|
Post by najwakazmin on Dec 23, 2015 9:50:33 GMT
NAJWA BINTI MOHAMMAD KAZMIN 2015612182 DS240 GROUP B
a) Terdapat banyak nilai yang saya perolehi dari pembelajaran ini antaranya ialah kepentingan ilmu pengetahuan. Tokoh-tokoh pada zaman dahulu telah mengamalkan konsep iqra' iaitu semangat mengenal pencipta yang dimulakan oleh Rasulullah saw sendiri melalui ayat Al-Quran pertama yang diturunkan. Ilmuwan islam terdahulu bukan sahaja mengkaji ilmu, malah pakar dalam bidang berbeza yang umat kita pada hari ini lihat sebagai suatu yang aneh, seperti major Muzik dan Perubatan pada masa yang sama. Di mata kita mungkin ianya bidang ilmu yang jauh berbeza, namun sejarah telah membuktikan bahawa ianya dapat dikaitkan. Seterusnya, dalam Al-Quran juga ada disebut bahawa menuntu ilmu itu hukumnya adalah wajib. Salah satu daripada tanda kerberkatan ilmu adalah apabila kita dapat beramal dengan ilmu yang kita pelajari. Dapat juga kita lihat bahawa perkembangan, kejayaan dan kegemilangan sesuatu tamadun di dunia ini sangat berkait rapat dengan penerokaan ilmu pengetahuan mereka.
Selain itu, nilai ketamadunan yang dapat saya perolehi juga ialah nilai kehalusan. Bunyinya mudah untuk bersikap halus, tetapi sukar sebenarnya untuk dipraktikkan dan seterusnya disebatikan dengan diri. Kehalusan penting dalam sesebuah tamadun dan tahap kehalusan juga menjadi suatu kayu ukur kepada tahap pembangunan dan kegemilangan yang dicapai tamadun tersebut.
b) Ya, kerana pada pendapat saya, melalui aktiviti yang diberikan saya dapat melihat gambaran perkembangan dan proses jatuh bangunnya sesuatu tamadun dengan lebih jelas sekaligus mengaitkan apa yang telah terjadi kepada zaman terdahulu yang berpunca daripada perbuatan mereka mahupun pilihan dan tindakan mereka yang boleh saya reflekskan kepada diri saya untuk saya ambil iktibar dan belajar daripadanya dan seterusnya dijadikan contoh dalam menjalani kehidupan
|
|
|
Post by nikadleena on Dec 23, 2015 9:56:07 GMT
NIK NUR ADLEENA BT NIK MOHD KAMIL 2015229638 DS240-B
a) Antara nilai ketamadunan yang saya peroleh ialah nilai kepercayaan. Tamadun Islam bersumberkan wahyu manakala yang selainnya adalah menjurus kepada keupayaan manusia. Nilai kepercayaan dalam tamadun Islam adalah menitikberatkan persoalan ketuhanan dan kerohanian. Agama memberi tenaga, fikiran dan penggerak kepada sesebuah tamadun. Peranan agama dalam semua tamadun sangat penting kerana ia membantu memantapkan struktur sosial dan intelektual sesuatu tamadun.
Nilai kepercayaan ini dimiliki oleh setiap peringkat perkembangaan tamadun kecuali bagi mereka yang berfahaman tidak ada tuhan.
b) Pembelajaran melalui projek lapangan dan sebagainya agak berkesan kerana telah membuka mata dan minda saya tentang dunia luar.
|
|
alaa
New Member
Posts: 8
|
Post by alaa on Dec 23, 2015 15:48:33 GMT
NUR ALAA’ NASUHA ABD. AZIZ
2015441344
DS240
GROUP B
1. Apa nilai ketamadunan yang anda perolehi?
Setelah menyelesaikan banyak tugasan projek/lapangan subjek TITAS, nilai ketamadunan yang saya perolehi daripada ini ialah nilai keilmuan. Walaupun dengan jadual yang padat, namun kesungguhan untuk menuntut ilmu menjayakan tugasan projek/lapangan berjalan dengan jayanya. Ilmu sangat luas dan tidak ada hadnya. Sesibuk manapun kita sebagai seorang pelajar, ilmu tidak formal juga patut dipelajari. Kerana niat kita belajar adalah kerana Allah SWT. Menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh merupakan amalan yang mulia. Selain itu, saya juga memperoleh nilai berkasih sayang. Kasih kepada Allah SWT, kasih kepada Rasulullah SAW, kasih kepada manusia, kasih kepada binatang serta alam. Allah SWT menyeru kita untuk menjaga hubungan yang baik kepada tiga perkara iaitu hubungan dengan Allah SWT, hubungan dengan manusia dan hubungan dengan alam. Sekiranya hubungan yang baik dapat dicapai maka akan terbina sebuah tamadun yang gah.
2. Adakah pembelajaran menerusi projek (cth:penghasilan video) dan tugasan lapangan dapat menambah kefahaman anda terhadap Kursus TITAS?
Pada pendapat saya ialah ya. Hal ini kerana pembelajaran dalam kelas selalunya berdasarkan skop pembelajaran. Pelajar tidak mendapat pengetahuan tambahan dan hanya memahami apa yang diajar. Dengan adanya pembelajaran di luar kelas dengan menggunakan teknologi sekarang, sebagai pelajar, ia telah membuka mata dan minda saya mengenai kursus ini. Kursus ini bukanlah melibatkan pelajar yang beragama Islam sahaja, malah yang bukan beragama Islam juga dapat pelajarinya. Selain itu, ia juga membenarkan kita untuk berfikir dan kaitkan dengan keadaan negara kita sekarang dengan tamadun terdahulu.
|
|
|
Post by irfanmaruan on Dec 24, 2015 12:58:44 GMT
MUHAMMAD IRFAN BIN MARUAN
2015250296
DS240 GROUP A
a) Apa nilai ketamadunan yang anda perolehi?
Terdapat banyak nilai yang saya perolehi dari pembelajaran ini antaranya ialah kepentingan ilmu pengetahuan. Tokoh-tokoh pada zaman dahulu telah mengamalkan konsep iqra' iaitu semangat mengenal pencipta yang dimulakan oleh Rasulullah saw sendiri melalui ayat Al-Quran pertama yang diturunkan. Ilmuwan islam terdahulu bukan sahaja mengkaji ilmu, malah pakar dalam bidang berbeza yang umat kita pada hari ini lihat sebagai suatu yang aneh, seperti major Muzik dan Perubatan pada masa yang sama. Di mata kita mungkin ianya bidang ilmu yang jauh berbeza, namun sejarah telah membuktikan bahawa ianya dapat dikaitkan. Seterusnya, dalam Al-Quran juga ada disebut bahawa menuntu ilmu itu hukumnya adalah wajib. Salah satu daripada tanda kerberkatan ilmu adalah apabila kita dapat beramal dengan ilmu yang kita pelajari. Dapat juga kita lihat bahawa perkembangan, kejayaan dan kegemilangan sesuatu tamadun di dunia ini sangat berkait rapat dengan penerokaan ilmu pengetahuan mereka. Selain itu, nilai ketamadunan yang dapat saya perolehi juga ialah nilai kehalusan. Bunyinya mudah untuk bersikap halus, tetapi sukar sebenarnya untuk dipraktikkan dan seterusnya disebatikan dengan diri. Kehalusan penting dalam sesebuah tamadun dan tahap kehalusan juga menjadi suatu kayu ukur kepada tahap pembangunan dan kegemilangan yang dicapai tamadun tersebut.
b. Adakah pembelajaran menerusi projek (cth:penghasilan video) dan tugasan lapangan dapat menambah kefahaman anda terhadap Kursus TITAS?
Pada pendapat saya pembelajaran menerusi projek dan tugasan lapangan dapat menambah kefahaman anda terhadap kursus TITAS dapat menambah pengalaman dan pengetahuan yang tidak dapat dipelajari dalam kelas.selain itu kaedah ini juga dapat mengajar pelajar mengenai realiti dunia di luar sana dan menyiapakan diri hadapi cabaran alaf kini
|
|
|
Post by yusrikuddus on Dec 24, 2015 19:07:06 GMT
AHMAD YUSRI BIN ABD KUDDUS 2015229744 DS240 GROUP B ASSALAMUALAIKUM WBT.
1.NILAI KETAMADUNAN YANG DIPEROLEH
Melalui pembelajaran subjek TITAS ini,saya telah dapat mempelajari nilai kehalusan.Tamadun yang baik akan menjadikan manusia semakin halus. Kehalusan dapat dilihat melalui akhlak yang baik dan seni bina yang halus dan cantik. Kehalusan tatasusila akan menjadikan seseorang itu bersopan-santun dan berakhlak mulia. Kehalusan masyarakat penting unuk menjamin keharmoniaan sesuatu tempat. Tanpa kehalusan dalam sesebuah tamadun tersebut sifat sopan santun, lemah lembut, akhlak mulia dan saling menyayangi antara satu satu sama lain mungkin tidak akan dapat dicapai. Pada pendapat saya, jika kehalusan itu dapat dipraktikkan, akan aman damai lah sesebuah tamadun/negara tersebut. Hal ini demikian kerana, daripada sifat kehalusan tersebut sifat hormat-menghormati antara satu sama lain dapat diamalkan.
2.Pembelajaran menerusi projek
Sesungguhnya,saya telah dapat mempelajari ilmu-ilmu ukhrawi dan duniawi dengan lebih meluas dan menghayati setiap pembelajaran yang saya peroleh.
|
|
|
Post by nusrazakaria on Dec 24, 2015 23:54:01 GMT
NUSRA BINTI ZAKARIA 2015441528 DS240 ( GROUP B)
1.Apa nilai ketamadunan yang anda perolehi
Terdapat banyak nilai yang saya perolehi dari pembelajaran ini antaranya nilai ketamadunan yang saya dapat perolehi ialah kesusilaan. Kesusilaan merupakan aspek yang terpenting dalam sesebuah tamdaun. Pada pendapat saya, jika kesusilaan itu dapat dipraktikkan, akan aman damai lah sesebuah tamadun tersebut. Hal ini demikian kerana, daripada sifat kesusilaan tersebut sifat hormat-menghormati antara satu sama lain dapat timbul dan diamalkan.
Kemudian , kepentingan ilmu dalam membangunkan sesebuah tamadun. Kejayaan tamadun itu berpunca daripada sikap masyarakatnya yang mencintai dan dahagakan ilmu. Sepertimana yang kita pelajari dalam bab tamadun Islam, tokoh tokoh cendekiawan Islam seperti Ibnu Khaldun, Al Zahrawi serta Ibnu Sina, telah menghasilkan banyak kitab dan karangan ilmiah yang meyumbang kepada kemajuan tamadun hingga ke hari ini. Oleh sebab itulah kita harus mencontohi sikap menghargai ilmu dan mendalami ilmu itu dengan bersungguh sungguh agar masyarakat Islam dipandang tinggi, seterusnya mampu menjadi asbab untuk menyebarkan dakwah dan syiar Islam. Namun ilmu dunia dan akhirat haruslah seimbang dan dititikberatkan, kerana ilmu tanpa agama itu adalah mati. Tanpa pegangan agama yang kukuh, ilmu itu boleh membawa kita kepada jalan yang dimurkai Allah.Tambahan pula dengan dunia sekarang yang penuh dengan fitnah dan ajaran sesat .
2. Adakah pembelajaran menerusi projek (cth:penghasilan video) dan tugasan lapangan dapat menambah kefahaman anda terhadap Kursus TITAS?
Ya. Hal ini kerana pembelajaran dalam kelas selalunya berdasarkan skop pembelajaran. Pelajar tidak mendapat pengetahuan tambahan dan hanya memahami apa yang diajar. Dengan adanya pembelajaran di luar kelas dengan menggunakan teknologi sekarang, sebagai pelajar, ia telah membuka mata dan minda saya mengenai kursus ini. Kursus ini bukanlah melibatkan pelajar yang beragama Islam sahaja, malah yang bukan beragama Islam juga dapat pelajarinya. Selain itu, ia juga membenarkan kita untuk berfikir dan kaitkan dengan keadaan negara kita sekarang dengan tamadun terdahulu. Selain itu , pembelajaran seperti ini lebih menarik dan mengelak pelajar daripada tidak focus di dalam kelas. Pelajar juga bebas memilih waktu untuk mereka mengulang kaji.
|
|
|
Post by sajidahzaharudin on Dec 26, 2015 9:16:40 GMT
Nama: Sajidah Binti Zaharudin (2015680406)
Kod Program: DS240
Kumpulan: B
NILAI KETAMADUNAN YANG DIPEROLEHI
Antara nilai ketamadunan yang saya dapat pelajari ialah nilai menghargai ilmu pengetahuan. Kita hendaklah bersungguh-sungguh untuk mempelajari sesuatu ilmu itu sehingga kita boleh menguasainya dengan sehabis baik. Contohnya dalam tamadun islam, Ibn Sina yang menyumbangkan karya kitabnya iaitu al-qanun fit tib, Alzahrawi yang menciptakan peralatan bedah. Dalam tamadun melayu pula, sistem pendidikan sentiasa dinaik taraf bagi memberikan sistem pendidikan yang terbaik bagi masyarakat. Nilai kedua yang dapat saya pelajari Ialah nilai keterbukaan. Semua tamadun yang dipelajari mempunyai sikap keterbukaan. Sikap ini menyebabkan islam mudah tersebar di seluruh pelosok dunia dan menjadi agama terbesar. Sikap keterbukaan mereka termasuklah berdagang di negara lain, menerima kaum selain kaum mereka untuk berkahwin dengan putera mereka dan banyak lagi. Akhir sekali, nilai kekuatan agama dan kepercayaan mereka.Tanpa agama maka tiada hala tuju sesebuah tamadun. Setiap tamadun begitu menghayati agama yang mereka anuti dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mentaati tuhan mereka.
KOMEN MENGENAI PEMBELAJARAN MENERUSI PROJEK DAN TUGASAN LAPANGAN Pada pendapat saya , cara pembelajaran secara maya ini berkesan untuk saya . Hal ini kerana, ia boleh merangsang minda saya. Di dalam video, ia tidak hanya tertumpu kepada mendengar suara manusia sahaja tapi di tambah dengan pelbagai animasi yang menarik. Seterusnya, proses pembelajaran ini agak menyegarkan dan menyebabkan saya tidak merasa mengantuk dan membolehkan saya terus fokus. Sepanjang kursus ini, kefahaman terhadap tamadun semakin bertambah kerana kami dapat belajar pelbagai ilmu pengetahuan tentang bagaimana tamadun boleh berjaya dan bagaimana sesebuah tamadun itu boleh jatuh.
|
|
|
Post by naquibbari on Dec 27, 2015 3:20:21 GMT
NAQUIB BIN ABDUL BARI 2015402956 DS240 GROUP A
a) Nilai ketamadunan yang diperolehi:
-Nilai keimanan . Keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT merupakan perkara yang paling penting dalam agama Islam. Dengan adanya iman , hidup akan diberkati oleh Allah SWT.
-Nilai keilmuan. Tamadun manusia berkembang dengan adanya ilmu. Penguasaan ilmu yang tinggi dapat memajukan sesebuah tamadun ke tahap yang lebih memuaskan.
-Nilai ketaatan . Nilai ketaatan terdapat dalam setiap tamadun di mana rakyat menurut perintah pemerintah sesebuah tamadun tersebut.
-Nilai kemanusiaan . Manusia diciptakan sebagai suatu makhluk yang mulia. Mempunyai nilai kemanusiaan merupakan suatu nilai yang mementingkan penghormatan terhadap hak-hak asasi dan kemuliaan insan.
-Nilai keadilan . Adil membawa maksud sama berat, tidak berat sebelah, tidak memihak dan berpihak kepada yang benar. Adil juga dapat didefinisikan sebagai sikap pertengahan dan menempatkan sesuatu pada tempatnya.
-Nilai kekeluargaan . Nilai kekeluargaan salah satu elemen penting untuk dipelihara. Hasil daripada nilai kekeluargaan yang baik akan membentuk pula komposisi masyarakat yang baik.
b) Pembelajaran menerusi projek (cth:penghasilan video) dan tugasan lapangan dapat menambah kefahaman anda terhadap Kursus TITAS:
Pada pendapat saya, pembelajaran tugasan lapangan menambah kefahaman saya tentang sesebuah tamadun dengan lebih mendalam. Selain itu, dengan mengetahui punca kegemilangan dan kejatuhan sesebuah tamadun dapat saya mengambil iktibar untuk diaplikasikan untuk masa hadapan. Kerana anak muda merupakan pembangun negara. Pembelajaran melalui projek dapat membuka mata dan pandangan saya lagi mengenai beberapa isu. Ia juga dapat menambah kefahaman dan pada masa yang sama, banyak perkara baru yang saya belajar terutamanya tentang norma masyarakat.
|
|
|
Post by amirulmukminin on Dec 27, 2015 3:53:52 GMT
MUHAMMAD AMIRUL MUKMININ BIN MOHD KHARUZHAR 2015666926 DS240 GROUP A
1) Nilai ketamadunan yang saya perolehi ialah kepentingan ilmu dalam membangunkan sesebuah tamadun. Kejayaan tamadun itu berpunca daripada sikap masyarakatnya yang mencintai dan dahagakan ilmu. Sepertimana yang kita pelajari dalam bab tamadun Islam, tokoh tokoh cendekiawan Islam seperti Ibnu Khaldun, Al Zahrawi serta Ibnu Sina, telah menghasilkan banyak kitab dan karangan ilmiah yang meyumbang kepada kemajuan tamadun hingga ke hari ini. Oleh sebab itulah kita harus mencontohi sikap menghargai ilmu dan mendalami ilmu itu dengan bersungguh sungguh agar status masyarakat Islam dipandang dengan tinggi, seterusnya mampu menjadi asbab untuk menyebarkan dakwah dan syiar Islam. Namun ilmu dunia dan akhirat haruslah seimbang dan dititikberatkan, kerana ilmu tanpa agama itu adalah mati. Tanpa pegangan agama yang kukuh, ilmu itu boleh membawa kita kepada jalan yang dimurkai Allah
2) Pembelajaran menerusi projek dan tugasan lapangan telah menambah kefahaman saya terhadap topik yang dibincangkan kerana tidak terhad dalam kelas sahaja. Selaras dengan zaman IT pada masa kini, tugasan sebegini dapat meningkatkan penguasaan terhadap penggunaan teknologi dalam pembelajaran.
|
|
|
Post by dinafariha on Dec 27, 2015 4:20:00 GMT
Oleh: Dina Fariha Binti Che Ab Ghani (2015485548) Kod Program: DS240 (Sarjana Muda Pembedahan Pergigian) Kumpulan: B
A) Nilai ketamadunan yang diperolehi
1.Amanah
-Saya telah menyedari hakikat bahawa tugas adalah amanah yang perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.Saya juga telah memastikan bahawa tiada penyelewengan dalam tugas sama ada dari segi masa, kuasa, sumber wang, peralatan serta tenaga kerja.
2.Tanggung Jawab
-Saya telah melakukan tugas dengan kesedaran terhadap implikasi baik dan buruknya iaitu sentiasa waspada dan jujur.
3.Ikhlas
-Saya berniat melaksanakan tugas kerana Tuhan agar mendapat keredhaanNya.
4.Benar
-Sikap jujur dapat diterapkan dalam melaksanakan tanggungjawab diberikan.
5.Tekun
-Saya telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kesempurnaan tugas dan rajin mencari dan mempelajari pengetahuan baru.
6.Bekerjasama
-Saya telah mengamalkan sikap tolong-menolong dalam melaksanakan tugas bersama rakan-rakan.Sikap bertimbang rasa dan bertolak ansur juga dapat diterapkan dalam diri saya.
B) Adakah pembelajaran menerusi projek (cth:penghasilan video) dan tugasan lapangan dapat menambah kefahaman anda terhadap Kursus TITAS
Ya.Menerusi tugasan yang diberikan,saya menjadi lebih bersungguh-sungguh mencari maklumat dan pengetahuan baru di dalam internet serta rujukan terhadap buku TITAS.Dengan melakukan ini, ilmu saya mengenai subjek TITAS ini semakin bertambah lalu kefahaman terhadap subjek ini juga semakin baik.
|
|
|
Post by fazleenanis on Dec 27, 2015 5:20:55 GMT
NURUL FAZLEEN ANIS BINTI CHE AZIZ 2015218624 DS240(A)
a) Setelah mengkaji dan mempelajari tamadun- tamadun terawal dahulu, antara nilai yang dapat saya jadikan iktibar untuk masa akan datang adalah pertama, nilai keagamaan. Dalam pembinaan sesebuah tamadun, nilai keagamaan amatlah penting dan merupakan asas kepada setiap tamadun. Tanpa agama, maka hancurlah tamadun tersebut oleh sebab kehuru-haraan ataupun ketidakstabilan sesebuah tamadun tersebut. Sebagai seorang muslim, manusia perlu mengikut sistem yang ditetapkan oleh Allah s.w.t iaitu Ad-Din. Tamadun tidak boleh dipisahkan dengan Tuhan yang satu. Dengan mempelajari ilmu tamadun, seseorang individu dapat melaksanakan tugasan di muka bumi sebagai khalifah Allah dengan sebaiknya. Nilai yang dapat saya huraikan seterusnya ialah nilai peradaban dan kehalusan individu. Tamadun yang benar-benar memberi impak kepada individu dapat membentuk kehalusan tatasusila dan peribadi individu tersebut. Akhlak yang baik serta tutur kata yang sopan dapat menjamin keharmonian tamadun itu sendiri kerana dapat mengelakkan pergaduhan dan bermasam muka oleh setiap masyarakat sekeliling. Nilai yang dapat kita ambil iktibar juga adalah nilai mencintai ilmu. Sebagaimana seorang mukmin sedia tahu, sebagaimana ajaran Al-Quran Allah berfirman supaya umatnya mencintai dan menuntut ilmu. Bahkan ada hadis dari para sahabat mengatakan tuntutlah ilmu sehingga ke negara China. Sepanjang kehidupan kita wajib menuntut ilmu supaya dapat memperbaiki kesilapan dan kejahilan pada masa lampau. Sesebuah tamadun menjadi lebih maju dan dipandang tinggi apabila terlahirnya tokoh-tokoh ilmuwan yang bijaksana dan menjadi pakar dalam sesuatu bidang dan menjadi contoh kepada tamadun-tamadun yang lain. Akhir sekali, nilai yang dapat saya huraikan adalah nilai kemanusiaan. Setiap tamadun tidak akan mengalami kemajuan sekiranya masyarakat tidak bekerjasama dan tolong-menolong dalam membantu membina dan mengembangkan tamadun mereka.
b) Pada pendapat saya, pembelajaran menerusi projek dan tugasan lapangan sangatlah membantu saya untuk menambah kefahaman terhadap kursus TITAS. Hal ini kerana, saya dapat meneroka setiap bidang ilmu dengan lebih meluas dengan bantuan teknologi dan juga dapat mendengar pelbagai pendapat oleh ramai responden yang telah ditemuramah untuk penghasilan video dan sebagainya. Pembelajaran tamadun ini bukan semata-mata hanya dapat diperoleh dari pembelajaran di dalam kelas sahaja, ilmu yang amat bernilai ini dapat saya terokai dengan meluas di mana-mana kerana pembelajaran tamadun ini adalah bukan sejarah, namun tamadun ini adalah berterusan. Oleh sebab itu, pembelajaran tamadun ini amat penting untuk memperbaiki tamadun pada zaman sekarang dan lebih penting untuk menambahbaikkan tamadun-tamadun akan datang.
|
|
|
Post by khalisyah on Dec 27, 2015 9:41:42 GMT
KHALISYAH CHE HASHIM 2015218708 DS240 - A
a) Apa nilai ketamadunan yang anda perolehi
Terdapat banyak nilai ketamadunan yang saya perolehi sepanjang sesi pembelajaran ini. Antaranya, nilai kepercayaan (keagamaan), nilai kemanusiaan dan keilmuan. Pertama sekali, setiap tamadun yang dipelajari mempunyai kepercayaan tersendiri walaupun tidak semua bersandarkan kepercayaan kepada Tuhan. Peranan agama dan kepercayaan dalam pembentukan sesebuhan tamadun amat penting kerana ia membantu memantapkan struktur sosial dan intelektual tamadun serta menjadi penggerak kepada anjakan paradigma sesebuah tamadun. Dari sudut kemanusiaan, nilai-nilai murni atau moral values amat penting bagi mewujudkan sebuah tamadun yang berjaya. Dalam erti kata lain, kehalusan dan akhlak yang mulia perlu ada dalam diri individu bagi memantapkan nilai kemanusiaan seseorang. Dari sudut keilmuan, saya perlajari bahawa ilmu itu amat penting bukan sahaja dalam memajukan sesebuah tamadun malah juga telah terbukti penting dalam kewujudan sesebuah tamadun. Kelahiran tamadun Islam adalah berasaskan kepada ilmu yang diturunkan Allah S.W.T atas saranan supaya membaca. Namun begitu, konsep mencari ilmu dalam Islam berbeza dengan tamadun lain kerana haruslah berlandaskan konsep Tauhid.
b) Adakah pembelajaran menerusi projek (cth:penghasilan video) dan tugasan lapangan dapat menambah kefahaman anda terhadap Kursus TITAS
Ya. Menerusi projek menginterview responden, saya dapat mengetahui pelbagai pendapat orang ramai yang amat diverse tentang ketamadunan dan pendapat secara general walaupun interviewee tidak mengikuti kursus TITAS. Sesi pembelajaran dengan menonton video di laman web e-citac pula telah membantu saya belajar dengan lebih santai kerana saya dapat mengulangi video tersebut sekiranya ketinggalan dan dapat menonton videos secara berulangkali. Menerusi tugasan lapangan melalui e-citac ini, semangnya saya dapat menambah kefahaman dan memantapkan kefahaman saya terhadap kursus ini.
|
|
|
Post by nabila wahab on Dec 27, 2015 14:17:27 GMT
nur nabila bt abdul wahab 2015477642
a) Apa nilai ketamadunan yang anda perolehi
Melalui pembelajaran ini, ia memberi satu sorotan tentang susur galur perkembangan tamadun-tamadun tersebut yang berjaya memelihara dan mengekalkan nilai-nilai tradisinya sehinnga masa kini. Oleh itu, nilai-nilai tradisi tersebut perlu diketengahkan supaya tidak dilihat sebagai bahan sejarah dan sudah tidak praktikal lagi. Memandangkan generasi muda kini sudah mula lupa dengan pengajaran dan teladan sejarah peradaban manusia silam. Akibatnya, generasi tersebut mudah terdedah kepada budaya kebaratan yang berkiblatkan nilai-nilai hedonistic, materialistik dan budaya-budaya songsang yang lain. Jadi, fenomena yang berlaku tersebut, nilai-nilai asasi yang ada pada setiap tamadun perlu dipelihara dan disegarkan untuk dihayati dan dipraktikkan dalam kehidupan generasi pada masa kini dan mendatang.
b) Adakah pembelajaran menerusi projek (cth:penghasilan video) dan tugasan lapangan dapat menambah kefahaman anda terhadap Kursus TITAS
Pada pendapat saya, pembelajaran melalui projek dan tugasan lapangan adalah amat menarik dan lebih mudah difahami. Kaedah pembelajaran ini lebih merangsang minda kerana ia bersifat dinamik dan praktikal berbanding pembelajaran di dalam. Ia juga mencabar minda dan memerlukan saya untuk berfikiran lebih kritis dan seterusnya memperolehi kefahaman yang lebih jelas.
|
|
|
Post by Admin on Dec 27, 2015 18:33:35 GMT
Terima kasih kepada semua yang telah post refleksi masing-masing. Syabas kepada semua. Saya harap pelajar2 semua dapat memperoleh input tambahan dengan pembelajaran kendiri (self regulated learning) dan pembelajaran atas talian (online learning) dan tidak hanya tertumpu di dalam kelas. Apa pandangan anda pula dengan pembelajaran atas talian (online learning) beserta bahan-bahan pembelajaran lanjutan yang disediakan?
Sebagai seorang pelajar yang diwajibkan mengambil Kursus TITAS, apakah kaedah pembelajaran yang paling bersesuaian, menarik dan memberi manfaat untuk penerapan nilai dan penguasaan pengetahuan di dalam kursus ini?
|
|
|
Post by Admin on Dec 27, 2015 18:37:12 GMT
Tahniah Nabila. Teruskan usaha kerana anda di antara pelajar yang agak aktif di atas talian. Semoga anda bertambah cemerlang.
|
|