|
Post by izzahamira on Dec 12, 2014 17:50:18 GMT
IZZAH AMIRA MOHD ASRI
Aspek persamaan dan perbezaan budaya yang terdapat dalam tamadun India dan Islam Tamadun INDIA PERBEZAAN • Agama Tamadun islam percaya kepada satu pencipta iaitu Allah Tamadun india percaya kepada pelbagai dewa seperti Brahman, Vishnu dan Siva. • Kebudayaan dalam tamadun Islam ada konsep halal dan haram. Tamadun Islam membenarkan memakan apa saja selagi bukan makanan dan minuman yang haram seperti daging khinzir dan arak. Begitu juga dengan tamadun India, penganut agama Hindu tidak dibenarkan untuk memakan daging lembu. • Tamadun india mempunyai sistem kasta manakala tamadun islam tidak mempunyai sistem ini
PERSAMAAN • Etika semua tamadun mempunyai persamaan dalam hal yang berkaitan dengan alam sekitar. Mereka percaya bahawa alam sekitar perlu dijaga dan dipelihara dengan baik kerana itu adalah tanggungjawab mereka sebagai manusia.
• Kemasyarakatan Setiap tamadun menyatakan bahawa adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk menghormati setiap anggota masyarakatnya. Setiap ahli masyarakat perlu menjaga kebajikan dan memberi sokongan samaada berbentuk moral atau fizikal.
Sumbangan Mahatma Ghandi dan Mahmud Ghazni Mahatma Gandhi adalah seorang pemimpin spiritual dan tokoh politik tersohor dari India. Pada masa kehidupan Gandhi, banyak negara yang merupakan jajahan British. Penduduk di koloni-koloni tersebut mendambakan kemerdekaan agar dapat memerintah negaranya sendiri. Gandhi adalah salah seorang yang paling penting yang terlibat dalam pergerakan kemerdekaan India. Dia adalah aktivis yang tidak menggunakan kekerasan, yang mengusung gerakan kemerdekaan melalui demonstrasi secara aman.
Antara sumbangan Mahmud ghazni ialah menyebarkan syiar islam ke india . seterusnya ialah memperkembangkan ilmu dan kebudayaan isla. Selain itu, beliau juga memperluaskan kuasa ke india untuk menanam islam lebih mendalam si daerah daerah supaya berada di pengaruh kerajaan Ghazni. Akhir sekali, selepas menawan kawasan tersebut, beliau menghapuskan bati berhala di India.
Doktrin kepercayaan masyarakat India Karma-Tindakan yang dilakukan oleh seseorang dalam kehidupan kini dari segi perbuatan, ucapan dan pemikiran akan menentukan kehidupannya yang akan datang.
Islam pula mengamalkan konsepr balasan sdi akhirat iaitu setiap amalam baik akan dibalas dengan kebaikan dan setiap amalan keburukan akan dibalas dengan keburukan. Islam juga mengamalkan konsep syurga dan neraka .
|
|
|
Post by farahdiyanah on Dec 12, 2014 21:54:21 GMT
Farah Diyanah Binti Azizan
Persamaan antara tamadun India dan Tamadun Islam
Agama yang diamalkan oleh masyarakat Tamadun india dan Tamadun Islam menekankan konsep ketuhanan malah mempunyai tunjang kepercayaan kepada sesebuah agama dan kepercayaan itu menjadi seperti undang-undang yang perlu dipatuhi oleh setiap penganut dan pengamalnya.
Perbezaan antara Tamadun Islam dan Tamadun India 1.Pemerintahan yang diamalkan oleh Tamadun India adalah institusi raja manakala Tamadun Islam adalah ketua Negara yang dilantik. 2.Konsep pemerintahan yang dijalankan dalam Tamadun India adalah kula ketuai Grihaspati, Grama ketuai Gramina, Visya ketuai Visyapati, beberapa Vsisya yang mengetuai Rajana dan Rajan dinasihati oleh Paruishad; manakala konsep pemerintahan yang diamalkan oleh Tamadun Islam adalah berlandaskan AL Quran dan As Sunnah, berkonsepkan Ad dein, tidak secular, mengamalkan syura dan mengamalkan konsep keadilan dan kesederhanaan. 3.Dalam bidang pendidikan, Tamadun India transformasi sifat dicapai menerusi proses mencari diri manakala Tamdun Islam tauhid memainkan peranan utama dalam merubah membentuk manusia. 4.Dalam komuniti, Tamadun India yang berasaskan system kasta yang dikenali system jati manakala Tamadun Islam yang amat menekankan pembentukan signifikan.
Sumbangan Mahatma Ghandi
Mahatma Gandi menarik minat rakyat jelata untuk terlibat dalam politik dan kesannya politik India berkembag pesat. Beliau juga mengajar cara perjuangan, bukannya kekerasan serta menjalinkan hubungan antara orang Muslim dan Hindu melalui Gerakkan Khalifat. Gerakan Khilafat adalah sebuah pergolakan kaum muslim di India. Selain itu, memimpin Kongres Kebangsaan India banyak idea beliau yang telah dilontarkan seperti Sathyagraha, Swadesyi, Hind Swaruj dan Ahimsa.
Sumbangan Mahmud Ghazni
Mahmud Ghazni menyebarkan syiar Islam dan memperkembangkan ilmu pengetahuan dan kebudayaan Islam. Beliau menghapuskan berhala. Beliau diberi gelaran Sultan telah digunakan buat pertama kalinya dalam kerajaan Islam di India. Beliau berjaya melaksanakan dasar perluasan kuasa - untuk meluaskan kuasa di India, beliau mengambil beberapa tindakan dengan membina banteng besar dan parit panjang di sekitar kota Ghanza bagi melindungi kota daripada serangan dan perlakuankan perluasan kuasa sebanyak 17 kali
Doktrin adalah hukum karma manakala agama Islam yang mempercayai konsep Qada’ dan Qadar
|
|
|
Post by adninhs244 on Dec 13, 2014 14:05:05 GMT
1) Persamaan Kemasyarakatan tamadun Islam – ikatan masyarakat bukan setakat sesama kerabat tetapi sesama agama dan sesama manusia (orang Islam dan bukan Islam) -Mementingkan ikatan kasih sayang, bertolak ansur ketika berhubungan dalam masyarakat- mementingkan golongan lelaki dan wanita – sama rata
Tamadun India sistem kasta yang rigid - penentuan kasta diwarisi oleh nenek moyang - sistem kasta tentukan pekerjaan dan layanan kepada individu – pengaruhi semua aktiviti - Konsep dharma diberikan penekanan penting dalam hubungan sesama anggota dalam masyarakat
Persamaan Kekeluargaan Tamadun Islam – pentingkan kekeluargaan – berdasarkan al-Quran – hubungan anak dan ibu bapa berdasarkan hak & tanggungjawab
Tamadun India juga mementingkan institusi kekeluargaan - pembinaan keluarga mempunyai matlamat untuk membentuk sistem sokongan yang berbentuk fizikal & kerohanian serta penerus keturunan
Perbezaan Manifestasi Ketuhanan islam: Islam mengaku hanya Allah (swt) Tuhan yang sebenar dan tidak boleh dikaitkan atau disekutukan dengan manusia atau benda
india: Tuhan digambarkan dengan pelbagai bentuk dan penjelmaan dewa.
Pendidikan islam : konsep Tauhid memainkan peranan penting dalam transformasi manusia india: transformasi sifat dapat dicapai melalui proses mencari diri sendiri (self discovery)
Institusi keagamaan islam: Masjid ialah tempat perhimpunan bagi umat Islam. Turut berfungsi sebagai tempat aktiviti kemasyarakatan, pusat pentadbiran Islam dan Islam tempat mengajar india: Kuil bukan sahaja tempat beribadat, tetapi pusatHindu dan pendidikan bagi mengajar ilmu-ilmu keagamaan
Keluarga Islam: Anak-anak tidak boleh menderhaka kepada ibu bapa. india: Siistem kekeluargaan di India ialah Sistem Bersama. Mengamalkan konsep ketaaan yang kental kepada ibu bapa. Mengadakan upacara memperingati nenek moyang
sumbangan mahatma gandhi 1. Beliau berupaya menarik golongan massa iaitu rakyat jelata termasuk Hufcaste untuk terlibat dalam politik. Kesedaran politik meningkat 1920- an hingga 1940-an Kesannya politik India berkembang pesat. 2. Beliau membawa method perjuangan yang bukan kekerasan. * Konsep Sathyagraha - Kartel 1919. British mempunyai kekuatan dan kekerasan namun British akur untuk kepada golongan yang tidak bersenjata. Kekuatan Gandhi terletak kepada ideanya. 3. Menjalin hubungan orang Muslim dengan Hindu melalui Gerakan Khilafat 4. Memimpin Kongres Kebangsaan India.dari bersifat elit ke terbuka menarik masyarakat Hindu Islam dan Budishsm.
sumbangan mahmud ghazni . Sejarah kerajaan ini sangat panjang. Ia bemula dizaman pemerintahan Sultan Mansur daripada kerajaan Samaniyah dimana telah berlaku pemberontakan di wilayah Khurasan. Baginda telah mengirimkan salah seorang jeneralnya yang juga bekas hamba ayahandanya yang berbangsa Turki bernama Alptigin untuk membentung pemberontakan itu. Oleh kerana jasanya menumpaskan pemberontakan itu, beliau telah dilantik menjadi gabenor Khurasan. Namun begitu, telah berlaku konflik antara Alptigin dan Sultan Mansur. Alptigin kemudiannya telah memberontak dan mengisyhtiharkan seluruh Khurasan bebas daripada kekuasaan kerajaan Samaniyah. Pada tahun 926 Masihi, beliau telah berjaya menawan Kota Ghaznah ( Ghazni) di kawasan pergunungan Afganistan dan menjadikan pusat kerajaannya yang baru. Kerajaan ini telah dikenali sebagai kerajaan Ghazni.
Beliau telah memerintah daripada tahun 997-1030 Masihi. Apa yang paling menarik semasa pemerintahan beliau ialah gelaran Sultan telah digunakan buat pertama kalinya dalam kerajaan Islam di India. Dengan menggunaka gelaran Sultan, gelaran raja yang digunakan sebelum ini meniru kerajaan Hindu telah tidak lagi digunakan. Perkataan Sultan itu sendiri membawa maksud ketua dalam Islam.ini sekaligus telah meletakkan syiar Islam di tempat tertinggi dalam pemerintahan kerajaan Ghazni.
Kedatangan Mahmud al-Ghaznawi dilihat lebih memberi makna dan impak yang mendalam terhadap perkembangan Islam di India. Beliau mempuyai peranan yang besar dalam menyebarkan syiar Islam di India. Mahmud telah meneruskan kesinambungan kerajaan Ghazni yang telah diambilalih pemerintahan oleh beliau. Selain itu, beliau juga turut menjalankan dasar perluasan kuasa. Beliau juga telah memperluaskan pengaruh Islam di Benua Kecil India. Dalam masa pemerintahan Mahmud ini juga, perkembangan ilmu pengatahuan dan kebudayaan Islam telah berkembang dengan jayanya. Meneruskan kegemilangan Kerajaan Sabaktigin Mahmud telah memainkan peranan dalam meneruskan kegemilangan kerajaan Sabuktigin. Belau telah mengukuhkan lagi penguasaan kerajaan yang pernah dipimpin oleh ayahandanya iaitu Sabuktigin. Mahmud telah mewarisi takhta yang ditinggalkan oleh bapa beliau.Selepas kematian Sabuktigin, telah berlaku perebutan kuasa diantara anak-anaknya iaitu Mahmud dengan adiknya, Ismail. Walaubagaimanapun, Mahmud telah berjaya memperoleh kuasa dan menawan adiknya. Mahmud juga digelar sebagai Iskandar Islam kerana mempunyai semangat yang tidak luntur untuk menyebarkan kekuasaan Islam di India. Beliau telah memulakan ekspedisi dan penaklukan pada tahun 1005 Masihi. Pada masa awal-awal pemerintahan beliau, beliau telah menggerakkan pemerintahanya untuk mengukuhkan kuasa kerajaan Ghazni. Beliau telah menyerang Bukhara kerana keengganan kerajaan Sammaniyah mengiktiraf kedudukan beliau sebagai pemerintah kerajaan Ghazni. Beliau telah berjaya menguasai seluruh Khurasan. Kejayaan mhmud menawan Khurasan ini telah menyebabkan Khalifah Abbasiyah di Baghdad mengiktiraf beliau sebagai pemerintah yang berkuasa di Khirasan dan kawasan timurnya. Baginda juga telah dianugerahkan gelaran Sultan. Disamping memberi pengiktirafan kepada kekuasaan Ghaznawi di Khurasan, Khalifah al-Qadir (991-1031 M), khalifah Abbasiyah ketika itu meminta Mahmud supaya ridak memperluaskan kuasanya ke sebelah barat, ke kawasan pemerintahan bani Buaihiyah. Akan tetapi permintaan beliau tidak diambil peduli oleh Mahmud. Beliau dan tenteranya telah menuju ke barat dan menawan wilayah-wilayah di Parsi hingga ke sempadan Iraq. Baginda juga telah memasuki Hira’at dan Baluchistan. Usaha menawan kawasan daripada barat hingga ke sempadan Iraq ini amatlah perlu dalam usaha pengukuhan beliau sebagai pemerintah kerajaan Ghazni yang baru. Pengiktirafan daripada pemerintah-pemerintah kerajaan Islam yang lain amat perlu untuk beliau menjalankan tugas sebagai peerintah. Selain itu, beliau sebagai pewaris kerajaan pimpinan ayahandanya iaitu Sabuktigin perlu untuk memperluaskan pengaruh kawasan jajahan. Ini sekaligus dapat meneruskan dan menyambung kegemilangan kerajaan Sabaktigin. kepercayaan masyarakat india 1) Agama Hindu • Sejarah awal kemunculan agama hindu sukar untuk ditentukan kerana agama ini dianggap bersifat agama semulajadi. • Hinduisme tidak mempunyai pengasas dan tidak memiliki institusi agama yang bersifat pusat untuk mengetuai segala pengikut agama ini di seluruh dunia. • Kepercayaan dan ajaran Hindhu diwarisi secara turun-temurun. • Nama asal agama hinhu ialah Sanata Dharma bererti prinsip dan peraturan kerohanian yang kekal abadi seperti juga sifat tuhan yang kekal abadi.
2) Agama Buddha • Agama Budhha diasaskan oleh Siddharta Gautama,putera Raja Sudhhodana Gautama daripada suku Shakya di India. • Budhha berasal daripada perkataan budh yang bermaksud yang mendapat kesedaran. • Di dalam agama budhha ini,ia tidak mengajar mengenai hal-hal ketuhan,metafizikal atau sesuatu falsafah sebaliknya mengenai ajaran-ajaran psikologi dan etika yang berhubung kait dengan kehidupan.ajaran Buddha yang mengutamakan Dhamma atau Dharma merangkumi 4 kebenaran Mulia. 3) Agama Jaina • Agama ini diasakan oleh Naputta Vardhamana yang digelar mahavira. • Beliau merupakan anak lelakiseorang bangsawan yang sudah bosan dengan kemewahan dan hiburan serta hidup yang berfoya-foya. • Agama Jaina banyak persamaan dengan ajaran-ajaran Upanishad dan Budhhaisme. • Agama ini mementingkan undang-undang sebab dan akibat yang dipercayai menentukan kelahiran semula roh-roh individu.Ajaran jaina ini mengandungi 9 prinsi-prinsip asas iaitu: • 1) Jiva- roh yang terdapat dalam semua benda bergerak • 2) Ajiva- benda yang tidak bernyawa • 3) Asrava- daya penarik • 4) Papa karma – dosa • 5) Punya karma – pahala • 6) Bandha – ikatan roh dengan keinginan dan kejahilan • 7) Samvara – menahan pengaliran karma • 8) Nirjara – penghapusan karma • 9) Siddhi – pelepasan dari kelahiran semula 4) Agama Sikh • Agama Sikh ini diasaskan oleh Guru Nanak yang merupakan Keshatriya hindu yang dilahirkan di Punjab. • Kepercayaan yang utama ialah mengenai kewujudan tuhan yang satu, iaitu bersifat nirankar,abadi,amat berkuasa. • Ajaran agama sikh menolak penggunaan patung sebagai gambaran tuhan yang transcendental dan tuhan adalah kuasa terkuat. • Selain itu,persaudaraan khalsa diperkenalkandengan tujuan memperkasakan identiti sikh dengan memakai lima simbol utama iaitu; 1. Kesh – rambut panjang 2. Kangha – sikat 3. Kara – gelang besi 4. Kirpan – pedang kecil 5. Kachera – seluar jerut cara hidup dan kepercayaan islam Islam merupakan agama yg berlandaskan cara hidup yg berteraskan kpd keesaan Allah, rukun Islam, rukun iman serta mengenengahkan hub. Baik ant manusia dgn manusia dan manusia dgn Allah.Dlm Islam juga terdpt konsep pahala dosa, syurga neraka, dunia akhirat serta percaya kpd semua kejadian ada penciptanya iaitu Allah swt. Selain itu, Islam juga mengamalkan konsep assyumul dlm pelbagai aspek yg merangkumi semua bdg kehidupan sama ada politik.eko., social, budaya dan pemikiran Islam sbg satu cara hidup. Islam juga mementingkan akidah dan syariah yg menjadi teras dlm kehidupan penganutnya.
1.Menyembah dan beribadah kepada Allah.
2.Memelihara kesucian aqidah tidak terbatal.
3.Mengerjakan ibadah fardhu ain dan sunat.
4Hubungan baik dengan keluarga, jiran danmasyarakat.
5.Melakukan perkara-perkara yang baik.
6.Amalkan sifat-sifat mahmudah.
7.Bersyukur atas nikmat Allah
|
|
|
Post by norhamizah on Dec 13, 2014 14:57:04 GMT
Nor Hamizah binti Rahim
Ciri persamaan dan perbezaan antara tamadun india dan islam:
Persamaan : 1) Adanya konsep halal dan haram dalam aspek pemakanan. Tamadun Islam membenarkan memakan apa sahaja selagi bukan makanan dan minuman yang haram seperti daging khinzir dan arak. Begitu juga dengan tamadun India, penganut agama Hindu tidak dibenarkan memakan daging lembu. 2) Etika dalam menjaga dan memelihara alam sekitar. 3) Kedua-duanya mementingkan amalan kekeluargaan.
Perbezaan: 1) Tamadun Islam mempercayai Allah yang satu tetapi tamadun India mmempercayai banyak tuhan seperti dewa-dewa. 2) Dalam tamadun Islam, ikatan masyarakat bukanlah dalam kalangan kerabat sahaja tetapi sesama agama dan sesama manusia manakala tamadun India menggunakan sistem kasta.
Sumbangan Mahatma Gandhi: - membantu dalam menyelesaikan masalah ekonomi yang dihadapi oleh golongan kasta rendah seperti petani,penyewa dan rakyat biasa. - berusaha memperjuangkan isu cukai kepala yang dikenakan ke atas orang india sebanyak tiga dolar. - menentang undang-undang garam yang dimonopoli oleh golongan pemerintah dimana cukai ini sangat membebankan masyarakat.
Sumbangan Mahmud Ghazni: - menghidupkan kembali dasar perluasan kuasa dan penyebaran islam. - menggunakan gelaran sultan buat pertama kalinya dalam kerajaan Islam di India sewaktu pemerintahan beliau. Dengan menggunakan gelaran sultan, gelaran raja yang digunakan sebelum ini yang meniru kerajaan hindu tidak lagi digunakan. - membina benteng besar dan parit panjang di sekitar kota Ghazna untuk melindunginya daripada ancaman luar.
Doktrin kepercayaan masyarakat India : Doktrin karma - karma:tindakan-tindakan kehidupan dahulu kan mementukan kehidupan akan datang. Karma menekankan rasa tanggungjawab dan nilai-nilai baik.
*berbeza dengan orang Islam yang mempercayai adanya hari akhirat dan setiap amalan di dunia akan dinilai di akhirat kelak.
|
|
|
Post by dayahzamri on Dec 13, 2014 16:08:19 GMT
Nur Hidayah Binti Zamridin
ASPEK-ASPEK PERSAMAAN DAN PERBEZAAN BUDAYA INDIA DAN ISLAM
- memakai inai semasa perkahwinan
- mengamalkan nilai saling menghormati dalam masyarakat
SUMBANGAN MAHATMA GHANDI
- berupaya menarik rakyat jelata termasuk Hufcaste untuk terlibat dalam politik.
- Membawa langkah perjuangan yang tidak berteraskan kekerasan. Kekuatan beliau terletak pada ideanya.
- membantu menjalinkan hubungan orang Muslim dengan Hindu melalui Gerakan Khilafat.
SUMBANGAN MAHMUD GHAZNI
-penaklukan Punjabi telah melupuskan susun lapis masyarakat Hindu
-Berjaya menguasai bandar-bandar berkuil seperti Thanesa dan Mathura
-Gelaran Sultan telah digunakan buat pertama kalinya dalam kerajaan Islam di India
Perbezaan doktrin India ialah hukum karma. Manakala bagi Islam pula adalah kepercayaan qada' dan qadar.
|
|
|
Post by norAzila_HS244 on Dec 13, 2014 17:43:36 GMT
NORAZILA SUHAINIE, HS244
ASPEK-ASPEK PERSAMAAN DAN PERBEZAAN BUDAYA TAMADUN INDIA DAN ISLAM
1. dari segi aspek kehidupan, terdapat 4 kategori yang perlu dicapai dan diamalkan oleh masyarakat india. pertama ialah brahmacarya iaitu menuntut ilmu pada umur 7 hingga 24 tahun. kedua, grahasta (24-48 tahun) iaitu kahwin dan membina keluarga. ketiga, vanapasta (48-75 tahun) iaitu menekankan kerohanian dan pertapaan. akhir sekali sannyasa (75-meninggal) iaitu menolak kehidupan duniawi. dalam masyarakat islam, tidak digariskan kategori seperti ini dalam kehidupan. terdapat pepatah yang mengatakan 'tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahad' yang membawa maksud tidak ada batasan usia bagi seseorang itu untuk menuntut ilmu. begitu juga dengan perkahwinan. apabila seseorang itu mampu dan berkeinginan untuk berkeluarga, tidk ada halangan baginya untuk berkahwin. kerohanian adalah sangat ditekankan sepanjang hidup seorang islam dan tidak ada unsur pertapaan melainkan bertafakur dengan niat untuk memuhasabahkan diri. sebagai orang islam juga, kita dididik untuk menjalani hidup dengan bersungguh-sungguh dengan syarat tidak melupakan ukhrawi.
SUMBANGAN MAHATMA GANDHI DAN MAHMUD GHAZNI KEPADA TAMADUN INDIA
MAHATMA GANDHI : 1. Beliau berupaya menarik golongan massa iaitu rakyat jelata termasuk Hufcaste untuk terlibat dalam politik. 2. Beliau membawa method perjuangan yang bukan kekerasan iaitu Konsep Sathyagraha. 3. Menjalin hubungan orang Muslim dengan Hindu melalui Gerakan Khilafat. 4. Memimpin Kongres Kebangsaan India dari bersifat elit ke terbuka dan menarik masyarakat Hindu Islam dan Budishsm.
MAHMUD GHAZNI : 1. pemerintah pertama menggunakan gelaran sultan dalam tamadun india 2. meluaskan kuasa sehingga ke lautan india dan selatan gujerat 3. menentang musuh-musuh islam terutamanya golongan syiah
Doktrin - hukum karma masyarakat india percaya akan hukum karma iaitu kehidupan selepas kematian dimana kehidupan itu akan ditentukan oleh amalan kebaikan dan kejahatan semasa hidup di dunia. dalam islam, wujudnya juga kehidupan selepas kematian namun itu adalah kehidupan yang kekal iaitu di akhirat dimana amalan kita juga menjadi penentu kepada kehidupan kita kelak.
|
|
|
Post by sharifahshafiqah on Dec 13, 2014 18:01:30 GMT
Aspek persamaan dan perbezaan budaya terdapat dalam Tamadun India dan Tamadun Islam Persamaan: - Penekanan konsep bertuhan dalam kehidupan - Sistem kekeluargaan yang mementingkan nilai hormat-menghormati dan aspek kerohanian dalam hidup
Perbezaan: - Tamadun India mengamalkan sistem kasta iaitu pembahagian lapisan masyarakat mengikut tahap masing-masing, manakala tamadun Islam tidak mengamalkan sistem kasta kerana semua manusia dianggap sama di sisi Allah. - Tamadun India juga mempunyai kesenian seni bina yang bermotifkan binatang dan patung manusia terutamanya di kuil-kuil agama mereka. Tamadun Islam pula mempunyai kesenian seni bina yang bercorakkan ayat suci Al- Quran dan konsep alam semula jadi yang lazimnya diukir pada dinding-dinding masjid. - Tamadun India mempunyai sistem pemerintahan yang diketuai oleh Raja yang dianggap sebagai wakil Tuhan tetapi tamadun Islam menggunakan sistem pemerintahan yang diketuai oleh Sultan yang berperanan sebagai untuk membimbing manusia dan rakyat ke jalan yang benar dan diredhai Allah.
Antara sumbangan Mahatma Ghandi : - mengasaskan doktrin Jainisme, Buddhanisme dan Hindunisme mengenai ahimsa (menolak kekejaman) - menukar cara kehidupannya dari segi makanan,pakaian dan menubuhkan ashram. - menentang system kasta di India dan memperjuangkan isu cukai kepala yag dikenakn terhadap orang India - memulakan perjuangan menyokong para petani di Bihar menentang tuan tanah British , 1917 - melancarkan pergerakan satyagraha pertama menentang penjajah dengan melibatkan rakyat. - memperjuangkan kemerdekaan India.
Doktrin kepercayaan masyarakat India berbanding dengan cara hidup dan kepercayaan Islam.
Doktrin masyarakat India : -Prinsip karma yang merujuk kepada jumlah perbuatan, ucapan, pemikiran dan tindakan seseorang dalam kehidupan ini akan menentukan kedudukannya dalam kelahiran semula. -kepercayaan kepada Tuhan -Ahimsa yang bermaksud tidak melakukan kekejaman, merupakan satu lagi prinsip asas yang dtekankan oleh ajaran Upanishad, Buddhisme dan Jainisme.
Masyarakat Islam : -kepercayaan kepada Allah yang satu -percaya kepada qada' dan qadar iaitu percaya bahawa semua yang berlaku dalam kehidupan telah ditetapkan oleh Allah S.W.T -beriman kepada 6 rukun iman dan 5 rukun Islam -mengamalkan sifat-sifat mahmudah dan mengajak kepada kebaikan~ amar makruf nahi munkar -berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W
|
|
|
Post by aerweenhs244 on Dec 13, 2014 18:48:21 GMT
NUR ' AERWEEN EDRIENA BINTI NAKELI
ASPEK-ASPEK PERSAMAAN DAN PERBEZAAN BUDAYA YANG TERDAPAT DALAM TAMADUN INDIA DAN ISLAM .
PERSAMAAN : TERDAPAT PELBAGAI PERSAMAAN DALAM ASPEK KEBUDAYAAN ANTARANYA IALAH BUDAYA MAKAN. MISALNYA, MASYARAKAT TAMADUN INDIA DAN TAMADUN ISLAM MENJADIKAN GANDUM SEBAGAI MAKANAN RUJI MEREKA.
PERBEZAAN : DALAM TAMADUN ISLAM ADA KONSEP HALAL DAN HARAM. TAMADUN ISLAM MEMBENARKAN MEMAKAN APA SAHAJA SELAGI BUKAN MAKANAN DAN MINUMAN YANG HARAM SEPERTI DAGING KHINZIR DAN DAN ARAK. BEGITU JUGA DENGAN TAMADUN INDIA, PENGANUT AGAMA HINDU TIDAK DIBENARKAN UNTUK MEMAKAN DAGING LEMBU.
VIDEO 2 : SUMBANGAN MAHATMA GHANDI DAN MAHMUD GHAZNI KEPADA MASYARAKAT INDIA DAN HURAIKAN DOKTRIN KEPERCAYAAN MASYARAKAT INDIA DENGAN MEMBUAT PERBANDINGAN TENTANG CARA HIDUP DAN KEPERCAYAAN ISLAM.
SUMBANGAN MAHATMA GHANDI : - BENTUK SEBUAH GERAKAN BUKAN KEKERASAN UNTUK MENENTANG DISKRIMINASI WARNA KULIT DI MARITZBURG , IBU NEGERI NATAL YANG BERKONSEPKAN SATHYAGRAHA-KARTEL 1919. - JALANKAN KONSEP TANPA KEKERASAN DAN PERDAMAINAN SEBAGAI SENJATA UNTUK MELAKUKAN PERGERAKAN TERHADAP INGGERIS. - SUMBANGAN DALAM PROCESS KEMERDEKAAN INDIA DARI JAJAHAN BRITISH - SEBAR DHARMA SELAMA 45 TAHUN LAMANYA KEPADA UMAT MANUSIA DENGAN PENUH CINTA DAN KASIH SAYANG.
SUMBANGAN MAHMUD GHAZNI : - HAMPIR SELURUH INDIA UTARA DIBAWAH PENAKHLUKAN KERAJAAN ISLAM - MENYERANG BANDAR BERKUIL - SEBAR ILMU SYIAR DI INDIA - MENGHAPUSKAN SISTEM SEMBAH BERHALA SELEPAS MENAWAN KAWASAN TERSEBUT
DOKTRIN KEPERCAYAAN TAMADUN INDIA DOKTRIN KEPERCAYAAN : KEPERCAAYAAN KEPADA ROH DAN MEREKA MENGAMALKAN KONSEP HUKUM KARMA DALAM KEHIDUPAAN SEHARIAN. INI BERBEZA DENGAN NILAI UTAMA TAMADUN ISLAM BAHAWA KEHIDUPAN DI DUNIA INI MERUPAKAN QADA DAN GODHA ALLAH .
|
|
|
Post by Nur Azmah Binti Gulam Manaver on Dec 13, 2014 20:47:15 GMT
Nur Azmah Binti Gulam Manaver
Assalamualaikum,
1.
ASPEK PERSAMAAN ANTARA TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN INDIA
* Kemasyarakatan -menjadi tanggungjawab bersama untuk menghormati setiap anggota masyarakatnya. Setiap ahli masyarakat perlu menjaga kebajikan dan memberi sokongan samaada berbentuk moral atau fizikal.
ASPEK PERBEZAAN ANTARA TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN INDIA
* Aspek kekeluargaan - Tamadun Islam: darjat manusia semua adalah sama di sisi Allah SWT - Tamadun India:membahagikan manusia kepada empat golongan atau tingkat tertentu iaitu golongan Brahmin, Kesatriya, Vaisya dan Sudra.
* Aspek pendidikan - Tamadun Islam: pendidikan Islam berteraskan tauhid. Proses pendidikan bermula pada peringkat seawalnya, iaitu sejak kelahiran seseorang hinggalah ke saat kematian. - Tamadun India:Ajaran agama Hindu turut menekankan aspek pendidikan yang berlaku melalui proses ”mencari diri sendiri” (self-discovery). Ilmu dan amalan kerohanian juga merupakan elemen penting dalam melahirkan seorang yang baik.
* Aspek institusi agama - Tamadun Islam: Masjid merupakan institusi agama dalam Islam. Masjid bermaksud tempat sujud atau tempat beribadah kepada Allah SWT. - Tamadun India:Kuil merupakan rumah ibadat bagi penganut agama Hindu. Fungsi kuil lebih luas pada peringkat awal perkembangan agama ini. Ia menjadi pusat pendidikan yang diperlukan oleh sami-sami Hindu. Golongan Brahmin dalam agama Hindu merupakan sami-sami Hindu yang terpelajar. Mereka adalah golongan yang layak memahami kitab-kitab suci Hindu seperti kitab Veda, Mahabrata dan Ramayana yang ditulis dalam bahasa Sanskrit.
2.
SUMBANGAN MAHATMA GANDHI
-membentuk sebuah gerakan bukan kekerasan untuk menentang diskriminasi warna kulit diMaritzburg,ibu negeri Natal yang berkonsepkan Sathyagraha- Kartel 1919. -memberi sumbangandalam proses kemerdekaan India dari jajahan British.Ketika kembali ke India, dia membantudalam proses kemerdekaan India dari jajahan British, hal ini memberikan inspirasi bagi rakyatdi koloni-koloni lainnya agar berjuang mendapatkan kemerdekaannya. -menyebarkan Dharmaselama empat puluh lima tahun lamanya kepada umat manusia dengan penuh cinta dan kasihsayang. Beliau mengikrarkan empat prasetya yang berdasarkan cinta dan kasih sayang yangtidak terbatas. Antaranya ialah berusaha menolong semua makhluk, menolak semua keinginannafsu keduniawian, mempelajari,menghayati dan mengamalkan serta berusaha mencapai pencerahan sempurna.
SUMBANGAN MAHMUD GHAZNI
-telah memperluaskan pengaruh Islam di Benua Kecil India. -perkembangan ilmu pengatahuan dan kebudayaan Islam telah berkembang dengan jayanya. -memainkan peranan dalam meneruskan kegemilangan kerajaan Sabuktigin.
DOKTRIN KEPERCAYAAN MASYARAKAT INDIA - Doktrin ialah kepercayaan kepada roh merupakan elemen kekal abadi dan mengamalkan konsep karma yang bermaksud tindakan-tindakan dalam kehidupan dahulu akan menentukan kehidupan yang akan datang.
KEPERCAYAAN MASYARAKAT ISLAM -Mengamalkan kepercayaan kepada Allah dan Nabi Muhammad sebagai Rasul.
|
|
azida
New Member
Posts: 9
|
Post by azida on Dec 14, 2014 1:04:04 GMT
NUR AZIDAWATI BINTI ZAINAL
-BICARA TAMADUN INDIA
1)PERSAMAAN & PERBEZAAN ANTARA TAMADUN INDIA & TAMADUN MELAYU : PERSAMAAN : -Adat berinai bagi pasangan yang akan berkahwin -Sambutan majlis perkahwinan yang disambut dengan saudara-mara -Konsep menghormati(mendahulukan) orang yang lebih tua
2)PERBEZAAN : -Orang India mempercayai banyak tuhan dalam kehidupan mereka manakala orang Islam hanya mempercayai Allah SWT. -Ibadah Orang India di kuil tetapi orang Islam di Masjid -Amalan sistem kasta dalam masyarakat India.Masyarakat Melayu tidak mengamalkan sistem tersebut
3)SUMBANGAN MAHATMA GANDHI -Menentang penindasan terhadap kaum wanita India -Menggalakkan golongan wanita melibatkan diri mereka dalam kempen-kempen spt cukai garam & pemulauan produk asing -Turut menentang konsep komunalisme -Tidak berputus asa menyatukan orang India dan orang Islam.
4)SUMBANGAN MAHMUD GHAZNI -Berusaha menyebarkan ajaran Islam di seluruh India -Perluasan kuasa supaya pengaruh Islam tersebar luas ke seluruh daerah-daerah India. -Menitikberatkan ilmu dan pendidikan dalam membentuk bangsa yang berjaya -Menghapuskan berhala-berhala yang ada dalam menyebarkan syiar Islam
5)DOKTRIN KEPERCAYAAN M'KAT INDIA : HUKUM KARMA HUKUM KARMA-->falsafah di dalam agama Hindu dan Buddha yang bermaksud Pembalasan. " Manusia yang buat baik akan menerima pembalasan baik, manusia yang melakukan kejahatan akan dibalas dengan kejahatan, samada dibalas secara terus atau secara kelahiran semula iaitu reincarnation"
6)KEPERCAYAAN UMAT ISLAM : -Percaya Kepada kewujudan Allah SWT yang mentadbir seluruh alam.Serta percaya bahawa adanya Hari Pembalasan
|
|
|
Post by nurhayati on Dec 14, 2014 2:12:21 GMT
Antara aspek persamaan dan perbezaan budaya yang terdapat dalam tamadun India dan Islam ialah
A. PERBEZAAN 1)Agama Tamadun islam percaya kepada satu pencipta iaitu Allah manakala tamadun india percaya kepada pelbagai dewa seperti Brahman, Vishnu dan Siva.
2)Kebudayaan Di dalam tamadun Islam terdapatnya konsep halal dan haram. Tamadun Islam membenarkan penganutnya memakan apa saja selagi bukan makanan dan minuman yang haram seperti daging khinzir dan arak. Namun, di tamadun India, penganut agama Hindu tidak dibenarkan untuk memakan daging lembu. Selain itu, di tamadun india mereka mempunyai sistem kasta manakala tamadun islam tidak mempunyai sistem ini
B. PERSAMAAN 1)Etika semua tamadun mempunyai persamaan dalam hal yang berkaitan dengan alam sekitar. Mereka mempercayai bahawa alam sekitar perlu dijaga dan dipelihara dengan baik kerana itu adalah tanggungjawab mereka sebagai manusia.
2)Kemasyarakatan Setiap tamadun menyatakan bahawa adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk menghormati setiap anggota masyarakatnya. Setiap ahli masyarakat perlu menjaga kebajikan dan memberi sokongan samaada berbentuk moral atau fizikal.
Antara sumbangan Mahatma Ghandi dan Mahmud Ghazni ialah :- Mahatma Gandhi adalah seorang pemimpin spiritual dan tokoh politik tersohor dari India. Pada masa kehidupan Gandhi, banyak negara yang merupakan jajahan British. Penduduk di koloni-koloni tersebut mendambakan kemerdekaan agar dapat memerintah negaranya sendiri. Gandhi adalah salah seorang yang paling penting yang terlibat dalam pergerakan kemerdekaan India. Dia adalah aktivis yang tidak menggunakan kekerasan, yang mengusung gerakan kemerdekaan melalui demonstrasi secara aman.
Antara sumbangan Mahmud ghazni ialah menyebarkan syiar islam ke india . seterusnya ialah memperkembangkan ilmu dan kebudayaan isla. Selain itu, beliau juga memperluaskan kuasa ke india untuk menanam islam lebih mendalam si daerah daerah supaya berada di pengaruh kerajaan Ghazni. Akhir sekali, selepas menawan kawasan tersebut, beliau menghapuskan bati berhala di India.
Doktrin kepercayaan masyarakat India Karma-Tindakan yang dilakukan oleh seseorang dalam kehidupan kini dari segi perbuatan, ucapan dan pemikiran akan menentukan kehidupannya yang akan datang.
Islam pula mengamalkan konsep balasan di akhirat iaitu setiap amalam baik akan dibalas dengan kebaikan dan setiap amalan keburukan akan dibalas dengan keburukan. Islam juga mengamalkan konsep syurga dan neraka .
|
|
|
Post by hanisazizan_hs244 on Dec 14, 2014 3:28:48 GMT
NUR HANIS BINTI NUR AZIZAN SOALAN 1 PERSAMAAN kedua-dua tamadun sngat mementingkan ilmu pengetahuan dituntut sejak kecil lagi. ibu bapa memainkan peranan yang sama dalam mendidik dan membesarkan anak-anak. kedua-dua tamadun ini juga mempunyai guru-guru agama yang akan mengajarkan tentang agama tamadun masing-masing. mereka juga mempunyai pahlawan yang akan menjaga ketenteraman di dalam tamadun. selain itu, mereka juga mempunyai golongan pedagang yang akan menaikkan pendapatan negara. PERBEZAAN ISLAM | INDIA | jangka masa menuntut ilmu sehingga ke akhir hayat | jangka masa menuntut ilmu hanya terhad apabila mencapai umur 24 tahun | wjib beribadat semenjak mencapai umur baligh sehingga ke akhir hayat | menumpukan perhatian terhadap ibadat apabila mencapai umur 48 tahun | tidak memisahkan antara kehidupan dunia dengan kehidupan akhirat | mula memisahkan kehidupan dunia dengan kehidupan akhirat apabila mencapai umur 72 tahun | semua makhluk di dunia ini adalah sama tidak kira miskin ataupun kaya | wujudnya sistem kasta yang membezakan antara kedudukan dalam kalangan masyarakat |
SOALAN 2 MAHATMA GHANDI -membentuk sebuah gerakan bukan kekerasan untuk menentang diskriminasi warna kulit diMaritzburg,ibu negeri Natal yang berkonsepkan Sathyagraha- Kartel 1919. -Mahatma Gandhi menjalankan konsep tanpa kekerasaan dan perdamaian sebagai “senjata” untuk melakukan pergerakan terhadap Inggeris. -Ramai yang ingin melihat penganut agama Hindu danIslam berpisah dan mempunyai negara sendiri. Walaupun Gandhi adalah seorang Hindu, beliau menyukai falsafah dari agama-agama lain termasuk Islam dan Kristian. Beliau percaya bahawa manusia tak kira agama harus mempunyai hak yang sama dan hidup bersama secaradamai di dalam satu negara. -Selain itu, Mahatma Gandhi juga telah memberi sumbangandalam proses kemerdekaan India dari jajahan British.Ketika kembali ke India, dia membantudalam proses kemerdekaan India dari jajahan British, hal ini memberikan inspirasi bagi rakyatdi koloni-koloni lainnya agar berjuang mendapatkan kemerdekaannya. -Beliau mengikrarkan empat prasetya yang berdasarkan cinta dan kasih sayang yangtidak terbatas. Antaranya ialah berusaha menolong semua makhluk, menolak semua keinginannafsu keduniawian, mempelajari,menghayati dan mengamalkan serta berusaha mencapai pencerahan sempurna. MAHMUD GHAZNI -merupakan pemerintah empayar ghaznavid -menakluki kawasan iran -menakluki kwasan timur india -mengubah Ghazna menjadi ibu negara yang kaya -merupakan pemerintah pertama di india yang menggunakan gelaran sultan -menggunakan ideologi khalifah abbasiyah Agama Hindu berkembang daripada falsafah orang India. Oleh itu, Hinduisme lebih berbentuk cara kehidupan daripada agama. Agama Hindu tidak mempunyai pengasas dan tidak mempunyai sebuah kitab suci. Walau bagaimanapun, sesetengah penganut Hindu menganggap Bhagavadgita sebagai kitab suci. Ia mengandungi nyanyian-nyanyian dewata dan mengajar tentang cara-cara kebahagiaan dan ketinggian hidup manusia. Pengajar agama Hindu dikenali sebagai Nyanmar dan Alwar. Orang Hindu percaya kepada jelmaan tuhan. Oleh itu, mereka menyembah kepada ramai dewa dan juga dewi. Pada mulanya mereka menyembah kepada dewa Agni (Dewa Api), Surya (Dewa Matahari) dan Indra (Dewa Peperangan). Lama-kelamaan, mereka menyembah 3 orang dewa jelmaan yang digelar Trimurti (3 jelmaan) yang mempunyai peranan tertentu iaitu Brahma (Dewa Pencipta), Vishnu (Dewa Pelindung) dan Siva (Dewa Pemusnah). Berdasarkan kepercayaan tuhan tersebut telah wujud 2 mazhab yang terpenting dalam agama Hindu iaitu Mazhab Saivisme dan Mazhab Vaishnavisme. Orang Hindu juga percaya kepada Hukum Karma, kelahiran semula selepas mati : Orang India percaya bahawa roh seseorang tidak akan mati bersama-sama jasadnya tetapi masuk ke dalam jasad yang lain dan dilahirkan semula untuk memulakan kehidupan yang baru. a. Jenis kehidupan ini ditentukan oleh Hukum Karma. b. Karma dalam Bahasa Sanskrit bererti tindakan dan hasil-hasilnya. Oleh itu, karma ialah tingkah laku seseorang pada masa hidupnya dan menerima hasil pada hidup akan datang mengikut sama ada karmanya baik atau buruk. c. Jika seseorang itu membuat kebaikan dan menyembah tuhan, ia akan dilahirkan kembali ke dalam kasta yang lebih tinggi untuk menikmati kehidupan yang baik. d. Jika seseorang itu terus berkelakuan baik, ia akan terus meningkat tinggi sehingga ia tidak boleh dilahirkan semula. e. Rohnya akan mencapai Moksha atau Nirvana. f. Ini bermakna rohnya akan bersatu dengan tuhan dan tidak akan lahir semula ke dunia.
|
|
|
Post by mylahs244 on Dec 14, 2014 3:54:29 GMT
JAMILAH BINTI ISHAK
Aspek persamaan Tamadun India dan Tamadun Islam:
1)mementingkan institusi kekeluargaan. 2)memberikan dan menggalakkan pendidikan kepada anak-anak. 3)tugas keluarga untuk mendidik dan membesarkan anak-anak.
Aspek perbezaan Tamadun India dan Tamadun Islam:
1)Tamadun Islam amat signifikan dalam pembentukkan ummah manakala Tamadun India berasaskan sistem kasta yang dikenali sebagai sistem jati. 2)Tamadun Islam tidak membenarkan kelas hamba dalam masyarakat manakala Tamadun India menitikberatkan kelas-kelas dalam masyarakat kerana mereka melihat sistem kasta ini sebagai sesuatu yang suci.
Sumbangan Mahatma Ghandi
1)Membantu dalam proses kemerdekaan India dari jajahan British. 2)Mengikrarkan 4 prasetya yang berasaskan cinta dan kasih sayang yang tak terbatas. 3)Membentuk sebuah gagasan bukan kekerasan untuk menentang diskriminasi warna kulit di Maritzburga,ibu negeri Natal.
Sumbangan Mahmud Ghazni
1)Menyebarkan syiar Islam di India. 2)Meneruskan kesinambungan kerajaan Ghazni yang telah diambilalih oleh beliau. 3)Menjalanka dasar perluasan kuasa. 4)Perkembangan ilmu pengetahuan dan kebudayaan Islam telah berkembang.
Doktrin kepercayaan masyarakat India ialah mempercayai hukum karma dimana ianya bertentangan dengan cara hidup dan kepercayaan Islam yang mempercayai Qada' dan Qadar Allah SWT.
|
|
|
Post by najiha on Dec 14, 2014 4:21:36 GMT
NURUL NAJIHATUL HANIE BINTI MUHAMMAD SHAHID >PH 240<
a)Persamaan tamadun India dan tamadun Islam 1-Konsep ketuhanan (fitrah manusia untuk mencari pergantungan terhadap sesuatu) 2-Mempunyai ketua dalah sebuah tamadun 3-Wujudnya pusat beribadat (tamadun india - kuil manakala tamadun tamadun Islam - masjid)
b)Perbezaan tamadun india dan islam 1-Ketuhanan (tamadun India - pelbagai agama antaranya hindu dan Buddha manakala tamadun Islam - agama Islam iaitu sembah hanya kepada Allah) 2-Tamadun India percaya kelahiran semula di dunia manakala Tamadun Islam menekankan dunia adalah sementara dan kekal di Akhirat 3-Tamadun India wujud sistem kasta yang bezakan taraf manusia manakala tamadun Islam semua manusia adalah sama, yang membezakan manusia adalah amal ibadah dan imannya kepada Allah.
c)Sumbangan Mahatma Gandhi 1- Antara penggerak utama membawa kepada kemerdekaan negara dengan membebaskan tanah daripada pemerintahan British 2- menambahbaikkan status golongan Dalit dari segi pengambilan hak undi kepada mereka 3- Menentang undang-undang garam yang dimonopoli pemerintah
d)Sumbangan Mahmud Ghazni 1- Menghapuskan sistem lapisan masyarakat yang wujud 2- Mmenyebarkan syiar Islam di India 3- Gelaran Sultan digunakan
e)Doktrin kepercayaan masyarakat India dan masyarakat Islam 1-Doktrin - kepercayaan kepada roh merupakan elemen kekal abadi 2-Doktrin kepercayaan India iaitu prinsip karma yang menunujukkan tindakan seseorang dalam kehidupan ini akan menentukan kedudukannya dalam kelahiran semula 3-Bagi kepercayaan masyarakat Islam ada 6 iaitu Beriman Kepada Allah Beriman Kepada Malaikat Beriman Kepada Kitab Allah Beriman Kepada Rasul Allah Beriman Kepada Hari Akhirat Beriman Kepada Qadha’ dan Qadar
|
|
|
Post by farinirazalihs244 on Dec 14, 2014 4:32:01 GMT
NORFARINI BINTI RAZALI
1) PERBEZAAN DAN PERSAMAAN BUDAYA DALAM TAMADUN ISLAM DAN INDIA:
---> terdapat beberapa persamaan dalam budaya makan. masyarakat tamadun Islam,dan India menjadikan gandum sebagai makanan ruji mereka. Hal ini berlaku apabila setiap tamadun terpaksa menerima pengubahsuaian apabila berlaku emigrasi dan perluasan empayar. ---> Walaubagaimanapun, terdapat juga perbezaan yang ketara dalam aspek budaya makan ini. Contohnya, dalam tamadun Islam ada konsep halal dan haram. Tamadun Islam membenarkan memakan apa saja selagi bukan makanan dan minuman yang haram seperti daging khinzir dan arak. Begitu juga dengan tamadun India, penganut agama Hindu tidak dibenarkan untuk memakan daging lembu.
2) SUMBANGAN MAHATMA GHANDI : beliau telahmembentuk sebuah gerakan bukan kekerasan untuk menentang diskriminasi warna kulit diMaritzburg,ibu negeri Natal yang berkonsepkan Sathyagraha- Kartel 1919. Pergerakan di AfrikaSelatan tersebut membuka jalan bagi pergerakan memperjuangkan kemerdekaan India. --> Beliaubahkan telah mengambil peranan dalam perang Zulu di Afrika. Pada tahun 1915 Mohatma Gandhipulang ke India. Beberapa pergerakan dilakukan untuk memperjuangkan kemerdekaan India. Mahatma Gandhi menjalankan konsep tanpa kekerasaan dan perdamaian sebagai “senjata” untuk melakukan pergerakan terhadap Inggeris. --> Beliau sering mengatakan bahawa nilai-nilai ajarannya sangat sederhana yang berdasarkan kepercayaan hindu tradisional,kebenaran (satya) dan bukan kekerasan(ahisma).Rakyat dari agama dan suku yang berbeza yang hidup di India kala itu yakin bahwaIndia perlu dipecah menjadi beberapa negara agar kelompok yang berbeza ini dapatmempunyai negara mereka sendiri. Ramai yang ingin melihat penganut agama Hindu danIslam berpisah dan mempunyai negara sendiri. --> Walaupun Gandhi adalah seorang Hindu, beliau menyukai falsafah dari agama-agama lain termasuk Islam dan Kristian. Beliau percaya bahawa manusia tak kira agama harus mempunyai hak yang sama dan hidup bersama secaradamai di dalam satu negara. --> Mahatma Gandhi juga telah memberi sumbangandalam proses kemerdekaan India dari jajahan British.Ketika kembali ke India, dia membantudalam proses kemerdekaan India dari jajahan British, hal ini memberikan inspirasi bagi rakyatdi koloni-koloni lainnya agar berjuang mendapatkan kemerdekaannya. --> Beliau seorang tokohyang bersifat murah hati. Hal ini kerana beliau sanggup mengajar pengikut-pengikut beliau berdasarkan pengalaman yang dilaluinya. Di samping itu, beliau menyebarkan Dharmaselama empat puluh lima tahun lamanya kepada umat manusia dengan penuh cinta dan kasihsayang. Beliau mengikrarkan empat prasetya yang berdasarkan cinta dan kasih sayang yangtidak terbatas. Antaranya ialah berusaha menolong semua makhluk, menolak semua keinginannafsu keduniawian, mempelajari,menghayati dan mengamalkan serta berusaha mencapai pencerahan sempurna. Karya Mahatma Gandhi tidak dilupakan oleh generasi berikutnya.Cucunya, Arun Gandhi dan Rajmohan Gandhi dan bahkan anak cucunya, Tushar Gandhi,adalah aktivis-aktivis sosio-politik yang terlibat dalam mempromosikan gerakan bukan-kekerasan di seluruh dunia.
SUMBANGAN MAHMUD GHAZNI: --> Beliau mempuyai peranan yang besar dalam menyebarkan syiar Islam di India. --> beliau juga turut menjalankan dasar perluasan kuasa. --> Beliau juga telah memperluaskan pengaruh . --> perkembangan ilmu pengatahuan dan kebudayaan Islam telah berkembang dengan jayanya. --> Belau telah mengukuhkan lagi penguasaan kerajaan yang pernah dipimpin oleh ayahandanya iaitu Sabuktigin. Mahmud telah mewarisi takhta yang ditinggalkan oleh bapa beliau. --> Kemasukan Mahmud Ghaznawi ke India tidak menjejaskan aktiviti para Mubagligh yang telah sedia ada di India malah mereka bekerjasama dengan ulama yang masuk bersama-sama Mahmud Ghaznawi.
3) DOKTRIN KEPERCAYAAN MASYARAKAT INDIA Masyarakat India percaya kepada banyak Tuhan(Politeisme).Antaranya,masyarakat India mempercayai Tuhan Ibu adalahbersifat ibu bapa kepada segala makhluk. Tuhan ini dianggap bersifat ibu kerana kasih ibu dianggappaling suci dan tidak akan mengecewakan anaknya.Amalan inidipercayai telah diwarisi daripada kebudayaan lampau.Inikerana kepercayaan ini juga dikesan terdapat diMesopotamia,Asia Kecil,Syria dan Palestin.Kehadiran simbol swastika dan roda membuktikan orang Indusmenyembah Tuhan matahari.Konsep bapa pula di kenal pasti melalui mohor yangdinamakan mohor proto Shiva.Mohor ini menunjukkan seorangyang duduk bersila dan mempunyai 3 tanduk pada kepalanya.
|
|