|
Post by nadsri on Dec 4, 2014 17:27:46 GMT
REFLEKSI 1 : 1) Tamadun India memberikan sumbangan besar dalam kesenian seni bina - Macam yg dalam video tadi, tamadun india memberikan dunia beberapa contoh seni bina yang sangat unik dan mempunyai ciri dan nilai yang sangat tinggi.. Setiap binaan juga mempunyai fungsi yang sangat specific dan mempunyai maksud yang tersendiri. Contohnya binaan TAJ MAHAL dan MASJID MOTI. Taj Mahal sehingga kini dikenali sebagai binaan yang sangat bersejarah dan unik apabila ianya dibina pada awal tahun 1600 dan menunjukkan betapa majunya pengetahuan dan skills penduduk tamadun india pada zaman itu. Pengaruh islam juga dilihat sangat jelas dalam binaan Taj Mahal apabila asasnya terdiri daripada 4 tiang yang berukuran 46m dan dibina di tempat yang luas dan bertaman.Taj Mahal juga mempunyai hiasan berunsurkan jambangan bunga dan geometri yang mencerminkan simbolik antara alam sekitar dan tanda-tanda keagungan Tuhan serta ayat al-Quran menjadi hiasan utama Taj Mahal dan ukiran huruf khat thuluth Islam yang menjadi seni huruf utama. Pengaruh Islam juga dapat dilihat di binaan Agra Fort.
2) Perbezaan seni bina bagi setiap zaman -Zaman Asoka : Seni pada pintu gerbang dipengaruhi oleh agama Buddha Zaman Maurya : Seni bina tiang asoka Zaman Chola : Seni bina kuil Brigathiswarar di Thanjavur Zaman Vedik : Kuil dua dia Bhaja, Ajantha, Ellora, Mahapallipuram *Agama hindu menekankan simbol empat segi *Agama Buddha menekankan bentuk condong dan bulat *Seni binanya mempunyai 4 struktur penting Zaman Gupta : 1. Shikara (bentuk kereta kuda orang Aryan) 2. Vimana (kuil yang berbentuk pencampuran piramid bertingkat & lambang seni bina kuil selatan India) 3. Ratha (batu tunggak diukir menjadi bentuk binatang) 4. Gopuram (menandakan pintu masuk utama ke kompleks kuil)
REFLEKSI 2 : Pencapaian tamadun india:- ekonomi: - 2nd largest agriculture country -largest employer in the world for working in railways -one of the six countries to launch satellite -3rd largest economy by purchasing power parity in 2014,up to 25% of world population having indian workers -largest consumer of jewels -worlds fastest growing IT sector world's 12th largest economy
culture and building developments: -8 dance forms -29 major languages -largest population to be speaking in english -5100 town -20 core cities -7 wonders of india -2000 ethnic groups
the difference between the past civilisation and current is how they develop the knowledge and how they use it to develop their buildings,empowers many languages and how they vastly manage to improvice their lifestyle becoming more advance in IT and can challenge the world with its advance development
|
|
reimu
New Member
Posts: 6
|
Post by reimu on Dec 4, 2014 17:55:08 GMT
Muhammad Arif Farhan Bin Ahmad Fauzi Refleksi pertama pengaruh islam dalam seni bina india Antara pengaruh islam yang dapat dilihat dalam seni bina tamadun india ialah binaan Taj Mahal. Terdapat 4 aspek islam yang dapat dilihat pada seni bina Taj Mahal ;
1. Hiasan yang terdiri dari ayat Al-Quran, diukir dengan ukiran khat thuluth menjadi hiasan seni hiasan utama Taj Mahal.Antara surah yang menjadi hiasan ialah Surah 91, Surah 112, Surah 89, Surah 93, Surah 95, Surah 94, Surah 36, Surah 81, Surah 82, Surah 84, Surah 98, Surah 67, Surah 48, Surah 77 dan Surah 39.Huruf khat thuluth menjadi seni huruf utama. Jurukhat bernama Amanat Khan dibawa dari Parsi.
2. Terdapat 4 menara yang di bina di seiap penjuru Taj Mahal yg berunsurkan binaan menara tinggi.
3. Terdapat sebuah taman yang luas didirika dengan pintu masuk berbentuk lenkungan. Ini merupai seni bina islam biasanya mempunyai binaan berbentuk masjid lapangan.
4. Terdapat corak hiasan yang kebanyakkanya berunsurkan bunga-bungaan dan geometri. Ini melambangkan kesinambungan antara alam sekitar dan tanda- tanda keagungan Tuhan.
Perbezaan seni bina setiap zaman di india 1)Pada zaman Asoka, seni bina seperti pintu-pintu gerbang adalah dipengaruhi oleh agama Buddha. 2)Pada zaman Gupta, binaan seperti kuil dipercayai penting untuk pengebaran agama. Seni bina dan seni ukir mencapai kegemilangannya. Konsep asas ditentukan oleh kalangan Brahmin. Agama Hindu menekankan simbol empat segi manakala Buddha lebih condong kepada bentuk bulat. Seni bina zaman ini mempunyai empat struktur penting. Pertama, Shikara bermaksud bentuk kereta kuda orang Aryan. Kedua, Vimana iaitu kuil yang berbentuk percampuran piramid bertingkat dan menjadi lambang seni bina kuil selatan India. Ketiga, Ratha iaitu batu tunggak diukir menjadi bentuk binatang. Akhir sekali, Gopuram yang menandakan pintu masuk utama ke kompleks kuil. 3)Pada zaman Maurya, tiang Asoka adalah contoh terbaik kemegahan seni bina India. 4)Pada zaman Chola, kuil Brigathiswarar dibina di Thanjavur yang menunjukkan keunikan corak seni bina. 5)Pada zaman Vedik, banyak bangunan keagamaan diubahsuai oleh orang-orang agama Buddha semasa pemerintahan Maharaja Asoka, contohnya kuil dua di Bhaja, Ajantha, Ellora dan Mahapallipuram.
Refleksi 2 Pelbagai tamadun India Raya dari Zaman Gangsa hingga ke Zaman Pertengahan Awal terkemuka untuk pencapaian budaya mereka. Sains dan teknologi di India purba,Matematik,Astronomi,Senarai reka cipta India,Seni bela diri India,Perubatan India,Linguistik Muzik,Seni bina
Perbezaan antara suasana tamadun india yang lampau dan sekarang 1)dulu wujud sistem kasta,sekarang ada tapi tak ekstrem 2)menggunakan sistem feudal dalam pemerintahan dahulu,sekarang demokrasi berparlimen
factor perkembangan peradaban india 1)pertembungan dengan tamadun lain sama ada melalui perdagangan atau diplomatik 2)sikap terbuka pemimpin
|
|
1
New Member
Posts: 1
|
Post by 1 on Dec 5, 2014 6:53:50 GMT
Assalamu'alaikum
Refleksi 1 Faktor persekitaran dan cuaca telah mempengaruhi perkembangan seni bina tamadun India.Antara contoh seni bina tamadun India yang tersohor di mata dunia ialah taj mahal dan masjid mutiara yg menjadi lambang kemegahan mereka sepanjang zaman.Tidak dapat dinafikan bahawa dua binaan ini menjadi salah satu tarikan utama pelancong seluruh dunianuntuk berkunjung ke India.
Terdapat beberapa perbezaan seni bina di India pada setiap zaman : 1. Zaman Asoka=seni bina pintu gerbang dipengaruhi oleh agama buddha 2. Zaman Gupta=seni bina dipercayai amat penting untuk tujuan penyebaran agama-mencapai kegemilangan 3. Zaman Maurya=Tiang Asoka lambang kemegahan 4. ZamanCola=kuil brigathiswarar di thanjavur 5. Zaman Vedik=Kuil dua di Bhaja ,Ajantha, Ellora dan Mahapallipuram
Refleksi 2 Tamadun India telah banyak melakukan pencapaian dalam pelbagai bidang antaranya ialah seni bina,pertanian, ekonomi ,pertahanan, dan lain-lain lagi.Mereka telah mencapai pembangunan hasil kepimpinan pemimpin dan juga semangat daripada rakyat mereka sendiri iaitu semangat untuk membangunkan masyarakat dan negara.
|
|
Naddy
New Member
Posts: 4
|
Post by Naddy on Dec 5, 2014 16:19:29 GMT
REFLEKSI 1 Pengaruh Islam ke atas perkembangan dan kemajuan seni bina di India dapat dilihat dengan perkembangan pesat pada zaman Moghul dengan pembinaan bangunan Kabuli Bagh di Panipat, Jami Masjid di Sambal dan sebuah masjid di Agra.Shah Jahan merupakan seorang pemerintah yang unggul dalam bidang seni bina dengan pembinaan Taj Mahal berdasarkan konsep dan gaya Islam . Taj Mahal berbentuk oktagen dan dibina di atas podium (pentas) batu marmar putih. Bangunan ini mempunyai empat menara di empat penjuru podium. Bangunan ini juga mempunyai bilik yang terbahagi kepada lapan bahagian dengan ukiran marmar kaca pada makam Shah Jahan dan isterinya.
Perbezaan seni bina bagi setiap zaman di India Pada zaman Maurya, bidang seni bina dan seni ukir India berkembang maju.Tiang Asoka merupakan contoh terbaik kemegahan seni bina dan seni ukir India. Pada zaman Gupta seni bina mencapai kegemilangannya dan kuilnya mempunyai empat struktur penting iaitu Shikara, Vimana, Ratha dan Gopuram. Pada zaman Chola, Brigathiswarar di Thanjavur menunjukkan keunikan corak seni bina. Pada zaman Vedik, banyak bangunan keagamaan diubahsuai oleh orang-orang agama Budha. REFLEKSI 2
Dalam bidang ilmu matematik, pengetahuan mengenai konsep geometri telah berkembang sejak zaman sebelum masihi lagi. Sejak zaman Gupta, India telah maju dalam bidang ilmu matematik. Kemajuan ini dapat dicapai oleh orang India hasil pengetahuan yang dimiliki oleh mereka dalam konsep nombor abstrak. Dalam bidang sains kematangan dan kesempurnaan yang dicapai dalam bidang kerohanian telah merintis jalan bagi orang India memiliki beberapa keistimewaan lain. Ini dapat dilihat dari penemuan-penemuan awal yang telah dilakukan dalam bidang sains. Dalam bidang ilmu astronomi dan calendar Jyotisa adalah salah satu bahagian utama Veda. la merupakan perkiraan astronomi yang digunakan pada zaman awal untuk menentukan tarikh dan masa bagi upacara pengorbanan. Berdasarkan perkiraan astronomi muncul kalendar matahari. Pada zaman awal, orang India berjaya menemui 7 planet tanpa bantuan peralatan teknologi.
Perbezaan suasana tamadun India yang lampau dan sekarang ialah pada zaman dahulu, India mengamalkan sistem teokrasi dan sistem demokrasi pada zaman sekarang. Selain itu, India pada zaman sekarang mempunyai ekonomi yang pesat dan mencapai kemajuan dalam pelbagai sektor berbanding dengan India pada zaman dahulu.
Faktor perkembangan peradaban India ialah hasil daripada peranan pemimpin itu sendiri dan interaksi antara tamadun India dan tamadun lain.
|
|
|
Post by shahrulnizam on Dec 5, 2014 18:47:51 GMT
REFLEKSI 1 Pengaruh Islam ke atas perkembangan dan kemajuan seni bina di India dapat dilihat melalui pembinaan Taj Mahal, seni bina mewah yang terbaik dari Dinasti Mughal -terdapat 4 menara berketinggian lebih kurang 46 meter di setiap penjuru yang merupakan ciri-ciri seni bina Islam yang berunsurkan binaan menara yang tinggi -didirikan di hujung taman yang luas dengan pintu masuk berbentuk lengkungan yang menarik -terdapat corak hiasan seni bina Islam iaitu hiasan berunsur jambangan bunga dan geometri yang merupakan simbolikantara alam sekitar dan tanda-tanda keagungan Tuhan. -dihiasi dengan ayat Al-Quran dan ukiran huruf khat thuluth.
Perbezaan seni bina bagi setiap zaman di India 1. Zaman Gupta - Shikara(kereta kuda orang Aryan), Vimana(kuil berbentuk campuaran piramid bertingkat), Ratha(batu tunggak diukir bentuk binatang), Gopuram(pintu masuk kuil) 2. Zaman Maurya - seni bina Tiang Asoka 3. Zaman Chola - keunikan corak seni bina kuil Brigathiswarar di Thanjavur 4. Zaman Vedik - bangunan keagamaan diubahsuai orang-orang agama Buddha. Contoh: kuil dua di Bhaja, Ajantaha, Ellora dan Mahallipuram
REFLEKSI 2 Pencapaian tamadun India -perkembangan dalam bidang IT -pasukan tentera bersenjata yang kedua terbesar di dunia -pengeluar susu yang terbesar di dunia -mempunyai banyak syarikat yang dilengkapi dengan kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D) -sektor ekonomi yang paling cepat berkembang -negara pertanian yang kedua terbesar
Perbezaan tamadun India yang lampau dan sekarang -kegiatan ekonomi pada zaman sekarang jauh lebih baik daripada zaman dahulu -sistem kasta yang diamalkan pada zaman dahulu semakin berkurangan dalam sistem sosial masyarakat India sekarang
Faktor perkembangan peradaban India -kemajuan dalam sistem pendidikan melahirkan ramai golongan intelektual -kebijaksanaan pemerintah India dalam pentadbiran -interaksi antara tamadun India dengan tamdun lain seperti Tamadun Islam dan China
|
|
|
Post by yanamuni on Dec 6, 2014 12:21:35 GMT
SITI NORLIYANA AIMUNI BT MUSTAFA
Refleksi 1
Pengaruh Islam terhadap perkembangan dan kemajuan seni bina India -Pengaruh Islam dalam seni bina India dapat dilihat pada pembinaan Taj Mahal yang juga dikenali sebagai 'Permata Senibina Islam' . Ciri2 pembinaan Taj Mahal : -mempunyai 4 menara lebih kurang 46m yang menghiasi setiap penjuru -pintu masuk berbentuk lengkungan menyerupai sebuah masjid -Taj Mahal mempunyai hiasan berunsurkan jambangan bunga dan geometri -ayat al-Quran menjadi hiasan utama -ukiran huruf khat thuluth Islam merupakan seni huruf utama
Seni bina India
1)Zaman Gupta -binaan kuil penting untuk penyebaran agama -konsep asas binaan ditentukan golongan Brahmin -Agama Hindu menekankan simbol empat segi manakala Buddha lebih kepada bulat -mempunyai 4 struktur penting (shikara, vimana, ratha, gopuram)
2)Zaman Maurya -Tiang Asoka merupakan kemegahan seni bina India
3)Zaman Chola -kuil Brigathiswarar menunjukkan keunikan corak seni bina
4)Zaman Vedik -Bangunan keagamaan diubah suai oleh orang beragama Buddha semasa pemerintahan Maharaja Asoka
Refleksi 2
Pencapaian Tamadun India dalam pelbagai bidang -mempunyai sektor IT yang pesat berkembang di dunia -merupakan negara pertanian kedua terbesar -mempunyai pelbagai bahasa dan etnik -tentera bersenjata kedua terbesar di dunia -negara pengeluar susu yang terbesar -antara 6 negara yang melancarkan satelit -tentera udara keempat terbesar di dunia -tentera laut kelima terbesar di dunia
Suasana Tamadun India pada zaman lampau dan zaman sekarang -Tamadun India sekarang telah maju dengan pendidikan yang setaraf dengan negara2 maju yang lain dan kerajaan menitikberatkan masyarakat setinggan berikutan kadar penduduk yang pesat di India . Peluang pekerjaan juga banyak terdapat untuk mengatasi masalah ekonomi.
Faktor Perkembangan Peradaban India: -Kebebasan dari zaman penjajahan -desakan untuk bersaing dengan negara maju -hubungan diplomatik dengan negara luar
|
|
|
Post by attyliyasyafira on Dec 6, 2014 14:53:41 GMT
Refleksi 1
Pengaruh Islam ke atas perkembangan dan kemajuan seni bina India dapat dilihat dalam pembinaan Taj Mahal oleh Shah Jahan untuk isteri yang kelimanya Mumtaz Mahal. Taj Mahal turut dipanggil Permata Seni Bina Islam yang dipengaruhi oleh corak binaan Parsi, Turki, India dan Islam.
#Taj Mahal mempunyai empat menara yang setiap penjurunnya lebih kurang 46 meter tinggi. Ciri ini jelas menunjukkan ciri – ciri Islam iaitu unsur binaan menara tinggi. #Pintu masuknya juga membentuk lingkungan yang menyerupai masjid. #Hiasan ukiran pada dinding Taj Mahal juga berunsur kesenian Islam apabila mereka menggunakan corak bunga – bungaan dan juga geometri. Corak ini menjadi simbolik kepada alam sekitar dan tanda- tanda keagungan Tuhan # Ayat Al quran juga menjadi hiasan utama ukiran huruf khat thuluth Islam yang menjadi seni huruf utama Taj Mahal.
Perbezaan seni bina bagi setiap zaman di India
#Zaman Asoka, pintu gerbangnya dipengaruhi oleh agama Buddha] #Zaman Gupta, kuil penting untuk penyebaran agama. (Agama Hindu banyak menggunakan simbol empat segi manakala orang Buddha banyak menggunakan bentuk condong atau bulat) # Zaman Maurya, tiang Asoka merupakan contoh kemegahan seni bina India. # Zaman Chola, terdapat seni bina Kuil Brigathiswarar di Thanjavur. # Zaman Vedik, banyak bangunan keagamaan diubahsuai oleh orang - orang agama Buddha contohnya : kuil dua dia Bhaja, Ajantha, Ellora, Mahapallipuram.
|
|
|
Post by attyliyasyafira on Dec 6, 2014 15:30:43 GMT
Refleksi 2
Pencapaian tamadun India dalam pelbagai bidang
#mempunyai sektor IT yang paling berkembang pesat di dunia #Memiliki ketenteraan bersenjata kedua terbesar di dunia # Memiliki ketenteraan udara keempat terbesar di dunia #Memiliki ketenteraan laut kelima terbesar di dunia # Merupakan negara pertanian kedua terbesar # Mempunyai pelbagai bahasa dan etnik #Merupakan negara pengeluar susu yang terbesar #Antara enam negara yang melancarkan satelit
Perbezaan tamadun India terdahulu dan sekarang
#Sistem kasta yang diamalkan oleh masyarakat terdahulu tidak dipraktikkan dalam masyarakat kini #Ekonomi India telah berkembang dengan lebih pesat untuk zaman sekarang #India memiliki pelbagai kecanggihan teknologi dalam sistem pentadbiran, pendidikan, ekonomi mahupun ketenteraannya.
Faktor perkembangan peradaban India
#Hasil dan sumber alam negara yang banyak #Memiliki tenaga kerja yang mencukupi ekoran rakyatnya yang banyak #Kemajuan sistem teknologi dalam pertanian, pendidikan dan sebagainya #Peranan pemerintah yang dapat menerajui negara dengan bijaksana #Kekuatan bangsa India yang cinta akan negara mereka #Semagat rakyat India untuk membangunkan negara mereka #Ketaatan masyarakat India kepada agama dan kepercayaan mereka
|
|
|
Post by arishanajua on Dec 6, 2014 17:15:58 GMT
refleksi 1:
pengaruh Islam terhadap kemajuan seni bina tamadun India dapat dilihat pada Taj Mahal dan Agra Fort. kedua-dua binaan ini mempunyai persamaan dari segi struktur dan ukiran. bangunan-bangunan tersebut mempunyai menara tinggi serta beberapa struktur berbentuk kubah,persis seperti masjid. hiasan pula berunsurkan jambangan bunga dan geometri(simbolik alam sekitar dan tanda keagungan Tuhan). banyak binaan yang berbentuk melengkung dan berdekatan dengan taman. untuk TAj MAhal,terdapat ukiran ayat Al-Quran serta ukiran huruf khat thuluth Islam manakala untuk Agra Fort,masjid juga berfungsi sebagai tempat kehakiman dan berdagang.
Zaman Asoka- pintu gerbang(pengaruh Buddha) Zaman Gupta- Kuil(untuk tujua keagamaan,dan konsep asas ditentukan oleh golongan Brahmin) Zaman Maurya-Tiang Asoka Zaman Chola- Kuil Brigathiswarar Zaman Vedik- Kuil dua
Refleksi 2: Tamadun India cemerlang dalam pencapaian tamadun dalam semua aspek iaitu pembangunan,kesenian,hubungan dan komunikasi,agrikultur,ketenteraan,ekonomi.
seni tari 8 bentuk 29 bahasa negara yang mempunyai pertumbuhan bidang IT paling cepat di dunia negara kedua terbesar bidang agrikultur negara kedua terbesar ketenteraannya negara ketiga terbesar dalam ekonomi melalui kuasa membeli
Tamadun India lampau sudah banyak mencapai kejayaan yang mendorong kepada kejayaan yang lebih meluas pada zaman sekarang dengan tambahan melalui hubungan,ekonomi,pembangunan dan ketenteraan. India sekarang banyak memonopoli kedudukan dalam dunia dalam pelbagai bidang.
pada pendapat saya, faktor perkembangan peradaban tamadun India adalah kesukaran yang dahulu mereka pernah hadapi yang menggalakkan mereka untuk mencipta sesuatu untuk memudahkan hidup mereka. begitu juga,kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah.
|
|
|
Post by aimanHananiMokthar on Dec 6, 2014 19:44:06 GMT
Refleksi 1::
- kesenian yang ditonjolkan oleh tamadun india menampakkan kreativiti dan idea yang bernas dalam pembinaan bangunan.
- perancangan bandar yang sistematik
- setiap zaman pemerintahan yang berbeza menghasilkan sebuah hasil seni bina yangmengagumkan, seperti::zaman Asoka, seni bina yang dipengaruhi oleh agama Buddha, manakala zaman Gupta menggunakan konsep brahmin (agama hindu).
- TAJ MAHAL::
- diasakan oleh shah jahan.
-dibina berhampiran sungai Jumma. berciri kan batu permata, batu marmar dan kristal. -berteraskan gabungan idea negara Parsi, Turki, Arab. -menfokuskan corak geometrik dan flora.. dihiasi ayat Al-Quran yang menonjolkan ciri keislaman.
- diasakan oleh maharaja Akbar. - berfungsi sebagaikubu berkuasa yang mengelilingi kawasan Taj Mahal. -terdapat 2 pintu utama -berteraskan seni bina Parsi. Refleksi 2::- tamadun india merupakan tamadun yang sentiasa berkembang maju dari semasa ke semasa.
- tamadun india juga mempunyai pelbagaikeistimewaan dan keunikanya tersendiri.
- negara tersebut merupakan lokasi ke-7 terbesar yang dikelilingi oleh 3 lautan yang besar.
- negara tersebut menampung penduduk yang sangat ramai yang terbahagi kepada 20 lebih etnik.
- teradapat 29 bahasa
- mempunyai skuad pertahanan negara yang besar dan kukuh
- negara india amat saya kagumi, kerana begitu banyak keunikan yang terdapat pada negara tersebut, yang sukar ditemui.
|
|
UMMI WARDAH BINTI SHAFIE
Guest
|
Post by UMMI WARDAH BINTI SHAFIE on Dec 6, 2014 20:48:09 GMT
Refleksi tamadun India
1) Pengaruh Islam ke atas kemajuan seni bina tamadun India :
Hal ini dapat dilihat dalam seni bina Taj Mahal ( Masjid Mutiara). Seni bina dipengaruhi oleh persekitaran dan cuaca. Taj Mahal dibina daripada batu mamar putih, mozek, dan batu-batu permata seperti berlian, jed dan kristal. Taj Mahal dibina hasil gabungan seni bina Parsi, Turki, Islam dan India serta dikatakan ‘permata seni bina Islam’. Taj Mahal mempunyai 4 menara berukuran 46m yang menghiasi setiap penjuru. Ciri-ciri seni bina Islam dapat dilihat kerana seni bina Islam berunsurkan binaan menara yang tinggi. Ia juga didirikan di hujung sebuah taman yang luas dengan pintu masuk berbentuk lengkungan yang menawan yang menyerupai masjid Corak hiasan seni bina Islam iaitu jambangan bunga dan geometri yang mencerminkan simbolik antara alam sekitar dan tanda-tanda keagungan Tuhan. Ayat al-Quran menjadi hiasan utama Taj Mahal dan ukiran huruf khat Thuluth Islam yang menjadi seni huruf utama Taj Mahal
Perbezaan seni bina setiap zaman di India Zaman Gupta ⇒ Binaan seperti kuil dipercayai penting untuk penyebaran agama ⇒ Seni bina dan seni ukir mencapai kegemilangannya pada zaman Gupta ⇒ Agama Hindu menekankan bentuk empat segi manakala agama Buddha menekankan bentuk bulat ⇒ Empat bentuk penting : Shikara, Vimana, Ratha, Gopuram Zaman Maurya ⇒ Binaan tiang Asoka Zaman Chola ⇒ Binaan kuil Brigathiswarar yang dibina di Thanjavur yang menunjukkan keunikan corak seni bina Zaman Vedik ⇒ Bangunan keagamaan di ubahsuai oleh orang-orang agama Buddha dibawa pemerintahan Maharaja Asoka ⇒ Kuil dua di Bhaja, Ajantha, Ellora, Mahapallipuram
2) Pencapaian tamadun India Kesenian : i. Kesenian dalam seni halus (tarian, muzik, dan drama). Natya Sastera karya yang menerangkan semua jenis seni, tarian Bharata Natyam dan Kathak Seni bina : i. Ditentukan oleh peraturan, perancangan, pemilihan tapak, mitologi dan astronomi ii. 2 bentuk bulat dan empat segi. Kuil bukan tempat ibadat tetapi tempat suci dan pusat menghimpunkan rakyat dari pelbagai lapisan. iii. Struktur yang penting ialah Shikara, Vimana, Ratha dan Gopuram iv. Seni bina Buddha pula ialah Stupa Buddha Stambhas, seni bina gua, Vedika Batu, Torana Buddha v. Seni bina Islam merupakan gabungan unsur-unsur Arab, Parsi dan tempatan (Taj Mahal) Seni ukir : Pembuatan patung, tiang berukir dan seni pahat Seni lukis : Candi dan kuil dihiasi dengan lukisan yang menggambarkan unsur-unsur keceriaan dan keagamaan Sains dan teknologi : Menekankan dua aspek iaitu fungsi dan kepentingan secara menyeluruh : Merangkumi bidang matematik, astronomi, fizik, kimia dan Logam
Perbezaan suasana : Suasana tamadun India pada zaman lampau dibelenggu oleh kemiskinan, ketidaksamaan sosial, penyembahan patung-patung dan amalan songsang. Pada zaman sekarang, tamadun India semakin meningkat naik dari segi sosial, teknologi serta ilmu pengetahuan.
Faktor perkembangan peradaban India : Pencapaian kemajuan dalam segala aspek kehidupan manusia seperti agama, budaya, kemajuan kebendaan, nilai kepercayaan dan sebagainya.
|
|
aiman
New Member
Posts: 8
|
Post by aiman on Dec 7, 2014 2:57:25 GMT
(REPOST:: aiman hanani mokthar)**
Refleksi 1::
-kesenian yang ditonjolkan oleh tamadun india menampakkan kreativiti dan idea yang bernas dalam pembinaan bangunan. - perancangan bandar yang sistematik
- setiap zaman pemerintahan yang berbeza menghasilkan sebuah hasil seni bina yangmengagumkan, seperti::zaman Asoka, seni bina yang dipengaruhi oleh agama Buddha, manakala zaman Gupta menggunakan konsep brahmin (agama hindu).
TAJ MAHAL::
- diasakan oleh shah jahan. -dibina berhampiran sungai Jumma. berciri kan batu permata, batu marmar dan kristal. -berteraskan gabungan idea negara Parsi, Turki, Arab. -menfokuskan corak geometrik dan flora.. dihiasi ayat Al-Quran yang menonjolkan ciri keislaman. AGRA FORT
- diasakan oleh maharaja Akbar. - berfungsi sebagaikubu berkuasa yang mengelilingi kawasan Taj Mahal. -terdapat 2 pintu utama -berteraskan seni bina Parsi. Refleksi 2:: - tamadun india merupakan tamadun yang sentiasa berkembang maju dari semasa ke semasa.
- tamadun india juga mempunyai pelbagaikeistimewaan dan keunikanya tersendiri.
- negara tersebut merupakan lokasi ke-7 terbesar yang dikelilingi oleh 3 lautan yang besar.
- negara tersebut menampung penduduk yang sangat ramai yang terbahagi kepada 20 lebih etnik.
- teradapat 29 bahasa
- mempunyai skuad pertahanan negara yang besar dan kukuh
- negara india amat saya kagumi, kerana begitu banyak keunikan yang terdapat pada negara tersebut, yang sukar ditemui.
|
|
eve95
New Member
Posts: 3
|
Post by eve95 on Dec 7, 2014 15:04:54 GMT
SITI HAWA BINTI DOLAH
REFLEKSI 1
Pengaruh Islam ke atas perkembangan dan kemajuan seni bina India: Terdapat beberapa kesan yang dapat dilihat melalui pengaruh Islam terhadap tamadun India yang mana struktur seni bina di tamadun India menonjolkan ciri-ciri keislaman. Antara contoh kesenian seni bina India dapat dilihat dengan jelas adalah pada binaan Taj Mahal. Struktur binaan pada pintu masuk Taj Mahal berbentuk lengkungan yang menyerupai seperti sebuah masjid di tambah pula ianya didirikan di hujung sebuah taman yang luas. Penggunaan ayat al-Quran menjadi hiasan utama untuk Taj Mahal dan ukiran huruf khat thuluth Islam pula menjadi seni huruf utama. Selain itu, corak hiasan yang berunsurkan jambangan bunga dan geometri melambangkan simbolik antara alam sekitar dan tanda-tanda keagungan Tuhan.
Perbezaan setiap seni bina di India: -Pada zaman Asoka, seni bina seperti pintu-pintu gerbang adalah dipengaruhi oleh agama Buddha. -Pada zaman Gupta, binaan seperti kuil dipercayai penting untuk pengebaran agama. Seni bina dan seni ukir juga mencapai kegemilangannya. Konsep asas ditentukan oleh kalangan Brahmin. -Agama Hindu menekankan simbol empat segi manakala Buddha lebih condong kepada bentuk bulat. Seni bina zaman ini mempunyai 4 struktur penting. i) Shikara bermaksud bentuk kereta kuda orang Aryan. ii) Vimana iaitu kuil yang berbentuk percampuran piramid bertingkat dan menjadi lambang seni bina kuil selatan India. iii) Ratha iaitu batu tunggak diukir menjadi bentuk binatang. iv) Gopuram yang menandakan pintu masuk utama ke kompleks kuil. -Tiang Asoka adalah contoh terbaik kemegahan seni bina India pada zaman Maurya, -Keunikan corak seni bina Pada zaman Chola dapat dilihat pada kuil Brigathiswarar yang dibina di Thanjavur. -Pada zaman Vedik, banyak bangunan keagamaan diubahsuai oleh orang-orang agama Buddha semasa pemerintahan Maharaja Asoka, contohnya kuil dua di Bhaja, Ajantha, Ellora dan Mahapallipuram.
REFLEKSI 2
Pencapaian tamadun India dalam pelbagai bidang: -penggunaan emas terbesar di dunia -pengeluar susu terbesar di dunia -antara negara yang berjaya melancarkan satelit -negara pertanian kedua terbesar di dunia -negara dengan sektor IT yang paling berkembang pesat di dunia -mempunyai tentera bersenjata kedua terbesar di dunia -mempunyai tentera udara keempat terbesar di dunia -mempunyai tentera laut kelima terbesar di dunia -negara kedua terbesar di dunia yang mengimport senjata
Perbezaan suasana tamadun India pada zaman lampau dan sekarang: -Sistem kasta diikut dengan ketat pada zaman dahulu sehingga golongan paria sangat dipandang hina oleh golongan atasan.Zaman sekarang, sistem kasta masih ada tetapi tidak diikuti secara ekstrem. Tambahan lagi, sesetengah golongan atasan menghormati golongan bawahan atas sifat kemanusiaan -Pada zaman dahulu, India menggunakan sistem feudal. Tetapi pada zaman kini, India merupakan negara terbesar dalam sistem demokrasi -India pada zaman dahulu, wanita dan kanak-kanak perempuan sering ditindas namun kini, ianya masih berlaku tetapi sekarang sudah ada hak-hak kewanitaan yang dapat membela kaum wanita dan kanak-kanak perempuan
Faktor perkembangan peradaban India: -Penggunaan kekayaan ekonomi dengan sebaiknya sehingga menjadi negara terbesar menghasilkan susu, negara terbesar dalam pertanian dan berjaya melancarkan satelit -pemerintahan yang bagus dan berjaya sehingga menjadi negara paling besar dalam berdemokrasi -Penggunaa tenaga pekerja yang ramai dalam menjayakan pelbagai matlamat negara
|
|
|
Post by haziqhaikalshafiee on Dec 7, 2014 15:18:21 GMT
Refleksi Tamadun 1 berikut adalh kesan pengaruh islam, terhadap kesenian seni bina india sebagai contoh , yang terdapat pada Taj mahal :
- binaan 4 menara di setiap penjuru yang berunsurkan binaan menara yang tinggi. - didirikan di hujung sebuah taman yang luas dengan pintu masuk berbentuk lenkungan (seni bina islam biasanya mempunyai binaan berbentuk masjid lapangan) - corak hiasan yang berunsurkan jambangan bunga dan geometri yang melambangkan simbolik antara alam sekitar dan tanda- tanda keagungan Tuhan. - Ayat Al quran menjadi hiasan utama ukiran huruf khat thuluth Islam yang menjadi seni huruf utama Taj Mahal.
seterusnya , untuk persoalan yang kedua , perbezaan seni bina pada setiap zaman pula adalah seperti berikut:- 1) Zaman Asoka : seni bina pintu gerbang dipengaruhi oleh agama Buddha. 2) Zaman Gupta : seni bina kuil penting untuk pnyebaran agama. Konsep asas seni bina dan seni ukir ditentukan oleh golongan Brahmin. Agama hindu menekankan simbol empat segi manakala agama Buddha menekankan bentuk condong dan bulat.Seni binanya mempunyai 4 struktur penting iaitu Shikara (bentuk kereta kuda orang Aryan), Vimana (kuil yang berbentuk pencampuran piramid bertingkat & lambang seni bina kuil selatan India), Ratha (batu tunggak diukir menjadi bentuk binatang), Gopuram (menandakan pintu masuk utama ke kompleks kuil). 3) Zaman Maurya : terdapat seni bina Tiang Asoka. 4) zaman Chola : terdapat seni bina Kuil Brigathiswarar di Thanjavur. 5) zaman Vedik, bangunan keagamaan diubahsuai oleh orang - orang agama Buddha (contohnya : kuil dua dia Bhaja, Ajantha, Ellora, Mahapallipuram).
Refleksi Tamadun 2:
Pencapaian Tamadun India: 1. Negara kedua terbesar dalam bidang agrikultur. 2. Negara yang berkembang pesat dalam bidang IT. 3. Negara kedua terbesar dalam bidang ketenteraan. 4. Negara keempat terbesar untuk tentera udara. 5. Negara kelima terbesar untuk tentera laut.
Secara zahirnya , dapat kita analisakan bahawa terdapat jurang yang agak besar antara india pada zaman dahulu dengan india pada zaman sekarang . penduduk india pada zaman dahulu sering digambarkan dengan suasana kemiskinan dan kesempitan hidup . namun setelah beberapa dekad bertlalu , india kini telah jauh meninggalkan takuk mereka yang lama . mereka kini setanding negara negara maju hasil titik peluh para pemimpin mereka yang tak pernah lelah mengerah keringat untuk menaikkan taraf hidup mereka .
Antara Faktor Perkembangan Peradaban India: 1. Kebebasan dari zaman penjajahan 2. Pengaruh peradaban lain untuk maju. 3. Wujud interaksi antara peradaban india dengan peradaban lain.
|
|
|
Post by muazmutalib95 on Dec 7, 2014 15:25:07 GMT
REFLEKSI PERTAMA:
Pengaruh Tamadun Islam dalam seni bina tamadun india Antara ciri-ciri islam yang dapat dilihat adalah pada seni bina:
Taj Mahal
Mempunyai hiasan ukiran(khat sulus) yang terdiri dari ayat Al-Quran(Surah 91,112,89,93,95,94,36,81,82,84,98,67,48,77 dan 39. Jurukhat bernama: Amanat Khan (Berbangsa Parsi).Terdapat 4 menara yang di bina di seiap penjuru Taj Mahal yg berunsurkan binaan menara tinggi.Terdapat sebuah taman yang luas didirika dengan pintu masuk berbentuk lenkungan. Ini merupai seni bina islam biasanya mempunyai binaan berbentuk masjid lapangan.Terdapat corak hiasan yang kebanyakkanya berunsurkan bunga-bungaan dan geometri. Ini melambangkan kesinambungan antara alam sekitar dan tanda- tanda keagungan Tuhan.
Perbezaan seni bina bagi setiap zaman tamadun india:
Zaman Asoka, seni bina seperti pintu-pintu gerbang adalah dipengaruhi oleh agama Buddha.Zaman Gupta, binaan seperti kuil dipercayai penting untuk pengebaran agama. Seni bina dan seni ukir mencapai kegemilangannya. Konsep asas ditentukan oleh kalangan Brahmin. Agama Hindu menekankan simbol empat segi manakala Buddha lebih condong kepada bentuk bulat. Seni bina zaman ini mempunyai empat struktur penting. Pertama, Shikara bermaksud bentuk kereta kuda orang Aryan. Kedua, Vimana iaitu kuil yang berbentuk percampuran piramid bertingkat dan menjadi lambang seni bina kuil selatan India. Ketiga, Ratha iaitu batu tunggak diukir menjadi bentuk binatang. Akhir sekali, Gopuram yang menandakan pintu masuk utama ke kompleks kuil. Pada Zaman Maurya, tiang Asoka adalah contoh terbaik kemegahan seni bina India. Pada Zaman Chola, kuil Brigathiswarar dibina di Thanjavur yang menunjukkan keunikan corak seni bina. Pada Zaman Vedik, banyak bangunan keagamaan diubahsuai oleh orang-orang agama Buddha semasa pemerintahan Maharaja Asoka, contohnya kuil dua di Bhaja, Ajantha, Ellora dan Mahapallipuram.
Refleksi 2
Antara bidang-bidang yang mencapai perkembangan dalam tamadun India: Sains dan teknologi, Matematik, Astronomi, Reka cipta, Seni bela diri, Perubatan, Linguistik, Muzik, Seni bina
Perbezaan antara suasana tamadun India (Dulu dan Sekarang): Pemansuhan sistem kasta dikalangan masyarakat India itu sendiri(terutamanya di Malaysia). Menggunakan sistem demokrasi berparlimen menggantikan sistem feudal dalam pemerintahan.
Factor perkembangan peradaban india: Pertembungan dengan tamadun lain sama ada melalui perdagangan atau diplomatik disokong pula dengan sikap terbuka pemimpin.
|
|