|
Post by dayahzamri on Dec 13, 2014 15:48:44 GMT
Nur Hidayah Binti Zamridin
REFLEKSI 1
Seni bina tamadun India banyak menggabungkan ciri India (Hindu) dengan Parsi (Islam) sebelum zaman Mughal, termasuklah Masjid Quwwat-al-Islam (Delhi), Qutb Minar dan masjid di Ajmer. Bagunan Taj Mahal merupakan salah sebuah bangunan ajaib di dunia. Taj Mahal dibina menggunakan batu marmar putih di Agra. Pelan bangunan Taj Mahal memberi tumpuan lebih kepada gaya seni bina Parsi dan tulisan al-quran.
Perbezaan seni bina pada setiap zaman ialah:-
1. Zaman Asoka
-pintu gerbang dipengaruhi agama Buddha
2. Zaman Maurya
-Tiang Asoka
3. Zaman Vedik
-Bangunan keagamaan diubah suai oleh orang agama buddha contohnya Ajantha dan Ellora.
REFLEKSI 2
Pencapaian Tamadun India dalam pelbagai bidang:
-Negara pertanian kedua terbesar di dunia
-Sektor IT yang paling berkembang pesat di dunia
-Pengeluar susu terbesar di dunia
-Negara kedua terbesar dalam bidang ketenteraa
Perbezaan tamadun India pada zaman sekarang ialah India lebih maju dan berdaya saing daripada zaman lampau dari segi akademik dan ekonomi. Sistem kasta pada zaman sekarang lebih baik dan tidak membebankan berbanding zaman lampau di mana pergaduhan dan pembunuhan berlaku sekiranya sistem kasta tidak dipatuhi. Selain itu, kedudukan wanita pada zaman sekarang dalam masyarakat India telah diakui dan wanita India telah menerima taraf pendidikan yang baik berbanding zaman lampau di mana kedudukan wanita sangat rendah dalam masyarakat.
Faktor perkembangan peradaban di India ialah kerana pertembungan dengan peradaban lain seperti melalui perdagangan, perkahwinan dan imigrasi. Selain itu, rakyat dan pemerintah juga lebih terbuka menerima pembaharuan untuk menjadi lebih maju setaraf dengan negara-negara lain. Tambahan pula, pengaruh daripada tamadun lain yang telah mencapai kemajuan juga merupakan salah satu faktor.
|
|
|
Post by hanisazizan_hs244 on Dec 13, 2014 15:53:19 GMT
NUR HANIS BINTI NUR AZIZAN REFLEKSI VIDEO 1 pengaruh islam di dalam seni bina india antaranya ialah unsur alam seperti bunga dan tumbuh-tumbuhan yang tedapat pada seni ukir di bangunan-bangunan yg di bina. ayat- ayat al-quran juga bnyak diukir di dinding ynag jelas membuktikan pengaruh islam di dalam tamadun india. kebnyakkan binaan bangunan di tamadun india juga berbentuk masjid. sebagai contohnya, bangunan Taj Mahal yang di bina Shah Jehan jelas menunjukkn unsur-unsur seni bina islam di dalam pembinaannya. selain itu, terdapat juga pembinaan masjid di tamadun india seperti masjid Moti. pada zaman Gupta, kuil telah di bina sebagai tempat penyebaran agama. kuil yang berbentuk empat segi melambangkan agama hindu, manakala kuil yang berbentuk bulat melambangkan agama buddha. pada zaman maurya pula, tiang asoka telah di bina sebagai lambang kemegahan. kuil brigathiswaran yang dikenali sebagai chola telah di bina dengan keunikkan corak seni binanya. kuil di tamadun india ini juga menggunakan unsur seni bina tanah bulan. manakala, masjid di agra fort menggunakan gabungan seni bina antara india dengan islam. selain itu, terdapat juga masjid yang bernama nagina masjid yang menggunakan marmar tulen putih.
REFLEKSI VIDEO 2 dari segi seni bina, tamadun india merupakan tamadun yang paling banyak seni binanya. antaranya ialah lotus temple, qutab minar, chavminar, sun temple, hawa mahal, dan taj mahal. suasana india pada zaman sekarang jelas menunjukkan perbezaan dengan suasana india pada zaman dahulu. pada zaman dahulu, kehidupan masyarakat tamadun india sangat susah berbanding dengan pada zaman sekarang yang serba moden. india merupakan negara kedua terbesar yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 1166079217 orang. india juga mempunyai 2 ribu kumpulan etnik di dalam negaranya. pada zaman sekarang juga india telah mempunyai 17 perayaan besar, 29 bahasa, dan lapan jenis tarian. pada pandangan saya, faktor perkembangan peradaban india adalah kerana sikap masyarakatnya yang berusaha keras untuk mencapai kejayaan walaupun terdapat banyak saingan kerana penduduk yang ramai. mereka bercita-cita tinggi untuk menjadi sebuah negara yang mempunyai sektor IT yang paling besar dan berjaya. hal ini mungkin didorong oleh kejayaan mereka dalam bidang-bidang lain seperti bidang ketenteraan di mana mereka adalah kuasa ketenteraan yang kedua terbesar di dunia. mereka juga mendominasi tempat ke empat dalam angkatan tentera udara dan tempat yang ke lima di dalam dunia dalam angkatan tentera laut.
|
|
|
Post by norhamizah on Dec 13, 2014 16:15:50 GMT
REFLEKSI TAMADUN 1
Pengaruh Islam ke atas perkembangan dan kemajuan seni bina di India ialah contonya pembinaan Taj Mahal. -Taj Mahal mempunyai 4 menara yang ketinggiannya lebih kurang 46 sentimeter. -Ciri ini dapat dilihat juga dalam seni bina tamadun Islam. -Hiasan terdiri daripada ayat al-Quran dan tulisan khat.
Perbezaan seni bina setiap zaman di India:
Zaman Moghul : sumber binaan dari marmar putih yang terdapat di Rajasthan. Zaman Lembah Indus : batu bata Zaman Maurya : kemahiran pertukangan kayu Zaman Chola : Seni bina kuil Brigathiswarar di Thanjavur. Zaman Asoka : Seni pada pintu gerbang dipengaruhi oleh agama Buddha.
REFLEKSI TAMADUN 2
Pencapaian tamadun India dalam pelbagai bidang:
1) Sektor IT yang paling berkembang pesat di dunia. 2) Dalam bidang matematik, pengenalan sistem angka sifar yang menjadi asas kepada angka kosong dalam sistem matematik hari ini. 3) Merupakan negara pertanian kedua terbesar di dunia.
Perbezaan zaman lampau dan sekarang dalam tamadun India ialah -zaman lampau, taraf hidup masyarakatnya sangat rendah kerana mereka dibelengu kemiskinan dan kurang peluang pekerjaan. -zaman sekarang, penduduk India telah mempunyai kedudukan ekonomi yang stabil serta mampu berdaya saing dengan bangsa lain.
Faktor perkembangan peradaban India: - wujudnya interaksi tamadun India dengan tamadun lain. - kebebasan dari zaman penjajah
|
|
|
Post by farinirazalihs244 on Dec 13, 2014 16:53:10 GMT
Assalamualaikum...
Berdasarkan video 1, ia menceritakan kisah seni bina pada zaman tamadun India. Seni bina dijadikan bahan ukur untuk mengkaji sesebuah tamadun. Seni bina melambangkan idea-idea kreatif masyarakat sesebuah tamadun. pencapaian tamadun India adalah Taj Mahal, Masjid Moti/ Masjid Mutiara. Seperti yang kita tahu Taj Mahal dibina oleh Maharaja Shah Jahansebagai monumen untuk isterinya yang kelima iaitu Mumtaz ul Zamani. Ciri-ciri seni bina adalah dibina daripada batu mamar berwarna putih, mozek dan batu-batu permata seperti berlian, jed dan kristal. Seni bina yang diterapkan disini adalah . Hiasan yang terdiri dari ayat Al-Quran, diukir dengan ukiran khat thuluth menjadi hiasan seni hiasan utama Taj Mahal. selain itu, terdapat 4 menara yang di bina di setiap penjuru Taj Mahal yg berunsurkan binaan menara tinggi.yang ketiga terdapat sebuah taman yang luas didirikan dengan pintu masuk berbentuk lenkungan. Yang keempat adalah terdapat corak hiasan yang berunsurkan bunga-bungaan dan geometri. Ini melambangkan kesinambungan antara alam sekitar dan tanda- tanda keagungan Tuhan.
Berdasarkan video2 adalah ia menceritakan kisah pencapaian tamadun india. Antaranya adalah Sun Temple, Hawa Mahal dan Taj Mahal. pada masa ini juga kehidupan mereka mengamalkan unsur pertanian.
|
|
|
Post by mylahs244 on Dec 13, 2014 17:31:41 GMT
JAMILAH BINTI ISHAK
REFLEKSI TAMADUN 1
Berdasarkan video yang telah saya tonton, pengaruh Islam ke atas perkembangan dan kemajuan seni bina India dapat dilihat dengan jelas pada bangunan Taj Mahal yang digelar sebagai "permata seni bina Islam".Hal ini kerana Taj Mahal mempunyai 4 menara yang tingginya 46m di setiap penjuru yang memperkenalkan ciri-ciri seni bina Islam yang berunsurkan binaan menara yang tinggi.Selain itu,pintu masuk Taj Mahal yang berbentuk lengkungan menyerupai sebuah masjid.Seperti yang kita tahu,seni bina Islam kebanyakannya menyerupai bentuk masjid lapangan.Corak hiasan pada Taj Mahal juga menerangkan tentang pengaruh Islam ke atas kemajuan seni bina India contohnya corak jambangan bunga dan geometri yang mencerminkan simbolik alam sekitar dan tanda-tanda keagungan Tuhan.Yang paling penting,ayat Al-Quran dijadikan hiasan utama Taj Mahal dan ukiran huruf khat thuluth Islam yang menjadi seni huruf utama Taj Mahal.Hal ini jelas menunjukkan pengaruh Islam yang kuat terhadap seni bina India.
Seeprti yang dilihat dalam video,jelas terbukti Tamadun India terbahagi kepada beberapa zaman seperti Zaman Gupta, Zaman Maurya, Zaman Chola dan Zaman Vedik.Perbezaan antara zaman ini dari segi seni bina ialah pada Zaman Gupta, kuil dianggap sebagai pusat penyebaran agama dan konsep asas seni bina oleh golongan Brahmin.Contohnya,agama Hindu menekankan simbol 4 segi manakala Buddha menekankan bentuk bulat pada seni bina mereka.Pada Zaman maurya, tiang Asoka dianggap contoh terbaik kemegahan seni bina India manakala pada Zaman Chola, kuil Bragathiswaran memaparkan keunikkan corak seni bina.Pada Zaman Vedik pula, bangunan keagamaan diubahsuai oleh orang-orang agama Buddha.
REFLEKSI TAMADUN 2
Berdasarkan video kedua, tamadun India mempunyai bilangan penduduk yang ramai.Tamadun India merupakan negara yang mempunyai empat agama yang besar dan merupakan negara 'agroculture' kedua terbesar.Selain itu, Tamadun India mempunyai pelbagai jenis bahasa dan mempunyai sektor IT yang berkembang pesat berbanding dengan tamadun India yang lampau.Antara faktor perkembangan peradaban India ialah peningkatan ilmu pengetahuan dan teknologi.
|
|
|
Post by sharifahshafiqah on Dec 13, 2014 17:37:22 GMT
REFLEKSI 1:
Seni bina tamadun India banyak menggabungkan ciri India dan Parsi contohnya seperti masjid Quwwat al-Islam di Delhi. Pengaruh Islam dalam seni bina tamadun India dapat dilihat seperti unsur alam seperti bunga dan tumbuh-tumbuhan yang tedapat pada seni ukir di bangunan-bangunan yg di bina. Ayat- ayat al-quran juga bnyak diukir di dinding ynag jelas membuktikan pengaruh Islam di dalam tamadun India. Contoh banganan yang mempunyai pengaruh Islam dalam seni bina mereka adalah taj mahal dan Masjid mutiara. Taj mahal, 4 menara yang lebih kurang 46m menghiasi setiap penjuru dan terdapat sebuah taman yang luas dengan pintu berbentuk lengkungan yanng menyerupai sebuah masjid.
Perbezaan seni bina setiap zaman di India
1. Zaman Gupta kuil untuk menyebarkan agama konsep asas ukiran daripada golongan Brahmin agama hindu menggunakan simbol empat segi manakala agama buddha menggunakan simbol bulat terdapat 4 struktur penting iaitu - shikara - bentuk kereta kuda orang aryan - vimana -kuil bentuk piramid bertingkat - ratha - batu tunggak diukir menjadi bntuk binatang - gopuram - tanda pintu masuk utama ke kompleks kuil
2. Zaman Maurya - terkenal dengan Tiang Asoka
3. Zaman Chola Kuil Brigathiswarar di Thanjavur mempunyai corak seni bina yang unik
4. Zaman Vedik bangunan keagamaan diuahsuai orang agama buddha semasa Asoka contohnya kuil di Bhaja, Anjantha, Ellora dan Mohapallipuram
REFLEKSI 2:
Pencapaian Tamadun India dapat dilihat dalam pelbagai bidang. Antaranya termasuklah pada bidang seni bina dan seni ukir. Sebagai contoh, tiang Asoka dibina dan kuil-kuil yang mempunyai seni ukir yang halus dibina.Di dinding masjid terdapat ukiran alam semula jadi, geometri dan ayat-ayat Al-Quran. Dalam bidang matematik pula, mereka telah mendapat kemajuan dalam konsep nombor abstrak. Selain itu, bidang kejuruteraan Tamadun India juga adalah maju dengan terbuktinya pembinaan Bandar terancang yang dilengkapi dengan sistem kumbahan dan tempat mandi awam.
Antara perbezaan Tamadun India yang lampau dengan sekarang adalah pada zaman lampau kawasan India amatlah luas tetapi sekarang sebahagian daripadanya telah dipisahkan disebabkan penduduknya yang ramai dan beragama Islam. Pakistan merupakan antara negara baru yang dibina dan kebanyakan penduduk India disitu beragama Islam. Sistem kasta tela lenyap pada zaman sekarang berbeza dengan zaman dahulu dimana sistem kastanya sangat ketat. India telah berkembang dengan maju berbeza dengan dahulu lebih-lebih lagi dalam bidang teknologi ICT.
Pada pandangan saya, antara faktor perkembangan peradaban India termasuklah perkembangan ilmu yang pesat di kalangan masyarakatnya yang menyumbang kepada kemajuan peradabannya. Selain itu, peranan pemerintah amat penting untuk memastikan pentadbiran yang lancar seterusya membawa epada keamanan dan kesejahteraan. Kemajuan dalam bidang kegiatan ekonomi yang bercorak pertanian juga dapat dikesan dengan penemuan sebuah gudang menyimpan bijirin yang besar.
|
|
|
Post by sitinooratikah on Dec 13, 2014 20:57:09 GMT
REFLEKSI 1
Pengaruh Islam ke atas perkembangan dan kemajuan seni bina : Perkembangan seni bina dipengaruhi oleh faktor persekitaran dan cuaca. Taj Mahal merupakan seni bina terkenal tamadun india serta Masjid Moti/Masjid Mutiara. Dalam pembinaan Taj Mahal seni bina Parsi, Turki, India dan Islam digabungkan. Ia juga dianggap permata seni bina Islam kerana mempunyai ciri-ciri seni bina Islam: 1) 4 menara di setiap penjuru 2) pintu masuk berbentuk lengkungan yang menyerupai sebuah masjid 3) hiasan berunsur jambangan bunga dan geometri 4) ayat al-Quran menjadi hiasan utama 5) ukiran khat thuluh Islam sebagai seni huruf utama
Perbezaan seni bina setiap zaman di India: 1)zaman Gupta: ada 4 stuktur - shikara: bentuk kereta kuda orang Aryan - vimana: kuil yang berbentuk percampuran piramid bertingkat - ratha: batu tunggak diukir menjadi bentuk binatang - gopuram: menandakan pintu masuk utama ke kompleks kuil 2)zaman Maurya: Tiang Asoka 3)zaman Chola: kuil Brigathiswarar di Thanjavur 4)zaman Vedik: bangunan keagamaan diudahsuai oleh orang agama Buddha
REFLEKSI 2
Pencapaian tamadun India: 1)negara kedua mempunyai tentera bersenjata yang terbesar di dunia 2)negara pertanian kedua terbesar di dunia 3)negara paling pesat berkembang sektor IT 4)negara keempat terbesar tentera udara 5)negara kelima terbesar tentera laut 6)salah satu 6 negara yang ada satelit
Beza suasana lampau dan sekarang: Kaum wanita dihormati tetapi tidak diberikan taraf yang sama dengan kaum lelaki. Seseorang wanita yang bersifat pemalu (manam), merendahkan diri (madam), takut kerana malu/silu/segan (achcham) dan mengundurkan diri kerana takut/malu dari semua yang tidak biasa ( payirppu), digambarkan sebagai seorang wanita yang baik. Selepas kemerdekaan, undang-undang dan akta digubal oleh kerajaan bagi member hak sama rata kapada kedua-dua jantina. Sebagai contoh, antara akta-akta yang diwujudkan adalah :- • mengagihkan harta keluarga dengan sama rata antara kaum lelaki dan juga perempuan. • Akta yang mengharamkan permintaan dowry. • Akta panchayati raj. • Akta anti-keganasan domestic dimana ia memastikan keselamatan wanita di rumah terjamin. Tambahan pula, wanita turut telah diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti ke kolej dan university. 33 peratus telah diperuntukkan oleh kerajaan bagi menampung golongan wanita di institut pengajian tinggi. Peruntukan ini telah membolehkan kaum wanita berjaya menceburi pelbagai bidang profesion seperti kejuruteraan,perubatan,perguruan dan lain-lain.
Faktor perkembangan : -aktiviti pelayaran -penaklukan empayar -penyebaran agama Buddha & Brahmanisme -aktiviti perdagagan -keinginan mencari kekayaan
|
|
|
Post by aerweenhs244 on Dec 14, 2014 3:07:59 GMT
NUR' AERWEEN EDRIENA BINTI NAKELI
VEDIO 1 : TAMADUN INDIA MEMBERIKAN SUMBANGAN YANG BESAR DALAM KESENIAN SENI BINA. BINCANGKAN PERNYATAAN TERSEBUT DENGAN MENGAITKAN PENGARUUH ISLAM KE ATAS PERKEMBANGAN DAN KEMAJUAN SENI BINA DI INDIA. BERIKUTNYA JELASKAN PERBEZAAN SENI BINA BAGI SETIAP ZAMAN DI INDIA.
ANTARA SENI BINA YANG DAPAT MENGAITKAN PENGARUH ISLAM KE ATAS KE ATAS PERKEMBANGAN DAN KEMAJUAN DI INDIA IALAH TAJ MAHAL. - SENIBINA MEWAH DAN TERBAIK PADA DINASTI MUGHAL - DIBINA MELALUI SUNGAI JUMMA - DIBINA DARIPADA BATU MAMAR WARNA PUTIH, MOZEK DAN BATU-BATU PERMATA SEPERTI BERLIAN, GELL, KRISTAL DAN SEBAGAINYA. - DIBINA OLEH MAHARAJA SHAH JAHAN UNTUK MENGENANG ISTERI KELIMANYA, MUMAZ UL ZAMAWI - SENIBINA MUNGHAL BERGABUNG DENGAN SENIBINA PAESI, TURKEI, INDIA DAN ISLAM. - KESAN PERTEMBUNGAN: TAJ MAHAL - 4 MENARA DI SETIAP PENJURU - MENARA YANG TINGGI - DIDIRIKAN DI HUJUNG SEBUAH TAMAN YANG LUAS DENGAN PINTU MASUK BERBENTUK LENGKUNGAN YANG MENARIK MENYERUPAI SEBUAH MASJID - CORAK HIASAN SENI BINA ISLAM - HIASAN BERUNSURKAN JAMBANGAN BUNGA DAN GEOMETRI. AI MENCERMINKAN SIMBOLIK ALAM SEKITAR DAN TANDA-TANDA KEANGUNGAN TUHAN. - AYAT AL-QURAN- HIASAN UTAMA TAJ MAHAL - UKIRAN HURUF KHAT THULUTH ISLAM- SENI HURUF UTAMA TAMADUN MELAYU
PERBEZAAN SENI BINA DI SETIAP ZAMAN DI INDIA 1) ZAMAN GUPTA - KUIL UNTUK PENYEBARAN AGAMA - SENI BINA DAN SENI UKIR CAPAI KEGEMILANGAN - KONSEP DITENTUKAN OLEH BRAHMIN - 4 STRUKTUR PENTING : - SHIKARA : BENTUK KERETA KUDA ORANG ARYAN - VIMANA : KUIL YANG BERBENTUK PENCAMPURAN PIRAMID BERTINGKAT DAN MENJADI LAMBANG SENI BINA KUIL SELATAN INDIA - RATHA : BATU TUNGGAK DIUKIR MENJADI BENTUK BINATANG - GOPARAM : MENANDAKAN PINTU MASUK UTAMA KE KOMPLEKS KUIL
2) ZAMAN MAURYA - TIANG ASOKA. CONTOH TERBAIK PERKEMBANGAN ZAMAN TERSEBUT
3) ZAMAN CHOLA - KUIL BRIGATHISWARAS DI THANJJAVUR DAN CORAK YANG SANGAT UNIK
4) ZAMAN VEDIK - BANGUNAN KEAGAMAAN DIUBAHSUAI OLEH ORANG BUDHA . - CONTOH KUIL DUA SHAJA, AJANTHA, ELLORA DAN MAHAPALLIPURA
|
|
|
Post by najiha on Dec 14, 2014 3:17:10 GMT
NURUL NAJIHATUL HANIE BINTI MUHAMMAD SHAHID >PH 240<
REFLEKSI 1 ...
a)Pengaruh islam terhadap kesenian seni bina tamadun india 1-Tempat beribadat(kuil) dijadikan sebagai tempat penyebaran agama seperti fungsi masjid sebagai tempat penyebaran agama Islam 2-Dilihat melalui pembinaan Taj Mahal i -4 menara yang lebih kurang 46m di setiap penjuru (binaan menara yang tinggi mengikut ciri-ciri Islam) ii -pintu masuk berlengkun (berbentuk masjid) iii-corak hiasan seni bina islam beunsurkan jambangan bunga dan geometri mencerminkan simbolik antara alam sekitar sebagai tanda keagungan tuhan iv -ukiran khat thuuth sebagai seni huruf utama dan ayat al-Qur'an sebagai hiasan utama
b)Perbezaan seni bina bagi setiap zaman tamadun india 1-Zaman Gupta -binaan seperti kuil sebagai penyebaran agama -konsep asas ditekankan golongan Brahmin -agama Hindu menekankan simbol empat segi -agama Buddha menekankan simbol bulat -ade empat struktur penting iaitu i -shikara ii -vimana iii-ratha iv -gopuram 2-Zaman Maurya -Binaan iang Asoka 3-Zaman Chola -Keunikan Senibina seperti Kuil Brigathiswarar 4-Zaman Vedik -Pengubahsuaian bangunan keagamaan seperti Ajantha,Ellora dan Mahapallipuram
********************************************** REFLEKSI 2 ...
a)pencapaian tamadun india 1-dalam kesenian merangkumi seni halus, seni bina, seni ukur, seni lukis 2-dalam sains teknologi, matematik, astronomi, fizik dan kimia serta perubatan
b)Perbezaan suasana tamadun India dulu dan sekarang 1- Dulu, pembangunan lebih menumpukan kepada hal-hal yng berkaitan dengan keagamaan. Sekarang, penumpuan pembangunan termasuk pelbagai bidang seperti pendidikan, perlancongan 2- Dulu, wujud golongan atasan dan bawahan dan perbezaan layanan kepada di antara dua golongan di atas berbeza; berlaku penindasan daripada golongan atasan kepada golongan yang lemah 3-Dulu, wanita dijadikan sebagai hamba. Sekarang, martabat wanita dinaik taraf dan bebas dalam menceburkan diri dalam pelbagai bidang.
c)Faktor perkembangan tamadun India 1-Keinginan untuk melepaskan diri daripada dibelenggu kemiskinan,penindasan dan penzaliman orang atasan 2-Kedatangan islam dalam kepentingan ilmu pendidikan seterusnya membawa kepada perkembangan tamadun 3-Interaksi di antara tamadun-tamadun lain melalui hubungan perdagangan, perkahwinan
|
|
|
Post by aerweenhs244 on Dec 14, 2014 5:27:33 GMT
NUR' AERWEEN EDRIENA BINTI NAKELI
VIDEO 2 :
PENCAPAIAN TAMADUN INDIA YANG DEPEROLEH DALAM PELBAGAI BIDANG BIDANG.
Pencapaian dalam Bidang Seni Seni dan kehidupan masyarakat India tidak pernah dapat dipisahkan. Tamadun India telah mencapai kecemerlangan dalam bidang kesenian yang boleh diringkaskan seperti berikut: 1. Seni halus 2. Tarian 3. Drama 4. Seni bina dan seni ukir 5. Seni lukis
Pencapaian dalam Bidang Seni 1. Matematik 2. Astronomi dan Kalendar 3. Fizik 4. Kimia 5. Logam 6. Perubatan
BEZA ANTARA SUASANA TAMADUN INDIA DAHULU DENGAN SEKARANG .
TAMADUN INDIA PADA ZAMAN SEKARANG BERKEMBAG PESAT . MEREKA BERJAYA MENCAPAI KEGEMILANGAN DALAM PELBAGAI BIDANG . ASKAR INDIA PADA ZAMAN SEKARANG LAGI KUAT DAN KUKUH DALAM PERTAHANAN . EKONOMI MASYARAKAT INDIA JUGA BERKEMBANG PESAT LAGI PADA ZAMAN SEKARANG.
PADA PENDAPAT SAYA , FAKTOR PERKEMBANGAN PERADABAN INDIA IALAH MEREKA MENJALANKAN AKTIVITI BERINTERAKSI ANTARA TAMADUN . SELAIN ITU MEREKA MEMPUNYAI ILMU PENGETAHUAN YANG SANGAT TINGGI . DAAN MEREKA JUGA MEMPUNYAI USAHA DAN JATI DIRI YANG JITU DALAM MEMPERKEMBANGKAN TAMADUN MEREKA.
|
|
|
Post by farhanaismailhs244 on Dec 14, 2014 6:16:16 GMT
NOOR FARHANA BINTI MOHD ISMAIL
SATU
Taj Mahal dipanggil dengan singkatan 'Taj' sahaja, ia adalah contoh terbaik Senibina Mughal yang menggabungkan senibina Parsi, Turki, India dan dan gaya senibina Islam. Arkitek utama bangunan ini ialah UstazAhmad Lahauri. Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu iaitu merangkumi bahagian makam, dewan, taman rekreasi, masjid, menara tinjau dan lain-lain. Pada tahun 1983, UNESCO telah mengisytiharkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Dunia yang perlu dilindungi. Bangunan ini dikatakan 'permata senibina Islam'. Sejumlah 4 menara dibina bagi menghiasi setiap penjuru Taj Mahal. Unsur binaan menara yang tinggi ini merupakan anata ciri seni bina Islam. Pintu masuk Taj Mahal berbentuk lengkung yang menyerupai sebuah masjid. Seni bina islam mempunyai menara yang tinggi. Taj Mahal mempunyai empat menara yang ketinggiannya lebih kurang 46 meter. Taj Mahal mempunyai hiasan berunsurkan alam sekitar dan keagungan tuhan.Zaman gupta,Terdapat dua bentuk kuil yang sempurna: bulatan dan empat segi. Buddha lebih condong kepada bentuk bulat. Dalam seni bina Hindu terdapat beberapa struktur yang penting, Shikhara, diilhamkan daripada bentuk kereta kuda orang Aryan yan telah diubahsuaikan.kedua, Vimana, dikenali sebagai menara piramid merupakan kuil yang berbentuk pencampuran piramid bertingkat dan kubah, menjadi hallmark kepada seni bina kuil selatan India dan simbol shaivite iaitu aspek trinity Hindu.Zaman maurya,Tiang Asoka adalah kemegahan senibina/ukir india.Zaman chola,kuil Brigathiswarar yang dibina di Thanjavur menunjukkan keunikan seni bina pada bangunan kuil ini dan menjadi misteri dalam seni bina india sehingga hari ini.Zaman vedik, zaman vedik merupakan zaman permulaan kehidupan beragama bagi masyarakat Indus kerana lahir agama hindu dan banyak bangunan , seni bina mereka diubah oleh orang Buddha.
DUA Tamadun india adalah antara tamadun yang banyak member sumbangan kepada perkembangan ilmu pengetahuan dunia seperti perubatan, bidang pendidikan, bidang sains, matematik, astronomi dan kelender, fizik dan kimia dan logam. Dalam bidang kesenian pula ialah muzik, tarian, drama,lukisan , bidang bahasa dan kesusasteraan dan bidang seni bina. Dalam bidang pendidikan pula , ianya dikuasai oleh kasta Brahmin, kitab-kitab veda. Penubuhan universiti. Antara sumber ilmu pengetahuan ialah kitab-kitab veda, Tamadun Mesopotamia, tamadun Islam ,tamadun Islam, tamadun China dan tamadun Barat. Tidak dinafikan penerokaan yang dibuat oleh sarjana india telah member inspirasi kepada sarjana dunia yang lain untuk memperkembangkannya menjadi ilmu yang lebih mantap. Perkembangan ilmu pengetahuan dalam tamadun india berlaku seawall zaman pra sejarahnya iaitu Lembah Indus, kemudian berkembang ke zaman Vedik, zaman Islam dan era penjajahan Inggeris. Pada zaman dahulu ,Kaum wanita dihormati tetapi tidak diberikan taraf yang sama dengan kaum lelaki. Seseorang wanita yang bersifat pemalu (manam), merendahkan diri (madam), takut kerana malu/silu/segan (achcham) dan mengundurkan diri kerana takut/malu dari semua yang tidak biasa ( payirppu), digambarkan sebagai seorang wanita yang baik. Mereka juga dikehendaki memainkan peranan yang pasif. Tiga jenis wanita yang dibincangkan dalam kesusasteraan Sangam iaitu berkahwin dan mempunyai keluarga , menjadi pertapa dan menjalankan kehidupan sebagai pelacur professional (kamakkanigaiyar) atau sebagai perempuan simpanan (kamakkilattiyar). Selepas kemerdekaan, undang-undang dan akta digubal oleh kerajaan bagi memberi hak sama rata kapada kedua-dua jantina. Sebagai contoh, antara akta-akta yang diwujudkan adalah mengagihkan harta keluarga dengan sama rata antara kaum lelaki dan juga perempuan. Akta yang mengharamkan permintaan dowry. Akta panchayati raj. Akta anti-keganasan domestic dimana ia memastikan keselamatan wanita di rumah terjamin. Tambahan pula, wanita turut telah diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti ke kolej dan university. 33 peratus telas diperuntukkan olah kerajaan bagi menampung golongan wanita di institut pengajian tinggi. Peruntukan ini telah membolehkan kaum wanita berjaya menceburi pelbagai bidang profesion seperti kejuruteraan,perubatan,perguruan dan lain-lain. Pada pendapat saya, antara faktor-faktornya ialah pembangunan ilmu dan penghayatan nilai-nilai murni, interaksi antara tamadun-tamadun lain, tekanan kehidupan , berusaha untuk membangunkan kehidupan mereka untuk maju dan juga ransangan keagamaan dan kerohanian.
|
|
|
Post by syazwina1995 on Dec 14, 2014 6:55:50 GMT
Refleksi Tamadun 1
Pengaruh Islam ke atas perkembangan dan kemajuan seni bina india :
1. Taj Mahal
-dikenali sebagai permata seni bina Islam
-mempunyai 4 menara di setiap penjuru ;ciri-ciri Islam yang mempunyai binaan menara yang tinggi
-didirikan di hujung sebuah taman yang luas dengan pintu masuk bentuk lekungan ; menyerupai sebuah masjid
-mempunyai hiasan berunsurkan jambangan bunga dan corak geometri ; corak hiasan seni bina Islam
2.Bangunan Agra Fort
-Seni Bina Tanah Bulan yang menggabungkan gabungan harmoni antara seni bina India dan Islam
Perbezaan antara setiap zaman dalam tamadun India :
Zaman Gupta : 1. Shikara-bentuk kereta kuda orang Aryan
2. Vimana-kuil berbentuk percampuran piramid bertingkat
3. Ratha-batu tunggak diukir menjadi bentuk binatang
4. Gopuram-menandakan pintu masuk utama ke kompleks kuil
Zaman Maurya :Seni bina Tiang Asoka
Zaman Chola :Seni bina kuil Brigathiswarar di Thanjavur
Zaman Vedik :Banyak bangunan keagamaan diubahsuai oleh orang agama Buddha semasa pemerintahan Maharaja Asoka
Contohnya, kuil dua di Bhaja,Ajantha,Ellora
Refleksi Tamadun 2
Pencapaian Tamadun India dalam pelbagai bidang:
-Negara pertanian kedua terbesar di dunia
-Sektor IT yang paling berkembang pesat di dunia
-Pengguna emas terbesar di dunia
-Pengeluar susu terbesar di dunia
-Negara kedua terbesar dalam bidang ketenteraan
Perbezaan suasana Tamadun India pada zaman dahulu dan sekarang :
-Pada zaman dahulu ramai hidup dalam kemiskinan dan mundur dari segi perkembangan dalam bidang ekonomi dan bidang lain disebabkan banyak berlaku penjajahan
-Pada zaman sekarang banyak berlaku perkembangan dan kemajuan yang pesat dari segi ekonomi,pertanian,ketenteraan dan sebagainya disebabkan bebas dari belenggu penjajah dan kadar kemiskinan semakin berkurangan disebabkan peluang pekerjaan semakin meningkat
Faktor perkembangan peradaban India :
-Kebebasan dari zaman penjajahan
-Interaksi antara peradaban India dengan peradaban lain
-Pengaruh peradaban lain untuk maju
|
|
azida
New Member
Posts: 9
|
Post by azida on Dec 14, 2014 7:30:11 GMT
# NUR AZIDAWATI BT ZAINAL
_REFLEKSI 1_
1) PENGARUH ISLAM DALAM KEMAJUAN SENI BINA INDIA
->TAJ MAHAL
>dikenali sebagai permata seni bina Islam >Terdiri daripada 4 menara di setiap penjuru;spt tiang-tiang/menara tinggi yang terdapat dalam seni bina masjid Islam >Dibina di hujung taman yang luas >pintu masuk berbentuk lengkungan yang menyerupai sebuah masjid >mempunyai hiasan ukiran berunsurkan jambangan bunga dan corak geometri;corak hiasan seni bina Islam dan merujuk kepada keagungan Allah SWT
->Bangunan Agra Fort
>Seni Bina Tanah Bulan yang menggabungkan gabungan harmoni&ketenangan antara seni bina India dan Islam.
Perbezaan antara setiap zaman dalam tamadun India :
Zaman Gupta : >Shikara-bentuk kereta kuda orang Aryan >Vimana-kuil berbentuk percampuran piramid bertingkat >Ratha-batu tunggak diukir menjadi bentuk binatang >Gopuram-menandakan pintu masuk utama ke kompleks kuil Zaman Maurya : >Seni bina Tiang Asoka Zaman Chola : >Seni bina kuil Brigathiswarar di Thanjavur Zaman Vedik : >Kebanyakan bangunan keagamaan diubahsuai oleh orang agama Buddha semasa pemerintahan Maharaja Asoka.Sebagai contoh kuil dua di Bhaja,Ajantha,Ellora
_REFLEKSI 2_
1)PENCAPAIAN TAMADUN INDIA DALAM PELBAGAI BIDANG :
-->Merupakan negara ke-2 terbesar dalam bidang pertanian. -->Mempunyai tentera besenjata ke-2 terbesar di dunia. -->Mempunyai tentera udara ke-4 terbesar di dunia. -->Mempunyai tentera laut ke-5 terbesar di dunia. -->Penghasilan susu terbesar di dunia -->Antara sektor IT yang paling berkembang pesat di dunia -->Penggunaan emas terbesar di dunia. -->India Railways ialah majikan terbesar di dunia dengan sejuta pekerja -->Pasaran filem yang lebih besar daripada gabungan Amerika dan Kanada
2)SUASANA TAMADUN INDIA DULU & SEKARANG =>Perbezaan suasana Tamadun india yang dahulu & sekarang ialah India merupakan negara demokrasi pada masa kini.Sistem kasta masih diguna pakai namun lebih baik daripada zaman dahulu serta kedudukan wanita lebih dikitiraf,tiada penindasan yang berlaku.
3)FAKTOR PERKEMBANGAN PERADABAN INDIA
=>Faktor perkembangan peradaban di India adalah kerana pertembungan dengan peradaban lain melalui hubungan diplomatik,kemajuan perdagangan,sumber ekonomi yang baik,perkahwinan dan imigrasi.Begitu juga dengan rakyat dan pemerintah yang lebih terbuka menerima pembaharuan dalam membentuk negara yang lebih maju serta setanding dengan negara-negara lain.
|
|
|
Post by zatiakmal on Dec 14, 2014 15:09:23 GMT
Akmal Izzati binti Azizan
REFLKSI 1
Pada mulanya, agama Hindu, Jain dan Buddha mempengaruhi seni bina Tamadun India. Kemudiannya, Tamadun India mula dipengaruhi oleh seni bina Islam apabila orang muslim menakluki benua kecil India pada abad ke-8M. Ciri-ciri seni bina kerajaan Mughal di India antaranya ialah bangunan masjid yang didirikan dilengkapi dengan menara-menara yang dihiasi indah terutama dengan seni khat Arab. Unsur-unsur lain ialah terdapatnya kubah-kubah bentuk baharu berupa bunga teratai yang mempunyai puncak yang meruncing.
Para pemerintah Zaman Tughluq juga menyumbang kepada kemajuan seni bina Islam di India. Contohnya, * Muhammad bun Tughluq - membina bangunan-bangunan seperti kubu di Adilabad, membina Bandar Jahanpanah di Delhi dan Daulatabad di Deccan. * Ghiyasuddin Tughluq - membina Bandar Tughlughabad * Firuz Tughlugh - pengasas Bandar Firozabad yang mempunyai sembilan masjid dan tiga istana serta beliau juga membina sebuah makam. * Nassirudin Mahmud Syah - Pembina makam Kabiruddin Auliya(Lal Gumbad).
Kesenian India boleh dibahagikan kepada beberapa zaman:
• Zaman Tamadun Lembah Indus o berkaitan dengan seni bina, dan skulputur. o penemuan di Mohenjadaro dan Harrapa seperti: The Great Bath, The Dancing Girl, The Mother Goddess. o dihubungkaitkan dengan tujuan2 keagamaan.
• Zaman Pertengahan atau Zaman Islam o kesenian Islam dari Timur Tengah terutamanya Parsi dan Asia Tengah dibawa masuk ke India. o elemen2 Timur Tengah digabungkan dengan elemen tempatan membentuk elemen baru dikenali sebagai Indo-Islam.
• Zaman Moden o kehadiran Barat telah membawa corak baru. o masyarakat India menerima pendidikan Inggeris terus menerima kesenian Barat.
REFLEKSI 2
MATEMATIK
Sistem Angka Sistem angka sifar(dikenali juga sebagai sunya). Mempelopori penggunaan sistem nombor 0 hingga 9. Konsep sifar ini menjadi asas kpd angka kosong dalam sistem matematik hari ini.
Kimia: Melalui kimia perubatan juga beberapa bahan alkali utama, asid dan garam logam dicipta dengan proses yang mudah seperti pembakaran dan penyulingan. Mereka juga dipercayai mencipta ubat bedil.
PERUBATAN Ilmu perubatan India bermula pada zaman Vedik sebagai seni ilmu sihir. Unsur-unsur perubatan seperti fisiologi, pembedahan, pernafasan melalui amalan yoga, reproduksi manusia, farmakologi dan perubatan binatang , telah wujud sebelum tahun Masihi. Teks-teks perubatan India seperti Caraka (kurun pertama hingga ke-2 ) dan Susruta (kurun ke 4) dianggap setaraf dengan Hippocrates dan Galen
BIDANG SENI BINA Merangkupi binaan, ukiran gua, kuil, duit syiling. Zaman Maurya, seni bina dan seni ukir berkembang maju. Tiang Asoka adalah antara kemegahan senibina/ukir India. Zaman Gupta: seni bina lebih cemerlang. Zaman Islam: gabungan unsur Parsi dan Hindu berkembang
Perbezaan tamadun india dahulu dan sekarang adalah berdasarkan sistem pemerintahan mereka. Pada zaman lampau, mereka mengamalkan sistem kasta namun sekarang mereka sudah beralih kepada sistem demokrasi.
FAKTOR PERKEMBANGAN PERADABAN INDIA 1- Interaksi tamadun India dan tamadun lain 2- Kebebasan daripada penjajahan 3- Peranan pemimpin
|
|
a!N!n_hs244
New Member
wE 0wN n0Th!nG ,, buT 0nLy ALLAH tHaT alL0w uS t0 d0 eVeRyTh!Ng .. ^^-
Posts: 7
|
Post by a!N!n_hs244 on Dec 14, 2014 15:11:59 GMT
NURUL AININ SURAYA BINTI MAHADI
REFLEKSI VIDEO 1
SUMBANGAN TAMADUN INDIA DARI SEGI SENI BINA
Dalam karya Asirbadi Lal Srivastava, Medieval Indian Culture membincangkan tentang seni bina yang dihasilkan oleh pemerintah-pemerintah Islam yang menggabungkan ciri-ciri bina Hindu dan Islam(seni bina Indo-Islam).
Seni bina Indo-Islam dibahagikan kepada dua fasa yang berbeza iaitu Zaman Kesultanan Delhi(1206M.-1526M.) dan Zaman Moghul(1526M.-1803M).
Pada Zaman Kesultanan Delhi(1193M), bangunan-bangunan yang dibina melambangkan seni bina Islam. Contohnya pembinaan Masjid Quwwat-ul-Islam yang melambangkan seni bina Delhi terawal. Masjid ini dibesarkan oleh pemerintah-pemerintah seterusnya iaitu Iltutmish(1203M.) dan Alauddin Khilji(1296M.-1316M.)
Kutub Minar merupakan salah sebuah bangunan yang penting. Menara ini dibina oleh Qutbuddin Aibak dan disiapkan oleh Iltutmish. Pada asalnya tinggi menara ini hanya mencatatkan 75 meter tetapi menjadi 80 meter semasa pemerintahan Firuz Tughluq.
Qutbuddin Aibak juga menyumbang kepada pembinaan sebuah masjid yang dikenali sebagai Adhai Din ka Jhonpara di Ajmer.
Seni bina India mengalami perkembangan pesat semasa pemerintahan Alauddin Khilji. Beliau menyumbang kepada pembinaan Alai Darwuza, sebuah dewan yang berbentuk segi empat sama, mempunyai kubah yang dibina daripada batu pasir berwarna merah.
Para pemerintah Zaman Tughluq juga menyumbang kepada kemajuan seni bina Islam di India. Contohnya, • Muhammad bun Tughluq - membina bangunan-bangunan seperti kubu di Adilabad, membina Bandar Jahanpanah di Delhi dan Daulatabad di Deccan. • Ghiyasuddin Tughluq - membina Bandar Tughlughabad • Firuz Tughlugh - pengasas Bandar Firozabad yang mempunyai sembilan masjid dan tiga istana serta beliau juga membina sebuah makam. • Nassirudin Mahmud Syah - Pembina makam Kabiruddin Auliya(Lal Gumbad).
Pencapaian kemuncak seni bina pada Zaman Moghul ialah zaman pemerintahan Akhbar. Baginda ialah penaung kepada perkembangan seni bina di India yang juga menggabungkan seni bina Hindu dan Muslim.
Shah Jahan, pemerintah Zaman Moghul yang amat meminati bidang seni bina. Bidang seni bina mencapai kemuncaknya pada zaman pemerintahan baginda. Bangunan yang terkenal iaitu Taj Mahal dibina atas arahan Shah Jahan untuk memperingati isteri kesayangannya, Mumtaz Mahal yang merupakan satu keajaiban dunia. Taj Mahal berbentuk oktagen dan dibina di atas podium (pentas) batu marmar putih. Bangunan ini mempunyai empat menara di empat penjuru podium.
Bangunan ini juga mempunyai bilik yang terbahagi kepada lapan bahagian dengan ukiran marmar kaca pada makam Shah Jahan dan isterinya.
Proses pembinaan bangunan ini telah melibatkan 20000 buruh yang kebanyakkan terdiri daripada orang Asia. Seni bina bangunan ini direka oleh arkitek Parsi, Ustad Isa Khan Effendi dan anak muridnya, Ahmad Ustad. Kubahnya direka bentuk oleh Ismail Khan.
Selain bangunan Taj Mahal, banyak bangunan seperti dewan dan pavilion didirikan di Red Fort, Delhi semasa pemerintahan Shah Jahan. Masjid Jami merupakan masjid terbesar di India yang dibina antara tahun 1644M. hingga 1658M.
PENGARUH ISLAM KE ATAS PERKEMBANGAN DAN KEMAJUAN SENI BINA DI INDIA
Tamadun Islam mempunyai keunikannya tersendiri dalam menonjolkan hasil seni binaannya , tidak hairanlah jika pernah suatu ketika tujuh keajaiban dunia adalah hasil daripada sumbangan Tamadun Islam. Monumen tersebut adalah Taj Mahal di India dan Istana Alhambra di Andalusia(kini Sepanyol). Salah satu fokus utama apabila kita membincangkan berkenaan seni bina Islam adalah binaan Masjid kerana Masjid dan Tamadun Islam seakan-akan mempunyai satu ikatan yang sangat kuat. Binaan Kubah merupakan satu tanda yang amat jelas dalam memperlihatkan seni bina Islam kerana secara umumnya setiap masjid tentunya mempunyai kubah. Selain binaan kubah yang tersergam indah , ukiran-ukiran kaligrafi ayat-ayat suci Al-Quran merupakan satu lagi motif islam yang cuba diketengahkan oleh tamadun islam yang berkembang sama ada di masjid atau pun di istana-istana. Jika tidak ukiran ayat-ayat suci Al-Quran , biasanya ukiran-ukiran lain adalah berasaskan alam semula jadi seperti unsur tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan
Unsur air juga turut memainkan peranan penting dalam mencirikan sesuatu binaan itu adalah hasil pengaruh tamadun islam. Sebagai contoh untuk semua gambaran di atas , di sini disediakan bukti jelas akan indahnya seni bina yang diwariskan oleh kerajaan-kerajaan islam yang memerintah , kerajaan Islam terakhir yang memerintah Andalus bermula pada tahun 1238 hingga 1492M(635-897H). Pada zaman kerajaan ini , Andalus telah mencapai era kemuncak kegemilangan tamadun kesenian Islam dengan terbinanya istana Alhambra di puncak Banjaran Sierra Nevada(Jabal Shalir/al-Thalj) di Granada yang tetap menjadi the artistic genius of Muslim Spain.
ZAMAN PERKEMBANGAN SENI BINA TAMADUN INDIA
ZAMAN GUPTA -binaan seperti kuil dipercayai penting untuk penyebaran agama -konsep asas ditentukan oleh golongan Brahmin -agama Hindu menekankan simbol 4 segi manakala Buddha lebih cenderung kepada bentuk bulat. -mempunyai 4 struktur penting : Shikara – bentuk kereta kuda oranag Aryan Vimana – kuil yang berbentuk pencampuran pyramid bertingkat dan menjadi lambang seni bina kuil selatan India. Ratna – batu tunggak diukir menjadi bentuk binatang Gopuram – menandakan pintu masuk utama ke kompleks kuil
ZAMAN MAURYA -Seni bina berkembang maju – tiang Asoka adalah contoh terbaik kemegahan seni bina India
ZAMAN CHOLA -kuil Brigarthiswara dibina di Thanjawur yang menunjukkan keunikan corak seni bina
ZAMAN VEDIK -banyak bangunan keagamaan diubahsuai oleh orang agama Buddha
REFLEKSI VIDEO 2
PENCAPAIAN TAMADUN INDIA DALAM PELBAGAI BIDANG MATEMATIK
1)GEOMETRI
-digunakan dalam upacara keagamaan seperti upacara pengorbanan
2)ALGEBRA
-mempunyai algebra sehingga mereka dapat membezakan di antara nombor abstrak dengan nombor kuantiti objek atau keluasan ruang.
3)ANGKA SIFAR
-tamadun India juga memperkenalkan angka sifar
-dapat dilihat dalam transkrip awal India yang ditemui di Gujerat tahun 595 dan membuktikan bahawa tamadun India telah menggunakan simbol Yunani, Romawi dan Hebrew.
4)KARYA MATEMATIK
-mewariskan karya matematik iaitu Bakshali dan Aryabhatiya yang menggunakan nombor dalam cara 10 angka
5)PERPULUHAN MATEMATIK
-telah mencipta sistem perpuluhan matematik
-ciptaan mereka telah diambil oleh orang Arab
Bukti : ilmu dinamakan oleh orang Arab sebagai Hindisat
ASTRONOMI DAN KALENDAR
1)Digunakan untuk menentukan masa upacara pengorbanan
2)Kalendar matahari dicipta untuk mengenal musim,tahun,bulan dan hari.
3)Bidang astrologi sangatb berkembang di zaman Gupta, 9 planet dan 27 bintang dipercayai dapat mempengaruhi kehidupan manusia.
FIZIK
1)Konsep jirim lahir bukan berdasarkan kepada eksperimen tetapi berasakan pada institusi logic akal.
2)Alam semesta dijelaskan oleh tamadun India mempunyai 5 elemen iaitu tanah, api, angin, air dan angkasa.Semua unsur alam adalah bercirikan atom.
3)Ilmu atom dalam tamdun india lebih tulen
KIMIA
1)Tamadun india menghasilkan ubat bertujuan untuk memanjangkan usia, membuat racun dan sebagainya.
2)Penciptaan beberapa bahan alkali utama, asid dan garam logam dihasilkan melalui proses kimia perubatan
3)Ubat bedil juga dihasilkan melalui proses yang mudahseperti pembakaran dan penyulingan
LOGAM
1)Tamadun india memperlihatkan kemahiran yang tinggi dalam pertukangan besi
2)Barangan keluaran tamadun India mendapat pengiktirafan daripada tamadun lain seperti tamadun Romawi dan Asia Barat.
PERUBATAN
1)Sejak zaman Veda lagi, tamadun India mempunyai kemahiran dalam bidangperubatan.Bagi mereka, ilmu perubatan merupakan ilmu sihir
2)Perkembangan bidang fisiologi, pembedahan, seni pernafasan, reproduksi manusia, farmakologi dan veterinari telah berlaku sejak zaman sebelum Masihi lagi
3)Karya perubatan telah banyak dihasilkan contoh Caraka yang dihasilkan pada 1-2M dan Susruta yang dihasilkan dalam abad ke 4M.Karya ini dikatakan standing dengan karya perubatan Hippocrates dan Galen dari Yunani.
TAMADUN INDIA DULU DAN SEKARANG
- Kaum wanita dihormati tetapi tidak diberikan taraf yang sama dengan kaum lelaki. Seseorang wanita yang bersifat pemalu (manam), merendahkan diri (madam), takut kerana malu/silu/segan (achcham) dan mengundurkan diri kerana takut/malu dari semua yang tidak biasa ( payirppu), digambarkan sebagai seorang wanita yang baik.
- Mereka juga dikehendaki memainkan peranan yang pasif. Tiga jenis wanita yang dibincangkan dalam kesusasteraan Sangam iaitu:
I) berkahwin dan mempunyai keluarga
II) menjadi pertapa
III) menjalankan kehidupan sebagai pelacur professional (kamakkanigaiyar) atau sebagai perempuan simpanan (kamakkilattiyar).
Selepas kemerdekaan, undang-undang dan akta digubal oleh kerajaan bagi member hak sama rata kapada kedua-dua jantina. Sebagai contoh, antara akta-akta yang diwujudkan adalah :-
• ,mengagihkan harta keluarga dengan sama rata antara kaum lelaki dan juga perempuan.
• Akta yang mengharamkan permintaan dowry.
• Akta panchayati raj.
• Akta anti-keganasan domestic dimana ia memastikan keselamatan wanita di rumah terjamin.
Tambahan pula, wanita turut telah diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti ke kolej dan university. 33 peratus telas diperuntukkan olah kerajaan bagi menampung golongan wanita di institut pengajian tinggi. Peruntukan ini telah membolehkan kaum wanita berjaya menceburi pelbagai bidang profesion seperti kejuruteraan,perubatan,perguruan dan lain-lain .
FAKTOR PERKEMBANGAN TAMADUN INDIA
1)AGAMA
-mereka mempunyai pegangan agama yang kuat iaitu penyembahan kepada Dewa Shiva (tuhan 3 muka)
-mereka juga menyembah pokok dan haiwan
2)KOTA RAYA
-mempunyai kota raya yang besar, terancang dan tersusun rapi
-telah mencapai taraf hidup yang tinggi
-mempunyai pengkhususan kerja
3)EKONOMI
-mempunyai sumber ekonomi yang kukuh dan lumayan
4)PERDAGANGAN ANTARABANGSA
-mempunyai hubungan yang erat dngan tamadun lain di dunia seperti tamadun Sumeria dan tamadun Mesir
-antara barang dagangan utama ialah jagung dan kurma
5)TULISAN
-mempunyai tulisan atau skrip yang tersendiri yang menggunakan simbol dan gambar-gambar
6)MATEMATIK
-memperkenalkan nombor sifar dan algebra
7)KESENIAN
-sangat mahir dalam bab-bab kesenian seperti barangan ukiran perak dan batu permata
-mempunyai tukang-tukang emas yang mahir
|
|