|
Post by fazlin2301 on Dec 22, 2015 11:03:33 GMT
NUR FAZLIN SYAHIRAH BINTI MOHAMAD SAFIAI
2015428772
DS240 (A)
A) Nilai ketamadunan
Terdapat pelbagai nilai ketamadunan yang boleh diperoleh dari proses pembelajaran TITAS ini. Antaranya ialah nilai mecintai ilmu dengan sepenuh hati. Seperti yang kita lihat masyarakat dahulu amat mempunyai sikap mencintai ilmu dan amat berminat untuk mempelajari ilmu dengan lebih dalam lagi. Seperti contoh tamadun islam pada zaman dahulu melahirkan begitu ramai tokoh –tokoh ilmuwan yang rata-ratanya menghabiskan sisa hidup mereka dengan mempelajari pelbagai sektor ilmu. Antaranya bidang astronomi, matematik,sains dan pelbagai lagi. Kesimpulannya di sini amatlah jelas bahawa sesungguhnya nilai cinta akan ilmu itu dapat diserap menerusi nilai ketamadunan yang terdapat dalam setiap tamadun .
B) Pendapat tentang tugasan lapangan
Pada pandangan saya , teknik pembelajaran ini amatlah berkesan dan sejujurnya memberi banyak kesan yang positif. Tambahan pula, teknik ini sangat menyeronokkan dan lebih luas perspektifnya kerana pelajar dapat menerokai pelbagai sumber ilmu yang berbeza. Lebih- lebih lagi teknik ini dapat menarik lebih banyak lagi minat pelajar untuk mengetahui lebih lanjut tentang info info baru kerana teknik ini tidak mengantuk dan membosankan.
|
|
aifa
New Member
Posts: 8
|
Post by aifa on Dec 22, 2015 11:08:14 GMT
NUR ILYANA AIFA BT AZIZ (2015408576)
DS240 (GROUP A)
Apa nilai ketamadunan yang anda perolehi
Nilai ketamadunan yang dapat saya peroleh ialah nilai keagamaan. Kita dapat lihat semua tamadun yang telah kita pelajari pasti akan mempunyai ajaran serta kepercayaan mereka yang tersendiri. Kita dapat kaitkan ini dengan fitrah asal diri kita yang sentiasa dahagakan nilai-nilai keagamaan serta sifat sentiasa mencari siapa tuhan kita.
Adakah pembelajaran menerusi projek (cth:penghasilan video) dan tugasan lapangan dapat menambah kefahaman anda terhadap Kursus TITAS
Pada pendapat saya, pembelajaran menerusi projek dan tugasan lapangan tidak dapat menambah kefahaman saya terhadap Kursus TITAS. Saya lebih menggemari cara pengajaran di dalam kelas yang melibatkan penyertaan semua pelajar dan para pelajar boleh bertukar pendapat antara satu sama lain serta usztazah boleh menambah apa-apa yang tidak kami ketahui. Bagi saya, cara sebegini lebih memberi kefahaman kepada pelajar. Walau bagaimanapun, projek dan tugasan lapangan yang diberikan juga telah mendatangkan manfaat kepada para pelajar kerana pelajar dapat melihat sendiri realiti yang berlaku di sekeliling mereka.
|
|
|
Post by rowenadiane on Dec 22, 2015 11:21:57 GMT
ROWENA DIANE SARUYAN
2015664374
DS240(GROUP A)
Apa nilai ketamadunan yang anda diperolehi
Nilai ketamadunan yang saya peroleh adalah nilai keagamaan. Nilai keagamaan haruslah menjadi asas penting dalam kehidupan kita sepanjang zaman. Agama atau kepercayaan sangat penting untuk memperjelaskan kehidupan manusia dengan pencipta. Selain itu, agama juga boleh mendorong umatnya untuk hidup dengan lebih bahagia dan hidup dengan sejahtera bersama keluarga, jiran dan sebagai rakyat sesebuah negara. Nilai keagamaan menjadikan seorang manusia itu berakhlak mulia dan mempunyai perasaan kasih sayang serta prihatin kepada manusia, haiwan dan juga alam sekitar. Selain itu, nilai yang saya telah dapat ialah nilai kemanusiaan seperti sifat tolong menolong, hormat menghormati dan banyak lagi sifat-sifat yang baik di mata Tuhan. Nilai ilmu pengetahuan juga penting untuk membentuk serta memajukan manusia. Sekiranya kita mempunyai ilmu pengetahuan yang baik sudah pasti kita akan berjaya.
Adakah pembelajaran menerusi projek(cth:penghasilan video) dan tugasan lapang dapat menambah kefahaman anda terhadap kursus TITAS
Ya, sudah tentu pembelajaran menerusi tugasan dapat menambah lebih kefahaman terhadap kursus ini. Ini kerana kita sendiri yang mencari bahan-bahan untuk tugasan kita serta membaca dan memahaminya bagi menyelesaikan projek yang diberi. Selain itu, masa yang digunakan diisi dengan aktiviti yang berfaedah serta berilmu bagi menambahkan lagi pengetahuan kita tentang sesuatu kursus.
|
|
|
Post by diyana on Dec 22, 2015 11:33:04 GMT
WAN NUR DIYANA BINTI WAN RUSAIDI (2015218678) DS240 (GROUP A)
a) Apa nilai ketamadunan yang anda perolehi. Nilai ketamadunan yang saya dapat perolehi ialah kepentingan penguasaan ilmu pengetahuan. Dengan adanya ilmu, seseorang itu boleh mencipta inovasi baru dalam pelbagai bidang kehidupan manusia hari ini. Ciptaan baharu yang berupa inovasi itu akan memberikan kemudahan kepada kehidupan seharian manusia. Sebagai buktinya, banyak inovasi baharu yang dicipta pada masa ini, contohnya telefon bimbit, komputer riba dan pelbagai alat canggih yang lain. Hal ini sudah tentu memerlukan ilmu dan kemahiran yang tinggi dalam teknologi. Jadi, pada masa akan datang sudah pasti budaya yang mementingkan ilmu dalam pelbagai bidang akan menguasai budaya masyarakat. Selain itu, kekuatan agama dan kepercayaan iaitu keimanan dan ketakwaan pada Allah SWT juga sangat penting. Oleh yang demikian, manusia yang memiliki keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT akan sentiasa berkata yang benar, hormat kepada orang lain dan memperbaiki hubungan kemasyarakatannya tanpa mengira unsur keturunan ataupun golongan dan agama, dan sentiasa berusaha tidak akan menjerumuskan diri dalam kecelakaan dan kesengsaraan
b) Adakah pembelajaran menerusi projek (cth:penghasilan video) dan tugasan lapangan dapat menambah kefahaman anda terhadap Kursus TITAS. Ya, tugasan lapangan iaitu interview mengenai masalah tamadun hari ini memberi manfaat dan kefahaman kepada saya. Fikiran dan minda saya menjadi lebih terbuka mengenai masalah tamadun yang berlaku sekarang contohnya serangan yang berlaku di Paris. Oleh itu, kita tidak sepatutnya hanya berdiam diri. Kita haruslah bertindak untuk mencegah perkara seperti ini berlaku lagi supaya umat Islam tidak ditindas.
|
|
|
Post by gracenyura on Dec 22, 2015 14:42:41 GMT
GRACE NYURA ANAK JAMBAI 2015417712 DS240B
a) Apa nilai ketamadunan yang anda perolehi?
Nilai ketamadunan yang telah saya pelajari ialah kepercayaan kepada Tuhan. Sebagai manusia, kita sentiasa berhutang akan kewujudan kita kepada Tuhan. Walaupun kita cuba untuk membayar hutang tersebut, namun hutang tersebut tidak akan pernah langsai. Oleh sebab itu, kita hendaklah sentiasa beriman kepada Tuhan dan berbuat baik selagi kita masih bernafas di muka bumi ini. Selain itu, saya juga telah mempelajari akan pentingnya menuntut ilmu pengetahuan sepanjang masa. Sekiranya kita tidak tahan akan lelahnya menuntut ilmu, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan. Ilmu pengetahuan amat penting agar kita dapat memajukan diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara kita.Tanpa Ilmu, kehalusan tamadun tidak akan dikecapi dan tiada perkembangan yang akan berlaku. Akhir sekali, saya belajar nilai keikhlasan. Amatlah penting untuk kita bersifat ikhlas dalam setiap perbuatan yang kita lakukan. Sekiranya membuat sesuatu kebaikan, kita tidak harus mengharapkan apa-apa balasan. Begitu juga dalam menuntut ilmi. Kita haruslah ikhlas menuntut ilmu agar kita sentiasa ingati apa yang kita pelajari.
b) Adakah pembelajaran menerusi projek (cth:penghasilan video) dan tugasan lapangan dapat menambah kefahaman anda terhadap Kursus TITAS?
Ya,tugasan lapangan telah banyak membantu saya dalam memahami kursus ini. Kursus ini bukan semata-mata hendak mengingatkan kita akan sejarah tetapi juga menyemai nilai-nilai dalam diri pelajar. Tugasan lapangan ini juga mengajar saya cara untuk berkomunikasi dengan masyarakat luar sekaligus meningkatkan keyakinan diri saya. Bukan itu sahaja, secara tidak langsung, kita dapat melihat nilai-nilai yang terdapat pada tamadun zaman sekarang.
|
|
|
Post by elhuda on Dec 22, 2015 16:07:35 GMT
NUR AL HUDA BINTI MANSUR (2015230028) GROUP A (DS240)
NILAI KETAMADUNAN
Nilai ketamadunan yang saya pelajari ialah brtanggungjawab. Dalam sesebuah tamadun, tanggungjawab sangat penting bagi memastikan setiap kerja yang perlu dilakukan berjalan lancer. Jika tamadun tersebut tidak mengamalkan sikap ini, aka nada ahli yang melepas tangan dan tidak menjalankan kerja yang diberi dan ini akan menjejaskan semua plan yang telah ditubuhkan. Bertanggungjawab tidak hanya bereti dari segi kerja sahaj, ini melibatkan tata tertib dan akhlak seseorang. Kebiasaanya, ahli tamadun terdiri dari bangsa dan bahasa yang berlainan dan ini melibatkan tanggungjawab dari segi mengeratkan silaturrahim dan saling membantu.
ADAKAH PEMBELAJARAN MENERUSI PROJEK DAN TUGASAN LAPANGAN DAPAT MENAMBAH KEFAHAMAN ANDA TERHADAP KURSUS TITAS?
Ya saya. Ia dapat mengubah corak pemikiran saya dan ini telah membantu saya dari pelbagai aspek termasuklah cara saya mengendalikan kehidupan seharian. Untuk mebantu tamadun Melayu terus maju, saya sebagai seorang ahlinya perlulah menanam akar akidah yang kuat dan mempunyai sifat kerohanian yang tinggi.
|
|
|
Post by nabilah on Dec 22, 2015 16:41:06 GMT
NABILAH BINTI ABDULLAH SANI
2015218386
DS 240 A
1) Antara nilai ketamadunan yang saya dapati paling menyerlah ialah kepentingan ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan telah menjadi salah satu aspek penting dalam perkembangan sesebuah tamadun. Dengan berlakunya perkembangan ilmu pengetahuan di sesebuah tamadun, pelbagai teknologi dan penemuan baru ditemui. Tamadun tersebut secara tidak langsung menjadi salah sebuah tamadun yang dihormati dan dijadikan contoh.
2) Pada pendapat saya , cara pembelajaran secara maya ini agak berkesan . Hal ini kerana ia boleh merangsang minda saya dengan kerana di dalam video itu ia tidak hanya tertumpu kepada mendengar suara manusia sahaja tapi di tambah dengan pelbagai animasi yang menarik .Seterusnya, proses pembelajaran ini agak menyegarkan dan menyebabkan saya tidak merasa mengantuk dan membolehkan saya terus fokus.
|
|
|
Post by anismaizan96 on Dec 22, 2015 17:07:51 GMT
ANIS MAIZAN BINTI AZMIMURAD 2015659956 DS240 GROUP A
a) Apa nilai ketamadunan yang anda perolehi.
Berdasarkan video-video tentang tamandun China dan India yang telah saya tonton, terdapat banyak nilai ketamadunan yang saya perolehi. Antaranya ialah menuntut ilmu. Pada pendapat saya, kita perlulah mencari ilmu pengetahuan dengan bersungguh-sungguh tanpa rasa jemu kerana dengan adanya ilmu kita dapat memajukan diri kita ke arah yang lebih baik serta dapat dapat memajukan negara kita setaraf dengan negara-negara yang maju sama ada dari segi ekonomi mahupun teknologi. Sebagai contoh, masyarakat tamadun India mempunyai semangat yang tinggi dalam menguasai sesuatu ilmu pengetahuan dan akhirnya negara mereka adalah antara negara yang termaju dari segi pembangunan dalam sektor IT serta negara India adalah negara yang mempunyai paling ramai masyarkat yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, kita perlulah mencontohi masyarkat pada tamadun India untuk berjaya seperti mereka.
b) Adakah pembelajaran menerusi projek (cth:penghasilan video) dan tugasan lapangan dapat menambah kefahaman anda terhadap Kursus TITAS?
Pada pendapat saya, pembelajaran menerusi projek dan tugasan lapangan ini banyak memberi manfaat kepada saya. Sebagai contoh, pembelajaran menerusi kaedah ini telah banyak menambah kefahaman saya terhadap Kursus TITAS ini. Saya dapat mengetahui tentang ilmu tamadun dengan lebih mendalam lagi selepas menonton video tamadun India dan China. Selain itu, saya juga mendapat mengambil nilai-nilai ketamadunan yang terdapat dalam tamadun India dan China serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
|
|
|
Post by qilazainuri on Dec 22, 2015 17:11:23 GMT
NUR AQILAH BINTI MOHAMMAD ZAINURI 2015430328 DS 240 (GROUP A)
A) Nilai-nilai ketamadunan yang diperolehi dalam tugasan yang diberi
Nilai-nilai ketamadunan yang diperolehi dalam tugasan yang diberi adalah nilai ketuhanan. Setiap tamadun amat mementingkan nilai ketuhanan dalam pemerintahan, perundangan, budaya dan lain-lain. Selain itu, nilai keterbukaan. Setiap tamadun haruslah mempunyai nilai keterbukaan dan berinteraksi dengan tamadun lain. Sifat keterbukaan ini dapat memajukan ekonomi, menyebarkan agama dan juga budaya. Sifat ini bukan sahaja memberi kebaikan kepada diri sendiri tetapi ia juga untuk masyarakat, bangsa dan juga negara.
B) Adakah pembelajaran menerusi projek (cth:penghasilan video) dan tugasan lapangan dapat menambah kefahaman anda terhadap Kursus TITAS
Pembelajaran menerusi projek dan tugasan lapangan dapat menambah kefahaman saya terhadap kursus TITAS kerana dengan menonton video-video yang telah disediakan tidak hanya menumpu kepada suara manusia tetapi turut disertakan dengan animasi yang menarik. Di samping itu, saya juga dapat membuka minda saya untuk mengenal erti sesebuah tamadun dengan lebih mendalam.
|
|
|
Post by nadiachemohd on Dec 22, 2015 17:28:36 GMT
NADIA BINTI CHE MOHD 2015430442 DS240
a) Apa nilai ketamadunan yang anda perolehi
Nilai ketamadunan yang saya perolehi ialah kepentingan ilmu pengetahuan dalam setiap aspek pembangunan sesbyah tamadun. Sebagai contoh, sesebuah tamadun yang kukuh hendaklah mempunyai sistem pentadbiran yang mantap. Di dalam setiap sistem pentadbiran perlu mempunyai golongan masyarakat yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi. Di sini menunjukkan bahawa ilmu perngetahuan sangat pernting untuk membangunkan sesebuah tamadun itu sendiri. Selain itu, aspek kesenian, ekonomi, perdagangan, pendidikan dan pentadbiiran menitikberatkan ilmu pengethaun bagi meghasilakan karya-karya yang hebat dan sentiasa disenangi ramai. Kehebatan orang Cina umpamanya, menghasilkan kertas dan mesin cetak adalah berguna bagi pengembangan ilmu dan tradisi penghasilan buku. Tradisi orang India meneroka angka dan matematik juga banyak nilainya kerana penemuan itu memberi manfaat kepada manusia mempelajari dan berkongsi yang menyumbang untuk faedah umat manusia. Tidak menjadi masalah bagi orang Islam mempelajarinya kerana amalan itu memperkayakan khazanah yang bermanfaat bagi kemajuan orang Islam. Seperti juga hari ini, tidak salah orang Islam atau bukan Islam mempelajari ilmu membuat komputer atau kereta kerana manfaatnya bagi manusia.Jika asas ini dijadikan sumber kerjasama, manusia bakal membangunkan rasa kemanusiaan yang tinggi kerana alat teknologi itu memberi guna dan kemudahan kepada manusia. Meskipun banyak titik persamaan yang baik antara manusia namun perbezaan tetap ada. Perbezaan harus didekati dengan etika. Jika perbezaan itu menyentuh aqidah dan sistem kepercayaan biarlah ia berbeza. Tetapi ada hal yang menyentuh kualiti fitrah manusia yang menuntut adanya asas bersama dan kerjasama. Umpamanya, keperluan ke arah kesungguhan bekerja dan kecekalan melakukan sesuatu adalah tuntutan untuk semua. Suburkan tradisi ini supaya hasil daripadanya akan membawa kepada produktiviti dan kecemerlangan.Dalam membuat keputusan, fikiran setiap orang diperlukan, barulah keputusan itu dihormati dan diyakini. Inilah asas nilai dan etika yang patut disuburkan.Bagi masyarakat Malaysia, mempelajari dan memahami kesamaan antara tamadun dan nilai fitrah harus dijadikan agenda dalam sistem pendidikan yang ada. Orang Islam harus dididik supaya teguh dengan nilai dan prinsip Quraninya dan bukan Islam harus diajar nilai tamadun dan budaya baik. Jika hal ini berlaku, setiap warga Malaysia akan merasakan nilai yang fitrah dan kualiti tamadun tinggi dapat merangsang ke arah Malaysia yang maju dan berkualiti.
b) Adakah pembelajaran menerusi projek (cth:penghasilan video) dan tugasan lapangan dapat menambah kefahaman anda terhadap Kursus TITAS
pada pendapat saya, tugasan lapangan sangat menarik. Di samping pembelajaran di dalam kelas, tugasan lapangan mendedahkan saya kepada isu-isu semasa yang berlaku di sekeliling ini. Hal ini kerana, setiap tugasan yang diberi mendidk diri saya supaya lebih berkeyakinan untuk bersemuka dengan masyarakat luar untuk mendapatkan maklumat. Melalui pendapat masyarakat sekeliling, membantu mendapatkan maklumat dan meluaskan pemahaman serta minda saya. Selain itu, tajuk peradaban yang kami pelajari di dalam kelas dapat diaplikasikan dengan mudah dengan mencari titk perbezaan yang berubah bermula zaman dahulu dan sekarang. Perbezaan ini jelas kelihatan di sekeliling kita .
|
|
|
Post by safiyyahyunos on Dec 22, 2015 17:54:11 GMT
Safiyyah binti Mohamad Yunos 2015428712 Group B
a) Daripada tugasan projek dan lapangan, nilai yang saya telah perolehi ialah kehalusan. Kehalusan dari pelbagai segi seperti kehalusan dalam pembelajaran, dalam cara pembicaraan, dalam pembelajaran, dalam akhlak dan tingkah laku dan dari pelbagai lagi aspek. Secara kesuluruhnya nilai kehalusan ini merangkupi dari semua aspek. Dari nilai ini, saya dapat reflek kepada diri saya dimana saya kurang kehalusan dan dimana saya patut membaiki pulih untuk menjadi seorang yang dapat menggambarkan Islam yang sebenar. Tambahan pula, tanpa kehalusan tidak majulah sesebuah tamadun kerana nilai – nilai yang terpuji dating daripada kehalusan.
b) Saya percaya pembelajaran melalui projek dapat membantu saya untuk menambah pemahaman. Seperti contoh, projek untuk menonton sebuah filem melayu dan menilai sifat-sifat melayu kini dan melayu lalu dapat membuat lebih jelas akan kemerosotan nilai ketamadunan dalam masyarakat melayu kini. Selain itu, daripada projek akhir, saya dapat lagi melihat ketamadunan kini dikalangan masyarakat terutama apabila saya dapat melihat perspektif responden – responded akan masalah peradaban kini.
|
|
|
Post by MASTURINA AMIN on Dec 22, 2015 17:54:59 GMT
A) NILAI KETAMADUNAN 1) Nilai Kepercayaan
Tamadun Islam bersumberkan wahyu Allah iaitu al-Quran & as-Sunnah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW untuk disampaikan kepada ummat baginda. Nilai kepercayaan dalam tamadun Islam adalah menitikberatkan persoalan ketuhanan dan kerohanian .Peranan agama dalam semua tamadun sangat penting kerana adalah fitrah manusia itu sendiri mesti hidup bertuhan. Nilai kepercayaan ini dimiliki oleh setiap peringkat perkembangaan tamadun kecuali bagi mereka yang berfahaman bahawa tuhan tidak wujud.
2) Nilai Ekonomi dan Kebendaan
Nilai ekonomi atau kebendaan menjadi matlamat bagi masyarakat dalam sesebuah tamadun. Nilai ekonomi atau kebendaan ini bukan sekadar mengenai keuntungan, tetapi nilainya yang tinggi adalah terletak kepada ketaatan yang jitu kepada Allah. Dengan majunya ekonomi, maka sesebuah tamadun akan cepat atau pesat mencapai kemajuan dari segi prasarana, teknologi dan sebagainya. Natijahnya, manusia dapat hidup dengan lebih senang terutamanya dalam komunikasi.
3) Nilai Kerja
Nilai kerja bermaksud etika atau budaya kerja.Nilai kerja hendaklah berlandaskan tuntutan syariat dan mencari keberkatan daripada Allah s.w.t. Bekerja memenuhi keperluan hidup secara halal merupakan amalan mulia dan dianggap sebagai ibadah.Jika kerja dilakukan dengan tidak ikhlas, sering curi tulang atau dating lambat, rezeki atau gaji yang kita dapat itu tidak halal dan kurang keberkatan
4) Nilai Kemanusiaan
Manusia diciptakan sebagai suatu makhluk yang mulia. Mempunyai nilai kemanusiaan merupakan suatu nilai yang mementingkan penghormatan terhadap hak-hak asasi dan kemuliaan insan. Dalam konteks ini,
5) Nilai Keadilan
Adil boleh didefinisikan sebagai meletakkan sesuatu pada tempatnya. Adil juga dapat didefinisikan sebagai sikap pertengahan dan menempatkan sesuatu pada tempatnya. Tambahan pula adil membawa maksud sama berat, tidak berat sebelah, tidak memihak dan berpihak kepada yang benar
6) Nilai Kekeluargaan
Nilai kekeluargaan salah satu elemen penting untuk memelihara institusi kekeluargaan yang sangat mahal. Darpada keluarga yang cemerlanglah lahirnya modal insan yang berjati diri jitu serta menyumbang banyak perkara kepada masyarakat dan Negara terutamanya.tambaha pula, hasil daripada nilai kekeluargaan yang baik akan membentuk pula komposisi masyarakat yang baik.
7) Nilai Keilmuan
Kelahiran tamadun Islam adalah berasaskan kepada ilmu berdasarkan wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah SWT atas saranan supaya membaca. Konsep mencari ilmu dalam Islam berbeza dengan tamadun-tamadun yang lain di mana cara perolehan ilmu ini mestilah berlandaskan kepada konsep tauhid.
8) Nilai Akhlak
Akhlak iaitu sistem nilai yang menjamin kehidupan yang beretika. Akhlaklah yang mencerminkan hati. Jika hitam hatinya, maka buruklah akhlaknya. Jika suci hatinya dari dosa, maka akhlak-akhlak yang baik-baik sahaja akan nampak.
B) TUGASAN LAPANGAN
Apa yang saya dapat setelah menyelesaikan tugasan lapangan ialah menambah pengetahuan saya terhadap isu-isu semasa secara lebih terprinci seperti isu serangan di Paris, kebanjiran golongan Rohingya, isu di Syria serta di Palestin terutamanya. Hal ini semua merupakan cabaran peradaban kita pada hari ini. Saya telah faham apakah tugas kita atau peranan kita sebagai seorang Islam, seorang pelajar perlu lakukan untuk menghadapi cabaran peradaban tersebut. Tidak cukup untuk kita untuk hanya goyang kaki sahaja. sekurang kurangnya, titipkanlah doa dari jauh untuk saudara kita yang dahagakan keamanan.
|
|
|
Post by dhaniyah on Dec 22, 2015 19:42:16 GMT
NIK DHANIYAH BINTI NIK HUSNI 2015428804 DS240 GROUP B
a) Menerusi tugasan projek atau lapangan, nilai ketamadunan yang saya perolehi ialah sifat keterbukaan. Sifat keterbukaan menggalakkan aktiviti-aktiviti sihat seperti perpindahan ilmu pengetahuan dan teknologi. Nilai ini telah mendidik saya untuk lebih bersikap terbuka dan menerima pendapat orang lain. Selain itu, nilai yang seterusnya ialah bekerjasama. Menerusi tugasan ini ia telah melatih saya untuk bekerja dalam kumpulan dengan melakukan tugasan ini secara berkumpulan dan tidak seorang diri serta dapat mengeratkan hubungan silaturrahim. Di samping itu, tugasan ini juga telah melatih diri saya untuk bersabar dalam proses untuk menyiapkan tugasan ini.
b) Pembelajaran menerusi projek dan tugasan lapangan sedikit sebanyak dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan kefahaman sya terhadap kursus TITAS ini. Melalui tugasan ini, saya peroleh lebih banyak ilmu pengetahuan tentang tamadun berdasarkan orang-orang yang berpengalaman.
|
|
|
Post by hadib96 on Dec 23, 2015 3:50:17 GMT
HADIB JAZMINE BINTI MOHD HATTA 2015664062 GROUP B DS 240 Antara nilai ketamadunan yang saya peroleh adalah sikap bekerjasama antara satu sama lain. masyarakat dulu sangat bekerjasama antara satu sama lain dalam membina tamadun yang sempurna. kerjasama dapat dilihat dengan komunikasi pemimpin dengan rakyat. selain itu , nilai amanah . nilai amanah ini dapat dilihat oleh pemimpin . contohnya , pemimpin pada zaman tamadun indus yang berjaya mendirikan bandar yang sangat terancang. dapat dilihat bahawa pemimpin tamadun indus amanah dalam menjalankan tanggungjawab beliau sebagai pemimpin. selain itu, nilai tidak pernah putus asa dapat dilihat dalam diri setiap masyarakat. walaupun kebanyakkan dari mereka tidak mempunyai apa-apa hanya bercucuk tanam , tetapi mereka menjana minda mereka untuk memulakan pekerjaan lain seperti berdagang dan menternak untuk menyara kehidupan. tambahan pula , saya sangat mengkagumi masyarakat tamadun terdahulu dalam bidang sains , walaupun dahulu teknologi yang kurang canggih mereka dapat mengkaji bintang , bulan dan sebagainya. dalam bidang kejuruteraan , mereka juga berjaya membina empangan untuk sumber air . sejujurnya pada pandangan saya , projek lapangan kurang menambah kefahaman saya terhadap kursus titas yang diberikan . saya lebih gemar jika lecture tersebut sendiri memberi penerangan kepada pelajar . hal ini lebih menyenangkan pelajar untuk bertanya soalan terus kepada lecturer jika ada sebarang keraguan terhadap sesuatu perkara. penayangan video bagi saya membantu dalam menambah kefahaman , ini kerana dengan lecturer menerangkan dan penayangan video membuat saya lebih mengerti tentang subjek yang diajar. oleh kerana video tersebuut menarik perhatian saya untuk menonton selepas mendengar lecture.
|
|
nabila
Junior Member
Posts: 17
|
Post by nabila on Dec 23, 2015 7:19:15 GMT
NUR NABILA BITI ABDUL WAHAB 2015477642 -A
a) Dari apa yang saya pelajari, keperluan untuk memahami konsep ketamaduan secara holistic adalah penting disebabkan ia dapat membuka minda untuk melihat persamaan dan perbezaan secara positif. Kesedaran untuk melihat nilai-nilai sepunya yang dibahaskan dalam konteks ketamaduanan adalah perkara penting dalam mewujudkan suasana kesatuan dan perpaduan dalam kalangan rakyat khususnya di Malaysia. Melalui pembelajaran ini, ia memberi satu sorotan tentang susur galur perkembangan tamadun-tamadun tersebut yang berjaya memelihara dan mengekalkan nilai-nilai tradisinya sehinnga masa kini. Oleh itu, nilai-nilai tradisi tersebut perlu diketengahkan supaya tidak dilihat sebagai bahan sejarah dan sudah tidak praktikal lagi. Memandangkan generasi muda kini sudah mula lupa dengan pengajaran dan teladan sejarah peradaban manusia silam. Akibatnya, generasi tersebut mudah terdedah kepada budaya kebaratan yang berkiblatkan nilai-nilai hedonistic, materialistik dan budaya-budaya songsang yang lain. Jadi, fenomena yang berlaku tersebut, nilai-nilai asasi yang ada pada setiap tamadun perlu dipelihara dan disegarkan untuk dihayati dan dipraktikkan dalam kehidupan generasi pada masa kini dan mendatang.
b) Pada pendapat saya, pembelajaran melalui projek dan tugasan lapangan adalah amat menarik dan lebih mudah difahami. Kaedah pembelajaran ini lebih merangsang minda kerana ia bersifat dinamik dan praktikal berbanding pembelajaran di dalam. Ia juga mencabar minda dan memerlukan saya untuk berfikiran lebih kritis dan seterusnya memperolehi kefahaman yang lebih jelas
|
|