|
Post by wanimairrah78 on Dec 1, 2014 3:12:00 GMT
SUMBANGAN MAHMUD GHAZNI
Mahmud Ghazni merupakan seorang pemerintah yang gagah, ketua tentera yang paling cekap pada zamannya dan juga merupakan penaung sastera. Antara tahun 1008 hingga 1026, Mahmud Ghazni menyerang bandar-bandar berkuil seperti Thanesar, Kanaauj, Mathura dan berjaya menguasainya. Penaklujan Punjab oleh Mahmud Ghazni telah melumpuhkan susun lapis masyarakat Hindu di India hingga ke Sungai Jamuna di timur, manakala di utara, kekuasaanya meluas sehingga de pergunungan Himalaya.
Lebih kurang pada tahun 1024M, Mahmud Ghazni telah menyerang Somanathapuran serta berjaya menawannya.Pada tahun 1193M, Delhi menjadi ibu kota india bagi Dinasti Ghori menjadikan hampir keseluruhan India Utara di bawah kekuasaan Islam.
DOKTRIN KEPERCAYAAN MASYARAKAT INDIA
Doktrin karma merupakan doktrin asas dalam agama Hindu yang mana ia berkait rapat dengan konsep reinkarnasi. Karma ini merupakan konsep pembalasan setimpal terhadap usaha dan perlakuan manusia yang baik dibalas baik dan yang jahat akan menerima balasan buruk.
Konsep reinkarnasi pula ialah seseorang itu akan menjelma semula selepas kematian dalam bentuk manusia. Mereka akan mengalami kesengsaraan apabila dilahirkan semula berulang kali sehingga mencapai mokhsya.
Dalam tamadun islam,mereka memegang konsep hidup selepas mati dan kepercayaan terhadap hari akhirat. Manusia akan di adili dan diperlihat segala amal yang telah dilakukan di dunia. Perbuatan yang baik akan dibalas dengan kehidupan yang nikmat di syurga manakala yang derhaka akan menerima seksaan yang perit di akhirat.
|
|
|
Post by Mas Aina on Dec 1, 2014 8:14:24 GMT
Assalam
TAMADUN INDIA DAN TAMADUN ISLAM _Persamaan_ ~mempunyai pegangan agama ~mempunyai sistem pemerintahan
_Perbezaan_ ~Tamadun Islam hanya menyembah 1 Tuhan iaitu Allah manakala Tamadun India menyembah berbagai dewa ~Tamadun Islam tidak mengamalkan sistem kasta manakala tamadun India mengamalkan sistem kasta.
SUMBANGAN: _Mahatma Gandhi_ ~Menentang penindasan terhadap wanita ~Menarik golongan rakyat jelata untuk terlibatt dalam politik ~Mengasaskan gerakan keamanan di India _Mahmud Ghazni_ ~Menyebarkan Islam di India ~Meguasai bandar-bandar berkuil ~Meneruskan kegemilangan Sabaktigin
DOKTRIN KEPERCAYAAN _Masyarakat India_ ~Doktrin Karma(konsep pembalasan setimpal dengan perbuatan manusia)
_Islam_ ~kepercayaan hidup selepas mati iaitu di dunia akhirat.
Sekian~~ Assalam
|
|
|
Post by nurasiya on Dec 1, 2014 8:23:06 GMT
1.Aspek persamaan dan perbezaan budaya yang terdapat dalam tamadun India dan Islam Tamadun INDIA Sistem keluarga:
i) Indo Arya di India Utara dan Dravida di Selatan India
ii) Brahmacarya (daripada kecil hingga usia 24 tahun) - keutamaan dalam mencari - disiplin diri dalam mengharungi kehidupan
iii) Crahasta (daripada 24 tahun hingga 48 tahun) - kehidupan berkeluarga/berumah tangga -tugas keluarga mendidik dan membesarkan anak-anak
iv) Vanaprasta (daripada umur 48 hingga 72 tahun) – kerohanian -digalakkan menjadi pertapa dan bermeditasi
v) Sannyasa (umur 72 hingga meninggal dunia) - menolak kehidupan duniawi - tidak mengutamakan hawa nafsu -lebih cenderung kepada kehidupan suci dan kesempurnaan sejati
Sistem kasta:
i) Brahmin - pendidik dan pendeta - mengajar dan menghasilkan guru-guru agama,
ii) Ksatriya - pemerintah dan pahlawan -menjaga keamanan dan keselamatan negara,
iii) Vaisya -peniaga dan pedagang -menguruskan perniagaan dan perdagangan
iv) Sudra - pekerja dan petani -berhidmat kepada golongan atasan Kepercayaan i)percaya kepada banyak tuhan
Tamadun ISLAM
sistem keluarga i) Tiada spesifikasi mengikut umur tujuan dalam kehidupan sistem kasta i)Tiada pengkelasan mengikut jenis pekerjaan ii)yang membezakan manusia di sisi Allah hanyalah taqwa
kepercayaan i)memegang konsep tauhid. Percaya kepada Allah yang satu
2. Sumbangan Mahatma Ghandi -Beliau berupaya menarik golongan massa iaitu rakyat jelata termasuk Hufcaste untuk terlibat dalam politik.Kesedaran politik meningkat 1920-an hingga 1940-an.Kesannya politik India semakin berkembang. -Beliau membawa methid perjuangan yang bukan kekerasan.Konsep Sathyagraha.British mempunyai kekuatan untuk kekerasan namun British akur untuk menentang golongan yang tidak bersenjata.-Kekuatan Gandhi terletak pada ideanya. -Menjalin hubungan orang Muslim dengan Hindu melalui Gerakan khilafat. -Memimpin Kongres Kebangsaan India, dari bersifat elit ke terbuka serta menarik masyarakat Hindu Islam dan Buddhism. -Antara idea-idea Gandhi = sathyagraha(taktik corak perjuangan) = Swadesyi(kesederhanaan bagi menentang kerakusan golongan Korporat mengenai ekonomi. -Politik kanan mengikut perlembagaan,tidak keras dan ekstrimis berbanding kiri yang keras dan revolusi
Sumbangan Mahmud Ghazni -Menggunakan gelaran Sultan buat pertama kalinya di India -memperluaskan pengaruh Islam di Benua Kecil India. -beliau telah menggerakkan pemerintahanya untuk mengukuhkan kuasa kerajaan Ghazni. - membina beberapa buah benteng besar dan parit panjang disekitar kota Ghaznauntuk melindungi kota Ghazna daripada serangan pihak luar. -Perluasan kuasa ini adalah dalam usaha untuk menanam Islam lebih mendalam di daerah-daerah India supaya berada dibawah pengaruh kerajaan Ghazni. -memperluaskan kuasa bertujuan untuk menjamin keutuhan serta kestabilan politik dan ketenteraman demi memastikan keselamaan pemerintahan Islam. -dalam ekspedisinya yang kelapan, beliau telah menyerang Punjab -berjaya menawan Nagarkot dan menghancurkan kuilnya pada tahun 1009 Masihi. -Serangan yang dilakukan oleh Sultan Mahmud Ghaznawi dan tenteranya telah berjaya melumpuhkan pertahanan kuasa-kuasa Hindu.
Doktrin kepercayaan masyarakat India -berpaksikan idea dharma (tanggungjawab) dan karma iaitu doktrin perbuatan; baik akan mendapat balasan yang baik. Demikian juga sebaliknya, buruk dibalas buruk. - Masyarakat perlu mematuhi etika yang ditetapkan agar kehidupan barunya lebih baik dan mendapat matlamat dalam mencapai mokhsa.
Masyarakat Islam -Percaya akan adanya hari pembalasan di akhirat nanti.Jika timbangan kebaikan melebihi timbangan keburukan maka baiklah balasannya. Begitu juga sebaliknya . -Kesepaduan akan membentuk matlamat Tamadun Islam yang paling utama iaitu mencapai keredaan Allah, manakala material berfungsi sebagai wasilah atau alat penghubung dalam mencapai matlamat utama tersebut.
|
|
famy
New Member
memberi itu lebih baik dari menerima
Posts: 6
|
Post by famy on Dec 1, 2014 9:03:20 GMT
Persamaan budaya tamadun India dan tamadun Islam -Mementingkan kekeluargaan, ilmu, dan bersetuju alam sekitar penting dan perlu dijaga. Perkahwinan antara lelaki dan perempuan. Perbezaan budayaIndia | Islam | mempercayai banyak tuhan dan dewa | mempercayai Allah sahaja tuhan yang layak disembah. | mempunyai sistem kasta yang membezakan taraf sosial masyarakat | tiada perbezaan taraf sesama manusia hanya taqwa yang membezakan ketinggian disisi Allah. | perjalanan hidup dispesifikasikan mengikut sistem Dharma. | perjalanan hidup tidak dispesifikasikan.
|
Sumbangan Mahatma Ghandi -mengembangkan tindakan baru satyagraha (kuasa kebenaran) -menyokong petani dengan menentang tuan tanah British -mengisytiharkan pemerintahan sendiri dan menjalankan kempen satyagraha sehinggan India mencapai kemerdekaan. -Definisi baru bagi kuasa, iaitu kepimpinan tanpa pejabat dan autoriti tanpa paksa.
Sumbangan Mahmud Ghazni -meneruskan kegemilangan Kerajaan Sabaktigin -menyerang bandar-bandar berkuil dan kekayaan yang ditemukan diagihkan kepada tenteranya. -membina beberapa buah banteng besar dan parit panjang disekitar kota Ghazna. -menyebarkan syiar Islam di India. -memperkembangkan ilmu dan kebudayaan Islam Doktrin kepercayaan masyarakat India ialah Karma diamana konsep pembalasan setimpal terhadap perlakuan manusia. Baik dibalas baik dan jahat dibalas jahat. Mereka percaya tindakan-tindakan dalam kehidupan dahulu akan menentukan kehidupan akan datang.
Dalam Islam ada menjelaskan tentang kehidupan akhirat dimana bagi yang menurut perintah Allah akan ditempatkan didalam syurga yang bersifat abadi dan penuh nikmat, manakala bagi yang ingkar akan ditempatkan di neraka tempat bagi pembalasan ke atas segala maksiat yang dibuat di dunia.
|
|
|
Post by lcj on Dec 1, 2014 10:28:24 GMT
Aspek-aspek persamaan dan perbezaan budaya yang terdpat dalam tamadun India dan Islam:
PERSAMAAN -semua tamadun menekankan pembinaan nilai & etika yang baik yang memainkan peranan penting dalam sebuah masyarakat yang bertamadun .
PERBEZAAN (Kekeluargaan & Kemasyarakatan)
Tamadun India | Tamadun Islam | – masyarakat mempunyai peraturan-peraturan yang ketat -Sistem sosial dalam masyarakat – sistem kasta yang rigid – penentuan kasta diwarisi oleh nenek moyang Zaman awal perkembangan Tamadun India –sistem kasta tentukan pekerjaan dan layanan kepada individu – pengaruhi semua aktiviti Konsep dharma diberikan penekanan penting dalam hubungan sesama anggota dalam masyarakat | – ikatan masyarakat bukan setakat sesama kerabat tetapi sesama agama dan sesama manusia (orang Islam dan bukan Islam) -Mementingkan ikatan kasih sayang, bertolak ansur ketika berhubungan dalam masyarakat- mementingkan golongan lelaki dan wanita – sama rata (egalitarian)
-Tidak wujud kelas hamba – semua manusia sama – takwa yang membezakan
|
Sumbangan Mahatma Ghandi dan Mahmud Ghazni kepada masyarakat India.
Mahatma Ghandi 1) Beliau berupaya menarik golongan massa iaitu rakyat jelata termasuk Hufcaste untuk terlibat dalam politik. Kesedaran politik meningkat 1920-an hingga 1940-an Kesannya politik India berkembang pesat.
2) Beliau membawa method perjuangan yg bukan kekerasan. * Konsep Sathyagraha - Kartel 1919. British mempunyai kekuatan untuk kekerasan namun British akur untuk menentang golongan yg tidak bersenjata. Kekuatan Gandhi terletak kepada ideanya.
3) Menjalin hubungan orang Muslim dengan Hindu melalui Gerakan Khilafat
4) Memimpin Kongres Kebangsaan India.dari bersifat elit ke terbuka menarik masyarakat Hindu Islam dan Budishsm
5) Antara idea-idea Gandhi :
-Sathyagraha = taktik corak perjuangan
-Swadesyi = kesederhanaan bagi menentang kerakusan golongan koprat idea ekonomi, kesan Perang Dunia Pertama, ekonomi India jatuh. Maka Gandhi melihat ekonomi cukup hidup penting. Beliau menekankan barangan local. Memintal kain kapas untuk berdikari namun tidak praktikal untuk sara hidup sahaja tetapi penting konsep idea Gandhi.
Hind Swaruj = idea politik
-Ahimsa = pegangan agama
-Politik kanan mengikut perlembagaan, tidak keras dan ekstrimis berbanding kiri yang keras dan revolusi.
antara kanan dan kiri -berpelembagaan dengan tokoh Subhas Chandra Bose dan M.N Roy (komunis)
Mahmud Ghazni 1) Menyebarkan Islam kepada masyarakat India 2) Serang bandar-bandar berkuil, kekayaan yg ditemukan dirampas dan dibelanja untuk tenteranya. 3) Gelaran Sultan telah digunakan buat pertama kalinya dalam kerajaan Islam di India. Dengan menggunakan gelaran Sultan, gelaran raja yang digunakan sebelum ini meniru kerajaan Hindu telah tidak lagi digunakan.
|
|
|
Post by sharifahhafizah on Dec 1, 2014 13:02:58 GMT
NAMA: SITI NURSHARIFAH HAFIZAH BINTI MANZOLKIPLI.
1)Aspek-aspek persamaan dan perbezaan budaya yang terdapat dalam tamadun india dan tamadun islam.: Kekeluargaan & Kemasyarakatan Persamaan dan perbezaan dari segi kekeluargaan- Tamadun India– pembinaan keluarga mempunyai matlamat untuk membentuk sistem sokongan yang berbentuk fizikal & kerohanian serta penerus keturunan, Cuma tamadun india mempunyai sistem kasta. Tamadun Islam – ikatan masyarakat bukan setakat sesama kerabat tetapi sesama agama dan sesama manusia (orang Islam dan bukan Islam). Mementingkan ikatan kasih sayang, bertolak ansur ketika berhubungan dalam masyarakat. mementingkan golongan lelaki dan wanita .tamadun islam tidak wujud sistem hamba atau kasta. Persamaan dan perbezaan dari sudut keagamaan- Tamadun india dan tamadun islam sama dari segi konsep ketuhanan. Kedua-dua nya mempercayai tuhan masing-masing. Yang bezanya, tuhan tamadun islam Cuma satu iaitu ALLAH dan tuhan tamadun india banyak dan dikenali sebagai dewa-dewi yang dipercayai memainkan peranan masing-masing. Persamaan dan perbezaan dari sudut tempat ibadat- Tamadun india dan tamadun islam mempunyai tempat ibadat masing-masing. Tamadun india mempunyai kuil, candi manakala tamadun islam mempunyai masjid. Persamaan dan perbezaan konsep kepercayaan. Tamadun india mempercayai konsep kelahiran semula dan karma manakala ‘karma’ bagi tamadun islam ialah hari pembalasan iaitu hari kiamat yang mana seserang yang baik akan dibalas baik manakala seseorang yang jahat dibalas jahat pada jika dia tidak bertaubat.
|
|
|
Post by sharifahhafizah on Dec 1, 2014 13:37:13 GMT
2) sumbangan mahatma Gandhi dan Mahmud ghazni kepada masyarakat india. Mahatma gandhi : pada tahun 1920, beliau mengisytiharkan swaraj (pemerintahan sendiri) yang bertujuan untuk memberi pernghormatan kepada tenaga buruh manual dan kemudian menjalankan beberapa kempen satyaragaha sehingga mencapai kemedekaan India pada tahun 1947. Cara-cara yang digunakan untuk mencapai swaraj ialah dengan menegaskan tujuan dan cara iaitu berdasarkan satya (kebenaran), ahimsa (menolak kekejaman) dan tapasya (mengawal dan menyeksa diri sendiri) Mahmud ghazni : gelaran Sultan telah digunakan buat pertama kalinya dalam kerajaan Islam di India. Selain itu, beliau juga turut menjalankan dasar perluasan kuasa.kedua, Beliau juga telah memperluaskan pengaruh Islam di Benua Kecil India. Dalam masa pemerintahan Mahmud ini juga, perkembangan ilmu pengatahuan dan kebudayaan Islam telah berkembang dengan jayanya. 3) doktrin kepercayaan masyarakat india. Mempercayai doktrin karma supaya dapat meletakkan rasa bertanggungjawab untuk berbuat baik kerana percaya buat baik dibalas baik dan sebaliknya. Terbahagi kepada dua iaitu papa karma dan punya karma.
|
|
|
Post by norwanidaidayu on Dec 1, 2014 14:12:38 GMT
Persamaan budaya tamadun Islam dan India ialah dari segi penjagaan alam sekitar. Mereka percaya bahawa alam sekitar perlu dijaga dan dipelihara dengan baik keran itu merupakan tanggungjawab mereka sebagai manusia. Selain itu, menghormati setiap anggota masyarakatnya. Mereka haruslah memberi sokongan sama ada berbentuk moral atau fizikal. Dari segi perbezaan pula, Tamadun Islam -ikatan masyarakat bukan setakat sesama kerabat tetapi sesama agama dan sesama manusia (orang Islam dan bukan Islam) manakala Tamadun India-Sistem sosial dalam masyarakat, sistem kasta yang rigid, penentuan kasta diwarisi oleh nenek moyang. Zaman awal perkembangan Tamadun India-sistem kasta tentukan pekerjaan dan layanan kepada individu. Tamadun Islam ialah kepercayaan terhadap Allah yang satu manakala Tamadun India pula percaya terhadap pelbagai dewa.
Sumbangan Mahatma Gandhi
1. menarik golongan massa iaitu rakyat jelata termasuk Hufcaste untuk terlibat dalam politik.
2. membawa cara perjuangan yang bukan kekerasan. * Konsep Sathyagraha
3. menjalin hubungan orang Muslim dengan Hindu melalui Gerakan Khilafat
4. memimpin Kongres Kebangsaan India.dari bersifat elit ke terbuka menarik masyarakat Hindu Islam dan Budishsm
Sumbangan Mahmud Ghazni 1. menyebarkan syiar Islam di India
2. memperluaskan kuasa ke India untuk menanam Islam lebih mendalam di daerah-daerah India supaya berada dibawah pengaruh kerajaan Ghazni
3. menghapuskan batu berhala di India selepas menawan kawasan tersebut
4. memperkembangkan ilmu dan kebudayaan Islam
Doktrin kepercayaan India ialah karma manakala kepercayaan Islam pula ialah Qada' dan Qadar.
|
|
|
Post by fazreen on Dec 1, 2014 14:32:20 GMT
Perbezaan dan persamaan budaya Tamadun India dan Tamadun Islam
- Perbezaan budaya India dan tamadun Islam ialah dalam tamadun Islam ada konsep halal dan haram. Tamadun Islam membenarkan memakan apa saja selagi bukan makanan dan minuman yang haram seperti daging khinzir dan arak. Begitu juga dengan tamadun India, penganut agama Hindu tidak dibenarkan untuk memakan daging lembu.
- Persamaan budaya Tamadun India dan Tamadun Islam dari segi budaya kemasyarakatan ialah mengamalkan konsep hormat-menghormati antara masyarakat.
Sumbangan Mahatma Gandhi - kebebasan orang awam dan hak politik bagi pedatang-pedatang India dari Afrika Selatan demi maruah dan kemanusiaan mereka. - kempen orang awam menentang pemerintahan British di negara India - menambahbaikkan status golongan Dalit dari segi pengambilan hak undi kepada mereka - kemerdekaan bagi negara india - keamanan di New Delhi
Sumbangan Mahmud Ghazni - menyebarkan syiar Islam di India - menyerang bandar berkuil seperti Thanesar, Kanaauj, Mathura dan berjaya menguasai - penaklukan Punjabi telah melumpuskan susun lapis masyarakat Hindu - menyerang Somanathapuran serta berjaya menawannya
Doktrin merupakan kepercayaan masyarakat India: -Karma (tindakan-tindakan dalam kehidupan dahulu akan menentukan kehidupan akan datang) -manakala Islam menekankan keimanan antaranya beriman kepada Qada' dan Qadar.
|
|
|
Post by husnamasri on Dec 1, 2014 14:54:56 GMT
Aspek-aspek persamaan dan perbezaan budaya yang terdapat dalam tamadun India dan Islam?- Kekeluargaan dan kemasyarakatan
- Alam sekitar
- Idea intelektual
- Agama
- Pendidikan
Sumbangan Mahatma Gandhi dan Mahmud Ghazni kepada masyarakat India?- Membentuk sebuah gerakan bukan kekerasan untuk menentang diskriminasi warna kulit di Maritzburg
- Mengambil peranan dalam perang Zulu di Afrika
- Menjalankan konsep tanpa kekerasaan dan perdamaian sebagai “senjata” untuk
melakukan pergerakan terhadap Inggeris
- Membantu dalam proses kemerdekaan India dari jajahan British
- Memperluaskan pengaruh islam ke seluruh India apabila telah berjaya menawan seluruh wilayah Benua Kecil India
- Memenangkan kalimah Tauhid ke seluruh India, dan menghilangkan pengaruh penyembahan berhala
Doktrin kepercayaan masyarakat India dengan membuat perbandingan tentang cara hidup dan kepercayaan Islam?- Islam percaya wujudnya satu kuasa pencipta
- Bagi agama Hindu (tamadun India) pula, mereka percaya kepada pelbagai dewa seperti Brahman, Vishnu dan Siva.
- Tamadun Islam ada konsep halal dan haram. Tamadun Islam membenarkan memakan apa saja selagi bukan makanan dan minuman yang haram seperti daging khinzir dan arak
- tamadun India, penganut agama Hindu tidak dibenarkan untuk memakan daging lembu
|
|
Ain Qursiah Bt Ashari
Guest
|
Post by Ain Qursiah Bt Ashari on Dec 1, 2014 15:13:21 GMT
Aspek-aspek persamaan budaya antara tamadun India dan Islam - mengamalkan nilai hormat-menghormati dalam masyarakat
- meraikan sesuatu majlis secara beramai-ramai
- mengamalkan adat berinai dalam majlis perkahwinan
Aspek-aspek perbezaan budaya antara tamadun India dan Islam - tamadun Islam mempercayai dengan kewujudan tuhan yang satu manakala tamadun India mempercayai kewujudan banyak tuhan
- tamadun India mengamalkan sistem kasta manakala tamadun Islam tidak
- tamadun Islam melaksanakan ibadah di masjid dan tamadun india pula di kuil
Sumbangan Mahatma Ghandi - membentuk sebuah gerakan bukan kekerasan untuk menentang diskriminasi warna kulit di Maritzburg
- menentang penindasan terhadap wanita
- berperanan sebagai orang tengah dalam mewujudkan perpaduan antara Hindu dan Islam di India dalam Kongres Kebangsaan India dan Liga Muslim
- Hak - hak sivil orang India di Natal telah dipulihkan
- Menentang konsep Komunialisme dan menyatukan orang india dan orang Islam di India
Sumbangan Mahmud Ghazni - menyebarkan syiar Islam di India
- Menghapuskan batu berhala di India selepas menawan kwasan tersebut
- Memperkembangkan ilmu dan kebudayaan Islam
- memperluaskan kuasa ke India untuk menanam Islam lebih mendalam di daerah-daerah India supaya berada dibawah pengaruh kerajaan Ghazni
Doktrin kepercayaan masyarakat India adalah doktrin karma iaitu konsep pembalasan setimpal terhadap perlakuan manusia. Jika seseorang itu melakukan kebaikan, maka dia akan dibalas dengan kebaikan tetapi jika seseorang itu melakukan kejahatan, dia akan dibalas dengan sesuatu yang buruk.
Islam pula mempunyai konsep hidup selepas mati yang merupakan sebahagian daripada kepercayaan terhadap hari akhirat dimana manusia akan diadili oleh Allah S.W.T di akhirat kelak diatas segala perbuatan di muka bumi.Manusia yang beriman kepada Allah S.W.T akan dibalas dengan kehidupan di syurga dan manusia yang derhaka kepada Allah SWT akan dibalas dengan kesengsaraan hidup di neraka.
|
|
iznie
New Member
Posts: 6
|
Post by iznie on Dec 1, 2014 15:16:13 GMT
Nur Izni Binti Othman
Aspek-aspek persamaan budaya dalam tamadun India dan Islam
- Gandum merupakan makanan ruji
- Percaya bahawa alam sekitar perlu dijaga dan dipelihara dengan baik kerana itu adalah tanggungjawab mereka sebagai manusia.
- Kepercayaan kepada Tuhan ialah asas utama
Aspek-aspek perbezaan budaya dalam tamadun india dan islam
- Khinzir haram dimakan oleh tamadun islam manakala bagi tamadun India daging lembu haram dimakan
- Islam percaya kepada satu Tuhan manakala India percaya kepada pelbagai dewa
- Tamadun Islam mengamalkan konsep bahawa semua manusia mempunyai sama taraf di sisi Tuhan dan hanya amalan yang membezakan tetapi tamadun India mempunyai sistem kasta dalam kemasyarakatan
- Tamadun Islam mengamalkan konsep balasan di akhirat selepas mati manakala tamadun India mempercayai karma
Sumbangan Mahatma Ghandi
- membentuk sebuah gerakan bukan kekerasan untuk menentang diskriminasi warna kulit
- menjalankan konsep tanpa kekerasaan dan perdamaian sebagai senjata untuk melakukan pergerakan terhadap Inggeris
- membantu dalam proses kemerdekaan India dari jajahan British
- menyebarkan Dharma selama empat puluh lima tahun lamanya kepada umat manusia dengan penuh cinta dan kasih sayang
- menjalin hubungan orang Muslim dengan Hindu melalui Gerakan Khilafat
Sumbangan Mahmud Ghazni
- Memperkembangkan ilmu dan kebudayaan Islam
- Memperluaskan pengaruh Islam di Benua Kecil India
- Memainkan peranan dalam meneruskan kegemilangan kerajaan Sabuktigin
- Melakukan perluasan kuasa di India sebanyak tujuh belas kali bermula pada tahun 391 Hijrah hinggalah tahun 417 Hijrah (1000 Masihi - 1026 Masihi)
Doktrin kepercayaan masyarakat India ialah karma di mana konsep pembalasan yang setimpal kepada setiap perlakuan manusia iaitu berbuat baik dibalas baik dan berbuat jahat dibalas jahat manakala Islam percaya kepada pembalasan di akhirat bagi setiap pahala dan dosa yang telah dilakukan di dunia.
|
|
andyy
New Member
Posts: 6
|
Post by andyy on Dec 1, 2014 16:44:21 GMT
YUSHASLIZA ANDREALYN YUSOF
Persamaan & Perbezaan Budaya Yang Terdapat Dalam Tamadun Islam & India:
Persamaan - Mempunyai pegangan agama - Berakhlak mulia - Mempunyai doktrin
Perbezaan - Agama Hindu percaya kepada kelahiran semula (incarnation), agama Islam percaya kepada hari akhirat. - Agama Hindu menekankan nilai moral manakala Islam menekankan konsep tauhid
Sumbangan Mahatma Gandhi - Menentang penindasan golongan wanita - Menentang kuat kekerasan dalam pemerintahan - Meyatupadukan masyarakat Hindu dan Islam di India - Memperjuangkan hak asasi orang India - Melindungi dan menyokong umat Islam - Memperkenalkan cara baharu dalam mengatasi konflik dan memberi konflik dan memberi definisi baharu bagi kuasa, iaitu kepimpinan tanpa pejabat dan autotiti tanpa paksa
Sumbangan Mahmud Ghazni - Meluaskan syiar Islam ke India - Memperluaskan kuasa di India dan menyebar ajaran Islam
|
|
|
Post by masyitah on Dec 1, 2014 17:07:33 GMT
Bicara Tamadun
Aspek persamaan dan perbezaan budaya yang terdapat dalam tamdun Islam dan India:
-Dalam aspek agama, Islam percaya wujudnya satu kuasa pencipta manakala Bagi agama Hindu (tamadun India) pula, mereka percaya kepada pelbagai dewa seperti Brahman, Vishnu dan Siva. -Dalam aspek kebudayaan pula, terdapat beberapa persamaan dalam budaya makan. Misalnya, masyarakat tamadun Islam dan India menjadikan gandum sebagai makanan ruji mereka. -Dalam aspek etika, hampir semua perkara mempunyai persamaan antara tamadun -Aspek yang berikutnya ialah kemasyrakatan. Setiap tamadun menyatakan bahawa adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk menghormati setiap anggota masyarakatnya. -Aspek yang terakhir iaitu bidang ekonomi,setiap tamadun menekankan pentingnya etika dalam menjalankan perniagaan.
Sumbangan Mahatma Gandhi -beliau telahmembentuk sebuah gerakan bukan kekerasan untuk menentang diskriminasi warna kulit diMaritzburg,ibu negeri Natal yang berkonsepkan Sathyagraha- Kartel 1919. -Beliau telah mengambil peranan dalam perang Zulu di Afrika. -Beliau juga telah memberi sumbangan dalam proses kemerdekaan India dari jajahan British.
Sumbangan Mahmud Ghazni -Beliau memainkan peranan yang sangat besar dalam memartabatkan Islam di Benua Kecil India -Beliau merupakan tokoh yang penting dalam perkembangan kerajaan Ghazna. -Beliau mempunyai tentera yang merupakan orang Turki yang biasa berperang dan terkenal dengan keberanian dan keganasannya -Beliau memainkan peranan untuk mengembangkan agama dan menghapuskan penyembahan berhala.
Doktrin karma yang merupakan doktrin asas dalam agama Hindu mempunyai persamaan dengan doktrin karma dalam agama Buddha yang berkaitan rapat dengan konsep re-inkarnasi (kelahiran semula atau penjelmaan semula). Karma merupakan konsep pembalasan setimpal terhadap usaha dan perlakuan manusia ”yang baik dibalas baik, yang jahat akan menerima balasan buruk” (Azhar Mat Aros dll, 2000:63). Inilah yang disebut sebagai hukum karma dalam masyarakat Melayu.
Konsep hidup selepas mati dalam Islam merupakan sebahagian daripada kepercayaan terhadap hari akhirat. Manusia akan diadili dan diperlihatkan segala amal semasa di dunia. Allah berfirman yang bermaksud: ”Barang siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar zarrah pun nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarrah pun nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula.” (al-Zalzalah: 7-8)
|
|
|
Post by ainsyafira on Dec 2, 2014 6:14:34 GMT
BICARA TAMADUN INDIA
Aspek-aspek persamaan dan perbezaan budaya yang terdapat dalam Tamadun India dan Islam: Persamaan: Kedua-dua tamadun menekankan pembinaan nilai & etika yang baik - penting dalam sebuah masyarakat yang bertamadun. Perbezaan: Ajaran agama-agama lain menyeru untuk mewujudkan suasna harmoni dalam hubungan kekeluargaan dan masyarakat sedangkan agama Islam matlamatnya lebih jauh lagi iaitu untuk mendapat keredhaan & keberkatan Allah s.w.t.
Sumbangan Mahatma Gandhi:
1. Beliau berupaya menarik golongan massa iaitu rakyat jelata termasuk Hufcaste untuk terlibat dalam politik. Kesedaran politik meningkat 1920-an hingga 1940-an Kesannya politik India berkembang pesat. 2. Beliau membawa method perjuangan yg bukan kekerasan. Konsep Sathyagraha - Kartel 1919. British mempunyai kekuatan untuk kekerasan namun British akur untuk menentang golongan yg tidak bersenjata. Kekuatan beliau terletak pada ideanya. 3. Menjalin hubungan orang Muslim dengan Hindu melalui Gerakan Khilafat 4. Memimpin Kongres Kebangsaan India.dari bersifat elit ke terbuka menarik masyarakat Hindu Islam dan Buddhism 5. Antara idea-idea Mahatma Gandhi : -Sathyagraha = taktik corak perjuangan -Swadesyi = kesederhanaan bagi menentang kerakusan golongan koprat idea ekonomi, kesan Perang Dunia Pertama, ekonomi India jatuh. Maka Gandhi melihat ekonomi cukup hidup penting. Beliau menekankan barangan local. Memintal kain kapas untuk berdikari namun tidak praktikal untuk sara hidup sahaja tetapi penting konsep idea Gandhi. - Hind Swaruj = idea politik - Ahimsa = pegangan agama 6. Politik kanan mengikut perlembagaan, tidak keras dan ekstrimis berbanding kiri yang keras dan revolusi.
Sumbangan Mahmud Ghazni:
1.Gigih menyebarkan syiar Islam di India 2.menymemperluaskan kuasa ke India untuk meluaskan wilayah Islam. 3.menghapuskan berhala di India selepas menawan kawasan tersebut. 3.Penaklukan Punjabi telah melupuskan susun lapis masyarakat Hindu. 4.Menyerang Somanathapuran serta berjaya menawannya.
|
|