|
Post by madihah on Dec 15, 2014 17:50:46 GMT
Pandangan Semesta dan Nilai Masyarakat Tamadun China :
Konsep Tien -mempercayai konsep tien yang merujuk kepada prinsip tertinggi di dalam alam semesta serta dalam konteks etika Konfusianisme -berasaakan pemujaan nenek moyang dan tien -Dalam teori Yin dan Yang , Tian merujuk kepada penciptaan makhluk dan bertindak untuk menjaga dan memeliharanya Konsep Dao -merujuk jalan atau lorong -merupakan konsep tatatertib yang mesti dipatuhi oleh seseorang individu atau set peraturan etika yang mesti dikuti Konsep Yin Yang -konsep ini disifatkan sebagai proses pusingan yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhirannya. -ying: negatif, perempuan, malam, pasif, firasat, bulan, sejuk, lembut -yang: merujuk kepada positif, lelaki, siang, aktif, logik, panas, keras Zhong yong - bertunjangkan kesederhanaan, seimbang dan bersesuaian. - keseimbangan akan mendatangkan keharmonian alam semesta dan bumi dengan kesempurnaan hidup semua makhluk terpelihara.
Bandingkan Empat Ajaran Berkenaan dan Perihalkan Ajaran Islam Beserta Kaitan Pengaruh Islam Kepada Ajaran Berkenaan
i)Konfusianisme -dikatakan berasal dari tulisan- tulisan klasik yang diterbitkan atas nama Konfusius -menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia, terutama mengenai perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li),dan ketaatan kepada ibu bapa ( xiou). -semua nilai yang mulia ini diteladani orang yang bermoral dan bersikap mulia. -manusia dikatakan berpotensi untuk mencapai empat jenis sifat yang baik iaitu perikemanusiaan, kewajaran, kesusilaan dan kearifan
ii)Maoisme -diasaskan oleh Mo Zi -konsep yang penting dalam pemikiran aliran ini termasuk aspek kasih sayang sejagat((jian'ai), mengecam sikap suka berperang(feigong)dan menyerah kepada nasib (feiming) dan juga mengutamakan golongan cerdik pandai(shangxian)
iii)Legalisme -Diasaskan oleh Han Fei dan dilaksanakan semasa China di bawah pemerintahan dinasti Qin. -Han Fei Zi telah menggabungkan 3 kaedah dalam sistem pemerintahan aliran Legalis iaitu kuasa (Shi). cara (Shu) dan perundangan (Fa). -menekankan undang-undang, autoriti dan kaedah.
iv)Daoisme -mengajar untuk bekerja ke arah menentang alam -Diasaskan oleh dua orang pemikir iaitu Lao Zi (604 s.m) dan Zhuang Zi (369-2865 s.m) yang berpendapat:pemeliharaan alam semulajadic serta Wuwei bermaksud melakukan perbuatan secara spontan dan tanpa sebarang usaha.
Pengaruh Islam terhadap ajaran berkenaan -Wang Daiyu menggunakan beberapa istilah atau konsep Konfusian seperti xiao (penghormatan terhadap ibu bapa), zhong (kesetiaan), shu (altruisme) dan sebagainya untuk menerangkan ajaran Islam -Liu Zhi pula menggunakan kata-kata Konfusius dan Mensius yang sesuai untuk menerangkan hukum syariah agama Islam, dan menganggap shangdi dalam klasik Konfusian seerti dengan Tuhan Yang Maha Esa dalam Islam -cuba mencantumkan konsep wugong (lima rukun) dalam Islam dengan konsep wude (lima sifat baik) dalam Konfusianisme untuk menunjukkan bahawa Islam dan Konfusianisme tidak bercanggah sama sekali tetapi sebaliknya adalah saling melengkapi
|
|
|
Post by sitinooratikah on Dec 15, 2014 17:52:18 GMT
*Pandangan Semesta dalam Tamadun Cina
Tian -Tian merujuk kepada langit dan penghuraian tentang Syurga. Dewa Tian merupakan Dewa terpenting dan mempunyai kuasa menentukan perjalanan hidup seseorang. Di -Merujuk kepada bumi. Sebagai pelengkap kepada konsep Tian di mana Di bertindak sebagai penjaga/pemelihara. Dao -Merujuk kepada jalan/lorong yang memandu manusia kea rah kebaikan. Fahaman Confucious mengaitkan Dao dengan tabiat/kelakuan baik atau buruk seseorang. Yin Yang -Merupakan kuasa yang berlawanan, Yin mewakili perempuan – pasif, sejuk, gelap, basah, lembut. Manakala Yang mewakili lelaki – aktif, panas, cerah,kering, keras. Dalam bentuk fizikal Yang – langit dan Yin – bumi. *Nilai masyarakat Tamadun cina Wu Lun (5 Hubungan) Lima hubungan asas manusia ialah: - Hubungan antara suami dan isteri - Hubungan antara bapa dan anak - Kekeluargaan - Hubungan antara adik-beradik - Hubungan antara sahabat (masyarakat) - Hubungan antara pemerintah dan rakyat Zhong Yong - Merujuk kepada kesederhanaan, keseimbangan dan jalan tengah bagi mewujudkan keharmonian alam semesta. - Tidak menyetujui kekerasan sebagai jalan penyelesaian - Konsep ini dianggap terbaik dan sesuai serta ideal dalam semua tindakan, keadaan dan masa. Ren - Nilai kasih/ cinta kepada manusia - Naluri untuk membuat kebaikan dan kebajikan kepada orang lain, rasa hormat kepada diri sendiri & memandang tinggi martabat manusia - Membezakan manusia dengan haiwan - Kata Konfusius; “Jangan melakukan sesuatu yang anda sendiri tidak suka orang lain melakukan kepada anda” Datung -Pencapaian yang paling sempurna iaitu tahap keharmonian yang diibaratkan sebagai Jalan Agung. Iaitu dunia boleh dikongsi oleh manusia sejagat secara adil. *Ajaran Konfusianisme, Moisme, Daoisme, Legalisme Konfusianisme Konfusianisme merupakan doktrin kenegaraan yang merangkumi aspek falsafah, keagamaan dan sosio-politik yang terdapat dalam pengajaran Konfusius. Asas Konfusianisme dikatakan berasal daripada tulisan-tulisan klasik yang diterbitkan atas nama Konfusius. Seperti yang terkandung dalam kitab Analects, pengajaran utama Konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia, terutama mengenai perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li) dan ketaatan kepada ibubapa (xiao). Oleh yang demikian, manusia dikatakan berpotensi untuk mencapai empat jenis sifat yang baik iaitu perikemanusiaan (ren), kewajaran (yi), kesusilaan (li), dan kearifan (zhi). Moisme Diasaskan oleh Mo Zi. Antara konsep penting pemikiran aliran ini termasuk aspek kasih sayang sejagat (jian’ai), mengecam sikap suka berperang (feigong), menyerah kepada nasib (feiming) dan mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian). Penegasan aliran ini kepada sikap mengejar kepentingan (gongli), menyebabkan pengikutnya menentang konsep mandat tuhan yang dikemukakan aliran Konfusianisme. Daoisme Diasaskan oleh dua orang pemikir iaitu Lao Zi dan Zhuang Zi. Wuwei bermaksud melakukan perbuatan secara spontan dan tanpa sebarang usaha. Kitab Daodejing merupakan sebuah karya klasik mistik bagi aliran keagamaan Dao kerana ayatnya yang ringkas, penuh dengan konotasi terbuka kepada pelbagai tafsiran selain menerangkan mengenai aspek metafizik Dao. Legalisme Diasaskan oleh Han Fei dan dilaksanakan semasa China di bawah pemerintahan dinasti Qin. Han Fei Zi telah menggabungkan 3 kaedah dalam sistem pemerintahan aliran Legalis iaitu kuasa (Shi), cara (Shu), dan perundangan (Fa). Legalisme mengutamakan pemikiran sosio-politik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyatnya. Legalisme menyarankan pemerintahan berteraskan undang-undang adalah lebih baik daripada pemerintahan etika seperti yang disarankan aliran Konfusianisme. Aliran ini telah mengasaskan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di negara China. *Pengaruh Islam Islam menjadi semakin kuat dan mendalam beberapa kurun kemudian melalui usaha beberapa tokoh Islam Cina seperti Wang Daiyu , Ma Zhu , Liu Zhi dan Ma Dexin. Mereka menghasilkan beberapa karya dalam bahasa Cina sertaterjemahantentang agama Islam. Melalui penelitian terhadap hasil-hasil karya sarjana-sarjana tersebut, diperlihatkan beberapa ciri-ciri yang menonjol. Misalnya, demi membolehkan orang Cina memahami dan menenma agama Islam, Wang Daiyu menggunakan beberapa istilah atau konsep Konfusian seperti xiao (penghormatan terhadap ibu bapa), zhong (kesetiaan), shu (altruisme) dan sebagainya untuk menerangkan ajaran Islam. Liu Zhi pula menggunakan kata-kata Konfusius dan Mensius yang sesuai untuk menerangkan hukum syariah agama Islam, dan menganggap shangdi dalam klasik Konfusian seerti dengan Tuhan Yang Maha Esa dalam Islam. Kedua-dua mereka juga cuba mencantumkan konsep wugong (lima rukun) dalam Islam dengan konsep wude (lima sifat baik) dalam Konfusianisme untuk menunjukkan bahawa Islam dan Konfusianisme tidak bercanggah sama sekali tetapi sebaliknya adalah saling melengkapi. Usaha-usaha penyesuaian ini tidak menjejaskan prinsip-prinsip asas dan identiti Islam sebagai agama.
|
|
|
Post by shafiqahj on Dec 15, 2014 22:04:50 GMT
PANDANGAN SEMESTA DAN NILAI MASYARAKAT TAMADUN CINA
1)KONSEP TIAN- konsep Tian telah wujud sejak zaman dinasti Zhou.Ianya membawa maksud prinsip tertinggi di dalam alam semesta serta dalam konteks eitka Konfusianisme. Konsep Tian ini merupakan kepercayaan animisme, iaitu kepercayaan kepada binatang, tanaman, matahari, sungai serta kuasa-kuasa lain telah menjadi satu kepercayaan kepada masyarakat Cina.
2)Konsep Dao-Konsep Dao ini pada mulanya merujuk kepada jalan dan lorong. Dao ini pada mulanya digunakan untuk menunjukkan satu jalan atau cara kelakuan atau tabiat sama ada tabiat baik atau buruk sebelom datangnya falsafah konfusius. Namun, selepas kedatangan Konfusius, para pengikut Daoisme menggunakan maksud metafizik untuk menunjukkan kepada keseluruhan alam semesta
3)Konsep Taiji, Yin Yang dan Wuxing- konsep Taijitelah digunakan oleh Kitab Yijang atau The Book Of Changes untuk merujuk kepada kenyataan muktamat. Selain daripada itu, manifestasi Yin dan Yang disifatkan sebagai proses pusingan atau putaran yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhirannya.Manakala konsep yin mewakili sifat perempuan seperti pasif, sejuk, gelap, basah, lembut. Sebaliknya Yang pula merujuk kepada sifat lelaki yang aktif, panas, cerah, kering, keras.
4)Keharmonian Tian dan manusia-pernyataan bahawa insan merupakan sebahagian daripada Tian merupakan dasaryang menunjukkan perpaduan antara Tian dengan manusia (tian-ren heyi).Segala kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan duniawi menghasilkan manifestasi fenomena luar biasa dalam alam semulajadi sebagai isyarat atau tanda kemarahan Tian dan amaran.Dong Zhongshu menunjukkan bahawa konsep ini berkaitkan dengan aliran pemikiran Tin-Yang dengan falsafah sosiopolitik Konfusianisme.
5)Prinsip Zhongyong (The Golden Mean-Menurut prinsip ini pencapaian keharmonian sejagat adalah disumbang daripada norma masyarakat. Moral asas bersifat sederhana, seimbang dan bersesuaian. Selain daripada itu,Datong (The Grand Unity), utopia Konfusian yang diibaratkan sebagai Jalan Agung. jalan Agung dipercayai hanya akan dapat dicapai apabila segala objek atau benda di dunia ini dikongsi oleh semua pihak dengan adil dan saksama, tanpa membazir dan digunakan demi kepentingan umum.Kata Konfusius:-”apabila Jalang agung ini diamalkan, dunia ini akan dikongsi oleh semua pihak dengan adil & saksama. Mereka yang berkebolehan & mulia perlakuannya akan diletakkan pada jawatan yang sesuai dengannya. Manusia akan melakukan sesuatu dengan hati yang ikhlas dan duduk besama-sama mereka dengan penuh kasih sayang ……. tidak membezakan, tidak membazir, tiada maksiat, tiada pembenrontakan, sehingga pintu luar dibiarkan tanpa berkunci. )
PENGARUH ISLAM TERHADAP AJARAN TERSEBUT -pengaruh ajaran islam dalam ajaran tersebut dapat dilihat selepas tokoh islam China seperti Wang Daiyu. Beliau telah menggunakan beberapa istilah dan konsep Konfusian seperti xiao (penghormatan terhadap ibu bapa), zhong (kesetiaan), shu (altruisme) dan sebagainya untuk menerangkan ajaran Islam. Selain daripada itu, tokoh lain seperti Liu Zhi telah menerangkan hokum syariah ajaran islam dan menggangap shangdi dalam klasik Konfusian seperti dengan Tuhan Yang Maha Esa dalam Islam dengan menggunakan kata-kata Konfusius dan Mensius yang sesuai.Liu Zhi dan Wang Daiyu telah uba mencantumkan konsep wugong (lima rukun) dalam Islam dengan konsep wude (lima sifat baik) dalam Konfusianisme untuk menunjukkan bahawa Islam dan Konfusianisme tidak bercanggah sama sekali tetapi sebaliknya adalah saling melengkapi. Usaha-usaha penyesuaian ini tidak menjejaskan prinsip-prinsip asas dan identiti Islam sebagai agama.
|
|
|
Post by fatinsyafiqarazali on Dec 16, 2014 5:29:40 GMT
Satu konsep mengenai alam semesta dan sistem masyarakat dalam tamadun China.
· Konsep Tian -Pemujaan nenek moyang dan Tian. Tian juga bermaksud prinsip tertinggi di dalam alam semesta serta dalam konteks etika Konfusianisme.
· Konsep Dao -Konsep Dao menurut Konfusiud, merupakan konsep tatatertib moral yang mesti dipatuhi oleh seseorang individu. · Konsep Taiji, Yin Yang dan Wuxing -Kitab Yijing ( The Book of Changes ) menggunakan konsep Taiji untuk merujuk kepada kenyataan muktamad.
- Dwikuasa Yin Yang dihasilkan menerusi perubahan Taiji. Yin Yang disifatkan sebagai proses pusingan atau putaran yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhirannya.
· Keharmonian Tian dan Manusia -Terbentuk berdasarkan sesuatu penyataan bahawa insan merupakan sebahagian daripada Tian.
· Prinsip Zhong Yong -Merupakan moral asas yang bersifat sederhana, seimbang dan bersesuaian. Merupakan norma masyarakat yang dapat menyumbang terhadap pencapaian keharmonian sejagat. Pandangan masyarakat tentang aspek di atas dalam tamadun Islam adalah bertentangan sama sekali dengan ajaran Islam. Di mana Islam hanya menyembah Allah yang Esa. tamadun Islam juga berpandukan Al-Quran dan Al-Sunnah.
Ajaran tamadun China. 1)Konfusianisme -Merupakan doktrin kenegaraan yang merangkumi aspek-aspek falsafah, keagamaan dan sosiopolitik. 2)Moisme - Mengamalkan konsep kasih sayang sejagat, menyerah kepada nasib, mengecam sikap suka berperang dan mengutamakan golongan cerdik pandai. 3)Daoisme -Terbahagi kepada dua cabang utama iaitu pemikiran falsafah Dao dan aliran keagamaan Dao 4)Legalisme -Mengutamakan pemikiran sosiopolitik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyatnya.
Ajaran Islam bersifat syumul dan merangkumi pelbagai aspek. Agama Islam tidak mengira isu pangkat dan darjat. Semua manusia dihitung sama sahaja di sisi Allah kecuali mereka-mereka yang beriman. Tamadun China yang mengamalkan konsep-konsep seperti yang dinyatakan, mula menerapkan ciri-ciri mulia yang berteraskan agama Islam. Malah ada juga yang memeluk Islam di Tamadun China.
|
|
|
Post by Mas Aina on Dec 16, 2014 7:16:26 GMT
BICARA TAMADUN
~PANDANGAN SEMESTA DAN NILAI MASYARAKAT TAMADUN CINA~
Pandangan semesta -konsep tien: pemujaan nenek moyang dan tien (prinsip tertinggi dalam alam semesta) - konsep dao: konsep tatatertib yang mesti dipatuhi oleh seseorang individu atau set peraturan etika yang mesti dikuti. -konsep yin dan yang : proses pusingan yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhiran. Yin (negatif) Yang (positif) -zhong yong: berpegang kepada kesederhanaan, seimbang dan bersesuaian yang membawa kepada keharmonian alam semesta dan bumi.
Nilai Masyarakat -Wanita : dalam ajaran Konfusion, wanita adalah lemah, mempunyai kedudukan rendah dan golongan yang menurut perintah. Perempuan dari kelas pertengahan/ atasan akan mengikat kakinya supaya menjadi saiz kecil semasa berumur 5 tahun. Ia menyakitkan dan 1 seksaan untuk menghukumnya daripada menjadi aktif. -Perkahwinan dan keluarga: Perkahwinan seorang perempuan ditentukan oleh bapanya. Kedudukan wanita selepas berkahwin belum terjamin sekiranya matlamat fungsi sebagai isteri yang baik belum tercapai iaitu melahirkan anak lelaki untuk mewarisi tradisi China. -Penghambaan wanita : Kostum China yang menjual anak perempuan kepada pedagang haram untuk menjadi pelacur di luar negara. -Tradisi dan perubahan : wanita dikatakan agen pengekalan kepercayaan Cina dan bertindak sebagai pengaruh dalam perubahan perkembangan sosial cina. Dalam keluarga, wanita memainkan peranan penting untuk berkomunikasi dengan anaknya.
~BANDINGAN ANTARA AJARAN KONFUSIANISME, MAOISME, DAOISME DAN LEGALISME~
Konfusianisme -Amat mementingkan akhlak yang mulia dalam menjaga hubungan antara manusia di langit dengan manusia di bumi dengan baik. -Penganutnya diajar supaya tetap mengingati nenek moyang. -Merupakan susunan falsafah & etika yang mengajar bagaimana manusia bertingkah laku. -Konfusianisme tidak menghalang orang Cina menyembah keramat dan penunggu.
Maoisme -konsep penting pemikiran aliran ini termasuk aspek kasih sayang sejagat (jian’ai), mengecam sikap suka berperang (feigong), menyerah kepada nasib (feiming) dan mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian). -Penegasan aliran ini kepada sikap mengejar kepentingan (gongli), menyebabkan pengikutnya menentang konsep mandat tuhan yang dikemukakan aliran Konfusianisme.
Daoisme -mempunyai konsep jalan yang merujuk kepada arah dan cara alam semesta -konsep kuasa yang merujuk kepada kuasa yang diperolehi oleh seseorang yang bersedia mengenepikan cita-cita sendiri untuk mengikut arah alam semesta.
Legalisme -menyatakan udang - undang dan hukuman berat merupakan satu cara untuk membawa kestabilan dan keamanan negara -penganutnya tidak mempercayai konsep kasih sayang dan belas kasihan
~PENGARUH ISLAM TERHADAP 4 AJARAN TERSEBUT~ Semua kepercayaan di atas adalah berbeza dengan agama Islam kerana ia dilahirkan daripada pemikiran manusia. Pengaruh agama Islam terhadap 4 ajaran tersebut lebih keada nilai- nilai murni dan kehidupan berbanding perkara ketuhanan dan perkara ghaib.
|
|
|
Post by farrahinhs244 on Dec 16, 2014 12:04:23 GMT
bicara 1
1. pandangan semesta dan system nilai masyarakat dalam tamadun china:
Mereka memuja nenek moyang dan Tian (langit) Di samping kepercayaan primitif iaitu animisme iaitu pemujaan binatang, tanaman atau alam semula jadi. Masyarakat Cina menggambarkan kewujudan tuhan mereka dalam bentuk dewa-dewi dan mmepunyai perwatakan manusia yang mencerminkan kepercayaan mereka iaitu memmentingkan manusia berhubung dengan kebaikan dunia dan akhirat. Manusia berpotensi untuk mencapai 4 jenis sifat yang baik iaitu perikemanusiaan(ren), kewaj aran(yi), kesusilaan(Ii), dan kearifan(zhi). Selain daripada itu ketaatan kepada ibu bapa juga dititikberatkan oleh ajaran Konfusius. Ajaran konfusius menekankan konsep lima hubungan dikenali sebagai Wulun iaitu Raja dengan menteri, ayah dengan anak, suami dengan Isteri, abang dengan adik, dan kawan dengan kawan.
Perbezaan tentang pandangan masyarakat dalam aspek pandangan semesta dan system nilai masyarakat dalam tamadun islam:
Perbandingan antara sistem nilai kemasyarakatan antara Tamadun China dan Tamadun Islam ialah bagi tamadun China mereka Masyarakat Cina juga mempercayai langit atau (tian) sebagai makhluk unggul yang menguasai nasib seseorang. Ianya juga membawa maksud prinsip tertinggi dalam alam semesta dalam konteks etika Konfusianisme. Di samping itu ajaran seperti agama Buddha, Taoisme dan Konfusianisme menekan aspek etika dan moral.Konsep Ying dan Yang juga mempengaruhi pemikiran masyarakat Cina. Kedua-dua tersebut penting untukmencapai keseimbangan di antara langit dan bumi. ( Soo Khin Wah dalam Tamadun Islam dan Tamadun AsiaUM: 2002: 306-307) Falsafah Konfusianisme merupakan doktrin kenegaraan yang merangkumi aspek- aspek falsafah, keagamaan dan sosiopolitik yang termaktub dalam ajaran Konfusius(551SM-479SM). Seperti yang terkandung dalam kitab Analects, pengajaran utamaKonfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia, terutama mengenai perikemanusiaan. Tamadun Islam menyatakan bahawa Pelbagai bentuk egen yang membentuk struktur kemasyarakatan dalam masyrakat umat Islam dan orang Melayu. Keluarga merupakan agen sosialisasi utama dalarn masyarakat untuk menjalankan tanggungjawab yang amat berat ini. Tujuannya ialah supaya keluarga dapat mendidik dan mengajar anak-anak menjadi anggota masyrakat yang mempunyai kepribadian yang luhur dan suci dan terhindar dari gejala-gejala yang tidak sihat seperti terlibat dengan gejala penyalahgunaan dadah, merompakdan lain-lain aktiviti yang tidak sihat. Masyarakat juga perlu untuk merealisasikan dan melaksanakan kawalan serta tekanan sosial. Kawalan sosial sama ada berbentuk primer seperti adat resam, amalan masyrakat dan lain-lain atau berbentuk sekunder seperti undang-undang, tindakan badan-badan formal seperti mahkamah, polis dan sebagainya. Budaya masyarakat Melayu juga menggabungkan unsur agama iaitu Islam danadat. Kedua-dua aspek ini menjadi asas yang utama dalam proses sosialisasi dan pembudayaan. Namun demikian, adat dan budaya yang menjadi asas dalam prosessosialisasi tersebut hendaklah berteraskan kepada syarak. Ini adalah kerana jati diri Melayu yang bersandarkan adat dan budaya adalah berpaksikan konsep tauhid dansyariah yang telah mewarnai budaya Melayu sejak dari abad ke-13 lagi.
bicara 2
2. perbandingan tentang ajaran yang dibawa oleh konfunisianisme, maoisme, daoisme, legalisme:
Konfunisianisme • pengasas dalam aliran Konfusianisme • Ideologi ini dikembangkan oleh Konfusius, Mengzi dan Xunzi • Menekankan akhlak mulia, mengingati nenek-moyang, falsafah dan etika, hidup bersederhana dan taat setia • ren (kemanusiaan), li (kesusilaan), xiao (ketaatan kpd ibubapa) • falsafah, pendidikan dan sosial politik • pemerintahan Konfusianisme-berdasarkan akhlak
Daoisme • Falsafah Dao mengajar doktrin tentang mengikuti alam (wu-wei) • Agama Dao mengajar doktrin bekerja ke arah menentang alam (prinsip dan teknik tentang bagaimana mengelak daripada kematian) • Pemerintahan Daoisme- berdasarkan tabii
Maoisme • bersifat utilitarian (menekankan aspek kegunaan atau faedah) • Menekankan konsep kasih-sayang sejagat, menentang peperangan, berjimat-cermat dan tidak menyerah kepada nasib • Bertentangan dgn konsep Konfusianisme • Pemerintahan Moisme-berdasarkan kebajikan
Legalisme • Menekankan undang-undang (fa), autoriti (shih) dan kaedah atau “tataurus negara” (shu) • Mengutamakan pemikiran sosiopolitik dan kekuasaan pemerintah • Pemerintahan legalisme-berdasarkan perundangan
Pengaruh islam dalam ajaran berkenaan:
Sewaktu kedatangan islam di china, Wang Daiyu menggunakan beberapa istilah atau konsep Konfusian seperti xiao (penghormatan terhadap ibu bapa), zhong (kesetiaan), shu (altruisme) dan sebagainya untuk menerangkan ajaran Islam. Liu Zhi pula menggunakan kata-kata Konfusius dan Mensius yang sesuai untuk menerangkan hukum syariah agama Islam, dan menganggap ‘shang’ di dalam klasik Konfusian seerti dengan Tuhan. Yang Maha Esa dalam Islam. Kedua-dua mereka juga cuba mencantumkan konsep ‘wugong’ (lima rukun) dalam Islam dengan konsep’ wude’ (lima sifat baik) dalam Konfusianisme untuk menunjukkan bahawa Islam dan Konfusianisme tidak bercanggah sama sekali tetapi sebaliknya adalah saling melengkapi. Usaha-usaha penyesuaian ini tidak menjejaskan prinsip-prinsip asas dan identiti Islam sebagai agama.
|
|
|
Post by ahmadmuiz on Dec 16, 2014 12:41:16 GMT
Pandangan Semesta Tamadun Cina
- Tian : merujuk pada langit iaitu syurga. Dewa Tian menentukan perjalanan hidup seseorang - Dao : merujuk pada jalan atau lorong. Kung Fu-Tze merupakan hukum moral yang perlu dipatuhi seseorang - Taiji : merujuk pada kenyataa muktamad. - Yin Yang : proses pusingan yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhiran. Yin mewakili perempuan, lembut, sejuk dan gelap manakala yang mewakili lelaki, terang dan kering. - Zhongyong : merujuk pada kesederhanaan. tidak mengamalkan kekerasan sebagai penyelesaian masalah
Sistem nilai masyarakat
- Ren (Kemanusiaan) : sifat-sifat mulia dalam aspek moral, cinta kasih dan kebajikan - Yi (Kesaksamaan) : Sentiasa membela kebenaran dan keadilan - Li (Tatasusila) : Perlakuan sopan daam upacara keagamaan - Zhi (Kebijaksanaan) - Xin (Amanah) : Sentiasa menepati janji
Perbezaan pandangan masyarakat dengan tamadun Islam: - Perbezaan antara ajaran Islam dengan tamadun tersebut adalah kita hanya mengabdikan diri kepada Allah tetapi mereka boleh menyembah matahari, pokok dan bersifat mementingkan moral masyarakat
Perbandingan ajaran :
Konfusianisme : - Asas Konfusianisme berasal daripada tulisan2 klasik yg diterbitkan atas nama Konfusius.
- Ajaran konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yg mulia – ren (kemanusiaan), li (kesusilaan), xiao (taat kpd ibubapa)
- Moral yang baik mampu membentuk pemerintah yang baik.
Maoisme : - Konsep pemikiran – aspek kasih sayang sejagat, mengecam sikap suka berperang dan menyerah kepada nasib dan mengutamakan golongan cerdik pandai.
Daoisme : - Lao Zi beranggapan dunia manusia adalah buruk dan menyeru ke arah keadaan semula jadi. - Menekankan pembinaan perwatakan manusia. - Menurutnya kecurian, rompakan, peperangan adalah usaha manusia mengejar benda yanfg tidak dapat diperolehi dgn cara baik.
- Dunia akan aman dan tidak memerlukan undang2 jika manusia tidak mengejar dunia dan menahan nafsu.
- Baginya, kerajaan yang baik ialah kerajaan memerintah dgn kurang.
Legalisme : - menyatakan manusia asasnya bersifat jahat dan perlu melihat diri sendiri. - berbeza dgn Konfusius di mana manusia asasnya baik.
- Undang2 keras dan hukuman berat adalah cara utk membawa keamanan bg negara dan mengajar manusia ke arah sikap baik.
- Falsafah legalis: - Menentang dunia feudal
- Golongan bangsawan perlu diganti dgn hirarki tentera
- Muzik, sejarah dan falsafah dianggap racun rosakkan masyarakat
- Pertanian dan peperangan dipuji sbg asas kuasa negara.
Kesemua 4 ajaran banyak berkait rapat dengan ajaran Islam. Islam juga menekankan kemanusiaan sesama individu dan kepentingan berakhlak mulia dalam sesetiap individu. terdapat juga penghasilan beberapa karya dalam bahasa Cina serta terjemahan tentang agama Islam
|
|
|
Post by najiha on Dec 16, 2014 13:17:46 GMT
NURUL NAJIHATUL HANIE BINTI MUHAMMAD SHAHID >PH 240<
REFLEKSI 1 ...
a)Pandangan semesta Tamadun Cina 1-Konsep yin dan yang -Merupakan dua prinsip yang berlawanan di alam. -Yin : Sifat feminin atau negatif dari hal-hal dan berdiri. -Yang : SisI Maskulin atau positif. Yin dan yang bermakna berpasang-pasangan, seperti bulan dan matahari, wanita dan pria, gelap dan terang, dingin dan panas, 2-Konsep tien -Kepercayaan animisme seperti epercayaan kepada binatang, tanaman, matahari, sungai serta kuasa-kuasa lain -Muncul sejak Zaman Dinasti Zhou. -Maksud prinsip tertinggi di dalam alam semesta serta dalam konteks eitka Konfusianisme 3-Zhong yong -Karya tentang teori pendidikan pada zaman purba China. -Konfusianisme menjelaskan tentang Kesederhanaan dan mengemukakan isu pembangunan sifat kemanusiaan dAN menegaskan bahawa kehidupan manusia tidak dilepaskan daripada pengaruh Zhong Yong. -Tema utama Kesederhanaan adalah mengajar manusia membangunkan sifat kemanusiaan, mengawal diri, mendidik diri dan menyempurnakan diri, menjadi orang yang mempunyai personaliti yang ideal. Pendidikan diri diteruskan sepanjang hayat dan berperanan penting dalam kehidupan. 4-Konsep Dao atau Tao -Maksud terawal ialah “jalan” atau “lorong”. -Menurut Konfusiud, merupakan konsep tatatertib moral yang mesti dipatuhi oleh seseorang individu atau sesuatu set peraturan etika yang mesti diikuti oleh seseorang Individu. 5-Keharmonian Tian dan Manusia -Terbentuk berdasarkan sesuatu penyataan bahawa insan merupakan sebahagian daripada Tian. -Segala kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan duniawi menghasilkan manifestasi fenomena luar biasa dalam alam semulajadi sebagai tanda kemarahan Tian .
b)Sistem nilai masyarakat Tamadun Cina -Konsep Wu Lan iaitu 1)Hubungan antara masyarakat 2)Hubungan antara pemerintah dan rakyat 3)Hubungan antara bapa dan anak 4)Hubungan antara suami dan isteri 5)Hubungan antara adik-beradik
c)Ajaran yang dibawa oleh konfusianisme, maoisme, daoisme, legalisme 1-Konfusianisme i -Menjurus kepada soal kehidupan sosial manusia sesama manusia -Manusia agung mestilah mempunyai sifat yang tetap penuh dengan perasaan kasih sayang dan segala pergerakannya bebas daripada penyelewengan dan sifat kekerasan -Seorang yang mempunyai peribadi yang agung dan budiman yang dikenali sebagai Chun Tze iaitu orang yang berpendidikan tinggi ii -Menekankan tentang kualiti peribadi manusia seperti kesopanan, kejujuran, menghormati kebaikan, keamanan,menghormati, berbudi pekerti yang tinggi(moral) -Pengamalan semua amalan lama maka sifat manusia akan dapat ditamadunkan dan memberi suatu tatacara dalam kehidupan bermasyarakat iii-Menekankan tentang mengamalkan nilai dan moral yang baik terutamanya dalam soal kemanusiaan (jen/ren) dan mempunyai perasaan kasih sayang sesama manusia -Tujuannya mencapai keharmonian dan kelancaran pentadbiran kerajaan iv -Kepentingan berpegang kepada nama -Membantu perjalanan masyarakat dengan lebih sempurna dan teratur 2-Maoisme -Menekankan beberapa konsep penting dalam pemikiran aliran moisme iaitu kasih sayang sejagat (jian'ai),mengecam sikap suka berperang (feigong),menyerah kepada nasib(feiming), dan menyerah kepada nasib (feiming) 3-Daoisme atau Taoisme -Berasaskan Daode Jing -Kepentingan kesihatan, membincangkan “hidup abadi” dalam konteks ajaran dan dijadikan dasar perkembangan menjadi dewa untuk mencapai keabadian -Berasal dari Dao = tidak berbentuk, tidak terlihat -Merupakan asas atau jalan atau cara kejadian kesemua benda hidup dan benda-benda alam semesta dunia -De : Dao yang wujud dalam kesemua benda hidup dan kebendaan -Taoisme : Gabungan Dao dengan De yang merupakan asasi alamiah -Bersifat tenang, tidak berbalah, bersifat lembut seperti air, dan berabadi -Tujuannya mencapai kesedaran Dao dan juga mendewakan -Memperkenalkan teori Yinyang : Dao melahirkan sesuatu, yang dilahirkan itu melahirkan Yin dan Yang, Yinyang saling bertindak balas menghasilkan tenaga dan seterusnya menghasilkan jutaan benda di dunia. Setiap benda dalam alam, samada hidup atau tidak, mengandungi Yinyang yang saling bertindak untuk mencapai keseimbangan 4-Legalisme -Bersifat authoritarianisme : Kepentingan undang-undang sebagai cara untuk mencapai kecekapan dalam kerajaan dan ketertiban dalam masyarakat Menurut Han Fei,penguatkuasaan undang-undang yang ketat dan hukuman yang berat perlu untuk mengawal manusia yang bertindak liar sekaligus melahirkan keamanan dan kesejahteran rakyat -Menekankan pemerintahan bercorak pemusatan kuasa ditangan seorang raja yang menggunakan kuatkuasa undang-undang -Segala aktiviti ekonomi, sosial, dan politik harus bertumpu kepada negara dan bukan individu. Semua lapisan rakyat mesti berkidmat untuk kepentingan pemerintah dan negara.
Ada beberapa perkara dalam beberapa ajaran agama yang dipengaruhi oleh Islam. Contohnya ajaran confuciasme. Dalam Islam, kasih sayang amat penting dalam perhubungan antara Allah dengan hambanya, Rasulullah dengan umatnya, Ibubapa dengan anaknya, dan juga sesama masyarakat.
|
|
iznie
New Member
Posts: 6
|
Post by iznie on Dec 16, 2014 13:30:22 GMT
Pandangan Semesta Masyarakat Cina 1)Konsep Tian - Kepercayaan animisme, iaitu kepercayaan kepada binatang, tanaman, matahari serta kuasa-kuasa lain telah menjadi satu kepercayaan kepada masyarakat Cina. - Wujud sejak Zaman Dinasti Zhou. - Membawa maksud prinsip tertinggi di dalam alam semesta serta dalam konteks eitka Konfusianisme.
2)Konsep Dao - Maksud terawal merujuk kepada "jalan" atau "lorong". - Sebelum kedatangan falsafah konfusius, Dao digunakan untuk menunjukkan satu jalan atau cara kelakuan atau tabiat, sama ada tabiat baik atau buruk. - Selepas kedatangan Konfusius, para pengikut Daoisme menggunakan maksud metafizik untuk menunjukkan kepada keseluruhan alam semesta.
3)Yin & Yang - Manifestasi Yin dan Yang disifatkan sebagai proses pusingan atau putaran yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhirannya. - Yin mewakili perempuan seperti pasif, sejuk, gelap, basah, lembut. - Yang mewakili lelaki seperti aktif, panas, cerah, kering, keras.
4)Konsep Zhong – Yong - Merujuk kepada kesederhanaan, keseimbangan dan jalan tengah bagi mewujudkan keharmonian alam semesta.
Perbezaan melalui tamadun Islam, umat Islam hanya menyembah dan percaya kepada Allah swt sebagai Tuhan yang satu melalui konsep tauhid. Masyarakat islam juga hanya berpegang kepada dua sumber primer iaitu al-quran dan hadis serta percaya kepada qada' dan qadar.
Perbandingan Ajaran Tamadun China 1)Konfucianisme -memberi penekanan terhadap aspek kemanusiaan -Merangkumi falsafah dan etika yang mengajar manusia cara tingkah laku yang baik. -Kepentingan akhlak mulia melalui penjagaan hubungan baik antara manusia di langit dan manusia di bumi. -mengingati nenek moyang seolah-olah roh mereka ada di dunia.
2)Maoisme -Mementingkan aspek kasih sayang -Melarang segala bentuk keganasan, peperangan, dan serangan. -Mengutamakan golongan cerdik pandai
3)Daoisme -Falsafah yang diasaskan oleh Lao Tzu -Merujuk kepada keseluruhan alam semesta. -Bertentangan dengan fahaman Konfucianisme -Melibatkan prinsip-prinsip etika serta melaksanakannya dalam kehidupan seharian dan dalam perjalanan pentadbiran kerajaan.
4)Legalisme - Pemerintahan dengan menggunakan undang-undang ketat. - Tidak menitik beratkan falsafah moral seperti yang ditekankan dalam ajaran Konfucius dan Taoisme. - Perkataan Fa bermaksud peraturan dan undang-undang. - Bagi menjamin kestabilan negara, penggunaan sistem atau cara pentadbiran yang berdasarkan undang-undang yang ditetapkan - Menentang pengajaran Legalisme
|
|
|
Post by NajihahZabidi on Dec 16, 2014 13:36:50 GMT
Bicara #1
Elemen-elemen pandangan semesta masyarakat China 1)keyakinan terhadap agama berdasarkan keperluan fizikal 2)aspek rohani kurang ditekankan 3)setiap kepercayaan menetapkan pertimbangan nilai moral dan akhlak pada kedudukan utama 4)upacara dan penyembahan menjadi upacara utama 5)setiap agama dan kepercayaan yang dipegang mempunyai unsur kecinaan
Konsep pandangan semesta pada tamadun China
1)Tian-merujuk kepada langit(syurga) dalam ajaran konfusianisme, merupakan makhluk yang unggul yang mampu menguasai seseorang, dewa tian dikatakan penting kerana bertindak menetukan perjalanan hidup seseorang dan merupakan wakil tuhan untuk memerintah Bumi. Tian juga bertanggungjawab menjaga keamanan, kebajikan dan kemakmuran bumi 2)Dao/Tao-merujuk kepada jalan/lorong. Sesuatu yang dapat menjamin kebahagian dan kemakmuran rakyatnya dan diibaratkan sebagai ibu yang memupuk rakyat sejagat 3)Taiji-merujuk kepada muktamad. Tidak mempunyai batasan dan merupakan hasil dari Yin dan Yang. Yin dan Yang pula merupakan suuatu putaran yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhiran. Yin mewakili wanita (sejuk,lembut,basah,pasif dan gelap) manakala Yang mewakili lelaki (aktif,panas,terang,kering dan kasar). 4)Zhongyong-merujuk kepada kesederhaan. Moral yang bersifat sederhana,seimbang dan bersesuaian. Norma masyarakat yang membawa kehamornian sejagat dan tidak mengamalkan kekerasan dalam kehidupan. 5)Datung-merujuk kepada pencapaian yang sempurna,yang diibaratkan sebagai jalan agung. Dalam ajaran konfius, Jalan Agung hanya dapat dicapai apabila semua objek di muka bumi ini berkongsi dengan adil dan saksama tanpa membazir untuk kepentingan umum.
Perbezaan dengan Tamadun Islam 1)Keyakinan terhadap Islam merupakan asas tauhid dan asas pembentukan diri. Dalam Tamadun Islam, Islam bersifat menyeluruh dan menyentuh setiap aspek dalam kehidupan. 2)Aspek rohani amat ditekankan dalam Tamadun Islam. Ini kerana agama Islam membentuk kerohanian yang kuat bermula dari ketauhidan, seterusnya syariat dan pembuahan hasil akhlak yang baik. Penerapan nilai islam dalam rohani akan membentuk bukan sahaja mental yang kuat malah fizikal. 3)Persamaan antara tamadun islam dan cina adalah ia meletakkan akhlak dan moral sebagai salah satu ciri utama dalam hidup 4)Dalam Tamadun Islam, ibadah kepada Allah merupakan ciri utama masyarakat Islam. Ibadah kepada Allah bersifat luas, ianya termasuk, solat, berzikir, membuat kebaikan dan lain-lain. 5)Manakala dalam Tamadun Islam, budaya sesebuah masyarakat tidak menghalang penerapan nilai Islam dalam kehidupan. Masyarakat Islam boleh mengekalkan kebudayaan dan nilai bangsa mereka dalam kehidupan tanpa bercanggah dengan ciri Islam.
|
|
|
Post by atiqahdollyxiouse000 on Dec 16, 2014 16:12:58 GMT
NURUL ATIQAH BINTI MOHD YUSOF
Pandangan Semesta dan Sistem Nilai Masyarakat Tamadun China Konsep Tian • Pemujaan nenek moyang dan tien. • Dikenali juga sebagai langit • Merupakan makhluk yang unggul yang menguasai nasib seseorang. • Juga bermaksud prinsip tertinggi di dalam alam semesta.
Konsep Dao • Maksud terawal ialah jalan atau lorong. • Digunakan untuk menunjukkan satu jalan, cara kelakuan, tabiat ( Baik atau buruk ). • Merujuk juga kepada keseluruhan alam semesta • Merupakan konsep tatatertib yang wajib diikuti
Prinsip Zhong Yong • Merupakan moral asas yang bersifat sederhana, seimbang dan bersesuaian. • Merupakan norma masyarakat yang dapat menyumbang terhadap pencapaian keharmonian sejagat. • Menyumbangkan kesempurnaan hidup semua makhluk
Konsep yin dan yang • Konsep ini disifatkan sebagai proses pusingan yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhirannya. • Yin bermaksud negatif, perempuan, malam, pasif, firasat, bulan, sejuk, lembut • Yang bermaksud positif, lelaki, siang, aktif, logik, panas, keras
Sistem Nilai Masyarakat Cina Konsep Wu Lan (Lima Hubungan) Lima hubungan asas manusia ialah: • Hubungan antara suami dan isteri • Hubungan antara bapa dan anak - Kekeluargaan • Hubungan antara adik-beradik • Hubungan antara sahabat (masyarakat) • Hubungan antara pemerintah dan rakyat
KONSEP REN (Kemanusian) • Nilai kasih/ cinta kepada manusia • Naluri untuk membuat kebaikan dan kebajikan kepada orang lain, rasa hormat kepada diri sendiri & memandang tinggi martabat manusia • Membezakan manusia dengan haiwan • Kata Konfusius; “Jangan melakukan sesuatu yang anda sendiri tidak suka orang lain melakukan kepada anda”
Konsep Li (Tatasusila) • Merujuk kepada beberapa peraturan yang membezakan antara golongan mulia dan hina, kaya dan miskin • Merujuk kepada adat istiadat • Bermaksud berakhlak seperti rendah diri dan menghormati orang lain. Li berfungsi sebagai pengawal terhadap tindakan/tingkah laku manusia.
SOALAN 2 Konfusianisme • Tidak merupakan suatu agama • Lebih kepada pengajaran falsafah iaitu kemanusiaan, suatu filsafat atau sikap yang berhubungan dengan kemanusiaan, tujuan dan keinginannya • Menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia (perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li), dan ketaatan kepada ibu bapa (xiao), keanfan (zhi)). Maoisme • Diasaskan oleh Mo Zi (kk 479SM-381SM). • Menentang konsep mandat tuhan yang dikemukakan oleh aliran Konfusianisme. • Merupakan satu konsep penting pemikiran aliran ini termasuk aspek kasih sayang sejagat (jian’ai), mengecam sikap suka berperang (feigong), menyerah kepada nasib (feiming) dan mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian). • Penegasan aliran ini kepada sikap mengejar kepentingan (gongli),
Daoisme • Merupakan sebuah falsafah berdasarkan teks Daode Jing yang dianggap secara meluas sebagai hasil Laozi dan Zhua • Dikenal sebagai aliran filsafah pertama yang ada di China. • Memiliki inti ajaran bahawa hidup manusia itu harus selaras dengan alam dan juga Dao. • Dao memiliki erti keseimbangan yang sempurna. Legalisme • Merupakan salah satu arus falsafah utama sewaktu zaman negeri-negeri berperang • Mengutamakan pemikiran sosio-politik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyatnya • Bersifat authoritarianisme menekankan kepentingan undang-undang sebagai cara untuk mencapai kecekapan dalam kerajaan dan ketertiban dalam masyarakat. • Aliran ini telah mengasaskan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di negara China
Pengaruh Islam terhadap segala ajaran
Islam turut menekankan peribadi mulia dalam diri setiap umatnya sama seperti yang terdapat dalam ajaran Konfusianisme Nilai-nilai murni yang ada pada masyarakat Cina mempunyai persamaaan dengan ajaran Islam yang mementingkan perpaduan antara masyarakat dan menyarankan umat manusia untuk sentiasa berkasih sayang antara satu sama lain. Terdapat juga penghasilan beberapa karya dalam bahasa Cina serta terjemahan tentang agama Islam.
|
|
|
Post by norhainah_hs244 on Dec 16, 2014 16:38:53 GMT
Soalan 1: Masyarakat china pada peringkat awal mengamalkan pemujaan alam semula jadi dan pemujaan roh nenek moyang dan tian juga merupakan kepercayaan yang melibatkan alam semesta dalam masyarakat cina.Tian merujuk kepada dewa yang dipuja dan disembah oleh mereka dan Tian juga dirujuk kepada makhluk unggul yang mempunyai kuasa,menguasai jalan kehidupan dan menentukan nasib dengan adanya mandat dari syurga.Seterusnya, Dao pula merujuk kepada jalan atau lorong dan menjadi asas kepada sesuatu yang agung dalam tamadun china. Sistem nilai: • Wanita di Negara China -Kedudukan sosial wanita yang rendah. -Sesebuah keluarga lebih menyukai anak lelaki kerana anak perempuan yang dianggap merugikan dan tiada nilai dalam masyarakat cina. -dilatih untuk menjadi isteri yang baik. • Perkahwinan dan keluarga -menggambarkan status kedudukan wanita yang rendah. Perkahwinan orang perempuan ditentukan oleh ibu bapa. • Tradisi dan perubahan -wanita sebagai agen pengekalan tradisional Cina dan bertindak sebagai pengaruh dalam perubahan perkembangan social cina. Tamadun islam pula hanya mempercayai Allah sebagai tuhan yang satu dan wajib disembah,nabi Muhammad sebagai pesuruh Allah dan menggunakan sumber utama iaitu al-quran dan al-sunnah sebagai rujukan.Manakala sistem nilai dalam islam pula ,kedudukan wanita adalah tinggi dan mempunyai peranan penting dalam sesebuah institusi kekeluargaan.
Soalan 2: Konfusianisme membuat pemerhatian tentang kelemahan yang wujud dalam masyarakat,terutamanya dalam pentadbiran,membahagikan lima bentuk hubungan dalam masyarakat dan hubungan ini menitikberatkan kejujuran dan kebaikan serta sekiranya keadaan ini tidak dipatuhi akan berlaku pecah belah dan huru-hara. Legalisme ini muncul demi kepentingan undang-undang sebagai satu-satunya cara untuk mencapai kecekapan dalam kerajaan dan ketertiban masyarakat.Ajaran ini tidak mempercayai konsep kasih saying dan kasihan dan mempercayai bahawa pendidikan adalah untuk memperbaiki kejahatan manusia.Nilai yang baik boleh dilihat dalam dua bidang iaitu ketekunan bekerja dan dalam peperangan. Daoisme adalah salah satu sistem kepercayaan utama yang dianut oleh bangsa Tionghua.Daoisme adalah agama yang selalu mengalami perkembangan dan evolusi, sehingga selain sulit untuk menentukan waktu kelahirannya, juga sulit untuk menentukan batas-batasnya. Meskipun demikian, secara singkat Daoisme dapat pula diartikan sebagai "agama yang didasari oleh Dao." Maoisme ialah doktrin dasar Mao Zedong. Ia sepadan dengan permohonan ketat Marxsisme – Leninisme kepada syarat-syarat tertentu China, menonjolkan perjuangan kemerdekaan Negara dalam dunia ketiga didominasi oleh imperialisme.
Ciri-ciri dan asas-asas Maoisme: • pembaharuan dan tanah pengagihan semula tanah kepada petani, • pengumpulan dan pengagihan semula hasil tuaian, • memerangi organisasi tradisional syarikat, yang bertanggungjawab ke atas kemiskinan, rasuah, menentang penggunaan dadah, • penindasan cita-cita peribadi, • melawan terhadap unsur-unsur dihakimi Revolusioner • soal seni tradisional dan pengaruh Barat.
Pengaruh islam kepada ajaran ini adalah mementingkan nilai-nilai murni dan pembebasan daripada penjajahan.
|
|
|
Post by FarahSama244 on Dec 16, 2014 17:24:47 GMT
Pandangan semesta dan sistem nilai masyarakat 5 konsep pandangan semesta yang dipegang oleh masyarakat cina : 1) konsep Tian - kepercayaan animisme 2) konsep Dao - metafizik untuk tunjuk keseluruhan alam 3) Taji- kenyataan maklumat, Yin Yang - Yin sifat perempuan / Yang sifat lelaki , Wuxing 4) Tian dan manusia - konsep perpaduan terbentuk berdasarkan penyatuan bahawa insan merupakan sebahagian daripada Tian 5) Prinsip Zhongyong - moral asas sifat sederhana, seimbang dan kesesuaian
4 sistem nilai masyarkat Cina 1) nilai kesederhanaan - sikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan tanpa pengabaian kepentingan orang lain 2) nilai cinta sejagat - 'jian ai' iaitu cinta sama rata tanpa mengira hubungan dan kedudukan 3) nilai keadilan - satu nilai menjadi iktibar bahasa sesuatu keputusan tidak boleh berat sebelah 4) nilai satu padu - satu perkara penting dalam masyarakat cina
Persamaan antara tamadun Islam ialah nilai islam menitikberatkan keemmpat-empat nilai masyarakat cina dalam membentuk satu masyarakat yang harmoni dan bersatu padu dalam meningkatkan dan mempertahankan maruah Islam
4 ajaran cina dan perihal Islam beserta kaitan pengaruh Islam ke atas ajaran tersebut
1) Konfisionisme - menekankan 5 hubungan yang dikenali sebagai Wulun : # raja dengan menteri # ayah dan anak # suami dan isteri # abang dan adik # kawan dan kawan
2) Moisme - konsep pemikiran termasuk aspek kasih sayang sejagat (jian 'ai), megecam sikap suka berperang (feigong), menyerah pada nasib ( feiming) dan utamakan golongan cerdik pandai - kejar kepentingan (gongli) = pengikut menentang konsep mandat tuhan yang dikemukakan oleh aliran Konfusianisme
3) Daoisme - pemeliharaan dalam alam semulajadi - wuwei : perbuatan dibuat secara spontan tanpa sebarang usaha
4) Legalisme - utama pemikirab sosio-politik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyat - saran pemerintahan berteraskan undang-indang adalah lebih baik daripada pemerintahan etika seperti yang disarankan oleh Konfusianisme - gabungan 3 kaedah pemerintahan aliran legalis # kuasa (shi) # cara (shu) # perundangan (ta)
Pengaruh Islam :
Ajaran Konfusianisme sedikit sebanyak membawa persamaan dalam ajaran Islam seperti penghormatan kepada ibu bapa, kesetiaan dan altruisme - penggunaan perkataan Konfucius dalm menerangkan hukum syariah dan menganggap Shandi dalam klasik konfucius seerti dengan Tuhan Yang Esa dalam ajaran Islam - penggabungan konsep wugong ( 5 rukun ) dalam Islam dengan 5 elemen kebaikan (wulun) - dalam Konfusianisme untuk yunjuk Islam dan Konficuis tak jauh beza. - usaha penyesuaian tidak menjejaskan prinsip asas dan identiti Islam sebagai agama
|
|
|
Post by nikamalia on Dec 16, 2014 17:37:59 GMT
NIK AMALIA ZAINAB BINTI NIK MOHAMED
Pandangan semesta tamadun China
a) Yin & Yang: Yin = perempuan seperti pasif, sejuk, gelap, basah, lembut Yang= lelaki seperti aktif, panas, cerah, kering, keras Terhasil daripada taiji iaitu prinsip bahawa semua benda di dunia ini adalah bertentangan. Yin & yang juga membawa makna sesuatu yang bersifat universal dan digunakan untuk menjelaskan perubahan dunia serta segala kewujudan benda di alam dunia. Prinsip ini disifatkan sebagai proses pusingan atau putaran yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhirnya dan hal ini dikatakan tatatertib pengedaran alam semesta.
b) Dao: Suatu jalan atau cara kelakuan atau tabiat yang baik atau buruk. Tindakan Dao mencipta sesuatu adalah secara spontan dan tidak mempunyai apa-apa tujuan. Berdasarkan kitab ajaran Dao, Dao adalah asas kepada wujudnya segala benda termasuk Tian dan Di yang berasal dari Dao. Sebelum kedatangan falsafah Konfusius, Dao digunakan untuk menunjukkan satu jalan, cara kelakuan, tabiat ( baik atau buruk ). Selepas kedatangan Konfusius, para pengikut Daoisme menggunakan konsep metafizik iaitu jika terdapat suatu proses kewujudan maka hendaklah ada suatu punca utama yang meluas dan ini dipanggil Dao. Menurut Konfusius, Dao merupakan konsep tatatertib moral yang mesti dipatuhi oleh seseorang individu atau sesuatu peraturan etika yang mesti diikuti oleh seseorang individu.
c) Zong Yong: Merujuk kepada kesederhanaan dan keseimbangan di mana norma masyarakat menyumbang kepada pencapaian keharmonian sejagat. Jalan Agung atau Datong (The Grand Unity) dipercayai hanya akan dapat dicapai apabila segala objek atau benda di dunia ini dikongsi oleh semua pihak dengan adil dan saksama, tanpa membazir dan digunakan demi kepentingan umum. Prinsip ini menyatakan bahawa suatu konflik yang melibatkan manusia hendaklah diselesaikan dengan tolak-ansur atau perundingan dan bukan dengan kekerasan.
d) Wuxing: Membawa maksud Lima Unsur, lima fasa, lima gerakan, atau lima langkah. Lima unsur tersebut adalah logam, kayu, air, api, tanah. Sistem ini digunakan kebanyakannya pada waktu silam dalam bidang pemikiran Cina seperti Feng Shui, astrologi, analisa nasib, dan perubatan Cina tradisional. Setiap unsur mempunyai perkaitan yang kompleks dengan pelbagai aspek alam semulajadi dan digunakan untuk menjelaskan interaksi dan hubungan antara fenomena.
e) Tian: Pada umumnya, Tian menunjukkan langit iaitu satu ketinggian dan konsep ini pula merujuk kepada dewa utama dalam kepercayaan cina sejak zaman awal tamadun cina. Dewa Tian merupakan dewa yang paling penting dan mempunyai kuasa untuk menentukan perjalanan hidup seseorang. Raja-raja semasa Dinasti Chou sering dikaitkan dengan konsep Tian ini iaitu sebagai wakil Tuhan. Semasa dinasti ini juga, Tian merujuk kepada makhluk unggul yang mempunyai kuasa, menguasai perjalanan hidup dan menentukan nasib mereka yang mendapat mandat dari syurga. Tian mempunyai tanggungjawab untuk menjaga keamanan, melindungi rakyat dan menghukum pesalah. Mandat ini pula akan ditarik jika Raja berlaku zalim.
Sistem nilai masyarakat dalam tamadun China
Masyarakat Cina dibahagikan kepada empat kelas utama berdasarkan jenis pekerjaan iaitu: a) Golongan bijak Pandai b) Golongan petani c) Golongan artisan dan tukang d) Golongan pedagang
Golongan bijak pandai memberikan nasihat kepada masyarakat tentang pentadbiran dan tingkah laku. Golongan ini amat berpengaruh dan terdiri daripada pegawai tempatan serta kumpulan kelas pemerintah yang dianggap penting kepada masyarakat cina. Golongan petani pula membekalkan makanan dan kerana itu mereka dianggap sebagai insan yang mulia. Golongan ketiga pula merupakan golongan artisan iaitu tukang-tukang yang mempunyai kemahiran. Tidak seperti golongan petani, golongan pedagang dianggap penipu dan pengaut keuntungan orang ramai.
Ajaran Konfusianisme Nama sebenar pengasas ajaran ini ialah Kung Chiu. Asas Konfusianisme berasal daripada tulisan-tulisan klasik yg diterbitkan atas nama Konfusius. Ajaran konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yg mulia – ren (kemanusiaan), li (kesusilaan), xiao (taat kpd ibubapa). Moral yang baik mampu membentuk pemerintah yang baik. Konfusius membahagikan hubungan dalam masyarakat kepada lima, a) Hubungan bapa dengan anak b) Hubungan suami isteri c) Hubungan saudara tua dengan muda d) Hubungan raja dengan pegawai e) Hubungan antara sahabat
Ajaran Maoisme Diasaskan oleh Mo Zi. Konsep ajaran ini ialah kasih sayang sejagat, mengecam sikap suka berperang dan menyerah kepada nasib dan mengutamakan golongan cerdik pandai. Beliau menyatakan bahawa setiap orang harus mencintai semua orang seperti mencintai diri sendiri dan menekankan persamaan kerana hal ini boleh mengelak jenayah. Selain itu, kerajaan harus dipimpin oleh orang yang berkebolehan dan baik, melarang hidup mewah tetapi sederhana, mengelakkan pembaziran seperti adat pengkebumian secara besar-besaran dan melarang muzik kerana melalaikan serta negara akan binasa jika raja lalai dgn muzik.
Ajaran Daoisme Diasaskan oleh 2 orang pemikir agung Cina iaitu Lao Zi & Zhuang Zi. Lao Zi beranggapan bahawa dunia manusia adalah buruk dan menyeru ke arah keadaan semula jadi serta menekankan pembinaan perwatakan manusia. Menurutnya, kecurian, rompakan dan peperangan adalah usaha manusia untuk mengejar benda yang tidak dapat mereka perolehi dengan cara baik. Dunia akan aman dan tidak memerlukan undang-undang jika manusia tidak mengejar dunia dan menahan nafsu.
Ajaran Legalisme Diasaskan oleh Xun Zi. Beliau menyatakan manusia asasnya bersifat jahat dan perlu melihat diri sendiri. Hal ini berbeza dengan Konfusius di mana manusia asasnya baik. Undang-undang yang keras dan hukuman berat adalah cara untuk membawa keamanan pada negara dan mengajar manusia ke arah bersikap baik. Antara falsafah legalis: -Menentang dunia feudal -Golongan bangsawan perlu diganti dgn hierarki tentera -Muzik, sejarah dan falsafah dianggap racun yang merosakkan masyarakat -Pertanian dan peperangan dipuji sebagai asas kuasa negara. Penganut Legalisme tidak mempercayai konsep kasih sayang dan belas kasihan.
Islam berasal daripada perkataan 'salam' yang bermaksud sejahtera. Dalam Islam, umat Islam mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW adalah pesuruh-Nya. Dengan itu, konsep Zhen Yi diperkenalkan iaitu kebenaran yang satu. Jika sebelum ini alam dikaitkan dengan sifat ketuhanan, Islam pula telah mengajar manusia untuk melihat alam untuk mengenali Allah SWT. Islam juga mengajar manusia untuk membuat kebaikan dan meninggalkan keburukan.
|
|
|
Post by NajihahZabidi on Dec 16, 2014 17:54:58 GMT
Bicara Tamadun #2
1)Konfucianisme-berpendapat jika semua orang berkelakuan baik dan mengikut peraturan maka negara akan aman. Secara umumnya ajaran ini menekankan prinsip moral yang tinggi seperti perkemanusiaan (ren), kesusilaan (li), dan ketaatan kepada ibu bapa (xiao). Untuk mencapai ketinggian moral ini, seseprang itu haruslah mendapat pendidikan. Prinsip moral ini juga harus dipertegaskan kepada semua lapisan masyarakat. 2)Legalisme-undang-undang dan hukuman berat merupakan satu cara untuk membawa kestabilan dan keamanan negara 3)Taoisme-Taoisme ini pada asalnya berbentuk falsafah tetapi kemudiannya menjadi ajaran berbentuk agama. Dasar ajaran ini lebih menumpukan konsep Tao yang bermaksud jalan dan manusia tidak harus bertindak terhadap apa-apa yang berlku. Keadaan ini dirujuk oleh Tao sebagai tidak mengambil sebarang tindakan atau wu-wei. Jika manusia bertindak, maka, perkara ini adalah bertentangan dengan prinsip wu-wei dan akan merosakkan dunia. Oleh sebab itu Lao Tze tidak mnyetujui bahawa manusia boleh mengubah sesuatu ke arah kebaikan. 4)Buddhisme-berasaskan kepada 4 kepercayaan iaitu kehidupan penuh dengan kebenaran dan kerukunan(sathya) dan perkara yang rosak mesti dijauhkan untuk mengelakkan keruntuhan moral. Agama ini juga mempunyai 8 pegangan utama yang dikenali sebagai Noble Eight Fold Path. 5)Iching-merupakan himpunan ajaran kebijaksanaan yang telah disimpan berabad lamanya. Orang yang membca kitab iching dipercayai mampu keluar dari kesulitan hidup
Pengaruh Islam yang terdapat dalam ajaran di Tamadun China adalah seperti Buddisme, ajaran islam juga melarang perbuatan yang merosakkan akhlak untuk menjaga iman. Seterusnya, islam juga mempunyai persamaan dengan ajaran konfucianisme iaitu menekankan prinsip moral yang tinggi dalam kehidupan samada kepada ibubapa dan masyarakat.
|
|