|
Post by Admin on Dec 27, 2015 18:40:24 GMT
Tahniah kepada najwa, nekadeela dan amirulmukmin...anda juga adalah di antara pelajar yang aktif di atas talian. Semoga banyak manfaat yang telah diperolehi di dalam talian dan projek. Semoga anda semua terus cemerlang.
|
|
|
Post by Admin on Dec 27, 2015 18:42:26 GMT
Tahniah kepada semua yang telah terlibat. Usatzah berharap agar ada nilai-nilai ketamadunan yang diperolehi daripada kursus ini dan tidak hanya terhad di dalam kuliah sahaja. Kongsikan pengalaman anda semua menerusi aktiviti pembelajaran menerusi projek di lapangan, projek video dan aktiviti-aktiviti di atas talian. Semoga anda semua cemerlang di dalam peperiksaan.
|
|
|
Post by sakinah on Dec 28, 2015 6:43:30 GMT
SAKINAH BINTI HAMUDDIN 2015403182 DS2401A
a) Apa nilai ketamadunan yang anda perolehi
Nilai Kehalusan Nilai ini adalah sangat penting bagi saya kerana nilai inilah yang dapat membantu kita untuk menjadi lebih baik dari semalam, juga, menjadi terbaik antara yang terbaik. Kehalusan dapat membentuk peribadi diri kita yang lebih lemah lembut, lebih bertamadun yang penting bagi kita memajukan diri kita untuk menjadi muslimin dan muslimah yang lebih baik
Nilai Bekerjasama Nilai ini juga penting kerana tanpa kerjasama contohnya kerjasama antara pemerintah dan rakyat, sesebuah tamadun itu tidak akan mencapai tahap kemajuan yang diingini. Kerjsama dengan tamadun lain juga penting bagi lihat sesuatu benda dalam pelbagai perspektif dan ini dapat menambah kreativiti masyarakat lantas memajukan sesebuah tamadun itu dengan jayanya kerana pemikiran di luar kotak adalah diperlukan untuk hasil yang luar biasa.
Nilai Mementingkan Ilmu Pengetahuan Umumnya, kita tahu bahawa ilmu pengetahuan adalah salah satu daripada akar bagi sesebuah tamadun itu berjaya. Ilmu pengetahuan amatlah penting untuk kita meluaskan ilmu pengetahuan kita tentang alam yang indah yang dicipta oleh Allah swt ini dengan lebih teliti dan jelas. Lantas, kita boleh memanfaatkan ilmu yang kita peroleh sama ada ilmu sains dan teknologi mahupun ilmu agama, dalam pelbagai aspek dalam kehidupan kita.
b) Adakah pembelajaran menerusi projek (cth:penghasilan video) dan tugasan lapangan dapat menambah kefahaman anda terhadap Kursus TITAS?
Pada pendapat saya, pembelajaran menerusi projek dan tugasan lapangan justeru dapat menambah kefahaman saya terhadap kursus TITAS. Ini adalah kerana bahan-bahan ini dapat membuka mata saya dengan lebih luas dan menambahkan pengetahuan saya terhadap pembelajaran TITAS yang menarik ini.
|
|
|
Post by farizasabri on Dec 28, 2015 14:58:15 GMT
NUR FARIZA ZAHIRAH BINTI SABRI 2015428828 GROUP B
NILAI KETAMADUNAN YANG DIPEROLEHI
Nilai ketamadunan yang diperolehi ialah kita haruslah menerapkan sifat kehalusan dalam diri kita. Kehalusan kepada Allah SWT dan kehalusan kepada masyarakat. Maknanya, kita haruslah mempunyai hubungan yang baik dengan pencipta kita iaitu Allah SWT dan juga mempunyai hubungan yang baik dengan orang disekeliling kita. Kita juga haruslah mempunyai nilai-nilai murni dalam diri kta seperti mempunyai sifat yang sentiasa bersyukur.
Adakah pembelajaran menerusi projek (cth:penghasilan video) dan tugasan lapangan dapat menambah kefahaman anda terhadap Kursus TITAS
Pembelajaran menerusi projek dan tugasan lapagan dapat menambah kefahaman saya terhadap kursus TITAS. Melalui tugasan seperti ini, saya dapat mendedahkan diri kepada suasana persekitaran luar dan saya dapat melihat nilai ketamadunan yang terdapat dalam diri masyarakat disekeliling.
|
|
masyi
New Member
Posts: 7
|
Post by masyi on Dec 28, 2015 15:42:20 GMT
MASYITAH BINTI MOHD ZAIRI
2015418394
GROUP B
A. Nilai Ketamadunan Nilai ketamadunan yang dapat saya pelajari melalui pembelajaran kali ini adalah nilai ketuhanan. Tamadun yang mendambakan belas kasihan tuhan terhadap dirinya dapat membantu masyarakat untuk mempunyai matlamat hidup yang jelas di dalam dirinya. Di samping itu, nilai ketuhanan yang baik di dalam diri masyarakat akan turut membantu masyarakat untuk mempunyai kehalusan di dalam diri mereka lalu akan melahirkan peradban yang tertinggi.
B. Pendapat Tentang Tugasan Lapangan Tugasan lapangan dapat menambahkan ilmu baru kepada diri saya. Contohnya, Mahmud Ghazni, doktrin kepercayaan Tamadun China. Video- video yang disediakan turut membantu saya untuk memahami pembelajaran tentang tamadun dengan lebih baik.
|
|
|
Post by sarahathirah on Jan 4, 2016 10:45:37 GMT
SARAH ATHIRAH BINTI RIZAL
2015229668
DS240(GROUP A)
1.APA NILAI KETAMADUNAN YANG ANDA PEROLEHI
Antara nilai yang saya peroleh ialah , nilai kehalusan . Semakin halus seseorang itu , semakin tinggi ketamadunannya . Apabila terdapat sahaja nilai ini , secara automatik seseorang itu akan menunjukkan sikap-sikap mahmudah . Seterusnya , nilai yang saya peroleh ialah nilai keagamaan . Tamadun dan agama tidak dapat dipisahkan . Hampir semua tamadun mempunyai agama tersendiri . Agama merupakan tunjang sesebuah tamadun . Hal ini kerana dengan adanya agama , tamadun tersebut akan menjadi aman dan harmoni . Selain itu , nilai yang saya peroleh ialah kepentingan ilmu . Tanpa ilmu , sesebuah tamadun takkan maju dan akan ketinggalan . Dengan adanya ilmu , semakin banyak sumbangan yang dapat disumbangankan . Kerana ilmu juga , Islam dipandang tinggi . Tokoh-tokoh seperti Ibnu Sina , Ibnu Khaldun dan lain lain telah mengharumkan agama Islam . Sumbangan-sumbangan mereka masih digunakan oleh seluruh dunia sehingga hari ini .
2. ADAKAH PEMBELAJARAN MENERUSI PROJEK DAN TUGASAN LAPANGAN DAPAT MENAMBAH KEFAHAMAN ANDA TENTANG TITAS?
Ya . Dengan cara ini , pembelajaran titas menjadi lebih menarik . Pelajar dapat memperoleh ilmu tambahan . Setelah mejalankan segala tugasan dan projek , ia telah membuka mata saya tentang betapa pentingnya mengetahui sejarah yang telah berlaku untuk dijadikan pengajaran . Selain itu , dengan adanya tugasan dan projek ini , ia membuat pelajar lebih mudah untuk mengingati segala pembelajaran yang telah dipelajari .
|
|
|
Post by sarahathirah on Jan 4, 2016 10:47:16 GMT