|
Post by ainsyafira on Dec 2, 2014 6:29:12 GMT
SAMBUNGAN BICARA TAMADUN INDIA
Doktrin kepercayaan masyarakat India:
1.Kepercayaan kepada kuasa agung 2.percaya kepada 3 perkara kekal iaitu tuhan, roh atau jiwa dan kejahilan atau yang berkaitan dengan hal-hal keduniaan. 3.Tuhan –Elemen kekal punyai kuasa dan kebenaran mutlak. 4.3 peranan utama iaitu mencipta, memelihara dan membinasakan. 5.Tradisi Hindu – Brahman atau Aryan, Brahma, Vishnu,Thirumal, Utiran. 6.Percaya Tuhan itu satu tetapi ia boleh disembah dalam pelbagai bentuk.
Doktrin kepercayaan Islam:
1. Iman Kepada Allah; Doktrin kepercayaan yang paling dasar dalam Islam adalah Kepercayaan kepada Allah, tidak dapat ditawar-tawar lagi. Bentuk pernyataan pengakuan terhadap Allah berimplikasi pada pada pengakuan lainnya yang berhubungan dengannya. Seperti dzat Allah, sifat-sifat Allah, kehendak Allah, perbuatan (af’al Allah ) ia merupakan refleksi dari Tauhid Allah yang menjadi inti ajaran Islam.
2. Iman Kepada Malaikat Allah; Malaikat adalah makhluk yang memiliki kekuatan-kekuatan yang patuh pada ketentuan dan perintah Allah. Doktrin iman kepada malaikat merupakan keyakinan adanya malaikat, dan merupakan bagian dari rukun iman. Iman kepada malaikat maksudnya adalah meyakini adanya malaikat, walaupun kita tidak dapat melihat mereka, Allah menciptakan mereka dari cahaya. Malaikat selalu taat kepada-Nya, tidak pernah berdosa. Tak seorang pun mengetahui jumlah pasti malaikat, hanya Allah saja yang mengetahui jumlahnya.
3. Iman Kepada Kitab Allah; Iman kepada Kitab Allah, artinya mempercayai dan meyakini sepenuh hati bahwa Allah SWT telah menurunkan kitab-kitabnya kepada para nabi atau rasul yang berisi wahyu Allah untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia; Kitab-kitab terbagi menjadi dua jenis : tertulis (Taurat, Zabur, Injil, Alquran) dan tidak tertulis (Alam Semesta).
4. Iman Kepada Rasul Allah 5. Iman Kepada Hari Akhirat 6. Iman Kepada Qada' dan Qadar Allah
|
|
Nur Athirah Muzammil
Guest
|
Post by Nur Athirah Muzammil on Dec 2, 2014 7:32:27 GMT
Persamaan antara tamadun India dan Tamadun Islam 1) Agama-agama yang diamalkan oleh masyarakat Tamadun india dan Tamadun Islam menekankan konsep ketuhanan 2) Mempunyai tunjang kepercayaan kepada sesebuah agama dan kepercayaan itu menjadi seperti undang-undang yang perlu dipatuhi oleh setiap penganut dan pengamalnya. 3) Dalam pendidikan, kedua-duanya memberikan pendidikan untuk membangunkan peribadi dan sahsiah yang akhirnya individu tersebut menjadi watak utama dalam pembinaan tamadun.
Perbezaan antara Tamadun Islam dan Tamadun India 1) Pemerintahan yang diamalkan oleh Tamadun India adalah institusi raja manakala Tamadun Islam adalah ketua Negara yang dilantik 2) Konsep pemerintahan yang dijalankan dalam Tamadun India adalah kula ketuai Grihaspati, Grama ketuai Gramina, Visya ketuai Visyapati, beberapa Vsisya yang mengetuai Rajana dan Rajan dinasihati oleh Paruishad; manakala konsep pemerintahan yang diamalkan oleh Tamadun Islam adalah berlandaskan AL Quran dan As Sunnah, berkonsepkan Ad dein, tidak secular, mengamalkan syura dan mengamalkan konsep keadilan dan kesederhanaan. 3) Dalam bidang pendidikan, Tamadun India transformasi sifat dicapai menerusi proses mencari diri manakala Tamdun Islam tauhid memainkan peranan utama dalam merubah membentuk manusia. 4) Dalam komuniti, Tamadun India yang berasaskan system kasta yang dikenali system jati manakala Tamadun Islam yang amat menekankan pembentukan signifikan.
Sumbangan Ghandi 1) Beliau dapat menarik minat rakyat jelata untuk terlibat dalam politik dan kesannya politik India berkembag pesat. 2) Beliau juga mengajar cara perjuangan dan bukannya kekerasan 3) Beliau juga menjalinkan hubungan antara orang Muslim dan Hindu melalui Gerakkan Khalifat. Gerakan Khilafat adalah sebuah pergolakan kaum muslim di India. 4) Memimpin Kongres Kebangsaan India 5) Banyak idea beliau yang telah dilontarkan seperti Sathyagraha, Swadesyi, Hind Swaruj dan Ahimsa.
Sumbangan Mahmud Ghazni 1) Menyebarkan syiar Islam 2) Memperkembangkan ilmu pengetahuan dan kebudayaan Islam 3) Menghapuskan berhala 4) Gelaran Sultan telah digunakan buat pertama kalinya dalam kerajaan Islam di India 5) Menjalankan dasar perluasan kuasa 6) Untuk meluaskan kuasa di India, beliau mengambil beberapa tindakan dengan membina banteng besar dan parit panjang di sekitar kota Ghanza bagi melindungi kota daripada serangan luar. 7) Melakukan perluasan kuasa sebanyak 17 kali
Doktrin adalah hukum karma manakala agama Islam yang mempercayai konsep Qada’ dan Qadar
|
|
|
Post by estasiaviny on Dec 2, 2014 10:58:52 GMT
PERSAMAAN
-pentingkan ilmu
-mengamalkan adat berinai
-bersetuju alam sekitar penting dan perlu dijaga untuk hidup bersama dengan manusia
-perkahwinan diraikan ecara beramai ramai
PERBEZAAN
-T.India:Percaya kepada beberapa dewa
T.Islam:Percaya Allah yang satu
-T.India:Mempunyai sistem kasta
T.Islam:Mengamalkan sistem khalifah
-T.India:menggunakan sistem dharma
T.Islam:Perbezaan hidup tidak dispesifisikasikan megikut umur
SUMBANGAN MAHATMA GANDHI
-Mendominasi perkembangan nasionalisme di India
-Menukar cara kehidupannya dari segi makanan, pakaian dan menubuhkan ashram
-Beliau membawa cara perjuangan yang bukan kekerasan
-Beliau beruppaya menarik golongan massa iaitu rakyat jelata termasuk Hufcaste untuk terlibat dalam politik
SUMBANGAN MAHMUD GHAZNI
-Menakluki Punjad menandakan kelumpuhan susun lapis masyarakat Hindu
-Hampir keseluruhan India utara di bawah pemerinthan kerajaan Islam sekitar tahun 1193M
DOKTRIN MASYARAKAT INDIA
Kepercayaan kepada roh merupakan elemen kekal abadi
Karma merupakan tindakan tindakan dalam kehidupan dahulu akan menentukan kehidupan akan datang
KEPERCAYAAN MASYARAKAT ISLAM
Adanya hari akhirat, syurga dan neraka
Beriman kepada qada' dan qadar
|
|
|
Post by syerie on Dec 2, 2014 11:18:06 GMT
PERSAMAAN -memakai inai semasa perkahwinan -meraikan sambutan atau perayaan secara beramai-ramai
PERBEZAAN -tamadun india : mereka percaya kepada pelbagai dewa seperti Brahman, Vishnu dan Siva tamadun Islam : percaya wujudnya satu kuasa pencipta -tamadun india : penganut agama Hindu tidak dibenarkan untuk memakan daging lembu tamadun Islam : membenarkan memakan apa saja selagi ianya halal bukan makanan dan minuman yang haram seperti daging khinzir dan arak
SUMBANGAN MAHATMA GHANDI -menukar cara kehidupan dari segi makanan,pakaian dan menubuhkan ashram -memulakan perjuangannya menyokong para petani di Bihar menentang tuan tanah British -melibatkan rakyat dalam pergerakan kemerdekaan -melancarkan pergerakan satyagraha pertama menentang Rowlatt Bill -mengisytiharkan swaraj
SUMBANGAN MAHMUD GHAZNI -Berjaya menguasai bandar-bandar berkuil seperti Thanesar,Kanaauj dan Mathura -Penaklukan Punjab oleh Mahmud Ghazni telah melumpuhkan susun lapis masyarakat Hindu di India hingga ke Sungai Jamuna di Timur,manakala di utara,kekuasaannya meluas sehingga ke pergunungan Himalaya
DOKTRIN KEPERCAYAAN MASYARAKAT INDIA -Karma : tindakan-tindakan dalam kehidupan dahulu akan menentukan kehidupan akan datang - Doktrin karma berkait rapat dengan konsep reinkarnasi. Dalam agama Hindu, reinkarnasi membawa maksud seseorang akan menjelma semula selepas kematiannya dalam bentuk manusia. Ini berdasarkan konsep penjelmaan semula dewa-dewa Hindu. Bagi agama Hindu, kehidupan merupakan kesengsaraan dan kelahiran semula dianggap kesengsaraan yang dikenali sebagai Samsara. Penganut agama Hindu berharap terlepas dari reinkarnasi dengan mencapai tahap mokhsya.
*Tamadun Islam berpegang kepada rukun iman : 1)Iman Kepada Allah 2)Iman Kepada Malaikat Allah 3)Iman Kepada Kitab Allah 4)Iman Kepada Rasul Allah 5)Iman Kepada Hari Akhir 6)Iman Kepada Takdir Allah
|
|
|
Post by NurFarahAdnin on Dec 2, 2014 15:19:51 GMT
PERSAMAAN DAN PERBEZAAN BUDAYA YANG TERDAPAT DALAM TAMADUN INDIA DAN ISLAM Persamaan : 1- kedua-dua tamadun menekankan konsep ketuhanan dan mempunyai doktrin-doktrin serta amalan tertentu sama ada dalam bentuk spiritual atau ritual. 2-kedua-dua tamadun juga menerima dan menekankan aspek kekeluargaan dan masyarakat. 3-kedua-dua tamadun mempunyai institusi tersendiri untuk beribadat.
Perbezaan : 1-tamadun Islam memegang konsep tauhid iaitu konsep kepercayaan kepada Tuhan yang Maha Esa. tamadun India pula mempunyai lebih dari satu dewa iaitu Dewa Brahma-dewa pencipta, Dewa Vishnu-dewa pemelihara dan Dewa Siva-dewa pemusnah 2-dalam tamadun Islam, institusi keluarga merupakan asas pembentukan sesebuah masyarakat. Selain itu, semua orang mempunyai darjat yang sama di sisi ALLAH SWT. berbanding dengan tamadun India, masyarakat tamadun India terbahagi kepada 4 golongan iaitu Brahmin, Ksyatria, Vaisya dan Sundra.
Doktrin ialah kepercayaan-Doktrin karma yang merupakan kepercayaan asas dalam agama Hindu. Konsep Karma merupakan konsep pembalasan setimpal terhadap usaha dan perlakuan manusia. Konsep ini asalnya dari penjelmaan semula dewa-dewa Hindu. Dalam ajaran agama Hindu, kehidupan merupakan kesengsaraan dan kelahiran semula yang berulang-ulang mengundang kesengsaraan selagi mereka tidak mencapai mokhsya. Kelahiran semula yang berulang-ulang dan terus menerima kesengsaraan dikenali sebagi Samsara. Penganut Hindu mengharap terlepas dari rantaian reinkarnasi dengan mencapai tahap mokhsya iaitu penggabungan dengan tuhan mereka.
konsep ini boleh dibandingkan dengan kehidupan selepas mati masyarakat Islam (alam akhirat) di mana setiap perbuatan jahat atau baik akan dibalas.
SUMBANGAN MAHATMA GHANDI 1- berupaya menarik golongan massa iaitu rakyat jelata termasuk Hufcaste untuk terlibat dalam politik. Kesedaran politik 1920-an hingga 1940-an, kesannya politik India berkembang pesat. 2- Beliau membawa langkah perjuangan yang bukan berteraskan kekerasan. Kekuatan Gandhi terletak pada ideanya. 3- membantu menjalinkan hubungan orang Muslim dengan Hindu melalui Gerakan Khilafat. 4-Memimpin Kongres Kebangsaan India dari bersifat elit kepada terbuka sehingga menarik Hindu Islam dan Buddhism. 5-beberapa idea Gandhi seperti Sathyagraha (taktik corak perjuangan), Swadesyi (kesederhanaan bagi menentang kerakusan golongan koprat idea ekonomi), Hind Swaruj (idea politik) dan Ahimsa (pegangan agama). 6-Politik kanan mengikut perlembagaan, tidak keras serta ekstrimis berbanding kiri yang keras dan revolusi.
SUMBANGAN MAHMUD GHAZNI 1-memainkan peranan yang sangat besar dalam memartabatkan Islam di Benua Kecil India. 2-merupakan tokoh yang penting dalam perkembangan kerajaan Ghazna. 3-Beliau berjaya menguasai suatu kawasan yang luas di utara India. Beliau memperluaskan Islam di India. Penduduk India adalah tidak bersatu kerana Inida terdiri daripada beberapa buah kerajaan kecil yang bermusuhan di antara satu sama lain. 4-tentera Mahmud merupakan orang Turki yang biasa berperang dan terkenal dengan keberanian dan keganasannya. Kepercayaan kukuh terhadap Islam dan tugas mereka untuk mengembangkan agama dan menghapuskan penyembahan berhala telah menyebabkan mereka tidak takut mati. 5-tentera berkuda Ghaznawi yang pantas dan taktik peperangan yang lebih baik menyebabkan mereka selalu memenangi sesuatu pertempuran.
|
|
razni
New Member
Posts: 6
|
Post by razni on Dec 2, 2014 16:45:31 GMT
Persamaan antara tamadun India dan Islam: 1.mengamalkan nilai saling menghormati di dalam masyarakat 2.membuat majlis keraian secara beramai ramai 3.mengamalkan adat berinai dalam majlis perkahwinan
Perbezaan antara tamadun India dan Islam 1.tamadun Islam percaya akan kewujudan tuhan yang Esa manakala tamadun India mempercayai kewujudan banyak tuhan atau dewa 2.tamadun India mengamalkan sistem kasta manakala tidak bagi tamadun Islam . 3.tamadun Islam melaksanakan ibadah di masjid dan tamadun india pula di kuil
Sumbangan Mahatma Gandhi 1.Menentang penindasan terhadap wanita 2.Menarik golongan rakyat jelata untuk terlibatt dalam politik 3.Mengasaskan gerakan keamanan di India
Sumbangan Mahmud Ghazni: 1.menyerang Somanathapuran serta berjaya menawannya 2.menyebarkan syiar Islam di India 3.penaklukan Punjabi telah melupuskan susun lapis masyarakat Hindu
Doktrin kepercayaan masyarakat India adalah doktrin karma iaitu konsep pembalasan setimpal terhadap perlakuan manusia. Jika seseorang itu melakukan kebaikan, maka dia akan dibalas dengan kebaikan tetapi jika seseorang itu melakukan kejahatan, dia akan dibalas dengan sesuatu yang buruk.
|
|
|
Post by ameersyarif on Dec 4, 2014 9:56:14 GMT
AMIRUL SYARIFUDDIN
PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA TAMADUN INDIA DAN ISLAM
Persamaan - wujudnya budaya dan nilai-nilai sejagat yang dikongsi bersama antara mereka Dalam setiap tamadun – semua ini diamalkan oleh masyarakat sebagai satu budaya & nilai hidup Nilai itu mesti positif seperti dalam amalan seharian. Perbezaan – wujud ekoran asas pembinaan tamadun yang berbeza – paling asas agama.
PERSAMAAN & PERBEZAAN DILIHAT DALAM :-
Kekeluargaan & kemasyarakatan
Alam sekitar
Idea intelektual
Agama
Pendidikan
Kekeluargaan & Kemasyarakatan Persamaan Kekeluargaan semua tamadun menekankan pembinaan nilai & etika yang baik - penting dalam sebuah masyarakat yang bertamadun.
Tamadun India juga mementingkan institusi kekeluargaan – pembinaan keluarga mempunyai matlamat untuk membentuk sistem sokongan yang berbentuk fizikal & kerohanian serta penerus keturunan.
Tamadun Islam – ikatan masyarakat bukan setakat sesama kerabat tetapi sesama agama dan sesama manusia (orang Islam dan bukan Islam) Mementingkan ikatan kasih sayang, bertolak ansur ketika berhubungan dalam masyarakat- mementingkan golongan lelaki dan wanita – sama rata ( egalitarian) Tidak wujud kelas hamba – semua manusia sama – takwa yang membezakan
Tamadun India – masyarakat juga memainkan peranan penting – berbeza dengan tamadun lain – masyarakat mempunyai peraturan-peraturan yang ketat Sistem sosial dalam masyarakat – sistem kasta yang rigid – penentuan kasta diwarisi oleh nenek moyang Zaman awal perkembangan Tamadun India – sistem kasta tentukan pekerjaan dan layanan kepada individu – pengaruhi semua aktiviti Konsep dharma diberikan penekanan penting dalam hubungan sesama anggota dalam masyarakat.
Semua tamadun pentingkan pendidikan yang bertujuan untuk membentuk peribadai seseorang individu Oleh itu tugas menyampaikan ilmu -tanggungjawab mulia Transformasi dalaman mestilah dilakukan atau berlaku pada seseorang sebelum dia menguasai persekitaran luarannya – perlu tahu bagaimana transformasi berlaku dan apakah elemen-elemen yang dipentingkan Islam- konsep tauhid Ajaran Hindu – transformasi sifat dapat dicapai melalui proses mencari diri sendiri
|
|
|
Post by fadhlullah on Dec 4, 2014 18:15:28 GMT
PERSAMAAN BUDAYA TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN INDIA 1) Agama-agama yang diamalkan oleh masyarakat Tamadun india dan Tamadun Islam menekankan konsep ketuhanan 2) Membangunkan peribadi dan sahsiah yang akhirnya individu tersebut menjadi watak utama dalam pembinaan tamadun 3) Memakai inai semasa perkahwinan dan biasanya sambutan atau perayaan diraikan secara beramai-ramai 4) Mengamalkan nilai saling menghormati di dalam masyarakat 5) Menerima dan menekankan aspek kekeluargaan dan masyarakat 6) Kedua-dua tamadun mempunyai institusi tersendiri untuk beribadat
PERBEZAAN BUDAYA TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN INDIA
TAMADUN INDIA TAMADUN ISLAM -Percaya kepada pelbagai dewa seperti Brahman, Vishnu dan Siva -Percaya kepada Allah -Penganut agama Hindu tidak dibenarkan untuk memakan daging lembu -memakan yg halal bukan makanan dan minuman yang haram seperti daging khinzir dan arak -Berasaskan system kasta yang dikenali system jati -Amat menekankan pembentukan signifikan -Menggunakan sistem dharma -Perbezaan hidup tidak dispesifisikasikan megikut umur -Beribadah di Kuil -Beribadah di Masjid
sumbangan mahmud ghazni: -Menentang penindasan golongan wanita .mememperluaskan kuasa ke India untuk meluaskan wilayah Islam. -Beliau merupakan tokoh yang penting dalam perkembangan kerajaan Ghazna. -penaklukan Punjabi telah melupuskan susun lapis masyarakat Hindu -Berjaya menguasai bandar-bandar berkuil seperti Thanesar,Kanaauj dan Mathura -Gelaran Sultan telah digunakan buat pertama kalinya dalam kerajaan Islam di India
sumbangan mahatma ghandi: -menarik golongan massa iaitu rakyat jelata termasuk Hufcaste untuk terlibat dalam politik. -Beliau telah mengambil peranan dalam perang Zulu di Afrika. -Hak - hak sivil orang India di Natal telah dipulihkan -menukar cara kehidupan dari segi makanan,pakaian dan menubuhkan ashram -memulakan perjuangannya menyokong para petani di Bihar menentang tuan tanah British
perbezaan doktrin bagi india adalah bagi india hukum karma.walhal islam adalah kepercayaan qada' dan qadar. cara hidup india yang melakukan kebaikan kepada orang lain dengan mengharapkan balasaan karma yang baik.bagi islam,orang islam membuat kebaikan demi mendapat kerdhaan allah dan berusaha atas sesuatu dengan mengharapkan kuasa alaah untuk mencapai matlamat.
|
|
|
Post by nadsri on Dec 4, 2014 18:16:00 GMT
PERSAMAAN BUDAYA TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN INDIA 1) Agama-agama yang diamalkan oleh masyarakat Tamadun india dan Tamadun Islam menekankan konsep ketuhanan 2) Membangunkan peribadi dan sahsiah yang akhirnya individu tersebut menjadi watak utama dalam pembinaan tamadun 3) Memakai inai semasa perkahwinan dan biasanya sambutan atau perayaan diraikan secara beramai-ramai 4) Mengamalkan nilai saling menghormati di dalam masyarakat 5) Menerima dan menekankan aspek kekeluargaan dan masyarakat 6) Kedua-dua tamadun mempunyai institusi tersendiri untuk beribadat
PERBEZAAN BUDAYA TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN INDIA
TAMADUN INDIA TAMADUN ISLAM -Percaya kepada pelbagai dewa seperti Brahman, Vishnu dan Siva -Percaya kepada Allah -Penganut agama Hindu tidak dibenarkan untuk memakan daging lembu -memakan yg halal bukan makanan dan minuman yang haram seperti daging khinzir dan arak -Berasaskan system kasta yang dikenali system jati -Amat menekankan pembentukan signifikan -Menggunakan sistem dharma -Perbezaan hidup tidak dispesifisikasikan megikut umur -Beribadah di Kuil -Beribadah di Masjid
SUMBANGAN MAHMUD GHAZNI: -Menentang penindasan golongan wanita .mememperluaskan kuasa ke India untuk meluaskan wilayah Islam. -Beliau merupakan tokoh yang penting dalam perkembangan kerajaan Ghazna. -penaklukan Punjabi telah melupuskan susun lapis masyarakat Hindu -Berjaya menguasai bandar-bandar berkuil seperti Thanesar,Kanaauj dan Mathura -Gelaran Sultan telah digunakan buat pertama kalinya dalam kerajaan Islam di India
SUMBANGAN MAHATMA GANDHI: -menarik golongan massa iaitu rakyat jelata termasuk Hufcaste untuk terlibat dalam politik. -Beliau telah mengambil peranan dalam perang Zulu di Afrika. -Hak - hak sivil orang India di Natal telah dipulihkan -menukar cara kehidupan dari segi makanan,pakaian dan menubuhkan ashram -memulakan perjuangannya menyokong para petani di Bihar menentang tuan tanah British
perbezaan doktrin bagi india adalah bagi india hukum karma.walhal islam adalah kepercayaan qada' dan qadar. cara hidup india yang melakukan kebaikan kepada orang lain dengan mengharapkan balasaan karma yang baik.bagi islam,orang islam membuat kebaikan demi mendapat kerdhaan allah dan berusaha atas sesuatu dengan mengharapkan kuasa alaah untuk mencapai matlamat
|
|
Naddy
New Member
Posts: 4
|
Post by Naddy on Dec 5, 2014 17:33:36 GMT
Aspek-aspek persamaan dan perbezaan budaya dlm tamadun India dan Islam
Persamaan Kedua-kedua tamadun mementingkan hubungan kekeluargaan dan bersetuju alam sekitar penting dan perlu dijaga sebaik mungkin
Perbezaan -India mempunyai banyak tuhan manakala Islam mempercayai kewujudan tuhan yang satu iaitu Allah -tamadun India mengamalkan sistem kasta tetapi tidak bagi tamadun Islam -tamadun India mempunyai sistem hidup yang terdiri daripada Brahmacarya, Crahasta, Vanaprasta, Sannyasa manakala tamadun Islam tiada sistem hidup
Sumbangan Mahatma Gandi
-menentang penindasan terhadap wanita -membawa method perjuangan yang bukan kekerasan -menjalin hubungan orang Muslim dengan Hindu melalui gerakan Khilafat -memimpin Kongres Kebangsaan India
Sumbangan Mahmud Ghazni -menghidupkan kembali dasar perluasan kuasa dan penyebaran Islam -memperluaskan kuasanya ke hampir seluruh India -gelaran Sultan telah digunakan buat pertama kalinya dalam kerajaan Islam di India
Doktrin kepercayaan masyarakat India Doktrin karma Doktrin - kepercayaan kepada roh merupakan elemen kekal abadi Karma - tindakan-tindakan dalam kehidupan dahulu akan menetukan kehidupan akan datang
Doktrin kepercayaan masyarakat Islam mempercayai konsep Qada' dan Qaadar
|
|
naao
New Member
sila follow saya hehehe
Posts: 3
|
Post by naao on Dec 5, 2014 18:15:29 GMT
Aspek-aspek persamaan dan perbezaan budaya yang terdapat dalam tamadun India dan IslamPersamaan
-wujudnya budaya dan nilai-nilai sejagat yang dikongsi bersama antara mereka - semua ini diamalkan oleh masyarakat sebagai satu budaya & nilai hidup -Masyarakat juga dilihat sebagai unit penting dalam setiap tamadun kerana masyarakat adalah sistem sokongan yang penting bagi seseorang individu -Semua tamadun pentingkan pendidikan yang bertujuan untuk membentuk peribadi seseorang individu PerbezaanTamadun Islam | Tamadun India | Dalam aspek agama, Islam percaya wujudnya satu kuasa pencipta iaitu Allah SWT | Mereka percaya kepada pelbagai dewa seperti Brahman, Vishnu dan Siva.
| Dalam tamadun Islam ada konsep halal dan haram. Tamadun Islam membenarkan memakan apa saja selagi bukan makanan dan minuman yang haram seperti daging khinzir dan arak. | Penganut agama Hindu tidak dibenarkan untuk memakan daging lembu. | Tiada sistem pengkelasan dalam Islam dan hanya taqwa yang membezakan manusia di sisi Allah SWT | Mengamalkan sistem kasta yang ketat yang terdiri daripada 4 kasta : Brahmin , Ksyatria, Vaisya dan Sudra |
Sumbangan Mahatma Ghandi
-Membentuk sebuah gerakan bukan kekerasan di Afrika Selatan setelah didiskriminasi oleh seorang berkulit putih berbangsa Eropah -Membentuk ajaran Satyahraha dan Ahimsa -Menentang penindasan terhadap wanita -Berperanan sebagai orang tengah antara kongres dan Liga Muslim dalam usaha mewujudkan perpaduan antara Hindu dan Islam di India -Memperjuangkan golongan ‘untouchable’ di India – golongan terendah dalam sistem kasta India -Menentang konsep komunalisme -Menyokong gerakan khilafat yang dicetuskan oleh orang Islam -Mengubah dasar parti Kongres Kebangsaan India daripada parti elit kepada parti fleksibel -Berjuang bagi pihak petani untuk pengecualian cukai -Melibatkan diri secara aktif dalam gerakan swadesi dan perarakan garam Sumbangan Mahmud Ghazni
-meneruskan kegemilangan Kerajaan Sabaktigin -menyerang bandar-bandar berkuil dan kekayaan yang ditemukan diagihkan kepada tenteranya. -membina beberapa buah banteng besar dan parit panjang disekitar kota Ghazna. -menyebarkan syiar Islam di India. Doktrin Kepercayaan Masyarakat India dan perbandingan dengan Tamadun Islam
Doktrin karma dalam kepercayaan agama Hindu . Dalam agama Hindu, reinkarnasi membawa maksud seseorang akan menjelma semula selepas kematiannya dalam bentuk manusia. Ini berdasarkan konsep penjelmaan semula dewa-dewa Hindu. Bagi agama Hindu, kehidupan merupakan kesengsaraan dan kelahiran semula dianggap kesengsaraan yang dikenali sebagai Samsara. Penganut agama Hindu berharap terlepas dari reinkarnasi dengan mencapai tahap mokhsya. Tamadun Islam bersumberkan wahyu dalam bentuk Al-Quran dan Al-Sunnah. Dan berbeza dengan doktrin India , agama Islam menganjurkan konsep Qada’ dan Qadar. Orang Islam perlulah redha dengan apa jua ketetapan yang telah ditentukan oleh Allah SWT dan berusaha menjadi muslim yang lebih baik. Tamadun Islam ialah tamadun yang bersifat keagamaan dan bermatlamatkan keredhaan Allah SWT. Perjalanan tamadun Islam dibimbing oleh akidah dan diatur oleh syariah serta diawasi oleh nilai-nilai akhlak mulia. Agama Islam merupakan agama yang syumul, rabbani, fleksibel , tidak mengira budaya (terbuka), dan bersesuaian dengan fitrah manusia.
|
|
|
Post by yanamuni on Dec 6, 2014 12:55:16 GMT
SITI NORLIYANA AIMUNI BT MUSTAFA
Bicara Tamadun India
Persamaan dan perbezaan tamadun India dan Islam
Persamaan:1)hormat-menghormati antara masyarakat 2)perkahwinan antara lelaki dan perempuan 3)adat berinai di majlis perkahwinan
Perbezaan: 1)Tamadun Islam percaya kepada Allah manakala Tamadun India kepada banyak Tuhan/dewa 2)Masjid merupakan tempat ibadat orang Islam manakala kuil merupakan tempat ibadat kaum India 3)Tiada perbezaan taraf dalam masyarakr Islam manakala India mengamalkan sistem kasta 4)Tamadun Islam tidak mengamalkan sistem dharma yang diamalkan tamadun India
Sumbangan Mahatma Gandhi -membentuk sebuah gerakan untuk menentang diskriminasi warna kulit dan tidak menggunakan kekerasan -mewujudkan perpaduan antara Hindu dan Islam di India dalam Kongres Kebangsaan India dan Liga Muslim -menentang penindasan terhadap wanita -Memulihkan hak2 sivil orang India di Natal -Menentang konsep Komunialisme dan menyatukan orang india dan orang Islam di India
Sumbangan Mahmud Ghazni -Menyebarkan syiar Islam di India -Menghapuskan batu berhala di India -Memperkembangkan ilmu dan kebudayaan Islam -Menanam Islam lebih mendalam di daerah2 India supaya berada dibawah pengaruh kerajaan Ghazni
Doktrin kepercayaan masyarakat India ialah karma iaitu konsep pembalasan yang setimpal terhadap usaha dan perlakuan manusia. Manakala, Islam menekankan kepercayaan kepada Qada dan Qadar iaitu ketentuan yang telah ditetapkan sejak azali lagi .
|
|
|
Post by attyliyasyafira on Dec 6, 2014 16:26:06 GMT
Aspek – aspek persamaan dan perbezaan budaya yang terdapat dalam tamadun India dan Islam
Gayatri Mantiram (India) / Azan atau Iqamat (Islam)
Persamaan:Bisikan bacaan tertentu di telinga bayisebaik sahaja bayi dilahirkan. Perbezaan: Gayatri Mantiram : Merupakan sejenismantera Tuhan yang dibisikkan oleh samiatau sesiapa sahaja yang berpengetahuantinggi di telingan bayi sebelum tali pusatdipotong. Azan/Qamat : Merupakan amalan berunsurkankeagamaan. Upacara ini biasanyadilakukan oleh bapa atau datuk bayitersebut. Bayi lelaki akan diazankan dikedua-dua telinganya manakala bayiperempuan akan diqamatkan
Perkahwinan
Adat ini dilakukan selepas adat merisik dilakukan. Bakal pengantin lelaki akan mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan perawakan calon isterinya. Adat ini dikenali sebagai pen paarttal atau dalam bahasa Melayu dipanggil sebagai melihat bakal isteri. Cara ini sama seperti dalam Islam iaitu berkenal – kenal dengan bakal isteri sebelum berkahwin
Ketuhanan
Umat Islam percaya kepada Tuhan yang satu iaitu Allah SWT manakala masyarakat India mempunyai banyak Tuhan Lapisan Masyarakat Tamadun India suatu ketika dahulu mengamalkan sistem kasta di mana terdapat jurang yang sangat ketara dalam masyarakat. Manakala tamadun Islam tidak mendeskriminasikan mana – mana lapisan masyarakat. Setiap orang diberi layanan dan hak yang sama rata.
Matlamat hidup
Masyarakat India mempercayai Puruṣārtha merujuk kepada matlamat yang ingin dicapai oleh seseorang manusia dalam kehidupannya. Terdapat empat tahap Purusartha iaitu Dharma: "righteousness" , Artha: "prosperity" , Kāma: "desire" dan Mokṣa: "(spiritual) liberation" Manakala masyarakat tamadun Islam mempunyai matlamat yang satu, iaitu mengembalikan diri kepada Allah SWT.
Sumbangan Mahatma Ghandi
#Pemikiran beliau sangat membuka mata masyarakat. Satyagraha dan Ahimsa merupakan prinsip yang dipegang oleh beliau sehingga mati. Dalam pergerakan Satyagraha pelbagai cara dilakukan seperti gerakan penyucian iaitu sembahyang dan berpuasa. Ghandi juga menjalankan program seperti berkempen untuk menyatukan masyarakat. Ghandi juga cuba menghalang diskriminasi dalam pentadbiran yang dibuat oleh Parlimen Natal iaitu dasar Apartheid yand membezakan orang kulit putih dan kulit hitam. #Beliau telah menyertai banyak kongres bagi membebaskan negara India daripada penjajah #Ghandi juga menyarankan masyarakat India membuat keperluan mereka sendiri dalam Gerakan Swadesi. Melalui cara ini, rakyat India tidak perlu bergantung kepada British. #Kongres Kebangsaan India menjadi satu landasan bagi golongan pertengahan menyuarakan pendapat mereka. #Terlibat dalam Gerakan Khilafat yang memberi sokongan kepada Sultan Ottoman yang berhadapan dengan ancaman dari Barat. #Menyuarakan kebebasan untuk mempunyai pendidikan.
Sumbangan Mahmud Ghazni
# Semasa pemerintahan beliau gelaran Sultan telah digunakan buat pertama kalinya dalam kerajaan Islam di India. Dengan menggunaka gelaran Sultan, gelaran raja yang digunakan sebelum ini meniru kerajaan Hindu telah tidak lagi digunakan. # Beliau mempuyai peranan yang besar dalam menyebarkan syiar Islam di India. # Mahmud telah meneruskan kesinambungan kerajaan Ghazni yang telah diambilalih pemerintahan oleh beliau # Beliau juga turut menjalankan dasar perluasan kuasa dan juga telah memperluaskan pengaruh Islam di Benua Kecil India. # Perkembangan ilmu pengatahuan dan kebudayaan Islam telah berkembang dengan jayanya #Mahmud juga digelar sebagai Iskandar Islam kerana mempunyai semangat yang tidak luntur untuk menyebarkan kekuasaan Islam di India # Beliau telah menyerang Bukhara kerana keengganan kerajaan Sammaniyah mengiktiraf kedudukan beliau sebagai pemerintah kerajaan Ghazni. Beliau telah berjaya menguasai seluruh Khurasan. Kejayaan mhmud menawan Khurasan ini telah menyebabkan Khalifah Abbasiyah di Baghdad mengiktiraf beliau sebagai pemerintah yang berkuasa di Khirasan dan kawasan timurnya. # Mahmud Ghaznawi telah melakukan perluasan kuasa di India sebanyak tujuh belas kali bermula pada tahun 391 Hijrah hinggalah tahun 417 Hijrah (1000 Masihi- 1026 Masihi) # Mahmud juga telah berjaya menawan kerajaan-kerajaan Hindu di India dan seterusnya mengembangkan ajaran Islam # Kebudayaan Islam juga telah terbukti menjadi antara minat Sultan Ghaznawi iaitu beliau juga sering mengadakan perbincangan-perbincangan tentang agama dan menikmati nyanyian dan syair
Doktrin kepercayaan masyarakat India
Tamadun India menekankan beberapa nilai yang penting untuk membentuk individu, memupuk semangat persaudaraan, menggalakkan sifat bertanggungjawab dan mewujudkan keharmonian dalam masyarakat. Antara nilai dan kepercayaan yang menyumbangkan kepada unsur-unsur tersebut ialah Dharma, kepercayaan kepada Tuhan, Karma, Ahimsa, Satya, dan Perpaduan.
Doktrik kepercayaan dalam Islam pula merujuk kepada pegangan terhadap Rukun Iman, berpegang kepada Al – Quran dan As – Sunnah serta berkasih sayang sesama manusia seperti cara bagaimana Rasulullah SAW ajarkan kepada umatnya.
|
|
|
Post by aimanHananiMokthar on Dec 6, 2014 18:37:08 GMT
1) Persamaan T.india & T.islam
- penerapan konsep ketuhanan dalam kehidupan
- budaya mementingkan pendidikan, membangunkan peribadi dan sahsiah yang menyumbang kepada masyarakat tamdun yang produktif
- mementingkan hubungan kekeluargaan yang erat dan harmoni
Perbezaan T.india & T.islam
- islam berpegang pada konsep tuhan yang Esa, manakala india berpegang kepada konsep politeisme (banyak tuhan).
- masjid merupakan tempat utama bagi umat islam beribadat, manakala kuil sebagai tempat untuk penganut hindu beribadat.
- islam mengamalkan konsep egaliterian (sama rata), manakala india mengamalkan sistem kasta yang ketat pada setiap lapisan masyarakat.
2) Sumbangan mahatma ghandi- Beliau berjaya menarik golongan massa iaitu rakyat jelata termasuk Hufcaste untuk terlibat dalam politik.Kesannya politik India berkembang pesat.
- Beliau membawa kaedah perjuangan yg tidak melibatkan kekerasan.
- Menjalin hubungan orang Muslim dengan Hindu melalui Gerakan Khilafat
- Memimpin Kongres Kebangsaan India.dari bersifat elit ke terbuka menarik masyarakat Hindu Islam dan Budishsm
- mengamalkan konsep kesederhanaan bagi menentang kerakusan golongan koprat idea ekonomi.
Sumbangan mahmud ghazni- gelaran Sultan telah digunakan buat pertama kalinya dalam kerajaan Islam di India.
- meletakkan syiar Islam di tempat tertinggi dalam pemerintahan kerajaan Ghazni.
- Beliau mempuyai peranan yang besar dalam menyebarkan syiar Islam di India.
- beliau juga turut menjalankan dasar perluasan kuasa. Beliau juga telah memperluaskan pengaruh Islam di Benua Kecil India.
- perkembangan ilmu pengatahuan dan kebudayaan Islam telah berkembang dengan jayanya.
doktrin= merujuk kepada tunjang kepercayaan kpd sesebuah agama dan kepercayaan itu menjadi seperti undang-undang yang perlu dipatuhi oleh seiap penganut dan pengamalnya.
T.india:: - Karma:: merupakan tindakan-tindakan dalam kehidupan dahulu akan menentukan kehidupan akan datang
T.islam:: -bertunjangkan akidah islam yang sebenar, kerana pembentukan sesebuah masyarakat harus dibentuk bermula dengan akidah.. -berpegang kepada konsep ketauhidan kepada Allah.
|
|
aiman
New Member
Posts: 8
|
Post by aiman on Dec 7, 2014 2:53:05 GMT
(REPOST: aiman hanani mokthar)**
1) Persamaan T.india & T.islam
- penerapan konsep ketuhanan dalam kehidupan
- budaya mementingkan pendidikan, membangunkan peribadi dan sahsiah yang menyumbang kepada masyarakat tamdun yang produktif
- mementingkan hubungan kekeluargaan yang erat dan harmoni
Perbezaan T.india & T.islam- islam berpegang pada konsep tuhan yang Esa, manakala india berpegang kepada konsep politeisme (banyak tuhan).
- masjid merupakan tempat utama bagi umat islam beribadat, manakala kuil sebagai tempat untuk penganut hindu beribadat.
- islam mengamalkan konsep egaliterian (sama rata), manakala india mengamalkan sistem kasta yang ketat pada setiap lapisan masyarakat.
2) Sumbangan mahatma ghandi
- Beliau berjaya menarik golongan massa iaitu rakyat jelata termasuk Hufcaste untuk terlibat dalam politik.Kesannya politik India berkembang pesat.
- Beliau membawa kaedah perjuangan yg tidak melibatkan kekerasan.
- Menjalin hubungan orang Muslim dengan Hindu melalui Gerakan Khilafat
- Memimpin Kongres Kebangsaan India.dari bersifat elit ke terbuka menarik masyarakat Hindu Islam dan Budishsm
- mengamalkan konsep kesederhanaan bagi menentang kerakusan golongan koprat idea ekonomi.
Sumbangan mahmud ghazni
- gelaran Sultan telah digunakan buat pertama kalinya dalam kerajaan Islam di India.
- meletakkan syiar Islam di tempat tertinggi dalam pemerintahan kerajaan Ghazni.
- Beliau mempuyai peranan yang besar dalam menyebarkan syiar Islam di India.
- beliau juga turut menjalankan dasar perluasan kuasa. Beliau juga telah memperluaskan pengaruh Islam di Benua Kecil India.
- perkembangan ilmu pengatahuan dan kebudayaan Islam telah berkembang dengan jayanya.
doktrin= merujuk kepada tunjang kepercayaan kpd sesebuah agama dan kepercayaan itu menjadi seperti undang-undang yang perlu dipatuhi oleh seiap penganut dan pengamalnya. T.india::
- Karma:: merupakan tindakan-tindakan dalam kehidupan dahulu akan menentukan kehidupan akan datang T.islam::
-bertunjangkan akidah islam yang sebenar, kerana pembentukan sesebuah masyarakat harus dibentuk bermula dengan akidah.. -berpegang kepada konsep ketauhidan kepada Allah
|
|