipta dengan kemampuan akal yang terbatas adalah cukup lemah untuk mencipta kebenaran mutlak terutamanya dalam perkara yang bersifat metafizik. Dalam tamadun Islam, epistimologinya bersumber daripada ajaran Allah SWT menerusi wahyu al‐Qur’an dan Sunnah Rasulullah SAW sebagai sumber utama. Akal, pengalaman hidup dan intuisi adalah sumber sokongan yang boleh diguna pakai sekiranya tidak bertentangan dengan sumber utamanya.
AJARAN YANG DIBAWA OLEH KONFUSIANISME, MAOISME, DAOISME, DAN LEGALISME.
Konfusianisme - Anjaran ini banyak memberikan penekanan terhadap aspek maruah diri dan perasaan kemanusiaan. - Antara anjarannya ialah : (a) Kepentingan akhlak mulia yang melalui penjagaan hubungan yang baik antara manusia di langit dan manusia di bumi. (b) Mengajar penganutnya supaya sentiasa mengingati nenek moyang seolah-olah roh mereka hadir di dunia. (c) Merangkumi aspek falsafah dan etika yang mengajar manusia cara untuk bertingkah laku dengan baik. (d) Segala tingkah laku hendaklah sederhana dan setiap orang harus bertindak mengikut peraturan.
Maoisme Antara ajaran Maoisme ialah: (a) Beliau menitik beratkan cinta sejagat tetpi mengabaikankan hubungan kekeluargaan dan kedudukan. Seseorang itu sepatutnya menyayangi korang lain seperti menyayangi diri sendiri. (b) Melarang hidup mewah, tidak membazir dan menyarankan kesederhanaan dalam kehidupan. (c) Menentang upacara pengebumian yang dijalankan secara besar-besaran. Upacara berkabung selama tiga tahun juga tidak harus dijalankan kerana boleh melemahka produktiviti msayrakat. (d) Mo-Tzi melarang perkembangan muzik kerana beliau beranggapan bahawa muzik boleh melalaikan sseorang dan memusnahkan peribadi seseorang Raja dan tidak dapat memelihara negara. (e) Menentang peraturan sistem pewarisan takhta kerajaan. Menurut ajaran ini, sesiapa sahaja yang berkelayakan harus diberi peluang memegang sesuatu jawatan. (f) Melarang segala bentuk keganasan, peperangan, dan serangan. Bagi beliau, peperangan tidak bawa aa-apa faedah, sebaliknya akan menyebabkan berlakunya kemusnahan harta benda. (g) Mo-Tzi tidak mempercayai konsep takdir. Beliau berpendapat bawa seseorang yang bergantung kepada nasib dan takdir tanpa berusaha akan menyebabkan berlakunya kemunduran dan kesengsaraan.
Taoisme –daoisme Antara ajaran Taoisme ialah : (1) Menekankan unsur primitive bagi mencapai kehidupan yang abadi. Bagi menghapuskan dosa, penganutnyaperlu bertapa di gua dan di gunung. (2) Penekanan terhadap aspek antimeterialisme, ia adalah untuk memperoleh tempat yang lebih baik pada masa akhirat dengan penganutnya diajak meinggalkan hal duniawi. (3) Pendekatan batin digalakkan bagi mewujudkan perpaduan masyarakat. Mereka percaya setiap manusia mempunyai satu bentuk tenaga dalam jiwanya, dan tenaga ini boleh dibangkitkan melalui amalan yoga dan meditasi. Manusia seharusnya hidup secara sederhana di samping menghafal kitab Taoisme. (4) Fahaman ini menekankan aspek perdampingan dengan alam semula jadi.
Legalisme - manusia secara asas bersifat jahat dan manusia perlu melihat diri mereka sendiri. - Falsafah ini, pemerintahannya perlu dijalankan berdasarkan undang-undang ketat. - Tidak menitik beratkan falsafah moral seperti yang ditekankan dalam ajaran Konfucius dan Taoisme. - Perkataan Fa bermaksud peraturan dan undang-undang. - Suatu mazhab pemikiran Cina yang lebih mementingkan penggunaan sistem atau cara pentadbiran yang berdasarkan undang-undang yang ditetapkan kerana dengan cara itu, ia dapat menjamin kesstabilan dan keamanan negara. - Menitik beratkan konsep kuasa pemerintahan. - Raja mempunyai kuasa dalam memberi arahan kepada menteri dan pegawai bawahnya. - Menentang pengajaran dan pembelajaran Legalisme kerana mereka tidak perlu mengetahui perkara yang lalu. PENGARUH ISLAM TERHADAP AGAMA BERKENAAN
Islam menjadi semakin kuat dan mendalam beberapa kurun kemudian melalui usaha beberapa tokoh Islam Cina seperti Wang Daiyu (kkl580-1658), Ma Zhu (kk 1640-1711), Liu Zhi (kk 1660-1730) dan Ma Dexin (1794-1874). Mereka menghasilkan beberapa karya dalam bahasa Cina sertaterjemahantentang agama Islam. Melalui penelitian terhadap hasil-hasil karya sarjana-sarjana tersebut, diperlihatkan beberapa ciri-ciri yang menonjol. Misalnya, demi membolehkan orang Cina memahami dan menenma agama Islam, Wang Daiyu menggunakan beberapa istilah atau konsep Konfusian seperti xiao (penghormatan terhadap ibu bapa), zhong (kesetiaan), shu (altruisme) dan sebagainya untuk menerangkan ajaran Islam. Liu Zhi pula menggunakan kata-kata Konfusius dan Mensius yang sesuai untuk menerangkan hukum syariah agama Islam, dan menganggap shangdi dalam klasik Konfusian seerti dengan Tuhan Yang Maha Esa dalam Islam. Kedua-dua mereka juga cuba mencantumkan konsep wugong (lima rukun) dalam Islam dengan konsep wude (lima sifat baik) dalam Konfusianisme untuk menunjukkan bahawa Islam dan Konfusianisme tidak bercanggah sama sekali tetapi sebaliknya adalah saling melengkapi. Usaha-usaha penyesuaian ini tidak menjejaskan prinsip-prinsip asas dan identiti Islam sebagai agama.
|
|