|
Post by Admin on Dec 4, 2015 6:18:17 GMT
Assalamualaikum wrt.wbt.
Pelajar-pelajar budiman, sila jawab soalan refleksi berpandukan kepada soalan di dalam aktiviti Refleksi dan hantar kan jawapan anda di dalam folder ini.
Sila tuliskan nama dan no matrik bagi setiap pelajar berserta nama kumpulan untuk rekod pemarkahan oleh ustazah.
Sekian terima kasih
|
|
azrul
New Member
Posts: 5
|
Post by azrul on Dec 9, 2015 6:52:28 GMT
Muhammad Amzar Safiy Bin Raduan 2015664004 Suhail bin Salim 2015428476 Fadlul Faris Bin Johari 2015231716 Zul Hadif b Abd Aziz 2015418872 Azrul Amri Bin Ahmad 2015429984
Challenjour
REFLEKSI TAMADUN INDIA
PENGARUH ISLAM PADA SENI BINA DI INDIA
Taj mahal
Reka bentuk Taj Mahal dibina dengan menggabungkan unsur-unsur seni bina dari Parsi, Turki dan Arab yang mana merupakan Tamadun Islam.
Sejumlah 4 menara dibina bagi menghiasi setiap penjuru Taj Mahal.
Pintu masuk Taj Mahal berbentuk lengkung yang menyerupai sebuah masjid.
Dihiasi dengan corak-corak berunsurkan bunga dan geometri yang menunjukkan simbolik antara alam sekitar dan tanda-tanda keagungan Tuhan.
Juga dihiasi dengan potongan ayat-ayat al-Quran dan ukiran khat Islam yang menjadi seni huruf utama Taj Mahal.
Selain Taj Mahal Masjid Moti atau Masjid Mutiara juga terkenal dengan ciri pengaruh Islam
PENCAPAIAN TAMADUN INDIA
Pertanian kedua terbesar dunia
Kekuatan ketenteraan kedua terbesar
Perkembangan IT paling pesat
Ciri perancangan bandar yang sistematik
SUASANA TAMADUN INDIA
20 bandar utama
13 sungai utama
Empat agama utama
Dikelilingi 3 lautan besar Laut India, Laut Arab dan Teluk Benggala
Pengaruh hindu Buddha amat kuat dibutikan dengan pelbagai binaan kuil yang unik dan penuh berseni
FAKTOR PERKEMBANGAN
Pembinaan bangunan yang amat menajubkan oleh sebab teknologi yang maju
Rakyatnya yang ramai jadi tenaga buruh dapat dikerah semaksimanya.
|
|
|
Post by yusoftaiyyob551 on Dec 9, 2015 17:03:38 GMT
SITI ZATIL NURHIDANAH BINTI ZAKARIA 2015428424 SITI AISYAH BINTI ZULKIFLI 2015428878 NOR AKMA BINTI SALEH 2015408418 AMIRUL ASHRAF BIN ISMAIL 2015664086 MUHAMMAD NURAIZAT BIN JAMALLUDIN 2015663992
REFLEKSI TAMADUN INDIA 1. Refleksi 1
Salah satu seni bina yang terkenal dalam tamadun India ialah Taj Mahal. Reka bentuk Taj Mahal
dibina dengan menggabungkan unsur-unsur seni bina dari Parsi, Turki dan Arab yang mana
merupakan Tamadun Islam. Sejumlah 4 menara dibina bagi menghiasi setiap penjuru Taj Mahal.
Unsur binaan menara yang tinggi ini merupakan anata ciri seni bina Islam. Pintu masuk Taj Mahal
berbentuk lengkung yang menyerupai sebuah masjid. Ini juga merupakan salah satu ciri reka
bentuk seni bina Islam. Selain itu, Taj Mahal juga dihiasi dengan corak-corak berunsurkan bunga
dan geometri yang menunjukkan simbolik antara alam sekitar dan tanda-tanda keagungan
Tuhan. Selain corak bunga dan geometri, Taj Mahal juga dihiasi dengan potongan ayat-ayat al-
Quran dan ukiran khat Islam yang menjadi seni huruf utama Taj Mahal. Masjid Quwwat-ul-Islam
juga merupakan seni bina Islam semasa zaman Delhi. Kebanyakan seni bina di tamadun india
menggunakan batu marmar dan ukiran yang juga berkaitan dengan seni bina Islam, masjid dan
bangunan juga kubah. Ini menunjukkan bahawa pengaruh Islam begitu kuat dalam seni bina Taj
Mahal yang merupakan antara seni bina terkenal di India.
PERBEZAAN SENI BINA DI SETIAP ZAMAN:
1. ZAMAN GUPTA
Seni bina berasaskan agama misalnya agama hindu menekankan bentuk empat segi manakala
agama Buddha berbentuk bulat. ada empat struktur penting iaitu shikara atau bentuk kereta kuda
orang Aryan, Vimana atau kuil yang berbentuk piramid bertingkat, ratha atau batu tunggak yang
diukir menjadi bentuk binatang dan gopuram sebagai tanda pintu masuk kuil.
2.ZAMAN MAURYA
Seni bina dah berkembang maju. tiang asoka sebagai kemegahan zaman ini. Kuil-kuil banyak
dibina di dalam gua dan di dalamnya terdapat ukiran yang menggambarkan kehidupan Gautama
Buddha.
3.ZAMAN CHOLA
kuil Brigathiswarar merupakan keunikan seni bina zaman ini danmasih menjadi misteri sehingga
ke hari ini.
4. ZAMAN VEDIK
banyak bangunan keagamaan ditukar oleh orang Buddha semasa perintahan Maharaja Asoka.
Contohnya Kuil Dua di Bhaja, Ajantha, Ellora dan Mahapallipuram
REFLEKSI 2
Factor perkembangan peradaban India.
• Pertambahan penduduk – Perkembangan tamadun awal manusia merupakan satu proses yang
berlaku secara beransur-ansur.
Pada peringkat awal, manusia hidup dalam kumpulan-kumpulan kecil dan menjalankan aktiviti
memburu dan mengumpul makanan.
Manusia menjadi semakin bertamadun apabila mereka hidup dalam kumpulan besar, mempunyai
penempatan tetap serta menjalankan pelbagai kegiatan seperti bercucuk tanam, menternak,
membuat alat2 senjata dan sebagainya.
Kemajuan tamadun berterusan apabila penempatan mereka mengalami proses urbanisasi dan
berkembang menjadi negara kota yang diperintah oleh seseorang ketua dengan sistem
pentadbiran dan perundangan yang tersusun serta sistem sosial yang teratur.
Secara tidak langsung, wujudnya sebuah masyarakat yang lebih dinamik atau berdaya maju.
Penduduk juga dapat melahirkan idea-idea serta ciptaan baru.
Mereka juga mula mengamalkan pengkhususan kerja utk memastikan hasil kerja mereka
berkualiti serta dapat dihasilkan dengan cepat.
Kemajuan perlindungan – Punca utama tamadun muncul di lembah2 sungai ialah sungai
merupakan tempat yang paling sesuai untuk dijadikan kawasan penempatan. Kedudukan
lembah-lembah sungai yang dikelilingi oleh laut dan kawasan tinggi menjadikan kawasan tersebut
selamat kerana kawasan itu boleh mengurangkan kemungkinan serangan musuh dari luar.
• Kemajuan teknologi – Penciptaan roda, layar kapal, kain dan tembikar merupakan sebahagian
daripada kemajuan teknologi sewaktu perkembangan sesebuah tamadun.
Selain itu, penciptaan alat-alat bercucuk tanam seperti cangkul, sabit dan lain-lain turut
memudahkan penduduk untuk bercucuk tanam lalu menyumbang kepada penghasilan makanan
yang banyak.
Penciptaan alat-alat senjata seperti lembing dan pedang turut memudahkan mereka untuk
melindungi penempatan mereka daripada diserang musuh.
India masa kini.
1,166,079,217 penduduk
638000 penduduk kampong
Lebih 2000 kumpulan etnik
17 perayaan besar
8 jenis tarian
20 pusat Bandar
Negara pertanian kedua terbesar dunia
Negara demokrasi terbesar dunia
Tentera udara keempat terbesar dunia
Tentera laut kelima terbesar dunia
Negara demokrasi terbesar dunia
Negara pengeluar susu terbesar dunia
|
|
|
Post by nadiahrauf on Dec 16, 2015 8:12:39 GMT
Ahli Kumpulan :
1. NURULHANA BINTI IBRAHIM (2015664174)
2. NADIAH BINTI ABD. RAUF (2015428554)
3. SITI SARAH BINTI FAHMY HAZIM (2015428954)
4. NUR LINA BINTI ISMAIL (2015418772)
5. NURUL HASANAH BINTI ZAINUL ARIFFIN (2015418714)
REFLEKSI TAMADUN INDIA :
Berdasarkan video yang telah kami tonton, pengaruh islam dilihat dalam seni bina tamadun india seperti pembinaan masjid taj mahal.Pintu masuk Taj Mahal berbentuk lengkung yang menyerupai sebuah masjid. seni ukir di bangunan- bangunan yang mempunyai unsur tumbuhan dan geometri.simbol ini melambangkan antara hubungan manusia dengan alam semulajadi seperti yang digalakkan oleh islam iaitu dengan menghargai ciptaan Allah. Selain itu, ayat-ayat al-quran dan ukiran khat juga banyak di ukir di dinding yang membuktikan pengaruh tamadun islam dalam tamadun india.
Perbezaan seni bina setiap zaman di India:
1. Zaman Maharaja Asoka
-pintu gerbang dipengaruhi agama Buddha.
2. Zaman Gupta
-Pembinaan kuil sebagai satu tempat dan kawasan penyebaran agama
- agama Buddha menggunakan simbol bulat manakala Agama Hindu mementingkan simbol 4 segi
-empat struktur penting iaitu shikara atau bentuk kereta kuda
orang Aryan, Vimana atau kuil yang berbentuk piramid bertingkat, ratha atau batu tunggak yang
diukir menjadi bentuk binatang dan gopuram sebagai tanda pintu masuk kuil.
3. Zaman Maurya
-Tiang Asoka lambang zaman ini. Kuil-kuil dibina di dalam gua dan di dalamnya terdapat ukiran yang menggambarkan kehidupan Gautama
Buddha.
4. Zaman Chola
-Kuil Brigathiswarar di Thanjavur mempunyai corak seni bina yang unik
5. Zaman Vedik
-Bangunan keagamaan diubahsuai orang agama Buddha semasa Asoka.Contohnya Kuil Dua di Bhaja, Ajantha, Ellora dan Mahapallipuram
|
|
|
Post by dinafariha on Dec 20, 2015 4:05:18 GMT
Oleh: Dina Fariha Binti Che Ab Ghani (2015485548) Kod Program: DS240 (Sarjana Muda Pembedahan Pergigian) Kumpulan: B
R.E.F.L.E.K.S.I (1)
#PENGARUH ISLAM DALAM KEMAJUAN SENIBINA DI INDIA
Perkembangan dan kemajuan seni bina di India sedikit sebanyak telah dipengaruhi oleh ciri-ciri seni bina tamadun Islam.Antara ciri-ciri seni bina Islam:
-Binaan menara yang tinggi,Bentuk binaan yang menyerupai bentuk masjid lapangan,Corak hiasan berunsurkan bunga dan geometrid an Senibina yang dihiasi dengan ayat al-Quran. Contoh seni bina di India yang mendapat pengaruh seni bina tamadun Islam ialah Taj Mahal yg mula dibina berhampiran Sg Jumma pada tahun 1631. Seni bina ini mempunyai reka bentuk yang berunsurkan seni bina dari Parsi,Turki dan Arab yang mana merupakan Tamadun Islam. Contoh 1: Berunsurkan binaan menara yang tinggi. -4 menara dengan ketinggian 46m telah dibina bagi menghiasi setiap penjuru Taj Mahal. Contoh 2: Bentuk binaan yg menyerupai bentuk masjid lapangan -Taj Mahal didirikan di hujung sebuah taman yang luas -Pintu masuknya berbentuk lengkungan menyerupai sebuah masjid Contoh 3: Corak hiasan berunsurkan bunga dan geometri -Senibina Taj Mahal dihiasi dengan corak yang berunsurkan jambangan bunga serta geometri (menunjukkan simbolik antara alam sekitar dan tanda-tanda keagungan Tuhan) Contoh 4: Senibina dihiasi ayat al-Quran -Taj Mahal dihiasi dengan potongan ayat-ayat al-Quran - Ukiran khat thuluth Islam juga menjadi seni huruf utama Taj Mahal. # PERBEZAAN SENI BINA ANTARA ZAMAN DI INDIA
1.Zaman Gupta
-Binaan kuil untuk penyebaran agama,Konsep asas ditentukan oleh kalangan Brahmin,Agama hindu mementingkan binaan bersimbol empat segi manakala agama Buddha mementingkan bulat,Mempunyai 4 struktur penting iaitu Shikara,Vimara,Ratha,Gopuram.
2.Zaman Maurya
-Berkembang maju,Contohnya ialah Tiang asoka (menjadi lambang kegemahan seni bina tamadun India)
3.Zaman Chola
-Pembinaan kuil Brigathiswarar di Thanjavur.Kuil ini menunjukkan corak seni bina yang unik
4.Zaman Vedik
-Semasa pemerintahan Maharaja Asoka,banyak orang-orang agama Buddha telah mengubahsuai bangunan keagamaan.Contohnya ialah, Kuil Dua di Bhaja,Ajantha Ellora dan Mahapallipuram. R.E.F.L.E.K.S.I (2)
#PENCAPAIAN TAMADUN INDIA
Antara pencapaian tamadun India ialah, India merupakan negara ketujuh terbesar,Kaya dengan pelbagai budaya, bahasa dan etnik, Mempunyai tiga lautan besar, 5100 bandar (20 bandar utama). Merupakan negara kedua terbesar mengimport senjata, negara kedua terbesar dalam sektor pertanian, negara keempat terbesar untuk tentera udara,negara kelima terbesar untuk tentera laut,negara terbesar dalam demokrasi,negara paling membangun dalam ekonomi (2013-2015), negara terbesar dalam barang kemas dan perhiasan, negara terbesar dalam menghasilkan susu,satu daripada enam negara yang melancarkan satelit.Selain itu,India juga mempunyai sektor IT yang paling pesat membangun dan juga terdapat bangunan yang mempunyai senibina hebat seperti Lotus Temple,Sun Temple,Qutab Minar,Hawa Mahal, Charminar serta Taj Mahal.
#PERBEZAAN SUASANA TAMADUN INDIA DAHULU DAN KINI
Suasana Tamadun India pada zaman lampau dan zaman kini mempunyai banyak perbezaan.Perbezaan ketara yang dapat dilihat ialah suasana politik iaitu dari segi pemerintahannya;
-Dahulu Menggunakan sistem feudal (Raja berkuasa mutlak)
-Kini Menggunakan sistem demokrasi (Mengutamakan mandat dan suara rakyat dalam pemerintahan)
#FAKTOR PERKEMBANGAN PERADABAN INDIA
Pada pendapat saya, antara faktor perkembangan peradaban India ialah:
1.Ransangan keagamaan dan kerohanian.Hal ini demikian kerana,sesebuah masyarakat yang menghayati kehidupan beragama akan sentiasa berusaha membangunkan kehidupan mereka menuju kepada kesempurnaan nilai dan ketinggian budaya.
2. Penggunaan mata wang sebagai medium jual beli.Contohnya mata wang emas pada Zaman Gupta.
3.Terdapat persatuan perdagangan dan perusahaan (stresthin).Contohnya, persatuan tukang kayu, tukang logam, tukang kulit dan sebagainya. Persatuan tersebut mengawal harga, kualiti serta gaji pekerja dan secara tidak langsung berlakulah perkembangan dalam bidang perdagangan.
4.Kerjasama antara pemerintah dan rakyat.Kerjasama ini amat penting bagi mengekalkan keamanan sesebuah tamadun.Apabila suasana aman,tamadun dapat berkembang dengan mudah.
5. Mempunyai pelabuhan yang menghubungkan India dengan negara luar.Kesannya,berlakulah interaksi antara tamadun India dengan tamadun lain yang lebih maju lalu,ilmu-ilmu baru untuk memperkembangkan tamadun dapat diperoleh secara tidak langsung.
|
|
|
Post by mimijafri on Dec 20, 2015 10:55:18 GMT
MIMI SYAFIQA BINTI AHMAD JAFRI -2015430168- Program : DS 240
Refleksi 1
Tamadun India mempunyai banyak sumbangan dalam bidang seni pembinaan yang mempunyai banyak pengaruh Islam. Antara binaan yang yang terpenting ialah Taj Mahal yang dibina pada zaman SDinasti Mughal. Taj Mahal dikenali dengan kemawahannya yang dihiasi dengan berlian, kiristal dan lain-lain. Ia juga mempunya biara dan halaman terletak di kawasan Sg. Junna. Taj Mahal mengambil masa selama 17 tahun untuk disiapkan dan dikatakan ia dibina sebagai tanda perhargaan Maharaja kepada isteri ke-5. Gabungan ciri-ciri Parsi, Turki, India dan Islam jelas dapat dilihat. Bahkan, ia juga dipanggil sebagai ‘permata Islam’. Binaan ini mempuyai 4 menara yang mana sama dengan ciri binaan Islam. Selain itu, lengkungan yang dibina di pintu masuk menyerupai pintu masjid. Corak seperi bungan dan geometri dihias pada dinding menggambarkan hubungan antara alam dengan Tuhan. Tambaha, ayat al-Quran juga ada dijadikan sebgai hiasan tembok dan ia mengaplikasikan khat Thuluthsebagai seni huruf utama. Kesimpulannya, Taj Mahal memberikan gambaran yang jelas mengenai hubungan Tamadun India dengan Islam sejajar dengan perkembangan waktu.
Setiap Tamadun di India mempunyai seni binaan yang agak berbeza, :
Asoka : Merupakan zaman gemilang dimana banyak pintu gerbang dibina berunsurkan agama Buddha. Gupta : Banyak kuil-kuil dibina untuk tujuan keagamaan. Konsep asa pembinaan tersebut adalah dari golongan Brahmin. Terdapat simbol seperti segi empat (Hindu) dan bulat condong (Buddha). Maurya : Zaman Asoka Chela : Pembinaan kuil-kuil diteruskan dan dirancakkan lagi. Vedic : Buddha berjaya mengubah suai kuil seperti kuil 2 di Mahapallipuram dan Bheja.
Refleksi 2
Tamadun India mempunyai banyak pencapaian dalam pelbagai bidang dan aspek. India merupakan negara ke-7 terbesar di dunia dan mempunyai 3 lautan terbesar. Terdapat lebih 2000 etnik dan 29 bahasa utama. Dari segi seni bina, India terkenal dengan ‘7 Wonders of India’ iaitu Lotus Temple, Qutas Ninar, Charminar, Sun Temple, Hawa Mohal dan Taj Mahal. Binaan ini mempunya ciri-ciri yang unik dan menarik menggambarkan pelbagai peristiwa.
Pada hari ini, pencapaian dan sumbangan India terhadap dunia semakin jelas dapat dilihat. Pada saat ini, India terdiri dari 5100 bandar dengan 20 bandar utama. Negara ini juga merupakan negara yang mempunyai pembangun IT terpantas di dunia. Selain itu, mempunyai angkatan tentera terbesar begitu juga dengan pasukan tentera laut dan udara mereka. Ekonomi India pula diiktiraf sebagai yang ke-3 terbesar dan dapat dibuktikan apabila India juga dikatakan sebagai negara terbesar yang membuat pembelian barangan kemas. 17 bahasa utama digunakan dan merupakan negara yang paling menggunakan bahasa Inggeris. Aktiviti pertanian terbesar terutamanya pengeluaran susu dan mangga.
Antara perbezaan yang jelas antara Tamadun India yang dahulu dan sekarang ialah sistem pemerintahannya. Dahulu sistem feudal atau Raja berkuasa mutlak dipraktikkan. Tetapi hari ini, India merupakan antara negara terbesar yang menggunakan sistem demokrasi.
Antara faktor perkembangan Tamadun India ialah jumlah penduduknya yang ramai, oleh itu banyak bidang dapat diceburi. Selain itu, dorongan agama kerana India sekarang mempunyai 4 agama utama yang dianuti. Kuasa atau kekuatan India juga jelas apabila mereka diisytiharkan mempunyai angkatan tentera terbesar di dunia di laut dan darat. Tambahan, kawasan yang sesuai untuk aktiviti pertanian bagi merancakkan lagi ekonomi.
|
|
|
Post by faezahalia on Dec 20, 2015 11:01:44 GMT
FAEZAH ALIA BINTI AZIZAN (2015430532) program; DS240 (GROUP B)
REFLEKSI 1 (PENGARUH ISLAM KE ATAS PERKEMBANGAN DAN KEMAJUAN SENI BINA DI INDIA)
Taj Mahal, merupakan seni bina mewah yang terbaik pada zaman dinasti Mughal. Seni binanya amat berkait rapat dgn pengaruh islam: 1) Seni bina nya berpengaruh dari Parsi, Turki, India, dan Islam (kesemua ini merupakan tamadun islam) telah dikatakan "permata seni bina islam" 2) Terdapata 4 menara yang jaraknya 46m menghiasi setiap penjuru merupakan ciri-ciri seni bina islam yang berunsurkan binaan menara yang tinggi. 3) Pintu masuk berbentuk lengkungan yang menawan menyerupai sebuah masjid. 4) Corak hiasan seni bina islam; mempunyai hiasan berbentuk jambangan bunga dan geometri yang mencerminkan simbolik antara alam sekitar dan tanda-tanda keagungan tuhan. 5) Yang terakhir sekali, Al-Quran dan ukiran Khat menjadi seni utama Taj Mahal.
Kesimpulannya, pengaruh islam ini telah banyak memberi sumbangan dari segi idea, hiasa, seni bina, ukiran dan perkembangan pembinaan Taj Mahal yang merupakan seni bina mewah yang pada zaman dinasti Mughal.
(PERBEZAAN SENI BINA BAGI SETIAP TAMADUN DI INDIA)
ZAMAN GUPTA
Binaan kuil merupakan perkara penting untuk penyebaran agama. Selain itu, seni bina dan seni ukir telah mencapai kegemilangannya. Agama hindhu, mementingkan simbol empat segi manakala agama buddha pula menggunakan simbol lebih kepada condong kepada bentuk bulat. Akhir sekali, terdapat empat struktur penting iaitu Shikara, Vimara, Ratha, Gopuram.
ZAMAN MAURYA
Seni bina sudah berkembang maju dan tiang asoka merupakan contoh terbaik kemegahan.
ZAMAN CHOLA
Kuil Brigasthiwarar dibina di Thanjavur menunjukkan keunikan corak seni bina.
ZAMAN VEDIK
Terdapat banyak bangunan keagamaan diubahsuai oleh orang buddha.
REFLEKSI 2
Tamadun India mempunyai pencapaian dalam bidang dan aspek. India merupakan negara ke-7 terbesar di dunia dan mempunyai 3 lautan terbesar. Terdapat lebih 2000 etnik dan 29 bahasa utama. Dari segi seni bina, India terkenal dengan '7 Wonders of India' iaitu Lotus Temple, Outas Ninar, Charminar, Sun Temple, Hawa Mohal dan Taj Mahal. Binaan ini mempunyai ciri-ciri yang unik dan menarik menggambarkan pelbagai peristiwa.
Pencapaian dan sumbangan India terhadap dunia semakain jelas dilihat. India terdiri daripada 5100 bandar dengan 20 bandar utama. Selain itu, negara ini mempunyai pembangunan IT terpantas di dunia. India juga mempunyai angkatan tentera terbesar seperti tentera laut dan tentera udara mereka. Di samping itu, Ekonomi india pula diiktiraf sebagai yang ketiga terbesar dan dapat dibuktikan apabila negara india dikatakan sebagai negara terbesar yang membuat pembelian barangan kemas. Di india juga menggunakan 17 bahasa utama. Seterusnya, pengeluaran susu dan mangga merupakan antara pertanian terbesar.
Perbezaan yang jelas di antara tamadun india yang dahulu dan sekarang adalah melalui sistem pemerintahannya. Sistem feudal atau raja berkuasa mutlak dipraktikkan pada tamadun india terdahulu manakala pada abad sekarang India merupakan antara negara terbesar menggunakan sistem pemerintahan demokrasi.
Faktor perkembangan Tamadun India yang dapat dilihat ialah jumlah penduduknya yang ramai. Selain itu, dorongan agama India mempunyai 4 agama yang dianuti. Seterusnya, kuasa atau kekuatan India juga jelas apabila mereka disytiharkan mempunyai angkatan tentera terbesar di dunia di laut dan darat. Akhir sekali, kawasan di india yang sesuai untuk aktiviti pertanian merancakkan lagi ekonmi.
|
|
|
Post by hadib96 on Dec 20, 2015 11:51:45 GMT
salam , saya HADIB JAZMINE BINTI MOHD HATTA no matriks 2015664062 . program DS240 GROUP B
refleksi video tamadun india 1
pada pendapat saya , antara binaan yang menjadi tarikkan di india adalah taj mahal. taj mahal mula didirikan pada tahun 1631 dan siap pada tahun 1648. ciri-ciri taj mahal adalah dibuat daripada batu marmar putih , mozek dan dihiasi oleh permata seperti berlian , jed dan kristal. taj mahal dibina oleh 20000 orang tenaga kerja. pembinaan taj mahal mempunyai kisah yang sangat romantik . shah jahan telah membina taj mahal untuk isteri ke5 beliau iaitu mumtaz mutiara. pengaruh islam dalam seni bina di india adalah taj mahal. ini kerana aspek taj mahal telah digabung oleh parsi , turki and arab . taj mahal mempunyai 4 buah menara yang menghiasi setiap penjuru . menara ini setinggi 46m. ciri ini dikaitkan dengan binaan islam yang tinggi . selain itu , taj mahal telah didirikan di taman yang luas. terdapat pintu gerbang yang luas dan melengkung menyerupai masjid. islam banyak berkait dengan binaan menyerupai masjid di laman yang lapang. seterusnya, corak islam seperti bunga and geometri menghiasi taj mahal . corak ini di inspirasikan daripada alam sekitar dan keagungan tuhan. akhir sekali , terdapat ayat al-quran yang menghiasi taj mahal seperti tulisan khat islam. seni bina di india diolah daripada idea dan mencirikan identiti mereka. antara seni bina yang terkenal adalah taj mahal dan masjid mutiara. di zaman asoka , ia meripakan zaman kegemilangan. terdapat pintu gerbang yang mempunyai unsur buddha. pada zaman gupta , pembinaan kuil amat penting bagi upacara keagamaan. seni bina ukir juga mencapai kegemilangan pada zaman ini. agama hindu menekankan simbol segi empat dalam seni bina manakala bagi agama buddha seni bina yang condong dan menyerupai bulat. pada zaman ini , seni bina mempunyai 4 unsur penting shikara , vimana , rathna dan gopuram. zaman maurya merupakan zaman yang maju. antara binaan yang terunggul adalah tiang asoka. zaman chola , kuil brigasthiswarar dibina . kuil ini mempunyai keunikkan seni bina. zaman vedik , bangunan keagamaan diubah suai oleh orang buddha . antara seni bina yang didirikan adalah bhaja , ajanthe and ellora.
refleksi video tamadun india 2
tamadun india merupakan negara ke-7 terbesar dunia dam mempunyai kebesaran sebanyak 7517km. india dikelilingi oleh 3 buah lautan iaitu arabian sea , bay of bengal dan indian ocean. tujuh keajaiban di india adalah sun temple , lotus temple , qutab minar , charminar , hawa mahal dan taj mahal. india juga mempunyai 4 agama yang besar. india mempunyai penduduk sebanyak 1.166079.217 orang .masyarakat india mempunyai 8 tarian utama , 2000 etnik , 17 festival utama dan 29 bahasa utama. india mempunyai 13 buah sungai. india juga merupakan negara ke-2 terbesar dalam bidang pertanian. dalam bidang pertahanan india mempunyai pasukan tentera ke-2 terbesar. dengan dilengkapi oleh pasukan navy ke-5 terbesar dunia dan pasukan tentera udara ke-4 terbesar. antara perbezaan yang dapat saya perhatikan dengan keadaan india terdahulu dan sekarang adalah kerajaan india kini mengalami kemunduran yang melampau. kini kerajaan india merupakan salah satu kejaraan termiskin di dunia. dan mempunyai penduduk yang sangat ramai sehingga rumah yang dibina tidak mencukupi untuk menampung penduduk. kejaraan india juga mengalami kekurangan makanan. ramai rakyat india yang tidak terjaga dan mati disebabkan kekurangan sumber makanan. masyarakat yang miskin diketepikan manakala masyarakat yang kaya memegang kuasa yang besar. faktor perkembangan peradaban india adalah mereka sangat menghormati orang tua dan upacara upacra menyembahan.
|
|
|
Post by saiyidahanisah on Dec 20, 2015 13:56:24 GMT
NUR SAIYIDAH HANISAH BT ALI 2015418834 PROGRAM: DS240 (GROUP A)
Refleksi 1
Taj Mahal
-Dibina pada zaman SDinastiMughal
-Dihiasi berlian, kristal dan lain-lain
-Penghargaan Maharaja kpd isteri ke-5
-Gabungan ciri-ciri Parsi, Turki, India dan Islam
-Dipanggil juga 'permata Islam'
-4 menara yg sama dengan ciri binaan Islam
-Lengkungan di pintu masuk meyerupai pintu masjid
-Ayat Al-Quran dijadikan hiasan tembok (khat Thulut sebagai seni huruf utama)
Oleh itu, kedatangan Islam memainkan peranan dalam pembinaan Taj Mahal dari segi seni, reka bentuk dan hiasan bangunan tersebut.
Perbezaan seni bina dari setiap tamadun India:
Asoka: Zaman kegemilangan. Pintu gerbang banyak dibina berunsurkan agama Buddha
Gupta: Kuil-kuil dibina bagi tujuan keagamaan. Golongan Brhmin merupakan konsep asas bagi pembinaan kuil. Simbol segi empat (Hindu) dan bulat condong (Buddha)
Maurya: Tiang Asoka menjadi kebanggaan
Chela: Pembinaan kuil masih diteruskan
Vedic: Orang Buddha berjaya mengubah suai kuil (Kuil 2 di Mahapallipurum dan Bheja)
Refleksi 2
Pencapaian:
-Negara ke-7 terbesar dan mempunyai 3 lautan terbesar
-Terdapat lebih 2000 etnik dan 29 bahasa utama.
-Terkenal dengan ‘7 Wonders of India’ (Lotus Temple, Qutas Ninar, Charminar, Sun Temple, Hawa Mohal dan Taj Mahal). Binaan ini mempunya ciri-ciri yang unik dan menarik menggambarkan pelbagai peristiwa.
Pencapaian (masa kini):
-India terdiri dari 5100 bandar dengan 20 bandar utama.
-Negara ini juga merupakan negara yang mempunyai pembangun IT terpantas di dunia.
-Mempunyai angkatan tentera terbesar begitu juga dengan pasukan tentera laut dan udara mereka.
-Ekonomi India pula diiktiraf sebagai yang ke-3 terbesar dan dapat dibuktikan apabila India juga dikatakan sebagai negara terbesar yang membuat pembelian barangan kemas.
-17 bahasa utama digunakan dan merupakan negara yang paling menggunakan bahasa Inggeris.
-Aktiviti pertanian terbesar terutamanya pengeluaran susu dan mangga.
Perbezaan antara suasana Tamadun India yang lampau dan sekarang adalah melalui sistem pemerintahan. Dahalu, sistem feudal atau raja berkuasa mutlak dipraktikkan, manakala pada zaman sekarang, India merupakan antara negara terbesar menggunakan sistem pemerintahan demokrasi.
Faktor perkembangan Tamadun India:
-Jumlah penduduknya yang ramai, oleh itu pelbagai bidang dapat diceburi.
-Dorongan agama kerana India kini mempunyai 4 agama utama yang dianuti.
-Kuasa atau kekuatan India juga jelas apabila mereka diisytiharkan mempunyai angkatan tentera terbesar di dunia di laut dan darat.
-Kawasan yang sesuai untuk aktiviti pertanian bagi merancakkan lagi ekonomi.
|
|
|
Post by syakirah on Dec 20, 2015 14:32:03 GMT
INTAN SYAKIRAH BINTI RAMLI (2015441436)
REFLEKSI TAMADUN INDIA
REFEKSI TAMADUN 1: Tamadun India memberikan sunbangan yang besar dalam kesenian seni bina. Salah satu daripada seni bina yang terkenal di India adalah Taj Mahal. Taj Mahal mempunyai seni bina mewah yang terbaik dari dinasti Mughal. Seni bina Mughal menggabungkan seni bina Parsi, turki, India dan Islam serta dikatakan "Permata Seni Bina islam". Oleh itu, kesan pertembungan seni bina Turki, Parsi dan Arab yang merupakan negara Islam memebawa kepada beberapa pengaruh Islam ke atas perkembangan dan kemajuan seni bina taj mahal di India. antaranya adalah:
1). Pembinaan 4 menara yang lebih kurang 46m yang menghiasi setiap penjuru. In adalah antara ciri seni bina Islam yang berunsurkan binaan menara yang tinggi. 2). Taj mahal didirikan di hujung sebuah taman yang luar dengan pintu masuk berbentuk lengkungan yang menawan yang menerupai sebuah masjid. 3). Menerupai corak hiasan seni bina islam. Ini dapat dibuktikan dengan seni bina Taj mahal yang mempunyai hiasan berunsurkan jambangan bunga dan geometri, dimana ia mencerminkan simbolik antara alam sekitar dan tanda-tanda keagungan tuhan. 4). Ayat al-Quran menjadi hiasan utama Taj Mahal dan ukiran huruf khat thuluth islam yang menjadi seni bina huruf utama Taj mahal.
Terdapat perbezaan seni bina bagi satiap zaman di India, iaitu:
Pada Zaman Gupta, binaan seperi kuil dipercayai penting untuk penyebaran agama. Kegemilangannya dia capa melalui seni bina dan seni ukir yang tersendri. Kuil bagi agama Hindu mekankan simblo empat segi manakal, kuil bagi agama Buddha lebih condong kepada bentuk bulat. Seni bina zaman gupta mempunyai 4 struktur penting. antaranya adalah, Shikara ( bentuk kereta kuda orang Aryan), Vimana (kuil yang berbentuk percampuran piramid berperingkat dan menjadi lambang seni bina kuil selatan India), Ratha (batu tunggak yang diukir menjadi bentuk binatang), dan Gopuram ( menadakan pintu masuk utama ke kuil)
Mankala, pada Zaman Chola, seni bina pada zaman tersebut dapat dilihat melalui kuil Brigathiswara yang dibina di Thanjamur. Kuil tersebut menunjukkan keunikan corak seni bina.
Seterusnya, pada Zaman Vedik, bangunan keagamaan diubahsuai oleh orang-orang agama Buddha semasa pemerintahan Maharaja Asoka. Sebagai conto, kuil dua di Bhaja, Ajantha, Ellora dan Mahapullipuram.
REFELKSI TAMADUN 2:
Antara pencapaian tamadun India yang diperoleh dalam pelbagai bidang
-17 perayaan utama
-Pertanian kedua terbesar dunia -29 bahasa utama
-Dunia terpantas perkembangan sektor IT
-Angkatan bersenjata kedua terbesar dalam dunia
-Tentera laut dunia kelima terbesar
|
|
|
Post by daslianah on Dec 20, 2015 14:33:26 GMT
Daslianah binti Daslam 2015428382 DS240 Group A
Refleksi 1 Perkembangan dan kemajuan seni bina dalam Tamadu India mempunyai banyak pengaruh Tamdun Islam. Salah satu seni bina yang popular ialah Taj Mahal yang reka bentuknya mempunyai kesan pertembungan antara Tamdun Islam seperti Parsi, Turki, dan Arab. Taj Mahal telah dibina pada Zaman Dinasti Mughal. Taj Mahal juga dipanggil sebagai “permata Islam”. Binaan ini mempunyai empat ciri yang sama dengan seni bina Tmadun Islam. Taj Mahal mempunyai empat menara dihiasi setiap penjuru yang menyerupai seni bina tamadun Islam iaitu binaan menara yang tinggi. Selain itu, pintu masuk Taj Mahal yang berbentuk lekungan seperti sebuah masjid. Selain itu, corak hiasan Tamadun Islam seperti corak-corak berunsurkan bunga dan geometri yang menunjukkan simbolik antara alam sekitar dan tanda-tanda keagungan Tuhan menghiasi Taj Mahal. Akhir sekali, Terdapat potongan ayat-ayat Al-Quran dan ukiran huruf khat menjadi ukuran di Taj Mahal.
Perbezaan seni bina setiap zaman pada Tamadun India: 1.Zaman Gupta •Seni bina untuk menyebarkan agama seperti kuil penting pada zaman ini. Agama Hindu menekankan bentuk empat segi manakala agama Buddha berbentuk bulat. Terdapat empat struktur penting iaitu shikara iaitu bentuk kereta kuda orang Aryan, Vimana iaitu kuil yang berbentuk campuran piramid bertingkat, Ratha yang menggunakan batu tegak untuk diukir menjadi bentuk binatang dan Gopuram iaitu pintu masuk utama ke kuil. 2.Zaman Maurya •Tiang Asoka merupakan tanda kemegahan. 3.Zaman Chola •Terdapat corak seni bina yang sangat unik iaitu Kuil Brigathiswarar. 4.Zaman Vedik •Bangunan keagamaan diubah suai oleh orang-orang Buddha semasa pemerintahan Asoka.Contohnya Kuil Dua di Bhaja, Ajantha, Ellora dan Mahapallipuram. Refleksi 2 Pencapaian Tamadun India yang diperolehi dalam perbagai bidang ialah India telah menjadi antara Negara ketujuh terbesar dia di dunia yang dikelilingi oleh tiga laut yang besar. India kaya dengan pelbagai budaya, etnik dan bahasa. India terdiri daripada 5100 bandar dan 20 bandar utama serta 638000 kampung. India merupakan egara yang kedua terbesar dalam bidang pertanian.Pembanguan bidang IT di India merupakan yang terpantas di dunia. Selain itu, India mempunyai angkatan tentera laut dan udara yang besar. India juga antara negara yang mengamalkan sistem demokrasi rebesar di dunia. Ekonomi India juga antara terbesar di dunia dan pertumbuhnya yang sangat pesat.
Antara perbezaan tamadun India dahulu dan sekarang ialah golongan bawahan bertaraf rendah dan dianggap hamba manakala sekarang golongan bawahan lebih terjaga tarafnya kerana terdapat mempunyai undang-undang yang memberi hak istimewa. Selain itu, dalam bidang polotik, dahulu menggunakan system feudal manakala sekarang menggunakan sistem demokrasi.
Pada pendapat antara faktor perkembangan peradaban India ialah, kemajuan teknologi yang terdapat di India. Selain itu, kebebasan dari penjajahan juga merupakan perkembangan faktor peradaba di India. Perkembangan ekonomi yang pesat juga membawa kepada kemajuan India. Bidang ketenteraan dan pertahanan yang kuat juga membawa kepada kemajuan.
|
|
|
Post by nusrazakaria on Dec 20, 2015 15:40:17 GMT
Assalamualaikum.
NUSRA BINTI ZAKARIA 2015441528 DS240B ( KUMPULAN B)
Pengaruh Islam ke atas seni bina di India
1.merupakan gabungan senibina Parsi , Turki , Arab dan Islam dan dikenali sebagai ' permata senibina Islam'. 2.mempunyai 4 menara menghiasi setiap penjuru ( binaan menara yang tinggi ). 3.pintu masuk berbentuk lengkungan yang menyerupai sebuah masjid. 4.corak hiasan senibina Islam yang berbentuk jambangan bunga dan geometri ( simbol alam sekitar dan keagungan Tuhan ). 5.Ayat Al-quran sebagai hiasan utama Taj Mahal ( tulisan khat ).
Perbezaan seni bina bagi setiap zaman di India.
ZAMAN GUPTA Binaan kuil penting untuk penyebaran agama. Selain itu, seni bina dan seni ukir telah mencapai kegemilangannya. Agama hindhu, mementingkan simbol empat segi manakala agama buddha pula menggunakan simbol lebih kepada condong kepada bentuk bulat. Akhir sekali, terdapat empat struktur penting iaitu Shikara(bentuk kereta kuda orang Aryan), Vimara( kuil yang berbentuk pencampuran pyramid bertingkat), Ratha(batu tunggak diukir menjadi batu binatang), Gopuram(menandakan pintu masuk utama ke kuil).
ZAMAN MAURYA Seni bina berkembang maju dan tiang Asoka merupakan simbol kemegahan.
ZAMAN CHOLA Kuil Brigasthiswarar dibina di Thanjavur menunjukkan keunikan corak seni bina.
ZAMAN VEDIK Terdapat banyak bangunan keagamaan diubahsuai oleh orang-orang agama Buddha( semasa pemerintahan Maharaja Asoka ).Contohnya , di Bhaja , Ajantha , Ellora dan Mahapallipuram.
PENCAPAIAN TAMADUN INDIA DALAM PELBAGAI BIDANG
-merupakan negara ketujuh terbesar di dunia dari segi keluasan. -mempunyai 3 lautan terbesar. -Terdapat lebih 2000 etnik dan 29 bahasa utama. -mempunyai 4 agama utama. -negara kedua terbesar yang terkenal dengan pertanian -terkenal dengan ‘7 Wonders of India’ iaitu Lotus Temple, Qutas Ninar, Charminar, Sun Temple, Hawa Mohal dan Taj Mahal. -Merupakan negara kedua terbesar mengimport senjata -mempunyai sistem pertahanan negara yang kukuh (negara keempat terbesar dengan anggota tentera udara,mempunyai angkatan tentera laut yang kelima terbesar di dunia) -negara paling membangun dalam ekonomi (2013-2015) -negara terbesar dalam membekalkan barang kemas dan perhiasan -negara pembekal susu terbesar -satu daripada enam negara yang melancarkan satelit. -mempunyai bidang IT yang paling pesat membangun
PERBEZAAN ANTARA SUASANA TAMADUN INDIA YANG LAMPAU DAN SEKARANG
-Dahulu Menggunakan sistem feudal di mana raja berkuasa mutlak dalam menetapkan sesuatu keputusan. Masyarakat ramai tetapi terpelihara dengan baik. Ekonomi yang pesat membangun dan gah di mata dunia.
-Sekarang Menggunakan sistem demokrasi di mana rakyat mempunyai kuasa untuk menyuarakan pendapat dalam sesuatu keputusan berkaitan negara. Masyarakat terlalu ramai dan padat menyebabkan ada sebahgian daripada mereka yang tak terurus dan mati kebuluran digelandangan. Ekonomi mundur dan tergolong dalam kalangan negara yang rakyat kebanyakannya miskin.
FAKTOR PERKEMBANGAN PERADABAN TAMADUN INDIA
1.sistematik dalam sesuatu perancangan ( Tamadun Indus , rumah disusun berasaskan blok dan tersusun) 2.masyarakat yang mementingkan kebersihan ( air buangan dialirkan melalui longkang yang tertutup ) 3.pembinaan sistem perparitan ( bijak)
|
|
|
Post by ainaefira on Dec 20, 2015 15:46:00 GMT
Nama : Nur Aina Efira Bt Nor Effandy No matrik : 2015664422 Group : A
Refleksi 1
Dalam tamadun India, terdapat pelbagai peninggalan senibina yang masih lagi berdiri sehingga zaman ini. Antaranya yang masih lagi berdiri tekuh ialah Taj Mahal dan Masjid Moti. Senibina yang dipengaruhi dari pelbagai aspek ini telah mencerminkan akan bagaimana idea-idea kreatif masyarakat sesebuah tamadun itu dalam membina identiti mereka. Zaman pemerintahahan adalah semasa zaman pemerintahan Raja Asoka.
Senibina pada zaman-zaman tamadun India - Zaman Gupta : mempunya 4 struktur penting iaitu; Shikara, Vimana, Ratha dan Gopuram. - Zaman Maurya : Tiang Asoka dimana segala informasi dan undang-undang telah dipahat pada tiang itu untuk dibaca masyarakat - Zaman Chola : Kuil Brigathiswarar dibina di Tanjavur - Zaman Vedik : kuil Dua di Bhaja, Ajantha, Ellora dan Mahapallipuram
Pembinaan Taj Mahal yang mengambil masa hampir 17 tahun adalah satu contoh senibina yang dipengaruhi oleh pelbagai tamadun-tamadun Islam dari seluruh dunia. Pembinaan Taj Mahal yang mempunyai keunikan tersendiri adalah antara kesan pertambungan senibina Parsi, Arab dan Turki yang merupakan tamadun Islam. Ayat Al-Quran menjadi hiasan utamanya dan ukiran khat pula menjadi seni huruf utamanya. Taj Mahal yang dihiasi batu marmar telah juga antara pengaruh Islam.
Refleksi 2
Apa pencapaian tamadun India : - Ia adalah negara ketujuh terbesar di dunia, dengan 7517 Kms - Dikelilingi oleh 3 laut besar iaitu Laut Arab, Laut India dan Bay of Bengal - Mempunyai 28 negeri dengan 7 wilayah yang mempunyai sebanyak 638 000 buah perkapungan - Seramai lebiih dari 1 billion penduduk - Lotus temple di New Delhi - Qutab Minar, Charminar, Sun temple dan Hawa Mahal
India terdiri daripada 4 agama utama iaitu agama Islam, Kristian, Hindu dan Buddha. Selain itu, negara ini juga terdiri darpada 29 bahasa utama iaitu bahasa india, inggeris dan banyak lagi. India mempunyai 13 sungai utama contohnya Sungai Gangga, Sungai Yumana, Sungai Sarasvati, Sungai Narmad dan banyak lagi. Berdasarkan video yang telah saya lihat, negara India telah mencapai banyak kejayaan dalam pelbagai aspek kemajuan. Contohnya, dalam bidang pertahanan india mempunyai pasukan tentera ke-2 terbesar. dengan dilengkapi oleh pasukan navy ke-5 terbesar dunia dan pasukan tentera udara ke-4 terbesar. Bangunan-bangunan disana juga dibina tinggi, diplomatik mereka sering berhubung kait denan negara luar sebagai strategi untuk membina kemajuan. Perbezaan suasana tamadun India dulu dan sekarang ialah pada masa dulu, mereka lebih susah untuk mencari perlindungan dan sering dijadikan buruh dan hamba bagi tanah yang menjajah mereka. Tetapi sekarang, mereka lebih maju dari yang dulu dan juga dikenalli sebagai negara paling berdemokrasi di dunia. Pada pendapat saya, faktor perkembangan peradaban India adalah kerana keakraban hubungan antara satu sama lain tidak kira antara keluarga, rakan sebaya, jiran mahupun kawan sekerja. Ini telah membina tahap kesatuan dan saling sayang-menyayangi antara mereka.
|
|
|
Post by fazlin2301 on Dec 20, 2015 15:50:21 GMT
NJR FAZLIN SYAHIRAH BINTI MOHAMAD SAFIAI
2015428772
DS240(GROUP A)
1. Kaitkan pengaruh Islam ke atas perkembangan dan kemajuan seni bina di India. Berikutnya jelaskan perbezaan seni bina bagi setiap zaman di India
Tamadun india mempunyai banyak sumbangan dan antara sumbangan tersebut ialah dari aspek seni bina .Seni bina tamadun ini banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan cuaca. Antara seni bina yang terkenal adalah Taj Mahal dan Masjid Moti atau Masjid Mutiara. Taj Mahal adalah seni bina mewah yang terbaik dari dinasti Mughal dan ia adalah contoh terbaik seni bina Mughal yang menggabungkan seni bina Parsi, TUrki, India dan Islam serta dikatakan sebagai 'permata seni bina Islam'. Antara pengaruh tamadun Islam terhadap seni bina Taj Mahal adalah Taj Mahal mempunyai 4 menara yang lebih kurang 46m menghiasi setiap penjuru, ini merupakan ciri bina Islam yang berunsurkan binaan menara yang tinggi. Kedua, Taj Mahal didirikan di hujung sebuah taman yang luas dengan pintu masuk berbentuk lenkungan yang menawan menyerupai sebuah masjid kerana senibina Islam biasanya mempunyai bentuk binaan yang menyerupai bentuk masjid lapangan. Ketiga, seni bina Taj Mahal mempunyai hiasan berunsurkan jambangan bunga dan geometri yang mencerminkan simbolik antara alam sekitar dan tanda-tanda keagungan Tuhan. Akhir sekali, ayat al-Quran menjadi hiasan utama Taj Mahal dan ukiran huruf khat thuluth Islam yang menjadi seni huruf utama Taj Mahal.
Perbezaan dari segi seni bina setiap zaman dalam tamadun india adalah seperti yang berikut :
• Pada zaman Asoka, seni bina seperti pintu-pintu gerbang adalah dipengaruhi oleh agama Buddha
• Pada zaman Gupta, binaan seperti kuil dipercayai penting untuk pengebaran agama. Seni bina dan seni ukir mencapai kegemilangannya. Konsep asas ditentukan oleh kalangan Brahmin.. Agama Hindu menekankan simbol empat segi manakala Buddha lebih condong kepada bentuk bulat. Seni bina zaman ini mempunyai empat struktur penting .. Pertama, Shikara bermaksud bentuk kereta kuda orang Aryan. Kedua, Vimana iaitu kuil yang berbentuk percampuran piramid bertingkat dan menjadi lambang seni bina kuil selatan India. Ketiga, Ratha iaitu batu tunggak diukir menjadi bentuk binatang. Akhir sekali, Gopuram yang menandakan pintu
masuk utama ke kompleks kuil.
• Pada zaman Maurya, tiang Asoka adalah contoh terbaik kemegahan seni bina India.) Pada zaman Chola, kuil Brigathiswarar dibina di Thanjavur yang menunjukkan keunikan corak seni bina.
• Pada zaman Vedik, banyak bangunan keagamaan diubahsuai oleh orang-orang agama Buddha semasa pemerintahan Maharaja Asoka, contohnya kuil dua di Bhaja,Ajantra, ellora dan mahapallipuram.
2. Jelaskan pencapaian Tamadun India yang diperolehi dalam pelbagai bidang. Bezakan antara suasana Tamadun India yang lampau dan sekarang , pada pendapat anda , apakah faktor perkembangan peradaban India ?
Berdasarkan dari sumber video yang ditonton, terdapat beberapa pencapaian yang diperolehi dalam tamadun India . antaranya ialah negara pertanian kedua terbesar, negara yang mempunyai pelbagai bahasa dan etnik. Sektor IT yang paling pesat berkembang di dunia , tentera bersenjata kedua terbesar di dunia,tenteralaut kelima terbesar di dunia,negara pengeluar susu yang terbesar dan juga salah sebuah negara dari enam negara yang melancarkan satelit. Pencapaian yang turut dinyatakan dalam tamadun india ialah dari segi kesenian (tarian ,muzik,drama),seni bina,seni ukir(patung,tiang)seni lukis(candid an kulit) dan sains dan teknologi (merangkumi bidang matematik,astronomi,fizik,kimia dan logam ,
Suasana india pada zaman lampau dan zaman sekarang sangat berbeza. Pada zaman dahulu ramai penduduk yang hidup dalam kemiskinan kerana kurang peluang pekerjaan dan hidup dalam penjajahan manakala zaman sekarang mereka telah bebas dari penjajah dan terus berkembang dari segi ekonomi dan kurang penduduknya yang hidup dalam kemiskinan kerana wujud banyak peluang pkerjaan .
Antara faktor perkembangan india ialah kebebasan dari zaman penjajahan , pengaruh peradaban lain untuk maju dan juga wujud interaksi antara peradaban india dengan peradaban lain.
|
|
|
Post by sabrina on Dec 20, 2015 16:33:44 GMT
NUR SABRINA BT SHES SU'EIBA 20156666548 PROGRAM: DS240(A)
REFLEKSI 1 Salah satu kejayaan terbesar tamadun India adalah dalam seni bina dan perancangan bandar yang dimiliki mereka. Tamadun India mempunyai ciri bandar yang sistematik dan teratur. Antara bangunannya yang terulung adalah Taj Mahal dan juga Masjid Mutiara. Pembinaan bandar dan senibina dalam Tamadun India banyak dipengaruhi oleh agama Buddha. Dari segi kuil, kuil yang menggunakan simbol 4 segi dipengaruhi oleh agama Hindu manakala simbol bulat pula dipengaruhi oleh agama Buddha. Setiap zaman dalam tamadun India mempunyai keunikan mereka yang tersendiri. Contohnya, semasa Zaman Maurya, antara bangunanan yang terulung adalah Tiang Asoka manakala semasa Zaman Gupta, kuil bnyak dibina bertujuan untuk penyebaran agama. Antara binaan yang paling indah adalah Taj Mahal. Taj Mahal merupakan seni bina mewah yang terbaik dari destinasi Mughal. Taj Mahal telah dibina oleh Maharaja Shah Jahan sebagai tanda cinta beliau terhadap isterinya kelima iaitu Mumtaz ul Zamani. Taj Mahal memakan masa 17 tahun untuk dibina dan menggunakan tenaga kerja manusia. Taj Mahal telah dibina daripada batu marmar putih, mozek serta batu permata dan merupakan gabungan daripada tamadun Parsi, Turki, India dan juga Islam. Taj Mahal dianggap sebagai permata seni bina Islam. Taj Mahal mempunyai 4 menara utama, bangunan yang menyerupai masjid, corak hiasan islam iaitu bunga dan geometri yang berkait dengan alam sekitar dan tanda keagungan tuhan, serta ayat-ayat Quran yang terukir cantik menggunakan khat Thuluth.
REFLEKSI 2 Tamadun India merupakan asas utama dalam pembentukan negara India. Negara India merupakan negara ketujuh terbesar di dunia jika diukur dari sudut geografinya. India mempunyai 3 laut besar iaitu Arabian sea, Bay of Bengal dan Indian ocean, mempunyai 28 buah negeri, 7 jajahan takluk, 638 000 buah kampung dan 5100 bandar. India mempunyai 7 keajaiban iaitu: -Lotus Temple -Qutab Minar -Charmihar -Sun Temple -Hawa Mahal -Taj mahal India mempunyai kepelbagaian dalam agama dan empat agama majoriti adalah Islam, Buddha, Hindu dan Kristian serta mempunyai 17 festival majoriti, 29 bahasa utama dan 13 sungai utama. India mempunyai populasi yang besar serta pelbagai etnik. India merupakan negara kedua terbesar yang mengusahakan pertanian. India juga merupakan negara IT terbesar, mempunyai angkatan tentera kedua terbesar, tentera udara keempat terbesar, tentera laut kelima terbesar dan negara terbesar yang menghasilkan susu. Ini semua dapat disumbangkan oleh populasinya yang besar. Populasi yang besar mampu memberi kesan yang besar terhadap kemajuan dan pembangunan negara.
|
|