|
Post by farhanaismailhs244 on Dec 14, 2014 6:09:44 GMT
NOOR FARHANA BINTI MOHD ISMAIL
PERBEZAAN DAN PERSAMAAN BUDAYA DALAM TAMADUN ISLAM DAN INDIA Daripada kecil hingga besar dituntut mencari ilmu. Sekitar umur 24tahun ke atas , digalakkan berumah tangga atau kehidupan berkeluarga dan tugas keluarga mendidik dan membesarkan anak-anak India , umur 48 – 72 tahun pentingkan aspek kerohanian.Islam,dari kecil lagi , aspek kerohanian harus dititikberatkan lagi.india, ada sistem kasta iaitu menitikberatkan idea kelas dalam masyarakat india. islam, tiada sistem kasta ,tiada kelas-kelas mengasingkan masyarakat islam.
Bincangkan sumbangan mathama ghandidan Mahmud ghandzi kepada masyarakat india.seterusnya huraikan dotrin kepercayaan masyarakat india dengan membuat perbandingan tetntang cara hidup dan kepercayaan islam.
Salah satunya dalam sektor ekonomi. Beliau telah menyarankan agar bangsa india terutamanya membuat sendiri keperluan kehidupan mereka.saranan ini dilakukan melalui Gerakan Swadesi. Beliau juga telah menentang undang-undang garam yang dimonopoli golongan pemerintah. Beliau terlibat secara langsung Kongres Kebangsaan India dan kongres ini merupakan bagi golongan pertengahan menyuarakan pandangan mereka. Orang islam menyeru kepada perkara yang sama pentingkan kekeluargaan yang berdasarkan al-Quran dan menjaga hubungan anak dan ibu bapa berdasarkan hak dan tanggungjawab . Orang India juga mementingkan institusi kekeluargaan dan pembinaan keluargamempunyai matlamat untuk membentuk sistem sokongan yang berbentuk fizikal dan kerohanian serta penerus keturunan. Dalam aspek agama, Islam percaya wujudnya satu kuasa pencipta. Bagi agama Hindu (tamadun India) pula, mereka percaya kepada pelbagai dewa seperti Brahman, Vishnu dan Siva. terdapat beberapa persamaan dalam budaya makan. Misalnya, masyarakat tamadun Islam dan juga India menjadikan gandum sebagai makanan ruji mereka. Hal ini berlaku apabila setiap tamadun terpaksa menerima pengubahsuaian apabila berlaku emigrasi dan perluasan empayar. terdapat juga perbezaan yang ketara dalam aspek budaya makan ini. Contohnya, dalam tamadun Islam ada konsep halal dan haram. Tamadun Islam membenarkan memakan apa saja selagi bukan makanan dan minuman yang haram seperti daging khinzir dan arak. Begitu juga dengan tamadun India, penganut agama Hindu tidak dibenarkan untuk memakan daging lembu. hampir semua perkara mempunyai persamaan antara tamadun. Sebagai salah satu contoh, semua tamadun mempunyai persamaan dalam hal yang berkaitan dengan alam sekitar. Mereka percaya bahawa alam sekitar perlu dijaga dan dipelihara dengan baik kerana itu adalah tanggungjawab mereka sebagai manusia.
Dotrin , kepercayaan kepada roh merupakan elemen kekal abadi. Polistisme. Percaya kepada banyak tuhan .Tuhan indra,Vayu , Agni,Dyaus, Varuna,Tuhan ibu. Tuhan ini dianggap bersifat ibu kerana kasih ibu dianggap paling suci dan tidak akan megecewakan anaknya.
|
|
|
Post by syazwina1995 on Dec 14, 2014 6:56:54 GMT
Persamaan antara tamadun India dan Tamadun Islam
.Agama-agama yang diamalkan oleh masyarakat Tamadun india dan Tamadun Islam menekankan konsep ketuhanan
.Mempunyai tunjang kepercayaan kepada sesebuah agama dan kepercayaan itu menjadi seperti undang-undang yang perlu dipatuhi oleh setiap penganut dan pengamalnya.
.Dalam pendidikan, kedua-duanya memberikan pendidikan untuk membangunkan peribadi dan sahsiah yang akhirnya individu tersebut menjadi watak utama dalam pembinaan tamadun.
Perbezaan antara Tamadun Islam dan Tamadun India
.Pemerintahan yang diamalkan oleh Tamadun India adalah institusi raja manakala Tamadun Islam adalah ketua Negara yang dilantik
.Konsep pemerintahan yang dijalankan dalam Tamadun India adalah kula ketuai Grihaspati, Grama ketuai Gramina, Visya ketuai Visyapati, beberapa Vsisya yang mengetuai Rajana dan Rajan dinasihati oleh Paruishad; manakala konsep pemerintahan yang diamalkan oleh Tamadun Islam adalah berlandaskan AL Quran dan As Sunnah, berkonsepkan Ad dein, tidak secular, mengamalkan syura dan mengamalkan konsep keadilan dan kesederhanaan.
.Dalam bidang pendidikan, Tamadun India transformasi sifat dicapai menerusi proses mencari diri manakala Tamdun Islam tauhid memainkan peranan utama dalam merubah membentuk manusia.
.Dalam komuniti, Tamadun India yang berasaskan system kasta
Sumbangan Ghandi
.Dapat menarik minat rakyat jelata untuk terlibat dalam politik dan kesannya politik India berkembag pesat.
.mengajar cara perjuangan dan bukannya kekerasan
.menjalinkan hubungan antara orang Muslim dan Hindu melalui Gerakkan Khalifat. Gerakan Khilafat adalah sebuah pergolakan kaum muslim di India.
.Memimpin Kongres Kebangsaan India
.Banyak idea beliau yang telah dilontarkan seperti Sathyagraha, Swadesyi, Hind Swaruj dan Ahimsa.
Sumbangan Mahmud Ghazni
.Menyebarkan syiar Islam
.Memperkembangkan ilmu pengetahuan dan kebudayaan Islam
.Menghapuskan berhala
.Gelaran Sultan telah digunakan buat pertama kalinya dalam kerajaan Islam di India
.Menjalankan dasar perluasan kuasa
.Untuk meluaskan kuasa di India, beliau mengambil beberapa tindakan dengan membina banteng besar dan parit panjang di sekitar kota Ghanza bagi melindungi kota daripada serangan luar.
.Melakukan perluasan kuasa sebanyak 17 kali
Doktrin adalah hukum karma manakala agama Islam yang mempercayai konsep Qada’ dan Qadar.
|
|
|
Post by nikamalia on Dec 14, 2014 13:44:19 GMT
NIK AMALIA ZAINAB BINTI NIK MOHAMED
Aspek persamaan budaya yang terdapat dalam tamadun India dan Islam ialah: - Ilmu diterapkan sejak kecil lagi - Keluarga merupakan institusi pendidikan pertama bagi anak-anak - Perkahwinan sebagai langkah seterusnya dalam kehidupan seseorang dan dalam menyambung zuriat - Menerapkan unsur kerohanian dalam kehidupan - Setiap orang mempunyai peranan mereka masing-masing - Tamadun yang mempunyai agama
Aspek perbezaan budaya yang terdapat dalam tamadun India dan Islam ialah: - Masyarakat tamadun India menganut agama Hindu di mana mereka percaya kepada banyak Tuhan manakala masyarakat Tamadun Islam menganut agama Islam yang mana mereka mengaku bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah SWT. Dialah Tuhan yang satu. - Dalam masyarakat tamadun India, setiap orang diberikan peranan mereka seperti orang atasan atau orang biasa menjadi Ksatriya atau Vaisya manakala orang bawahan atau miskin menjadi Sudra dan mereka harus mengikut peraturan ini kerana hal ini merupakan norma masyarakat, tetapi dalam tamadun Islam, semua orang diberikan pilihan untuk menjadi apa yang mereka mahu selagi tidak melanggar syariat Islam kerana perkara ini merupakan fardhu kifayah. - Ilmu yang diajarkan, terutamanya, adalah mengenai disiplin diri dalam tamadun India manakala dalam tamadun Islam, menuntut ilmu merupakan satu ibadah kerana perkara ini merupakan satu proses dalam mengenali Allah SWT dan dalam menjadi hamba-Na yang lebih baik.
Sumbangan Mahatma Gandhi - Menentang penindasan terhadap wanita - Berperanan sebagai orang tengah antara Kongres Kebangsaan India dan Liga Muslim dalam usaha mewujudkan perpaduan antara Hindu dan Islam di India - Melancarkan metod perjuangan yang berkonsepkan Sathyagraha iaitu bukan kekerasan semasa gerakan kemerdekaan India dan perjuangan di Afrika Selatan - Menentang Natives Legislative Assembly of Bill 1984 di mana undang-undang ini menyekat hak orang India di Natal - Berjuang bagi pihak petani untuk pengecualian cukai - Gerakan Swadesi iaitu menghasilkan barangan sendiri dan memboikot produk British - Perarakan Garam kerana British talah mengenakan cukai garam yang tinggi dan perarakan ini bertujuan untuk memalukan pihak British
Sumbangan Mahmud Ghazni - Gelaran Sultan digunakan buat pertama kali dalam kerajaan Islam di India - Menakhluk Gujerati dan menghancurkan berhala Sumenat yang besar dan terkenal - Berjaya meluaskan pengaruh Islam ke seluruh India apabila beliau berjaya menawan seluruh wilayah Benua Kecil India
Doktrin kepercayaan masyarakat India sejak beberapa abad merupakan reinkarnasi di mana roh yang telah mati akan berulang ke dunia. Sekiranya roh itu adalah roh yang baik, maka ia akan kembali ke dunia dalam bentuk yang lebih baik dan darjatnya lebih tinggi. Namun sekiranya roh itu jahat maka ia akan menjadi haiwan yang berkaki empat dan akan melalui kehidupan yang sukar.
Dibandingkan dengan Islam, apabila seseorang itu meninggal dunia, roh tersebut akan memasuki alam barzakh. Di akhirat nanti, semua manusia akan diadili dengan adil. Mereka yang beriman akan memasuki syurga dan sebaliknya.
|
|
assif
New Member
Posts: 4
|
Post by assif on Dec 14, 2014 14:40:42 GMT
Aspek perbezaan antara Tamadun Islam dan Tamadun India 1)Tamadun Islam- mengamalkan konsep tauhid dan percaya Allah tuhan yang patut disembah Tamadun India- percaya kepada pelbagai dewa 2)Tamadun Islam- tiada perbezaan taraf diantara manusia atau umat islam di muka bumi Tamadun India- wujud sistem kasta yang membezakan taraf hidup manusia 3)Tamadun Islam- tiada spesifikasi dalam hidup (bebas) Tamadun India- menggunakan sistem dharma
Persamaan budaya Tamadun Islam dan Tamadun India Sistem kekeluargaan Pembinaan nilai dan etika yang baik amat ditekankan dalam keluarga kerana ianya merupakan elemen penting dalam sebuah masyarakat yang bertamadun.
Aaspek persamaan :- 1) Adat berinai 2) Persandingan
Sumbangan Mahatma Gandhi:- 1) Membentuk sebuah gerakan bukan kekerasan untuk menentang diskriminasi warna kulit 2) Menjalankan penenentangan terhadap perbuatan menindas wanita 3) Orang tengah dalam mewujudkan perpaduan antara Hindu dan Islam di India dalam Kongres Kebangsaan India dan Liga Muslim 4) Memulihkan hak hak orang india di Natal 5) Menentang konsep Komunialism
Sumbangan Mahmud ghazni 1) Memperluaskan kuasa ke India untuk menyebarkan Islam di daerah-daerah India 2) Bertanggung jawab menghapuskan batu berhala di India selepas penawanan dibuat 3) Memperkembangkan ilmu dan kebudayaan Islam di India 4) Menyebarkan syiar Islam di India
|
|
king
New Member
Posts: 9
|
Post by king on Dec 14, 2014 14:58:01 GMT
○ Aspek perbezaan dan persamaan antara tamadun India dan tamadun Islam ; - Perbezaan sy klasifikasi kepada tiga ( kepercayaan, sistem sosial, sistem hidup ) -tamadun India -percaya kepada banyak tuhan antaranya tuhan Ibu. -sistem kasta ( sosialis atas adalah Brahmin [pendeta dan pendidik] diikuti Ksatriya [tentera] , Vaisya [pedagang] dan diakhiri Sudra [hamba dan petani yang bekerja untuk sosialis atasan ]. ) -sistem hidup yang terdiri ; Brahmacarya, Crahasta, Vanaprasta, Sannyasa. -tamadun Islam -percaya tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah -persamaan taraf, tiada istilah hamba. Si kaya menolong si miskin dengan zakat dll. -tiada sistem hidup. Islam menyedari hakikat sebenar manusia iaitu menjadi hambaNya dan kahlifah dibumi lantas kehidupan
Sumbangan Mahatma Gandhi 1)Memperjuangkan hak asasi orang India 2)Memulakan perjuangan menyokong para petani di Bihar menentang tuan tanah British pada tahun 1917. 3)Beliau melancarkan pergerakan satyagraha pertama menentang Rowlatt Bill.
Sumbangan Mahmud Ghazni
Antara sumbangan beliau adalah:
a) menyebarkan syiar Islam di India
b) memperluaskan kuasa ke India untuk menanam Islam lebih mendalam di daerah-daerah India supaya berada dibawah pengaruh kerajaan Ghazni
|
|
|
Post by zatiakmal on Dec 14, 2014 15:48:02 GMT
AKMAL IZZATI BINTI AZIZAN
Islam percaya wujudnya satu kuasa pencipta. Berbeza dengan agama Hindu (tamadun India) pula, mereka percaya kepada pelbagai dewa seperti Brahman, Vishnu dan Siva.
Sumbangan Gandhi 1. Beliau berupaya menarik golongan massa iaitu rakyat jelata termasuk Hufcaste untuk terlibat dalam politik. Kesedaran politik meningkat 1920-an hingga 1940-an Kesannya politik India berkembang pesat. 2. Menjalin hubungan orang Muslim dengan Hindu melalui Gerakan Khilafat 3. Memimpin Kongres Kebangsaan India.dari bersifat elit ke terbuka menarik masyarakat Hindu Islam dan Buddism 4. Politik kanan mengikut perlembagaan, tidak keras dan ekstrimis berbanding kiri yang keras dan revolusi. Sumbangan Mahmud Ghazni:
1.Tabah menyebarkan syiar Islam di India 2.Menghapuskan berhala di India selepas menawan kawasan tersebut. 3.Memperluaskan kuasa ke India untuk meluaskan wilayah Islam. 4.Penaklukan Punjabi yang menyebabkan terlupus susun lapis masyarakat Hindu. 5.Menyerang Somanathapuran dan berjaya menawannya.
Doktrin kepercayaan masyarakat India adalah dikatakan sebagai karma di mana konsep pembalasan yang setimpal kepada setiap perlakuan manusia iaitu balasan baik diberikan jika berbuat baik dan berbuat jahat dibalas jahat manakala Islam mempercayai bahawa pembalasan di akhirat bagi setiap pahala dan dosa yang telah dilakukan di dunia.
|
|
|
Post by nurhidayah on Dec 14, 2014 16:36:22 GMT
NUR HIDAYAH BINTI SUKRI
Persamaan dalam tamadun islam dan tamadun india: - menekankan konsep ketuhanan -mementingkan pendidikan sebagai jalan untuk memajukan dan membangunkan sahsiah dan peribadi -menghormati masyarakat Perbezaan dalam tamadun islam dan tamadun india: -didalam islam, konsep ketuhanan adalah mengesakan Allah manakala bagi tamadun india pula mereka mempercayai kewujudan banyak tuhan dan dewa-dewa -tiada sistem yang mengelaskan manusia didalam tamadun islam manakala didalam tamadun india mereka mempunyai sistem pengkelasan
SUMBANGAN MAHATMA GHANDI
-terlibat secara langsung dalam Kongres Kebangsaan India untuk menyuarakan pandangan -mengahapuskan diskriminasi sosial -berani membuat bantahan -mendesak kerajaan British bagi menjaga keamanan India -merapatkan jurang antara rakyat -menghidupkan semula industri kapas di kampung-kampung untuk mengatasi masalah ekonomi
SUMBANGAN MAHMUD GHAZNI
-menyebarkan syiar islam di india -melakukan perluasan kuasa di India seperi Multan, Delhi, Ajmeer -berjaya menawan kerajaan-kerajaan hindu di India -menubuhkan tempat berkumpulnya ahli-ahli ilmu,ulama-ulama Islam, ahli feqah dan bahasa, ahli tasawuf serta falsafah di Kota Ghazna
*Doktrin kepercayaan masyarakat India adalah dikatakan sebagai karma di mana konsep pembalasan yang setimpal kepada setiap perlakuan manusia iaitu balasan baik diberikan jika berbuat baik dan berbuat jahat dibalas jahat manakala Islam mempercayai bahawa pembalasan di akhirat bagi setiap pahala dan dosa yang telah dilakukan di dunia.
|
|
|
Post by fatinfazirahs244 on Dec 14, 2014 17:00:39 GMT
persamaan dan perbezaan budaya tamadun india dan islam
persamaan -kedua-dua tamadun mempunyai sistem kekeluargaan -keduanya menekan kepercayaan kepada tuhan
perbezaan tamadun india mempunyai empat peringkat dalam sistem kekeluargaan. brahmacaya adalah linkungan dari kecil hingga 24 tahun.keutamaan dalam mencari ilmu, dan disiplin diri dalam harungi kehidupan.grahasta adalah linkungan 24 hingga 48 tahun.mempunyai kehidupan berumah tangga, tugas keluarga mendidik dan membesarkan anak-anak.vanaprasta adlah lingkungan 48 hingga 72 tahun. melambangkan kerohanian dan digalakkan bertapa. sannyasa pula dari 72 tahun hingga meninggal dunia. menolak kehidupan duniawi dan tidak mengutamakn hawa nafsu. tamadun india turut mempunyai sistem kasta. yang menitikberatkan idea kelas dalam masyarakat india.
sumbangan mahatma ghandi perjuangannya bermula di afrika selatan. beliau bekerja di sebuah firma yang ditawarkan sebagai menangani kes-kes yang berkaitan dengan imigran india yang bekerja di afrika selatan. beliau banyak memperjuangkan masyarakat india serta membela nasib masyarakat tidak kira golongan atasan mahupun bawahan. beliau menentang 'the asiatic registration bill' di transval yang memperlihatkan beliau kemudiannya membangunkan gerakan satyagraha yang bertujuan melindungi keselamatan masyarakat india. beliau memperjuangkan hak keadilan bagi masyarakat india. beliau turut membantu menyelesaikan masalah ekonomi yang dihadapi oleh golongan kasta rendah seperti petani, penyewa,rakyat biasa.
sumbangan mahmad ghazmid mahmad ghazmid memberi makna dan impak yang sangat mendalam terhadap perkembagan islam diindia. peranan yang besar dalam menyebarkan syiah islam di india.beliau meneruskan kesinambungan kerajaan ghazni yang diambil alih pemerintahan oleh beliau. beliau menjalankan dasar perluasan kuasa dan memperluaskan pengaruh islam di benua kecil india. dalam pemerintahan mahmud ini, perkembangan ilmu pengetahuan dan kebudayaan islam telah berkembang dengan jayanya.beliau bersemangat meluaskan pengaruh islam ke seluruh india apabila berjaya menawan wilayah india.
|
|
|
Post by shahirahshafiq_hs244 on Dec 14, 2014 17:19:23 GMT
Bicara Tamadun India
1) persamaan tamadun Islam dan India dari aspek ketuhanan kedua-dua Tamadun Islam dan India percaya bahawa tuhan mereka aadalah satu, tetapi Tamadun India percaya bahawa mereka perlu mnyembah dewi-dewi yang lain. kepentingan ilmu diterapkan dalam kedua Tamadun dimana ilmu perlu dididik dari kecil dan untuk menuntut ilmu tidak mengira umur. perkahwinan yang turut termasuk dalam 4 kategori Ashrama Dharma , dimana pada umur 24-28 tahun mereka sepatutnya sudah mendirikan rumah tangga. Dalam Islam perkahwinan adalah suatu perkara yang baik dan diharuskan berkahwin. Tamadun Islam dan India keduanya menyatakan bahawa sejak kecil lagi, mereka diajar untuk berdkari dan mendisiplinkan diri. setiap ahli keluarga mempunyai tugas sendiri dan tugas ibu bapa adalah untuk membesarkan anak dengan baik. Tamadun Islam dan Tamadun India menyuruh semua mereka untuk berbuat baik.
2) perbezaan dalam Islam, tidak ditetapkan sewaktu umur berapa kita dapat mencapai tahap kerohanian. selain itu, Tamadun Islam mendekatkan diri dengan Allah dengan cara mengabdikan diri kepada Allah. di dalam Tamadun Islam, tiada kasta tetapi dalam Tamadun Islam semuannya adalah setaraf dan sama rata.
3) sumbangan Mahatma Gandhi -beliau berupaya menarik golongan massa iaitu rakyat jelata termasuk Hufcaste untuk terlibat dalam politik. kesedaran politik meningkat 1920-1940-an. kesannya politik India berkembang pesat. - membawa method perjuangan yang bukan kekerasan ( konsep Sathyagraha) - menjalin hubungan orang Muslim dengan Hindu melalui Gerakan Khilafat. - memimpin Kongres Kebangsaan india dari bersifat elit, keterbuka menarik masyarakt Hindhu Islam dan Budhisme. - politik kanan mengikuti perlembangan tidak keras dan eksrimis berbanding kiri yang keras dan revolusi
4) sumbanagn Mahmud Ghazni Beliau mempuyai peranan yang besar dalam menyebarkan syiar Islam di India.beliau juga turut menjalankan dasar perluasan kuasa dan juga telah memperluaskan pengaruh perkembangan ilmu pengetahuan dan kebudayaan Islam telah berkembang dengan jayanya. Belau telah mengukuhkan lagi penguasaan kerajaan yang pernah dipimpin oleh ayahandanya iaitu Sabuktigin. Mahmud telah mewarisi takhta yang ditinggalkan oleh bapa beliau. Kemasukan Mahmud Ghaznawi ke India tidak menjejaskan aktiviti para Mubagligh yang telah sedia ada di India malah mereka bekerjasama dengan ulama yang masuk bersama-sama Mahmud Ghaznawi.
5) doktrin kepercayaan masyarakat india. Doktrin merupakan kepercayaan kepada roh merupakan elemen kekal abadiDoktrin kepercayaan India iaitu prinsip karma yang menunujukkan tindakan seseorang dalam kehidupan ini akan menentukan kedudukannya dalam kelahiran semula dalam islam pula mereka lebih percaya bahawa jka kita meninggal, amalan didunia yang akan menetukan nasib kita diakhirat kelak.
|
|
a!N!n_hs244
New Member
wE 0wN n0Th!nG ,, buT 0nLy ALLAH tHaT alL0w uS t0 d0 eVeRyTh!Ng .. ^^-
Posts: 7
|
Post by a!N!n_hs244 on Dec 15, 2014 16:35:13 GMT
NURUL AININ SURAYA BINTI MAHADI
PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA TAMADUN
Persamaan - wujudnya budaya dan nilai-nilai sejagat yang dikongsi bersama antara mereka Dalam setiap tamadun – semua ini diamalkan oleh masyarakat sebagai satu budaya & nilai hidup
Perbezaan – wujud ekoran asas pembinaan tamadun yang berbeza – paling asas agama
PERSAMAAN & PERBEZAAN BUDAYA DILIHAT DARI SEGI
Kekeluargaan & kemasyarakatan
Alam sekitar
Kekeluargaan & Kemasyarakatan
Persamaan Kekeluargaan semua tamadun menekankan pembinaan nilai & etika yang baik - penting dalam sebuah masyarakat yang bertamadun Ajaran Islam, Buddha, Konfusian berbeza namun pandangan hampir sama dalam membicarakan hal kekeluargaan dan kemasyarakatan
Agama Confucius meletakkan lima hubungan asas antara manusia dengan manusia (konsep li):- Anak patuh pada ibu bapa Adik patuh pada abang Isteri patuh pada suami Murid patuh pada guru Rakyat patuh pada raja
Islam juga menyeru kepada perkara yang sama – pentingkan kekeluargaan – berdasarkan al-Quran – hubungan anak dan ibu bapa berdasarkan hak & tanggungjawab
Tamadun India juga mementingkan institusi kekeluargaan – pembinaan keluarga mempunyai matlamat untuk membentuk sistem sokongan yang berbentuk fizikal & kerohanian serta penerus keturunan
Persamaan Kemasyarakatan Masyarakat juga dilihat sebagai unit penting dalam setiap tamadun kerana Masyarakat adalah sistem sokongan yang penting bagi seseorang individu
Tamadun Islam – ikatan masyarakat bukan setakat sesama kerabat tetapi sesama agama dan sesama manusia (orang Islam dan bukan Islam) Mementingkan ikatan kasih sayang, bertolak ansur ketika berhubungan dalam masyarakat- mementingkan golongan lelaki dan wanita – sama rata ( egalitarian) Tidak wujud kelas hamba – semua manusia sama – takwa yang membezakan
Tamadun India – masyarakat juga memainkan peranan penting – berbeza dengan tamadun lain – masyarakat mempunyai peraturan-peraturan yang ketat Sistem sosial dalam masyarakat – sistem kasta yang rigid – penentuan kasta diwarisi oleh nenek moyang Zaman awal perkembangan Tamadun India – sistem kasta tentukan pekerjaan dan layanan kepada individu – pengaruhi semua aktiviti Konsep dharma diberikan penekanan penting dalam hubungan sesama anggota dalam masyarakat
Perbezaan Kekeluargaan & Kemasyarakatan Ajaran agama-agama lain menyeru untuk mewujudkan suasna harmoni dalam hubungan kekeluargaan dan masyarakat seperti Confusius sedangkan agama Islam matlamatnya lebih jauh lagi iaitu untuk mendapat keredhaan & keberkatan Allah s.w.t
Persamaan Alam Sekitar Kebanyakan tamadun bersetuju alam sekitar penting dan perlu dijaga untuk hidup bersama dengan manusia
Confusius – alam perlu dijaga agar tidak menjejaskan kehidupan secara keseluruhan
Islam juga lebih jelas kepentingan menjaga alam sekitar kerana ia adalah kurniaan Allah yang digunakan untuk faedah dan kepentingan hidup manusia
SUMBANGAN MAHATMA GHANDI 1. Beliau berupaya menarik golongan massa iaitu rakyat jelata termasuk Hufcaste untuk terlibat dalam politik. Kesedaran politik meningkat 1920-an hingga 1940-an Kesannya politik India berkembang pesat. 2. Beliau membawa method perjuangan yg bukan kekerasan. * Konsep Sathyagraha - Kartel 1919. British mempunyai kekuatan untuk kekerasan namun British akur untuk menentang golongan yg tidak bersenjata. Kekuatan Gandhi terletak kepada ideanya. 3. Menjalin hubungan orang Muslim dengan Hindu melalui Gerakan Khilafat 4. Memimpin Kongres Kebangsaan India.dari bersifat elit ke terbuka menarik masyarakat Hindu Islam dan Budishsm 5. Antara idea-idea Gandhi : 6. Sathyagraha = taktik corak perjuangan 7. Swadesyi = kesederhanaan bagi menentang kerakusan golongan koprat idea ekonomi, kesan Perang Dunia Pertama, ekonomi India jatuh. Maka Gandhi melihat ekonomi cukup hidup penting. Beliau menekankan barangan local. Memintal kain kapas untuk berdikari namun tidak praktikal untuk sara hidup sahaja tetapi penting konsep idea Gandhi. 8. Hind Swaruj = idea politik 9. Ahimsa = pegangan agama 10. Politik kanan mengikut perlembagaan, tidak keras dan ekstrimis berbanding kiri yang keras dan revolusi. - antara kanan dan kiri -berpelembagaan dengan tokoh Subhas Chandra Bose dan M.N Roy (komunis.
SUMBANGAN MAHMUD GHANZI Kedatangan Mahmud al-Ghaznawi dilihat lebih memberi makna dan impak yang mendalam terhadap perkembangan Islam di India. Beliau mempuyai peranan yang besar dalam menyebarkan syiar Islam di India. Mahmud telah meneruskan kesinambungan kerajaan Ghazni yang telah diambilalih pemerintahan oleh beliau. Selain itu, beliau juga turut menjalankan dasar perluasan kuasa. Beliau juga telah memperluaskan pengaruh Islam di Benua Kecil India. Dalam masa pemerintahan Mahmud ini juga, perkembangan ilmu pengatahuan dan kebudayaan Islam telah berkembang dengan jayanya.
KEPERCAYAAN MASYARAKAT INDIA
AGAMA ISLAM 1. Dianuti oleh orang-orang Melayu dan Majoriti Bumiputera. 2. Mengamalkan kepercayaan kepada Allah dan Nabi Muhammad sebagai Rasul. 3. Merayakan Hari Raya Puasa, Hari Raya Kurban dan juga Hari Keputraan Nabi Muhammad. 4. Berpuasa di bualan Ramadan. 5. Tidak memakan khinzir dan anjing.
AGAMA KRISTIAN 1. Dianuti oleh orang-orang Cina, India dan Bumiputera Bukan Islam yang lain. 2. Mengamalkan kepercayaan kepada Nabi Isa seabgai Anak Tuhan yang digelar Jesus Kristus. 3. Merayakan Hari Krismas, Hari Esther dan Tahun Baru. 4. Membaptiskan anak yang baru lahir. 5. Bersembahyang di gereja.
AGAMA HINDU 1. Dianuti oleh majoriti kaum India. 2. Mengamalkan kepercayaan kepada dewa-dewi. 3. Merayakan Hari Deepavali, Hari Thaipusam dan Pesta Ponggal. 4. Mempercayai balasan baik dan buruk selepas kematian. 5. Sungai Ganges di India sebagai tempat paling suci untuk membersihkan dosa.
AGAMA BUDDHA 1. Dianuti oleh majoriti kaum Cina. 2. Mengamalkan ajaran Sidharta Gautama Buddha yang bermula di India. 3. Merayakan Hari Tahun Baharu Cina, Hari Wesak dan Pesta Kuih Bulan. 4. Mempercayai kehidupan semula selepas kematian. 5. Mempercayai nasib dan tuah yang disebut sebagai 'ong' dan juga 'feng shui'.
|
|
|
Post by amaljaunehs2441c on Dec 15, 2014 16:48:05 GMT
AMAL JAUNE BINTI JALALUDIN - HS244
Refleksi 1 Persamaan tamadun India dan Islam ialah mempunyai adat bertunang dalam perkahwinan. Kedua-dua tamadun ini juga mengamalkan adat berinai dan meraikan perkahwinan secara berama-ramai. Selain itu, tamadun Islam dan India juga mempunyai kepercayaan kepada Tuhan.
Dari segi perbezaan pula, tidak terdapat sistem kasta dalam tamadun Islam manakala tamadun India pula terbahagi kepada beberapa kasta di dalam masyarakatnya. Selain itu, tamadun India percaya kepada pelbagai dewa manakala tamadun Islam pula hanya percaya kepada Allah yang satu.
Refleksi 2 MAHATMA GANDHI
- membuahkan banyak idea-idea nasionalisme -membantu menyelesaikan masalah ekonomi yang dihadapi golongan kasta rendah -terlibat secara langsung dalam kongres kebangsaan India -menyatupadukan masyarakat Hindu dan Islam -menentang penindasan terhadap wanita
MAHMUD GHAZNI
-mengembangkan kebudayaan Islam ke India -menyebarkan syiar Islam di India -menyerang bandar berkuil dan menghapuskan berhala -meluaskan kuasa ke India supaya berada dibawah pengaruh kerajaan Ghazni
Doktrin kepercayaan masyarakat India ialah karma yang merupakan konsep pembalasan keatas perbuatan manusia. Orang yang melakukan kebaikan akan dibalas dengan kebaikan dan orang yang melakukan kejahatan akan dibalas dengan keburukan.
Orang Islam pula percaya kepada kaffarah iaitu perbuatan yang boleh menghapus dosa yang berupa membebaskan hamba, bersedekah dan puasa dengan syarat-syarat tertentu. Ia juga suatu penampal kecuaian yang dilakukan oleh manusia dalam tindakannya.
|
|
|
Post by mierasyidah on Dec 15, 2014 16:50:03 GMT
amirah rasyidah bt mohd nasir hs244
1. Persamaan budaya India dengan Melayu ialah :
dari segi perkahwinan, berinai sama antara India dan Islam apabila mereka melangsungkan perkahwinan. Majlis perkahwinan akan diadakan di rumah pengantin lelaki.
2. Perbezaan budaya India dengan Melayu ialah :
islam percaya pada Allah sahaja manakala tamadun india percaya pada banyak dewa.
3. Sumbangan Mahatma Gandhi -berjuang tanpa senjata -menentang british -mendorong masyarakat india tidak menyokong british -menyemarakkan nasionalisma dalam kalangan rakyat -memulihkan hak orang india
4. sumbangan mahatma ghazhi -menyebarkan syiar Islam di India dan luaskan kuasa -Menghapuskan batu berhala di India selepas menawan kwasan tersebut
-Memperkembangkan ilmu dan kebudayaan Islam
|
|
|
Post by ahmadmuiz on Dec 16, 2014 9:01:53 GMT
~PERBEZAAN~
Tamadun India
Sistem kasta:
a) Brahmin - pendidik dan pendeta serta mengajar dan menghasilkan guru-guru agama,
b) Ksatriya - pemerintah dan pahlawan serta menjaga keamanan dan keselamatan negara,
c) Vaisya - peniaga dan pedagang serta menguruskan perniagaan dan perdagangan
d) Sudra - pekerja dan petani serta berhidmat kepada golongan atasan
Kepercayaan: Mempercayai pelbagai dewa/tuhan
Tamadun Islam
Sistem keluarga dan Sisem Kasta:
a) tiada perbezaan taraf diantara manusia atau umat islam di muka bumi
b) perjalanan hidup tidak dispesifikasikan mengikut umur
c) perhubungan atas dasar agama islam Kepercayaan: percaya kepada satu Tuhan iaitu Allah SWT
~PERSAMAAN~
a) Mengamalkan adat berinai dalam majlis perkahwinan
d)pentingkan ilmu dan nilai kekeluargaan e)bersetuju alam sekitar penting dan perlu dijaga untuk hidup bersama dengan manusia
Sumbangan Mahatma Gandhi
a) membentuk sebuah gerakan bukan kekerasan untuk menentang diskriminasi warna kulit
b) menentang penindasan terhadap wanita
c) menjadi orang tengah dalam mewujudkan perpaduan antara Hindu dan Islam di India dalam Kongres Kebangsaan India dan Liga Muslim
d) memulihkan hak - hak sivil orang India di Natal
e) menentang konsep Komunialisme dan menyatukan orang india dan orang Islam di India
Sumbangan Mahmud Ghazni
a) menyebarkan syiar Islam di India
b) memperluaskan kuasa ke India untuk menanam Islam lebih mendalam di daerah-daerah India supaya berada dibawah pengaruh kerajaan Ghazni
c) menghapuskan batu berhala di India selepas menawan kawasan tersebut
d) memperkembangkan ilmu dan kebudayaan Islam
Doktrin kepercayaan masyarakat India:
Karma – tindakan-tindakan dalam kehidupan dahulu akan menentukan kehidupan akan datang; menekankan rasa bertanggungjawab dan melaksanakan nilai-nilai baik
masyarakat Islam:J hari akhirat dimana manusia akan dinilai dan diadili segala perbuatannya semasa di dunia dan mendapat balasan yang setimpal.
|
|
|
Post by shafiqahj on Dec 16, 2014 10:49:35 GMT
PERSAMAAN TAMADUN INDIA DAN TAMADUN ISLAM
Persamaan tamadun india dengan tamadun islam dapat dilihat dalam hal yang berkaitan dengan alam sekitar. Hal ini kerana kedua-dua tamadun percaya bahawa alam sekitar perlu dijaga dan dipelihara dengan baik kerana itu adalah tanggungjawab mereka sebagai manusia. Bagi masyarakat primitif pula, mereka memelihara alam sekitar kerana percaya setiap benda yang terdapat di dunia ini mempunyai semangat dan harus dijaga dengan baik. Selain daripada itu, bagi setiap tamadun mereka mempunyai persamaan dari segi pemerintahan. Hal ini kerana setiap tamadun menegaskan rakyatnya untuk sentiasa menghormati pemerintah mereka. Disamping itu, setiap tamadun juga menegaskan agar sentiasa menghormati anggota masyarakat dengan sentiasa menjaga kebajikan dan memberi sokongan di antara satu sama lain sama ada berbentuk moral atau fizikal. Seterusnya, dari segi ekonomi pula setiap tamadun menekankan pentingnya etika dalam menjalankan perniagaan. Tamadun Islam menggalakkan perniagaan tetapi ada peraturan halal dan haramnya. Contohnya haram mengambil riba.
PERBEZAAN TAMADUN INDIA DAN ISLAM
Perbezaan tamadun india dan tamadun islam dapat dilihat dari segi pengkelasan manusia. Tamadun india telah membahagikan rakyatnya kepada beberapa pengkelasan mengikut sistem kasta yang seterusnya di bahagikan kepada golongan brahmin, ksatriya,vaisya dan sudra. Selain itu, perbezaan antara tamadun islam dan india dapat dilihat melalui aspek akademik kerana tamadun islam menjadikan tauhid sebagai peranan utama dalam mengubah dan membentuk manusia, sebaliknya tamadun india pula mempercayai bahawa transformasi sifat dapat di capai melalui proses mencari diri.
SUMBANGAN MAHATMA GANDHI
1)1. Beliau berupaya menarik golongan massa iaitu rakyat jelata termasuk Hufcaste untuk terlibat dalam politik. Kesedaran politik meningkat 1920-an hingga 1940-an Kesannya politik India berkembang pesat. 2. Beliau membawa method perjuangan yg bukan kekerasan iaitu Konsep Sathyagraha - Kartel 1919. British mempunyai kekuatan untuk kekerasan namun British akur untuk menentang golongan yg tidak bersenjata. Kekuatan Gandhi terletak kepada ideanya. 3. Menjalin hubungan orang Muslim dengan Hindu melalui Gerakan Khilafat 4. Memimpin Kongres Kebangsaan India.dari bersifat elit ke terbuka menarik masyarakat Hindu Islam dan Budishsm 5. Antara idea-idea Gandhi ialah tektik Sathyagraha iaitu taktik corak perjuangan.Seterusnya ialah Swadesyi iaitu kesederhanaan bagi menentang kerakusan golongan koprat idea ekonomi, kesan Perang Dunia Pertama, ekonomi India jatuh. Maka Gandhi melihat ekonomi cukup hidup penting. Beliau menekankan barangan local. Memintal kain kapas untuk berdikari namun tidak praktikal untuk sara hidup sahaja tetapi penting konsep idea Gandhi. Selain itu Hind Swaruj yang bermaksud idea politik dan ahimsa yang bermaksud pegangan agama juga merupakan antara idea kreatif Mahatma Gandhi 6. Politik kanan mengikut perlembagaan, tidak keras dan ekstrimis berbanding kiri yang keras dan revolusi. - antara kanan dan kiri -berpelembagaan dengan tokoh Subhas Chandra Bose dan M.N Roy
SUMBANGAN MAHMUD GHAZNI
-menyebarkan syiar Islam di India - melakukan perluasan kuasa di India seperi Multan, Delhi, Ajmeer -Menghapuskan batu berhala di India selepas menawan kawasan tersebut -Memperkembangkan ilmu dan kebudayaan Islam
DOKTRIN KEPERCAYAAN MASYRAKAT INDIA
Doktrin kepercayaan masyarakat India adalah berkaitan dengan karma di mana tindakan-tindakan dalam kehidupan terdahulu akan menentukan kehidupan pada masa akan datang. konsep pembalasan yang setimpal kepada setiap perlakuan manusia iaitu balasan baik diberikan jika berbuat baik dan berbuat jahat dibalas jahat manakala Islam mempercayai bahawa pembalasan di akhirat bagi setiap pahala dan dosa yang telah dilakukan di dunia
|
|
|
Post by farrahinhs244 on Dec 16, 2014 11:49:05 GMT
1. Aspek prsamaan dan perbezaan budaya yang terdapat dalam tamadun india ialah:
Aspek persamaan: • Memberi keutamaan dalam mencari ilmu • Menekankan konsep tuhan • Sistem keluarga mempunyai institusi keluarga • Tugas keluarga adalah membesarkan dan memberi pendidikan kepada anak • Mempunyai tempat ibadat dan percayakan kewujudan tuhan
Aspek perbezaan:
Dalam pendidikan tamadun india, transformasi sifat dapat dicapai menerusi proses mencari diri sendiri(self-discovery) manakala dalam tamadun islam tauhid memainkan peranan utama dalam merubah dan membentuk manusia. Dalam masyarakat, tamadun india adalah berasaskan sistem kasta yang dikenali sistem jati. Penentuan sistem kasta seseorang menerusi nenek moyang. Mengagungkan golongan atasan. Tamadun islam pula mementingkan pembentukan ummah, menghormati sesama islam atau bukan islam dan tidak membenarkan kelas hamba. Semua golongan adalah sama taraf. Tamadun india berpandukan kitab veda, Mahabharata dan tripitaka, manakal tamadun islam berpandukan al quran dan hadis.
2. sumbangan mahatma Gandhi dan Mahmud ghazni kepada masyarakat india: Mahatma Gandhi • pemimpin spiritual dan tokoh politik tersohor dari India • Pada masa british, dia adalah aktivis yang tidak menggunakan kekerasan, yang mengusung gerakan kemerdekaan melalui demonstrasi secara aman • membantu dalam proses kemerdekaan India dari jajahan British; hal ini memberikan inspirasi bagi rakyat di koloni-koloni lainnya agar berjuang mendapatkan kemerdekaannya. • Tidak menyetujui pemisahan india dan Pakistan - percaya bahawa manusia tanpa mengira agama harus mempunyai hak yang sama dan hidup bersama secara damai di dalam satu Negara Mahmud ghazni • Pemerintah kerajaan islam yang pertama di india • Menguasai kawasan india dan menubuhkan kesultanan mereka • Serangannya menyebabkan beberapa bandar berkuil seperti Thanesar, Kanauj dan Mathura dimusnahkan selain menghapuskan berhala di kawasan taklukan • memperluaskan kuasa ke india untuk menanam islam lebih mendalam supaya berada di pengaruh kerajaan Ghazni
Doktrin kepercayaan masyarakat india, perbandingan tentang cara hidup dan kepercayaan islam: Doktrin karma yang merupakan doktrin asas dalam agama Hindu berkait rapat dengan konsep re-inkarnasi (kelahiran semula atau penjelmaan semula). Konsep re-inkarnasi dalam agama Hindu membawa maksud seseorang itu akan menjelma semula selepas kematiannya dalam bentuk manusia. Konsep ini berasal dari penjelmaan semula dewa-dewa Hindu. Konsep hidup selepas mati dalam Islam merupakan sebahagian daripada kepercayaan terhadap hari akhirat. Pada masa ini segala perbuatan manusia yang baik akan dibalas baik seperti menikmati kehidupan syurga. Manakala yang durhaka kepada Allah SWT akan dibalas dengan keburukan seperti kesengsaraan hidup di neraka.
|
|