syafi
New Member
Posts: 3
|
Post by syafi on Dec 7, 2014 15:34:26 GMT
Assalamualaikum.. Refleksi 1; Tmadun India memberikan sumbangan besar dlm kesenian seni bina. Antara kesenian seni bina Tamadun India yg telah diadaptasi tamadun-tamadun lain termasuklah pembinaan rumah-rumah yg selari mengikut grid-grid tertentu. Ciri-ciri keislaman yg telah diserap ke dlm tamadun india adalah ukiran ayat-ayat al-Quran(Taj Mahal),banggunan-bangunan mempunyai ciri seakan-akan kubah. Perbezaan kesenian;Zaman Asoka, pintu gerbang banyak dipengaruhi fahaman Buddha.Zaman Gupta, kuil-kuil membuktikan kekuatan pengaruh agama hindu.Zaman Maurya, tiang Asoka yg menjadi salah satu kemegahan tamadun india.Zaman Chola, terdapat seni bina Kuil Brigathiswarar di Thanjavur.Zaman Vedik, banyak bangunan keagamaan diubahsuai oleh orang - orang agama Buddha kuil 2. Refleksi 2; Pencapaian tamadun india merangkumi pencapaian dlm kesenian,bahasa,perdagangangan dan juga pendidikan.Perbezaan tamadun india lampau dan kini pada pendapat saya ialah amalan sistem kasta. sistem tersebut masih wujud sehingga kini tetapi tidak lagi ditekankan. Masyarakat Tamadun India kini berpendapat setiap individu layak mempunyai peluang menceburi bidang-bidang lain. Penilaian adalah berdasarkan meritokrasi.
|
|
|
Post by syahirbadri on Dec 7, 2014 15:42:35 GMT
refleksi 1
pengaruh islam terhadap kesenian seni bina tamadun india memain peranan dalam perkembangan dan kemajuan seni bina di India. Ianya juga dipengaruhi oleh persekitaran dan cuaaca. Contoh banganan yang mempunyai pengaruh Islam dalam seni bina mereka adalah taj mahal dan Masjid mutiara. Taj mahal, 4 menara yang lebih kurang 46m menghiasi setiap penjuru. Taj mahal didirikan di sebuah taman yang luas dengan pintu berbentuk lengkungan yanng menyerupai sebuah masjid. Taj mahal juga mempunyai hiasan berunsurkan jambangan bunga dan geometri yang mencerminkan simbolik antara alam sekitar dan tanda-tanda keagungan tuhan. Selain itu, taj mahal juga dihiasi ayat Al-quran dan ukiran tulisan khat Islam yang menjadi sei huruf utama.
perbezaan seni bina bagi setiap zaman tamadun india Zaman Gupta -binaan seperti kuil penting untuk penyebaran agama -agama Hindu menekankan simbol empat segi -agama Buddha menekankan simbol bulat -ade empat struktur penting iaitu shikara,vimana,ratha dan gopuram Zaman Maurya -contoh binaan terbaik adalah Tiang Asoka Zaman Chola -menunjukkan keunikan senibina seperti Kuil Brigathiswarar Zaman Vedik -orang-orang agama Buddha mengubahsuai bangunan keagamaan seperti Ajantha,Ellora dan Mahapallipuram
refleksi 2
pencapaian tamadun india tamadun india telah mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang seperti bidang seni bina perubatan bahasa muzik astronomi dan matematik
perbezaan suasana tamadun islam dulu dan sekarang Pada zaman dahulu ramai hidup dalam kemiskinan dan mundur dari segi perkembangan dalam bidang ekonomi dan bidang lain disebabkan banyak berlaku penjajahandan pada zaman sekarang banyak berlaku perkembangan dan kemajuan yang pesat dari segi ekonomi,pertanian,ketenteraan dan sebagainya disebabkan bebas dari belenggu penjajah dan kadar kemiskinan semakin berkurangan disebabkan peluang pekerjaan semakin meningkat. selain itu pemansuahan sistem kasta dalam pemerintahan tamadun india dahulu dan digantikan dengan sistem pemerintahan moden
faktor perkembangan peradaban india 1. Kebebasan dari zaman penjajahan 2. Pengaruh peradaban lain untuk maju. 3. Wujud interaksi antara peradaban india dengan peradaban lain. 4. Peningkatan ilmu dan teknologi
|
|
pian
New Member
Posts: 5
|
Post by pian on Dec 7, 2014 16:01:37 GMT
pengaruh islam taj mahal masjid mutiara
perbezaan seni bina bagi setiap zaman tamadun india Zaman Gupta -binaan seperti kuil penting untuk penyebaran agama -agama Hindu menekankan simbol empat segi -agama Buddha menekankan simbol bulat -ade empat struktur penting iaitu shikara,vimana,ratha dan gopuram Zaman Maurya - Tiang Asoka Zaman Chola -menunjukkan keunikan senibina seperti Kuil Brigathiswarar Zaman Vedik -orang-orang agama Buddha mengubahsuai bangunan keagamaan seperti Ajantha,Ellora dan Mahapallipuram
refleksi 2 1)bidang seni bina ,perubatan ,astronomi,kimia,matematik 2)sistem kasta telah dimansuhkan perjuangan mahatma gandhi pengurangan kemiskinan 3)sains dan teknologi penjajahan barat pengaruh islam
|
|
|
Post by zhariffffff on Dec 7, 2014 17:20:52 GMT
Refleksi Tamadun 1 Pengaruh Islam ke atas perkembangan dan kemajuan seni bina india :
Antara pengaruh Islam terhadap Taj Mahal :
1. mempunyai 4 menara yang meghiasi 4 penjuru 2. didirikan dihujung sebuah taman yang luas 3. pintu masuk Taj Mahal melengkung seperti yang sering terdapat pada binaan pintu masuk masjid-masjid 4. terdapat ukiran khat dan ayat Al-Quran menjadi hiasan dan seni utama pada binaan Taj Mahal 5. corak berunsurkan jambangan bunga dan geometri sebagai tanda keagungan Tuhan
Perbezaan antara setiap zaman dalam tamadun India : Zaman Gupta : 1. Shikara-bentuk kereta kuda orang Aryan 2. Vimana-kuil berbentuk percampuran piramid bertingkat 3. Ratha-batu tunggak diukir menjadi bentuk binatang Zaman Maurya :Seni bina Tiang Asoka Zaman Chola :Seni bina kuil Brigathiswarar di Thanjavur Zaman Vedik :Banyak bangunan keagamaan diubahsuai oleh orang agama Buddha semasa pemerintahan Maharaja Asoka Contohnya, kuil dua di Bhaja,Ellora,Ajantha
Refleksi Tmadun 2 Pencapaian Tamadun India : Pencapaian tamadun india: . Kota raya : besar, terancang dan tersusun rapi. : mencapai taraf hidup yang tinggi. : mempunyai pengkhususan kerja. . Ekonomi : sumber yangkukuh dan lumayan. . Perdagangan antarabangsa : mempunyai hubungan erat dengan tamadun lain. . Tulisan : mempunyai tulisan @ skrip tersendiri menggunakan gambar dan simbol. . Matematik : perkenalkan nombor sifar dan algebra. . Kesenian : mahir dalam pengukiran barangan perak dan batu permata. Perbezaan tamadun india dahulu dan sekarang.
Dahulu Golongan bawahan rendah tarafnya hingga dijadikan hamba. Menggunakan sistem feudal. Tulisan berbentuk simbol. Pertanian untuk sara diri.
Sekarang Golongon bawahan lebih terjaga tarafnya kerana dilindungi dan diberi hak keistimewaan dalam undang-undang dan perlembagaan. Menggunakan sistem demokrasi berparlimen. Tulisan tidak berbentuk simbol. Pertanian untuk jualan. Faktor perkembangan tamadun india: . kestabilan politik . sistem pemerintahan yang kuat dan adil . pemimpin berwibawa dan dinamis . bersifat kreatif dan inovatif . sentiasa berusaha membaiki dan meningkatkan kehidupan . hubungan dengan tamadun lain seperti hubungan perdagangan dan diplomatik .perkembangan pemikiran dan kemahian .saling bekerjasama membangunkan ekonomi .perkembangan ilmu pengetahuan .penjajahan atau penaklukan wilayah
|
|
|
Post by NuraqilahHS244 on Dec 9, 2014 17:52:51 GMT
REFLEKSI 1 :
# Pengaruh islam atas perkembngan dan kemajuan seni bina India.
1. Tamadun India mempunyai perancangan bandar yang sistematik yang dipengaruhi oleh persekitaraan dan cuaca
2. Taj Mahal :
- dibina oleh Maharaja Shah Jahan untuk Mumtazul Zamani pada dinasti mughal
- dibina daripada batu marmar, mozek, dan batu permata ( jed, berlian dan kristal )
- gabungan seni bina Parsi, Turki, India dan Islam
- merupakan kesan seni bina tamadun islam dari Parsi, Arab, dan Turki
- terdapat 4 menara pada setiap penjuru
- pintu masuk yang melengkung menyerupai sebuah masjid
- corak hiasan seni bina islam mempunyai seni bunga dan geometri yang mempunyi simbolik alam sekitar dengan tanda keagungan tuhan
- mempunyai ayat Al-Quran dan ukiran huruf khat thuluth islam
# Perbezaan seni bina setiap zaman di India 1. Zaman Gupta - kuil untuk menyebarkan agama
- konsep asas ukiran daripada golongan Brahmin
- agama hindu menggunakan simbol empat segi manakala agama buddha menggunakan simbol bulat
- terdapat 4 struktur penting iaitu
- shikara - bentuk kereta kuda orang aryan - vimana -kuil bentuk piramid bertingkat - ratha - batu tunggak diukir menjadi bntuk binatang - gopuram - tanda pintu masuk utama ke kompleks kuil
2. Zaman Maurya - - terkenal dengan Tiang Asoka
3. Zaman Chola
- Kuil Brigathiswarar di Thanjavur mempunyai corak seni bina yang unik
4. Zaman Vedik - bangunan keagamaan diuahsuai orang agama buddha semasa Asoka
- contohnya kuil di Bhaja, Anjantha, Ellora dan Mohapallipuram
REFLEKSI 2
# Perbezaan tamadun india lampau dan sekarang
- pada masa lampau, tamadun India menggunakan sistem teokrasi iaitu setiap negara ota diketuai oleh pendeta
- pada masa sekarang, Tamadun India mengamalkan sistem demokrasi
# Faktor perkembangan Tamadun India
- peningkatan pendidikan
- pembebasan daripada penjajahan orang luar
- perhubungan antara tamadun India dan tamadun lain
- peranan pemerintah dalam pemerintahan
- sumber asli dimanfaatkan
- peluang pekerjaan yang banyak
|
|
|
Post by adninhs244 on Dec 10, 2014 10:34:58 GMT
refleksi tamadun 1 Dalam karya Asirbadi Lal Srivastava, Medieval Indian Culture membincangkan tentang seni bina yang dihasilkan oleh pemerintah-pemerintah Islam yang menggabungkan ciri-ciri bina Hindu dan Islam(seni bina Indo-Islam).
Ø Seni bina Indo-Islam dibahagikan kepada dua fasa yang berbeza iaitu Zaman Kesultanan Delhi(1206M.-1526M.) dan Zaman Moghul(1526M.-1803M). Ø Pada Zaman Kesultanan Delhi(1193M), bangunan-bangunan yang dibina melambangkan seni bina Islam. Contohnya pembinaan Masjid Quwwat-ul-Islam yang melambangkan seni bina Delhi terawal. Masjid ini dibesarkan oleh pemerintah-pemerintah seterusnya iaitu Iltutmish(1203M.) dan Alauddin Khilji(1296M.-1316M.) Ø Kutub Minar merupakan salah sebuah bangunan yang penting. Menara ini dibina oleh Qutbuddin Aibak dan disiapkan oleh Iltutmish. Pada asalnya tinggi menara ini hanya mencatatkan 75 meter tetapi menjadi 80 meter semasa pemerintahan Firuz Tughluq. Ø Qutbuddin Aibak juga menyumbang kepada pembinaan sebuah masjid yang dikenali sebagai Adhai Din ka Jhonpara di Ajmer. Ø Seni bina India mengalami perkembangan pesat semasa pemerintahan Alauddin Khilji. Beliau menyumbang kepada pembinaan Alai Darwuza, sebuah dewan yang berbentuk segi empat sama, mempunyai kubah yang dibina daripada batu pasir berwarna merah. Ø Para pemerintah Zaman Tughluq juga menyumbang kepada kemajuan seni bina Islam di India. Contohnya, a) Muhammad bun Tughluq - membina bangunan-bangunan seperti kubu di Adilabad, membina Bandar Jahanpanah di Delhi dan Daulatabad di Deccan. b) Ghiyasuddin Tughluq - membina Bandar Tughlughabad c) Firuz Tughlugh - pengasas Bandar Firozabad yang mempunyai sembilan masjid dan tiga istana serta beliau juga membina sebuah makam. d) Nassirudin Mahmud Syah - Pembina makam Kabiruddin Auliya(Lal Gumbad). Ø Pencapaian kemuncak seni bina pada Zaman Moghul ialah zaman pemerintahan Akhbar. Baginda ialah penaung kepada perkembangan seni bina di India yang juga menggabungkan seni bina Hindu dan Muslim. Ø Shah Jahan, pemerintah Zaman Moghul yang amat meminati bidang seni bina. Bidang seni bina mencapai kemuncaknya pada zaman pemerintahan baginda. Bangunan yang terkenal iaitu Taj Mahal dibina atas arahan Shah Jahan untuk memperingati isteri kesayangannya, Mumtaz Mahal yang merupakan satu keajaiban dunia. Ø Taj Mahal berbentuk oktagen dan dibina di atas podium (pentas) batu marmar putih. Bangunan ini mempunyai empat menara di empat penjuru podium. Ø Bangunan ini juga mempunyai bilik yang terbahagi kepada lapan bahagian dengan ukiran marmar kaca pada makam Shah Jahan dan isterinya. Ø Proses pembinaan bangunan ini telah melibatkan 20000 buruh yang kebanyakkan terdiri daripada orang Asia. Seni bina bangunan ini direka oleh arkitek Parsi, Ustad Isa Khan Effendi dan anak muridnya, Ahmad Ustad. Kubahnya direka bentuk oleh Ismail Khan. Ø Selain bangunan Taj Mahal, banyak bangunan seperti dewan dan pavilion didirikan di Red Fort, Delhi semasa pemerintahan Shah Jahan. Masjid Jami merupakan masjid terbesar di India yang dibina antara tahun 1644M. hingga 1658M.
refleksi tamadun 2
Sumbangan Tamadun India :
Sains & Teknologi : Tamadun India telah mencapai kegemilangan dlm pelbagai bidang seterusnya memberikan sumbangan yang besar kpd peradaban dunia, seperti :
1.Matematik : a.Geometri: Digunakan dlm upacara keagamaan seperti upacara pengorbanan. b.Algebra: Mempunyai algebra sehingga mereka dpt membezakan diantara no.abstrak dgn nombor kuantiti objek @ keluasan ruang. Cth:utk mencipta cara kiraan algebra mrk menggunakan nombor asas dgn simbol 0 hg 9. c.Angka sifar : Tamadun India jg memperkenalkan angka sifar. Dpt dilihat dlm transkrip awal India yg ditemui di Gujerat thn 595 m membuktikan bhw tamadun India tlh menggunakan simbol Yunani, Romawi & Hebrew. d.Karya Matematik: mewariskan karya matematik iaitu Bakshali & Aryabhatiya y menggunakan nombor dlm cara 10 angka. e.Perpuluhan matematik: Tlh mencipta sistem perpuluhan matematik. Ciptaan mereka tlh diambil oleh org arab. Bukti : ilmu matematik dinamakan oleh orang Arab sbg Hindisat.
2.Astronomi & Kalendar : a.digunakan utk menentukan masa upacara pengorbanan. b.kalendar matahari dicipta utk mengenal musim, tahun, bulan & hari. c.bidang Astrologi sgt berkembang di zmn Gupta. 9 planet & 27 bintang dipercayai dpt mempengaruhi kehidupan manusia.
3.Fizik : Perkembangan tamadun India sgt berkait rapat dgn agama & teknologi, antaranya: a.konsep jirim lahir bukan berdasarkan kpd eksperimen ttp berasaskan kpd institusi logik akal. b.alam semesta dijlskan oleh tamadun India mempunyai lima elemen iaitu tanah, angin, api, air & angkasa. Semua unsur alam adalah bercirikan atom. c.ilmu atom dlm tamadun india lbh tulen
4.Kimia : a.tamadun india menghasilkan ubat bertujuan utk memanjangkan usia, membuat racun dsbgnya. b.penciptaan beberapa bhn alkali utama, asid & garam logam dihasilkan melalui proses kimia perubatan. c.ubat bedil juga dihasilkan melalui proses yg mudah seperti pembakaran & penyulingan.
5.Logam : Tamadun India sgt mementingkan bahan besi dlm seni bina seperti : a.tamadun India memperlihatkan kemahiran yg tinggi dlm pertukangan besi. Cthnya blh dilihat dgn jelas pd tiang besi di Delhi dlm abad ke 5m. Ia merupakan batang besi setinggi 7 meter. Kelebihannya ialah tahan karat. b.barangan keluaran tamadun India mendapat pengiktirafan drp tamadun lain seperti tamadun Romawi & Asia Barat.
6.Perubatan : a.sejak zaman Veda lg tamadun India mempunyai kemahiran dlm bidang perubatan. Bagi mereka ilmu perubatan merupakan ilmu sihir. b.perkembangan bidang fisiologi, pembedahan, seni pernafasan, reproduksi mausia, farmakologi & veterinari tlh berlaku sjk zmn sblm masihi lg. c.karya perubatan tlh byk dihasilkan cth Caraka yg dihasilkan pd abad 1-2m & Susruta yg dihasilkan dlm abad ke-4m. Karya ini dikatakan setanding dgn karya perubatan Hippocrates & Galen dr Yunani.
perbezaan suasana tamadun india pada masa lampau dan sekarang
TULISAN lampau - Bentuk tulisan awal berbentuk lambang dan simbol serta mempunyai maksud tertentu - Berperanan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan perhubungan di dalam sesebuah masyarakat dan juga antara sesebuah masyarakat dengan masyarakat yang lain. -Digunakan untuk tujuan urusan pentadbiran seperti penyimpanan rekod, penulisan undang-undang dan hal-hal keagamaan. - Merupakan instrumen penting untuk menyampaikan, memperkembangkan serta mencatatkan idea dan pemikiran manusia
kini - Tidak lagi berbentuk simbol dan mula berubah kepada bentuk yang lebih kompleks dan mudah difahami - Digunakan secara meluas dalam menyampaikan ilmu pengetahuan hingga menyebabkan perkembangan dalam banyak bidang-bidang seperti bidang sains, matematik, ekonomi. - Menggalakkan perhubungan yang tidak lagi terhad dan bersifat global.
KEHIDUPAN BERAGAMA TAMADUN lampau - wujud Konsep Dewa -pegangan agama kuat
kini - kepercayaan terhadap Ketuhanan longgar - ciptaan manusia
URBANISASI lampau - Pembinaan sesebuah tamadun sering dikaitkan dengan pembukaan bandar - revolusi urban meletakkan asas bagi perkembangan tamadun khususnya dari segi perkembangan budaya, material, intelektual dan kesenian
kini - Proses urbanisasi mempunyai hubungan yang rapat dengan industrialisasi, ekonomi, sosial dan alam sekitar - Melibatkan pertambahan penduduk yang ramai akibat daripada proses migrasi.
faktor perkembangan peradaban tamadun india - pertama-tama karena dari segi luasnya wilayah yang dikuasainya - jauh lebih luas daripada wilayah Mesir atau Sumeria - Di bidang seni penduduk kota-kota makmur ini memperlihatkan keunggulannya dalam hasil tembikar yang dibuat dengan memutar roda dan dihias dengan cemerlang, serta dalam patung-patung kecil yang dibuat dengan indah - Sistem perancangan bandar yang baik mengutamakan kebersihan bandar dan ritual keagamaan
|
|
|
Post by Nur Azmah Binti Gulam Manaver on Dec 10, 2014 15:07:50 GMT
Nur Azmah Binti Gulam Manaver
Assalamualaikum,
REFLEKSI 1
Seni bina tamadun India banyak menggabungkan ciri India (Hindu) dengan Parsi (Islam) sebelum zaman Mughal, termasuklah Masjid Quwwat-al-Islam (Delhi), Qutb Minar dan masjid di Ajmer. Bagunan Taj Mahal merupakan salah sebuah benda ajaib di dunia. Taj Mahal pada keseluruhannya dibina dengan menggunakan batu marmar putih di Agra. Pelan serta gaya bangunan Taj Mahal lebih kepada gaya seni bina Parsi dan tulisan Al-Quran menjadi hiasan utama serta ia mempunyai 4 menara di setiap penjuru Taj Mahal.
Perbezaan seni bina pada setiap zaman ialah:-
1. Zaman Asoka pintu gerbang dipengaruhi agama Buddha
2. Zaman Maurya Tiang Asoka
3. Zaman Vedik Bangunan keagamaan diubah suai oleh orang agama buddha contohnya Ajantha dan Ellora.
REFLEKSI 2
Antara Pencapaian tamadun India ialah:-
- Orang India mengembangkan matematik untuk menentukan tempat upacara pengorbanan menerusi kiraan astrologi dan terdapat bukti-bukti menunjukkan kewujudan unsur-unsur permulaan geometri, algebra dan trigonometri. - Perubatan bermula pada zaman Vedik sebagai seni ilmu sihir dan unsur perubatan seperti fisiologi, pembedahan dan sebagainya - Fizik dan kimia. Konsep-konsep jisim muncul berdasarkan intuisi dan logik. Mereka percaya bahawa alam semesta diperbuat daripada lima elemen iaitu tanah, angin, api, air dan angkasa. -Dalam bidang pertukangan besi, kemahiran mereka jelas kelihatan pada Iron Pillar di Delhi. Ini ialah sebatang besi berukuran 7 meter tinggi dan begitu tulen sehingga tidak berkarat.
Pada pendapat saya, faktor perkembangan peradaban India ialah kerana ilmu pengetahuan.
|
|
|
Post by nazhifahaliasHS244 on Dec 10, 2014 15:51:31 GMT
REFLEKSI 1 Antara pengarul Islam yang terdapat pada kesenian seni bina Tamadun India ialah pembinaan Taj Mahal, Agra Fort Masjid Moti dan lain-lain. Pada dinding masjid dan Taj Mahal dan masjid terdapat ukiran-ukiran kaligrafi ayat-ayat suci Al-Quran.Corak yang terdapat di dinding Taj Mhal dan masjid Selain daripada itu, ukiran-ukiran lain adalah berasaskan alam semula jadi seperti unsur tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan. Batu-bata dijadikan asas binaan bangunan-bangunannya seperti batu marmar dan batu merah.terdapat taman yang luas dikeliling Taj Mahal yang dipengaruhi oleh seni bina Parsi. Pintu masuk mempunyai lingkungan seperti sebuah masjid. Agra fort pula ada pengaruh dari Parsi dalam seni Timurid. Terdapat seni tanah bulan dan terdapatmasjid didlamnyauntuk digunakan sebagai mahkamah. Antara perbezaan seni bina bagi setiap zaman di India termasuklah pada Zaman Gupta, binaan kuil untuk penyebaran agama dan konsep ditentukan oleh Brahmin. Binaan kuil mempunyai 4 stuktur penting iaitu Shikara, Viman, Ratha, dan Gapuram. Pada Zaman Maurya, tiang Asoka dibina pada Zaman Chola pula, kuil Brigathiswarar dibina. Akhir sekali, pada Zaman Vedik, bangunan keagamaan diubahsuai oleh orang-orang Buddha. REFLEKSI 2 Antara pencapaian Tamadun India dalam pelbagai bidang termasuklah pada bidang seni bina dan seni ukir. Tiang Asoka dibina dan kuil-kuil yang mempunyai seni ukir yang halus dibina.Di dinding masjid terdapat ukiran alam semula jadi, geometri dan ayat-ayat Al-Quran. Dalam bidang matematik pula, mereka telah mendapat kemajuan dalam konsep nombor abstrak. Akhir skali, bidang kejuruteraan Tamadun India amat maju dengan terbuktinya pembinaan Bandar terancang yang dilengkapi dengan sistem kumbahan dan tempat mandi awam. Antara perbezaan Tamadun India yang lampau dengan sekarang adalah pada zaman lampau kawasan India amatlah luas tetapi sekarang sebhagian daripada telah dipisahkan disebabkapendudunya ramai beragama Islam. Pakistan merupakan negara baru yang dibina dan majoriti penduduk India disitu beragama Islam. Sistem kasta tela lenyap pada zaman sekarang berbeza dengan zaman dahulu dimana sistem kastanya sangat ketat. India telah berkembang dengan maju berbeza dengan dahulu lebih-lebih lagi dalm bidang ICT Pada pandangan saya, antara faktor perkembangan peradaban India termasuklah perkembangan ilmu yang pesat dikalangan masyarakatnya yang menyumbang kepada kemajuan peradabannya. Selain itu, peranan pemerintah amat enting untuk memastikan pentadbiran yang lancar seterusya membawa epada keamanan dan kesejahteraan.
|
|
|
Post by nabilahinani_hs244 on Dec 10, 2014 15:53:28 GMT
Tamadun 1 1)Pengaruh islam dalam perkembangan seni bina :
Kutub Minar merupakan salah sebuah bangunan yang penting. Shah Jahan, pemerintah Zaman Moghul yang amat meminati bidang seni bina.Bangunan yang terkenal iaitu Taj Mahal dibina atas arahan Shah Jahan untuk memperingati isteri kesayangannya, Mumtaz Mahal yang merupakan satu keajaiban dunia. Proses pembinaan bangunan ini telah melibatkan 20000 buruh yang kebanyakan terdiri daripada orang Asia. Seni bina bangunan ini direka oleh arkitek Parsi, Ustad Isa Khan Effendi dan anak muridnya, Ahmad Ustad. Kubahnya direka bentuk oleh Ismail Khan.
Masjid Jami merupakan masjid terbesar di India yang dibina antara tahun 1644M. hingga 1658M. 2)Perbezaan seni bina bagi setiap zaman : -zaman Gupta : binaan kuil untuk penyebaran agama . Konsep asas ditentukan oleh Brahmin, Hindu menekankan symbol empat segi manakala Buddha lebih cenderung kepada bentuk bulat. Binaannya mempunyai empat struktur penting iaitu : *shikara *vimana *ratha *gopuram
-zaman maurya: Contohnya, tiang Asoka yang menjadi kebanggaan seni bina India.
-zaman Chola : Contohnya, kuil Brigathiswarar
-zaman Vedik : Bangunan keagamaan diubahsuai oleh orang-orang agama Buddha.
Tamadun2 1) pencapaian tamadun india dalam pelbagai bidang : Tamadun Lembah Indus- tidak begitu ketara namun terdapat penemuan dan elemen pendidikan seperti perbandaran, hubungan dengan masyarakat luar dan lain-lain. Zaman Vedik- Kecemerlangan empayar-empayar awal seperti Maurya, Gupta, Sangam, Pallava dan Chola. Kemasukan orang-orang Aryan yang telah memiliki teknologi besi kemudiannya memperkukuhkan lagi perkembangan ilmu seiring dengan perkembangan ajaran Hindu
Zaman Islam telah mempengaruhi perkembangan senibina, bahasa/sastera, astronomi, matematik, perubatan dan lain-lain. Manakala Zaman penjajah (Portugis, Belanda, Peranchis dan Inggeris) telah mempengaruhi dari sudut bahasa, sains dan teknologi moden.
Pencapaian - Bidang Pendidikan - Bidang sains - Matematik - Astronomi dan calendar
Fizik dan kimia - Logam - perubatan
Bidang kesenian - Muzik - Tarian - Drama - Lukisan - Bidang bahasa dan kesusasteraan - Bidang seni bina
Bidang Pendidikan - Dikuasai oleh kasta Brahmin- kitab2 Veda - Penubuhan universiti - Zaman Islam; berkembang pesat – semua golongan. Bertambah pusat pendidikan. - Zaman Inggeris: pendidikan Inggeris berkembang
2) suasana tamadun india dulu dan sekarang : tamadun India dahulu sangat hebat dari segi seni binanya sehingga tersenarai sebagai 7 tujuh keagungan dunia. Pemerintahannya sistematik. Warganegaranya pula saling bekerjasama dalam membangunkan tamadun. Sekarang, tamadun India makin berkembang dan maju. India menjadi antara penyumbang utama kepada ekonomi dunia. Bandar-bandar besar terbina di seluruh pelusuk India. Bilangan tenteranya sangat ramai untuk mempertahankan tanah air mereka.
3) faktor perkembangan peradaban tamadun india : - kawasan permandian yang luas, bangunan-bangunan yang seragam dan tersusun, gudang-gudang yang besar bagi menyimpan bijirin, sistem perparitan yang tertutup di sepanjang jalan dan lain-lain lagi.
- Sistem perancangan, sistem pengaliran dan pembinaan longkang juga menandakan pencapaian yang baik Longkang-longkang dibina selari dengan jalan raya.
- Sistem air buangan dari rumah dialirkan ke longkang besar menerusi longkang kecil yang juga tertutup dengan tutupan-tutupan yang diperbuat daripada sejenis tanah.
- Sistem longkang yang tertutup juga menjamin kesihatan kerana air kotor dialirkan keluar tanpa terdedah kepada penduduk. Setiap rumah, terdapat perigi bagi tujuan mendapatkan air. Ini menunjukkan bahawa penduduk di Lembah Indus mementingkan kebersihan.
- Mempunyai perancangan bandar, kota-kota ini mempunyai jalan yang lebar dan lurus digunakan untuk trafik beroda dan pejalan kaki. Jalan-jalan ini pula mengandungi lorong yang penuh sesak dengan rumah Jalan-jalan utama di bandar Mohenjo-Daro berukuran 10 meter lebar. Ia dihubungi oleh lorong-lorong. Setiap bahagian kawasan perumahan boleh dihubungi melalui jalan-jalan kecil.
- menjalankan aktiviti pertanian secara meluas sehinggakan mereka memerlukan gudang yang besar untuk menyimpan bijirin. Kemajuan dalam bidang kegiatan ekonomi yang bercorak pertanian juga dapat dikesan dengan penemuan sebuah gudang menyimpan bijirin yang besar.
|
|
|
Post by nurhayati on Dec 11, 2014 2:42:07 GMT
REFLEKSI 1 :
1) Berdasarkan video refleksi yang pertama, Tamadun India memberikan banayak sumbangan terutamanya dalam bidang kesenian.
Terdapat beberapa contoh yang dipamerkan melalui video tersebut sebagai contoh Masjid Noti dan Taj Mahal. Pembinaan bangunan-bangunan ini mempunyai nilai-nilai dan ciri-ciri kesenian Islam melaluinya. Sebagai mana yang dilihat melalui bangunan Taj Mahal, ia dibina berasaskan 4 tiang di setiap penjuru yang berukuran 46m tinggi dan ia juga dibina di hujung kawasan taman yang luas dengan pintu masuk berbentuk lengkungan. Selain itu corak perhiasan yang digunakan juga berunsurkan motif bunga dan geometri yang menjadi simbolik kepada alam sekitar dan tanda-tanda keagungan Tuhan. Selain itu, dinding-dinding Taj Mahal juga dihiasi indah dengan ayat-ayat al-Quran yang menjadi hiasan utama dan ukiran seni khat thuluth Islam yang menjadi seni huruf yang pertama. Bagi Agrafort pula, beberapa bangunannya dibuat dari batu marmar tulen dengan ukiran yang cantik yang menunjukkan pengaruh Parsi denganadanya tanda apogee seni Indo-Islam yang kuat. Mempunyai keluk dinding yang dikatakan tempat untuk menggantung gambar Maharaja Mughal. Dan kawasan pedalaman dihiasi dengan corak bunga dan geometri dari dados ke siling. Setiap aspek seni binanya dipengaruhi oleh budaya Tanah Bulan yang merupakan gabungan seni bina India dan senibina Islam
Berdasarkan setiap video tadi, setiap zaman mempamerkan seni bina yang berbeza. Berikut merupakan perbezaan seni bina bagi setiap zaman yang wujud di India;
Asoka= Seni pada pintu gerbang dipengaruhi oleh agama Buddha
Gupta= Pembinaan kuil dengan konsep seni ukir yang ditentukan oleh golongan Brahmin. Mempunyai 4 struktur penting iaitu Shikara, Vimana, Ratha dan Vopuram. Bagi agama Hindu mereka menekankan simbol empat segi manakal agama Buddha lebih condong kearah bulat.
Maurya= Tiang Asoka merupakan monumen terbaik yang menjadi kemegahan seni bina India
Chola= Seni bina kuil Brigathiswarar di Thanjavur yang unik
Vedik = Seni bina bangunan diubah oleh orang-orang agama Buddha
REFLEKSI 2 :
Pencapaian tamadun india:-
ekonomi:
- 2nd largest agriculture country
-largest employer in the world for working in railways
-one of the six countries to launch satellite
-3rd largest economy by purchasing power parity
in 2014,up to 25% of world population having indian workers
-largest consumer of jewels
-worlds fastest growing IT sector
world's 12th largest economy
culture and building developments:
-8 dance forms
-29 major languages
-largest population to be speaking in english
-5100 town
-20 core cities
-7 wonders of india
-2000 ethnic groups
|
|
|
Post by saidatul hs244 on Dec 11, 2014 5:37:49 GMT
PENGARUH ISLAM KE ATAS PERKEMBANGAN DAN KEMAJUAN SENI BINA DI INDIA
Berdasarkan video pertama yang saya tonton sebentar tadi, ia membincangkan sumbangan besar Tamadun India dari segi seni bina. Seni bina tamadun ini banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan cuaca. Antara seni bina yang terkenal adalah Taj Mahal dan Masjid Moti atau Masjid Mutiara. Antara pengaruh tamadun Islam terhadap seni bina Taj Mahal adalah. Antara ciri seni bina islam dalam Taj Mahal ialah 4 menara yang lebih kurang 46m menghiasi setiap penjuru. Kedua, Taj Mahal didirikan di hujung sebuah taman yang luas dengan pintu masuk berbentuk lengkungan yang menyerupai sebuah masjid. Ketiga, seni bina Taj Mahal mempunyai hiasan berunsurkan jambangan bunga dan geometri yang mencerminkan simbolik antara alam sekitar dan tanda-tanda keagungan Tuhan. Akhir sekali, ayat al-Quran menjadi hiasan utama Taj Mahal dan ukiran huruf khat thuluth Islam yang menjadi seni huruf utama.
Perbezaan Seni Bina Setiap Zaman Di India: Zaman Gupta:binaan kuil penting untuk penyebaran agama. Seni ukir & seni bina berjaya mencapai zaman kegemilangannya. Konsep asas binaan ditentukan oleh kalangan Brahmin. Zaman Maurya:tiang Asoka merupakan contoh kemegahan seni bina india Zaman Chola:kuil Brigathiswarar menunjukkan keunikan corak seni bina. Zaman Vedik:banyak bangunan keagamaan diubahsuai oleh orang2 agama buddha. Antaranya kuil dua di Bhaja, Ajantha, Ellora dan Mahapallipuram
Refleksi Tamadun 2:
Pencapaian Tamadun India: 1. Negara kedua terbesar dalam bidang agrikultur. 2. Negara yang berkembang pesat dalam bidang IT. 3. Negara kedua terbesar dalam bidang ketenteraan. 4. Negara keempat terbesar untuk tentera udara. 5. Negara kelima terbesar untuk tentera laut
Perbezaan suasana India pada zaman lampau dan zaman sekarang ialah 1) Pada zaman dahulu penduduk india dibelengu kemiskinan. Ini kerana kurangnya peluang pekerjaan semasa zaman penjajahan 2) Pada zaman sekarang penduduk India boleh dikatakan mempunyai kedudukan ekonomi yang stabil kerana telah bebas dari penajajahan. Peluang pekerjaan juga telah bertambah jadi kurangnye kadar kemiskinan dalam kalangan masyarakat India.
Faktor Perkembangan Peradaban India: 1. Kebebasan dari zaman penjajahan 2. Pengaruh peradaban lain untuk maju. 3. Wujud interaksi antara peradaban india dengan peradaban lain.
|
|
|
Post by diyanahmaria_HS244 on Dec 11, 2014 7:36:04 GMT
REFLEKSI 1 TAMADUN INDIA
SEni bina di india dipengaruhi oleh faktor cuaca dan persekitaran. Antara seni bina yang terkenal ialah Taj Mahal dan Masjid Mutiara. Pintu-pintu gerbang dipengaruhi oleh agama Buddha. Kuil pula menjadi tempat penyebaran agama. Bagi agama Hindu, menekankan simbol empat segi manakal agama buddha menekankan simbol bulat. Taj Mahal menghimpun pelbagai jenis senibina termasuk Parsi, Turki, India dan Islam. Ayat Al-quran menjadi hiasan utama Taj Mahal. Agra Fort pula merupakan kubu berkuasa yang mengelilingi Taj mahal. Dibuat dari batu marmar tulen dengan ukiran yang cantik yang menunjukkan pengaruh Parsi denganadanya tanda apogee seni Indo-Islam.
perbezaan seni bina bagi setiap zaman tamadun india Zaman Gupta: -binaan seperti kuil penting untuk penyebaran agama -agama Hindu menekankan simbol empat segi -agama Buddha menekankan simbol bulat -ade empat struktur penting iaitu shikara,vimana,ratha dan gopuram Zaman Maurya: terkenal dengan Tiang Asoka Zaman Chola: menunjukkan keunikan senibina seperti Kuil Brigathiswarar Zaman Vedik: orang-orang yang agama Buddha mengubahsuai bangunan keagamaan seperti Ajantha,Ellora dan Mahapallipuram
REFLEKSI 2 TAMADUN INDIA
Pencapaian Tmadun India 1. Seni Bina -Kuil Lotus -Qutab Minar -Charminar -Sun Temple -Hawa Mahal -Taj Mahal 2. 4 Agama terbesar di dunia 3. Negara agrokultur ke-2 di dunia 4. Perkembangan sektor IT terpesat 5. pengeluar susu terbesar 6. Tentera udara ke-4 terbesar 7. Tentera laut ke-5 terbesar
Perbezaan Dahulu dana Sekarang Tamadun India
Perbezaan dari sudut sistem pentadbiran. Dulu, Tamadun India mengamalkan sistam kasta yang membahagi-bahagikan rakyat mengikut golongan taraf. Selain itu, perbezaan juga dapat dilihat dalam sistem tulisan. Pada awal ketamadunan, tulisan hanya berdasarkan simbol dan lambang. Sekarang, ia lebih bersifat kompleks dan mudah difahami. Pertanian asalnya hanya tujuan untuk sara diri seperti bercucuk tanam dan menternak. Kini Tamadun India telah menjadi negara yang menjadi pengeluar susu terbanyak di dunia, agrikultur terbesar dan sebagainya.
Pada pendapat saya, faktor perkembangan Tamadun ini adalah disebabkan kemajuan ilmu pengetahuan. Ilmu menurut islam itu amat mulia. Ia membezakan seseorang yang bertamadun dan yang tidak. Oleh itu, pencapaian ilmu yang tinggi membawa kepada perkembangan ilmu yang mampan. Selain itu, revolusi perindustrian, pertanian dan perdagangan menjadi faktor utama perkembangan sesebuah tamadun. Kesedaran tentang hubungan antara tamadun penting bagi meningkatkan taraf sesebuah kehidupan.
|
|
|
Post by farahhs244 on Dec 11, 2014 9:39:47 GMT
REFLEKSI 1
1) Pengaruh Islam dalam kerajaan seni bina di India adalah seperti Taj Mahal. Taj Mahal merupakan seni bina mewah dari dinasti Mughal dan dibina dalam gabungan senibina Parsi, Turki, India dan Islam serta dikatakan permata senibina Islam. Ia mempunyai 4 menara yang lebih kurang 46m menghiasi setiap penjuru yang diambil dalam seni bina Islam. Pintu masuk berbentuk lengkungan yang menawan menyerupai sebuah masjid. Ia mempunyai hiasan berunsurkan jambangan bunga dan geometri yang mencerminkan simbolik antara alam sekitar dan tanda-tanda keagungan tuhan. Ayat al-Quran juga menjadi hiasan utama Taj Mahal dan ukiran huruf khat thuluth Islam yang menjadi seni huruf utama Taj Mahal. Agra Fort juga merupakan menandakan apogee seni Indo-Islam yang kuat dan dipengaruhi oleh Parsi. Semua senibina yang dibuat adalah berdasarkan prinsip seni Tanah Bulan iaitu seni bina gabungan harmoni antara seni bina India dan juga Islam.
2) Perbezaan seni bina bagi setiap zaman di India -Zaman Gupta: konsep asas sesebuah kuil ditentukan oleh Brahmin dan mempunyai 4 struktur penting iaitu * Shikara-bentuk kereta kuda orang aryan * Vimsara-kuil berbentuk pencampuran piramid bertingkat dan menjadi lambang seni bina kuil selatan India * Ratha-batu tunggak diukir menjadi bentuk binatang * Gopuram-menandakan pintu masuk utama ke kompleks kuil -Zaman Maurya: Tiang Asoka adalah contoh terbaik kemegahan seni bina India -Zaman Chola: Kuil Brigathiswarar yang menunjukkan keunikan corak seni bina -Zaman Vedik: Bangunan keagamaan diubah suai oleh orang agama Buddha semasa pemerintahan Maharaja Asoka.
REFLEKSI 2
1) Pencapaian Tamadun India -bidang seni bina: kuil lotus, Qutob Minar, Charminar, sun temple, Hawa Mahal dan Taj Mahal -bidang pertanian dan penternakan: India merupakan negara agrokultur kedua terbesar di dunia dan negara terbesar dalam pengeluran susu -bidang kesenian: mempunyai 17 pesta terbesar dan mempunyai 8 jenis tarian -bidang ketenteraan: tentera darat ke-2 terbeasar, tentera udara ke-4 terbesar. tentera laut ke-5 terbesar -bidang bahasa: mempunyai 29 bahasa utama dan negara terbesar yang menguasai bahasa Inggeris di dunia -bidang politik: negara dekmorasi terbesar di dunia -bidang sains dan teknologi: satu antara 6 negara yang melancarkan satelit dan setengah daripada perkhidmatan IT datang daripada India
2) Suasana Tamadun India yang lampau dan sekarang amat berbeza. Hal ini kerana suasana pada tamadun India yang lampau terlalu banyak sekatan lebih-lebi lagi bagi wanita. Ini disebabkan pembahagian rakyat mengikut taraf dan yang mana terlalu miskin akan ditindas dan ditinggalkan manakala yang terlalu kaya dan mempunyai pangkat dan kedudukan akan disanjung dan dihormati. Bezanya sekarang Tamadub India semakin moden dan lebih prihatin kepada golongan miskin dan terdapat banyak peluang pekerjaan kepada rakyat India. Hal ini kerana sumber ekonomi yang semakin meningkat dan India juga menjadi pertumbunhan ekonomi terpantas bermula pada tahun 2013.
3) Pada pandangan saya, faktor perkembangan peradaban India adalah kerana ilmu pengetahuan. Hal ini kerana dengan Ilmu pengetahuanlah masyarakat dalam tamadun India dapat mengembangkan tamadun mereka hingga dapat berdiri sama baris dengan negara negara antarabangsa yang lain. Dengan ilmu pengetahuan jugalah Tamadun India dapat bangkit dari belenggu kemiskinan yang pernah mencengkam masyarakatnya.
|
|
|
Post by farahdiyanah on Dec 12, 2014 21:36:24 GMT
Farah Diyanah Binti Azizan
-Refleksi Tamadun India 1-
Tamadun india kaya dengan seni bina yang dipengruhi dengan unsure Islam. . Pengaruh Islam ke atas perkembangan dan kemajuan seni bina di India dapat dilihat jelas sekali dalam kesenian pembinaan Taj Mahal yang digelar Permata Seni BinaIslam. Antara ciri seni bina Islam yang ada adalah bentuknya yang menyerupai masjid.
Perbezaan seni bina bagi setiap zaman di India pula adalah:
1. Zaman Asoka – pembinaan pintu – pintu gerbang dipengaruhi oleh agama Buddha
2. Zaman Gupta – pembinaan kuil dipercayai penting untuk penyebaran agama; konsep asas ditentukan oleh golongan Brahmin; agama Hindu menekankan simbol
empat segi manakala agama Buddha pula lebih mementingkan bentuk bulat. Seni bina mempunyai 4 struktur penting:
a) Shikara : bentuk kereta kuda orang Aryan
b) Vimana : kuil yang berbentuk pencampuran piramid bertingkat dan lambang seni bina kuil selatan India
c) Ratha : batu tunggak diukir menjadi bentuk binatang
d) Gopuram : menandakan pintu masuk utama ke kompleks kuil
3. Zaman Maurya – Tiang Asoka merupakan kemegahan pembinaan seni bina India
4. Zaman Chola – pembinaan kuil Brigathiswarar di Thanjavur yang menunjukkan keunikan corak seni bina
5. Zaman Vedik – ubahsuaian yang telah dilakukan pada bangunan keagamaan oleh orang-orang agama Buddha semasa pemerintahan Maharaja Asoka. Contohnya,
kuil dua di Bhaja, Ajantha, Ellora dan Mahapallipuram.
-Refleksi Tamadun India 2-
Pencapaian Tamadun India yang diperolehi dalam pelbagai bidang:
1) Negara agrikultur kedua terbesar di dunia.
2) Budaya, bahasa dan etnik.
3) Negara kedua belas ekonomi terbesar di dunia.
4) Negara dengan sektor IT paling berkembang pesat di dunia.
5) Tentera bersenjata kedua terbesar dunia.
6) Negara tentera udara keempat terbesar dunia.
7) Negara kelima tentera laut terbesar dunia.
8) Negara kedua terbesar mengimport senjata.
9) Salah satu negara yang melancarkan satelit.
|
|
|
Post by izzahamira on Dec 12, 2014 23:53:00 GMT
Izzah Amira Binti Mohd Asri
REFLEKSI TAMADUN 1 Pengaruh Islam dan kemajuan seni bina : Pengaruh Islam yang dapat dilihat dari aspek seni bina di kerajaan India ialah Taj Mahal yang juga digelar 'permata senibina Islam'. Taj Mahal mempunyai hiasan berunsurkan jambangan bunga dan corak geometri yang melambangkan alam sekitar dan keagungan Tuhan . Taj Mahal juga dihiasi dengan ayat_ayat Al-Quran dan mempunyai pintu masuk yang berbentuk lengkungan yang mirip masjid . Berkaitan dengan pembinaan istana, binaannya hampir sama sebagaimana masjid.
Perbezaan senibina bagi setiap zaman
• Zaman Asoka-seni bina seperti pintu-pintu gerbang adalah dipengaruhi oleh agama Buddha • Zaman Gupta-pada zaman ini binaan seperti kuil dipercayai penting untuk penyebaran agama. Seni bina pada zaman ini mempunyai 4 struktur penting iaitu Shikara yang bermaksud bentuk kereta kuda orang Aryan,Vimana iaitu kuil yang berbentuk percampuran piramid bertingkat yang menjadi lambang seni bina kuil selatan India,Ratha ialah batu tunggak yang diukir menjadi bentuk binatang dan akhir sekali adalah Gopuram yang menandakan pintu masuk utama ke kompleks kuil. • Zaman Maurya-Tiang Asoka adalah contoh terbaik kemegahan seni bina India • Zaman Chola-Kuil Brigathiswarar dibina di Thanjavur yang menunjukkan keunikan corak seni bina. • Zaman Vedik-Kebanyakan bangunan-bangunan keagamaan diubahsuai oleh orang-orang agama Buddha semasa pemerintahan maharaja Asoka. Contohnya adalah kuil dua di Bhaja,Ajantha,Ellora dan Mahapallipuram
REFLEKSI TAMADUN 2
Antara pencapaian yang diperolehi dalam Tamadun India dalam pelbagai bidang adalah:
• Merupakan negara pertanian yang kedua terbesar di dunia • Mempunyai sektor IT yang paling berkembang pesat di dunia • Mempunyai tentera besenjata kedua terbesar di dunia • Mempunyai tentera udara keempat terbesar di dunia • Mempunyai tentera laut kelima terbesar di dunia • Merupakan pengguna emas terbesar di dunia • Merupakan pengeluar susu terbesar di dunia • Merupakan antara negara yang berjaya melancarkan satelit
Perbezaan dulu dan sekarang Pada zaman dahulu, kedudukan kaum wanita merosot dan banyak sekatan dikenakan ke atas mereka. Peranan dan tanggungjawab mereka dihadkan dalam lingkungan urusan rumah tangga semata-mata. Malah mereka tidak lagi dibenarkan untuk membaca kitab-kitab suci ataupun menjalankan upacara- upacara keagamaan. Dari segi pendidikan, dirasakan pendidikan asas memadai untuk kaum wanita dan ini kemudiannya seolah-olah menjadi undang-undang tidak bertulis. Namun begitu pada zaman sekarang, perkara ini tidak lagi berlaku kerana kaum wanita boleh mendapat pendidikan yang sepenuhnya dan berjaya seperti kaum lelaki serta dihormati dan tidak lagi dipandang rendah
Faktor perkembangan peradaban India • Interaksi antara peradaban India dengan peradaban lain • Bebas dari penjajahan • Peningkatan ilmu dan teknologi
|
|