|
Post by Admin on Nov 23, 2014 0:57:22 GMT
Assalamualaikum wrt. wbt. dan Selamat Sejahtera. Apa khabar pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian. Sila klik pautan aktiviti bicara tamadun India, kemudian anda boleh berbicara tentangnya untuk menambah penguasaan anda dalam kursus ini. Selamat berbincang dengan rakan-rakan secara positif. Saya doakan anda semakin faham tentang Tamadun Islam dan dapat membuat persediaan yang baik untuk peperiksaan akhir. Selamat maju jaya. Kongsikan pandangan anda, nescaya pengetahuan anda semakin bertambah.
|
|
|
Post by Admin on Nov 25, 2014 8:15:08 GMT
Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera pelajar yang dedikasi. Semoga semuanya bersungguh-sungguh dan ikhlas dalam segala tugasan yang dijalankan. Jika kita tekun dalam sesuatu pekerjaan pasti kita meraih kecemerlangan di akhirnya. Kamu semua sudah baca soalan bicara yang disediakan dalam pautan (Aktiviti Bicara Tamadun India)? Boleh kongsikan idea dan pandangan kamu semua di sini. Ingat...belajar perlu sentiasa berani menjadi yang pertama. Dalam belajar kita jangan risau jika tersilap jawapan kerana yang penting usaha ada di situ. Jadi, apa lagi.....kongsikan pandangan dan idea anda di sini.
|
|
|
Post by nadiafatihahroslan on Nov 29, 2014 14:52:27 GMT
SUMBANGAN MAHATMA GHANDI
1) Beliau berupaya menarik golongan massa iaitu rakyat jelata termasuk Hufcaste untuk terlibat dalam politik. Kesedaran politik 1920-an hingga 1940-an, kesannya politik India berkembang pesat. 2) Beliau membawa method perjuangan yang bukan kekerasan. Konsep Sathyagraha-Kartel 1919. British mempunyai kekuatan dan kekerasan namun British akur kepada golongan yang tidak bersenjata. Kekuatan Gandhi terletak pada ideanya. 3) Beliau membantu menjalinkan hubungan orang Muslim dengan Hindu melalui Gerakan Khilafat. 4) Memimpin Kongres Kebangsaan India dari bersifat elit kepada terbuka sehingga menarik Hindu Islam dan Buddhism. 5) Antara idea-idea Gandhi, Sathyagraha(taktik corak perjuangan), Swadesyi(kesederhanaan bagi menentang kerakusan golongan koprat idea ekonomi), Hind Swaruj(idea politik) dan Ahimsa(pegangan agama). 6) Politik kanan mengikut perlembagaan, tidak keras dan ekstrimis berbanding kiri yang keras dan revolusi.
SUMBANGAN MAHMUD GHAZNI
Mahmud Ghazni telah memainkan peranan yang sangat besar dalam memartabatkan Islam di Benua Kecil India. Beliau merupakan tokoh yang penting dalam perkembangan kerajaan Ghazna. Mahmud Ghazni telah memainkan peranan dalam meneruskan kegemilangan kerajaan Sabuktigin.Beliau berjaya menguasai suatu kawasan yang luas di utara India. Beliau memperluaskan Islam di India. Penduduk India adalah tidak bersatu kerana Inida terdiri daripada beberapa buah kerajaan kecil yang bermusuhan di antara satu sama lain. Walaupun kadangkala terdapat pergabungan diantara mereka untuk menghadapai Mahmud Ghazni, pergabungan tersebut tidak kukuh dan tidak tahan lama kerana ia dibentuk dengan tergesa-gesa. Selain itu, tentera Mahmud merupakan orang Turki yang biasa berperang dan terkenal dengan keberanian dan keganasannya. Kepercayaan kukuh terhadap Islam dan tugas mereka untuk mengembangkan agama dan menghapuskan penyembahan berhala telah menyebabkan mereka tidak takut mati. Dan yang terakhir ialah tentera berkuda Ghaznawi yang pantas dan taktik peperangan yang lebih baik menyebabkan mereka selalu memenangi sesuatu pertempuran. Pihak kerajaan Hindu selalu bergantung kepada kaedah peperangan lama yang menggunakan gajah-gajah perang yang tidak sesuai untuk menghadapi tentera berkuda yang bergerak pantas.
|
|
|
Post by hafizuddinsaif on Nov 29, 2014 18:16:11 GMT
Bicara Tamadun:
Persamaan & Perbezaan Budaya Yang Terdapat Dalam Tamadun Islam & India:
Persamaan: # Mengamalkan adat berinai di dalam majlis perkahwinan # Meraikan perayaan/majlis secara beramai-ramai # Mengamalkan konsep hormat-menghormati antara masyarakat
Perbezaan: # Tamadun islam mempercayai hanya 1 tuhan yang wujud manakala tamadun india mempercayai banyak tuhan # Tamadun islam melaksanakan ibadah di masjid manakala tamadun india pula di kuil # Tamadun islam tidak mengamalkan sistem kasta manakala tamaun india mengamalkannya.
Sumbangan: 1. Mahatma Gandhi= # Membentuk sebuah gerakan bukan kekerasan untuk menentang diskriminasi warna kulit di Maritzburg,ibu negeri Natal # Menjalankan konsep tanpa kekerasaan dan perdamaian sebagai “senjata” untuk melakukan pergerakan terhadap Inggeris # Membantu dalam proses kemerdekaan India dari jajahan British # Menyebarkan Dharma selama empat puluh lima tahun lamanya kepada umat manusia dengan penuh cinta dan kasih sayang
2. Mahmud Ghazni= # Mengukuhkan lagi penguasaan kerajaan yang pernah dipimpin oleh ayahandanya iaitu Sabuktigin # Berjaya menawan kerajaan-kerajaan Hindu di India # Aspek ilmu dan kebudayaan Islam tidak diketepikan sama sekali dalam pentadbiran # Berjaya menarik ramai ahli-ahli cendikiawan Islam untuk berkunjung ke kota Ghazna # Infrastruktur-infrastuktur seperti sekolah, masjid, perpustakaan dan sebuah universiti telah dibina di Ghazna
Doktrin Kepercayaan Masyarakat India: Doktrin Karma Karma – tindakan-tindakan dalam kehidupan dahulu akan menentukan kehidupan akan datang Doktrin – Kepercayaan kepada roh merupakan elemen kekal abadi
Kepercayaan Islam: Iman Kepada Allah Iman Kepada Malaikat Iman Kepada Kitab Allah Iman Kepada Rasul Allah Iman Kepada Hari Akhir Iman Kepada Takdir Allah
|
|
lyza
New Member
Posts: 9
|
Post by lyza on Nov 29, 2014 23:52:17 GMT
NUR AZLIZA Aspek-aspek persamaan dan perbezaan budaya yang terdapat dalam tamadun india dan Islam? Tamadun India : Sistem keluarga dan sistem kasta : India Utara untuk Indo Arya dan Selatan India untuk Dravida Sistem keluarga :Brahmacarya- daripada kecil hingga usia 24 tahun : keutamaan dalam mencari ilmu dan disiplin diri dalam mengharungi kehidupan, crahasta- daripada 24 tahun hingga 48 tahun: kehidupan berkeluarga/berumah tangga dan tugas keluarga mendidik dan membesarkan anak-anak, vanaprasta: daripada umur 48 hingga 72 tahun- kerohanian dan digalakkan menjadi pertapa dan bermeditasi, sannyasa: umur 72 hingga meninggal dunia : menolak kehidupan duniawi, tidak mengutamakan hawa nafsu, lebih cenderung kepada kehidupan suci dan kesempurnaan sejati. Sistem kasta: Brahmin: Pendidik dan pendeta serta mengajar dan menghasilkan guru-guru agama, Ksatriya: Pemerintah dan pahlawan serta menjaga keamanan dan keselamatan negara, Vaisya; Peniaga dan pedagang serta menguruskan perniagaan dan perdagangan, dan Sudra : pekerja dan petani serta berhidmat kepada golongan atasan.
Tamadun Islam : 1. Tidak bertentangan denga ajaran Islam. ISLAM – tidak terhad kepada sistem agama dalam bentuk ibadat yang khusus. TETAPI – merupakan cara hidup yang menyeluruh termasuk aspek kebudayaan. Fungsi manusia sebagai khalifah – memakmurkan bumi. Manusia perlu mengislamkan budaya tersebut supaya meliputi segala aspek kahidupan. Jika budaya itu bercanggah dengan hukum Islam , ia tidak diterima sebagai budaya Islam. Contoh : - Berlaku penindasan dalam politik terhadap golongan lemah. - Lapangan seni sekarang lebih banyak mengajak manusia khayalan yang membawa kerosakan akhlak dalam kalangan masyarakat Islam. Kebudayaan yang meliputi politik , ekonomi, @ sosial dalam sesebuah masyarakat akan diterima oleh Islam sekiranya ia bertepatan dengan hukum2 yang telah ditetapkan agama. 2. Tidak melalaikan manusia. Kebudayaan – diterima oleh Islam jika tidak melalaikan manusia. Contohnya : - Mencari rezeki halal – aktiviti kebudayaan & disuruh oleh agama Islam, tetapi jika manusia mencari rezeki sehingga melupakan ibadat, ia adalah salah disisi Islam. - Mencari rezeki haram – mencuri, merompak, & menggadai maruah adalah salah disisi Islam. - Konsep kebudayaan Islam – beri kesenangan kepada semua pihak. Islam – terima perkara yang membawa kebaikan 3. Melahirkan hubungan antara manusia dengan Allah dan manusia dengan manusia. Amal dalam hubungan manusia dengan Allah S.W.T : Melalui ibadat khusus – solat, puasa, zakat, & haji. Manusia dengan manusia @ manusia dengan alam : Terbentuk melalui urusan antara sesama mereka yang mencetuskan kebudayaan & seni. 4. Kebudayaan Islam – menitikberatkan hubungan baik antara manusia dengan penciptanya (Allah S.W.T) & sesama manusia & manusia dengan alam. Unsur2 toleransi dalam ajaran Islam perlu diketengahkan supaya dapat difahami oleh semua lapisan masyarakat . Maka, wujud budaya Isalm selari dengan syariat Islam. 5. Mengagungkan pencipta. ALLAH S.W.T AL –Khalik ( Pencipta). Semua ciptaan-Nya dinamakan makhluk. Allah S.W.T mencipta tumbuhan, haiwan & benda tidak bernyawa. Manusia ambil inisiatif cipta sesuatu untuk kegunaan seluruh masyarakat. Ciptaan-ciptaan – membangunkan budaya bangsa &agama ke peringkat tinggi. Bincangkan sumbangan Mahatma Ghandi dan Mahmud Ghazni kepada masyarakat india. Seterusnya huraikan doktrin kepercayaan masyarakat india dengan membuat perbandingan tentang cara dan kepercayaan Islam.
Sumbangan Mahatma Ghandi : 1. Memimpin Kongres Kebangsaan India.dari bersifat elit ke terbuka menarik masyarakat Hindu Islam dan Budishsm 2. Antara idea-idea Gandhi : - Sathyagraha = taktik corak perjuangan - Swadesyi = kesederhanaan bagi menentang kerakusan golongan koprat idea ekonomi, kesan Perang Dunia Pertama, ekonomi India jatuh. Maka Gandhi melihat ekonomi cukup hidup penting. 3. Beliau menekankan barangan local. Memintal kain kapas untuk berdikari namun tidak praktikal untuk sara hidup sahaja tetapi penting konsep idea Gandhi. 4. Hind Swaruj = idea politik 5. Ahimsa = pegangan agama 6. Politik kanan mengikut perlembagaan, tidak keras dan ekstrimis berbanding kiri yang keras dan revolusi. - antara kanan dan kiri -berpelembagaan dengan tokoh Subhas Chandra Bose dan M.N Roy (komunis).
Sumbangan Mahmud Ghazni: Kedatangan Mahmud al-Ghaznawi dilihat lebih memberi makna dan impak yang mendalam terhadap perkembangan Islam di India. Beliau mempuyai peranan yang besar dalam menyebarkan syiar Islam di India. Mahmud telah meneruskan kesinambungan kerajaan Ghazni yang telah diambilalih pemerintahan oleh beliau. Selain itu, beliau juga turut menjalankan dasar perluasan kuasa. Beliau juga telah memperluaskan pengaruh Islam di Benua Kecil India. Dalam masa pemerintahan Mahmud ini juga, perkembangan ilmu pengatahuan dan kebudayaan Islam telah berkembang dengan jayanya. i- Meneruskan kegemilangan Kerajaan Sabaktigin ii- membina beberapa buah benteng besar dan parit panjang disekitar kota Ghazna. Benteng besar dan parit panjang ini adalah bertujuan untuk melindungi kota Ghazna daripada serangan pihak luar. Mahmud Ghaznawi juga telah meneruskan usaha bapanya untuk memperluaskan kuasa ke India. iii- Mahmud Ghaznawi juga telah melihat perluasan Islam sebagai gerakan jihad untuk menentang musuh agama. Perluasan kuasa ini adalah untuk memartabatkan Islam sebagai polisi pentadbiran. iv- Mahmud Ghaznawi telah melakukan perluasan kuasa di India sebanyak tujuh belas kali bermula pada tahun 391 Hijrah hinggalah tahun 417 Hijrah (1000 Masihi- 1026 Masihi). v- Memperluaskan pengaruh Islam di Benua Kecil India vi- Memperkembangkan ilmu dan kebudayaan Islam
Doktrin kepercayaan masyarakat india: Kepercayaan kepada Kuasa agung. i. 3 perkara kekal iaitu tuhan, roh atau jiwa dan kejahilan/berkaitan dengan hal-hal keduniaan. Tuhan – Elemen kekal punyai kuasa dan kebenaran mutlak. ii. 3 Peranan utama iaitu mencipta, memelihara dan membinasakan.Tradisi Hindu – Brahman/aryan, Brahma, Vishnu, Thirumal, Utiran/Aran. (Tuhan Panca Kiruthiyam).Tuhan satu tetapi ia boleh disembah dalam pelbagai bentuk. Doktrin Karma Karma – tindakan-tindakan dalam kehidupan dahulu akan menentukan kehidupan akan datang. Doktrin – Kepercayaan kepada roh merupakan elemen kekal abadi. Ada punya karma dan papa karma. Karma menekankan rasa bertanggungjawab dan melaksanakan nilai-nilai baik
Kesempurnaan Rohani Perbuatan baik sangat mulia dan kedudukan tinggi. 3 jalan mencapai kesempurnaan iaitu Karma Yoga, Bhakti Yoga dan Jnana Yoga. Karma Yoga – Aktiviti mengasingkan diri atau membuat jasa kepada masyarakat. Bhakti Yoga – Memilih jalan bebrbuat kebajikan dan kebaikan sebanyak mungkin. Jnana Yoga – menggunakan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan. Mengamalkan tatatertib agama yang sangat ketat.
cara dan kepercayaan Islam :
Kepercayaan kepada Allah yang satu ada pada Islam. Dari situ lahir konsep wahdah atau kesatuan. Ia membawa makna bahawa alam dan kehidupan berada dalam suatu kesatuan yang unik. Allah itu sifatnya Menjadikan lalu lahirlah alam, manusia dan kehidupan. Sama ada alam, manusia dan kehidupan berada dalam ketentuan-Nya. Alam diuruskan dengan peraturan yang telah ditetapkan-Nya dan itulah sunnatullah. Manusia diberikan status sebagai hamba dan khalifah dan darinya lahir jiwa kehambaan yang tinggi iaitu sifat patuh, taat, tunduk dan akur yang penting bagi manusia. Ia juga menjadikan manusia sebagai khalifah di mana amanah pengurusan dan pengendalian hidup diletakkan supaya ia berjalan secara fitrah.
|
|
|
Post by Sara Nabilah on Nov 30, 2014 8:55:17 GMT
aspek perbezaan antara Tamadun Islam dan Tamadun India
1)Tamadun Islam- percaya kepada Allah yang satu Tamadun India- percaya kepada pelbagai dewa 2)Tamadun Islam- tiada perbezaan taraf diantara manusia atau umat islam di muka bumi Tamadun India- berlaku perbezaan taraf iaitu berdasarkan sistem kasta 3)Tamadun Islam- perjalanan hidup tidak dispesifikasikan mengikut umur (bebas) Tamadun India- menggunakan sistem dharma
aspek persamaan :- 1)perkahwinan antara lelaki dan perempuan 2)adat berinai semasa berkahwin
Sumbangan Mahatma Gandhi:- 1)membentuk sebuah gerakan bukan kekerasan untuk menentang diskriminasi warna kulit 2)menentang penindasan terhadap wanita 3)berperanan sebagai orang tengah dalam mewujudkan perpaduan antara Hindu dan Islam di India dalam Kongres Kebangsaan India dan Liga Muslim 4)Hak - hak sivil orang India di Natal telah dipulihkan 5)Menentang konsep Komunialisme dan menyatukan orang india dan orang Islam di India
Sumbangan Mahmud ghazni 1)menyebarkan syiar Islam di India 2)memperluaskan kuasa ke India untuk menanam Islam lebih mendalam di daerah-daerah India supaya berada dibawah pengaruh kerajaan Ghazni 3)Menghapuskan batu berhala di India selepas menawan kwasan tersebut 4)Memperkembangkan ilmu dan kebudayaan Islam
|
|
amin
New Member
Posts: 6
|
Post by amin on Nov 30, 2014 13:54:31 GMT
Persamaan antara tamadun Islam dan tamadun India ialah mempunyai organisasi pentadbiran negara serta mempunyai pegangan agama. Walaupun kedua-dua tamadun mempunyai pegangan agama, namun apa yang membezakannya ialah tamadun Islam percaya kepada satu Tuhan manakala tamadun India percaya kepada banyak Tuhan atau Dewa.
Antara sumbangan Mahatma Ghandi ialah beliau berupaya menarik golongan massa iaitu rakyat jelata termasuk Hufcaste untuk terlibat dalam politik. Kesedaran politik 1920-an hingga 1940-an, kesannya politik India berkembang pesat. Selain itu, beliau membawa method perjuangan yang bukan kekerasan. Konsep Sathyagraha-Kartel 1919. British mempunyai kekuatan dan kekerasan namun British akur kepada golongan yang tidak bersenjata. Kekuatan Gandhi terletak pada ideanya. Antara idea-idea Gandhi, Sathyagraha(taktik corak perjuangan), Swadesyi(kesederhanaan bagi menentang kerakusan golongan koprat idea ekonomi), Hind Swaruj(idea politik) dan Ahimsa(pegangan agama).
Antara sumbangan Mahmud Ghazni ialah menyebarkan syiar Islam di India. Beliau juga terlibat dalam memperluaskan kuasa ke India untuk menanam Islam lebih mendalam di daerah-daerah India supaya berada dibawah pengaruh kerajaan Ghazni. Selain itu, menghapuskan batu berhala di India selepas menawan kawasan tersebut serta memperkembangkan ilmu dan kebudayaan Islam.
|
|
|
Post by Sara Nabilah on Nov 30, 2014 14:41:19 GMT
----SAMBUNGAN---
Doktrin kepercayaan masyarakat India adalah doktrin karma iaitu konsep pembalasan setimpal terhadap dan perlakuan manusia. Jika seseorang itu melakukan kebaikan, maka dia akan dibalas dengan kebaikan tetapi jika seseorang itu melakukan kejahatan, dia akan dibalas dengan sesuatu yang buruk.
Islam mempunyai konsep hidup selepas mati yang merupakan sebahagian daripada kepercayaan terhadap hari akhirat dimana manusia akan diadili dengan adil oleh Allah S.W.T di akhirat kelak diatas segala perbuatan manusia tersebut di muka bumi.Manusia yang beriman kepada Allah S.W.T akan dibalas dengan kehidupan di syurga dan manusia yang durhaka kepada Allah SWT akan dibalas dengan kesengsaraan hidup di neraka.
|
|
|
Post by anisahmunirah on Nov 30, 2014 16:59:52 GMT
Anisah Munirah Binti Mohd Faiz
Aspek perbezaan dan persamaan budaya yang terdapat dalam tamadun india dan tamadun islam:
~PERBEZAAN~
Tamadun India
Sistem keluarga:
a) Indo Arya di India Utara dan Dravida di Selatan India
b) Brahmacarya (daripada kecil hingga usia 24 tahun) - keutamaan dalam mencari ilmu dan disiplin diri dalam mengharungi kehidupan
c) Crahasta (daripada 24 tahun hingga 48 tahun) - kehidupan berkeluarga/berumah tangga dan tugas keluarga mendidik dan membesarkan anak-anak
d) Vanaprasta (daripada umur 48 hingga 72 tahun) - kerohanian dan digalakkan menjadi pertapa dan bermeditasi
e) Sannyasa (umur 72 hingga meninggal dunia) - menolak kehidupan duniawi, tidak mengutamakan hawa nafsu, lebih cenderung kepada kehidupan suci dan kesempurnaan sejati
Sistem kasta:
a) Brahmin - pendidik dan pendeta serta mengajar dan menghasilkan guru-guru agama,
b) Ksatriya - pemerintah dan pahlawan serta menjaga keamanan dan keselamatan negara,
c) Vaisya - peniaga dan pedagang serta menguruskan perniagaan dan perdagangan
d) Sudra - pekerja dan petani serta berhidmat kepada golongan atasan
Kepercayaan: Mempercayai pelbagai dewa/tuhan
Tamadun Islam
Sistem keluarga dan Sisem Kasta:
a) tiada perbezaan taraf diantara manusia atau umat islam di muka bumi
b) perjalanan hidup tidak dispesifikasikan mengikut umur
Kepercayaan: percaya kepada satu Tuhan iaitu Allah SWT
~PERSAMAAN~ a) Mengamalkan adat berinai dalam majlis perkahwinan
b) Meraikan perayaan/majlis secara beramai-ramai
Sumbangan Mahatma Gandhi
Antara sumbangan beliau adalah:
a) membentuk sebuah gerakan bukan kekerasan untuk menentang diskriminasi warna kulit
b) menentang penindasan terhadap wanita
c) menjadi orang tengah dalam mewujudkan perpaduan antara Hindu dan Islam di India dalam Kongres Kebangsaan India dan Liga Muslim
d) memulihkan hak - hak sivil orang India di Natal
e) menentang konsep Komunialisme dan menyatukan orang india dan orang Islam di India
Sumbangan Mahmud Ghazni
Antara sumbangan beliau adalah:
a) menyebarkan syiar Islam di India
b) memperluaskan kuasa ke India untuk menanam Islam lebih mendalam di daerah-daerah India supaya berada dibawah pengaruh kerajaan Ghazni
c) menghapuskan batu berhala di India selepas menawan kawasan tersebut
d) memperkembangkan ilmu dan kebudayaan Islam
Doktrin kepercayaan masyarakat India:
Karma – tindakan-tindakan dalam kehidupan dahulu akan menentukan kehidupan akan datang; menekankan rasa bertanggungjawab dan melaksanakan nilai-nilai baik
Jika dibandingkan dengan Islam yang mempercayai kepada hari akhira dimana manusia akan dinilai dan diadili segala perbuatannya semasa di dunia dan mendapat balasan yang setimpal pada hari akhirat kelak.
|
|
|
Post by Che Jauharah on Dec 1, 2014 2:17:14 GMT
Che Jauharah Habsah binti Che Shamsuri
Persamaan
1:pentingkan kekeluargaan – hubungan anak dan ibu bapa berdasarkan hak & tanggungjawab 2:pentingkan ilmu 3: bersetuju alam sekitar penting dan perlu dijaga untuk hidup bersama dengan manusia
Perbezaan Tamadun Islam : ikatan masyarakat bukan setakat sesama kerabat tetapi sesama agama dan sesama manusia (orang Islam dan bukan Islam) Tamadun India : Sistem sosial dalam masyarakat – sistem kasta yang rigid – penentuan kasta diwarisi oleh nenek moyang.Zaman awal perkembangan Tamadun India – sistem kasta tentukan pekerjaan dan layanan kepada individu – pengaruhi semua aktiviti
Tamadun Islam : Kepercayaan terhadap Allah yang satu. Tamadun India : Percaya terhadap pelbagai dewa.
sumbangan mahatma gandhi 1. Beliau berupaya menarik golongan massa iaitu rakyat jelata termasuk Hufcaste untuk terlibat dalam politik. 2. Beliau membawa cara perjuangan yang bukan kekerasan. * Konsep Sathyagraha 3. Menjalin hubungan orang Muslim dengan Hindu melalui Gerakan Khilafat 4. Memimpin Kongres Kebangsaan India.dari bersifat elit ke terbuka menarik masyarakat Hindu Islam dan Budishsm
sumbangan mahmud ghazni- menyalakan kembali obor Islam di bumi Islam dengan beberapa usaha yang telah dilakukan oleh beliau terutamanya menghidupkan kembali dasar perluasan kuasa dan penyebaran Islam.Mahmud telah meneruskan kesinambungan kerajaan Ghazni yang telah diambilalih pemerintahan oleh beliau. Selain itu, beliau juga turut menjalankan dasar perluasan kuasa. Beliau juga telah memperluaskan pengaruh Islam di Benua Kecil India. Dalam masa pemerintahan Mahmud ini juga, perkembangan ilmu pengatahuan dan kebudayaan Islam telah berkembang dengan jayanya.
Doktrin kepercayaan-Doktrin karma yang merupakan doktrin asas dalam agama Hindu.Karma merupakan konsep pembalasan setimpal terhadap usaha dan perlakuan manusia ”yang baik dibalas baik, yang jahat akan menerima balasan buruk” .Konsep ini berasal dari penjelmaan semula dewa-dewa Hindu. Dalam ajaran agama Hindu, kehidupan merupakan kesengsaraan dan kelahiran semula yang berulang-ulang mengundang kesengsaraan selagi mereka tidak mencapai mokhsya. Kelahiran semula yang berulang-ulang dan terus menerima kesengsaraan dikenali sebagi Samsara. Penganut Hindu mengharap terlepas dari rantaian reinkarnasi dengan mencapai tahap mokhsa.
|
|
|
Post by Che Jauharah on Dec 1, 2014 2:21:28 GMT
Che Jauharah Habsah binti Che Shamsuri Persamaan 1:pentingkan kekeluargaan – hubungan anak dan ibu bapa berdasarkan hak & tanggungjawab 2:pentingkan ilmu 3: bersetuju alam sekitar penting dan perlu dijaga untuk hidup bersama dengan manusia Perbezaan Tamadun Islam : ikatan masyarakat bukan setakat sesama kerabat tetapi sesama agama dan sesama manusia (orang Islam dan bukan Islam) Tamadun India : Sistem sosial dalam masyarakat – sistem kasta yang rigid – penentuan kasta diwarisi oleh nenek moyang.Zaman awal perkembangan Tamadun India – sistem kasta tentukan pekerjaan dan layanan kepada individu – pengaruhi semua aktiviti Tamadun Islam : Kepercayaan terhadap Allah yang satu. Tamadun India : Percaya terhadap pelbagai dewa. sumbangan mahatma gandhi 1. Beliau berupaya menarik golongan massa iaitu rakyat jelata termasuk Hufcaste untuk terlibat dalam politik. 2. Beliau membawa cara perjuangan yang bukan kekerasan. * Konsep Sathyagraha 3. Menjalin hubungan orang Muslim dengan Hindu melalui Gerakan Khilafat 4. Memimpin Kongres Kebangsaan India.dari bersifat elit ke terbuka menarik masyarakat Hindu Islam dan Budishsm sumbangan mahmud ghazni- menyalakan kembali obor Islam di bumi Islam dengan beberapa usaha yang telah dilakukan oleh beliau terutamanya menghidupkan kembali dasar perluasan kuasa dan penyebaran Islam.Mahmud telah meneruskan kesinambungan kerajaan Ghazni yang telah diambilalih pemerintahan oleh beliau. Selain itu, beliau juga turut menjalankan dasar perluasan kuasa. Beliau juga telah memperluaskan pengaruh Islam di Benua Kecil India. Dalam masa pemerintahan Mahmud ini juga, perkembangan ilmu pengatahuan dan kebudayaan Islam telah berkembang dengan jayanya. Doktrin kepercayaan-Doktrin karma yang merupakan doktrin asas dalam agama Hindu.Karma merupakan konsep pembalasan setimpal terhadap usaha dan perlakuan manusia ”yang baik dibalas baik, yang jahat akan menerima balasan buruk” .Konsep ini berasal dari penjelmaan semula dewa-dewa Hindu. Dalam ajaran agama Hindu, kehidupan merupakan kesengsaraan dan kelahiran semula yang berulang-ulang mengundang kesengsaraan selagi mereka tidak mencapai mokhsya. Kelahiran semula yang berulang-ulang dan terus menerima kesengsaraan dikenali sebagi Samsara. Penganut Hindu mengharap terlepas dari rantaian reinkarnasi dengan mencapai tahap mokhsa. konsep ini boleh dibandingkan dengan kehidupan selepas mati masyarakat Islam (alam akhirat) di mana setiap perbuatan jahat atau baik akan dibalas.
|
|
|
Post by muslaininor8 on Dec 1, 2014 2:38:06 GMT
○ Aspek perbezaan dan persamaan antara tamadun India dan tamadun Islam ; - Perbezaan sy klasifikasi kepada tiga ( kepercayaan, sistem sosial, sistem hidup ) -tamadun India -percaya kepada banyak tuhan antaranya tuhan Ibu. -sistem kasta ( sosialis atas adalah Brahmin [pendeta dan pendidik] diikuti Ksatriya [tentera] , Vaisya [pedagang] dan diakhiri Sudra [hamba dan petani yang bekerja untuk sosialis atasan ]. ) -sistem hidup yang terdiri ; Brahmacarya, Crahasta, Vanaprasta, Sannyasa. -tamadun Islam -percaya tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah -persamaan taraf, tiada istilah hamba. Si kaya menolong si miskin dengan zakat dll. -tiada sistem hidup. Islam menyedari hakikat sebenar manusia iaitu menjadi hambaNya dan kahlifah dibumi lantas kehidupan dilusuri dengan amal makruf nahi mungkar. -persamaan ; -meraikan perayan secara beramai-ramai -berinai
○Sumbangan Mahatma Ghandi : - mengasaskan doktrin Jainisme, Buddhanisme dan Hindunisme mengenai ahimsa (menolak kekejaman) -menukar cara kehidupannya dari segi makanan,pakaian dan menubuhkan ashram -memulakan perjuangan menyokong para petani di Bihar menentang tuan tanah British , 1917 -melancarkan pergerakan satyagraha pertama menentang penjajah dengan melibatkan rakyat -mengisytiharkan pemerintahan sendiri (1920) dan menjalankan beberapa kempen satyagraha sehingga India mencapai kemerdekaa pada 1947.
○sumbangan Mahmud Ghazni : -Menguasai bandar-bandar berkuil (Thanesar,Kanaauj, Mathura ) antara 1008-1026M -menakluki Punjad menandakan kelumpuhan susun lapis masyarakat Hindu -hampir keseluruhan India Utara dibawah pemerintahan kerajaan Islam sskitar tahun 1193M.
○Daktrin kepercayaan masyarakat India: -Karma -manakala Islam menekankan keimanan antaranya beriman kepada Qadadan Qadar.
|
|
|
Post by wanimairrah78 on Dec 1, 2014 2:44:06 GMT
HAZWANI UMMAIRRAH BINTI MOHD ISA
PERSAMAAN DAN PERBEZAAN BUDAYA YANG TERDAPAT DALAM TAMADUN INDIA DAN ISLAM
1) kedua-dua tamadun menekankan konsep ketuhanan dan mempunyai doktrin-doktrin serta amalan tertentu sama ada dalam bentuk spiritual atau ritual
- yang membezakan tamadun ini ialah, tamadun Islam memegang konsep tauhid iaitu konsep kepercayaan kepada Tuhan yang Maha Esa.
-tamadun India pula mempunyai lebih dari satu dewa iaitu Dewa Brahma-dewa pencipta, Dewa Vishnu-dewa pemelihara dan Dewa Siva-dewa pemusnah
2) kedua-dua tamadun juga menerima dan menekankan aspek kekeluargaan dan masyarakat
- dalam tamadun Islam, institusi keluarga merupakan asas pembentukan sesebuah masyarakat. Selain itu, semua orang mempunyai darjat yang sama di sisi ALLAH SWT.
-berbanding dengan tamadun India, masyarakat tamadun India terbahagi kepada 4 golongan iaitu Brahmin, Ksyatria, Vaisya dan Sundra.
3) persamaan yang terakhir ialah kedua dua tamadun ini memiliki institusi sendiri sebagai pusat kegiatan keagamaan mereka
-tamadun islam mempunyai masjid -tamadun india mempunyai kuil dan candi
SUMBANGAN MAHATMA GANDHI
Mahatma Gandhi terlibat dalam Kongres Kebangsaan India yang mana kongres ini merupakan landasan bagi golongan pertengahan untuk menyuarakan pandangan. Mahatma Gandhi telah berjaya mengubah kongres ini daripada bersifat elit kepada gerakan massa yang penting untuk mewakili kelompok lapisan masyarakat. Pada Mac 1930, perarakan haram teah dila carkan oleh beliau ekoran daripada tekanan yang diberikan oleh pihak British yang telah menaikkan pembayaran cukai. Gandhi telah mendesak Wizurai Lord Irvin untuk membuat peraturan yang boleh menjaga ekonomi india. Gandhi melancarkan gerakan untuk memboikot barang-barang British. Untuk mengatasi masalah ekonomi, beliau telah menghidupkan industri tanaman kapas di ladang-ladang. Gandhi memilih untuk menggunakan pendekatan yabg tidak melakukan keganasan Selain itu, Gandhi juga telah menghantar surat kepada wizurai inggeris supaya tidak menguatkuasakan rang undang-undang -akta Rowlatt yang memberi kuasa kepada kerajaan untuk melakukan tindasan dalam keganasan. Malangnya, surat ini tidak dilayan. Gandhi mencari jalan lain dengan melancarkan bantahan yang dikenali sebagai tentangan pasif.
|
|
|
Post by intansya on Dec 1, 2014 3:09:18 GMT
INTAN SYAHERAH BINTI MOHD ZAILANI
*Perbezaan budaya Tamadun India dan Tamadun Islam
Sistem Kemasyarakatan Tamadun Islam : ikatan masyarakat merupakan ikatan sesama manusia dan mementingkan kasih sayang sesama sendiri, bertolak ansur dalam perhubungan dan layanan yang sama antara lelaki dan perempuan ( tidak merendahkan martabat wanita)
Tamadun India : masyarakat terikat dengan peraturan-peraturan rigid iaitu sistem kasta . Sistem ini telah ditentukan oleh nenek moyang masyarakat tamadun ini.
Sistem keagamaan :
Tamadun Islam : Mengamalkan konsep tauhid dan percaya akan kewujudan Allah sebagai Tuhan yang satu
Tamadun India : Buddha dan Hindu - Transformasi sifat dapat dicapai melalui prises mencari diri sendiri
*Persamaan budaya Tamadun Islam dan Tamadun India
Sistem kekeluargaan
Penekanan pembinaan nilai dan etika yang baik kerana ianya merupakan elemen penting dalam sebuah masyarakat yang bertamadun.
|
|
|
Post by intansya on Dec 1, 2014 3:10:24 GMT
INTAN SYAHERAH BINTI MOHD ZAILANI
Sumbangan Mahatma Gandhi 1)Memperjuangkan hak asasi orang India 2)Memulakan perjuangan menyokong para petani di Bihar menentang tuan tanah British pada tahun 1917. 3)Beliau melancarkan pergerakan satyagraha pertama menentang Rowlatt Bill. 4)Beliau mengisytiharkan swaraj (pemerintahan sendiri) dan menjalankan kempen satyagraha sehingga mencapai kemerdekaan India pada taun 1947. 5)Memperkenalkan cara baru dalam mengatasi masalah konflik dan memberi definisi baru bagi kuasa, iaitu kepimpinan tanpa pejabat dan autoriti tanpa paksa
Sumbangan Mahmud Ghazni 1)Gigih menyebarkan syiar Islam di India 2)menyerang bandar berkuil seperti Thanesar, Kanaauj, Mathura dan berjaya menguasai. 3)Penaklukan Punjabi telah melumpuskan susun lapis masyarakat Hindu. 4)Menyerang Somanathapuran serta berjaya menawannya.
Nilai Utama Tamadun India : Doktrin Karma
Doktrin - kepercayaan kepada roh merupakan elemen kekal abadi Karma - tindakan-tindakan dalam kehidupan dahulu akan menentukan kehidupan akan datang
Berbeza dengan nilai utama tamadun Islam kerana umat Islam percaya akan kehidupan di akhirat ekoran daripada segala kebaikan dan patuh terhadap perintah Allah.
|
|