andyy
New Member
Posts: 6
|
Post by andyy on Dec 14, 2014 17:06:23 GMT
YUSHASLIZA ANDREALYN YUSOF
Pandangan semesta dan nilai masyarakat China
- Mereka memuja nenek moyang dan Tian (langit) - Di samping kepercayaan primitif iaitu animisme iaitu pemujaan binatang, tanaman atau alam semula jadi. - Masyarakat Cina menggambarkan kewujudan tuhan mereka dalam bentuk dewa-dewi dan mmepunyai perwatakan manusia yang mencerminkan kepercayaan mereka iaitu memmentingkan manusia berhubung dengan kebaikan dunia dan akhirat. - Manusia berpotensi untuk mencapai 4 jenis sifat yang baik iaitu perikemanusiaan(ren), kewaj aran(yi), kesusilaan(Ii), dan kearifan(zhi). - Selain daripada itu ketaatan kepada ibu bapa juga dititikberatkan oleh ajaran Konfusius. - Ajaran konfusius: menekankan konsep lima hubungan dikenali sebagai Wulun iaitu Raja dengan menteri, ayah dengan anak, suami dengan Isteri, abang dengan adik, dan kawan dengan kawan.
Perbezaan pandangan masyarakat tentang kedua-dua aspek tersebut dalam tamadun Islam
Pandangan tamadun Islam melihat kemajuan dan kebahagiaan dunia sebagai alat dan matlamat mencari keredaan Allah serta kesenangan hari akhirat. Dalam tamadun Islam, segala kebenaran adalah berpaksikan kepada wahyu. Taraf manusia selaku hamba yang dicipta dengan kemampuan akal yang terbatas adalah cukup lemah untuk mencipta kebenaran mutlak terutamanya dalam perkara yang bersifat metafizik. Dalam tamadun Islam, epistimologinya bersumber daripada ajaran Allah SWT menerusi wahyu al‐Qur’an dan Sunnah Rasulullah SAW sebagai sumber utama. Akal, pengalaman hidup dan intuisi adalah sumber sokongan yang boleh diguna pakai sekiranya tidak bertentangan dengan sumber utamanya.
Ajaran yang dibawa oleh konfuniasme, maoisme, daoisme, legalisme
Konfusianisme
Konfusianisme merupakan doktrin kenegaraan yang merangkumi aspek falsafah, keagamaan dan sosio-politik yang terdapat dalam pengajaran Konfusius (551-479 s.m). Asas Konfusianisme dikatakan berasal daripada tulisan-tulisan klasik yang diterbitkan atas nama Konfusius. Seperti yang terkandung dalam kitab Analects, pengajaran utama Konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia, terutama mengenai perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li) dan ketaatan kepada ibubapa (xiao). Oleh yang demikian, manusia dikatakan berpotensi untuk mencapai empat jenis sifat yang baik iaitu perikemanusiaan (ren), kewajaran (yi), kesusilaan (li), dan kearifan (zhi).
Moisme
Diasaskan oleh Mo Zi (479-381 s.m). Antara konsep penting pemikiran aliran ini termasuk aspek kasih sayang sejagat (jian’ai), mengecam sikap suka berperang (feigong), menyerah kepada nasib (feiming) dan mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian). Penegasan aliran ini kepada sikap mengejar kepentingan (gongli), menyebabkan pengikutnya menentang konsep mandat tuhan yang dikemukakan aliran Konfusianisme.
Daoisme
Diasaskan oleh dua orang pemikir iaitu Lao Zi (604 s.m) dan Zhuang Zi (369-2865 s.m). Wuwei bermaksud melakukan perbuatan secara spontan dan tanpa sebarang usaha. Kitab Daodejing merupakan sebuah karya klasik mistik bagi aliran keagamaan Dao kerana ayatnya yang ringkas, penuh dengan konotasi terbuka kepada pelbagai tafsiran selain menerangkan mengenai aspek metafizik Dao.
Legalisme
Diasaskan oleh Han Fei dan dilaksanakan semasa China di bawah pemerintahan dinasti Qin. Han Fei Zi telah menggabungkan 3 kaedah dalam sistem pemerintahan aliran Legalis iaitu kuasa (Shi), cara (Shu), dan perundangan (Fa). Legalisme mengutamakan pemikiran sosio-politik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyatnya. Legalisme menyarankan pemerintahan berteraskan undang-undang adalah lebih baik daripada pemerintahan etika seperti yang disarankan aliran Konfusianisme. Aliran ini telah mengasaskan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di negara China.
|
|
|
Post by nadsri on Dec 14, 2014 17:08:22 GMT
Pandangan Smesta dan Nilai Masyarakat Tamdun China :
• Masyarakat tamadun China percaya kepada Tian (langit). Ia juga merujuk kepada dewa yang disembah atau dipuja oleh mereka. Tian bertanggungjawab menjaga keamanan serta menjaga kebajikan dan kemakmuran rakyat. Selain itu, dalam teori Yin dan Yang , Tian merujuk kepada penciptaan makhluk dan bertindak untuk menjaga dan memeliharanya. Mereka juga percaya kepada Dao / Tao yang merujuk kepada jalan atau lorong. Jalan yang dimaksudkan ialah cara atau tabiat sama ada baik atau buruk. • Sistem nilai masyarakat tamadun China memandang rendah terhadap kedudukan wanita. Sesebuah keluarga lebih suka mempunyai anak lelaki berbanding anak perempuan. Dari segi perkahwinan, perkahwinan seorang perempuan ditentukan oleh ibu bapanya. Walaupun wanita mempunyai status kedudukan yang rendah, mereka juga memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan adat dan tradisi Cina sehingga kini. Wanita dikatakan agen pengekalan kepercayaan tradisional Cina dan bertindak sebagai pengaruh dalam perubahan perkembangan sosial Cina. PERBEZAAN PANDANGAN Dalam tamadun Islam, hanya terdapat satu ajaran iaitu ajaran Islam @ agama Islam. Ajaran Islam berpegang teguh kepada al-Quran dan Hadis. Kedudukan wanita juga dipandang tinggi dalam Islam selain memandang semua masyarakat adalah sama di sisi Allah SWT melainkan yang membezakannya adalah keimanan.
Ajaran Tamadun China:
1)Taoisme - berasalkan “Dao” yang bererti tidak berbentuk, tidak terlihat tetapi merupakan asas atau jalan atau cara kejadian kesemua benda hidup dan benda-benda alam semesta dunia. 2)Daoisme - Taoisme juga diejakan Daoisme. 3)Iching - merupakan suatu ajaran kebijaksanaan yang jika dimanfaatkan dengan baik dapat membantu mencari jalan keluar dari kesulitan hidup. Masyarakat China kuno percaya bahwa nasib dapat menentukan Tao atau jalannya. 4)Legalisme - terdiri daripada Meritokrasi, Realisme, dan Kedaulatan Undang-Undang. 5)Konfusianisme - bermaksud bukanlah satu agamatetapi lebih kepada pengajaran falsafah untuk mempertingkatkan moral danmenjaga etika manusia. 6)Buddhisme - merupakan ajaran Agama Buddha
|
|
|
Post by fadhlullah on Dec 14, 2014 17:12:37 GMT
PANDANGAN SEMESTA T.CHINA
konsep tien - berasaskan pemujaan nenek moyang dan tien - tien merujuk kepada prinsip tertinggi di dalam alam semesta serta dalam konteks etika Konfusianisme konsep Dao -konsep ini merujuk kepada keseluruhan alam semesta - ia juga merupakan konsep tatatertib yang mesti dipatuhi oleh seseorang individu atau set peraturan etika yang mesti dikuti.
konsep yin dan yang - konsep ini disifatkan sebagai proses pusingan yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhirannya. - ying:: negatif, perempuan, malam, pasif, firasat, bulan, sejuk, lembut -yang:: merujuk kepada positif, lelaki, siang, aktif, logik, panas, keras
zhong yong - bertunjangkan kesederhanaan, seimbang dan bersesuaian. - keseimbangan akan mendatangkan keharmonian alam semesta dan bumi dengan kesempurnaan hidup semua makhluk terpelihara.
Sistem nilai Masyarakat cina
-Konsep Wu Lan (Lima Hubungan) Lima hubungan asas manusia ialah: - Hubungan antara suami dan isteri - Hubungan antara bapa dan anak - Kekeluargaan - Hubungan antara adik-beradik - Hubungan antara sahabat (masyarakat) - Hubungan antara pemerintah dan rakyat
KONSEP REN (Kemanusian) - Nilai kasih/ cinta kepada manusia - Naluri untuk membuat kebaikan dan kebajikan kepada orang lain, rasa hormat kepada diri sendiri & memandang tinggi martabat manusia - Membezakan manusia dengan haiwan - Kata Konfusius; “Jangan melakukan sesuatu yang anda sendiri tidak suka orang lain melakukan kepada anda”
Konsep Li (Tatasusila) - Merujuk kepada beberapa peraturan yang membezakan antara golongan mulia dan hina, kaya dan miskin - Merujuk kepada adat istiadat - Bermaksud berakhlak seperti rendah diri dan menghormati orang lain. Li berfungsi sebagai pengawal terhadap tindakan/tingkah laku manusia.
Pandangan masyarakat tentang kedua dua aspek tersebut dalam tamadun Islam
Dalam tamadun Islam, pandangan semesta ialah pandangan tentang realiti atau hakikat yang terpancar dari mata hati manusia mengenai kewujudan seluruh alam. Ia merupakan hak Allah semata. Ini kerana Allah yang mencipta segala-galanya, dari yang paling kecil sehingga ke yang paling besar, semuanya milik Allah s.w.t. hal ini akan menyedarkan umat Islam bahawa Allah itu tuhan yang esa, yang berkuasa, yang maha agung dan kita hanyalah hambaNya. Manakala sistem nilai dalam tamadun Islam ialah mengenai ahlak Nabi Muhammad s.a.w. Hal ini kerana ahlak Rasulullah amat sempurna dan masyarakat Islam selaku umat baginda s.a.w haruslah mencontohi baginda dan mengamalkan ahlak baginda kepada manusia, binatang, dan alam. Sistem nilai dalam tamadun Islam adalah ahlak Nabi Muhammad s.a.w.
4 nilai yang diamalkan:
1)Konfusianisme
merupakan doktrin kenegaraan yang merangkumi aspek falsafah, keagamaan dan sosio-politik yang terdapat dalam pengajaran Konfusius
berasal daripada tulisan-tulisan klasik yang diterbitkan atas nama Konfusius(kitab Analect)
-Perikemanusiaan (ren)
-Kewajaran (yi)
-Kesusilaan (li)
-Kearifan (zhi)
2)Maoisme
konsep penting pemikiran aliran ini termasuk aspek kasih sayang sejagat (jian’ai), mengecam sikap suka berperang (feigong), menyerah kepada nasib (feiming) dan mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian).
Penegasan aliran ini kepada sikap mengejar kepentingan (gongli), menyebabkan pengikutnya menentang konsep mandat tuhan yang dikemukakan aliran Konfusianisme.
3)Daoisme
Kitab Daodejing merupakan sebuah karya klasik mistik bagi aliran keagamaan Dao kerana ayatnya yang ringkas, penuh dengan konotasi terbuka kepada pelbagai tafsiran selain menerangkan mengenai aspek metafizik Dao.
4)Legalisme
mengutamakan pemikiran sosio-politik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyatnya.
Legalisme menyarankan pemerintahan berteraskan undang-undang adalah lebih baik daripada pemerintahan etika seperti yang disarankan aliran Konfusianisme.
-Kuasa (Shi).
-Cara (Shu).
-Perundangan (Fa).
Kesemua 4 ajaran tersebut sedikit sebanyak berkait rapat dengan ajaran Islam. Islam juga menekankan sifat kemanusiaan sesama individu dan kepentingan berakhlak mulia. Selain itu, upacara pengebumian secara besar-besaran boleh dikatakan melanggar agama di dalam Islam dan berkait dengan pemujaan. Ini menunjukkan perhubungan yang rapat antara tamadun2 yang wujud pada masa kini.
|
|
|
Post by fatinfazirahs244 on Dec 15, 2014 10:02:47 GMT
pandangan semesta dan sistem nilai masyarakat cina
pandangan semesta bagi masyarakat cina sangat tinggi. mereka mempercayai setiap apa jua yang berada di alam semesta ini mempunyai nilai-niai dan keagungan tersendiri. mereka memuja Tian(langit) dan mempercayai kepercayaan animisme iaitu pemujaan bintang,binatang,tanaman,atau alam semulajadi. masyarakat cina menjurus kepada nilai-nilai kesejahteraan , kemakmuran, dan kekayaan yang diperolehi daripada pemujaan alam semesta yang dianggap sebagai tuhan mereka.
bagi masyarakat cina, mereka bebas mengamalkan beberapa agama dan kepercayaan yang dirasakan boleh memberi kesejahteraan dan kebahgiaan hidup selagi tidak bercanggah dengan adat dan budaya. mereka menganggap langit atau tian sebagai makhluk unggul yang mengusai nasib seseorang.
perbezaan pandangan dengan tamadun islam. tamadun islam hannya mempercayai kepada Al-quran dan as-sunnah. mereka berpegang teguh pada ajaran yang terdapat di dalam Al-quran. mereka mendapatkan petunjuk dan jalan penyelesaian bagi setiap masalah melalui al-quran. masyrakat islam memandang semesta hanyalah sebagai makhluk Allah. mereka tidak memmpercayaibahawa setiap pandangan semesta ini mempunyai semangat atau nilai-nilai tersendiri.
ajaran yang dibawa oleh konfusianisme, maoisme, daoisme, legalisme
1)konfusianisme -ajaran konfusianisme atau Kong Hu Cu bererti agama dari orang-orang yang lembut hati, terpelajar dan berbudi luhur. ia mementingkan akhlak yang mulia dengan menjaga hubungan antara manusia di langit dengan manusia di bumi dengan baik. ajaran-ajarannya: -kebenaran -cinta kasih -kesusilaan -bijaksana -layak dipercayai -setia dan tepa safira
2)maoisme Maoisme dikenali secara rasmi sebagai Fahaman Mao Zedong. ianya merupakan satu bentuk Marxisme diterbitkan dari ajaran pemimpin China iaitu mendiang Mao Zedong, yang digunakan secara meluas sebagai ideologi panduan politik dan ketenteraan dalam Parti Komunis China (CPC) mulai kebangkitan. Mao mengambil alih kepimpinan sehingga penerimaan Teori Deng Xiaoping dan pembaharuan ekonomi China pada tahun 1978.
3)daoisme Daoisme diasaskan oleh lao Zi. Ia dikenal sebagai aliran filsafah pertama yang ada di Cina saat itu. Ajaran Daoisme ini memiliki inti ajaran bahawa hidup manusia itu harus selaras dengan alam dan juga Dao.Dao memiliki erti keseimbangan yang sempurna.
4)legalisme Legalisme adalah salah satu arus falsafah utama sewaktu zaman negeri-negeri berperang, walaupun istilah itu sendiri telah dicipta sewaktu Dinasti Han dan oleh itu tidak merujukkan pada sebuah 'sekolah' teratur fikiran. Legalisme adalah falsadah politik utilitarian yang tidak mengalamatkan pertanyaan-pertanyaan lebih tinggi seperti semulajadi dan tujuan hidup.Falsafah Legalisme bersifat authoritarianisme menekankan kepentingan undang-undang sebagai cara untuk mencapai kecekapan dalam kerajaan dan ketertiban dalam masyarakat. Menurut Han Fei penguatkuasaan undang-undang yang ketat dan hukuman yang berat perlu untuk mengawal manusia yang bertindak liar sekaligus melahirkan keamanan dan kesejahteran rakyat.
pengaruh islam kepada 4 ajaran tersebut Masyarakat Cina telah menerapkan banyak nilai-nilai yang dianggap murni yang telah dikemukakan oleh Konfusius untuk membina diri, keluarga, masyarakat dan negara. Nilai-nilai murni ini ada mempunyai persamaaan dengan ajaran Islam yang mementingkan perpaduan antara masyarakat.
|
|
|
Post by estasiaviny on Dec 15, 2014 13:31:23 GMT
SOALAN 1
Pandangan semesta Tamadun Cina
konsep tien - berasaskan pemujaan nenek moyang dan tien - tien merujuk kepada prinsip tertinggi di dalam alam semesta serta dalam konteks etika Konfusianisme
konsep Dao - konsep ini merujuk kepada keseluruhan alam semesta - ia juga merupakan konsep tatatertib yang mesti dipatuhi oleh seseorang individu atau set peraturan etika yang mesti dikuti.
konsep yin dan yang - konsep ini disifatkan sebagai proses pusingan yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhirannya. - ying:: negatif, perempuan, malam, pasif, firasat, bulan, sejuk, lembut - yang:: merujuk kepada positif, lelaki, siang, aktif, logik, panas, keras
zhong yong - bertunjangkan kesederhanaan, seimbang dan bersesuaian. - keseimbangan akan mendatangkan keharmonian alam semesta dan bumi dengan kesempurnaan hidup semua makhluk terpelihara.
Sistem nilai masyarakat Tamadun Cina
Nilai kesederhanaan : bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan tanpa mengabaikan kepentingan orang lain. Nilai cinta sejagat(dipanggil sebagai “jian ai” dalam Bahasa Cina) : bermaksud cinta (kasih sayang) yang sama rata tanpa mengira hubungan dan kedudukan Nilai keadilan : salah satu nilai yang dapat dijadikan iktibar. Nilai keadilan bermaksud keputusan dan tindakan yang tidak berat sebelah. Nilai bersatu padu : Bersatu padu merupakan satu perkara yang penting kepada masyarakat Cina.
Perbezaan di atas dengan tamadun Islam ialah Islam mengangkat darjat wanita daripada dilakukan seperti hamba.
SOALAN 2
Konfusianisme
Konfusianisme bukanlah satu agama tetapi lebih kepada pengajaran falsafah iaitu kemanusiaan, suatu filsafat atau sikap yang berhubungan dengan kemanusiaan, tujuan dan keinginannya Pengajaran utama Konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia (perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li), dan ketaatan kepada ibu bapa (xiao), keanfan (zhi)).
Maoisme
Moisme diasaskan oleh Mo Zi (kk 479SM-381SM). Pengikutnya menentang konsep mandat tuhan yang dikemukakan oleh aliran Konfusianisme. Antara konsep penting dalam pemikiran aliran ini termasuk - aspek kasih sayang sejagat (jian'ai) - mengecam sikap suka berperang (feigong) - menyerah kepada nasib (feiming) - mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian).
Daoisme
- Merupakan sebuah falsafah berdasarkan teks Daode Jing yang dianggap secara meluas sebagai hasil Laozi dan Zhuangzi. - Kitab Daode Jing merukan sebuah karya klasik mistik bagi aliran keagamaan Dao kerana kebanyakan ayatnya yang ringkas, penuh dengan konotasi yang terbuka kepada pelbagai tafsiran selain menerangkan aspek metafizik Dao. - daoisme merupakan agama bagi kebanyakan orang cina.
Legalisme
- Legalisme adalah suatu filsafat politik pragmatis yang tidak menjawab pertanyaan-pertanyaan tingkat tinggi seperti alam dan tujuan kehidupan. - Legalisme menyarankan pemerintahan berteraskan undang-undang adalah lebih baik daripada pemerintahan teladan seperti yang disarankan oleh Konfusius - Aliran ini telah mengasaskan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di negara China.
Pengaruh Islam terhadap segala ajaran
Islam turut menekankan peribadi mulia dalam diri setiap umatnya sama seperti yang terdapat dalam ajaran Konfusianisme.
|
|
amin
New Member
Posts: 6
|
Post by amin on Dec 15, 2014 14:23:13 GMT
Soalan 1
Konsep Tian : merupakan pemujaan nenek moyang dan Tian. Konsep Tian atau langit sebagai makhluk yang unggul yang menguasai nasib seseorang. Tian juga bermaksud prinsip tertinggi di dalam alam semesta.
Konsep Dao : Maksud terawal ialah “jalan” atau “lorong”. Dao digunakan untuk Menunjukkan satu jalan, cara kelakuan, tabiat ( Baik atau buruk ).
Prinsip Zhong Yong : Merupakan moral asas yang bersifat sederhana, seimbang dan bersesuaian. Ia juga merupakan norma masyarakat yang dapat menyumbang terhadap pencapaian keharmonian sejagat.
Soalan 2
1) Konfusianisme
Konfusianisme merupakan doktrin kenegaraan yang merangkumi aspek falsafah, keagamaan dan sosio-politik yang terdapat dalam pengajaran Konfusius (551-479 s.m). Asas Konfusianisme dikatakan berasal daripada tulisan-tulisan klasik yang diterbitkan atas nama Konfusius. Seperti yang terkandung dalam kitab Analects, pengajaran utama Konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia, terutama mengenai perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li) dan ketaatan kepada ibubapa (xiao). Oleh yang demikian, manusia dikatakan berpotensi untuk mencapai empat jenis sifat yang baik iaitu perikemanusiaan (ren), kewajaran (yi), kesusilaan (li), dan kearifan (zhi).
Maoisme
Antara ajaran Maoisme ialah: (a) Beliau menitik beratkan cinta sejagat tetpi mengabaikankan hubungan kekeluargaan dan kedudukan. Seseorang itu sepatutnya menyayangi korang lain seperti menyayangi diri sendiri. (b) Melarang hidup mewah, tidak membazir dan menyarankan kesederhanaan dalam kehidupan. (c) Menentang upacara pengebumian yang dijalankan secara besar-besaran. Upacara berkabung selama tiga tahun juga tidak harus dijalankan kerana boleh melemahka produktiviti msayrakat. (d) Mo-Tzi melarang perkembangan muzik kerana beliau beranggapan bahawa muzik boleh melalaikan sseorang dan memusnahkan peribadi seseorang Raja dan tidak dapat memelihara negara. (e) Menentang peraturan sistem pewarisan takhta kerajaan. Menurut ajaran ini, sesiapa sahaja yang berkelayakan harus diberi peluang memegang sesuatu jawatan. (f) Melarang segala bentuk keganasan, peperangan, dan serangan. Bagi beliau, peperangan tidak bawa aa-apa faedah, sebaliknya akan menyebabkan berlakunya kemusnahan harta benda. (g) Mo-Tzi tidak mempercayai konsep takdir. Beliau berpendapat bawa seseorang yang bergantung kepada nasib dan takdir tanpa berusaha akan menyebabkan berlakunya kemunduran dan kesengsaraan.
Daoisme
(a) Merupakan sebuah falsafah berdasarkan teks Daode Jing yang dianggap secara meluas sebagai hasil Laozi dan Zhuangzi. (b)Kitab Daode Jing merukan sebuah karya klasik mistik bagi aliran keagamaan Dao kerana kebanyakan ayatnya yang ringkas, penuh dengan konotasi yang terbuka kepada pelbagai tafsiran selain menerangkan aspek metafizik Dao. (c) Daoisme merupakan agama bagi kebanyakan orang cina.
Legalisme
(a)Tidak menfokuskan falsafah moral seperti yang ditekankan dalam ajaran Konfucius dan Taoisme (b)menekankan undang-undang, autoriti dan kaedah.
|
|
|
Post by sharifahshafiqah on Dec 15, 2014 14:31:18 GMT
PANDANGAN SEMESTA DALAM TAMADUN CHINA:
- Mereka memuja nenek moyang dan Tian (langit) - kepercayaan primitif iaitu animisme, pemujaan binatang, tanaman atau alam semula jadi. - mempercayai langit atau (tian) sebagai makhluk unggul yang menguasai nasib seseorang. Ianya juga membawa maksud prinsip tertinggi dalam alam semesta dalam konteks etika Konfusianisme.
Perbezaan pandangan dengan tamadun Islam:
- tamadun Islam yang mementingkan kedua-dua hubungan iaitu hablum minallah dan hablum minannas. - tamadun Islam berpegang pada Al-quran dan as-sunnah. - masyrakat islam memandang semesta hanyalah sebagai makhluk ciptaan Allah. Mereka tidak memmpercayai bahawa setiap pandangan semesta ini mempunyai semangat atau nilai-nilai tersendiri.
Ajaran yang dibawa oleh konfusianisme, maoisme, daoisme, legalisme
1) KONFUSIANISME -ajaran konfusianisme atau Kong Hu Cu bererti agama dari orang-orang yang lembut hati, terpelajar dan berbudi luhur. - Ia mementingkan akhlak yang mulia dengan menjaga hubungan antara manusia di langit dengan manusia di bumi dengan baik. - Ajaran-ajarannya termasuklah kebenaran, cinta kasih, kesusilaan, bijaksana, layak dipercayai, dan setia
2) MAOISME - dikenali secara rasmi sebagai Fahaman Mao Zedong. - merupakan satu bentuk Marxisme diterbitkan dari ajaran pemimpin China iaitu mendiang Mao Zedong - digunakan secara meluas sebagai ideologi panduan politik dan ketenteraan dalam Parti Komunis China (CPC) mulai kebangkitan. - Mao mengambil alih kepimpinan sehingga penerimaan Teori Deng Xiaoping dan pembaharuan ekonomi China pada tahun 1978.
3) DAOISME - diasaskan oleh Lao Zi. - dikenal sebagai aliran filsafah pertama yang ada di Cina saat itu. - memiliki inti ajaran bahawa hidup manusia itu harus selaras dengan alam dan juga Dao. - Dao memiliki erti keseimbangan yang sempurna.
4) LEGALISME - salah satu arus falsafah utama sewaktu zaman negeri-negeri berperang - merupakan falsafah politik utilitarian yang tidak mengalamatkan pertanyaan-pertanyaan lebih tinggi seperti semulajadi dan tujuan hidup. - bersifat authoritarianisme menekankan kepentingan undang-undang sebagai cara untuk mencapai kecekapan dalam kerajaan dan ketertiban dalam masyarakat. Menurut Han Fei penguatkuasaan undang-undang yang ketat dan hukuman yang berat perlu untuk mengawal manusia yang bertindak liar sekaligus melahirkan keamanan dan kesejahteran rakyat.
PENGARUH ISLAM TERHADAP 4 AJARAN TERSEBUT:
Masyarakat Cina telah menerapkan banyak nilai-nilai yang dianggap murni yang telah dikemukakan oleh Konfusius untuk membina diri, keluarga, masyarakat dan negara. Nilai-nilai murni ini ada mempunyai persamaaan dengan ajaran Islam yang mementingkan perpaduan antara masyarakat dan menyarankan umat manusia untuk sentiasa berkasih sayang antara satu sama lain. Terdapat juga penghasilan beberapa karya dalam bahasa Cina serta terjemahan tentang agama Islam.
|
|
|
Post by shahirahshafiq_hs244 on Dec 15, 2014 14:43:02 GMT
Bicara Tamadun China
1) Pandangan semesta Konsep Tian Kepercayaan animisme iaitu kepercayaan kepada binatang, tanaman, matahari, sungai serta kuasa-kuasa lain telah menjadi suatu kepercayaan bagi masyarakat Cina. Konsep ini telah membawa maksud prinsip tertinggi di dalam alam semesta serta dalam konsep etika Konfusianisme
Konsep Dao Maksud terawalnya merujuk kepada jalan atau lorong. Dao digunakan untuk tunjukkan satu jalan atau cara kelakuan atau tabiat , sama ada tabiat baik atau jahat. Para pengikut Daoisme menggunakan maksud metafizik untuk menunjukkan kepada keseluruhan alam semesta.
Konsep Yin Yang Manifestasi Yin dan Yang disifatkan sebagai proses pusingan atau putaran yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhirannya. Yin mewakili perempuan seperti pasif, sejuk, gelap , basah dan juga sejuk. Manakala Yang mewakili lelaki seperti aktif, panas, cerah, kering dan keras.
Prinsip Zhong Yong Moral asas yang bersifat sederhana, seimbang dan bersesuaian. Norma masyarakat yang dapat menyumbang terhadap pencapaian keharmonian sejagat. Jalan Agung dapat dicapai apabila segala objek atau benda di dunia ini dikongsi oleh semua pihak dengan adil dan saksama tanpa membazir dan digunakan demi kepentingan umum.
2) Sistem nilai masyarakat masyarakat cina atau agama Budha menyeru penganutnya berakhlak mulia. Oleh sebab itu masyarakat dan Negara haruslah hidup secara beretika berbudi pekerti mulia. Ianya jelas menunjukkan bahawa setiap golongan samada pemerintah dan diperintah mestilah mempunyai moral danakhlak yang mulia. Keluarga, masyarakat dan juga negara perlu mengetahui peranan masing-masing supaya kehidupan kita aman dan sejahtera.
3) Perbezaan pandangan masyarakat Perbezaan antara ajaran Islam dengan tamadun tersebut adalah kita hanya mengabdikan diri kepada Allah tetapi mereka boleh menyembah matahari, pokok dan sebagainya. Dalam Islam darjat wanita adalah antara yan tertinggi.
4) perbandingan ajaran Konfusianisme Asas Konfusianisme dikatakan berasal dari tulisan- tulisan klasik yang diterbitkan atas nama Konfusius. Ianya menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia, terutama mengenai perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li),dan ketaatan kepada ibu bapa ( xiou). Kesemua nilai yang mulia ini diteladani orang yang bermoral dan bersikap mulia . Oleh sebab itu manusia dikatakan berpotensi untuk mencapai empat jenis sifat yang baik, iaitu perikemanusiaan, kewajaran, kesusilaan dan kearifan
Maoisme Agama Moisme diasakan oleh Mo Zi. antara konsep yang penting dalam pemikiran aliran ini termasuk aspek kasih sayang, mengecam sikap suka berperang dan menyerah kepada nasib dan juga mengutamakan golongan cerdik pandai.
Daoisme Agama Daoisme diasaskan oleh dua orang pemikir agong Cina iaitu Lao Zi dan Zhuang Zhi yang berpendapat bahawa pemeliharaan semula jadi serta konsep wuwei atau melakukan perbuatan secara spontan tanpa sebarang usaha.Ianya terbahagi kepada 2 iaitu pemikiran falsafah Dao dan juga pemikiran keagamaan Dao. Kitab Daoisme iaitu Daodejing merupakan sebuah karya klasik mistik bagi aliran keagamaan Dao kerana kebanyakan ayatnya yang ringkas, penuh dengan konotasi yang terbuka kepada pelbagai tafsiran slain menerangkan aspek metafizik Dao
Legalisme Legalisme adalah falsafah politik utilitarian yang tidak mengalamatkan pertanyaan-pertanyaan lebih tinggi seperti semulajadi dan tujuan hidup. Kod undang-undang mesti ditulis dengan jelas dan diumumkan kepada orang ramai. Semua orang di bawah pemerintah adalah sama di sisi undang-undang. Undang-undang harus membalas orang-orang yang taat kepada mereka dan menghukum dengan sewajarnya orang-orang yang berani untuk memecahkan mereka. Oleh itu,ia memberi jaminan bahawa tindakan yang diambil secara sistematik diramalkan. Di samping itu, sistem undang-undang berlari negeri, bukan pemerintah, kenyataan peraturan undang-undang. Jika undang-undang itu dikuatkuasakan, walaupun pemerintah yang lemah akan menjadi kuat.
5)Antara ajaran Islam yang berkaitan dengan ajaran yang disebutkan adalah Islam menyeru umat manusia supaya berahklak baik, dan melakukan perkara yang baik. Kita haruslah bekerjasama untuk menjadikan kehidupan kita lebih harmoni.
|
|
|
Post by norwanidaidayu on Dec 15, 2014 14:43:40 GMT
PANDANGAN SEMESTA DALAM TAMADUN CHINA i) Konsep Tian - Kepercayaan animisme, iaitu kepercayaan kepada binatang, tanaman, matahari, sungai serta kuasa-kuasa lain telah menjadi satu kepercayaan kepada masyarakat Cina. - Konsep Tian wujud sejak Zaman Dinasti Zhou. - Membawa maksud prinsip tertinggi di dalam alam semesta serta dalam konteks eitka Konfusianisme. (ii) Konsep Dao - Maksud terawal merujuk kepada "jalan" atau "lorong". -Sebelum kedatangan falsafah konfusius, Dao digunakan untuk menunjukkan satu jalan atau cara kelakuan atau tabiat, sama ada tabiat baik atau buruk. - Selepas kedatangan Konfusius, para pengikut Daoisme menggunakan maksud metafizik untuk menunjukkan kepada keseluruhan alam semsta. (iii) Konsep Taiji, Yin Yang dan Wuxing - Kitab Yijang (The Book of Changes) menggunakan konsep Taiji untuk merujuk kepada kenyataan muktamad. - Manifestasi Yin dan Yang disifatkan sebagai proses pusingan atau putaran yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhirannya. - Yin mewakili perempuan seperti pasif, sejuk, gelap, basah, lembut. - Yang mewakili lelaki seperti aktif, panas, cerah, kering, keras. Taiji (iv) Keharmonian Tian dan Manusia - Konsep eprpaduan antara Tian dengan manusia (tian-ren heyi) terbentuk berdasarkan sesuatu pernyataan bahawa insan merupakan sebahagian daripada Tian. - Segala kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan duniawi menghasilkan manifestasi fenomena luar biasa dalam alam semulajadi sebagai isyarat atau tanda kemarahan Tian dan amaran. - Dong Zhongshu menunjukkan bahawa konsep ini berkaitkan dengan aliran pemikiran Tin-Yang dengan falsafah sosiopolitik Konfusianisme. Dong Zhongshu, seorang pujangga Konfusian di zaman Dinasti Han. (v) Prinsip Zhongyong (The Golden Mean) - Moral asas bersifat sederhana, seimbang dan bersesuaian. - Norma masyarakat yang dapat menyumbang terhadap pencapaian keharmonian sejagat. - Datong (The Grand Unity), utopia Konfusian yang diibaratkan sebagai Jalan Agung. - Jalan Agung dipercayai hanya akan dapat dicapai apabila segala objek atau benda di dunia ini dikongsi oleh semua pihak dengan adil dan saksama, tanpa membazir dan digunakan demi kepentingan umum.
PERBEZAAN PANDANGAN MASYARAKAT
Pandangan tamadun Islam melihat kemajuan dan kebahagiaan dunia sebagai alat dan matlamat mencari keredaan Allah serta kesenangan hari akhirat. Dalam tamadun Islam, segala kebenaran adalah berpaksikan kepada wahyu. Taraf manusia selaku hamba yang dicipta dengan kemampuan akal yang terbatas adalah cukup lemah untuk mencipta kebenaran mutlak terutamanya dalam perkara yang bersifat metafizik. Dalam tamadun Islam, epistimologinya bersumber daripada ajaran Allah SWT menerusi wahyu al‐Qur’an dan Sunnah Rasulullah SAW sebagai sumber utama. Akal, pengalaman hidup dan intuisi adalah sumber sokongan yang boleh diguna pakai sekiranya tidak bertentangan dengan sumber utamanya.
AJARAN YANG DIBAWA
Konfusianisme - ia bukan lah agama, tetapi lebih merujuk kepada matlamat agama yang bertujuan untuk menerapkan nilai moral dalam diri manusia -fahaman ini tidak membincangkan soal akhirat, kerohanian, tidak mempunyai institusi keagamaan bersistem, dan tidak ada tempat beribdah yang khusus. -ajaran yang berkait dengan kehidupan roh dalam kehidupan seharian. Maoisme -fahaman yang bersifat utilitarian (menekankan aspek kegunaan) -menekankan konsep kasih-sayang sejagat, menentang peperangan, berjimat-cermat dan tidak menyerah kepada nasib. Daoisme -mengajar doktrin tentang mengikut alam (wu-wei) -fahaman ini mengajar doktrin bekerja ke arah menentang alam (prinsip dan teknik tentang bagaimana mengelak daripada kematian.) Legalisme -Tidak menfokuskan falsafah moral seperti yang ditekankan dalam ajaran Konfucius dan Taoisme -menekankan undang-undang, autoriti dan kaedah.
PENGARUH ISLAM TERHADAP AGAMA BERKENAAN
Agama Islam dibawa masuk dan diperkenalkan ke negara China melalui dua saluran jalan pada kira-kira kurun ke-8: pertamanya, melalui peranan pedagang Islam Arab dan Parsi yang mendarat di selatan China (mereka ini mendirikan masjid) iaitu di Guangzhou dan Quanzhou; dan keduanya, melalui peranan pedagang Islam yang menggunakan Jalan Sutera melalui kawasan Parsi dan Afghanistan. Di peringkat awal, walaupun terdapat cebisan-cebisan tulisan dalam bahasa Cina mengenai Islam demi memperkenalkan ajaran agama mi kepada orang Cina tetapi ianya didapati tidak berkesan. Dampak Islam menjadi semakin kuat dan mendalam beberapa kurun kemudian melalui usaha beberapa tokoh Islam Cina seperti Wang Daiyu (kkl580-1658), Ma Zhu (kk 1640-1711), Liu Zhi (kk 1660-1730) dan Ma Dexin (1794-1874). Mereka menghasilkan beberapa karya dalam bahasa Cina sertaterjemahantentang agama Islam. Mereka tidak sahaja mempunyai kefahaman yang mendalam tentang ajaran Islam tetapi juga pakar dalam klasik Cina, khasnya klasik Konfusianisme. Antara mereka, Wang Daiyu ialah tokoh yang pertama menghasilkan karya tentang agama Islam dalam bahasa Cina. Karya pertama beliau yang berjudul Zhengiao zhenquan (Anotasi Tulin Ajaran Ortodoks) diterbitkan pada tahun 1642. Semenjak itu, berpuluh-puluh sarjana Konfusian-Muslim mengikut jejak langkah Wang Daiyu dalam memainkan peranan penting dan memberikan sumbangan dalam tradisi keilmuan Islam di negara China.
|
|
Nur Athirah Muzammil
Guest
|
Post by Nur Athirah Muzammil on Dec 15, 2014 15:00:59 GMT
SOALAN 1 Pandangan semesta dan system nilai Masyarakat Cina memeiliki pandangan mereka tersendiri terhadap kehidupan dan alam semesta. Pandangan semesta mereka ini banyak dipengaruhi oleh ahli falsafah, etika dan moral serta agama yang dianuti dan diamalkan.
(i) Konsep Tian - Kepercayaan animisme, iaitu kepercayaan kepada binatang, tanaman, matahari, sungai serta kuasa-kuasa lain telah menjadi satu kepercayaan kepada masyarakat Cina. - Konsep Tian wujud sejak Zaman Dinasti Zhou. - Membawa maksud prinsip tertinggi di dalam alam semesta serta dalam konteks eitka Konfusianisme.
(ii) Konsep Dao - Maksud terawal merujuk kepada "jalan" atau "lorong". -Sebelum kedatangan falsafah konfusius, Dao digunakan untuk menunjukkan satu jalan atau cara kelakuan atau tabiat, sama ada tabiat baik atau buruk. - Selepas kedatangan Konfusius, para pengikut Daoisme menggunakan maksud metafizik untuk menunjukkan kepada keseluruhan alam semsta.
(iii) Konsep Taiji, Yin Yang dan Wuxing - Kitab Yijang (The Book of Changes) menggunakan konsep Taiji untuk merujuk kepada kenyataan muktamad. - Manifestasi Yin dan Yang disifatkan sebagai proses pusingan atau putaran yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhirannya. - Yin mewakili perempuan seperti pasif, sejuk, gelap, basah, lembut. - Yang mewakili lelaki seperti aktif, panas, cerah, kering, keras.
(iv) Keharmonian Tian dan Manusia - Konsep eprpaduan antara Tian dengan manusia (tian-ren heyi) terbentuk berdasarkan sesuatu pernyataan bahawa insan merupakan sebahagian daripada Tian. - Segala kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan duniawi menghasilkan manifestasi fenomena luar biasa dalam alam semulajadi sebagai isyarat atau tanda kemarahan Tian dan amaran. - Dong Zhongshu menunjukkan bahawa konsep ini berkaitkan dengan aliran pemikiran Tin-Yang dengan falsafah sosiopolitik Konfusianisme.
(v) Prinsip Zhongyong (The Golden Mean) - Moral asas bersifat sederhana, seimbang dan bersesuaian. - Norma masyarakat yang dapat menyumbang terhadap pencapaian keharmonian sejagat. - Datong (The Grand Unity), utopia Konfusian yang diibaratkan sebagai Jalan Agung.
- Jalan Agung dipercayai hanya akan dapat dicapai apabila segala objek atau benda di dunia ini dikongsi oleh semua pihak dengan adil dan saksama, tanpa membazir dan digunakan demi kepentingan umum.
Bezakan dengan pandangan masyarakat tentang kedua-dua aspek ini Perbezaan pandangan ini dalamTamadun Islam ialah Tamadun Islam bersifat ketuhanan manakala Tamdun China bersifat mementingkan moral masyarakat.
SOALAN 2
(i) Konfusianisme - Doktrin kenegaraan yang merangkumi aspek-aspek falsafah, keagamaan dan sosiopolitik yang termaktub dalam pengajaran Konfusius (551 SM - 479 SM). - Pengajaran utama Konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia (perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li), dan ketaatan kepada ibu bapa (xiao), keanfan (zhi)).
(ii) Daoisme - Diasaskan oleh Lao Zi dan Zhuang Zi - Pemeliharaan semula jadi serta konsep wuwei (non-action) atau melakukan perbuatan spontan dan tanpa sebarang usaha. - Pemikiran falsafah Dao (daojia) dan aliran keagamaan Dao (daojiao) - Daodejing, karya klasik mistik bagi aliran keagamaan Dao, kebanyakan ayatnya yang ringkas, penuh dengan konotasi yang terbuka kepada pelbagai tafsiran selain menerangkan mengenai aspek metafizik Dao.
(iii) Moisme - Mo Zi (479 SM - 381 SM), pengasas moisme. - Konsep penting dalam pemikiran aliran moisme:- • kasih sayang sejagat (jian'ai) • mengecam sikap suka berperang (feigong) • menyerah kepada nasib (feiming) • mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian)
(iv) Legalisme - Han Fei Zi (dinasti Chin) -Legalisme mengutamakan pemikiran sosiopoltik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyatnya. - Pemerintahan berteraskan undang-undang adalah lebih baik daripada pemerintahan teladan. - Mengasaskan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di negara China. Pengaruh Islam dalam ajaran ini adalah lebih mengajar manusia untk sentiasa mengamalkan nilai-nilai yang baik dalam kehidupan mereka.
|
|
|
Post by mierasyidah on Dec 15, 2014 16:25:51 GMT
amirah rasyidah bt mohd nasir hs244
pandangan semesta dan sistem nilai masyarakat
Mereka memuja nenek moyang dan Tian (langit) Di samping kepercayaan primitif iaitu animisme iaitu pemujaan binatang, tanaman atau alam semula jadi. Masyarakat Cina lebih mementingkan aspek kepercayaaan yang boleh memberikan kesejahteraaan, kemakmuran, kebahagiaan dan kekayaan. Kebanyakan daripada mereka cenderung kepada konsep kebaikan dari segi moral dan akhlak manusia. Tumpuan terhadap pemahaman mengenai diri manusia sendiri lebih diutamakan dalam kepercayaan mereka berbanding konsep ketuhanan. Bagi masyrakat Cina kepercayaan dan agama merupakan perkara yang peribadi. Mereka bebas mengamalkan beberapa agama dan kepercayaan yang dirasakan boleh memberikan kesejahteraan dan kebahagiaan hidup selagi ianya tidak bercanggah dengan adat dan budaya mereka. Kebanyakannya tidak mempunyai kepercayaan dan konsep yang jelas tentang kewujud antuhan yang satu seperti yang terdapat dalam ajaran Islam dan Kristian. Masyarakat Cina menggambarkan kewujudan tuhan mereka dalam bentuk dewa-dewi dan mmepunyai perwatakan manusia yang mencerminkan kepercayaan mereka iaitu memmentingkan manusia berhubung dengan kebaikan dunia dan akhirat.
-perbezaan
• Dalam tamadun Islam, epistimologinya bersumber daripada ajaran Allah SWT menerusi wahyu al‐Qur’an dan Sunnah Rasulullah SAW sebagai sumber utama.
• Akal, pengalaman hidup dan intuisi adalah sumber sokongan yang boleh diguna pakai sekiranya tidak bertentangan dengan sumber utamanya.
• Dua sumber inilah yang menjadi kunci kepada seluruh world view tamadun Islam
• Epistemologi akan menterjemahkan pandangan hidup dan sistem nilai baik atau buruknya, halal haram yang menjadi kepercayaan dan amalan dalam masyarakat dan pembinaan tamadun.
• Adanya wahyu tidak bermakna manusia berserah tanpa berusaha dalam konteks fatal sebab amat bertentangan dalam sistem akidah Islam Sebaliknya daripada semangat wahyu itulah memberikan manusia sifat energetik agar menggunakan segenap kudrat minda dan upaya membangunkan tamadun di atas upaya membangunkan tamadun di atas
muka bumi ini.
• Wahyu membuka ruang luas untuk manusia menggunakan kecerdasan minda dan pengalaman hidup.
• Amat sedikit perkara yang telah menjadi ketetapan wahyu secara mutlak yang tidak boleh dipertikaikan oleh keterbatasan akal manusia misalnya dalam hal pengharaman judi
dan seumpamanya.
• Ini bererti, apa jua bentuk kecekapan minda manusia untuk mendapatkan harta dan kekayaan yang terdapat unsur judi dalam membangunkan tamadun di bumi, tidak diiktiraf oleh tamadun Islam.
– Spiritual atau kerohanian
• Makan, minum, berpakaian.
– Niat kerana Allah, ada batasan hukum adab adab
• Etika berbuat baik.
Contohnya: Menolong orang
– Atas dasar akhlak dan
balasan akhirat.
• Islam [Wahyu]
• Dalam tamadun Islam, segala kebenaran adalah berpaksikan kepada wahyu. Taraf manusia selaku hamba yang dicipta dengan kemampuan akal yang terbatas adalah cukup lemah untuk mencipta kebenaran mutlak terutamanya dalam perkara yang bersifat metafizik.
• Konsep Tuhan dalam Islam berbeza dari semua agama budaya
• Kebenaran yang ditekankan dalam aspek metafizik menurut tamadun Islam adalah berlegar sekitar rukun iman yang enam. Rukun iman itu jugalah merupakan world view setiap muslim.
• Amalan riba yang meskipun mendatangkan sedikit keuntungan kebendaan tetapi telah nyata ditegah oleh wahyu Tuhan lantaran lebih banyak menimbulkan penindasan dan melebarkan jurang sosial masyarakat
• Pandangan tamadun Islam melihat kemajuan dan kebahagiaan dunia sebagai alat dan matlamat mencari keredaan Allah serta kesenangan hari akhirat.
-ajaran
Konfusianisme
Konfusianisme merupakan doktrin kenegaraan yang merangkumi aspek falsafah, keagamaan dan sosio-politik yang terdapat dalam pengajaran Konfusius (551-479 s.m).
Asas Konfusianisme dikatakan berasal daripada tulisan-tulisan klasik yang diterbitkan atas nama Konfusius.
Seperti yang terkandung dalam kitab Analects, pengajaran utama Konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia, terutama mengenai perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li) dan ketaatan kepada ibubapa (xiao).
Oleh yang demikian, manusia dikatakan berpotensi untuk mencapai 4 jenis sifat yang baik iaitu:
Perikemanusiaan (ren)
Kewajaran (yi)
Kesusilaan (li)
Kearifan (zhi)
Menurut pandangan Konfusius, manusia mempunyai sifat semulajadi yang lebih kurang sama pada peringkat permulaan hayat.
Mensius menegaskan sifat semula jadi manusia baik ketika dilahirkan.
Xunzi menyatakan sifat semulajadi manusia adalah jahat.
Gaozi menyatakan sifat semulajadi manusia tidak baik dan tidak jahat.
Wulun merupakan 5 jenis hubungan order sosial dalam falsafah Konfusius iaitu:
raja dengan menteri
ayah dengan anak
suami dengan isteri
abang dengan adik
kawan dengan kawan
Moisme
Diasaskan oleh Mo Zi (479-381 s.m).
Antara konsep penting pemikiran aliran ini termasuk aspek kasih sayang sejagat (jian’ai), mengecam sikap suka berperang (feigong), menyerah kepada nasib (feiming) dan mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian).
Penegasan aliran ini kepada sikap mengejar kepentingan (gongli), menyebabkan pengikutnya menentang konsep mandat tuhan yang dikemukakan aliran Konfusianisme.
Daoisme
Diasaskan oleh dua orang pemikir iaitu Lao Zi (604 s.m) dan Zhuang Zi (369-2865 s.m) yang berpendapat:
Pemeliharaan alam semulajadi.
Wuwei bermaksud melakukan perbuatan secara spontan dan tanpa sebarang usaha.
Kitab Daodejing merupakan sebuah karya klasik mistik bagi aliran keagamaan Dao kerana ayatnya yang ringkas, penuh dengan konotasi terbuka kepada pelbagai tafsiran selain menerangkan mengenai aspek metafizik Dao.
Legalisme
Diasaskan oleh Han Fei dan dilaksanakan semasa China di bawah pemerintahan dinasti Qin.
Han Fei Zi telah menggabungkan 3 kaedah dalam sistem pemerintahan aliran Legalis iaitu:
Kuasa (Shi).
Cara (Shu).
Perundangan (Fa).
Legalisme mengutamakan pemikiran sosio-politik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyatnya.
Legalisme menyarankan pemerintahan berteraskan undang-undang adalah lebih baik daripada pemerintahan etika seperti yang disarankan aliran Konfusianisme.
Aliran ini telah mengasaskan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di negara China.
Islam
-Diperkenalkan melai peranan pedagang Islam Arab dan Parsi di selatan China.
– Tokoh Islam Cina:-
Wang Daiyu, Ma Zhu, Liu Zhi ,Ma Dexin ,Zheng He
-Tokoh-tokoh ini bukan sahaja mempunyai kefahaman yang mendalam tentang ajaran Islam, tetapi juga pakar dalam klasik Cina.
– Kesan pengaruh atau dampak Islam terhadap kebudayaan Cina dapat dibuktikan dari segi fizikal melalui:-
-reka bentuk masjid
-dewan membaca Al-Quran
-tanah-tanah perkuburan di seluruh negara China
-pengaruh islam dengan ajaran agama berkenaan
Agama Islam dibawa masuk dan diperkenalkan ke negara China melalui dua saluran jalan pada kira-kira kurun ke-8: pertamanya, melalui peranan pedagang Islam Arab dan Parsi yang mendarat di selatan China (mereka ini mendirikan masjid) iaitu di Guangzhou dan Quanzhou; dan keduanya, melalui peranan pedagang Islam yang menggunakan Jalan Sutera melalui kawasan Parsi dan Afghanistan. Di peringkat awal, walaupun terdapat cebisan-cebisan tulisan dalam bahasa Cina mengenai Islam demi memperkenalkan ajaran agama mi kepada orang Cina tetapi ianya didapati tidak berkesan. Dampak Islam menjadi semakin kuat dan mendalam beberapa kurun kemudian melalui usaha beberapa tokoh Islam Cina seperti Wang Daiyu (kkl580-1658), Ma Zhu (kk 1640-1711), Liu Zhi (kk 1660-1730) dan Ma Dexin (1794-1874). Mereka menghasilkan beberapa karya dalam bahasa Cina sertaterjemahantentang agama Islam. Mereka tidak sahaja mempunyai kefahaman yang mendalam tentang ajaran Islam tetapi juga pakar dalam klasik Cina, khasnya klasik Konfusianisme. Antara mereka, Wang Daiyu ialah tokoh yang pertama menghasilkan karya tentang agama Islam dalam bahasa Cina. Karya pertama beliau yang berjudul Zhengiao zhenquan (Anotasi Tulin Ajaran Ortodoks) diterbitkan pada tahun 1642. Semenjak itu, berpuluh-puluh sarjana Konfusian-Muslim mengikut jejak langkah Wang Daiyu dalam memainkan peranan penting dan memberikan sumbangan dalam tradisi keilmuan Islam di negara China.
Melalui penelitian terhadap hasil-hasil karya sarjana-sarjana tersebut, diperlihatkan beberapa ciri-ciri yang menonjol. Misalnya, demi membolehkan orang Cina memahami dan menenma agama Islam, Wang Daiyu menggunakan beberapa istilah atau konsep Konfusian seperti xiao (penghormatan terhadap ibu bapa), zhong (kesetiaan), shu (altruisme) dan sebagainya untuk menerangkan ajaran Islam. Liu Zhi pula menggunakan kata-kata Konfusius dan Mensius yang sesuai untuk menerangkan hukum syariah agama Islam, dan menganggap shangdi dalam klasik Konfusian seerti dengan Tuhan Yang Maha Esa dalam Islam. Kedua-dua mereka juga cuba mencantumkan konsep wugong (lima rukun) dalam Islam dengan konsep wude (lima sifat baik) dalam Konfusianisme untuk menunjukkan bahawa Islam dan Konfusianisme tidak bercanggah sama sekali tetapi sebaliknya adalah saling melengkapi. Usaha-usaha penyesuaian ini tidak menjejaskan prinsip-prinsip asas dan identiti Islam sebagai agama. Pada masa itu dan sehmgga kirn, agama Islam ditenma dengan baik di negara China. Rakyat China yang beragama Islam dianggarkan sejumlah 17 juta orang dan terdiri daripada 10 kaum. Kebanyakan penganut Islam berbangsa Cina ini terdapat di kawasan autonomi seperti Xinjiang, Ningxia dan beberapa wilayah lain di bahagian barat laut China.
|
|
|
Post by amaljaunehs2441c on Dec 15, 2014 17:16:17 GMT
AMAL JAUNE BINTI JALALUDIN - HS244
1. Pandangan semesta - Yin & Yang : Perkara yang berlaku atau wujud dalam alam ini akibat interaksi antara dua kuasa yang berlawanan iaitu Yin dan Yang. Yang merupakan langit dan Ying merupakan bumi. - Tao & Dao : Dao digunakan untuk menunjukkan kelakuan atau tabiat samada baik atau buruk. -Zong Yong : bertunjangkan kesederhanaan, seimbang dan bersesuaian.keseimbangan akan mendatangkan keharmonian alam semesta dan bumi dengan kesempurnaan hidup semua makhluk terpelihara. -konsep tien: berasaskan pemujaan nenek moyang dan tien. tien merujuk kepada prinsip tertinggi di dalam alam semesta serta dalam konteks etika Konfusianisme - Wu Lan (Lima Hubungan) :Hubungan antara suami dan isteri ,antara bapa dan anak ,adik dengan abang, antara sahabat (masyarakat) , antara pemerintah dan rakyat
Sistem Nilai Masyarakat Tamadun China -Konfusianisme: matlamat agama yang bertujuan untuk menerapkan nilai moral dalam diri manusia :ajaran yang berkait dengan kehidupan roh dalam kehidupan seharian.
-Maoisme: bersifat utilitarian (menekankan aspek kegunaan) :konsep kasih-sayang sejagat, menentang peperangan,tidak menyerah kepada nasib.
-Daoisme: fahaman ini mengajar untuk bekerja ke arah menentang alam
Legalisme:menekankan undang-undang, autoriti dan kaedah.
Perbezaan dengan tamadun Islam: - Islam percaya bahawa perkara yang wujud dalam alam ini adalah akibat kekuasaan Allah. Selain itu, Islam juga tidak memuja nenek moyang sebaliknya hanya menyembah Allah. Islam juga mengangkat martabat wanita ke tahap yang tertinggi dalam masyarakat berbeza dengan tamadun China. Seterusnya Islam tidak menentang sifat alam.
2. Amalan konfusioanisme menerapkan nilai moral dan berkait dengan kehidupan roh manakala maoisme pulak menekankan aspek kegunaan seperti kasih sayang, menentang peperangan dan tidak menyerah kepada nasib. Seterusnya, Daoisme mengajar untuk menentang alam seperti cara untuk tidak mati dan Legalisme pulak menekankan undang-undang. Pengaruh Islam kepada ajaran berkenaan ialah konsep nilai moral, kasih sayang, dan undang-undang.
|
|
a!N!n_hs244
New Member
wE 0wN n0Th!nG ,, buT 0nLy ALLAH tHaT alL0w uS t0 d0 eVeRyTh!Ng .. ^^-
Posts: 7
|
Post by a!N!n_hs244 on Dec 15, 2014 17:19:24 GMT
NURUL AININ SURAYA BINTI MAHADI Konsep Pandangan Semesta dalam Tamadun China
Terdapat beberapa konsep yang diutarakan dalam Konsep Pandangan Semesta Tamadun Cina. Keterangan selanjutnya adalah seperti berikut. Kepercayaan primitif masyarakat dalam masyarakat Cina telah wujud sejak zaman dahulu lagi. Kepercayaan terhadap pemujaan nenek moyang dan Tian adalah lanjutan kepada kepercayaan primitif iaitu animisme iaitu pemujaan binatang, tanaman, matahari, bintang, sungai serta kuasa-kuasa lain yang dipercayai wujud dalam alam semula jadi. Kepercayaan animisme sememangnya satu kepercayaan yang berlandaskan alam semula jadi dan perubahan-perubahan yang berlaku di dalamnya. Kini mewujudkan jujukan konsep Tian, Di/Ti dan Dao. Tian merupakan satu konsep yang wujud sejak Dinasti Zhou kira-kira (1123 SM-221 SM). Maksud Tianadalah langit sebagai makhluk unggul (supreme being) yang menetukan nasib seseorang. Langit yang dimaksudkan dalam konsep Tian bukanlah langit yang biasa dilihat oleh mata kasar tetapi langit tersebut adalah simbolik kepada kewujudan syurga (heaven). Selain itu, Tian juga merujuk kepada dewa yang dipuja dan disembah. Tian dianggap sebagai makhluk unggul semasa pemerintahan Dinasti Chou. Makhluk unggul tersebut berkuasa dalam menentukan perjalanan hidup dan menentukan nasib seseorang dengan perolehan mandat daripada tuhan. Individu yang mendapat mandat daripada tuhan juga dianggap sebagai wakil tuhan untuk memerintah dan mentadbir bumi. Wakil tuhan tersebut bertanggungjawab dalam memastikan kemakmuran, keharmonian, dan kebajikan rakyat. Hak untuk memberi hukuman juga dibawah kuasanya. Tian haruslah melaksanakan tanggungjawab dan menentukan hukuman secara adil dan saksama. Jika berlaku yang sebaliknya, mandat yang telah diperoleh olehnya sebelum ini akan ditarik balik oleh tuhan. Konfusius menyatakan bahawa Tian adalah tuhan yang paling unggul. Tian disamakan dengan Dao dalam kitab Daoisme iaitu Daodejing. Secara harfiah, konsep Dao bermaksud jalan (the way). Daoisme dirujuk sebagai sesuatu yang agung. Dao merupakan prinsip agung yang merangkumi keseluruhannya (all embracing) iaitu tempat asal-usul semua makhluk. Dao juga dianggap sebagai ibu yang melahirkan wanwu yang merupakan primodial (bentuk permulaan), dengan semua makhluk berasal dan akan kembali pada akhir hayat mereka. Oleh sebab Dao adalah tempat asal-usul segala benda hidup, Tian dan di juga berasal daripada Dao. Namun demikian Dao menjadikan sesuatu secara spontan dan tidak mempunyai tujuan. Menurut Kung Fu-Tze, Dao merupakan hukum moral yang perlu dipatuhi oleh seseorang. Dalam pentadbiran Daoditakrifkan sebagai sesuatu yang menjamin kebahagiaan dan kebaikan kepada seluruh rakyat. Kesederhanaan pula diketengahkan dalam prinsip The Colden Mean (Zhongyong). Dalam prinsip ini, nilai-nilai murni yang tinggi diterapkan. Prinsip ini mengutamakan sikap saling bertoleransi antara satu sama lain dalam menguhraikan segala kekusutan yang melanda. Ini menunjukan nilai murni dalah penting dalam mewujudkan keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat. Yin dan Yang iaitu dua kuasa dwikutub (bipolar) yang terhasil daripada perubahan Taiji. Taiji dipetik daripada kitab Yijing (The Book of Changes). Tiada batasan diri bagi Taiji kerana Taiji merujuk kepada kenyataan muktamad (ultimate reality). Lima unsur (wuxing) lahir daripada pertukaran bergilir-gilir dua kuasa dwikutub tersebut melalui fasa pertukaran. Lima unsur tersebut merupakan asas kepada kewujudan semua benda (material). Fasa pertukaran tersebut berlaku tanpa henti dan tiada pengakhirannya. Fenomena tersebut kan berubah kepada kutub yang berlawanan apabila mencapai peringkat kemuncak. Fasa pertukaran yang berterusan ini dikenali sebagai pergerakan dao. Ini kerana dao merupakan tempat asal-usul semua benda dan Taiji adalah salah satu unsur dalamdao. Oleh yang demikian, pergerakan dao adalah sebagai kesinambungan daripada proses pertukaran yang berlaku ke atas Yin dan Yang dalam Taiji. Insan merupakan sebahagian daripada Tian. Penyatuan antara insan dan Tian melahirkan konsep perpaduan antara insan dan Tian yang dikenali sebagai tian-ren heyi. Hubungan antara Tian dan insan adalah begitu rapat. Oleh yang demikian, fenomena yang luar biasa akan berlaku dalam alam semula jadi sebagai tanda kemarahan Tian sekiranya kerajaan duniawi malakukan kesalahan. Konsep ini adalah gabungan antara aliran pemikiran Yin dan Yang dan falsafah sosiopolitik Konfusianisme. Konsep ini telah dikemukankan oleh seoarang pujangga Konfusian pada zaman Dinasti Han, Dong Zhongshu sekitar 179 SM-104 SM. Datong atau The Grand Unity merupakan tahap keharminian masyarakat yang paling ideal. Datongmerupakan utopia Konfusian yang diibaratkan sebagai Jalan Agung. Jalan agung akan dapat dicapai apabila semua pihak berkongsi segala yang ada secara adil dan saksama, tiada unsur penindasan, penipuan, dan digunakan untuk kepentingan bersama. Walaupun perkara ni sukar dicapai namun, ini merupakan garis panduan kepada masyarakat cina masa kini untuk terus melakukan ynag terbaik dalam kehidupan mereka untuk mencapai Jalan Agung.
Pandangan semesta ini lebih bersesuaian dengan unsur-unsur kompleks yang terdapat dalam realiti sosial, jadi ia bersedia untuk menerima pelbagai sistem, corak kehidupan sosial dan kepercayaan-kepercayaan. la tidak menuntut atau diganggu oleh prinsip moral yang terlibat dengan kepercayaan bahawa ia mempunyai kebenamn. Pandangan semesta ini membenarkan seseorang memilih cara berfikir dan melakukan tindakan sendiri. Oleh yang demikian kontradiksi diterima sebagai unsur kehidupan yang tidak dapat dielakkan. Perspektif ini menunjukkan bagaimana India dapat menerima dan dapat mengekalkan pelbagai tradisi, pandangan dan pemikiran yang sering berbeza. Pendek kata, pandangan semesta ini bukan sahaja menerima perbezaan dan kepelbagaian tetapi menuntut supaya mereka wujud bersama.
Sikap menerima kepelbagaian, perbezaan dan kontradiksi dalam tradisi sosiobudaya merupakan sumbangan utama tamadun India kepada tamadun dunia. Sifat ini ialah asas pandangan semesta India yang asal. la menekankan hakikat bahawa terdapat cara berfikir, cara hidup dan cara membuat sesuatu yang berbeza dan alternatif walaupun ia bertentangan satu sama lain. Sifat ini membenarkan kepelbagaian dan menerima hakikat bahawa kontradiksi bukan sahaja boleh wujud bersama tetapi harus wujud bersama kerana dalam dunia benar semua benda dan perkara tidak diaturkan dalam satu sistem yang teratur, seimbang dan berpadu. Jadi tradisi ini tidak menuntut bahawa bagi dua perkara untuk wujud bersama mereka tidak boleh mempunyai unsur-unsur bertentangan. Misalnya dalam aspek agama terdapat pelbagai kepercayaan, amalan dan falsafah yang dianggap sebagai unsur realiti agama. Dalam perkembangan tradisi agama didapati dewa-dewi yang terpenting pada Zaman Veda Awal dengan beribu- ribu mazmur suci dicipta dan pelbagai upacara pengorbanan diadakan. Lama- kelamaan dewa-dewi ini hilang kepentingan dan akhirnya lenyap dari sistem agama orang Indo Arya. Dewa-dewi baru dan pelbagai sistem agama yang berbeza dan kadang-kadang bertentangan muncul, semuanya menegakkan legitimasi dengan menyatakan bahawa mereka didasarkan pada Veda-Veda. Tradisi India menerima semua ini dengan kepercayaan bahawa mereka ialah unsur-unsur benar Hinduisme. Sama ada ia politeisme atau monoteisme mahupun Vaisnavisme atau Saivisme semuanya adalah sama bagi seorang Hindu kerana mereka ialah perwakilan simbolik realiti agama yang sama.
Dewa-dewi politeistik dianggap sebagai penjaga nilai-nilai manusia seperti kesihatan, kekayaan, panjang umur, kemasyhuran dan kejayaan dan mereka boleh merayu kepada dewa-dewi supaya mengurniakan nilai-nilai ini. Konsep bahawa dewa-dewi menjaga sesuatu yang dikehendaki oleh manusia merupakan cara menegakkan nilai-nilai manusia dan memberi sifat-sifat kerohanian kepadanya. Bagi mereka yang mempunyai orientasi psikologi dan kemahiran kerohanian yang tidak sesuai bagi pencanan kehidupan kekal abadi atau integrasi kosmik boleh meneruskan usaha mencari ketuhanan dalam kehidupan seharian. Jadi politeisme memainkan peranan mengikut rangka keperluannya. Pengikut tradisi Hindu tidak melihat apa jua kontradiksi sebab mereka melihat kesahan berhubung dengan tujuan.
AJARAN TAMADUN CHINA
KONFUSIANISME
Ia bermula semasa Dinasti Chou yang dibawa oleh Confucius pada 551 SM. Pada asalnya beliau adalah seorang pegawai dalam kerajaan Lu tetapi telah meletak jawatan dan mengembara untuk menyebarkan idea dan fahaman tersebut. Akhirnya, fahaman tersebut diterima dan beliau dianggap seorang dewa serta disembah. Ajaran Confucius menekankan bahawa seorang pemimpin perlu menitikberatkan soal moral maka pemerintah tersebut akan diiktiraf oleh rakyat dan negara tersebut tidak memerlukan undang-undang. Ajaran ini berubah sedikit demi sedikit sehingga menjadi sebuah agama. Ia turut menekankan konsep Jen iaitu perikemanusiaan kepada diri sendiri dan orang lain. Jen pula mengutamakan lima kebaikan iaitu berbudi bahasa, kemurahan hati, amanah, kerajinan dan bersifat baik. Ajaran ini menekankan juga unit keluarga sebagai satu unit terpenting.
MAOISME
Dikenali secara rasmi sebagai Fahaman Mao Zedong/ Mao tse Tung (Parti Komunis China-CPC). Ajaran-ajaran pemimpin China ini asasnya merangkumi perjuangan revolusi majoriti besar rakyat bergelar Perang Rakyat yang melibatkan kaum petani, dan strategi ketenteraanya melibatkan taktik perang gerila yang tertumpu pada pengepungan dari kawasan desa oleh angkatan bersenjata rakyat bukan profesional. Fahaman ini menyediakan garis panduan teori serba lengkap terawal bagi CPC yang menyentuh cara-cara meneruskan revolusi sosialis, pembentukan masyarakat sosialis, pembinaan tentera sosialis, serta menekankan pelbagai percanggahan dalam masyarakat untuk diselesaikan melalui "pembinaan sosialis".
DAOISME / TAOISME
Taoisme merupakan salah satu ajaran falsafah yang mengenai moral dan hubungan antaramanusia dengan alam persekitaran. Taoisme dikenali sebagai Daoisme dan ajaran Daoismeini banyak mempengaruhi kehidupan dalam kalangan masyarakat cina. Daoisme berasal darinegara China dan tertumpu kepada konsep Dao. Daoisme juga dikenali sebagai jalan keranadalam bahasa cina, Dao ( 道) bermaksud jalan. Dao membawa maksud kekosongan dalamsegala perkara, iaitu pegangan hidup terhadap Dao dapat menyingkir segala keinginan dan pertikaian.
LEGALISME
• hukuman berat • hukuman bercorak kolektif • digubal/diperkenalkan oleh ahli falsafah Han Fei Tsu • undang-undang yang tegas dan kukuh dapat mengawal tingkah laku manusia • dalam menjalankan undang-undang tidak harus wujud rasa belas kasihan • undang-undang/penguatkuasaannya harus dipelihara tidak kira dalam apa jua keadaan • perlu untuk membendung tindakan liar manusia • raja mesti mempunyai kuasa yang utuh
|
|
|
Post by nurhidayah on Dec 15, 2014 17:19:34 GMT
NUR HIDAYAH BINTI SUKRI
Pandangan semesta Tamadun China:
1)Tian
- Animisme yang wujud sejak Dinasti Zhou dan merupakan prinsip tertinggi alam semesta.
2)Dao
- Merujuk kepada jalan atau lorong. Sebelum kedatangan falsafah konfusius, Dao digunakan untuk menunjukkan satu jalan atau cara kelakuan dan tabiat, sama ada ianya baik atau buruk.
3)Taiji, Yin Yang dan Wuxing
-Kitab Yijang menggunakan konsep Taiji yang merujuk kepada kenyataan muktamad. Manakala Yin(pasif,gelap) dan Yang (aktif,cerah) disifatkan sebagai proses pusingan atau putaran yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhirannya
4)Zhong Yong -Sifat moral asas iaitu sederhana, seimbang dan bersesuaian.
-Kitab Analects, pengajaran utama Konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia, terutama mengenai perikemanusiaan. Selain itu, ketaatan kepada ibu bapa juga amat dititik beratkan di dalam ajaran Konfusius. Manusia berpotensi untuk mencapai 4 jenis sifat yang positif iaitu perikemanusiaan(ren), kewajaran(yi), kesusilaan(Ii), kearifan(zhi). Konsep ini jelas menunjukkan bahawa nilai-nilai mumi yang membentuk masyarakat agar hidup saling bantu-membantu dan bekerjasama tanpa mengira bangsa merupakan elemen penting yang dititik beratkan oleh mereka.
TAMADUN CHINA - pemahaman mengenai diri manusia sendiri diutamakan dalam kepercayaan mereka berbanding konsep ketuhanan. TAMADUN ISLAM -segala kebenaran bergantung kepada wahyu yang diturunkan dan setiap perkara yang dilakukan adalah untuk mencari keredhaan Allah.
AJARAN TAMADUN CHINA: KONFUSIANISME: - Merupakan susunan falsafah dan etika yang mengajar bagaimana manusia tingkah laku manusia yang sepatutnya yang merangkumi aspek falsafah dan etika. Segala tingkah laku hendaklah sederhana dan setiap orang harus bertindak mengikut peraturan.
MAOISME: - Melarang segala bentuk keganasan, peperangan, dan serangan. Bagi beliau, peperangan tidak memberikan apa-apa faedah, malah sebaliknya akan menyebabkan berlakunya kemusnahan harta benda. Mo-Tzi tidak mempercayai konsep takdir. Beliau berpendapat bahawa seseorang yang bergantung kepada nasib dan takdir tanpa berusaha akan menyebabkan berlakunya kemunduran.
DAOISME: -Kitab Daodejing merupakan karya klasik mistik bagi aliran keagamaan Dao kerana ayatnya ringkas dan terbuka kepada pelbagai tafsiran selain menerangkan mengenai aspek metafizik Dao.
LEGALISME: - manusia secara asalnya bersifat negatif dan perlu melihat kepada diri mereka sendiri. Mengikut falsafah ini, pemerintahan perlu dijalankan berdasarkan undang-undang ketat. Tidak menitik beratkan falsafah moral seperti yang ditekankan di dalam ajaran Konfusiusme dan Taoisme.
|
|
|
Post by ainsyafira on Dec 15, 2014 17:26:31 GMT
Bicara Tamadun 1
Pandangan semesta dan sistem nilai masyarakat dalam Tamadun China.
1. Kepercayaan dan pandangan semesta Tian -> pemujaan nenek moyang dan Tian. -> Konsep Tian atau langit sebagai makhluk yang unggul yang menguasai nasib seseorang. -> Tian juga bermaksud prinsip tertinggi di dalam alam semesta. Dao -> Membawa maksud “jalan” atau “lorong”. -> Dao digunakan untuk Menunjukkan satu jalan, cara kelakuan & tabiat. -> merupakan tatatertib moral yang mesti dipatuhi oleh seseorang individu atau suatu set peraturan etika yang mesti diikuti oleh seseorang individu. Yin Yang-> disifatkan sebagai proses pusingan yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhirannya. -> Ying bermaksud negatif, perempuan, malam, pasif, firasat, bulan, sejuk, lembut. -> Yang bermaksud merujuk kepada positif, lelaki, siang, aktif, logik, panas, keras. Prinsip Zhong Yong -> Merupakan moral asas yang bersifat sederhana, seimbang dan bersesuaian. -> Ia juga merupakan norma masyarakat yang dapat menyumbang terhadap pencapaian keharmonian sejagat.
Bicara Tamadun 2
Konfusianisme Ø Merupakan doktrin kenegaraan yang merangkumi aspek-aspek falsafah, keagamaan dan sosiopolitik. Ø Berasal daripada tulisan-tilisan klasik Ø Pengajaran utama menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia ( perikemanusiaan – ren, kesusilaan – li, ketaatan kepada ibu bapa – xiao ) Ø Buddhisme China Ø Diasaskan oleh Siddhartha Gautama Buddha ( 563 SM – 483 SM ) di india dan kemudiannya disebarkan ke China pada kurun MAsihi yang pertama. Ø Selepas disebarkan ke China,agama ini menyerapkan ciri)ciri ecinaan sehingga dikenali sebagai Buddhisme China. Ø Asas pengajaran tetap kekal : penderitaan adalan berpuca daripada hawa nafsu yang merupakan akar kepada pelbagai masalah manusia. Ø Daoisme Ø Diasaskan oleh dua orang pemikir agung Cina : Lao Zi ( 604 SM ) dan Zhuang Zi ( 369 – 286 SM ). Ø Terbahagi kepada dua cabang utama : - I. Pemikiran falsafah Dao II. Aliran keagamaan Dao Ø Dao merupakan jalan yang mempunyai perngertian bahawa punca segala penjelasan yang tidak dilahirkan dan tidak dapat diperikan. Ø Moisme Ø Diasaskan oleh Mo Zi ( 479 SM – 381 SM ). Ø Konsep penting termasuk :- I. Kasih sayang sejagat ( jian’ai) II. Menyerah kepada nasib ( feiming ) III. Mengecam sikap suka berperang ( feigong ) IV. Mengutamakan golongan cerdik pandai ( shangxian ) Ø Legalisme Ø Diasaskan oleh seorang ahli falsafah Cina, Han Fei Zi. Ø Mengutamakan pemikiran sosiopolitik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyatnya. Ø Menyarankan pemerintahan berteraskan undang-undang Ø Aliran ini mengasaskan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di Negara China. Ø Islam Ø Dibawa masuk dan diperkenalkan ke Negara China melalui dua saluran jalan pada kira-kira kurun ke-8 :- I. Melalui peranan pedagang Islam Arab dan Parsi yang mendarat di selatan China. II. Melalui peranan pedagang Islam yang menggunakan Jalan Sutera melalui kawasan Parsi dan Afghanistan. Ø Kesan pengaruh Islam terhadap kebudayaan Cina dapat dibuktikan dari segi fizikal melalui reka bentuk beribu-ribu masjid, dewan membaca Al-Quran dan tanah-tanah perkuburan di seluruh Negara China.
|
|