|
Post by Admin on Dec 4, 2015 5:05:29 GMT
Assalamualaikum wrt.wbt. Pelajar-pelajar budiman, sila tuliskan apa refleksi dan pandangan peribadi anda mengikut kumpulan terhadap aktiviti pembentangan di dalam kelas: a) Apa yang anda peroleh menerusi pembelajaran bab 1-5 b) Apa nilai ketamadunan yang anda perolehi c) Apa nilai pembelajaran yang diperolehi dalam pembentangan Sila tuliskan nama anda, no kad pelajar bagi tujuan rekod penglibatan anda Sekian, terima kasih. padlet.com/drhapizah/4klzi3tahbccplay.kahoot.it/#/?quizId=875a9dae-50e9-48e0-b6b5-651f516724
|
|
lina
New Member
Posts: 4
|
Post by lina on Dec 16, 2015 16:50:18 GMT
1. NURULHANA BINTI IBRAHIM (2015664174)
2. NADIAH BINTI ABD. RAUF (2015428554)
3. SITI SARAH BINTI FAHMY HAZIM (2015428954)
4. NUR LINA BINTI ISMAIL (2015418772)
5. NURUL HASANAH BINTI ZAINUL ARIFFIN (2015418714)
a) Apa yang anda peroleh menerusi pembelajaran bab 1-5
bab 1 pada kuliah pertama kami dengan ustazah Mahfuzah, kami dapat tahu tentang perjanjian antara roh dan Allah sebelum jasad disatukan dengan roh. Rupanya kita semua ini sudah bersumpah dan berjanji dengan Allah bahawa kita tidak akan menyekutukan Allah. kami juga belajar tentang tamadun- tamadun awal seperti tamadun mesopotamia, tamadun mesir, tamadun hwang ho dan lain-lain. Lokasi tamadun- tamadun awal selalunya di kawasan yang strategik misalnya sungai. Di sini, kami dapat belajar bahawa manusia sangat bergantung pada alam.selain itu, kami juga dapat mempelajari bahawa sesebuah tamadun itu mesti mempunyai faktor kemunculan dan faktor kejatuhan yang boleh kami ambil pengajaran untuk kehidupan kami sekarang. kami juga tahu bahawa sesuatu tamadun itu perlu berinteraksi dengan tamadun lain untuk berjaya.
bab 2 kami belajar bahawa sifat-sifat tamadun islam itu ialah bersifat ketuhanan, keagamaan, bersesuaian dengan fitrah manusia, bersifat sepanjang zaman dan sebagainya. selain itu, kita sebagai umat islam perlulah merujuk kepada al-quran dan as-sunnah sebagai sumber rujukan utama seterusnya merujuk kepada ijtihad. kami juga belajar tentang faktor-faktor kecemerlangan tamadun islam tetapi yang paling penting ialah keyakinan umat terhadap ajaran islam yakni, yakin kepada Allah dalam semua perkara dan sentiasa memdalami dan memperbayakkan ilmu pengetahuan disamping diamalkan ilmunya. kami juga belajar tentang faktor-faktor kemerosotan tamadun islam yang seharusnya dijadikan iktibar untuk kehidupan kita. seterusnya, dalam bab ini juga kami tahu betapa banyaknya sumbangan tamadun islam, contohnya aktiviti penterjemahan, ilmu-ilmu perubatan, penemuan saintifik dan sebagainya.
bab 3 dalam bab tamadun melayu ini, kami banyak menerokai sejarah tamadun ini yang sangat berkait rapat dengan diri kami. kami sedar yang kami sepatutnya bersyukur dengan kedatangan islam ke tamadun melayu. kami tidak dapat bayangkan sekiranya kami tidak dilahirkan dalam islam, dapat atau tidak kami tahu bahawa agama islam inilah agama yang benar dan rasa nikmat ketenangan yang dirasai oleh umat islam. kerana sememangnya agama Islam itu agama yang diredai oleh Allah SWT seperti dalam Surah Al Imran ayat 19, " Sesungguhnyaagama (yang diredai)di sisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang yang telah diberi al-Kitab kecuali setelah datang pengetahuan kepada merekakerana kedengkian(yang ada) antara mereka. Barang siapa yang kufur terhadap ayat-ayat Allah, maka sesungguhnya Allah sangat cepat perhitunganNya". selain itu, banyak sumbangan tamadun islam seperti sastera, kesenian dan undang-undang yang dapat kami pelajari. akhirnya, kami juga sedar bahawa kami mestilah mengamalkan nilai-nilai orang melayu bukan nya terpengaruh dengan barat dari segi pemakaian, percakapan, pergaulan dan lain-lain.
bab 4 dalam tamadun india, kami perasan bahawa mereka sangatlah berpegang pada ajaran agama.tamadun india menitikberatkan ajaran agama budha. ajaran ini merupakan ajaran yang berkaitan dengan psikologi dan etika yang berkaitan dengan kehidupan. antara tahapnya adalah sila, samadgi, prajna, sambodhi dan tahap paling tinggi sekali adalah nirvana. seterusnya, salah satu seni bina yang terkenal dalam tamadun India ialah Taj Mahal. Reka bentuk Taj Mahal dibina dengan menggabungkan unsur-unsur seni bina dari Parsi, Turki dan Arab yang mana merupakan Tamadun Islam. Pintu masuk Taj Mahal berbentuk lengkung yang menyerupai sebuah masjid. Selain itu, Taj Mahal juga dihiasi dengan corak-corak berunsurkan bunga dan geometri yang menunjukkan simbolik antara alam sekitar dan tanda-tanda keagungan Tuhan. Selain corak bunga dan geometri yang menunjukkan simbolik antara alam sekitar dan tanda-tanda keagungan Tuhan. Taj Mahal juga dihiasi dengan potongan ayat-ayat al-Quran dan ukiran khat Islam yang menjadi seni huruf utama Taj Mahal. Ini menunjukkan bahawa pengaruh Islam begitu kuat dalam seni bina Taj Mahal yang merupakan antara seni bina terkenal di India. Antara faktor perkembangan islam di India ialah jemaah tabligh yang bermula di Mewat, Delhi dan madrasah Darul Uloom Deoband yang merupakan madrasah tertua diseluruh dunia.
bab 5 dalam bab ini, kami dapat tahu mengenai asal-usul tamadun china. selain itu, pencapaian yang diperoleh dalam Tamadun China dapat kami lihat dari aspek muzik klasik, seni lukis, kaligrafi, seni bina, kesusasteraan, sains dan teknologi. Tamadun China telah membuktikan pencapaiannya dalam bidang seni bina dengan pembinaan Tembok Besar China.Tamadun China banyak mencapai kejayaan dalam bidang sains dan teknologi. Buktinya ialah dalam bidang Kejuruteraan, iaitu teknologi kejuruteraan hidraulik telah berjaya dicipta untuk mengawal banjir Sungai Kuning . Seterusnya, bidang Astronomi. Pada zaman Dinasti Chou, orang Cina mampu menyediakan katalog bintang , mencatat rekod tepat tentang gerhana bulan. Dalam bidang Matematik pula, penggunaan sempoa ( abacus ) dalam bidang ini. Manakala sumbangan China dalam aspek bidang Perubatan ialah Akupunktur, Akurikuloterapi, Terapi Makanan Cina, Perubatah Herba Cina, Bekam Cina ( Bekam Angin).Terdapat empat penciptaan agung seperti kertas, cetakan , kompas dans serbuk letupan. sumbangan tamadun china ini, banyak menyumbang kepada kemajuan tamadun sekarang.
b) Apa nilai ketamadunan yang anda perolehi
antara nilai ketamadunan yang kami dapat pelajari sepanjang kursus titas ini adalah nilai menghargai ilmu pengetahuan. kita hendaklah bersungguh-sungguh untuk mempelajari sesuatu ilmu itu sehingga kita boleh menguasainya dengan sehabis baik. contohnya dalam tamadun islam, begitu ramai tokoh-tokoh islam yang lahir seperti ibn sina yang menyumbangkan karya qitabnya iaitu al-qanun fit tib, alzahrawi yang menciptakan peralatan bedah dan ramai lagi. dalam tamadun melayu pula, sistem pendidikan sentiasa dinaik taraf bagi memberikan sistem pendidikan yang terbaik bagi msyarakat. pendidikan melayu juga dilakukan secara holistik di mana pendidikan formal diadakan bagi rakyat mempelajarai ilmu-ilmu seperti tauhid, fikah, sejarah islam dan akhlak. ilmu-ilmu lain juga diberi dalam bentuk pendidikan tidak formal berasasan pendidikan yang berlangsung dalam kehidupan masyarakat. ia merangkumi pendidikan kemahiran berfikir, berusaha, berbudi pekerti, bijak membuat tindakan, penghasilan teknologi dan banyak lagi. seterusnya, bagi tamadun india, ajaran agama budha dititikberatkan. ajaran ini merupakan ajaran yang berkaitan dengan psikologi dan etika yang berkaitan dengan kehidupan. antara tahapnya adalah sila, samadgi, prajna, sambodhi dan tahap paling tinggi sekali adalah nirvana. dalam tamadun china pula, ajaran-ajaran disampaikan melalui falsafah-falsafah yang dikenalkan. antara falsafahnya adalah konfucianism, legalisme,taoisme dan maoisme.
nilai kedua yang dapat saya pelajari adalah nilai keterbukaan. semua tamadun yang dipelajari mempunyai sikap keterbukaan. sikap ini menyebabkan islam mudah tersebar di seluruh peosok dunia dan menjadi agama terbesar. sikap keterbukaan mereka termasuklah berdagang di negara lain, menerima kaum selain kaum mereka untuk berkahwin dengan putera mereka dan banyak lagi.
akhir sekali, nilai yang kami dapat pelajari ialah, kekuatan agama dan kepercayaan mereka. setiap tamadun begitu menghayati agama yang mereka anuti dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mentaati tuhan mereka.
c) Apa nilai pembelajaran yang diperolehi dalam pembentangan
nilai pembelajaran yang diperolehi ialah bekerjasama dalam menyelesaikan tugasan kumpulan yang diberi dan juga bekerjasama semasa membentangkan tugasan tersebut di hadapan kelas. selain itu, kami juga banyak belajar untuk lebih berusaha untuk mencari sesuatu ilmu seperti maklumat tambahan untuk pembentangan kami. lebih-lebih lagi, kami dapat belajar cara untuk berkomunikasi dengan ustazah dan sahabat-sahabat lain semasa pembentangan. kami juga menjadi lebih yakin untuk menyuarakan pendapat kami supaya dapat sama-sama membincangkan pendapat tersebut. sepanjang kursus ini, kefahaman kami terhadap tamadun bertambah kerana kami dapat belajar pelbagai ilmu pengetahuan tentang bagaimana tamadun boleh gemilang dan bagaimana sesebuah tamadun itu boleh jatuh. seterusnya, sepanjang kami belajar tentang tamadun ini, kami banyak didedahkan dengan kekuasaan tuhan yang Esa.
|
|
|
Post by faezahalia on Dec 20, 2015 8:20:53 GMT
FAEZAH ALIA (2015430532)
A) PEMBELAJARAN BAB 1-5
CHAPTER 1-PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN
Terdapat pelbagai perbezaan pendapat tentang apa itu sebenarnya tamadun.
Tamadun Islam; Agama mencakupi seluruh aspek kehidupan. Agama bersifat 'fleksible' dan tidak rigid. Segala bentuk pembangunan berkait rapat dengan kerohanian. Islam menolak konsep 'matlamat menghalalkan cara' walaupun mementingkan aspek kemajuan. Selain itu, islam menekankan aspek keadilan dalam kehidupan. islam juga menekankan persamaan taraf antara sesama manusia. Akhir sekali, tamadun islam mempercayai Allah swt yang maha esa dan Nabi Muhammad s.a.w sebagai rasul dan utusan-Nya merupakan akidah yang benar.
Tamadun barat; Agama merupakan sebahagian daripada kebudayaan. Agama dicorak oleh pembaharuan. Barat juga melihat perkara keduniaan hanya untuk kehidupan semata-mata. Selain itu, mereka berpegang kepada konsep 'matlamat menghalalkan cara'. semaga kemajuan mementingkan keuntungan semata-mata. Jikalau tamadun islam menekan aspek keadilan dalam kehidupan sebagai organisasi sosial, dan persamaan taraf manusia, barat pula, organisasinya lahir apabila manusia hidup bermasyarakat untuk saling melengkapi. Mereka terpaksa bergantung antara satu sama lain bagi memenuhi keperluan hidup. Akhir sekali, barat mempunyai pelbagai kepercayaan. Contohnya, politisme (percaya banyak tuhan) dan unsur-unsur alam disembah bagi mengelak malapetaka.
Tamadun Islam bersumberkan Al-Quran, As-sunnah dan ijtihad(sumber am) manakala tamadun barat pula, berlandaskan permikiran dan logik akal manusia, kebendaan dan yakin dan percaya dengan apa yang dilihat oleh pancaindera.
CHAPTER 2- TAMADUN ISLAM
Tokoh-tokoh tamadun islam amat mementingkan ilmu pengetahuan. Seperti Ibn Sina, Zakaria al-Razi, Ammar bin Ali dan Abu Qasim al-Zahrawi yang telah banyak menyumbang kepada ilmu perubatan. Tokoh-tokoh terdahulu sangat mementingkan ilmu pengetahuan kerana berpegang kepada konsep Iqra' iaitu semangat mengenal pencipta. Dalam Al-Quran telah mengatakan bahawa ilmu itu wajib dituntut. Dengan menuntut ilmu kita akan dapat mengenal pencipta kita, dan dapat lihat kekuasaan dan keagungan Allah swt yang tiada manusia dapat menandingi nya. Secara tidak langsung kita akan mendekatkan diri kepadaNya dan mengabdikan diri kepadaNya.
CHAPTER 3- TAMADUN MELAYU
Baju kurung dan baju melayu bukanlah direka sesuka hati, tapi disebaliknya ada maksudnya tersendiri. Seperti butang baju melayu yang melambangkan lima rukun islam dan baju kurung dinamakan sebagai 'kurung' adalah kerana utk mengurung keimanan.
CHAPTER 4- TAMADUN INDIA
Agama islam juga merupakan pengaruh asas pembentukannya di dalam tamadun india. Dengan adanya pemerintahan islam di dalam tamadun india, telah memperkenalkan sistem kemasyarakatan tanpa kasta dan mempertabatkan kedudukan wanita dengan menghapuskan dowri dan amalan sati.
CHAPTER 5- TAMADUN CHINA
Dengan adanya tamadun china telah wujud sistem peperiksaan yang dapat kita lihat wujudnya masih hingga kini. Tamadun China, amat menyanjungi pendidikan negara mereka, hal ini dpt dilihat seperti yang dikatakan tadi dengan adanya sistem peperiksaan. Matlamat sistem peperiksaan pada tamadun china adalah lulus peperiksaan untuk menjadi pegawai kerajaan.
B) NILAI KETAMADUNAN YANG ANDA PEROLEHI
Antara nilai ketamadunan yang saya dapat perolehi ialah kehalusan. Kehalusan merupakan aspek yang terpenting dalam sesebuah tamdaun. Tanpa kehalusan dalam sesebuah tamadun tersebut sifat sopan santun, lemah lembut, akhlak mulia dan saling menyayangi antara satu satu sama lain mungkin tidak akan dapat dicapai. Pada pendapat saya, jika kehalusan itu dapat dipraktikkan, akan aman damai lah sesebuah tamadun/negara tersebut. Hal ini demikian kerana, daripada sifat kehalusan tersebut sifat hormat-menghormati antara satu sama lain dapat diamalkan.
Selain itu, nilai ketamadunan seterusnya yang saya dapat perolehi ialah kepentingan ilmu pengetahuan. Tokoh-tokoh pada zaman dahulu telah mengamalkan konsep iqra' iaitu semangat mengenal pencipta. Dalam al-quran ada mengatakan bahawa ilmu itu wajib dituntut. Tanda-tanda kerberkatan dengan ilmu yang kita pelajari ialah ilmu itu akan kekal. Kemajuan sesuatu bangsa di dunia ini berkait rapat dengan kemajuan dan perkembangan ilmu pengetahuan yang terdapat pada sesuatu bangsa. Ini kerana ilmu akan mengangkat darjat seseorang atau sesuatu bangsa itu ke arah kemuliaan dan kebahagiaan hiudp di dunia dan di akhirat. Kepentingan ilmu ini telah diakui sendiri oleh Rasulallah s.a.w melalui wahyu dan ilham yang disampaikan kepada baginda yang mana ilmu sangat penting untuk kemajuan sesuatu bangsa.
C) NILAI PEMBELAJARAN YANG DIPEROLEHI DALAM PEMBENTANGAN
Nilai pembelajaran yang saya perolehi ialah bersungguh-sungguh, dengan nilai ini yang saya dapat sematkan dalam diri dapat membantu saya memberi idea, untuk menyelesaikan tugasan yang diberi.
|
|
|
Post by mimijafri on Dec 20, 2015 15:11:14 GMT
MIMI SYAFIQA BINTI AHMAD JAFRI -2015430168- DS 240
Bab1-PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN
Tamadun ditafsir dalam pelbagai cara dan mempunyai defini yang berbeza. Antaranya seperti adab, kehalusan dan bandar. Istilah hadharah pula digunakan oleh Ibn Khaldun yang bermaksud pembandaran atau kehidupan di bandar. Pada dasarnya, Tamadun Islam memenuhi setiap ruang dan aspek kehidupan kerana ia bersifat fleksibel. Islam mementingkan kehalusan dalam setiap inci kelakuan dan konsep berbuat baik dengan Tuhan, manusia dan alam sekeliling. Islam juga luas tersebar ke semua tamadun dan banyak meninggalkan kesan di serata dunia.
Namun begitu, Tamadun barat pula digambarkan sebagai perkara keduniaan sahaja. Mereka tidak mengimbangkan malah mengasingkan kehidupan keagamaan dan kehidupan harian. Orang barat banyak menggunakan pemikiran logik dan rasional akal. Banyak agama yang dianuti di tamadun barat seperti menyembah roh alam.
Bab2- TAMADUN ISLAM
Tamadun Islam telah berjaya disebarkan luas ke serata dunia. Agama Islam merupakan dorongan utama orang terdahulu dimana telah membuahkan pelbagai pencapaian seperti dalam bidang keilmuan. Ramai tokoh telah berjaya dilahirkan seperti Ibn Sina yang terkenal dengan ilmu perubatannya, beliau telah menggunakan Islam sebagai jalan petunjuk utama. Selain itu, zaman keemasan Islam ialah Uthmaniyyah dimana Islam berdiri gah dimata dunia dan manusia hari ini patut mencontohi sifat umat Islam yang bermati-matian memperjuangkan agama. Oleh itu, umat Islam perlulah memperbaharui tekad bagi menyemarakkan lagi dakwah Isla.
Bab 3- TAMADUN MELAYU Tamadun Melayu merupak teras utama negara Malaysia pada hari ini. Dapat dilihat betapa susah perit nya pemimpin terdahulu membentuk Malaysia. Oleh itu, rakyat Malaysia tidak seharusnya sewenang-wenang menjual negara kepada orang asing. Selain itu, pelbagai unsur kehidupan masih diteruskan sehingga hari ini seperi pemakaian baju kurung, butang baju melayu, tarian dan seni bina rumah. Identiti melayu ini haruslah dikekalkan.
Bab4- TAMADUN INDIA Tamadun India terkenal dengan pemujaan banyak dewa, namun Islam juga banyak memberi pengaruh. Sepertimana diketahui, India sangat terkenal dengan sistem Kasta. Islam telah berjaya menghapuskan corak kehidupan terutamanya penghambaan.
CHAPTER 5- TAMADUN CHINA Tamadun Cina banyak memberi sumbangan kepada hidup kita hari ini terutamnya dari aspek teknologi. Mereka banyak menghasilkan alatan pertanian, sistem kalendar, matematik dan sistem perperiksaan yang mana menjadi asas kemajuan yang dicapai hari ini. Oleh itu, kita haruslah sentiasa berusaha meng’improve’kan kehidupan.
B) NILAI KETAMADUNAN YANG ANDA PEROLEHI
Antara nilai ketamadunan yang dapat saya perlajari ialah tentang kepentingan menuntut ilmu dan ini jelas diperkatakan di dalam al-Quran. Melalui ilmu, banyak perkara dapat dicapai bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat. Jika kita hayati, ramai tokoh-tokoh ilmu terdahulu menggunakan al-Quran Sunnah sebagai panduan ilmu mereka agar tidak tersasar. Jelaslah bahawa kehidupan keagamaan dan aktiviti harian tidak dapat dipisahkan walau satu hal. Selain itu, nilai kehalusan yang mana telah banyak menyumbang kepada pembentukan tamadun. Kehalusan haruslah dipraktikkan dalam setiap inci tindakan seperti percakapan, makan, belajar dan sebagainnya. Kehalusan ini berkait rapat terutamanya orang melayu yang berlandaskan sopan santun. Namun begitu, kehalusan kita dengan tuhan merupakan aspek utama yang harus dinilai dalam diri sebelum yang lain.
C) NILAI PEMBELAJARAN YANG DIPEROLEHI DALAM PEMBENTANGAN Nilai pelajaran yang saya dapat ialah bekerjasama dalam membuat sesuatu agar segala masalah yang datang dapat diselesaikan dengan sempurna. Selain iu, saya juga belajar untuk menjadi lebih terbuka untuk mendengar idea dan pandangan orang lain.
|
|
|
Post by sarah02 on Dec 20, 2015 16:32:34 GMT
SITI SYAHIRAH BINTI HUSIN 2015663856 SITI ZAINAB BINTI ABAS 2015429108 NUR HAZIQAH 'IFFAH BINTI RUSLI 2015666714 SARAH AMIRAH BINTI ADNAN 2015428556 NURUL SYAHIRAH ASMAA BINTI MOHD ZAIN 2015664182
Nama Kumpulan: Tudung Bawal Merah
a)Apa yang anda peroleh menerusi pembelajaran bab 1-5
Mengetahui konsep tamadun daripada pelbagai pendapat. Selain itu,dapat membezakan antara tamadun-tamadun yang berada di dunia ini. Setiap tamadun mempunyai kebaikan dan kekurangannya. Selain itu, apa yang saya pelajari ialah pemerintah memainkan peranan yang penting dalam memajukan sesebuah tamadun. Rakyat juga memainkan peranan penting dengan mentaati segala pemerintah dan memajukan ekonomi negara.
b)Apa nilai ketamadunan yang anda perolehi
Bertanggunjawab dalam menjalankan pemerintahan bagi memajukan sesebuah tamadun. Berusaha dalam mencapai tahap ketamadunan yang tinggi dengan memajukan tamadun dari segi ekonomi,politik,pertanian dan lain-lain.
c)Apa nilai pembelajaran yang diperolehi dalam pembentangan
Dapat menyebarkan ilmu yang diperolehi serta isi-isi yang penting di dalam kandungan yang terdapat dalam pembentangan kepada rakan-rakan yang lain. Berusaha mencari maklumat berkaitan dengan tugasan pembentangan.
|
|
|
Post by shamsulshamil on Dec 21, 2015 14:54:13 GMT
SHAMSUL SHAMIL BIN SHAMSUL FADZIL 2015277936 DS240 -GROUP B-
A) APAKAH YANG ANDA PEROLEHI MENERUSI BAB 1-5
BAB 1-PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN
Terdapat pelbagai perbezaan pendapat tentang apa itu sebenarnya tamadun.
Tamadun Islam; Agama mencakupi seluruh aspek kehidupan. Agama bersifat 'fleksible' dan tidak rigid. Segala bentuk pembangunan berkait rapat dengan kerohanian. Islam menolak konsep 'matlamat menghalalkan cara' walaupun mementingkan aspek kemajuan. Selain itu, islam menekankan aspek keadilan dalam kehidupan. islam juga menekankan persamaan taraf antara sesama manusia. Akhir sekali, tamadun islam mempercayai Allah swt yang maha esa dan Nabi Muhammad s.a.w sebagai rasul dan utusan-Nya merupakan akidah yang benar.
Tamadun barat; Agama merupakan sebahagian daripada kebudayaan. Agama dicorak oleh pembaharuan. Barat juga melihat perkara keduniaan hanya untuk kehidupan semata-mata. Selain itu, mereka berpegang kepada konsep 'matlamat menghalalkan cara'. semaga kemajuan mementingkan keuntungan semata-mata. Jikalau tamadun islam menekan aspek keadilan dalam kehidupan sebagai organisasi sosial, dan persamaan taraf manusia, barat pula, organisasinya lahir apabila manusia hidup bermasyarakat untuk saling melengkapi. Mereka terpaksa bergantung antara satu sama lain bagi memenuhi keperluan hidup. Akhir sekali, barat mempunyai pelbagai kepercayaan. Contohnya, politisme (percaya banyak tuhan) dan unsur-unsur alam disembah bagi mengelak malapetaka.
Tamadun Islam bersumberkan Al-Quran, As-sunnah dan ijtihad(sumber am) manakala tamadun barat pula, berlandaskan permikiran dan logik akal manusia, kebendaan dan yakin dan percaya dengan apa yang dilihat oleh pancaindera.
BAB 2- TAMADUN ISLAM
Tokoh-tokoh tamadun islam amat mementingkan ilmu pengetahuan. Seperti Ibn Sina, Zakaria al-Razi, Ammar bin Ali dan Abu Qasim al-Zahrawi yang telah banyak menyumbang kepada ilmu perubatan. Tokoh-tokoh terdahulu sangat mementingkan ilmu pengetahuan kerana berpegang kepada konsep Iqra' iaitu semangat mengenal pencipta. Dalam Al-Quran telah mengatakan bahawa ilmu itu wajib dituntut. Dengan menuntut ilmu kita akan dapat mengenal pencipta kita, dan dapat lihat kekuasaan dan keagungan Allah swt yang tiada manusia dapat menandingi nya. Secara tidak langsung kita akan mendekatkan diri kepadaNya dan mengabdikan diri kepadaNya.
BAB 3- TAMADUN MELAYU
Baju kurung dan baju melayu bukanlah direka sesuka hati, tapi disebaliknya ada maksudnya tersendiri. Seperti butang baju melayu yang melambangkan lima rukun islam dan baju kurung dinamakan sebagai 'kurung' adalah kerana utk mengurung keimanan.
BAB 4- TAMADUN INDIA
Agama islam juga merupakan pengaruh asas pembentukannya di dalam tamadun india. Dengan adanya pemerintahan islam di dalam tamadun india, telah memperkenalkan sistem kemasyarakatan tanpa kasta dan mempertabatkan kedudukan wanita dengan menghapuskan dowri dan amalan sati.
BAB 5- TAMADUN CHINA
Dengan adanya tamadun china telah wujud sistem peperiksaan yang dapat kita lihat wujudnya masih hingga kini. Tamadun China, amat menyanjungi pendidikan negara mereka, hal ini dpt dilihat seperti yang dikatakan tadi dengan adanya sistem peperiksaan. Matlamat sistem peperiksaan pada tamadun china adalah lulus peperiksaan untuk menjadi pegawai kerajaan.
B) APAKAH NILAI YANG ANDA PEROLEHI
antara nilai ketamadunan yang kami dapat pelajari sepanjang kursus titas ini adalah nilai menghargai ilmu pengetahuan. kita hendaklah bersungguh-sungguh untuk mempelajari sesuatu ilmu itu sehingga kita boleh menguasainya dengan sehabis baik. contohnya dalam tamadun islam, begitu ramai tokoh-tokoh islam yang lahir seperti ibn sina yang menyumbangkan karya qitabnya iaitu al-qanun fit tib, alzahrawi yang menciptakan peralatan bedah dan ramai lagi. dalam tamadun melayu pula, sistem pendidikan sentiasa dinaik taraf bagi memberikan sistem pendidikan yang terbaik bagi msyarakat. pendidikan melayu juga dilakukan secara holistik di mana pendidikan formal diadakan bagi rakyat mempelajarai ilmu-ilmu seperti tauhid, fikah, sejarah islam dan akhlak. ilmu-ilmu lain juga diberi dalam bentuk pendidikan tidak formal berasasan pendidikan yang berlangsung dalam kehidupan masyarakat. ia merangkumi pendidikan kemahiran berfikir, berusaha, berbudi pekerti, bijak membuat tindakan, penghasilan teknologi dan banyak lagi. seterusnya, bagi tamadun india, ajaran agama budha dititikberatkan. ajaran ini merupakan ajaran yang berkaitan dengan psikologi dan etika yang berkaitan dengan kehidupan. antara tahapnya adalah sila, samadgi, prajna, sambodhi dan tahap paling tinggi sekali adalah nirvana. dalam tamadun china pula, ajaran-ajaran disampaikan melalui falsafah-falsafah yang dikenalkan. antara falsafahnya adalah konfucianism, legalisme,taoisme dan maoisme.
nilai kedua yang dapat saya pelajari adalah nilai keterbukaan. semua tamadun yang dipelajari mempunyai sikap keterbukaan. sikap ini menyebabkan islam mudah tersebar di seluruh peosok dunia dan menjadi agama terbesar. sikap keterbukaan mereka termasuklah berdagang di negara lain, menerima kaum selain kaum mereka untuk berkahwin dengan putera mereka dan banyak lagi.
akhir sekali, nilai yang kami dapat pelajari ialah, kekuatan agama dan kepercayaan mereka. setiap tamadun begitu menghayati agama yang mereka anuti dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mentaati tuhan mereka.
C) NILAI PEMBELAJARAN YANG DIPEROLEHI DALAM PEMBENTANGAN
Nilai pelajaran yang saya dapat ialah bekerjasama dalam membuat sesuatu agar segala masalah yang datang dapat diselesaikan dengan sempurna. Selain iu, saya juga belajar untuk menjadi lebih terbuka untuk mendengar idea dan pandangan orang lain.
|
|
|
Post by amirulmukminin on Dec 21, 2015 15:09:46 GMT
MUHAMMAD AMIRUL MUKMININ BIN MOHD KHARUZHAR 2015666926 DS240 (GROUP A)
A) PEMBELAJARAN KURSUS TITAS CHAPTER 1-3
REFLEKSI;
CHAPTER 1-PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN
Ilmu tentang ketamadunan amat relevan kerana manusia dewasa ini sedang berada di persimpangan jalan. Kejayaan fizikal yang begitu tinggi melalui sains dan teknologi malangnya telah diiringi oleh falsafah dan pandangan semesta atau worldview yang melihat hanya yang material itu wujud, penting dan beroperasi di dalam kehidupan. Secara mudah dapat digambarkan bahawa gerakan Englightenment di barat dan falsafah scientism telah mempengaruhi sistem-sistem pemikiran moden sehingga apa yang dapat dilihat hari ini adalah peminggiran nilai-nilai murni yang menjamin hubungan baik yang diperlukan antara manusia sesama manusia, manusia dan persekitarannya yang pula banyak bergantung kepada hubungan manusia dan Tuhannya.
CHAPTER 2- TAMADUN ISLAM
Tamadun Islam telah mengajar saya, bahawa hubungan antara manusia dan Allah adalah penting untuk menjamin kemajuan diri dan orang sekeliling. Bukanlah kehidupan dunia semata-mata yang perlu dikejar serta keikhlasan dan kepentingan menuntut ilmu adalah penting untuk memajukan diri bagi melahirkan kaedah/memajukan sesuatu demi kesenangan ramai .
CHAPTER 3- TAMADUN MELAYU
Baju kurung dan baju melayu bukanlah direka sesuka hati, tapi disebaliknya ada maksudnya tersendiri. Seperti butang baju melayu yang melambangkan lima rukun islam dan baju kurung dinamakan sebagai 'kurung' adalah kerana utk mengurung keimanan.
CHAPTER 4- TAMADUN INDIA
Agama islam juga merupakan pengaruh asas pembentukannya di dalam tamadun india. Dengan adanya pemerintahan islam di dalam tamadun india, telah memperkenalkan sistem kemasyarakatan tanpa kasta dan mempertabatkan kedudukan wanita dengan menghapuskan dowri dan amalan sati.
CHAPTER 5- TAMADUN CHINA
Dengan adanya tamadun china telah wujud sistem peperiksaan yang dapat kita lihat wujudnya masih hingga kini. Tamadun China, amat menyanjungi pendidikan negara mereka, hal ini dpt dilihat seperti yang dikatakan tadi dengan adanya sistem peperiksaan. Matlamat sistem peperiksaan pada tamadun china adalah lulus peperiksaan untuk menjadi pegawai kerajaan.
B) NILAI-NILAI KETAMADUNAN YANG DIPEROLEHI
Sifat bertanggungjawab dalam menyediakan tugasan mengikut spesifikasi yang dikehendaki dan pada masa yang ditetapkan. Bekerjasama dengan rakan sekumpulan serta bertolak ansur dalam membuat keputusan agar kata sepakat dapat dicapai tanpa sebarang perbalahan. Dapat memikir idea dengan lebih kreatif dan kritis dalam menyiapkan tugasan. Menghormati ilmu yang diperolehi ketika menyiapkan tugasan.
C) NILAI PEMBELAJARAN YANG DIPEROLEHI DALAM PEMBENTANGAN
Nilai pembelajaran yang saya perolehi ialah bersungguh-sungguh, dengan nilai ini yang saya dapat sematkan dalam diri dapat membantu saya memberi idea, untuk menyelesaikan tugasan yang diberi.
|
|
|
Post by saiyidahanisah on Dec 21, 2015 15:20:09 GMT
NUR SAIYIDAH HANISAH BT ALI 2015418834 PROGRAM: DS240 (GROUP A)
Bab1: PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN Pada pendapat saya, sesebuah tamadun dahulu memberi impak pada era moden. Dari kemajuan dahulu dapat memberi keselesaan pada zaman moden melalui bangunan yang teratur, sistem peparitan yang efektif dan dari segi akhlak, mengajar bahawa pentingnya kewujudan agama dalam memajukan secara fizikal dan rohani
Bab2: TAMADUN ISLAM Tamadun Islam telah mengajar saya, bahawa hubungan antara manusia dan Allah adalah penting untuk menjamin kemajuan diri dan orang sekeliling. Bukanlah kehidupan dunia semata-mata yang perlu dikejar serta keikhlasan dan kepentingan menuntut ilmu adalah penting untuk memajukan diri bagi melahirkan kaedah/memajukan sesuatu demi kesenangan ramai
Bab3: TAMADUN MELAYU Perkara yang telah saya pelajari di sini adalah, ketaatan dan kesetiaan kaum Melayu terhadap pemerintah melahirkan kerajaan/ tamadun yang kukuh. Apabila Raja mereka memeluk Islam maka, rakyat juga akan turut tanpa persoalkan. Kerjasama dan kepercayaan ini amat penting bagi menjamin keamanan daripada dirampas oleh kuasa luar
Bab4: TAMADUN INDIA Tamadun India mempunyai pelbagai keunikan melalui pembinaan Taj mahal, kuil dan rekaannya. Kedatangan Islam telah meningkatkan lagi nilai seni yang dimiliki. Ini menunjukkan bahawa sikap keterbukaan adalah penting bagi memajukan diri agar dapat menghasilkan sesuatu yang lebih baik.
Bab5: TAMADUN CHINA Tamadun Cina banyak memberi sumbangan dari segi penciptaan dan kemajuan teknologi. Mereka banyak menghasilkan alatan pertanian, sistem kalendar, matematik dan sistem perperiksaan yang kini diguna pakai untuk memudahkan kehidupan manusia dan juga untuk menguji taraf ilmu seseorang. Oleh demikian, kita perlu mencontohi tamadun China dengan berfikiran kreatif dan inovatif agar menghasilkan sesuatu yang bermanfaat untuk dibawa sehingga ke generasi hadapan
B) NILAI KETAMADUNAN YANG ANDA PEROLEHI
Antara nilai ketamadunan yang dapat saya pelajari adalah kita haruslah menuntut ilmu untuk memajukan diri. Dengan adanya ilmu, seseorang bukan sahaja memajukan dirinya malahan masyarakat juga dapat memanfaat daripada penciptaan kita. Seperti tamdun semua, ilmu penting untuk menjadi seorang pendidik supaya genarasi muda dapat menyumbang kepada sesebuah tamadun untuk menjadi lebih kuat. Selain itu, ketaatan terhadap pemimpin adalah penting untuk menjamin keamanan. Walapun sesetengah tamadun memiliki golongan bawahan tetapi mereka sentiasa memuja akan pemerintah mereka tanpa sebarang pemberontakan. Akhirnya, kepercayaan terhadap agama merupakan keutamaan bagi setiap tamadun. Dengan adanya agama, sebarang undang-undang dan hukuman dapat ditulis sebagai amaran bagi menjamin keamanan
C) NILAI PEMBELAJARAN YANG DIPEROLEHI DALAM PEMBENTANGAN
Nilai pembelajaran yang saya peroleh adalah kerjasama antara ahli kumpulan. Dengan kerjasama, beban tugasan dapat dikurangkan dan hasil tugasan dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa. Bukan itu sahaja, saya mempelajari untuk bersifat terbuka bagi menerima idea rakan-rakan agar perselisihan dapat dielakkan dan tugasan dapat memberikan hasil yang memuaskan
|
|
ariffabidin
New Member
Alhamdulillah saya masih boleh beribadat di atas dunia ini.
Posts: 7
|
Post by ariffabidin on Dec 21, 2015 15:20:30 GMT
MUHAMMAD ARIFF BIN ABIDIN 2015430492 DS240
Bab 1-PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN
Tamadun ditafsir dalam pelbagai cara dan mempunyai defini yang berbeza. Antaranya seperti adab, kehalusan dan bandar. Istilah hadharah pula digunakan oleh Ibn Khaldun yang bermaksud pembandaran atau kehidupan di bandar. Pada dasarnya, Tamadun Islam memenuhi setiap ruang dan aspek kehidupan kerana ia bersifat fleksibel. Islam mementingkan kehalusan dalam setiap inci kelakuan dan konsep berbuat baik dengan Tuhan, manusia dan alam sekeliling. Islam juga luas tersebar ke semua tamadun dan banyak meninggalkan kesan di serata dunia.
Namun begitu, Tamadun barat pula digambarkan sebagai perkara keduniaan sahaja. Mereka tidak mengimbangkan malah mengasingkan kehidupan keagamaan dan kehidupan harian. Orang barat banyak menggunakan pemikiran logik dan rasional akal. Banyak agama yang dianuti di tamadun barat seperti menyembah roh alam.
Bab 2- TAMADUN ISLAM
Tamadun Islam telah berjaya disebarkan luas ke serata dunia. Agama Islam merupakan dorongan utama orang terdahulu dimana telah membuahkan pelbagai pencapaian seperti dalam bidang keilmuan. Ramai tokoh telah berjaya dilahirkan seperti Ibn Sina yang terkenal dengan ilmu perubatannya, beliau telah menggunakan Islam sebagai jalan petunjuk utama. Selain itu, zaman keemasan Islam ialah Uthmaniyyah dimana Islam berdiri gah dimata dunia dan manusia hari ini patut mencontohi sifat umat Islam yang bermati-matian memperjuangkan agama. Oleh itu, umat Islam perlulah memperbaharui tekad bagi menyemarakkan lagi dakwah Isla.
Bab 3- TAMADUN MELAYU
Tamadun Melayu merupak teras utama negara Malaysia pada hari ini. Dapat dilihat betapa susah perit nya pemimpin terdahulu membentuk Malaysia. Oleh itu, rakyat Malaysia tidak seharusnya sewenang-wenang menjual negara kepada orang asing. Selain itu, pelbagai unsur kehidupan masih diteruskan sehingga hari ini seperi pemakaian baju kurung, butang baju melayu, tarian dan seni bina rumah. Identiti melayu ini haruslah dikekalkan.
Bab 4- TAMADUN INDIA
Tamadun India terkenal dengan pemujaan banyak dewa, namun Islam juga banyak memberi pengaruh. Sepertimana diketahui, India sangat terkenal dengan sistem Kasta. Islam telah berjaya menghapuskan corak kehidupan terutamanya penghambaan.
Bab 5- TAMADUN CHINA
Tamadun Cina banyak memberi sumbangan kepada hidup kita hari ini terutamnya dari aspek teknologi. Mereka banyak menghasilkan alatan pertanian, sistem kalendar, matematik dan sistem perperiksaan yang mana menjadi asas kemajuan yang dicapai hari ini. Oleh itu, kita haruslah sentiasa berusaha meng’improve’kan kehidupan.
B) NILAI KETAMADUNAN YANG ANDA PEROLEHI
Antara nilai ketamadunan yang dapat saya perlajari ialah tentang kepentingan menuntut ilmu dan ini jelas diperkatakan di dalam al-Quran. Melalui ilmu, banyak perkara dapat dicapai bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat. Jika kita hayati, ramai tokoh-tokoh ilmu terdahulu menggunakan al-Quran Sunnah sebagai panduan ilmu mereka agar tidak tersasar. Jelaslah bahawa kehidupan keagamaan dan aktiviti harian tidak dapat dipisahkan walau satu hal. Selain itu, nilai kehalusan yang mana telah banyak menyumbang kepada pembentukan tamadun. Kehalusan haruslah dipraktikkan dalam setiap inci tindakan seperti percakapan, makan, belajar dan sebagainnya. Kehalusan ini berkait rapat terutamanya orang melayu yang berlandaskan sopan santun. Namun begitu, kehalusan kita dengan tuhan merupakan aspek utama yang harus dinilai dalam diri sebelum yang lain.
C) NILAI PEMBELAJARAN YANG DIPEROLEHI DALAM PEMBENTANGAN
Nilai pelajaran yang saya dapat ialah bekerjasama dalam membuat sesuatu agar segala masalah yang datang dapat diselesaikan dengan sempurna. Selain iu, saya juga belajar untuk menjadi lebih terbuka untuk mendengar idea dan pandangan orang lain.
|
|
|
Post by nadiasyahirah on Dec 21, 2015 16:54:46 GMT
NADIA SYAHIRAH BINTI MOHD NAZRI
2015403058
DS240 (GROUP B)
Bab 1 (PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN)
Setiap masyarakat di dunia mempunyai definisi yang tersendiri tentang konsep tamadun. Perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab, iaitu daripada perkataan mudun dan madain. Satu lagi perkataan Arab yang mempunyai kaitan dengan perkataan tamadun madana yang mempunyai dua maksud, iaitu tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar. Perkataan daripada bahasa Inggeris yang mempunyai persamaan makna dengan tamadun ialah civilization yang bermaksud bandar. Tamadun juga boleh diertikan sebagai peradaban.
Menurut Islam, tamadun mestilah merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah. Oleh itu, Islam menekankan pembangunan lahiriah dan rohaniah. Secara umumnya, konsep tamadun tidak hanya mementingkan pencapaian berbentuk lahiriah seperti kesenian dan pembinaan kota semata-mata tetapi juga mestilah diiringi dengan pencapaian dalam aspek rohaniah, tatasusila dan moral.
Bab 2 (TAMADUN ISLAM)
Sesebuah tamadun itu sebenarnya diperoleh daripada hasil sikap terbuka dalam menerima sebarang perubahan dan pengaruh tamadun lain. Sesungguhnya wujud ikatan atau interaksi antara tamadun sama ada di peringkat perkongsian ilmu, nilai, pemikiran, institusi dan keinsanan yang berlaku sepanjang sejarah. Tamadun Islam memainkan peranan penting dalam memberi sumbangan kepada dunia serta membawa dunia ke taraf yang lebih tinggi.
Tambahan pula, ramai sarjana Islam telah menyumbangkan segala ilmu yang bermanfaat kepada manusia. Kemunculan dan kejatuhan sesuatu tamadun itu mempunyai sebab yang tersendiri dan menjadi tugas kita sebagai generasi sekarang untuk mengambil pengajaran dari pengalaman dahulu bagi menjaga ketamadunan negara dan agama kita.
Bab 3 (TAMADUN MELAYU)
Islam memberi pengaruh yang besar kepada masyarakat dan tamadun Melayu. Proses penyerapan Islam ini berlaku secara berperingkat-peringkat di kalangan masyarakat Melayu yang bermula daripada golongan istana, pembesar sehinggalah kepada rakyat biasa. Keistimewaan ajaran Islam yang sederhana dan tiada paksaan telah menarik minat masyarakat Melayu untuk memeluk agama Islam.
Bab 4 (TAMADUN INDIA)
Tamadun India telah membentuk budaya dan adat. Tinggalan kebudayaan era Hindu-Buddha sukar dihakis, banyak mempengaruhi upacara perkahwinan orang Melayu. Selain itu, tamadun India menekankan ilmu pengetahuan dan pendidikan. Tamadun India telah melahirkan ramai tokoh-tokoh ilmuan dalam bidang matematik dan astronomi. Pengetahuan sejarah tentang Asia Tenggara banyak daripada inskripsi sastera Hindu-Buddha .
Bab 5 (TAMADUN CHINA)
Kesusasteraan klasik & kesenian merupakan hasil budaya Cina yang bernilai. Tamadun Cina telah banyak mencipta alatan pertanian, kertas, kompas, sistem kalendar, matematik dan sistem peperiksaan yang masih dipakai sehingga zaman ini.
NILAI KETAMADUNAN YANG ANDA PEROLEHI
1) Nilai Kepercayaan
Tamadun Islam bersumberkan wahyu manakala yang selainnya adalah menjurus kepada keupayaan manusia.
2) Nilai Ekonomi dan Kebendaan
Nilai ekonomi atau kebendaan ini bukan sekadar mengenai keuntungan, tetapi nilainya yang tinggi adalah terletak kepada ketaatan yang jitu kepada Allah.
3) Nilai Kerja
Nilai kerja hendaklah berlandaskan tuntutan syariat dan mencari keberkatan daripada Allah S.W.T.
4) Nilai Kemanusiaan
Manusia diciptakan sebagai suatu makhluk yang mulia. Mempunyai nilai kemanusiaan merupakan suatu nilai yang mementingkan penghormatan terhadap hak-hak asasi dan kemuliaan insan.
5) Nilai Keadilan
Adil membawa maksud sama berat, tidak berat sebelah, tidak meihak dan berpihak kepada yang benar.
6) Nilai Kekeluargaan
Nilai kekeluargaan salah satu elemen penting untuk dipelihara. Hasil daripada nilai kekeluargaan yang baik akan membentuk pula komposisi masyarakat yang baik.
7) Nilai Keilmuan
Konsep mencari ilmu dalam Islam berbeza dengan tamadun-tamadun yang lain di mana cara perolehan ilmu ini mestilah berlandaskan kepada konsep tauhid.
8) Nilai Akhlak
Akhlak iaitu sistem nilai yang menjamin kehidupan yang beretika.
NILAI PEMBELAJARAN YANG DIPEROLEHI DALAM PEMBENTANGAN
Nilai pembelajaran yang saya dapat dalam pembentangan ialah menerima pendapat orang lain yang berbeza dengan diri sendiri. Saya juga belajar untuk menumpukan perhatian dan menghormati seseorang yang sedang menyampaikan hujahnya. Selain itu, sikap bekerjasama dalam kumpulan sangat penting bagi menjayakan hasil sesebuah pembentangan.
|
|
|
Post by SITI HAJAR MOHD on Dec 22, 2015 6:17:51 GMT
(SITI HAJAR BINTI MOHD)
(2015229924)
CTU551(A)
MINGGU 1:
Pada minggu ini,kita dapat mengetahui bahawa terdapat 5 alam yang akan di tempuhi oleh manusia iaitu alam roh,alam Rahim,alam dunia,alam kubur dana lam akhirat.Selain itu,kita juga dapat mengetahui bahawa manusia telah melakukan perjanjian azali iaitu perjanjian untuk sentiasa beriman kepada pencipta Allah.Namun,perjanjian ini telah dimungkari oleh manusia.
MINGGU 2:
Pada minggu ini,kita dapat mempelajari tentang konsep penghutang dan pemiutang.Manusia sebagai penghutang manakala Maha Pencipta adalah pemiutang.Selain itu kita juga dapat mengetahui tentang rukun Addin iaitu akhlak,sariat dan tasawwuf
MINGGU 3:
Hasil pembelajaran saya pada minggu ini,saya dapat mengetahui asas-asas Islam dan boleh digambarkan dalam bentuk sebatang pokok..Akar pokok menggambarkan akidah,batang pokok ialah syariat,ranting pokok ialah akhlak manakla buah ialah ihsan.Oleh itu semua umat islam haruslah mempunyai semua ciri-ciri tersebut
MINGGU 4:
Kita seharusnya menggunakan akal yang diberikan oleh Allah S.W.T dengan sebaik mungkin.Contohnya Tamadun Mesir telah membina pyramid manakala Tamadun Indus telah menggunakan akal yang diberikan dengan membina sebuah bandar terancang.Namun,disebabkan ke keangkuhan mereka untuk beriman kepada Allah,akhirnya Allah telah meruntuhkan tamadun mereka.
MINGGU 5:
Pada minggu ini,kita dapat mempelajari tentang Tamadun Islam.Kemashyuran Tamadun Islam disebabkan kestabilan peemrintahan iaitu dengan melaksanakan pemerintahan yang tersusun dan sistematik serta konsep kekuasaan milik ummat.Selain itu,sebbelum kedatangan Islam,manusia mempercayai pelbagai kepercayaan seperti aninisme dan menyembah roh nenek moyang.
Nilai ketamadunan yang diperolehi adalah sifat berlumba-lumba dalam menuntut ilmu.Hal ini kerana,seperti yang kita lihat,banyak tokoh-tokoh kesusteraan yang wujud dan mereka menulis banyak buku kesusateraan yang masih kekal sehingga hari ini.Selain itu,nilai taat pada pemimpin juga dapat diperolehi dalam pembelajaran ini.Rakyat amat memberi sepenuh ketaatan mereka kepada pemimipin-pemimoin negara.Akhir sekali,nilai seni bina juga terdapat dalam pembelajaran tamadun ini.Banyak seni bina telah ditonjolkan seperti Tembok Besar China yang masih kekal sehigga hari ini.
Nilai yang saya dapat daripada pembentangan ini ialah kesungguhan dalam mencari ilmu.Selain itu,keikhlasan dalam melakukan kerja juga dapat kita ambil daripada pembentangan ini.
|
|
fatin
New Member
Posts: 8
|
Post by fatin on Dec 22, 2015 6:21:21 GMT
Nur Fatin Faqhira binti Jalani 2015418678 DS240 Group A
Bab 1
Tamadun berasal dari perkataan Arab maddana, mudun, madain yang bererti pembukaan bandar atau masyarakat yang mempunyai kemajuan dari segi lahiriah dan rohaniah. Perkataan tamadun dapat diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju. Istilah-istilah lain yang sama pengertiannya dengan tamadun adalah: umran, hadarah, madaniyah. Tapi apa yang paling penting ialah konsep penghutang dan pemiutang itu sendiri . Kita manusia adalah penghutang kepada Allah kerana Allah telah mengurniakan kita kehidupan . Oleh itu , kita harus bersyukur dengan segala nikmat-NYA .
Bab 2
Secara keseluruhannya, setiap tamadun mempunyai ciri-ciri asasnya yang utama dan ciri-ciri tersebutlah menjadi jati diri bagi sesebuah tamadun. Ada tamadun yang dikaitkan dengan bangsa, ada tamadun yang dikaitkan dengan agama dan ada tamadun yang dikaitkan dengan budaya. Satu hal yang penting ialah dalam memperkatakan perkembangan sesebuah tamadun, kita tidak dapat lari daripada membicarakan proses interaksi antara tamadun atau peradaban .
Bab 3
Islam ertinya tunduk dan patuh perintah Allah s.w.t. sama ada patuh melaksanakan atau patuh meninggalkan larangan. Orang yang melaksanakan perintah Allah s.w.t. itu disebut sebagai Muslim.
Agama Islam bererti al Din iaitu cara hidup yang telah diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada Rasulullah s.a.w. untuk disampaikan kepada seluruh manusia.Tamadun Islam bererti kemajuan yang dicapai oleh umat Islam seimbang dalam aspek kebendaan dan kerohanian berpandukan kepada al Quran dan al Hadith. Konsep Tamadun Islam yang mencakupi pelbagai aspek jelas menunjukkan bahawa Tamadun Islam suatu tamadun yang lengkap dan kukuh kerana ianya berlandaskan Al – Quran dan Al – Sunnah. Justeru itu Tamadun Islam merupakan suatu proses pembentukan yang bertolak daripada kalimah tauhid yang diikrarkan oleh setiap anggota. Dengan perkataan lain ikrar itu menjadi kaedah atau asas bagi suatu sistem yang lengkap dan praktik .
Bab 4
Kelahiran tamadun islam agak berbeza dengan tamadun-tamadun lain. Tamadun Islam lahir di kawasan padang pasir yang kontang. Manakala tamadun lain lazimnya bermula di kawasan lembah sungai. Pengaruh tamadun Islam pula yang hanya meliputi sebahagian sahaja daripada Semenanjung Arab pada masa kewafatan Rasulullah S.A.W tahun 632M, kemudiannya telah melebar luas ke wilayah-wilayah lain. tamadun Islam telah berjaya mengubah kebudayaan masyarakat bukan Arab sehingga meliputi Afrika Utara dan sebahagian Eropah, china dan Asia Tenggara. Di sini dapatlah saya simpulkan bahawa sesebuah tamadun itu dapat berkembang dengan adanya usaha yang berterusan serta tidak mudah berputus asa .
Bab 5
Tamadun Islam telah membawa perubahan menyeluruh kepada sistem kehidupan masyarakat di peradaban dunia . Sebagai contoh dari segi ilmu ,Tamadun Islam telah mendirikan sekolah dan perpustakaan . Manakala dari segi ekonomi Tamadun Islam telah memperkenalkan Baitul Mal . Dari segi politik , terdapatnya sumbangan seperti system pemerintahan pada Kerajaan Abbasiyyah dan Khulafa Ar-Rasyidin . Secara intiharnya , sumbangan yang paling memberi kesan kepada saya ialah dalam bidang keilmuan . Ilmu pengetahuan merupakan aspk penting dalam kehidupan manusia. Ilmu menjadi obor menerangikehidupan manusia. Tanpa ilmu, manusia senang ditipu dan dipesongkan dalam kehidupan mereka.
Nilai ketamadunan
-nilai kekeluargaan . Adil dalam keluarga -nilai alam sekitar . Sebagai khalifah di muka bumi , kita ditugaskan untuk menjaga keharmonian alam -nilai keagamaan . Mempunyai agama dan keutuhan kerohanian
Nilai pembelajaran
- jujur dalam menyiapkan tugasan - ikhlas dalam menyempurnakan tugasan - memperoleh manfaat dari tugasan yang diberikan
|
|
|
Post by nabilah on Dec 22, 2015 6:46:53 GMT
NUHA AMIRAH BT AHMAD SHUKRI 2015666772 DS240 GROUP A
1) REFLEKSI BAB 1-5 :
BAB 1 Assalamualaikum, apa yang dapat saya pelajari daripada sesi pembelajaran kali ini ialah hakikat kehidupan dan kewujudan manusia. Sesungguhnya tiada perkara yang dijadikan oleh Allah sia sia. Penciptaan manusai di ata muka bumi ini sebagai khalifah dan beribadat kepada Allah sangatlah signifikan dengan konsep “penghutang dan pemiutang”. Jika setiap daripada kita menyedari akan hakikat ini nescaya kita akan lebih taat akan perintah dan laranganNya. Hal ini kerana, ita hanyalah penghutang yang bertanggungjawab untuk melangsaikan hutang sepanjang kehidupan ini. Sekiranya kita mampu mengurangkan hutang kita di atas dunia ini, kita akan menikmati nikmatNya di akhirat kelak.
BAB 2 Assalamualaikum, Pada minggu ini saya telah mempelajari tentang konsep tamadun. Tamadun sangatlah berkait rapat dengan pengabdian diri. Hal ini kerana tamadun itu sendiri diistilahkan sebagai peradaban. Masyarakat yang beradab sudah tentu mempunyai sistem kehidupan yang sistematik.utuk membina kehidupan yang sistematik, tunjang utamanya sudah tentu pegangan dan kepercayaan yang dipegang oleh masyarakat itu dalam sesuatau tamadun.
BAB 3 Assalamualaikum, apa yang dapat saya belajar dalam minggu ini ialah Islam bukan sahaja suata kepercayaan, malah Islam itu sendiri merupakan Addin ataupun cara hidup bagi seluruh penganutnya. Islam sebagaiAddin mempunya empat tunjang utama iaitu; akidah, syariah, akhlak dan ehsan. Seandainya setiap umat Islam memahami tunjang ini, kita dapat hidup dapat hidup dalam tamadun yang maju dan sistematik.
BAB 4 Assalamualaikum. Pada minggu ini saya telah mempelajari tentang kemajuan sesuatu tamadun itu sangatlah berkait rapat dengan konsep Iqra’ (pembacaan). Hal ini kerana, dengan membaca kita dapat memperoleh ilmu dan dengan ilmu kita dapat memajukan sistem kehidupan. Masyarakat pada tamadun dahulu sangatlah ghairah dengan ilmu sehinggaka dengan ilmu tersebut mereka dapat membangunkan sebuah tamadun yang sangat kukuh dan berjaya di mata dunia.
BAB 5 Assalamualaikum. Berdasarkan apa yang saya fahami, pembangunan tamadun Eropah bermula daripada pengaliran ilmu daripada tamadun Islam. Sikap masyarakat pada tamadun terdahulu yang terbuka untuk bertukar dan berkongsi pendapat telah mendorong ke arah pembangunan dan kemajuan tamadun masing masing.
2) NILAI KETAMADUNAN :
Nilai ketamadunan yang dapat saya pelajari ialah sifat keterbukaan dlam sebuah tamadun dapat mnjadi titik tolak kemajuan sesebuh tamadun itu.Sifat bertolak ansur dan berfikiran terbuka menerima pandangan suatu pihak telah berjaya memajukan tamadun.Skap cintakan akan ilmu pengetahuan juga merupakan faktor penting kebangkitan sesebuah tamadun.Dengan kefahaman dan penghayatan akan konsep Iqra' menjadikan masyarakat pada tamadun terdahulu menuntut ilmu dengan ikhlas dan krana Allah SWT.
3) NILAI PEMBELAJARAN DRPD PEMBENTANGAN
Nilai pembelajaran yang diperolehi ialah bekerjasama dalam menyelesaikan tugasan kumpulan yang diberi dan juga bekerjasama semasa membentangkan tugasan tersebut di hadapan kelas. selain itu, kami juga banyak belajar untuk lebih berusaha untuk mencari sesuatu ilmu seperti maklumat tambahan untuk pembentangan kami. lebih-lebih lagi, kami dapat belajar cara untuk berkomunikasi dengan ustazah dan sahabat-sahabat lain semasa pembentangan. kami juga menjadi lebih yakin untuk menyuarakan pendapat kami supaya dapat sama-sama membincangkan pendapat tersebut. sepanjang kursus ini, kefahaman kami terhadap tamadun bertambah kerana kami dapat belajar pelbagai ilmu pengetahuan tentang bagaimana tamadun boleh gemilang dan bagaimana sesebuah tamadun itu boleh jatuh. seterusnya, sepanjang kami belajar tentang tamadun ini, kami banyak didedahkan dengan kekuasaan tuhan yang Esa.
|
|
|
Post by hadib96 on Dec 22, 2015 9:08:15 GMT
HADIB JAZMINE BINTI MOHD HATTA 2015664062 GROUP B DS 240
Reklesi saya pada bab yang pertama adalah saya dapat lihat terdapat pelbagai konsep tamadun dari pandangan barat dan juga islam. Maksud tamadun dari pandangan islam ialah Menurut Profesor Syed Naquib Al-Attas, Tamadun Islam membawa satu takrif“ keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat.” Ibnu Khaldun menghuraikan maksud peradaban atau Tamadun Islam ini sebagai pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai-nilai seni. Dari sudut bahasa Arab, terdapat beberapa istilah yang digunakan dalam konteks Tamadun Islam iaitu madaniah, tamadun, hadarah dan umran. Ibnu Khaldun dalam kitabnya Al-Muqaddimah memberi erti umran sebagai kawasan tanah yang didiami , tinggal menetap , berkembang subur dan maju. Hadarah pula ialah satu daerah , kota , bandar , kampung atau tanah yang diusahakan. Perkataan tamadun pula membawa erti, memiliki ciri-ciri hidup bandar atau bertamadun dari aspek yang akan diterangkan dalam ciri-ciri tamadun nanti. Menurut sarjana barat, Will Durant, tamadun merupakan sebuah peraturan masyarakat yang dapat mendorong serta membantu meningkatkan produktivitimasyarakat itu sendiri. Selain daripada itu, beliau juga menambah di manaperaturan ini mengandungi empat elemen penting iaitu elemen sumber ekonomi,elemen sistem politik, elemen tradisi moral dan juga elemen kerohanian. J.K. Fiebleman pula mempunyai pendapat yang berbeza sama sekaliberbanding Will Durant. J.K Fiebleman menggambarkan tamadun sebagai kebijakanmasyarakat mengeksploitasi sesuatu material. Maksud lain yang mudah difahamiialah proses masyarakat ke atas sesuatu material yang menjadikannya barang baruuntuk keperluan mereka sendiri.
Dalam bab 2 saya telah memahami konsep tamadun islam berbeza dengan konsep tamadun menurut perspektif bukan islam. selain itu , saya juga telah belajar ajaran islam adalah faktor yang mendorong pencapaian cemerlang umat dan negara islam dalam pelbagai kehidupan , khususnya berbagai-bagai cabang ilmu pengetahuan. Seterusnya , perkembangan pesat tamadun islam di Andalusia telah membawa masyarakat benua ero[pah keluar dari zaman gelap. Sejak runtuhnya empayar uthmaniah sehingga kini, keadaan umat islam tidak banyak berubah. Mreka masih bercakaran sesame sendiri berpunca daripada masalah remeh. Rata –rata negara umat islam kini masih bergantung kepada teknologi barat dalam semua hal, hatta dalam soal-soal yang paling strategic dan melibatkan keselamatan negara. Seterusnya , kegemilangan tamadun islam mulai merosot apabila umat islam tidak lagi komited mengamalkan ajaran islam sebagai sistem hidup dan mula bercakaran sesame sendiri. Kuasa-kuasa barat memusuhiislam kerana menggangapnya sebagai suatu ancaman. Pada hakikatnya , islam tidak memusuhi dunia barat atau mana-mana peradaban. Islam hanya menentang ideology dan sikap rakus dunia barat yang berusah mengekalkan hegamoni mereka ke atas masyarakat lain. Akhir sekali,negara dan umat islam di seluruh dunia perlu memperbaharui tekad dan azam untuk memperbaiki diri , menjalin hubungan mesra dengan semua warga dunia., menyemarakkan kegiatan dakwah dan seterusnya merealisasikan semula islam sebagai sistem hidup yang menjamin keadillan manusia sejagat.
Dalam bab 3 , saya dapat menyimpulakan bahawa kedatangan islam ke tanah melayu telah membentuk wajah baharu yang memperkukuhkan identity melayu yang sebelumnya dibayangi olen elemen-elemem yang rapuh dan tidak kekal. Dengan beridentitikan islam , maka bangsa melayu akan dapat menjayakan pepatah “tidak melayu hilang di dunia” . kejituan tamadun melayu yang berasakan agama islam inilah yang telah berjaya membentuk satu lakaran perjalanan bangsa melayu di tanah melayu terutama di Malaysia. Oleh itu , sudah semestinya bangsa melayu kini dan akan datang mengekalkan elemen asas yang telah berjaya memandu dan mengawal pejuang yang sebelum mereka bagi memastikan perjalanan dan usaha mereka membangunkan negara Malaysia tidak tergelincir atau tidak diganggu oleh sebarang anasir.
Dalam bab 4 , apa yang saya perolehi adalah perkembangan dan pengaruh tamadun india di asia tenggara. Tamadun india mempunyai perhubungan yang istimeawa dengan rantau asia tenggara dari segi polotik , ekonomi dan sosial sehingga seluruh aspek kehidupan masyarakat asia tenggara menyerupai tamadun india dan timbul istilah indianised states di asia tenggara. Selain itu , saya juga dapat lihat cabaran globalisasi di Malaysia . tamandun india telah mula bertapak di Malaysia sejak zaman colonial britisah di tanah melayu , terutama masyarakat keturunan tamil . peradaban inida seperti bahasa tamil , kesusasteraan , struktur politik dan kerajaan , corak kehidupan harian , agama hindu Buddha dan sebagainya memperkaya dan menjadikan Malaysia sesebuah negara yang kaya dengan kebudayaan dan lebih sedia di pentas dunia.
Dalam bab 5 , antara perkara yang salah pelajari adalah china adalah sesebuah negara yang esar telah membina peradaban awal manusia yang menunjukkan keunggulan dan kekayaan ketamadunan daripada pelbagai aspek termasuk politik , ekonomi dan kepercayaan dan sosial yang unik. Masyarakat china jjuga kebanyakkan nya menggunakan bahasa china klasik yang memerlukan pembelajaran khas bagi pemahaman dan penulisan. Dalam masyarakat china , struktur sosial terpenting ialah hubungan dalam keluarga menurut hierarki sosial china tergolong kepada pemerintahan , petani , seniman dan peniaga. Masyarakat china mempunyai budaya tersendiri dan peristiwa penting termasuklah kelahiran , perkahwinan , dan kematian selain daripada tahun baru china. Pendidikan china amat mementingkan kebijaksaan dan pembentukkan akhlak. Sistem pemerintahan di china berbentuk dinasti dan monarki yang mempunyai kuasa muthlak dan dianggap sebagai wakil tuhan.
Antara nilai yang saya pelajari adalah tamadun china lebih gemar berlandaskan agama dalam segala yang dilakukannya . selain itu , menegakkan aspek kemanusian dan kekeluargaan juga merupakan nilai yang amat penting yang saya pelajari dalam bab ini. Seterusnya , menekankan tatacara dalam kehidupan , mementingkan kebijaksanaan pemimpin , menghargai alam sekitar dan juga mementingkan ilmu . setelah saya teliti pembesar tamadun china semua harus mengambil peperiksaan seperti kelulusan sebelum menjadi pembesar di china. Dalam tamadun india antara nilai murni yang saya pelajari adalah Nilai - nilai murni Tamadun India Sifat Penerimaan ,Sifat Toleransi, Kebenaran (Satya) , Dharma, Kepercayaan kepada Tuhan, Keadilan dalam Pemerintahan dan Nilai-Nilai Murni (Karma).
|
|
|
Post by sarahhusna on Dec 22, 2015 9:47:36 GMT
SARAH HUSNA BINTI KHAIRULZAN 2015428468 GROUP A
Apa yang anda peroleh menerusi pembelajaran bab 1-5
PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN Menerusi pembelajaran bab 1, apa yang saya pelajari ialah konsep tamadun. Definisi tamadun terdiri daripada pelabagai bahasa misalnya bahasa melayu, tamadun bermaksud kebudayaan, peradabanan kemajuan, tatasusila dan pembangunan. Bahasa inggeris pula terdiri daripada civilization dan bahasa arab, umran, hadharah, madinah, madaniyyah dan tamaddun. Ciri ciri tamadun berbeza mengikut sarjana sarjana tetapi asas sebuah tamadun mesti mempunyai tiga ini, iaitu kerohanian, pemikiran dan budaya serta pembangunan/kemajuan. Setiap tamadun mempunyai hubungan dengan agama (iaitu ketuhanan dan kepercayaan). Anatara faktor yang mendorong kemunculan tamadun dunia ialah kedudukannya yang stratergik, rangsangan keagamaan, penghayatan yang tinggi terhadap moral dan nilai terpuji, kesengsaraan hidup, toleransi yang tinggi, perilaku dan budaya masyarakat yang tinggi, politik yang kukuh, ekonomi dan interaksi antara tamadun. faktor kelemaha pula, wujudnya jurang perbezaan yang begitu ketara diantara golongan kaya dan miskin, berleluasanya penindasan dan kezaliman, wujudnya sikap tertutup, berlaku malapetaka atau bencana alam secara besar-besaran dan keruntuhan akhlak. interaksi antara tamadun merupakan hubungan aktif dan saling bertindak balas antara satu sama lain.
TAMADUN ISLAM Antara yang saya pelajari ialah sumber sumber kemunculan tamadun islam. Kewujudannya berteraskan Al-Quran, As-Sunnah serta Ijtihad. Faktor kelahiran ialah dorongan ajaran islam sendiri iaitu mewajibkan menuntut ilmu dan wahyu pertama yang diturunkan (iqra') ialah simbol kepentingan belajar. Saya juga mempelajari sumbangan sumbangan sarjana dan para ilmuwan islam. Anatra sarjana yang terulung yang dilahirkan pada tamadun islam ialah Ibn Sina, Ibn Rushd, Al-Razi, Al-Khawarizmi, al-Biruni, al-Zahrawi, Ibn Khaldun dan Nasiruddin al-Tusi. Terdapat banyak sumbangan tamadun Islam kepada dunia seperti ilmu ilmu sains, matematik dan sebagainya tetapi apa yang menarik perhatian saya ialah apabila ustazah menerangkan perbezaan diantara saintis zaman dahulu seperti Al-Khawarizmi, Al-Biruni dan Ibn Sina ialah mereka mengkaji dan menghasilkan hasil pengetahuan mereka untuk membukti wujudnya Allah swt walhal santis sekarang hanya mengkritik penemuan dan pengkajian yang terdahulu dan pencarian mereka yang baru adalah tanpa asal usul yang sahir, contohnya; kajian mengenai blackhole dan bigbang theory dan dan teori evolusi darwin yang tidak dapat membuktikan kewujudan Tuhan dan asal usul kajian yang mereka katakan.Pengaliran ilmu islam ke eropah melalui negara Islam Andalus, Hubungan dagang dan diplomatik serta gerakan terjemahan karya karya Islam ke Bahasa Eropah. Kegiatan keilmuwan terdiri kepada dua tahap iaitu tahap pertama dimana proses penyerapan dan pemindahan ilmu ilmu klasik dan tahap kedua dimana era kelahiran dan kebangkitan intelektual. Kegiatan intelektual dapat disebarkan kerana pelbagai faktor antaranya keadaan yang aman, cabaran intelektual daripada pemeluk Islam baharu, pertembungan dengan budaya luar serta peranan pemerintah itu sendiri.
TAMADUN MELAYU Teori kedatangan islam terbahagi kepada beberapa teori. Islam datang melalui India dan para pembawanya ialah para saudagar yang berniaga terutamanya dari Gujerat . Teori ini banyak didukung oleh pengkaji-pengkaji Barat seperti Winstedt dan lain-lain. Islam datang melalui Parsi yang dibawa oleh orang Islam yang berniaga dan yang berdakwah. Islam datang secara lansung dari Tanah Arab. Islam datang melalui negeri China seperti yang didukung oleh S.Q. Fatimi, seorang penyelidik dari Pakistan. Islam datang melalui pelbagai jurusan dan tempat seperti Asia Barat, Asia selatan dan Afrika utara. Namun ketetapan yang dibuat oleh para sarjana ialah Islam telah datang ke Alam Melayu sejak zaman Khalifah Ar-rasyidin lagi tetapi melalui perantara. Perantara yang dimaksudkan ialah pedagang-pedagang dari China dan India yang datang berdagang ke Alam Melayu. Kemunculan Islam ke tanah melayu menyebabkan pelbagai kesan. Antaranya dari segi aspek aqidah. Penduduk tanah melayu lebih mementingkan rasionalisme dan intelektualisme serat bebas daripada fahaman khurafat dan tahyul yang membawa kepada kepercayaan kepada Allah swt sehingga menyebabkan agama Islam agam utama di tanah melayu. Aspek politik pula, tidak lagi menggunakan gelaran raja malah tukar kepada gelaran sultan. Dari segi aspek sosial pula, bentuk pakaian seperti baju kurung dan baju melayu diperkenalkan dengan syarat syarat Islam. Undang undang melayu telah diubah suai mengikut undang undang islam malah pihak yang terlibat dengan penyusunan undang undang ialah raja sendiri dan para pembesar negeri yang berkenaan. terdapat juga banyak perbezaan yang berlaku dalam aspek ekonomi, kesenian bahasa dan sastera serta pendidikan dan ilmu syariah.
TAMADUN INDIA Zaman Vedik merupakan permulaan kehidupan beragama bagi masyarakat tersebut kerana pada zaman itulah lahirnya agama Hindu. Setelah beberapa ketika bertapak di Lembah Indus, menjelang abad ketujuh Sebelum Masihi perhatian masyarakat tersebut beralih ke Lembah Ganges. Dalam Tamadun India terdapat pelbagai jenis agama yang diamalkan sebagai pegangan dan kepercayaan sesuatu kaum. Antaranya ialah; Agama Hindu, Agama Buddha, Agama Jaina, Agama Sikh. Islam tersebar ke India dan sejak itu, islam telah menadi sebahagian daripada warisan keagamaan dan kebudayaan negara india. Ini dapat dibuktikan dengan ciri ciri yang ada pada bangunan Taj Mahal.
TAMADUN CHINA Ciri utama binaan cina adalah binaan yang harmoni dengan alam semesta. Mereka mempunyai kepercayaan kepada fengshui iaitu lokasi dan susuan sesebuah rumah atau kubur selalunya ditetapkan dengan panduan teori ini. Mereka juga terkenal dengan pembinaan Tembok Besar yang dibina pada waktu Dinasti Chin sehingga ia dikategorikan sebagai satu daripada 7 kejaiban dunia. Dinast Chou juga telah membina tembok tembok panjang bagi mempertahankan negeri china daripada serangan puak Mongol. Tembok besar China bukan sahaja untuk mengelilingi kota malah memagari kuil dan rumah rumah kediaman. Mereka juga mempunyai pencapaian membina batu bata kerana tembok besar dibina daripada tembok batu serta di Bandar Bandar purba china, batu dibina dengan rekaan yg mempunyai tembok batu manakali dibandar lain tembok dibina dengan tanah liat dan batu bata. Setiap tembok mesti mempunyai pintu gerbang dan dikelilingi oleh parit besar dan menara.
Apa nilai ketamadunan yang anda perolehi Nilai yang saya pelajari ialah kerohanian. Tanpa kerohanian maka tiada hala tuju sesebuah tamadun. Walaupun setiap tamadun berbeza dari segi tempat geografinya serta bahasa, bangsa tetapi mereka tetap mempunya agama dan kepercayaan masing masing malah setiap pemimpin mempunyai penasihata agama mereka tersendiri. seperti kemunculan Islam di tanah melayu, perundangan negara lebih sistematik malah sultan sendiri terlibata dengan pembuatan perundangan negara bersama ketua setiap negeri. Ini menunjukkan bahawa setiap pekerjaan yang kita lakukan, kita perlukan sesuatu ilmu seperti al-Quran dan As-Sunnah untuk dijadikan rujukan. Selain itu, saya juga dapat perolehi nilai menghormati dan suka akan ilmu pengetahuan. Setiap tamadun berjaya menciptakan pelbagai perkara baru yang diluar jangkaan manusia pada ketika itu. Nilai suka menerokai ilmu juga ditunjukkan oleh tamadun tamadun yang dulu. Malah pemimpin sendiri menggalakkan penerokaan ilmu pengetahuan dengan membina masjid, madrasah dan perpustakaan.
Apa nilai pembelajaran yang diperolehi dalam pembentangan Nilai yang saya perolehi ialah nilai kesabaran serta bekerjasama. banyak karenah yang akan saya dan rakan rakan saya lalui ketika hendak menyediakan pembentangan, maka banyak jugak kerenah yang ada. Sikap kerjasama juga perlu ada agar kerja yang dihasilkan dapat dilakukan dengan ceoat dan efektif.
|
|