|
Post by anismaizan96 on Dec 22, 2015 11:02:02 GMT
ANIS MAIZAN BINTI AZMIMURAD 2015659956 DS240 GROUP A
REFLEKSI TAMADUN INDIA 1 1. Tamadun India memberikan sumbangan yang besar dalam keseniaan seni bina. Bincangkan peryataan tersebut dengan mengaitkan pengaruh Islam ke atas perkembangan dan kemajuan seni bina di India . Taj mahal merupakan yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan sebagai monumen untuk mengenang isteri kelimanya Mumtaz Mahal. Pembinaan Taj Mahal mengambil masa selama 17 tahun. Taj Mahal dikatakan sebagai ‘permata senibina Islam’. Ciri-ciri seni bina Taj Mahal mempunyai kesan-kesan pertembungan senibina Parsi, Turki dan Arab yang merupakan Tamadun Islam. Ciri-ciri senibina Taj Mahal ialah mempunyai 4 menara yang menghiasi setiap penjuru yang merupakan seni bina Islam yang berunsurkan binaan menara yang tertinggi. Ciri-ciri yang kedua ialah pintu masuk Taj Mahal berbentuk lengkungan yang menawan yang menyerupai sebuah masjid. Ciri-ciri yang ketiga ialah seni bina Taj Mahal mempunyai hiasan berunsurkan jambangan bunga dan geometri yang mencerminkan simbolik antara alam sekitar dan tanda-tanda keagungan Tuhan. Ini adalah ciri-ciri hiasan seni bina Islam. Seterusnya, ayat Al-quran menjadi hiasan utama Taj Mahal dan ukiran huruf khat thuluth Islam yang menjadi seni huruf utama Taj Mahal. Kesimpulannya, seni bina Taj Mahal banyak dipengaruhi oleh Tamadun Islam.
2. Jelaskan perbezaan seni bina bagi setiap zaman di India. Zaman Gupta Konsep asas seni bina ditentukan oleh kalangan Brahmin. Zaman ini mempunyai 4 struktur penting iaitu shikara, Vimana , ratha dan Gopuram. Shikara ialah bentuk kereta kuda orang Aryan manakala Vimana ialah kuil yang berbentuk pencampuran poramid bertingkat dan menjadi lambang seni bina kuil selatan India. Ratha pula merupakan batu tunggak yang diukit menjadi bentuk binatang manakala Gopuram menandakan pintu masuk utama ke kompleks kuil. Zaman Maurya Seni bina pada zaman ini berkembang maju. Sebagai contoh, Tiang Asoka adalah contoh terbaik kemegahan seni bina di India. Zaman Chola Pada zaman ini, Kuil Brigathiswarar mempunyai keunikan corak seni binanya. Zaman Vedik Pada zaman ini, orang-orang agama Buddha telah mengubahsuai banyak bangunan keagamaan semasa pemerintahan Raja Asoka. Antara bangunan yang diubahsuai ialah kuil dua di Bhaja, Ajantha, Ellora dan Mahapallipuram
REFLEKSI TAMADUN INDIA 2 1.Jelaskan pencapaian Tamadun India yang diperoleh dalam pelbagai bidang. Terdapat tujuh keajaiban di India iaitu Lotus Temple, Qutab Minar, Charminar, Sun Temple, Hawa Mahal dan Taj Mahal. India mempunyai 5100 bandar. India merupakan negara yang mempunyai pertanian terbesar di dunia serta merupakan negara kedua yang paling maju di dunia dari segi ekonomi. India juga merupakan negara terpantas dari segi pembangunan IT serta merupakan negara kedua terbesar mempunyai kekuatan tentera. India juga merupakan negara yang mempunyai paling ramai masyarakat yang bertutur dalam Bahasa Inggeris. Kesimpulannya, India telah mencapai kejayaan yang besar dalam pelbagai bidang.
2.Bezakan antara suasana Tamadun India yang lampau dan sekarang. Masyarakat India pada masa lampau hidup dalam keadaan kemiskinan serta terpaksa bersusah payah untuk menyara hidup masing-masing. Tetapi, pada masa kini, masyarakat India kebanyakkan hidup dalam serba selesa dan kehidupan mereka lebih senang berbanding dulu kerana ekonomi Tamadun India semakin maju dan pesat. Masyarakat India pada masa lampau tidak mempunyai kemahiran dalam IT ekoran daripada ekonomi dan teknologi pada masa itu tidak membangun. Tetapi, pada masa sekarang, kebanyakkan masyarakat India mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang IT. Buktinya, pembangunan IT di India adalah yang terpantas di dunia.
3.Pada pandangan anda, apakah faktor perkembangan peradaban India? Pada pandangan saya, antara faktor perkembangan peradaban India ialah masyarakat yang bersatu padu. Selain itu, masyarakat India mempunyai semangat yang tinggi untuk memajukan negara mereka serta mereka mempunyai semangat cinta akan negara yang tinggi yang menyumbang kepada perkembangan peradaban di negara mereka. Mereka juga gigih berusaha mencari ilmu pengetahuan serta bersunggguh-sungggu dalam membuat sesuatu pekerjaan.
|
|
|
Post by annissa on Dec 22, 2015 16:43:31 GMT
ANNISSA AZFA BINTI ANUWA 2015418906 DS240 GROUP A
REFLEKSI 1
PENGARUH ISLAM DALAM SENIBINA DI INDIA
TAJ MAHAL
1) Pembinaan 4 menara yang lebih kurang 46m menghiasi setiap penjuru. Ini adalah antara ciri seni bina Islam yang berunsurkan binaan menara yang tinggi.
2) Taj mahal didirikan di hujung sebuah taman yang luar dengan pintu masuk berbentuk lengkungan yang menawan yang menerupai sebuah masjid.
3) Menerupai corak hiasan seni bina islam. Ini dapat dibuktikan dengan seni bina Taj mahal yang mempunyai hiasan berunsurkan jambangan bunga dan geometri, yang mencerminkan simbolik antara alam sekitar dan tanda-tanda keagungan tuhan.
4) Ayat al-Quran menjadi hiasan utama Taj Mahal dan ukiran huruf khat thuluth islam yang menjadi seni bina huruf utama Taj mahal.
Perbezaan senibina bagi setiap zaman di India:
1.Zaman Gupta
-Binaan kuil untuk penyebaran agama,
-Agama hindu mementingkan binaan bersimbol empat segi manakala agama Buddha mementingkan bulat, Mempunyai 4 struktur penting iaitu Shikara (bentuk kereta kuda orang Aryan) Vimara (kuil yang berbentuk campuran piramid bertingkat), Ratha (menggunakan batu tegak untuk diukir menjadi bentuk binatang) dan Gopuram (pintu masuk utama ke kuil)
2.Zaman Maurya
-Tiang asoka (menjadi lambang kegemahan seni bina tamadun India)
3.Zaman Chola
-Pembinaan kuil Brigathiswarar di Thanjavur, corak seni bina yang unik
4.Zaman Vedik
-Semasa pemerintahan Maharaja Asoka,banyak orang agama Buddha mengubahsuai bangunan keagamaan.
-Contohnya, Kuil Dua di Bhaja,Ajantha Ellora dan Mahapallipuram
REFLEKSI 2
PENCAPAIAN TAMADUN INDIA
• negara pertanian kedua terbesar (pengeluaran susu dan manga)
• negara yang mempunyai pelbagai bahasa dan etnik
• merupakan negara yang mempunyai pembangun IT terpantas di dunia
• ekonomi India pula diiktiraf sebagai yang ke-3 terbesar dan dapat dibuktikan apabila India
juga dikatakan sebagai negara terbesar yang membuat pembelian barangan kemas
• mempunyai seni bina hebat seperti Lotus Temple, Sun Temple, Qutab Minar serta Taj Mahal
• satu daripada enam negara yang melancarkan satelit
PERBEZAAN ANTARA SUASANA TAMADUN INDIA YANG LAMPAU DAN SEKARANG
Dahulu, menggunakan sistem feudal di mana raja berkuasa mutlak dalam menetapkan sesuatu keputusan. Masyarakat mereka ramai tetapi terpelihara dengan baik serta ekonomi yang pesat membangun dan dikenali di mata dunia.
Sekarang, menggunakan sistem demokrasi di mana rakyat mempunyai kuasa untuk menyuarakan pendapat dalam sesuatu keputusan berkaitan negara. Masyarakat kini terlalu ramai dan padat menyebabkan ada sebahagian daripada mereka tak terurus dan mati kebuluran akibat kemiskinan. Ekonomi mundur dan tergolong dalam kalangan negara yang rakyat kebanyakannya miskin dan tidak mampu.
FAKTOR PERKEMBANGAN TAMADUN INDIA
- Jumlah penduduk yang ramai dapat menceburkan diri dalam pelbagai bidang seterusnya mengembangkan sesebuah tamadun
-Peranan pemerintah dan golongan agama terlibat seperti contoh dalam membina seni bina yang unggul yang mempunyai pelbagai aspek seperti seni ukir
-Masyarakat yang bersatu padu dan cintakan ilmu, gigih untuk mencapai kejayaan
-Penguasaan dalam bidang teknologi seperti penciptaan roda, layar kapal, kain dan tembikar
-Kedudukan geografi yang strategik
|
|
nabila
Junior Member
Posts: 17
|
Post by nabila on Dec 22, 2015 16:58:41 GMT
NUR NABILA BINTI ABDUL WAHAB 2015477642(A)
REFLEKSI 1
Setelah kedatangan Islam, seni bina di India banyak menggabungkan ciri India(Hindu) dengan Parsi(Islam) sebelum zaman Mughal, termasuklah Masjid Quwwat-al-Islam(Delhi), Qutb Minar dan masjid di Ajmer. Shah Jehan juga telah membina sebuah Masjid Jamik berdekatan dengan kubu Delhi yang menampakkan pengaruh Parsi. Terdapat dua buah masjid tinggalan zamannya, iaitu terletak di Agra dan di Fathabad yang dihias dengan jubin( tiles) ala Parsi. Binaan makam dan tugu peringatan tugu Sher Jehan(Sher Shah’ Tomb) di tengah-tengah sebuah kolam di Sasaran, Bengal menunjukkan keistimewaan unsur-unsur seni bina Islam... Pembinaan pada zaman Akbar yang paling masyhur ialah pembinaan istana di Fateh-pur. Diwan-I-Am dalam istana ini(pejabat Akbar) direka bentuk mengikut tradisi Hindu. Bangunan-bangunan perkuburan Akbar di Sikandar, Agra dan zaman Agra juga terkenal dengan pembinaan kuil-kuil Hindu yang juga meminjam ciri-ciri seni bina Parsi. Masjid Mutiara, iaitu Masjid Moti(Mutiara) di Lahore merupakan sumbangan zaman Jahangir yang juga telah membina taman-taman yang terkenal seperti Shah-Dara di Lahore.
Perbezaan seni bina bagi zaman-zaman yang terdapat pada Tamadun India adalah seperti yang berikut, pada zaman Gupta, pembinaan kuit dipercayai penting bagi penyebaran agamanya. Konsep asas ditentukan oleh golongan Brahmin. Terdapat empat struktur di dalam seni bina zaman Gupta. Struktur yang pertama adalah Shikara yang bermaksud bentuk kereta kuda orang Aryan. Vimana adalah kuil yang berbentuk pencampuran pyramid yang bertingkat. Ratha pula merupakan batu tunggak diukit menjadi bentuk binatang; Manakala Gapuran adalah pintu masuk utama ke kuil. Pada zaman Maurya, Tiang Asoka menjadi kemegahan seni bina India. Manakala zaman Chola mempunyai Kuil Brighthiswarar yang menunjukkan keunikan corak seni bina. Selain itu, zaman Vedik adalah merupakan zaman yang melakukan pengubahsuaian bangunan-bangunan keagamaan oleh orang Buddha semasa pemerintahan Asoka. Contohnya kuil dua di Bhaja, Anjhanta, Ellora dan Mahapallipuram.
REFLEKSI 2
1.PERANCANGAN BANDAR
-berupaya mewujudkan Bandar terancang(contoh: Mohenjo-Daro dan Harappa)
-memerlukan gabungan kepakaran sama ada dari sudut letak bandarnya mahupun dari sudut pengisiannya.
- pemahaman tentang ilmu geometri, kesenian dan matematik sangat diperlukan untuk masyarakat Lembah Indus mencapai kecemerlangan dalam perancangan Bandar.
2. SIKAP KETERBUKAAN .
- tamadun Indus telah menunjukkan bahawa sesebuah masyarakat itu tidak mampu mencapai kecemerlangan tanpa membuat hubungan serta bertukar pandangan dengan pihak lain.
- dalam konteks hubungan antara tamadun Indus dengan tamadun Mesopotamia, segala pengaruh dari luar itu disesuaikan dengan keadaan dan suasana tempatan.
3. SAINS DAN TEKNOLOGI
- Ahli matematik India telah mengetahui tentang konsep geometri lalu memdorongnya memperkenalkan sistem nombor (angka Brahmin dan angka Kharosti) yang mencecah ke angka perpuluhan.
- pengetahuan dalam bindang astronomi pula dapat dipetik daripada Rig Veda
-tidak hanya bergantung pada panas matahari untuk membuat batu bata daripada tanah liat tetapi melalui pembakaran dengan suhu yang tinggi.
4. FALSAFAH
-terawal berkembang dan direkodkan di dunia
-wujud dalam dua bentuk pemikiran besar iaitu kumpulan yang bersumberkan kitab Veda dan kumpulan yang menolak kitab Veda
5.EKONOMI
-mata wang telah diperkenalkan sejak zaman Gupta
6. SENI BINA
- Great Bath
- menggunakan tanah liat dalam membentuk patung-patung dan alat-alat penghiasan( contoh: tiang Asoka)
7. BAHASA DAN KESUSASTERAAN
- bahasa Sanskrit( masih digunakan orang India sehingga hari ini)
- Epik Mahabharata dan Ramayana( hasil karya sastera agama Hindu dan Buddha)
8. AGAMA
- tempat asal agama Hindu dan Buddha
9. YOGA
- memperkenalkan yoga kepada dunia
Perbezaan yang ketara yang kita boleh lihat ialah sistem kasta yang membahagikan masyarakat kepada beberapa golongan mengikut taraf. Dahulu, sistem kasta mempunyai golongan pariya yang merupakan golongan paling hina dalam masyarakat dan dilayan dengan layanan yang teruk. Sistem kasta sekarang masih lagi di amalkan tetapi sudah kurang dan tidak seteruk dahulu. Selain itu, wanita pada zaman dahulu juga diletakkan di tahap yang rendah dan hina. Manakala zaman sekarang, wanita mempunyai taraf yabg sama dengan lelaki dan mereka juga mampu keluar menuntut ilmu dan bekerja.
Peradaban india dapat berkembang dengan baik adalah kerana salah satu faktornya bebas dari cengkaman penjajah. Mereka mampu mentadbir negara sendiri dan dapag mencorak kemajuan negara sendiri tanpa arahan dan sekatan dari penjajah. Selain itu, pemimpin juga memainkan peranan yang penting dalam memimpin kemajuan peradaban india dengan sokongan dan kerjasama dari masyarakat India
|
|
alaa
New Member
Posts: 8
|
Post by alaa on Dec 23, 2015 8:42:30 GMT
NUR ALAA’ NASUHA ABD. AZIZ
2015441344
DS240
GROUP B
REFLEKSI TAMADUN INDIA
REFLEKSI 1
1. Kaitkan pengaruh Islam ke atas perkembangan dan kemajuan seni bina di India. Berikutnya jelaskan perbezaan seni bina bagi setiap zaman di India.
Pengaruh Islam ke atas seni bina di India dapat dilihat pada pembinaan yang terunggul iaitu Taj Mahal dan Masjid Moti (Masjid Mutiara). Taj Mahal telah dibina daripada batu-bata berwarna putih (marmar), mozek, dan batu-batu permata pada zaman dinasti Mughal. Ciri- ciri yang menunjukkan Islam pada Taj Mahal ialah:
• Seni bina yang dipengaruhi dari Parsi, Turki, India, dan Islam yang dilabel sebagai "permata seni bina Islam".
• Binaan menara yang tinggi iaitu 4 menara di setiap penjuru yang berjarak 46m.
• Pintu masuk berbentuk lengkungan yang menawan menyerupai sebuah masjid.
• Corak hiasan seni bina Islam iaitu bentuk jambangan bunga dan geometri yang mencerminkan simbolik antara alam sekitar dan tanda-tanda keagungan tuhan.
• Hiasan ayat al-Quran dan ukiran Khat.
Agra Fort juga menunjukkan pengaruh Islam pada seni bina di India. Agra Fort merupakan kubu pertahanan yang mengelilingi Taj Mahal dan juga menjadi simbol kepada perpaduan monumen. Ia mempunyai dua pintu masuk iaitu Pintu Delhi dan Amar Singh Gate. Agra Fort juga menggandakan apogee seni Indo-Islam yang dipengaruhi Parsi.
Zaman Asoka: pintu gerbang dipengaruhi oleh agama Buddha.
Zaman Gupta: pembinaan kuil. Golongan Brahmin yang menentukan konsep asas. Agama Hindu menekankan simbol empat segi manakala Buddha lebih kepada bentuk bulat. Pertama, Shikara bermaksud bentuk kereta kuda orang Aryan. Kedua, Vimana iaitu kuil yang berbentuk percampuran piramid bertingkat dan menjadi lambang seni bina kuil selatan India. Ketiga, Ratha iaitu batu tunggak diukir menjadi bentuk binatang. Akhir sekali, Gopuram yang menandakan pintu masuk utama ke kompleks kuil.
Zaman Maurya: tiang Asoka.
Zaman Chola: kuil Brigathiswarar di Thanjavur yang menunjukkan keunikan corak seni bina.
Zaman Vedik: bangunan keagamaan diubahsuai oleh orang-orang agama Buddha semasa pemerintahan Maharaja Asoka.
REFLEKSI 2
2. Jelaskan pencapaian Tamadun India yang diperolehi dalam pelbagai bidang. Bezakan antara suasana Tamadun India yang lampau dan sekarang , pada pendapat anda, apakah faktor perkembangan peradaban India ?
Pencapaian tamadun India:
• Mempunyai pembangun IT terpantas di dunia.
• 17 bahasa utama digunakan dan merupakan negara yang sering menggunakan bahasa Inggeris.
• Ekonomi India diiktiraf sebagai yang ke-3 terbesar dan dibuktikan apabila India merupakan negara terbesar yang membuat pembelian barangan kemas.
• Aktiviti pertanian terbesar terutamanya pengeluaran susu dan mangga.
• Negara paling membangun dalam ekonomi (2013-2015)
• Merupakan negara ketujuh terbesar di dunia dari segi keluasan.
• Mempunyai 3 lautan terbesar.
• Terdiri daripada 5100 bandar dengan 20 bandar utama.
• Mempunyai 4 agama utama.
• Terdapat lebih 2000 etnik dan 29 bahasa utama.
• Terkenal dengan ‘7 Wonders of India’ iaitu Lotus Temple, Qutas Ninar, Charminar, Sun Temple, Hawa Mohal dan Taj Mahal.
• Merupakan negara kedua terbesar mengimport senjata
• Negara kedua terbesar yang terkenal dengan pertanian
• Mempunyai sistem pertahanan negara yang kukuh (negara keempat terbesar dengan anggota tentera udara,mempunyai angkatan tentera laut yang kelima terbesar di dunia)
• Salah satu negara yang melancarkan satelit.
Perbezaan tamadun India yang dulu dengan sekarang ialah rakyat mereka telah diberi hak bersuara dengan memperkenalkan sistem demokrasi sekali gus menghapuskan sistem feudal di mana raja berkuasa mutlak. Selain itu, jumlah rakyat yang banyak menyebabkan banyak yang mengalami kebuluran dan tidak terurus. Hal ini kerana ekonomi mereka yang kian mundur.
Faktor perkembangan peradaban tamadun India:
• Tanah subur.
• Perancangan bandar yang sistematik.
• Sistem peparitan yang mantap.
• Aktiviti perdagangan yang menyebabkan berlaku pertembungan budaya.
• Ekonomi dan politik yang stabil.
|
|
|
Post by izzyyanie on Dec 24, 2015 2:46:29 GMT
NOOR IZZYANI BINTI MAHADZIR 2015441716 DS240 (GROUP B)
REFLEKSI 1
Terdapat pelbagai peninggalan senibina yang masih lagi berdiri sehingga zaman ini. Antaranya ialah Taj Mahal dan Masjid Moti. Seni bina tamadun ini banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan cuaca. Antara pengaruh tamadun Islam terhadap seni bina Taj Mahal adalah Taj Mahal mempunyai 4 menara menghiasi setiap penjuru, ini merupakan ciri bina Islam yang berunsurkan binaan menara yang tinggi. Kedua, Taj Mahal mempunyai pintu masuk berbentuk lenkungan yang menyerupai sebuah masjid kerana senibina Islam biasanya mempunyai bentuk binaan yang menyerupai bentuk masjid lapangan. Ketiga, seni bina Taj Mahal mempunyai hiasan berunsurkan jambangan bunga dan geometri yang mencerminkan simbolik antara alam sekitar dan tanda-tanda keagungan Tuhan. Akhir sekali, ayat al-Quran menjadi hiasan utama Taj Mahal dan ukiran huruf khat thuluth Islam yang menjadi seni huruf utama Taj Mahal.
Semasa zaman Gupta , konsep asas seni bina ditentukan oleh kalangan Brahmin. Zaman ini mempunyai 4 struktur penting iaitu shikara, Vimana , ratha dan Gopuram. Selain itu, sewaktu zaman Maurya , seni bina pada zaman ini berkembang maju. Sebagai contoh, Tiang Asoka adalah contoh terbaik kemegahan seni bina di India. Seterusnya, pada Zaman Chola , Kuil Brigathiswarar mempunyai keunikan corak seni binanya. Semasa Zaman Vedik pula, orang-orang agama Buddha telah mengubahsuai banyak bangunan keagamaan semasa pemerintahan Raja Asoka. Antara bangunan yang diubahsuai ialah kuil dua di Bhaja, Ajantha, Ellora dan Mahapallipuram
REFLEKSI 2
Antara pencapaian tamadun India ialah Qutab Minar, Charmina, Sun Temple, Hawa Mahal dan Taj Mahal. Dahulunya India mempunyai sistem kasta atau hamba. Sistem ini sangat berpengaruh di India. Contoh kelas kasta ialah Brahmin, Ksatriya, Vaisya, Sudra, Pariah. Mereka juga yang memperkenalkan nombor sifar dan algebra. Dari segi kesenian, merepa sangat mahir dalam hal hal kesenian seperti seni ukir, tarian, drama dan seni lukis. Kesimpulannya, India telah mencapai kejayaan yang besar dalam pelbagai bidang.
Perbezaan Tamdun India pada zaman dahulu dan sekarang adalah dari segi pemerintahan. Pada zaman dahulu, Tamadun India mengamalkan corak pemerintahan feudal yang bermaksud raja berkuasa mutlak. Pada zaman sekarang, India mengamalkan system pemerintahan demokrasi.
Faktor perkembangannya ialah bahawa keagamaan di india telah menyebabkan sifat-sifat yang baik dan positif dipupuk oleh penganutnya. Struktur organisasi sosial telah menyebabkan India menjadi negara yang berorganisasi di mana semua orang mempunyai peranan masing-masing. Selain itu, masyarakat India mempunyai semangat yang tinggi untuk memajukan negara mereka serta mereka mempunyai semangat cinta akan negara yang tinggi yang menyumbang kepada perkembangan peradaban di negara mereka. Mereka juga gigih berusaha mencari ilmu pengetahuan serta bersunggguh-sungggu dalam membuat sesuatu pekerjaan.
|
|
masyi
New Member
Posts: 7
|
Post by masyi on Dec 25, 2015 8:16:23 GMT
MASYITAH BT MOHD ZAIRI 2015418394 GROUP B REFLEKSI 1 Pengaruh Islam ke atas Perkembangan dan Kemajuan Seni Bina Tamadun India.Tamadun India memperlihatkan perkembangan dan kemajuan seni bina yang baik, terutamanya dari aspek perancangan bandar yang sistematik. Perkembangan perancangan bandar yang sistematik oleh Tamadun India banyak dipengaruhi oleh faktor persekitaran dan cuaca pada ketika itu. Pengaruh Islam terhadap pencapaian seni bina pada Tamadun India dapat dibuktikan menerusi binaan Taj Mahal dan Masjid Moti yang turut dikenali sebagai Masjid Mutiara. Taj Mahal merupakan Permata Seni Bina Islam dan dianggap seni bina yang terbaik dari dinasti Mughal. Hal ini disebabkan, ia merupakan kompleks bersepadu yang menggabungkan seni bina dari Parsi, Turki, India dan Islam. Pembinaan Taj Mahal bermula berhampiran Sungai Jumna pada tahun 1631 dan selesai dibina pada tahun 1648 yang memakan masa selama 17 tahun. Penambahan bangunan biara dan halaman pula siap pada tahun 1653. Bangunan yang dibina semasa dinasti Mughal ini memerlukan khidmat pekerja seramai 20 000 orang. Maharaja Shah Jahan telah mengarahkan pembinaan Taj Mahal sebagai monumen bagi mengenang isterinya yang kelima iaitu Mumtaz ul Zamani/Mumtaz Mahal. Ciri- ciri seni bina Taj Mahal yang unik ialah Taj Mahal dibina daripada batu marmar yang berwarna putih serta mozek dan batu bata permata seperti berlian, jed, kristal dsb. Terdapat empat kesan pengaruh Islam yang signifikan yang dapat disaksikan pada Taj Mahal. Pertamanya, Taj Mahal mempunyai empat menara yang berketinggian 46 meter yang menghiasi setiap penjurunya. Seni bina Islam turut memperlihatkan binaan menara yang tinggi. Keduanya, Taj Mahal telah didirikan di hujung sebuah taman yang luas dengan pintu masuk yang menawan berbentuk lengkungan. Unsur seni bina ini amat menyerupai masjid, tempat beribadat bagi umat Islam. Kebiasaannya, masjid mempunyai bentuk masjid lapangan yang dapat diperhatikan pada Taj Mahal. Ketiganya, corak seni bina Islam pada Taj Mahal ialah hiasan yang berunsurkan jambangan bunga dan geometri. Corak seni bina ini merupakan simbolik antara alam sekitar dan tanda keagungan tuhan yang menjadi hiasan utama seni bina Tamadun Islam. Akhirnya, hiasan seni huruf utama Taj Mahal iaitu ayat- ayat Al Quran dan ukiran huruf khat thuluth Islam juga menggambarkan pengaruh seni bina Islam terhadap tamadun India. Perbezaan Seni Bina India Bagi Setiap Zaman di India. Zaman Gupta- Binaan pada zaman Gupta seperti kuil dianggap penting untuk penyebaran agama
- Agama Hindu menekankan simbol empat segi
- Agama Buddha menekankan simbol bulat
- Konsep asas seni bina ditentukan oleh golongan Brahmin, golongan atasan di India yang mempunyai ilmu pengetahuan khususnya dalam aspek keagamaan
- Seni bina dan seni ukir mencapai kegemilangan pada zaman ini
- Shikara ---> Bentuk kereta kuda orang Aryan
- Vimana ---> Kuil berbentukpencampuran piramid bertingkat
- Ratha ---> Batu tunggak diukir menjadi bentuk binatang
- Gopuram ---> Pintu masuk utama ke kompleks kuil
Zaman Maurya- Zaman kegemilangan dicapai di bawah pemerintahan Asoka
- Seni bina seperti pintu- pintu gerbang dipengaruhi oleh agama Buddha
- Tiang Asoka merupakan contoh terbaik kemegahan seni bina India
Zaman Chola- Keunikan corak seni bina iaitu Kuil Brigathiswarar di Thanjarur
Zaman Vedik- Bangunan keagamaan diubah suai oleh orang- orang agama Buddha semasa pemerintahan Maharaja Asoka
- Contohnya Kuil Dua di Bhaja, Ajantha, Ellora dan Mahapallipuram
REFLEKSI 2 Pencapaian Tamadun India yang diperoleh dalam pelbagai bidang.
Tamadun India merupakan salah satu tamadun yang banyak memberi sumbangan kepada perkembangan ilmu pengetahuan dunia. Contohnya, sumbangan di dalam bidang perubatan, matematik, muzik, tarian, fizik, kimia, astronomi, senibina, bahasa dan kesusasteraan dsb. Pencapaian tamadun India dalam bidang :
- Pada zaman Vedik, ilmu perubatan Tamadun India bermula sebagai seni ilmu sihir. Unsur-unsur perubatan seperti fisiologi, pembedahan, pernafasan melalui amalan yoga, reproduksi manusia, farmakologi dan perubatan binatang telah wujud sebelum tahun Masihi. Teks-teks perubatan India seperti Caraka pada kurun pertama hingga kurun kedua dan Susruta pada kurun keempat dianggap setaraf dengan Hippocrates dan Galen.
- Sistem angka sifar atau sistem sunya mempelopori penggunaan sistem nombor 0 hingga 9. Konsep sifar ini menjadi asas kepada angka kosong dalam sistem matematik hari ini. Aktiviti matematik ini adalah berdasarkan aturan kiraan tali. Matematik berkembang pada waktu ini disebabkan keperluan agama iaitu pemujaan dan pengorbananan yang diperkenalkan pada zaman Gupta. Sebelum adanya konsep sifar hanya nombor positif sahaja yang diketahui. Setelah nombor sifar ditemui wujudlah nombor negatif yang terdapat dalam sistem matematik hari ini. Sifar atau kosong ini diwakili oleh titik yang dikenali sebagai Pujyam. Konsep kosong juga dikenali sebagai Shukla dan Shubra. Orang Arab kemudiannya memanggilnya Siphra atau Sifr.
- Bidang geometri Tamadun India mencapai tahap cemerlang apabila ia menjadi asas penting dalam senibina yang diigunakan secara meluas terutama dalam merangka mandala. Bentuk-bentuk geometri juga telah digabungkan dengan bentuk tumbuhan dan menjadi hiasan kuil-kuil di seluruh India. Aryabhata telah menulis di dalam Aryabhaliyam tentang teori-teori geometri. Aryabhata turut berjaya mengira dengan tepat jumlah hari dalam setahun iaitu 365 hari. Beliau juga membuktikan bumi berputar di atas paksinya dan gerhana pula disebabkan bayang bumi.
- Bidang algebra Tamadun India berkembang sejak abad ke 5 Masihi dan dikenali sebagai Ganitam yang berasal dari perkataan Bijaganitam. Selepas kurun ke- 13, orang Arab telah mengkaji tentang bidang matematik Tamadun India apabila mereka mula memasuki India. Mereka telah memperkembangkan lagi ilmu matematik yang diperoleh dari sini yang kemudiannya diberi nama Al-Jabar. ‘Al’ bermaksud satu, ‘Jabr’ pula bermaksud penggabungan. Pada zaman pertembungan antara tamadun Islam dengan barat, kaedah algebra ini telah disebarkan ke barat. Algebra yang dikenali pada masa ini adalah dari ‘al-Jabr’ yang dibangunkan orang Arab dari Bijaganitam yang berasal dari India.
- Trigonometri yang terdiri daripada sinus, kosinus dan kotangen telah dibangunkan pada kurun ke 15 dianggap contoh pertama bagi siri kuasa . Trigonometri dimajukan apabila kiraan satu- satu sudut menggunakan kaedah separuh dan ia kekal hingga hari ini. Kaedah ini dikembangkan dalam kitab Aryabhatiya yang ditulis oleh Aryabhata dan kitab Pancasiddahta karya Varamahira.
- Terdapat empat kategori dalam alat muzik Tamadun India iaitu tata, alat muzik bertali, avanaddha, alat muzik berdram, ghana alat muzik solid atau ideophone dan susira, alat muzik angin. Bidang muzik India Utara berbeza daripada bidang muzik India Selatan. Contohnya, India Utara: sitar, sahnai dan tabla. India Selatan: Karnataka.
- Tarian yang tulen adalah mempunyai pergerakan gaya tangan, kaki, tangan muka, perasaan.
Perbezaan Antara Suasana Tamadun India yang Lampau dan Sekarang. Tamadun dahulu lebih ekstrem berbanding tamadun sekarang dari segi pengkelasan masyarakat. Antara perbezaan yang paling ketara dalam sistem pengkelasan masyarakat dalam tamadun dahulu dan juga tamadun sekarang ialah melibatkan golongan bawahan. Golongan bawahan dari tamadun dahulu rendah tarafnya hingga dijadikan hamba. Golongan bawahan dari tamadun sekarang lebih terjaga tarafnya kerana dilindungi dan diberi hak keistimewaan dalam undang-undang dan perlembagaan. Golongan yang berstatus tinggi merupakan golongan yang berada di tahap sosial yang tinggi. Golongan bangsawan banyak menindas golongan bawahan, golongan bawahan dijadikan hamba. Tamadun India dalam sistem kasta, golongan bawahan iaitu Paria, rakyat bawahan yang dipinggirkan yang dijadikan hamba abdi. Satu institusi sosial yang unik bagi masyarakat India dan ia juga dikenali sebagai system jati. Lazimnya system ini jati dianggap sebagai salah satu aspek dalam ajaran agama Hindu tetapi tafsiran seperti ini adalah salah dan usaha untuk menghubungkaitkan konsep karma dengan system jati merupakan interpretasi yang salah. Sistem kasta masyarakat India boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu sistem varna dan sistem jati. Kehidupan berkasta masyarakat India dalam sistem varna adalah pembahagian kelas sosial yang tetap hierarkinya dan tidak berubah. Sistem ini membahagikan masyarakat kepada lima kelas sosial seperti berikut :
- Brahmin: golongan pendidik, intelek dan ahli agama
- Kshatriya: pemerintah, pentadbir dan tentera
- Vaisya: pedagang dan peniaga
- Sudra: buruh dan petani
- Panchama/ Chandala: golongan murtad dan dibuang daripada varna
Sistem jati pula ialah satu sitem yang berasaskan kesatuan sekerja dan tidak mempunyai hierarki sosial. Sistem ini wujud pada Zaman Veda kemudian bertujuan untuk menjaga kebajikan ahlinya apabila pemerintahan pusat mengalami kemerosotan dan tidak mampu menjamin keselamatan rakyatnya.
Faktor Perkembangan Peradaban IndiaKelahiran Tamadun India dipengaruhi oleh faktor wujudnya doktrin Buddhisme. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka , doktrin membawa kepada dua maksud yang berbeza . Karl Marx menyatakan doktrin ialah ajaran yakni bukan agama tetapi sesuatu ilmu yang dianut atau dijadikan pegangan. Selain itu , Monroe & Karl Marx juga menyatakan bahawa doktrin ialah prinsip atau kepercayaan yang dianggap benar dan satu-satunya yang dapat diterima. Kekukuhan sesuatu agama adalah bergantung kepada dua faktor iaitu agama universal dan kepercayaan komuniti. Agama Buddha merupakan salah satu agama universal di Asia Selatan, Asia Tenggara dan Asia Timur. Agama Buddha ini telah diasaskan oleh Sidharta Gautama yang mana beliau merupakan seorang putera raja. Hal ini demikian kerana, beliau ingin mencari kebenaran untuk mengatasi pelbagai penderitaan hidup sehingga menyedari semuanya angkara mara syaitan.
|
|
farah
New Member
Posts: 6
|
Post by farah on Dec 25, 2015 15:26:23 GMT
FARAH FARHANA BINTI RUSLE 2015215722 GROUP B SumbanganTamadun India dalamSeniBina
Kesenian tempatan mempengaruhi kesenian seni bina pada Tamdun India.
Pada awalnya ia banyak berkait rapat dengan budaya Islam tetap iurusan untuk mengindahkan sesuatu bangunan itu mengunakan senibina Tamdun India.
Contoh yang dapa tdilihat adalah seperti Masjid Fathur Sikri yang dibina oleh Sultan Akhbar.Masjid ini dibina di sebuah daerah Agra di negeri Uttar Pradesh, India.
Seterusnya, Tamdun India jugamembina salah sebuah masjid yang terkenal iaitu Masjid Mutiaraatau Motidan juga taman Shah Dara di Lahore oleh Jahangir.
Seni bina Taj Mahaljuga merupakan salah sebua hbinaan yang dikagumi oleh dunia. Taj Mahal merupakan salah satu binaan yang dimasukkan dalam senarai keajaiban dunia.Rekaan yang mempersonakan menyebabkan ianyamenjadi tarikan pelancong dari serata pelosok dunia .
PENGARUH ISLAM KEPADA PERKEMBANGAN DAN KEMAJUAN SENI BINA TAMADUN INDIA:
1.seni bina taj mahal semasa pemerintahan maharaja Shah Jehan. seni bina taj mahal merupakan gabungan seni bina Parsi, Turki, india dan Islam. Taj Mahal mempunyai 4 menara di setiap penjuru yang berunsurkan Islam kerana binaan menara yang tinggi. taj Mahal juga dibina di sebuah taman yang luas dengan pintu masuk berbentuk lengkungan yang menarik dan menyerupai masjid. baisanya seni bina islam akan menerapkan unsur seni bina masjid di kawasan lapangan. taj mahal juga ada hiasan yang berunsurkan corak atau jambangan bunga serta geometrik yang melambangkan alam sekitar dan keagungan tuhan. ayat alquran serta tulisan khat juga menjadi ukiran di taj mahal.
2. Masjid Quwwat-ul-Islam juga melambangkan seni bina Islam semasa zaman delhi.
3. kebanyak seni bina di tamadun india mengunakan batu marmar dan ukiran yang juga berkaitan dengan seni bina islam. masjid dan bangunan juga mempunyai kubah.
Perbezaansenibinapadasetiapzaman
Zaman Gupta
• Pembinaansepertikuilamatpentinguntukpenyebaran agama.
• Padazamaninisenibinadanseniukirmencapaikegemilangannya.
• Konsepasasditentukanolehkalangan Brahmin.
• Agama Hindu menekankansenibinadalambentukempatsegimanakala agama Buddha menekankansenibinadalambentukbulat.
• Mempunyaiempatstrukturpenting :shikara, vimana, ratha, gapuram.
ZamanMaurya
• Tiang Asoka merupakan lambing kemegahan.
ZamanChola
• KuilBrigathiswarardibina di Thanjavar yang menunjukkankenunikancoraksenibina.
ZamanVedik
• Banyakbangunankeagamaandiubahsuaioleh orang-orang agama Buddha semasapemerintahan Maharaja Asoka.
SumbanganTamdun India
Ilmupengetahuan :
• Banyak masjid, maktab-maktabdan madrasah sebagaipusatpenyebaranilmudibinaolehpemerintah.
• Bahkanpemerintahjugamenjadipenaungkepadakegiatanintelektualdanperkembanganilmu.
• Pusattamadundanintelektualwujud di meratatempatsepertiagra, Delhi, Lajore, Gujeratdan lain-lain.
BidangMatematik
• Geometri
• Algebra
• Angkasifar
• Karyamatematik
• Perpuluhanmatematik
Astronomidankalendar
• Dingunakanuntukmenetukanupacarapengorbanan
• Calendar mataharidiciptauntukmengenalmusim, tahun, bulandanhari
Bidangfizik
• Konsepjirimlahirtidakberdasarkaneksperimentetapiinstituisi logic
• Alamsemestadijelaskanmempunyaimempunyai 5 elemeniaitutanah, api, air, angina, angkasa
• Ilmu atom dalamtamadun India lebihtulen
Kimia
• Menghasilkanubatbertujuanuntukmemanjangkanusia
• Penciptaanbeberapabahan alkali utama, asiddangaram
Perubatan
• Ilmuperubatanmerupakanilmusihir
• Perkembanganbidangfisiologi, pembedahan, senipernafasan, reproduksimanusia, dan veterinary telahberlakusejakzamansebelummasihilagi
Suasana tamadun India lampau dan kini Suasana Tamadun India pada zaman lampau dan zaman kini mempunyai banyak perbezaan.Perbezaan ketara yang dapat dilihat ialah suasana politik iaitu dari segi pemerintahannya;
-Dahulu
Menggunakan sistem feudal (Raja berkuasa mutlak)
-Kini
Menggunakan sistem demokrasi (Mengutamakan mandat dan suara rakyat dalam pemerintahan)
Faktor perlembangan peradaban tamadun India Pertambahan penduduk Kemajuan teknologi Penciptaan alat-alat bercucuk tanam
|
|
|
Post by sarahathirah on Dec 26, 2015 17:31:04 GMT
SARAH ATHIRAH BINTI RIZAL 2015229668 DS240 GROUP A REFLEKSI 1
PENGARUH ISLAM KE ATAS PERKEMBANGAN DAN KEMAJUAN SENI BINA . BERIKUTNYA JELASKAN PERBEZAAN SENI BINA BAGI SETIAP ZAMAN DI INDIA .
TAJ MAHAL - Gabungan unsur Parsi , Turki , Arab dan Islam dan dikenali sebagai ' permata senibina Islam' dapat dilihat pada reka bentuk Taj Mahal. - 4 menara menghiasi setiap penjuru Taj Mahal berunsurkan binaan menara tinggi - Pintu masuk berbentuk lengkung menyerupai sebuah masjid. - Corak hiasan yang berbentuk jambangan bunga dan geometri yang menjadi simbolik antara alam sekitar dan tanda-tanda keagungan Tuhan . - Ayat Al-quran dalam bentuk tulisan Khat sebagai hiasan di dinding Taj Mahal ZAMAN GUPTA Salah satu cara penyebaran agama ialah melalui pembinaan kuil . Agama Hindu menekankan simbol empat segi . Agama budha pula menekankan simbol lebih kepada condong kepada bentuk bulat . Selain itu, terdapat empat struktur penting iaitu Shikara(bentuk kereta kuda orang Aryan), Vimara( kuil yang berbentuk pencampuran pyramid bertingkat), Ratha(batu tunggak diukir menjadi batu binatang), Gopuram(menandakan pintu masuk utama ke kuil). ZAMAN MAURYA Seni bina telah berkembang maju . Tiang Asoka telah menjadi simbol kemegahan . ZAMAN CHOLA Kuil Brigasthiswarar dibina di Thanjavur mempamerkan keunikan corak seni bina. ZAMAN VEDIK Banyak bangunan keagamaan diubahsuai oleh orang Buddha . Contohnya , di Bhaja , Ajantha , Ellora dan Mahapallipuram. REFLEKSI 2 PENCAPAIAN TAMADUN INDIA DALAM PELBAGAI BIDANG
India merupakan negara ketujuh terbesar di dunia dari segi keluasan . Ia juga mempunyai 3 lautan terbesar . India juga mempunyai lebih 2000 etnik dan 29 bahasa utama serta 4 agama utama . India terkenal dengan Lotus Temple, Qutas Ninar, Charminar, Sun Temple, Hawa Mohal dan Taj Mahal. Tempat-tempat ini dikenali sebagai ‘7 Wonders of India’ . Dari aspek pertahanan , India merupakan negara kedua terbesar mengimport senjata . India mempunyai sistem pertahanan negara yang kukuh dan teguh ini adalah kerana mereka merupakan negara keempat terbesar dengan anggota tentera udara,mempunyai angkatan tentera laut yang kelima terbesar di dunia . Dari aspek ekonomi , India merupakan negara paling membangun pada tahun 2013 hingga 2015 . India menjadi pembekal barang kemas dan perhiasan terbesar . Bukan sahaja itu , mereka juga pembekal susu terbesar. Selain itu , India merupakan satu daripada enam negara yang melancarkan satelit serta mempunyai bidang IT yang paling pesat membangun . PERBEZAAN ANTARA SUASANA TAMADUN INDIA YANG LAMPAU DAN SEKARANG
Pada zaman dahulu , tamadun India menggunakan sistem feudal . Sistem ini meletakkan raja berkuasa mutlak atas segala keputusan untuk rakyatnya . Namun , keadaan masyarakat telah dijaga dengan baik . Malah ekonomi semakin berkembang maju di persada dunia . Pada zaman ini , tamadun India mengamalkan sistem demokrasi yang bersifat rakyat bersama-sama mempunyai kuasa untuk meluahkan pendapat masing-masing untuk sebarang keputusan yang melibatkan negara . Namun kerana jumlah masyarakat yang sangat ramai , terdapat segelintir yang terabai kebajikannya . Ekonomi juga semakin merundum . FAKTOR PERKEMBANGAN PERADABAN TAMADUN INDIA
Antara faktor perkembangannya ialah sistematik dalam sesuatu perancangan . Ini dapat lihat pada tamadun Indus di mana kedudukan ruman diatur berasaskan blok dan tersusun . Selain itu , masyarakat tamadun ini sangat menitikberatkan kebersihan . Ini dapat dilihat di aman air buangan dialirkan melalui longkang yang tertutup. Seterusnya , pembinaan sistem perparitan untuk mengelak berlakunya banjir .
|
|
|
Post by fazleenanis on Dec 27, 2015 4:34:30 GMT
NURUL FAZLEEN ANIS BINTI CHE AZIZ 2015218624 DS240(A)
REFLEKSI 1
Secara umumnya, tamadun India memberikan sumbangan yang besar dalam kesenian seni bina. Antara seni bina yang terkenal di India dan masih berdiri teguh adalah Taj Mahal dan Masjid Mutiara. Taj Mahal mempunyai seni bina mewah yang terbaik dari dinasti Mughal. Seni bina Mughal menggabungkan seni bina Parsi, turki, India dan Islam serta dikatakan "Permata Seni Bina islam" yang merupakan perkembangan dan kemajuan seni bina di India sedikit sebanyak telah dipengaruhi oleh ciri-ciri seni bina tamadun Islam. Contoh seni bina di India yang mendapat pengaruh seni bina tamadun Islam ialah Taj Mahal yg mula dibina berhampiran Sg Jumma pada tahun 1631. Antara ciri-ciri binaan pada Tamadun India yang dipengaruhi seni bina Islam ialah binaan empat menara yang tinggi contohnya menara yang telah dibina oleh masyarakat dengan ketinggian 46m bagi menghiasi setiap penjuru Taj Mahal. Selain itu, terdapat juga bentuk binaan yang menyerupai bentuk masjid lapangan contohnya, Taj Mahal didirikan di hujung sebuah taman yang luas dan pintu masuknya berbentuk lekungan menyerupai sebuah masjid. Selain itu, corak hiasan berunsurkan bunga dan geometri juga dapat dilihat apabila senibina Taj Mahal dihiasi dengan corak yang berunsurkan jambangan bunga dan geometri yang memeteraikan simbolik antara alam sekitar dan tanda-tanda keagungan Tuhan. Akhir sekali, ciri-ciri binaan pada Tamadun India yang dipengaruhi seni bina Islam ialah senibina yang dihiasi dengan ayat al-Quran. Taj Mahal banyak dihiasi dengan potongan ayat-ayat Al-Quran, selain daripada ukiran khat thuluth Islam menjadi seni huruf utama Taj Mahal.
Terdapat pelbagai perbezaan dari segi seni bina pada setiap zaman di Tamadun India:
1. Zaman Gupta: Binaan kuil untuk penyebaran agama, konsep asas ditentukan oleh kalangan Brahmin, agama hindu mementingkan binaan bersimbol empat segi manakala agama Buddha mementingkan bulat, dan mempunyai empat struktur penting iaitu Shikara, Vimara, Ratha, Gopuram.
2. Zaman Maurya: Berkembang maju, sebagai contoh ialah Tiang Asoka dimana undang-undang dan informasi dipahat pada tiang supaya senang dibaca masyarakat. Tiang ini merupakan lambang kekuatan dan kemegahan seni bina tamadun India.
3. Zaman Chola: Pembinaan kuil Brigathiswarar di Thanjavur.
4. Zaman Vedik: Semasa pemerintahan Maharaja Asoka, ramai penganut agama Buddha telah mengubahsuai bangunan keagamaan contohnya Kuil Dua di Bhaja, Ajantha Ellora dan Mahapallipuram.
REFLEKSI 2
Terdapat banyak pencapaian tamadun India yang dapat diambil iktibar untuk pembinaan tamadun-tamadun yang lain. Antara pencapaian terbesar dan teragung tamadun India ialah, pertama, India merupakan negara ketujuh terbesar yang kaya dengan pelbagai budaya, bahasa dan etnik. Seterusnya, negara India mempunyai tiga lautan besar, 5100 bandar (20 bandar utama). India merupakan negara kedua terbesar mengimport senjata, termasuk negara kedua terbesar dalam sektor pertanian dan penternakan. Negara India juga adalah negara keempat terbesar untuk tentera udara, negara kelima terbesar untuk tentera laut, seterusnya negara terbesar dalam demokrasi, dan negara paling membangun dalam ekonomi (2013-2015). Negara India adalah negara terbesar dalam barang kemas dan perhiasan, negara terbesar dalam menghasilkan susu, dan merupakan satu daripada enam negara yang melancarkan satelit. Selain itu,India juga mempunyai sektor IT yang paling pesat membangun dan juga terdapat bangunan yang mempunyai senibina hebat seperti Lotus Temple, Sun Temple, Qutab Minar, Hawa Mahal, Charminar serta Taj Mahal.
Tamadun India amat berbeza jika dibandingkan pada zaman lampau dan pada zaman kini. Perbezaan yang amat ketara dapat dilihat ialah apabila dilihat dari sudut politik, dari segi pemerintahannya; pada zaman terdahulu Tamadun India menggunakan sistem feudal iaitu raja berkuasa mutlak atas negara mereka. Namun begitu, pada masa kini, pemerintahannya menggunakan sistem demokrasi yang mengutamakan mandat dan suara rakyat dalam pemerintahan.
Terdapat banyak faktor yang membantu mengembangkan Tamadun India. Antaranya ialah:
1. Rangsangan keagamaan dan kerohanian. Hal ini adalah kerana sesebuah masyarakat yang menghayati kehidupan beragama akan sentiasa berusaha membangunkan kehidupan mereka menuju kepada kesempurnaan nilai dan ketinggian budaya.
2. Penggunaan mata wang sebagai medium jual beli sebagai contoh, penggunaan mata wang emas pada Zaman Gupta.
3. Terdapat persatuan perdagangan dan perusahaan (stresthin). Sebagai contoh, persatuan tukang kayu, tukang logam, tukang kulit dan sebagainya. Persatuan tersebut mengawal harga, kualiti serta gaji pekerja dan secara tidak langsung berlakulah perkembangan dalam bidang perdagangan.
4. Kerjasama antara pemerintah dan rakyat. Kerjasama ini amat penting bagi mengekalkan keamanan sesebuah tamadun. Apabila suasana menjadi aman, tamadun dapat berkembang dengan mudah dan rakyat serta pemerintah dapat berkomunikasi dengan mudah dan secara langsung.
5. Mempunyai pelabuhan yang menghubungkan India dengan negara luar. Kesannya, berlakulah interaksi antara tamadun India dengan tamadun lain yang lebih maju. Justeru itu, ilmu-ilmu baru untuk memperkembangkan tamadun dapat diperoleh secara tidak langsung.
|
|
syara
New Member
Posts: 5
|
Post by syara on Dec 27, 2015 14:30:45 GMT
NUR SYARA BINTI ABD WAHID 2015441332 DS 240 (B)
REFLEKSI 1
Pelbagai pengaruh Islam yang dapat dilihat dalam Tamadun India . Antara pengaruh Islam yang dapat dilihat dalam tamdun India ialah seni bina seperti Taj Mahal . Taj mahal merupakan yag menggabungkan ciri seni bina Parsi, Turki, India dan Islam . Antara pengaruh Islam pada seni bina ialah :
• Binaan Menara yang tinggi
• Di bina di hujung sebuah taman yang luas dan mempunyai pintu masuk berbentuk lengkungan yang menyerupai sebuah masjid .
• Taj mahal menjadikan ayat-ayat Al-Quran sebagai hiasan .
• Corak hiasan seni bina Islam yag berunsurkan flora dan geometri yang mencerminkan simbolik alam sekitar daan tanda keagungan tuhan.
Perbezaan seni bina bagi setiap zaman di India
1. Zaman Gupta
- Hindhu menekankan symbol empat segi
- Buddha menekankan symbol bulat
- Konsep asas ditentukann oleh Brahmin
- Terdapat 4 struktur penting seperti Shikara, Vimana, Ratha dan Gopuram
2. Zaman Maurya
- Mempunyai seni bina yang berkembang maju
- Mempunyai tiang Asoka yang membuktikan kegemilangan tamadun tersebut .
3. Zaman Chola
- Kuil Brigathiswarar di Thanjavur menunjukkan keunikkan corak seni bina .
4. Zaman Vedik
- Bangunan keagamaan diubahsuai oleh orang orang agama Buddha .
REFLEKSI 2
Pencapaian Tamadun India dalam pelbagai bidang :
Bidang Matematik
-Geometri :digunakan dalam upacara keagamaan
-Algebra :untuk mengira objek dan keluasan ruang
-Angka Sifar:dapat dilihat dalam transkrip awal tamadun India.
Bidang Astronomi dan Kalendar
-digunakan untuk menentukan masa pengorbanan
-kalendar matahri dicipta untuk mengenal musim, tahun, bulan dan hari
Bidang Fizik
-konsep jirim lahir berasaskan kemahiran akal
-alam semesta mempunyai lima elemen : api, tanah, air,angkasa dan angin
Bidang Perubatan
-bagi mereka ilmu perubatan merupakan ilmu sihir
-perkembangan bidang fisiologi, pembedahan, seni pernafasan, farmakologi
Perbezaan suasana tamadun India yang lampau dengan sekarang
-sistem politik dan pemerintahan : zaman dahulu menggunakan sistem feudal manakala zaman sekarang sistem demokrasi berparlimen
-Undang-undang dan peraturan hidup bermasyarakat : pada zaman dahulu, tiada undang-undang dalam keluarga tetapi pada zaman sekarang terdapat banyak undang-undang seperti perancangan keluarga.
-etika : masyarakat india terdahulu lebih beretika dan menjaga tertip manakala masyarakat sekarang kurang beretika terutama ketika berbicara.
Pada pandangan saya, faktor perkembangan peradaban India ialah masyarakat, budaya,kepercayaan dan nilai-nilai murni. Masyarakat memainkan peranan yang penting dalam membentuk kemajuan sesbuah tamadun. Sekiranya masyarakat india mempunyai sikap bekerjasama dan hormat-menghormati sesama sendiri, maka ini boleh membawa kepada perkembangan peradaban india.
|
|
|
Post by farizasabri on Dec 27, 2015 15:43:04 GMT
NUR FARIZA ZAHIRAH BINTI SABRI 2015428828 GROUP B REFLEKSI 1
Antara pengaruh Islam yang terdapat dalam perkembangan dan kemajuan seni bina di India dapat dilihat melalui pembinaan Taj Mahal dan Masjid Moti atau Masjid Mutiara. TAj Mahal telah dibina ole Maharaja Shah Jahan sebagai monumen untk mengenang isteri kelimanya iaitu Mumtaz ul Zamani yang lebih dikenali sebagai Mumtaz Mahal.Taj Mahal menggabungkan seni bina Parsi, Turki, India dan Islam serta dikatakan 'permata senibina Islam'. Taj Mahal mempunyai ciri-ciri seni bina Islam iaitu : - 4 menara yang lebih kurang 46 meter menghiasi setiap penjuru yang berunsurkan binaan menara yang tinggi
- didirikan di hujung sebuah taman yang luas dengan pintu masuk berbentuk lengkungan yang menawan menyerupai sebuah masjid
- mempunyai hiasan berunsurkan jambangan bunga dan geometriyang mencerminkan simbolik antara alam sekitar dan tanda-tanda keagunagn Tuhan
- Ayat al-Quran menjadi hiasan utama
- ukiran huruf khat thuluth Islam yang menjadi seni huruf utama
ZAMAN GUPTA | ZAMAN MAURYA | ZAMAN CHOLA | ZAMAN VEDIK | mempunyai 4 struktrur penting :
shikara
vimana
ratha
gopuram
| Contoh terbaik kemegahan seni
bina India :
Tiang Asoka
| Kuil Brigathiswarar di Thanjavur
menunjukkan keunikkan corak seni
bina | Kuil dua di Bhaja, Ajantha, Ellora
dan Mahapallipuram. |
REFLEKSI 2Terdapat beberapa pencapaian Tamadun India dalam pelbagai bidang. Antaranya ialah India : - mempunyai Lotus Temple, Qutab Minar, Charminar, Sun Temple, Hawa Mahal dan Taj Mahal.
- merupakan negara kedua terbesar dalam pertanian
- negara yang mempunyai penduduk yang sangat ramai
- negara yang empunyai lebih dari 2 ribu kumpulan etnik
- mempunyai 17 festival majoriti
- mempunyai 8 jenis tarian
- mempunyai 29 jenis bahasa
- mempunyai 13 sungai terbesar
- merupakan negara yang perkembangan sektor ITnya tercepat di dunia
- mempunyai kekuatan tentera kedua terbesar di dunia
- mempunya tentera udara keempat terbesar di dunia
- mempunyai tentera laut kelima terbesar di dunia
- merupakan negara demokrasi terbesar di dunia
- merupakan negara ketiga terbesar dalam bidang ekonomi
- merupakan negara yang mempunyai pembangunan ekonomi terpantas pada 2013-2015 mengikut Morgan Stanley
Antara perbezaan tamadun India pada zaman dahulu dan sekarang ialah melibatkan golongan bawahan. Pada zaman dahulu, golongan bawahan rendah tarafnya hingga dijadikan hamba. Pada zaman sekarang, golongan bawahan lebih terjaga tarafnya kerana dilindungi dan diberi hak keistimewaan dalam undang-undang dan perlembagaan.
Antara faktor perkembangan peradaban India ialah keinginan mencari kekayaan iaitu di Asia dan Rom. Seterusnya penyebaran agama Buddha dan Brahmanisme. Selain itu ialah penaklukan empayar oleh Saleindra di Sumatera dan Kedah. Seterusnya ialah aktiviti pelayaran dan akhir sekali ialah aktiviti perdagangan di Takuapa, Labu Tuwa dan Sumatera.
|
|
|
Post by elhuda on Dec 28, 2015 7:11:27 GMT
NUR AL HUDA (2015230028) GROUP A (DS240)
REFLEKSI 1
Pengaruh Islam ke atas perkembangan dan kemajuan seni bina di India
Pada zaman pemerintahan Akhbar baginda telah menjadi penaung kepada perkembangan seni bina di India yang juga menggabungkan seni bina Hindu dan Muslim. Bangunan yang terkenal iaitu Taj Mahal dibina atas arahan Shah Jahan untuk memperingati isteri kesayangannya, Mumtaz Mahal yang merupakan satu keajaiban dunia. Taj Mahal berbentuk oktagen dan dibina di atas podium (pentas) batu marmar putih. Bangunan ini mempunyai empat menara di empat penjuru podium. Proses pembinaan bangunan ini telah melibatkan 20000 buruh yang kebanyakkan terdiri daripada orang Asia. Seni bina bangunan ini direka oleh arkitek Parsi, Ustad Isa Khan Effendi dan anak muridnya, Ahmad Ustad. Kubahnya direka bentuk oleh Ismail Khan. Seterusnya, ayat Al-quran menjadi hiasan utama Taj Mahal dan ukiran huruf khat thuluth Islam yang menjadi seni huruf utama Taj Mahal.
Perbezaan seni bina setiap zaman di India
1. Zaman Gupta Binaan kuil untuk penyebaran agama, mementingkan binaan bersimbol empat segi dan mementingkan bulat, dan mempunyai empat struktur penting iaitu Shikara, Vimara, Ratha, Gopuram.
2. Zaman Maurya Tiang Asoka dimana undang-undang dan informasi dipahat pada tiang supaya senang dibaca masyarakat. Ia adalah lambang kekuatan dan kemegahan seni bina tamadun India.
3. Zaman Chola Pembinaan kuil Brigathiswarar di Thanjavur.
4. Zaman Vedik Penganut agama Buddha telah mengubahsuai bangunan keagamaan contohnya Kuil Dua di Bhaja, Ajantha Ellora dan Mahapallipuram.
REFLEKSI 2
PENCAPAIAN TAMADUN INDIA DALAM PELBAGAI BIDANG • sains dan teknologi : memberikan sumbangan yang besar kepada peradaban dunia • geometri: digunakan dalam upacara keagamaan seperti upacara pengorbanan • algebra: sumbangan kepada perbezaan diantara nombor abstrak dan nombor kuantiti atau keluasan ruang • astronomi calendar: digunakan untuk menentukan masa upacara pengorbanan dan calendar matahari dicipta untuk mengenal musim, tahun, bulan dan hari • fizik: melahirkan konsep jirim yang beasaskan kepada institusi logic akal • kimia: tamadun India menghasilkan ubat dengan tujuan untuk memangjangkan usia, membuat racun dan sebagainya • logam: barangan keluaran India mendapat pengiktirafan daripada tamadun lain seprti tamadun Romawi dan Asia Barat • perubatan: memperkembangkan ilmu dalam bidang fisiologi, pembedahan, seni pernafasan, reproduksi manusia dan farmakologi
Antara perbezaan tamadun India pada zaman dahulu dan sekarang ialah hierarki. Pada zaman dahulu masyarakat India memandang tinggi golongan atasan dan sebaliknya bagi glongan bawahan dan mereka menanggap golongan bawahan sebagai hamba dan orang keji. Tetapi, sekarang masyarakat India tidak mementingkan pangkat dan harta malah menjaga taraf golongan bawahan dan melindungi serta memberi hak keistimewaan dalam undang undang Negara.
Antara faktor perkembangan peradaban India ialah Terdapat banyak factor dan diantaranya ialah mempunyai pelabuhan yang menghubungkan India dengan negara luar. Kesannya, berlakulah interaksi antara tamadun India dengan tamadun lain yang lebih maju. Justeru itu, ilmu-ilmu baru untuk memperkembangkan tamadun dapat diperoleh secara tidak langsung. Selain itu, kerjasama antara pemerintah dan rakyat.kejersama amat penting supaya tamadun dapat berkembang dengan mudah dan rakyat serta pemerintah dapat berkomunikasi dengan mudah dan secara langsung.
|
|
|
Post by afiqah96 on Dec 28, 2015 15:28:18 GMT
NUR AFIQAH BT ROSMAN 2015209358 GROUP A
Tamadun India memberikan sumbangan yang besar dalam keseniaan seni bina. Bincangkan peryataan tersebut dengan mengaitkan pengaruh Islam ke atas perkembangan dan kemajuan seni bina di India .
Seni bina Indo-Islam dibahagikan kepada dua fasa yang berbeza iaitu Zaman Kesultanan Delhi(1206M.-1526M.) dan Zaman Moghul(1526M.-1803M). Pada Zaman Kesultanan Delhi(1193M), bangunan-bangunan yang dibina melambangkan seni bina Islam. Contohnya pembinaan Masjid Quwwat-ul-Islam yang melambangkan seni bina Delhi terawal. Masjid ini dibesarkan oleh pemerintah-pemerintah seterusnya iaitu Iltutmish(1203M.) dan Alauddin Khilji(1296M.-1316M.) Pencapaian kemuncak seni bina pada Zaman Moghul ialah zaman pemerintahan Akhbar. Baginda ialah penaung kepada perkembangan seni bina di India yang juga menggabungkan seni bina Hindu dan Muslim. Shah Jahan, pemerintah Zaman Moghul yang amat meminati bidang seni bina. Bidang seni bina mencapai kemuncaknya pada zaman pemerintahan baginda. Bangunan yang terkenal iaitu Taj Mahal dibina atas arahan Shah Jahan untuk memperingati isteri kesayangannya, Mumtaz Mahal yang merupakan satu keajaiban dunia. Selain bangunan Taj Mahal, banyak bangunan seperti dewan dan pavilion didirikan di Red Fort, Delhi semasa pemerintahan Shah Jahan. Masjid Jami merupakan masjid terbesar di India yang dibina antara tahun 1644M. hingga 1658M.
Perbezaan Seni Bina India Bagi Setiap Zaman di India
Zaman Maurya
Pada zaman ini, bidang seni bina dan seni ukir India berkembang maju. Tiang Asoka merupakan contoh terbaik kemegahan seni bina dan seni ukir India.
Zaman Gupta
Pada zaman ini, senibina dan seni ukir mencapai kegemilangannya. Di India Utara, Stupa Sanchi, imej Buddha dan Bodhisattva adalah antara lambang kemegahan seni bina India. Ukiran Gua Ajanta dan Ellora serta duit syiling India zaman Gupta membuktikan seni ukir India yang tinggi nilainya. Di India Selatan, kuil batu Mamallapuram yang dibina oleh raja Pallava menunjukkan corak seni bina dan seni ukir kompleks yang mengagumkan.
Zaman Chola
Pada zaman ini, kuil Brigathiswarar yang dibina di Thanjavur menunjukkan keunikan corak seni bina bangunan kuil ini, dan masih menjadi misteri dalam seni bina India.
Dalam bidang seni ukir, India maju dalam seni ukir logam. Pada zaman Islam di India, kombinasi gaya Parsi (Islam) dan Hindu berkembang dalam bidang seni bina dan seni ukir. Pembinaan dasar menampakkan sepenuhnya ciri-ciri seni bina Islam tetapi kerja-kerja pengindahan sesuatu bangunan banyak melibatkan ciri-ciri Hindu. Bangunan kuil dewa Govinda; istana Fathpur (dibina pada zaman Akhbar); Taj Mahal dan Jami Masjid (1644- 58) yang dibina semasa ShahJahan merupakan contoh terbaik yang menunjukkan gaya seni bina dan seni ukir Indo-Parsi.
Pencapaian Tamadun India yang diperoleh dalam pelbagai bidang
Kesusasteraan India awal menunjukkan bahawa bidang seni lukis India mencapai kemajuan pada zaman tersebut. Dinding Istana dan ruang dalaman rumah golongan berada dihiasi dengan lukisan-lukisan yang menarik. Dalam zaman Islam pemulihan seni lukisan berlaku di India dan asimilasi seni lukisan menghasilkan gaya lukisan Indo-Sino-Parsi. Pengetahuan orang India dalam bidang matematik, astronomi, fizik, kimia, perubatan dan bidang logam merupakan sumbangan yang tidak ternilai kepada perkembangan tamadun dunia.
Dalam bidang ilmu matematik, pengetahuan mengenai konsep geometri telah berkembang sejak zaman sebelum masihi lagi. Orang India menggunakan nombor- nombor asas dengan simbol 0 hingga 9 untuk mencipta cara kiraan Algebra asas. Pada zaman awal, orang India berjaya menemui 7 planet tanpa bantuan teknologi peralatan. Planet-planet tersebut ialah Matahari, Bulan, Marikh, Utarid, Musytari, Zuhrah, Zuhal dan kemudian dua lagi planet ditambah, iaitu Rahu dan Kethu (pusat tenaga) yang berada pada arah bertentangan 180 . Bermula pada zaman Gupta, ilmu astrologi berkembang, diterima dan akhirnya, dipercayai oleh semua orang India. Pengetahuan mengenai ilmu fizik dan kimia orang India adalah berkaitan dengan agama dan teologi. Dipercayai bahawa alam semesta terdiri dari gabungan lima elemen iaitu tanah, angin, api, air dan angkasa.
Orang India membuat ubat bagi hidup lama, racun dan antidotnya. Melalui kimia perubatan juga beberapa bahan alkali utama, asid dan garam logam dicipta dengan proses yang mudah seperti pembakaran dan penyulingan.
Dalam bidang pertukangan besi, kemahiran orang India jelas nampak pada Iron Pillar (Tiang Besi) di Delhi yang dibuat pada kurun ke-5. Pengetahuan perubatan orang India bermula pada zaman Vedik sebagai sent ilmu sihir. Unsur-unsur bidang perubatan seperti fisiologi, pembedahan, pernafasan melalui amalan yoga, reproduksi manusia, farmakologi dan perubatan binatang wujud sebelum tahun-tahun masihi.
PERBEZAAN ANTARA SUASANA TAMADUN INDIA YANG LAMPAU DAN SEKARANG
Perbezaan tamadun India yang dulu dan sekarang ialah rakyat mereka telah diberi hak bersuara dengan memperkenalkan sistem demokrasi sekali gus menghapuskan sistem feudal di mana raja berkuasa mutlak.
FAKTOR PERKEMBANGAN PERADABAN TAMADUN INDIA
Faktor perkembangan tamadun India boleh dilihat melalui sistem pertanian dan pengairan yang sistematik, kesedaran tentang sanitasi(kebersihan), juga kemajuan dalam bidang teknologi dan perkembangan corak pemerintahan.
|
|