nabila
Junior Member
Posts: 17
|
Post by nabila on Dec 27, 2015 11:50:14 GMT
NUR NABILA BT ABDUL WAHAB
2015477642
a) Apa yang anda peroleh menerusi pembelajaran bab 1-5
Bab 1
Berdasarkan pemerhatian terhadap kehidupan bertamadun.jelaslah bahawa konsep-konsep kehidupan dan pencapaian matlamat hidup dalam tamadun tradisional mempunyai beberapa persamaan. Namun begitu, dalam persoalan-persoalan tertentu, terutamanya yang berkaitan dengan teologi, wujud beberapa perbezaan yang harus kita fahami.Kesimpulannya, mengetahui persoalan-persoalan dasar berkaitan dengan ilmu ketamadunan membuka seluruh peluang kepada manusia untuk berinteraksi secara positif kea rah kehidupan yang lebih saksama.
BAB 2
Konsep tamadun dalam Islam berbeza dengan konsep tamadun menurut perspektif bukan Islam. Ajaran Islam ialah factor pendorong utama pencapaian cemerlang umat dan Negara Islam dalam pelbagai bidang kehidupan. Perkembangan pesat tamadun Islam di Andalusia telah membantu masyarakat benua Eropah keluar dari Zaman Gelap. Kegemilangan tamadun Islam mulai merosot apabila umat Islam tidak lagi komited mengamalkan ajaran Islam sebagai sistem hidup dan mula bercakaran sesama sendiri. Justeru, Negara dan umat Islam perlu memperbaharui tekad dan azam untuk memperbaiki diri.
BAB 3
Melalui tajuk ini, saya dapat menyimpulkan bahawa kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah membentuk wajah baharu dan memperkukuhkan identity Melayu yang sebelumnya dibayangi oleh elemen-elemen yang rapuh dan tidak kekal. Pendekatan Islam Hadhari yang menggabungkan kemantapan akhlak dengan profesionalisme yang unggul sesuai dengan cabaran globalisasi diharapkan mampu menjadi pemangkin untuk mewujudkan jiwa rakyat yang benar-benar merdeka dan menonjolakan jati diri manusia yang berfungsi dengan sebenanya-benarnya.
BAB 4
Tamadun India merupakan tamadun terawal yang wujud di Asia Tenggara. Tamadun India terbahagi kepada dua bahagian iaitu India Utara yang rakyatnya dikenali sebagai Indo-Arya dan India Selatan yang dikenali sebagai Dravida. Bahasa yang digunakan oleh orang Indo-Arya ialah Sanskrit manakala golongan Dravida menggunakan bahasa Tamil. Vindhya merupakan sempadan pemisah di antara India Utara dan India Selatan. Masyarakat Indo-Arya mempunyai empat buah veda, iaitu Rig, Yajur, Sama dan Atharva. Veda merupakan karya puisi yang berbentuk mantera atau mazmur yang menjadi pegangan buat masyarakat Indo-Arya. Keempat-empat veda ini memberi pengaruh yang kuat dalam aspek pemikiran, kepercayaan, amalan dan kehidupa masyarakat Indo-Arya. Masyarakat Dravida pula mempunyai kepercayaan dan pemikiran berasaskan mazhab Siavisme dan Vaisnavisme yang selalu dibicarakan di dalam puisi klasik Sangam. Tamadun India mengamalkan sistem kasta iaitu perbezaan status masyarakat.
BAB 5
Tamadun China merupakan tamadun terawal muncul di dunia selain tamadun Mesir dan tamadun Yunani. Tamadun ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu pembinaan, zaman peralihan dan zaman moden. Antara kegemilangan tamadun China adalah sistem pentadbiran,falsafah, sastera,unsur moral, dan penciptaan serta sains. Tamadun China sangat popular dengan sistem peperiksaannya yang mengambil masa selama 3 hari 3 malam dan hukuman bunuh akan dijatuhkan kepada sesiapa yang meniru. Peperiksaan ini terbahagi kepada 3 tahap iaitu Hsiu Tai, Chun Jen, dan Chin Sih. Matlamat utama peperiksaan ini adalah untuk mendapatkan jawatan dalam pentadbiran.
b) Apa nilai ketamadunan yang anda perolehi
Antara nilai ketamadunan yang saya perolehi adalah bersikap terbuka dalam sesetengah perkara. Menurut apa yang saya pelajari dari tamadun China dan India, kita seharusnya bersikap terbuka bagi meningkatkan pemikiran dan tahap diri agar tidak terus berada dalam kelompok yang sama. Nilai ini penting dalam menerima pembaharuan dalam hidup kita. Seterusnya,saya juga mempelajari nilai pentingnya menuntut ilmu. Tamadun Islam membuktikan bahawa tanpa ilmu, sesebuah tamadun tidak akan mencapai kemajuan. Para sarjana Islam berusaha bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu sehingga jasa mereka dikembangkan terutamanya ke negara Eropah yang mengalami zaman kegelapan. Usaha mereka bukan sahaja telah mengubah tamadun mereka bahkan berjaya membuka mata dunia akan pentingnya ilmu dalam kehidupan.
c) Apa nilai pembelajaran yang diperolehi dalam pembentangan
Antara nilai pembelajaran yang saya dapati melalui pembentangan adalah keyakinan dalam menyuarakan pendapat. Saya menjadi yakin dalam memberi idea bagi menjadikan pembentangan saya lebih baik dan berkualiti. Saya juga mempelajari nilai keterbukaan menerima sebarang kritikan dan nasihat. Nilai ini penting dalam proses saya memperbaiki diri demi cabaran yang akan datang.
|
|
|
Post by khalisyah on Dec 27, 2015 18:08:57 GMT
KHALISYAH CHE HASHIM
2015218708
DS240 - A
a) Apa yang anda peroleh menerusi pembelajaran bab 1-5
Bab 1 – Pengenalan Ilmu Ketamadunan
Secara keseluruhannya, bab ini telah memberi saya kesedaran tentang ertikata sebenar istilah ‘tamadun’ yang memberi maksud yang lebih mendalam menerusi frasa peradaban (adab tingkah laku serta tutur kata yang sopan/kehalusan atau telah maju tingkat kehidupan/rohani dan jasmani). Sememangnya, terdapat pelbagai tafsiran makna ‘tamadun’ daripada pelbagai bahasa dan pelbagai sudut peristilahan. Bab ini turut merangkumi faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan, kelahiran dan perkembangan serta kejatuhan sesebuah tamadun. Selain itu, ciri-ciri sebuah tamadun seperti pegangan agama yang kuat, sistem kenegaraan yang tersusun rapi, kehidupan cara Bandar, pencapaian kaedah penulisan yang tinggi serta kepakaran dalam bidang seni lukis dan seni reka [Ibn Khaldun, Mukaddimah] etc. mengajar saya bahawa sesebuah tamadun yang berjaya perlu memiliki ciri-ciri tertentu. Selain itu, hubungan tamadun dengan agama, budaya dan bangsa turut saya pelajari.
Bab 2 – Tamadun Islam
Terdapat pelbagai faktor kelahiran dan perkembangan tamadun islam dan sumbangan tamadun Islam kepada peradaban dunia. Antara faktor kelahiran tamadun Islam yang terpenting adalah ajaran agama. Wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. (iqra’) merupakain symbol kepentingan untuk belajar dan menuntut ilmu. Tamadun Islam merupakan sebuah tamadun yang komprehensif dan terunggul pernah wujud. Pelbagai impak yang dibawa tamadun ini dapat dikesan sejak kelahirannya hingga kini.
Bab 3 – Tamadun Melayu
Terdapat pelbagai teori kedatangan Islam ke tanah melayu serta kesan dan pengaruh Islam dalam tamadun ini. Saya juga mempelajari pelbagai pencapaian Tamadun Melayu. Secara keseluruhannya, saya berasa amat bersyukur dengan kedatangan Islam ke tanah melayu kerana dapat dilahirkan sebagai seorang muslim di dalam sebuah negara Islam. Pelbagai kesan yang dibawa Islam yang masih lagi mempengaruhi ketamadunan melayu di Malaysia ini pada hari ini. Terutama dari aspek undang-undang, social dan politik, Islam memain peranan penting dalam membentuk dan menjayakan Tamadun melayu dan saya amat bersyukur kerana itu.
Bagi bab 4 dan 5 tiada pembentangan di dalam kelas dijalankan. Pembelajaran bab 4 dan bab 5 adalah menerusi videos di laman web e-citac.
Bab 4 - Tamadun India
Faktor-faktor kelahiran tamadun india kebanyakannya bersandarkan kepada keagamaan dan kepercayaan seperti amalam penyembahan, falsafah dalam tamadun india dan doktrin buddhisme. Seperti yang diketahui, ajaran agama atau kepercayaan memainkan peranan penting dalam kelahiran dan perkembangan sesebuah tamadun. Selain itu, terdapat juga pelbagai teori kedatangan Islam ke India dan impak yang dibawanya. Unsur-unsur budaya Indo-Islam merupakan antara kesan kemasukan Islam ke India. Tamadun India juga mempunyai perhubungan yang istimewa dengan rantau Asia Tenggara dari segi politik, ekonomi dan social sehinggakan seluruh aspek kehidupan masyarakat Asia Tenggara menyerupai tamadun India dan timbul istilah Indianised States di Asia Tenggara.
Bab 5 – Tamadun China
China ialah sebuah negara besar yang telah membina peradaban awal manusia yang menunjukkan keunggulan dan kekayaan ketamadunan daripada pelbagai aspek termasuklah politik, ekonomi, kepercayaan dan sosial yang unik. Pencapaian tamadun ini telah memberi banyak impak terhadap dunia kini.
b) Apa nilai ketamadunan yang anda perolehi
Terdapat banyak nilai ketamadunan yang saya perolehi sepanjang sesi pembelajaran ini. Antaranya, nilai kepercayaan (keagamaan), nilai kemanusiaan dan keilmuan. Pertama sekali, setiap tamadun yang dipelajari mempunyai kepercayaan tersendiri walaupun tidak semua bersandarkan kepercayaan kepada Tuhan. Peranan agama dan kepercayaan dalam pembentukan sesebuhan tamadun amat penting kerana ia membantu memantapkan struktur sosial dan intelektual tamadun serta menjadi penggerak kepada anjakan paradigma sesebuah tamadun. Dari sudut kemanusiaan, nilai-nilai murni atau moral values amat penting bagi mewujudkan sebuah tamadun yang berjaya. Dalam erti kata lain, kehalusan dan akhlak yang mulia perlu ada dalam diri individu bagi memantapkan nilai kemanusiaan seseorang. Dari sudut keilmuan, saya perlajari bahawa ilmu itu amat penting bukan sahaja dalam memajukan sesebuah tamadun malah juga telah terbukti penting dalam kewujudan sesebuah tamadun. Kelahiran tamadun Islam adalah berasaskan kepada ilmu yang diturunkan Allah S.W.T atas saranan supaya membaca. Namun begitu, konsep mencari ilmu dalam Islam berbeza dengan tamadun lain kerana haruslah berlandaskan konsep Tauhid.
c) Apa nilai pembelajaran yang diperolehi dalam pembentangan
Antara nilai yang saya peroleh adalah kerjasama, nilai kesungguhan dalam melakukan sesuatu dan keikhlasan dalam menuntut ilmu. Kerjasama antara ahli penting bagi memastikan keseluruhan chapter telah dicover dan pembentangan berjalan lancar. Kita perlu bersungguh-sungguh misalnya dalam menyiapkan slideshow pembentangan agar rakan-rakan lain dapat memahami overview apa yang hendak disampaikan. Keikhlasan merupakan nilai terpenting kerana tanpa keikhlasan, segala nilai yang lain tidak dapat dikecapi.
|
|
|
Post by Admin on Dec 27, 2015 18:47:54 GMT
Syabas kepada sarah, amirulmukmin dan nabilah. Teruskan usaha anda. Begitu juga kepada pelajar2 yang lain. Saya merasakan anda telah belajar sesuatu daripada refleksi ini dan saya berharap anda cemerlang di dalam peperiksaan seterusnya menjadi pemimpin masyarakat yang bertamadun dalam kareir nanti. Agar kegemilangan taamdun Islam lampau dapat dikembalikan.
|
|
|
Post by Admin on Dec 27, 2015 18:56:12 GMT
Tahniah untuk nabilah sekali lagi. Juga kepada Grace Nyura. Bagi Grace mungkin secara tidak langsung dapat mempelajari budaya-budaya dari bangsa lain juga. Ustazah berharap semua pelajar mendapat ilmu yang bermanfaat. Saya yakin pasti anda berhadapan dengan pelbagai ujian dan cabaran semasa menyiapkan tugasan, saya sangat faham kerana kurang fasiliti dan akses internet. Cuma percayalah apa sahaja usaha yang dilakukan dengan ikhlas untuk mencari ilmu, sebenarnya dia sedang menjemput ilmu lebih hampir padanya dan anda lebih hampir dengan kejayaan. Allah dan Tuhan melihat segala usaha. Tiada jalan pintas untuk berjaya.
Saya yakin pembelajaran secara kuliah adalah lebih mudah tetapi mungkin lebih mudah lupa dan perlu diingat banyak kali tetapi pelajar lebih mudah ingat apabila dia membuat tindakan bersama.
SYABAS kepada semuan
|
|
|
Post by Admin on Dec 27, 2015 18:59:15 GMT
Syabas untuk semua yang bersungguh dalam mempelajari Kursus ini. Saya dapat lihat daripada corak jawapan masing-masing. Semoga anda terus berjaya.
|
|
|
Post by Admin on Dec 27, 2015 19:01:48 GMT
Syabas, syabas dan syabas atas usaha gigih semua. Walaupun sebaris ayat yang kamu nukilkan sendiri tanpa mengambil kira atau meniru pandangan orang lain adalah sangat bermakna untuk pembelajaran dan persediaan di dalam peperiksaan akhir. Teruskan kecemerlangan. Semoga Allah dan Tuhan beri ganjaran sewajarnya di dalam peperiksaan akhir dan kehidupan anda.
|
|
|
Post by sakinah on Dec 28, 2015 7:13:14 GMT
SAKINAH BINTI HAMUDDIN 2015403182 DS2401A a) Apa yang anda peroleh menerusi pembelajaran bab 1-5 BAB 1: PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN
Dalam pembelajaran bab ini, saya dapat sedar bahawa tamadun ini bukanlah sekadar masa silam malah tamadun ini berterusan selagi masyarakat itu wujud. Oleh itu, kita hendakah mengambil teladan daripada tamadun lampau bagi mencapai sifat kehalusan yang signifikan ini bagi memajukan tamadun kita dalam pelbagai aspek lantas menaikkan taraf kehidupan sesebuah masyarakat itu. Juga, kita hendaklah ambil yang jernih, buang yang keruh terhadap tamadun-tamadun lalu. Hal ini adalah supaya kesilapan yang sama tidak akan berulang lagi. Selain itu, kita hendaklah mengkaji faktor keruntuhan sesebuah tamadun juga supaya kesilapan masa lalu tidak akan berulang lagi. In sha Allah. BAB 2: TAMADUN ISLAM Agam Islam yang dipandang rendah pada masa kini oleh negara Barat sebenarnya banyak menyumbang kepada masyarakat kini daripada pelbagai aspek. Hal ini adalah kerana prinsip agama Islam ini bersumberkan dua sumber yang sahih iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Agama Islam juga agama yang al-Din, iaitu agama yang menyeluruh. Islam tidak hanya mementingkan ilmu akhirat malah mementingkan juga ilmu dunia. Hal ini telah menunjukkan sebab kenapa tamadun Islam banyak memberi sumbangan kerana prinsipnya yang tidak berat sebelah, yang mementingkan kedua-dua ilmu; ilmu akhirat dan ilmu dunia. BAB 3: TAMADUN MELAYU
Bangsa Melayu yang dianggap sebagai bangsa yang kolot adalah tanggapan yang salah kerana tamadun Melayu juga tidak kurang hebatnya. Islam di Tanah Melayu disebar dengan luas dan pantas kerana sifat keterbukaan orang Melayu dan juga faktor lain seperti hubungan perdagangan, perkahwinan dan sebagainya. Tamadun Melayu juga mengaplikasikan nilai kehalusan yang terkenal dengan sifat lemah lembut dan faktor inilah yang membuatkan penyebaran agama dan ilmu menjadi senang. BAB 4: TAMADUN INDIA
Tamadun India yang unik ini mempunyai hubungan yang rapat dengan negara-negara luar seperti Parsi melalui seni binanya. Contohnya, masjid-masjid yang dibina menunjukkan pertembungan mereka. Tamadun India juga mementingkan taraf sosial dimana Sistem Kasta diamalkan. Juga, tamadun ini banyak membina candi, kuil bagi tujuan keagamaan dan binaan-binaan inilah yang banyak menunjukkan kreativiti masyarakat India dalam membina bangunan-bangunan tersebut dengan seni halus, seni ukir dan seni lukis. BAB 5: TAMADUN CHINA
Tamadun China juga banyak memberi sumbangan kepada masayarakat hari ini. Hal ini dapat dilihat melalui pelbagai aspek; politik, sosial, ekonomi. Tamadun ini juga banyak seni-seni yang berkembang seperti drama yang membawa mesej yang penting kepada penonton dan juga seni kaligrafi yang banyak dipaparkan di seni bina di China. b) Apa nilai ketamadunan yang anda perolehi
Nilai ketamadunan yang saya perolehi ialah nilai mementingkan ilmu. Ilmu ini adalah subjektif, dalam pebagai aspek sama ada ilmu seni lukis atau ukir, ilmu sains dan teknologi. Ilmu-ilmu inilah yang dapat membangkit sesebuah tamadun itu ke tahap yang diingini. Nilai seterusnya ialah nilai terbuka. Sifat terbuka inilah yang membolehkan interaksi antara tamadun yang banyak memberi manfaat kepada sesebuah tamadun itu untuk menghasilkan sesuatu yang luar daripada jangkaan lantas memajukan tamadun itu melalui cara yang unik yang tidak ada pada tamadun lain. c) Apa nilai pembelajaran yang diperolehi dalam pembentangan
Pada pendapat saya, nilai pembelajaran yang saya peroleh dalam pembentangan ialah nilai kerjasama. Nilai ini amatlah penting bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi dan membuat sesuatu pekerjaan itu dengan elbih efektif dan berkualiti. Tanpa kerjasama, tujuan sebenar pembentangan ini tidak akan tercapai dan banyak permasalahan akan timbul dan ini membuatkan hasil kerja yang berkualiti terbantut. Oleh itu, kita hendaklah bekerjasama dalam setiap tindakan dan pekerjaan agar hasil kerja mencapai tahap yang berkualiti yang dihajati.
|
|
|
Post by farizasabri on Dec 28, 2015 14:51:13 GMT
NUR FARIZA ZAHIRAH BINTI SABRI 2015428828 GROUP B BAB 1 ( PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN )Dalam membina sesebuah tamadun, kita harus mementingkan sifat kehalusan. Jika tiada sifat kehalusan dalam melakukan apa sahaja, berkemungkinan sesebuah tamadun yang hendak dibina itu tidak akan menjadi. Tamadun yang membahagiakan tidak akan pernah terpisah dengan tuhan kita iaitu Allah SWT. Kita juga haruslah belajar mengenai peradaban kerana ianya dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian dan kita juga dapat belajar dari kesilapan yang dilakukan. BAB 2 ( TAMADUN ISLAM ) Hamba mempunyai 3 kategori iaitu:- - hamab yang bersifat saudagar
- hamba yang lakukan sesuatu kerana takutkan neraka
- hamba yang lakukan sesuatu kerana Allah SWT
Kita haruslah menjadi hamba yang beryukur. Kita haruslah mempunyai sifat malu dengan pencipta kita iaitu Allah SWT. Kita juga haryslah menjaga moral dan akhlak. Moral fokus kepada norma masyarakat manakala akhlak ialah apa yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.. Kita juga perlulah mementingkan sifat ihsan iaitu beramal seolah-olah Allah SWT melihat kita. Dlam diri kita haruslah mempunya Iman, Islam dan Ihsan. BAB 3 ( TAMADUN MELAYU )Kedatangan agama Islam telah memantapkan tamadun Melayu silam. Islam dan adat Melayu menjadi salah satu struktur dan elemen penting kemelayuan dalam tamadun Malaysia. Islam terus menjadi faktor definitif Melayu iaitu orang Melayu sebagai orang yang mengamalkan adat istiadat Melayu, berbahasa Melayu dan beragama Islam. BAB 4 ( TAMADUN INDIA )Tamadun India banyak memberi sumbangan dalam bidang seni . Seni dan kehidupan masyarakat India tidak pernah dapat dipisahkan. Tamadun India telah mencapai kecemerlangan dalam bidang kesenian yang boleh diringkaskan seperti berikut: 1. Seni halus 2. Tarian 3. Drama 4. Seni bina dan seni ukir 5. Seni lukis BAB 5 ( TAMADUN CHINA ) Antara keunikkan yang terdapat dalam Tamadun China ialah pembinaan Tembok Besar China. Tembok merupakan antara binaan yang sangat penting kerana semua kota mempunyai satu tembok yang bertujuan untuk pertahanan dan keselamatan. Tembok kota mempunyai pintu yang dibuka pada waktu tertentu dan ditutup pada waktu malam. Tembok Besar China (Wan Li Chang Chen), dibina bukan sahaja untuk megelilingi kota, tetapi juga untuk memagari kuil-kuil, istana dan rumah-rumah kediaman. NILAI KETAMADUNAN YANG DIPEROLEHINilai ketamadunan yang diperolehi ialah kita haruslah menerapkan sifat kehalusan dalam diri kita. Kehalusan kepada Allah SWT dan kehalusan kepada masyarakat. Maknanya, kita haruslah mempunyai hubungan yang baik dengan pencipta kita iaitu Allah SWT dan juga mempunyai hubungan yang baik dengan orang disekeliling kita. Kita juga haruslah mempunyai nilai-nilai murni dalam diri kta seperti mempunyai sifat yang sentiasa bersyukur. NILAI PEMBELAJARAN YANG DIPEROLEHI DALAM PEMBENTANGAN
Antara nilai yang diperolehi apabila melakukan pembentangan ialah, kita haruslah mempuny semangat kerjasam dan tolong-menolong. Dengan adanya sifat tersebut, kerja yang dilakukan akan menjadi lebih senang dan teratur.
|
|
|
Post by sarahathirah on Jan 4, 2016 11:26:19 GMT
SARAH ATHIRAH BINTI RIZAL
2015229668
DS240(GROUP A)
CHAPTER 1
Tamadun islam bersifat fleksibel dan hidup dalam kesamarataan dan wanita telah diangkat darjatnya . Islam bersifat ad-din dan dapat dipraktikkan dalam setiap detik waktu hidup kita . Islam tidak hanya menekan akhirat namun islam menuntut kita untuk kejar dunia dan akhirat. Islam juga menepati fitrah manusia . Ini dapat dilihat melalui maqasid syariah . Islam menuntut kita untuk menjaga nyawa , menjaga keturunan , menjaga harta benda dan sebagainya . Tamadun islam juga tamadun yang berdiri teguh serta dihormati . Terdapat banyak tokoh yang dilahirkan seperti Ibnu Sina , Ibnu Khaldun dan sebagainya . Karya –karya mereka telah digunakan oleh seluruh dunia sehingga hari ini .
Tamadun barat pula hanya berpegang kepada hal hal keduniaan sahaja dan menolak agama . Mereka berpegang kepada fikiran logik dan kajian saintifik . Mereka percaya bahawa setiap kejadian di muka bumi ini di wujudkan oleh alam semula jadi .
CHAPTER 2
Seperti termaktub di Al- Quran , Islam telah bermula di Makkah dan berkembang di Madinah . Agama Islam sangat menitik beratkan ilmu , kita dapat lihat ini ketika malaikat Jibrail menemui Nabi Muhammad S.A.W dan menyebut “Iqra !” yang membawa maksud bacalah . Apabila seseorang itu tinggi ilmunya , dia akan dinaikkan darjatnya di mata dunia . Tamadun Islam merupakan tamadun yang paling lama bertahan , hal ini kerana umatnya yang sangat yakin akan agama dianutinya serta sikap rasa ingin tahu yang sangat tinggi berjalan seiring . Ini bermakna ilmu yang ditimba tidak bertentangan dengan syariah Islam . ilmu seperti ini akan diberkati dan mendatangkan manfaat . Perkara ini juga mempamerkan bahawa Islam sebagai ad-din dan lengkap . Bukan sahaja dari segi akhirat , tetapi juga dari segi keduniaan .
CHAPTER 3
Setelah mempelajari tamadun Melayu , ia sangat membuka mata saya betapa hebatnya orang Melayu . Tamadun ini juga berkait rapat dengan agama islam . Terdapat banyak elemene-elemen islam dalam tamadun ini . Misalnya , maksud maksud tersirat yang ada baju Melayu dan baju kurung . 5 butang di baju Melayu membawa maksud rukun iman , iaitu mengucap dua kalimah syahadah , solat 5 waktu , berpuasa di bulan ramadhan , menunaikan zakat , melakukan haji jika mampu .
CHAPTER 4
Tamadun india pula mengamalkan sistem kasta dan memuja banyak dewa . Wanita juga ditindas . Namun dengan kehadiran islam , sistem ini dihapuskan dan mereka hidup di dalam kesamarataan .
CHAPTER 5
Tamadun China telah banyak menyumbang untuk kehidupan kita misalnya penciptaan kompas , kalender dan sebagainya . Mereka menjalan sistem peperiksaan untuk mendapat tentera-tentera yang berkualiti untuk berkhidmat untuk negara .
Antara nilai ketamadunan yang saya dapat peroleh ialah pemimpin mencorak sesebuah tamadun . Jika pemimpin tersebut memerintah negara dengan adil maka tamadun itu akan bertahan dan hidup dengan aman . Seterusnya , ialah kepentingan ilmu . Ilmu membezakan taraf seseorang manusia . Dengan adanya ilmu , banyak sumbangan dapat disumbangkan kepada dunia . Seterusnya , ialah nilai kehalusan . Semakin halus , semakin tinggi ketamadunanya . Secara automatik , kita akan disuburi dengan sifat mahmudah .
Nilai pembelajaran yang saya peroleh dalam pembentangan ialah bekerjasama . Dengan ini , kami dapat merapatkan silaturahim antara satu sama lain . Selain itu , ia dapat meningkatkan keyakinan diri untuk bercakap di khalayak ramai .
|
|