|
Post by atiqahdollyxiouse000 on Dec 16, 2014 11:07:42 GMT
NURUL ATIQAH BINTI MOHD YUSOF
REFLEKSI 1
Pencapaian Tamadun China
• Kesenian(muzik klastik)
-paling lama
-dimainkan di istana dan musim perayaan
-terbahagi kepada pelbagai jenis alat seperti alat yang:
1. Meniup
2. Genderang
3. Memetik
4. Menggesek
• Seni lukis
-berbentuk potret atau lanskap
-mempunyai hubungan yang rapat dengan kaligrafi dan puisi
-merupakan kegemaran golongan atasan pada waktu lapang
-dilukis dengan dakwat monokram
-terhad dan tidak menyeluruh dan juga ada yang tidak memberi apa-apa makna.
• Sains dan Teknologi :
1. Ilmu Perubatan
-berasaskan keseimbangan Yin dan Yang
-teonjing (saluran) dan luo (kolateral) yang merupakan asas bagi rawatan terapeutik seperti akupuntur dan moxishustion (membakar daun moxa).
-bahan yang digunakan sebagai ubat-ubatan sangat luas termasuklah tumbuh tumbuhan (herba), binatang dan sumber galian.
2. Ilmu astronomi
-mempunyai tiga pandangan ynag berlainan tentang alam semester.
- pandangan pertama dekenali sebagai Kai Tien atau Gai Tain iaitu mempercayai alam berbentuk kubah.
- pandangan kedua adalah teori sfera sawami atau Hun Tien.
-pandangan ketiga ialah teori angka raya kosong tak terhingga iaitu teori Hsuan Yeh.
-menyediakan katalog bintang,mencatatkan rekod dengan tepat tentang gerhana dan komet
3. Bindang Matematik
-dua buah karya matematik tertua Cina
-karya pertama ialah Chou Pei Suan King yang membicarakan mengenai kalender, pengiraan masa bayang-bayang dan mengandungi catatan matematik.
- karya kedua ialah Chiu Chang Suan Shu yang mengandungi sembilan bab mengenai kira-kira, ukuran dan beberapa teori matematik.
-semasa Dinasti Tang, matematik telah dimasukkan dalam peperisaan.
-pengajiannya mengambil masa tujuh tahun di Guozijian (kolej putera-putera negara) dan berdasarkan teks klasik berjudul Suanjing shi shu (sepuluh risalah panduan matematik).
4. Ilmu Fizik
-perkembangan tentang magnet. A
-ahli nujum China telah menggunakan papan nujum yang bermagnet dengan melambangkan bahagian atas sebagai langit dan bahagian bawah sebagai dunia.
-penciptaan kompas awal berdasarkan ikan gabus yang menunjukkan arah utara-selatan yang diletakkan batu lod.
-penggunaan jarum besi agak lewat dijumpai.
• Tembok besar China
-menahan serangan gasar
Perbandingan di antara Tamadun Cina dan Tamadun Islam
• Tamadun China mampu menghasilkan teknologi dan alatan yang baru dan berkualiti
• Tamadun China Berjaya menghasilkan barang-barang dan produk seperti kertas,kompas,cetakan,serbuk letupan dan lain-lain yang tidak mampu dicipta oleh tamadun lain.
REFLEKSI 2
Kedatangan Islam dan pengaruhnya di China
• Melalui rombongan yang dihantar oleh Khalifah Uthman yang diketuai oleh Saad Bin Abi Waqqas (bapa saudara Nabi sebelah ibu) ke China untuk menyebarkan Islam.
• Melalui hubungan perdagangan
• Melalui perkahwinan antara pedagang Arab atau Parsi dengan orang tempatan di China
Kegemilangan Islam di China
• Pembinaan makmal Kaji Bintang semasa Dinasti Yuan.
• Pada zaman Dinasti Tang dan Sung, masyarakat Islam memperkenalkan kaedah pengiraan Arab, kaedah 60 darjah, algebra dan trigonometri.(matematik)
• Bahan perubatan dibawa masuk ke China pada zaman Dinasti Tang dan Sung.
• Dinasti Yuan dan Dinasti Ming, kerajaan mengamalkan dasar tolenrasi beragama
|
|
|
Post by najiha on Dec 16, 2014 11:48:30 GMT
NURUL NAJIHATUL HANIE BINTI MUHAMMAD SHAHID >PH 240<
REFLEKSI 1 ...
a)Pencapaian Tamadun China 1) Bidang perubatan :Akupuntur,moxihustion dan termasuklah perubatan herba, Aurikuloterapi, bekam angin 2) Bidang matematik :Nilai pi,sistem pecahan dan perpuluhan 3) Bidang astronomi :Peralatan astronomi, penyelenggaraan rekod astronomi yang sempurna, sistem kalendar cina 4) Bidang seni :Tembok, Binaan tradisional diperbuat dari kayu berkualiti dan berbentuk “tiang dan ambang” (post-and-lintel frame), atau tiang tegak dengan balak melintang di atas. 5) Bidang sains dan :kejuruteraan hidraulik,teknologi melebur dan teknologi menuan besi ke dalam acuan da pengeluaran
b)Perbezaan dengan tamadun Islam dan India Seni bina bagi kedua-dua tamadun India dan Islam menumpukan kepada tempat Ibadat iaitu kuil bagi tamadun India dan majid bagi tamadun Islam manakala berbeza dengan tamadun Cina iaitu tembok yang dibina sebagai lambang sesebuah bandar. ******
REFLEKSI 2 ...
a)Kedatangan Islam ke China 1)Terdapat pendapat yang menyatakan Islam dibawa ke China pada zaman Thai Sung (627-655M) dan orang Islam yang pertama tiba di China ialah Abu Hamzah Ibn Hamzah (anak kepada Hamzah bin Abi Talib, sepupu Rasulullah s.a.w). Beliau bersama 3000 orang Muhajirin telah berhijrah ke China dan menetap di kawasan San Gan Foo. 2)Menurut rekod Sejarah Dinasti Tang, Islam dibawa ke China oleh pendakwah yang diketuai oleh Saad bin Abi Waqas iaitu Panglima Perang Laut Islam sewaktu pemerintahan Maharaja Yung-Wei dalam Dinasti Tang pada abad ke-7M. 3)Menurut Ibrahim Ma, seorang sejarah tempatan melaporkan pendakwah Islam yang pertama datanmg ialah Saad b Lubayd yang tiba di Canton pada 630M. 4)Hubungan antara Arab Parsi dengan China melalui darat dan laut. Dikatakan kapal-kapal dagang China telah sampai ke Teluk Parsi sejak abad ke-5 masehi .
b)Pengaruh Islam di Cina -Pembinaan masjid yang besar dan indah di Bandar Canton yang kini dikenali sebagaia Guanzhou semasa kedatangan Saad bin Abi Waqqas r.a -Seni ukiran pada masjid pula banyak menggunakan ayat Al-Quran pada dinding -kemunculan masyarakat Cina Islam yang terdiri di kalangan kaum Hui.
c)Zaman kegemilangan Islam di China -Pembinaan masjid di Canton. -Pemastautinan orang Islam pertama di China dari Arab dan Parsi. -Ayat Quran di dinding masjid yang pernah dikunjungi orang Brunei suatu ketika dahulu. -Toleransi dilihat daripada percampuran makam makam pembesar asing yang meninggal di China.
d)Zaman kegemilangan dan Sumbangan Islam terhadap peradaban tamadun China Kita boleh lihat kemajuan peradaban tamadun Cina setelah kedatangan Islam melalui beberapa bidang antaranya 1) Perubatan -Kaedah dan bahan perubatan Arab dibawa masuk dan digabungkan dengan ilmu perubatan China. 2) Pelayaran -Orang Islam membantu perkembangan pembinaan kapal dan menggerakkan usaha pelayaran seperti Cheng Ho mulakan pelayaran ke luar China. 3) Astronomi -Penciptaan alat kaji bintang dan cuaca serta kalendar (takwim Wan-nien-li) yang dijadikan takwim rasmi kerajaan mulai 1265 hingga 1281 masihi. Islam telah berjaya melahirkan tokoh Islam di China yang menyumbang kepada pelbagai perkara seperti Laksamana Cheng Ho/Zheng He,Yusuf Ma Zhu dan Yusuf Ma Dexing ysang seterusnya membawa kepada kemajuan tamadun Cina
|
|
|
Post by farrahinhs244 on Dec 16, 2014 12:08:56 GMT
refleksi 1
1. pencapaian yang diperolehi dalam tamadun china:
• Muzik klasik: diklasifikasikan kepada alat meniup, genderang, memetik dan menggesel. Teori muzik dan prinsip estetik terhadap muzik telah diwujudkan oleh konfusius. • Fiksyen • Seni lukis: puisi, kaligrafi, lukisan potret dan landskap, seni ukir cap. Lukisannya haruslah bermanfaat dan memberi makna dari aspek keimanan dan akhlak. • Seni bina: ciri binaannya berkaitan dengan harmoni alam sekitar. • Kepercayaan feng shui • Tembok besar china: salah satu keajaiban dunia. Tembok dibina untuk melindungi kota dari serangan musuh. Memperlihatkan kemajuan penggunaan batu tembok dalam pembinaan. • Kaligrafi: seni tertua di china. • Kesusateraan: Puisi, prosa, drama • Sains dan teknologi: teknologi kejuruteraan hidraulik yang mengawal banjir sungai kuning. • Bidang astronomi: penyediaan katalog bintang, dan mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet. • Bidang matematik: pengunaan sempoa (abacus) untuk kali pertama • Bidang perubatan; konsep yin dan yang, teori kosmik dualistic dan lima elemen merupakan asas kepada perubatan tradisional china • Aurikuloterapi, terapi makanan cina, bekam cina • 4 ciptaan agung cina: kertas cetakan kompas serbuk letupan
refleksi 2
2. kedatangan islam dan pengaruhnya di china:
• Peranan khalifah uthman o kedatangan islam bermula apabila khalifah uthman mengirim rombongan yang diketuai oleh Saad abi Waqas. o maharaja hyung wei menerima kedatangan islam dengan baik o hasil hubungan baik maka terbinalah sebuah masjid pertama peringatan Rasulullah di canton o pengaruh islam dapat dilihat pada ukiran ayat quran pada dinding-dinding masjid. o Pembinaan masjid diseluruh China (bukti penerimaan agama Islam).
• Hubungan perdagangan o East Mosque di Sanya yang dibawa oleh orang Vietnam menerusi jalan laut melalui perdagangan dan penghijrahan
• Perkahwinan antara pedagang Arab o dengan penduduk tempatan juga menyumbang kepada kedatangan Islam di China.
• Perkembangan jalan laut dan jalan darat o Jalan laut bermula dari Teluk Parsi dan bahagian selatan Semenanjung Tanah Arab hingga ke Lautan Hindi dan seterusnya ke bandar-bandar tenggara China seperti Canton o Jalan darat yang dikenali sebagai Silk Road ( Jalan Sutera) bermula dari Timur Mediterranean hingga ke Asia Tengah, Bukhara dan Samarkand sebelum masuk ke barat laut China dan berakhir di pasar Changan (Xi’an) dan Peking.
• Pusat Islam berkembang o terdapat seni bina masjid yang mempunyai pengaruh seni bina Parsi dan Arab, ayat Al-Quran dan kaligrafi islam China o terdapat kelas untuk belajar ilmu agama
Zaman kegemilangan islam di china dan sumbangan terhadap peradaban tamadun china:
ASTRONOMI Pembinaan makmal kaji bintang (Dinasti Yuan). Tokoh utama dalam ilmu astronomi Tcha-Ma-Lou-Tin (Jamaludin). Beliau mencipta berbagai alat kaji bintang dan cuaca serta kalendar (takwim Wan-nien-li). Dijadikan takwim rasmi kerajaan mulai 1265 hingga 1281 masihi.
MATEMATIK
Pada zaman Dinasti Tang dan Sung, masyarakat Islam memperkenalkan kaedah pengiraan Arab (Xiyi Lishu), kaedah 60 darjah (Chiu Ji Li-Zaman Tang), algebra dan trigonometri.
PELAYARAN
Orang Islam membantu perkembangan pembinaan kapal dan menggerakkan usaha pelayaran. Cheng Ho mulakan pelayaran ke luar China. Turut majukan bidang pelayaran terutama soal peralatan untuk berlayar seperti kepakaran astronomi, kompas dan kaedah ukuran air.
PERUBATAN
Kaedah dan bahan perubatan Arab dibawa masuk dan digabungkan dengan ilmu perubatan China. Beberapa karya dihasilkan sebagai panduan. Bahan perubatan dibawa masuk ke China pada zaman Dinasti Tang dan Dinasti Sung.
PEMBINAAN
Menggabungkan elemen tempatan dan senibina Islam bertujuan untuk penyesuaian keadaan di situ. Contoh: Masjid Niukie yang berusia 700 tahun dan Masjid Huaje Lane di Sian (Xian). Kedatangan Islam ke China membuktikan agama suci ini bersifat sejagat. Perdagangan dan politik merupakan faktor utama kemasukan Islam di China. Masyarakat Islam China berjaya membuktikan sumbangan Islam kepada kemajuan peradaban China.
|
|
iznie
New Member
Posts: 6
|
Post by iznie on Dec 16, 2014 13:17:28 GMT
REFLEKSI 1 : PENCAPAIAN TAMADUN CHINA
1. Kesenian
- Muzik dimainkan di istana dan dalam perayaan rakyat dan peristiwa yang berkaitan dengan agama. Alat-alat muzik mereka dikategorikan mengikut bahan akustik yang digunakan dan cara sesuatu alat itu dimainkan. Terdapat beberapa cara alat tersebut digunakan seperti kaedah meniup, memetik, gendang dan menggesek - Seni lukis mempunyai kombinasi antara kaligrafi dan puisi. Mepunyai lukisan potret dan cap yang menggunakan dakwat monokrom. - Seni bina bersifat harmoni alam dan mempunyai kaitan dengan Feng Shui untuk kesesuaian susunan dan lokasi. Pembinaan Tembok Besar untuk mempertahankan negara China daripada serangan puak Mongol. Setiap tembok mempunyai pintu gerbang dikelilingi parit besar dan menara. -Kaligrafi
2. Kesusasteraan
- puisi China yang terawal bertajuk Shijing. - prosa Tamadun China yang berfungsi dari segi sosial dan politik. - drama cina dijadikan saluran untuk meluahkan rasa tidak puas hati dan juga hiburan. - teknologi kejuruteraan hidraulik yang mengawal banjir di Sungai Kuning. - penggunaan sempoa.
3. Sains dan teknologi
Kejuruteraan- pengawalan banjir Sungai Kuning dengan penciptaan hidraulik Astronomi - katalog binatang, mencatat rekod tepat gerhana dan komet Matematik- penggunaan abascus Perubatan - kosmik dualistik iaitu yin dan yang, akupuntur aurikuloterapi. terapi makanan cina, penggunaan herba dan bekam Ciptaan lain seperti kertas, kompas dan serbuk letupan
Perbandingan Pencapaian Antara Tamadun
Tamadun China lebih maju dari segi aspek teknologi dan perubatan manakala tamadun Islam pula mempunyai pencapaian dalam usaha penyebaran tamadun Islam dan lebih fokus kepada tuntutan ilmu.
REFLEKSI 2 : KEDATANGAN ISLAM KE TAMADUN CHINA
1. Pengislaman maharaja. - Semasa Dinasti Tang, maharaja mereka memeluk islam di Majid di Canton dan diikuti oleh pembesar dan rakyat
2. Saudagar dari Arab dan Parsi singgah di daerah China - Saudagar dari Arab dan Parsi singgah di Masjid di Guangzhou - Terdapat juga makam ulama yang berketerunan arab iaitu generasi Nabi Muhammad S.A.W yang ke 16. Beliau mengislamkan orang islam tempatan - Mubaligh dari Iran datang untuk memberi sumbangan untuk baik pulih masjid.
3. Pusat Islam berkembang - terdapat seni bina masjid yang mempunyai pengaruh seni bina Parsi dan Arab, ayat Al-Quran dan kaligrafi islam China - terdapat kelas untuk belajar ilmu agama
4. Perkahwinan - Bangsa Arab berkahwin dengan wanita- wanita Han dan pengekalan budaya
5. Perdagangan - East Mosque di Sanya yang dibawa oleh orang Vietnam menerusi jalan laut melalui perdagangan dan penghijrahan
Zaman kegemilangan Islam di China - zaman pemerintahan Laksamana Zheng Hi yang merupakan Era Keemasan Islam. - pengaruh dapat dilihat dengan banyak pusat Islam berkembang di China terutama di Nanjing. banyak masjid dibina pada zaman pemerintahan Zu Yuan.
|
|
|
Post by syakiraidris on Dec 16, 2014 13:53:13 GMT
syakira idris
refleksi 1 :
Pencapaian Tamadun Cina
1) Kesenian : - muzik klasik yang merupakan muzik yang paling lama dan selalunya dimainkan di istana, semperna perayaa dan peristiwa yang berkaitan dengan keagamaan. Antara cara mainan alat muziknya adalag meniup, memetik, genderang dan menggesek. Melalui muzik tersebut, kunfusius mencipta teori khusus muzik dan juga prinsip estetik muzik. - Seni Lukis - kaligrafi , lukisan potret dan lanskap , dan puisi. Seni lukis juga dapat dilihat pada seni ukir cap. Hasil dari seni lukis ini, terciptanya dakwat monokrom. - Seni bina - seni bina binaan yang harmoni dengan alam semesta. Manakala bagi susunan rumah dan kubur adalah mengikut kepada kepercyaan fengshui. Tambahan lagi, tembok yang di bina untuk melindungi kerajaan Cina. Antara tembok yang terkenal adalah Tembok Besar Cina. Tembok-tembok besar dibina dengan menggunakan batu. tembok panjang pula dibina menggunakan tanah liat dan batu bata. Seterusnya seni bina dapat dilihat pada kuil,istana kota larangan. -kesusteraan - puisi, prosa dan drama. Drama adalah berunsurkan nilai-nilai murni masyarakat cina. Karya-karya yang dicipta pada ketika itu selalunya adalah untuk meluahkan perasaan dan juga pendapat.
2) Sains dan Teknologi - bidang astronomi - rekod yang tepat tentang gerhana dan komet. -matematik - penggunaan sempoa karya daripada Xu Yue -perubatan - teori asas perubatan cina tradisional - kosmi dualistik Yin dan Yang dan lima elemen. - Akupunktur, Aurikuloterapi (untuk telinga tanpa menggunakan jarum), Terapi makanan cina, perubatan herbal cina dan bekam Cina. -Ciptaan Agung - kertas, cetakan, kompas dan serbuk letupan.
Bandingan pencapaian Tamadun Islam dan India : - Persamaan antara keduanya adalah bermulanya tamadun adalah dengan agama yang dibawa. - perbezaan anatara keduanya adalah tamadun islam lebih menonjol melalui kegiatan ilmuan manakala tamadun India adalah melalui seni rekaan mereka.
Refleksi 2 :
-Kedatangan Islam bermula apabila Uthman bin Affan beliau telah menghantar Saad bin Abi Waqqas melawat China pada tahun 651 Masihi untuk menyampaikan dakwah kepada Maharaja China. -Pengaruh Islam di China : -Pembinaan masjid yang besar di bandar Canton (Guangzhou) -Terdapat perkuburan pembesar orang asing terutamanya Orang Arab dan Parsi. Manakala terdapat makan Muhadin yang mana merupakan perkuburan mubaligh Islam. -Pengaruh pada seni bina pula dapat dilihat pada dinding-dinding masjid yang bercorakkan tulisan ayat al-Quran dan binaannya mempunyai ciri-ciri binaan arab dan parsi. Nilai-nilai islam juga telah diterapkan sebagai conotoh : Kepercayaan kepada Tuhan yang Esa, keadilan, kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat dan juga berfikir secara rasiona memudahkan islam diterima.
Zaman kegemilangan Islam di China adalah pada Empayar Ming. Sumbangan Islam pada peradaban Tamadun China adalah: -Pusat-pusat Islam berkembang dan banyak masjid di bina -East Mosque yang mempunya guru-guru yang mengajar secara sukarela -Perkampungan Arab yang digunakan sebagai pusat persinggahan, perdagangan dan penyebaran ilmu. Perkahwinan antara pedagang antara orang arab dan warga tempatan juga berlaku.
|
|
|
Post by fathinazuren on Dec 16, 2014 16:14:43 GMT
FATHIN AZUREN BT MOHD ROSDI
a)Pencapaian Tamadun China (i) Muzik Klasik Muzik Cina Klasik adalah antara sistem muzik yang paling lama dan paling berkembang dalam dunia ini.Alat-alat muzik Cina dibuatkan dengan bahan-bahan seperti logam, batu, tanah liat, kulit, sutera, kayu, labu, dan buluh.
(ii) seni lukis mempunyai kaitan dengan kaligrafi dan puisi yang menunjukkan keunikan masyarakat cina
iii) seni binaan seperti tembok negara china, ciri utama seni bina cina ialah harmoni dengan alam semesta
iv) dalam bidang teknologi = kertas, percetakan, bahan letupan, kompas
bandingan pencapaian Tamadun Islam dan India - Tamadun islam berasaskan agama islam , menuntut ilmu agama menjadikan mereka lebih bersemangat manakala tamadun india hanya belajar semata- mata untuk mencapai kejayaan
KEDATANGAN ISLAM KE NEGARA CHINA
- UTHman bin affan menhantar saad bin abi waqqas ke china 29H untk menyampaikan dakwah kdp maharaja - maharaja mengarahkan pembinaan masjid di canton - tentera islam di bawah Qutaibah bin muslim menakluk kashgar, ibu kota turkestan timur dan menyeru maharaja memeluk islam - tentera islam berjaya , menetap di china, berkahwn dgn org cina - melalui perdagangan melalui laluan sutera
|
|
|
Post by norhainah_hs244 on Dec 16, 2014 16:30:54 GMT
Refleksi 1: Pencapaian tamadun cina kita dapat lihat dalam kesenian,kesusasteraan,sains dan teknologi. 1)kesenian -muzik klasik merupakan sistem muzik yang paling lama dan paling berkembang. -seni lukis cina mempunyai hubungan rapat antara kaligrafi dan puisi.Lukisan orang cina tidak menerima lukisan yang berbentuknya cantik tetapi temanya tidak memberikan manfaat dari segi keimanan dan akhlak. -seni bina tamadun yang terkenal adalah tembok besar cina yang merupakan salah satu daripada tujuh keajaiban dunia dan dibina semasa dinasti Zhou.Ciri-ciri utama seni bina cina adalah membuat binaan yang berharmoni dengan alam semesta contohnya lokasi dan susunan rumah dan kubur yang ditetapkan menggunakan panduan teori fengshui. -kaligrafi mempunyai gaya yang unik dan merupakan salah satu kaligrafi yang tertua yang budayanya masih diamalkan sehingga kini . 2)kesusasteraan -Puisi antologi puisi cina yang terawal bertajuk Shijing dan mengandungi 305 buah nyanyian kuil,nyanyian istana dan nyanyian rakyat.Puisi ini penuh dengan pelbagai idea dan teknik kesusasteraan yang menjadi contoh dan inspirasi kepada penyajak generasi seterusnya. -Prosa mempunyai fungsi dalam politik dan sosial orang cina dan bertujuan untuk menunjukkan jalan atau cara dari segi moral dan etika. -drama yang paling menarik adalah jenis zaju.Selain hiburan,drama juga berperanan sebagai pengkritik sosial yang berjaya menarik perhatian konsensus dan simpati penonton.kelebihan drama juga adalah sebagai saluran untuk mengeluarkan perasaan tidak puas hati dan menyokong nilai-nilai cina tradisional. 3)sains dan teknologi -dalam bidang kejuruteraan ,orang cina mengunakan teknologi kejuruteraan hidraulik untuk mengawal banjir di sungai kuning. -dalam bidang astronomi,menyediakan katalog bintang,catat rekod tepat tentang gerhana dan komet semasa dinasti Zhou. -dalam bidang matematik,menggunakan persamaan sempoa. -dalam bidang perubatan,rangka teori asas adalah kosmik dualistik,yin dan yang, dan gabungan lima eleman. Tamadun china lebih fokus kepada bidang perubatan,sains dan teknologi manakala tamadun islam lebih fokus kepada bidang ilmu dan tamadun lebih fokus kepada bidang seni bina.
Refleksi 2 kedatangan islam di cina ialah apabila Uthman bin affan telah menghantar rombongan untuk menyampaikan dakwah di cina yang diketuai oleh Saad bin Abi Waqqas pada tahun 651M.Hasil daripada lawatan ini,Maharaja Yong Wei telah membina masjid yang pertama di cina.Pengaruh islam di Cina adalah pembinaan Masjid ginji oleh pedagang arab .Masjid ini merupakan masjid yang tertua di guangzhou dan menjadi tumpuan daripada pedagang asing terutamanya parsi dan brunei.Masjid Yang Zhou dibina pada dinasti Yuan.Masjid Zian Hi dibina oleh Pu Hadig yang merupakan waris keturunan rasulullah.Tentera islam di bawah pimpinan Qutaibah bin Muslim telah menjalankan penaklukan ke atas bandar Kashgar dan menyeru Maharaja China agar memeluk islam
|
|
|
Post by FarahSama244 on Dec 16, 2014 17:55:19 GMT
Farah Najwa binti Osman HS 244
Pencapaian Tamadun Cina :
1) Kesenian :
# muzik klasik - muzik paling lama dan paling berkembang - kegiatan d istana, perayaan rakyat dan peristiwa berkaitan agama
* Fiksyen - cerita dalam bahasa vernakular, golongan terpelajar tradisional yang pandang tinggi stail klasik secara rasmi tidak menganggap fiksyen sebagai bernilai untuk diberi nilai sastera
# seni lukis - lukisan ada hubungan rapat dengan kaligrafi dan puisi - dinasti song, Su Dong Po - sarjana dan pakar kaligrafi - lukisan cina merupakan kombinasi puisi, kaligrafi, lukisan potret , landskap dan ukir cap - banyak lukisan cina dilukis dengan guna dakwat monokroni - seni halus wujud sebagai hasil kegemaran wajtu lapang bagi golongan atasan yang berpendidikan selepas dinasti Han
* lukisan cina tidak menyeluruh dan terhad, bukan dicipta untuk mengambarkan maksud kesemuanya dan objek yang tak bernyawa jarang dilukis, dan tidak menerima lukisan yang cantik juka temanya tidak memberi manfaat dari segi keimanan dan akhlak.
# seni bina - keinginan buat binaan yang harmoni dengan alam semesta - Fengshui - lokasi/susunan sebuah rumah/kubur telah ditetapkan dengan panduan fengshui - cth : pembinaan Tembok Besar China ( Finasti Shin)
*Dinasti Chou - bahagian utara Chuna dibina tembok yang panjang untuk pertahankan negara dari serangan Mongol. = kemajuan dalam buat tembok batu, pintu gerbang dikelilingi parit besar dan menara, mengelilingi kota, pagari kuil, istana dan kediaman
# kaligrafi - satu tulisan tertua dan masih digunakan dan mempunyai gaya yang unik. - ada 4 gaya : + cap (zhuanshu) + resmi (lishu) + balok (kaishu) + kursif (caoshu, xingshu)
2) kesusateraan :
# puisi - terawal dan memberi inspirasi kepada penyajak serta generasi kemudian
# prosa - fungsi sosial dan politik - kualiti hatus bermanfaat dari moral dan etika - tujuan : untuk sampaikan dao' , tunjuk jalan dan cara dari segi etika dan moral - ada 8 : + sifat puisi, + berima, + rapsodi, + puisi sifat prosa, + selari, + bagu wenzhang, + klasik, + vernakular
# Drama - paling menarik ialah zaju (puisi yang digubah mengikut muzik tertentu dan bersemarak). tujuan dalam mengeluarkan perasaan tak puas hati, beri hiburan, pengkritik sosial yang berjaya, mendapat konsensus dan simpati penonton - ada nilai cina tradisional : +kesetiaan, + penghormatan kepada ibubapa, + kesucian wanita, + keadilan
3) Sains dan teknologi : - kejuruteraan hidraulik (kawal banjir sg kuning) tunjuk kejayaan dan sumbangan cina dalam aspek kejuruteraan
# astronomi - sediakan katolog bintang, catat rekod tepat tentang gerhana dan komet
# metamatik - penggunaan sempoa dalam kiraan
# perubatan - rangka teori asas bagi perubatan cina tradisional - cth : + akupuntur, + aurikuloterapi, + terapi makanan cina, + perubatan herba cina, +bekam cina
* 4 ciptaan agung tamadun Cina :
1) kertas
2) cetakan
3) kompas
4) serbuk letupan
perbandingan :
Tamadun cina lebih terserlah kepada teknologi maju yang mereka cipta dalam kehidupan seharian manakala tamadun Islam lebih terserlah kepada kebesaran wilayah dan pendidikan dalam legasi pembangunan tamadun tersebut.
Kedatangan Islam dan pengaruhnya di China :
Pembinaan masjid di seluruh wilayah China menunjukkan islam datang ke china di terima oleh sebahagian penduduk di sana. Penyebaran agama Islam mengambil masa 700-800 tahun yang lalu. Namun perkembangannya amat stabil. Islam mempunyai pusaka yang kaya di China. Islam dibawa ke China melalui perutusan yang dikirmkan oleh khalifah Uthman pada tahun 651 Masihi diketuai oleh Saad bin Abu Waqas, bapa saudara Rasulullah s.a.w. Maharaja China ketika itu menerima agama Islam dan menyuruh pembinaan masjid pertama di Canton. Dinasti Tan dengan budaya cosmopolitan telah membantu penyebaran agama Islam. Permastautinan orang Islam di China terdiri daripada saudagar Arab dan Parsi. Perdagangan orang Arab menambah perkembangan agama Islam ke China.
Kegemilangan Islam di China : -Kedatangan Islam menyebabkan terbentuknya beberapa buah kerajaan di China yang mengamalkan dasar toleransi beragama(Dinasti Yuan dan Dinasti Ming).
-Kerajaan Islam telah memberikan sumbangan besar kepada perkembangan Islam dan tamadunnya di China dalam bidang sains dan astronomi, politik serta pentadbiran dan gaya hidup masyarakat.
-Sumbangan Islam di China dapat dilihat dari segi pembinaan masjid yang pelbagai rupa.
-Seni ukir yang terdapat di Masjid pula banyak menggunakan ayat-ayat al-Quran serta corak-corak flora.
|
|
|
Post by nur farah nadiah on Dec 16, 2014 18:55:46 GMT
REFLEKSI TAMADUN 1
~KESENIAN *muzik klasik -sistem muzik paling lama dan paling berkembang. -dibahagi kepada beberapa kategori : ~~~~~meniup (diZi) ~~~~~genderang (MuYu) ~~~~~memetik (PiPa) ~~~~~meggesek (ErHu) *seni lukis -mempunyai hubungan yang rapat dengan kaligrafi dan puisi *seni bina -binaan yang berharmoni dengan alam sekitar -dipengaruhi kepercayaan fengshui - terkenal dengan tembok besar China
~KESUSASTERAAN *kebanyakannya ialah puisi, prosa, drama
~SAINS DAN TEKNOLOGI *teknologi kejuruteraan hidraulik untuk mengawal banjir. *mahir dalam bidang astronomi, matematik, perubatan,
~ 4 ciptaan agung *kertas *cetakan *kompas *serbuk letupan
REFLEKSI TAMADUN 2
Di sebalik lingkaran kemegahan tembok besar dan legasi dinasti maharaja China, tersembunyi lipatan sejarah kegemilangan Islam di benua Asia. Bermula daripada kedatangan delegasi Saad bin Abi Waqas yang disambut baik oleh Maharaja Yung Wei dari Dinasti Tang, Islam bertapak dan terus subur berkembang di bumi China. Walaupun empayar maharaja silih berganti hingga era pemerintahan republik komunis, sinar Islam tidak pernah pudar. Malah, sejak 618 M hingga kini, dakwah Islam yang dibawa oleh sahabat Nabi Muhammad terus kukuh di bawah acuan budaya dan nilai yang tersendiri sebilangan rakyat China.
|
|
|
Post by fatinnajihah on Dec 16, 2014 20:22:11 GMT
1) REFLEKSI TAMADUN 1
-Muzik klasik: diklasifikasikan kepada alat meniup, genderang, memetik dan menggesel. Teori muzik dan prinsip estetik terhadap muzik telah diwujudkan oleh konfusius. -Seni lukis : puisi, kaligrafi, lukisan potret dan landskap, seni ukir cap. Lukisannya haruslah bermanfaat dan memberi makna dari aspek keimanan dan akhlak. -Seni bina: ciri binaannya berkaitan dengan harmoni alam sekitar. -Kepercayaan feng shui -Tembok besar china: salah satu keajaiban dunia. Tembok dibina untuk melindungi kota dari serangan musuh. Memperlihatkan kemajuan penggunaan batu tembok dalam pembinaan. -Kaligrafi: seni tertua di china. -Kesusateraan: Puisi, prosa, drama -Sains dan teknologi: teknologi kejuruteraan hidraulik yang mengawal banjir sungai kuning. -Bidang astronomi: penyediaan katalog bintang, dan mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet. -Bidang matematik: pengunaan sempoa (abacus) untuk kali pertama -Bidang perubatan; konsep yin dan yang, teori kosmik dualistic dan lima elemen merupakan asas kepada perubatan tradisional china -Aurikuloterapi, terapi makanan cina, bekam cina
4 CIPTAAN AGUNG -Kertas -cetakan -kompas -serbuk letupan
2) REFLEKSI TAMADUN 2 - Semasa zaman Khulafa al-Rasyidin yang ketiga iaitu Uthman bin Affan r.a, beliau telah menghantar Saad bin Abi waqqas melawat China untuk menyampaikan dakwah kepada Maharaja China. Hasil lawatan tersebut, Maharaja China telah mengarahkan pembinaan masjid yang besar dan indah di bandar CAnton atau kini dikenali sebagai Guangzhou. Tentera Islam di bawah pimpinan Qutaibah bin Muslim telah menjalankan penaklukan ke atas bandar Kashgar dan menyeru Maharaja China agar memeluk Islam. -sesetengah pendakwah ke negara China melalui laut bersama pedagang dan menyebarkan Islam di bndar seperti shanghai. -agama Islam juga tersebar melalui jalan sutera. orang Islam dibawa masuk ke Monggol dari Asia Barat untuk membantu dalam pentadbiran.
|
|
|
Post by syathirohshahirul on Dec 16, 2014 20:24:28 GMT
refleksi 1 i) pencapaian yang diperoleh oleh tamadun China a- kesenian - muzik klasik - fiksyen - seni lukis - seni bina - kepercayaan fengshui - tembok besar China - gaya kaligrafi - puisi - prosa b- sains dan teknologi - China telah menunjukkan sumbangan terutamanya dalam aspek kejuruteraan hidraulik yang mengawal sungai Hwang Ho - dalam bidang astronomi, China telah menyediakan katalog bintang, mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet - penggunaan sempoa abacus buat kali pertama pada kurun kedua - teori kosmik dualistik dalam bidang perubatan - akupuntur, aurikuloterapi, terapi makanan China, makanan herba, serta bekam angin - juga terdapat 'larangan Ungu' dalam bidang astronomi China ii) perbezaan yang dikecapi dengan tamadun Islam dan India - tamadun China banyak menyumbang dari segi seni budaya yang halus - tamadun China juga banyak memeberikan sumbangan dari segi perubatan, ini kerana mereka mempunyai cara perubatan yang unik serta berbeza dari tamadun lain - contohnya akupuntur serta aurikuloterapi yang tidak terdapat dalam tamadun lain
|
|
|
Post by syathirohshahirul on Dec 16, 2014 20:41:33 GMT
refleksi 2 -zaman kegemilangan Islam di China -Islam mula diterima kerana ajarannya seperti ajaran Konfucius yang telah lama sebati dengan jiwa masyarakat China -zaman kegemilangan China berlaku pada era dinasti Ming -sewaktu pemerintahan Raja Cu Yaung Cang tidak membenarkan datang dan bermastautin di China -ini menyebabkan orang Islam mengambil keputusan mengahwini wanita China -lalu mewujudkan integrasi antara Islam dan China -pengaruh Islam terhadap peradaban China -terdapat tulisan dan ayat Al-Quran pada masjid -seni bina di China yang berasaskan bunga-bungaan serta bentuk geometri
|
|
|
Post by asheerazaimi on Dec 17, 2014 12:18:03 GMT
SITI NORASHEERA BT ZAIMI HS244
1.Antara percapaian Tamadun Cina ialah tamadun cina mempunyai pelbagai instrumen muzik klasik dan diklasifikasikan kepada beberapa jenis seperti alat muzik yang ditiup, dipetik, genderang, dan menggesek.Selain itu dari segi seni lukis lukisan Cina dalam bentuk potret ataupun lanskap. Lukisan Cina dilukis dengan dakwat monokrom. Perbezaan lukisan Cina dan Barat ialah lukisan Cina adalah terhad atau tidak dianggap menyeluruh. Lukisan Cina bukan dihasilkan dengan maksud untuk menggambarkan kesemua objek. Tamadun cina ,mempunyai banyak percapaian dari segi sains dan teknologi.Antaranya, ilmu astronomi berkembang dengan adanya katalog bintang dan gerhana matahari, ilmu perubatan berasaskan keseimbangan Yin dan Yang, pembinaan kuil Pagoda berbentuk octagon,dan pembinaan tembok besar China mempertahan serangan orang gasar.Antara ciptaan pada tamadun cina ialah kertas, cetakan, kompas, serbuk letupan
Antara perbezaan tamadun islam dan cina adalah tamadun islam mementingkan penyebaran islam dan ilmu pengetahuan manakala tamadun cina pula mementingkan kemajuan dari pelbagai aspek.
2.Kedatangan islam ke tamadun cina bermula apabila khalifah Uthman mengirim rombongan yang diketuai oleh Saad Abi Waqas.Maharaja Hyung Wei menerima kedatangan islam dengan baik.Hasil hubungan Khalifa Uthman dan maharaja Hyung Wei yang baik maka terbinalah sebuah masjid pertama peringatan Rasulullah di Canton.Antara kesan pengaruh islam dapat dilihat pada ukiran ayat quran pada dinding-dinding masjid.
|
|
|
Post by noorsabrina on Dec 17, 2014 13:40:57 GMT
Refleksi Tamadun 1 : Pencapaian Tamadun China 1) Kesenian -Merupakan sistem muzik klasik yang paling lama dan berkembang -Pelbagai instrumen muzik klasik dan terdapat beberapa alat muzik seperti alat muzik yang ditiup,dipetik,genderang dan menggesek. 2)Sains dan teknologi -Ilmu perubatan berasaskan keseimbangan yin dan yang -Pembinaan kuil pagoda berbentuk oktagon -Pembinaan tembok besar China untuk mengelak dari serangan orang gasar 3)Seni lukis -Lukisan China berbentuk potret atau lanskap -Dilukis menggunakan dakwat monokrom 4)Bidang matematik -Ahli matematik berjaya menetapkan nilai pi,sistem pecahan dan sistem perpuluhan yang masih digunakan pada zaman sekarang. Perbezaan antara tamadun China dengan tamadun india dan Islam : -Dapat dilihat dalam bidang seni bina -Tamadun India dan Islam lebih banyak fokus pada pembinaan tempat ibadat seperti masjid dan kuil. -Bagi Tamadun China lebih tertumpu kepada pembinaan tembok yang menjadi lambang bagi sesebuah bandar.
Refeleksi Tamadun 2 : 1)Kedatangan Islam dan pengaruh di China -Khalifah Uthman menghantar rombongan yang diketuai oleh Saad Bin Abi Waqqas ke China. -Rombongan itu menghadap Maharaja Yung Wei dan baginda menerima baik ajaran Islam. -Baginda juga memerintahkan pembinaan masjid di Canton -Islam tersebar melalui hubungan perdagangan antara pedagang Arab dan Cina dan menerusi perkahwinan antara pedagang Arab dan penduduk tempatan China. 2)Zaman kegemilangan Islam di China -Dapat dilihat pada zaman Laksamana Zheng Hi yang juga dikenali sebagai zaman Era Keemasan Islam -Terdapat banyak pusat Islam berkembang di China terutamanya di Nanjing 3)Sumbangan terhadap peradaban Tamadun China -Dapat dilihat dari segi pembinaan masjid yang pelbagai rupa -Seni ukir yang terdapat di masjid banyak menggunakan ayat-ayat Al-Quran.
|
|
|
Post by nurasiya on Dec 17, 2014 14:03:12 GMT
REFLEKSI 1 Pencapaian Tamadun China -Kesenian : muzik klasik(Dizi) :Kaligrafi-gaya cap,gaya resmi,gaya balok,gaya kursif -Prosa :menyampaikan dao`,menunjukkan cara dari segi moral dan etika -Pembinaan tembok besar : satu drpd tujuh keajaiban dunia : mempertahankan negara -Astronomi : menyediakan katalog bintang : mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet -Matematik : penggunaaan sempoa -Perubatan : akupuntur,aurikuloterapi,terapi makanan cina,perubatan herba cina,bekam cina
Perbezaan pencapaian tamadun china,India,Islam Pencapaian tamadun Islam lebih menekankan aspek spiritual dan membangun dari segi dakwah Islamiyah, manakala tamadun India lebih cenderung kepada struktur binaan bangunan dan China lebih menekankan pesat dalam aspek teknologi.
REFLEKSI 2 Kedatangan Islam dan pengaruhnya di China,Zaman kegemilangan Islam di China dan -Khalifah Uthman telah menghantar rombongan yang diketuai oleh Saad Bin Abi Waqqas (bapa saudara Nabi sebelah ibu) ke China. -Rombongan tersebut telah menghadap mengadap Maharaja Yung Wei pada zaman Dinasti Tang. - Maharaja Yung Wei menerima baik ajaran Islam. -Baginda memerintahkan pembinaan Masjid Peringatan di Canton -Islam juga tersebar ke China melalui hubungan perdagangan antara pedagang Arab dan pedagang China -Islam berkembang ke China melaui jalan laut dan jalan darat. Jalan laut bermula dari Teluk Parsi dan bahagian selatan Semenanjung Tanah Arab hingga ke Lautan Hindi dan seterusnya ke bandar-bandar tenggara China seperti Canton -Jalan darat yang dikenali sebagai Silk Road ( Jalan Sutera) bermula dari Timur Mediterranean hingga ke Asia Tengah, Bukhara dan Samarkand sebelum masuk ke barat laut China dan berakhir di pasar Changan (Xi’an) dan Peking. -Perkahwinan antara pedagang Arab dengan penduduk tempatan juga menyumbang kepada kedatangan Islam di China
sumbangannya terhadap peradaban tamadun china
-Banyak masjid dibina – masjid zing zhu -Seni ukir masjid menggunakan corak tulisan al Quran dan flora -Sumbangan dari segi gaya hidup masayarakat -kerajaan china mengamalkan dasar hidup toleransi beragama
|
|