|
Post by ameeraina on Dec 22, 2015 10:35:21 GMT
AMIRAH AINA BINTI AZAHARI 2015218646 DS240 GROUP B
Bab 1 Saya dapat mengetahui faktor-faktor kemunculan dan kejatuhan tamadun dunia. Faktor Kemunculan Tamadun dunia ialah interaksi antara tamadun, politik yang kukuh, ekonomi yang mantap, budaya masyarakat yang tinggi, kesengsaraan hidup, kedudukan yang strategik & rangsangan agama serta rohani. Faktor kejatuhan Tamadun dunia ialah jurang miskin-kaya, peruntuhan akhlak atau moral, malapetaka, sikap tertutup dan penindasan serta kezaliman.
Bab 2 Saya dapat mengetahui faktor kecemerlangan tamadun Islam. Antaranya ialah keyakinan umat terhadap ajaran Islam, pemerintah yang bertakwa, sumber ekonomi yang luas dan banyak, politik yang stabil, kegiatan keilmuan yang meluas, ketenteraan yang kuat, keadilan yang menyeluruh, kedudukan yang strategi, prasarana yang sempurna dan keterbukaan kepada tamadun lain.
Bab 3 Saya dapat mengetahui asal usul bang Melayu serta adat istiadat melayu dengan lebih mendalam. Adat orang Melayu amat halus dan sopan santun serta lembut. Sayangnya, sifat-sifat tersebut sudah pudar dalam kalangan anak-anak Melau pada era kini. Kebanyakannya terpengaruh dengan budaya Barat.
Bab 4 Tamadun India mempunyai perhubungan istimewa dengan rantau Asia Tenggara dari segi politik, ekonomi dan sosial sehinggakan seluruh aspek kehidupan masarakat Asia Tenggara menyerupai tamadun India. Peradaban India seperti bahasa Tamil, kesusasteraan, struktur politik dan kerajaan, corak kehidupan harian, agama Hindhu-Buddha dan sebagainya memperkaya dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaa dengan kebudayaan dan lebih bersedia di pentas global.
Bab5 Saya tahu tentang masarakat Cina mempunyai budaya tersendiri dan peristiwa penting seseorang termasuklah kelahiran, perkahwinan dan kematian selain Tahun Baru Cina. Keunikan Vhina menyediakan potensi yang hebat bagi berkembang maju dan menjadi negara yang bertamadun dan moden. Kehadiran masyarakat Cina dengan budayana yang unik ke Malaysia telah memperkaa dan mengukuhkan lagi peradaban dan kehidupan harmoni pelbagai kaum.
Nilai ketamadun yang saya pelajari ialah nilai keimanan. Sebagai umat Islam, kita wajib mempelajari ilmu agama kita dengan lebih mendalam bagi meningkatkan keimanan kita terhadap Allah. Selain itu terdapat nilai kesabaran. Dalam melakukan sesuatu perkara itu, kita perlu sabar dan elakkan tergesa-gesa supaya kerja dapat diselesaikan dengan cepat dan lancar. Akhir sekali, saa dapat mempelajari nilai berfikir. Dalam subjek ini, ustazah mengajar kami untuk sentiasa berfikir dengan kritikal dan melahirkan pebagai idea terdapat sesuatu masalah. Ini dapat merangsang otak saya untuk berfikir dengan cepat dan meningkatkan kreativiti.
Nilai pelajaran yang kami perolehi ialah semangat kekitaan dan kerjasama yang kuat. Nilai ini tidak pernah padam setiap kali kami membuat kerja kumpulan. Kami dapat mengerah idea bersama-sama dan menyelesaikan masalah dengan baik. Kami juga belajar bertolak ansur jika terdapat sebarang idea yang tidak dipersetujui.
|
|
|
Post by fitrahzaulkapri on Dec 22, 2015 10:36:31 GMT
NUR FITRAH BT. ZAUL KAPRI 2015429102 DS240 GROUP A
1) HASIL PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN BAB 1
Bab saya belajar tentang pengenalan tamadun. Tamadun bermaksud kebudayaan, kemajuan, atau peradaban. Peradaban pula merujuk kepada tingkah laku serta tutur kata yang sopan. Civilazation pula bermaksud bandar. Jika digabungkan semua makna ini merujuk kepada pembangunan dan perdaban yang dapat dicapai oleh sesebuah tamadun oleh sesebuah bangsa. Dalam bahasa Arab iaitu umran yang bermaksud membangun dan memakmurkan bandar. Ciri- ciri tamadun yang membahagiakan ialah sesebuah tamadun tersebut mempunyai pembangunan agama yang tinggi, sistem kenegaraan yang tersusun rapi, kehidupan cara bandar yang sistematik, pencapaian kaedah penulisan yang tinggi dan kepakaran dalam pelbagai bidang. Konsep tamadun perlu dilihat daripada sudut pandangan yang meliputi pencapaian tatasusila dan moral yang tinggi seta kemajuan petempatan dan kemudahan yang sempurna.
PEMBELAJARAN BAB 2
Bab 2 adalah tentang tamadun Islam. Dalam tamadun ini kemajuan dikaitkan dengan pencapaian manusia dalam kebendaan dan ilmu pengetahuan dan peradaban menjurus kepada pencapaian dan ketinggian moral dan kerohanian. Tamadun Islam mempunyai tiga prinsip iaitu keimanan dan pengabdian diri kepada Allah, amanah dan benar serta adil dan saksama. Manakala matlamat pula ialah untuk memperoleh kebaikan dan kesejahteraan dalam kehidupan di dunia dan mencapai kebahagiaan hidup yang kekal di akhirat. Islam turut mengajar umatnya untuk menjalinkan hubungan yanng baik sesama manusia dan dengan seisi alam.Ketamaduanan serta kemuliaan seseorang individu atau bangsa tidak diukur berdasarkan pencapaian material sebaliknya berdasarkan sejauh mana mereka mengaplikasikan Islam sebagai satu sistem hidup yang menyeluruh.
PEMBELAJARAN BAB 3
Bab 3 adalah mengenai tamadun Melayu. Alam Melayu merngkumi kawasan kepulauan yang merentasi seluruh Asia Tenggara sehingga sempadan Australia. Islam mempengaruhi perkembangan tamadun ini dengan kedatangan Islam ke rantau ini. Kawasan ini ditakluki dengan pendekatan dakwah tanpa kekerasan.Kedatangan Islam telah mencorakkan suasana masyarakat di alam Melayu. Struktur penting tamadun Melayu ialah Islam dan Adat Melayu. Pembentukan jati diri Melayu Islam dapat dilihat dengan pengamalan adat istiadat Melayu, berbahasa melayu dan beragama Islam.
PEMBELAJARAN BAB 4
Bab 4 pula mengenai Tamadun India. Secara umumnya, India boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu India Utara dan India Selatan dan dipisahkan dengan pergunungan Vindhya. Pembahagian masyarakat tamadun ini berdasarkan warna kulit dan mereka mempunyai sistem kelas sosial. Pertanian dan penternakan pada tamadun ini bertambah maju. Falsafah dalam tamadun menggunakan falsafah Vedik. Vedik mempunyai lima konsep iaitu Brahman ( roh duniawi), atman( roh inidvidu), moksha (pelepasan daripada dunia dan penyatuan dengan Brahman). Islam juga telah datang ke India dan kerajaan yang terkenal ialah Kerajaan Ghazni. Unsur-unsur budaya yang dapat dilihat dalam Indo-Islam ialah daripada bahasa, pelajaran, persuratan,muzik, seni benia, sajak dan seni lukis.
PEMBELAJARAN BAB 5
Bab 5 adalah mengenai Tamadun China.Tamadun China mempunyai empat zaman. Zaman yang pertama ialah zaman pembinaan yang memperlihatkan kemuculan dinasti-dinasti seperti Tang, Hsia, Shang. Zaman ini mengamalkan sistem feudal dan menekankan peperangan. Kemunculan pelbagai falsafah seperti Confucious ada dalam zaman ini. Zaman kedua ialah zaman keagungan yang bermula dengan dinasti chin dan dikuti dengang Dinasti Han dan Tang. Zaman ini dikenali sebagai zaman keemasan kerana pencapaian dalam pelbagai bidang. Zaman ketiga ialah zaman peralihan iaitu kedatangan dan pencerobohan oleh orang Gasar. China juga ditakluk oleh ornag Monggol pada pemerintahan Dinasti Song. Zaman yang keempat ialah zaman pemodenan yang merupakan zaman cabaran kepada china keran China telah kalah dengan Barat dalam perang Candu.
2) NILAI KETAMADUNAN
Nilai yang saya merupakan peranan yang sangat penting dalam sesebuah tamadu ialah nilai keagamaan dan nilai menghormati ilmu. Peradaban sesebuah tamadun berkait rapat dengan tatatertib yang akan mewujudkan satu sistem yang berorganisasi dan dari situlah akan wujudnya keadilan. Sesebuah tamadun juga tidak boleh lari daripada sistem bertuhan kerana denga adanya kepercayaan kepada Tuhan akan terbentuknya satu peradaban yang bermoral dan berakhlak. Oleh itu, tamadun yang dapat membahagiakan manusia adalah tamadun yang ada ikatan dengan Tuhan. Nilai menghormati ilmu pula dengan menguasai dan menghargai ilmu akan berupaya membina tamadun yang tinggi. Orang berilmu ini mampu mengubah sesebuah tamadun itu daripada mundur kepada maju. Sebagai contoh, Konfucious menekankan kepentingan ilmu dengan mengatakan ' tahu katakan dan tidak tahu katakan tidak tahu, itulah dinamakan ilmu. Imam Shafie turut menyatakan ' bila kamu tidak tahan akan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan'.'
3) PELAJARAN DARIPADA KELAS
Saya belajar manusia ini adalah ciptaan yang terindah oleh Allah kerana manusia dikurniakan akal untuk berfikir serta diberikan pilihan untuk membuat keputusan. Oleh itu, setiap manusia haruslah mengabdikan diri kepada Allah yakni takut pada Allah yang satu dengan melakukan ibadat sebgai satu jalan kepada pengabdian diri kepadaNya. Selain itu, manusia perlu elakkan daripada memuliakan diri sendiri kerana sifat itu lambat laun akan menjahanamkan diri sendiri. Sesungguhnya hidupnya kita diatas muka bumi ini hanyalah sementara dan juga sebagai lubuk pahala untuk diri kita diakhirat kelak.
|
|
aifa
New Member
Posts: 8
|
Post by aifa on Dec 22, 2015 10:54:15 GMT
NUR ILYANA AIFA BT AZIZ (2015408576)
DS240 (GROUP A)
Apa yang anda peroleh menerusi pembelajaran bab 1-5
BAB 1 PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN
Saya dapat mempelajari mengenai maksud tamadun serta ciri-cirinya. Setiap sejarawan mempunyai perspektif yang tersendiri mengenai tamadun tetapi kita dapat simpulkan bahawa tamadun bererti kebudayaan, kemajuan serta peradaban yang dicapai oleh sesuatu bangsa. Tidak salah jika kita mengatakan bahawa nilai yang utama perlu ada dalam diri setiap orang yang mahu membangunkan tamadun mereka ialah nilai kehalusan. Nilai inin merangkumi aspek keduniaan dan akhirat. Selain itu, salah satu perkara utama yang perlu kita semua capai ialah tamadun yang membahagiakan. Tamadun yang membahagiakan bermaksud tamadun yang berkait rapat dengan Tuhan. Apa sahaja yang kita lakukan dalam kehidupan seharian haruslah mengikut syariat yang telah ditetapkan oleh-Nya.
BAB 2 TAMADUN ISLAM
Dalam tamadun Islam, apa yang dapat saya pelajari ialah matlamat tamadun Islam iaitu menjaga hubungan. Ini boleh ditunjukkan dengan rajah segi tiga. Menjaga hubungan ini boleh dibahagiakan kepada tiga iaitu menjaga hubungan dengan Tuhan, manusia serta alam. Kita haruslah menjaga baik hubungan dengan ketiga-tiga aspek yang telah disebutkan tadi sepertimana yang telah ditulis di dalam Al Quran.
BAB 3 TAMADUN MELAYU
Apa yang dapat saya nyatakan dalam Tamadun Melayu ini ialah perbezaan masyarakat melayu dahulu dan pada masa kini. Nilai-nilai ketimuran dan adab-adab sopan masyarakat melayu pada zaman dahulu semakin hilang ditelan zaman. Kita dapat lihat segelintir masyarakat melayu pada masa kini yang nilai dan adab ketimuran sudah hilang di dalam diri mereka dan apa yang lebih memburukkan keadaan adalah mereka sudah terikut-ikut dengan gaya hidup orang barat. Oleh sebab itulah kita harus mempelajari mengenai sejarah melayu dan menanam nilai-nilai tersebut dalam diri kita supaya kita mengetahui asal-usul kita dan tidak terpedaya dengan anasir-anasir yang suka memburuk-burukkan masyarakat melayu.
BAB 4 TAMADUN INDIA
Kita dapat mencontohi nilai-nilai yang tedapat dalam agama Tamadun India asalkan nilai tersebut tidak bertentangan dengan agama Islam. Ini secara tidak langsung dapat menambah ilmu pengetahuan kita serta memperbaiki diri kita ke arah kebaikan. Kita juga dapat lihat perkaitan tamadun India dengan tamadun Melayu dalam aspek perkahwinan, seni bina dan lain-lain lagi.
BAB 5 TAMADUN CHINA
Salah satu perkara yang dapat kita contohi melalui Tamadun China ialah mereka amat mengambil berat mengenai alam semula jadi. Ini selaras dengan tuntutan kita iaitu menjaga hubungan dengan alam.
Apa nilai ketamadunan yang anda perolehi
Nilai ketamadunan yang dapat saya peroleh ialah nilai keagamaan. Kita dapat lihat semua tamadun yang telah kita pelajari pasti akan mempunyai ajaran serta kepercayaan mereka yang tersendiri. Kita dapat kaitkan ini dengan fitrah asal diri kita yang sentiasa dahagakan nilai-nilai keagamaan serta sifat sentiasa mencari siapa tuhan kita.
Apa nilai pembelajaran yang diperolehi dalam pembentangan
Perkara utama yang telah saya pelajari melalui kerja pembentangan ini ialah nilai kerjasama. Kita semua sedia maklum bahawa kerja berkumpulan memerlukan komitmen semua ahli dan di situlah saya dapat memupuk nilai kerjasama tersebut. Nilai kerjasama amat penting dalam kehidupan kerana di mana pun kita berada, kita pasti akan berkerja serta berinteraksi bersama orang lain.
|
|
|
Post by rowenadiane on Dec 22, 2015 11:00:13 GMT
ROWENA DIANE SARUYAN
2015664374
DS240(GROUP A)
Pembelajaran Bab 1
Menerusi pembelajaran dalam bab satu, saya telah dapat memperoleh lebih pengetahuan dalam aspek ketamadunan atau peradaban manusia secara umumnya. Pengajian mengenai tamadun dapat mengembangkan potensi taamadun kita pada hari ini. Kita boleh berjaya sekiranya kita berpandangan terbuka serta memahami faktor-faktor yang boleh memajukan sesebuah tamadun. Contohnya, menjauhkan penindasan dan kezaliman serta menghalang keruntuhan akhlak atau moral yang boleh membawa bencana kepada tamadun tersebut. Selain itu, saya juga sedar apabila kita mempunyai budaya masyarakat yang tinggi serta kukuh dalam aspek agama dan rohani sudah tentu tamadun itu dapat berkembang dengan jayanya. Jelas bahawa, agama memainkan peranan penting dalam pembentukan sesebuah tamadun. Agamalah yang mengajar masyarakat cara peradaban kehidupan manusia yang patut dicontohi.
Pembelajaran Bab 2
Saya telah berpeluang untuk belajar bahawa agama Islam merupakan pendorong utama pencapaian cemerlang umat dan negara Islam dalam pelbagai bidang kehidupan. Islam berjaya mencapai kejayaan dalam bidang ilmu pengetahuan kerana agama Islam menyeru umatnya untuk membaca bagi menambahkan lagi pengetahuan sama ada dalam ilmu agama dan ilmu dunia yang berguna. Sifat terbuka dalam tamadun Islam juga dapat diihat menerusi penerimaan nilai murni tamadun lain yang tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip tamadun Islam. Oleh itu, kita haruslah tidak mengetepikan agama dalam hal-hal lain dan mengikut contoh tamadun Islam untuk menambahkan lagi pengetahuan kita dalam apa jua bidang supaya kita dapat menjadi seorang manusia yang penuh dengan ilmu pengetahuan dan mementingkan agama.
Pembelajaran Bab 3
Bab tiga mengajar kita tentang tamadun Melayu dimana nilai-nilai peradaban melayu yang menjadi asas kepada tamadun Melayu. Semua nilai-nilai ada berkait rapat dengan konsep yang terdapat dalam ajaran Islam. Nilai keimanan sangat penting bagi memperkukuhkan lagi akhlak masyarakat tamadun Melayu. Sebagai contoh, kita hendaklah memberi keutamaan serta menghormati yang lebih tua atau berusia. Ini kerana orang yang berusia mempunyai lebih banyak pengetahuan tentang kehidupan kerana mereka telah hidup lebih awal dari kita sendiri. Selain itu, masyarakat melayu juga dikenali sebagai masyarakat yang bersopan santun serta berbudi bahasa yang mempunyai kaitan dengan peradaban. Namun, dalam dunia kita sekarang ini banyak halangan serta pencobaan yang cuba menjatuhkan kita. Kita harus memperlengkapkan diri kita dengan ilmu pengetahuan serta mengaplikasikan nilai-nilai Melayu dalam kehidupan seharian kita supaya tamadun Melayu dianggap sebagai orang yang halus.
Pembelajaran Bab 4
Dalam bab tamadun India, apa yang dapat dilihat ialah masyarakat India begitu berkembang dari segi aspek sains terutamanya dalam bidang perubatan. Sehingga sekarang India dikenali dengan kebolehan mereka dari segi perubatan. Beribuan pelajar Malaysia serta negara-negara lain datang ke India semata-mata untuk mencari ilmu pengetahuan mengenai perubatan. India sememangnya menguasai ilmu perubatan seperti fisiologi, farmakologi, pembedahan serta pembedahan pergigian. Negara yang lain juga memandang tinggi kelulusan perubatan di India dan menerima graduan India dengan baik. Malaysia juga boleh berkembang maju seperti negara India sekiranya rakyatnya bersama-sama berganding bahu bagi memajukan nama negara sehingga ke peringkat antarabangsa. Oleh itu, sebagai rakyat kita haruslah memberi sumbangan atau sokongan padu kepada negara kita yang tercinta.
Pembelajaran Bab 5
Dalam tamadun China, saya telah memperoleh tentang bidang pendidikan di China mementingkan kebijaksanaan seta pembentukan akhlak. Masyarakat China sangat menghormati golongan intelektual kerana taraf pendidikan dapat menentukan hierarki masyarakat China tradisional. Matlamat utamanya adalah untuk melahirkan rzkyat China yang membolehkan mereka menjawat jawatan yang tinggi dalam kerajaan. Kita sebagai pelajar harus mengambil inisiatif bagi memajukan diri kita dalam bidang pendidikan kerana kita akan menjadi pelapis negara pada suatu hari nanti. Sekiranya tidak ada ilmu pengetahuan, maka hancurlah masa depan kita. Kita dapat mengubah kedudukan diri kita ke arah yang lebih baik menerusi pendidikan dan sifat ingat tahu.
Nilai ketamadunan yang diperolehi
Nilai ketamadunan yang saya peroleh ialah penguasan ilmu pengetahuan. Hampir semua tamadun berkembang atas dasar ilmu yang telah dipelajari. Oleh itu, ilmu pengetahuan tidak boleh hanya dipandang sebelah mata. Kita seharusnya bersungguh-sungguh dalam menimbah ilmu pengetahuan yang mana boleh memajukan diri kita serta memajukan negara. Sekiranya rakyat Malaysia semua sedar akan kepentingan ilmu, sudah tentu kita dapat berdiri sama tinggi dengan negara-negara yang berwibawa. Selain itu saya juga sedar kita sebagai manusia yang hidup dalam pelbagai jenis agama, budaya serta pengangan harus ada nilai keterbukaan. Melalui sifat terbuka, kita dapat lebih memahami budaya orang lain dan mengambil nilai yang baik daripada budaya yang lain. Melalui nilai ini juga kita dapat berkembang dan tidak hanya berfikiran sempit mengenai pegangan orang lain. Terutamanya kita yang tinggal di Malaysia, yang kaya dengan pelbagai jenis kaum, nilai keterbukaan harus diamalkan oleh setiap orang.
Nilai pembelajaran yang diperolehi dalam pembentangan
Nilai pembelajaran yang telah diperolehi ialah nilai bekerjasama dengan ahli kumpulan dan ikhlas menjalankan tugas yang telah diberi. Kerjasama antara ahli kumpulan sangat penting supaya tugasan dapat disempurnakan dengan baik. Kita juga harus belajar untuk membantu serta memberi idea-idea dan menyuarakan ketidakpuashatian atau pendapat mahupun persoalan yang kita ada. Dengan cara ini, kita dapat merapatkan lagi hubungan persahabatan serta tidak terbeban dengan tugasan yang diberikan malah dengan rela hati melakukannya.
|
|
|
Post by annissa on Dec 22, 2015 11:16:21 GMT
ANNISSA AZFA BINTI ANUWA 2015418906 DS240 GROUP A
1) PEMBELAJARAN BAB 1-5
BAB 1
Mempelajari tamadun bukan hanya semata mempelajari sejarah di dalam buku teks, tetapi lebih daripada itu. Kita belajar untuk menghayati serta mengambil iktibar daripada tamadun tamadun terdahulu agar kita tidak mengulangi kesilapan. Selain itu, kita juga dapat mengukur tahap kehalusan di dalam sesebuah tamadun itu. Semakin halus, maka semakin tinggilah tamadun tersebut. Kita dapat membandingkan adakah diri kita sekarang masih kekal dengan nilai kehalusan tersebut atau sudah semakin jauh terpesong dan terikut dengan budaya budaya kasar seperti budaya Barat. Oleh itu, kita perlulah berpegang akan sistem sistem serta nilai yang baik dalam membangunkan tamadun.
BAB 2
Hubungan antara kewujudan tuhan dengan sesuatu sistem tidak boleh dipisahkan. Ini kerana sifat asal roh yang ingin mengenali dan memerlukan tuhan. Tamadun yang membahagiakan itu sebetulnya tidak berpisah daripada tuhan. Tamadun itu berasal daripada perkatan ‘dana’ (Bahasa arab) bermaksud hutang. Dalam konteks ini, manusia adalah penghutang dan Allah s.w.t adalah pemiutang. Kesemua milik kita di dunia ini hanyalah pinjaman daripada Allah yang sementara, tiada satu pun yang bukan milikNya termasuklah kewujudan kita di muka bumi ini. Jadi, sebagai penghutang kita haruslah sedar akan kedudukan diri kita dan sentiasa beristighfar atas segala dosa yang telah kita lakukan. Tanpa Allah, siapalah kita, belum tentu kita akan berada di muka bumi ini untuk membina tamadun yang kita banggakan hingga ke harini.
BAB 3
Mengikut ajaran Islam, terdapat 3 bentuk hubungan yang harus kita titik beratkan dalam menjaga keharmonian dan kebahagiaan abadi. Pertama, hubungan dengan tuhan (horizontal), hubungan dengan manusia dan hubungan dengan alam (vertical). Saya juga memperoleh ilmu baru mengenai asas asas Islam berdasarkan ilustrasi “Konsep Pokok”. Tunjangnya haruslah datang daripada akidah yang teguh dan mantap, percaya bahawa Allah adalah yang maha esa. Batangnya pula melambangkan syariat Islam yang harus dipatuhi dalam apa jua perkara, manakala dedaunnya adalah akhlak yang dianjurkan dalam Islam. Air hujan yang membasahi pokok itu pula adalah ilmu tauhid yang menjadi pelengkap kepada asas tersebut. Hasilnya, pokok itu akan membuahkan buahan yang manis, iaitu nikmat kemanisan iman. Oleh itu dalam membina tamadun islam, keempat empat aspek perlu diambil kira bagi mewujudkan tamadun yang membahagiakan.
BAB 4
Lahirnya tamadun islam adalah berdasarkan faktor kedudukan yang strategik, kebijaksanaan pemerintah serta rangsangan agama dan kerohanian. Isu isu semasa yang dibincangkan di dalam kelas mengenai isu semasa serta cabaran yang dihadapi pada masa kini seperti ‘sekularism’ telah memberi pendedahan yang baru buat saya. Golongan ini bukanlah tidak mempercayai atau tidak mempunyai tuhan, tetapi mereka memisahkan agama daripada segala aspek kehidupan. Kita haruslah sentiasa bersyukur kerana kita dikurniakan dengan nikmat Islam dan menyambung pengorbanan Rasulullah s.a.w dalam menyebarkan Islam agar kita sama sama dapat menikmati nikmat keimanan itu.
BAB 5
Hari ini, saya memperoleh ilmu mengenai sejarah ketamadunan Islam dari zaman Rasulullah s.a.w hingga Zaman Uthmaniyah. Kehebatan masyarakat Islam khususnya sarjana sarjana Islam yang banyak mendahului sarjana Barat patut dijadikan pembakar semangat buat kita dalam berlumba lumba mencari ilmu. Ilmu Allah itu amatlah luas, kita perlulah mencari ilmu yang berguna dan bermanfaat dengan berdoa supaya umur kita tidak dibazirkan dengan ilmu tidak bermanfaat. Keberkatan dalam mencari ilmu, wujudnya melalui niat yang betul dan usaha yang bersungguh sungguh tanpa melupakan ibadah dan mengabaikan syariat Islam
2) Nilai ketamadunan yang saya perolehi ialah kehalusan. Kehalusan merupakan elemen terpenting dalam menentukan kejayaan sesebuah tamadun. Nilai baik seperti lemah lembut, kasih sayang, berakhlak mulia datangnya daripada kehalusan di dalam diri. Semakin tinggi nilai kehalusan, maka semakin bertamadun sesebuah negara atau individu itu. Kita sebagai generasi pada masa kini haruslah menunjukkan bahawa kita semakin bertamadun dan tinggi dengan nilai kehalusan, bukan sebaliknya. Nilai kehalusan ini sangat bertentangan dengan budaya barat, oleh itu kita haruslah pandai menilai baik buruk sesebuah perkara dan tidak terikut dengan budaya luar. 3) Nilai pembelajaran yang saya perolehi ialah kita haruslah berani melontarkan idea serta menerima dengan baik pendapat orang lain kerana setiap orang itu mempunyai persepsi dan pandangan masing masing. Selain itu, saya belajar untuk menyiapkan tugasan secara menyeluruh dengan menggunakan pendekatan baharu untuk memaksimumkan penyerapan ilmu.
|
|
|
Post by MASTURINA AMIN on Dec 22, 2015 11:18:14 GMT
MASTURINA BT MD AMIN 2015218418 DS240 GROUP A
BAB 1: PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN Apa yang saya nampak dan jelas bagi saya ialah usaha ustazah untuk melihat sejauh mana kekuatan akidah kami terhadap Islam dan seterusnya memantapkan akidah kami. Kalau nak diceritakan apa yang saya dapat pada hari ini tersangatlah banyak inputnya, tetapi apa yang paling menusuk kalbu, jiwa dan raga saya ialah apabila ustazah memberi perumpamaan bahawa Allah itu tidak bertempat, Allah boleh diibaratkan sebagai nafas kita . Tarik nafas bermaksud Allah menghidupkan kita manakala menghembus nafas itu Allah mematikan kita. Tetapi Allah tidak menghidupkan dan mematikan kita. Kerana apa?? Itu adalah bukti rahmat dan kasih sayang Allah terhadap makhluknya. Jadi, tidak ada sebab mengapa kita sebagai hamba ciptaan Allah, tetapi tidak bersyukur dengan nikmat kurniaanNya apatah lagi sampai sanggup berbuat syirik kapada Allah. Nauzubillahi min zalik. Allah menciptakan makhluknya bukan untuk menzalimi kita, tetapi Allah sayang kepada kita. Sentiasalah bersangka baik kepada Allah. Apa yang kita perlu buat sebagai seorang pelajar ialah sentiasa yakin bahawa Allah itu sentiasa bersama-sama dengan kita, selalu ingat Allah, sentiasa mengajak kawan-kawan kearah kebaikan serta tidak pernah berputus asa dengan rahmat Allah SWT.Tamadun berasal daripada perkataan dana yang memberi dua maksud iaitu penghutang dan pemutang. Dalam konteks kehidupan kita, manusia adalah penghutang dan Allah itu pemutang. Kita berhutang nyawa, tubuh badan, akal, kesihatan, udara, penglihatan dan semua yang kita nikmati sekarang adalah daripada Allah SWT. Untuk melangsaikan hutang-hutang tersebut, laksanakanlah apa-apa yang disuruh oleh Allah SWT seperti beribadat kepadaNya, menyebarkan ilmu pengetahuan kepada orang lain, bertasbih, dan banyak lagi. Dan Allah sebagai pemutang tidak salah jika ingin mengenakan syarat kepada penghutang untuk membayar hutangnya. Tanpa disedari, kita dan Allah sekarang ini mempunyai ikatan hutang. Selain itu, saya juga belajar mengenai rukun Ad-deen iaitu akidah (akal), syariat (zahir) dan tasawuf (hati). Manakala syariat pula dibahagikan kepada ibadah, munakahat, muamalat, jihad dan pemerintahan. Ad-deen tidak boleh terpisah dengan keyakinan bahawa wujudnya tuhan. Selain itu, saya juga belajar bahawa semakin beradab seseorang itu, semakin halus perwatakan dirinya
BAB 2: TAMADUN ISLAM Assalamualaikum wbt. Hari ini saya belajar mengenai faktor-faktor perkembangan tamadun Islam. Secara umumnya, terdapat 7 faktor perkembangan Islam yang dibincangkan iaitu 1) lokasi yang strategi 2) rangsangan keagamaan & kerohanian 3) kestabilan pemerintahan Islam 4) keteguhan sosial 5) penghijrahan 6) interaksi antara tamadun 7) kemantapan ekonomi. Namun, apa yang saya ingin kongsikan disini ialah perlunya ada kesedaran sebelum belajar sejarah. Mengapa kita perlu belajar sejarah yang telah lama berlalu?? Antara jawapan yang diberi adalah untuk merancang masa depan.. kerana ia merupakan sunnatullah. Kita boleh belajar atau mengambil pengajaran daripada orang-orang zaman dahulu supaya masalah yang sama tidak berulang. Contohnya sejarah telah membuktikan bahawa pemimpin yang tamak akan menyebabkan pentadbiran Negara runtuh serta porak peranda. Maka kita sebagai orang yang tahu sejarah mestilah memilih pemimpin Negara yang adil saksama sebagai ketua Negara kita. Seterusnya, saya juga telah belajar beberapa usaha dan cara Barat untuk menentang Islam secara halus, tanpa mengadakan peperangan atau pertumpahan darah iaitu mereka meremehkan Nabi Muhammad SAW, meremehkan Al-Quran serta mewujudkan unconscious Islamofobia. Saya juga belajar mengenai golongan sekularisma iaitu orang yang meminggirkan agama dalam kehidupan. Prinsip mereka ialah disini kinian, exploitasi dunia serta isinya sekarang, bersikap materialisma serta tidak mempercayai kehidupan selepas mati. Mereka adalah golongan musuh Islam yang nyata.
BAB 3: TAMADUN MELAYU: Terdapat tiga teori kedatangan Islam di Tanah Melayu iaitu melalui China, India dan Arab. Disertakan, beberapa bukti teori yang diutarakan seperti penemuan batu nisan di Pasai, batu bersurat di Kuala Berang Terengganu, tulisan jawi, tarian zapin, seni bina masjid dan banyak lagi. Selain itu, saya juga belajar mengenai pencapaian Tamadun Melayu. Ternyata, anggapan kita tehadap pencapaian melayu adalah serong sebenarnya. Orang-orang Melayu pada zaman dahulu sangat kuat serta disegani. Tetapi, pihak penjajah telah meracuni pemikiran kita dengan mengatakan bahawa masyarakat Melayu itu mundur, menjalankan aktiviti ekonomi sara diri, kecil-kecilan, serta banyak lagi kerana mereka ingin menyorokkan identity melayu yang sebenar. Maka , adalah tanggungjawab kita untuk mengubah balik tanggapan negatif kita terhadap Melayu. Bersyukurlah, kerana dahulu nenek moyang kita adalah sangat hebat, serta mengalir darah mereka dalam badan kita. Akhir kata, buang yang keruh dan ambillah yang jernih
BAB 4: TAMADUN INDIA: Pada zaman Dinasti Maurya di bawah pemerintahan Asoka seni bina telah mencapai zaman kegemilangan. Seni bina zaman Asoka ini dipengaruhi oleh agama Buddha kerana Asoka sangat kuat berusaha mengembangkan agama Buddha. Pintu-pintu gerbang gua banyak dibina. Kuil-kuil dibina di dalam gua. Pada zaman ini juga dibina beribu-ribu stupa yang dibuat dari batu dan berbentuk kubah. Ia dibina ditempat suci. Ia bukanlah kuil Buddha tetapi merupakan tempat menyimpan bahan-bahan peninggalan Buddha. Dalam seni Buddha, elemen geometri iaitu empat segi dan bulat menjadi pilihan dalam Zaman Asoka kerana dikatakan sebagai satu usaha untuk membezakannya dengan elemen empat segi yang biasanya terdapat pada altar Zaman Vedik dan sebagai simbol Buddha iaitu Wheel of Law. Agama Hindu menekankan simbol empat segi tetapi Buddha lebih cenderung kepada bentuk bulat. Pada zaman Gupta terdapat 4 struktur seni bina yang penting iaitu Shikara (bentuk kereta kuda orang Aryan), Vimana (kuil yang berbentuk pencampuran pyramid bertingkat), Ratna (batu tunggak diukir menjadi bentuk binatang) dan Gopuram (manandakan pintu masuk utama ke kompleks kuil). Pada zaman Maurya, seni binanya berkembang sangat maju. Buktinya ialah pembinaan Tiang Asoka manakala pada zaman Chola, Kuil Brigathiswarar di Thanjavur menunjukkan keunikan corak seni bina. Pada zaman Vedik pula, banyak bangunan keagamaan diubahsuai oleh orang-orang agama Buddha seperti kuil dua di Bhaja, Ajantha, Ellora dan Mahapallipuram. Untuk seni ukiran , masyarakat Indus telah menggunakan tanah liat dalam membentuk patung-patung dan ala-alat perhiasan. Tiang-tiang Asoka yang dibina dari batu pasir yang dilicinkan dan mencapai ketingian 40 kaki dan di hujungnya terdapat bentuk loceng dan bentuk empat segi yang dihiasi dengan gambar binatang seperti harimau, roda sebelum diletakkan gandingan tiga ekor singa iaitu pengawal kerajaan Asoka menjadi lambing kebesaran pada zaman kerajaan Asoka.
BAB 5: TAMADUN CHINA: Islam pertama kali dibawa ke China oleh sebuah rombongan yang dikirimkan oleh Uthman, Khalifah, pada 651, lebih kurang dari dua puluh tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad. Rombongan itu diketuai oleh Sa`d ibn Abī Waqqās, bapa saudara Nabi sebelah ibunya. Yung Wei, maharaja Tang yang menerima rombongan itu memerintahkan pembinaan sebuah masjid peringatan di Canton, yang merupakan masjid pertama di negara itu dibina. Zaman Dinasti Tang adalah zaman keemasan China dengan budaya kosmopolitan yang membantu memperkenalkan agama Islam. Pemastautinan orang Islam pertama di China terdiri daripada saudagar Arab dan Parsi. Di kawasan tersebut, kabilah Hui Chi menerima Islam, dan nama tersebut menjadi permulaan kepada rujukan terhadap huihui atau Hui sebagaimana yang mereka dikenali hari ini. Seterusnya , Islam juga tersebar di China melalui penaklukan di bawah pimpinan Qutaibah bin Muslim ke atas bandar Kashgar ibu kota Turkestan Timur pada tahun 714M dan menyeru Maharaja China agar memeluk Islam . Selain itu , ada sesetengah pendakwah menyebarkan islam semasa berdagang di negeri China .Cina sebagai negeri yang aktif dalam perdagangan Internasional menyebabkan pedagang-pedagang muslim dari Arab melakukan perdagangan ke Cina sambil menyebarkan Islam di berbagai wilayah yang disinggahi. Adapun perjalanan yang dilalui dalam persebaran Islam di Cina adalah dengan melalui perjalanan darat dan laut. Perjalanan darat dimulai dari daratan Arab sampai ke bagian barat Laut Tiongkok dengan melewati Persia dan Afganistan. Jalan ini terkenal dengan nama jalan sutra atau silk road. Akibat dari interaksi-interaksi yang dilakukan mereka dengan pedagang-pedagang lain termasuk pedagang-pedagang Cina menyebabkan adanya suatu pengenalan kehidupan negeri asal pedagang-pedagang tersebut baik dari segi sosial, budaya maupun agama, termasuk pengenalan yang dilakukan pedagang-pedagang muslim mengenai Islam yang secara tidak langsung. Pedagang-pedagang Cina yang berinteraksi dengan pedagang-pedagang muslim sedikit banyaknya menerima kehadiran Islam bahkan mereka memeluk Islam sebagai agama mereka. Penyebaran Islam ini kemudian meluas hingga ke masyarakat Cina, khususnya wilayah-wilayah yang digunakan sebagai pusat perdagangan. Masyarakat Cina yang telah memeluk Islam meminta pedagang-pedagang muslim untuk mengajarkan Islam lebih banyak lagi.
|
|
|
Post by diyana on Dec 22, 2015 11:18:43 GMT
WAN NUR DIYANA BINTI WAN RUSAIDI (2015218678) DS240 (GROUP A)
a) Apa yang anda peroleh menerusi pembelajaran bab 1-5.
BAB 1 Apa yang saya dapat belajar dalam bab ini ialah mengenai tamadun iaitu satu topik yang saya tidak pernah ambil tahu sebelum ini. Kita sepatutnya mengetahui dimanakah dan bagaimanakah asal-usul kita? Jawapannya ialah tamadun. Tamadun meliputi kebudayaan, kemajuan atau peradaban. Kita hendaklah mempelajari sejarah tamadun supaya kita bertambah maju dan bertamadun. Kesimpulannya, tamadun ialah kemajuan yang dicapai oleh satu-satu bangsa di dalam membangun dan memodenkan diri mereka agar dapat duduk di tahap yang lebih tinggi. Selain itu, saya telah mempelajari perjanjian Ruh iaitu perjanjian asali di antara kita semua dengan Allah SWT , Pencipta, Pemilik serta Pentadbir sekalian alam ini sebelum Ruh dimasukkan ke dalam jasad kita sebagai manusia. Menepati Perjanjian Ruh ini menjadi syarat utama bagi manusia-manusia yang dikira layak untuk layak memasuki syurga.
BAB 2 Saya telah mempelajari sesuatu yang berkait rapat dengan Ad-deen. Kita sebagai hamba-Nya adalah penghutang manakala Allah SWT adalah pemiutang iaitu yang memberi hutang. Dunia ini bersifat sementara kerana apa yang kita ada sekarang ini seperti keluarga yang bahagia, pekerjaan dan rumah yang besar hanyalah pinjaman daripada Allah SWT. Kita adalah penghutang yang meminjam harta-harta ini daripada Allah SWT. Akhiratlah merupakan segala-galanya. Selain itu, kita hendaklah memilih dan memiliki tamadun yang berbahagia. Tamadun yang bahagia merupakan lubuk pahala. Tamadun bahagia disini bermaksud maju, aman dan sejahtera. Sesungguhnya tamadun Islam itu bermatlamatkan menyempurnakan hubungan manusia dengan Allah S.W.T, hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan alam sekitarnya. Jika matlamat ini tercapai tidak syak lagi terbinalah tamadun yang aman, sejahtera, makmur, dan bahagia yang digambarkan oleh al-Quran.
BAB 3 Apa yang saya dapat pelajari tentang tamadun Melayu ialah pertama sekali Melayu sebenarnya sangat hebat. Sebelum itu, kita sepatutnya membuang mindset dalam minda kita bahawa Melayu itu malas, datang lambat, mungkir janji dan sebagainya. Ini kerana Melayu yang dahulu sangat maju, rajin dan berjaya. Oleh itu, kita hendaklah meneruskan kesinambungan ini agar Melayu terus dipandang tinggi. Apabila kita belajar tentang sejarah tamadun ia akan dapat membantu kita untuk belajar masa depan. Sejarah tidak hanya mempelajari masa lalu untuk kepentingan masa lalu saja. Sejarah sebagai kisah nyata pengalaman hidup manusia dapat digunakan untuk memprediksi dan mengjangka kejadian berikutnya/masa depan yang memiliki kecenderungan yang sama. Sehingga secara tidak langsung, sejarah mengajak kita untuk “Berubah!”, memperbaiki yang kurang, dan meningkatkan yang lebih. Selain itu, kita tidak boleh meminggirkan agama dalam semua aspek kehidupan atau dengan nama lain sekuralisma. Hal ini kerana dengan agama lah seseorang itu akan mendapat kehidupan yang berkualiti dan seterusnya ke arah manusia yang bertamadun.
BAB 4 Berdasarkan video pembelajaran online Tamadun India yang saya lihat, kita perlulah mengambil ikhtibar daripada binaan sejarah tamadun lalu. Masyarakat India yang diperintah pada zaman Islam memang terkenal dengan sumbangan dalam bidang seni bina. Contohnya, pemerintah dinasti Moghul di India seperti Shah Jehan telah membina banyak bangunan yang indah di India. Salah satu bangunan terindah yang beliau dirikan ialah Taj Mahal di Agra, bangunan yang penuh diukir dengan ayat-ayat al-quran. Bangunan ini merupakan sebuah mosoleum yang dibina bagi memperingati Mumtaz Mahal, isteri kesayangannya yang meninggal dunia ketika melahirkan anak beliau yang ke-14. Setiap orang yang datang mengunjung Taj Mahal seharusnya mengambil ikhtibar atas kematian kerana mereka sebenarnya menziarahi makam bukan semata-mata mengunjung untuk melawat keindahan bangunannya sahaja. Selain itu, saya dapat mempelajari bahawa antara faktor yang menyumbang kepada penyebaran islam di india ialah melalui penaklukan dan perkahwinan. Saya juga dapat mempelajari bahawa masyarakat india mempunyai kepercayaan yang kuat terhadap agama mereka.
BAB 5 Berdasarkan video pembelajaran online Tamadun Cina yang saya lihat, Tamadun China mempunyai pelbagai kesenian yang amat menarik dan unik,seperti kaligrafi,seni lukis,seni bina dan seni ukir,seni opera serta kung fu. Amalan perubatan Cina termasuk rawatan seperti ubat herba, akupunktur, akupressure, terapi diet, dan urut Tui na dan Shiatsu. Qigong dan Taijiquan berkaitan dekat dengan perubatan tradisional Cina. Falsafah ubatan Cina tradisional banyak berpengaruh dari pemikiran Taoisme, Buddha dan Neo-Konfusianisme, ia mencerminkan kepercayaan Cina kuno (klasik) bahawa kehidupan dan aktiviti manusia individu mempunyai hubungan erat dengan persekitaran pada semua tahap. Tamadun Cina merupakan satu tamadun yang kuat pengaruhnya. Perkembangan tamadun Cina sehingga ke dunia Barat menunjukkan tamadun cina berupaya bersaing dengan tamadun-tamadun lain. Tamadun Cina telah memberi pandangan baru kepada tamadun lain. Pegangan konfusianisme telah memberi idea kepada sesebuah negara agar beretika dalam penubuhan sesebuah kerajaan. Konsep konfusianisme yang mementingkan humanisme, humanitaarianisme, intelektualisme dan rasionalisme adalah bersesuaian untuk diamalkan dalam kehidupan harian manusia.
b) Apa nilai ketamadunan yang anda perolehi. - Penguasaan ilmu pengetahuan - Bekerja bersungguh-sungguh - Kekuatan agama dan kepercayaan
c) Apa nilai pembelajaran yang diperolehi dalam pembentangan . - Rajin dalam menuntut ilmu - Jujur, benar dan amanah - Berdisiplin
|
|
|
Post by daslianah on Dec 22, 2015 11:29:43 GMT
Daslianah binti Daslam 2015428382 DS240 Group A a) Apa yang anda peroleh menerusi pembelajaran bab 1-5
Bab 1 - Dalam bab ini kita dapat melihat bagaimana dalam membentuk tamadun yang membahagiakan dan boleh menjadi lubuk pahala kepada manusia. Pembinaan tamadun perlulah mengikut syariat yang tetah Allah tetapkan. Dengan ini, dapatlah kita menjalankan tugas sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi Allah. Tamadun yang dibina perlu saling berkait rapat dengan agama. Dalam membina tamadun, manusia perlu menjaga hubungan dengan Allah, hubungan dengan manusia dan hubungan dengan alam sekitar. Ciri-ciri tmadun yang perlu ada menurut Ibnu Khaldun ialah egangan agama yang tinggi dan kuat, sistem kenegaraan yang tersusun rapi ,kehidupan bandar, pencapaian kaedah penulisan dan kepakaran seni luki serta seni bina. Selain itu, tamdun juga mengikut Ad-Din Islam iaitu Akidah, Syariat dan Tasawuf. Yang paling penting, tamadun tidak boleh berpisah dengan Tuhan. Selain itu, ilmu perlu dicari dalam untuk memantapkan lagi sesuatu tamadun. Secara umumnya, matlamat utama tamadun Islam ialah untukmemartabatkan Islam sebagai Ad- Deen iaitu satu cara hidup yang lengkap dan komprehensi.
Bab 2 Tamadun Islam masiah ada dan relevan kerana sumbernya iaitu Al-Quran masih ada sampai sekarang. Tujuan syariah dalam Tamadun Islam ialah memelihara akidah, menjaga nyawa, memlihara kewarasan akal, menjaga maruaah manusia dan keturunan serta melindungi harta benda. Dalam merealisasikan maanusia perlu sentiasa menjaga hubungan baik dengan Allah, hubungan baik sesama manusia dan hubungan baik seisi alam. Selain itu, prinsip Tamadun Islam ialah keimanan dan pengabdian diri kepada Allah, benar dan amanah serta adil dan saksama.Tamadun Islam mengamalkan konsep berakhlak, mengamalkan kehalusan tatasusila dan syariat Islam. Asas-asas tamadun Islam ialah akidah, syariah dan akhlak. Tetapi semua asas- asas ini bertunjangkan ilmu iaitu fardu ain dan fardu kifayah. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa mencari ilmu dan berusaha mengamalkannya. Bab 3 - Dalam tamadun Melayu, kita dapat melihat bagaimana golongan terdahulu membangunkan Tamadu Melayu dengan nilai-nilai positi orang Melayu. Kita juga dapat melihat betapa ajaran Islam banyak merupakan tunjang kepada pembangunan Tamadun Islam. Kita juga perlu menontohi nilai-nilai positif orang Melayu seperti bertoleransi, hormat-menghormati, bersopan-santun, tolong-menolong dan banyak lagi. Sebagai golongan muda kita haruslah menerapkan nilai-nilai positif ini agar tidak pupus. Sebagai orang Melayu, marilah kita mencari identiti sebenar Melayu. Janganlah kita memisahkan ajaran Islam dalam membina Tamdun Melayu. Budaya-budaya orang Melayu yang positif perlu diterapkan terutama dalam kalangan generasi muda.
Bab 4 -Kedatangan Islam di India telah banyak megubah corak masyarakat di India. Sistem kasta berubah kerana dalam Islam semua manusia sama sahaja di sisi Allah kecuali amalannya. Kedudukan wanita di India telah diangkat oleh Islam. Pembinaan Taj Mahal yang merupakan anta 7 bangunan ajaib di dunia terdapat di India dan menunjukkan pengaruh Islam di India.
Bab 5 - Tamadun China banyak memberikan sumbangan kepada dunia.Sifat kreatif masyarakat Cina perlu dicontohi iaitu mencipta ciptaan agung yang digunakan dunia sekarang iaitu kertas,cetakan , kompas dan bahan letupan. Masyarakat China juga menyumbang sistem peperiksaan yang diguna oleh seluruh dunia. Peperiksaan awan di China menjadi pelopor terhadap sistem peperiksaan. Bidang perubatan yag terdapat dalam Tamadun China ialah akuapuntur, aurikuloterapi, terapi makanan Cina, perubatan herba Cina dan bekam Cina.Islam juga memberi sumbangan besar kepada Tamadun China dalam bidang sains dan astronomi, politik dan gaya hidup masyarakat. Sumbangan Islam di China dapat dilihat dari segi pembinaan masjid yang pelbagai rupa serta seni ukir yang terdapat di Masjid banyak menggunakan ayat-ayat al-Quran serta corak-corak flora.
b) Apa nilai ketamadunan yang anda peroleh Nilai keagamaan- Dalam membina tamadun, agama penting untuk memberi panduan kepada manusia untuk membina tamadun membahagiakan. Manusia perlu mengikut sistem yang ditetapkan oleh Allah iaitu Ad-Din. Tamadun tidak boleh terpisah dengan Tuhan. Kita juga perlu sentiasa mentauhidkan Allah dan mengajak orang lain untuk bertauhid. Dengan mempelajari ilmu tamadun, kita dapat melaksanakan tugasan kita sebagai khalifah di bumi Allah.Manusia perlu bertunjang dan berpaksi kepada tauhid yang membawa pengertian tentang keesaan kepada Allah. Manusia juga perlu sentiasa memperbaiki niat melakukan sesuatu keran Allah SWT. Umat Islam perl memperbanyyakan selawat kepada Rasulullah kerana telah banyak berkorban untuk kita.
Nilai kehalusan- Tamadun yang baik akan menjadikan manusia semakin halus. Kehalusan dapat dilihat melalui akhlak yang baik dan seni bina yang halus dan cantik. Kehalusan tatasusila akan menjadikan seseorang itu bersopan-santun dan berakhlak mulia. Kehalusan masyarakat penting unuk menjamin keharmoniaan sesuatu tempat.
Nilai mencintai ilmu - Sebagaiman saranan dalam Al-Quran, Allah menyuruh umatnya untuk mencintai dan menuntut ilmu. Dengan adanya ilmu, peradaban manusia akan menjadi baik dan maju. Pelbagai kemajuan dapat diperolehi serta masyarakat akan dipandang mulia oleh masyarakat lain. Ilmu penting dalam proses pembinaan tamadun dan mencintai Tuhan. Ilmu penting untuk kita mencintai Pencipta dan Rasul-Nya. Dengan tugasan yang dibrikan kita dapat menambah ilmu dan keluar dari kepompong jahiliah.
Nilai kemanusiaan- Kita perlu menjaga hubungan sesama manusia. Kita dapat mengaplikasikan sifat tolong-menolong dan bekerjasamadengan rakan dalam menyiapkan kerja .
c) Apa nilai pembelajaran yang diperolehi dalam pembentangan Nilai kerjasama- Sebelum melakukan pembentangan, nilai kerjasama antara ahli kumpulan dapat dipupuk. Setiap ahli kumpulan melengkapi kelemahan dan kelebihan masing-masing. Sikap tolong-menolong antara ahli kumpulan dapat dipupuk. Nilai bersungguh-sungguh- Untuk menghasilkan hasil kerja yang terbaik, sikap bersungguh-sungguh perlu untuk memastikan kerja berjalan baik. Selain itu, bersungguh-sungguh dalam mencari bahan pembentangan dan mendapat ilmu yang bermanfaat.
|
|
|
Post by elhuda on Dec 22, 2015 15:11:50 GMT
NUR AL HUDA BINTI MANSUR (2015230028) GROUP A (DS240) BAB 1 Saya telah memepelajari soal tujuan utama hidup bertamadun, iaitu untuk bersama sama hidup di bawah ajaran yang benar dan taat kepada Allah SWT. Selain itu, manusia merupakan ‘penghutang’ di dunia manakala Allah SWT adalah ‘pemiutang’. Kita dianggap sedimikian kerana kita hidup di dunia ini dengan kewajipan tertentu seperti solat fardhu 5 waktu, berpuasa mengamalkan amalan sunnah dan lain lain. Jadi, untuk melangsaikan hutang kita kepada ‘pemiutang’ yang Maha Besar kita haruslah sentiasa mengamalkan perintahNya dan meninggalkan laranganNya sehingga kita bangkit kembali di padang Mahsyar. BAB 2 Saya telah mempelajari tentang konsep tamadun dalam kehidupan manusia. Tamadun bermaksud kebudayaan, kemajuan atau peradaban. Tamadun manusia dapat dibahagikan kepada empat iaitu; tamadun materialistik, tamadun intelektual, tamadun mistik, tamadun berasaskan wahyu. Hubungan tamadun dengan agama mempunyai pertalian yang amat rapat. ia telah menjadi sumber inspirasi dan kekuatan setiap agama di atas muka bumi ini sejak dahulu lagi. Tetapi sesebuah tamadun boleh mengalami zaman merosot sekiranya faktor seperti jurang kaya-miskin, penindasan dan kezaliman sertasikap tertutup diamalkan. BAB 3 Saya ingin menekankan tentang kaitan Ad-Din dalam agama Islam. Ad-Din terbahagi kepada empat bahagian iaitu; sistem, fitrah, kiamat dan keadilan. Rukun Ad-Din pula terbahagi kepada tiga iaitu; akidah, syariat dan tasawwuf. Tasawwuf pula dipecahkan lagi kepada dua iaitu; munakahat dan muamalat. Agama Islam menitik beratkan tentang sifat kehalusan, kebaikan dan kerohanian, maka kita sebagai umat Islam perlu membina tamadun dari segala aspek yang telah ditekankan untuk menigkatkan kecekapan dan kemajuan tamadun Islam. BAB 4 Saya telah mempelajari soal bagaimana terlahirnya sesebuah tamadun. Tamadun Islam lahir di Makkah dengan berlandaskan faktor faktor seperti lokasi yang strategik, rangsangan keagamaan dan kerohanian yang tinggi, kestabilan pemerintahan, keteguhan sosial, penghijrahan, toleransi atau interaksi antara tamadun yang cekap, kemantapan ekonomi serta perkembangan ilmu pengetahuan. Saya telah dibei pendedahan kepada golongan ‘sekularism’; golongan yang memisahkan agama dari segala perkara tetapi masih percaya adanya Tuhan. Golongan seperti inilah yang akan menghancurkan dan menjatuhkan tamadun Islam serta menyebabkan pergaduhan antara tamadun. BAB 5 saya telah mempelajari soal sumbangan tamadun Islam ke peradaban dunia. Tamadun Islam bukan sahaja telah berjaya merubah corak dan gaya hidup masyarakat, bahkan ianya turut merubah geopolitik dunia sebelumnya. Di bawah bimbingan Rasullah SAW dan para sahabat, penduduk tanah Arab yang terdiri dari pelbagai bangsa, rumpun etnik dan keturunan berjaya disatukan dengan ikatan akidah dan ukhuwah Islamiah. Mereka muncul sebagai satu ummah yang berakhlak, berketerampilan dan sedia berkorban demi Islam.
Dari pencapaian ini, kita boleh membuat kesimpulan bahawa Islam telah melahirkan tamadun manusia yang terunggul di dunia. Malah ia juga telah membina satu sejarah tamadun yang amat mengagumkan, meliputi aspek politik,sosioekonomi dan ilmu pengetahuan. NILAI KETAMADUNAN Dari permulaan sesi pembelajaran, banyak nilai nilai ketamadunan yang saya telah pelajari. Di antaranya, kehalusan. Kehalusan memberi makna yang luas. Kepentingan kehalusan dalam diri seseorang manusia dapat menggambarkan etika tamadun yang mereka bawa. Kehalusan membawa maksud sifat sopan santun, lemah lembut, berbudi bahasa dan berakhalak mulia. Tanpa ini semua, sesebuah tamadun itu mungkin akan dipandang hina atau jatuh dari arus perkembangan moden. Hal ini, kehalusan memainkan peranan yang sangat besar dalam perkembangan sesebuah tamadun dan ianya perlulah dijadikan keutamaan tertinggi dalam mencapai kejayaan. Selain dari itu, saya telah mempelajari nilai kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan manusia. Jika cetek ilmu pengetahuan maka merosotlah sesebuah tamadun. Untuk mencapai ke sesuatu matlamat, dasar tamadun perlu kukuh dan dengan ini ia perlu ilmu yang tinggi dan cekap supaya ia tidak mudah runtuh dan musnah. Setiap ahli tamadun perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup untuk mempertahan dan menjaga sesebuah tamadun. Dengan ilmu pengetahuan yang cukup dan bernas, sesebuah tamadun akan dapat berdiri teguh tanpa cacat celanya.
NILAI PEMBELAJARAN Saya telah mempelajari nilai berakhlak mulia. Dengan nilai ini saya dapat mengajar diri untuk selalu bersifat lemah lembut dalam mengendalikan kerja berkumpulan dengan rakan rakan dan tidak mememntingkan diri sendiri.
|
|
|
Post by fazlin2301 on Dec 22, 2015 16:18:16 GMT
NUR FAZLIN SYAHIRAH BINTI MOHAMAD SAFIAI
2015428772
DS240(GROUP A)
BAB 1-PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN
Pada pembelajaran kali ini pengenalan kepada ilmu ketamadunan telah banyak membuka mata dan perspektif saya. Maksud tamadun sendiri iaitu Bandar atau masyarakat yang mempunyai kemajuan dari segi lahiriah dan rohaniah. Dari maksudnya sahaja disini jelas sekali dapat kita lihat bahawa pembentukan sebuah tamadun itu memang tujuan nya untuk kearah kemajuan sesebuah masyarakat dari segi pelbagai aspek seperti kepecayaan, pembandaran, ekonomi dan kekeluargaan. Kesimpulannya sesebuah tamadun itu ditubuhkan dengan sebab – sebab yang tertentu dan semestinya targetnya untuk berkembang menjadi tamadun yang berjaya dan maju.
BAB 2- TAMADUN ISLAM
Pada minggu ini tamadun islam merupakan fokus utama dimana tamadun islam banyak membuka mata saya tentang kita sebagai manusia di muka bumi ini tidak lupa juga sebagai khalifah berperanan mentadbir muka bumi ini berlandaskan Al-Quran dan hadis. Tambahan pula, sebagai seorang umat islam yang proaktif, kita juga perlu memiliki sifat cinta akan ilmu seperti mana tokoh-tokoh ilmuan kita pada tamadun Islam dahulu .
BAB 3- TAMADUN MELAYU
Menerusi pembalajaran tamadun melayu dapat saya simpulkan di Malaysia rakyat Malaysia amat mempraktikkan dan mengamalkan sikap-sikap positif yang dilahirkan sejak tamadun melayu zaman dahulu lagi, seperti contoh, sampai sekarang pengunaan baju melayu dan baju kurung digunakan oleh seluruh masyarakat melayu di Malaysia. Oleh itu jelas sekali ungkapan yang pernah diungkap dahulu berbunyi “takkan hilang melayu di dunia” selaras dengan perkembangan tamdun melayu zaman sekarang.
BAB 4- TAMADUN INDIA
Menerusi pembelajaran topik tamadun india, di sini dapat dilihat tokoh yang amat terkenal memperjuangkan dan memajukan negara india pada suatu ketika dahulu, iaitu Mahatma Ghandi. Beliau merupakan tokoh yang terkenal di seluruh dunia dek kerana kecekalan dan keteguhan beliau dalam mempertahankan hak politik dan sosialis negara india pada suatu ketika dahulu sehingga menjadi maju. Oleh itu jelas lah disisni bahawa kewibawaan pemimpin merupakan tunggak kemajuan sesebuah tamadun.
BAB 5- TAMADUN CHINA
Berdasarkan kelas pembelajaran mengenai tamadun china, apa yang dapat saya simpulkan ialah mengenai agama dan kepercayaan masyarakat cina yang diamalkan sejak zaman dahulu lagi. Jika dikenal pasti, terdapat lebih dari lima ajaran yang dipegang oleh masyarakat cina dahulu. Akan tetapi pada setiap ajaran ini, tentunya memounyai objektif dan matlamatnya yang tersendiri. Hal ini amatlah berbeza dengan agama islam dimana kita wajib percaya dan beriman dengan Allah yang satu dan taat pada perintah Allah.
B) APAKAH NILAI YANG ANDA PEROLEHI
Terdapat pelbagai nilai yang boleh diperoleh dari proses pembelajaran TITAS ini. Antaranya ialah nilai mecintai ilmu dengan sepenuh hati. Seperti yang kita lihat masyarakat dahulu amat mempunyai sikap mencintai ilmu dan amat berminat untuk mempelajari ilmu dengan lebih dalam lagi. Seperti contoh tamadun islam pada zaman dahulu melahirkan begitu ramai tokoh –tokoh ilmuwan yang rata-ratanya menghabiskan sisa hidup mereka dengan mempelajari pelbagai sektor ilmu. Antaranya bidang astronomi, matematik,sains dan pelbagai lagi. Kesimpulannya di sini amatlah jelas bahawa sesungguhnya nilai cinta akan ilmu itu dapat diserap menerusi nilai ketamadunan yang terdapat dalam setiap tamadun .
C) NILAI PEMBELAJARAN YANG DIPEROLEHI DALAM PEMBENTANGAN
Menerusi aktiviti pembentangan yang dijalankan, dapat saya simpulkan disini bahawasanya banyak nilai yang boleh diperoleh. Antaranya ialah nilai kerjasama antara satu kumpulan. Hal ini dapat dilihat menerusi komitmen yang diberikan oleh setiap ahli kumpulan dalam memastikan mereka menghasilkan kerja atau pembentangan yang terbaik justeru dapat memberi manfaat sepenuhnya pada rakan sekelas . Selain itu, nilai bertanggungjawab dalam setiap individu. Nilai ini dapat dilihat menerusi tanggungjawab setiap ahli kumpulan untuk turut dserta memerah keringat dalam memastikan kerja berada pada tahap yang hebat.
|
|
|
Post by gracenyura on Dec 22, 2015 16:31:41 GMT
GRACE NYURA ANAK JAMBAI 2015417712 DS240B
a) Apa yang anda peroleh menerusi pembelajaran bab 1-5
BAB 1 Sepanjang mempelajari bab ini,terdapat pelbagai perkara yang telah saya pelajari antaranya ialah maksud tamadun, cici-ciri tamadun dan interaksi antara tamadun. Antara persamaan ciri-ciri tamadun ialah mempunyai sistem sosial, sistem tulisan dan sistem pemerintahan. Namun begitu, perkara yang menarik perhatian saya ialah betapa sesebuah tamadun dipengaruhi oleh agama. Setiap tamadun mempunyai agama masing-masing dan agama tulah yang menjadi tulang belakang kepada kemajuan tamadun tersebut. Sekiranya tamadun tersebut tidak mendapat keredhaan Tuhan,pasti ianya akan musnah. Walaupun hubungan antara manusia dengan Tuhan ialah yang paling utama, namun begitu hubungan antara manusia dengan manusia dan manusia dengan alam juga perlu dijaga.
BAB 2 Antara perkara yang saya pelajari pada minggu ini adalah konsep tamadun Islam yang diperkenalkan oleh Prof Syed. Naquid Al-Attas, Syed Qutub, Said Hawa dan Abu Bakar Hamzah. Selain itu, saya juga mempelajari mengenai asas tamadun Islam iaitu akidah, akhlak,ilmu dan syariah. Ini boleh diibaratkan dengan sebuah pohon di mana akarnya adalah akidah, batangnya adalah syariah ,daunnya adalah akhlak dan buahnya adalah ihsan. Dan keseluruhan pokok ini ilmu. Walau bagaimanapun, perkara yang menarik perhatian saya adalah 3 jenis hamba yang terdapat dimuka bumi ini. Hamba yang pertama adalah hamba saudagar, yang melakukan sesuatu dan meminta pulangan,hamba kedua adalah hamba penakut, yang melakukan sesuatu kerana takut akan hukuman daridapa Tuhan, manakala hamba yang ketiga adalah hamba halus, hamba yang melakukan sesuatu kerana cintanya kepada yang Esa. Setiap manusia haruslah sentiasa berusaha menjadi hamba yang halus. Kita haruslah sentiasa ingat akan pengorbanan para nabi yang sanggup melakukan apa sahaja untuk membawa kita lebih dekat kepada Tuhan.
BAB 3 Pada hari ini, saya telah mempelajari mengenai tamadun Melayu iaitu spesifikasinya, pencapaian tamadun Melayu. Alam Melayu merupakan tamadun yang unggul dan sangat dikenali suatu ketika dahulu. Pedagang dari Barat,Cina dan India tidak melepaskan peluang untuk datang ke tanah melayu. Namun begitu, kedatangan Barat telah mengubah sistem di Tanah Melayu. Kini,sekiranya disebut mengenai orang Melayu, perkataan yang muncul di fikiran adalah mundur,kampung dan tidak berkembang. Ini adalah ideologi yang ditetapkan oleh pihak barat dalam minda kita. Oleh itu, kita haruslah belajar dan mendalami tamadun kita agar kita dapat melihat betapa hebatnya orang kita. Bukan itu sahaja, generasi muda pada masa kini haruslah didedahkan dengan sejarah Tamadun Melayu agar mereka lebih berusaha untuk menjadikan Tamadun Melayu tamadun yang dihormati sekali lagi. Nilai-nilai tamadun melayu yang murni juga patut sentiasa diterapkan dalam diri anak muda pada zaman kini. Merekalah yang akan membentuk masa depan tamadun kita.
BAB 4 Sepanjang mempelajari tamadun India, pelbagai info menarik mengenai tamadun India yang telah saya pelajari. Seperti tamadun lain, tamadun India juga mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Sejak dari tamadun Indus lagi, tamadun ini telah menunjukkan kemajuan di bandar Harappa dan Mohenjo-daro. Kemajuannya dalam ilmu geometri dapat dilihat dalam susun atur bandarnya. Antara nilai-niali murni yang dapat saya pelajari dari tamadun India ialah mementingkan ilmu, mementingkan keluarga, dan berusaha membebaskan diri dari kehendak duniawi. Walaubagaimanapun, nilai-nilai ini hanya ditekankan di beberapa peringkat umur walaupun kita sepatutnya mengamalkan nilai-nilai ini sepanjang masa. Bukan itu sahaja, sistem kasta yang diamalkan oleh tamadun ini patut dimansuhkan kerana pada pendapat saya, setiap manusia harus dilayan dengan sama rata dan mempunyai sama taraf. Namun begitu, sumbangan tamadun India kepada dunia seperti pembinaan Taj Mahal haruslah kita kagumi.
BAB 5 Dalam Tamadun ini, saya telah mempelajari asal usul tamadun china, perkembangan tamadun china,sistem organisasinya dan kepercayaannya. Namun begitu, saya amat kagum dengan sumbangan tamadun China iaitu memperkenalkan sistem peperiksaan yang masih diguna pakai sehingga hari ini. Selain itu, Tembok Besar China yang telah dibina semasa zaman Dinasti Chin juga saya kagumi. Panjangnya ialah 6,400 km yang juga merupakan salah satu 7 keajaiban dunia. Pencapaiannya yang lain seperti penggunaan batu bata juga menunjukkan sifat kreatif orang China yang mampu membina benda baharu. Perubatan tradisional China yang juga menggunakan herba telah banyak menyumbang kepada bidang perubatan zaman kini. Oleh sebab itu, kita hendaklah sentiasa berterima kasih atas sumbangan tamadun China.
b) Apa nilai ketamadunan yang anda perolehi
Nilai ketamadunan yang telah saya pelajari ialah kepercayaan kepada Tuhan. Sebagai manusia, kita sentiasa berhutang akan kewujudan kita kepada Tuhan. Walaupun kita cuba untuk membayar hutang tersebut, namun hutang tersebut tidak akan pernah langsai. Oleh sebab itu, kita hendaklah sentiasa beriman kepada Tuhan dan berbuat baik selagi kita masih bernafas di muka bumi ini.
Selain itu, saya juga telah mempelajari akan pentingnya menuntut ilmu pengetahuan sepanjang masa. Sekiranya kita tidak tahan akan lelahnya menuntut ilmu, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan. Ilmu pengetahuan amat penting agar kita dapat memajukan diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara kita.Tanpa Ilmu, kehalusan tamadun tidak akan dikecapi dan tiada perkembangan yang akan berlaku.
Akhir sekali, saya belajar nilai keikhlasan. Amatlah penting untuk kita bersifat ikhlas dalam setiap perbuatan yang kita lakukan. Sekiranya membuat sesuatu kebaikan, kita tidak harus mengharapkan apa-apa balasan. Begitu juga dalam menuntut ilmi. Kita haruslah ikhlas menuntut ilmu agar kita sentiasa ingati apa yang kita pelajari.
c) Apa nilai pembelajaran yang diperolehi dalam pembentangan
Nilai yang saya perolehi dalam pembentangan ialah semangat berpasukan dan bekerjasama dengan ahli kumpulan. Dalam kumpulan, setiap orang mempunyai pendapat dan keinginan yang berbeza. Oleh sebab itu, setiap ahli pasukan haruslah berfikiran terbuka dan belajar untuk menerima sekiranya pendapat ditolak. Selain itu, nilai proaktif juga telah tersemat dalam diri. Nilai ini penting untuk mencari maklumat yang diperlukan untuk pembentangan. Nilai yang paling penting yang saya pelajari adalah keyakinan terhadap diri sendiri. Keyakinan diri penting untuk membentang dan untuk bertanya soalan.Kepada seorang pendidik, tiada tiada soalan yang remeh. Oleh itu, pelajar tidak haruslah malu bertanya.
|
|
|
Post by safiyyahyunos on Dec 22, 2015 16:37:41 GMT
Safiyyah binti Mohamad Yunos 2015428712 Group B
Bab 1 Pada bab ini saya telah mendapat banyak ilmu yang baru dan sangat luas tentang alam roh. Antara yang saya telah pelajari ialah kita melalui banyak alam dalam kehidupan kita seperti, alam roh, alam rahim (roh dan jasad), alam dunia (dimana kita menunaikan perjanjian kita) dan alam kubur (yang akan bercahaya dengan ibadah kita di alam dunia). Selain itu, saya telah pelajari maksud ibadah yang sebenar, iaitu mengabdikan diri kepada Allah Ta’ala melalui takwa dan bersifat rasa takut kepada Allah. Pengabdian diri kepada Allah juga dapat ditingkatkan dengan mencari guru yang mursyid dan memperbanyakan selawat. Tamadun baik adalah tamadun yang membina roh. daripada kelas ini juga saya baru mengetahui bahawa semua orang yang kita berjumpa di alam dunia adalah roh - roh yang kita telah berselisih di alam roh.
Bab 2 Pada bab ini kami telah mempelajari tentang tamadun dan apakah erti sebenar tamadun. Tamadun sebenarnya berkait rapat dengan konsep penghutang dan pemiutang dimana Allah adalah penghutang dan kami adalah pemiutand. ini telah membuka mata saya untuk menyedari bahawa saya tidak memiliki apa - apa di dalam alam dunia ini dan semua yang saya ‘memiliki’ adalah rezeki dan pinjaman hak Allah. Saya juga tersoal ‘mengapa patut aku riak dan bongkak jika apa yang aku ada bukanlah milik aku?’. Selain itu, saya juga pelajari tentang konsep kehalusan dan Ad-Din yang patut menjadi antara panduan untuk membina tamadun yang bahagia.
Bab 3 Pada bab ini saya telah berlajar tentang tamadun - tamadun awal seperti Tamadun Mesir, Tamadun Mesopotamia, Tamadun Indus dan Tamadun Hwang Ho. Walaupun ciri - ciri setiap tamadun seperti cara pemerintahan dan pentadbiran, dari segi geografi dan kepercayaan berbeza dari setiap tamadun, kita boleh nampak bahawa adanya persamaan yang jelas antara semua tamadun yang menjadi kunci untuk membina sebuah tamadun iaitu kepercayaan terhadap tuhan. Kerana dari kepercayaan ini dapat membentuk manusia dan memupuk sifat kehalusan kedalam sesebuah tamadun. Selain itu, setiap tamadun berhubung kait bersama alam kerana setiap tamadun dibina antara kawan yang subur, sistematik dan mempunyai bekalan air.
Bab 4 Pada bab ini saya telah mempelajari tentang konsep tamadun dan asas tamadun islam yang sangat merupakan ilmu baru buat saya. Asas tamadun islam diibaratkan dengan sebuah pohon yang merupakan sebagai ilmu, akarnya merupakan akidah, batangnya merupakan syariah, daunnya merupakan akhlak dan buahnya merupakan ihsan. Ini telah membuat saya sedar tentang pembinaan diri sebagai seorang umat islam dan pentingnya akidah kerana jika akidah kita lupuh, tidak utuh lah pokok kita. Oleh itu, saya haruslah mengukuhkan akidah saya untuk membaiki diri saya kerana apa gunanya mengubah diri jika akar saya lopong dan mudah roboh.
Bab 5 Pada bab ini saya telah mempelajari tentang konsep sekularisme yang bermaksud peminggiran agama dan konsep ketuhanan dalam semua aspek kehidupan dan hanya mementingkan materialsm and sifat individu. Konsep sekularisme ini dikenalkan oleh orang - orang barat. Walaupun konsep ini adalah jelas bahawa ia bertentangan dengan ajaran islam, tapi kita tetap nampak ciri - ciri nya apabila kita mementingkan duniawi lebih daripada akhirah. Ini telah mengingati saya bahawa segala perkara di alam dunia ini berkait rapat dengan Allah dan jika saya melupakan Allah, apakah beza saya bersama orang barat yang mengabdikan sekularisme?
b) Antara nilai ketamadunan yang saya perolehi daripada topik – topik ini adalah dari segi nilai kerohanian dan nilai keagamaan kerana jelas bahawa pembelajaran tentang tamadun sangat berkait rapat dengan hubungan antara kita dan tuhan. Daripada pembelajaran ini saya percaya bahawa jika saya ingin memupuk nilai – nilai ke dalam diri saya, saya haruslah menguatkan pendirian saya dan akar akidah saya untuk membentuk insan yang mulia dan membina hubungan yang ideal dari segi vertikel dan horizontal. Selain itu, saya haruslah sentiasa mengingati Allah dalam semua perkara kerana pada sesi perbincangan tentang sekulerisme telah menjadi sebagai satu penyedaran tentang kepentingan agama dalam setiap perkara yang kita lakukan tidak kira.
c) Daripada pembentangan saya dapat memperoleh nilai kerjasama terutama dalam sesi perbincangan ini. Kerjasama bukan sahaja dapat dilihat dalam sesi menyiap kerja tetapi juga semasa mendengar kata – kata dan pendapat setiap ahli kumpulan dan bersama – sama usaha untuk melakukan kerja dengan baik dan untuk membaiki kesilapan.
|
|
|
Post by nabilah on Dec 22, 2015 16:59:49 GMT
NABILAH BINTI ABDULLAH SANI 2015218386 DS 240 A
A) APAKAH YANG ANDA PEROLEHI MENERUSI BAB 1-5
BAB 1-PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN
Tamadun Islam; Agama mencakupi seluruh aspek kehidupan. Agama bersifat 'fleksible' dan tidak rigid. Segala bentuk pembangunan berkait rapat dengan kerohanian. Islam menolak konsep 'matlamat menghalalkan cara' walaupun mementingkan aspek kemajuan. Selain itu, islam menekankan aspek keadilan dalam kehidupan. islam juga menekankan persamaan taraf antara sesama manusia. Akhir sekali, tamadun islam mempercayai Allah swt yang maha esa dan Nabi Muhammad s.a.w sebagai rasul dan utusan-Nya merupakan akidah yang benar.
Tamadun barat; Agama merupakan sebahagian daripada kebudayaan. Agama dicorak oleh pembaharuan. Barat juga melihat perkara keduniaan hanya untuk kehidupan semata-mata. Selain itu, mereka berpegang kepada konsep 'matlamat menghalalkan cara'. semaga kemajuan mementingkan keuntungan semata-mata. Jikalau tamadun islam menekan aspek keadilan dalam kehidupan sebagai organisasi sosial, dan persamaan taraf manusia, barat pula, organisasinya lahir apabila manusia hidup bermasyarakat untuk saling melengkapi. Mereka terpaksa bergantung antara satu sama lain bagi memenuhi keperluan hidup. Akhir sekali, barat mempunyai pelbagai kepercayaan. Contohnya, politisme (percaya banyak tuhan) dan unsur-unsur alam disembah bagi mengelak malapetaka.
Tamadun Islam bersumberkan Al-Quran, As-sunnah dan ijtihad(sumber am) manakala tamadun barat pula, berlandaskan permikiran dan logik akal manusia, kebendaan dan yakin dan percaya dengan apa yang dilihat oleh pancaindera.
BAB 2- TAMADUN ISLAM
Tokoh-tokoh tamadun islam amat mementingkan ilmu pengetahuan. Seperti Ibn Sina, Zakaria al-Razi, Ammar bin Ali dan Abu Qasim al-Zahrawi yang telah banyak menyumbang kepada ilmu perubatan. Tokoh-tokoh terdahulu sangat mementingkan ilmu pengetahuan kerana berpegang kepada konsep Iqra' iaitu semangat mengenal pencipta. Dalam Al-Quran telah mengatakan bahawa ilmu itu wajib dituntut. Dengan menuntut ilmu kita akan dapat mengenal pencipta kita, dan dapat lihat kekuasaan dan keagungan Allah swt yang tiada manusia dapat menandingi nya. Secara tidak langsung kita akan mendekatkan diri kepadaNya dan mengabdikan diri kepadaNya.
BAB 3- TAMADUN MELAYU
Baju kurung dan baju melayu bukanlah direka sesuka hati, tapi disebaliknya ada maksudnya tersendiri. Seperti butang baju melayu yang melambangkan lima rukun islam dan baju kurung dinamakan sebagai 'kurung' adalah kerana utk mengurung keimanan.
BAB 4- TAMADUN INDIA
Agama islam juga merupakan pengaruh asas pembentukannya di dalam tamadun india. Dengan adanya pemerintahan islam di dalam tamadun india, telah memperkenalkan sistem kemasyarakatan tanpa kasta dan mempertabatkan kedudukan wanita dengan menghapuskan dowri dan amalan sati.
BAB 5- TAMADUN CHINA
Dengan adanya tamadun china telah wujud sistem peperiksaan yang dapat kita lihat wujudnya masih hingga kini. Tamadun China, amat menyanjungi pendidikan negara mereka, hal ini dpt dilihat seperti yang dikatakan tadi dengan adanya sistem peperiksaan. Matlamat sistem peperiksaan pada tamadun china adalah lulus peperiksaan untuk menjadi pegawai kerajaan.
B) NILAI-NILAI KETAMADUNAN YANG DIPEROLEHI
Sifat bertanggungjawab dalam menyediakan tugasan mengikut spesifikasi yang dikehendaki dan pada masa yang ditetapkan. Bekerjasama dengan rakan sekumpulan serta bertolak ansur dalam membuat keputusan agar kata sepakat dapat dicapai tanpa sebarang perbalahan. Dapat memikir idea dengan lebih kreatif dan kritis dalam menyiapkan tugasan. Menghormati ilmu yang diperolehi ketika menyiapkan tugasan.
C) NILAI PEMBELAJARAN YANG DIPEROLEHI DALAM PEMBENTANGAN
Nilai pembelajaran yang saya peroleh adalah kerjasama antara ahli kumpulan. Dengan kerjasama, beban tugasan dapat dikurangkan dan hasil tugasan dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa. Bukan itu sahaja, saya mempelajari untuk bersifat terbuka bagi menerima idea rakan-rakan agar perselisihan dapat dielakkan dan tugasan dapat memberikan hasil yang memuaskan
|
|
|
Post by qilazainuri on Dec 22, 2015 17:03:27 GMT
NUR AQILAH BINTI MOHAMMAD ZAINURI 2015430328 DS 240 (GROUP A)
A) Pembelajaran Kursus TITAS chapter 1-5
Refleksi minggu-1 Di akhir pembelajaran pada minggu pertama, apa yang saya perolehi dan dapati adalah bagaimana Allah S.W.T menzahirkan kewujudanNya melalui nafas kita dan melalui nafas juga saya dapati bahawa Allah sayang akan kita dan bangga dengan ciptaanNya. Selain itu, saya juga dapat mengetahui tentang perjanjian antara manusia dan Allah S.W.T ketika alam roh iaitu perjanjian asali dan mengapa manusia lupa akan perjanjian tersebut.
Refleksi minggu-2 Pada minggu kedua, ilmu yang saya pelajari adalah tentang tamadun. Tamadun sangat berkait rapat dengan peradaban. Semakin tinggi peradaban sesebuah tamadun, semakin halus sesebuah tamadun tersebut. Adab juga sangat berkait rapat dengan keberkatan. Tanpa keberkatan daripada Allah s.w.t, kita tidak dapat membina sebuah tamadun yang membahagiakan.
Refleksi minggu-3 Antara yang saya dapati daripada pembentangan rakan-rakan saya adalah tentang persamaan yang ada antara tamadun. Setiap tamadun mempunyai agama dan kepercayaan yang pelbagai. Mereka berpegang akan konsep Tuhan tetapi kebanyakan mereka hanya menyembah pada benda yang nampak oleh pancaindera mereka. Selain itu, setiap tamadun mempunyai sistem tulisan yang tersendiri. Sistem tulisan ini amat penting bagi membina tamadun yang maju. Oleh itu, setiap tamadun ini masih menggunakan konsep hutang dan pemiutang.
Refleksi minggu-4 Pada akhir pembelajaran minggu ini, saya dapat mempelajari tentang asas tamadun islam. Asas tamadun islam terbahagi kepada empat iaitu akidah, syariah, akhlak dan ilmu. Tanpa asas akidah yang kukuh, kita akan jauh terpesong daripada jalan Allah dan tanpa akidah juga kita tidak akan percaya tentang kewujudan Allah kerana akidah saling berkait rapat dengan kepercayaan. Oleh itu, dengan asas akidah yang kukuh, kita dapat rasa kemanisan islam.
Refleksi minggu-5 Apa yang menarik perhatian saya pada minggu kelima adalah tentang pertembungan Islam dan sekularisme. Sekularisme merujuk kepada peminggiran agama dari segala aspek kehidupan dan menunjukkan nilai materialism dan individu (selfish). Mereka juga menggunakan konsep disini kinian. Kesimpulannya, Barat sangat bertentangan dengan Islam.
B) Nilai-nilai ketamadunan yang diperolehi dalam tugasan yang diberi Nilai-nilai ketamadunan yang diperolehi dalam tugasan yang diberi adalah nilai ketuhanan. Setiap tamadun amat mementingkan nilai ketuhanan dalam pemerintahan, perundangan, budaya dan lain-lain. Selain itu, nilai keterbukaan. Setiap tamadun haruslah mempunyai nilai keterbukaan dan berinteraksi dengan tamadun lain. Sifat keterbukaan ini dapat memajukan ekonomi, menyebarkan agama dan juga budaya. Sifat ini bukan sahaja memberi kebaikan kepada diri sendiri tetapi ia juga untuk masyarakat, bangsa dan juga negara.
C) Pengalaman pembelajaran di atas talian Ini merupakan pengalaman pertama saya membuat tugasan di dalam talian online. Walaupun pelbagai cabaran yang dihadapi untuk membuat tugasan ini tetapi akhirnya saya berjaya membuat tugasan ini dengan jayanya. Tugasan ini tidak akan lengkap tanpa bantuan dan tunjuk ajar daripada ustazah. Selain itu, ia juga dapat membuka mata saya kerana berpeluang membaca idea-idea dan pandangan rakan lain.
|
|
|
Post by Masturina Amin on Dec 22, 2015 17:09:49 GMT
BAB 1: PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN Antara ciri-ciri utama tamadun menurut Ibn Khaldun ialah 1) mempunyai pegangan agama yang tinggi 2) sistem kenegaraan yang tersusun rapi 3) kehidupan cara Bandar 4) pencapaian kaedah penulisan yang tinggi 5) kepakaran dalam bidang seni lukis dan seni reka. Ternyata, pertembungan antara tamadun mempunyai kesan positif serta negative. kesan positif yang dapat disenaraikan ialah 1) Negara mendapat perlindungan, keamanan, dan kestabilan 2) penyebaran agama berkembang 3) mengembangkan perdagangan dan ekonomi. Manakala, antara kesan buruknya ialah ketidakseimbangan ekonomi dan social berlaku, sering berlaku peperangan, perbezaan agama menyebabkan berlaku pemberontakan dan penghijrahan. akhir sekali, nilai-nilai murni merosot kerana limpahan kemewahan dan penyelewengan yang berleluasa.Antara factor kemunculan tamadun-tamadun di dunia ialah kerana kedudukannya yang strategic. seterusnya kerana perilaku dan budaya masyarakat yang tinggi dalam kegiatan kehidupan mereka. Interaksi antara tamadun juga merupakan antara faktor kemunculan tamadun.
BAB 2: TAMADUN ISLAM Umran, hadharah, madaniyyah, dan tamaddun merupakan antara perkataan Arab yang sinonim dengan perkataan tamadun. manakala dalam bahasa Malaysia, tamadun bermaksud kemajuan, peradaban dan kebudayaan. dan dalam bahasa Inggeris iaitu civilization atau culture. Terdapat 3 prinsip utama tamadun Islam iaitu keimanan dan pengabdian diri kepada Allah SWT, benar dan amanah & adil dan saksama. Adil disini bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Matlamat tamadun Islam ada banyak, tetapi yang difokuskan ialah untuk mencapai kebaikan dan kesenangan hidup di dunia serta untuk memperoleh kebahagiaan hidup di akhirat. Antara perkembangan tamadun Islam: Secara umumnya, terdapat 7 faktor perkembangan Islam yang dibincangkan iaitu 1) lokasi yang strategi 2) rangsangan keagamaan & kerohanian 3) kestabilan pemerintahan Islam 4) keteguhan sosial 5) penghijrahan 6) interaksi antara tamadun 7) kemantapan ekonomi. Manakala, antara tujuan syariah (maqasid al-syari'ah) tamadun islam ialah memelihara akidah, menjaga nyawa, memelihara kewarasan akal, menjaga maruah dan keturunan manusia serta melindungi harta benda manusia.
BAB 3: TAMADUN MELAYU: Kerajaan dan sistem pemerintahan menjadi tonggak sebuah masyarakat dan memainkan peranan penting dalam pembinaan tamadun. Setiap kerajaan Tamadun Melayu mmpunyai sistem pemrintahan masing masing yang berasaskan undang undang Islam seperti Undang Undang Laut Melaka. Dari segi Pendidikan, terbahagi kepada dua iaitu formal dan tidak formal. Pendidikan formal melahirkan pelbagai institusi pendidikan yang banyak di rantau alam melayu berteraskan bidang pengajian Islamseperti tauhid, fiqah, tafsir dan sejarah Islam. pendidikan tidak formal pula merupaka pendidikan yang berlangsung dalam kehidupan bermasyarakat yang berbentuk kemahiran berfikir, berusaha, berbudi pekerti dan bijak membuat tindakan. Pencapaian tamadun Melayu dalam aspek pendidikan adalah 1) kewujudan institusi pendidikan agama Islam 2) kecenderungan sultan menguasai pendidikan Islam 3) kemunculan golongan intelektual Melayu 4) kelahiran naskah naskah Melayu atau manuskrip Melayu. Dari segi Sastera, terbahagi kepada bentuk puisi dan prosa. prosa merupakan karya dalam bentuk esei atau karangan untuk menjelaskan suatu perkara. manakala puisi pula merupakan karya yang memaparkan kemahiran bahasa dan penggunaan kata yang indah melalui rima bunyi yang tertentu .
BAB 4: TAMADUN INDIA: Pada zaman Dinasti Maurya di bawah pemerintahan Asoka seni bina telah mencapai zaman kegemilangan. Seni bina zaman Asoka ini dipengaruhi oleh agama Buddha kerana Asoka sangat kuat berusaha mengembangkan agama Buddha. Pintu-pintu gerbang gua banyak dibina. Kuil-kuil dibina di dalam gua. Pada zaman ini juga dibina beribu-ribu stupa yang dibuat dari batu dan berbentuk kubah. Ia dibina ditempat suci. Ia bukanlah kuil Buddha tetapi merupakan tempat menyimpan bahan-bahan peninggalan Buddha. Dalam seni Buddha, elemen geometri iaitu empat segi dan bulat menjadi pilihan dalam Zaman Asoka kerana dikatakan sebagai satu usaha untuk membezakannya dengan elemen empat segi yang biasanya terdapat pada altar Zaman Vedik dan sebagai simbol Buddha iaitu Wheel of Law. Agama Hindu menekankan simbol empat segi tetapi Buddha lebih cenderung kepada bentuk bulat. Pada zaman Gupta terdapat 4 struktur seni bina yang penting iaitu Shikara (bentuk kereta kuda orang Aryan), Vimana (kuil yang berbentuk pencampuran pyramid bertingkat), Ratna (batu tunggak diukir menjadi bentuk binatang) dan Gopuram (manandakan pintu masuk utama ke kompleks kuil). Pada zaman Maurya, seni binanya berkembang sangat maju. Buktinya ialah pembinaan Tiang Asoka manakala pada zaman Chola, Kuil Brigathiswarar di Thanjavur menunjukkan keunikan corak seni bina. Pada zaman Vedik pula, banyak bangunan keagamaan diubahsuai oleh orang-orang agama Buddha seperti kuil dua di Bhaja, Ajantha, Ellora dan Mahapallipuram. Untuk seni ukiran , masyarakat Indus telah menggunakan tanah liat dalam membentuk patung-patung dan ala-alat perhiasan. Tiang-tiang Asoka yang dibina dari batu pasir yang dilicinkan dan mencapai ketingian 40 kaki dan di hujungnya terdapat bentuk loceng dan bentuk empat segi yang dihiasi dengan gambar binatang seperti harimau, roda sebelum diletakkan gandingan tiga ekor singa iaitu pengawal kerajaan Asoka menjadi lambing kebesaran pada zaman kerajaan Asoka.
BAB 5: TAMADUN CHINA: Islam pertama kali dibawa ke China oleh sebuah rombongan yang dikirimkan oleh Uthman, Khalifah, pada 651, lebih kurang dari dua puluh tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad. Rombongan itu diketuai oleh Sa`d ibn Abī Waqqās, bapa saudara Nabi sebelah ibunya. Yung Wei, maharaja Tang yang menerima rombongan itu memerintahkan pembinaan sebuah masjid peringatan di Canton, yang merupakan masjid pertama di negara itu dibina. Zaman Dinasti Tang adalah zaman keemasan China dengan budaya kosmopolitan yang membantu memperkenalkan agama Islam. Pemastautinan orang Islam pertama di China terdiri daripada saudagar Arab dan Parsi. Di kawasan tersebut, kabilah Hui Chi menerima Islam, dan nama tersebut menjadi permulaan kepada rujukan terhadap huihui atau Hui sebagaimana yang mereka dikenali hari ini. Seterusnya , Islam juga tersebar di China melalui penaklukan di bawah pimpinan Qutaibah bin Muslim ke atas bandar Kashgar ibu kota Turkestan Timur pada tahun 714M dan menyeru Maharaja China agar memeluk Islam . Selain itu , ada sesetengah pendakwah menyebarkan islam semasa berdagang di negeri China .Cina sebagai negeri yang aktif dalam perdagangan Internasional menyebabkan pedagang-pedagang muslim dari Arab melakukan perdagangan ke Cina sambil menyebarkan Islam di berbagai wilayah yang disinggahi. Adapun perjalanan yang dilalui dalam persebaran Islam di Cina adalah dengan melalui perjalanan darat dan laut. Perjalanan darat dimulai dari daratan Arab sampai ke bagian barat Laut Tiongkok dengan melewati Persia dan Afganistan. Jalan ini terkenal dengan nama jalan sutra atau silk road. Akibat dari interaksi-interaksi yang dilakukan mereka dengan pedagang-pedagang lain termasuk pedagang-pedagang Cina menyebabkan adanya suatu pengenalan kehidupan negeri asal pedagang-pedagang tersebut baik dari segi sosial, budaya maupun agama, termasuk pengenalan yang dilakukan pedagang-pedagang muslim mengenai Islam yang secara tidak langsung. Pedagang-pedagang Cina yang berinteraksi dengan pedagang-pedagang muslim sedikit banyaknya menerima kehadiran Islam bahkan mereka memeluk Islam sebagai agama mereka. Penyebaran Islam ini kemudian meluas hingga ke masyarakat Cina, khususnya wilayah-wilayah yang digunakan sebagai pusat perdagangan. Masyarakat Cina yang telah memeluk Islam meminta pedagang-pedagang muslim untuk mengajarkan Islam lebih banyak lagi.
|
|