|
Post by shirlyn on Dec 18, 2014 19:41:04 GMT
Refleksi Tamadun India 1) -Pengaruh Islam dapat dilihat melalui pembianaan Taj Mahal oleh Shah Jahan. -Taj Mahal(Permata Seni Bina Islam) dipengaruhi oleh corak bianaan yang berasal dari Parsi, Turki, India dan Islam. -Agra Fort mempunyai persamaan dari segi struktur dan ukiran dengan Taj Mahal. Zaman Asoka- pintu gerbang(pengaruh Buddha) Zaman Gupta- Kuil(untuk tujua keagamaan,dan konsep asas ditentukan oleh golongan Brahmin) Zaman Maurya-Tiang Asoka Zaman Chola- Kuil Brigathiswarar Zaman Vedik- Kuil dua
Refleksi Tamadun 2) Pencapaian Tamadun India: Kesenian: - seni halus (tarian, muzik, dan drama). Natya Sastera karya yang menerangkan semua jenis seni, tarian Bharata Natyam dan Kathak. Sains dan Teknologi: -bidang matematik, astronomi, fizik, kimia dan Logam Seni Lukis: -Candi dan kuil dilukis dengan lukisan yangmenggambarkan unsur-unsur keceriaan dan keagamaan.
Seni Bina -Ditentukan oleh peraturan, perancangan, pemilihan tapak, mitologi dan astronomi -Struktur yang penting ialah Shikara, Vimana, Ratha dan Gopuram -2 bentuk bulat dan empat segi. Kuil bukan tempat ibadat tetapi tempat suci dan pusat menghimpunkan rakyat dari pelbagai lapisan. -Seni bina Islam merupakan gabungan unsur-unsur Arab, Parsi dan tempatan (Taj Mahal)
Perbezaan suasana antara Tamadun India yang lampau dan sekarang: Lampau: -Dibelenggu kemiskinan -perbezaan social antara rakyat -Amalan songsang
Sekarang -Peningkatan dari segi sosial, teknologi dan ilmu pengetahuan yang membantu rakyat untuk menjalankan kehidupan yang lebih stabil.
Faktor perkembangan Tamadun India: -Kemajuan dari segi segi ekonomi. Kekayaan ekonomi membantu perkembangan. -Sistem pemerintahan dan pentadbiran yang licin memberi peluang tamadun ini untuk menjadi salah satu tamadun yang besar. -Mempunyai tenaga pekerja yang ramai dalam melaksanakan matlamat.
|
|
|
Post by farhanah on Dec 19, 2014 0:52:43 GMT
assalamualaikum wbt. Refleksi bagi Tamadun India: Pada pendapat saya, input yang saya dapat daripada video- video yang disediakan ialah seni bina tamadun India itu sendiri. seni bina Tamadun India dipengaruhi faktor persekitaran dan cuaca. 1)Shah Jahan, pemerintah Zaman Moghul yang amat meminati bidang seni bina. Bidang seni bina mencapai kemuncaknya pada zaman pemerintahan baginda. Bangunan yang terkenal iaitu Taj Mahal dibina atas arahan Shah Jahan untuk memperingati isteri kesayangannya, Mumtaz Mahal yang merupakan satu keajaiban dunia. Taj Mahal berbentuk oktagen dan dibina di atas podium (pentas) batu marmar putih. Bangunan ini mempunyai empat menara di empat penjuru podium. Bangunan ini juga mempunyai bilik yang terbahagi kepada lapan bahagian dengan ukiran marmar kaca pada makam Shah Jahan dan isterinya. Pengaruhtamadun Islam dalam senibina Tamadun India dapat dilihat pada seni bina taj mahal ini yang mana hiasannya terdiri dari ayat al-Quran, ditulis dengan ukiran khat thuluth menjadi hiasan seni hiasan utama Taj Mahal. selain itu, terdapat taman luas yang dibina dengan bentuk lekungan yang menampakkan ciri Tamadun Islam.Seterusnya, terdapat corak hiasan bungan bungaan dan geometri yang menunjukkan kekuasaan Tuhan dan alam sekitar.
2)Perbezaan seni bina tamadun India bagi setiap zaman Zaman Asoka : Seni pada pintu gerbang dipengaruhi oleh agama Buddha
Zaman Maurya : Seni bina tiang asoka
Zaman Chola : Seni bina kuil Brigathiswarar di Thanjavur
Zaman Vedik : Kuil dua dia Bhaja, Ajantha, Ellora, Mahapallipuram *Agama hindu menekankan simbol empat segi
*Agama Buddha menekankan bentuk condong dan bulat
*Seni binanya mempunyai 4 struktur penting
Zaman Gupta : 1. Shikara (bentuk kereta kuda orang Aryan)
2. Vimana (kuil yang berbentuk pencampuran piramid bertingkat & lambang seni bina kuil selatan India)
3. Ratha (batu tunggak diukir menjadi bentuk binatang)
4. Gopuram (menandakan pintu masuk utama ke kompleks kuil).
|
|
|
Post by farahana on Dec 19, 2014 1:05:28 GMT
REFLEKSI TAMADUN INDIA
REFLEKSI TAMADUN 1
Kesenian tamadun india dapat dilihat pada seni bina taj mahal. Binaan ini mempunyai pengaruh senibina parsi, turki, india terutamanya islam. Ia turut dikatakan sebagai 'permata senibina islam'.
Pengaruh seni bina islam terhadap binaan taj mahal; 1) Mempunyai 4 menara yang lebih kurang 46m menghiasi setiap penjuru. 2) Didirikan di hujung sebuah taman yang luas dengan pintu masuk membentuk lengkungan yang menawan menyerupai masjid. 3) Mempunyai hiasan berunsurkan jambangan bunga dan geometri mencerminkan simbolik antara alam sekitar dan tanda keagungan tuhan. 4) Ayat al-quran dan ukiran huruf khat thuluf islam menjadi hiasan utama Taj Mahal.
perbezaan seni bina bagi setiap zaman di india; 1)Zaman Vedik, banyak bangunan keagamaan diubahsuai oleh orang2 agama buddha. 2)Zaman Maurya, tiang Asoka merupakan contoh kemegahan seni bina india. 3)Zaman Gupta, binaan kuil untuk penyebaran agama. Seni ukir & seni bina berjaya mencapai zaman kegemilangannya. Kalangan Brahmin yang menentukan konsep asas binaan. 4)Zaman Chola, kuil Brigathiswarar menunjukkan keunikan seni bina dari segi coraknya.
|
|
|
Post by anuartomy on Dec 19, 2014 2:41:36 GMT
Refleksi 1
Tamadun India telah berjaya membina pelbagai jenis seni bina yang menjadi keagungan pasa zaman tersebut . Taj Mahal , Bangunan kuil dewa Govinda , tiang Asoka , Masjid Moti , Masjid MUtiara dan sebagainya . Taj Mahal merupakan contoh seni bina tamadun India yang mempunyai pengaruh Islam . Taj Mahal mempunyai hiasan berunsurkan jambangan bunga dan corak geometri yang melambangkan alam sekitar dan keagungan Tuhan . Taj Mahal juga dihiasi dengan ayat_ayat Al-Quran dan mempunyai pintu masuk yang berbentuk lengkungan yang mirip masjid .
Pada zaman Maurya, bidang seni bina dan seni ukir India berkembang maju. Tiang Asoka merupakan contoh terbaik kemegahan seni bina dan seni ukir India. Pada zaman Gupta, senibina dan seni ukir mencapai kegemilangannya. Di India Utara, Stupa Sanchi, imej Buddha dan Bodhisattva adalah antara lambang kemegahan seni bina India. Ukiran Gua Ajanta dan Ellora serta duit syiling India zaman Gupta membuktikan seni ukir India yang tinggi nilainya. Di India Selatan, kuil batu Mamallapuram yang dibina oleh raja Pallava menunjukkan corak seni bina dan seni ukir kompleks yang mengagumkan. Pada zaman Chola, kuil Brigathiswarar yang dibina di Thanjavur menunjukkan keunikan corak seni bina bangunan kuil ini, dan masih menjadi misteri dalam seni bina India.
Refleksi 2 Perbezaan seni bina bagi setiap zaman -Zaman Asoka : Seni pada pintu gerbang dipengaruhi oleh agama Buddha Zaman Maurya : Seni bina tiang asoka Zaman Chola : Seni bina kuil Brigathiswarar di Thanjavur Zaman Vedik : Kuil dua dia Bhaja, Ajantha, Ellora, Mahapallipuram *Agama hindu menekankan simbol empat segi *Agama Buddha menekankan bentuk condong dan bulat *Seni binanya mempunyai 4 struktur penting Zaman Gupta : 1. Shikara (bentuk kereta kuda orang Aryan) 2. Vimana (kuil yang berbentuk pencampuran piramid bertingkat & lambang seni bina kuil selatan India) 3. Ratha (batu tunggak diukir menjadi bentuk binatang) 4. Gopuram (menandakan pintu masuk utama ke kompleks kuil). refleksi tamadun 2: Pencapaian tamadun india:- ekonomi: - 2nd largest agriculture country -largest employer in the world for working in railways -one of the six countries to launch satellite -3rd largest economy by purchasing power parity in 2014,up to 25% of world population having indian workers -largest consumer of jewels -worlds fastest growing IT sector world's 12th largest economy
culture and building developments: -8 dance forms -29 major languages -largest population to be speaking in english -5100 town -20 core cities -7 wonders of india -2000 ethnic groups
the difference between the past civilisation and current is how they develop the knowledge and how they use it to develop their buildings,empowers many languages and how they vastly manage to improvice their lifestyle becoming more advance in IT and can challenge the world with its advance development.
|
|
|
Post by nikamalia on Dec 19, 2014 3:31:49 GMT
NIK AMALIA ZAINAB BINTI NIK MOHAMED
Taj Mahal merupakan salah satu seni bina tamadun India yang terkenal. Taj Mahal dibina daripada batu marmar berwarna putih, mozek dan batu-batu permta seperti jed, kristal, dan sebagainya. Monumen ini merupakan seni bina Mughal yang terbaik kerana menggabungkan seni bina Parsi, India dan Islam serta dikatakan permata seni bina Islam. Taj Mahal mempunyai empat menara yang panjangnya lebih kurang 46m menghiasi setiap penjuru. Ini merupakan ciri-ciri seni bina Islam yang berunsurkan binaan menara yang tinggi. Taj Mahal juga didirikan di hujung sebuah taman yang luas dengan pintu masuk berbentuk lengkungan yang menawan menyerupai sebuah masjid. Hal ini kerana seni bina Islam biasanya mempunyai bentuk binaan yang menyerupai bentuk masjid lapangan. Seterusnya, terdapat hiasan yang berunsurkan jambangan bunga dan geometri mencerminkan simbolik antara alam sekitar dan tanda-tanda keagungan-Nya. Ini merupakan ciri-ciri corak hiasan seni bina Islam. Ayat Al-Quran pula menjadi hiasan utama Taj Mahal dan ukiran Khat Thuluth Islam menjadi seni huruf utama di Taj Mahal. Semua perkara ini merupakan pengaruh tamadun Islam terhadap seni bina Taj Mahal. Salah satu contoh seni bina tamadun India yang lain yang mempunyai pengaruh Islam ialah Agra Fort. Agra Fort terletak di hujung utara barat Shah Jahan Taman pada hari ini yang mengelilingi Taj Mahal dan bersama-sama mewujudkan perpaduan monumental. Kubu pertahanan ini merupakan bandar imperialis semasa pemerintahan Moghul dengan dinding batu pasir merah yang merangkumi kepungannya sepanjang 2.5 km. Dinding ini mempunyai dua pintu iaitu Pintu Delhi dan Amar Singh Gate di mana pintu asal adalah melalui Pintu Delhi yang membawa kepada ruang dalaman iaitu Hathi atau Elephant Gate. Amar Singh Gate terletak di selatan dan diperkenalkan sebagai Akbar Darwaja pada asalnya dan mempunyai beberapa persamaan dengan Pintu Delhi. Persamaan tersebut ialah jambatan angkat, lencongan berbahaya di pintu masuk dan tanjakan yang diturap dengan batu-bata. Bentengnya terdiri daripada pelbagai jenis istana yang mewah. Jehangiri Mahal mempunyai muka depan yang amat mengagumkan dan menghadap kepada gelanggang yang menghala kearah barat. Bangunan ini juga mempunyai pintu gerbang, gerbang perhiasan dan sebuah menara octagon bersebelahan dengan menara ini. Beberapa bangunan dibuat daripada batu marmar tulen dengan ukiran yang cantik. Semua monumen ini menandakan apogee seni Indo-Islam yang kuat dengan pengaruh Parsi dalam seni Timurid. Bahagian atas menara ini dibina menggunakan tembaga manakala lantai pada tingkat terbawah dibina menggunakan marmar. Garden of Grapes adalah dataran utama bahagian rumah untuk wanita atau ruang tamu untuk wanita diraja. Kawasan pedalaman telah dihiasi dengan corak bunga dan geometri. Setiap aspek seni bina banyak dipengaruhi oleh budaya tanah bulan di mana seni bina ini gabungan harmoni antara seni bina India dan Islam. Masjid di Agra Fort direka khas untuk mahkamah wanita dan dicirikan sebagai Ladies Baazar di mana hanya peniaga wanita yang menjual.
Zaman Gupta Binaan seperti kuil dipercayai penting untuk penyebaran agama. Agama Hindu menekankan bentuk empat segi manakala agama Buddha lebih kepada bentuk bulat. Seni bina zaman Gupta mempunyai empat struktur penting iaitu Shikara, Vimana, Ratha dan Gopuram. Shikara bermaksud bentuk kereta kuda orang Aryan. Vimana pula ialah kuil yang berbentuk pencampuran piramid bertingkat dan menjadi lambang seni bina kuil selatan India. Ratha adalah batu tunggak yang diukir menjadi bentuk binatang. Gopuram menandakan pintu masuk utama ke kompleks kuil. Zaman Maurya Seni bina berkembang maju pada zaman ini. Contoh terbaik kemegahan seni bina India ialah Tiang Asoka. Zaman Chola Kuil Brigathiswarar di Thanjavur menunjukkan keunikan corak seni bina. Zaman Vedik Banyak bangunan keagamaan diubahsuai oleh orang-orang agama Buddha semasa pemerintahan Maharaja Asoka.
Tamadun India telah mencapai kegemilangan dalam pelbagai bidang dan memberikan sumbangan yang besar kepada peradaban dunia seperti : a) Sains dan teknologi -Geometri: Digunakan dlm upacara keagamaan seperti upacara pengorbanan. -Algebra: Mempunyai algebra sehingga mereka dapat membezakan diantara nombor abstrak dengan nombor kuantiti objek atau keluasan ruang. -Angka sifar : Tamadun India juga memperkenalkan angka sifar. Hal ini dapat dilihat dalam transkrip awal India yang ditemui di Gujerat thn 595 m membuktikan bahawa tamadun India telah menggunakan simbol Yunani, Romawi & Hebrew. -Perpuluhan matematik: Dicipta semasa tamadun India dan ciptaan mereka telah diambil oleh orang arab. Sebagai bukti, ilmu matematik dinamakan oleh orang Arab sebagai Hindisat.
b) Astronomi & Kalendar -digunakan untuk menentukan masa upacara pengorbanan. -kalendar matahari dicipta untuk mengenal musim, tahun, bulan dan hari. -bidang Astrologi berkembang pada zaman Gupta c) Fizik -konsep jirim lahir bukan berdasarkan kepada eksperimen tetapi berasaskan kepada institusi logik akal. -alam semesta dijelaskan oleh tamadun India mempunyai lima elemen iaitu tanah, angin, api, air dan angkasa dan semua unsur alam ini adalah bercirikan atom
d) Kimia -tamadun india menghasilkan ubat bertujuan untuk memanjangkan usia, membuat racun dan lain-lain -penciptaan beberapa bahan alkali utama, asid dan garam logam dihasilkan melalui proses kimia perubatan. -ubat bedil juga dihasilkan melalui proses yang mudah seperti pembakaran & penyulingan.
e) Logam -tamadun India memperlihatkan kemahiran yang tinggi dalam pertukangan besi dan ini boleh dilihat dengan jelas pada tiang besi di Delhi dlm abad ke 5 Masihi. Tiang tersebut merupakan setinggi 7 meter dan kelebihannya ialah tahan karat. -barangan keluaran tamadun India mendapat pengiktirafan daripada tamadun lain seperti tamadun Romawi dan Asia Barat.
6.Perubatan : -sejak zaman Veda lagi tamadun India mempunyai kemahiran dlm bidang perubatan dan bagi mereka ilmu perubatan merupakan ilmu sihir. -perkembangan bidang fisiologi, pembedahan, seni pernafasan, reproduksi mausia, farmakologi dan veterinari telah berlaku sejak zaman sebelum masihi lg. -karya perubatan telah banyak dihasilkan. Sebagai contoh, Caraka yang dihasilkan pada abad 1 Masihi Susruta yang dihasilkan dalam abad ke 4 Masihi. Karya ini dikatakan setanding dengan karya perubatan Hippocrates dan Galen dari Yunani. Perbezaan antara suasana tamadun India yang lampau dan sekarang banyak berlaku selepas kedatangan Islam. Islam terlebih dahulu dianuti oleh golongan kasta rendah(sudra). Mereka merasakan Islam telah mengangkat harga diri dan nilai kemanusiaan dari ditindas dan diperhambakan dari golongan kasta tinggi.Islam telah mengembalikan hak asasi dan martabat wanita. Kaum wanita Hindu yang masuk Islam di beri hak asasi sebagai wanita yang bebas dan terhormat. Sebelumnya wanita yang kematian suami tidak berhak hidup, mereka harus membakar diri bersama mayat suaminya (sutee). Islam telah memberi hak pusaka dan lain-lain. Islam telah menghadiahkan kebersihan kepada kaum India, penganut Hindu menganggap kotoran sebahagian ibadah yang menyampaikan seseorang hamba ke alam nirwana. Islam telah mencorakkan pola pemikiran bangsa India, sebelumnya mereka jauh dari peradaban dan tamadun yang dapat dibanggakan. Ilmu-ilmu Islam telah berkembang di tanah India dengan subur, dari kerana itu lahirlah ulama-ulama besar bertaraf antarabangsa yang mempunyai ilmu yang luas dan mendalam contohnya ilmu hadis. Imam Ahmad b Abdul rahim (Syah Waliyullah al Dahlawi).
Faktor perkembangan peradaban India a) Pertambahan penduduk India mempunyai populasi yang ramai. Apabila ada masyarakat India yang berhijrah ke negara-negara lain, secara tidak langsung mereka memperkenalkan budaya India ke seluruh dunia. b) Hubungan perdagangan Pedagang memainkan peranan yang penting dalam menyebarkan tamadun India ke tamadun-tamadun lain.
|
|
|
Post by farahana on Dec 19, 2014 3:37:36 GMT
REFLEKSI TAMADUN 2
Tamadun india mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang iaitu;
1) Kesenian dalam pembangunan. contoh: sun temple,taj mahal,hawa mahal 2) Negara pertanian terbesar kedua di dunia 3) Mencatat penduduk yang ramai di sebuah negara 4) Kaya dengan pelbagai jenis festival dan tarian 5) Mempunyai 29 bahasa utama yang digunakan 6) Bidang IT yang berkembang pesat di dunia 7) Tentera yang paling ramai kedua di dunia 8) Tentera udara dan tentera laut yang kuat di dunia
Beza suasana tamadun india dahulu dengan sekarang ialah dahulu india masih mengamalkan nilai hidup yang penuh keganasan, dan sistem hamba abdi. Namun sekarang mereka mampu mencapai negara ketiga yang paling berkembang pesat ekonominya di dunia mengalahkan negara lain. Malahan masyarakat india bertutur bahasa inggeris dalam kehidupan seharian sehingga mampu mendapat kerja yang diinginkan.
Faktor perkembangan peradaban india; 1) Mempunyai undang2 yang tegas lalu mendisiplinkan rakyat 2) Pemimpin yang bijak merancang kemajuan negara 3) Rakyat yang rajin bekerja walaupun hanya sebagai buruh 4) Menjadikan barat sebagai ikon dalam kemajuan negara
|
|
lyana
New Member
Posts: 6
|
Post by lyana on Dec 19, 2014 13:54:17 GMT
Lyana binti Abd. Rahim
REFLEKSI 1
SUMBANGAN DALAM SENI BINA 1)Taj Mahal-mempunyai 4 menara yg menandakan binaan menara yg tinggi. -mempunyai lengkungan yg menawan. -jambangan bunga dan geometri merupakan simbolik antara alam sekitar dan keagungan Tuhan. -ayat Al-Quran dan ukiran huruf khat thuluth Islam.
2)Masjid Moti/Masjid Mutiara
3)Pintu Gerbang-dipengaruhi oleh agama Buddha
4)Agra Fort-mengelilingi Taj Mahal. -mempunyai pintu Delhi dan Amar Singh Gate. -mempunyai Menara Octagon/Musamman Burj. -Seni bina tanah bulan. -Masjid
PERBEZAAN SENI BINA SETIAP ZAMAN 1)ZAMAN GUPTA *Kuil-tempat penyebaran agama -konsep asas oleh golongan Brahmin -agama Hindu menekankan empat segi;agama Buddha lebih kpd bentuk bulat.
*4 struktur penting-Shikara -Vimana -Ratha -Gopuram
2)ZAMAN MAURYA *Tiang Asoka
3)ZAMAN CHOLA *Kuil Brigathiswarar
4)ZAMAN VEDIK *Bangunan keagamaan-diubahsuai oleh org Buddha -kuil di Bhaja,Ajantha, Ellora, Mahapallipuram.
REFLEKSI 2
PENCAPAIAN TAMADUN INDIA DALAM PELBAGAI BIDANG -negara pertanian kedua terbesar -mempunyai tentera udara, tentera bersenjata dan tentera laut -mengimport senjata -penggunaan IT yang terpesat -pengguna emas dan pengeluar susu -Satelit berjaya dilancarkan
SUASANA TAMADUN INDIA YG LAMPAU DAN SEKARANG 1)ZAMAN LAMPAU Pada pendapat saya,kebanyakan org india pada zaman itu tiada pekerjaan.Maka,mereka mempunyai taraf hidup yg rendah dan kebanyakannya adalah miskin. Mereka juga lebih menumpu kepada aktiviti keagamaan.
2)ZAMAN SEKARANG Taraf hidup org india berubah menjadi tinggi. Ini oleh sebab,kemajuan dari segi ekonomi,ketenteraan, pendidikan dan pertanian negara mereka. Tambahan pula, penciptaan teknologi yg canggih mempermudahkan pelbagai aktiviti harian mereka.
FAKTOR PERKEMBANGAN PERADABAN INDIA -Sifat kepimpinan seseorang pemimpin di India. -Rakyatnya taat setia kepada pemimpin dan negara. -Kepercayaan org India yg kuat. -Sifat kemahuan utk mencari perubahan positif terhadap diri dan negara mereka.
|
|
|
Post by izzahfazira on Dec 19, 2014 14:46:01 GMT
Refleksi 1:
Perkembangan seni bina tamadun India dipengaruhi persekitaran dan cuaca. Kesan pengaruh Islam terhadap kesenian seni bina India yang terbesar dapat dilihat dengan jelas pada binaan Taj Mahal. Seperti yang dinyatakan di dalam video , terdapat 4 aspek islam yang dapat dilihat seni bina Taj Mahal iaitu: • 4 menara (46 m) berunsurkan menara tinggi menghiasi setiap penjuru. • Didirikan di hujung sebuah taman yang luas dengan pintu masuk berbentuk lengkungan menawan menyerupai masjid. • Corak hiasan seni bina Islam: o Berunsurkan jambangan bunga & geometri – mencerminkan simbolik antara alam sekitar dan tanda-tanda keagungan Tuhan. • Ayat Al-Quran menjadi hiasan utama Taj Mahal & ukiran huruf Khat Thuluth Islam.
Perbezaan seni bina bagi setiap zaman di India: • Zaman Asoka: o Contoh: Taj Mahal & Masjid Moti/Masjid Mutiara. o Seni bina seperti pintu-pintu gerbang dipengaruhi agama Buddha. • Zaman Gupta: o Kuil – untuk penyebaran agama. o Konsep asas ditentukan oleh kalangan Brahmin. o Agama Hindu = simbol 4 segi. o Agama Buddha = simbol lebih condong kepada bentuk bulat. o 4 struktur penting seni bina: Shikara – bentuk kereta kuda orang Aryan. Vimana – kuil yang berbentuk percampuran pyramid bertingkat & menjadi lambing seni bina kuil selatan India. Ratha – batu tunggak diukir menjadi bentuk binatang. Gapuram – menandakan pintu masuk utama ke kompleks kuil. • Zaman Maurya: o Berkembang lebih maju. o Contoh: Tiang Asoka. • Zaman Chola: o Contoh: Kuil Brigathiswarar di Thanjavur. o Menunjukkan keunikan corak seni bina. • Zaman Vedik: o Bangunan keagamaan diubahsuai orang-orang agama Buddha semasa pemerintahan Maharaja Asoka. o Contoh: Kuil Dua di Bhaja, Ajantha, Ellora & Mahapallipuram.
Refleksi 2:
Pencapaian tamadun India: • Negara berkembang pesat dalam bidang IT. • Negara pertanian ke-2 terbesar di dunia. • Mempunyai tentera bersenjata ke-2 terbesar di dunia. • Mempunyai tentera udara ke-4 terbesar di dunia. • Mempunyai tentera laut ke-5 terbesar di dunia. • Mencapai kecemerlangan dalam bidang seni: seni halus, tarian drama, seni bina, seni ukir dan seni lukis. • Mencapai kecemerlangan dalam bidang sains: matematik, astronomi & calendar, fizik, kimia, logam dan perubatan.
Perbezaan suasana India pada zaman lampau dan zaman sekarang ialah: • Pada zaman dahulu penduduk india dibelengu kemiskinan. Ini kerana kurangnya peluang pekerjaan semasa zaman penjajahan. • Pada zaman sekarang penduduk India boleh dikatakan mempunyai kedudukan ekonomi yang stabil kerana telah bebas dari penajajahan. Peluang pekerjaan juga telah bertambah sehingga dapat menurunkan kadar kemiskinan dalam kalangan masyarakat India.
Faktor perkembangan peradaban India; • Kebebasan dari zaman penjajahan. • Pengaruh peradaban lain untuk maju. • Wujud interaksi antara peradaban India dengan peradaban lain: o Melalui perdagangan, perkahwinan dan sebagainya.
|
|
|
Post by nazihahothamanhs2441a on Dec 19, 2014 14:46:57 GMT
NOR NAZIHAH BINTI CHE OTHAMAN HS244IA
REFLEKSI 1
Seni bina Indo-Islam dibahagikan kepada dua fasa yang berbeza iaitu Zaman Kesultanan Delhi (1206M - 1526M) dan Zaman Moghul (1526M - 1803M). Pada Zaman Kesultanan Delhi(1193M), bangunan-bangunan yang dibina melambangkan seni bina Islam. Contohnya pembinaan Masjid Quwwat-ul-Islam yang melambangkan seni bina Delhi terawal. Masjid ini dibesarkan oleh pemerintah-pemerintah seterusnya iaitu Iltutmish (1203M) dan Alauddin Khilji (1296M - 1316M). Kutub Minar merupakan salah sebuah bangunan yang penting. Menara ini dibina oleh Qutbuddin Aibak dan disiapkan oleh Iltutmish. Pada asalnya tinggi menara ini hanya mencatatkan 75 meter tetapi menjadi 80 meter semasa pemerintahan Firuz Tughluq. Qutbuddin Aibak juga menyumbang kepada pembinaan sebuah masjid yang dikenali sebagai Adhai Din ka Jhonpara di Ajmer. Seni bina India mengalami perkembangan pesat semasa pemerintahan Alauddin Khilji. Beliau menyumbang kepada pembinaan Alai Darwuza, sebuah dewan yang berbentuk segi empat sama, mempunyai kubah yang dibina daripada batu pasir berwarna merah. Para pemerintah Zaman Tughluq juga menyumbang kepada kemajuan seni bina Islam di India. Contohnya, Muhammad bun Tughluq telah membina bangunan-bangunan seperti kubu di Adilabad, membina Bandar Jahanpanah di Delhi dan Daulatabad di Deccan, Ghiyasuddin Tughluq telah membina Bandar Tughlughabad , Firuz Tughlugh adalah pengasas Bandar Firozabad yang mempunyai sembilan masjid dan tiga istana serta beliau juga membina sebuah makam dan Nassirudin Mahmud Syah adalah pembina makam Kabiruddin Auliya (Lal Gumbad). Pencapaian kemuncak seni bina pada Zaman Moghul ialah zaman pemerintahan Akhbar. Baginda ialah penaung kepada perkembangan seni bina di India yang juga menggabungkan seni bina Hindu dan Muslim. Shah Jahan, pemerintah Zaman Moghul yang amat meminati bidang seni bina. Bidang seni bina mencapai kemuncaknya pada zaman pemerintahan baginda. Bangunan yang terkenal iaitu Taj Mahal dibina atas arahan Shah Jahan untuk memperingati isteri kesayangannya, Mumtaz Mahal yang merupakan salah satu tujuh keajaiban di dunia. Taj Mahal berbentuk oktagen dan dibina di atas podium (pentas) batu marmar putih. Bangunan ini mempunyai empat menara di empat penjuru podium. Bangunan ini juga mempunyai bilik yang terbahagi kepada lapan bahagian dengan ukiran marmar kaca pada makam Shah Jahan dan isterinya. Proses pembinaan bangunan ini telah melibatkan 20000 buruh yang kebanyakkan terdiri daripada orang Asia. Seni bina bangunan ini direka oleh arkitek Parsi, Ustad Isa Khan Effendi dan anak muridnya, Ahmad Ustad. Kubahnya direka bentuk oleh Ismail Khan. Selain bangunan Taj Mahal, banyak bangunan seperti dewan dan pavilion didirikan di Red Fort, Delhi semasa pemerintahan Shah Jahan. Masjid Jami merupakan masjid terbesar di India yang dibina antara tahun 1644M hingga 1658M.
1. Zaman Asoka *Seni pada pintu gerbang dipengaruhi oleh agama Buddha
2. Zaman Maurya *Seni bina tiang asoka
3. Zaman Chola *Seni bina kuil Brigathiswarar di Thanjavur
4. Zaman Vedik *Kuil dua dia Bhaja, Ajantha, Ellora, Mahapallipuram
*Agama hindu menekankan simbol empat segi
*Agama Buddha menekankan bentuk condong dan bulat
*Seni binanya mempunyai 4 struktur penting
5. Zaman Gupta *Shikara (bentuk kereta kuda orang Aryan)
*Vimana (kuil yang berbentuk pencampuran piramid bertingkat & lambang seni bina kuil selatan India)
*Ratha (batu tunggak diukir menjadi bentuk binatang)
*Gopuram (menandakan pintu masuk utama ke kompleks kuil).
|
|
|
Post by nurwafa on Dec 19, 2014 15:01:48 GMT
REFLEKSI 1 Pengaruh Islam dalam kemajuan seni bina di India yang paling ketara dapat dilihat pada binaan Taj Mahal yang terkenal dengan nama 'permata seni bina Islam'. Binaan ini mempunyai empat menara dengan ketinggian lebih kurang 46 meter yang menghiasi setiap penjuru yang mana ciri ini biasanya terdapat dalam binaan Islam bercirikan menara yang tinggi. Ia juga dibina di hujung sebuah taman yang luas dengan pintu masuk berbentuk lengkungan yang menyerupai masjid. Seterusnya, hiasannya terdiri daripada unsur bunga-bungaan dan geometri yang sememangnya merupakan ciri hiasan dalam Islam sebagai simbolik alam sekitar dan tanda-tanda keagungan Tuhan. Akhir sekali, ciri hiasan yang utama dalam binaan ini ialah ayat-ayat al-Quran dan tulisan khat thuluth yang menjadi seni huruf utama. Seni bina bagi setiap zaman di India: 1. Asoka • pintu gerbang yang dipengaruhi agama Buddha. 2. Gupta • kuil merupakan binaan penting untuk menyebaran agama di mana konsep asasnya ditentukan oleh Brahmin. • agama Hindu lebih mengutamakan bentuk empat segi manakala agama Buddha memilih bentuk bulat. • 4 struktur penting seni bina zaman Gupta: shikara: bentuk kereta kuda orang Aryan. vimana: kuil berbentuk percampuran piramid bertingkat. ratha: batu tunggak diukir menjadi bentuk binatang. gopuram: menandakan pintu masuk utama ke kompleks kuil. 3. Maurya • Tiang Asoka merupakan binaan yang didirikan di tepi jalan bagi memudahkan rakyat membacanya dan ia mengandungi titah perintah raja. 4. Chola • Binaan kuil Brigathiswarar yang memiliki corak yang unik. 5. Vedik • Bangunan agama diubahsuai oleh penganut Buddha semasa pemerintahan Maharaja Asoka. • Kuil dua di Bhaja, Ajantha, Ellora dan Mahapallipuram.
REFLEKSI 2 Antara pencapaian tamadun india ialah: 1. Negara kedua terbesar dalam sektor pertanian. 2. Memiliki teknologi yang berkualiti untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan- R&D 3. Tentera udara keempat terbesar di dunia. 4. Tentera laut kelima terbesar di dunia. 5. Negara yang paling membangun dalam sektor IT. 6. Negara pengeluar susu terbesar melalui sektor penternakan. 7. Antara enam negara yang telah melancarkan satelit. 8. Lain-lain: seni tari- memiliki lapan bentuk tarian, terdapat tujuh keajaiban di India dalam seni bina iaitu Lotus Temple, Qutab Minar, Chaminar, Sun Temple, Hawa Mahal dan Taj Mahal. Antara perbezaan tamadun India dahulu dan sekarang ialah kaum wanita dahulu tidak setaraf dengan lelaki dan mereka perlu memainkan peranan yang pasif sebaliknya kaum wanita sekarang diberi peluang yang sama dengan lelaki dan telah diwujudkan akta anti keganasan domestik untuk memastikan keselamatan wanita di rumah terjamin. Dahulu juga masyarakat india mengamalkan adat sati di mana isteri mesti dibakar hidup-hidup bersama suami yang telah mati, tetapi kini kerajaan India telah pun mengharamkan adat kuno tersebut dan menjatuhkan hukuman berat kepada mereka yang masih mengamalkannya. Antara faktor yang menyumbang ke arah perkembangan tamadun India ialah kedatangan Islam yang banyak mempengaruhi tamadun India dalam pelbagai aspek, interaksi dengan tamadun lain melalui dasar buka pintu dan pemimpin dan rakyat yang bersemangat serta bekerjasama.
|
|
|
Post by nazihahothamanhs2441a on Dec 19, 2014 15:20:27 GMT
NOR NAZIHAH BINTI CHE OTHAMAN HS2441A
REFLEKSI 2
Pencapaian Tamadun India di dalm pelbagai bidang:
1.Bidang Pendidikan *Bidang sains *Matematik: Sistem angka, geometri, algebra, sistem perpuluhan, trigonometri dan *Astronomi dan kalendar: memperkenalkan hukum graviti dan berjaya menghitung dengan tepat ukur lilit bumi *Fizik dan kimia: peleburan logam, pembuatan wangian dan pewarna *Logam: Iron Pillar of Delhi atau Menara Besi (tiang Besi) *Perubatan: teks Caraka dan Susruta *Dikuasai oleh kasta Brahmin- kitab2 Veda - Penubuhan universiti - Zaman Islam; berkembang pesat – semua golongan. Bertambah pusat pendidikan. - Zaman Inggeris: pendidikan Inggeris berkembang
2. Bidang kesenian *Muzik: Terdapat empat kategori dalam alat muzik iaitu tata (tali), avanaddha (dram), ghana (solid/ideophone) dan susira (angin) *Tarian: Tarian yang tulen adalah mempunyai pergerakan gaya tangan, kaki, tangan muka, perasaan. *Drama: drama Sakuntala *Lukisan: Pengaruh dari epik klasik Ramayana dan Mahabrata *Bidang seni bina: Merangkupi binaan, ukiran gua, kuil, duit syiling *Bahasa: Hindi, Tamil, Punjabi, Malayalam dan lain-lain. Bahasa Indo-Arya: Sanskrit spt Hindi, Kashmiri dan lain-lain. Bahasa Dravida: Telegu, Tamil, Malayalam dan lain-lain. Terdapat juga bahasa Urdu, bahasa Inggeris. *Kesusasteraan: kesusasteraan Indo-Arya, kesusasteraan Vedik, kesusasteraan Epik
|
|
|
Post by annurfatihah on Dec 20, 2014 5:40:23 GMT
Refleksi Tamadun 1 Pengaruh Islam ke atas perkembangan dan kemajuan senibina di India dapat dilihat dalam pembinaan Taj Mahal seperti: -berunsurkan menara yang tinggi -bentuk binaan seperti masjid lapangan -ukiran senibina berunsurkan jambangan bunga dan geometri -hiasan utama merupakan ayat al-Quran Perbezaan senibina pada setiap zaman Zaman Gupta -binaan seperti kuil penting untuk penyebaran agama -agama Hindu menekankan simbol empat segi -agama Buddha menekankan simbol bulat -ade empat struktur penting iaitu shikara,vimana,ratha dan gopuram Zaman Maurya -contoh binaan terbaik adalah Tiang Asoka Zaman Chola -menunjukkan keunikan senibina seperti Kuil Brigathiswarar Zaman Vedik -orang-orang agama Buddha mengubahsuai bangunan keagamaan seperti Ajantha,Ellora dan Mahapallipuram Refleksi 2 Antara pencapaian tamadun India ialah negara kedua terbesar dalam bidang agrikultur. Sistem ketenteraan udara dan laut juga amatlah kuat. Seterusnyanya, negara yang berkembang pesat dlm bidang IT. Perbezaan tamadun India pada zaman sekarang dengan lampau amatlah ketara. Tamadun yang ada pada zaman sekarang jauh lebih maju, sistematik dan bertamadun berbanding dengan pada masa lampau. Pada pendapat saya, antara faktor perkembangan peradaban tamadun India ialah wujud interaksi dengan tamadun lain serta semangat inkuiri yang tinggi dalam kalangan masyarakat tamadun India.
|
|
|
Post by natasya on Dec 20, 2014 10:57:11 GMT
Assalammualaikum,
refleksi pertama,
- india juga mempunyai masjid dalam pembinaan tamadun mereka, ini menunjukkan mereka juga menerima kedatangan islam dan pengaruhnya. - salah satu keajaiban dunia terletak di india iaitu taj mahal. - taj mahal dibina oleh shah jahan untuk isterinya sempena memperingati melahirkan anaknya yang terakhir. - arkitek bangunan taj mahal terdiri daripada golongan iran. - untuk memasuki taj mahal, para pengunjung dikehendaki memakai sarung kaki pada kasutnya untuk melindungi kawasan taj mahal daripada kotor. - india berjaya menubuhkan universiti untuk memajukan peradaban india - sistem pendidikan india adalah menerusi 5 peringkat iaitu : sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah tinggi, universiti, dan ijah lanjutan
refleksi kedua,
-perkembangan dalam bidang IT -pasukan tentera bersenjata yang kedua terbesar di dunia -pengeluar susu yang terbesar di dunia
Perbezaan antara suasana tamadun india yang lampau dan sekarang - dulu wujud sistem kasta,sekarang ada tapi tak ekstrem - dahulumenggunakan sistem feudal dalam pemerintahan, sekarang demokrasi berparlimen
faktor perkembangan peradaban india - pertembungan dengan tamadun lain sama ada melalui perdagangan atau diplomatik - sikap terbuka pemimpin terhadap idea dan tamadun lain
|
|
ezai
New Member
Posts: 6
|
Post by ezai on Dec 20, 2014 11:12:18 GMT
refleksi 1 PENGARUH ISLAM KE ATAS PERKEMBANGAN DAN KEMAJUAN SENI BINA DI INDIA Sumbangan besar Tamadun India dari segi seni bina. Seni bina tamadun ini banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan cuaca. Antara seni bina yang terkenal adalah Taj Mahal dan Masjid Moti atau Masjid Mutiara. Taj Mahal adalah seni bina mewah yang terbaik dari dinasti Mughal dan ia adalah contoh terbaik seni bina Mughal yang menggabungkan seni bina Parsi, TUrki, India dan Islam serta dikatakan sebagai 'permata seni bina Islam'. Antara pengaruh tamadun Islam terhadap seni bina Taj Mahal adalah Taj Mahal mempunyai 4 menara yang lebih kurang 46m menghiasi setiap penjuru, ini merupakan ciri bina Islam yang berunsurkan binaan menara yang tinggi. Kedua, Taj Mahal didirikan di hujung sebuah taman yang luas dengan pintu masuk berbentuk lenkungan yang menawan menyerupai sebuah masjid kerana senibina Islam biasanya mempunyai bentuk binaan yang menyerupai bentuk masjid lapangan. Ketiga, seni bina Taj Mahal mempunyai hiasan berunsurkan jambangan bunga dan geometri yang mencerminkan simbolik antara alam sekitar dan tanda-tanda keagungan Tuhan. Akhir sekali, ayat al-Quran menjadi hiasan utama Taj Mahal dan ukiran huruf khat thuluth Islam yang menjadi seni huruf utama Taj Mahal. refleksi 2
Pencapaian Tamadun India: merupakan negara yang berkembang pesat dalam bidang IT dan gemilang dalam bidang agrikultur, ketenteraan, tentera udara dan tentera laut.
Suasana India pada zaman lampau dan zaman sekarang mempunyai banyak perbezaan. Pada zaman dahulu penduduk india yang hidup dalam kemiskinan kerana kurang peluang pekerjaan dan hidup dalam zaman penjajahan manakala zaman sekarang mereka telah bebas dari penjajah dan terus berkembang dari segi ekonomi dan kurang penduduknya yang hidup dalam kemiskinan kerana wujud banyak peluang pekerjaan.
Faktor Perkembangan Peradaban India: 1. Kebebasan dari zaman penjajahan 2. Pengaruh peradaban lain untuk maju. 3. Wujud interaksi antara peradaban india dengan peradaban lain.
|
|
|
Post by nurmahfuzah on Dec 20, 2014 11:19:22 GMT
Refleksi 1 Kesan pengaruh Islam terhadap kesenian seni bina India dapat dilihat dengan jelas pada binaan Taj mahal. Terdapat aspek-aspek islam yang dapat dilihat melalui seni bina Taj Mahal iaitu :-
- Binaan 4 menara di setiap penjuru yang berunsurkan binaan menara yang tinggi. - didirikan di hujung sebuah taman yang luas dengan pintu masuk berbentuk lenkungan - corak hiasan yang berunsurkan jambangan bunga dan geometri yang melambangkan simbolik antara alam sekitar dan tanda- tanda keagungan Tuhan. - Ayat Al quran menjadi hiasan utama ukiran huruf khat thuluth Islam yang menjadi seni huruf utama Taj Mahal.
Refleksi 2
Pencapaian tamadun india dalam pelbagai bidang :-
-negara pertanian kedua terbesar di dunia -negara dengan sektor IT yang paling berkembang pesat di dunia -mempunyai tentera besenjata kedua terbesar di dunia -mempunyai tentera udara keempat terbesar di dunia -mempunyai tentera laut kelima terbesar di dunia -negara kedua terbesar di dunia yang mengimport senjata -pengguna emas terbesar di dunia -pengeluar susu terbesar di dunia -antara negara yang berjaya melancarkan satelit
Pada pendapat saya,terdapat perbezaan yang wujud antara tamadun india zaman dahulu dan zaman sekarang,Antaranya ialah ;pada zaman dahulu ramai penduduk india yang hidup dalam kemiskinan kerana kurang peluang pekerjaan dan hidup dalam zaman penjajahan manakala zaman sekarang mereka telah bebas dari penjajah dan terus berkembang dari segi ekonomi dan kurang penduduknya yang hidup dalam kemiskinan kerana wujud banyak peluang pekerjaan.
Faktor Perkembangan Peradaban India: 1. Kebebasan dari zaman penjajahan 2. Pengaruh peradaban lain untuk maju. 3. Wujud interaksi antara peradaban india dengan peradaban lain.
|
|