|
Post by Admin on Dec 4, 2015 5:09:26 GMT
Assalamualaikum wrt.wbt.
Pelajar-pelajar budiman, sila kongsikan pengalaman dan pandangan peribadi terhadap apa yang anda peroleh menerusi tugasan projek/lapangan
a) Apa nilai ketamadunan yang anda perolehi b) Adakah pembelajaran menerusi projek (cth:penghasilan video) dan tugasan lapangan dapat menambah kefahaman anda terhadap Kursus TITAS
Sila tulis nama dan no kad pelajar untuk tujuan rekod penglibatan.
Sekian, terima kasih.
|
|
|
Post by nadiahrauf on Dec 11, 2015 3:39:03 GMT
NADIAH BT ABD RAUF (2015428554) NURUL HASANAH BT ZAINUL ARIFFIN (2015418714) NOR LINA BT ISMAIL (2015418772) SITI SARAH BT FAHMY HAZIM (2015428954) NURULHANNA BT ISMAIL (2015664174)
1) antara nilai ketamadunan yang kami dapat pelajari sepanjang kursus titas ini adalah nilai menghargai ilmu pengetahuan. kite hendaklah bersungguh-sungguh untuk mempelajari sesuatu ilmu itu sehingga kita boleh menguasainya dengan sehabis baik. contohnya dalam tamadun islam, begitu ramai tokoh-tokoh islam yang lahir seperti ibn sina yang menyumbangkan karya qitabnya iaitu al-qanun fit tib, alzahrawi yang menciptakan peralatan bedah dan ramai lagi.dalam tamadun melayu pula, sistem pendidikan sentiasa dinaik taraf bagi memberikan sistem pendidikan yang terbaik bagi msyarakat. pendidikan melayu juga dilakukan secara holistik di mana pendidikan formal diadakan bagi rakat memelajrai ilmu-ilmu seperti tauhid fikah, sejarah islam dan akhlak. ilmu-ilmu lain juga diberi dalam bentuk pendidikan tidak formal berasasan pendidikan yang berlangsung dalam kehidupan masyarakat. ia merangkumi pendidikn kemahiran berfikir, berusaha, berbudi peerti, bijak membuat tindakan, penghasilan teknologi dan banyak lagi. seterusny, bagi tamadun india, ajaran agama budha dititikberatkan. ajaran ii merupakan ajaranyang berkaitan dengan psikologi dan etika yang berkaitan dengan kehidupan. atara tahap nya adalah sila, samadgi, prajna, sambodhi dan tahap paling tinggi sekali adalah nirvana. dalam tamadun china pula, ajaran-ajaran disampaikan melalui falsafah-falsafah yang dikenalkan. antara falsafahnya adalah konfucianism, legalisme,taoisme dan maoisme. nilai kedua yang dapat saya pelajari adalah nilai keterbukaan. semua tamadun yang dipelajari mempunyai sikap keterbukaan. sikap ini menyebabkan islam mudah tersebar di seluruh peosok dunia dan menjadi agama terbesar. sikap keterbukaan mereka termasuklah berdagang di negara lain, menerima kaum selain kaum mereka untuk berkahwin dengan putera mereka dan banyak lagi ahir sekali, nilai yang kami dapat pelajari ialah, kekuatan agama dan kepercayaan mereka. setiap tamadun begitu mengahyati agama yang mereka anuti dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mentaati tuhan mereka.
2)sepanjang kursus ini, kefahaman kami terhdap tamadun bertambah kerana kami dapat belajar pelbagai ilmu pengetahuan tenatng bagaimana tamadun boleh gemilang dan bagaiman sesebuah tamadun itu boleh jatuh. video yang kami bentangkan kebanyakkan bersigat ketuhanan kerana sepanjang kami belajar tamadun ini kami banyak didedahkan dengan kekuasaan tuhan
|
|
|
Post by sarah02 on Dec 19, 2015 14:54:32 GMT
SITI SYAHIRAH BINTI HUSIN 2015663856 SITI ZAINAB BINTI ABAS 2015429108 NUR HAZIQAH 'IFFAH BINTI RUSLI 2015666714 SARAH AMIRAH BINTI ADNAN 2015428556 NURUL SYAHIRAH ASMAA BINTI MOHD ZAIN 2015664182
Nama kumpulan: Tudung Bawal Merah
A) NILAI KETAMADUNAN. Di dalam tajuk tamadun ini banyak nilai yang dapat kami pelajari , akan tetapi nilai yang paling menyeluruh adalah nilai kerohanian ( spiritual ). Dalam Islam nilai kerohanian bertunjang dan berpaksi kepada tauhid yang membawa pengertian tentang keesaan kepada Allah . Dengan itu kehidupan manusia akan bersepadu dengan agama dan panduan, hukum, adat kebiasaan, berfikir dan bertindak. Semua nilai diletakkan pada tempatnya, dengan tauhid mengatasi segala, dan hidup manusia tidak terlepas daripada nilai moral dan kerohanian. Bukan tamadun islam sahaja yang mengambil berat tentang nilai kerohanian ini , bahkan seluruh tamadun di dunia tidak akan mampu berkembang dengan baik jika mereka tidak mempunyai nilai kerohanian atau lebih tepat agama.Tamadun lain yang asalnya bukan mengamalkan islam juga amat mementingkan nilai kerohanian ini.Sebagai bukti , hampir kesemua tamadun di dunia di perintah oleh golongan agamawan.Jika tamadun itu tidak dioerintah oleh agamawan , penasihatnya adalah orang yang celik agama. Natijahnya , nilai keharmonian adalah niali yang amat penting yang dapat kami pelajari yang amat berguna . B)PENDAPAT TENTANG TUGASAN LAPANGAN ( VIDEO) Pada pendapat saya , cara pembelajaran secara maya ini agak berkesan . Hal ini kerana ia boleh merangsang minda saya dengan kerana di dalam video itu ia tidak hanya tertumpu kepada mendengar suara manusia sahaja tapi di tambah dengan pelbagai animasi yang menarik .Seterusnya, proses pembelajaran ini agak menyegarkan dan menyebabkan saya tidak merasa mengantuk dan membolehkan saya terus fokus.
|
|
|
Post by faezahalia on Dec 20, 2015 6:10:06 GMT
FAEZAH ALIA BINTI AZIZAN (2015430532)
A) NILAI KETAMADUNAN Antara nilai ketamadunan yang saya dapat perolehi ialah kehalusan. Kehalusan merupakan aspek yang terpenting dalam sesebuah tamdaun. Tanpa kehalusan dalam sesebuah tamadun tersebut sifat sopan santun, lemah lembut, akhlak mulia dan saling menyayangi antara satu satu sama lain mungkin tidak akan dapat dicapai. Pada pendapat saya, jika kehalusan itu dapat dipraktikkan, akan aman damai lah sesebuah tamadun/negara tersebut. Hal ini demikian kerana, daripada sifat kehalusan tersebut sifat hormat-menghormati antara satu sama lain dapat diamalkan. Selain itu, nilai ketamadunan seterusnya yang saya dapat perolehi ialah kepentingan ilmu pengetahuan. Tokoh-tokoh pada zaman dahulu telah mengamalkan konsep iqra' iaitu semangat mengenal pencipta. Dalam al-quran ada mengatakan bahawa ilmu itu wajib dituntut. Tanda-tanda kerberkatan dengan ilmu yang kita pelajari ialah ilmu itu akan kekal. Kemajuan sesuatu bangsa di dunia ini berkait rapat dengan kemajuan dan perkembangan ilmu pengetahuan yang terdapat pada sesuatu bangsa. Ini kerana ilmu akan mengangkat darjat seseorang atau sesuatu bangsa itu ke arah kemuliaan dan kebahagiaan hiudp di dunia dan di akhirat. Kepentingan ilmu ini telah diakui sendiri oleh Rasulallah s.a.w melalui wahyu dan ilham yang disampaikan kepada baginda yang mana ilmu sangat penting untuk kemajuan sesuatu bangsa.
B) PENDAPAT TENTANG TUGASAN LAPANGAN Pada pendapat saya, pembelajaran tugasan lapangan menambah kefaham saya tentang sesebuah tamadun dengan lebih mendalam. Selain itu, dengan mengetahui punca kegemilangan dan kejatuhan sesebuah tamadun dapat saya mengambil iktibar untuk diaplikasikan untuk masa hadapan. Kerana anak muda merupakan pembangun negara.
|
|
|
Post by mimijafri on Dec 20, 2015 15:33:55 GMT
MIMI SYAFIQA BINTI AHMAD JAFRI -2015430168 DS 240
a) Antara nilai ketamadunan yang dapat saya perlajari ialah tentang kepentingan menuntut ilmu dan ini jelas diperkatakan di dalam al-Quran. Melalui ilmu, banyak perkara dapat dicapai bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat. Jika kita hayati, ramai tokoh-tokoh ilmu terdahulu menggunakan al-Quran Sunnah sebagai panduan ilmu mereka agar tidak tersasar. Jelaslah bahawa kehidupan keagamaan dan aktiviti harian tidak dapat dipisahkan walau satu hal. Selain itu, nilai kehalusan yang mana telah banyak menyumbang kepada pembentukan tamadun. Kehalusan haruslah dipraktikkan dalam setiap inci tindakan seperti percakapan, makan, belajar dan sebagainnya. Kehalusan ini berkait rapat terutamanya orang melayu yang berlandaskan sopan santun. Namun begitu, kehalusan kita dengan tuhan merupakan aspek utama yang harus dinilai dalam diri sebelum yang lain.
b) Pembelajaran melalui projek dapat membuka mata dan pandangan saya lagi mengenai beberapa isu. Ia juga dapat menambah kefahaman dan pada masa yang sama, banyak perkara baru yang saya belajar terutamanya tentang norma masyarakat.
|
|
|
Post by shamsulshamil on Dec 21, 2015 15:07:07 GMT
SHAMSUL SHAMIL BIN SHAMSUL FADZIL 2015277936 DS240 -GROUP B-
a) Apa nilai ketamadunan yang anda perolehi
Terdapat banyak nilai yang saya perolehi dari pembelajaran ini antaranya nilai ketamadunan yang saya dapat perolehi ialah kehalusan. Kehalusan merupakan aspek yang terpenting dalam sesebuah tamdaun. Tanpa kehalusan dalam sesebuah tamadun tersebut sifat sopan santun, lemah lembut, akhlak mulia dan saling menyayangi antara satu satu sama lain mungkin tidak akan dapat dicapai. Pada pendapat saya, jika kehalusan itu dapat dipraktikkan, akan aman damai lah sesebuah tamadun/negara tersebut. Hal ini demikian kerana, daripada sifat kehalusan tersebut sifat hormat-menghormati antara satu sama lain dapat diamalkan.
Selain itu, nilai ketamadunan seterusnya yang saya dapat perolehi ialah kepentingan ilmu pengetahuan. Tokoh-tokoh pada zaman dahulu telah mengamalkan konsep iqra' iaitu semangat mengenal pencipta. Dalam al-quran ada mengatakan bahawa ilmu itu wajib dituntut. Tanda-tanda kerberkatan dengan ilmu yang kita pelajari ialah ilmu itu akan kekal. Kemajuan sesuatu bangsa di dunia ini berkait rapat dengan kemajuan dan perkembangan ilmu pengetahuan yang terdapat pada sesuatu bangsa. Ini kerana ilmu akan mengangkat darjat seseorang atau sesuatu bangsa itu ke arah kemuliaan dan kebahagiaan hiudp di dunia dan di akhirat. Kepentingan ilmu ini telah diakui sendiri oleh Rasulallah s.a.w melalui wahyu dan ilham yang disampaikan kepada baginda yang mana ilmu sangat penting untuk kemajuan sesuatu bangsa.
b) Adakah pembelajaran menerusi projek (cth:penghasilan video) dan tugasan lapangan dapat menambah kefahaman anda terhadap Kursus TITAS
Pada pendapat saya, pembelajaran tugasan lapangan menambah kefaham saya tentang sesebuah tamadun dengan lebih mendalam. Selain itu, dengan mengetahui punca kegemilangan dan kejatuhan sesebuah tamadun dapat saya mengambil iktibar untuk diaplikasikan untuk masa hadapan. Kerana anak muda merupakan pembangun negara. Pembelajaran melalui projek dapat membuka mata dan pandangan saya lagi mengenai beberapa isu. Ia juga dapat menambah kefahaman dan pada masa yang sama, banyak perkara baru yang saya belajar terutamanya tentang norma masyarakat.
|
|
|
Post by nadiasyahirah on Dec 21, 2015 16:27:37 GMT
NADIA SYAHIRAH BINTI MOHD NAZRI 2015403058 DS240 (GROUP B)
a) Nilai Ketamadunan: Konsep Tamadun Islam yang mencukupi pelbagai aspek jelas menunjukkan bahawa Tamadun Islam ialah sebuah tamadun yang lengkap dan kukuh kerana berlandaskan Al-Quran dan Hadis. Islam sebagai Ad-Din bermaksud Islam adalah satu-satunya cara hidup yang diturunkan oleh Allah kepada manusia sebagai panduan hidup. Asas-asas Islam ialah Iman (akidah), Islam (syariah), dan Ihsan (akhlak). Tamadun Islam merupakan suatu proses pembentukan tamadun yang menitikberatkan unsur-unsur kehalusan, tatasusila dan kebudayaan yang luhur. Ilmu juga amat penting bagi membangunkan sesebuah tamadun.
b) Pendapat Tentang Tugasan Lapangan:
Pada pendapat saya, tugasan lapangan tersebut telah membuka minda saya untuk mengenal erti sesebuah tamadun dengan lebih mendalam. Saya juga dapat memanfaatkan masa yang ada dengan melakukan perkara yang berfaedah
|
|
|
Post by saiyidahanisah on Dec 22, 2015 5:11:59 GMT
NUR SAIYIDAH HANISAH BT ALI 2015418834 PROGRAM: DS240 (GROUP A)
a) Nilai ketamadunan yang saya memperoleh menurusi pembelajaran ini adalah kepentingan dalam mendalami ilmu pengetahuan. Hampir kesemua tamadun menunjukkan kelebihan menguasai sesebuah ilmu dalam memajukan sesebuah tamadun. Penciptaan teknologi, individu yg terdiri daripada golongan bijak pandai dan penyusunan sesebuah penempatan yang sistematik dapat dihasilkan menjadikan sesebuah tamdun itu kuat dan gah. Selain itu, kepercayaan terhadap agama tersendiri juga memainkan peranan. Dalam setiap tamadun, agama mereka memberikan sepenuh galakkan untuk mendalami ilmu sama ada digunakan untuk tujuan keduniaan atau akhirat. Ini juga menyebabkan para pemerintah memberi semangat dan galakkan kepada rakyatnya untuk meneroki ilmu dan akan dipandang tinggi serta dihormati. Di samping itu, kecintaan terhadap ilmu yang terdpt dalam setiap individu menyebabkan mereka bersemangat untuk mendalami sesuatu perkara tanpa mengharapkan balasan. Oleh itu, pelbagai ciptaan dan kaedah yang dijumpai yang bukan sahaja memberi manfaat pada seseorang sahaja malah memberi kebaiakan pada seluruh tamadun hingga dapat meningkatkan taraf kehidupan mereka
b)Pada pendapat saya, pembelajaran menerusi projek ini memberi saya pemahaman lebih terhadap kursus TITAS ini kerana saya lebih terdedah kepada suasana dan gambaran pada masa lampau yang dpt menarik minat untuk mempelajarinya lebih.
|
|
SITI HAJAR BINTI MOHD
Guest
|
Post by SITI HAJAR BINTI MOHD on Dec 22, 2015 5:57:02 GMT
SITI HAJAR MOHD
2015229924
CTU551(A)
MINGGU 1:
Nilai tamadun yang saya perolehi melalui kerja ini adalah dalam membina tamadun,perlunya ada satu sifat kerohanian yang tinggi dalam setiap masyarakat.Hal ini kerana dengan sifat kerohanian ini,maka sesuatu masyarakat itu akan lebih teratur dan berhalus.Selain itu,saya juga dapat mengetahu bahawa dalam sisitem tahun mempunyai sistem masyarakat masing masing yang menjadi lambang kepada kedudukan kumpulan tersebut.Disamping itu,saya juga dapat mengetahu tentang seni bina yang terdapat di tamadun tamadun ini.Contohnya Tembok Besar China yang mejdi benteng pertahanan negeri China dan ianya masih kekal sehingga hari ini.Selain itu,ilmu pengetahuan juga amat penting dalam membina tamadun.Hal ini kerana ilmu pengetahuan dalam membina idea yang bernas dan dapat mencipta ciptaan teknologi yang canggih.Akhir sekali,apa yang saya dapat dari tugasan ini ialah kehalusan.Hal ini kerana setiap orang yang bertamadun akan mempunyai kehalusan yang tinggi.
melalui tugasan ini,saya dapat menambah ilmu pengetahuan yang begitu banyak tentang tamadun.Ianya seterusnya dapat membuka minda saya untuk menghargai sejarah-sejarah tamadun yang wujud dalam alam ini.
|
|
fatin
New Member
Posts: 8
|
Post by fatin on Dec 22, 2015 6:32:05 GMT
Nur Fatin Faqhira binti Jalani 2015418678 DS240 Group A
Nilai ketamadunan
1) Nilai Kepercayaan
Tamadun Islam bersumberkan wahyu manakala yang selainnya adalah menjurus kepada keupayaan manusia.
Nilai kepercayaan dalam tamadun Islam adalah menitikberatkan persoalan ketuhanan dan kerohanian .
Agama memberi tenaga, fikiran dan penggerak kepada sesebuah tamadun.
Peranan agama dalam semua tamadun sangat penting kerana ia membantu memantapkan struktur sosial dan intelektual sesuatu tamadun.
Nilai kepercayaan ini dimiliki oleh setiap peringkat perkembangaan tamadun kecuali bagi mereka yang berfahaman tidak ada tuhan.
2) Nilai Ekonomi dan Kebendaan
Nilai ekonomi atau kebendaan menjadi matlamat utama.
Khususnya Barat menghalalkan semua perkara bagi mencapai matlamat nilai kebendaan.
Objektif Maqasid Syariah, harta merupakan antara elemen penting yang harus dijaga.
Amalan-amalan ekonomi yang diharamkan seperti riba, menipu, rasuah, memeras ugut dan sebagainya amat ditegah.
Nilai ekonomi atau kebendaan ini bukan sekadar mengenai keuntungan, tetapi nilainya yang tinggi adalah terletak kepada ketaatan yang jitu kepada Allah.
3) Nilai Kerja
Nilai kerja bermaksud etika atau budaya kerja.
Nilai kerja hendaklah berlandaskan tuntutan syariat dan mencari keberkatan daripada Allah s.w.t.
Bekerja memenuhi keperluan hidup secara halal merupakan amalan mulia dan dianggap sebagai ibadah apabila memenuhi syarat-syarat berikut:
• Dilakukan dengan niat kerana Allah
• Kerja menepati kehendak syarak dan penuh tanggungjawab
• Menjauhi larangan Allah dalam melaksanakan tugas
• Tidak melalaikan dan meninggalkan ibadah khusus.
4) Nilai Kemanusiaan
Manusia diciptakan sabagai suatu makhluk yang mulia, mempunyai
Nilai kemanusiaan merupakan suatu nilai yang mementingkan penghormatan terhadap hak-hak asasi dan kemuliaan insan.
5) Nilai Keadilan
Adil membawa maksud sama berat, tidak berat sebelah, tidak memihak dan berpihak kepada yang benar.
Adil juga dapat didefinisikan sebagai sikap pertengahan dan menempatkan sesuatu pada tempatnya.
Selain islam memerintahkan untuk berlaku adil, islam juga mengharamkan kezaliman dan membanteraskan dengan bersungguh-sungguh.
6) Nilai Kekeluargaan
Nilai kekeluargaan salah satu elemen penting untuk dipelihara dan menjadi salah satu dalam Maqasid Syariah iaitu dalam perkara dalam menjaga keturunan.
Cara pemilihan jodoh juga amat dititk beratkan dalam islam. Begitu juga dalam tatacara pernikahan, hubungan sesama keluarga, sanak saudara dan sebagainya.
Hasil daripada nilai kekeluargaan yang baik akan membentuk pula komposisi masyarakat yang baik.
7) Nilai Keilmuan
Kelahiran tamadun islam adalah berasaskan kepada ilmu berdasarkan wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah SWT atas saranan supaya membaca.
Konsep mencari ilmu dalam islam berbeza dengan tamadun-tamadun yang lain di mana cara perolehan ilmu ini mestilah berlandaskan kepada konsep tauhid.
8) Nilai Akhlak
Akhlak iaitu sistem nilai yang menjamin kehidupan yang beretika.
Akhlak islam bersifat syumul iaitu meliputi akhlak dengan Allah SWT, Rasulullah SAW, sesama manusia terutamanya ibu bapa, guru, jiran dan termasuk sesama manusia walaupun dengan orang yang bukan islam.
Dalam tamadun Cina, terdapat konsep dao (jalan).
Dalam tamadun India, Hinduisme berpaksikan idea dharma (tanggungjawab) dan karma iaitu doktrin perbuatan; baik akan mendapat balasan baik sebaliknya buruk akan mendapat balasan buruk.
Tugasan lapangan
Tugasan lapangan yang diberikan iaitu interview tentang cabaran peradaban membuka mata saya tentang cabaran serta masalah yang dihadapi oleh bakal bakal remaja akan datang . walau apapun kita perlu kembali agama fitrah iaitu agama Islam .
|
|
|
Post by sarahhusna on Dec 22, 2015 9:56:09 GMT
SARAH HUSNA BINTI KHAIRULZAN 2015428468 GROUP A
a) Apa nilai ketamadunan yang anda perolehi Nilai yang saya pelajari ialah kerohanian. Tanpa kerohanian maka tiada hala tuju sesebuah tamadun. Walaupun setiap tamadun berbeza dari segi tempat geografinya serta bahasa, bangsa tetapi mereka tetap mempunya agama dan kepercayaan masing masing malah setiap pemimpin mempunyai penasihata agama mereka tersendiri. seperti kemunculan Islam di tanah melayu, perundangan negara lebih sistematik malah sultan sendiri terlibata dengan pembuatan perundangan negara bersama ketua setiap negeri. Ini menunjukkan bahawa setiap pekerjaan yang kita lakukan, kita perlukan sesuatu ilmu seperti al-Quran dan As-Sunnah untuk dijadikan rujukan. Selain itu, saya juga dapat perolehi nilai menghormati dan suka akan ilmu pengetahuan. Setiap tamadun berjaya menciptakan pelbagai perkara baru yang diluar jangkaan manusia pada ketika itu. Nilai suka menerokai ilmu juga ditunjukkan oleh tamadun tamadun yang dulu. Malah pemimpin sendiri menggalakkan penerokaan ilmu pengetahuan dengan membina masjid, madrasah dan perpustakaan.
b) Adakah pembelajaran menerusi projek (cth:penghasilan video) dan tugasan lapangan dapat menambah kefahaman anda terhadap Kursus TITAS Pembelajaran melalui projek dapat menambahkan lagi kefaham saya terhadap kurusus titas kerana saya dapat menambah lagi ilmu yang telah dipelajari didalam kelas dengan ilmu yang akan saya terokai dan jumpa untuk melakukan projek yang diberikan.
|
|
|
Post by annissa on Dec 22, 2015 10:44:22 GMT
ANNISSA AZFA BINTI ANUWA 2015418906 DS240 GROUP A
1) Nilai ketamadunan yang saya perolehi ialah kepentingan ilmu dalam membangunkan sesebuah tamadun. Kejayaan tamadun itu berpunca daripada sikap masyarakatnya yang mencintai dan dahagakan ilmu. Sepertimana yang kita pelajari dalam bab tamadun Islam, tokoh tokoh cendekiawan Islam seperti Ibnu Khaldun, Al Zahrawi serta Ibnu Sina, telah menghasilkan banyak kitab dan karangan ilmiah yang meyumbang kepada kemajuan tamadun hingga ke hari ini. Oleh sebab itulah kita harus mencontohi sikap menghargai ilmu dan mendalami ilmu itu dengan bersungguh sungguh agar status masyarakat Islam dipandang dengan tinggi, seterusnya mampu menjadi asbab untuk menyebarkan dakwah dan syiar Islam. Namun ilmu dunia dan akhirat haruslah seimbang dan dititikberatkan, kerana ilmu tanpa agama itu adalah mati. Tanpa pegangan agama yang kukuh, ilmu itu boleh membawa kita kepada jalan yang dimurkai Allah
2) Pembelajaran menerusi projek dan tugasan lapangan telah menambah kefahaman saya terhadap topik yang dibincangkan kerana tidak terhad dalam kelas sahaja. Selaras dengan zaman IT pada masa kini, tugasan sebegini dapat meningkatkan penguasaan terhadap penggunaan teknologi dalam pembelajaran.
|
|
|
Post by daslianah on Dec 22, 2015 10:46:11 GMT
Daslianah binti Daslam 2015428382 DS240 Group A
a) Apa nilai ketamadunan yang anda perolehi Nilai keagamaan- Dalam membina tamadun, agama penting untuk memberi panduan kepada manusia untuk membina tamadun membahagiakan. Manusia perlu mengikut sistem yang ditetapkan oleh Allah iaitu Ad-Din. Tamadun tidak boleh terpisah dengan Tuhan. Kita juga perlu sentiasa mentauhidkan Allah dan mengajak orang lain untuk bertauhid. Dengan mempelajari ilmu tamadun, kita dapat melaksanakan tugasan kita sebagai khalifah di bumi Allah.Manusia perlu bertunjang dan berpaksi kepada tauhid yang membawa pengertian tentang keesaan kepada Allah. Manusia juga perlu sentiasa memperbaiki niat melakukan sesuatu keran Allah SWT. Umat Islam perl memperbanyyakan selawat kepada Rasulullah kerana telah banyak berkorban untuk kita.
Nilai kehalusan- Tamadun yang baik akan menjadikan manusia semakin halus. Kehalusan dapat dilihat melalui akhlak yang baik dan seni bina yang halus dan cantik. Kehalusan tatasusila akan menjadikan seseorang itu bersopan-santun dan berakhlak mulia. Kehalusan masyarakat penting unuk menjamin keharmoniaan sesuatu tempat.
Nilai mencintai ilmu - Sebagaiman saranan dalam Al-Quran, Allah menyuruh umatnya untuk mencintai dan menuntut ilmu. Dengan adanya ilmu, peradaban manusia akan menjadi baik dan maju. Pelbagai kemajuan dapat diperolehi serta masyarakat akan dipandang mulia oleh masyarakat lain. Ilmu penting dalam proses pembinaan tamadun dan mencintai Tuhan. Ilmu penting untuk kita mencintai Pencipta dan Rasul-Nya. Dengan tugasan yang dibrikan kita dapat menambah ilmu dankeluar dari kepompong jahiliah.
Nilai kemanusiaan- Kita perlu menjaga hubungan sesama manusia. Kita dapat mengaplikasikan sifat tolong-menolong dan bekerjasama dengan rakan.
b) Adakah pembelajaran menerusi projek (cth:penghasilan video) dan tugasan lapangan dapat menambah kefahaman anda terhadap Kursus TITAS - Pembelajaran menerusi projek menambahkan lagi pengetahuan selain yang saya perolehi di dalm kelas. Interview yang kami lakukan iaitu untuk mengetahui cabaran peradaban yang perlu sekarang, menjadi ikhtibar kepada saya untuk menjauhkan diri daripada perkara yang tidak baik. Saya juga mendapat pengetahuan tentang cara untuk mengatasi cabaran tersebut seta apa perlu dilakukan oleh kami sebagai generasi muda. Saya juga menyedari tentang perlunya untuk mendalami ilmu pada usia muda untuk kemajuan masyarakat dan agama.
|
|
|
Post by ameeraina on Dec 22, 2015 10:48:09 GMT
AMIRAH AINA BINTI AZAHARI 2015218646 DS240 GROUP B
a) Nilai ketamadun yang saya pelajari ialah nilai keimanan. Sebagai umat Islam, kita wajib mempelajari ilmu agama kita dengan lebih mendalam bagi meningkatkan keimanan kita terhadap Allah. Selain itu terdapat nilai kesabaran. Dalam melakukan sesuatu perkara itu, kita perlu sabar dan elakkan tergesa-gesa supaya kerja dapat diselesaikan dengan cepat dan lancar. Akhir sekali, saa dapat mempelajari nilai berfikir. Dalam subjek ini, ustazah mengajar kami untuk sentiasa berfikir dengan kritikal dan melahirkan pebagai idea terdapat sesuatu masalah. Ini dapat merangsang otak saya untuk berfikir dengan cepat dan meningkatkan kreativiti.
b) Bagi saya, pembelajaran menerusi projek dapat menambah kefahaman saya terhadap TITAS kerana banyak input yang berguna dan bermakna yang telah saya pelajari. Pengetahuan saya mengenai alam ini lebih meluas.
|
|
|
Post by fitrahzaulkapri on Dec 22, 2015 10:58:37 GMT
NUR FITRAH BT. ZAUL KAPRI 2015429102 DS240 GROUP A
a) Apa nilai ketamadunan yang anda perolehi?
Nilai ketamadunan yang saya perolehi ialah penekanan tingkah laku dalam kehidupan. Tingkah laku itu melambangkan peradaban sesebuah tamadun. Semua agama menekankan betapa pentingnya tingkah laku seseorang. Menurut Islam, akhlak adalah bersifat syumul iaitu meliputi akhlak dengan Allah, Rasulullah, sesama manusia terutamanya ibu, bapa, guru, jiran termasuk sesama manusia walaupun dengan orang yang bukan beragama Islam. Konfucious pula menekankan akhlak dan peraturan kehidupan berasaskan peraturan hubungan manusia dengan Tuhan, peraturan hubungan sesama manusia dan peraturan perhubungan politik. Konfucious juga menekankan konsep kesederhanaan iaitu segala perlakuan manusia perlulah sederhana dan tidak setuju kekerasan sebagai jalan penyelesaian. Dalam Hinduisme pula ia berpaksikan idea dharma iaitu tanggungjawab dan karma iaitu baik akan mendapat balasan yang baik. Demikian juga sebaliknya, buruk dibalas buruk. Selain itu, seseorang yang bersopan santun dipandang elok dan indah di samping dapat mencerminkan keperibadian seseorang. Sementara perbuatan biadab dan kurang ajar pula amat ditegah. Perbuatan seperti ini hanya akan mengundang keburukan dan dipandang jelek oleh masyarakat. Jadi, kita perlulah menjaga adab sopan ketika bergaul dengan mereka. Bersopan santun itu pula bukan sahaja dilihat dari sudut tingkah laku, tetapi juga dari sudut percakapan dan pertuturan. Kelunturan adab sopan dan yang lebih besarnya keruntuhan akhlak bukanlah sesuatu yang pelik. Kesemuanya berlaku disebabkan pegangan agama telah semakin longgar. Keruntuhan akhlak di dalam Islam mempunyai kaitan yang rapat dengan kelunturan iman. Imanlah merupakan pendorong yang tiada tolok bandingnya kepada manusia untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan keburukan. Bila iman merosot, maka dorongan melakukan kebaikan dan meninggalkan keburukan akan merosot.
b) Adakah pembelajaran menerusi projek (cth:penghasilan video) dan tugasan lapangan dapat menambah kefahaman anda terhadap Kursus TITAS ?
Ya kerana ianya dapat memperlihatkan lebih jelas lagi apa yang telah diperolehi dan pelajari didalam kelas.
|
|