|
Post by aisyahnabila on Dec 21, 2015 23:10:31 GMT
A'ISYAH NABILA BINTI UZAIMI 2015441298 DS240
REFLEKSI 1
[Pengaruh Islam ke atas perkembangan dan kemajuan seni bina di India]
Taj Mahal merupakan contoh seni bina India yang banyak dipengaruhi oleh iri-ciri Islam. Taj Mahal merupakan seni bina terbaik dari dinasti Mughal seta dikatakan ‘permata senibina Islam’. Taj Mahal mempunyai 4 menara di setiap penjuru berukuran kira-kira 46m yang menyerupai seni bina Islam yang berasaskan bangunan tinggi. Seterusnya, Taj Mahal didirikan di hujung taman yang luas dengan pintu masuk berbentuk lengkungan menyerupai sebuah masjid. Selain itu, Taj Mahal dihiasi dengan hiasan jambangan bunga dan geometri sebagai simbolik alam sekitar dan tanda-tanda keagungan Tuhan. Ini adalah ciri-ciri seni bina Islam. Akhir sekali, ayat al-Quran dan seni khat thuluth Islam menjadi hiasan utama Taj Mahal. Ini menunjukkan pengaruh tamadun Islam terhadap seni bina Taj Mahal, iaitu seni bina Tamadun India.
[Perbezaan seni bina setiap tamadun di India]
Pada zaman Gupta, kuil penting untuk penyebaran agama. Seni bina dan seni ukir mencapai kegemilangannya. Konsep asasnya ditentukan oleh kalangan Brahmin. Agama Hindu menekankan symbol 4 segi manakala Buddha pula bentuk bulat. Empat struktur penting seni binanya ialah shikara, vimana, ratha dan gopuram.
Seni bina pada zaman Maurya pula berkembang maju. Tiang Asoka merupakan contoh binaan terbaik pada zaman ini.
Zaman Chola pula mempunyai keunikan corak seni bina yang ditonjolkan dalam binaan Kuil Brigathiswarar di Thanjavur.
Pada Zaman Vedik pula kebanyakan bangunan keagamaan diubahsuai oleh orang-orang agama Budhha semasa pemerintahan maharaja Asoka seperti kuil dua di Bhaja, Ajantha, Ellora dan Mahapallipuram.
REFLEKSI 2
[Pencapaian Tamadun India]
Tamadun India telah mencapai banyak kemajuan dalam pelbagai aspek. Tamadun India merupakan Negara ketujuh terbesar dan dikelilingi 3 lautan terbesar iaitu Arabian Sea, Bay of Bengal dan Indian Ocean. Tamadun India juga mempunyai 6380000 perkampungan, 5100 bandar dan 20 bandar utama. Antara binaan tamadunnya yang terhebat ialah Lotus Temple, Qutab Minar, Charminar, Sun Temple, Hawa Mahal dan Taj Mahal. India merupakan negara terpantas maju dalam bidang IT, kedua terbesar dalam bidang ketenteraan, keempat dalam ketenteraan udara, kelima dalam ketenteraan laut dan negara demokrasi terbesar di dunia.
[Beza suasana Tamadun India lampau dan sekarang]
Perbezaan Tamdun India pada zaman dahulu dan sekarang adalah dari segi pemerintahan. Pada zaman dahulu, Tamadun India mengamalkan corak pemerintahan feudal yang bermaksud raja berkuasa mutlak. Pada zaman sekarang, India mengamalkan system pemerintahan demokrasi.
[Faktor perkembangan Peradaban India]
Faktor perkembangan Tamadun India adalah disebabkan dorongan agama. India mempunyai 4 agama utama iaitu Islam, Kristian, Hindu dan Buddha. Setiap agama memainkan peranan penting dalam memajukan tamadun ini.
|
|
Dzul
New Member
http://www.tarbiahdentalctu551.wordpress.com
Posts: 5
|
Post by Dzul on Dec 21, 2015 23:20:10 GMT
DZULFAKHRUL NAJWAN BIN MAT DAUD
2015292158
DS240
GROUP B
REFLEKSI TAMADUN INDIA
REFLEKSI 1
PERKEMBANGAN DAN KEMAJUAN SENI BINA INDIA
I. Struktur seni bina Tamadun India menonjolkan ciri-ciri Islam
II. Sebagai contoh pembinaan Taj Mahal
III. Taj Mahal berbentuk lengkungan yang menyerupai seperti sebuah masjid
IV. Corak hiasan seni bina Islam iaitu jambangan bunga dan geometri yang mencerminkan simbolik antara alam sekitar dan tanda-tanda keagungan Tuhan.
V. Ayat al-Quran menjadi hiasan utama Taj Mahal dan ukiran huruf khat Thuluth Islam yang menjadi seni huruf utama Taj Mahal
PERBEZAAN SENI BINA SETIAP ZAMAN DI INDIA
• ZAMAN GUPTA
I. Seni bina dan seni ukir mencapai kegemilangannya pada zaman Gupta
II. Binaan seperti kuil dipercayai penting untuk penyebaran agama
III. Agama Hindu menekankan bentuk empat segi manakala agama Buddha
• ZAMAN MAURYA
II Binaan tiang Asoka
• ZAMAN CHOLA
I. Binaan kuil Brigathiswarar yang dibina di Thanjavur yang menunjukkan
keunikan corak seni bina
• ZAMAN VEDIK
I. Bangunan keagamaan di ubahsuai oleh orang-orang agama Buddha
dibawa pemerintahan Maharaja Asoka
II. Kuil dua di Bhaja, Ajantha, Ellora, Mahapallipuram
REFLEKSI 2
PENCAPAIAN TAMADUN INDIA DALAM PELBAGAI BIDANG
I. Penggunaan emas terbesar di dunia
II. Pengeluar susu terbesar di dunia
III. Antara negara yang berjaya melancarkan satelit
IV. Negara pertanian kedua terbesar di dunia
V. Negara dengan sektor IT yang paling berkembang pesat di dunia
VI. Mempunyai tentera bersenjata kedua terbesar di dunia
VII. Mempunyai tentera udara keempat terbesar di dunia
VIII. Mempunyai tentera laut kelima terbesar di dunia
IX. Negara kedua terbesar di dunia yang mengimport senjata
PERBEZAAN SUASANA TAMADUN INDIA PADA ZAMAN LAMPAU DAN SEKARANG
I. Sistem kasta diikut dengan ketat pada zaman dahulu sehingga golongan paria sangat dipandang hina oleh golongan atasan.Zaman sekarang, sistem kasta masih ada tetapi tidak diikuti secara ekstrem. Tambahan lagi, sesetengah golongan atasan menghormati golongan bawahan atas sifat kemanusiaan
II. Pada zaman dahulu, India menggunakan sistem feudal. Tetapi pada zaman kini, India merupakan negara terbesar dalam sistem demokrasi
III. India pada zaman dahulu, wanita dan kanak-kanak perempuan sering ditindas namun kini, ianya masih berlaku tetapi sekarang sudah ada hak-hak kewanitaan yang dapat membela kaum wanita dan kanak-kanak perempuan
|
|
|
Post by nadiachemohd on Dec 22, 2015 4:52:12 GMT
NADIA BINTI CHE MOHD DS240
TAMADUN INDIA
REFLEKSI 1
Seni bina Indo-Islam dibahagikan kepada dua fasa yang berbeza iaitu Zaman Kesultanan Delhi(1206M.-1526M.) dan Zaman Moghul(1526M.-1803M).
Pada Zaman Kesultanan Delhi(1193M), bangunan-bangunan yang dibina melambangkan seni bina Islam. Contohnya pembinaan Masjid Quwwat-ul-Islam yang melambangkan seni bina Delhi terawal. Masjid ini dibesarkan oleh pemerintah-pemerintah seterusnya iaitu Iltutmish(1203M.) dan Alauddin Khilji(1296M.-1316M.) Kutub Minar merupakan salah sebuah bangunan yang penting. Menara ini dibina oleh Qutbuddin Aibak dan disiapkan oleh Iltutmish. Pada asalnya tinggi menara ini hanya mencatatkan 75 meter tetapi menjadi 80 meter semasa pemerintahan Firuz Tughluq. Qutbuddin Aibak juga menyumbang kepada pembinaan sebuah masjid yang dikenali sebagai Adhai Din ka Jhonpara di Ajmer. Seni bina India mengalami perkembangan pesat semasa pemerintahan Alauddin Khilji. Beliau menyumbang kepada pembinaan Alai Darwuza, sebuah dewan yang berbentuk segi empat sama, mempunyai kubah yang dibina daripada batu pasir berwarna. merah.
Pencapaian kemuncak seni bina pada Zaman Moghul ialah zaman pemerintahan Akhbar. Baginda ialah penaung kepada perkembangan seni bina di India yang juga menggabungkan seni bina Hindu dan Muslim. Shah Jahan, pemerintah Zaman Moghul yang amat meminati bidang seni bina. Bidang seni bina mencapai kemuncaknya pada zaman pemerintahan baginda. Bangunan yang terkenal iaitu Taj Mahal dibina atas arahan Shah Jahan untuk memperingati isteri kesayangannya, Mumtaz Mahal yang merupakan satu keajaiban dunia. Proses pembinaan bangunan ini telah melibatkan 20000 buruh yang kebanyakkan terdiri daripada orang Asia. Seni bina bangunan ini direka oleh arkitek Parsi, Ustad Isa Khan Effendi dan anak muridnya, Ahmad Ustad. Kubahnya direka bentuk oleh Ismail Khan. Selain bangunan Taj Mahal, banyak bangunan seperti dewan dan pavilion didirikan di Red Fort, Delhi semasa pemerintahan Shah Jahan. Masjid Jami merupakan masjid terbesar di India yang dibina antara tahun 1644M. hingga 1658M.
REFLEKSI TAMADUN INDIA 2
Pencapaian Tamadun India antaranya dalam bidang perubatan. Sejak zaman Veda lagi Tamadun India mempunyai kemahiran dalam bidang perubatan. Bagi mereka ilmu perubatan merupakan ilmu sihir. Perkembangan bidang fisiologi , pembedahan , seni pernafasan, reproduksi manusia, farmakologi dan veterinari telah berlaku sejak zaman sebelum masihi lagi. Karya perubatan telah banyak dihasilkan contohnya Caraka yang dihasilkan pada abad 1-2 masihi dan Susruta yang dihasilkan dalam abad ke 4 masihi. Karya ini dikatakan setanding dengan karya Hipprocrate dan Galen dari Yunani. Dalam bidang matematik pula, tamadun India memperkenalkan angka sifar. Hal ini dapat dilhat dalam transkrip awal India yang ditemui di Gujerat 595 m membuktikan bahawa tamadun India telah menggunakan simbol Yunani, Rowani dan Hebrew. Karya metematik mewariskan karya matematik isitu Bakshali dan Aryabhatiya yang mengginakan nombor dalam cara 10. Bidang matematik telah mencipta sistem perpuluhan matematik. Ciptaan mereka telah diambil oleh orang Arab dan ilmu matematik dinamakan oelh orang Arab sebagai Arab sebagai Hindisat.
Suasana tamadun India pada zaman dahulu adalah lebig ekstem berbanding sekarang conntohnya dari aspek perkelasan sistem masyarakat yang menunjukkan perbezaan ketara golongan kaya dan golongan hamba . sebagai contoh sistem kasta dalam tamadun India terdahulu iaitu membahagikan masyarakat kepada 4 kelas kehidupan iaitu Brahmin(ahli agama) , Ksyatria(pahlawan) , Vaishya(pedagang) , Sundra(orang kebanyakan dan hamba). Melalui sistem ini mereka dapat menigkatkan perpaduan, mengekalkan susana dan menentukan pergkhususan kerja.Setiap orang terikat dengan kasta dan dilarang untuk berkahwin dengan kasta yang berlainan. Golongan bawahan dari tamadun dahulu rendah tarafnya hingga dijadikan hamba. Golongan bawahan sekarang lebih terjaga tarafnya kerana dilindungi dan diberi keistimewan dalam undang-undang dan perlembagaan. Golongan masyarakat yang berstatus tinggi mempunyai adat yang istimewaseperti bentuk binaan rumah. Golongan bawahan iaitu Paria adalah rakyat bawahan yang dipinggirkan yang dijadikan hamba abdi. Pada zaman sekarang, walaupun rakyat di tingkat yang terakhir, namun tidah berlaku sebarang bentuk penindasan dan tidakadilan kepada golongan rakyat ini seperti hamba abdi. Kedudukan rakyat lebih istimewa kerana rakyat berpeluang untuk memilih pemerintah mereka melalui pilihan raya. Rakyat juga mempunyai ha-hak istimewa melalui perlembagaan yang ditetapkan.
Faktor peradaban tamadun india adalah kedudukan geografi yang strategik, sistem keluarga yang dipelihara oleh aspek Ashrama Dharma dan aspek Purusartha. Sistem kasta dan keagamaan juga faktor yang menyumbang kepada peradaban tamadun India.
|
|
|
Post by anasuha203 on Dec 22, 2015 4:55:25 GMT
NUR ANASUHA BINTI MOHAMAD 2015428846 DS240 GROUP B
Tamadun china
Refleksi 1
Antara pencapaian cina dalam bidang kesenian ialah muzik klasik yang dikatogerikan kepada meniup(DiZi), gendering(MuYu), memetik(PiPa), menggesek(ErHu). Selain itu , fiksyen yang ditulis dalam Bahasa Vernakular yang dianggap percakapan kecil ataupun percakapan sia-sia dan tidak setanding dengan puisi dan prosa. Seterusnya , seni lukis yang berkait rapat dengan kaligrafi dan puisi , lukisan potret dan lanskap, seni ukir cap. Lukisan ini dilukis menggunakan dakwat monokrom. Konsep seni halus juga mulai muncul dikalangan golongan atasan. Perbandingan lukisan orang cina dan orang barat adalah lukisan orang cina adalah terhad dan orang cina tidak menerima lukisan yang cantik tetapi tidk memberikan manfaat dari segi keimanan dan akhlak . Seni bina juga merupakan cabang kesenian yang boleh dilihat. Ciri utama bangunan cina ialah harmoni dengan alam semesta. Lokasi dan susunan dalam sesebuah rumah dan kubur dikaitkan dengan panuan teori fengsui . Tamadun china terkenal dengan pembinaan tembok besar china yang dibina pada dinasti chin untuk menggelakkan dari serangan puak mongol. Tembok besar ini dibina dengan menggunakan tembok batu yang setiap tembok mempunyai pintu gerbang yang dikelilingi oleh parit besar dan Menara. Tembok besar ini memagari kuil-kuil dan rumah-rumah kediaman. Kaligrafi juga mempunyai pelbagai gaya seperti zhuanshu iaitu mewakili gaya kaligrafi dinasti Qin , LIshu iaitu kaligrafi yang digunakan pada dinasti Han, Kaishu perkembangan daripada lishu, coashu iaitu bentuk penulisan cepat lishu dan kaishu dan juga xingshu iaitu gaya kaligraf antara kaishu dan coasu,tidak serapi kaishu dan tidak sesulit coashu dan digunakan dalam penulis karakter. Antara pencapaian cina dalam kesusasteraan puisi yang penuh dengan pelbagai idea dan teknik kesusasteraan yang menjadi contoh dan inspirasi kepada penyajak serta penulis generasi kemudian. Seterusnya prosa yang merupakan puisi purba . tujuan prosa ialah untuk menyampaiakn doa dan menunjukan jalan dan cara dari segi moral dan etika. Selain itu, drama. Drama yang paling menari ialah jenis zaju. Zaju berperanan sebagai pengkritik social yang berjaya mendapatkan konsesus dan simpati penonton. Zaju juga menyokong nilai-nilai zhong(kesetiaan), xiao(penghormatan terhadap Ibu bapa), jie(kesucian seorang wanita), yi(keadilan). Seterusnya sainss dan teknologi cina yang banyak memberikan sumbangan dalam bidang astronomi(menyediakan katalog bintang), bidang matematik( penggunaan sempoa), dan bidang perubatan(rangka teori asas bagi perubatan cina tradisional).
Refleksi 2
Islam dibawa ke china oleh rombongan yang dilantik oleh khalifah uthman pada 651M diketuai oleh saad bin abdul waqas untuk menghadap dan manyampaikan dakwah. Agama islam disambut baik oleh maharaja yun wei dan memerintah untuk membina masjid pertama di china sebagai peringatan di canton . Agama Islam telah berkembang ke China dengan dua jalan, iaitu jalan laut dan jalan darat. Melalui jalan laut bermula dari Teluk Parsi dan bahagian selatan Semenanjung Tanah Arab hingga ke Lautan Hindi dan seterusnya ke bandar-bandar tenggara China seperti Canton. Perdagangan juga merupakan factor kedatangan islam ke china yang terdiri daripada pedangang arab dan parsi yang bertujuan untuk menyebarkan islam. Perluasan kuasa ke kawasan Asia Tengah seperti Samarkhand, Bukhara, di wilayah Sinkiang mempercepatkan penyebaran Islam ke China. Setelah itu pendatang Arab dan Parsi telah berkahwin dengan wanita tempatan. Berlaku proses asimilasi dengan masyarakat tempatan, maka ramai daripada mereka memeluk Islam. Justeru itu penempatan orang Arab telah berkembang di kawasan selatan negeri China seperti Chuan Chow, Chang Chow, dan Kwang Chow(Canton).manakala pada zaman Dinasti Sung telah dibenarkan membuat perkampungan sendiri. Zaman kegemilangan islam di china berlaku di era dinastiming (1368-1644). Sewaktu pemerintah maharaja cu yaung cang, orang-orang islam tidak dibenarkan datang dan bermastautin dinegara china. hal ini, menyebabkan orang islam mengambil tindakan dengan mengahwini wanita cina keturunan han sebagai helah untuk menjadi warganegara china.kesannya: melahirkan suatu bentuk integrasi baru antarabudaya islam dengan budaya kaum han.
|
|
|
Post by khalisyah on Dec 22, 2015 5:11:26 GMT
KHALISYAH CHE HASHIM 2015218708 DS240 - A Refleksi 1 Perkembangan seni bina dipengaruhi oleh persekitaran dan cuaca. Antara heterogen peninggalan senibina yang terkenal masih lagi ada sehingga zaman ini adalah Taj Mahal dan Masjid Moti (Masjid Mutiara). Senibina yang dipengaruhi dari pelbagai aspek ini telah mencerminkan akan bagaimana idea-idea kreatif masyarakat sesebuah tamadun itu dalam membina identiti mereka. Zaman pemerintahahan adalah semasa zaman pemerintahan Raja Asoka. Senibina pada zaman tamadun India- Zaman Gupta : Binaan seperti kuil merupakan perkara penting untuk penyebaran agama. Seni bina dan seni ukir juga telah mencapai kegemilangannya. Agama hindhu, mementingkan simbol empat segi manakala agama buddha pula lebih kepada condong kepada bentuk bulat. Seni beni zaman ini mempunya 4 struktur penting iaitu; Shikara, Vimana, Ratha dan Gopuram.
- Zaman Maurya : Berkembang maju. Tiang Asoka dimana segala informasi dan undang-undang telah dipahat pada tiang itu untuk dibaca masyarakat
- Zaman Chola : Kuil Brigathiswarar dibina di Tanjavur, menunjukkan keunikan seni bina
- Zaman Vedik : kuil Dua di Bhaja, Ajantha, Ellora dan Mahapallipuram
Taj Mahal yang terletaknya di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India, merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang kelima. Mula dibina pada tahun 1632 dan siap tahun 1648.Pembinaan Taj Mahal yang mengambil masa hampir 17 tahun adalah satu contoh senibina yang dipengaruhi oleh pelbagai tamadun-tamadun Islam dari seluruh dunia. Pembinaan Taj Mahal yang mempunyai keunikan tersendiri adalah antara kesan pertambungan senibina Parsi, Arab dan Turki yang merupakan tamadun Islam. Ayat Al-Quran menjadi hiasan utama Taj Mahal dan ukiran khat pula menjadi seni huruf utama Taj Mahal. Refleksi 2
Pencapaian terdahulu: | -Negara ke-7 terbesar
-Mempunyai 3 lautan besar
-Bermulanya Tamadun Indus.
-Terdapat lebih 2000 etnik dan 29 bahasa utama.
-Terkenal dengan 7 wonders of India iaitu Lotus Temple, Qutas Ninar, Charminar, Sun Temple, Hawa Mohal dan Taj Mahal
-Binaan ini mempunya ciri-ciri yang unik dan menarik menggambarkan pelbagai peristiwa.
-Merangkumi 4 agama secara majoriti iaitu Islam, Buddha, Hindu dan Kristian.
-Negara kedua dari sudut kemajuan pertanian
| Pencapaian kini : | -India terdiri dari 5100 bandar dengan 20 bandar utama.
-8 jenis tarian
-29 jenis bahasa
-Negara ini juga merupakan negara yang mempunyai pembangun IT terpantas di dunia.
-Separuh daripada sumber IT sedunia datang dari India.
-Mempunyai angkatan tentera terbesar begitu juga dengan pasukan tentera laut dan udara mereka.
-Ekonomi India pula diiktiraf sebagai yang ke-3 terbesar dan dapat dibuktikan apabila India
juga dikatakan sebagai negara terbesar yang membuat pembelian barangan kemas.
-17 bahasa utama digunakan dan merupakan negara yang paling menggunakan bahasa Inggeris.
-Aktiviti pertanian terbesar terutamanya pengeluaran susu dan mangga.
|
Pada pendapat saya, faktor perkembangan tamadun India adalah kerana sistem kekeluargaan yang diamalkan. Keunikan dari sudut toleransi terhadap bukan sahaja negara lain malah agama lain turut menjadi salah satu pendorong kuat terhadap perkembangan tamadun tersebut. Selain itu, saya juga berpendapat bahawa India turut berkembang akibat kebebasan dari zaman penjajahan.
|
|
|
Post by diyana on Dec 22, 2015 5:48:18 GMT
WAN NUR DIYANA BINTI WAN RUSAIDI (2015218678) GROUP A
REFLEKSI TAMADUN 1 Seni bina Tamadun India & pengaruh Islam ke atas perkembangan dan kemajuan seni bina di India. -Dalam karya Asirbadi Lal Srivastava, Medieval Indian Culture membincangkan tentang seni bina yang dihasilkan oleh pemerintah-pemerintah Islam yang menggabungkan ciri-ciri bina Hindu dan Islam(seni bina Indo-Islam). -Seni bina Indo-Islam dibahagikan kepada dua fasa yang berbeza iaitu Zaman Kesultanan Delhi(1206M.-1526M.) dan Zaman Moghul(1526M.-1803M). -Pada Zaman Kesultanan Delhi(1193M), bangunan-bangunan yang dibina melambangkan seni bina Islam. Contohnya pembinaan Masjid Quwwat-ul-Islam yang melambangkan seni bina Delhi terawal. -Kutub Minar merupakan salah sebuah bangunan yang penting. Menara ini dibina oleh Qutbuddin Aibak dan disiapkan oleh Iltutmish. Pada asalnya tinggi menara ini hanya mencatatkan 75 meter tetapi menjadi 80 meter semasa pemerintahan Firuz Tughluq. -Qutbuddin Aibak juga menyumbang kepada pembinaan sebuah masjid yang dikenali sebagai Adhai Din ka Jhonpara di Ajmer. -Seni bina India mengalami perkembangan pesat semasa pemerintahan Alauddin Khilji. Beliau menyumbang kepada pembinaan Alai Darwuza, sebuah dewan yang berbentuk segi empat sama, mempunyai kubah yang dibina daripada batu pasir berwarna merah. -Pencapaian kemuncak seni bina pada Zaman Moghul ialah zaman pemerintahan Akhbar. Baginda ialah penaung kepada perkembangan seni bina di India yang juga menggabungkan seni bina Hindu dan Muslim. -Shah Jahan, pemerintah Zaman Moghul yang amat meminati bidang seni bina. Bidang seni bina mencapai kemuncaknya pada zaman pemerintahan baginda. Bangunan yang terkenal iaitu Taj Mahal dibina atas arahan Shah Jahan untuk memperingati isteri kesayangannya, Mumtaz Mahal yang merupakan satu keajaiban dunia. -Taj Mahal berbentuk oktagen dan dibina di atas podium (pentas) batu marmar putih. Bangunan ini mempunyai empat menara di empat penjuru podium. -Bangunan ini juga mempunyai bilik yang terbahagi kepada lapan bahagian dengan ukiran marmar kaca pada makam Shah Jahan dan isterinya. -Proses pembinaan bangunan ini telah melibatkan 20000 buruh yang kebanyakkan terdiri daripada orang Asia. Seni bina bangunan ini direka oleh arkitek Parsi, Ustad Isa Khan Effendi dan anak muridnya, Ahmad Ustad. Kubahnya direka bentuk oleh Ismail Khan. -Selain bangunan Taj Mahal, banyak bangunan seperti dewan dan pavilion didirikan di Red Fort, Delhi semasa pemerintahan Shah Jahan. Masjid Jami merupakan masjid terbesar di India yang dibina antara tahun 1644M. hingga 1658M. KESIMPULAN
Para pemerintah Islam di India telah banyak menyumbang kepada seni bina di India. Bentuk seni bina pada tamadun awal sangat mempengaruhi reka bentuk seni bina sehingga zaman ini. Terdapat seni bina yang sudah diruntuhkan tetapi ada yang masih kekal di India seperti taj mahal, bangunan yang terkenal di dunia. Seni bina merupakan satu lagi cabang kesenian yang boleh kita lihat untuk mengkaji bagaimana perkembangan sesebuah tamadun diukur dari sudut fizikalnya. Seni bina boleh memperlihatkan kepada kita akan bagaimana idea-idea kreatif masyarakat sesebuah tamadun itu diolah untuk membina identiti sesebuah tamadun itu mengikut acuannya yang tersendiri.
Perbezaan seni bina bagi setiap zaman di India.
Pada zaman Asoka, pintu-pintu gerbang dipengaruhi oleh seni bina agama Buddha. Seni bina dan seni ukir mencapai kegemilangan pada Zaman Gupta. Konsep asas ditentukan oleh golongan Brahmin. Seni bina pada zaman ini mempunyai empat struktur penting; Shikara (bentuk kereta kuda orang Arryan), Vimana (kuil berbentuk pencampuran piramid bertingkat dan menjadi lambang kuil seni bina selatan India), Ratha (batu tunggak diukir menjadi bentuk binatang) dan Gopuram (pintu masuk utama ke kompleks kuil). Tiang Asoka menjadi contoh terbaik seni bina India pada zaman Maurya. Pada zaman Chola, kuil Brigathiswarswaran mempamerkan keunikan corak seni bina. Pada zaman Vedik, bangunan diubah suai oleh orang agama Buddha semasa Maharaja Asoka.
REFLEKSI TAMADUN 2 PENCAPAIAN INDIA DALAM PELBAGAI BIDANG
FIZIK DAN KIMIA Ia ada kaitan dengan teologi dan agama. Alam semesta dipercayai mengandungi lima elemen iaitu tanah, angin, api, air dan angkasa. Hampir semua aliran agama di India percaya unsur-unsur alam kecuali angkasa adalah bercirikan atom. Dunia mempunyai 5 elemen asas: Bumi, Api , Udara, air dan gelombang. Lima (5) elemen tersebut mempunyai kaitan dengan kehidupan manusia contohnya, bumi dikaitkan dengan bau, udara dengan perasaan, api dengan pandangan, air dengan rasa dan gelombang dengan bunyi/pendengaran. Mengikut falsafah Vaisheshika, atom yang wujud dalam kehidupan boleh dipisah-pisahkan. Sesuatu objek akan mempunyai kadar berat yang lebih besar apabila ia berada dalam air berbanding di udara kerana densiti atom dalam air lebih tinggi dari di udara.
ASTRONOMI DAN KALENDAR Astronomi India sudah pun mengetahui yang bintang adalah sama seperti matahari yang merupakan pusat kepada sistem solar. Pada abad ke-7 M, Brahmagupta telah berjaya menganggarkan jarak di antara bumi dan matahari iaitu sejauh 5000 Yojanas. Satu Yojanas bersamaan dengan 7.2 km. Anggaran yang dibuat beliau ini hampir menyamai jarak sebenar iaitu kurang 36000 km. Pada zaman Gupta lagi mereka telah menyedari tentang adanya medan graviti dan mengetahui bahawa dunia ini adalah berbentuk sfera.
PERUBATAN Ilmu perubatan India bermula pada zaman Vedik sebagai seni ilmu sihir. Unsur-unsur perubatan seperti fisiologi, pembedahan, pernafasan melalui amalan yoga, reproduksi manusia, farmakologi dan perubatan binatang , telah wujud sebelum tahun Masihi. Teks-teks perubatan India seperti Caraka (kurun pertama hingga ke-2 ) dan Susruta (kurun ke 4) dianggap setaraf dengan Hippocrates dan Galen
BIDANG SENI BINA Merangkupi binaan, ukiran gua, kuil, duit syiling. Zaman Maurya, seni bina dan seni ukir berkembang maju. Tiang Asoka adalah antara kemegahan senibina/ukir India. Zaman Gupta: seni bina lebih cemerlang. Zaman Islam: gabungan unsur Parsi dan Hindu berkembang
BAHASA DAN KESUSASTERAAN Dari sudut pencapaian bahasa terdapat lebih 325 bahasa dan 750 loghat tapi 14 sahaja jadi bahasa utama dan diperakui oleh perlembagaan. Antaranya, Hindi, Tamil, Punjabi, Malayalam dan lain-lain. Bahasa Indo-Arya: Sanskrit spt Hindi, Kashmiri dan lain-lain. Bahasa Dravida: Telegu, Tamil, Malayalam dan lain-lain. Terdapat juga bahasa Urdu, bahasa Inggeris.
KESUSASTERAAN Terdapat kesusasteraan Indo-Arya, kesusasteraan Vedik, kesusasteraan Epik dan lain-lain
KESIMPULAN Kemajuan dalam tamadun India tidak dinafikan mempengaruhi perkembangan dan kemajuan sains dan teknologi moden Perkembangan dan kemajuannya juga hasil pengaruh dari Tamadun Islam, China dan Yunani Kemajuan dalam sains kini memperlihatkan India juga adalah antara negara penting dunia yang memajukan sains angkasa, nuklear, persenjataan teknologi maklumat dan sebagainya.
Perbezaan suasana Tamadun India yang lampau dan sekarang.
Perbezaan suasana Tamadun India pada zaman dahulu dan sekarang : -Pada zaman dahulu ramai hidup dalam kemiskinan dan kemunduran dari segi perkembangan dalam bidang ekonomi dan bidang lain disebabkan banyak berlaku penjajahan -Pada zaman sekarang banyak berlaku perkembangan dan kemajuan yang pesat dari segi ekonomi,pertanian,ketenteraan dan sebagainya disebabkan bebas dari belenggu penjajah dan kadar kemiskinan semakin berkurangan disebabkan peluang pekerjaan semakin meningkat
Faktor perkembangan peradaban tamadun india:
1. kestabilan politik 2. sistem pemerintahan yang kuat dan adil 3. pemimpin berwibawa dan dinamis 4. bersifat kreatif dan inovatif 5. sentiasa berusaha membaiki dan meningkatkan kehidupan 6. hubungan dengan tamadun lain seperti hubungan perdagangan dan diplomatik 7. perkembangan pemikiran dan kemahian 8. saling bekerjasama membangunkan ekonomi 9. perkembangan ilmu pengetahuan 10. penjajahan atau penaklukan wilayah
|
|
|
Post by nabilah on Dec 22, 2015 6:07:05 GMT
NUHA AMIRAH BT AHMAD SHUKRI 2015666772 DS240 GROUP A
REFLEKSI 1 :
Perkembangan dan kemajuan seni bina di India sedikit sebanyak telah dipengaruhi oleh ciri-ciri seni bina tamadun Islam.Antara ciri-ciri seni bina Islam:
-Binaan menara yang tinggi,Bentuk binaan yang menyerupai bentuk masjid lapangan,Corak hiasan berunsurkan bunga dan geometrid an Senibina yang dihiasi dengan ayat al-Quran.
Contoh seni bina di India yang mendapat pengaruh seni bina tamadun Islam ialah Taj Mahal yg mula dibina berhampiran Sg Jumma pada tahun 1631. Seni bina ini mempunyai reka bentuk yang berunsurkan seni bina dari Parsi,Turki dan Arab yang mana merupakan Tamadun Islam.
Berunsurkan binaan menara yang tinggi.
-4 menara dengan ketinggian 46m telah dibina bagi menghiasi setiap penjuru Taj Mahal.
Bentuk binaan yg menyerupai bentuk masjid lapangan
-Taj Mahal didirikan di hujung sebuah taman yang luas
-Pintu masuknya berbentuk lengkungan menyerupai sebuah masjid
Corak hiasan berunsurkan bunga dan geometri
-Senibina Taj Mahal dihiasi dengan corak yang berunsurkan jambangan bunga serta geometri (menunjukkan simbolik antara alam sekitar dan tanda-tanda keagungan Tuhan)
Senibina dihiasi ayat al-Quran
-Taj Mahal dihiasi dengan potongan ayat-ayat al-Quran
- Ukiran khat thuluth Islam juga menjadi seni huruf utama Taj Mahal.
Setiap Tamadun di India mempunyai seni binaan yang agak berbeza, :
Asoka : Merupakan zaman gemilang dimana banyak pintu gerbang dibina berunsurkan agama Buddha.
Gupta : Banyak kuil-kuil dibina untuk tujuan keagamaan. Konsep asa pembinaan tersebut adalah dari golongan Brahmin. Terdapat simbol seperti segi empat (Hindu) dan bulat condong (Buddha).
Maurya : Zaman Asoka
Chela : Pembinaan kuil-kuil diteruskan dan dirancakkan lagi.
Vedic : Buddha berjaya mengubah suai kuil seperti kuil 2 di Mahapallipuram dan Bheja.
REFLEKSI 2 :
Apa pencapaian tamadun India :
- Ia adalah negara ketujuh terbesar di dunia, dengan 7517 Kms
- Dikelilingi oleh 3 laut besar iaitu Laut Arab, Laut India dan Bay of Bengal
- Mempunyai 28 negeri dengan 7 wilayah yang mempunyai sebanyak 638 000 buah perkapungan
- Seramai lebiih dari 1 billion penduduk
- Lotus temple di New Delhi
- Qutab Minar, Charminar, Sun temple dan Hawa Mahal
|
|
|
Post by anasuha203 on Dec 22, 2015 6:12:49 GMT
NUR ANASUHA BINTI MOHAMAD 2015428846 DS240 GROUP B
Tamadun india
Refleksi 1
Kejayaan terbesar tamadun india adalah seni bina ciri-ciri perancangan Bandar yang sistematik Iaitu taj mahal dan masjid moti/masjid mutiara. Zaman kegemilangan tamadun india adalah di bawah pemerintahan asoka. Seni bina seperti pintu-pintu gerbang adalah dipengaruhi oleh Agama Budha. Zaman gupta - 4 stuktur penting seni bina pada zaman gupta ialah shikara, vimana, ratha, copuram. Zaman chola - Kuil Brigathiswarar dibina di Tanjavur Zaman vedik - kuil Dua di Bhaja, Ajantha, Ellora dan Mahapallipuram diubahsuai oleh orang-orang agama budha. Taj mahal mewakili seni bina mewah dari dinasti Mughal. Taj mahal telah dibina oleh maharaja shah jahan sebagai monument megenangkan isterinya mumtaz mahal. Pembinaan Taj Mahal yang mempunyai keunikan tersendiri adalah antara kesan pertambungan senibina Parsi, Arab dan Turki yang merupakan tamadun Islam. Merupakan binaan seni bina islam yang berunsurkan binaan menara yang tinggi.
Refleksi 2
Pencapaian dan keistimewaan tamadun india Tamadun India merupakan Negara ketujuh terbesar dan dikelilingi 3 lautan terbesar iaitu Arabian Sea, Bay of Bengal dan Indian Ocean. Tamadun India juga mempunyai 6380000 perkampungan, 5100 bandar dan 20 bandar utama. Binaan terhebat india ialah sun temple, qutab minar, charmina, hawa mahal, taj mahal, lotus temple. India ada 4 agama terbesar, merupakan pertanian yang kedua terbesar di dunia, mempunyai 1166079217 rakyat, lebih daripada dua ribu etnik yang ada dan 7 festival besar . India juga merupakan Negara kelima terbesar tentera laut .
|
|
|
Post by fazleenz on Dec 22, 2015 6:17:46 GMT
Fazleen Binti Zulzaidi 2015441738 DS240 (Group B)
REFLEKSI 1 Tamadun India telah memberi sumbangan besar dalam bidang kesenian seni bina dan seni bina padan setiap zaman di India mempunyai perbezaan.
Hal ini dapat dibuktikan melalui ciri perbandaran yang sistematik dalam tamadun ini. Selain itu kita dapat lihat kemajuan dalam bidang seni bina melalui pembinaan Taj Mahal dan Masjid Moti/Mutiara. Perbezaan seni bina tamadun India mengikut zaman;
- Zaman Gupta Semasa zaman ini, kuil merupakan tempat penyebaran agama. Konsepnya ditentukan oleh Brahmin. Pembinaan kuil juga terdapat perbezaan mengikut agama. Misalnya kuil agama Hindu menyerupai simbol empat segi manakal bagi agama Buddha pula kuil mereka lebih cenderung kepada bulat. Antara struktur penting dalam pembinaan kuil ialah: Shikara (bentuk kereta kuda orang Aryan) Vimana (kuil bentuk pencampuran piramid bertingkat dan lambang seni bina kuil di selatan India) Ratha (batu tunggak diukir bentuk binatang) Capuram (tanda pintu masuk utama ke kuil)
- Zaman Maurya Tiang Asoka
- Zaman Chola Kuil brigathiswarar di Tharrjavur (seni unik)
- Zaman Vedik Bagunan keagamaan diubahsuai oleh orang agama Buddha. Contohnya Bhaja, Ajantha, Ellora, dan Mahapallipuram.
- Maharaja Shah Jahan Pembinaan Taj Mahal semasa dinasti Mughal. Seni bina Taj Mahal merupakan gabungan Parsi, Turki, India dan Islam.
REFLEKSI 2
Selain seni bina, tamdun India juga mempunyai pencapaian dalam pelbagai bidang. Apakah faktor-faktor perkembangan tamadun India?
- Pencapaian dalam bidang astronomi • Astronomi atau falak adalah salah satu ilmu sains yang berkembang pesat pada zaman keagungan tamadun Islam. Pencapaian cemerlang umat Islam dalam bidang astronomi terutamanya pada zaman Abbasiyyah begitu hebat kerana terdapat banyak makmal-makmal astronomi khususnya di bandar-bandar besar seperti di Baghdad. • Umat Islam berjaya menghasilkan kaedah-kaedah pengiraan dan jadual-jadual (zij) yang amat berguna dalam bidang astronomi. Malah satu pencapaian yang cukup membanggakan adalah kejayaan umat Islam mencipta ‘asturlab’, iaitu alat peneropong bintang. • Antara tokoh yang hebat dalam bidang astronomi adalah Ibrahim al-Fazari al-Munajjam (777M). Beliau telah menghasilkan buku-buku panduan yang membantu ahli falak dalam usaha mempertingkatkan kajian bidang astronomi. Antara buku ilmiah dalam bidang astronomi hasil tulisan Ibrahim al-Fazari al-Munajjam adalah Kitab al-Qasidah Fi ‘Ilm al-Nujum, Kitab al-Miqyas lil Ziwal dan Kitab al-Zij `Ala Sini al-`Arab. Beliau juga banyak menghasilkan jadual-jadual yang sangat berguna dalam bidang ilmu falak.
- Pencapaian dalam Bidang Seni Seni dan kehidupan masyarakat India tidak pernah dapat dipisahkan. Tamadun India telah mencapai kecemerlangan dalam bidang kesenian yang boleh diringkaskan seperti berikut: 1. Seni halus 2. Tarian 3. Drama 4. Seni bina dan seni ukir 5. Seni lukis
- Faktor perkembangan peradaban India. • Pertambahan penduduk – Perkembangan tamadun awal manusia merupakan satu proses yg berlaku secara beransur-ansur. Pada peringkat awal, manusia hidup dlm kumpulan2 kecil & menjalankan aktiviti memburu dan mengumpul makanan. Manusia menjadi semakin bertamadun apabila mereka hidup dlm kumpulan besar, mempunyai penempatan tetap serta menjalankan pelbagai kegiatan seperti bercucuk tanam, menternak, membuat alat2 senjata dan sebagainya. Kemajuan tamadun berterusan apabila penempatan mereka mengalami proses urbanisasi & berkembang menjadi negara kota yg diperintah oleh seseorang ketua dgn sistem pebtadbiran dan perundangan yg tersusun serta sistem sosial yg teratur. Secara tidak langsung, wujudnya sebuah masyarakat yg lebih dinamik atau berdaya maju. Penduduk juga dpt melahirkan idea2 serta ciptaan baru. Mereka juga mula mengamalkan pengkhususan kerja utk memastikan hasil kerja mereka berkualiti serta dpt dihasilkan dgn cepat. Kemajuan perlindungan – Punca utama tamadun muncul di lembah2 sungai ialah sungai merupakan tempat yg paling sesuai utk dijadikan kwsn penempatan. Kedudukan lembah2 sungai yg dikelilingi oleh laut & kwsn tinggi menjadikan kwsn tersebut selamat kerana kwsn itu boleh mengurangkan kemungkinan serangan musuh dari luar.
• Kemajuan teknologi – Penciptaan roda, layar kapal, kain dan tembikar merupakan sebahagian drpd kemajuan teknologi sewaktu perkembangan sesebuah tamadun. Selain itu, penciptaan alat2 bercucuk tanam seperti cangkul, sabit dan lain2 turut memudahkan penduduk utk bercucuk tanam lalu menyumbang kpd penghasilan makanan yg byk. Penciptaan alat2 senjata seperti lembing dan pedang turut memudahkan mereka utk melindungi penempatan mereka daripada diserang musuh.
|
|
|
Post by safiyyahyunos on Dec 22, 2015 6:28:21 GMT
Safiyyah Binti Mohamad Yunos 2015428712 Group B
1. Bincangkan sumbangan Tamadun India dalam seni bina dan kaitkan pengaruh Islam keatas perkembangan dan kemajuannya. Berikutnya jelaskan perbezaan seni bina bagi setiap zaman di India.
Antara sumbangan tamadun india dalam seni bina adalah
-Mohenjo Daro dan Harapa yang mempunyai ciri - ciri sistematik pembinaan Tamadun India -Masjid Mutiara atau Moti -Taman Shah Dara di Lahore -Mausoleum Itimad al - Daulah -Taj Mahal semasa pemerintahan maharaja Shah Jehan.
Setiap pembinaan di Tamadun India terutamanya seni bina yang berikut melambangkan identiti Tamadun Inida dalam aspek pembinaan dari segi penggunaan batu dan kayu, susunan bangunan yang selari dan mengikut grid, penggunan jendela berkisi dan penggunaan batu marmar putih seperti terdapat di Rajasthan.
Antara kaitan pengaruh Islam keatas pembinaan Tamandun Islam dapat dilihat dari pembinaan Taj mahal. Seni bina Taj Mahal merupakan gabungan seni bina Parsi, Turki, india dan Islam. Taj Mahal mempunyai 4 menara di setiap penjuru yang berunsurkan Islam kerana binaan menara yang tinggi. Taj Mahal juga dibina di sebuah taman yang luas dengan pintu masuk berbentuk lengkungan yang menarik dan menyerupai masjid. Taj Mahal juga ada hiasan yang berunsurkan corak atau jambangan bunga serta geometrik yang melambangkan alam sekitar dan keagungan tuhan. ayat alquran serta tulisan khat juga menjadi ukiran di taj mahal. Hal ini me
Antara perbezaan seni bina dalam bagi setiap zaman di india ialah
-Zaman Gupta Seni bina berasaskan agama misalnya agama hindu menekankan bentuk empat segi manakala agama Buddha berbentuk bulat. ada empat struktur penting iaitu shikara satau bentuk kereta kuda orang Aryan, Vimana atau kuail yang berbentuk piramid bertingkat, ratha atau batu tunggak yang diukir menjadi bentuk binatang dan gopuram sebagai tanda pintu masuk kuil.
-Zaman Maurya Seni bina dah berkembang maju. tiang asoka sebagai kemegahan zaman ini.
-Zaman Chola Kuil Brigathiswarar merupakan keunikan seni bina zaman ini.
-Zaman Vedik Banyak bangunan keagamaan ditukar oleh orang Buddha semasa perintahan Maharaja Asoka Zaman Vedik mempunyai elemen empat segi yang menjadi simbol Buddha iaitu Wheel of Law.
-Zaman Asoka Seni bina zaman Asoka dipengaruhi oleh agama Buddha kerana Asoka sangat kuat berusaha mengembangkan agama Buddha
2. Jelaskan pencapaian Tamadun India yang diperolehi dalam pelbagai bidang. Bezakan antara suasana Tamadun India yang lampau dan sekarang. Pada pandangan anda, apakah faktor perkembangan peradaban india?
Pencapaian Tamadun India pada zaman lampau
- Astronomi atau falak adalah salah satu ilmu sains yang berkembang pesat pada zaman keagungan tamadun Islam. Pencapaian cemerlang umat Islam dalam bidang astronomi terutamanya pada zaman Abbasiyyah begitu hebat kerana terdapat banyak makmal-makmal astronomi khususnya di bandar-bandar besar seperti di Baghdad.Umat Islam berjaya menghasilkan kaedah-kaedah pengiraan dan jadual-jadual (zij) yang amat berguna dalam bidang astronomi. Malah satu pencapaian yang cukup membanggakan adalah kejayaan umat Islam mencipta ‘asturlab’, iaitu alat peneropong bintang. Antara tokoh yang hebat dalam bidang astronomi adalah Ibrahim al-Fazari al-Munajjam (777M). Beliau telah menghasilkan buku-buku panduan yang membantu ahli falak dalam usaha mempertingkatkan kajian bidang astronomi. Antara buku ilmiah dalam bidang astronomi hasil tulisan Ibrahim al-Fazari al-Munajjam adalah Kitab al-Qasidah Fi ‘Ilm al-Nujum, Kitab al-Miqyas lil Ziwal dan Kitab al-Zij `Ala Sini al-`Arab. Beliau juga banyak menghasilkan jadual-jadual yang sangat berguna dalam bidang ilmu falak.
-Tamadun India telah mencapai kecemerlangan dalam bidang kesenian adalah seperti berikut: 1. Seni halus 2. Tarian 3. Drama 4. Seni bina dan seni ukir 5. Seni lukis
Pencapaian Tamadun India pada zaman kini
-Merupakan negara pertanian yang kedua terbesar di dunia - Mempunyai sektor IT yang paling berkembang pesat di dunia - Mempunyai tentera besenjata kedua terbesar di dunia - Mempunyai tentera udara keempat terbesar di dunia - Mempunyai tentera laut kelima terbesar di dunia - Merupakan pengguna emas terbesar di dunia - Merupakan pengeluar susu terbesar di dunia - Merupakan antara negara yang berjaya melancarkan satelit
Antara perbezaan suasana Tamadun India yang lampau dan sekarang dapat dilihat dari segi kemajuan dalam teknologi kerana pada zaman kini teknologi di India adalah sangat mengagumkan apabila dilihat dari segi pencapaiannya terutama dalam sektor IT. Kemajuan teknologi pada kini juga dapat dilihat dalam peningkatan dalam bidan pertanian dan pertenakan yang berbeza diantara dua zaman. Tamadun India yang lampau tidak menggunakan teknologi canggih untuk digunakan dalam pertanian dan peternakan tetapi pada zaman kini India menggunakan teknologi - teknologi canggih. Hal ini dapat dibukti dalam pencapaian India untuk menjadi pengeluar susu terbesar di dunia dan negara pertanian yang kedua terbesar di dunia.
Pada pandangan saya, antara faktor perkembangan peradaban India adalah daripada kedudukan india yang strategik dan di kelilingi dengan tiga lautan yang besar. Hal ini telah membolehkan pelayar dari seluruh pelusuk di dunia untuk belayar ke India. Oleh itu, terjadilah perkembangan ilmu, pertukaran ilmu, hubungan diplomatik dan penyebaran agama. Selain itu, sistem pemerintahan juga memainkan peranan yang besar dalam membina peradaban India terutama melalui cara pemerintahan untuk memajukan tamadun.
|
|
|
Post by nurnabilarosli on Dec 22, 2015 6:31:19 GMT
NUR NABILA BINTI ROSLI (2015218088)
DS240(A)
Refleksi
Pelbagai pengaruh Islam yang dapat dilihat dalam Tamadun India . Antara pengaruh Islam yang dapat dilihat dalam tamdun India ialah seni bina seperti Taj Mahal . Taj mahal merupakan yag menggabungkan ciri seni bina Parsi, Turki, India dan Islam . Antara pengaruh Islam pada seni bina ialah :
• Binaan Menara yang tinggi
• Di bina di hujung sebuah taman yang luas dan mempunyai pintu masuk berbentuk lengkungan yang menyerupai sebuah masjid .
• Taj mahal menjadikan ayat-ayat Al-Quran sebagai hiasan .
• Corak hiasan seni bina Islam yag berunsurkan flora dan geometri yang mencerminkan simbolik alam sekitar daan tanda keagungan tuhan.
Perbezaan seni bina bagi setiap zaman di India
1. Zaman Gupta
- Hindhu menekankan symbol empat segi
- Buddha menekankan symbol bulat
- Konsep asas ditentukann oleh Brahmin
- Terdapat 4 struktur penting seperti Shikara, Vimana, Ratha dan Gopuram
2. Zaman Maurya
- Mempunyai seni bina yang berkembang maju
- Mempunyai tiang Asoka yang membuktikan kegemilangan tamadun tersebut .
3. Zaman Chola
- Kuil Brigathiswarar di Thanjavur menunjukkan keunikkan corak seni bina .
4. Zaman Vedik
- Bangunan keagamaan diubahsuai oleh orang orang agama Buddha .
Refleksi 2
Banyak pencapaian Tamadun India dalam pelbagai bidang :
• Merupakan negara ketujuh yang terbesar .
• Terdiri daripada 51000 banda dan 20 bandar utama
• Pembangunan IT terpantas di dunia
• Mempunyai angkatan tentera laut dan udara yang besar
• Merupakan pembekal susu yang terkenal
Terdapat pelbagai perbezaan Tamadun India dahulu dan sekarang . Salah satunya ialah sistem pemerintahan . Dahulu tamadun India mengamalkan sistem feudal namun sekarang tamadun India mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi.
Pada pandangan saya Tamadun India semakin maju kerana sumber manusia yang banyak . Penduduknya yang ramai membolehkan tamdun tersebut memajukan tamadun mereka . Selain itu, kedudukan geografi yang strategik juga merupakan salah satu factor yang menyumpang kepada perkembanagn tamadun India .
|
|
|
Post by najwakazmin on Dec 22, 2015 9:34:42 GMT
NAJWA BINTI MOHAMMAD KAZMIN 2015612182 DS240 GROUP B
1. Sumbangan tamadun India dalam seni bina antaranya ialah a)Masjid Moti/ Mutiara dan Taman Shah Dara di Lahore oleh Jahangir b)Mausoleum Itimad al- Daulah oleh Nur Jahan c)Taj Mahal oleh Shah Jehan. seni bina yang paling popular ialah Taj Mahal yang reka bentuknya mempunyai kesan pertembungan antara Tamadun Islam seperti Parsi, Turki, dan Arab. Ianya dibina pada Zaman Dinasti Mughal dan dipanggil sebagai “permata Islam”. Binaan ini mempunyai empat ciri yang sama dengan seni bina Tamadun Islam pertama sekali, seni tersebut dapat dilihat pada empat menara dihiasi setiap penjuru yang menyerupai seni bina tamadun Islam iaitu binaan menara yang tinggi. kedua, pintu masuk Taj Mahal yang berbentuk lekungan seperti sebuah masjid. corak berunsurkan bunga dan geometri yang menunjukkan simbolik antara alam sekitar dan tanda-tanda keagungan Tuhan yang merupakan hiasan Tamadun Islam turut menghiasi Taj Mahal. Akhir sekali, Terdapat potongan ayat-ayat Al-Quran dan ukiran huruf khat menjadi ukuran di Taj Mahal.
Perbezaan seni bina setiap zaman di India: 1. Zaman Maharaja Asoka -pintu gerbang dipengaruhi agama Buddha. 2. Zaman Gupta -Pembinaan kuil sebagai satu tempat dan kawasan penyebaran agama - agama Buddha menggunakan simbol bulat manakala Agama Hindu mementingkan simbol 4 segi-empat struktur penting iaitu shikara atau bentuk kereta kuda orang Aryan, Vimana atau kuil yang berbentuk piramid bertingkat, ratha atau batu tunggak yang diukir menjadi bentuk binatang dan gopuram sebagai tanda pintu masuk kuil. 3. Zaman Maurya -Tiang Asoka lambang zaman ini. Kuil-kuil dibina di dalam gua dan di dalamnya terdapat ukiran yang menggambarkan kehidupan Gautama Buddha. 4. Zaman Chola -Kuil Brigathiswarar di Thanjavur mempunyai corak seni bina yang unik 5. Zaman Vedik -Bangunan keagamaan diubahsuai orang agama Buddha semasa Asoka.Contohnya Kuil Dua di Bhaja, Ajantha, Ellora dan Mahapallipuram
2. Tamadun India mempunyai banyak pencapaian dalam pelbagai bidang dan aspek. India terkenal dengan ‘7 Wonders of India’ iaitu Lotus Temple, Qutas Ninar, Charminar, Sun Temple, Hawa Mohal dan Taj Mahal. Binaan ini mempunya ciri-ciri yang unik dan menarik menggambarkan pelbagai peristiwa. Selain itu, India juga merupakan negara yang mempunyai pembangun IT terpantas di dunia. Angkatan tentera, pasukan tentera laut dan udara mereka juga antara yang terbesar. Komunikasi di India menggunakan 17 bahasa utama dan merupakan negara yang paling banyak menggunakan bahasa Inggeris. Aktiviti pertanian terbesar terutamanya pengeluaran susu dan manga juga terdapat di negara ini. Ekonomi India pula diiktiraf sebagai yang ke-3 terbesar dan dapat dibuktikan apabila India dikatakan sebagai negara terbesar yang membuat pembelian barangan kemas.
Perbezaan yang jelas antara Tamadun India dahulu dengan sekarang ialah sistem pemerintahannya. Dahulu sistem feudal atau Raja berkuasa mutlak dipraktikkan tetapi hari ini, India merupakan antara negara terbesar yang menggunakan sistem demokrasi.
Faktor perkembangan Tamadun India pula ialah jumlah penduduknya yang ramai. Oleh yang demikian, terdapat banyak bidang yang dapat mereka ceburi. Kuasa atau kekuatan India juga jelas apabila mereka diisytiharkan mempunyai angkatan tentera terbesar di dunia di laut dan darat. Selain itu, juga terdaapat dorongan agama kerana India sekarang mempunyai 4 agama utama yang dianuti. Akhir sekali, kawasan yang sesuai untuk aktiviti pertanian bagi merancakkan lagi ekonomi.
|
|
|
Post by MASTURINA AMIN on Dec 22, 2015 10:53:34 GMT
MASTURINA BT MD AMIN 2015218418 DS240 GROUP A Refleksi 1
PERKEMBANGAN SENI BINA DI INDIA
Tamadun India atau lebih dikenali dengan tamadun Indus tidak kurang hebatnya ,antara pencapaian penting atau utama yang telah dibangunkan oleh tamadun ini adalah ciri perancangan bandarnya yang begitu sistematik. Perkembangan seni bina dipengaruhi oleh persekitaran dan cuaca. Penggunaan jendela berkisi dibuat untuk mengurangkan pancaran cahaya matahari manakala batu marmar putih seperti terdapat di Rajasthan digunakan sejak zaman Moghul untuk kurangkan bahang. Seni bina India banyak menggunakan batu dan kayu sebagai sumber asas kerana mudah diperolehi.
Batu-bata dijadikan asas binaan bangunan-bangunannya yang terdiri daripada pelbagai saiz. Susunan bangunannya pula adalah selari mengikut grid-grid tertentu dan juga pembinaan jalan-jalan utama yang memudahkan medium perhubungan. Perancangan yang teliti ini juga dapat dilihat dengan corak penempatan yang dilakukan dimana terdapat pengkhususan bangunan-bangunan yang digunakan untuk pentadbiran,tempat beribadat dan juga tempat-tempat kediaman. Saiz rumah kediaman juga mempunyai pelbagai saiz dan dilengkapi bilik dan ruang tamau serta kemudahan bilik air yang berperigi. Contoh bandar terkenal yang mempunyai ciri-ciri sedemikian adalah dua bandar terkenal iaitu Mohenjo Daro dan Harapa.
Pada zaman Dinasti Maurya di bawah pemerintahan Asoka seni bina telah mencapai zaman kegemilangan. Seni bina zaman Asoka ini dipengaruhi oleh agama Buddha kerana Asoka sangat kuat berusaha mengembangkan agama Buddha. Pintu-pintu gerbang gua banyak dibina. Kuil-kuil dibina di dalam gua. Pada zaman ini juga dibina beribu-ribu stupa yang dibuat dari batu dan berbentuk kubah. Ia dibina ditempat suci. Ia bukanlah kuil Buddha tetapi merupakan tempat menyimpan bahan-bahan peninggalan Buddha. Dalam seni Buddha, elemen geometri iaitu empat segi dan bulat menjadi pilihan dalam Zaman Asoka kerana dikatakan sebagai satu usaha untuk membezakannya dengan elemen empat segi yang biasanya terdapat pada altar Zaman Vedik dan sebagai simbol Buddha iaitu Wheel of Law. Agama Hindu menekankan simbol empat segi tetapi Buddha lebih cenderung kepada bentuk bulat.
Pada zaman Gupta terdapat 4 struktur seni bina yang penting iaitu Shikara (bentuk kereta kuda orang Aryan), Vimana (kuil yang berbentuk pencampuran pyramid bertingkat), Ratna (batu tunggak diukir menjadi bentuk binatang) dan Gopuram (manandakan pintu masuk utama ke kompleks kuil).
Pada zaman Maurya, seni binanya berkembang sangat maju. Buktinya ialah pembinaan Tiang Asoka manakala pada zaman Chola, Kuil Brigathiswarar di Thanjavur menunjukkan keunikan corak seni bina. Pada zaman Vedik pula, banyak bangunan keagamaan diubahsuai oleh orang-orang agama Buddha seperti kuil dua di Bhaja, Ajantha, Ellora dan Mahapallipuram. Untuk seni ukiran , masyarakat Indus telah menggunakan tanah liat dalam membentuk patung-patung dan ala-alat perhiasan. Tiang-tiang Asoka yang dibina dari batu pasir yang dilicinkan dan mencapai ketingian 40 kaki dan di hujungnya terdapat bentuk loceng dan bentuk empat segi yang dihiasi dengan gambar binatang seperti harimau, roda sebelum diletakkan gandingan tiga ekor singa iaitu pengawal kerajaan Asoka menjadi lambing kebesaran pada zaman kerajaan Asoka.
Taj Mahal yang terletaknya di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India, merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang kelima. Mula dibina pada tahun 1632 dan siap tahun 1648.
Kadang-kala Taj Mahal dipanggil dengan singkatan 'Taj' sahaja, ia adalah contoh terbaik Senibina Mughal yang menggabungkan senibina Parsi, Turki, India dan gaya senibina Islam. Arkitek utama bangunan ini ialah Ustaz Ahmad Lahauri. Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu iaitu merangkumi bahagian makam, dewan, taman rekreasi, masjid, menara tinjau dan lain-lain. Pada tahun 1983, UNESCO telah mengisytiharkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Dunia yang perlu dilindungi. Bangunan ini dikatakan 'permata senibina Islam'. Ianya dibina daripada batu marmar berwarna putih, mozek, dan batu-batu permata seperti berlian, jed, Kristal dan sebagainya. Pembinaanya mengambil masa 17 tahun dengan bilangan pekerja seramai 20000 orang.
PENGARUH ISLAM TERHADAP SENI BINA INDIA:
• 4 menara (46 meter) menghiasi setiap penjuru • Didirikan di hujung sebuah taman yang luas (seni bina islam biasanya mempunyai binaan berbentuk masjid lapangan) • Pintu masuk berbentuk lengkungan yang menawan • Hiasan berunsur jambangan bunga dan geometri (melambangkan simbolik antara alam sekitar dan tanda- tanda keagungan Tuhan) • Ayat al-Quran sebagai hiasan utama • Ukiran khat sebagai seni huruf utama
Refleksi 2
PENCAPAIAN TAMADUN INDIA
Antara 7 Wonders of India:
1) Lotus Temple 2) Qutab Minar 3) Charminar 4) Sun Temple 5) Hawa Mahal 6) Taj Mahal
Antara Pencapaian Tamadun India:
• 1,166,079,217 penduduk • 638000 penduduk kampung • Lebih 2000 kumpulan etnik • 17 perayaan besar • 8 jenis tarian • 20 pusat Bandar • Negara pertanian kedua terbesar dunia • Negara demokrasi terbesar dunia • Tentera udara keempat terbesar dunia • Tentera laut kelima terbesar dunia • Negara demokrasi terbesar dunia • Negara pengeluar susu terbesar dunia • Merupakan negara ketujuh terbesar di dunia dari segi keluasan. • Mempunyai 3 lautan terbesar. • Terdapat lebih 2000 etnik dan 29 bahasa utama. • Mempunyai 4 agama utama. • Negara kedua terbesar yang terkenal dengan pertanian • Terkenal dengan ‘7 Wonders of India’ iaitu Lotus Temple, Qutas Ninar, Charminar, Sun Temple, Hawa Mohal dan Taj Mahal. • Merupakan negara kedua terbesar mengimport senjata • Mempunyai sistem pertahanan negara yang kukuh (negara keempat terbesar dengan anggota tentera udara,mempunyai angkatan tentera laut yang kelima terbesar di dunia) • Negara paling membangun dalam ekonomi (2013-2015) • Negara terbesar dalam membekalkan barang kemas dan perhiasan • Satu daripada enam negara yang melancarkan satelit. • Mempunyai bidang IT yang paling pesat membangun
PERBANDINGAN SUASANA TAMADUN INDIA DULU & SEKARANG
Pada zaman lampau: Kemajuan tamadun india itu kurang berkembang dan lebih bertumpukan kepada keagamaan. Dahulunya, India menggunakan system feudal iaitu sistem raja berkuasa mutlak.
Zaman sekarang : Kemajuan yang ketara dalam pembangunan tamadun India dari aspek ketenteraan, bangunan untuk dilawati, serta sistem pendidikan. Kini, India menggunakan sistem demokrasi iaitu mengutamakan mandat dan suara rakyat dalam pemerintahan.
FAKTOR PERKEMBANGAN PERADABAN INDIA
• Pertambahan penduduk – Perkembangan tamadun awal manusia merupakan satu proses yg berlaku secara beransur-ansur. Pada peringkat awal, manusia hidup dlm kumpulan2 kecil & menjalankan aktiviti memburu dan mengumpul makanan. Manusia menjadi semakin bertamadun apabila mereka hidup dlm kumpulan besar, mempunyai penempatan tetap serta menjalankan pelbagai kegiatan seperti bercucuk tanam, menternak, membuat alat2 senjata dan sebagainya. Kemajuan tamadun berterusan apabila penempatan mereka mengalami proses urbanisasi & berkembang menjadi negara kota yg diperintah oleh seseorang ketua dgn sistem pebtadbiran dan perundangan yg tersusun serta sistem sosial yg teratur. Secara tidak langsung, wujudnya sebuah masyarakat yg lebih dinamik atau berdaya maju. Penduduk juga dpt melahirkan idea2 serta ciptaan baru. Mereka juga mula mengamalkan pengkhususan kerja utk memastikan hasil kerja mereka berkualiti serta dpt dihasilkan dgn cepat.
• Kemajuan perlindungan – Punca utama tamadun muncul di lembah2 sungai ialah sungai merupakan tempat yg paling sesuai utk dijadikan kwsn penempatan. Kedudukan lembah2 sungai yg dikelilingi oleh laut & kwsn tinggi menjadikan kwsn tersebut selamat kerana kwsn itu boleh mengurangkan kemungkinan serangan musuh dari luar.
• Kemajuan teknologi – Penciptaan roda, layar kapal, kain dan tembikar merupakan sebahagian drpd kemajuan teknologi sewaktu perkembangan sesebuah tamadun. Selain itu, penciptaan alat2 bercucuk tanam seperti cangkul, sabit dan lain2 turut memudahkan penduduk utk bercucuk tanam lalu menyumbang kpd penghasilan makanan yg byk. Penciptaan alat2 senjata seperti lembing dan pedang turut memudahkan mereka utk melindungi penempatan mereka drpd diserang musuh
Faktor Perkembangan Peradaban India:
1. Kebebasan dari zaman penjajahan 2. Pengaruh peradaban lain untuk maju. 3. Wujud interaksi antara peradaban india dengan peradaban lain.
|
|
|
Post by sajidahzaharudin on Dec 22, 2015 10:56:01 GMT
Nama: Sajidah Binti Zaharudin (2015680406)
Kod Program: DS240
Kumpulan: B
REFLEKSI 1
PENGARUH ISLAM KE ATAS PERKEMBANGAN DAN KEMAJUAN SENI BINA DI INDIA
Taj Mahal, merupakan seni bina mewah yang terbaik pada zaman dinasti Mughal. Seni binanya amat berkait rapat dgn pengaruh islam. Antaranya ialah seni binanya berpengaruh dari Parsi, Turki, India, dan Islam yang dikatakan "permata seni bina islam". Kemudian, terdapat 4 menara yang jaraknya 46m menghiasi setiap penjuru merupakan ciri-ciri seni bina islam yang berunsurkan binaan menara yang tinggi. Pintu masuknya berbentuk lengkungan yang menawan menyerupai sebuah masjid. Corak hiasan seni bina islam mempunyai hiasan berbentuk jambangan bunga dan geometri yang mencerminkan simbolik antara alam sekitar dan tanda-tanda keagungan tuhan. Akhir sekali, Al-Quran dan ukiran Khat thuluth Islam menjadi seni utama Taj Mahal. Kesimpulannya, pengaruh islam ini telah banyak memberi sumbangan dari segi idea, hiasa, seni bina, ukiran dan perkembangan pembinaan Taj Mahal yang merupakan seni bina mewah yang pada zaman dinasti Mughal.
PERBEZAAN SENI BINA BAGI SETIAP ZAMAN DI INDIA
Pada Zaman Gupta, binaan kuil merupakan perkara penting untuk penyebaran agama. Selain itu, seni bina dan seni ukir telah mencapai kegemilangannya. Agama hindu, mementingkan simbol empat segi manakala agama Buddha pula menggunakan simbol lebih kepada condong daripada bentuk bulat. Akhir sekali, terdapat empat struktur penting iaitu Shikara, Vimara, Ratha, Gopuram.
Pada Zaman Maurya, seni bina sudah berkembang maju dan tiang Asoka merupakan contoh terbaik kemegahan. Pada Zaman Chola, kuil Brigasthiwarar dibina di Thanjavur menunjukkan keunikan corak seni bina. Pada Zaman Vedik, terdapat banyak bangunan keagamaan diubahsuai oleh orang buddha.
REFLEKSI 2
PENCAPAIAN TAMADUN INDIA YANG DIPEROLEHI DALAM PELBAGAI BIDANG
India merupakan negara ke-7 terbesar di dunia dan mempunyai 3 lautan terbesar. Terdapat lebih 2000 etnik dan 29 bahasa utama. Dari segi seni bina, India terkenal dengan '7 Wonders of India' iaitu Lotus Temple, Outas Ninar, Charminar, Sun Temple, Hawa Mohal dan Taj Mahal. Binaan ini mempunyai ciri-ciri yang unik dan menarik menggambarkan pelbagai peristiwa. Pencapaian dan sumbangan India terhadap dunia semakin jelas dilihat. India terdiri daripada 5100 bandar dengan 20 bandar utama. Selain itu, negara ini mempunyai pembangunan IT terpantas di dunia. India juga mempunyai angkatan tentera terbesar seperti tentera laut dan tentera udara mereka. Di samping itu, Ekonomi india pula diiktiraf sebagai yang ketiga terbesar dan dapat dibuktikan apabila negara india dikatakan sebagai negara terbesar yang membuat pembelian barangan kemas. Di india juga menggunakan 17 bahasa utama. Seterusnya, pengeluaran susu dan mangga merupakan antara pertanian terbesar.
PERBEZAAN SUASANA TAMADUN INDIA YANG LAMPAU DAN SEKARANG
Perbezaan yang jelas di antara tamadun india yang dahulu dan sekarang adalah melalui sistem pemerintahannya.Dahulu, tamadun india mengamalkan sistem feudal atau raja berkuasa mutlak manakala pada abad sekarang India merupakan antara negara terbesar menggunakan sistem pemerintahan demokrasi.
FAKTOR PERKEMBANGAN PERADABAN INDIA
Faktor perkembangan Tamadun India yang dapat dilihat ialah jumlah penduduknya yang ramai. Selain itu, ransangan keagamaan dan kerohanian.Hal ini demikian kerana, masyarakat yang menghayati kehidupan beragama akan sentiasa berusaha membangunkan kehidupan mereka menuju kepada kesempurnaan nilai dan ketinggian budaya. Seterusnya, kuasa atau kekuatan India juga jelas apabila mereka disytiharkan mempunyai angkatan tentera terbesar di dunia di laut dan darat. Kawasan India yang sesuai untuk aktiviti pertanian merancakkan lagi ekonomi. Penggunaan mata wang sebagai medium jual beli. Contohnya mata wang emas pada Zaman Gupta. Terdapat persatuan perdagangan dan perusahaan (stresthin).Contohnya, persatuan tukang kayu, tukang logam, tukang kulit dan sebagainya. Kerjasama antara pemerintah dan rakyat.Kerjasama ini amat penting bagi mengekalkan keamanan sesebuah tamadun.Apabila suasana aman,tamadun dapat berkembang dengan mudah. Mempunyai pelabuhan yang menghubungkan India dengan negara luar.Kesannya,berlakulah interaksi antara tamadun India dengan tamadun lain yang lebih maju lalu,ilmu-ilmu baru untuk memperkembangkan tamadun dapat diperoleh secara tidak langsung.
|
|
|
Post by dhaniyah on Dec 22, 2015 11:01:34 GMT
NIK DHANIYAH BINTI NIK HUSNI 2015428804 DS240 GROUP B
REFLEKSI 1 Kesenian Seni bina -ciri perancangan bandar yang sistematik -dipengaruhi oleh persekitaran dan kawasan -contoh seni bina dalam tamadun ini ialah Taj Mahal dan Masjid Moti -kewujudan pintu gerbang dipengaruhi oleh agam Buddha
Pada Zaman Gupta : -binaan seperti kuil penting untuk penyebaran agama -mencapai kegemilangan dalam seni ukir dan seni bina -agama hindu menekankan simbol empat segi -agama Buddha lebih kepada bentuk bulat -ada 4 struktur penting (Shikara,Vimana,Ratha dan Gopuram) Pada Zaman Maurya : Tiang Asoka-kemegahan tamadun India Pada Zaman Chola : -Kuil Brigathiswarar>menunjukkan keunikan corak seni bina
TAJ MAHAL -mula dibina berhampiran Sungai Jumna -dibina oleh Maharaja Shah Jahan sebagai monumen
Ciri-ciri senibina :dibina dari batu marmar putih, mozek dan batu permata seperti berlian.
Kesan-kesan pertembungan seni bina Taj Mahal : mempunyai 4 menara lebih kurang 46 meter menghiasi setiap penjuru,didirikan di hujung taman yang luas dengan pintu masuk berbentu lengkungan. Taj Mahal mempunyai hiasan berunsurkan jambangan bunga dan geometri serta mempunyai ukiran seni khat Islam.
REFLEKSI 2
Pencapaian Tamadun India dalam pelbagai bidang :
Bidang Matematik -Geometri :digunakan dalam upacara keagamaan -Algebra :untuk mengira objek dan keluasan ruang -Angka Sifar:dapat dilihat dalam transkrip awal tamadun India.
Bidang Astronomi dan Kalendar -digunakan untuk menentukan masa pengorbanan -kalendar matahri dicipta untuk mengenal musim, tahun, bulan dan hari
Bidang Fizik -konsep jirim lahir berasaskan kemahiran akal -alam semesta mempunyai lima elemen : api, tanah, air,angkasa dan angin
Bidang Perubatan -bagi mereka ilmu perubatan merupakan ilmu sihir -perkembangan bidang fisiologi, pembedahan, seni pernafasan, farmakologi
Perbezaan suasana tamadun India yang lampau dengan sekarang
-sistem politik dan pemerintahan : zaman dahulu menggunakan sistem feudal manakala zaman sekarang sistem demokrasi berparlimen -Undang-undang dan peraturan hidup bermasyarakat : pada zaman dahulu, tiada undang-undang dalam keluarga tetapi pada zaman sekarang terdapat banyak undang-undang seperti perancangan keluarga. -etika : masyarakat india terdahulu lebih beretika dan menjaga tertip manakala masyarakat sekarang kurang beretika terutama ketika berbicara.
Pada pandangan saya, faktor perkembangan peradaban India ialah masyarakat, budaya,kepercayaan dan nilai-nilai murni. Masyarakat memainkan peranan yang penting dalam membentuk kemajuan sesbuah tamadun. Sekiranya masyarakat india mempunyai sikap bekerjasama dan hormat-menghormati sesama sendiri, maka ini boleh membawa kepada perkembangan peradaban india.
|
|