|
Post by nurhidayah on Dec 14, 2014 15:42:28 GMT
REFLEKSI 1
Pengaruh Islam ke atas perkembangan dan kemajuan seni bina dapt dilihat pada binaan Taj Mahal kerana :
- penggunaan arca di bahagian bumbung - terdapat kubah dan dinding batu yang diukir dengan menggunakan motif bunga - terdapat tulisan kaligrafi pada bahagian luar bangunan
Perbezaan seni bina bagi setiap zaman di India:
zaman gupta: terdapat binaan kuil yang digunakan untuk penyebaran agama. Seni bina berjaya mencapai kegemilangannya.Kalangan Brahmin yang menetukan konsep asas binaan. zaman maurya: contoh kemegahan seni bina boleh dilihat melalui binan tiang Asoka zaman chola: keunikan corak seni bina dapat dilihat melalui binaan kuil Brigathiswarar zaman vedik: kebanyakan bangunan keagamaan diubahsuai oleh mereka beragama Buddha. (kuil di Bhaja,Ajantha,Ellora dan Mahapallipuram)
REFLEKSI 2
Pencapaian tamadun india yang diperolah daripada pelbagai bidang:
-negara pertanian kedua terbesar -negara yang mempunyai pelbagai bahasa -negara yang mempunyai kemajuan IT yang paling pesat didunia -mempunyai tentera bersenjata kedua terbesar didunia, -tentera keempat terbesar didunia dan, -tentera laut kelima terbesar didunia -merupakan negara pengeluar susu terbesar -menjadi salah sebuah negara dari enam negara yang melancarkan satelit.
*suasana tamadun india pada zaman lampau merupakan zaman yang kurang maju kerana negara tersebut berdepan dengan masalah kemiskinan dan agak mundur.Namun, negara tersebut bijak melakukan transformasi untuk mencapai kemajuan selari dengan arus modenisasi sehingga berjaya melancarkan satelit sendiri dan mempunyai pertahanan negara yang mantap.
Pada pendapat saya, faktor perkembangan peradaban tamadun india adalah :
-wujudnya hubungan yang aman antara negara luar -bijak mengambil peluang dan memajukan rakyat melalui sistem pendidikan untuk melahirkan rakyat yang berfikiran kreatif dan kritis
|
|
|
Post by shahirahshafiq_hs244 on Dec 14, 2014 16:17:15 GMT
refleksi 1 1) Seni bina Taj Mahal yang juga dinamakan sebagai permata senibina Islam mempunyai $ menara yang tinggi yang juga mempunyai unsur Islam. Senibina yang merupakan gabungan Parsi, Turki dan Arab yang merupakan Tamadun Islam. Ciri-ciri binaan yang mengikut konsep Islam adalah pintu masuk menyerupai gerbang Masjid. Corak hiasan berunsurkan jambangan bunga dan geometri yang merupakan simbolik antara alam sekitar dan tanda-tanda keagungan tuhan. Ayat Al-Quran merupakan hiasan utama Taj Mahal. Senibina Agra Fort yang merupakan senibina Tanah Bulan yang merupakan gabungan antara senibina India dan juga Islam. Agra Fort juga mempunyai binaan surau. 2) Perbezaan setiap zaman di India. Zaman Gupta mempunyai kuil yang penting untuk penyebaran agama. Konsep asas ditentukan oleh kalangan Brahmin. Agama Hindu menekankan simbol segi empat manaala Buddha simbol bulat. Antara 4 struktur penting iaitu Shikara, Vimana, Ratha dan juga Gophuram. Zaman Maurya mempunyai binaan tiang Asoka yang merupakan contoh terbaik di negara seni bina India. Zaman Chola mempunyai senibina kuil Bigathiswarar yang menunjukkan keunikan corak seni bina Islam Pada zaman Vedik pula, orang-orang agama Buddha mengubahsuai bangunan-bangunan sewaktu pemerintahan Maharaja Asoka. Antaranya kuil dua di Bhaja, Ajanta, Ellora dan Mahapallipuram
|
|
|
Post by shahirahshafiq_hs244 on Dec 14, 2014 16:17:50 GMT
Refleksi 2 Tamadun India telah mencapai pelbagai pencapaian dalam pelbagai bidang. Antaranya, bidang teknologi. India telah mencapaian perubahan yang sangat drastik dlm bidang teknologi yang sedang membangun untuk menyamai taraf negara barat. Dalam bidang ketenteraan India sedang mendapat tempat yang tertinggi dalam kehebatan tentera meraka di dunia terdiri daripada udara, darat dan laut. Mereka juga sedang mambangun dari segi pertanian agrikultur dan juga bidang ekonomi. Dalam bidang sosial India merupakan antara negara yang orang teramai pandai bertutur dalam bahasa Inggeris, dan juga antara negara demokrasi terbesar. mereka juga merupakan antara pengeluar susu yang terbesar di dunia. Dari segi senibina, mereka mempunyai 7 lambang India yang terkenal. Perbezaan antara suasana Tamadun India yang lampau dan sekarang adalah, seperti yang kita sedia maklum bahawa negara India merupakan antara negara yang mempunyai ramai orang miskin. tetapi pada waktu sekarang ini ramai antara mereka sedang cuba untuk mengubah nasib dan hidup mereka dengan cara bermigrasi ke negara lain untuk mencari kerja. mereka juga sedang memolopori dunia dengan sektor perfileman, oleh itu mereka adalah antara negara yang menyerlah di dunia. Taraf wanita juga sudah berubah, ramai wanita di India sudah berkerjaya. Pada pandangan saya, faktor perkembangan peradaban India adalah bergantung pada pemerintah mereka, contohnya mereka mempunyai pemrintah yang sangat terkenal dan dikagumi iaitu Mahatma Gandhi. Seterusnya adalah masyarakat negara itu sendiri, dimana jika mereka tiada niat dan semangat untuk mngubah nasib mereka, jadi mereka tidak akan berjaya. Pengaruh daripada tamadun dan negara lain turut menjadi faktor kerana dengannya bantuan ataupun ilham daripada mereka, sesuatu tamadun itu boleh membangun.
|
|
|
Post by fatinfazirahs244 on Dec 15, 2014 10:11:16 GMT
refleksi 1 PENGARUH ISLAM KE ATAS PERKEMBANGAN DAN KEMAJUAN SENI BINA DI INDIA
Taj Mahal adalah salah satu seni bina yang dibinaoleh Maharaja Shah Jahan sebagai monumen untung mengenangkan isteri ke lima, Mumtaz ul Zamani atau dikenali Mumtaz Mahal. Ia adalah contoh terbaik senibina mughal yang mengabungkan seni bina parsi, india, turki, dan islam serta dikatakan ‘permata senibina islam’ . Antara seni bina yang terdapat di Taj Mahal ialah 4 menara yang menghiasi setiap penjuru yang berunsurkan binaan menara yang tinggi. ianya didirikan di hujung sebuah taman yang luas dengan pintu masuk berbentuk lengkungan yang menawan menyerupai sebuah masjid. seni bina taj mahal mempunyai hiasan berunsur jambangan bunga dan geometri yang mencerminkan simbolik antara alam sekitar dan tanda-tanda keagungan tuhan. ayat-ayat al-quran menjadi hiasan utama taj mahal dan ukiran huruf khat thuluth islam yang menjadi seni huruf utama taj mahal.
PERBEZAAN SENI BINA BAGI SETIAP ZAMAN DI INDIA.
ZAMAN GUPTA-binaan kuil dipercayai penting untuk penyebaran agama.konsep asas ditentukan oleh kalangan Brahmin . agama hindu mengunakan simbol empat segi manakala agama buddha mengunakn simbol bulat dalam pembinaan mereka. ZAMAN CHOLA-kuil Brigathiswarar dibina di thanjavar yang menunjukkan keunikan seni bina. ZAMAN VEDIK- bangunan keagamaan diubahsuai oleh orang agama buddha.
refleksi 2:
PENCAPAIAN T.INDIA DALAM PELBAGAI BIDANG.
Tamadun india mencapai pelbagai kemajuan terutama dalam bidang kesenian dan sains. dalam bidang seni, seni dan kehidupan masyarakat india tidak pernah dipisahkan . tamadun india telah mencapai kecemerlangan dalam bidang kesenian. antaranya ialah seni halus, tarian, drama, seni bina dan seni ukir serta seni lukis. Bagi seni ukir, pada zaman pemerintahan Asoka,tukang-tukang ukir yang mahir telah mengukir patung-patung dan membuat ukiran pada pintu-pintu gerbang gua. di dalam gua-gua juga terdapat ukiran yang mengambarkan kehidupan Gautama buddha. asoka juga telah membuat ukiran yang berupa perintahnya pada tiang-tiang batu. seni lukis pula adalah lukisan di dinding yang dijumpai di Ajanta. selain itu, tamadun india turut mencapai kemajuan dalam bidang sains iaitu bidang matematik, astronomi dan kalendar, fizik,kimia,logam serta perubatan. ini menjadikan tamadun india seiring dengan tamadun-tamadun yg lain.
PERBEZAAN SUASANA TAMADUN INDIA YANG LAMPAU DAN SEKARANG.
antara perbezaan suasana yang lampau dan sekarang ialah kegiatan ekonomi tamadun itu. pada zaman dahulu, india adalah negara kedua terbesar yang menjalankan aktiviti pertanian. pada zaman dahulu, mereka mengusahakan tanaman kapas, gandum,barli, dan kacang. mereka juga menternak ayam, kambing, kerbau,unta,gajah. roda digunakan sebagai kincir air untuk mengangkut air dari sungai. bagi zaman sekarang, tamadun india lebih mengfokuskan ke arah aktiviti perdagangan antarabangsa. india telah membuat hubungan perdagangan dengan mesopotamia, parsi,saurashtra,rajasthan,afghanistan, dan asia tengah. kain tenun merupakan eksport utama dan mengimport kulit siput,gangsa, perak .
FAKTOR PERKEMBANGAN PERADABAN DI INDIA
pada pendapat saya, tamadun india mula berkembang selepas kedatangan islam. islam telah mencorakkan tamadun india ke arah lebih bertamadun. pemerintahan yang sistematik mnjadikan india sebuah negara yang aman dan damai dengan masyarakatnya yang saling berganding bahu dan bekerjasama dalam memajukan negara. peranan raja yang mengambil berat akan perihal masyarakatnya adalah salah satu faktor yang mengembangkan peradaban tamadun itu. kegiatan ekonomi masyarkat india yang berfokus kepada perdagangan antarabangsa menjadikan negara india sebuah negara terkenal dengan perusahaan kapas dan tenunan.
|
|
|
Post by amaljaunehs2441c on Dec 15, 2014 15:20:25 GMT
AMAL JAUNE BINTI JALALUDIN - HS244
1.Tamadun India memberikan sumbangan yang besar dalam kesenian seni bina. Bincangkan pernyataan tersebut dengan mengaitkan pengaruh Islam ke atas perkembangan dan kemajuan seni bina di India. Berikutnya jelaskan perbezaan seni bina bagi setiap zaman di India.
– Salah satu seni bina yang terkenal dalam tamadun India ialah Taj Mahal. Reka bentuk Taj Mahal dibina dengan menggabungkan unsur-unsur seni bina dari Parsi, Turki dan Arab yang mana merupakan Tamadun Islam. Sejumlah 4 menara dibina bagi menghiasi setiap penjuru Taj Mahal. Unsur binaan menara yang tinggi ini merupakan anata ciri seni bina Islam. Pintu masuk Taj Mahal berbentuk lengkung yang menyerupai sebuah masjid. Ini juga merupakan salah satu ciri reka bentuk seni bina Islam. Selain itu, Taj Mahal juga dihiasi dengan corak-corak berunsurkan bunga dan geometri yang menunjukkan simbolik antara alam sekitar dan tanda-tanda keagungan Tuhan. Selain corak bunga dan geometri, Taj Mahal juga dihiasi dengan potongan ayat-ayat al-Quran dan ukiran khat Islam yang menjadi seni huruf utama Taj Mahal. Ini menunjukkan bahawa pengaruh Islam begitu kuat dalam seni bina Taj Mahal yang merupakan antara seni bina terkenal di India.
Setiap zaman di india mempunyai ciri-ciri seni bina nya yang tersendiri. Contohnya pada zaman Gupta, binaan kuil sangat penting bagi menyebarkan agama. Agama Hindu menekankan simbol empat segi manakala agama Buddha pula lebih cenderung menggunakan bentuk bulat di dalam seni bina kuil. Terdapat empat struktur seni bina zaman Gupta iaitu pertama Shikara iaitu bentuk kereta kuda orang Aryan. Kedua Vimana iaitu kuil yang berbentuk campuran piramid bertingkat. Yang ketiga ialah Ratha yang menggunakan batu tegak untuk diukir menjadi bentuk binatang. Akhir sekali ialah Gopuram iaitu pintu masuk utama ke kuil. Seni bina pada zaman Maurya pula banyak dipengaruhi oleh agama Buddha kerana Asoka sangat giat menyebarkan Buddha. Seni bina terpenting pada zaman Maurya pula ialah tiang Asoka. Kuil-kuil banyak dibina di dalam gua dan di dalam nya terdapat ukiran yang menggambarkan kehidupan Gautama Buddha. Pada zaman Chola pula, Kuil Brigathiswarar mempunyai corak seni bina yang sangat unik. Keunikan seni bina Kuil Brigathiswarar ini masih menjadi misteri sehingga ke hari ini. Pada zaman Vedik pula, banyak bangunan keagamaan diubah oleh orang-orang agama Buddha. Contohnya Kuil Dua di Bhaja, Ajantha, Ellora dan Mahapallipuram.
2. India sangat berkembang dari sudut ketenteraan. India mempunyai ketenteraan yang kedua terbesar di dunia. Selain itu, India juga sangat gemilang dari sudut pertanian dan agrikultur. Seterusnya, India juga berkembang pesat dalam bidang IT.
- Tamadun India sekarang lebih maju dalam bidang ekonomi dan juga pendidikan. Semakin banyak rakyat India yang berpeluang melanjutkan pelajaran dalam peringkat tinggi an seterusnya berpeluang menjawat jawatan professional. Selain itu, ekonomi di India juga semakin berkembang dengan pengurangan kadar kemiskinan di India.
- Antara faktor perkembangan tamadun India ialah kerana hak asasi wanita dalam kehidupan sudah diiktiraf. Berbanding tamadun India yang lama, wanita tidak diberi keutamaan. Seterusnya perkembangan tamadun India juga terjadi kerana India sudah tidak lagi dijajah.
|
|
|
Post by atiqahdollyxiouse000 on Dec 15, 2014 15:48:11 GMT
NURUL ATIQAH BINTI MOHD YUSOF
REFLEKSI 1
• Pengaruh Islam ke atas perkembangan dan kemajuan seni bina di India dapat dilihat melalui pembinaan Taj Mahal, seni bina mewah yang terbaik dari Dinasti Mughal. Taj Mahal dibina oleh Maharaja Shah Jahan sebagai monumen untung mengenangkan isteri ke lima, Mumtaz ul Zamani atau dikenali Mumtaz Mahal. Ia adalah contoh terbaik senibina mughal yang mengabungkan seni bina parsi, india, turki, dan islam serta dikatakan ‘permata senibina islam
• terdapat 4 menara berketinggian lebih kurang 46 meter di setiap penjuru.
• didirikan di hujung taman yang luas dengan pintu masuk berbentuk lengkungan yang menarik
• penggunaan arca di bahagian bumbung
• terdapat kubah dan dinding batu yang diukir dengan menggunakan motif bunga
• terdapat tulisan kaligrafi pada bahagian luar bangunan
PERBEZAAN SENI BINA BAGI SETIAP ZAMAN DI INDIA
• Zaman Gupta –
Shikara (kereta kuda orang Aryan), Vimana (kuil berbentuk campuaran piramid bertingkat), Ratha(batu tunggak diukir bentuk binatang), Gopuram(pintu masuk kuil)
• Zaman Maurya-
Tiang Asoka merupakan kemegahan seni bina India
• Zaman Chola-
kuil Brigathiswarar dibina di thanjavar yang menunjukkan keunikan seni bina
• Zaman Vedik-
kebanyakan bangunan keagamaan diubahsuai oleh mereka beragama Buddha. (kuil di Bhaja,Ajantha,Ellora dan Mahapallipuram)
REFLEKSI 2
Pencapaian tamadun india yang diperolah daripada pelbagai bidang:
• negara yang mempunyai pelbagai bahasa
• menjadi salah sebuah negara dari enam negara yang melancarkan satelit
• negara pertanian kedua terbesar
• negara yang mempunyai kemajuan IT yang paling pesat didunia
• mempunyai tentera bersenjata kedua terbesar didunia,
• tentera keempat terbesar didunia dan,
• tentera laut kelima terbesar didunia
• mempunyai banyak syarikat yang dilengkapi dengan kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D)
• merupakan negara pengeluar susu terbesar
PERBEZAAN SUASANA TAMADUN INDIA YANG LAMPAU DAN SEKARANG.
• Tamadun India tidak lagi tertumpu kepada pertanian tetapi sekarang tertumpu kepada perniagaan,perubatan dan sebagainya.
• Ekonomi tamadun India sekarang semakin maju dan stabil
• Sistem kasta semakin terlupus
FAKTOR PERKEMBANGAN PERADABAN TAMADUN INDIA
• Kesedaran akan kepentingan ilmu pengetahuan di kalangan masyarakat India
• Kebijaksaan pemimpin dalam memimpin Negara
• Hubungan terjalin antara Negara luar
• Kesedaran untuk bersaing dan berdiri sama tinggi dengan Negara maju.
|
|
|
Post by mierasyidah on Dec 15, 2014 15:58:47 GMT
amirah rasyidah
PENGARUH ISLAM KEPADA PERKEMBANGAN DAN KEMAJUAN SENI BINA TAMADUN INDIA:
1.seni bina taj mahal semasa pemerintahan maharaja Shah Jehan. seni bina taj mahal merupakan gabungan seni bina Parsi, Turki, india dan Islam. Taj Mahal mempunyai 4 menara di setiap penjuru yang berunsurkan Islam kerana binaan menara yang tinggi. taj Mahal juga dibina di sebuah taman yang luas dengan pintu masuk berbentuk lengkungan yang menarik dan menyerupai masjid. baisanya seni bina islam akan menerapkan unsur seni bina masjid di kawasan lapangan. taj mahal juga ada hiasan yang berunsurkan corak atau jambangan bunga serta geometrik yang melambangkan alam sekitar dan keagungan tuhan. ayat alquran serta tulisan khat juga menjadi ukiran di taj mahal.
2. Masjid Quwwat-ul-Islam juga melambangkan seni bina Islam semasa zaman delhi.
3. kebanyak seni bina di tamadun india mengunakan batu marmar dan ukiran yang juga berkaitan dengan seni bina islam. masjid dan bangunan juga mempunyai kubah.
PERBEZAAN SENI BINA DI SETIAP ZAMAN:
1. ZAMAN GUPTA
Seni bina berasaskan agama misalnya agama hindu menekankan bentuk empat segi manakala agama Buddha berbentuk bulat. ada empat struktur penting iaitu shikara satau bentuk kereta kuda orang Aryan, Vimana atau kuail yang berbentuk piramid bertingkat, ratha atau batu tunggak yang diukir menjadi bentuk binatang dan gopuram sebagai tanda pintu masuk kuil.
2.ZAMAN MAURYA
Seni bina dah berkembang maju. tiang asoka sebagai kemegahan zaman ini.
3.ZAMAN CHOLA
kuil Brigathiswarar merupakan keunikan seni bina zaman ini.
4. ZAMAN VEDIK
banyak bangunan keagamaan ditukar oleh orang Buddha semasa perintahan Maharaja Asoka
refleksi 2: pencapaian tamadun india: 1) Negara yang berkembang pesat dalam bidang IT dan
2) Gemilang dalam bidang agrikultur, ketenteraan, tentera udara dan tentera laut.
Perbezaan suasana India pada zaman lampau dan zaman sekarang ialah dahulu rakyat sangat taat pada pemerintah. rakyat juga tertumpu dalam bidang agama dan mundur dalam segi ekonomi. sekarang, india sudah berkembang maju dan sebaris dengan negara lain dari segi ilmu, ekonomi dan politik.
Faktor perkembangan peradaban 1. kepimpinan pemerintah 2. interaksi dengan tamadun lain 3. pedaganga 4. tiada penjajahan berlaku di india
|
|
|
Post by ahmadmuiz on Dec 16, 2014 8:36:30 GMT
Soalan 1
Perkembangan seni bina yang berkait dengan pengaruh Islam boleh dilihat pada bangunan Taj Mahal. Ayat Al quran menjadi hiasan utama ukiran huruf khat thuluth di dindingnya. Ia juga didirikan di hujung sebuah taman yang luas dengan pintu masuk berbentuk lenkungan yang boleh dikaitkan dengan seni bina islam yang biasanya mempunyai binaan berbentuk masjid lapangan . Ciri masjid boleh dilihat pada binaan 4 menara di setiap penjuru yang berunsurkan binaan menara yang tinggi . corak hiasan di dinding bangunan Taj Mahal yang berunsurkan jambangan bunga dan geometri yang melambangkan simbolik antara alam sekitar dan tanda- tanda keagungan Tuhan
Perbezaan antara seni bina setiap tamadun boleh dilihat pada: - Pada zaman Asoka, seni bina seperti pintu-pintu gerbang adalah dipengaruhi oleh agama Buddha. - Pada zaman Gupta, binaan seperti kuil dipercayai penting untuk pengebaran agama. Seni bina dan seni ukir mencapai kegemilangannya. Konsep asas ditentukan oleh kalangan Brahmin. Agama Hindu menekankan simbol empat segi manakala Buddha lebih condong kepada bentuk bulat. Seni bina zaman ini mempunyai empat struktur penting. Pertama, Shikara bermaksud bentuk kereta kuda orang Aryan. Kedua, Vimana iaitu kuil yang berbentuk percampuran piramid bertingkat dan menjadi lambang seni bina kuil selatan India. Ketiga, Ratha iaitu batu tunggak diukir menjadi bentuk binatang. Akhir sekali, Gopuram yang menandakan pintu masuk utama ke kompleks kuil. - Pada zaman Maurya, tiang Asoka adalah contoh terbaik kemegahan seni bina India. - Pada zaman Chola, kuil Brigathiswarar dibina di Thanjavur yang menunjukkan keunikan corak seni bina. - Pada zaman Vedik, banyak bangunan keagamaan diubahsuai oleh orang-orang agama Buddha semasa pemerintahan Maharaja Asoka, contohnya kuil dua di Bhaja, Ajantha, Ellora dan Mahapallipuram.
Soalan 2
Terdapat banyak pencapaian Tamadun India yang diperoleh daripada pelbagai bidang contohnya bidang pertanian, ekonomi, pertahanan dan banyak lagi.
Suasana Tamadun India yang lampau dan sekarang adalah sangat berbeza sesuai mengikut arus pemodenan dan perkembangan dunia. - Dahulu penduduk india dibelengu kemiskinan kerana kurangnya peluang pekerjaan semasa zaman penjajahan .Pada zaman sekarang penduduk India boleh dikatakan mempunyai kedudukan ekonomi yang stabil kerana telah bebas dari penajajahan. - Peluang pekerjaan juga telah bertambah jadi kurangnye kadar kemiskinan dalam kalangan masyarakat India.
Pada pendapat saya, faktor perkembangan peradaban di India adalah kerana semangat rakyatnya dalam membangunkan negara. Antara pencapaian Tamadun India: 1) Negara yang berkembang pesat dalam bidang IT dan 2) Gemilang dalam bidang agrikultur, ketenteraan, tentera udara dan tentera laut. - Kebebasan dari zaman penjajahan - Pengaruh peradaban lain untuk maju - Wujud interaksi antara peradaban india dengan peradaban lain
|
|
|
Post by shafiqahj on Dec 16, 2014 9:57:04 GMT
REFLEKSI TAMADUN 1
PENGARUH ISLAM KEPADA PERKEMBANGAN DAN KEMAJUAN SENI BINA TAMADUN INDIA
-Pengabunggan ciri-ciri seni bina Hindu dan Islam atau dipanggil sebagai seni bina Indo-Islam oleh pemerintah-pemerintah Islam telah pun di catatkan dalam karya Asirbadi Lal Srivastava, Medieval Indian Culture. Seni bina Indo-Islam ini dibahagikan kepada dua fasa yang berbeza iaitu fasa pertama ialah pada Zaman Kesultanan Delhi(1206M.-1526M.) manakala fasa kedua ialah pada Zaman Moghul(1526M.-1803M). Contoh bangunan-bangunan yang telah di bina pada Zaman Kesultanan Delhi ialah pembinaan Masjid Quwwat-ul-Islam. Selain itu, Kutub Minar juga merupakan antara sebuah bangunan yang penting. Dimana bangunan ini telah di bina oleh utbuddin Aibak dan disiapkan oleh Iltutmish. Selain daripada membina Kutub Minar, Utbuddin Aibak juga menyumbang kepada pembinaan sebuah masjid yang dikenali sebagai Adhai Din ka Jhonpara di Ajmer. Tambahan pula, Seni bina India mengalami perkembangan pesat semasa pemerintahan Alauddin Khilji. Beliau menyumbang kepada pembinaan Alai Darwuza, sebuah dewan yang berbentuk segi empat sama, mempunyai kubah yang dibina daripada batu pasir berwarna merah. Seterunya, penyumbangan dalam seni bina islam di India juga ialah pemerintah-pemerintah Zaman Tughluq.Sebagai contoh, Muhammad bun Tughluq yang telah membina bangunan-bangunan seperti kubu di Adilabad, membina Bandar Jahanpanah di Delhi dan Daulatabad di Deccan. Selain daripada itu,Ghiyasuddin Tughluq pula telah membina Bandar Tughlughabad manakala Firuz Tughlugh pula merupakan pengasas Bandar Firozabad yang mempunyai sembilan masjid dan tiga istana serta beliau juga membina sebuah makam. Seterusnya,pembina makam Kabiruddin Auliya(Lal Gumbad) pula telah di laksanakan oleh ,Nassirudin Mahmud Syah. Namun, pencapaian kemuncak adalah pada Zaman Moghul ialah zaman pemerintahan Akhbar. Baginda ialah penaung kepada perkembangan seni bina di India yang juga menggabungkan seni bina Hindu dan Muslim. Selain daripada itu,di Zaman Moghul terdapat seorang pemerintah yang amat meminati bidang seni bina iaitu Shah Jahan. Bidang seni bina mencapai kemuncaknya pada zaman pemerintahan baginda. Bangunan yang terkenal iaitu Taj Mahal dibina atas arahan Shah Jahan untuk memperingati isteri kesayangannya, Mumtaz Mahal yang merupakan satu keajaiban dunia.Taj Mahal berbentuk oktagen dan dibina di atas podium (pentas) batu marmar putih. Bangunan ini mempunyai empat menara di empat penjuru podium.Bangunan ini juga mempunyai bilik yang terbahagi kepada lapan bahagian dengan ukiran marmar kaca pada makam Shah Jahan dan isterinya. Proses pembinaan bangunan ini telah melibatkan 20000 buruh yang kebanyakkan terdiri daripada orang Asia. Seni bina bangunan ini direka oleh arkitek Parsi, Ustad Isa Khan Effendi dan anak muridnya, Ahmad Ustad. Kubahnya direka bentuk oleh Ismail Khan. Selain bangunan Taj Mahal, banyak bangunan seperti dewan dan pavilion didirikan di Red Fort, Delhi semasa pemerintahan Shah Jahan. Masjid Jami merupakan masjid terbesar di India yang dibina antara tahun 1644M. hingga 1658M.
PERBEZAAN SENI BINA DI SETIAP ZAMAN
1)ZAMAN GUPTA-Pada zaman gupta pembinaan kuil amat memainkan peranan yang dominan dalam penyebaran agama mereka.Agama Hindu menekankan simbol empat segi manakala agama Buddha pula lebih cenderung menggunakan bentuk bulat di dalam seni bina kuil. Terdapat empat struktur seni bina zaman Gupta iaitu pertama Shikara iaitu bentuk kereta kuda orang Aryan.Kedua Vimana iaitu kuil yang berbentuk campuran piramid bertingkat. Yang ketiga ialah Ratha yang menggunakan batu tegak untuk diukir menjadi bentuk binatang. Akhir sekali ialah Gopuram iaitu pintu masuk utama ke kuil.
2)ZAMAN MAURYA-Oleh kerana Asoka amat giat menyebarkan Buddha maka eni bina pada zaman Maurya pula banyak dipengaruhi oleh agama Buddha. Seni bina tiang Asoka merupakan seni bina terpenting pada zaman Maurya. Kuil-kuil banyak dibina di dalam gua dan di dalam nya terdapat ukiran yang menggambarkan kehidupan Gautama Buddha.
3)ZAMAN CHOLA-Pada zaman Chola pula, Kuil Brigathiswarar mempunyai corak seni bina yang sangat unik. Keunikan seni bina Kuil Brigathiswarar ini masih menjadi misteri sehingga ke hari ini.
4)ZAMAN VEDIK-Pada zaman Vedik pula, banyak bangunan keagamaan diubah oleh orang-orang agama Buddha. Contohnya Kuil Dua di Bhaja, Ajantha, Ellora dan Mahapallipuram.
REFLEKSI TAMADUN 2
PENCAPAIAN TAMADUN INDIA
1)PERANCANGAN BANDAR *Pencapaian tamadun india dapat dilihat dalam kebijaksanaan mereka dari segi perancangan bandar. Hal ini dapat di buktikan dengan penciptaan bandar terancang seperti Mohenjo Daro dan Harappa, dan ianya bukanlah perkara yang mudah kerana ia memerlukan gabungan kepakaran sama ada dari sudut letak bandarnya mahupun dari sudut pengisiannya. Ilmu mengenai geometri, kesenian, dan matematik sangat diperlukan. Hal ini kerana kemampuan masyarakat Lembah Indus mencapai kecemerlangan dalam perancangan bandar berkait rapat dengan kemajuan dalam bidang geometri dan pembinaan. Di samping itu, masyarakat Lembah Indus telah berusaha meningkatkan mutu bahan binaan. Hal ini telah berjaya dilaksanakan apabila masyarakat Indus tidak hanya bergantung pada panas matahari untuk membuat batu bata daripada tanah liat. Sebaliknya, batu bata itu. dihasilkan melalui pembakaran dengan suhu yang tinggi. Berasaskan perkara ini, kecemerlangan perancangan bandar dalam tamadun Indus, sebenarnya, merupakan gabungan daripada pelbagai pengetahuan dan pencapaian termasuklah geometri dan matematik serta teknologi pembakaran batu bata.
2)HUBUNGAN LUAR *Hubungan yang telah dicipta di antara tamadun ini dengan tamadun lain yang di sebabkan oleh sifat keterbukaan yang dibuktikan oleh tamadun ini dan ianya memainkan peranan yang dominan dalam meningkatkan lagi pencapaian tamadun india.Dari sudut ini, tamadun Indus memperlihatkan bahawa sesebuah masyarakat itu tidak akan mampu mencapai kecemerlangan tanpa membuat hubungan serta bertukar pandangan dengan pihak lain. Hubungan dengan tamadun Mesopotamia serta tamadun Mesir Purba telah membolehkan kedua-dua belah pihak memperoleh manfaatnya sama ada dalam bentuk pertukaran teknologi atau seumpamanya.Walau. bagaimanapun, dalam konteks hubungan antara tamadun Indus dengan tamadun Mesopotamia, segala pengaruh dari luar itu disesuaikan dengan keadaan dan suasana tempatan.
3)KEAMANAN *Tamadun Indus telah menunjukkan kepada masyarakat dunia moden hari ini beberapa aspek yang sangat penting dalam proses pembinaan sesebuah tamadun, termasuk keamanan. Tamadun Indus mengajar kita bahawa kedamaian dan keamanan ialah tunjang kepada kekuatan sesebuah bangsa untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan.
PERBEZAAN SUASANA INDIA YANG LAMPAU DAN SEKARANG
Antara perbezaan yang paling ketara dalam sistem pengkelasan masyarakat dalam tamadun dahulu dan juga tamadun sekarang ialah melibatkan golongan bawahan .Golongan bawahan dari tamadun dahulu rendah tarafnya hingga dijadikan hamba. Golongan bawahan dari tamadun sekarang lebih terjaga tarafnya kerana dilindungi dan diberi hak keistimewaan dalam undang-undang dan perlembagaan.Walaupun pengkelasan masyarakat masih wujud tetapi tidak begitu ekstrem seperti tamadun dahulu. Hal ini kerana hak-hak istimewa rakyat terpelihara melalui perlembagaan yang ditetapkan Rakyat berpeluang untuk memilih pemerintahan mereka sendiri melalui sistem pilihanraya.
FAKTOR PERKEMBANGAN PERADABAN
1) Kedudukan yang stategik- hal ini kerana kedudukan yang staterik sebagai contoh yang berdekatan dengan sungai amat memainkan peranan yang dominan kerana sungai mampu menjadi sumber air dan makanan. 2) Rangsangan keagamaan dna kerohanian-Hal ini kerana penghayatan nilai murni yang mendorong kehidupan bertamadun. 3) Pengahayatan tinggi terhadap nilai dan moral terpuji- wujud masyarakat yg cinta ilmu,kreatif, tekun, rajin, semangat berdisiplin di samping itu wujud pemimpin yg bertanggungjawab, jujur, dan berhemat seperti Kung Fu-Tze dlm Tamadun Cina. 4) Kesengsaraan hidup-Situasi sengsara dan penderitaan telah menjadi pendorong masyarakat untuk lebih bekerjasama mengubah diri,lebih berdisiplin dan kreatif dalam membangunkan kehidupan. 5)Toleransi tinggi terhadap sumbangan tamadun lain-ini menunjukkan keterbukaan tamadun india untuk menerima sumber sumber baik daripada tamadun lain dan menjadikannya sebagai contoh dan pengajaran
|
|
|
Post by farrahinhs244 on Dec 16, 2014 11:53:40 GMT
refleksi 1
1. pengaruh islam ke atas perkembangan dan kemajuan seni bina tamadun india:
Taj Mahal - sebuah kompleks bersepadu dan merupakan contoh tebaik senibina Mughal yang menggabungkan seni bina Turki,Parsi,India dan Islam dan dikatakan sebagai "permata seni bina Islam".
Taj Mahal : • 4 menara dan 46m menghiasi setiap penjuru • Pintu masuk berbentuk lengkungan yang menawan menyerupai sebuah masjid lapangan (simbolik antara alam sekitar dan tanda keagungan Tuhan) • Mempunyai hiasaan seni bina Islam iaitu berunsur jambangan bunga dan geometri • Ayat al-quran menjadi hiasan utama Taj Mahal • Ukiran huruf khat thuluth Islam yang menjadi seni huruf utama Taj Mahal • Dibina dengan batu mamar bewarna putih,mozek dan batu-batu permata seperti berlian,jed,kristal dan sebagainya.
Agra Ford : • merupakan kubu pertahanan memgelilingi Taj Mahal untuk mewujudkan perpaduan monumental • Dindingnya daripada batu pasir merah • Pintu masuknya dipanggil Pol Hathi atau Elephant Gate • Benteng ini terdiri daripada pelbagai istana mewah • Terdapat pintu gerbang,gerbang hiasan dan sebuah menara octagon • Bangunan dibina daripada batu mamar tulen • (semua monumen ini menandakan apongee seni Indo-islam yang kuat)
Masjid Moti/masjid Mutiara : Pembinaan masjid jelas merupakan pengaruh Islam di India.
Perbezaan seni bina bagi setiap zaman di india:
Pada Zaman Gupta: • Seni bina hindu :Wujud dalam bentuk kuil. • Seni bina da ukiran mencapai kegemilangannya. • Konsep asas ditentukan oleh kalangan Brahmin. • Agama Hindu menekan simbol empat segi. • Budha lebih condong kepada bentu bulat. • 3 jenis seni bina Hindu iaitu jenis Negara, jenis Dravita dan Vesara.
Zaman Vedik : Tamadun India Dipengaruhi persekitaran dan juga cuaca. (Panas dan lembap) Seni bina india : • Terikat pada pengaruh dari Timur Tengah iaitu Parsi. • Bertambah unik dan pelbagai. • Pembinaan masjid Quwat Al-Islam di Delhi.(Gabungan Hindu-Islam). • Mencapai kecemerlangan semasa pemerintahan Babur, Humayun dan Shah Jehan.
Zaman pemerintahan Asoka: • Seni bina dipengaruhi oleh agama Buddha kerana Asoka sangat kuat berusaha mengembangkan agama Buddha. • Pintu-pintu gerbang gua banyak dibina. • Kuil-kuil dibina di dalam gua. • Beribu-ribu stupa yang dibuat dari batu dan berbentuk kubah. Ia dibina ditempat suci. Ia bukanlah kuil Buddha tetapi merupakan tempat menyimpan bahan-bahan peninggalan Buddha. • Elemen geometri iaitu empat segi dan bulat menjadi pilihan dalam Zaman Asoka kerana dikatakan sebagai satu usaha untuk membezakannya dengan elemen empat segi yang biasanya terdapat pada altar Zaman Vedik dan sebagai simbol Buddha iaitu Wheel of Law. • Tiang Asoka menjadi contoh terbaik seni bina India.
refleksi 2
2. pencapaian tamadun india yang diperolehi dalam pelbagai bidang: Bidang kesenian • Seni bina: lotus temple, qutab minar, charminar, sun temple • Seni tari : 8 bentuk seni tari Bidang keagamaan: hindu, islam, kristian, budhha Bidang ekonomi • Kedua terbesar Negara agrikultur • Memelihara 12 juta tan manga setahun • Pembuat susu terbesar dunia Bidang social • 17 perayaan utama • 29 bahasa utama Bidang teknologi • Antara 6 negara yang melancarkan satelit • Perkembangan bidang IT yang terpantas di dunia Bidang tentera • Kedua terbesar tentera darat • Keempat terbesar tentera udara • Kelima terbesar tentera laut
Perbezaan antara suasana tamadun india yang lampau dan sekarang:
Tamadun india yang lampau hanya mempunyai beberapa negeri dan kampung. Ramai penduduk india hidup dalam kemiskinan. Hal ini mungkin adalah kerana kurangnya peluang pekerjaan dan ilmu pengetahuan, selain hidup dalam zaman penjajahan british. Mereka juga lebih menumpukan hal hal keagamaan dan ketuhanan sahaja. Tamadun india kini pula ialah Negara yang merdeka dengan populasi melebihi 1 billion orang, 2 ribu kumpulan etnik, 500 bandar dan 20 bandar utama. Sehingga kini tamadun india telah menjadi Negara demokrasi terbesar dunia, mempunyai bangsa menggunakan bahasa inggeris terbesar dunia, dan kaya dalam bidang teknologi dan ketenteraan.
Pada pandangan saya, antara faktor perkembangan peradaban india ialah: • Kebebasan dari zaman penjajahan • Wujud interaksi antara peradaban india dengan peradaban lain. • Peningkatan dan kesedaran kepentingan ilmu pengetahuan dalam tamadun • Pengaruh peradaban lain untuk maju.
|
|
|
Post by Nur Nazihah on Dec 16, 2014 11:59:43 GMT
Nur Nazihah Binti Adnan PH240 Assalamualaikum Refleksi Tamadun India Refleksi Tamadun 1 Pengaruh islam ke atas perkembangan dan kemajuan seni bina di India sehingga menyebabkan Tamadun India memberi sumbangan besar dalam kesenian seni bina dapat dilihat melalui pembinaan: a) Masjid Taj mahal - menggunakan batu marmar berwarna putih, mozek dan batu-batu permata (berlian, jed, kristal) - merupakan seni bina Mughal yang merupakan gabungan seni bina Tamadun Islam dari parsi, turki, india dan islam - dikenali sebagai permata senibina islam - mempunyai 4 menara berukuran 46 m yamg menghiasi setiap penjuru - didirikan di hujung sebuah taman yang luas - mempunyai pintu masuk berbentuk lengkungan yang menawan menyerupai sebuah masjid - mempunyai hiasan berunsurkan jambangan bunga dan geometri menggambarkan hubungan alam sekitar dan tanda-tanda keagungan tuhan - ayat al-quran menjadi hiasan utama taj mahal - ukiran khat thuluth islam merupakan seni huruf utaama taj mahal Perbezaan seni bina bagi setiap zaman di India Zaman Gupta - Seni bina bertujuan untuk penyebaran agama - Brahmin menentukan konsep asas - Agama hindu menekankan symbol empat segi manakala agama Buddha mementingkan bentuk bulat - Seni bina mempunyai 4 struktur penting: a)Shikara- bentuk kereta kuda orang Aryan b)Vimana- kuil yang berbentuk pencampuran pyramid bertingkat - menjadi lambang seni bina kuil selatan india c)Ratha- batu tunggak diukir menjadi bentuk binatang d)Gopuram – menandakan pintu masuk utama ke kompleks kuil - Contoh : tiang asoka Zaman Maurya - Perkembangan seni bina - Contoh: tiang asoka Zaman chola - Menekankan keunikan corak seni bina - Contoh : kuil bragathiswarar didi Thanjavur Zaman vedik - Orang yang beragama Buddha mengubahsuai bangunan keagamaan - Contoh : kuil dua di bhaja, ajantha, ellora, mahapallipuram Refleksi Tamadun 2 Pencapaian Tamadun India dalam pelbagai bidang - merupakan Negara kedua terbesar dalam sektor pertanian - Tamadun terpantas dalam perkembangan sektor IT - mempunyai angkatan tentera bersenjata yang kedua terbesar di dunia - mempunyai tentera udara yang keempat terbesar di dunia - mempunyai tentera laut yang kelima terbesar Perbezaan Tamadun India Lampau dengan sekarang - Tamadun India lampau menguasai bidang pertanian dengan menambahkan hasil-hasil pertanian melalui aktiviti pengunaan alatan tradisional seperti cangkul dan sebagainya manakala tamadun india sekarang menambah hasil pertanian dengan melakukan penyelidikan berkaitan seperti nanoteknologi dan bioteknologi untuk menghasilkan baka tanaman yang baik dan penanaman tumbuhan tanpa menggunakan tanah (hidrofonik) - Tamadun India sekarang merupakan negara terbesar dalam penghasilan susu berbanding tamadun india lampau - Tamadun India sekarang merupakan negara demokrasi terbesar di dunia berbanding tamadun india lampau - Tamadun India sekarang merupakan negara terpantas dalam perkembangan ekonomi berbanding tamadun india lampau Pada pandangan saya, faktor perkembangan peradaban India 1) Pertambahan bilangan penduduk - Bilangan Penduduk tamadun india bertambah dari semasa ke semasa dan mempunyai 638000 pekampungan - peningkatan tenaga kerja 2) Peluasan kawasan Tamadun india - Mempunyai banyak bandar utama - Peluasan kawasan menigkatkan kekuasaan pemerintah 3) Penciptaan dan perkembangan teknologi - Penciptaan alatan pertanian seperti sabit, senjata seperti senapang - Meningkatkan produktiviti dalam pelbagai sektor seperti pertanian dan sektor ketenteraan 4) Interaksi di antara Tamadun India dengan Tamadun lain seperti Islam 5) Kesedaran masyarakat akan kepentingan ilmu pengetahuan 6) Sikap ingin maju dan keazaman untuk keluar dari zaman kegelapan
|
|
|
Post by hairaini on Dec 16, 2014 14:04:43 GMT
Refleksi 1 Pengaruh Islam ke atas perkembangan seni bina tamadun india.Contoh terbaik boleh dilihat pada seni bina Taj Mahal. Seni pembinaan Taj Mahal ini menggabungkan seni bina Turki, India, Parsi dan Islam. Seni bina Islam dapat dilihat pada: (rofl)4 menara yang ketinggiannya lebih kurang 46m, menghiasi penjuru Taj Mahal. (rofl)Didirikan di hujung sebuah taman yang luas dengan pintu masuk berbentuk lengkungan yang menyerupai masjid. Seni bina Islam selalunya mempunyai bentuk binaan yang menyerupai masjid lapangan. (rofl)Mempunyai hiasan berunsurkan jambangan bunga dan geometri yang mencerminkan alam sekitar dan tanda-tanda keagungan Tuhan. (rofl)Ayat Al-Quran yang menjadi hiasan utama Al-Quran dan ukiran huruf khat thluluth Islam. Perbezaan seni bina pada setiap zaman tamadun India. ( )zaman Gupta- lebih tertumpu pada pembinaan kuil untuk penyebaran agama. Seni bina pada zaman ini juga mempunyai 4 struktur penting, iaitu shikara(bentuk kereta kuda orang Aryan), vimana(kuil benbentuk campuran piramid bertingkat, ratha(batu tunggak diukir menjadi binatang), gopuram(pintu masuk utama kuil). ( )zaman Maurya- Seni bina termegah pada zaman ini ialah tiang Asoka ( )zaman Chola- kuil Brigathiswarar yang menunjukkan keunikan corak seni bina. ( )zaman vedik- semasa pemerintahan maharaja Asoka, banyak bangunan agama diubah suai oleh orang Buddha seperti kuil dua di bhaja, ajantha, ellora, mahapallipuram.
|
|
|
Post by hairaini on Dec 16, 2014 14:57:05 GMT
Refleksi 2Pencapaian tamadun India yang boleh diperoleh dalam pelbagai bidang. 8-)Merupakan negara kedua terbesar dalam agrikultur di dunia. 8-)Merupakan negara yang paling berkembang dalam bidang IT di dunia. 8-)Merupakan negara kedua terbesar dalam tentera bersenjata di dunia. 8-)Merupakan negara keempat terbesar dalam ketenteraan udara di dunia. 8-)Merupakan negara klima terbesar dalam ketenteraan laut di dunia. 8-)Merupakan pengeluar susu terbesar di dunia. 8-)Merupakan antara negara yang melancarkan satelit.
Bezakan suasana tamadun india yang lampau dan sekarang. Tamadun India yang lampau lebih tertumpu pada seni bina seperti pembinaan kuil-kuil dan ukirannya, manakala zaman sekarang pula menumpukan dalam semua bidang dan lebih maju.
Faktor perkembangan peradaban India. Pada pendapat saya, perkembangan peradaban India didorongi oleh sikap pemerintah yang ingin memajukan negara memandangkan pemerintah mempunyai kuasa dalam menentukan masa depan negara. Selain itu, sikap masyarakat sendiri yang berdaya saing dan gigih dalam sesuatu bidang hingga berjaya dalam bidang tersebut.
|
|
|
Post by syakiraidris on Dec 16, 2014 15:55:47 GMT
Syakira Idris
Refleksi 1 :
Pengaruh Islam : 1)Taj mahal - merupakan permata senibina Islam di India. Taj Mahal merupakan gabungan seni bina Parsi, Turki , India dan Islam. - ciri binaan islam yang berunsurkan binaan yang tinggi dan menyerupai masjid lapang. - Mempunyai corak hiasan seni bina islam iaitu bunga dan geometri yang mana merupakam simbolik alam sekitar dan keagungan Tuhan. - Terdapat juga ayat-ayat al-Quran dan tulisan khat thuluth Islam. 2)mempunyai monumen yang menandakan apogee seni Indo-islam yang mempunyai pengaruh dari Parsi yang menunjukkan seni Timurid. 3)Nagina Masjid - diperbuat daripada marmar tulen putih - mempunyai mahkamah dan surau yang mempunyai tiga kubah. 4) Seni tanah bulan - gabungan harmoni antara seni bina India dan Islam.
Perbezaan seni bina pada setiap zaman 1)Zaman Gupta - pembinaan kuil dan pada zaman ini seni bina dan ukir mencapai zaman kegemilangan - Agama Hindu : Simbol 4 segi , -Agama Buddha : Condong dan bulat. - Struktur penting : Shikera, Vimana, Ratha dan Gopuram. 2)Zaman Maurya- Tiang Osaka 3)Zaman Chola - terdapat kuil Brigathiswarar di Tharjavur 4)Zaman Vedik - bangunan keagamaan diubahsuai oleh orang-orang buddha
Refleksi 2:
Pencapaian Tamadun India : 1) Agama : Agama Hindu dan Buddha 2) Kesenian : Agra Fort, Jehangiri Mahal, pintu gerbang yang melambangkan agama buddha, tarian 8 dance forms 3) Binaan: Lotus Temple, Qutab Minar, Charminar, Sun Temple, Hawa Mahal dan Taj Mahal. 4) Bahasa : mempunyai 29 bahasa major 5) Sains dan teknologi : matematik, astronomi (kalendar ), fizik, kimia, logam dan perubatan.
Perbezaan suasana Tamadun India pada zaman lampau dan sekarang : - Agama pada zaman sekarang adalah lebih kepada hindu - Pada zaman sekarang bangsa India adalah lebih moden - Cara permikiran bangsa India sekarang adalah lebih realistik dan bertumpukan kepada keduniaan.
Faktor Perkembangan Peradaban Tamadun India : 1)Falsafah - pelepasan daripada kehidupan duniawi dan penyatuan dengan brahman. Selagi berada dalam keadaan jahil, tidak dapat bersatu dengan Tuhan. 2)Doktrin Buddhisme - mencari kebenaran dengan meninggalkan kemewahan dengan memikirkan tentang penderitaan yang berlaku di dunia. 3)Ajaran agama budhha - Ajaran yang mengajar ajaran psikologi dan etika yang berkaitan dengan kehidupan.
|
|
|
Post by fatinsyafiqarazali on Dec 16, 2014 16:25:23 GMT
Refleksi tamadun 1
Pengaruh Islam ke atas perkembangan dan kemajuan senibina di India: -bangunan-bangunan yang dibina melambangkan seni bina Islam. -Bandar Firozabad yang mempunyai sembilan masjid dan tiga istana serta sebuah makam. -Pencapaian kemuncak seni bina pada Zaman Moghul ialah zaman pemerintahan Akhbar di mana ada penggabungan seni bina Hindu dan Muslim. -Bidang seni bina mencapai kemuncaknya pada zaman pemerintahan Syah Jihan. Bangunan yang terkenal iaitu Taj Mahal dibina. Taj Mahal berbentuk oktagen dan dibina di atas podium (pentas) batu marmar putih. Bangunan ini mempunyai empat menara di empat penjuru podium. Bangunan ini juga mempunyai bilik yang terbahagi kepada lapan bahagian dengan ukiran marmar kaca pada makam Shah Jihan dan isterinya. -Masjid Jami merupakan masjid terbesar di India
Perbezaan seni bina bagi setiap zaman di India. Seni bina zaman Asoka dipengaruhi oleh agama Buddha. Elemen empat segi yang biasanya terdapat pada altar Zaman Vedik. Zaman Chola, kuil Brigathiswarswaran mempamerkan keunikan corak seni bina. Penggunaan jendela berkisi dibuat untuk mengurangkan pancaran cahaya matahari manakala batu marmar putih untuk mengurangkan bahang terdapat semasa zaman Moghul.
Refleksi tamadun 2
Tamadun India telah mencapai kecemerlangan dalam bidang kesenian seperti seni halus, tarian, drama, seni bina dan seni ukir dan juga seni lukis. Selain itu tamadun India juga mencapai kecemerlangan dalam bidang sains dan teknologi seperti dalam bidang matematik, astronomi dan kalendar, fizik, kimia, logam dan perubatan.
Suasana zaman India pada masa dahulu sangat berbeza daripada sekarang. Tamadun India pada zaman sekarang mempunyai kehidupan yang lebih selesa dan paling ketara sektor ekonomi tamadun India zaman sekarang jauh lebih berkembang. Terdapat ramai saintis daripada tamadun India yang dilahirkan juga menunjukkan tamadun India semakin maju dari segi teknologinya juga.
Pada pendapat saya, faktor perkembangan tamadun India adalah disebabkan setiap dari mereka inginkan kehidupan yang lebih baik dari hari demi hari. Jadi mereka telah berusaha ke arah memajukan tamadun mereka. Di samping itu, pertembungan dengan tamadun lain yang pesat membangun juga telah menyumbang kepada perkembangan tamadun India.
|
|