|
Post by norhainah_hs244 on Dec 16, 2014 17:35:30 GMT
Refleksi 1: Tamadun india memberi sumbangan yang besar dalam kesenian seni bina.Taj mahal merupakan gabungan seni bina Parsi,India,Turki dan Islam.Antara ciri-ciri seni bina islam dalam taj mahal adalah 4 menara lebih kurang 46m menghiasi setiap penjuru yang berunsurkan binaan menara tinggi,pembinaan pintu masuk berbentuk lengkungan yang menawan di didirikan hujung sebuah taman yang merupai masjid,hiasan taj mahal berunsurkan jambangan bunga dan geometri yang merupakan simbolik antara alam sekitar dan tanda-tanda keagungan tuhan adn ayat-ayat al-quran menjadi hiasan utama dan ukiran huruf khat thuluth islam menjadi seni huruf utama taj mahal. Terdapat perbezaan seni bina bagi setiap zaman di india.Bagi seni bina zaman pemerintahan Gupta iaitu seni bina bagi agama hindu menekankan simbol empat segi manakala agama buddha pula lebih condong kepada bentuk bulat dalam pembinaan kuil.Seni bina zaman Gupta mempunyai empat stuktur penting iaitu Shikara,vimana,ratha dan gopuram.Pada zaman Maurya,seni bina yang terpenting adalah tiang asoka .Pada zaman Vedik,banyak bangunan agama yang diubahsuai orang buddha seperti kuil dua di Bhaja,Ajantha,Ellora, Mahapallipuram dan terakhir pada zaman Chola, kuil brigathiswawar mempunyai seni bina yang unik
Refleksi 2: Pencapaian tamadun India: -Negara pertanian kedua tersebar di dunia -Perkembangan bidang IT yang terpantas di dunia -Tentera laut(kelima terbesar) -Tentera darat(kedua terbesar) -Tentera udara(keempat terbesar)
Perbezaan suasana tamadun India pada masa dahulu dan sekarang: -Kehidupan tamadun india pada masa sekarang lebih moden berbanding dahulu. -Menjadi Negara yang terpantas dalam perkembangan IT. -Ekonomi lebih berkembang.
Faktor perkembangan tamadun India adalah bilangan penduduk yang ramai dan boleh melahirkan banyak generasi yang cerdik pandai,kawasan yang luas serta lokasi yang strategic.
|
|
|
Post by najihahazni95 on Dec 16, 2014 17:38:49 GMT
REFLEKSI 1
Antara pengaruh Islam yang dapat dilihat dalam seni bina Tamadun India ialah binaan Taj Mahal oleh Shah Jehan kepada isterinya.Antara aspek Islam yang dapat dilihat pada seni bina Taj Mahal ialah:
- Dibina dengan menggunakan batu marmar putih dan menggunakan gaya seni Parsi -Terdapat hiasan yang terdiri daripada ayat al-quran,diukir dengan ukiran khat thuluth yang menjadi hiasan utama -Terdapat 4 menara yang dibina di setiap penjuru Taj Mahal yang berunsurkan binaan menara tinggi -Terdapat sebuah taman yang luas dengan pintu masuk berbentuk lenkungan -Terdapt corak hiasan yang kebanyakkannya berunsurkan bunga-bungaan dan geometri
Perbezaan antara setiap zaman dalam tamadun India ialah:
Asoka-seni pada pintu gerbang dipengaruhi oleh agama Buddha Maurya-seni bina tiang Asoka Chola-seni bina kuil Brigathiswarar di Thanjarur Vedik-kuil dua di Bhaja,Ellora,Ajantha dan Mahapallipuram -agama Buddha menekankan bentuk condong dan bulat Gupta-1) Shikara(bentuk kereta kuda orang Aryan) 2)Vimana(kuil yang berbentuk pencampuran piramid bertingkat dan lambang seni buna kuil selatan India) 3)Ratha(batu tunggak diukir menjadi bentuk bintang) 4)Gopuram(menandakan pintu masuk utama ke kompleks kuil)
|
|
|
Post by najihahazni95 on Dec 16, 2014 17:47:26 GMT
REFLEKSI 2:
1)Pencapaian tamadun India yang diperoleh dalam pelbagai bidang
-Negara kedua terbesar dalam tentera bersenjata di dunia -Negara kedua terbesar dalam agrikultur didunia -Negara paling berkembang dalam bidang IT di dunia -Negara keempat terbesar dalam ketenteraan udara di dunia -Antara negara yang melancarkan satelit
2) Perbezaan Tamadun India pada masa lampau dan sekarang
-Kini,sistem kasta dalam Tamadun India semakin hilang dan tamadun India lebih berkembang dari segi ilmu perubatan dan teknologi
3) Faktor perkembangan Tamadun India
-Pemerintah yang memberikan galakan kepada rakyat -Perkembangan ilmu pengetahuan dalam kalangan masyarakat -Wujudnya sifat ingin bersaing dengan negara-negara maju yang lain
|
|
|
Post by nur farah nadiah on Dec 16, 2014 18:03:32 GMT
REFLEKSI TAMADUN 1
* tamadun India mempunyai ciri perancangan bandar yang sistematik. * senibina paling terkenal ialah Taj Mahal dan Masjid Mutiara. * Taj Mahal menggabungkan senibina Parsi, Turki,India dan Islam. -dikenali sebagai permata senibina Islam. -mempunyai 4 menara di setiap penjuru menyerupai senibina Islam. -mempunyai lengkungan yang menawan menyerupai sebuah masjid kerana senibina Islam biasanya mempunyai bentuk binaan yang menyerupai bentuk masjid lapangan. -corak hiasan senibina Islam: hiasan yang berunsurkan jambangan bunga dan geometri yang mencerminkan simbolik antara alam sekitar dan tanda-tanda keagungan Tuhan. -ayat Al-Quran menjadi hiasan Taj Mahal dan ukiran huruf khat thuluth Islam menjadi seni huruf utama Taj Mahal * semua ini membuktikan bahawa terdapat pengaruh Islam pada senibina India.
REFLEKSI TAMADUN 2 *Pencapaian tamadun India - mempunyai agriculture dan ketenteraan yang besar. - mempunyai demokrasi yang terbesar di dunia. - negara ke 3 yang mempunyai ekonomi yang besar. - keupayaan IT yang tinggi. *Beza suasana dahulu dan sekarang -taraf hidup rakyat negara India sudah meningkat. -mereka mempunyai banyak kemajuan terutama dari segi tanaman, ketenteraan, ekonomi, perfileman, IT dan lain-lain lagi. -banyak negara yang bergantung kepada negara India.
*Pada pendapat saya, faktor perkembangan peradaban India ialah melalui aktiviti perdagangan. Daripada dahulu lagi orang India aktif dalam bidang perdagangan. Tidak hairan lah jika ekonomi negara India berkembang maju hari demi hari. Mereka sangat rajin bekerja sehingga ramai daripada pekerja di dunia terdiri dari orang India. Oleh itu, kita mesti bersaing dengan orang India agar kita dapat mencapai kemajuan yang sama seperti mereka.
|
|
|
Post by NajihahZabidi on Dec 16, 2014 18:34:10 GMT
Refleksi #1
Tamadun india sangat terkenal dengan kesenian seni binanya dan mempunyai perancangan bandar yang amat sistematik. Pencapaian terbesar senibina tamadun India antaranya adalah Taj Mahal. Pembinaan Taj Mahal mempunyai unsur-unsur Islam di dalamnya seperti mempunyai 4 menara menghiasi setiap penjuru mengambarkan ketinggian menara selain mempunyai bentuk seakan masjid dan hiasan jambangan bunga dan geometri pada tiang malah terdapat ayat alQuran di pintu gerbanng taj mahal dengan tulisan khat tuluth islam.
Zaman kegemilangan(pemerintahan Asoka)-pintu gerbang yang dibina mempunyai banyak pengaruh buddha
Zaman Gupta- pembinaan kuil (agama) dengan bercirikan konsep bulat untuk agama buddha atau empat segi bagi kuil hindu. selain itu senibina pada zaman ini juga mempunyai 4 struktur penting iaitu shikara,vimana,ratha dan gopuram.
Zaman Maurya-seni bina berkembang maju. antara senibina terkenal adalah tiang asoka
Zaman Chola-mempunyai corak seni bina kuil yang amat unik
Zaman Vedik-perubahan senibina bertumpu terhadap kuil-kuil
|
|
|
Post by FarahSama244 on Dec 16, 2014 18:46:34 GMT
FARAH NAJWA BINTI OSMAN HS244
kesenian seni bina tamadun india :
- pemerintah Islam gabungkan ciri bina Hindu dengan Islam - pembinaan masjid Quwwat-ul-Islam lambang seni bina Delhi terawal - pembinaan Kutub Minar, masjid Adhai Din, Alai Daruruza (dewan yang bentuk segi empat sama, kibah dibina dari batu pasir merah) - Shah Jahan bina Taj Mahal (lambang kecintaan kepada isterinya Mumtaz Mahal) # bentuk oktagen, binaan atas podium, batu marmar putih, ada 4 menara di 4 penjuru podium # 4 menara yang binaanya tinggi # didirikan di hujung sebuah taman yang luas dengan pintu masuk bentuk lengkungan yang hampir menyerupai sebuah masjid, # hiasan berunsurkan jambangan harga dan geometri yang mencerminkan simbolik antara alam sekitar dan tanda keagungan tuhan # ayat Al-Quran menjadi hiasan utama Taj Mahal dan ukiran huruf khat thuluth Islam menjadi seni huruf utama Taj Mahal
Beza zaman lampau dan sekarang :
- Asoka = seni bina seperti pintu-pintu gerbang adalah dipengaruh oleh agama buddha - Gupta = binaan seperti kuil dipercayai penting untuk menyebarkan agama, seni bina dan ukit capai kegemilangannya, konsep asas ditentukan oleh golongan Brahmin, agama Hindu tekankan simbol empat segi manakala Buddha conding kepada bulat - Maurya = tiang asoka adalah contoh terbaik kemegahan seni bina India - Chola = kuil Brigathisuaran dibina di Thanjavur tunjuk corak unik. - Vedik = bangunan keagamaan diubah suai oleh orang Buddha semasa pemerintahan Maharaja Asoka, kuil dua di Bhaja Ajantha, Ellora dan Mahapullipuram
Pencapaian Tamadun India :
- negara pertanian terbesar dunia - negara sektor IT yang peling berkembang - ada tentera bersenjata kedua terbesar - ada tentera udara keempat terbesar - ada tentera laut kelima terbesar - negara kedua terbesar yang import senjata - pengguna emas terbesar - pengeluar susu terbesar - antara negara yang berjaya lancar satelit
beza : 1) ekonomi zaman kini lebih maju 2) bidang IT dan teknologi lebih berkembang dengan pertambahan idea-idea negara lain 3) pertanian yang lebih berkembang pesat - hasil pengeluaran tamadun yang sangat besar
Faktor berkembang :
- pertembungan peradaban india dengan tamadun lain - kebebasan dari zaman penjajahan - pengaruh peradaban lain untuk maju
|
|
|
Post by syathirohshahirul on Dec 16, 2014 19:48:16 GMT
i)pengaruh Islam terhadap kemajuan dan perkembangan seni bina tamadun India -pengaruh Islam telah memberikan pengaruh yang besar terhadap seni bina tamadun India -antara contoh seni bina yang menunjukkan wujud pengaruh Islam ialah bangunan Taj Mahal -mempunyai corak bunga dan geometri yang mencerminkan simbolik antara alam sekitar dan tanda-tanda keagungan Tuhan -terdapat juga ayat Al-Quran menjadi hiasan utama di mana khat tuluth menjadi seni tulisannya -Jehangiri Mahal juga merupakan seni bina yag menerima pengaruh kesenian dari seni Indo Islam yang kuat -seni bina tanah bulan ialah gabungan seni bina yang harmoni antara senibina tamadun India dan tamadun Islam -contoh seni bina tanah bulan dapat diliht di Agra Fort
ii)perbezaan seni bina setiap zaman: -zaman Gupta a) konsep asas dipengaruhi oleh golongan Brahmin b) agama Hindu menekankan simbol empat segi c) mempunyai empat struktur penting iaitu Shikara, Vimana, Ratha dan Gopuram -zaman Chola, Kuil Brigathiswarar -zaman Maurya mmpunyai Tiang Asoka -zaman Vedik, banyak bangunan keagamaan diubah suai di bawah pemerintahan Maharja Asoka
|
|
|
Post by syathirohshahirul on Dec 16, 2014 20:09:28 GMT
Refleksi 2
i) pencapaian tamadun India yang diperolehi dalam pelbagai bidang - India telah menjadi negara pengeluar bahan tanaman kedua terbesar di dunia - negara kedua belas terbesar dari sudut ekonomi - perkembangan IT paling pantas - tentera bersenjata kedua terbesar - tentera udara keempat terbesar - tentera laut kelima terbesar - kegiatan demokrasi terbesar - ekonomi ketiga terbesar dalam aspek kuasa membeli - 25% dari pekerja merupakan orang India - separuh daripada kegiatan IT di dunia merupakan dari India - pembekal senjata kedua terbesar - pengguna barangan kemas terbesar - pengeluar susu terbesar di dunia - satu daripada enam negara yang melancarkan satelit ii) perbezaan suasana tamadun India dengan sekarang - dapat dilihat perbezaan tamadun India pada zaman dahulu dengan sekarang - pada zaman dahulu, mereka mementingkan sistem kasta, tetapi sekarang telah menjadi penyokong demokrasi - mereka telah menjadi salah satu daripada sumber aset IT yang penting - mereka telah menerima pengaruh Barat serta menjadi sebuah negara yang mempunyai pertuturan Inggeris paling besar di dunia iii) faktor perkembangan peradaban India - gabungan peranan antara pemimpin dan rakyat - pertembungan di antara tamadun lain - perlumbaan antara negara dalam mengejar arus kemodenan - belajar daripada sejarah
|
|
|
Post by syafiqah on Dec 16, 2014 20:42:01 GMT
REFLEKSI 1 Assalammualaikum ustazah..berdasarkan video tadi,apa yang saya dapat adalah baru kini saya menyedari bahawa terdapat banyak sangat bangunan yang indah dari seni pembinaannya dan juga mengapa bangunana tersebut telah di bina.. Sebagai contoh Taj Mahal..bangunan tersebut sangat halus seni binaannya dengan gabungan corak dari Turki dan sebagainya..ditambah pula dengan kemasukan seni bina islam dalam corak nya...dan berdasarkan video itu juga, saya belajar sejarah serba sedikit tentang tempat kediaman raja-raja di yang memerintah India satu ketika dahulu..
REFLEKSI 2 Berdasarkan video refleksi yang kedua pula, apa yang saya pelajari daripadanya adalah sesuatu yang mengejutkan saya sendiri..hal ini kerana saya ingatkan negara India adalah salah satu negara yang mempunyai ramai orang miskin..tetapi apabila melihat balik video tersebut, tanggapan saya terhadap negara India telah berubah..sebenarnya terdapat banyak sangat kemajuan di India..sebagai contoh salah India salah satu yang sangat berkembang dari segi IT..hal ini wujud kerana mungkin sifat ingain berubah dalam kalangan masyarakat India itu sendiri kerana tidak mahu hidup mereka dibelenggu kesusuahan..sepatutnya semangat yang ini harus kita serap masuk ke dalam jiwa kita supaya kita dapat membina sebuah tamadun yang hebat dari setip aspek..
sekian terima kasih...
|
|
|
Post by fatinnajihah on Dec 17, 2014 6:50:47 GMT
Tamadun India mempunyai perancangan bandar yang sangat sistemati. antara binaan yang dapat dilihat dalam tamadun India ialah Taj Mahal. Antara pengaruh Islam yang terdapat pada seni bina Taj Mahal ialah : 1- Mempunyai 4 menara menghiasi setiap penjuru 2- Terdapat ayat alQuran di pintu gerbang Taj mahal dengan tulisan khat thuluth islam. 3- Terdapat corak hiasan yang kebanyakkannya berunsurkan bunga-bungaan dan geometri yang bercirikan agama Islam. 4- Mempunyai taman lengkungan menyerupai sebuah masjid 5- binaan bercirikan seni bina Parsi
Perbezaan seni bina pada setiap zaman :
- Zaman Asoka -seni bina seperti pintu-pintu gerbang adalah dipengaruhi oleh agama Buddha. - Zaman Gupta -binaan seperti kuil dipercayai penting untuk pengebaran agama. Seni bina dan seni ukir mencapai kegemilangannya. Konsep asas ditentukan oleh kalangan Brahmin. - Zaman Maurya-tiang Asoka adalah contoh terbaik kemegahan seni bina India. - Zaman Chola - kuil Brigathiswarar dibina di Thanjavur yang menunjukkan keunikan corak seni bina. - Zaman Vedik - banyak bangunan keagamaan diubahsuai oleh orang-orang agama Buddha semasa pemerintahan Maharaja Asoka, contohnya kuil dua di Bhaja, Ajantha, Ellora dan Mahapallipuram.
2) )Pencapaian tamadun India yang diperoleh dalam pelbagai bidang :
-Negara kedua terbesar dalam tentera bersenjata di dunia -Negara kedua terbesar dalam agrikultur di dunia -Negara maju dalam bidang IT di dunia -Negara keempat terbesar dalam ketenteraan udara di dunia. -Negara yang melancarkan satelit
Perbezaan Tamadun India dulu dan sekarang. :
1) Sistem kasta diamalkan pada zaman dahulu sehingga golongan paria sangat dipandang hina oleh golongan atasan.Zaman sekarang, sistem kasta masih ada tetapi tidak diikuti secara ekstrem. Tambahan lagi, sesetengah golongan atasan menghormati golongan bawahan atas sifat kemanusiaan. 2)Pada zaman dahulu, India menggunakan sistem feudal. Tetapi pada zaman kini, India merupakan negara terbesar dalam sistem demokrasi 3)India pada zaman dahulu, wanita dan kanak-kanak perempuan sering ditindas namun kini, ianya masih berlaku tetapi sekarang sudah ada hak-hak kewanitaan yang dapat membela kaum wanita dan kanak-kanak perempuan.
Faktor perkembangan Tamadun India : -melihat perkembangan tamadun lain, wujud semangat daya saing untuk memajukan tamadun India. -pembebasan daripada penjajahan asing -interaksi antara tamadun (sifat keterbukaan) -peranan pemerintah dalam memajukan tamadun
|
|
|
Post by NajihahZabidi on Dec 17, 2014 11:35:50 GMT
Refleksi Tamadun #2
Pencapaian tamadun india dalam pelbagai bidang 1)Bidang Matematik masyarakat tamadun india telah berjaya membezakan nombor abstrak dan nombor kuantiti objek-objek ataupun keluasan ruang. Berbandmg dengan matematik Greek (Yunani) yang lebih bersifat mengukur panjang, lebar dan geometri, India sudah melepasi tahap ini lebih awal lagi. Orang India menggunakan nombor- nombor asas dengan simbol 0 hingga 9 untuk mencipta cara kiraan Algebra asas dan ini membolehkan tamadun India menceburi bidang ilmu matematik yang lebih rumit. Mereka juga telah mencipta sistem perpuluhan, memperkenalkan nombor positif dan negatif, kuasa pada nombor, dan nilai infiniti. 2)Bidang Astronomi Jyotisa merupakan perkiraan astronomi yang digunakan pada zaman awal untuk menentukan tarikh dan masa bagi upacara pengorbanan. Berdasarkan perkiraan astronomi muncul kalendar matahari. Pada zaman awal, orang India berjaya menemui 7 planet tanpa bantuan teknologi peralatan. Planet-planet tersebut ialah Matahari, Bulan, Marikh, Utarid, Musytari, Zuhrah, Zuhal dan kemudian dua lagi planet ditambah, iaitu Rahu dan Kethu (pusat tenaga) yang berada pada arah bertentangan 180 . 27bintang (nakshatra) turut dikenali dan mempercayai 27 bintang dan 9 planet ini mempengaruhi kehidupan manusia. 3)Bidang Fizik dan Kimia Masyarakat di india percaya bahawa setiap unsur alam adalah bermula dari atom dan mengenalpasti elemen yang terdapat di muka bumi iaitu tanah,air,angin,api dan angkasa. Menurut Jaina, corak percantuman atom yang berbeza menghasilkan elemen-elemen dengan pelbagai sifat. Orang Buddha melihat atom sebagai "occupying minutest space in the minutest time". Mengikut falsafah Vaisesika pula atom-atom membuat satu percantuman diacldsin triad yang primari sebelum bercantum untuk membentuk sesuatu objek bahan. Orang India percaya bahawa elemen-elemen tanah dan air adalah jenis jatuh, api jenis menaik, padu [solid) dan bendalir jenis mengembang dalam panas. Tetapi usaha eksperimen yang sebenar dan saintifik tidak dilakukan dalam bidang ini. Dalam bidang kimia pula, masyarakat india dikatakan menggunakan ilmu kimia dalam pembuatan ubat. 4)Bidang Logam Orang India sangat mahir membuat logam. Kemahiran mereka jelas kelihatan dengan wujudnya Tiang besi pada kurun ke 5 yang begitu tulen dan tidak berkarat. Kemahiran mereka dalam bidang logam sangat dihargai tamadun lain pada ketika itu 5)Bidang Perubatan Pengetahuan perubatan orang India bermula pada zaman Vedik sebagai sent ilmu sihir. Unsur-unsur bidang perubatan seperti fisiologi, pembedahan, pernafasan melalui amalan yoga, reproduksi manusia, farmakologi dan perubatan binatang wujud sebelum tahun-tahun masihi. Teks-teks perubatan India seperti Caraka (kurun pertama hingga ke-2) dan Susruta (kurun ke-4) dianggap setaraf dengan Hippocrates dan Galen dalam beberapa segi dan lebih maju pada keseluruhannya.
India yang mempunyai antara penduduk paling ramai di dunia mempunyai keluasan negara yang amat tinggi. Jadi, masyarakat di India kini dilihat lebih maju berbanding dahulu. Tamadun India sekarang sangat maju dan amat terkenal. Antara pencapaian tamadun india sekarang adalah merupakan kedua pengeluar terbesar dalam bidang agrikultur, mempunyai ekonomi yang kukuh, merupakan negara yang berkembang dengan pesat,mempunyai pertahanan yang kuat dan berjaya melancarkan satelitnya sendiri.
Pada pendapat saya faktor berkembangnya tamadun india adalah kerana sifat ingin memajukan bangsa itu sendiri. Dengan pemerintah yang bijak dan saksama, kemajuan akan dicapai tanpa halangan. Selain itu dengan kelebihan mempunyai penduduk yang ramai dan keluasan negara yang luas, india mampu menaikkan ekonomi mereka dengan memajukan sektor-sektor yang berkenaan dan merupakan pengeluar terbesar susu lembu dan pengeluar kedua terbesar dalam bidang agrikultur. Perkembangan pesat negara India harus dicontohi negara kita demi mencapai wawasan2020 kelak.
|
|
|
Post by asheerazaimi on Dec 17, 2014 12:12:43 GMT
Siti Norasheera Bt Zaimi HS244
1.Tamadun India telah memberikan sumbangan yang besar dalam kesenian seni bina. Ciri perancangan bandar pada tamadun ini adalah sistematik. Perkembangan seni bina pada tamadun ini dipengaruhi oleh faktor persekitaran dan cuaca. Seni bina tamadun India yang paling terkenal adalah Taj Mahal dan Masjid Moti atau nama lainnya Masjid Mutiara. Taj Mahal merupakan seni bina mewah yang terbaik dari dinasti Mughal dan ianya menggabungkan seni bina Parsi,Turki,India dan Islam. Taj Mahal juga dikatakan sebagai `permata seni bina Islam’. Taj Mahal merupakan contoh pengaruh Islam dalam perkembangan dan kemajuan seni bina tamadun India. Ini boleh dibuktikan dengan pembinaan Taj Mahal yang dihiasi dengan corak hiasan seni bina Islam dan ayat-ayat Al-Quran menjadi hiasan utama Taj Mahal serta ukiran huruf khat thuluth Islam yang menjadi seni huruf utama Taj Mahal.
Perbezaan seni bina dalam setiap zaman dalam tamadun india: 1)Zaman Asoka -seni bina seperti pintu-pintu gerbang adalah dipengaruhi oleh agama Buddha
2)Zaman Gupta -pada zaman ini binaan seperti kuil dipercayai penting untuk penyebaran agama. Seni bina pada zaman ini mempunyai 4 struktur penting iaitu Shikara yang bermaksud bentuk kereta kuda orang Aryan,Vimana iaitu kuil yang berbentuk percampuran piramid bertingkat yang menjadi lambang seni bina kuil selatan India,Ratha ialah batu tunggak yang diukir menjadi bentuk binatang dan akhir sekali adalah Gopuram yang menandakan pintu masuk utama ke kompleks kuil.
3)Zaman Maurya -Tiang Asoka adalah contoh terbaik kemegahan seni bina India 4)Zaman Chola -Kuil Brigathiswarar dibina di Thanjavur yang menunjukkan keunikan corak seni bina.
5)Zaman Vedik -Kebanyakan bangunan-bangunan keagamaan diubahsuai oleh orang-orang agama Buddha semasa pemerintahan maharaja Asoka. Contohnya adalah kuil dua di Bhaja,Ajantha,Ellora dan Mahapallipuram
2.Tamadun India mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang antaranya ialah bidang pertanian,ketenteraan dan sebagainya. Terdapat beberapa fakta hebat mengenai tamadun India. Antaranya, India adalah sebuah negara demokrasi terbesar dunia, merupakan negara agrikultur kedua terbesar di dunia.negara ketenteraan kedua terbesar di dunia,dan konsumer perhiasan emas terbesar. Pada pendapat saya, perbezaan tamadun India yang lampau dengan sekarang ialah dari segi ekonominya. Ekonomi India sekarang lebih maju jika dibandingkan dengan masa lampau kerana terdapat kemajuan dalam pelbagai bidang seperti pertanian,perdagangan,perusahaan hasil tenusu dan sebagainya. Faktor perkembangan tamadun India pula disebabkan kerana kecekapan pemerintahnya dalam menguruskan pemerintahan. Selain itu, pelbagai pencapaian daripada pelbagai aspek juga menyumbang kepada perkembangan tamadun India.
|
|
|
Post by yuslinda on Dec 17, 2014 12:47:51 GMT
NUR YUSLINDA FATIN BINTI YUSRI Refleksi Tamadun india
Refleksi tamadun 1 :pengaruh islam terhadap perkembangan kemajuan seni bina di India Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu dan merupakan contoh tebaik senibina Mughal yang menggabungkan seni bina Turki,Parsi,India dan Islam dan dikatakan sebagai "permata seni bina Islam".
Taj Mahal :
1) 4 menara dan 46m menghiasi setiap penjuru Pintu masuk berbentuk lengkungan yang menawan menyerupai sebuah masjid lapangan (simbolik antara alam sekitar dan tanda keagungan Tuhan) Mempunyai hiasaan seni bina Islam iaitu berunsur jambangan bunga dan geometri Ayat al-quran menjadi hiasan utama Taj Mahal Ukiran huruf khat thuluth Islam yang menjadi seni huruf utama Taj Mahal Dibina dengan batu mamar bewarna putih,mozek dan batu-batu permata seperti berlian,jed,kristal dan sebagainya.
Agra Ford :
merupakan kubu pertahanan memgelilingi Taj Mahal untuk mewujudkan perpaduan monumental Dindingnya daripada batu pasir merah Pintu masuknya dipanggil Pol Hathi atau Elephant Gate Benteng ini terdiri daripada pelbagai istana mewah Terdapat pintu gerbang,gerbang hiasan dan sebuah menara octagon Bangunan dibina daripada batu mamar tulen (semua monumen ini menandakan apongee seni Indo-islam yang kuat)
Masjid Moti/masjid Mutiara :
1) Pembinaan masjid jelas merupakan pengaruh Islam di India.
: Perbezaan seni bina bagi setiap zaman di india:
Zaman Gupta. Seni bina hindu :Wujud dalam bentuk kuil. Seni bina da ukiran mencapai kegemilangannya. 3) Konsep asas ditentukan oleh kalangan Brahmin. 4) Agama Hindu menekan simbol empat segi. 5) Budha lebih condong kepada bentu bulat. 6) 3 jenis seni bina Hindu iaitu jenis Negara, jenis Dravita dan Vesara.
7) Struktur penting. Shikhara – Bentuk kereta kuda orang Aryan. Vimana – Menara Piramid.Kuil yang berbentuk percampuran piramid bertingkat -menjadi lambang seni bina kuil selatan India. Ratha – Batu tunggak diukir menjadi bentuk binatang. Gopuram – Pintu pagar lembu.menandakan pintu masuk utama ke kompleks kuil.
Zaman Vedik : Tamadun India Dipengaruhi persekitaran dan juga cuaca. (Panas dan lembap) Seni bina india : Terikat pada pengaruh dari Timur Tengah iaitu Parsi. Bertambah unik dan pelbagai. Pembinaan masjid Quwat Al-Islam di Delhi.(Gabungan Hindu-Islam). Mencapai kecemerlangan semasa pemerintahan Babur, Humayun dan Shah Jehan. Zaman pemerintahan Asoka. 1) Seni bina dipengaruhi oleh agama Buddha kerana Asoka sangat kuat berusaha mengembangkan agama Buddha. 2) Pintu-pintu gerbang gua banyak dibina. 3) Kuil-kuil dibina di dalam gua. Kuil Bhaja Kuil Ajantha Kuil Ellora Kuil Mahapallipuram 4) Beribu-ribu stupa yang dibuat dari batu dan berbentuk kubah. Ia dibina ditempat suci. Ia bukanlah kuil Buddha tetapi merupakan tempat menyimpan bahan-bahan peninggalan Buddha. 5) Elemen geometri iaitu empat segi dan bulat menjadi pilihan dalam Zaman Asoka kerana dikatakan sebagai satu usaha untuk membezakannya dengan elemen empat segi yang biasanya terdapat pada altar Zaman Vedik dan sebagai simbol Buddha iaitu Wheel of Law. 6) Tiang Asoka menjadi contoh terbaik seni bina India.
|
|
|
Post by juliahashim on Dec 17, 2014 16:54:27 GMT
JULIA AMIRA BT HASHIM
Refleksi 1
Pengaruh Islam ke atas perkembangan dan kemajuan senibina di India dapat dilihat dalam pembinaan Taj Mahal, di mana ia berunsurkan menara yang tinggi, bentuk binaannya adalah seperti masjid lapangan. Ukiran senibinanya juga berunsurkan jambangan bunga dan geometri. Hiasan utama merupakan ayat al-Quran.
Perbezaan senibina pada setiap zaman
-Pada zaman Gupta, binaannya adalah seperti kuil penting untuk penyebaran agama. Agama Hindu menekankan simbol empat segi, agama Buddha menekankan simbol bulat. Terdapat empat struktur penting iaitu shikara, vimana, ratha dan gopuram. -Pada zaman Maurya, contoh binaan terbaik adalah Tiang Asoka -Pada zaman Chola, seni bina menunjukkan keunikan seperti Kuil Brigathiswarar. -Pada zaman Vedik, orang-orang agama Buddha mengubahsuai bangunan keagamaan seperti Ajantha,Ellora dan Mahapallipuram
Refleksi 2
Pencapaian tamadun India dalam pelbagai bidang:
1) Sektor IT yang paling berkembang pesat di dunia. 2) Dalam bidang matematik, pengenalan sistem angka sifar yang menjadi asas kepada angka kosong dalam sistem matematik hari ini. 3) Merupakan negara pertanian kedua terbesar di dunia.
Perbezaan zaman lampau dan sekarang dalam tamadun India ialah -zaman lampau, taraf hidup masyarakatnya sangat rendah kerana mereka dibelengu kemiskinan dan kurang peluang pekerjaan. -zaman sekarang, penduduk India telah mempunyai kedudukan ekonomi yang stabil serta mampu berdaya saing dengan bangsa lain.
Faktor perkembangan peradaban India: - wujudnya interaksi tamadun India dengan tamadun lain. - kebebasan dari zaman penjajah
|
|
sarah
New Member
Posts: 6
|
Post by sarah on Dec 18, 2014 14:29:40 GMT
Sarah Ahmad Sabri
Refleksi 1
Pengaruh Islam ke atas perkembangan dan kemajuan senibina India Taj Mahal merupakan bukti. - 4 menara yg menyerupai bentuk masjid lapangan. - Corak hiasan seni bina islam (jambangan bunga dan geometri, seni ukir) Agra Fort ialah bukti lain. - Binaan masjid di Agra Fort direka khas untuk mahkamah perempuan Gem Mosque - menggunakan marmar putih - mempunyai 3kubah
Perbezaan seni bina bagi setiap zaman di India Gupta - Kegemilangan seni ukir dan seni bina. Agama Hindu (Empat segi) dan Budha (bulat) mempunyai seni bina yang berlainan. Struktur utama senibina zaman ini ialah Shikara, Vimana, Ratha, Gopuram. Maurya - Contoh: Tiang Asoka Chola - Contoh: Kuil Brigathiswarar Vedik - Banyak menerima pengaruh Budha Mughal - Contoh: Taj Mahal. Telah banyak menerima pengaruh Islam. Senibina menggunakan batu marmar, mozek dan batu permata. Gabungan senibina Parsi, Turki, India dan Islam Moghul - Agra Fort
Refleksi 2
Pencapaian Tamadun India - Kemajuan dari sudut seni bina. Sebagai contoh: Lotus Temple, Qutab Minar, Charminar, Sun Temple, Hawa Mahal, Taj Mahal - Merupakan negara berlandaskan agrikultur kedua terbesar di dunia - Mampu menyatukan penduduk yang mempunyai etnik dan agama yang berbeza - Sektor IT yang paling pesat berkembang di dunia - Mempunyai tentera yang ramai - World's forth largest air force - World's fifth largest navy - 3rd largest economy by purchasig power - menjadi salah satu dari 6 negara yang berjaya melancarkan satelit
Perbezaan Tamadun India lampau dan sekarang India lampau mempunyai sistem kasta. Kini, masyarakat India lebih fokus kepada pendidikan untuk mempunyai kehidupan yang lebih senang. Kini India lebih mencontohi Barat. Sehingga negara tersebut menjadi negara terbesar yang rakyatnya bertutur dalam bahasa inggeris (sumber dari video)
Faktor perkembangan peradaban India. Interaksi dengan tamadun lain. Rakyat yang ramai juga menyumbang kepada perkembangan peradaban kerana wujudnya persaingan. Kesan penjajahan British
|
|