|
Post by hairaini on Dec 19, 2014 5:59:54 GMT
Refleksi 1
Pencapaian Tamadun Cina: ( )Dalam bidang muzik klasik - Sistem muzik yan paling lama dan berkembang iaitu meniup (di zi), genderang(mu yu), memetik(pi pa), menggesek(er hu). ( )Dalam bidang seni lukis - Contohnya, kaligrafi dan puisi. ( )Dalam bidang seni bina - Membuat binaan yang harmoni dengan alam semesta. - Lokasi dan susunan rumah ditetapkan dengan panduan teori feng shui. - contoh: pembinaan tembok besar cina semasa dinasti chin yang panjangnya kira-kira 2410km dan setinggi 40-50 kaki. ( )Dalam bidang astronomi - Menyatakan katalog bintang, mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet. ( )Dalam bidang perubatan - contohnya: akupunktur, aurikuloterapi, terapi makanan cina, perubatan herba cina, bekam cina. Bezakan pencapaian ketiga-tiga tamadun. Tamadun cina lebih kepada pencapaian dalam bidang kesenian muzik, bahasa dan lukisan. Bagi tamadun Islam pula lebih kepada pembetulan akhlak, ketuhanan kasih sayang dan kekuasaan. Tamadun India pula lebih kepada kesenian dalam seni bina kuil-kuil mereka.
|
|
|
Post by Sara Nabilah on Dec 19, 2014 10:42:01 GMT
Kesenian Muzik klasik yang terbahagi kepada kategori meniup, genderang,memetik dan menggesek Seni lukis-mempunyai hubungan rapat dengan kaligrafi dan puisi.Lukisan cina merupakan kombinasi. lukisan menggunakan dakwat monokrom .lukisan cina adalah terhad dan tidak menyeluruh.
Seni bina-ciri utama binaan cina adalah keinginan membuat binaan yang berharmoni dengan alam semesta.Terdapat kepercayaan fengshui iaitu lokasi dan susunan dalam sesebuah rumah atau kubur selalunya ditetapkan dengan panduan teori fengshui. Terkenal dengan binaan tembok Besar Cina dibina semasa dinasti Chin Di bandar lain tembok dibuat daripada tanah liat dan batu bata, Setiap tembok ada pintu gerbang yang bertujuan untuk memagari kuil- kuil, istana dan rumah- rumah kediaman
Kaligrafi- gaya cap, gaya resmi, gaya balok, gaya kursif
Kesusasteraan Puisi- terawal bertajuk Shijing (klasik Puisi), mengandungi 305 buah nyanyian kuil, nyanyian istana, nyanyian rakyat pada tempoh zaman Zhou Barat hingga zaman musim bunga Musim Luruh Prosa- seperti puisi purba, mempunyai fungsi sosial dan politik, sesebuah prosa yang berkualiti haruslah bermanfaat dari segi moral dan etika, untuk menjalankan Dao atau menunjukkan jalan dan cara dari segi moral dan etika. Drama – paling menarik adalah jenis zaju yang berbentuk puisi tapi diubahmengikut suit muzik tertentu dan bersemarak pada zaman yuan.sebagai saluran untuk menyampaikan ketidak puasan hati dan berperanan untuk mendapat konsesus dan simpati penonton.
Sains dan teknologi Teknologi kejuruteraan hidraulik yang mengawal banjir Sungai Kuning i) Bidang astronomi- menyediakan katalog bintang,mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet ii) Bidang matematik- penggunaan sempoa iii) Bidang perubatan- teori kosmik dualistik,yin and yang, lima elemen
Refleksi tamadun 2 Kedatangan islam ke China -berkembang melalui jalan laut dan jalan darat -jalan laut bermula dari Teluk Selatan Semenanjung Tanah Arab hingga ke Lautan Hindi dan ke Bandar- bandar tenggara China. -jalan darat dikenali sebagai silk Road Zaman kegemilangan china-Iaitu pada zaman pemerintahan dinasti yuan dan dinasti
|
|
|
Post by nikamalia on Dec 19, 2014 13:51:06 GMT
NIK AMALIA ZAINAB BINTI NIK MOHAMED
Tamadun China
a) Kesenian Muzik klasik adalah antara muzik yang paling lama dan paling berkembang. Pada awalnya, muzik ini hanya melibatkan kegiatan di istana, perayaan rakyat dan peristiwa yang berkaitan dengan agama.
Seni lukis Lukisan mempunyai hubungan yang rapat dengan puisi dan kaligrafi. Keramaian lukisan cina dilukis dengan menggunakan dakwat monokrom. Orang cina tidak menerima lukisan yang cantik rupanya tetapi temanya tidak memberikan manfat dari segi keimanan dan akhlak.
b) Seni bina Antara ciri utama binaan cina ialah keinginan untuk membuat binaan yang harmoni dengan alam semesta. Contoh seni bina China ialah Tembok Besar China. Tembok Besar yang dibina daripada tembok batu memperlihatkan kemajuan dalam membuat tembok-tembok.
c) Kaligrafi Memiliki gaya yang unik. Gaya kaligrafi yang sering ditemui ialah cap(zhuanshu), resmi(lishu), balok(kaishu) dan kursif(caoshu dan xingshu)
d) Prosa Mempunyai fungsi sosial dan politik. Salah satu tujun penulisan prosa ialah untuk menyampaikan ‘Dao’. Bagi seorang sarjana tradisional terutamanya sarjana Konfusian, prosa yang berkualiti harus beranfaat dari segi etika dan moral.
e) Drama Drama Cina yang paling menarik ialah jenis zaju, di mana para penulis menggunakan karya mereka sebagai saluran untuk mengeluarkan perasaan tidak puas hati dan pengkritik sosial selain hiburan. Zaju banyak menyokong nilai-nilai Cina tadisional seperti zhong(kesetiaan), xiao(penghormatan terhadap ibu bapa), jie(kesucian seorang wanita) dan yi(keadilan).
f) Sains dan teknologi -Astronomi: Pada zaman Dinasti Zhou, orang cina mampu menyediakan katalog bintang, mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet. -Matematik: Penggunaan sempoa buat pertama kali -Perubatan: Rangka teori asas bagi perubatan cina tradisional ialah teori komik dualistik, yin & yang dan juga lima elemen. Selain itu akupunktur dan aurikuloterapi(akupunktur tanpa jarum) juga merupakan perubatan cina.
Tamadun India
a) Sains dan teknologi -Geometri: Digunakan dlm upacara keagamaan seperti upacara pengorbanan. -Algebra: Mempunyai algebra sehingga mereka dapat membezakan diantara nombor abstrak dengan nombor kuantiti objek atau keluasan ruang. -Angka sifar: Tamadun India juga memperkenalkan angka sifar. Hal ini dapat dilihat dalam transkrip awal India yang ditemui di Gujerat thn 595 m membuktikan bahawa tamadun India telah menggunakan simbol Yunani, Romawi & Hebrew. -Perpuluhan matematik: Dicipta semasa tamadun India dan ciptaan mereka telah diambil oleh orang arab. Sebagai bukti, ilmu matematik dinamakan oleh orang Arab sebagai Hindisat.
b) Astronomi & Kalendar -digunakan untuk menentukan masa upacara pengorbanan. -kalendar matahari dicipta untuk mengenal musim, tahun, bulan dan hari. -bidang Astrologi berkembang pada zaman Gupta c) Fizik -konsep jirim lahir bukan berdasarkan kepada eksperimen tetapi berasaskan kepada institusi logik akal. -alam semesta dijelaskan oleh tamadun India mempunyai lima elemen iaitu tanah, angin, api, air dan angkasa dan semua unsur alam ini adalah bercirikan atom
d) Kimia -tamadun india menghasilkan ubat bertujuan untuk memanjangkan usia, membuat racun dan lain-lain -penciptaan beberapa bahan alkali utama, asid dan garam logam dihasilkan melalui proses kimia perubatan. -ubat bedil juga dihasilkan melalui proses yang mudah seperti pembakaran & penyulingan.
e) Logam -tamadun India memperlihatkan kemahiran yang tinggi dalam pertukangan besi dan ini boleh dilihat dengan jelas pada tiang besi di Delhi dlm abad ke 5 Masihi. Tiang tersebut merupakan setinggi 7 meter dan kelebihannya ialah tahan karat. -barangan keluaran tamadun India mendapat pengiktirafan daripada tamadun lain seperti tamadun Romawi dan Asia Barat.
6.Perubatan : -sejak zaman Veda lagi tamadun India mempunyai kemahiran dlm bidang perubatan dan bagi mereka ilmu perubatan merupakan ilmu sihir. -perkembangan bidang fisiologi, pembedahan, seni pernafasan, reproduksi mausia, farmakologi dan veterinari telah berlaku sejak zaman sebelum masihi lg. -karya perubatan telah banyak dihasilkan. Sebagai contoh, Caraka yang dihasilkan pada abad 1 Masihi Susruta yang dihasilkan dalam abad ke 4 Masihi. Karya ini dikatakan setanding dengan karya perubatan Hippocrates dan Galen dari Yunani. Tamadun Islam
a) Falsafah dan pemikiran Melalui falsafah dan pemikiran, tamadun Islam telah berjaya menghilangkan pemikiran manusia yang kolot terutamanya pada zaman kegelapan. Dalam aspek ini, konsep pendidikan, keintelektualan dan penerokaan ilmu diutamakan.
b) Kemasyarakatan Sebelum kedatangan tamadun Islam, kehidupan manusia sangat kacau bilau terutamanya pada zaman jahiliah. Tamadun Islam memperkenalkan konsep keadilan tanpa mengira kedudukan atau pangkat dalam masyarakat. Tamadun Islam juga memperkenalkan sistem Khalifah yang adil dan sistematik. Tamadun Islam juga menyedarkan masyarakat bahawa mereka mempunyai hak-hak tertentu.
c) Ekonomi Pada zaman jahiliah, aktiviti ekonomi diadakan dengan menggunakan amalan riba dan penindasan. Ekonomi Islam ialah suatu ilmu yang berteraskan syaria’ah bagi melindungi ketidakadilan dalam pemerolehan dan penggunaan sumber alam, dengan memenuhi kepuasan manusia untuk melaksankan tanggungjawab terhadap Allah dan masyarakat keseluruhannya.
d) Perubatan Abu Bakr Muhammad Ibn Zakariyya al-Razi (Rhazes) merupakan ahli perubatan yang pertama membezakan penyakit cacar dan campak. Ali ibn al-Abbas al-Ahwazi pula merupakan ahli perubatan yang pertama menerangkan hubungan antara rangkaian urat dengan arteri. Abu Qasim ibn al-Khalaf ibn al-Abbas al-Zahrawi telah mencipta alat perkakas untuk pembedahan dan berjaya mencipta 300 jenis alat dan perkakas yang diperlukan dalam perubatan. Buku-buku perubatan juga telah ditulis oleh tokoh-tokoh yang dilahirkan dalam tamadun Islam.
e) Sains dan teknologi -Astronomi: Ibn Al Zarqiyali adalah seorang tokoh yang mahir dalam menentukan gerhana matahari. Beliau juga telah mencipta kompas untuk menentukan jarak antara bulan dan bumi di antara bintang dan matahari. Abdul Rahman Al-Sufi menulis buku yang memuatkan peta bintang-bintang tetap dengan rajah dan menjadi panduan bagi para pedagang yang belayar. -Fizik: Fizik dalam agama Islam mengutamakan konsep “fizik tidak menafikan metafizik” iaitu penekanan dalam perkaitan antara fenomena alam dengan al-Khaliq. -Kimia: Abu Musa Jabir Ibn Hayyan Al-Tusi telah memperkenalkan kaedah sejatan, penyulingan, pemejalwapan, penghabluran, kaedah oksida logam bakar, percantuman dan turunan. Beliau juga mncpta asid galian seperti HNO3 dan H2SO4. Terdapat beberapa versi kedatangan Islam ke negeri China iaitu yang pertama, Islam dibawa China oleh Hamzah bin Hamzah, anak Hamzah bin Abi Talib. Versi kedua mengatakan kedatangan Saad bin Abi Waqas bersama 15 orang mubaligh lain mengadap Maharaja Yung Wei pada zaman Dinasti Tang. Versi ketiga ialah pula menurut Ibrahim Ma, seorang sejarah tempatan melaporkan pendakwah Islam yang pertama datang ialah Saad bin Lubayd yang tiba di Canton pada 630M. Versi keempat pula ialah hubungan perdagangan Arab dengan China sejak abad ke 4M. Agama Islam telah berkembang ke China dengan dua jalan, iaitu jalan laut dan jalan darat. Jalan laut bermula dari Teluk Parsi dan bahagian selatan Semenanjung Tanah Arab hingga ke Lautan Hindi dan seterusnya ke bandar-bandar tenggara China seperti Canton. Jalan darat yang dikenali sebagai Silk Road ( Jalan Sutera) pula bermula dari Timur Mediterranean hingga ke Asia Tengah, Bukhara dan Samarkand sebelum masuk ke barat laut China dan berakhir di pasar Changan (Xi’an) dan Peking. Pada peringkat awal iaitu pada abad ke 7M, masyarakat Islam di China terdiri daripada para pendatang Arab dan Parsi. Tujuan mereka ialah berdagang sambil menyebarkan Islam. Perluasan kuasa ke kawasan Asia Tengah seperti Samarkhand, Bukhara dan di wilayah Sinkiang mempercepatkan penyebaran Islam ke China. Hubungan diplomatik juga dijalinkan diantara masyarakat muslim di Singkiang dengan Maharaja China. Setelah itu pendatang Arab dan Parsi telah berkahwin dengan wanita tempatan. Berlaku proses asimilasi dengan masyarakat tempatan, maka ramai daripada mereka memeluk Islam. Penempatan orang Arab telah berkembang di kawasan selatan negeri China seperti Chuan Chow, Chang Chow, dan Kwang Chow(Canton) manakala pada zaman Dinasti Sung mereka telah dibenarkan membuat perkampungan sendiri. Menurut Ibnu Battuta, sewaktu lawatan beliau ke China setiap perkampungan Islam telah didirikan sebuah masjid. Sebagai contoh Maharaja Huang Chu telah mendirikan sebuah masjid jamek di Nanking. Di Nanking sahaja terdapat 36 buah masjid. Masjid telah dijadikan sebagai pusat ibadat,pusat kegiatan ilmu dan pertemuan untukkegiatan kemasyarakatan orang islam. Kesannya kegiatan dakwah telah berkembang dengan pesat. Di pinggir bandar Canton telah dibina institut pengajian Agama dan tarekat yang dipimpin oleh Syeikh Burhanuddin. Pada zaman Dinasti Yuan ini juga telah terdapat beberapa orang ulama besar yang menetap di China seperti Fuqaha al-Muazzam Maulana Qawamuddin al-Sibti.
Yusuf Chang dalam sebuah artikelnya menyatakan bahawa Chu Yuan Chang (Maharaja Hung Wu) seorang Islam dari keturunan Semu telah datang ke China dalam zaman Yuan. Seorang lagi sejarawan China seperti Muhammad Pai Shou Yi juga menyatakan bahawa selain Chu Yuan Chang, permaisurinya iaitu Ratu Ma Hou jelas beragama Islam kerana baginda berasal daripada keluarga Ma di An Hui. Setelah menawan Nanking, Chu Yuan Chang telah mendirikan sebuah masjid jami'. Masjid ini dinamakan Masjid Chin Juieh yang bermaksud 'Pencerahan Murni'. Ibrahim Tien Ying Ma, bekas mufti Peking (Beijing) dan salah seorang pegawai Republik China sebelum China jatuh ke tangan Komunis pada tahun 1949, telah menyatakan bahawa Dinasti Ming adalah sebuah kerajaan Islam. Beliau menjelaskan bahawa 'Ming' bermaksud 'gilang-gemilang atau terang-benderang'. Perkara ini mengingatkan kita kepada tindakan Rasulullah Saw ketika mula-mula sampai ke Yathrib pada tahun 622M. Baginda telah menukarkan nama kota itu kepada Madinah al-Munawarah atau 'Kota yang gilang-gemilang dan bercahaya'. Perkara ini bukanlah satu kebetulan. Ia memang disengajakan kerana pengasas kerajaan Ming adalah seorang Islam (1979:134).
Apabila Islam menjadi kuat dan berpengaruh akhirnya terbentuk beberapa buah kerajaan di China yang mengamalkan dasar toleransi beragama seperti Dinasti Yuan dan Dinasti Ming. Ramai ilmuan Islam dibawa masuk untuk berkhidmat sebagai pentadbir, pakar kewangan, arkitek, ahli sains dan matematik, ahli kaji bintang dan sasterawan. Kerajaan Islam telah memberikan sumbangan besar kepada perkembangan Islam dan tamadunnya di China dalam bidang sains dan astronomi. Sebagai contoh, Teha Ma-Lou-Tin (Jamaluddin) berjaya mencipta takwim Wan Nien Li yang dugunakan sebagai takwim rasmi kerajaan Yuan.
|
|
|
Post by izzahfazira on Dec 19, 2014 14:29:47 GMT
Refleksi 1:
Pencapaian tamadun China: •Sains dan teknologi: o Teknologi kejuruteraan digunakan dan dikembangkan untuk mengawal banjir Sungai Kuning. o Ilmu astronomi dianggap ilmu sains Negara. o Ilmu perubatan berasaskan konsep Yin & Yang. o Penciptaan kertas dari rami (jerami padi), buloh dan sayur-sayuran yang dicincang. o Penggunaan sempoa buat pertama kalinya oleh ahli matematik Cina, Xu Yue. o Penciptaan mesin pencetak pada zaman Dinasti Tang. o Penciptaan ubat bedil iaitu serbuk letupan digunakan secara meluas dalam penghasilan bunga api. o Pembinaan magnet yang telah digunakan pada abad ke-1 hingga ke-6 Masihi. o Membuahkan penghasilan kompas yang boleh digunakan semasa pelayaran. •Bahasa dan kesusasteraan: o Antologi puisi terawal China ialah Shi Jing – mengandungi 305 buah nyanyian kuil serta nyanyian istana dan rakyat. o Prosa klasik atau dikenali Guwen adalah dominan dalam satera klasik Cina dan ia mempunyai fungsi sosial dan politik. o Drama digunakan oleh penulis sebagai saluran untuk meluahkan ketidakpuasan perasaan dan mengkritik kerajaan pemerintah seperti drama Dou’er Yuan (ketidakadilan Yuan). •Kesenian: o Seni bina: Pembinaan tembok besar bagi menghalang kemaraan musuh. Kebanyakan bangunan lama atau tradisi dibina daripada material kayudan batu bata. Mempunyai tembok yang besar, khususnya istana-istana lama yang dibina akan dipagari oleh tembok besar. Pembinaan bangunan bergantung kepada kepercayaan orang China se¬perti Yin dan Yang dan Feng Shui. Pagoda telah diperkenalkan semasa kemasukan agama Buddha ke Negara China. o Seni muzik: Muzik klasik (meniup, menggesek, memetik). o Seni lukis: Puisi, kaligrafi, lukisan potret dan landskap serta seni ukir cap.
Bandingan antara tamadun: •Dari yang kita lihat, tamadun China lebih cenderung kepada teknologi yang masyarakatnya cipta serta fungsi-fungsi teknologi tersebut dalam kehidupan seharian. •Tamadun Islam pula lebih fokus terhadap perluasan kuasa serta perkembangan ilmu pengetahuan. •Tamadun India pula lebih fokus terhadap kesenian.
Refleksi 2:
Kedatangan Islam dan pengaruhnya di China: •Khalifah Uthman telah menghantar rombongan yang diketuai oleh Saad Bin Abi Waqqas (bapa saudara Nabi sebelah ibu) ke China untuk menyebarkan Islam. Rombongan tersebut telah menghadap mengadap Maharaja Yung Wei pada zaman Dinasti Tang. Maharaja Yung Wei menerima baik ajaran Islam. Baginda memerintahkan pembinaan Masjid Peringatan di Canton bagi memperingati kedatangan Islam di China. •Kedatangan Islam ke China juga dikaitkan dengan hubungan perdagangan Arab dengan China melalui perdagangan. •Agama Islam telah berkembang ke China dengan dua jalan, iaitu jalan laut dan jalan darat. Melalui jalan laut bermula dari Teluk Parsi dan bahagian selatan Semenanjung Tanah Arab hingga ke Lautan Hindi dan seterusnya ke bandar-bandar tenggara China seperti Canton. Manakala jalan darat yang dikenali sebagai Silk Road ( Jalan Sutera) bermula dari Timur Mediterranean hingga ke Asia Tengah, Bukhara dan Samarkand sebelum masuk ke barat laut China dan berakhir di pasar Changan (Xi’an) dan Peking. •Pada peringkat awal iaitu pada abad ke 7M, masyarakat Islam di China terdiri daripada para pendatang Arab dan Parsi yang datang untuk berdagang sambil menyebarkan Islam. •Setelah itu pendatang Arab dan Parsi telah berkahwin dengan wanita tempatan. Berlaku proses asimilasi dengan masyarakat tempatan, maka ramai daripada mereka memeluk Islam.
Kegemilangan Islam di China: Apabila Islam menjadi kuat dan berpengaruh akhirnya terbentuk beberapa buah kerajaan di China yang mengamalkan dasar toleransi beragama seperti Dinasti Yuan dan Dinasti Ming. Kerajaan Islam telah memberikan sumbangan besar kepada perkembangan Islam dan tamadunnya di China dalam bidang sains dan astronomi, politik serta pentadbiran dan gaya hidup masyarakat.
|
|
|
Post by anisahmunirah on Dec 19, 2014 15:25:23 GMT
ANISAH MUNIRAH BINTI MOHD FAIZ - 2014410298
Refleksi Tamadun 1
Antara pencapaian tamadun China ialah:
1) Kesenian - Antara pencapaian tamadun China dalam kesenian ialah dalam bidang lukisan iaitu terdiri daripada seni kaligrafi menggunakan dakwat monokrom, lukisan potret dan landskap serta seni ukir cap. Selain itu, tamadun China juga cemerlang dalam seni muzik iaitu muzik klasik (meniup, menggesek, memetik)
2) Seni Bina - Tamadun China juga mencapai kegemilangan dalam aspek seni bina. Kebanyakkan seni bina di China berkait dengan alam semesta dan kepercayaan feng shui untuk menentukan kesesuaian lokasi seni bina. Semasa dinasti Chou, tembok besar telah dibina bagi mempertahankan negara. Selain itu, seni bina di China juga antaranya ialah kuil-kuil dan istana.
3) Sastera - Tamadun China juga sangat terkenal dalam bidang sastera. Antara sastera china ialah puisi klasik sepeti Shi Jing, prosa yang mempunyai manfaat moral dan juga drama-drama yang mempunyai nilai menyokong cina.
4) Sains dan Teknologi - Astronomi : penyediaan katalog bintang, catatan rekod gerhana dan komet
- Matematik : menggunakan sempoa
- Perubatan : memperkenalkan akupunktur, bekam Cina dan perubatan menggunakan herba.
- Lain lain seperti penciptaan kompas, kertas dan serbuk letupan.
Dalam pencapaian tamadun, dapat dilihat bahawa tamadun Cina lebih berkembang dari segi sastera manakala tamadun India lebih cenderung berkembang dalam aspek seni bina nya yang unik. Tamadun Islam pula mencapai perkembangan yang tinggi dalam bidang ilmu dan terjemahan.
Refleksi Tamadun 2
Maharaja Shing Zou menjemput 5300 orang Islam untuk menetap di ibu negeri China. Kedatangan Islam di China melalui dua jalan iaitu jalan laut dan darat. East Mosque di Sanya telah dibawa oleh orang Vietnam melalui jalan laut menerusi perdagangan dan penghijarahan. Islam juga berkembang melalui perkahwinan bangsa Arab dan Parsi dengan masyarakat China. Islam juga berkembang melalui pengislaman Maharaja China pada zaman dinasti Tang. Pengislaman maharaja ini diikuti oleh pengislaman pembesar dan rakyat. Saudagar dari Arab dan Parsi yang datang ke China telah mengislamkan orang tempatan. Pusat Islam juga semakin berkembang di China.
Antara pengaruh Islam dalam tamadun China ialah seni bina masjid mengikut seni bina dari Arab, Parsi dan Iran. Terdapat ayat-ayat Al-Quran di dinding masjid.
|
|
|
Post by nazihahothamanhs2441a on Dec 19, 2014 15:48:19 GMT
NOR NAZIHAH BINTI CHE OTHAMAN HS2441A
REFLEKSI 1
Pencapaian Tamadun China terdapat dalam bidang kesusasteraan, kesenian, sains dan teknologi China. Tamadun China merupakan sebuah tamadun berorientasikan agrarian atau pertanian yang sangat dipengaruhi oleh keadaan cuaca dan sifat geografi dalam proses pembangunan dan perkembagan. Tamadun China telah melahirkan perkembangan pelbagai aliran falsafah, organisasi politik secara kompleks, serta sistem pentadbiran dan institusi sosial yang maju. Dalam bahasa dan kesusasteraan China Klasik bermula sekurang-kurangnya seawal kurun ke-14 SM dan perkembangannya berterusan lebih daripada 3000 tahun. Bahasa Cina telah mengekalkan identitinya dari segi lisan dan tulisan “ walaupun negara China pernah diperintah oleh puak asing seperti orang Monggol ( Dinasti Yuan, 1279-1368 ) dan orang Manchu ( Dinasti Qing, 1644-1911 ). Tulisan China pada dasarnya bersifat grafik dan bukan fonetik,sifat ini menjadikan Bahasa Cina kurang sesuai untuk digunakan dalam usaha mentranskripsikan bahasa lain. Sifat Bahasa Cina yang bukan berabjad-fonetik bermakna huruf-hurufnya tidak menunjukkan bunyi sebutan. Bahasa Cina boleh disebut dalam kelainan cara dari segi fonologi mengikut tempat atau mengikut kesesuaian selaras dengan perubahan zaman-zaman dalam sejarah China. Sifat bahasa cina ini mengekalkan kesinambungan budaya Cina dan membolehkan kesusasteraan Cina klasik terus menjadi aset budaya masyarakat Cina yang amat bernilai. Membezakan tamdun china dengan tamadu India dan tamadun Islam ialah tamadun china lebih terserlah kepada teknologi maju yang mereka cipta dalam kehidupan seharian manakala tamadun Islam lebih terserlah kepada kebesaran wilayah dan pendidikan dalam legasi pembangunan tamadun tersebut manakala tamadun India mempunyai sistem kasta.
|
|
|
Post by nazihahothamanhs2441a on Dec 19, 2014 16:13:09 GMT
NOR NAZIHAH BINTI CHE OTHAMAN HS2441A
REFLEKSI 2
Kedatangan Islam Ke China. Agama Islam telah berkembang ke China dengan dua jalan, iaitu jalan laut dan jalan darat. Melalui jalan laut bermula dari Teluk Parsi dan bahagian selatan Semenanjung Tanah Arab hingga ke Lautan Hindi dan seterusnya ke bandar-bandar tenggara China seperti Canton. Manakala jalan darat yang dikenali sebagai Silk Road (Jalan Sutera) bermula dari Timur Mediterranean hingga ke Asia Tengah, Bukhara dan Samarkand sebelum masuk ke barat laut China dan berakhir di pasar Changan (Xi’an) dan Peking. Pendatang Arab dan Parsi. Pada peringkat awal iaitu pada abad ke 7M, masyarakat Islam di China terdiri daripada para pendatang Arab dan Parsi. Tujuan asalnya ialah berdagang sambil menyebarkan Islam. Perluasan kuasa ke Asia Tengah. Perluasan kuasa ke kawasan Asia Tengah seperti Samarkhand, Bukhara, di wilayah Sinkiang mempercepatkan penyebaran Islam ke China. Hubungan diplomatik juga dijalinkan diantara masyarakat muslim di Singkiang dengan Maharaja China. Asimilasi. Setelah itu pendatang Arab dan Parsi telah berkahwin dengan wanita tempatan. Berlaku proses asimilasi dengan masyarakat tempatan, maka ramai daripada mereka memeluk Islam. Pada tahun 878M telah terdapat seramai 120,000 orang asing khususnya Arab Islam di Cina. Pada zaman akhir Dinasti Yuan penduduk Islam dianggarkan 4,000,000 orang. Penempatan masyarakat Islam. Justeru itu penempatan orang Arab telah berkembang di kawasan selatan negeri China seperti Chuan Chow, Chang Chow, dan Kwang Chow (Canton).manakala pada zaman Dinasti Sung telah dibenarkan membuat perkampungan sendiri. Pembinaan masjid. Menurut Ibnu Battuta sewaktu lawatan beliau ke China setiap perkampungan Islam telah didirikan sebuah masjid. Sebagai contoh Maharaja Huang Chu telah mendirikan sebuah masjid jamik di Nanking. Di Nanking sahaja terdapat 36 buah masjid. Masjid telah dijadikan sebagai pusat ibadat,pusat kegiatan ilmu dan pertemuan untuk kegiatan kemasyarakatan orang islam. Kesannya kegiatan dakwah telah berkembang dengan pesat. Di pinggir bandar Canton telah dibina sebuah zawiyah iaitu institut pengajian Agama dan tarekat yang dipimpin oleh Syeikh Burhanuddin. Peranan ulamak. Pada zaman Dinasti Yuan ini juga telah terdapat beberapa orang ulama besar yang menetap di China seperti Fuqaha al-Muazzam Maulana Qawamuddin al-Sibti. Seorang ulama fekah mazhab Maliki yang berasal dari Maghribi. Dasar Kerajaan China. Apabila Islam menjadi kuat dan berpengaruh akhirnya terbentuk beberapa buah kerajaan di China yang mengamalkan dasar toleransi beragama seperti DinastiYuan dan Dinasti Ming. Ramai ilmuan Islam dibawa masuk untuk berkhidmat sebagai pentadbir, pakar kewangan, arkitek, ahli sains dan matematik, ahli kaji bintang dan sasterawan. Sebagai contoh pada zaman Dinasti Yuan, dasar anti confucianisme diamalkan dang mengutama orang luar terutama orang Islam. Seorang pentadbirnya terdiri daripada seorang Islam bernama Abdul Rahman menjawat jawatan Ketua Pemungut Cukai. Seorang lagi ialah Syed Ajall yang dikenali orang China sebagai Say Dian Chih yang pernah dilantik sebagai Menteri Kewangan pada 1259M dan Gabnor Yunan.
Kerajaan Islam telah memberikan sumbangan besar kepada perkembangan Islam dan tamadunnya di China dalam bidang sains dan astronomi bilamana Teha Ma-Lou-Tin (Jamaluddin) berjaya mencipta takwim Wan Nien Li yang dugunakan sebagai takwim rasmi kerajaan Yuan. Begitu juga tokoh astronomi bernama Ma Cha –ye-he dan Laksamana Cheng Ho (Muhammad Ma HO/Zheng He ) zaman Dinasti Ming .
|
|
lyana
New Member
Posts: 6
|
Post by lyana on Dec 19, 2014 16:13:57 GMT
LYANA BINTI ABD RAHIM
REFLEKSI 1
PENCAPAIAN TAMADUN CHINA -Bidang sains dan kejuruteraan: hidraulik, teknologi melebur dan menuan besi ke dalam acuan dan pengeluarannya. -Bidang seni: tembok, binaan tradisional daripada kayu berkualiti yang berbentuk tiang dan ambang. -Bidang astronomi: peralatan astronomi, penyelenggaraan rekod astronomi, system calendar cina. -Bidang matematik: Nilai Pi, system pecahan dan perpuluhan. -Bidang perubatan: akupuntur, moxihustion (perubatan herba, Aurikulo terapi, bekam angina).
PERBANDINGAN PENCAPAIAN ANTARA KEDUA-DUA TAMADUN -Tamadun China lebih maju dari segi teknologi dan perubatan ; Tamadun Islam mempunyai pencapaian dalam penyebaran agama Islam dan fokus kepada tuntutan ilmu.
REFLEKSI 2
KEDATANGAN ISLAM DAN PENGARUHANNYA DI CHINA -Penghantaran Saad bin Abi Waqqas oleh Uthman bin Affan pada 29H untuk menyampaikan dakwah kepada maharaja. -Maharaja mengarah untuk pembinaan masjid di Canton. -Qutaibah bin Muslim dan tenteranya menakluk kashgar, ibu kota Turkestan timur dan menyeru maharaja untuk memeluk islam. -tentera islam menetap di china dan berkahwin dengan orang cina.
ZAMAN KEGEMILANGAN ISLAM DI CHINA -Empayar Ming
SUMBANGAN ISLAM TERHADAP PERADABAN TAMADUN CHINA -Pusat-pusat islam dan masjid dibina. -guru-guru mengajar secara sukarela di east mosque. -perkampungan arab sebagai pusat persinggahan, perdagangan dan penyebaran ilmu.
|
|
|
Post by farahana on Dec 19, 2014 16:22:56 GMT
REFLEKSI TAMADUN 1
Pencapaian yang diperolehi dalam tamadun cina; -kesenian, contohnya muzik klasik(dizi,muyu,pipa) dan seni lukis -seni bina contohnya tembok besar cina -sastera contohnya puisi,prosa,drama -sains dan teknologi contohnya matematik,perubatan,astronomi
perbezaan tamadun cina berbanding tamadun2 lain ialah cina lebih maju dan handal dalam perubatan. Sebagai contoh bekam,akupunktur yang mengubati pelbagai penyakit. Pelbagai herba perubatan juga diperolehi dari tamadun cina. India pula maju dalam seni bina nya, manakala tamadun Islam pula dalam bidang ilmu dan terjemahan.
REFLEKSI TAMADUN 2
Menurut catatan rasmi orang china,hubungan antara arab parsi dan cina melalui hubungan darat dan laut. Dikatakan kapal2 dagang cina telah sampai ke teluk parsi sejak abad ke 5 masehi lagi.Saad bin Waqas dikatakan pernah sampai ke cina.Islam juga berkembang melalui pengislaman panglima besar cina pada ketika itu. Pengislaman ini diikuti oleh pembesar dan rakyat.Saudagar parsi dan arab yang datang berdagang ke cina mengislamkan penduduk tempatan.
Sumbangan islam dalam tamadun cina dapat dilihat dalam seni bina masjid.Terdapat tulisan arab, ayat2 quran dan lukisan bertemakan alam sekitar pada binaan masjid.
|
|
|
Post by fazreen on Dec 19, 2014 17:04:14 GMT
FAZREEN SYAHIRA BINTI ZULKIFLEE
Refleksi 1
Pencapaian Tamadun China :
-Bidang Astronomi : orang Cina mampu menyediakan katalog bintang, mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet, penghasilan peralatan astronomi dan penyelenggaran rekod astronomi yang sempurna, tepat dan sempurna. Sistem kalendar Cina juga salah satu sistem yang paling awal, maju dan tepat.
-Bidang Matematik : Penggunaan sempoa (abacus) disebut buat pertama kali pada kurun ke-2 dalam karya ahli matematik Xu Yue. Jiuzhang Suanshu (Sembilan Bab Matematik) oleh Zhang Cang, mencatat catatan mengenai kuantiti negatif.- Mengenal pasti nilai pi, sistem pecahan dan sistem perpuluhan.
-Bidang Perubatan : Bersifat kepurbaan dan bebas daripada pengaruh asing.- Rangka teori asas bagi perubatan Cina tradisional ialah teori kosmik dualistik, yin dan yang dan juga lima elemen.
-Kesenian : Muzik klasik (meniup, menggesek, memetik)
-Seni Lukis : puisi,kaligrafi,lukisan potret dan landskap, seni ukir cap
-Seni bina : binaan yang harmoni dengan alam semesta. kepercayaan fengshui, pembinaan tembok besar semasa dinasti chou, kuil-kuil, istana di kota larangan
-Fiksyen : ditulis dalam Bahasa vernacula
-Sastera : prosa, puisi dan drama
Perbandingan pencapaian antara tamadun -Tamadun Cina lebih maju dari segi teknologi dan juga perubatan -Tamadun Islam telah berjaya membesarkan kawasan jajahan takluk dalam usaha penyebaran Islam -Tamadun India menyerlahkan pembangunan mereka dalam kesenian binaan bangunan
REFLEKSI 2
Pengaruh kedatangan Islam di China:
-Khalifah Uthman telah menghantar rombongan yang diketuai oleh Saad Bin Abi Waqqas (bapa saudara Nabi sebelah ibu) ke China.Rombongan tersebut telah menghadap mengadap Maharaja Yung Wei pada zaman Dinasti Tang. Maharaja Yung Wei menerima baik ajaran Islam. Baginda memerintahkan pembinaan Masjid Peringatan di Canton -Islam juga tersebar ke China melalui hubungan perdagangan antara pedagang Arab dan pedagang China -Islam berkembang ke China melaui jalan laut dan jalan darat. Jalan laut bermula dari Teluk Parsi dan bahagian selatan Semenanjung Tanah Arab hingga ke Lautan Hindi dan seterusnya ke bandar-bandar tenggara China seperti Canton.Jalan darat yang dikenali sebagai Silk Road ( Jalan Sutera) bermula dari Timur Mediterranean hingga ke Asia Tengah, Bukhara dan Samarkand sebelum masuk ke barat laut China dan berakhir di pasar Changan (Xi’an) dan Peking. -Perkahwinan antara pedagang Arab dengan penduduk tempatan juga menyumbang kepada kedatangan Islam di China
Kegemilangan Islam di China :
-Kedatangan Islam menyebabkan terbentuknya beberapa buah kerajaan di China yang mengamalkan dasar toleransi beragama(Dinasti Yuan dan Dinasti Ming). -Kerajaan Islam telah memberikan sumbangan besar kepada perkembangan Islam dan tamadunnya di China dalam bidang sains dan astronomi, politik serta pentadbiran dan gaya hidup masyarakat. -Sumbangan Islam di China dapat dilihat dari segi pembinaan masjid yang pelbagai rupa. -Seni ukir yang terdapat di Masjid pula banyak menggunakan ayat-ayat al-Quran serta corak-corak flora.
|
|
|
Post by nurwafa on Dec 19, 2014 17:49:48 GMT
REFLEKSI 1 Antara pencapaian tamadun China ialah: 1. Kesenian • Muzik klasik iaitu antara sistem muzik paling lama dan paling berkembang yang pada awalnya hanya melibatkan kegiatan di istana, perayaan rakyat dan upacara keagamaan. Kategori dan contohnya: meniup-dizi, genderang-muyu, memetik-pipa, menggesek-erhu. Tokoh seperti Konfucius meminati muzik dan menimbulkan teori muzik yang lebih khusus dan prinsip estetik terhadap muzik. • Cerita fiksyen yang ditulis dalam bahasa vernakular; tetapi golongan terpelajar tradisional yang memandang tinggi stail klasik merasakan fiksyen tidak layak untuk diberikan taraf sastera. Cth: Sanguo Yanyi, Honglou Meng, Shuihu Zhuan, Xiyou Ji dan Jin Ping Mei. • Seni lukis iaitu lukisan berkait rapat dengan kaligrafi dan puisi serta seni ukir cap. Wujud konsep seni halus bagi golongan atasan berpendidikan selepas dinasti Han. Mereka tidak menerima lukisan yang cantik tetapi tidak bertemakan iman dan akhlak. • Seni bina di mana binaan perlu berharmoni dengan alam semesta. Kepercayaan fengshui iaitu lokasi dan susunan ditetapkan mengikut teori fengshui. Tembok Besar China semasa dinasti Chin merupakan antara 7 keajaiban dunia. Kemajuan dalam teknologi pembinaan menggunakan tanah liat dan batu bata. • Kaligrafi antara seni tertua dan memiliki gaya yang unik iaitu gaya cap, gaya resmi, gaya balok dan gaya kursif. 2. Kesusasteraan • Puisi- antologi terawal bertajuk Shi Jing dan yang lain ialah Yu Jing, Shu Jing, Liji dan Chun Qiu. • Prosa seperti puisi purba yang mempunyai fungsi sosial dan politik dan antara tujuannya adalah untuk menyampaikan Dao'. Prosa bersifat puisi, prosa berirama, rapsodi, puisi bersifat prosa, prosa selari, bagu wenzhang, prosa klasik dan prosa vernakular. • Drama yang paling menarik ialah jenis zaju. 3. Sains dan teknologi • Teknologi hidraulik untuk mengawal banjir. • Astronomi- penyediaan katalog bintang dan catatan tepat tentang gerhana dan komet. • Matematik- penggunaan sempoa. • Perubatan- teori kosmik dualistik, yin & yang. Akupunktur, bekam angin, aurikuloterapi, terapi makanan Cina, perubatan herba Cina. • Penciptaan kertas, cetakan, serbuk letupan dan kompas. Perbandingannya ialah tamadun Islam mengutamakan perluasan kuasa untuk penyebaran Islam dan ilmu, tamadun India mengutamakan kesenian dalam adat mereka manakala tamadun China mementingkan penciptaan teknologi untuk pembangunan lahiriah tamadun.
REFLEKSI 2 Penyebaran Islam di China 1. Tempoh yang panjang kira-kira 700-800 tahun dulu. 2. Kadar yang perlahan tetapi stabil. 3. Dibawa oleh kumpulan yang dihantar khalifah Usman pada tahun 651M dan diketuai Saad bin Abi Waqas. 4. Maharaja menerima Islam dengan baik dan mengarahkan pembinaan masjid. 5. Islam tersebar melalui perdagangan dengan pedagang Arab dan Parsi serta perkahwinan antara penduduk tempatan dengan pedagang Islam. 6. Islam disebarkan melalui jalan laut oleh orang Vietnam secara perdagangan dan penghijrahan. 7. Musim monsun digunakan oleh pedagang Islam untuk berdakwah dan penduduk tempatan tertarik dengan sikap murni pedagang Islam yang menjaga kebersihan.
Pengaruh Islam di China 1. Pembinaan masjid di seluruh China dengan ukiran dan corak hiasan yang melambangkan Islam iaitu flora dan geometri serta tulisan khat ayat-ayat al-Quran. 2. Pembinaan perkampungan Arab. 3. Pembinaan sekolah yang majoritinya terdiri daripada penganut Islam menunjukkan toleransi beragama antara masyarakat.
|
|
|
Post by annurfatihah on Dec 20, 2014 5:56:00 GMT
Refleksi tamadun Cina 1
PENCAPAIAN TAMADUN CINA
Kesenian : Mempunyai pelbagai instrument music klasik .
Seni Lukis: ~Lukisan Cina dalam bentuk potret dan lanskap
Sains dan Teknologi: ~Ada katalog bintang dan gerhana matahari(astronomi) ~Penciptaan magnet ~Pumbinaan kuil Pagoda(oktagon) ~Pembinaan tembok besar cina
Empat Ciptaan Agung:Kertas, cetakan, kompas, serbuk letupan
Matematik: Penggunaan sempoa
PERBEZAAN PENCAPAIAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN CHINA Tamadun Cina mempunyai teknologi maju yang telah mereka cipta manakala tamadun Islam pencapaiannya lebih terserlah kepada keluasan wilayah.
Soalan 2
Perbandingan pencapaian antara tamadun: Tamadun Islam lebih memfokuskan kepada penyebaran ilmu, aktiviti penterjemahan dan kegiatan dakwah. Manakala tamadun China lebih focus pada kemajuan dalam bidang teknologi
Pengaruh kedatangan Islam di China: -Pembinaan masjid diseluruh China (bukti penerimaan agama Islam). -Uthman bin Affan r.a menghantar Saad bin Abi Waqqas untuk sampaikan dakwah kepada maharaja China. -Islam juga tersebar ke China melalui hubungan perdagangan antara pedagang Arab dan pedagang China. Perkahwinan antara pedagang Arab dengan penduduk tempatan juga menyumbang kepada kedatangan Islam di China. -Islam berkembang ke China melaui jalan laut dan jalan darat. Jalan laut bermula dari Teluk Parsi dan bahagian selatan Semenanjung Tanah Arab hingga ke Lautan Hindi dan seterusnya ke bandar-bandar tenggara China seperti Canton.Jalan darat yang dikenali sebagai Silk Road ( Jalan Sutera) bermula dari Timur Mediterranean hingga ke Asia Tengah, Bukhara dan Samarkand sebelum masuk ke barat laut China dan berakhir di pasar Changan (Xi’an) dan Peking. - Perkahwinan antara tentera China yang menetap disesuatu kawasan dan berkahwin dengan penduduk tempatan.
|
|
|
Post by natasya on Dec 20, 2014 11:15:20 GMT
Assalammualaikum w.b.t
refleksi 1
- bangsa cina merupakan gabungan 5 bangsa besar - sistem kekeluargaan menjadi asas sistem kenegaraan - semangat kenegaraan lagi penting dari semangat bangsa - tamadun china terpisah dari tamadun utama yang lain - tamadun china juga mencapai kegemilangan dalam aspek seni bina. Kebanyakkan seni bina di China berkait dengan alam semesta dan kepercayaan feng shui untuk menentukan kesesuaian lokasi seni bina. Semasa dinasti Chou, tembok besar telah dibina bagi mempertahankan negara. Selain itu, seni bina di China juga antaranya ialah kuil-kuil dan istana. - tamadun china juga sangat terkenal dalam bidang sastera. Antara sastera china ialah puisi klasik sepeti Shi Jing, prosa yang mempunyai manfaat moral dan juga drama-drama yang mempunyai nilai menyokong cina. - bidang perubatan telah berkembang pesat sejak dari zaman Nabi Muhammad s.a.w. melalui kaedah perubatan nabi yang dikenali dengan ilmu al-Tibb al-Nabawi. Salah satu tokoh yang hebat dalam bidang perubatan ialah Ibnu Sina (980 – 1037M). Beliau mengarang buku al-Qanun fi al-Tibb (Peraturan Perubatan) yang mengandungi 14 jilid. Karya agung ini pernah dijadikan rujukan utama di universiti-universiti Eropah sehingga abad ke-17. Penulis-penulis Barat menggelarkan Ibnu Sina sebagai Bapa Doktor. Beliau telah menulis 250 karya yang masih ada sehingga sekarang dan 116 daripadanya ialah karya dalam bidang ilmu perubatan.
refleksi 2
- kedatangan islam ke cina - pada mulanya peniaga Arab mengunjungi Khan Fo/Canton/ Guang Zhou sebagai pusat perniagaan. - kemudiannya, jalinan hubungan ini membolehkan Islam berkembang dalam kalangan pedagang China di negara China. - selepas itu, peniaga Cina berdagang ke Asia Tenggara menyebarkan Islam kepada masyarakat Asia Tenggara. - buktinya perpindahan beramai-ramai pedagang Islam di Canton atau Amoy ke Asia Tenggara. - penemuan batu bersurat Terengganu di Kuala Sungai Tersat , Kuala Berang.
- sumbangan kedatangan islam ke cina - banyak bahan perubatan dari arab telah dibawa ke china (pembinaan jabatan kesihatan,lembaga perubatan muslim dan bermulanya permbedahan pisau dan gunting - pembinaan armada laut oleh Dinasti Ming. Membawa kemewahan kepada masyarakat kerana pembukaan jalan perdagangan baru - kedatangan islam menaikkan pembangunan matematik dengan pengenalan kaedah pengiraan Xi Yi Lishu, orang arab dijemput membentuk dan menyusun kalendar,pembinaan balai cerap Hui Hui Chu Tien Chin dan penemuan 365 1/4 hari dalam setahun - memperkenalkan 4 aspek kebudayaan islam di china dan pengunaan nama keluarga - pembinaan masjid gabungan seni arab dan cina
|
|
ezai
New Member
Posts: 6
|
Post by ezai on Dec 20, 2014 11:24:56 GMT
REFLEKSI TAMADUN 1
Pencapaian Tamadun China 1. Sains dan Teknologi : -Ilmu astronomi berkembang dengan adanya katalog bintang dan gerhana matahari. - Ilmu perubatan berasaskan keseimbangan Yin dan Yang -Penciptaan magnet yang telah digunakan pada abad ke-1 & ke-6 masihi - Pembinaan kuil Pagoda berbentuk oktagon -Pembinaan tembok besar China mempertahan serangan orang gasar -Pembinaan tembok yang diperbuat dari lumpur, tanah liat dan batu bata 2. Bidang seni Tamadun Cina sangat popular dengan tembok kerana merupakan antara binaan yang sangat penting, semua kota mempunyai satu tembok yang bertujuan untuk pertahanan dan keselamatan. Binaan Cina tradisional yang diperbuat dari kayu biasanya kayu berkualiti baik dan mempunyai rangka yang berbentuk “tiang dan ambang” (post-and-lintel frame), atau tiang tegak dengan balak melintang di atas.
PERBEZAAN DENGAN TAMADUN ISLAM DAN INDIA Perbezaan ketara yang dapat dilihat aalah dalm bidang seni bina. Bagi tamadun Islam dan India seni bina lebih tertumpu pada pembinaan tempat ibadat iaitu masjid dan kuil. Baagi tamadun Cina pula , seni bina lebih tertumpu pada pembinaan tembok yang menjadi lambang bagi sesebuah bandar. Selain itu Tamadun cina lebih cemerlang dalam teknologi yang mereka cipta dalam kehidupan merekakerana melibatkan lebih banyak aplikasi manakala tamadun Islam lebih kepada pembesaran dan penaklukan wilayah dan ilmu dan tamadun India pula lebih terserlah dari segi pembangunan dan kesenian.
REFLEKSI TAMADUN 2
Pengaruh kedatangan Islam di China Islam berkembang ke China melaui jalan laut dan jalan darat. Jalan laut bermula dari Teluk Parsi dan bahagian selatan Semenanjung Tanah Arab hingga ke Lautan Hindi dan seterusnya ke bandar-bandar tenggara China seperti Canton.Jalan darat yang dikenali sebagai Silk Road ( Jalan Sutera) bermula dari Timur Mediterranean hingga ke Asia Tengah, Bukhara dan Samarkand sebelum masuk ke barat laut China dan berakhir di pasar Changan (Xi’an) dan Peking. Islam juga tersebar ke China melalui hubungan perdagangan antara pedagang Arab dan pedagang China .Khalifah Uthman telah menghantar rombongan yang diketuai oleh Saad Bin Abi Waqqas (bapa saudara Nabi sebelah ibu) ke China.Rombongan tersebut telah menghadap mengadap Maharaja Yung Wei pada zaman Dinasti Tang. Maharaja Yung Wei menerima baik ajaran Islam. Baginda memerintahkan pembinaan Masjid Peringatan di Canton
Kegemilangan Islam di China -Kedatangan Islam menyebabkan terbentuknya beberapa buah kerajaan di China yang mengamalkan dasar toleransi beragama(Dinasti Yuan dan Dinasti Ming). -Kerajaan Islam telah memberikan sumbangan besar kepada perkembangan Islam dan tamadunnya di China dalam bidang sains dan astronomi, politik serta pentadbiran dan gaya hidup masyarakat. -Dalam bidang sains dan astronomi bilamana Teha Ma-Lou-Tin (Jamaluddin) berjaya mencipta takwim Wan Nien Li yang dugunakan sebagai takwim rasmi kerajaan Yuan. -Sumbangan Islam di China dapat dilihat dari segi pembinaan masjid yang pelbagai rupa. -Seni ukir yang terdapat di Masjid pula banyak menggunakan ayat-ayat al-Quran serta corak-corak flora.
Sumbangan Islam terhadap peradaban tamadun China Islam telah berjaya mengubah cara pemakanan masyarakat China, pemberian nama yang berkaiatan dengan Islam, orang Islam juga telah melibatkan diri dalam bidang politik, pentadbiran, kesenian, dan kebudayaan. arak juga telah diharamkan di negara China.
|
|
|
Post by nurmahfuzah on Dec 20, 2014 11:36:35 GMT
Refleksi 1
Pencapaian Tamadun Cina
1.Kesenian Tamadun Cina mempunyai pelbagai instrumen muzik klasik dan diklasifikasikan kepada beberapa jenis seperti alat muzik yang ditiup, dipetik, genderang, dan menggesek.
2.Seni Lukis Lukisan Cina dalam bentuk potret ataupun lanskap. Lukisan Cina dilukis dengan dakwat monokrom. Perbezaan lukisan Cina dan Barat ialah lukisan Cina adalah terhad atau tidak dianggap menyeluruh. Lukisan Cina bukan dihasilkan dengan maksud untuk menggambarkan kesemua objek.
3.Sains dan Teknologi -Ilmu astronomi berkembang dengan adanya katalog bintang dan gerhana matahari. -Ilmu perubatan berasaskan keseimbangan Yin dan Yang -Penciptaan magnet yang telah digunakan pada abad ke-1 & ke-6 masihi -Pembinaan kuil Pagoda berbentuk oktagon -Pembinaan tembok besar China mempertahan serangan orang gasar -Pembinaan tembok yang diperbuat dari lumpur, tanah liat dan batu bata
4.Empat Ciptaan Agung Kertas, Cetakan, Kompas, Serbuk letupan.
5.Matematik Penggunaan sempoa
Perbandingan antara Tamadun China dan Tamadun Islam,dapat dilihat dengan jelas bahawa Tamadun China lebih banyak memberi sumbangan kepada sains dan teknologi dunia dan juga jumpaan baru seperti penciptaan kertas, kompas, serbuk letupan dan sebagainya. Dalam bidang perubatan pula mereka yang nyata sesuatu yang berbeza dengan tamadun-tamadun lain. Manakala, jika dilihat kepada Tamadun Islam lebih banyak menyumbang kepada penyebaran agama Islam bagi mengembalikan fitrah manusia iatu kembali kepada Allah.
refleksi 2 Kedatangan islam dan pengaruhnya dicina dan zaman kegemilangan cina -Kedatangan pedagang arab dan parsi yang bermastautin di cina dan membina masjid-masjid di cina sebagai kegunaan masyarakat -Terdapat makam makam Muhadin iaitu keturunan Rasulullah yang keenam belas -Terdapat juga makam-makam para pendakwah islam dan pendidik -Perkahwinan orang arab dan parsi dengan wanita tempatan yang memainkan peranan penting dalam perdagangan dan eksport dan import -Masjid mempunyai seni bina dari parsi dan arab -Maharaja zen jong telah menjemput 5300 orang islam dari Bukhara yang diketuai oleh putra amir syed yang dikenali sebagai bapa komuniti islam di cina -Kegemilangan agama islam pada era laksamana zhen hi yang dikenali sebagai era keemasan -Banyak pusat islam berkembang di cina antaranya ialah nanjeng (ibu kota cina semasa zaman dinasti min) -Banyak masjid dibina -Masjid zin ju -Masjid ini menajdi tumpuan orang islam dan pembesar dari luar negara -Sanya merupakan bandar kedua terkenal -Mempunyai dua perkampunagn islam -Sanya merupakan pusat bandar -Menutut imam masjid east mosque, agama islam di sanya dibawa oleh orang Vietnam menerusi jalan laut secara perdaganagan -400-500 masyarakat islam telah mengerjakan haji di mekah -10 000 islam di sanya, dan kekalkan budaya diwarisi turun temurun -Masjid timur antara masjid yang terkenal -Masjid menjadi tempat berkumpul, interaksi, belajar ilmu agama -Tenaga pengajar mengajar secara sukarela, dan salah seorang darinya pernah menuntut di mekah -Kedatangan islam di sanya lebih mudah kerana kedudukan yang strategic di persisir pantai -Asia tenggara menjadi pusat perlabuhan utama -Apabila islam berkembang di mekah, pedagang islam terus berdakwah -Canton pernah menjadi pusat perdagang arab -Kemudian, mereka membawa ajaran islam ke asia tenggara -Mereka membina perkampungan arab dan berkahwin dengan wanita tempatan di asia tenggara -Kemurnian islam menjadi penarik kepada penduduk asia tenggara
|
|