|
Post by nadiachemohd on Dec 22, 2015 18:40:16 GMT
NADIA BINTI CHE MOHD 2015430442 DS240
a) Apa yang anda peroleh menerusi pembelajaran bab 1-5
BAB 1 : PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN
Bab ini membincangkan konsep dan ciri-ciri tamdun dari sudut etimologi pelbagai bahasa. Konsep tamadun adalah pencapaian tatasusila dan moral yang tinggi serta kemajuan penempatan dan kemudahan yang sempurna. Bagaimanapun, konsep ketamadunan yang sering difahami oleh masyarakat manusia hari ini lebih menjurus kepada perkara yang berkaitan dengan kemajuan penempatan dan kemudahan yang sempurna semata-mata. Salah satu ciri tamdun adalah revolusi perbandaran yang pesat di kawasan penempatan penduduk. Selain itu, bab ini menerangkan hubungan tamadun dengan agama, budaya dan bangsa. Setiap hubunganini menunjukkan pertalian yang rapat antara tamadun dan mempunyai kehalusan budi dan kesempurnaan moral yang juga merupakan ciri-ciri kehidupan bertamadun. Di samping itu, bab ini menganalisiskan faktor kekuatan dan kelemahan sesbuah tamadun dan antaranya adalahkedudukan yang strategik bagi kekuatan tamadun dan wujud sikap tertutup bagi faktor kelemahan tamdun.
BAB 2 : TAMADUN ISLAM
Setelah mempelajari bab ini, saya mendapat menjelaskan pandangan semesta tamadun Islam. Pandangan semesta ini meliputi sifat-sifat tamadun Islam itu sendiri iaitu bersikap terbuka, keagamaan, toleransi, dan sejagat . Selain itu, saya dapat menghuraikan sumbangan besar tamaadun Islam kepada dunia. Sebagai contoh, tamadun Islam melahirkan ramai sarjana dan para ilmuan tersohor dalam banyak bidang antaranya adalah seperti astronomi. Antara sarjana yang terunggul yang dilahirkan adalah Ibnu Sina yang mahir dalam bidang perubatan. Hasil karya terunggulnya masih digunakan oleh masyarakt sekarang. Saya juga dapt menganalisis cabaran-cabaran semasa tamadun Islam antaranya adalah umat Islam meghadapi masalah golongan minoriti di negara bukan Islam.
BAB 3 : TAMADUN MELAYU
Saya dapat menghuraikan tiga teori kedatangan Islam ke alam Melayu. Sebagi contoh, Islam datang ke alam Melayu dari negara China, India dan A rab seterusnya Islam terus berkembang sehingga sekarang. Saya juga dapat mempelajari peranan tamadun Melayu dalam pembinaan tamadun Islam. antaranya adalah tamadun melayu menjadi teras dalam pembinaan kebudayaan Melayu seperti pemakaian baju kurung yang sangat sopan untuk dipakai dan peranan agama Islam dapat memantapkan tamadun Melayu itu sendiri. Di samping itu, saya dapat mempelajari sejarah dan asal usul kaum melayu dengan lebih mendalam. Pembelajaran sejarah-sejarah pencapaian tamdun Melayu sangat menarik untuk didalami oleh saya. Dari sini saya dapat mengetahui lebih mendalam tentang asal-usul kaum saya ssendiri dan kaum melayu ini terdapat di serata negara di dunia ini.
BAB 4 : TAMADUN INDIA
Setelah mempelajari bab tamadun India ini, pengetahuan saya banyak didehkan kepada sumbangan dan pencapaian tamadun india dalam menggukuhkan ketamadunan tamadun itu sendiri. Ketamadunan tamadun ini merangkumi pelbagai aspek kehidupan antaranya aspek pendidikan. Setiap perkembangan sesabuah tamadun itu sendiri banyak menghasilakan pelbagai karya-karya agung yang masih digunapakai sehingga sekarang. Namun, ,masyarakat sekarang hanya mampu menginovasikan hasil karya terdahulu supaya sesuai diguna oleh masyarakat sekarang sesuai dengan perkembangan semasa. Dalam kemajuan sesebuah tamadun, terdapapt ramai tokoh-tokoh yang dilahirkan dan mereka banyak menyumbang kepada tamdun mereka sendiri. Sumbangan mereka juga turut diambil oleh tamdun lain supaya dijadikan rujukan mereka untuk pembelajaran mereka mengikut bidang masing-masing.
BAB 5 : TAMADUN CHINA
Dalam bab 5 ini, apa yang saya pelajari adalah tamadun China ini mempunyai banyak Dinasti. Setiap dinasti mempunyai pemerintah mereka sendiri mengikut tahun permintahan . Selain itu, setiap dinasti mempunyai terbahagikan ke dalam 4 buah zamn. Antaranya adalh zaman pembinaan ( Dinasti Shang ), zaman peralihan, zaman keagungan dan zaman moden. Di dalam tamdun ini, mereka mempunyai sistem organisasi dan institusi sosial yang tersendiri berbeza dengan tamadun lain iaitu sistem sosial yang berdasarkan hierakki susun lapis masyarakat.
b) Apa nilai ketamadunan yang anda perolehi
Nilai ketamadunan yang saya perolehi ialah kepentingan ilmu pengetahuan dalam setiap aspek pembangunan sesbyah tamadun. Sebagai contoh, sesebuah tamadun yang kukuh hendaklah mempunyai sistem pentadbiran yang mantap. Di dalam setiap sistem pentadbiran perlu mempunyai golongan masyarakat yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi. Di sini menunjukkan bahawa ilmu perngetahuan sangat pernting untuk membangunkan sesebuah tamadun itu sendiri. Selain itu, aspek kesenian, ekonomi, perdagangan, pendidikan dan pentadbiiran menitikberatkan ilmu pengethaun bagi meghasilakan karya-karya yang hebat dan sentiasa disenangi ramai. Kehebatan orang Cina umpamanya, menghasilkan kertas dan mesin cetak adalah berguna bagi pengembangan ilmu dan tradisi penghasilan buku. Tradisi orang India meneroka angka dan matematik juga banyak nilainya kerana penemuan itu memberi manfaat kepada manusia mempelajari dan berkongsi yang menyumbang untuk faedah umat manusia. Tidak menjadi masalah bagi orang Islam mempelajarinya kerana amalan itu memperkayakan khazanah yang bermanfaat bagi kemajuan orang Islam. Seperti juga hari ini, tidak salah orang Islam atau bukan Islam mempelajari ilmu membuat komputer atau kereta kerana manfaatnya bagi manusia.
Jika asas ini dijadikan sumber kerjasama, manusia bakal membangunkan rasa kemanusiaan yang tinggi kerana alat teknologi itu memberi guna dan kemudahan kepada manusia.
Meskipun banyak titik persamaan yang baik antara manusia namun perbezaan tetap ada. Perbezaan harus didekati dengan etika. Jika perbezaan itu menyentuh aqidah dan sistem kepercayaan biarlah ia berbeza. Tetapi ada hal yang menyentuh kualiti fitrah manusia yang menuntut adanya asas bersama dan kerjasama. Umpamanya, keperluan ke arah kesungguhan bekerja dan kecekalan melakukan sesuatu adalah tuntutan untuk semua. Suburkan tradisi ini supaya hasil daripadanya akan membawa kepada produktiviti dan kecemerlangan.Dalam membuat keputusan, fikiran setiap orang diperlukan, barulah keputusan itu dihormati dan diyakini. Inilah asas nilai dan etika yang patut disuburkan.
Bagi masyarakat Malaysia, mempelajari dan memahami kesamaan antara tamadun dan nilai fitrah harus dijadikan agenda dalam sistem pendidikan yang ada. Orang Islam harus dididik supaya teguh dengan nilai dan prinsip Quraninya dan bukan Islam harus diajar nilai tamadun dan budaya baik.
Jika hal ini berlaku, setiap warga Malaysia akan merasakan nilai yang fitrah dan kualiti tamadun tinggi dapat merangsang ke arah Malaysia yang maju dan berkualiti.
c) Apa nilai pembelajaran yang diperolehi dalam pembentangan
nilai pembelajaran yang sangat penting dalam kerja berkumpulan adalah sikap berkerjasama dan sikap tanggungjawab dalam diri setiap ahli. Sikap ini sangat penting untuk kerlangsungan kerja yang diberi siap mengikut masa yang ditetapkan oleh pensyarah. Selain itu, sikap bantu-membantu perlu bagi memberi sokongan kepada rakan kita yang didalam masalah.
|
|
|
Post by dhaniyah on Dec 22, 2015 19:28:03 GMT
NIK DHANIYAH BINTI NIK HUSNI 2015428804 DS240 GROUP B
BAB 1 : TAMADUN MANUSIA Menerusi pembelajaran bab tamadun manusia, saya memahami tentang maksud tamadun. Tamadun dari segi istilah bermaksud kebudayaan, kemajuan atau peradaban. Saya juga belajar tentang keabdian manusia kepada Allah SWT. Sistem hidup manusia telah diatur oleh Allah seperti waktu kita dilahirkan dan dimatikan. Saya juga belajar tentang makhluk-makhluk yang diciptakan oleh Allah dan bukan manusia sahaja. Makhluk ghaib juga merupakan makhluk yang diciptakan oleh Allah dan manusia tidak dibuka hijab untuk melihatnya sedangkan makhluk tersebut berada di sekeliling manusia. Selain itu, saya belajar tentang definisi tamadun iaitu peradaban. Tamadun juga diertikan dengan kebudayaan dan kemajuan. Sesebuah tamadun dibina untuk mewujudkan manusia yang mengabdikan diri kepada Allah dan pembinaan tamadun dapat mendekatkan diri manusia dengan Allah SWT.
BAB 2 : TAMADUN ISLAM Saya pelajari tentang kelahiran dan perkembangan tamadun islam. Tamadun bermula di lembangan sungai kerana di sini boleh melakukan aktiviti pertanian. Tamadun islam lahir di Makkah dan berkembang di Madinah serta tersebar ke Kufah dan Basrah di mana di sini menyebabkan pertambahan penganut Islam. Kelahiran Tamadun Islam adalah kerana ajaran islam itu sendiri. Tamadun Islam berkembang kerana terdapatnya sumber ekonomi yang luas dan banyak. Sumber kewangan islam juga membawa kepada perkembangan tamadun Islam. Dengan adanya agama Islam di sesebuah tamadun, tamadun tersebut dapat berkembang dan bertambah maju.
BAB 3 : TAMADUN MELAYU Saya belajar tentang teori kedatangan Melayu. Teori tentang kedatangan Islam ke Tamadun Melau dikatakan berasal dari teori dari China, Champa, Arab. Kedatangan Islam diperkukuh dengan teori dari China dan Champa yang mengatakn Islam dating dari China kerana adanya Masjid Kenangan Nabi (Wai Shin Zi). Selain itu, terdapat penemuan batu nisan dan penemuan batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu. Tamadun Melau semakin berkembang dari segi pemerintahan, pendidikan ekonomi, kewujudan institusi. Tamadun semakin berkembang dari sebuah tamadun ke tamadun yang lain kerana adanya kedatangan Islam yang memperkukuh sesebuah tamadun.
BAB 4 : TAMADUN INDIA dalam bab ini, saya memahami tentang kewujudan tamadun India serta memperkenalkan tamadun India dalam pelbagai tahap termasuk zaman penyebaran Islam. Ia juga menerangkan tentang aspek-aspek politik, ekonomi, sosial, kesenian, pendidikan dan pentadbiran dalam tamadun ini. Saya juga pelajari tentang kedatangan islam ke India iaitu melalui Mahmud Ghanzi.
BAB 5 : TAMADUN CHINA Dalam bab ini, terdapat pendedahan kepada tamadun China dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Penerangan mengenai sistem kenegaraan dalam kekeluargaan negara China sangat menarik untuk difikirkan. Pencapaian negara China dalam semua bidang termasuk politik, ekonomi, sosial, kesenian, persuratan, dan sains dijelaskan dengan sangat terperinci. Tamadun ini merupakan tamadun terawal di dunia. Era ini dikenali Zaman Batu Terakhir.
|
|
|
Post by nikadleena on Dec 23, 2015 9:47:21 GMT
NIK NUR ADLEENA BT NIK MOHD KAMIL 2015229638 DS240-B
PEMBELAJARAN BAB 1-5
Bab 1 -ciri2 tamadun -konsep tamadun -hubungan tamadun dengan budaya, agama dan bangsa -kelahiran dan perkembangan tamadun -faktor2 kemunculan dan kejatuhan tamadun dunia -interaksi tamadun -kesan positif dan negatif pertembungan antara tamadun -persamaan dan perbezaan antara tamadun
Bab 2 -konsep tamadun Islam -prinsip tamadun Islam -manifestasi dan sifat2 tamadun Islam -sumber tamadun Islam -kelahiran dan perkembangan tamadun Islam -sumbangan tamadun Islam kepada peradaban dunia -penghayatan nilai2 Islam di Malaysia
Bab 3 -Islah Melayu, Alam Melayu dan tamadun Melayu -teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara -kesan dan pengaruh Islam dalam tamadun Melayu -sejarah pencapaian tamadun Melayu
Bab 4 -faktor kelahiran tamadun -kedatangan Islam ke India -cabaran kontemporari -tamadun India di Asia Tenggara -seni bina *Agra Fort *Taj Mahal
Bab 5 -perkembangan tamadun China -sistem organisasi dan institusi sosial -bahasa dan penulisan -sistem nilai dan etika -budaya dan kesenian masyarakat Cina -pengaruh tamadun Islam di China (sanya) -sistem politik, ekonomi dan sosial tamadun China
NILAI KETAMADUNAN YANG DIPEROLEH
Apa yang saya peroleh daripada pembelajaran tamadun ialah kepentingan ilmu. Ilmu penting untuk pembangunan sesebuah tamadun. Masyarakat akan menjadi lebih kreatif dan inovatif. Terdapat pelbagai cabang ilmu dalam setiap tamadun itu. Antaranya adalah dalam bidang perubatan, astronomi, matematik dan banyak lagi. Ilmu yang dipelajari mestilah diaplikasikan dalam kehidupan seharian kerana ilmu tanpa amal ibarat pohon tiada berbuah.
NILAI DARIPADA AKTIVITI PEMBENTANGAN
Pada saya, nilai yang paling ketara di sini ialah kerjasama. Setiap ahli akan berusaha melakukan yang terbaik untuk kumpulan mereka. Kerja menjadi lebih mudah apabila bergabung tenaga.
|
|
alaa
New Member
Posts: 8
|
Post by alaa on Dec 23, 2015 17:32:46 GMT
NUR ALAA’ NASUHA ABD. AZIZ 2015441344 DS240 GROUP B 1. Apa yang anda peroleh menerusi pembelajaran bab 1-5
BAB 1 PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN Melalui bab 1, saya telah pelajari maksud sebenar di sebalik tamadun. Selama ini pemahaman saya mengenai tamadun adalah sebuah pembangunan kerajaan yang maju dan stabil. Sebaliknya, untuk pembentukan sesebuah tamadun bukan sekadar ekonomi yang memainkan peranan malah akhlak, keagamaan, etika dan lain-lain juga penting. Namun, yang dapat saya simpulkan mengenai tamadun adalah perlu adanya nilai kehalusan. Definisi daripada pelbagai cendekiawan menyimpulkan bahawa nilai kehalusan adalah faktor utama pembentukan sesebuah tamadun.
BAB 2 TAMADUN ISLAM Melalui bab 2,saya pelajari bahawa terdapat tiga asas Islam yang utama iaitu akidah, syariah, dan akhlak. Akidah merupakan tunjang utama, kemudian diikuti dengan syariat. Maka akhlak yang baik akan terbentuk sekiranya dua perkara ini teguh. Untuk membentuk akhlak yang baik haruslah lahirkan ihsan dalam diri. Dengan adanya ketiga-tiga asas ini maka terbentuklah sebuah ilmu yang membentuk tamadun Islam.
BAB 3 TAMADUN MELAYU Bab 3 pula telah mendedahkan bagaimana terbentuknya tamadun Melayu yang suatu masa dulu adalah salah satu tamadun yang terkenal. Menerusi bab ini, saya dapat praktikkan segala akhlak yang baik yang menyebabkan terbentuk tamadun ini. Masyarakat Melayu amat menitikberatkan akhlak ketimuran.
BAB 4 TAMADUN INDIA Bab 4 mendedahkan saya kepada hubungan tamadun India dengan tamadun Islam. Dilihat tokoh yang amat terkenal memperjuangkan dan memajukan negara india pada suatu ketika dahulu, iaitu Mahatma Ghandi.. Oleh itu jelas lah disisni bahawa kewibawaan pemimpin merupakan tunggak kemajuan sesebuah tamadun.
BAB 5 TAMADUN CHINA Dengan adanya tamadun china telah wujud sistem peperiksaan yang dapat kita lihat wujudnya masih hingga kini. Bab ini juga telah mengajar kita untuk bersungguh-sungguh melakukan sesuatu seperti pembinaan Tembok Besar China. Banyak nyawa yang terkorban demi pertahanan negara mereka.
2. Apa nilai ketamadunan yang anda peroleh? Nilai ketamadunan yang saya dapat dari bab 1 hingga bab 5 ialah, setiap tamadun mempunyai nilai keagamaan. Pada asasnya hampir sama tetapi berbeza mengikut agama masing-masing. Tetapi setiap tamadun amat menekankan keagamaan kerana langkah untuk menjadi masyarakat yang bertamadun.
3. Apa nilai pembelajaran yang diperolehi dalam pembentangan? Pembelajaran yang diperolehi dari pembentangan ialah nilai kerjasam sesame ahli kumpulan. Selain itu, ia juga membantu meningkatkan tahap keyakinan diri serta keberanian untuk bercakap di khalayak ramai. Malah meningkatkan skil pemikiran tahap tinggi jika diajukan soalan spontan.
|
|
|
Post by najwakazmin on Dec 24, 2015 6:05:19 GMT
NAJWA BINTI MOHAMMAD KAZMIN 2015612182 DS240 GEOUP B
1. BAB 1 Terdapat pelbagai perbezaan pendapat tentang apa itu sebenarnya tamadun.
Tamadun Islam; tamadun islam mempercayai Allah swt yang maha esa dan Nabi Muhammad s.a.w sebagai rasul dan utusan-Nya dengan akidah yang benar, agama ini bersumberkan Al-Quran, As-sunnah dan ijtihad(sumber am). Agama mencakupi seluruh aspek kehidupan dan tidak rigid. islam menekankan aspek keadilan dalam kehidupan dan persamaan taraf antara sesama manusia.
Tamadun barat; agama merupakan sebahagian daripada kebudayaan yang dicorak pembaharuan. organisasinya lahir apabila manusia hidup bermasyarakat untuk saling melengkapi. Akhir sekali, barat mempunyai pelbagai kepercayaan seperti unsur-unsur alam disembah bagi mengelak malapetaka dan politisme (percaya banyak tuhan) manakala tamadun barat pula, berlandaskan permikiran dan logik akal manusia, kebendaan dan yakin dan percaya dengan apa yang dilihat oleh pancaindera.
BAB 2 Tokoh-tokoh tamadun islam amat mementingkan ilmu pengetahuan sepertimana tokoh-tokoh terkenal al-Zahrawi, Ibn Sina, al-Razi yang telah banyak menyumbang kepada ilmu perubatan. Tokoh-tokoh terdahulu sangat mementingkan ilmu pengetahuan kerana berpegang kepada konsep Iqra' yang merupakan semangat mengenal pencipta. Dalam Al-Quran telah mengatakan bahawa ilmu itu wajib dituntut dan pepatah araba da menyebut, ilmu tanpa amal itu ibarat pokok tanpa buah. Dengan menuntut ilmu secara tidak langsung kita akan dapat mengenal pencipta sedangkan perkara pertama dalam agama itu sendiri adalah untuk mengenal pencipta. Ia juga dapat mendekatkan kita kepadaNya
BAB 3 Baju kurung dan baju melayu bukanlah dijadikan sedemikian tanpa makna dan fikir yang dalam- tetapi disebaliknya ada maksudnya tersendiri. Seperti butang baju melayu yang melambangkan lima rukun islam dan dua poket yang bermaksud ‘memberi jangan sampai tangan kiri tahu’ dan jahitan tepi baju kurung yang bertujuan tidak menampakkan bentuk tubuh, selain nama 'kurung' adalah kerana utk mengurung keimanan dan melambangkan identity- yang mana anak melayu akan segan memaikainya jika ingin melakukan perbuatan buruk seperti ke kelab malam dan sebagainya.
BAB 4 Agama islam juga merupakan pengaruh asas pembentukannya di dalam tamadun india. Dengan adanya pemerintahan islam di dalam tamadun india, telah memperkenalkan sistem kemasyarakatan tanpa kasta dan mempertabatkan kedudukan wanita dengan menghapuskan dowri dan amalan sati.
BAB 5 Dengan adanya tamadun china telah wujud sistem peperiksaan yang dapat kita lihat wujudnya masih hingga kini. Tamadun China, amat menyanjungi pendidikan negara mereka, hal ini dpt dilihat seperti yang dikatakan tadi dengan adanya sistem peperiksaan. Matlamat sistem peperiksaan pada tamadun china adalah lulus peperiksaan untuk menjadi pegawai kerajaan.
2. kepentingan ilmu pengetahuan; ilmuwan pada zaman dahulu telah mengamalkan konsep iqra' iaitu semangat mengenal pencipt. kerana ilmu, darjat seorang manusia itu akan ditingkatkan dan mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat sifat kehalusan; dengan sifat tersebut amalan hormat-menghormati antara satu sama lain dapat diamalkan.
3. Nilai pembelajaran yang saya perolehi ialah berfikir. Setiap apa yang terjadi di sekeliling kita memerlukan kita untuk berfikir- walaupun dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar kejadian. Hanya dengan berfikir kita dapat mengenal keagunganNya dan mengerti matlamat sebenar kita yang merupakan seorang hamba dan khalifah di dunia.
|
|
|
Post by anismaizan96 on Dec 24, 2015 6:46:30 GMT
ANIS MAIZAN BINTI AZMIMURAD 2015659956 DS240 GROUP A
a) Apa yang anda peroleh menerusi pembelajaran bab 1-5. Bab 1: Pengenalan Ilmu ketamadunan Berdasarkan pembelajaran Bab 1 ini iaitu Pengenalan Ilmu Ketamadunan, banyak ilmu pengetahuan yang saya perolehi daripada pembelajaran bab ini. Antaranya ialah saya dapat mengetahui maksud tamadun sama ada dari segi istilah mahupun bahasa. Selain itu, saya juga dapat mengetahui ciri-ciri tamadun yang dikemukan oleh sarjana Barat dan sarjana Islam. Saya juga dapat megetahui tentang faktor-faktor kemunculan tamadun-tamadun dunia serta punca-punca kejatuhan sesuatu tamadun itu. Bab2 : Tamadun Islam Berdasarkan pembelajaran Bab 2 ini iaitu Tamadun Islam, ilmu pengetahuan saya mengenai Tamadun Islam makin bertambah. Antara ilmu pengetahuan yang saya perolehi daripada pembelajaran bab ini ialah saya dapat mengetahui tentang prinsip, matlamat serta tujuan Maqasid al-Syariah Tamadun Islam. Selain itu, saya juga dapat mengetahui sifat-sifat positif masyarkat tamadun Islam serta mencontohi akhlak masyarkat Islam pada zaman itu. Saya juga dapat mengetahui sejarah ringkas tentang khalifah Islam serta dapat mengetahui faktor kecemerlangan dan kemerosotan tamadun Islam. Bab3 : Tamadun Melayu Berdasarkan pembelajaran Bab 3 ini iaitu Tamadun melayu, saya telah memperoleh banyak ilmu pengetahuan. Antaranya ialah, saya dapat megetahui tiga teori kedatangan Islam ke Alam Melayu iaitu dari India, China dan Arab serta dapat mengetahui mengenai sejarah Melayu. Selain itu, saya juga dapat mengetahui bukti kewujudan manusia di Alam Melayu contoh buktinya ialah Perak Man. Seterusnya, saya juga dapat mengetahui istilah Melayu serta dapat mengetahui kesan dan pengaruh Islam dalam Tamadun Melayu. Akhir sekali, saya juga dapat mengetahui tentang sejarah pencapaian Tamadun Melayu serta peranan Tamadun Melayu dalam Pembinaan Tamadun Malaysia.
Bab 4: Tamadun India Berdasarkan pembelajaran Bab 4 ini iaitu Tamadun India, ilmu pengetahuan saya mengenai Tamadun India makin bertambah. Antara ilmu pengetahuan yang saya perolehi daripada pembelajaran bab ini ialah faktor-faktor kelahiran Tamadun India dan juga ajaran agama Budhha. Selain itu, saya juga dapat mengetahui bagaimana kedatangan Islam ke India serta perkembangan Islam di India dan pengaruhnya di Malaysia. Bab5: Tamadun China Berdasarkan pembelajaran Bab 5 ini iaitu Tamadun China, saya telah memperoleh banyak ilmu pengetahuan. Antaranya ialah,saya dapat mengetahui tentang asal usul Tamadun China dan latar belakang perkembanganya. Selain itu, saya juga dapat mengetahui tentang susun lapis masyarakt di negara China dan agama dan kepercayaan yang diamalkan masyarakat Cina. Seterusnya, saya juga dapat mengetahui sistem nilai dan etika masyarakat Cina serta budaya dan tradisi masyarakat Cina. Saya juga dapat mengetahui pengaruh Tamadun Islam di China.
b) Apa nilai ketamadunan yang anda perolehi? Antara nilai yang saya perolehi melalui pembelajaran tamadun-tamadun ini ialah menuntut ilmu. Masyarakat dalam tamadun-tamadun ini amat bersungguh-sungguh mencari ilmu pengetahuan demi memajukan diri mereka serta memajukan negara mereka sendiri. Ilmu pengetahuan itu sangat penting kerana dengan adanya ilmu kita mencipta pelbagai teknologi dan dapat memajukan negara kita setaraf dengan negara-negara yang membangun seperti Jepun.
c) Apa nilai pembelajaran yang diperolehi dalam pembentangan? Nilai pembelajaran yang saya perolehi dalam pembentangan ini ialah nilai bekerjasama. Sebagai pelajar, apabila kerja itu berkumpulan kita seharusnya bekerjasama agar kerja itu disiapkan dalam masa yang diberi. Selain itu, saya juga mempelajari menghormati pandangan orang lain.
|
|
|
Post by irfanmaruan on Dec 24, 2015 13:10:33 GMT
MUHAMMAD IRFAN BIN MARUAN 2015250296 DS240 GROUP A
Pembelajaran bab 1-5
BAB 1
Mempelajari tamadun bukan hanya semata mempelajari sejarah di dalam buku teks, tetapi lebih daripada itu. Kita belajar untuk menghayati serta mengambil iktibar daripada tamadun tamadun terdahulu agar kita tidak mengulangi kesilapan. Selain itu, kita juga dapat mengukur tahap kehalusan di dalam sesebuah tamadun itu. Semakin halus, maka semakin tinggilah tamadun tersebut. Kita dapat membandingkan adakah diri kita sekarang masih kekal dengan nilai kehalusan tersebut atau sudah semakin jauh terpesong dan terikut dengan budaya budaya kasar seperti budaya Barat. Oleh itu, kita perlulah berpegang akan sistem sistem serta nilai yang baik dalam membangunkan tamadun.
BAB 2
Hubungan antara kewujudan tuhan dengan sesuatu sistem tidak boleh dipisahkan. Ini kerana sifat asal roh yang ingin mengenali dan memerlukan tuhan. Tamadun yang membahagiakan itu sebetulnya tidak berpisah daripada tuhan. Tamadun itu berasal daripada perkatan ‘dana’ (Bahasa arab) bermaksud hutang. Dalam konteks ini, manusia adalah penghutang dan Allah s.w.t adalah pemiutang. Kesemua milik kita di dunia ini hanyalah pinjaman daripada Allah yang sementara, tiada satu pun yang bukan milikNya termasuklah kewujudan kita di muka bumi ini. Jadi, sebagai penghutang kita haruslah sedar akan kedudukan diri kita dan sentiasa beristighfar atas segala dosa yang telah kita lakukan. Tanpa Allah, siapalah kita, belum tentu kita akan berada di muka bumi ini untuk membina tamadun yang kita banggakan hingga ke harini.
BAB 3
Mengikut ajaran Islam, terdapat 3 bentuk hubungan yang harus kita titik beratkan dalam menjaga keharmonian dan kebahagiaan abadi. Pertama, hubungan dengan tuhan (horizontal), hubungan dengan manusia dan hubungan dengan alam (vertical).
Saya juga memperoleh ilmu baru mengenai asas asas Islam berdasarkan ilustrasi “Konsep Pokok”. Tunjangnya haruslah datang daripada akidah yang teguh dan mantap, percaya bahawa Allah adalah yang maha esa. Batangnya pula melambangkan syariat Islam yang harus dipatuhi dalam apa jua perkara, manakala dedaunnya adalah akhlak yang dianjurkan dalam Islam. Air hujan yang membasahi pokok itu pula adalah ilmu tauhid yang menjadi pelengkap kepada asas tersebut. Hasilnya, pokok itu akan membuahkan buahan yang manis, iaitu nikmat kemanisan iman. Oleh itu dalam membina tamadun islam, keempat empat aspek perlu diambil kira bagi mewujudkan tamadun yang membahagiakan.
BAB 4
Lahirnya tamadun islam adalah berdasarkan faktor kedudukan yang strategik, kebijaksanaan pemerintah serta rangsangan agama dan kerohanian. Isu isu semasa yang dibincangkan di dalam kelas mengenai isu semasa serta cabaran yang dihadapi pada masa kini seperti ‘sekularism’ telah memberi pendedahan yang baru buat saya. Golongan ini bukanlah tidak mempercayai atau tidak mempunyai tuhan, tetapi mereka memisahkan agama daripada segala aspek kehidupan. Kita haruslah sentiasa bersyukur kerana kita dikurniakan dengan nikmat Islam dan menyambung pengorbanan Rasulullah s.a.w dalam menyebarkan Islam agar kita sama sama dapat menikmati nikmat keimanan itu.
BAB 5
Hari ini, saya memperoleh ilmu mengenai sejarah ketamadunan Islam dari zaman Rasulullah s.a.w hingga Zaman Uthmaniyah. Kehebatan masyarakat Islam khususnya sarjana sarjana Islam yang banyak mendahului sarjana Barat patut dijadikan pembakar semangat buat kita dalam berlumba lumba mencari ilmu. Ilmu Allah itu amatlah luas, kita perlulah mencari ilmu yang berguna dan bermanfaat dengan berdoa supaya umur kita tidak dibazirkan dengan ilmu tidak bermanfaat. Keberkatan dalam mencari ilmu, wujudnya melalui niat yang betul dan usaha yang bersungguh sungguh tanpa melupakan ibadah dan mengabaikan syariat Islam
Nilai ketamadunan yang diperolehi
dari permulaan sesi pembelajaran, banyak nilai nilai ketamadunan yang saya telah pelajari. Di antaranya, kehalusan. Kehalusan memberi makna yang luas. Kepentingan kehalusan dalam diri seseorang manusia dapat menggambarkan etika tamadun yang mereka bawa. Kehalusan membawa maksud sifat sopan santun, lemah lembut, berbudi bahasa dan berakhalak mulia. Tanpa ini semua, sesebuah tamadun itu mungkin akan dipandang hina atau jatuh dari arus perkembangan moden. Hal ini, kehalusan memainkan peranan yang sangat besar dalam perkembangan sesebuah tamadun dan ianya perlulah dijadikan keutamaan tertinggi dalam mencapai kejayaan.
Selain dari itu, saya telah mempelajari nilai kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan manusia. Jika cetek ilmu pengetahuan maka merosotlah sesebuah tamadun. Untuk mencapai ke sesuatu matlamat, dasar tamadun perlu kukuh dan dengan ini ia perlu ilmu yang tinggi dan cekap supaya ia tidak mudah runtuh dan musnah. Setiap ahli tamadun perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup untuk mempertahan dan menjaga sesebuah tamadun. Dengan ilmu pengetahuan yang cukup dan bernas, sesebuah tamadun akan dapat berdiri teguh tanpa cacat celanya.
Nilai pembelajaran Nilai yang saya perolehi dalam pembentangan ialah semangat berpasukan dan bekerjasama dengan ahli kumpulan. Dalam kumpulan, setiap orang mempunyai pendapat dan keinginan yang berbeza. Oleh sebab itu, setiap ahli pasukan haruslah berfikiran terbuka dan belajar untuk menerima sekiranya pendapat ditolak. Selain itu, nilai proaktif juga telah tersemat dalam diri. Nilai ini penting untuk mencari maklumat yang diperlukan untuk pembentangan. Nilai yang paling penting yang saya pelajari adalah keyakinan terhadap diri sendiri. Keyakinan diri penting untuk membentang dan untuk bertanya soalan.Kepada seorang pendidik, tiada tiada soalan yang remeh. Oleh itu, pelajar tidak haruslah malu bertanya.
|
|
|
Post by yusrikuddus on Dec 24, 2015 18:35:14 GMT
AHMAD YUSRI BIN ABD KUDDUS 2015229744 DS240 GROUP B ASSALAMUALAIKUM WBT.
1. Apa yang anda peroleh menerusi pembelajaran bab 1-5
BAB 1 PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN
Sejenak melangkaui bab1,saya telah dapat memahami maksud tamadun itu sendiri. Selama ini pemahaman saya telah disempitkan iaitu dengan hanya menganggap tamadun ialahsebuah pembangunan kerajaan yang maju dan stabil. Walaubagaimanapun, dalam usaha pembentukan sesebuah tamadun ,perkara ini bukanlah sekadar ekonomi yang memainkan peranan malah akhlak, keagamaan, etika dan lain-lain juga penting. Namun,kesimpualan yang saya telah peroleh ialah tamadun memerlukan nilai kehalusan. Definisi daripada pelbagai cendekiawan menyimpulkan bahawa nilai kehalusan adalah faktor utama pembentukan sesebuah tamadun.
BAB 2 TAMADUN ISLAM
Melalui bab 2,saya pelajari bahawa terdapat tiga asas Islam yang utama iaitu akidah, syariah, dan akhlak. Akidah merupakan tunjang utama, kemudian diikuti dengan syariat. Maka akhlak yang baik akan terbentuk sekiranya dua perkara ini teguh. Untuk membentuk akhlak yang baik haruslah lahirkan ihsan dalam diri. Dengan adanya ketiga-tiga asas ini maka terbentuklah sebuah ilmu yang membentuk tamadun Islam.
BAB 3 TAMADUN MELAYU
Bab 3 pula telah mendedahkan bagaimana terbentuknya tamadun Melayu yang suatu masa dulu adalah salah satu tamadun yang terkenal. Menerusi bab ini, saya dapat praktikkan segala akhlak yang baik yang menyebabkan terbentuk tamadun ini. Masyarakat Melayu amat menitikberatkan akhlak ketimuran.
BAB 4 TAMADUN INDIA
Bab 4 mendedahkan saya kepada hubungan tamadun India dengan tamadun Islam. Dilihat tokoh yang amat terkenal memperjuangkan dan memajukan negara india pada suatu ketika dahulu, iaitu Mahatma Ghandi.. Oleh itu jelas lah disisni bahawa kewibawaan pemimpin merupakan tunggak kemajuan sesebuah tamadun.
BAB 5 TAMADUN CHINA
Dengan adanya tamadun china telah wujud sistem peperiksaan yang dapat kita lihat wujudnya masih hingga kini. Bab ini juga telah mengajar kita untuk bersungguh-sungguh melakukan sesuatu seperti pembinaan Tembok Besar China. Banyak nyawa yang terkorban demi pertahanan negara mereka.
2. Apa nilai ketamadunan yang anda peroleh?
Berdasarkan apa yang saaya peroleh,nilai ketamadunan nan nian dipamerkan dalam setiap tamadun ialah nilai keagamaan.Sesungguhnya,dalam usaha untuk melahirkan sebuah tamadun yang maju dalam pelbagai aspek,nilai keagamaan memainkan peranan yang penting kerana setiap bangsa yang mengambil berat tentng hal ehwal agamanya akan mempraktikkan gaya hidup yang elok dan indah.Maka,akan lahirkan sebuah kerajaan yang ampuh dalam sesebuah generasi itu.
3. Apa nilai pembelajaran yang diperolehi dalam pembentangan?
Pembelajaran yang diperolehi dari pembentangan ialah nilai kerjasama antara satu sama lain di dalam sesebuah kumpulan. Selain itu, pembentangan juga membantu meningkatkan tahap keyakinan diri serta keberanian untuk bercakap di khalayak ramai. Malah meningkatkan skil pemikiran tahap tinggi jika diajukan soalan spontan.Seterusnya,pembentangn di khayalak ramai juga membantu saya untuk berada dalam keadaan siap siaga.
|
|
|
Post by nusrazakaria on Dec 25, 2015 2:08:27 GMT
NUSRA BINTI ZAKARIA 2015441528 DS240(KUMP B)
Refleksi minggu satu
Pada minggu ini,kita dapat mengetahui bahawa terdapat 5 alam yang akan dilalui oleh setiap manusia iaitu alam roh,alam rahim,alam dunia,alam barzakh dan alam akhirat.Selain itu, kita juga tahu tentang perjanjian azali syaitan kepada Allah. Syaitan akan berusaha untuk mengheret anak-anak Adam yang tak beriman ke neraka bersama-samanya. Oleh itu , kita sebagai manusia seharusnya menguatkan iman di dalam jiwa agar tidak mudah mengikut bisikan syaitan.Kemudian, manusia sewaktu di dalam rahim telah memilih untuk melihat dunia dan beriman kepad Pencipta.Namun,hanya sebahagian yang menepati janji ini , sebahagian yang lain telah tertipu dek dunia yang penuh dusta.Seterusnya , saya dapat mempelajari tentang konsep penghutang dan pemiutang.Manusia sebagai penghutang manakala Allah adalah pemiutang. Manusia wajib membayar hutang ini dengan mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangannya.
refleksi minggu dua
Pada minggu ini , saya dapat mengetahui konsep tamadun yang sebenar-benarnya . Tamadun juga berkait rapat dengan addin. Sesebuah tamadun tak akan dicapai sekiranya masyarakatnya sendiri tidak bertamadun dan mempunyai pemikiran yang sempitTamadun Islam berteraskan Al-Quran, As-Sunnah serta Ijtihad. Faktor kelahiran ialah dorongan ajaran islam sendiri iaitu mewajibkan menuntut ilmu dan wahyu pertama yang diturunkan (iqra') yang menyuruh kepada menuntut ilmu. Saya juga mempelajari sumbangan sumbangan sarjana dan para ilmuwan islam. Anatra sarjana yang terulung yang dilahirkan pada tamadun islam ialah Ibn Sina, Ibn Rushd, Al-Razi, Al-Khawarizmi, al-Biruni, al-Zahrawi, Ibn Khaldun dan Nasiruddin al-Tusi. Terdapat banyak sumbangan tamadun Islam kepada dunia seperti ilmu ilmu sains, matematik dan Kemudian , berkembangnya Islam ke Eropah melalui negara Islam Andalus,hubungan dagang dan diplomatik serta gerakan terjemahan karya-karya Islam ke Bahasa Eropah. Kegiatan keilmuwan terdiri daripada dua tahap iaitu tahap pertama dimana proses penyerapan dan pemindahan ilmu ilmu klasik dan tahap kedua dimana era kelahiran dan kebangkitan intelektual. Kegiatan intelektual dapat disebarkan kerana pelbagai factor seperti keadaan yang aman, pertembungan dengan budaya luar serta peranan pemerintah itu sendiri.
Refleksi minggu 3
Pada minggu ini,saya dapat mengetahui asas-asas Islam dan boleh digambarkan dalam bentuk sebatang pokok..Akar pokok menggambarkan akidah,batang pokok ialah syariat,ranting pokok ialah akhlak manakala buah ialah ihsan.Oleh itu semua umat islam haruslah mempunyai semua ciri-ciri tersebut. Untuk mempunyai ihsan dan iman , akidah perlulah benar kerana ia merupakan tunjang kepada pembinaan diri yang soleh/solehah.
refleksi minggu 4
Manusia itu bijak ekiranya mereka menggunakan akal untuk berfikir dengan betul.Banyak penciptaan baharu boleh dilakukan. Contohnya Tamadun Mesir telah membina piramid dan menghasilkan kertas daripada pokok Papyrus , manakala Tamadun Indus telah menggunakan akal yang diberikan dengan membina sebuah bandar terancang dengan sistem perumahan berasaskan blok dan pembinaan sistem pengaliran bahan buangan ke longkang yang bertutup..
refleksi minggu lima
Pada minggu ini,kita dapat mempelajari tentang Tamadun Islam.Kemashyuran Tamadun Islam disebabkan kestabilan sistem pemerintahan iaitu dengan melaksanakan pemerintahan yang tersusun dan sistematik serta konsep kekuasaan milik ummat( demokrasi ).Selain itu,sebelum kedatangan Islam,manusia mempercayai aninisme dan menyembah roh nenek moyang serta alam seperti pokok, matahari dan sebagainya.
nilai
Nilai ketamadunan yang diperolehi adalah kerajinan dalam menuntut ilmu. Buktinya , ,banyak tokoh-tokoh kesusteraan yang wujud dan mereka menulis banyak buku kesusateraan yang masih kekal sehingga ke hari ini.Selain itu,nilai ketaatan kepada pemimpin juga dapat diperolehi dalam pembelajaran ini.Rakyat yang baik lahir daripada pemerintah yang baik kerana rakyat akan mengikut contoh yang diberikan oleh pemimpin.Akhir sekali,nilai kebijaksanaan dimana dapat ditonjokan dengan pembinaan sistem pengaliran bahan buangan , pyramid , penciptaan roda , penciptaan kertas , dan sebagainya.
nilai hasil pembentangan
melaui pembentangan , pelajar dapat mengetahui kelemahan dan kekuatan diri sendiri . Sebagai contoh , pelajar tersebut tahu dan yakin menjawab setiap pertanyaan yang dilontarkan , tetapi disebabkan oleh ketidakyakinan dalam diri , pertanyaan itu menjadi satu soalan yang susah . Pelajar itu akan terus berusaha untuk memperbaiki dirinya dalam pembentangan yang akan datang . Kemudia , para pelajar dapat saling bekerjasama dalam menyiapkan tugasan yang diberikan sebelum tarikh akhir penghantarannya. ini dapat melatih para pelajar untuk bersikap sistematik dan bertanggungjawab serta amanah dalam menyelesaikan sesuatu tugasan.
|
|
farah
New Member
Posts: 6
|
Post by farah on Dec 25, 2015 7:27:07 GMT
FARAH FARHANA BT RUS;E 2015215722 GROUP B BAB 1 Tamadun Islam : Agama merupakan aspek terpenting. Agama merupakan panduan dalam menentukan corak pemerintahan. Taat kepada Al-Quran dan menjadikan al-Quran sebagai panduan. Agama Islam merupakan agama yang fleksible. Tidak memaksa orang bukan Islam yang menetap di negaranya untuk memeluk Islam. Tamadun Barat : Agama bukanlah aspek yang penting. Pemerintahan yang tidak mempunyai panduan.
BAB 2
Tamadun islam namyak melahirkan tokoh-tokoh imlmuan yang hebat. Pemerintah memberi galakan kepada rakyatnta untuk menuntut ilmu. Pemerintah sentiasa melakukan apa sahaja untuk memastikan rakyatnya mendapat ilmu yang secukupnya. Tokoh yang terkenal seperti ibnu Sina yang mahir dalam bidang perubatan adalah lahir daripada tamadun Islam.
BAB 3
Kedatangan Islam ke alam melayu datang dengan lancar kerana sifat keterbukaan orang melayu itu sendiri. sikap orang melayu yang mudah bertolak ansur memudahkan aktiviti pendakwahan oleh pedagang arab. Penyebaran Islam bertambah mudah apabila raja alam melayu mula memeluk Islam.
BAB4
Tamadun India sangat terkenal dangan sistem kasta. Setelah kedatangan Islam, sistem kasta telah dihapuskan.
BAB 5
Tamadun China banyak memberi sumbangan dalam bidang pertanian. Tamadun China merupakan tamdun yang paling berjaya dalam bidang pertanian. Tamadun China juga memberi sumbagan dalam penghasilan kalendar.
NILAI KETAMADUNAN YANG DIPEROLEH
Masyarakat tamadun dahulu amat gigih dalam menutut ilmu. Ilmu yang diperoleh akan digunakan untuk memajukan tamadun masing-masing. Sikap kegigihan ini juga merupakan faktor kepada penghasilan barang-barang yang diguna pakai sehingga ke hari ni .Contoh yang ketara ialah Ibnu Sina yang memberi sumbangan dalam bidang perubatan .Segala sumbangan yang beliau berikan diguna sehingga ke hari ini. NILAI PEMBELEJARAN YANG DIPEROLEH DALAM PEMBENTANGAN Kerjasama amatlah penting semasa pembentangan. berkerjasam alam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Pembentangan yang berkesan juga penting supaya proses penyampaian muda difahami oleh pendegar.
|
|
|
Post by sajidahzaharudin on Dec 26, 2015 9:22:38 GMT
Nama: Sajidah Binti Zaharudin (2015680406)
Kod Program: DS240
Kumpulan: B
A) PEMBELAJARAN BAB 1-5
BAB 1 PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN
Konsep tamadun telah dihuraikan oleh beberapa tokoh Islam seperti Prof Syed Naquib Al-Attas, Syed Qutub, Said Hawa dan Abu Bakar Hamzah. Tamadun perlu dengan masyarakat, ia tidak boleh mencapai kejayaan yang utuh jika hanya diusahakan oleh kelompok yang kecil. Seperti yang kita tahu, kehendak Allah tiada siapa boleh paksa. Adab Allah sangat halus dan terdapat 6 sifat Allah yang perlu kita tahu iaitu wujud, Qidam, Baqa’, tidak sama dengan manusia, berdiri dengan sendiri (zatnya sendiri) dan Esa. Terdapat 5 orang para rasul yang paling rapat dengan Allah s.w.t. iaitu Nabi Nuh a.s, Nabi Ibrahim a.s (Khalil Allah), Nabi Musa a.s (Kalimullah), Nabi Isa a.s(Ruhullah) dan Nabi Muhammad s.a.w (kekasih Allah). Kemudian, terdapat perbezaan antara moral dan akhlak. Moral bermaksud norma masyarakat (apa yang di anggap baik oleh masyarakat) dan akhlak ialah lebih spesifik dari normal. Asas tamadun Islam dapat digambarkan melalui pokok. Akar bagi asas tamadun Islam ialah akidah (iman) dan ilmu (tauhid). Manakala batangnya ialah syariah iaitu cara gaya tuhan menentukan setiap perkara seperti hal ehwal ibadah, kekeluargaan, harta dan jenayah. Jenayah ialah seperti hudud, qisas dan ta’zir. Kemudian, daunnya ialah akhlak dan buahnya adalah ihsan yang menggambarkan manis dan tenang. Akhir sekali, untuk membina tamadun, kita perlulah halus 360◦ iaitu halus dengan tuhan, masyarakat serta alam.
BAB 2 TAMADUN ISLAM
Tamadun Islam berkembang dengan pesat disebabkan beberapa faktor. Pertama, faktor lokasi. Lokasi adalah sumber yang amat penting kerana kerana sifat dan watak persekitaran menggambarkan peribadi kita. Kedua, faktor agama dan kerohaniaan. Barat (Atheis) berasa terancam dengan Islam dan individu yang beragama Islam kerana Islam mempunyai sumber Al-Quran dan Sunnah, Islam semakin lama semakin bangkit dan berkembang serta Barat sentiasa menginginkan kebebasan. Barat akan menyerang Islam dengan cara meremehkan Rasulullah saw dan Al-Quran. Ketiga, faktor kestabilan pemerintahan kerana tidak mahu tamadun kucar-kacir. Kemudian, faktor keteguhan sosial iaitu kekuatan masyarakat dengan cara berdagang melalui perkahwinan, misi politik dan lain-lain. Seterusnya berhijrah dari Mekah ke Madinah untuk selamatkan Islam dari ditentang. Tetapi dari pandangan Barat, mereka membuat kesimpulan bahawa Rasulullah saw takut dan ingin lari. Walhal, orang Quraisy telah menjemputnya untuk datang ke Madinah. Selain itu, faktor toleransi antara dua pihak. Akhir sekali, faktor ekonomi dan ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan telah menyebabkan Islam melahirkan pelbagai tokoh ilmu.
BAB 3 TAMADUN MELAYU
Islamisasi Alam Melayu memberi peluang untuk mengenal Melayu yang sebenar. Terdapat 3 pendapat dari mana Islam datang. Pertama, datang dari India yang dibawa dari Snouck Hugronje. Buktinya adalah dengan penemuan batu nisan di Pasai dan Gerisik. Tetapi bukti ini bercanggah dengan Thomas Arnold yang berpendapat bahawa Islam datang dari Banggala. Seterusnya, datang dari China yang dibawa oleh Maharaja Tai Shiung. Antara buktinya adalah dengan penemuan batu nisan seorang yang berketurunan Arab di Pahang, batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu. Selain itu, kisah perdagangan di dalam Akhbar Al- Sinwahin, hubungan diplomatik dan bukti seni bina pagoda di China sama seperti di Jasin, Melaka. Akhir sekali, datang dari Arab dengan cara perkahwinan Mubaligh Quraisy dengan puteri raja, perdagangan serta pengislaman raja Perlak, Acheh. Antara buktinya ialah tulisan jawi, tarian zapin dan dabus, perkampungan Ta Shih dan Hikayat Merah Silu.
Penghayatan nilai-nilai Islam di Malaysia terbahagi kepada 6 bahagian. Pertama, pentadbiran. Dari sistem Monarki ke sistem Demokrasi. Yang masih kekal sehingga sekarang ialah, Sultan masih beragama Islam dan agama rasmi masih Islam. Kedua, ekonomi dimana kerajaan memberi bantuan Tabung Haji. Ketiga, pendidikan formal. Keempat, social. Seterusnya ialah kesenian seperti tulisan jawi di surat khabar dan syiling. Akhir sekali, perundangan.
BAB 4 TAMADUN INDIA
Dalam tamadun India, mereka sangatlah berpegang pada ajaran agama. Tamadun India menitikberatkan ajaran agama Budhha. Ajaran ini merupakan ajaran yang berkaitan dengan psikologi dan etika yang berkaitan dengan kehidupan. Antara tahapnya adalah sila, samadgi, prajna, sambodhi dan tahap paling tinggi sekali adalah nirvana. Seterusnya, salah satu seni bina yang terkenal dalam tamadun India ialah Taj Mahal. Reka bentuk Taj Mahal dibina dengan menggabungkan unsur-unsur seni bina dari Parsi, Turki dan Arab yang mana merupakan Tamadun Islam. Pintu masuk Taj Mahal berbentuk lengkung yang menyerupai sebuah masjid. Selain itu, Taj Mahal juga dihiasi dengan corak-corak berunsurkan bunga dan geometri yang menunjukkan simbolik antara alam sekitar dan tanda-tanda keagungan Tuhan. Selain corak bunga dan geometri yang menunjukkan simbolik antara alam sekitar dan tanda-tanda keagungan Tuhan. Taj Mahal juga dihiasi dengan potongan ayat-ayat al-Quran dan ukiran khat Islam yang menjadi seni huruf utama Taj Mahal. Ini menunjukkan bahawa pengaruh Islam begitu kuat dalam seni bina Taj Mahal yang merupakan antara seni bina terkenal di India.
BAB 5 TAMADUN CHINA
Tamadun China telah banyak mengajar saya mengenai asal-usul mereka. Selain itu, pencapaian yang diperoleh dalam Tamadun China dapat saya lihat dari aspek muzik klasik, seni lukis, kaligrafi, seni bina, kesusasteraan, sains dan teknologi. Tamadun China telah membuktikan pencapaiannya dalam bidang seni bina dengan pembinaan Tembok Besar China. Tamadun China banyak mencapai kejayaan dalam bidang sains dan teknologi. Buktinya ialah dalam bidang kejuruteraan, iaitu teknologi kejuruteraan hidraulik telah berjaya dicipta untuk mengawal banjir Sungai Kuning . Seterusnya, bidang Astronomi. Pada zaman Dinasti Chou, orang Cina mampu menyediakan katalog bintang , mencatat rekod tepat tentang gerhana bulan. Dalam bidang Matematik pula, penggunaan sempoa ( abacus ) dalam bidang ini. Manakala sumbangan China dalam aspek bidang Perubatan ialah Akupunktur, Akurikuloterapi, Terapi Makanan Cina, Perubatah Herba Cina, Bekam Cina ( Bekam Angin).Terdapat empat penciptaan agung seperti kertas, cetakan , kompas dans serbuk letupan. sumbangan tamadun china ini, banyak menyumbang kepada kemajuan tamadun sekarang.
B) NILAI KETAMADUNAN YANG ANDA PEROLEHI
Antara nilai ketamadunan yang saya dapat pelajari ialah nilai menghargai ilmu pengetahuan. Kita hendaklah bersungguh-sungguh untuk mempelajari sesuatu ilmu itu sehingga kita boleh menguasainya dengan sehabis baik. Contohnya dalam tamadun islam, Ibn Sina yang menyumbangkan karya kitabnya iaitu Al-qanun fit tib, Al-zahrawi yang menciptakan peralatan bedah. Dalam tamadun melayu pula, sistem pendidikan sentiasa dinaik taraf bagi memberikan sistem pendidikan yang terbaik bagi masyarakat. Nilai kedua ialah nilai kekuatan agama dan kepercayaan mereka.Tanpa agama maka tiada hala tuju sesebuah tamadun. Setiap tamadun begitu menghayati agama yang mereka anuti dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mentaati tuhan mereka. Akhir sekali, nilai keterbukaan. Semua tamadun yang dipelajari mempunyai sikap keterbukaan. Sikap ini menyebabkan islam mudah tersebar di seluruh pelosok dunia dan menjadi agama terbesar. Sikap keterbukaan mereka termasuklah berdagang di negara lain, menerima kaum selain kaum mereka untuk berkahwin dengan putera mereka dan banyak lagi.
C) NILAI PEMBELAJARAN YANG DIPEROLEHI DALAM PEMBENTANGAN
Nilai pembelajaran yang diperolehi ialah bekerjasama dalam menyelesaikan tugasan kumpulan yang diberi dan juga bekerjasama semasa membentangkan tugasan tersebut di hadapan kelas. Selain itu, saya juga belajar untuk menjadi lebih terbuka untuk mendengar idea dan pandangan orang lain. Seterusnya, saya juga banyak belajar untuk bersungguh-sungguh untuk mencari sesuatu ilmu seperti maklumat tambahan untuk pembentangan kumpulan saya. Lebih-lebih lagi,saya dapat belajar cara untuk berkomunikasi dengan ustazah dan sahabat-sahabat lain semasa pembentangan.
|
|
|
Post by naquibbari on Dec 27, 2015 3:15:00 GMT
NAQUIB BIN ABDUL BARI 2015402956 DS240 GROUP A
a) Pembelajaran bab 1-5
BAB 1:
Ilmu tentang ketamadunan penting hari ini kerana ia memberikan faktor-faktor yang boleh membantu ke arah pembinaan dan kejayaannya dan juga sebaliknya apakah perkara-perkara yang boleh membawa kepada keruntuhannya tamadun. Ilmu tentang ketamadunan amat relevan kerana manusia dewasa ini sedang berada di persimpangan jalan. Kejayaan fizikal yang begitu tinggi melalui sains dan teknologi malangnya telah diiringi oleh falsafah dan pandangan semesta atau worldview yang melihat hanya yang material itu wujud, penting dan beroperasi di dalam kehidupan. Secara mudah dapat digambarkan bahawa gerakan Englightenment di barat dan falsafah scientism telah mempengaruhi sistem-sistem pemikiran moden sehingga apa yang dapat dilihat hari ini adalah peminggiran nilai-nilai murni yang menjamin hubungan baik yang diperlukan antara manusia sesama manusia, manusia dan persekitarannya (environmentnya) yang pula banyak bergantung kepada hubungan manusia dan Tuhannya.
BAB 2:
Konsep Tamadun Islam yang mencukupi pelbagai aspek jelas menunjukkan bahawa Tamadun Islam ialah sebuah tamadun yang lengkap dan kukuh kerana berlandaskan Al-Quran dan Hadis. Islam sebagai Ad-Din bermaksud Islam adalah satu-satunya cara hidup yang diturunkan oleh Allah kepada manusia sebagai panduan hidup. Asas-asas Islam ialah Iman (akidah), Islam (syariah), dan Ihsan (akhlak). Tamadun Islam merupakan suatu proses pembentukan tamadun yang menitikberatkan unsur-unsur kehalusan, tatasusila dan kebudayaan yang luhur. Ilmu juga amat penting bagi membangunkan sesebuah tamadun.
BAB 3:
Saya telah belajar tentang asal usul Melayu. Saya juga mengetahui bangsa yang sangat mengkaji bangsa Melayu iaitu bangsa Yahudi dan Barat. Selain itu, saya juga melihat semangat cintakan Allah Taala yang tertanam di dalam jiwa kalangan pendakwah yang berdakwah ke tanah melayu sehingga Malaysia menjadi sebuah negara Islam. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka sehingga hari kebangkitan. Tamadun melayu merupakan asas utama negara kita pada hari ini. Pelbagai nila-nilai dan ciri terdahulu masih diamalkan. Adat-adat ini mementingkan kehalusan, adab, sopan dan santun. Oleh itu, ia perlulah dipelihara agar tidak mati ditelan zaman.
BAB 4: Tamadun India terkenal dengan pemujaan banyak dewa, namun Islam juga banyak memberi pengaruh. Sepertimana diketahui, India sangat terkenal dengan sistem Kasta. Islam telah berjaya menghapuskan corak kehidupan terutamanya penghambaan.
BAB 5: Tamadun Cina banyak memberi sumbangan kepada hidup kita hari ini terutamnya dari aspek teknologi. Mereka banyak menghasilkan alatan pertanian, sistem kalendar, matematik dan sistem perperiksaan yang mana menjadi asas kemajuan yang dicapai hari ini. Oleh itu, kita haruslah sentiasa berusaha menambahbaik kehidupan.
b) Nilai ketamadunan yang anda perolehi:
-Nilai keimanan . Keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT merupakan perkara yang paling penting dalam agama Islam. Dengan adanya iman , hidup akan diberkati oleh Allah SWT.
-Nilai keilmuan . Tamadun manusia berkembang dengan adanya ilmu. Penguasaan ilmu yang tinggi dapat memajukan sesebuah tamadun ke tahap yang lebih memuaskan.
-Nilai ketaatan . Nilai ketaatan terdapat dalam setiap tamadun di mana rakyat menurut perintah pemerintah sesebuah tamadun tersebut.
-Nilai kemanusiaan . Manusia diciptakan sebagai suatu makhluk yang mulia. Mempunyai nilai kemanusiaan merupakan suatu nilai yang mementingkan penghormatan terhadap hak-hak asasi dan kemuliaan insan.
-Nilai keadilan . Adil membawa maksud sama berat, tidak berat sebelah, tidak memihak dan berpihak kepada yang benar. Adil juga dapat didefinisikan sebagai sikap pertengahan dan menempatkan sesuatu pada tempatnya.
-Nilai kekeluargaan . Nilai kekeluargaan salah satu elemen penting untuk dipelihara. Hasil daripada nilai kekeluargaan yang baik akan membentuk pula komposisi masyarakat yang baik.
c) Nilai pembelajaran yang diperolehi dalam pembentangan:
Nilai pembelajaran yang saya dapat dalam pembentangan ialah menerima pendapat orang lain yang berbeza dengan diri sendiri. Saya juga belajar untuk menumpukan perhatian dan menghormati seseorang yang sedang menyampaikan hujahnya. Selain itu, sikap bekerjasama dalam kumpulan sangat penting bagi menjayakan hasil sesebuah pembentangan.
|
|
|
Post by dinafariha on Dec 27, 2015 3:50:13 GMT
Oleh: Dina Fariha Binti Che Ab Ghani (2015485548) Kod Program: DS240 (Sarjana Muda Pembedahan Pergigian) Kumpulan: B
A) Refleksi diri bab 1-5
Bab 1
Dlm bab ini,banyak yang telah saya pelajari tentang ilmu ketamadunan dan antara perkara yang telah dapat menarik perhatian saya ialah,terdapatnya banyak persamaan dan perbezaan antara sesebuah tamadun dengan tamadun yang lain terutamanya dalam konteks teologi dan etika.Terdapat tujuh persoalan etika yang dikemukakan seperti alam sekitar,komuniti,keluarga,kerajaan,kegiatan ekonomi,pendidikan dan kesihatan.Saya telah pelajari bahawa kita perlu memahami serta menerima persamaan dan perbezaan antara tamadun kerana dengan ini kita akan terdorong untuk lebih bersikap toleransi lalu dapat mewujudkan keharmonian sejagat.
Bab 2
Setelah pelajari bab ini,saya berasa sangat kagum kerana tamadun Islam merupakan sebuah tamadun yang paling komprehensif dan terunggul yang pernah wujud.Saya dapat lihat bahawa konsep tamadun Islam ini tidak sama dengan konsep tamadun menurut perspektif bukan Islam.Saya juga baru sedar bahawa begitu banyaknya sumbangan tamadun Islam kepada tamadun lain,antaranya ialah sumbangan terhadap tamadun Eropah.Tamadun Islam telah banyak melahirkan ramai sarjana dan para ilmuwan tersohor dalam pelbagai bidang ilmu.Namun,pada hari ini,apa yang menyedihkan ialah,Islam pada hari ini tidak begitu sama dengan yang zaman dahulu.Rata-rata negara umat Islam kebanyakanyya tidak maju dan masih bergantung kepada teknologi Barat padahal hakikatnya ilmu-ilmu itu dahulunya datang daripada Tamadun Islam.Oleh itu,saya berazam untuk memperbaiki diri dan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk bangkitkan nama Islam dan merealisasikan semula Islam sebagai sistem hidup yang menjamin keadilan manusia sejagat.
Bab 3
Setelah mengikuti bab ini, saya telah dapat tahu bahawa kedatangan Islam ke Alam Melayu terdapat 3 teori.Dan teori yang paling diterima ialah teori dari Arab.Pada hari ini,kita dapat lihat kesan dan pengaruh Islam dalam Tamadun Melayu.Antara contohnya adalah dari aspek politik iaitu wujudnya institusi kesultanan.Selain itu,baru saya sedari bahawa bangsa Melayu terdahulu begitu unggul dan gemilang.Buktinya,mereka telah banyak mengecapi pencapaian dalam pelbagai aspek.Aspek-aspek ini boleh dirangkumkan kepada tiga kategori iaitu pencapaian material,intelektual dan spiritual.Pencapaian ini tidak akan tercapai sekiranya nilai-nilai peradaban melayu seperti ketaatan kepada Allah, tidak dilaksanakan dan diamalkan.Oleh itu,saya sebagai bangsa Melayu akan mencontohi kegemilangan Orang Melayu terdahulu dengan mengamalkan nilai-nilai agama Islam (nilai-nilai asas) agar bangsa Melayu akan dapat menjayakan pepatah "tidak Melayu hilang di dunia".
Bab 4
Menerusi bab ini,perkara yang paling menarik minat saya adalah mengenai perkembangan Islam di India dan pengaruhnya di Malaysia.Salah satu contohnya ialah jemaah tabligh.Kumpulan jemaah tabligh ini tidak lagi asing di Malaysia.Baru saya tahu,kumpulan ini ternyata dipengaruhi daripada gerakan Jemaah Tabligh di India kerana di sana lah jemaah ini mula diasaskan oleh Maulana Muhammad Ilyas.Sekarang, gerakan Tabligh di Malaysia telah menjadikan Masjid Jamek Bandar Baru Sri Petaling sebagai Markas Dakwah Jemaah Tabligh Malaysia.
Bab 5
Dalam bab ini,saya telah mempelajari bahawa masyarakat Cina mempunyai pelbagai budaya tersendiri dan peristiwa penting seseorang seperti kelahiran,perkahwinan,perayaan dan kematian.Salah satu contoh budaya kematian masyarakat Cina yang telah saya dapati menerusi bab ini ialah,orang Cina percaya bahawa kematian seseorang itu membawa maksud telah berakhirnya kehidupan dunia dan bermulanya kehidupan di dunia bawah (yin).Mereka akan memakaikan mayat dengan pakaian tradisional serta akan disolek agar mayat kelihatan cantik dan tenteram.Tempat pengebumian pula akan dipilih mengikut feng shui di sesuatu tempat kerana ia dapat menentukan baik buruk kehidupan generasi sekarang dan akan datang.Sangat berasa sangat menarik mempelajari budaya mereka.Namun, budaya ini bertentangan dengan Islam.Oleh itu,saya akan belajar dengan lebih mendalam tentang budaya Islam agar tidak terikut-terikut dengan budaya tamadun lain yang boleh merosakkan akidah.
B)Nilai-nilai ketamadunan yang diperolehi
1.Keimanan kepada Allah -Nilai ini merupakan nilai yang paling signifikan yang telah saya peroleh kerana keimanan kepada Allah melibatkan banyak perkara yang menjadi asas pegangan hidup,pemikiran atau falsafah kepada kehidupan manusia di dunia ini.
2.Bekerja bersungguh-sungguh -Kesungguhan dalam melakukan pekerjaan amat penting sekali.Rasulullah juga ada menegaskan bahawa Allah amat menyukai mukmin yang tekun dan teliti apabila menunaikan satu-satu pekerjaan yang diamanahkan.
C)Nilai yang diperoleh semasa pembentangan
1.Kerjasama kumpulan -Saya dan kumpulan bersama-sama menyiapkan tugasan dan melakukan pembentangan agar kerja dapat berjalan dengan lancar
2.Keberanian -Melalui pembentangan slide yang telah dilakukan,saya telah berjaya menerapkan nilai keberanian untuk bercakap di hadapan rakan-rakan sekelas tanpa rasa gementar dan malu.
|
|
|
Post by amirulmukminin on Dec 27, 2015 3:51:57 GMT
MUHAMMAD AMIRUL MUKMININ BIN MOHD KHARUZHAR 2015666926 DS240 GROUP A
1. Apa yang anda peroleh menerusi pembelajaran bab 1-5
BAB 1 PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN
Sejenak melangkaui bab1,saya telah dapat memahami maksud tamadun itu sendiri. Selama ini pemahaman saya telah disempitkan iaitu dengan hanya menganggap tamadun ialahsebuah pembangunan kerajaan yang maju dan stabil. Walaubagaimanapun, dalam usaha pembentukan sesebuah tamadun ,perkara ini bukanlah sekadar ekonomi yang memainkan peranan malah akhlak, keagamaan, etika dan lain-lain juga penting. Namun,kesimpualan yang saya telah peroleh ialah tamadun memerlukan nilai kehalusan. Definisi daripada pelbagai cendekiawan menyimpulkan bahawa nilai kehalusan adalah faktor utama pembentukan sesebuah tamadun.
BAB 2 TAMADUN ISLAM
Melalui bab 2,saya pelajari bahawa terdapat tiga asas Islam yang utama iaitu akidah, syariah, dan akhlak. Akidah merupakan tunjang utama, kemudian diikuti dengan syariat. Maka akhlak yang baik akan terbentuk sekiranya dua perkara ini teguh. Untuk membentuk akhlak yang baik haruslah lahirkan ihsan dalam diri. Dengan adanya ketiga-tiga asas ini maka terbentuklah sebuah ilmu yang membentuk tamadun Islam.
BAB 3 TAMADUN MELAYU
Bab 3 pula telah mendedahkan bagaimana terbentuknya tamadun Melayu yang suatu masa dulu adalah salah satu tamadun yang terkenal. Menerusi bab ini, saya dapat praktikkan segala akhlak yang baik yang menyebabkan terbentuk tamadun ini. Masyarakat Melayu amat menitikberatkan akhlak ketimuran.
BAB 4 TAMADUN INDIA
Bab 4 mendedahkan saya kepada hubungan tamadun India dengan tamadun Islam. Dilihat tokoh yang amat terkenal memperjuangkan dan memajukan negara india pada suatu ketika dahulu, iaitu Mahatma Ghandi.. Oleh itu jelas lah disisni bahawa kewibawaan pemimpin merupakan tunggak kemajuan sesebuah tamadun.
BAB 5 TAMADUN CHINA
Dengan adanya tamadun china telah wujud sistem peperiksaan yang dapat kita lihat wujudnya masih hingga kini. Bab ini juga telah mengajar kita untuk bersungguh-sungguh melakukan sesuatu seperti pembinaan Tembok Besar China. Banyak nyawa yang terkorban demi pertahanan negara mereka.
2. Apa nilai ketamadunan yang anda peroleh?
Berdasarkan apa yang saaya peroleh,nilai ketamadunan nan nian dipamerkan dalam setiap tamadun ialah nilai keagamaan.Sesungguhnya,dalam usaha untuk melahirkan sebuah tamadun yang maju dalam pelbagai aspek,nilai keagamaan memainkan peranan yang penting kerana setiap bangsa yang mengambil berat tentng hal ehwal agamanya akan mempraktikkan gaya hidup yang elok dan indah.Maka,akan lahirkan sebuah kerajaan yang ampuh dalam sesebuah generasi itu.
3. Apa nilai pembelajaran yang diperolehi dalam pembentangan?
Pembelajaran yang diperolehi dari pembentangan ialah nilai kerjasama antara satu sama lain di dalam sesebuah kumpulan. Selain itu, pembentangan juga membantu meningkatkan tahap keyakinan diri serta keberanian untuk bercakap di khalayak ramai. Malah meningkatkan skil pemikiran tahap tinggi jika diajukan soalan spontan.Seterusnya,pembentangn di khayalak ramai juga membantu saya untuk berada dalam keadaan siap siaga.
|
|
|
Post by fazleenanis on Dec 27, 2015 10:01:19 GMT
NURUL FAZLEEN ANIS BINTI CHE AZIZ 2015218624 DS240(A)
SOALAN 1 BAB 1: PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN Di pengakhiran bab ini, saya dapat mempelajari bagaimana pembetukan tamadun yang baik dan sistematik dapat dibina oleh masyarakat pada zaman awal. Tamadun senantiasa disalah tafsirkan kepada perkara yang telah berlaku, sedangkan pada hakikatnya tamadun adalah berterusan daripada dahulu sehingga ke generasi yang akan datang. Pembinaan tamadun mestilah berasaskan ketuhanan yang maha Esa untuk memastikan tamadun tidak kucar-kacir dan dapat hidup dalam keadaan yang harmoni. Apabila pembinaan tamadun berasaskan syariat, seorang individu dapat menjalankan tugas sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi Allah swt. Tamadun yang terbina akan berkait rapat dengan agama. Apabila disentuh isu agama, hal ini bukan menitik-beratkan antara hubungan individu dan pencipta sahaja (vertical) malahan hal ini adalah antara hubungan antara individu dan masyarakat sekeliling (vertical). Mengikut makna tamadun sendiri yang telah diolah oleh beberapa ilmuwan terkenal seperti Syeikh Naquib al-Attas, Ibn Khaldun dan beberapa ilmuwan barat, tamadun ini adalah sebenarnya amat berkait rapat dengan pegangan agama yang tinggi dan peradaban masyarakat dan cara hidup dalam satu organisasi.
BAB 2: TAMADUN ISLAM Pada pengakhiran bab ini, terdapat pelbagai ilmu baru yang dapat saya ambil pengajaran dan iktibar berkaitan dengan tamadun Islam. Perkembangannya tamadun Islam amat mengagumkan oleh sebab kehebatan para pemimpin pada ketika itu untuk meluaskan empayar Islam dan semasa zaman pemerintahan Khulafa' Al-Rasyidin dan seterusnya, Tamadun Islam berada di kemuncak di mana lahirnya segala ilmuwan dan cendikawan Islam yang menjadi idola dan ikutan tamadun-tamadun barat yang lain. Pemerintahan para pemimpin yang mengikut ajaran Al-Quran dan Al-Sunnah merupakan kunci keagungan pamadun pada ketika itu. Dalam bab ini, saya dapat menyedari bahawa tamadun Islam merupakan tamadun yang terbaik untuk dipraktikkan dan diambil contoh. Hal ini adalah kerana prinsipnya yang jelas dan tidak tersembunyi yang terdiri daripada keimanan dan pengabdian diri kepada Allah, benar dan amanah serta adil dan saksama. Oleh itu, setiap individu perlulah mempersiapkan diri untuk memakmurkan bumi sebagaimana tugas khalifah di muka bumi ini dan melaksanakan amar makruf nahi mungkar.
BAB 3: TAMADUN MELAYU Pada minggu ini, saya telah mendapat ilmu baru tentang Tamadun Melayu yang bertajuk Islamisasi Alam Melayu. Selepas pengakhiran sesi pembelajaran pada minggu ini, ternyata perspektif seseorang individu terhadap bangsa melayu perlulah berubah. Sedarsawarsa ini, ramai berpendapat bahawa orang melayu punca sikap-sikap negatif yang berlaku pada zaman ini berbanding bangsa lain. Namun sedar ataupun tidak, orang-orang melayu pada zaman dahulu amatlah mementingkan nilai-nilai kehalusan dan sangatlah berbeza interpretasi masyarakat tentang peradaban orang melayu. Hal ini dapat diubah kembali pada generasi zaman kini untuk memperjuangkan kembali peradaban bangsa melayu yang kian lama kian pupus. Masyarakat perlulah mencontohi sifat-sifat kehalusan dan tatasusila yang baik oleh generasi sebelumnya, dan boleh membawa kepada kemajuan tamadun melayu sendiri setanding dengan tamadun-tamadun barat.
BAB 4: TAMADUN INDIA Dalam bab tamadun India, saya telah mendapat banyak iktibar yang dapat dicontohi untuk pembangunan tamadun untuk generasi kelak. Tamadun India mempunyai perhubungan yang istimewa dengan rantau Asia Tenggaradari segi politik, ekonomi dan sosial sehingga seluruh aspek kehidupan masyarakat asia tenggara menyerupai Tamadun India dan timbul istilah Indianised States di Asia Tenggara. Selain itu, saya juga dapat lihat cabaran globalisasi di Malaysia . Tamadun India telah mula bertapak di Malaysia sejak zaman Colonial British di Tanah Melayu, terutama masyarakat keturunan Tamil. Peradaban India seperti Bahasa Tamil, kesusasteraan, struktur politik dan kerajaan, corak kehidupan harian, agama hindu Buddha dan sebagainya memperkaya dan menjadikan Malaysia sesebuah negara yang kaya dengan kebudayaan dan lebih sedia di pentas dunia.
BAB 5: TAMADUN CHINA Dalam bab ini, antara perkara yang telah saya pelajari adalah China adalah sesebuah negara yang besar telah membina peradaban awal manusia yang menunjukkan keunggulan dan kekayaan ketamadunan daripada pelbagai aspek termasuk politik, ekonomi dan kepercayaan dan sosial yang unik. Masyarakat cina juga kebanyakkan nya menggunakan bahasa cina klasik yang memerlukan pembelajaran khas bagi pemahaman dan penulisan. Dalam masyarakat cina, struktur sosial terpenting ialah hubungan dalam keluarga menurut hierarki sosial cina tergolong kepada pemerintahan, petani, seniman dan peniaga. Masyarakat cina mempunyai budaya tersendiri dan peristiwa penting termasuklah kelahiran, perkahwinan, dan kematian selain daripada tahun baru cina. Pendidikan china amat mementingkan kebijaksaan dan pembentukkan akhlak. Sistem pemerintahan di china berbentuk dinasti dan monarki yang mempunyai kuasa mutlak dan dianggap sebagai wakil tuhan. Saya juga dapat mempelajari bahawa sistem tamadun China amat berbeza berbanding tamadun-tamadun yang lain.
SOALAN 2 Di sepanjang proses pengajaran & pembelajaran ini, saya telah mendapat banyak nilai ketamadunan berdasarkan tugasan yang diberi. Setelah mengkaji dan mempelajari tamadun- tamadun terawal dahulu, antara nilai yang dapat saya jadikan iktibar untuk masa akan datang adalah pertama, nilai keagamaan. Dalam pembinaan sesebuah tamadun, nilai keagamaan amatlah penting dan merupakan asas kepada setiap tamadun. Tanpa agama, maka hancurlah tamadun tersebut oleh sebab kehuru-haraan ataupun ketidakstabilan sesebuah tamadun tersebut. Sebagai seorang muslim, manusia perlu mengikut sistem yang ditetapkan oleh Allah s.w.t iaitu Ad-Din. Tamadun tidak boleh dipisahkan dengan Tuhan yang satu. Dengan mempelajari ilmu tamadun, seseorang individu dapat melaksanakan tugasan di muka bumi sebagai khalifah Allah dengan sebaiknya. Nilai yang dapat saya huraikan seterusnya ialah nilai peradaban dan kehalusan individu. Tamadun yang benar-benar memberi impak kepada individu dapat membentuk kehalusan tatasusila dan peribadi individu tersebut. Akhlak yang baik serta tutur kata yang sopan dapat menjamin keharmonian tamadun itu sendiri kerana dapat mengelakkan pergaduhan dan bermasam muka oleh setiap masyarakat sekeliling. Nilai yang dapat kita ambil iktibar juga adalah nilai mencintai ilmu. Sebagaimana seorang mukmin sedia tahu, sebagaimana ajaran Al-Quran Allah berfirman supaya umatnya mencintai dan menuntut ilmu. Bahkan ada hadis dari para sahabat mengatakan tuntutlah ilmu sehingga ke negara China. Sepanjang kehidupan kita wajib menuntut ilmu supaya dapat memperbaiki kesilapan dan kejahilan pada masa lampau. Sesebuah tamadun menjadi lebih maju dan dipandang tinggi apabila terlahirnya tokoh-tokoh ilmuwan yang bijaksana dan menjadi pakar dalam sesuatu bidang dan menjadi contoh kepada tamadun-tamadun yang lain. Akhir sekali, nilai yang dapat saya huraikan adalah nilai kemanusiaan. Setiap tamadun tidak akan mengalami kemajuan sekiranya masyarakat tidak bekerjasama dan tolong-menolong dalam membantu membina dan mengembangkan tamadun mereka.
SOALAN 3 Terdapat banyak nilai pembelajaran yang dapat saya perolehi dalam pembentangan terutama selepas membuat persiapan dan perbincangan untuk pembentangan yang sempurna. Apa yang dapat saya pelajari ialah, segala permasalahan dapat diselesaikan sekiranya setiap ahli kumpulan dapat berbincang dan bekerjasama dalam menyelesaikan permasalahan. Seterusnya, saya juga bersikap lebih terbuka untuk mendengar idea dan pendapat orang lain untuk menambahbaikkan kualiti kerja.
|
|